Thursday 29 December 2011

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI [16][17][18][19][20]


Bab 16
            Faraneesha menjeling dari arah cermin. Matanya menangkap susuk tubuh kembarnya yang masih lagi melingkar diatas katil.
            “Feesa, siaplah cepat. Kang ibu bisinglah.” Bebel Faraneesha sambil menyematkan kerongsang di selendangnya.
            “Aku malas pergilah.” Mudah sahaja jawapannya namun mata Faraneesha sudah terbeliak besar.
            “Kau ni sengaja cari pasal kan. Pergi kenduri je. Bukan suruh kau jadi pengantin pun. Apalah yang liat sangat nak pergi kenduri ni.” Ini bukan kali pertama Farafeesa berkelakuan sebegini.
            Kembarnya itu memang terlalu liat untuk ke kenduri kahwin jiran tetangga. Kalau saudara mara yang terdekat, barulah dia menunjukkan muka. Kalau tak, jangan haraplah. Faraneesha sendiri masih mengesan punca penyakit adiknya yang satu ini.
            “Malaslah. Nak rehat.” Balik-balik, ayat nak rehat itulah yang digunakan.
            “Macamlah kau penat kalau pergi kenduri tu. Bukan suruh kau masak pun. Pergi makan je kot. Eh, cepatlah siap.” Dikerahnya juga Farafeesa. Dia bukan apa, dia tidak mahu jika ibunya bising apabila Farafeesa buat sifat keras kepalanya itu.
            “Kak, aku tak suka cakap banyak kali. Aku tak nak pergi. Aku tak nak pergi. Aku tak nak pergi. Ayat tu cukup tak untuk memahamkan kau.” Faraneesha mula mendiamkan diri apabila angin kus-kus Farafeesa sudah tiba.
            Akhirnya dia sendiri malas untuk terus bersuara. Bimbang nanti, mereka berdua pula yang bergaduh.
            “Eh, yang ni apasal tak siap lagi.” Bebel Puan Azah apabila melihat anaknya itu masih bersenang lenang diatas katil.
            “Ibu pergi jelah dengan Neesha. Hmm, kirim salam dekat Mak Pah eh.” Muka Puan Azah sudah berubah. Dia tidak berkenan sungguh dengan perangai Farafeesa ini.
            “Moleklah buat perangai macam ni. Nanti kenduri kau nanti, tak ada orang datang.” Celupar kata-katanya. Motifnya adalah untuk menyedarkan anaknya itu. Bahawa setiap perlakuan kita ini pasti akan ada baik buruknya.
            Lagipun, amatlah penting untuk kita menjaga hubungan dengan masyarakat yang lain. Kalau bukan kita yang menyemainya, siapa lagi?
            “Alah bu, kalau kita buat kat hotel, mesti ramai yang nak pergi.” Selamba sahaja dia menjawab. Faraneesha sudah memberi signal supaya mulutnya itu tidak gatal-gatal untuk bersuara. Nanti tak pasal-pasal mood ibunya itu berubah tiga ratus enam puluh darjah.
            “Itulah. Bila aku cakap, kau suka nak menjawab. Kau tengoklah kenduri kau nanti. Jangan bising kalau tak ada orang datang nak menolong.”
            Farafeesa hanya tersenyum. Dia bukan sengaja untuk tidak turut serta. Namun badannya benar-benar rasa tidak larat. Sejak akhir-akhir ini, dia mudah benar merasa penat dan sakit kepala.
            “Entah-entah tak kahwin terus kot.” Selamba badak sahaja dia menuturkannya sedangkan Puan Azah sudah mula bercekak pinggang.
            “Kau tau tak yang setiap percakapan tu satu doa. Nak sangat membujang sampai ke tua?” Faraneesha mengigit bibir. Geram dengan sikap adiknya yang kuat menjawab itu. Ini tidak, tidak pasal-pasal ibunya itu marah-marah.
            “Okay jugak tu bu, bolehlah Feesa jaga ibu.” Tengok tu, menjawab lagi.
            “Hah, yalah tu. Entah-entah nanti aku pulak yang nak kena jaga kau.” Sebenarnya perangai mereka ni sama je. Sama-sama tak nak mengalah.
            “Dahlah bu, jom kita pergi. Tak payah layan sangat si Feesa ni. Bukan boleh kenyang pun layan dia.” Ditarik tangan ibunya itu. Kalau tidak, makin panjanglah ceramahnya pada Farafeesa. Lagipula, dari riak wajah Farafeesa, dia tahu yang adiknya itu kurang sihat. Namun culas benar nak makan ubat.
            Tangan kanannya memicit kepalanya sendiri. Manalah adik-adiknya yang ramai itu. Jika tidak, mereka pasti akan dijadikan mangsa untuk memicitnya dikala ini. Sejak akhir-akhir ini, dia juga kerap benar sesak nafas. Entah apalah masalahnya sekarang.
            “Angah tak pergi makan ke?” Hah, panjang umur. Baru saje disebut-sebut kini tuan punya sudah ada untuk dijadikan mangsa.
            “Adik, boleh tak picitkan angah? Nanti angah upah coklat.” Budak-budak sekarang kalau tak disebut pasal upah, memang tak ada maknanya dia nak membantu. Ada yang tidak mengemari budaya seperti ini. Nanti dianggap membuat kerja dengan tidak ikhlas. Namun bagi Farafeesa, upah ini ada baiknya juga. Kerana sedikit sebanyak, kita dapat berkongsi rezeki yang diperolehi dengan orang lain.
            “Alah, adik malaslah. Eh angah, kenapa muka angah pucat sangat.” Apabila mendengar bicara Iman itu, terus Farafeesa mengadapkan mukanya dihadapan cermin.
            ‘Aahlah. Asal muka aku ni pucat sangat. Tapi mungkin sebab tak make up kot tapi sejak bila pulak kau pernah make up?’ Gumannya didalam hati.
            Iman yang sedari tadi hilang entah kemana kini muncul dengan satu beg kecil yang Farafeesa tahu benar isi kandunganya.
            “Biar adik make up kan angah sikit eh?” Dikeluarkan alat solek ibunya itu. ‘Hai, mengamuk pulaklah orang tua tu nanti.’
            “Tak naklah adik. Adik tu lelaki, mana boleh main solek-solek.” Dalam hatinya berdoa agar adiknya itu tidak tersasar arah cita-citanya. Bukanlah salah jika seorang lelaki itu menjadi mak andam. Cuma agak kurang bersesuaian sedikit.
            “Alah, kita main-main jelah. Cepat, pejam mata angah.” Arah Iman keras. Hendak tak hendak, terpaksalah Farafeesa mengikut rentak adik bongsunya itu. Kalau tidak diberi yang dikehendaki, tak pasal-pasal pula dia mengamuk.
            Setelah agak lama juga terlelap, akhirnya Iman mengejutkan dia dari terus lena. Terus si kecil itu menyuruh Farafeesa memandang cermin.
            ‘Hmm, boleh tahan jugak si Iman ni make up. Natural gitu. Tak adalah comot sangat. Wah, ada bakat terpendam ni. Tapi jangan cari pasal dik, kang tak pasal-pasal pulak mengamuk madam besar kita tu.’
            “Weh, asal dengan muka kau tu?” Tanya Faraneesha setelah pulang dari majlis perkahwinan.
            “Iman nak main solek-solek. Aku layan jelah.” Jawab Farafeesa sambil tersenyum-senyum dihadapan cermin.
            “Wah, cantiknya Iman make up. Nanti waktu Kak Long kahwin nanti, bolehlah Iman tolong make up kan eh.” Dia mengosok sedikit kepala adik lelaki bongsunya itu. Kecil-kecil lagi sudah pandai menyolek. Jangan sampai besarlah suka menyolek. Alamatnya jadi pak andamlah kamu eh.
            “Eh, apasal make up ibu berterabur ni?” Suara nyaring itu sudah mula untuk mengaum. Farafeesa dan Faraneesha perpandangan sesama sendiri.
            “Yang muka kamu bertepek dengan make up kenapa pulak? Nak pergi kenduri ke?” Farafeesa sendiri tidak pasti yang itu memang soalan ataupun perli yang menusuk jiwa.
            “Feesa yang nak jadi pengantin bu.” Faraneesha tergelak kecil. Farafeesa pula tarik muka. Entah apalah yang kelakar sangat.
            “Muka yang molek tu tak payahlan nak tepek dengan benda-benda alah ni. Nanti tak pasal-pasal je rosak muka kamu tu.” Bebel Puan Azah lagi. Farafeesa terus baring. Kepalanya yang pening menuntut kepala otaknya untuk berehat.
            Bebelan ibunya yang singgah selepas itu bagai telah dibawa angin yang menderu. Akhirnya, dia hilang dan menerpa ke dalam alam mimpi yang sememangnya lebih enak berbanding alam realiti yang adakalanya meletihkan.
Bab 17
            Farafeesa mengemaskan mejanya yang berselerak dengan timbunan fail dan segala macam jenis barang lagi. Sudahlah kepalanya asyik pening sahaja sejak akhir-akhir ini, bertambah pening kepalanya bila perlu mengadap mejanya yang bersepah ini.
            Matanya mula melirik ke arah jam dinding yang melekat di dinding. Nama pun jam dinding, mestilah kat dinding. Kalau kat tangan, itu namanya jam tangan.
            Jarum pendek sudahpun mencapai angka 6. Dia menyandarkan kepala ke kerusi sambil mula memejamkan matanya yang keletihan akibat mengadap skrin komputer  selama hampir lapan jam lamanya.
            Sudahlah hari ini dia terpaksa pulang sendiri memandangkan Faraneesha terpaksa outstation keluar daerah. Menyesal pula rasanya bila tidak membeli kereta awal-awal.
            Ezrakil yang baru sahaja keluar dari biliknya naik hairan apabila melihat Farafeesa tidur di kerusinya. ‘Penat sangat gamaknya?’
            “Feesa, kalau ya pun nak tidur. Tidur kat rumahlah.” Tegur Ezrakil namun Farafeesa sedikit pun tidak berkutik dari tempatnya. ‘Lena betul dia tidur. Penat sangat ke?’
            “Feesa,..” Panggil Ezrakil lagi. Ialah, tak kan nak biarkan Farafeesa terus lena dengan mimpinya.
            “Hmm,,, kejap lagi Feesa bangunlah.” Tersenyum Ezrakil mendengar suara Farafeesa yang manja itu. Nampaknya, gadis itu benar-benar terlena. Entah-entah, gadis itu terlupa yang dia sedang tidur di kerusi pejabat.
            Ezrakil berfikir-fikir sendiri. Hendak tinggalkan Farafeesa sendirian, dia tidak sampai hati. Hendak mengejutkan gadis itu pun dia terasa bersalah. Kerana Farafeesa kelihatan sungguh lena sekali. Dan wajahnya memang kelihatan sangat comel.
            Dengan senyuman nakal, Ezrakil mengeluarkan telefon bimbitnya dan ditangkap gambar pujaan hatinya itu. Sekurang-kurangnya, gambar gadis itu akan menjadi peneman malam-malamnya yang sepi.
            Akhirnya, Ezrakil memutuskan untuk duduk di sofa yang telah disediakan di ruang menunggu. Tangannya mula mencapai surat khabar yang tersedia. Mungkin kerana suasana yang sedikit nyaman dek kehadiran penghawa dingin, akhirnya dia ikut turut terlena di sofa.
Farafeesa merasakan yang lehernya terasa begitu tegang sekali. Hendak menoleh ke arah lain pun tidak boleh. Dengan malas matanya membukakan ruang. Seketika, dia terlupa yang dia sedang enak tidur di kerusi pejabatnya.
            “Astarfirullahalazim. Pukul berapa dah ni?” Kaget dia seketika lantas terus dapat menyegarkan anak matanya.
            “Pukul 7.30! Gilalah. Macam manalah aku boleh tertidur ni.” Gumannya sendiri. Tangannya dengan cepat mengutip barangan dan dimasukkan ke dalam beg. Cepat sahaja pergerakannya dan dengan pantas menutup pc komputer.
            Namun tiba-tiba matanya terpandang pada susuk tubuh yang sedang lena berbaring diatas sofa. ‘Asal mamat ni tidur kat sini pulak?’
            Dia terfikir-fikir sendiri sama ada ingin mengejutkan Ezrakil ataupun tidak. Akhirnya dia menggerakkan sedikit badan bosnya itu. Ezrakil perlu dikejutkan kerana waktu maghrib sendiri sudah mula sampai ke penghujungnya.
            “Bos, bangun... Kenapa tidur kat sini?” Kejut Farafeesa perlahan. Tekejut Ezrakil dibuatnya walaupun suara Farafeesa itu mendatar sahaja.
            “Eh, macam mana awak boleh ada kat rumah saya?” Berkerut dahi Farafeesa mendengar soalan Ezrakil itu. ‘Hmm, mamai lagi mamat ni?’
            “Bos, sekarang kita kat officelah. Mana kedatang rumah bosnya.” Perli Farafeesa dengan senyuman senang. ‘Kelakar jugak bila Ezrakil mamai ni.’
            Digenyeh-genyeh matanya berulang kali. Barangkali cuba mengembalikan ingatannya ke alam realiti.
            “Kenapa saya boleh tidur kat sini?” Serius dia terlupa.
            “Sepatutnya saya yang tanya bos soalan tu?” Makin pelik Farafeesa dibuatnya. Enak sangatkah mimpi tadi sehingga menyebabkan ingatan Ezrakil itu menjadi tergendala sebentar.
            “Awak pulak, kenapa tak balik lag?” Ezrakil sudah mula mengingati sebab utama dia telah tertidur di sofa ruang menunggu ini. Untuk menutup rasa malunya, dia menyoal Farafeesa pula.
            “Saya pun tertidur jugak tadi.” Ujar Farafeesa selamba. Dia tahu yang Ezrakil tahu yang dia tertidur tadi. Masa lelaki itu tidak nampak kerana ruang menunggu ini berdekatan dengan meja kerjanya.
            “Saya nak sembahyang dululah.” Ujar Ezrakil apabila matanya terarah pada jam tangannya. Mungkin menyedari yang waktu solat sudah hampir berakhir.
            “Hmm, awak tak solat dulu?” Pertanyaan Ezrakil itu sudah dapat diagak oleh Farafeesa. Gadis itu mengigit bibirnya. Otaknya cuba mencari jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada bosnya itu.
            “Awak balik naik apa ni?” Dari reaksi Farafeesa itu, dia sudah dapat mengenal pasti masalah gadis itu. ‘Kenapalah perempuan malu sangat nak mengaku yang dia datang bulan. Beritahu jelah. Bukan lelaki nak fikir bukan-bukan pun.’
            “Naik teksi.” Ujar Farafeesa sambil tersenyum sedikit. Sekurang-kurangnya dia terlepas dari menjawab soalan cepu emas bosnya tadi.
            “Kalau macam tu tunggu saya sembahyang kejap. Kejap lagi saya hantar awak balik rumah.” Baru sahaja Ezrakil ingin berlalu namun ada suara yang membantah.
            “Eh, tak pelah bos. Saya boleh balik sendiri.” Balik dengan Ezrakil? Oh, dia fikir sejuta kali. Nanti ibunya fikir yang dia punya skandal dengann bos pulak.
            “Ini bukan permintaan Feesa. Ini arahan.” Ujar Ezrakil dengan suara yang sengaja dikeraskan. Usai berpaling, dia tersenyum senang kerana dapat membuatkan Farafeesa berang. ‘Ingat aku nak lepas kalau balik malam-malam sorang diri. Sory Feesa, buatlah alasan macam mana pun, aku tak akan terima.’
            Farafeesa mendengus geram. ‘Kenapalah mamat ni tak jadi pengarah filem je. Sebab boleh serlahkan bakat mengarah orang yang terpendam tu. Tapi dia kan dah jadi pengarah, sebab tu kerja dia duk mengarah orang tu.’
            “Ingat Feesa, kalau awak lari malam ni, tahulah macam mana saya nak buat.” Sempat lagi diugut pekerjanya itu. Nampaknya malam ini dia boleh tidr lena kerana dapat bersama dengan Farafeesa diluar waktu kerja.
            “Macam tahu-tahu je yang aku nak lari. Eh, bos boleh baca fikiran aku eh.. Hebat.” Perlahan sahaja suaranya merungut. Tapi tak sangka pula yang Ezrakil boleh menangkapnya.
            “Awak cakap apa Feesa?” Ya Allah, ada lagi mamat ni? Bilalah dia nak sembahyangnya?
            “Bos, dah pukul berapa ni? Bos nak solat maghrib ke solat insyak.” Perli Farafeesa geram.
            “Saya nak sembahyanglah ni. Tahulah awak tu tak sembahyang.” Ambik kau! Tak pasal-pasal muka Farafeesa merah menahan malu dan geram. ‘Jaga kau Ezrakil! Minum air dalam gelas, ada time aku balas!

 Bab 18
            Jam di dashboard sudah pun menjangkau pukul lapan lima belas minit malam. Dia mengerling sedikit ke arah Ezrakil yang memandu di sebelahnya itu. Bagaimana ya ingin menyatakan kepada Ezrakil yang dia sebenarnya ingin singgah di pasar malam.
            “Awak ada nak singgah kat mana-mana ke Feesa?” Sembilan puluh darjah, Farafeesa berkalih memandang Ezrakil. ‘Mamat ni betullah boleh baca fikiran aku.’ Ngomel hatinya.
            “Kenapa bos tanya?” Soal Farafeesa hingga tersenget-senget kepala dibuatnya.
            “Hahaha. Saya ni boleh baca fikiran orang. Apatah lagi awak ni Feesa.” Ujar Ezrakil sambil mengulumkan senyuman.
            “Kenapa? Fikiran saya ni memang senang ke nak baca?” Tanya Farafeesa polos.
            ‘Senang sebab hati awak tu saya dah curi. Jadi apa-apa yang ada dalam fikiran awak, saya boleh baca melalui hati yang berada dalam gengaman saya.’ Namun jawapan itu hanya sekadar didalam hati. ‘Nak mampus kena belasah dengan Farafeesa kalau cakap betul-betul.’
            “Bos ni kenapa? Asyik senyum je.” Pelik betul dengan Ezrakil ini. Kalau dahulu, muka nilah yang paling ketat sekali. Dan dialah orang yang paling garang sekali. Dan Farafeesalah orang yang paling kuat melawan apabila dimarahi. Macam dia pulak yang bos.
            Namun sekarang, Ezrakil mudah benar untuk tersenyum. Ada sahaja perkara yang dapat membangkitkan senyuman pemuda itu. Hal ini bukan sahaja disedari olehnya malah disedari oleh seluruh pekerja EZ Management Service dan Mohd Efendi & Co.
            “Lah, senyum pun salah. Kang kalau saya mengamuk kang, awak jugak yang susah hati.” Farafeesa hanya mencebik. ‘Bukan susah hati tapi menyusahkan orang je nanti. Mengamuk macam orang meroyan.’
            “Bos, berhenti kat tepi ni jelah. Sebab saya nak pergi pasar malam kat depan tu.” Akhirnya, terkeluar juga ayat itu dari mulutnya.
            “Hah, kan bagus kalau awak cakap dari tadi. Lagipun, boleh jugak saya pergi pasar malam.”  Tanpa Disedari oleh Ezrakil, Farafeesa buat muka. ‘Asal dia nak ikut pulak? Adoyai.. Malas betullah.’
            “Jom turun.” Nak tak nak, terpaksalah Farafeesa memaniskan muka untuk turut serta. Yalah, Ezrakil itu adalah bosnya. Takut juga kalau-kalau hal seperti ini bakal merosakkan moodnya esok hari.
            “Bos nak pergi pakai macam ni ke?” Tanya Farafeesa sambil memandang pelik ke arah Ezrakil. Ezrakil mula memandang bajunya bila Farafeesa tidak berkelip memandangnya.
            “Kenapa? Salah ke saya pakai macam ni?” Kali ini, giliran Ezrakil pula yang bertanya. Pelikkah jika memakai kot untuk ke pasar malam.
            “Taklah salah. Tapi macam over pulak.” Tanpa berfikir, ayat itu terkeluar dari mulutnya tanpa tuan punya badan sendiri menyedarinya. Farafeesa menutup mulutnya kerana menyedari akan keterlanjuran kata-katanya.
            “Bukan macam tu maksud saya bos..” Terhenti seketika. Memikirkan ayat yang lebih sesuai untuk meneruskan kata.
            “Habis tu awak nak saya pakai macam mana cik adik manis.” Sedikit pun dia tidak mengambil hati kata-kata Farafeesa itu. Kerana memang itulah hakikatnya. Lagipun sebenarnya, inilah pertama kali dia menjejakkan diri ke pasar malam. Dasyat tak?
            “Cabut kot ni sekarang.” Arah Farafeesa selamba. Ezrakil yang mendengar hanya menurut. Jari telunjuk Farafeesa menari-nari di dagunya sendiri. Lagaknya tidak ubah seperti pereka fesyen yang sedang berhadapan dengan peragawan.
            Tanpa kata, dia terus mencabut tali leher yang menjerut Ezrakil. Dan terus menyengsengkan lengan kemeja Ezrakil. Ezrakil hanya menurut tanpa sedikit pun membantah. Keadaan mereka ini tidak ubah seperti sepansang suami isteri sahaja. Ezrakil sudah mula memasang angan.
            “Hah, macam ni baru nampak simple.” Tidak berkelip Ezrakil menjatuhkan pandangan ke seraut wajah yang sangat menyenangkan hatinya itu.
            “Bos! Bos okay tak ni?” Teguran Farafeesa itu mematikan lamunannya. Dia tersenyum sedikit untuk mengawal rasa malunya.
            “Boleh kita pergi sekarang.” Tanya Ezrakil setelah meletakkan kot dan tali lehernya ke dalam perut kereta.
            Dari satu kedai ke satu kedai mereka jelajah. Tangan Farafeesa sudah penuh dengan makanan tapi Ezrakil tidak membeli satu apa pun lagi.        
            “Bos, bos tak nak beli apa-apa ke?” Pelik juga dia dengan Ezrakil ni. Tak terliur ke tengok makanan yang berlambak didepan matanya itu?
            “Hmm, saya tak tahu nak beli apa.” Ujarnya jujur. Ya, memang itulah hakikatnya. Yalah, orang tak pernah pergi pasar malamlah katakan. Manalah tahu mana yang sedap dan mana yang tidak.
            “Kalau bos pergi pasar malam, biasanya bos suka makan apa?” Ezrakil mengaru-garu tengkuknya yang tiba-tiba terasa gatal. Pasti gadis ini akan menggelakkannya apabila mengetahui yang bosnya ini tidak pernah menjejakkan kaki ke pasar malam.
            “Saya tak pernah pergi pasar malam.” Agak susah juga untuk meluahkan hakikat tersebut. Namun, itulah realitinya.
            “Hah, tak pernah? Ruginya…” Yalah, sudah bertahun-tahun lelaki itu hidup di muka bumi Allah ini. Namun tidak pernah sampai ke pasar malam. Namun setelah difikir-fikir semula, memang agak logik juga. Ezrakil lahir dalam keluarga yang kaya raya. Mana mungkin mereka mahu menjejakkan kaki ke tempat sebegini.
            “Kalau macam tu, biar saya yang jadi pemandu pelancong bos untuk ke pasar malam ni. Bos cakap je nak makan apa? Semua ada tau.” Ceria suara Farafeesa sambil mula memperkenalkan beberapa buah gerai yang selalu dikunjungi olehnya.
            Dia pernah melancong ke serata benua namun malam ini, dia melancong ke pasar malam? Pelikkan? Namun inilah hakikatnya. Dan semua ini lebih bererti kerana dia dapat menghabiskan masa bersama dengan Farafeesa.
            Setelah membeli beberapa jenis makanan untuk disantap, mereka berdua melepak di satu kawasan. Farafeesa dengan tanpa sabar terus mencapai jagung bakarnya. Itu memang kesukaannya dari dulu lagi.
            “Sedapnya..” Ujarnya seperti anak kecil.
            “Bos, makanlah sekali.” Sungguh, tidak pernah-pernah dia duduk makan seperti ini. Akhirnya, Ezrakil mencapai jagung bakar miliknya dan dimasukkan ke dalam mulut.
            “Hmm, sedap..” Farafeesa tergelak didalam hati melihat reaksi Ezrakil yang pertama kali dapat berjumpa dengan jagung bakar. Gelaknya makin terjadi apabila mendapati ada sisa jagung bakar di gigi bosnya itu.
            “Kenapa?” Tanya Ezrakil pelik.
            Farafeesa hanya mengeleng. Malas ingin membantutkan semangat Ezrakil yang senang enak mengunyah itu. Usai makan, Farafeesa mula bangun. Hari sudah hampir lewat malam. Ibunya pasti risau nanti.
            “Feesa… duduk sekarang.” Arah Ezrakil tidak semena-mena sedangkan muka Farafeesa sudah terpinga-pinga.
            “Kenapa?” Mulutnya itu memang ringan benar untuk melahirkan pertanyaan.
            “Duduk jelah. Awak duduk sini kejap. Jangan bangun lagi tau. Tunggu sampai saya datang.” Arah Ezrakil dan terus berlari ke arah kereta yang berada tidak jauh dari mereka.
            Lelaki itu datang kembali dengan kot yang ditinggalkan didalam keretanya tadi. Muka Farafeesa mewah dengan kedutan. Tak faham dengan situasi yang menghantui mereka sekarang. Bertambah pelik apabila Ezrakil menyarungkan kot ke badannya.
            “Kenapa pakaikan saya kot?” Tanya Farafeesa namun lagi pelik apabila Ezrakil mengarahkan agar mengikutnya ke satu tempat. Tandas?
            “Bos, saya tak faham?” Entah apalah yang merasuk Ezrakil ini. Farafeesa rasa hendak ketuk sahaja kepala lelaki itu yang mengarukan kepalanya beberapa kali.
            “Masuk dalam dan tunggu saya call awak.” Ezrakil sudah mula melangkah.
            “Bos nak pergi mana pulak tu?” Ezrakil tidak terus menjawab kerana sudah jauh berlari meninggalkannya sendiri. Akhirnya dia masuk ke dalam tandas awam itu.
            Namun dia mula terfikir-fikir sendiri. Kenapa bosnya itu menyarungkan kot ke badannya?’ Melopong mulutnya sekejap apabila dia sudah mula menangkap maksud perbuatan bosnya itu.
            Terus dia memusingkan badannya untuk melihat punggungnya. Ada kesan darah disitu. ‘Patutlah dia bagi aku kot. Aku bocor rupanya. Ya Allah, malunya..’ Rasa hendak menyorok mukannya ke dalam tong sampah aje.
            Panggilan telefon dari Ezrakil itu membuatkan Farafeesa merasa hendak mencampak telefon bimbitnya ke dalam tong sampah yang tidak jauh darinya. Namun dijawab juga panggilan telefon bosnya itu.
            “Saya ada kat luar ni. Keluar kejap.” Susah untuk Farafeesa tafsirkan suara Ezrakil kali ini. Dia mundar-mandir didalam tandas. Rasa macam tak nak keluar terus pun ada. Akhirnya dengan langkah yang teragak-agak, dia menapak keluar.
            Dia hanya menunduk apabila terpandang muka Ezrakil. Mukanya bertambah merah apabila mencapai huluran Ezrakil itu. Apa lagi kalau bukan tuala wanita.
            “Saya tunggu kat sini ya.” Suara itu antara dengar atau tidak sahaja kerana cepat benar Farafeesa melarikan diri ke dalam tandas.
            Sudah beberapa kali diketuk kepalanya. Hendak salahkan siapa lagi kalau bukan kepala otaknya. Kenapalah dia terlupa yang dia sedang period dikala ini. Tak pasal-pasal dia menempah malu. Dengan Ezrakil pulak tu?
            Hampir lima belas minit, namun Farafeesa masih belum menampakan muka. Ezrakil sudah seperti cacing kepanasan duduk di luar tandas awam ini. Kalau ikutkan hatinya, hendak sahaja dia masuk mencari Farafeesa. Namun ada penjaga tandas disitu. Kalau nak tempah maut bolehlah.
            Akhirnya, Farafeesa keluar juga. Dia hanya menunduk. Tidak berani langsung untuk mengangkat muka. Sungguh, dia tidak pernah semalu ini untuk berhadapan dengan seorang lelaki.
            “Tak payahlah awak nak malu dengan saya Feesa. Apa yang berlaku pada awak tu lumrah. Semua wanita pun merasainya dan saya sebagai lelaki kena memahaminya.” Tutur Ezrakil perlahan sambil memulakan pemanduan.
            Sedari tadi, Farafeesa hanya memandang kea rah luar cermin. Suaranya lagilah susah untuk kedengaran.
            “Terima kasih bos.” Perlahan sahaja suaranya. Ezrakil tersenyum sendiri. Rupanya, ada perkara juga yang mampu membuatkan gadis itu sepi tanpa suara. Kalau tidak, mulut itulah yang paling kecoh mengeluarkan bicara.
            “Alah, ini bukan kali pertama saya beli tuala wanita tu. Saya pernah beli untuk akak dan adik saya juga. Jadi tak perlulah awak rasa terhutang budi sangat.” Secara tidak langsung, perkara seperti ini dapat merapatkan hubungan mereka.             
            Farafeesa tidak tahu hendak memberi reaksi yang bagaimana lagi. Rasa malu  yang menerpa usahlah dicerita. Kalau  cerita juga, alamatnnya sampai besok malam pun tak habis. Tapi sedikit sebanyak, dia agak berbangga juga dengan Ezrakil. Kelihatannya lelaki itu teramat memahami jiwa wanita.
‘Kalau tahu cerita ni sampai dek budak office, sepuluh tahun pun tak cukup depa nak gelakkan aku gamaknya.’ Dikerlingnya sedikit Ezrakil yang sedang memandu. Lelaki itu kelihatan tenang-tenang sahaja. Sedangkan dirinya diserang rasa celaru yang tidak terkira banyaknya.
 
Bab 19                                                               
“Terukknya muka kau Feesa.” Suara kakaknya itu halus menampar gegendangnya. Kalau tidak dicakap pun, dia sudah boleh nampak dari cermin meja solek ini.
“Kenapa ya?” Dia sendiri dilanda rasa hairan. Tiba-tiba sahaja mukanya diserang kemerahan yang amat jelas kelihatan. Bagaimana dia hendak bekerja jika sebegini rupa? Pasti akan mengundang pertanyaan dari staf-staf yang lain.
‘Kalau staff lain aku tak heran sangat. Tapi risau mamat Ezrakil tu yang perasan. Dia tu dahlah kuat menyibuk sikit. Pantang ada yang tak kena pada aku ni? Pasti nak korek cerita sampai dapat.’
“Mungkin sebab kau pakai make up hari tu kot. Kulit kau sensitiflah tu.” Kata-kata Faraneesha itu mungkin ada benarnya juga. Kerana sedari dulu, kulitnya itu memang agak alah sedikit dengan alat make up.
Sesampainya Farafeesa di pejabat, sesiapa yang berselisih dengannya pasti akan menyoal tentang kulit mukanya yang kemerahan itu.
“Kenapa dengan muka kau tu Feesa?” Termasuk Atiq, genaplah sepuluh orang yang bertanyakan soalan yang sama. Dah macam kaunter receptionist pun ada.
“Terlebih pakai blusher.” Dan jawapan itu jugaklah yang diberi kepada kesepuluh orang rakan pejabat yang bertanyakan soalan kepadanya. Hendak sahaja dirakam. Senang sikit. Tak payah ulang banyak kali.
“Hai, sejak bila pandai pakai blusher ni?” Tanpa memikirkan perasaan Farafeesa, dengan selamba Atiq meluahkan tawa. Rasa kelakar bila sahabatnya itu menggunakan blusher sedangkan selama ini, muka gadis itu sudah sedia cantik dengan rupa aslinya.
“Eh, sejak bila pulak aku tak pandai. Kau jangan pandang rendah pada aku walaupun aku ni memang sedia rendah tau.” Hah, ada sahaja kata-kata yang ingin dibidas kembali.
“Feesa, tengok muka kau pun aku tahu yang kau bukan pakai blusher. Kau jangan nak kencinglah kat aku ni.” Atiq ini memang terkenal dengan mulut lepasnya. Namun sedikit pun Farafeesa tidak kisah, kerana dia sentiasa senang dengan tutur kata ibu seorang anak itu.
“Eh, aku bukan jenis manusia yang tak senonoh nak kencing-kencing kat orang ni. Apa guna Arkitek cipta tandas cantik-cantik kalau nak kencing depan kau.” Memang kena sangatlah mereka berdua ini. Sama-sama tidak kenal erti kesopanan. Ish..
Baru sahaja Atiq ingin membalas kata namun muncul Ezrakil secara tiba-tiba dan berlalu dihadapan dua orang perkerja itu. “Feesa, masuk bilik saya.” Namun sempat lagi disisipkan arahan buat pekerjanya yang seorang itu.
“Feesa, masuk bilik saya..” Atiq tergelak apabila melihat gaya Farafeesa mengajuk gaya Ezrakil memberikan arahan.
“Dia memang suka mengarah.” Komplen Farafeesa sambil mula memandang ke cermin. Dia mahu memastikan sama ada kemerahan itu masih jelas kelihatan ataupun sudah beransur hilang.
“Dah memang dia tu pengarah syarikat pun. Kau tu bini pengarah je.” Usik Atiq dengan gelak tawa yang menjadi-jadi pula rasanya.
‘Budak bangang ni, memang selalu buat aku bengang!’
“Amboi mak buyung ni, sesuka rasa mengata aku eh?” Malas hendah terus melayan Atiq. Dia mula mencapai powdernya. Dihalakan wajah ke cermin kecil itu. ‘Aish, masih belum hilang lagi?’
“Amboi, bukan main kau an, nak masuk bilik bos pun sempat lagi nak touch up kan.” Sakat Atiq. Namun usahanya hanya sia-sia kerana Farafeesa asyik sungguh menatap wajah di cermin.
“Tak hilang lagilah.” Risau dia dibuatkan. Tidak pernah-pernah kulitnya sesentif seperti kali ini. Rasa risau sudah mula menjalar di segenap rasa milik Farafeesa.
“Tuan Puteri dah cukup cantik dah. Silalah mengadap Sultan ya sebab karang tak pasal-pasal mood dia merundum sebab layan perangai puteri yang sorang ni.” Farafeesa buat muka bosan.
“Kau kena ingat, mood bos bergantung kepada layanan kau pada dia?” Segera Farafeesa berpaling.
“Wei, kau ingat aku ni gundik dia ke?” Ya Allah, jika tidak mengenangkan yang Atiq sedang mengandung, ingin sahaja ditampar hingga bekecai setiap biji gigi Atiq. ‘Terima kasih pada baby kau je Tiq! Kalau tak, memang naya badan sendiri je.’
“Hahaha... dah lah... lama dah Encik Ezrakil tunggu tu. Dia dah kerinduan tu. Cepat pergi.” Arah Atiq cepat-cepat. Bukan boleh kira sangat Ezrakil tu, kang tak pasal-pasal bunyi lagi interkom tu.
 Malas terus melayan perangai gila Atiq yang tak pernah suruh walaupun sedang mengandung itu. Namun masih masih sempat dihadiakan jelingan tajam. Ketajamannya mampu menghiris hati. Aduh!
“Kenapa bos?” Tanya Farafeesa sambil menunduk sedikit.
“Saya nak confirmkan meeting minggu depan.” Farafeesa buat muka. ‘Pasal benda ni je ke? Apasal lah dia tak interkom je. Sibuk nak suruh aku masuk buat apa? Adoyai.’
“Meeting macam biasa bos. Tak tunda pun.” Rasanya, dia tidak ubah seperti setiausaha bosnya sahaja.
            “Feesa, kan selalu saya pesan, bila bercakap kena pandang muka saya. Bila awak tunduk macam tu, awak macam tengah cakap dengan kerusi. Ke awak memang boleh faham bahasa kerusi tu? Kelebihan awak yang baru ke?”
Ezrakil kalau bab memerli, tak pernah sipi-sipi. Terus menusuk ke dalam kalbu. Aish.. Lantas diangkat mukanya perlahan-lahan.
“Apasal dengan muka kamu tu.” Memang dah agak. Mesti Ezrakil tegur punyalah. Pemuda ni memang busy body sikit orangnnya. Ini yang dia malas sebenarnya. Pokoknya, jika melibatkan Ezrakil, dia memang MALAS. Malas melayan karenah BOS!
“Sensitif pakai make up.” Jawab Farafeesa jujur.
“Pakai make up? Eh, sejak bila pulak awak pakai make up?” Setahunya tidak pernah sekalipun dia melihat muka Farafeesa dihiasi dengan alat make up. Kerana tanpa bermake up pun, gadis itu sudah kelihatan cantik.
“Alah, saya pergi dinner hari tu.” Kelentong Farafeesa. Senang dapat mengenakan bosnya itu. Dalam hatinya mengeletek ketawa sakan.
“Dengan siapa?” Hah, dah agak dah. Mesti dia tanya punyalah.
“Dengan husband sayalah.” Sejurus kemudian, Farafeesa keluar dengan senyuman yang tidak lekang dari wajahnya. Ezrakil tercengang!
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu ya. Banyak kerja kat luar tu. Karang kalau tak settle, bos marah pulak.” Memang manusia yang sangat berani.
‘Wah, pandai mengugut aku sekarang. Ini siapa yang bos ni? Aku pulak yang confuse.’ Tergeleng-geleng kepala Ezrakil apabila mengenangkan gelagat Farafeesa itu.
“Kau apahal tersenyum sorang-sorang ni?” Senang hatinya melihat Farafeesa gembira keluar dari bilik bos. Kalau tidak pasti Ezrakil mampu merosakkan mood ceria Farafeesa.
‘Memang dia orang ni ada chemistry. Mood Ezrakil mudah terganggu jika melibatkan Farafeesa. Mood Farafeesa pula mudah terkehel jika melibatkan Ezrakil. Macam bercinta dalam diam pun ada jugak? Ke memang betul-betul bercinta?’ Hmm, sesak kepala otaknya memikirkan karenah Ezrakil dan Farafeesa.
“Bos melamar aku.” Sakat Farafeesa sengaja.
“Hah! Serius. Kau terima tak?” Terus Farafeesa gelak sakan. Ditekan perutnya untuk menahan tawa. Atiq pula sudah mula mengetap bibir apabila dapat mengesan penipuan temannya itu. Mati-matilah dia percaya yang Ezrakil melamar Farafeesa.
“Kurang ajar kau eh. Kau kenakan aku eh.” Marah Atiq. Marah-marah sayang je. ‘Kus semangat, mahu terberanak aku rasanya.’
“Kau pergi percaya kenapa. Kalau pun bos nak melamar aku, tak kan lah dia bedal sangat nak melamar kat office. Apa kelas..” Kata-kata Farafeesa itu memang terselit kebenarannya.
“Alah, bos kan kedekut. Nak save budgetlah katakan.” Ujar Atiq untuk menutup rasa malunya. Tapi kalau betullah penipuan Farafeesa itu tadi, dialah wanita yang paling berbahagia kerana akhirnya temannya itu akan menghabiskan tirai zaman solonya.
Keduanya sama padan. Bagai pinang dibelah-belah. Hehehe..
Gurauannya tidak mendapat sambutan apabila melihat Farafeesa sedang menahan badan di dinding dan sebelah tangannya lagi memegang kepalanya. Tiba-tiba Farafeesa merasakan yang kepalanya seakan-akan berpusing sahaja.
“Eh Feesa, kau okay ke tak ni?” Tanya Atiq cemas. Tidak pernah-pernah dia melihat Farafeesa sebegini rupa.
“Aku okaylah. Cuma pening sikit.” Suaranya kedengaran tidak bermaya langsung. Matanya hanya mampu dikatup rapat. Atiq membantu sahabatnya ke kerusi miliknya.
“Aku pergi ambik ubat eh?” Terus Atiq hilang entah ke pantri office.
“Kalau tak larat tak payahlah kerja.” Nasihat Atiq sambil membantu Farafeesa menelan ubat.
“Alah, dah biasa dah sakit macam ni. Kejap lagi hilanglah tu.” Farafeesa tersenyum sedikit. Cuba menghilangkan rasa gelisah milik sahabatnya.
“Dah biasa. Ish, kau ni jangan main-main. Pergilah check. Entah-entah sakit teruk ke. Kita mana tahu.” Bebel Atiq lagi.
Rasanya ingin sahaja dia meneruskan bebelannya. Namun apabila matanya jatuh pada seraut wajah yang nampak lesu itu, terus dimatikan niatnya. Farafeesa perlukan ketenangan. Lantas dibiarkan Farafeesa berehat sendiri.
Kata-kata Atiq sebentar tadi bagai terngiang-ngiang di telingannya. ‘Entah-entah sakit teruk.’ Ayat itu mampu menteraburkan bulu romanya. Adakah kebarangkalian dia untuk sakit teruk? Adakah ajal sudah menghampiri dirinya?
Terus dibukakan matanya. Dia tidak boleh terus menerus berfikir yang tidak-tidak. Untuk terus menghalang kepala otaknya dari berfikir yang bukan-bukan, terus dia mencapai fail yang bertambun dan kembali fokus dengan kerjanya.
Atiq yang melihat teman sepejabatnya itu terus mengelengkan kepalanya. Degil! Itulah satu perkataan yang paling sesuai buat temannya itu.

Bab 20
            Rumahnya dikala ini penuh dengan sanak saudara yang datang berkunjung. Al-maklumlah, hari ini adalah hari pertunangan Faraneesha. Gamak suasana dengan adengan usik mengusik.
            “Iman, panggil Angah kamu! Suruh dia tolong ibu kat dapur ni. Asyik nak membuta je.” Bebel Puan Azah nyaring.
            Farafeesa yang terbaring itu terus bangun apabila mendengar jeritan ibunya itu. Dia bukan sengaja tidak mahu membantu tapi kepalanya terasa amat sakit. Hendak berdiri dengan betul pun dia rasa tidak mampu.
            “Angah, ibu suruh tolong dia. Angah ni asyik tidur je.” Bebel Iman. Adik bongsunya yang memang terkenal dengan sifat banyak mulut.
            Farafeesa terasa tidak berdaya untuk membalas kata-kata adiknya itu. Lantas dia berjalan menuju ke dapur. Menghampiri ibunya yang sibuk mengaul sesuatu di dalam periuk besar.
            “Kalau macam nilah perangai kamu Feesa, ibu tak pelik kalau tak ada orang yang hendakkan kamu. Malas sangat.” Farafeesa diam tidak berkutik. Sudahlah ibunya membebel dihadapan sanak saudarannya. Rasa hendak lenyap sahaja dari permukaan bumi ini.
            “Feesa sakit kepalalah.” Dia tahu, tiada gunanya jika hendak membela diri. Ibunya pasti akan membalas kata dengan lebih dasyat.
            “Kenapa tak cabut je kepala kamu tu? Senang cerita. Lepas tu guna taktik lain pulak. Cakap sakit perut pulak.” Hah, kata-kata seperti ini sudah boleh diagak olehnya. Akhirnya dai mengambil keputusan untuk senyap sahaja. Cakap banyak pun tak guna jugak.
            Setelah selesai membantu ibunya di dapur, akkinya melangkah ke dalam bilik yang menempatkan Faraneesha yang sedang bersolek. Dari jauh lagi sudah teserlah kecantikkannya.
            “Lah, kenapa tak siap lagi?” Tanya Faraneesha yang melihat saudara kembatnya itu masih dengan seluar track suitnya.
            “Lah, bukan aku yang nak bertunang. Kang kalau aku pakai cantik-cantik kang, kalah pulak orang yang nak bertuanang.” Dikumpul kudrat untuk berhadapan dengan kakaknya ini. Kerana Faraneesha dengan mudahnya dapat mengenal pasti kesakitan yang ditanggungnya.
            “Alah, tak kisah pun kalau nak kalahkan aku.”
            “Betul tak kisah kalau aku over dari kau. Nanti bakal mak mertua kau tu tersalah orang pulak.” Sakat Farafeesa.
            “Weh, tu dah over tu. Nak lebih cantik aku tak kisah tapi kalau nak take over Luqman, Wooo, aku tak payah fikir weh. Memang aku tak bagi.” Ujar Faraneesha ikhlas. Farafeesha hanya tergelak kecil.
            “Sayang sangat kat Luqman tu.”
            “Mestilah. Bakal tunang aku kot.”
            Yang lain-lain hanya mendengar perdebatan diantara sepasang kembar itu. Hendak menyampuk kang, lagi panjang pula ceritanya. Budak berdua ni bukan boleh bagi topik sangat. Ada je nak menambah untuk memanjangkan lagi cerita.
            “Apa bising-bisng ni sampai kat luar dengar? Terus terdiam keduanya apabila ditegur oleh Puan Azah.
            “Feesa, kamu tak reti nak tukar baju ke? Jangan nak pakai macam tu eh.” Farafeesa menelan amaran ibunya dengan kelat. Terus dia menukar baju yang lebih sesuai dengan acara majlis.
            “Feesa, meh aku make up sikit.” Terus Farafeesa mengeleng tanda menolak ajakan temannya itu.
            “Alah, jomlah.” Tanpa persetujuan Farafeesa, Syima terus menyolek wajah temannya itu. Dan akhirnya, Farafeesa hanya menyerahkan wajahnya. Namun sempat diberi amaran agak tidak menyoleknya dengan solekkan yang tebal.
            “Wah, cantiknya Feesa. Kalah orang yang nak bertunang.” Sengaja Syima menyakat. Padahal secara sejujurnya, kedua-duanya kelihatan sangat cantik. Inilah pertama kali dia melihat pasangan kembar itu bermake up. Kalau tak, jangan haraplah.
            “Syhhh... orang tengah berbincang tu.” Baizura memberik amaran apabila suara Syima yang bagai tertelan microfon tika bersuara.
            Akhirnya kami beramai-ramai cuba mendiamkan diri sedangkan banyak gila topik yang terpaksa ditangguhkan. Apabila Syima kembali ingin bersuara, cepat-cepat yang lain-lain meletakkan jari terlunjuk di mulut. Menyarankan agar Syima terus mendiamkan diri.
            Akhirnya muncul Puan Azah di muka pintu dan mengarahkan agar anak sulungnya itu agar keluar. Upacara menyarungkan cincin bakal dilakukan. Farafeesa ikut turut mengiringi saudara kembarnya itu.
            “Yang mana satu bakal menantu mak cik?” Seloroh Umi Kalsum. Bakal ibu mertua Faraneesha.
            “Ish, buat-buat tak kenal pulak.” Balas Farafeesa pula. Sedangkan tetamu yang hadir sudah mula tergelak kecil.
            Muka Faraneesha kemerahan tika Puan Umi Kalsum menyarungkan cincin di jari manisnya. Farafeesa terus merakamkan detik bersejarah itu di dalam kamera.
            “Kamu bila pulak?” Usik sanak saudaranya tika yang lain-lain sudah mula menjamu selera.
            “Hahaha... Belum bukak borang lagi.” Gurau Farafeesa.
            “Kalau kamu belum ada calon, boleh mak cik kenalkan kat saudara mak cik. Kamu nak.” Melopong Farafeesa mendengarnya. ‘Mak cik-mak cik sekarang memang boleh bukak agensi cari jodohlah. Nampaknya memang tak ada oranglah yang akan jadi bujang terlajak nanti.’
            “Tak payahlah Timah. Feesa tu memasak pun tak lulus lagi. Mengemas pun tak betul lagi.”  Puan Azah bersuara.
            “Alah, nanti-nanti pandailah kan.” Farafeesa hanya tersenyum tika Mak cik Timah memebelanya. Dia mula melarikan langkah ke arah lain. Ibunya sendiri lebih senang memburukkannya dihadapan sesiapa pun. Berbeza pula layanannya terhadap Faraneesha. Ada sahaja pujian untuk gadis itu. Lama-kelamaan dia dapat merasakan yang dia makin terpinggir dalam keluarga ini.
            “Kenapa muka awak masam je Feesa.” Tegur satu suara.
            “Eh, bos! Bos baru datang ke?” Terkejut dia dibuatnya dengan sapaan Ezrakil yang tiba-tiba itu.
            “Dah nak balik dah pun. Nak tunggu awak keluar payah sangat.” Seloroh Ezrakil sambil tersenyum-senyum. Betapa dia terpegun melihat Farafeesa tika ini. Nampak lain benar bila gadis itu bermake up.
            Namun tiba-tiba ada cemburu yang menghimpit. Pasti ada ramai lelaki di luar rumah yang bakal terpikat melihat kejelitaan Farafeesa itu. Dan peluangnya akan makin menipis untuk memiliki Naila Farafeesa.
            “Saje je malas keluar. Nanti ramai pulak yang terpikat tengok saya pakai macam ni.” Gurauan Farafeesa itu Ezrakil sambut dengan tawa kecil. Ya, sesiapa pun akan terpikat melihat Farafeesa yang anggun mengenakan sepasang kebaya labuh berwarna merah. Penampilannya bertambah menarik apabila wajah yang selama ini dibiarkan natural mula berubah bentuk. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa cantiknya bidadari hatinya dikala ini.
            “Perasan betul awak ni kan. Anyway, thanks sebab jemput saya.” Kelu rasanya ingin berhadapan dengan Farafeesa ini. Kenapa ya? Ada sesiapa boleh jawab?
            “Mestilah kena jemput. Kalau tak jemput nanti bos potong duit gaji saya pulak.” Ada sahaja ayat untuk dibalas. Entah bilalah gadis ini akan kekeringan idea?
            “Cantik kembar awak.” Dia tahu Farafeesa akan mengerti maksud kata-katanya.
            “Macam kembar dia jugaklah.” Hah, kan dah cakap. Confirm faham punyalah. Nama pun Farafeesa. Kalah tak perasan tu, memang dah tak ada perasaan gamaknya.
            “Pergi kerja jangan pakai macam ni tau.” Sempat lagi dia memberikan amaran sebelum melangkah ke luar rumah.
            “Kenapa pulak?”
            “Tak cantik.” Bohongnya. Sedangkan dia sebenarnya akan merasa cemburu yang teramat sangat jika Farafeesa dipandang oleh pelanggan-pelanggannya nanti. Sudahlah kebanyakkan clientnya datang dari kaum spesisnya. Nanti habis dikebas assistant company secretary merangkap bidadari hatinya itu.
            Tanpa make up pun Farafeesa sudah berjaya menarik perhatian ramai, inikan pula setelah berhias cantik sebegini. ‘Jangan Feesa, jangan cabar diri saya. Nanti saya kidnap awak untuk kahwin lari.’
            “Saya tahulah yang saya tak secantik teman wanita bos.” Adu Farafeesa. Suaranya sengaja disedihkan sedikit untuk menarik perhatian bosnya itu.
            “Hah, tahu tak apa. Okaylah, saya balik dulu Feesa. Ingat tau, jangan berani pakai macam ni pergi office.” Terus dia berlalu pergi sambil tersengih-sengih kerana berjaya membuatkan bidadari hatinya itu bengang sendiri.
            “Kurang ajar. Nanti kau Ezrakil.” Bisik Farafeesa bengang. Sakit hati sungguh jika melayan Ezrakil ini. Boleh jadi gila pun ada. Eh, jangan gila sungguh sudahlah. Gila-gila je tak apa.
            “Siapa tu? Kata tak bukak borang lagi tapi calon dah ada eh.” Usik mak cik Timah. Entah sejak bilalah dia menonton babak percintaannya dengan Ezrakil tadi. Nampaknya rumah ni dah ada gosip baru nieh?
            “Itu bos lah. Dah kahwin da pun.” Tipu Farafeesa. Jika tidak menipu, pasti rumahnya nanti akan kecoh pulak. Jadi dengan penipuan ini, dapatlah menutup mulut mak cik timah kesayangannya itu.
            “Awatlah orang hensem selalu kahwin awal hah?” Keluh dia sendirian. Farafeesa tersenyum melihat gelagat mak ciknya itu.
            “Kenapa mak cik, teringin nak berlaki orang muda ke?” Terus dicubit pipi Farafeesa sehingga kemerahan jadinya. Seronok benar gadis itu bila dapat mengenakannya. Dari kecik sampai besar, nakalnya tak pernah berubah walau sedikit pun.
            Farafeesa ingin terus melangkah ke arah dapur. Namun entah kenapa pandangannya terasa seperti berpusing-pusing. Dia mula mendaratkan tangan di kepalanya. ‘Ah sudah.. pening ni datang lagi? Tak boleh jadi ni? Aku kena pergi check doktor jugak.’

1 comment:

  1. 1. tido kat opis kuar air liur basi tak?
    2. sayapun tak penah g pasar malam
    3. period? ishhhhh
    4. rama2 dah terbang di laman hati

    hehehhe... gud job sara

    ReplyDelete