Thursday 22 December 2011

CIntaku Bukan Di Atas Kertas


  
Dalam dunia ini, siapalah yang menempah untuk hidup sengsara. Tiada siapa pinta ujian bertamu. Namun setiap derita itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Ungkapan itulah yang menguatkan semangatnya untuk hidup. Meneruskan hidup disamping kasih anak-anaknya.
            Bagi Syifa Humaira, tiada waktu untuk dia bersenang lenang tika ini. Semua waktunya menuntut dia untuk menimba ilmu dan memperuntukkan sepenuh perhatian pada sepasang anak kembarnya. Pada pandangan umum, mungkin dia kelihatan seperti orang kampung yang tidak pandai bersosial.
            Tetapi hakikatnnya, dia tidak punya masa untuk bersuka ria di luar. Ada tanggungan yang menuntut tanggungjawabnya. Ada perkara yang lebih penting dari keronokkan di luar sana.
            “Syifa, kau nak join kita orang tak petang nanti?” Soal Siti yang tidak pernah jemu-jemu mengundangnya untuk keluar bersama.
            “Tak bolehlah.” Jawab Syifa sambil menghadiahkan senyuman hambar. Dia tahu Siti kecewa dengannya. Namun, siapalah dia untuk menunaikan permintaan semua pihak. Dia hanyalah manusia biasa yang lemah serba serbi.
            “Syifa, kenapa yerk kau tak pernah nak keluar dengan kita orang. Lepas habis kelas je nak balik. Buat apalah kau nak balik awal sangat. Duduk kat rumah bukannya boleh buat apa pun. Lainlah kalau kau nak layan laki kan..” Dalam masa dia menyoal, dia membuat lawak. Namun kata-kata itu bukanlah satu lawak buat Syifa.
            “Aku bukan tak nak tapi aku tak boleh. Ada kerja yang aku nak buat.” Itulah jawapan yang selalu terbit dari mulut gadis itu. Siti jadi pelik sendiri dengan sikap Syifa. Walaupun sudah hampir 3 tahun mengenali gadis itu, Syifa seolah-olah sentiasa berada di dalam dunianya sendiri. Tidak langsung bercampur dengan dunia luar.
Dia hanya membalas sapaan orang yang menegurnya sahaja. Itupun hanya dengan senyuman hambar. Janganlah harap dia akan menegur dahulu. Bukan sikapnya sombong tetapi mungkin gadis yang bernama Syifa Humaira ini agak pemalu. Kalau dengan kaum adam lagilah dia sepi seribu bahasa.
Namun sikapnya yang sepi dan suka berdiam diri itu bukanlah satu langkah untuk membuatkan dia tidak dikenali dalam kaum Adam. Dalam diam, ramai mahasiswa yang jatuh hati dengan gadis itu. Semua salam perkenalan hanya disambut dengan gelengngan sahaja.
Siti jadi pelik sendiri dengan sikap Syifa itu. Kadang-kadang gadis itu seolah-olah sengaja menolak tuah. ‘Agak-agaknya, perkara apalah yang  mampu membuatkan Syifa tersenyum bahagia?”  Soalnya sendiri di dalam hati.
“Wei Siti, sejak bila pulak kau berjangkit jadi bisu macam si Syifa tu?” Soal Afina selamba. Mujurlah suara tidak terlampau kuat. Gusar juga kalau-kalau Syifa terdengar gurauan Afina yang agak kasar itu.
“Kau ni, mulut tak ada insurans langsung. Tak pandai langsung jaga hati orang.” Marah Siti.
“Alah, macamlah dia pernah jaga hati kita. Aku tak fahamlah dia tu. Mentang-mentanglah dia cantik, pandai jadi dia boleh berlagaklah dengan kita.” Sembur Afina marah.
“Bila pulak dia berlagak dengan kita?” Soal Siti tidak faham.
“Bila kau tanya? Habis tu yang dia asyik duk tolah ajakan kita tu, bukan berlagak ke namanya?” Terang Afina.
“Itu bukannya berlagak. Kan dia cakap yang dia ada kerja.” Ujar          Siti cuba membela Syifa.
“Kerja, kerja, kerja. Itulah alasan dia. Sibuk mengalahkan perdana menteri.” Omel Afina lagi. Siti hanya mampu memberikan amaran kepada Afina untuk senyap. Dia takut kalau-kalau Syifa terdengar perbualannya dengan Afina.
Dalam diam, Syifa sebenarnya mendengar setiap perbualan di antara Siti dan Afina. Namun apalah kudratnya untuk menghalang apatah lagi untuk memarahi mereka. Mereka berhak untuk berkata apa sahaja.
Dia tidak berdaya untuk membahagiakan hati semua pihak. Sedangkan hatinya sendiri tidak pernah mengucup rasa bahagia. Apa yang membuatkannya bahagia ialah dengan melihat anak-anaknya bahagia. Itu sahaja sudah cukup buatnya.
Itulah rahsia yang sehingga kini masih tersimpan rapi. Tiada seorang pun yang tahu bahawa dia mempunyai sepasang anak kembar lelaki. Anak-anaknyalah yang menjadi nadi untuk dia terus hidup di dunia ni.
Bukan niatnya untuk merahsiakan dari teman-teman. Namun perkara ini rasanya bukanlah satu kepentingan buat teman-temannya. Dia tidak pernah menyibuk hal peribadi orang lain jadi orang lain juga tidak berhak untuk mengetahui kisah peribadinya. Tidak perlulah digembar-gemburkan hal peribadinya untuk tontonan umum.
            Sedang dia baru menapak untuk meninggalkan perkarangan kampus, tiba-tiba ada satu suara yang menegurnya.
            “Syifa, awak nak balik ke?” Soal Dr. Luqman. Salah seorang pensyarah yang mengajarnya semester akhir ini.
            Syifa hanya menjawab soalan pensyarahnya itu dengan anggukkan.
            “Awak balik naik apa?” Soal Dr. Luqman ramah walaupun dia sedar yang pelajarnya itu memberikan reaksi yang agak negatif.
            Syifa menjawab soalan pensyarahnya dengan menunjuk ke satu arah yang meletakkan keretanya. Dr Luqman kelu sendiri. Tidak tahu lagi bicara apa lagi yang dia ingin lahirkan.
            Dalam diam, dia sebenarnya ada menyimpan perasaan terhadap gadis yang manis bertudung ini. Walaupun peribadinya yang agak pasif itu adakalanya menganggu gugat jiwanya, namun dia tekadkan hati untuk menakluki hati gadis ini.
            Matanya hanya menyoroti jejak langkah milik Syifa. Cantik sungguh dia. Namun bukan kecantikkan yang menjadi keutamaannya. Perilaku gadis itu yang terlalu menjaga tata tertib pergaulan yang menarik hatinya.
            Namun gadis itu terlalu pendiam. Itulah yang menyukarkan dia untuk mengenali dengan lebih rapat dengan gadis yang bernama Syifa Humaira itu. Raut wajahnya seperti memendam duka yang dia sendiri tidak dapat merungkainya.
            ‘Ya Allah, seandainya dialah jodoh yang akan mewarnai hidupku nanti, izinkan aku menghiasi wajahnya dengan senyuman dan melengkapkan hidupnya dengan sinar kebahagiaan. Namun jika bukan aku yang layak membahagiakan dirinya, titipkanlah seorang lelaki yang mampu menjaganya lebih dari diriku.’ Itulah doanya saban hari.
            Hatinya sudah jatuh sayang dengan perlajarnya sendiri. Bukan niatnya untuk menyalah-gunakan gelaran pensyarah yang disandang. Namun hatinya ini berada di dalam gengamanNYA. Siapalah dia untuk mempersoalkan siapa yang layak menghuni di hatinya.
            Dr. Luqman membuka folder di dalam telefon bimbitnya yang menempatkan gambar-gambar Syifa yang ditangkap secara curi-curi. Dia tersenyum sendiri. Dia tahu kesalahannya menangkap gambar tanpa keizinan tuan punya badan. Namun hanya ini sahaja cara untuk melampiaskan rindunya pada Syifa Humaira.
***
            “Mama…” Laung anak-anaknya lantas berlari ke arahnya yang baru sahaja keluar dari perut kereta. Syifa tersenyum bahagia lantas memeluk kedua-dua anaknya seerat mungkin. Dihadiahkan kucupan sayang buat Aidil dan Adha.
            “Anak mama dah makan?” Itulah soalan wajib yang sering ditanya olehnya apabila pulang. Syifa memimpin tangan anak-anaknya untuk masuk semula ke dalam rumah.
            “Dah. Nenek suap. Tapi nenek suap tak sedap. Adik nak mama suap…” Rengek si adik. Memang dia akui yang Adha agak manja berbanding dengan Aidil. Mungkin pangkat adik yang membuatkan Adha lebih manja berbanding dengan Aidil yang agak matang.
            “Adik ni manja betul.” Rungut si abang pula. Syifa tergelak kecil. Sesungguhnya, hanya anak-anaknya yang mampu buat dia tersenyum dan ketawa.
            “Biarlah.” Balas si adik pula. Begitulah kebiasaanya. Hidupnya yang dulu dirasakan gelap sudah mula memancarkan sinarnya dengan kehadiran Aidil dan Adha. Nama itu diambil sempena kelahiran mereka sewaktu menyambut Hari Raya Korban lima tahun yang lalu.
            “Mama, adik kan, dia gaduh dengan kawan kat sekolah….” Aduan Aidil itu seperti menyentap tangkai jiwanya.
            “Adik, kenapa gaduh dengan kawan?” Soal Syifa lembut. Sedikit pun tidak ditinggikan suaranya.
            “Abang ni, semua nak mengadu.” Marah Adha sambil berlalu naik ke biliknya meninggalkan Syifa dan Aidil terpinga-pinga sendiri.
            “Abang tahu kenapa adik gaduh dekat sekolah?”  Kali ini soalan itu ditujukan buat si Aidil pula. Aidil hanya menjawab soalanya ibunya dengan anggukan yang lemah.
            “Sebab apa?” Tanya Syifa lagi tanpa jemu.
            “Sebab dia orang ejek abang dengan adik.” Jawab Aidil perlahan.
            “Dia orang ejek apa?” Keinginannya untuk tahu lebih meluap-luap kali ini.
            “Dia orang cakap kami anak haram.” Kata-kata yang terbit dari mulut Aidil seperti menikam hatinya. Akhirnya, waktu yang paling dia takuti telah tiba jua. Syifa terkedu sendiri.
            “Mama, kami bukan anak haram kan?” Kali ini, Aidil pula yang melahirkan soalan kepadanya. Bergenang air matanya mendengar soalan anaknya kali ini. Dia tidak temui jawapan yang selayaknya untuk diberikan buat anaknya.
            “Mama, kenapa mama senyap?” Soal Aidil lagi. Syifa mengigit bibir. Air matanya hampir-hampir sahaja tumpah namun segera ditahan dari mengalir di hadapan Aidil.
            “Abang, dah nak magrib ni, mari nenek mandikan.” Puan Suraya terpanggil untuk membantu anaknya yang kebuntuan. Hatinya jatuh kasihan melihat Syifa. Dia tahu, anaknya itu masih mentah untuk menanggung semua ini.
            Perlahan-lahan Aidil bangun dari duduknya dan berjalan ke arah neneknya. Syifa menghadiahkan ucapan terima kasih melalui bahasa matanya. Kalau tanpa bantuan ibunya, pasti dia mati kutu mencari jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Aidil.
            Dia tahu Aidil tidak bersalah dalam melahirkan sebuah pertanyaan. Namun, adakah dia yang bersalah kerana masih gagal menemukan jawapan yang pasti untuk diberitahu kepada anak-anaknya. Yang pasti, dia tidak akan sesekali menyalahkan takdir yang mencoret setiap perjalanan hidupnya.
            Sebagai hamba, dia haruslah menerima ketetapan ilahi yang telah ALLAH titipkan. Namun, dapatkah anak-anaknya menerima kebenaran yang bakal tersingkap nanti. Dia sendiri dapat merasakan yang dia belum cukup kuat untuk memberitahu cerita sebenar. Apatah lagi anak-anaknya yang masih kecil. Mampukah mereka menerima hakikat yang sebenar?
            Akan ada lagikah nyawa yang akan diragut selepas kebenaran terbongkar. Cukuplah dia kehilangan seorang ayah yang sangat dikasihi. Dia tidak rela kehilangan lagi. Ingatannya mengarit peristiwa lampau yang berlaku enam tahun lalu.
***
            “Ayah tak kira, ayah nak kamu gugurkan kandungan ni.” Nyaring suara ayahnya mengeluarkan arahan. Syifa yang masih tersedu-sedu menangis mengelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju.
            “Abang sedar tak apa yang sedang abang cakap ni?” Soal Puan Suraya kepada Encik Ramzi. Dia tahu suaminya itu sedang marah, jadi dia perlu menyedarkan suaminya supaya tidak berfikir yang bukan-bukan.
            “Sebab abang sedarlah abang cakap macam ni Su. Abang tak sanggup nak terima anak haram ni.” Suaranya sudah mula mengendur. Dia terduduk di atas sofa sambil kedua belah tangannya memegang kepalanya yang dirasakan sangat berat menanggung beban.
            “Tapi bayi ni tak bersalah.” Jawab Puan Suraya sambil mengosok-gosok kedua belah bahu Syifa. Persis memberi kekuatan kepada satu-satunya anak gadisnya yang sudah tidak bergelar gadis lagi.
            “Habis tu Su nak cakap abang yang bersalah sebab suruh Syifa gugurkan kandungan tu?” Kali ini, suaranya kembali nyaring. Puan Suraya beristifar di dalam hati. Suaminya jarang sungguh marah-marah sebegini rupa. Namun, siapa yang tidak marah bila anak yang disayangi telah dirogol dan benihnya mula bercambah di dalam perut anaknya.
            “Su bukanya nak salahkan abang tapi…” Kata-katanya mati disitu. Lidahnya kelu seketika. Air matanya menitis perlahan.
            “Syifa, kenapa Syifa tak beritahu kami yang Syifa kena rogol. Kalau tahu dari awal, kita boleh buat report polis dan perogol tu mesti boleh dikesan. Tapi bila dah jadi macam ni, semua bukti pun dah tak ada.” Ujar Safuan yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
            Kasihannya melimpah-limpah buat adiknya. Namun dia tidak tahu untuk menghulurkan apa-apa bantuan. Bagaimanalah nasib adiknya yang baru berumur dua puluh tahun itu untuk meneruskan hidup yang masih jauh ini. Bagaimana pula dengan tanggapan masyarakat terhadap Syifa nanti?
            “Syifa dah buat keputsan. Syifa tak akan gugurkan kandungan ni. Tak akan.” Putusnya muktamad. Dia tidak mempedulikan jelingan tajam milik ayahnya. Tidak menghiraukan tangisan kecil milik ibunya. Dan tidak menghiraukan kata-kata abangnya atau kata-kata sesiapa pun.
            Memang benar dia telah dirogol. Namun dia kenal benar dengan perogol yang merogolnya. Tetapi sengaja dia merahsiakan dari pengetahuan keluarganya. Dia tidak mahu kalau-kalau ada campur tangan dari pihak lain. Tidak perlulah dijaja maruahnya yang sudah pun ditarik nikmatnya.
            “Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni Syifa?” Soal Ecik Ramzi. Namun nada suaranya tidak keras mahupun lembut.
            “Syifa sedar ayah. Dan Syifa akan bertanggungjawab dengan keputusan Syifa ni. Bagi Syifa, dia sedikit pun tak bersalah. Mungkin Syifa yang lalai dalam menjaga maruah diri. Dan mungkin ALLAH sendang menguji kita sekeluarga ayah.
            Menguji tahap keimanan dan kesabaran kita dalam menempuh ujiannya. Cuba bayangkan kalau kita bunuh anak yang tak bersalah ni, satu hari nanti mungkin ALLAH tidak mahu lagi menumpangkan satu nyawa di dalam rahim Syifa ini.
            Dan masa tu, menyesal seumur hidup pun sudah tak berguna lagi ayah. Mungkin masyarakat akan mencemuh orang seperti Syifa. Tapi biarlah Syifa hina di pandangan mata manusia dari terus dipandang hina dari pandangan ALLAH.
            Tapi Syifa akui yang Syifa sedikit pun tidak berdaya tanpa bantuan daripada ayah, mak dan abang. Syifa mohon ayah, berilah Syifa kesempatan untuk mengandung dan melahirkan anak ini dan seterusnya membesarkan dia dengan kasih sayang seperti yang yang mak dan ayah didikkan pada Syifa.” Panjang lebar kata-katanya kali ini setelah sekian lama mendiamkan diri.
            Encik Ramzi dan Puan Suraya saling memandang antara satu sama lain. Mereka kembali memandang ke arah anak perempuan yang telah mereka didik dengan penuh nilai agama. Mereka tidak silap dalam mendidik Syifa Humaira.
            Malah gadis itu yang menyedarkannya bahawa pandangan di sisi ALLAH itu lebih besar darjatnya berbanding dengan pandangan masyarakat yang hanya tahu mencemuh. Air mata Encik Ramzi mengalir perlahan. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Syifa yang duduk tidak jauh daripadanya. Dipeluk erat anaknya.
            “Maafkan ayah.” Itulah kata-kata yang keluar sebaik sahaja mereka meleraikan pelukkan. Syifa yang masih menangis itu mengelengkan kepala. Baginya, tidak ada apa-apa yang perlu dimaafkan. Orang tua mana yang tidak risau kalau anaknya memilih untuk melahirkan anak yang tidak berbapa.
            Encik Ramzi tidak dapat menahan tangisnya. Esakkannya semakin kuat sehingga mengundang penyakit asma yang dihidapinya.
            “Safuan, tolong ambilkan ubat ayah.” Arah Puan Suraya apabila melihat suaminya makin teruk diserang asma.
            “Ayah.. bangga dengan kamu…..” Tersekat-sekat suara Encik Ramzi menuturkan kata. Syifa jadi serba salah yang teramat sangat melihat ayahnya yang sedang menanggung sakit.
            “Bang, bawak mengucap bang…” Air mata Puan Suraya tidak henti-henti dari mengalir. Tiba-tiba dia diserang rasa takut yang amat sangat. Takut akan kehilangan suami yang teramat dia sayangi itu.
            Syifa menundukkan sedikit kepalanya dan mendekatkan mulutnya di telinga ayahnya. Perlahan-lahan dia mengajar ayahnya mengucap dua kalimah syahadah.
            Baru sahaja Safuan tiba dengan ubat yang berada di tangannya. Jasad Encik Ramzi sudah terkaku di pangkuan Puan Suraya. Dunia ini hanyalah pinjaman. Untuk menguji keimanan seorang hamba. Akhirat nantilah yang akan menentukan balasan syurga atau neraka.
            Safuan memeluk ibunya. Matanya dihalakan ke arah Syifa. Adikknya itu kelihatan tenang sahaja. Ini adalah ujian pertama buat keluarganya namun merupakan ujian kedua buat adiknya. Kalau Syifa boleh kuat dan tabah, kenapa pula dia sebagai perawan perlu menunjukkan kelemahan diri. Dia harus jadi lebih kuat berbanding Syifa dan ibunya.
            Syifa mengesat pipinya yang disinggahi air mata sebentar tadi. Dia tidak mahu hidup bertemankan air mata lagi. Permergian ayahnya bukan sebagai petanda dia perlu lemah. Dia redha dengan ketetapan ilahi. Bukankah redha itu adalah satu cara untuk mengikhlaskan hati menerima suratan takdir.
***
            “Syifa…” Seru satu suara sambil mendaratkan tangannya di bahu Syifa Humaira. Syifa terkejut sendiri. Tidak sedar yang dia sudah jauh mengelamun.
            “Mak..Budak-budak tu dah mandi?” Soal Syifa sambil memandang ke arah ibunya.
            “Dah.” Jawab Puan Suraya ringkas. Kasihan sungguh dia melihat satu-satunya anak perempuannya ini. Tidak henti-henti hidupnya dilanda ujian. Puan Suraya mengosok-gosokkan bahu milik Syifa seperti yang dilakukan enam tahun lalu.
            Air mata seorang ibu itu menitis perlahan. Adakalanya dia merasakan bahawa dia sudah tidak mampu lagi melihat penderitaan anaknya. Namun ketabahan Syifa menginsafkannya.
            “Mak, kenapa mak menangis?” Soal Syifa sambil mengesat air mata ibunya merebes jatuh ke pipi.
            “Bilalah semua ini akan berakhir Syifa…” Rungut Puan Suraya lemah. Satu keluhan dilepaskan.
            “Mak, bila kita mengeluh bila ada ujian bertamu, ujian itu tak akan berhenti malah kita akan berolehi dosa pula. Seharusnya kita terima dengan hati yang penuh dengan keredhaan mak. Pasti ada hikmah di sebalik semua ni.” Nasihat Syifa sambil tersenyum manis.
            ‘Ya ALLAH, anakku ini bukan serikandi islam yang tinggi darjat keimanannya namun kenapa kesabarannya melimpah-limpah dalam mengharungi setiap ujian dan dugaanmu ini.’ Desis hati wanitanya.
            “Mak takut untuk memikirkan apa yang berlaku selepas ini Syifa..” Adu Puan Suraya. Syifa mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak selesa dengan kata-kata yang dituturkan oleh ibunya itu.
            “Mak, jangan terlalu memikirkan apa yang akan berlaku dalam kehidupan kita ni sebab ketentuan ALLAH itu pastilah telah ditetapkan. Justeru kita sebagai hambanya ini hanya perlu berdoa dan meneguhkan tahap keimanan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.
            Bila Syifa dah putuskan untuk membesarkan Aidil dan Adha, jadi Syifa dah persiapkan diri untuk mengatasi semua takdir yang DIA takdirkan.” Ujar Syifa sambil tidak lepas dari memandang ibunya yang sentiasa bersamanya di saat senang dan susah.
            “Macam mana Syifa boleh jadi setabah ini sedangkan mak pun tak punya kekuatan untuk memandang beban yang Syifa tanggung.” Luah Puan Suraya lagi. Syifa tersenyum mendengar soalan ibunya itu.
            “Mak hanya memandang kepada dugaan yang berkunjung tapi mak tak pandang ke pada kekuatan yang ALLAH kurniakan pada Syifa. Mak, abang, kak Lisa, Aidil dan Adhalah sumber kekuatan Syifa. Tanpa kalian, Syifa mungkin tak sekuat ni mak.” Terang Syifa sambil mencium tangan milik ibunya.
            Akhirnya mereka berpelukan. Mengeratkan lagi tautan kasih yang terjalin antara mereka. Puan Suraya melahirkan rasa syukur yang teramat sangat ke hadrat ilahi kerana mengurniakannya seorang anak yang baik seperti Syifa Humaira. Dia turut mendoakan agar akan tiba jua hari bahagia yang akan mewarnai kehidupan anaknya itu.
***
            Bagai hendak luruh sahaja jantungnya tika mendapat panggilan daripada pihak sekolah tadika anaknya yang mengatakan bahawa Adha telah bergaduh dengan rakan sekolahnya.
            “Saya tak tahu macam mana boleh berlakunya pergaduhan ini sebab mereka berdua adalah kawan yang baik.” Ujar Puan Asiah selaku guru kelas tadika Aidil dan Adha.
            “Adha, kenapa gaduh dengan kawan?” Syifa Humaira mengulangi soalannya kepada anaknya. Namun Adha hanya sepi seribu bahasa.
            “Mama tak akan dapat jawapan kalau adik asyik senyap macam ni.” Ujar Syifa perlahan. Cuba mengumpan Adha.
            “Dia ejek adik dengan abang.” Jawab Adha perlahan. Jawapan yang sama diterima dari Aidil semalam.
            “Alah, dia bergurau je kowt.” Pujuk Syifa sambil menghadiahkan senyuman buat Adha.
            “Tapi banyak kali dia cakap yang kami tak ada ayah!” Jerit Adha tiba-tiba hingga mengejutkan Cikgu Asiah dan ibunya sendiri.  Syifa kematian kata-kata. Kalau semalam, ada ibunya yang membantunya untuk mengelakkan diri dari menjawab soalan Aidil. Tapi hari ini, siapa yang akan membantunya.
            “Assalamualaikum.” Satu suara yang agak garau menyapa pendengarannya. Syifa Humaira berpaling ke arah pintu. Bukan kepalang dia terkejut melihat Dr. Luqman yang berada di samping seorang kanak-kanak lelaki. Dr. Luqman juga turut terkejut melihat pelajarnya yang diminati dalam diam itu.
            “Encik ni ayah Haikal ke?” Soal Cikgu Asiah ke arah Dr. Luqman.
            “Eh, tak. Saya ni ayah saudara Haikal. Mak dan Ayah Haikal ada mesyuarat jadi dia wakilkan saya untuk datang. Kenapa cikgu, Haikal ada buat apa-apa masalah ke?” Soal Dr. Luqman dengan penuh berhemah. Secara langsung menunjukkan peribadinya yang santun berbudi bahasa.
            “Hmm, anak saudara Encik ni sudah dua kali bergaduh dengan anak Puan Syifa. Jadi saya takut kalau-kalau perkara ini makin berpanjangan jadi sebab itu saya perlu panggil penjaga Adha dan Haikal.” Terang Puan Asiah sambil melepas pandang ke arah anak muridnya yang hanya mampu menunduk memandang lantai.
            “Saya minta maaf kalau anak saya menyusahkan cikgu dan pihak sekolah. Saya janji yang perkara ini tak akan berulang lagi.” Dengan penuh rasa rendah diri, Syifa memohon maaf. Sedari tadi Dr. Luqman tidak lepas memandang Syifa Humaira. Berdebar-debar hatinya mendengar pemohonan maaf Syifa bagi pihak anaknya. ‘Apa sebenarnya hubungan Syifa dengan kanak-kanak itu?’
            Syifa sedar yang rahsia yang kemas disimpan selama ini sudah terbongkar di hadapan pensyarahnya sendiri. Kalau ikutkan dirinya, dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengan kebenaran ini namun dia tetap menguatkan hatinya untuk berdepan dengan rona kehidupan ini.
            Dia melangkah ke arah Haikal yang berada berdiri di sebelah anaknya. Tangannya melabuh di atas kepala Haikal. Pandangannya bertemu dengan mata milik anaknya. Bibirnya menghadiahkan senyuman.
            “Adik, minta maaf dengan kawan.” Arah Syifa kepada Adha. Adha buat muka tidak puas hati. Syifa mengecilkan sedikit matanya, memohon pengertian anaknya. Dia tahu, Adha faham dengan bahasa matanya.
            “Saya minta maaf.” Pohon Adha perlahan sahaja. Namun itu sudah cukup melegakan hati Syifa. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa hati anaknya tidak sekeras mana.
            “Haikal, sekarang giliran kamu pulak yang minta maaf.” Dr. Luqman mengambil inisiatif dengan mendekati anak saudaranya sambil meletakkan kedua belah tangannya di atas bahu Haikal.
            “Tapi Haikal tak salah Pak Ngah.” Protes si kecil. Adha pula berpaling memandang ke arah ibunya.
            “Haikal, minta maaf tu bukan untuk orang yang salah sahaja dan bukan juga tanda kalah. Tetapi orang yang mudah memohon maaf tu tandanya dia memiliki hati yang besar kerana rasa rendah diri dalam jiwa tu mengatasi segalanya.” Nasihat Dr. Luqman bukan sahaja ditujukan buat Haikal malah buat Adha juga. Memuji sikap Adha yang memohon maaf walaupun melalui arahan Syifa.
            “Saya minta maaf.” Kali ini giliran Haikal pula yang meminta maaf. Akhirnya mereka berdua bersalam dan mula bertukar senyuman. Syifa mula senang hati melihat perubahan Adha. Dalam diam, dia melahirkan rasa terima kasih untuk penyarahnya yang memberikan nasihat yang bermakna buat mereka berdua.
            Dr. Luqman tidak lepas dari memandang Syifa yang tersenyum melihat dua orang kanak-kanak itu mula berbaik. Tiba-tiba Syifa berpaling memandangnya. Kelam kabut dia melarikan pandangan yang sedari tadi hanya mendarat di wajah Syifa.
            “Maafkan anak saya sebab brgaduh dengan anak saudara Doktor.” Kali ini, pemohonan maaf diajukan pada Dr. Luqman pula.
            “Eh, patutnya saya yang minta maaf sebab anak saudara saya ni memang nakal orangnya.” Ujar Dr. Luqman ikhlas. Bibirnya menguntum senyuman yang menawan.
            “Mama, adik nak main kat luar boleh tak?” Soal Adha tiba-tiba. Syifa menghalakan pandangan ke arah Adha sambil mengangguk setuju. Dia turut menuruti langkah anaknya yang menuju ke taman permainan yang tersedia di dalam taska.
            “Saya tak sangka yang awak dah ada anak?” Soal Dr. Luqman tiba-tiba. Soalan yang tidak diundang itu membuatkan Syifa sepi seribu bahasa.
            “Maaf kalau soalan saya membuatkan awak tak selesa.” Usul Dr. Luqman apabila melihat Syifa tidak memberikan apa-apa reaksi.
            “Memang tak ada orang pun yang tahu.” Jawab Syifa perlahan. Memang itulah hakikatnya, tiada siapa pun yang tahu tentang kewujudan anaknya melainkan ahli keluarganya. Dr. Luqmanlah orang pertama yang mengetahui rahsianya ini.
            Baru sahaja Dr. Luqman ingin membuka mulut ingin bertanya namun tiba-tiba ada seorang kanak-kanak meluru memeluk wanita yang berdiri di sebelahnya itu. Pada mulanya dia ingatkan kanak-kanak itu adalah Adha namun apabila terpandang Adha yang sedang bermain di buaian, Dr. Luqman jadi pelik sendiri.
            “Mama..” Seru kanak-kanak yang wajahnya tidak ubah seperti Adha itu.
            “Doktor, ini Aidil. Kembar Adha.” Terang Syifa apabila melihat reaksi penyarahnya yang agak pelik dengan situasi yang sedang berlaku.
            “Oh, patutlah saya tengok ada dua.” Ujar Dr. Luqman sambil tergelak kecil.
            “Abang, panggil adik cepat. Kita dah nak balik ni.” Aidil terus menapak ke arah adiknya yang sedang bermain seusai mendengar arahan ibunya. Akhirnya, mereka berdua berlari menuju masuk ke dalam kelas dan keluar bersama beg sekolah masing-masing yang bergantung di bahu.
            “Salam uncle cepat.” Arah Syifa lagi. Tanpa banyak soal, si kembar itu terus mengapai tangai Dr. Luqman dan mencium lembut tangan lelaki itu. ‘Nampaknya anak-anak ini memang telah dididik dengan sempurna.’ Monolog hati lelakinya.
            “Yang mana satu Abang, yang mana satu adik?” Soal Dr. Luqman yang duduk mencangkung untuk melihat keduanya dengan lebih jelas.
            “Uncle tekalah.” Cadang si kembar yang berada di sebelah kirinya itu. Dr. Luqman meletakkan jari terlunjuknya di bahagian dagu. Tanda sedang berfikir. Syifa pula hanya bertindak sebagai pemerhati.
            “Yang ni Abang, yang ni adik.” Teka Dr. Luqman sambil menunjuk ke arah Aidil kemudian ke arah Adha.
            “Uncle salah. Saya Adiklah.” Jawab Aidil sengaja ingin mengenakan lelaki yang berada di hadapannya padahal tekaan lelaki itu memang tepat.
            “Eh, rasanya tadi…” Kata-katanya mati disitu apabila mendengar satu suara halus yang sedang ketawa senang. Dr. Luqman mencari arah datangnya tawa itu.
            Buat pertama kalinya, dia dapat melihat Syifa ketawa dengan mata kepalanya sendiri. Dia Nampak sangat cantik dalam keadaan seperti itu. Syifa menutup mulutnya untuk menyembunyikan gelak yang berkunjung. Senang hati melihat puteranya mengenakan pensyarahnya.
            “Oh, kenakan Uncle ya…” Sengaja dileretkan suaranya sambil mula bercekak pinggang. Matanya tidak lepas dari memandang ke arah sepasang kembar yang comel itu. Akhirnya, gelak mereka bersatu.
            “Kami beransur dululah doktor.” Ujar Syifa Humaira memohon diri. Aidil dan Adha melambai-lamabai ke arah lelaki yang dipanggil Uncle itu. Dr. Luqman juga tidak melepaskan peluang untuk membalas lambaian anak-anak Syifa itu.
            Pada mulanya memang dia kecewa apabila mengetahui tentang status Syifa yang sudah berumahtangga. Namun rasa kecewa itu beransur pergi apabila melihat keadaan Syifa yang sentiasa gembira bersama anak-anaknya.  
            Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa ada seorang lelaki yang telah memberikan sinar kebahagian dalam hidup Syifa walaupun bukan dia orangnya. Dia melafaskan rasa syukur yang teramat sangat ke hadrat ilahi kerana menyelitkan rasa cinta dalam hatinya buat Syifa Humaira.
            Moga akan tiba satu hari nanti, kebahagiaan akan menjadi miliknya pula walaupun bukan Syifa Humaira yang berada di sisinya. Dia redha dengan ketentuan yang telah ALLAH tetapkan. Bukankah reda itu adalah satu cara untuk mengikhlaskan hati menerima ketetapan ilahi?
***
            Baru sahaja Syifa Humaira melangkah keluar dari perpustakaan namun tiba-tiba ada suara yang memanggil namanya. Serta merta dia berpaling. Terpancul wajah Dr Luqman. Syifa terpaku sendiri.
            “Kebetulan pulak jumpa kamu kat sini.” Sapa Dr Luqman ramah sedangkan hati Syifa diundang beribu debaran.
            “Sebenarnya saya cari kamu tadi.” Ujar Dr Luqman terus apabila tidak mendapat apa-apa reaksi daripada Syifa.
            “Kenapa Dr cari saya?” Ujar Syifa perlahan. Tetapi suaranya tidak melambangkan rasa hatinya yang sedang gundah gelana dengan sikap penyarahnya yang terlebih ramah daripada biasa.
            “Saya nak bagi ni.” Dr Luqman menghulurkan sebuah beg kertas kepada Syifa Humaira.
            “Apa ni Dr?” Soal Syifa teragak-agak. Dia memandang ke sekeliling kawasan perpustakaan. Gusar kalau-kalau ada mata liar yang memandang lantas melakar sebuah spekulasi terhadap mereka berdua.
            “Awak janganlah fikir bukan-bukan. Ini untuk anak-anak awak yang comel tu. Anggaplah ini sebagai hadiah dari saya.” Tutur Dr Luqman yang seakan-akan memahami akan gelodak  jiwa wanita yang berada di hadapannya.
            Serba salah dia dibuatnya. Jika menolak, dia risau dianggap sebagai perempuan yang tidak beradab. Hatinya pula berat untuk menerima kunjungan hadiah yang secara tiba-tiba ini.
            “Saya ikhlas ni…” Bantu Dr Luqman lagi. Dia sedar bahawa pelajarnya itu berat hati untuk menerima pemberiannya yang tidak seberapa ini.
            “Buat susah-susah je.” Akhirnya dicapai juga pemberian pensyarahnya itu sambil tersenyum kelat.
            “Tak ada yang susahnya Syifa.” Balas Dr Luqman sambil ternyum manis sambil mula menapak selangkah.
            “Er,, Doktor…” Panggil Syifa tiba-tiba sekaligus membantutkan niat Dr Luqman untuk meneruskan langkah.
            Namun ketika mata mereka sudah bertatapan, lidahnya jadi kelu untuk menuturkan kata. Seketika, hanya kesepian yang menghantui.
            “Ada apa-apa yang awak nak cakap?” Soal Dr Luqman meminta kepastian.
            “Er, tak ada apa-apa.” Ujar Syifa menutup pernipuannya. Dia bukanlah perempuan yang pandai menuturkan kata. Dia bertambah gusar kalau-kalau kata-katanya bakal membokarkan rahsianya.
            “Syifa, kalau tentang hal semalam, ianya selamat bersama saya. Mungkin ada sebab yang saya tak perlu tahu kenapa awak rahsiakan perkahwinan awak dari pengetahuan semua. Tapi saya hormat keputusan awak tu.” Terang Dr Luqman seolah-olah dapat membaca pemikiran Syifa Humaira.
            Syifa tercengang sendiri sambil menemami langkah kaki penyarahnya melalui ekor matanya. Ada suatu rasa yang menjentik naluri hatinya.
***
            “Mama, uncle Luqman tu baikkan.” Puji Aidil sambil tangannya ligat mewarna buku warna yang telah dihadiahkan buatnya.
            “Aah. Adik suka Uncle Luqman.” Tambah Adha pula. Syifa hanya tersenyum mendengar pujian dari anaknya. Tidak terdetik pula untuk menyampuk. Matanya tidak lepas dari memandang kedua-dua anaknya yang sedang asyik masyuk mewarna.
            “Hmm, buat apa tu?” Tegur Kak Lisa ceria. Tangannya yang nakal itu mencubit kedua-dua putera Syifa sehingga kedua anaknya itu mengerang kesakitan.
            “Sakitlah mak long.” Rungut si adik.
            “Mak long ni nakallah.” Giliran si abang pula yang marah.
            “Alah, mak long cuit sikit pun da nak marah. Tak sportinglah anak sedara mak long nie..” Usik Kak Lisa sambil tidak lepas dari ketawa.
            Begitulah kebiasaanya. Kehadiran Kak Lisa tidak pernah kering dari gelak tawa. Sikapnya yang periang itu mewarnai lagi keluarga Syifa. Beruntung sungguh abang kerana memperisterikan isteri secantik dan sebaik kak Lisa.
            “Syifa…” Entah sudah berapa kali Lisa mengulangi nama adik iparnya itu. Namun asyik sungguh dia berangan.
            “Akak panggil Syifa?” Tanya Syifa keseganan. Dia tersenyum kecil.
            “Tak lah. Akak panggil kucing tadi.” Terburai tawa dari Aidil dan Adha apabila mendengar ungkapan dari ibu saudaranya itu. Kak Lisa juga tersenyum senang.
            “Amboi, suka benar kamu kenakan mama yerk.” Ujar Syifa sambil turut tergelak.
            “Mama tu yang tak dengar mak long panggil.” Jawab si kecil yang memang petah sungguh dalam berbicara.
            “Entah. Apa sajalah yang kamu fikirkan Syifa. Entah-entah, kamu ingatkan pakwe kot?” Sengaja Lisa mengenakannya. Adik iparnya ini bukan sepertinya yang periang tak kira masa sepertinya, ibu kepada Aidil dan Adha ini sebenarnya susah untuk didekati secara kasar. Ia perlukan teknik halus untuk mengenal hati budinya yang menanggung beribu kesengsaraan.
            Lisa tahu, sejarah silam milik Syifa Humaira. Dan dia sangat berbangga dengan keupayaan wanita itu membesarkan anak tanpa bantuan seorang lelaki di sisi. Kerana itu, dia sehabis mungkin ingin membantu meringankan beban Syifa walaupun dia tahu bahawa Syifa bukanlah jenis orang yang mudah menagih pertolongan.
            “Ish kak Lisa nieh. Merepek je.” Balas Syifa sambil tersenyum. Dia tahu bahawa kakak iparnya itu sekadar bercanda.
            “Pakwe tu apa?” Soal Adha tiba-tiba. Sekarang, semua mata beralih ke arahnya.
            “Pakwe tu macam boy friend. Dia jadi pakwe bila seorang lelaki cakap dia sukakan seorang perempuan.” Terang Kak Lisa mudah. Adha seperti memikirkan sesuatu. Tiba-tiba dia bersuara dengan lantang.
            “Hah, macam abang. Abang kan dia suka kat seorang budak perempuan dalam kelas kita orang.” Kata-kata Adha mengundang kemarahan abangnya.
            “Mengarut. Mana ada. Adik tipu je mama.” Ujar Aidil membela dirinya sendiri.
            “Ish, kecik-kecik da ada makwe. Dasyat betul anak saudara mak long nieh.” Sengaja Kak Lisa menambahkan lagi perisa kebahagian untuk memeriahkan lagi suasana.
            “Apa kecoh-kecoh ni.” Tegur Abang Safuan sambil mengambil tempat bersebelahan dengan kak Lisa.
            “Aidil nie, dia da ada girlfriend tau bang.” Sakat kak Lisa lagi. Muka Aidil yang putih itu sudah merona kemerahan.
            “Adik ni tak boleh simpan rahsia langsung.” Marah Aidil pada adiknya. Jadi betullah Aidil menyukai seorang perempuan di dalam kelas mereka.
            Syifa tersenyum bahagia. Senang melihat anak-anaknya bergaduh manja. Langsung tidak marah pada anak-anaknya yang bergurau soal kasih pada seorang perempuan. Dia ada caranya yang tersendiri dalam membesarkan anak-anaknya. Lagipun, bukankah itu satu lumrah dalam kehidupan milik ALLAH ini.
            Rasa yang dirasai oleh Aidil itu pernah dirasai oleh berjuta makhluk di luar sana. Semua ada memori yang disimpan dalam kotak masing-masing. Dia mahu anak-anaknya merasai semua itu. Supaya mereka ada sesuatu untuk dikenangkan di masa depan.
            Paksaan tidak dapat meluruskan sesuatu yang bengkok. Boleh jadi ianya akan patah akibat dipaksa. Seharusnya ia dilentur secara perlahan-lahan agar ia lurus tanpa ada cacat celanya. Dan terbentuk dengan cantik. Itulah konsep yang akan digunakan untuk membesarkan kedua puteranya.
***
            “Dah cakap terima kasih pada cikgu?” Soalan itu diutarakan kepada kedua orang anaknya. Dia suka menerapkan nilai kasih dalam diri anaknya buat guru yang menitiskan ilmu kepada mereka. Supaya mereka menghargai pada yang memberi dan mengikhlaskan diri apabila tiba giliran untuk memberi.
            “Dah mama.” Jawab Aidil dan Adha serentak.
            “Bagus anak saudara mak long ni.” Sampuk kak Lisa yang kebetulan turut serta untuk mengambil anak-anaknya dari tadika.
            “Tengok oranglah.” Jawab Adha bangga. Syifa hanya tersenyum melihat gelagat anaknya yang mengenakan kakak iparnya.
            “Kamu ni nakal betul.” Ujar kak Lisa sambil mencubit pipi milik Adha. Tapi memang Syifa tidak menafikan bahawa Adha lebih nakal dan agresif berbanding Aidil. Mungkin pangkat adik yang disandar membuatkan dia manja dari Aidil yang lebih bersikap matang dari usianya.
            “Alah, mak long pun nakal jugak.” Seraya itu dia berlari apabila kak Lisa cuba untuk mengejarnya. Namun tiba-tiba langkah kaki Adha yang laju itu tersangkut sehingga membuatkan Adha terjatuh menyembah bumi.
            “Adik!” Jerit Syifa terkejut. Kakinya melangkah ke arah Adha yang sedang meniarap. Namun belum sempat Syifa sampai, ada seorang lelaki yang sangat Syifa kenali telah menghampiri Adha yang sedang menangis.
            “Macam mana boleh jatuh ni?” Soal Dr Luqman sambil mengeluarkan sapu tangan dari kocek seluarnya. Dilap lutut Adha yang terluka.
            “Jangan menangis sayang. Sikit je ni.” Tangannya mengusap perlahan kepala anaknya. Dia tidak senang melihat anaknya mengerang kesakitan sebegini. Ingin sahaja dia mengambil tempat Adha yang kesakitan itu.
            “Ish, lelaki mana boleh nangis. Lelaki kena kuat.” Nasihat Dr Luqman apabila melihat tangisan Adha yang tidak berhenti.
            “Tapi sakit. Bolehlah nangis.” Sempat lagi bibir yang petah itu mengeluarkan bicara.
            “Kalau nak jadi hero, kenalah kuat. Sakit macam mana sekalipun, hero mana boleh menangis. Kalau dia menangis, macam mana dia nak lindungi orang yang dia sayang kan?” Tanpa sedar, kata-kata itu meresap ke dalam diri puteranya.
            “Entah, cuba tengok dalam filem tu. Hero mana ada menangis. Superman, batman, ultraman, semua kuat tau.” Tiba-tiba Aidil terpanggil untuk menyampuk.
            Adha sudah berhenti dari menangis. Dr Luqman telah meletakkan plaster di lututnya yang tercedera.
            “Terima kasih Uncle.” Ujar Adha tanpa disuruh. Dr Luqman tersenyum senang.
            “Sama-sama.” Tanganya tidak lepas dari mengosok-gosok kepala milik Adha. Aidil pun tidak terkecuali.
            “Sorylah sebab anak saya ni menyusahkan doktor je.” Ujar Syifa rendah diri.
            “Benda kecil je Syifa.” Balas Dr Luqman pula. Lisa hanya memerhatikan kedua-dua makhluk ALLAH yang berbeza jantina ini. Kalbunya diusik satu perasaan aneh.
            “Oh, lupa pulak saya nak kenalkan. Ini Lisa, kakak ipar saya.” Terang Syifa sambil menunjukkan ke arah Lisa.
            “Saya Luqman.” Ujar Dr Luqman sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.
            “Saya Lisa.” Balas Lisa pula sambil tersenyum penuh makna.
            “Dr ni pensyarah Syifa kak.” Terang Syifa pula. Dia mula faham dengan senyuman kakak iparnya itu. Pasti dia ingin merangka gossip baru.
            “Oh. Jadi, apa doktor buat kat sini?” Soal Lisa sekadar berbasa-basi. Selebihnya, dia ingin melihat respon Syifa sebenarnya.
            “Panggil saya Luqman je. Hmm, saya ambil anak saudara saya. Kebetulan tempat kerja saya dekat dengan tadika ni.” Terang Luqman satu persatu.
            “Jadi, Aidil dengan Adha berkawan dengan anak saudara Luqman?” Soal Lisa tiba-tiba. Otaknya mula merangka satu strategi.
            “Aah.” Jawab Luqman tanpa mengetahui makna soalan Lisa yang mempunyai makna tersurat.
            “Oh, kalau macam tu jemputlah datang ke party birthday Aidil dengan Adha. Dia orang mesti suka kalau anak saudara Luqman ada.” Tanpa izin Syifa, Lisa membuat rencana sendiri.
            Luqman yang mendengarnya umpama pucuk di cita ulam mendatang. Syifa yang masih terkesima pula terkedu tanpa kata. Hatinya berat untuk membenarkan penyarahnya itu hadir.
            “Kalau Lisa dan Syifa tak keberatan menjemput saya, saya lagi tak keberatan untuk menerima perlawaan ni.” Tutur Luqman sopan. Baginya, inilah masa yang sesuai untuk berkenalan dengan suami Syifa. Dia teringin benar untuk berkenalan dengan seorang yang Berjaya memiliki wanita secantik dan sesempurna Syifa Humaira.
            “Jemputlah datang yerk. Ahad ni pukul 3 petang.” Sehabis ayat itu, Lisa mengiringi Adha yang terencot-encot berjalan.
            “Syifa, awak tak kisah kan kalau saya datang?” Soalan itu khas ditujukan buat Syifa yang sepi sedari tadi.
            “Kenapa pulak saya nak kisah. Aidil dengan Adha mesti suka kalau Doktor datang.” Tidak tahu lagi ayat mana yang sesuai untuk digunakan. Tindakan kakak iparnya itu memang berada di luar jangkaanya.
            ‘Awak tak suka?’ Namun soalan itu sekadar bercambah di dalam hati. Luqman mengingatkan dirinya bahawa wanita di hadapannya ini sudah pun berpunya secara mutlak.
            “Insyaallah saya datang.” Syifa mengangguk perlahan seraya berlalu pergi meninggalakan penyarahnya sendirian. Hatinya mula diamuk resah yang tiba-tiba mendatang.
            “Syifa marahkan akak?” Itulah soalan pertama yang keluar dari mulut kak Lisa apabila dia masuk ke dalam perut kereta.
            “Kenapa pulak saya nak marah?” Soal Syifa pura-pura tak tahu.
            “Sebab ajak Luqman tanpa izin Syifa.” Lancar sahaja bibirnya berbicara.
            “Akak dah pun ajak. Nak marah pun tak guna.” Sengaja dia membuat kakak iparnya itu serba salah.
            “Syifa, akak tak tahu pulak yang kamu akan marah.” Lisa mula serba salah. Dia mula mengigit bibir.
            “Syifa tak marahlah.” Ujar Syifa jujur. Memang hakikatnya dia tidak marah. Cuma kurang berpuas hati sahaja.
            “Akak dah agak kamu tak marah. Kamu pun dah berjangkit nakal macam Adha yerk.” Gurau kak Lisa.
            Syifa hanya tersenyum. Tidak perlulah dipanjangkan cerita yang pendek. Tidak perlulah digoyahnya hubungan mereka sekeluarga dengan perkara remeh temeh seperti ini. Itu bukan caranya.
***
             Gembira betul Aidil dan Adha menyambut ulang tahun kelahirannya kali ini. Mana tidaknya, mereka mendapat banyak hadiah daripada para tetamu yang hadir.
            Paling mereka gembira apabila mendapat hadiah daripada Dr Luqman. Tidak putus-putus si kembar itu mengungkapkan ucapan terima kasih.
            “Menyusahkan Doktor je.” Ucap Syifa perlahan sambil memerhatikan si kembar yang asyik masyuk mencuba permainan kereta control pemberian Dr Luqman.
            “Sekali sekala Syifa. Apa salahnya.” Bukan sekali sekali yang menjadi motifnya. Baginya, dia tidak suka terhutang budi dengan sesiapa apatah lagi melibatkan Aidil dan Adha.
            Sedari tadi lagi mata Dr Luqman menilau memerhatikan keadaan sekeliling. Mencari kelibat suami Syifa Humaira. Namun hampa kerana tidak ada mana-mana lelaki pun yang mendekati Syifa Humaira melainkan seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya.
            Namun setelah diperhatikan dengan teliti, lelaki itu mungkin adalah abangnya memandangkan lelaki itu begitu mesra dengan Lisa yang merupakan kakak ipar Syifa.
Persoalannya, mana suami Syifa Humaira? Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja dia bertanya terus pada Syifa namun lidahnya kelu untuk mengatur ayat yang sesuai untuk diutarakan sebagai soalan. Beku dan kelu otaknya sekarang.
“Doktor, saya  ke dapur dulu ya.” Pinta Syifa sopan.
Dr Luqman hanya melemparkan pandangan ke arah para tetamu yang hadir setelah pemergian Syifa. Bibirnya tersenyum apabila melihat gelagat anak-anak yang sedang ceria bermain bersama teman-teman.
Dia melangkah ke arah meja yang disediakan untuk mengambil air untuk diminum. Baru sahaja dia mencapai gelas minuman, tiba-tiba dia dilanggar oleh seorang kanak-kanak perempuan yang sedang berkejar-kejaran. Habis bajunya basah tertumpah air.
“Sorry.” Ungkap kanak-kanak comel itu.
“Tak apa. Pergi main elok-elok.” Nasihat Dr Luqman lembut. Dia mula melangkah ke arah dapur untuk membasuh bajunya yang kotor. Namun tiba-tiba langkah kakinya mati untuk diteruskan apabila telingannya menangkap satu perbualan.
“Apa yang akak merepek nieh?” Soal Syifa sedikit keras. Tangannya masih ligat membasuh pinggan kotor.
“Akak tak merepek Syifa. Akak pasti.” Ujar kak Lisa berkobar-kobar.
“Akak tahu tak akak cakap pasal apa ni? Dia tu pensyarah Syifa.” Pangkah Syifa pula.
Ada ke dalam agama melarang seorang pensyarah jatuh cinta dengan perlajarnya? Tak ada kan.” Seperti biasa, kak Lisa tidak mahu beralah.
“Memanglah.. tapi mustahil dia ada perasaan pada Syifa kak. Lagipun Syifa sedar siapa Syifa kak.” Ujar Syifa rendah diri. Serendah nada suaranya.
“Mata akak tak pernah salah Syifa. Pandangan mata dia dah jelaskan rahsia hati dia Syifa. Akak pasti yang Luqman sayang pada Syifa.” Syifa mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Kalau betul pun benda ni betul, Syifa tetap tak layak untuk dia kak.” Tegas Syifa muktamad.
Lisa berjalan ke arah Syifa dan menarik bahu gadis itu supaya bertentangan dengannya. Dia mahu Syifa dengar dengan teliti kata-katanya.
“Dengar sini Syifa, tak seorang pun yang boleh tentukan sama ada dia layak atau tidak untuk bercinta. Ini semua terpulang pada kehendak diri sendiri Syifa. Lagipun, sampai bila Syifa nak macam ni?” Tanganya yang mendarat dibahu Syifa ditepis lembut oleh Syifa.
            “Akak lupa agaknya dengan masa silam saya.” Keluh Syifa berat. Dia benci apabila mendengar perkataan cinta. Dia boleh hidup tanpa cinta.
            “Syifa, untuk memandang ke hadapan, kita tak boleh memandang ke belakang. Masa silam akan kekal sebagai masa silam. Yang penting sekarang adalah masa depan.” Terang kak Lisa lagi.
            “Memang masa silam itu bukan untuk dikenang tapi ianya boleh menjadi bahan ungkitan satu hati nanti kak. Siapa yang boleh terima orang macam saya kak. Sanggup ke orang terima manusia yang kotor macam saya ni kak?” Sebak sungguh hatinya apabila mengenangkan peristiwa hitam yang pernah terjadi dalam hidupnya.
            “Syifa, jangan cakap macam tu dik.” Lisa mula serba salah kerana membangkitkan isu masa silam Syifa.
            “Sanggup ke orang terima saya yang melahirkan anak luar nikah. Sanggup ke dia terima diri saya yang kotor lagi hina ni kak?” Soal Syifa. Air matanya hampir sahaja tumpah. Namun masih ada benteng yang menahannya dari mengalir.
            Dr Luqman tercengang apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Syifa Humaira. Tanggannya melekat di dinding supaya dapat menampung badannya dari terjatuh.
            “Jangan cakap macam tu dik. Tak ada orang minta diri mereka dirogol. Malah tindakan Syifa yang tetap ingin melahirkan Aidil dan Adha adalah tindakan terpuji dik. Tak semua orang akan buat macam tu.” Lisa menarik Syifa ke dalam pelukkannya. Namun dia pelik kerana sedikit pun Syifa tidak menitiskan air mata. Tabah betul wanita ini.
            Kalau tadi tangannya yang menampung badannya tetapi kali ini dia terus bersandar di dinding rumah. Sungguh dia terkejut mendengar perbualan di antara Syifa dan Lisa. Kalau dia tidak dengar dengan telingannya sendiri, pasti dia tidak akan pernah untuk mempercayai cerita ini. Jadi, wanita itu belum berpunya?
            Ya ALLAH, dia tidak tahu sama ada berita ini baik atau tidak padanya. Segenap hatinya gembira apabila mengetahui bahawa Syifa Humaira belum berpunya namun segenap lagi hatinya menumpang kesedihan yang menjalar dalam diri Syifa.
            Tidak pernah disangka  bahawa ibu kepada Aidil dan Adha itu menyimpan sebuah diari hitam ketika melakar sebuah kenangan. Dr Luqman sudah berikrar untuk memadamkan lukisan hitam itu dengan menebarkan segala rasa kasih dan sayangnya pada Syifa Humaira. Itu tekadnya.
***
            Dr Luqman mengagih-agihkan kertas keputusan peperiksaan kepada para pelajarnya. Ada yang tersenyum lebar menyambutnya, dan tak kurang juga yang hampa dengan hasil titik peluh yang tidak seberapa.
            Hanya tinggal Syifa Humaira sahaja yang masih mendapatkan kertas peperiksaanya. Dia jadi pelik sendiri apabila namanya tidak dipanggil oleh Dr Luqman malah penyarahnya itu dengan selambanya meneruskan sesi pembelajarannya.
            Usai habis kelas, Syifa menapak ke arah Dr Luqman untuk bertanya perihal kertas ujiannya yang belum diperolehi.
            “Ada apa-apa masalah Syifa?” Soal Dr Luqman pura-pura tidak tahu. Dia langsung tidak memandang ke arah Syifa Humaira malah sibuk berlakon seolah-olah sedang sibuk mengemaskan barang-barang yang tidak seberapa itu.
            “Saya tak dapat lagi markah test yang lepas.” Ujar Syifa tanpa berselindung.
            “Oh, tak dapat lagi? Bukan tadi saya dah bagi ke?” Sedaya upaya dia cuba mengawal lakonannya dari terbongkar.
            “Belum. Doktor tercicir kot.” Putus Syifa sendiri.
            “Ya ke? Tak perasanlah pulak. Kejap yerk, saya cari.” Hanya ALLAH sahaja yang tahu debaran yang ditanggungnya. Belum pernah ada perempuan yang berjaya membuatkan dia gundah sebegini rupa.
            Dia berpura-pura mencari kertas peperiksaan milik Syifa sedangkan kertas itu memang telah ditelakkan khas di satu tempat. Dengan tangan yang sedikit mengigil, Dr Luqman mencapai kertas berwarna putih itu.
            “Ini dia. Maaflah.” Syifa menyambut huluran kertas itu sambil mulutnya mengungkapkan ucapan terima kasih. Baru sahaja dia ingin berlalu namun pensyarahnya itu bersuara lantas mematikan langkahnya.
            “Kamu tak nak check dulu? Kowt-kowt ada tersalah tanda ke?” Umpan Dr Luqman. Ada sesuatu yang ingin Syifa Humaira tahu hari ini. Suara hatinya.
            Sekadar ingin mengambil hati pensyarahnya, Syifa menyelak juga helaian kertas peperiksaannya itu. Sebenarnya dia sudah amat berpuas hati dengan markah yang diperolehinya itu. Itulah hadiah untuk keringatnya sepanjang malam menelaah perlajaran.
            Namun, tiba-tiba tangannya berhenti di sebuah muka surat yang terakhir. Berkali-kali dia membaca ayat itu kerana bimbang tersalah baca hingga mengundang salah faham.
            Bertapa sukarnya menyusun bicara
            Meluahkan rasa untuk menuturkan sayang
            Kasih yang terlimpah hanya untukmu seorang…
Izinkan diri ini menapak ke dalam hatimu wahai   Syifa Humaira…
            “Awak tak tersalah baca Humairah..” Tutur Dr Luqman lembut. Dia sudah bersedia dengan reaksi yang bakal ditunjukkan oleh Syifa.
            “Apa yang doktor merepek ni? Doktor tahu kan yang saya sudah berpunya?” Sungguh, dia terkejut dengan situasi yang baru berlaku. Tidakkah lelaki itu sudah menganggapnya sudah berumahtangga.
            “Setahu saya, awak hanyalah kepunyaan Aidil dan Adha dan masih belum dimilik oleh sesiapa lagi.” Ujar Dr Luqman berani.
            “Doktor kan tahu yang saya dah berkahwin tapi…” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, kata-katanya telah dipintas oleh Dr Luqman.
            “Saya tahu yang awak belum pernah berkahwin Humaira.” Tingkah Dr Luqman sehingga membuatkan muka Syifa merona kemerahan.
            “Dan saya dah tahu semuanya…” Sambungnya apabila melihat Syifa hanya menyepi seribu bahasa. Syifa terkesima sendiri.
            “Apa yang doktor tahu?” Soalnya dengan suara yang sedikit bergetar. Akhirnya, masa itu tiba juga.
            “Semuanya. Untuk menyebutnya pun saya tak mampu, tapi saya langsung tak dapat bayangkan bebanan yang awak tanggung selama ini.” Luahan itu memang ikhlas dari hatinya.
            “Tak perlulah doktor kasihan dengan saya. Saya dah biasa melaluinya.” Sunggguh dia tidak sangka bahawa Dr Luqmanlah orang pertama yang dapat menyingkap rahsia yang selama ini masih disimpan kemas.
            “Ini bukan kasihan Humaira tapi rasa kasih yang mula bercambah. Kata-kata tu memang saya tulis ikhlas dari hati saya.” Syifa menghalakan pandangan matanya ke arah kertas yang masih berada di dalam gengamannya.
            “Tapi cinta saya bukan di atas kertas.” Tingkah Syifa Humaira sambil mula menapak pergi. Ayat yang baru dituturkan itu persis lirik lagu bukan cinta biasa nyanyian Situ Nurhaliza.
            “Saya betul-betul cintakan awak Humaira.” Ingin sahaja dia memegang tangan Syifa agar wanita itu tidak dapat lari daripadanya namun cepat-cepat dia beristifar mengenangkan bahawa di antaranya dan Syifa, masih ada garisan dan batasan yang masih perlu dia turuti.
            “Ada ramai lagi perempuan yang lebih layak dan lebih baik untuk doktor nanti. Yang pasti, wanita itu bukanlah saya. Kehidupan saya penuh dengan wanna-warna kelam yang tiada terangnya. Hidup saya hanya untuk membesarkan Aidil dan Adha. Saya harap doktor faham.” Kali ini, dia tekad untuk terus melangkah walaupun dia mendengar Dr Luqman memanggil namanya berulang kali.
            Biarlah begini. Lagipun, dia sudah tidak punya hati untuk bercinta lagi. Cukuplah-cukuplah cinta yang pernah dia kecapi. Kerana cintalah, dia percaya pada seorang lelaki. Kerana cintalah, hidupnya jadi porak peranda.
Namun dia tidak pernah menyalahkan cinta kerana cintalah, dia mendekatkan diri kepada pencipta yang telah menetapkan takdir buat hamba-hambanya. Kebahagian yang dikecapi, disyukuri sebaik mungkin dan dugaan yang menghimpit, dia redhai dengan hati yang seikhlas mungkin.
***
            Syifa melalui hidupnya seperti biasa walaupun hatinya tidak keruan setelah mengetahui isi hati Dr Luqman. Apatah lagi lelaki itu memegang rahsia hidupnya.
            Dia mencapai beg sandang yang ditelakkan di rak buku yang disediakan di dalam perpustakaan. Tiba-tiba tangannya tersentuh sebuah CD beserta sebuah kad kecil.
            Buat Syifa Humaira
            Dia memandang ke arah sekelilingnya. Namun dia tidak temui dengan siapa-siapa. Entah apalah isi CD itu. Syifa tertanya sendiri.
            Sesampainya dia dirumah, dia terus memasukkan CD ke dalam laptop. Hatinya teringin sahaja ingin tahu isi kandungan dalam CD itu.
            “Lagu.” Spontan, kata-kata itu terkeluar dari bibirnya. Tangannya mengklik tanda ‘open’.
Bertalu arus dugaan tiba menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara suratan nasib y melanda
Menongkah badai bergelora diredah bersendian

Bagaikan camar pulang senja patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicit rezeki buat yang sedang rindu menanti
Segengam tabah dipertahankan buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah kau balut hati yang calar

c/o           Telah tertulis suratan nasibmu derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu mungkin jernih di muara
Biar jenuh hidup dipalu pasti bertemu tenangnya…
            Lagu Segenggam tabah nyanyian daripada kumpulan In-Team itu sangat menyentuh hatinya. Pemilik sebenar CD ini seperti tahu akan kisah silam yang terjadi dalam hidupnya. Dia sudah mula dapat mengagak siapa pengirimnya.
            Lirik yang bernada nasihat itu seperti melekat di kotak ingatannya. Dia sunnguh terharu dengan pemberian Dr Luqman kali ini.
            ‘Ya Allah, kenapa kau kirimkan lelaki yang sebaik Luqman. Sehinggakan aku merasakan diri ini sungguh hina untuk berdampingan dengannya. Kelukaan yang aku hadapi ini akan melukakan dirinya. Aku mohon Ya Allah, kurniakan seorang insan yang baik untuk memiliki hatinya.’ Syifa Humaira meraup wajahnya dengan kedua tapak tangannya.
***     
            Syifa meletakkan tangannya di atas dahi Adha. Hatinya mula risau apabila turut merasa bahang kepanasan badan Adha yang demam.
            “Kenapa mak tak telephon Syifa tadi? Kalau Syifa tahu, Syifa balik awal sikit.” Ujarnya kepada Puan Suraya.
            “Mak tahu Syifa sibuk. Lagipun, badan Adha tak adalah panas sangat tadi. Tapi sekarang, mendadak pula panasnya.” Terang Puan Suraya sambil meletakkan tuala basah di dahi milik Adha.
            Hati Syifa jadi kasihan melihat anaknya yang merengek kesakitan. Tangannya mula mendarat di dahi milik Aidil pula. Biasanya, demam mereka ini mudah benar berjangkit. Hatinya lega apabila suhu badan Aidil tidak sepanas Adha.
            “Sabar ya sayang… Kejap lagi kita pergi klinik ya.” Ujar Syifa sambil mengusap-usap kepala anaknya.
            “Mak, saya pergi sembahyang dulu. Lepas magrib nanti saya bawa Adha pergi klinik.” Putus Syifa seraya bangun meninggalkan tuntutan dunia untuk menyempurnakan tuntutan Allah yang wajib.
            “Mama, Abang nak ikut.” Rengek Aidil ketika Syifa mengangkat Adha masuk ke perut kereta.
            “Tak payahlah. Abang tunggu kat rumah dengan nenek.” Pujuk Puan Suraya lembut.
            Syifa jadi tidak sampai hati melihat muka Aidil yang hampa itu. Dia tahu, Aidil pasti risau melihat adiknya yang sedang sakit itu.
            “Abang nak ikut tak?” Sengaja dia membuat tawaran ketika ingin masuk ke dalam perut kereta. Terpancar riak kegembiraan di wajahnya.
            “Tak payahlah Syifa. Kan susah kalau bawa dua-dua. Lainlah kalau mak ikut.” Protes Puan Suraya.  
            “Tak apalah mak. Lagipun, dah lama rasanya tak bawak dia orang keluar.” Akhirnya Syifa memandu ke arah klinik yang berdekatan dengan rumahnya.
            Tidak sampai hati pula dia membiarkan Adha yang kelesuan itu berjalan. Lalu didukung anaknya yang semakin besar dan berat itu. Tangannya yang sebelah lagi memimpin Aidil untuk melintas jalan.
            Baru sahaja dia ingin melangkah namun tiba-tiba ada tangan yang mengambil Adha dari dukungannya. Nyata dia terkejut apatah lagi melihat gerangan pemilik yang sebenar.
            “Biar saya dukung Adha.” Putus Dr Luqman sambil mula melintas dan meninggalkan Syifa yang tercengang-cengang kehairanan.
            “Dah lama Adha demam?” Soal Dr Luqman sementara menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor.
            “Baru siang tadi.” Jawab Syifa perlahan. Rasa terkejutnya masih belum hilang lagi.
            “Syifa, kenapa awak cuba lari dari saya? Apa salah saya?” Soal Dr Luqman perlahan. Namun masih dapat ditangkap oleh Syifa.
            “Doktor, saya tak pernah lari dari doktor. Cuma saya mengambil sikap sedar diri. Saya sedar yang saya tak layak untuk doktor.” Jawabnya sambil menunduk.
            “Syifa, siapa yang boleh tetapkan sama ada dia layak atau tidak. Saya pasti dengan perasaan milik saya ni.” Tangannya mengusap kepala Adha yang sedang berada di dalam ribaannya.
            Baru sahaja Syifa ingin menjawab namun nama Adha dipanggil oleh seorang jururawat yang bertugas. Membantutkan perbualan antara mereka.
            Syifa jadi lebih serba salah apabila Dr Luqman dengan berkerasnya ingin membayar kos perubatan Adha.
            “Awak bukannya kerja lagi. Biarlah saya yang bayar.” Itulah alasan yang diguna pakai oleh Dr Luqman.
            Ketika membaringkan Adha di kerusi kereta, Dr Luqman mencabut jaket yang dipakainya dan ditebarkan ke badan Adha. Mungkin Dr Luqman tergerak untuk melakukan apabila melihat Adha yang merengkok kesejukkan.
            “Buat susah-susah doktor je.” Dr Luqman berpaling ke arah wanita kesayangannya itu.
            “Sesuatu benda tu tak akan pernah susah apabila dia melibatkan orang yang kita sayang Syifa.” Secara beralas, dia menyatakan suara hatinya.
            “Doktor buat saya lebih serba salah.” Luah Syifa jujur.
            “Jangan rasa serba salah Syifa. Saya tak pernah paksa awak untuk terima diri saya. Tapi saya nak buka mata dan fikiran awak yang tertutup disebabkan masa silam awak. Ambilah sebanyak masa pun untuk memikirkannya sebab masa saya memang saya dah peruntukkan buat awak.” Syifa tercengang lagi. Kusut betul fikirannya sekarang sambil memandang langkah Dr Luqman yang semakin menjauh.
            Baru sahaja dia ingin memulakan permanduan namun tiba-tiba telephon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej masuk.
            Suka itu akan mendatangkan rasa rindu… rindu pula akan membuatkan kita merasa erti  kasih… Kasih itu pastilah datang dari rasa sayang.. Namun sayang itu tidak semestinya rasa cinta…. Tetapi cinta itu lahir dari rasa suka, melalui rindu dan kasih sayang.. Insyaallah, rasa yang saya rasai ini bukan hanya sekadar rasa… tapi nikmat ALLAH untuk kita kecapi… Bersandarlah pada saya Syifa Humaira….
            Syifa menutup mukanya dengan kedua belah tapak tanganya. Hatinya menjadi berdebar-debar yang tidak terkira. Demi Allah, dia turut merasai kenikmatan Allah itu. Namun rasa sakit itu masih belum hilang sepenuhnya.
            ‘Ya ALLAH, bantulah hambamu yang kebuntuan ini.’ Doanya di dalam hati. Tiba-tiba Syifa teringat akan satu ayat yang dipegang selama ini.  
            ‘Rasa gelisah dan resah yang kita kecapi ini adalah tanda kecintaan ALLAH pada hambanya. ALLAH tidak akan menguji manusia itu lebih daripada kemampuannya dan kalau kita mengeluh dengan ujiannya, ujian itu tidak akan berhenti malah kita akan beroleh dosa pula. Tapi hadapilah setiap ujian dan dugaan dengan senyuman. Kerana itulah tanda kesenangan hati untuk menempuh dugaan ilahi.
***
            Perlahan-lahan Syifa melangkah ke arah bus stop yang berhampiran kerana tidak semena-mena, keretanya pancit sedangkan pagi tadi, kereta itu masih berada dalam keadaan elok.
            Tiba-tiba ada Toyota Harrier berhenti di hadapannya. Keluarlah pemandunya lalu melangkah ke arahnya yang sedang berdiri.
            “Awak datang dari mana? Mana kereta?” Soal Dr Luqman bertubi-tubi.
            “Tayar kereta pancit.” Jawab Syifa ringkas.
            “Kalau macam tu, marilah saya tumpangkan.” Putus Dr Luqman sambil melangkah ke keretanya dan dibukanya pintu keretanya.
            “Tak apalah doktor. Saya boleh naik teksi je.” Tolak Syifa sopan. Tidak senang dengan pandangan mata-mata yang memandang.
            “Kalau awak tak kisah, awak boleh anggap kereta saya ni macam teksi. Nak duduk belakang pun boleh. Asalkan awak naik kereta saya.” Gurau Dr Luqman sambil tergelak kecil. Syifa sudah mula buat muka serba salah.
            “Syifa, naiklah. Tak kan saya nak biarkan wanita yang saya sayang naik teksi sedangkan saya boleh hantar dia kan.” Secara terus, Dr Luqman melahirkan rasa hatinya.
            Akhirnya, Syifa mengalah jua. Tidak senang juga kalau-kalau dia dianggap sedang berdrama di tengah-tengah jalan raya ini. Dr Luqman tersenyum kemenangan.
            Baru sahaja Dr Luqman memulakan permanduannya, tiba-tiba telefon bimbit lelaki itu berbunyi nyaring.
            Hanya kedengaran suara Dr Luqman sahaja yang berbunyi untuk menjawab panggilan telefon. Dari segi bicaranya, Syifa dapat mengangak yang ada hal kecemasan yang berlaku di rumah penyarahnya itu.
            “Syifa, saya kena balik rumah sebab adik saya beritahu yang mak saya jatuh bilik air.” Terang Dr Luqman sehabis berbicara di telefon.
            “Oh, tak apalah. Doktor berhenti kat sini je. Saya boleh naik teksi.” Ujar Syifa pula.
            “Eh, tak sedap pulak kalau macam tu. Apa kata kalau Syifa ikut saya balik kejap. Lepas tu saya hantarlah Syifa balik semula.” Bagi Dr Luqman, inilah masa yang paling sesuai untuk memeperkenalkan Syifa dengan ibunya. Akhirnya, masa itu tiba juga.
            “Eh, tak apalah. Saya boleh balik sendiri.” Hatinya berdebar-debar mendengar tawaran penyarahnya kali ini.
            “Alah, kejap je. Saya janji.” Rayu Dr Luqman bersungguh-sungguh. Akhirnya, sekali lagi Syifa beralah.
            Syifa melangkah ke dalam rumah banglo itu dengan perasaan yang dia sendiri tidak dapat mentafsirkan. Aneh sungguh rasanya. Hatinya yang tadi bercelaru, tiba-tiba menjadi tenang melihat perhiasan yang berada dia dalam rumah itu.
            Dr Luqman sudah lama menghilang entah kemana. Mungkin sedang menjeguk ibunya di bilik.
            “Kak, jemput minum.” Pelawa seorang gadis yang sambil menghulurkan minuman kepadanya.
            ‘Cantikknya dia. Tak sia-sia kahwin lambat kalau dapat habuan macam ni.’ Puji Laili di dalam hati. Sangat bersetuju dengan pilihan abangnya ini.
            Tak manis pula rasanya meninggalkan tetamu bersendirian. Lantas Laili mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan wanita yang selalu diceritakan oleh abangnya ini.
            Syifa menjadi tidak senang apabila gadis genit itu tidak lepas daripada memandangnya sambil tersenyum-senyum. Entah apalah tafsiran gadis itu padanya.
            Baru sahaja Laili ingin mengeluarkan suara namun tiba-tiba dia menangkap suara ibunya yang sedang menjerit nyaring.
            “Kak, jom tengok.” Ajak Laili sambil menarik tangan Syifa yang masih terkejut itu.
            “Sakitlah man. Cubalah buat perlahan sikit.” Rungut seorang wanita terhadap Dr Luqman yang sedang memicitnya.
            “Dah habis slow dah rasanya.” Rungut si anak pula. Syifa hanya memerhatikan gelagat mereka itu namun tidak lama apabila dia beralih pandang ke arah Laili yang sedang ketawa kecil lantas berlalu pergi.
            Tawa Laili itu mengundang akan kehadirannya di situ. Syifa kelu untuk membuat apa-apa. Wanita itu tidak lepas dari memandangnya.
            Perlahan-lahan Syifa melangkah dan bersalam dengan ibu Luqman. Luqman tersenyum lebar melihat ibunya yang tidak lepas dari memandang Syifa Humaira.
            Hajah Amnah memandang sekilas ke arah anaknya dan anaknya itu mengangguk perlahan. ‘Jadi inilah wanita yang sering diceritakan oleh Luqman. Nampak sesuai benar dengan Luqman.’ Bisik hatinya sambil tersenyum.
            “Auw.” Mati angannya apabila tangan kasar anaknya itu memicitnya dengan kuat.
            Syifa mendaratkan pandangan matanya ke kaki milik ibu Dr Luqman. Tiada kesan lebam di situ. Barangkali mungkin terseliuh. Hatinya Jatuh kasihan melihat Hajah Amnah yang mengaduh kesakitan akibat diurut oleh Dr Luqman.
            “Doktor, boleh saya tolong urutkan?” Sungguh, Dr Luqman terkejut dengan pelawaan yang tidak diundang itu. Tanpa banyak cakap, dia bangun kerana ingin memberi ruang kepada Syifa untuk duduk.
            Hajah Amnah juga tidak dapat lari dari rasa terkejut. Dia menikmati urutan dari tangan Syifa yang telus itu. Langsung tiada sebarang rungutan seperti mana dia merungut ketika anaknya mengurutnya.
            Patutlah Luqman jatuh hati pada Syifa. Hati tuanya juga turut terpaut dengan peribadi dan tingkah laku milik Syifa Humaira. Tentang kisah silam wanita itu, dia tidak pernah ambil peduli. Yang penting adalah kebahagian di masa akan datang.
            Dr Luqman sentiasa berdoa di dalam hati agar wanita kesayangannya ini dapat diterima baik oleh ahli keluarganya. Kerana itu, awal-awal lagi telah diceritakan tentang kisah Syifa Humaira pada ibunya. Dia tidak mahu ibunya mendengar cerita daripada mulut orang lain.
Dan dia memanjatkan rasa syukur yang amat sangat kerana penerimaan ahli keluarganya terhadap hubungannya dengan Syifa Humaira. Moga ALLAH permudahkannya untuk memperisterikan Syifa.
“Terima kasih. Buat susah-susah kamu je.” Ucap Hajah Amnah ikhlas. Kesakitan yang dirasakan sebentar tadi seakan-akan mula beransur pergi.
“Tak ada yang susahnya mak cik.” Ujar Syifa merendah diri. Dia memerhatikan keadaan sekeliling, pensyarahnya itu sudah tidak kelihatan di mana-mana. Dia buntu sendirian bersama ibu Dr Luqman.
Tiba-tiba Puan Amnah mencapai tangan milik Syifa Humaira. Sekali lagi dia terpinga-pinga.
“Luqman selalu cerita pasal kamu pada mak cik. Dia sayang benar pada kamu.” Terang Puan Amnah lembut, Syifa hanya mampu menunduk. Dia tidak tahu konsep cerita apa yang disampaikan oleh Luqman. Entah-entah ibu Luqman ini mengetahui semuanya tentang masa silamnya.
“Terimalah Luqman, Syifa.” Pujuk ibu Luqman tanpa diminta. Syifa mengigit bibir. Tidak tahu ayat mana yang mahu dicedok. Beberapa kali dia menelan air liur yang terasa sangat pahit.
“Mak cik, saya tak layak untuk anak mak cik.” Itulah ayat yang sering keluar dari bibirnya tatkala lamaran Luqman diungkitkan. Hanya itu jawapan yang dia ada.
“Syifa, mak cik tak boleh terima alasan Syifa tu. Sebab, mak cik tengok, Syifa ni sesuai benar dengan Luqman.” Tingkah Puan Amnah. Syifa memandang ke arah lain. Tidak tahu lagi untuk mencari alasan yang lebih logik.
“Kalau tentang masa silam yang menganggu Syifa untuk membuat keputusan, Syifa silap. Sebab mak cik tak pernah memandang masa silam itu sebagai sesuatu yang penting. Kalau Luqman boleh terima Syifa dan anak-anak Syifa, kenapa pulak mak cik nak menolak.” Penerangan Hajah Amnah kali ini benar-benar mengejutkan Syifa Humaira. Jadi, wanita ini tahu akan segalanya.
Hajah Amnah menarik bahu Syifa supaya memandang wajahnya. Dia sudah benar-benar jatuh sayang pada Syifa Humaira semenjak pertama kali anaknya menceritakan tentang kisah Syifa.
“Buang yang lepas Syifa. Bina yang baru. Fikirkan juga tentang anak-anak Syifa. Dia orang pun perlukan kasih seorang ayah. Mak cik bukan nak memaksa tapi mak cik nak tegaskan yang mak cik tak pernah pandang apa yang pernah berlaku dulu. Lagipun, ia bukan salah Syifa dan Syifa berhak dapat kebahagian yang setimpal dengan ketabahan dan kesabaran Syifa di masa lepas.” Sungguh, dia terharu dengan penerimaan keluarga Luqman.
Dia sedar, tidak akan ada orang yang lebih dapat menerima dirinya seadanya melebihi penerimaan Luqman. Tapi dia takut kalau dia bukan orang yang layak untuk memberikan kebahagiaan untuk Luqman sebagaimana yang Luqman limpahkan padanya.
Ketika pulang, sedikit pun Syifa tidak bersuara. Dia benar-benar bingung sekarang. Kata-kata Puan Amnah begitu menganggu pemikirannya. Dan Luqman pula hanya membiarkan sahaja Syifa. Dia tidak mahu menganggu Syifa yang mungkin sedang dalam dilemma. Dia pasti, kesabarannya satu hari nanti pasti akan terjawab.
‘Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seorang yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU Ya Muhaimin. Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMU agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu… Ya Rabanna, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMU. Ya Rabbul Izati, jika kau halalkan aku merindui kekasihku, jangan biarkan aku melampaui batasan sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMU Ya ALLAH.’ Syifa meraup mukanya dengan kedua belah tapak tangannya.
 Seperti biasa, dia sedikit pun tidak berdaya tanpa bantuan daripadaNya. Kali ini dia benar-benar mengharapkan bantuan daripada Yang Maha Esa. Moga ALLAH dapat menjawab persoalan kepada semua jawapannya.
***
Tergesa-gesa Syifa pulang ke rumah apabila mendapat panggilan daripada Puan Suraya tentang Adha yang tiba-tiba mengamuk hingga mengunci dirinya di dalam bilik.
“Kenapa boleh jadi macam ni mak?” Soal Syifa sambil mencari kunci perdua yang disimpan di dalam almari.
“Entah. Mak pun tak tahu. Balik tadi, dia bergaduh dengan Aidil lepas tu terus kunci bilik. Bila mak suruh bukak, dia jerit yang dia kata dia benci pada mak dan Syifa.” Terang Puan Suraya lanjut. Risau juga dia melihat ragam cucu-cucunya ini.
“Aidil mana?” Soalnya apabila tidak melihat kelibat Aidil di mana-mana.
“Eh, tadi dia ada je. Mana pulak perginya si Aidil ni.” Ujar Puan Suraya sambil mula pergi mencari Aidil lantas meninggalkan Syifa yang cuba membuka kunci bilik Adha.
Baru sahaja pintu bilik dibuka, Adha membaling bantal ke arah tempat Syifa berdiri. Syifa yang nyata terkejut beristifar panjang. Entah apalah yang merasuk Adha sehingga mengamuk sedemikian rupa.
“Adik, kenapa ni? Kalau ada masalah, bagilah tahu kat mama.” Pujukkan Syifa itu sedikit pun tidak memberikan kesan pada anaknya. Adha terus menerus membaling barang ke arah Syifa.
“Adik benci mama. Adik benci!!!” Jeritan Adha itu sungguh memeranjatkan Syifa. Belum pernah-pernah Adha meragam sebegini rupa.
“Adik… Jangan macam ni dik. Cuba bagi tahu kat mama.” Pujuk Syifa sekali lagi. Sedih sungguh hatinya melihat Adha yang sedang menangis di penjuru katil.
Perlahan-lahan kakinya menapak ke arah Adha namun cepat benar dia perasan akan kehadiran mamanya. Ditolak keluar Syifa keluar daripada biliknya.
 Syifa seakan-akan ingin menangis kerana diperlakukan sedemikian rupa oleh anaknya. Tangannya bertalu-talu mengetuk pintu bilik Adha namun tiada sambutan dari pihak Adha.
Tiba-tiba, ada tangan yang menarik bajunya. Lantas Syifa berpaling ke arah Aidil yang sedang menangis. Terus dipeluknya anak sulungnya itu, cuba meredakan kesedihan yang dia sendiri belum ketahui.
“Abang, kenapa adik jadi macam tu?” Perasaannya membuak-buak ingin tahu.
“Mama, kenapa dekat nama kita orang tak ada nama ayah?” Tiba-tiba soalan itu yang keluar dari mulut Aidil. Lidah Syifa jadi kelu untuk menjawab. Otaknya tiba-tiba sahaja membeku.
“Kenapa abang tanya?” Hanya itu ayat yang mampu keluar dari mulutnya.
“Dekat sekolah tadi, cikgu panggil nama semua orang. Tapi nama kita orang je yang tak ada nama ayah.” Terang Aidil sambil teresak kecil. ‘Ya Allah, jawapan apa yang harus aku titipkan buat anakku ini?’ Syifa mengenggam tangan miliknya sendiri. Persis sedang mengumpul kekuatan yang sudah mula hilang kuasanya.
“Siapa ayah kami mama?” Soal Aidil lagi. Kepala Syifa sudah semakin sesak dengan soalan Aidil yang bertubi-tubi itu. Dia sendiri masih mencari jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada anak-anaknya.
“Ayah kawan abang pun dan meninggal tapi dekat nama dia ada tulis nama ayah sekali. Tapi kita orang tak ada pun.” Ulang Aidil sekali lagi apabila melihat ibunya yang asyik sungguh menyepi.
“Aidil, percayalah. Aidil dengan Adha memang anak mama. Jangan macam ni sayang…” Hanya itu yang mampu dia berikan.
Kalau dia berterus terang, adakah anak kecil ini akan mengerti akan istilah rogol. Dan paling penting, dia takut akan penerimaan anaknya kelak. Anak-anaknya itu masih kecil untuk memikul beban yang dia tanggung.
“Aidil nak papa. Aidil nak tunjukkan dekat kawan-kawan yang Aidil pun ada ayah jugak. Aidil nak papa mama…” Rengek Aidil sambil teresak-esak menangis. Patutlah sejak akhir-akhir ini, anaknya seakan-akan liat untuk ke sekolah. Rupa-rupanya, persoalan ini yang menghantui diri mereka.
Kali ini, dia betul-betul sudah tidak berdaya. Kekuatan yang dikumpul selama ini sudah makin dihakis pergi. Pada siapa lagi untuk disandarkan harapan untuk menyelesaikan kemelut kasih ini?
“Syifa.” Seru satu suara. Serta merta Syifa berpaling ke arah datang suara itu. Entah macam mana lelaki itu boleh berada di dalam rumahnya? Di hadapannya sekarang.
Sedih sungguh dia melihat Syifa tergagap-gagap untuk menjawab soalan anaknya itu. Kali ini, biarlah dia yang menjadi penyelamat Syifa membantu menjawab soalan anak-anaknya. Perlahan-lahan, dia menapak ke arah Aidil. 
Syifa diterjah rasa terkejut yang amat sangat. Kenapa di saat-saat dia amat memerlukan bantuan, lelaki itu sentiasa hadir sebagai penyelamat. Adakah dia titipan dari ALLAH untuk menyempurnakan takdirnya?
“Ish, jangan menangis… Kalau Aidil nangis, macam mana Aidil nak tolong mama pujuk adik.” Tangannya mengesat air mata yang menghiasi pipi si kecil itu.
Tiba-tiba tangisan anak kecil itu terhenti mendengar pujukkan Dr Luqman. Sekali lagi hati Syifa Humaira tercuit dengan karakter penyarahnya yang sentiasa tenang menghadapi segalanya.
“Bak kunci tu.” Arahan Dr Luqman untuk menyerahkan kunci yang berada di tangannya dituruti. Biarlah lelaki itu pula yang memujuk Adha.
Perlahan-lahan, Dr Luqman memulas tombol pintu bilik Adha. Seketika, dia memalingkan wajahnya ke arah Syifa.
“Awak percayakan saya kan?” Soal Dr Luqman tiba-tiba. Syifa mengangguk sambil tersenyum lesu walaupun tidak mengerti akan maksud sebenar soalan Dr Luqman itu.
“Kalau awak percayakan saya, awak duduk di sini saja. Biar saya yang pujuk Adha.” Syifa hanya menuruti arahan Dr Luqman itu.  Dia hanya berdiri di pintu bilik anaknya bersama-sama dengan Aidil.
“Adha. Kenapa ni?” Kedengaran suara Dr Luqman memulakan intro.
“Adha benci mama.” Pedih sungguh telinga Syifa yang mendengar ayat yang keluar dari mulut anaknya sendiri. Air matanya hampir-hampir menitis namun segera dikawal.
“Tapi kenapa? Boleh uncle tahu.” Pujuk Dr Luqman lembut.
“Mama tak bagi Adha jumpa dengan papa. Mama jahat!” Jerit Adha. Dr Luqman mengambil nafas sedalamnya untuk mengumpul cara untuk menyelesaikan kemelut ini.
“Mama tak jahat Adha. Mama sendiri dah lama tak jumpa dengan papa. Hakikatnya, Aidil dengan Adha lahir tanpa kehendak mama sendiri. Tapi mama tetap nak lahirkan Aidil dengan Adha walaupun dia tahu yang papa Adha dah pergi jauh.
Dia besarkan Aidil dengan Adha dengan penuh kasih sayang. Tak ada sesiapa yang dapat menandingi kasih sayang dia pada kalian berdua. Betapa bangganya dapat membesarkan kamu berdua walaupun pada awalnya, kandungannya mendapat tentangan daripada semua pihak. Tapi dia tetap mengambil keputusan untuk membela kamu tanpa menyerahkan kepada orang lain.
Banyak kali mama beritahu pada uncle yang dia bangga dapat anak macam Aidil dengan Adha. Sebab Aidil dengan Adha tak nakal, dengar kata mama, baik tapi uncle tak nampak pun semua tu.
Tapi yang uncle nampak, seorang budak nakal yang sedang mengamuk dengan mama dia. Anak yang baik, tak akan marah-marah dengan mama dia. Sebab dia sayang pada mama dia. Adha tak sayang mama ke?” Soal Dr Luqman pula.
“Sayang…” Jawab Adha sambil teresak-esak. Mungkin sudah menyesali kekasarannya sebentar tadi.
Jika tadi Syifa sedaya upaya mengawal air matanya dari menitik namun tidak lagi sekarang kerana dengan rela hatinya dia membenarkan titik mutiara itu mengalir di pipinya. Kasihnya pada anak-anaknya tidak pernah berkurang malah ia sentiasa bercambah dari sehari ke sehari.
 “Kalau sayang, kenapa buat mama macam tu.” Tegur Dr Luqman lembut. Sekali lagi dia mengesat air mata anak kecil itu.
 “Adha nak papa. Adha malu dengan kawan-kawan. Semua kawan-kawan Adha ada papa tapi Adha dengan Abang tak ada.” Buat pertama kalinya, anak itu mengutarakan isi hatinya yang sekian lama terpendam.
“Siapa kata Adha tak ada papa? Uncle kan ada.” Diletakkan tangannya di atas bahu milik Adha tanda dia serius dengan kata-katanya.
“Tapi uncle bukan papa.” Tingkah si kecil. Sejenak, Dr Luqman seakan-akan sedang berfikir, dan tiba-tiba dia memanggil Aidil. Bersilih ganti dia melempiaskan pandangan ke arah pasangan kembar itu.
“Dengar sini elok-elok, mulai saat ini, hari ini, waktu ni, dan untuk-untuk masa yang akan datang, uncle nak kamu panggil uncle papa. Kalau ada orang tanya, siapa papa korang, cakap nama ayah saya Luqman. Dan kalau dia orang tak percaya, bagi tahu pada papa. Biar papa jumpa orang tu.” Kata-kata Dr Luqman itu begitu memeranjatkan Syifa Humaira. Matanya beralih pula pada si kecil. Ternyata, ada riak kegembiraan di wajah mereka.
“Sekarang, papa nak kamu berdua minta maaf dengan mama. Dan berjanji yang korang tak akan buat perangai lagi.” Arah Dr Luqman lagak seorang ayah yang sedang menasihati ananknya.
Dengan pantas, kedua-duanya menerpa ke arah Syifa Humaira. Syifa membalas pelukkan anak-anaknya dengan seerat yang mungkin. Dicium berkali-kali pipi anak-anaknya. Matanya mendarat pula ke arah satu susuk badan yang sedang berdiri sambil memandangnya.
Melalui gerak mulut, Syifa mengucapkan tanda terima kasih atas bantuan yang tidak terhitung nilainya. Dr Luqman hanya membalas dengan anggukkan sahaja. Apalah nilai kata-katanya yang tidak seberapa itu jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan seorang ibu seperti Syifa.
 Dia merenung erti kasih sayang pada pucat wajah derita yang terbayang dalam diri Syifa Humaira. Betapa selama ini Syifa berjaya menyembunyikan resah seorang ibu dalam meniti hari dan nasib yang belum tahu. Dan buat pertama kalinya, dia melihat ada air jernih yang menghiasi pipi milik Syifa.
Syifa hanya duduk bersandar di sofa di ruang tamu di atas. Buat pertama kalinya, ada seorang lelaki yang bergelar papa yang menidurkan anak-anaknya. Sungguh, dia teharu dengan kemuliaan hati lelaki itu. Air matanya menitis perlahan namun segera diseka. Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan sesiapa.
“Tangisan itu bukan tanda lemah. Tapi tanda kelembutan dan ketabahan hati menempuh ujian dan dugaan yang mendatang. Kerana orang yang keras hati sahaja yang tidak menangis Syifa. Air mata itu adalah anugerah ALLAH untuk hambanya. Itu membuktikan bahawa kita ni hanya hamba yang sedikit pun tidak berdaya tanpa bantuah daripadaNYA.” Tiba-tiba ada suara yang menyapa. Sekilas dia berpaling ke arah pemilik suara yang dia sendiri sudah pasti gerangannya.
“Doktor, saya tak tahu dengan cara macam mana saya nak balas jasa doktor. Doktor dah banyak bantu saya. Kalau doktor tak ada, saya tak tahulah apa yang jadi.” Terang Syifa jujur.
“Senang je kalau awak nak balas jasa saya, kahwin dengan saya.” Tidak tertelan rasanya air liurnya apabila mendengar ayat yang keluar dari suara pensyarahnya.
“Saya bergurau jelah.” Sehabis ayatnya, dia ketawa besar. Senang dapat mengenakan pelajarnya.
“Syifa, saya tak pernah minta awak balas jasa saya yang tak sebesar mana ni. Apa yang penting sekarang ialah awak dan anak-anak gembira. Yang lain-lain, dah tak penting bagi saya.” Ujarnya apabila melihat Syifa yang kelu tanpa kata.
“Doktor, kenapa saya yang menjadi pilihan doktor?” Buat pertama kalinya, Syifa berani membicarakan tentang soal hati. Satu senyuman manis dihadiahkan buat Syifa Humaira. Dia mengambil posisi di hadapan Syifa.
“Kerana saya mengambil kira aspek bangsawan, hartawan dan rupawan. Semua aspek tu ada pada awak Syifa.” Berkerut dahi Syifa untuk mengetahui maksud kata-kata Dr Luqman dengan lebih jelas.
“Telah tepatlah panduan syariat kebangsawanan, hartawan dan rupawan adalah nilaian mata. Sesungguhnya hartawan adalah pada lapangnya hati, rupawan pada indahnya budi dan bangsawan pada kerendahan hati yang sering sujud pada tapak ilahi. Aspek itu yang saya akan nilai untuk mencari seorang isteri dan kesemuanya ada pada awak Syifa.” Jelas Dr Luqman satu persatu. Syifa terdiam sendiri.
Terlalu besar rasanya pujian yang dilimpahkan kepadanya. Hakikatnya, dia hanyalah seorang wanita yang lemah serba serbi.
“Kenapa doktor boleh datang rumah saya?” Soal Syifa sengaja ingin mengubah topic perbualan.
“Aidil yang telefon.” Jawab Dr Luqman lantas menceritakan serba sedikit tentang peristiwa dia memberikan nombor telefonnya kepada Aidil.
“Susahkan doktor je.” Kata itu telah diulang entah berapa kali.
“Tiada yang menyusahkan bila ia melibatkan orang yang kita sayang Syifa.” Sejurus itu, matanya mencari secarik wajah yang hanya menunduk memandang lantai. 
Tataplah makna pengorbanan pada pintu sumul hati dihijab riang. Merawat gelisah di gelap malam. Di lena yang payah. Singkaplah tabir maknawiyah tahdir. Hidup itu adalah ranjau yang ditakdirkan. Hakikat kasih sayang adalah redha dan rahmat dari Tuhan
***
            Sekali lagi dia menerima sekeping CD daripada Doktor Luqman. Kali ini, entah lagu mana pula yang menjadi kirimannya.
            Kesenangan yang datang, tak akan selamanya
            Begitulah selepas susah ada kesenangan.
            Seperti selepas malam datangnya siang
            Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari gengaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari ALLAH
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan.
            Kali ini, lagu daripada kumpulan inteam dan Nazrey yang berjudul kehidupan. Lagu itu kena benar dengan coretan hidupnya. Lirik lagu yang bernada nasihat itu benar-benar menyentuh hatinya.
            “Syifa..” Ada satu suara yang memanggil namanya. Segera dia berpaling.
            “Kak Lisa. Bila datang?” Terkejut sungguh dengan sapaan kakak iparnya yang mengejut itu.
            “Baru je. Hmm, Syifa okey?” Soalnya tiba-tiba.
            “Okey. Kenapa pulak tak okeynya.” Entah kenapa tetapi secara tiba-tiba, ada gundah yang datang menghimpit.
            “Hmm, mak ada cerita pasal Luqman. Jadi, apa keputusan Syifa?” Soal Lisa tidak sabar. Alangkah bahagianya jika jawapan positif yang diperolehi dari ibu kepada Aidil dan Adha ini.
            “Syifa tak tahu kak. Syifa dah solat istiharah tapi jawapan masih belum berpihak pada Syifa kak.” Jujur pengakuannya.
            “Syifa, walau apa pun keputusan Syifa, akak akan sokong walaupun akak sebenarnya seratus peratus menyokong kalau Syifa memilih Luqman. Tapi macam yang Luqman kata, tiada paksaan dalam hal ini jadi akak pun tak bolehlah nak lebih-lebih.” Ujarnya sambil tergelak kecil. Syifa ikut turut serta ketawa kecil.
Semua orang disekelilingnya mengharapkan agar dia bahagia bersama Luqman. Namun kenapa payah benar untuk dia mengakuinya sedangkan dia juga turut merasakan irama yang sama.
Hidup ini penuh pancaroba. Roda masa akan pantas berputar untuk menduga iman di dada. Apabila terlena dan terleka maka akan tenggelam di lautan dunia. Pandangan mata yang kabur pada nikmat yang menggunung akan mendustakan kurniaan dari yang maha Esa. Itu yang dia takutkan.
***
            Di atas permintaan Dr Luqman, akhirnya Syifa bersetuju untuk keluar membawa Aidil dan Adha ke taman permainan. Syifa hanya memerhatikan anak-anaknya yang sedang bermain. Lidahnya jadi kelu untuk mengeluarkan kata.
            “Doktor, nak air?” Soal Syifa memecah kesunyian. Tangannya menghulur sekotak air soya.
            “Syifa, kalau awak tak keberatan, boleh tak saya buat satu permintaan?” Soal Dr Luqman tiba-tiba.
            “Permintaan?” Ulang Syifa tanda tidak faham.
            “Kalau di luar kampus, boleh tak awak jangan panggil saya doktor. Panggil nama je.” Syifa Humaira mengigit bibir apabila mendengar permintaan pensyarahnya itu.
            “Nampak macam tak sopan pulak kalau panggil nama.” Tingkah Syifa.
            “Apa yang tak sopannya? Macam biasa je tapi kalau awak nak panggil saya abang pun, saya tak kisah.” Guraunya sambil tergelak kecil. Merah padam muka Syifa.
            Jarak umur antara mereka berdua hanyalah empat tahun. Tidak salah rasanya jika hanya memanggil nama sahaja. Namun, hubungan mereka yang sebagai pelajar dan pensyarah yang memberatkan hati Syifa untuk memanggil lelaki itu dengan pangkal nama sahaja.
            “Kalau permintaan saya ni agak berat, abaikan je.” Putus Dr Luqman tiba-tiba. Syifa tiba-tiba tersenyum. Nada suaranya seakan-akan telah merajuk.
            “Kalau dekat kampus saya nak panggil awak Luqman je, awak kisah tak?” Uji Syifa sekadar bercanda.
            “Boleh tapi kena jadi isteri saya dululah.” Gurauannya disambut dengan gurauan juga. Ini membuatkan Syifa bertambah malu. Dr Luqman jadi senang hati kerana dapat mengenakan wanita di sebelahnya. Nampaknya, Syifa sudah mula menunjukkan kesan positif. Syukur yang teramat dipanjatkan ke hadrat ilahi.
            “Kalau macam tu, biar saya jadi isteri doktor dulu, baru saya panggil doktor Luqman.” Kali ini dia tekad. Tidak senang rasanya apabila membiarkan lelaki ini tertunggu-tunggu.
            “Awak tak bergurau kan Syifa?” Takut benar dia kalau dia hanya tersalah dengar.        
            “Mana mungkin saya bergurau hal seserius ni.” Ungkapan Syifa itu Luqman sambut dengan senyuman yang meleret. Tidak lupa dipanjatkan kesyukuran yang amat sangat pada Yang Maha Besar.
            “Tapi kalau awak dah jadi isteri saya, tak kanlah nak panggil Luqman je.. kenalah panggil abang.” Lagi merah mukakan menahan malu menyambut kata-kata yang terbit dari mulut Luqman.
            Deru ombak pecah berderai hingga mengulang pantai datang dan pergi. Begitulah kasih insan yang diibaratkan seperti ombak merubah pantai. Tika kasih sayang semuanya indah dipandang mata, namun apabila rasa benci terbit di hati, rasa kasih dan sayang pun menyisih.
            Tanda kasih yang abadi adalah di dalam senang jua dalam kesempitan. Kasih ilahi tiada bersempadan. Tak memilih siapa, tidak berakhir malah kekal selamanya. Moga-moga kasih mereka lahir dari ketulusan jiwa yang bersuluhkan keimanan lantas dapat mengundang keredhaan Allah. Insyaallah.
***
            “Syifa, kau ada apa-apa ke dengan Dr Luqman?” Soal Siti sehabis dia menutup buku tanda mengakhiri kelas pada petang ini.
            “Kenapa kau tanya macam tu?” Sengaja dia membalas soalan dengan soalan.
            “Aku bukan apa, aku lebih suka tanya kau sendiri daripada dengar dari mulut-mulut orang.” Jelas Siti.
            “Aku tak tahu jawapan yang macam mana yang perlu aku bagi tahu pada kau.” Rintih Syifa serba salah.
            “Syifa, maaflah sebab tanya yang bukan-bukan. Tapi kalau betullah apa yang orang cakap, aku seratus peratus sokong kau bersama dengan doktor. Aku tengok korang sesuai benar macam pinang dibelah dua.” Gaya percakapannya sebiji benar dengan kak Lisa. Syifa tersenyum sendiri.
            “Syifa, asal senyap je ni?” Teguran Dr Luqman itu mematikan lamunan Syifa. Lantas dia berpaling ke arah Dr Luqman yang sedang memandu.
            “Tak ada apa-apa.” Jawabnya ringkas.
            “Syifa, ada orang tanya apa-apa ke pasal hubungan kita?” Segera Syifa memalingkan muka ke arah Dr Luqman. Cepat benar lelaki ini membaca isi hatinya.
            “Kalau dia orang tanya pasal hubungan kita, bagi je jawapan yang dia orang nak dengar. Kita tak dapat nak puaskan hati semua pihak. Yang pasti, biar kita je tahu hakikat yang sebenar.” Tenang sahaja lelaki ini berbicara. Entah perkara apalah yang dapat mengugat ketenangannya.
            Akhirnya mereka berbalas senyum. Namun tiba-tiba telefon bimbitnya berdering nyaring. Pantas Dr Luqman menjawab menggunakan hands free.
            “Siapa yang telefon?” Soal Syifa sehabis Dr Luqman berbual di telefon. Dari percakapannya, Syifa dapat mengangak yang ada orang memerlukan pertolongan daripada Dr Luqman.
            “Sepupu. Kereta dia rosak dekat simpang depan tu. Dia suruh pergi ambil dia. Syifa tak kisahkan?” Kali ini, giliran Dr Luqman pula yang memohon kepastian.
            “Kenapa pulak nak kisah. Ada-ada aje awak nieh.” Ujar Syifa sambil tersenyum kecil. Tahu benar akan kesukaan Dr Luqman yang suka menyakatnya,
            “Awak tunggu kat sini yerk. Biar saya pergi tengok kejap.” Arahan Dr Luqman itu Syifa balas dengan anggukkan sahaja. Matanya menyorot langkah Dr Luqman yang keluar menemui sepupunya yang sedang membaiki kereta.
            Namun tiba-tiba deringan telefon Dr Luqman berbunyi nyaring. Tertera nama Ibu di skrin telefon. Untuk mengangkatnya, dia tidak berani. Namun jika dibiarkan pula, dia bimbang kalau-kalau ada hal kecemasan yang berlaku.
            Lalu dicapainya telefon dan mula keluar dari perut kereta dan melangkah ke arah Dr Luqman  yang sedang membelakanginya.
            “Luqman, ada call dari ibu.” Teguran Syifa mematikan perbualan antara mereka. Lantas Dr Luqman mengambil telefon dan menjauh meninggalkannya bersama dengan sepupu Dr Luqman.
            Tiba-tiba lelaki yang sedari tadi hanya menunduk mula mengangkat muka dan berpaling ke arah Syifa Humaira. Seakan ingin terbeliak matanya melihat wanita yang berada di hadapannya.
            Bagai dipanah petir, Syifa terkaku melihat gerangan seorang lelaki yang sangat dikenalinya. Tanganya pantas memeluk tubuh yang diselaputi baju kurung itu. Dia dapat merasakan bahawa lelaki dihadapannya dapat melihat segala-galanya. Kenangan silam yang sudah ditutup kembali tersingkap dengan sendirinya pada hari ini.
            “Syifa, kenalkan ini sepupu saya, Aliff dan Aliff, ini Syifa Humaira.” Syifa hanya menunduk tanda hormat. Aliff pula hanya tersenyum pahit. Mereka berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain.
            “Jomlah Aliff, aku dah telefon mekanik tadi. Kejap lagi dia sampailah. Kita baliklah dulu.” Ajak Dr Luqman sambil berlalu ke arah keretanya. Syifa juga tidak menunggu lama. Kakinya cepat aje melangkah.
            ‘Jadi, Aliff adalah sepupu Luqman. Ya Allah, betapa kecilnya dunia ciptaanmu ini. Setelah jauh perjalanan hidupku ini, kenapa aku harus dipertemukan dengannya semula.’ Rintihnya di dalam hati.
            Syifa hanya membiarkan kedua-dua lelaki tersebut berbual. Tidak terfikir langsung mahu mencelah. Dr Luqman dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada Syifa. Namun bukan sikapnya jika terlalu mengikut pada rasa hati. Dia lebih suka memerhati dengan lebih teliti.
***     
            Terpisat-pisat matanya memandang ke arah sekeliling. Suasana di sekelilingnya begitu asing sekali di pandangan mata. Mata yang tadi mengecil tiba-tiba membulat besar. Dia baru sedar yang tiada seurat benang pun yang menghinggapi badannya.
            Serta merta dia berpaling ke arah sebelah. Dengan sepenuh kekuatan, dia menjerit nyaring. Dia menarik selimut untuk menutupi tubuhnya. Terkejut sungguh rasanya apabila mendapati ada seorang lelaki yang tidur di sebelahnya.
            Lelaki itu sudah mula terjaga apabila mendengar tangisan Syifa. Beberapa kali lelaki itu mengenyeh-genyeh matanya dan akhirnya dia bangun. Riak wajahnya jelas kelihatan lebih terkejut.
            “Apa awak buat kat sini?” Soal lelaki itu tiba-tiba. Kaget sungguh apabila melihat Syifa yang berselubung dengan selimut tebal. Kepala yang selama ini ditutup dengan tudung kini mula kelihatan rambutnya.
            “Soalan bodoh apa yang awak tanya ni? Sepatutnya saya yang tanya awak, apa yang awak dah buat pada saya? Sampai hati awak buat saya macam ni Aliff…” Keluh Syifa sambil teresak-esak menangis.
            “Apa yang saya dah buat? Saya tak buat apa-apa. Macam mana kita boleh ada kat sini?” Entah kepada siapa ditujukan soalan itu. Matanya memandang ke arah sekeliling bilik hotel. Ingatanya cuba mengarit peristiwa yang berlaku semalam.
             Mereka datang ke hotel ini untuk meraikan jamuan perpisahan untuk semua pelajar matrikulasi yang baru menghabiskan pengajian. Dan selepas itu, dia sudah tidak mengingati apa-apa.
            Jadi apa yang berlaku diantara mereka berdua semalam? Beberapa kali Aliff meraup mukanya. Hatinya bertambah gusar apabila melihat Syifa yang tidak henti-henti menangis.
            “Syifa, jangan menangis macam ni.” Pujuk Aliff sambil mendekati Syifa Humaira.
            “Jangan dekat dengan saya. Lepas awak rampas semua hak saya, awak suruh saya jangan menangis. Jantan tak guna!” Jerit Syifa lantang. Mati kutu dibuatnya apabila melihat Syifa mengamuk sedemikian rupa. Tidak pernah-pernah gadis ini bersikap begini rupa.
            “Saya tak tahu macam mana boleh jadi macam ni Syifa. Sungguh, saya tak tipu awak.” Pujuknya lagi.
            “Selama ni, saya percaya pada awak. Sampai hati awak buat saya macam ni? Apa salah saya.” Rintih Syifa sambil tidak henti-henti menangis.
            Masa dia ingin melakukan Syifa sedemikan rupa. Memegang tangan gadis juga dia tidak pernah. Apatah lagi ingin melakukan perkara yang dicegah oleh agama ini. Aliff tidak tahu jawapan yang macam mana yang harus diberikan kepada Syifa. Dia sendiri masih tertanya-tanya. Lantas dia mula mencapai bajunya yang bertaburan di atas lantai dan disarungkan ke tubuh.
            Dia tidak sampai hati untuk membiarkan Syifa keseorangan namun dia tidak punya cara lain lagi. Dia tidak mahu ada mata-mata yang nampak situasi ini. Dia perlu segera pergi.
            Setelah tubuhnya diratah, dirampas mahkotanya, akhirnya dia ditinggalkan terkulai layu seorang diri. Dia cuba mengingati peristiwa yang membawanya ke sini semalam namun hampa kerana dia tidak ingat satu habuk pun. Akhirnya, apa yang mampu dilakukan ialah menangis.
***
            Kilat yang menyambung di luar rumah menyedarkan Syifa dari lamunan kisah silam. Setelah bertahun lamanya, kenapa lelaki itu perlu muncul kembali. Bertahun dia mengumpul kekuatan untuk melupakannya namun hanya menuntut masa sehari sahaja untuk membukanya semula.
            Dia masih ingat lagi, selepas berlaku peristiwa tersebut, dia memberanikan diri untuk mencari Aliff. Dia mahu Aliff bertanggungjawab di atas semua perbuatannya namun hanya kehampaan yang diperolehi.
            Aliff telah hilang entah ke mana. Puas ditanya dari rakan karib Aliff sendiri namun hanya gelengan sebagai tanda jawapan.
            Dia bertambah terkejut apabila mengetahui yang dia mengandung. Hanya Allah sahaja yang tahu keperitan yang dia rasai. Namun rasa syukur masih tidak pernah lekang dari dirinya kerana sekurang-kurangnya dia tidak mengulangi kesalahan Aliff dengan menggugurkan kandungannya.
            Biarlah dia membesarkan anak itu tanpa seorang suami di sisi. Jika Aliff mahu lari dari tanggungjawabnya, kenapa pula Syifa ingin menjatuhkan martabatnya sebagai seorang perempuan dengan merayu-rayu pada yang tidak sudi. Itulah tekadnya dahulu.
            Namun kini, bagaimana dia ingin memberitahu Dr Luqman tentang peristiwa di sebalik kisah silamnya. Adakah Dr Luqman dapat menerima semua ini dengan tenang?
            ‘Ya Allah, tebal sangatkah keimananku sehingga aku diuji sebegini rupa?’ Syifa tidak dapat membenarkan hatinya dari terus merintih hiba. Digagahkan diri menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Tika ini, hanya berdoa sahaja yang mampu menghilangkan kegelisahannya.
Ya Allah,
Aku menghimpun kekuatan…
Aku memohon ketabahan…
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar…
Aku anggap kegagalan bukan satu kekalahan…
Tapi suatu kejayaan yang masih terpendam…
Aku minta diberikan sejenak kesempatan…
Untuk ku ulang kembali langkah pertama…
Keperitan yang kurasai mengajar erti kesabaran…
Menyedarkanku  yang aku hanya insan yang sangat memerlukanMU Ya Allah….

***
            Entah bagaimana lelaki itu boleh ada di kawasan kampus ini. Buntu rasanya untuk memikirkan perihal lelaki ini. Cepat sahaja langkahnya. Dia tidak mahu Aliff melihatnya.
            “Syifa, tunggu!” Arahan Aliff itu Syifa buat tak tahu. Dengan selambanya, dia meneruskan langkah namun tiba-tiba lengannya ditarik dari arah belakang.
            “Lepaslah! Tak cukup-cukup ke awak ratah tubuh saya dulu. Tak puas lagi?” Berdesing sungguh telinga yang mendengarnya. Aliff menelan air liur yang dirasakan pahit.
            “Sorry, saya tak bermaksud nak berkasar tapi saya memang nak jumpa awak. Dah lama saya cari awak Syifa.” Aliff cuba bersabar dalam menghadapi kemarahan Syifa kali ini. Dia tahu akan kesalahan yang ditanggung.
            “Untuk apa? Untuk puaskan nafsu awak sekali lagi?” Pangkah Syifa kembali. Kemarahan yang selama ini disimpan kini sudah mula mengeluarkan laharnya.
            “Syifa, jangan buat saya macam ni.” Rayuan Aliff itu Syifa terima dengan cebikan.
            “Habis tu awak nak saya buat macam mana? Peluk awak? Cium awak? Serahkan diri untuk melampiaskan nafsu awak? Macam tu?” Lembut sahaja suaranya mengeluarkan kata-kata kasar.
            “Sumpah! Saya tak tahu apa yang berlaku malam tu. Saya tak tahu apa nak buat. Bukan maksud saya nak tinggalkan awak tapi saya belum matang lagi waktu tu Syifa. Akal saya masih pendek untuk berfikir panjang Syifa. Yang saya tahu, saya masih sayangkan awak.” Luah Aliff sungguh-sungguh.
            “Sayang? Sayang yang dilampiaskan oleh nafsu semata-mata. Lepas habis madu, sepah dibuang.” Seperti  tadi, kata-katanya masih kasar. Tidak pernah rasanya dia berkata  sekasar ini.
            “Syifa, saya betul-betul minta maaf. Bagilah saya cara untuk menebus kembali kesilapan saya ni Syifa.” Rintih Aliff perlahan. Dia benar-benar kesal dengan segala yang terjadi.
             “Sebagai mana saya tak pernah merayu untuk awak bertanggunjawab dulu, macam tu jugak saya nak awak pergi dari hidup saya. Saya dah cukup bahagia sekarang.” Syifa melangkah untuk pergi namun ayat yang keluar dari mulut Aliff membantutnya langkahnya.
            “Bersama Luqman?” Aliff meminta kepastian.
            “Cinta saya pada awak dah mati bila ianya hanya disandarkan pada kehendak nafsu tapi rindu saya pada Luqman makin bercambah apabila ianya mendekatkan diri saya pada Yang Maha Esa.” Seusai itu, dia melangkah pergi.
***
            “Dekat rumah papa nanti, jangan nakal-nakal tau.” Ujar Syifa memberi peringatan kepada kedua orang puteranya.
            “Ya mama. Kita orang janji.” Ujar Adha bersungguh-sungguh lantas berlari ke arah Dr Luqman yang sudah menunggu di muka pintu.
            Dr Luqman menyambut kedatangan Syifa dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Hari ini, Hajah Amnah menjemput Syifa dan anak-anaknya untuk menjamu selera disamping ingin mengeratkan lagi silaturahim antara mereka.
            Terharu sungguh Syifa apabila melihat layanan yang diberikan oleh kedua orang tua Dr Luqman terhadap anak-anaknya. Gamat sungguh kediaman mereka apabila diriuhkan oleh si kembar.
            Baru sahaja mereka ingin menjamu selera, ada tetamu yang tidak diundang hadir. Menyekat selera Syifa untuk makan.
            “Jemputlah makan sekali Aliff.” Pelawa Dr Luqman ramah.
            “Eh, tak apalah. Aku datang ni pun sebab…” Kata-katanya mati apabila pandangan matanya mendarat ke arah Aidil dan Adha.
            “Abang, adik, mari sini salam dengan uncle. Aliff, ni anak Syifa.” Arah Dr Luqman selamba apabila melihat muka Aliff yang seperti tercengang melihat si kembar.
            Berubah air mukanya apabila si kembar itu menghulurkan tangan untuk disalam. Cepat-cepat ditarik si kembar itu ke dalam pelukkannya. Dr Luqman jadi pelik sendiri. Bagaikan ada yang tidak kena. Muka Syifa juga kelihatan sangat kelat.
            Demi Allah, dia tidak pernah tahu bahawa Syifa mengandungkan zuriatnya. Jika dia tahu, tidak akan pernah sesekali dia terfikir untuk meninggalkan Syifa Humaira. ‘Ya Allah, betapa besar dosa yang aku tanggung.’
            Di meja makan, hanya suara si kembar sahaja yang kedengaran. Syifa diam tanpa kata. Aliff bagaikan menyendiri. Dr Luqman seperti tidak henti-henti berfikir manakala ahli keluarga yang lain pula dengan ramah melayan karenah si kembar.
            “Saya tak tahu yang awak mengandung.” Tegur Aliff tiba-tiba. Mujurlah ketika itu, hanya mereka berdua sahaja yang berada di tepi kolam renang itu sementara menemani si kembar yang sedang bermain air.
            “Saya dah tak ada apa-apa yang nak dicakapkan pada awak.” Ujar Syifa lantas bangun daripada duduknya.
            “Berilah peluang pada saya Syifa. Demi anak-anak kita.” Jijik sungguh telinga Syifa menangkap kata-kata yang terbit dari mulut Aliff.
            “Anak-anak kita? Huh! Tiada istilah anak-anak kita pada saya. Aidil dengan Adha adalah anak saya. Yang saya mengandungkan, melahirkan dan membesarkan dengan tangan saya sendiri tanpa bantuan daripada seorang lelaki yang bergelar suami.” Tingkah Syifa bengang.
            “Papa!” Jerit si kembar tiba-tiba. Mematikan perbualan mereka yang sedang hangat.
            “Luqman, aku nak bagitahu kau satu perkara.” Serius sahaja nadanya. Biarlah, dia sanggup lakukan apa sahaja untuk memiliki Syifa dan anak-anaknya. Dia ingin menebus kembali kesalahannya.
            Syifa dihinggapi satu perasaan takut yang amat sangat. Entah apalah yang ingin Aliff tuturkan.
            “Apa dia? Bunyi macam serius je?” Dr Luqman sengaja berjenaka sedangkan dia sudah dapat merasai bahang ketegangan yang berlaku antara Aliff dan Syifa.
            “Sebenarnya, akulah…” Ayatnya tergantung apabila tiba-tiba ada jeritan yang datang daripada tempat Aidil berdiri apabila Adha terjatuh ke dalam kolam renang.
            Tanpa berlengah lagi, Dr Luqman terus terjun untuk menyelamatkan Adha.  Syifa pula masih lagi terkejut. Cepat-cepat dia menghampiri ke arah Dr Luqman yang baru mengeluarkan Adha dari dalam kolam.
            “Adha, kamu tak apa-apa?” Soal Dr Luqman cemas sambil menampar lembut pipi anak kecil itu. Adha terbatuk-batuk kecil. Terpancar riak kelegaan di wajah Dr Luqman.
            “Adha ni, buat mama takut je.” Keluh Syifa sambil memeluk anaknya. Takut benar dia kalau-kalau ada perkara buruk yang terjadi ke atas anaknya.
            “Papa, adik takut.” Ujar Adha sambil memeluk Dr Luqman pula. Tiba-tiba Aliff jadi begitu sakit hati melihat kemesraan antara mereka. Hatinya bertambah sakit apabila anak-anaknya sendiri memanggil Luqman sebagai papa. Gelaran yang sepatutnya disandang.
***
            Selepas jamuan makan malam di rumah Dr Luqman, lelaki itu makin menjauhkan diri daripadanya. Runsing Syifa dibuatnya.
            “Luqman, saya nak cakap sikit dengan awak boleh?” Soalnya apabila Dr Luqman selesai menghabiskan pengajarannya.
            “Inikan kampus. Panggil saya doktor.” Keras sahaja nadanya. Tidak mesra seperti dulu.
            “Sorry. Eer,, boleh ke tak?” Pinta Syifa sungguh-sungguh.
            “Saya sibuklah.” Tidak sedikit pun dia menghalakan pandangan matanya ke arah Syifa Humaira. Buat masa ini, dia tidak punya kekuatan untuk berjumpa dengan wanita ini.
            “Tak apalah kalau macam tu. Kalau doktor tak sibuk nanti, doktor beritahu saya yerk.” Akhirnya dia mengalah. Bukan sifatnya jika suka bertikam lidah. Mungkin benar, Luqman sibuk dengan kerja.
            Dr Luqman hanya membiarkan sahaja Syifa keluar dari dewan kuliah. Beberapa kali dia menguak rambutnya. Peristiwa lalu masih menghantuinya.
            Selepas kepulangan Syifa dan anak-anak, dia didatangani oleh sepupunya. Dan pengkhabaran yang dia terima amat mengejutkannya.
            “Akulah ayah kepada Aidil dan Adha.” Ayat yang keluar dari mulut Aliff itu seperti menusuk tangkai hatinya.
            “Jadi kaulah orang yang merogol Syifa?” Sepantas itu, satu tumbukan singgah di pipi milik Aliff.
            “Buat pengetahuan kau, Syifa bukan dirogol tetapi dia menyerah dengan penuh kerelaan.” Bibirnya berat untuk menuturkannya tetapi dia terdesak. Dia tidak mahu Syifa jatuh ke tangan lelaki lain apatah lagi menjadi milik Luqman.
            “Apa!” Kali ini, hatinya bagaikan disiat dengan belati tajam. Tiada ruang rasanya untuk dia bernafas.
            “Pengakuan dirogol itu adalah untuk mengaburi mata-mata orang Man. Kalau benar dia dirogol, pasti dia akan membuat laporan polis kan. Tapi dia tak buat sebab dia lakukan dengan kerelaannya sendiri dan akulah lelaki yang lari daripada tanggungjawab tu. Dan sekarang, aku nak tebus balik dosa-dosa aku Luqman. Tolong bagi aku kesempatan untuk memiliki Syifa.” Pohon Aliff sambil memandang ke arah Luqman yang sudah mula terduduk.
            “Aku janji, aku akan jaga dia orang dengan sebaik mungkin. Aku sayangkan Syifa dan aku pasti, Syifa turut menyayangi aku sebab aku adalah cinta pertama dia. Cinta pertama kan sukar untuk dikikis.” Tambah Aliff lagi. Menambahkan lagi keperitan Luqman untuk ditanggung.
            ‘Ya Allah, tanpamu aku sedikit pun tidak berdaya, aku khuatir jika hilang punca dan arah lantas hanyut alpa diarus yang bergelora. Daku derita lemah dalam sengsara. Jiwa dan tubuhku kepedihan, terseksa akibat menanggung kifarah darimu. Aku mendambakan rahmat darimu.  Ku tak berdaya tempuhi semua ini tanpa belas kasihan darimu. Aku merayu redamu Ya Allah. Ampuni dosa-dosaku.  KeampunanMu sangat kupohonkan Ya Allah.’ Itulah doanya.
            Dr Luqman percaya, Allah tidak akan pernah mempersiakan-siakan ketabahan seorang insan dalam mengharungi arus kehidupan yang penuh dengan mehna ujian ini. Kita tidak akan dapat merasakan manisnya hidup ini jika tidak dilambung gelora.
***
            “Apa awak buat kat sini?” Macam mana lelaki ini boleh ada di sekolah Aidil dan Adha ini.
            “Melawat anak-anak. Tak boleh ke?” Ayat yang terbit dari mulut Aliff ini benar-benar menyakitkan telinganya.
            “Awak tak ada hak pada anak-anak saya.” Tegas suaranya. Dia mahu Aliff tahu bahawa dia benar-benar serius.
            “Awak kena sedar yang tanpa saya, Aidil dan Adha tak akan wujud.” Bukan niatnya untuk menyakitkan hati Syifa tetapi dia mahu Syifa tahu bahawa dia juga mempunyai hak keatas kedua-dua anaknya.
            “Ya. Kalau Aidil dan Adha tak wujud, saya tak perlu nak lalui semua ni. Saya tak perlu nak berdepan dengan kutukan masyarakat. Saya tak akan kehilangan ayah saya. Saya tak akan tangguhkan study saya. Saya tak akan kecewakan lelaki yang hadir dalam hidup saya. Tapi itulah laluan yang terpaksa saya tempuhi sepanjang enam tahun ni seorang diri.
            Dan semuanya berpunca daripada awak Aliff. Mana awak masa tu? Mana awak di saat saya perlukan awak? Mana? Awak menghilang macam tu je. Awak buang saya macam sampah. Kalaulah awak tahu apa yang saya tanggung…” Perlahan-lahan, air jernih yang sedari tadi ditahan, melimpah setitik demi setitik.
            “Syifa, sekarang saya dah kembali. Saya dah kembali untuk merawat luka awak Syifa. Terimalah saya semula Syifa. Saya janji, saya akan buat awak bahagia Syifa.” Sungguh-sungguh dia berjanji namun belum cukup untuk membayar harga kekecewaan yang dihadapi oleh Syifa Humaira.
            “Saya dah cukup bahagia sekarang Aliff. Tolong jangan ganggu hidup saya lagi.” Tangannya menyapu air mata yang membasahi pipi.
            “Awak hanya akan bahagia dengan saya Syifa. Luqman sendiri pun dah serahkan awak pada saya. Jadi awak dah tak boleh mengelak lagi Syifa.” Berkerut dahi Syifa untuk cuba memahami kata-kata Aliff.
            “Maksud awak?” Syifa menanti jawapan dengan penuh debaran.
            “Saya dah beritahu dia semuanya. Dan dia beri peluang kepada saya untuk membaiki kesilapan saya Syifa.” Bagai tersekat nafas Syifa dibuatnya. Patutlah lelaki itu langsung tidak mengendahkannya. Rupa-rupa ini penyebabnya. Tegar sungguh Luqman.
             ‘Sampai hati awak buat saya macam ni Luqman. Mana janji-janji awak untuk menjaga saya dan anak-anak.’ Hatinya menangis hebat. Tidak digambarkan kekecewaan yang dia alami.
            “Kalau bukan dengan Luqman sekalipun, jangan harap saya akan bersama dengan awak Aliff. Saya boleh hidup tanpa kalian berdua.” Itulah keputusannya. Jika tidak bersama dengan Luqman, tidak semestinya dia akan bersama dengan Aliff. Syifa tahu, jika dia menerima Aliff, ini bererti dia akan melukakan Luqman. Dan melukakan hati lelaki itu adalah perkara yang terakhir yang dia akan lakukan dalam hidup ini.
***
            Hubungan yang akrab dulu hanya tinggal kenangan. Tiada lagi mesej-mesej mesra dari Luqman pada setiap pagi. Tiada lagi suara usikan. Yang ada  cumalah kehambaran. Sukar untuk Syifa menerima hakikat pada kali ini. Betapa Luqman memberikan impak yang besar dalam hidupnya.
            Luqman langsung tidak memberikan apa-apa penjelasan tentang hubungan mereka. Syifa pula tidak mahu dikatakan merayu pada yang tidak sudi. Jika itu keputusan dari Luqman, dia terima dengan penuh keredaan.
            Aliff pula bagaikan seorang yang gila bayang. Kemana sahaja Syifa pergi, di situlah ada dia. Dia bagaikan tidak faham dengan bahasa yang Syifa tuturkan. Sudah beberapa kali diberitahu agar tidak menganggu namun lelaki itu tidak jemu-jemu memujuk. Akhirnya, Syifa hanya membiarkan sahaja Aliff melakukan perkara yang disukainya. Malas mahu bertikam lidah.
            “Syifa, mak tengok Aliff tu sayang benar pada Aidil dengan Adha.” Kata-kata yang keluar dari mulut Puan Suraya mematikan lamunannya.
            ‘Kenapa pulak dia tak sayang mak. Tu kan anak dia.’ Namun kata-kata itu hanya sekadar di dalam hati. Matanya memandang ke arah Aliff yang sedang melayan karenah si kembar.
            “Biasalah. Siapa yang tak suka layan budak berdua tu.” Dalih Syifa.
            “Tapi mak tengok, Aliff tu macam ada hati saja pada Syifa. Luqman pun dah jarang datang sini. Korang berdua ada masalah ke?” Soal Puan Suraya. Hati tuanya agak bimbang kalau-kalau Syifa ingin mempermainkan perasaan kedua-dua orang lelaki itu.
            “Tak ada apa-apalah mak. Mak jangan risau yerk.” Pujuk Syifa sambil tersenyum hambar.
            “Syifa, walau siapa pun pilihan Syifa, mak tak pernah kisah. Asalkan Syifa bahagia. Itu aje doa mak tiap-tiap hari Syifa.” Tangan mereka bertaut. Syifa tahu, besar benar harapan ibunya agar dia membina keluarga bersama dengan seorang lelaki yang bergelar suami. Persoalannya sekarang, siapakah lelaki tersebut?
            Tiba-tiba ada dentuman yang berlaku di luar sana. Mematikan perbualan mereka berdua. Serta merta Syifa menuju ke luar pagar. Terpaku dia seketika apabila matanya melihat Aliff yang sedang memangku Aidil yang sedang berlumuran dengan darah.
            “Aidil!” Jeritannya tidak mampu menyedarkan Aidil. Dipeluk dan dicium anaknya itu dengan setulus jiwa.
            “Cepat Syifa, kita bawa Aidil ke hospital.” Kata-kata Aliff itu menyedarkan Syifa. Aidil digegaskan ke hospital dengan kadar segera. Tidak sedikit pun dia merengangkan pelukannya.
            “Mama, kenapa dengan abang?” Soalan Adha itu mengundang air mata Syifa dengan lebih deras. Anak kecil itu juga turut teresak-esak menangis. Bagaikan turut merasai keperitan yang dirasai oleh si abang.
            ‘Aidil, jangan tinggalkan mama sayang. Aidillah kekuatan mama selama ini. Ya Allah, selamatkan anakku ini. Aku tidak mampu untuk kehilangannya Ya Allah.’ Moga-moga Allah mendengar rintihan hambanya ini.
***
            Luqman bagaikan hendak melangkah merapati Syifa yang sedang menangis itu. Namun langkahnya mati apabila terpandangkan Aliff yang sedang duduk berhampiran dengan wanita kesayangannya itu.
            Rasanya, tidak perlulah dia berada di sini. Syifa sudah punya kekuatan baru untuk menongkah arus kehidupan ini. Biarlah dia disini untuk seketika lagi. Sekurang-kurangnya setelah mendapat berita tentang keadaan Aidil.
            Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia risau memikirkan keadaan Syifa setelah mendapat panggilan daripada Lisa. Pasti sukar untuk Syifa menempuh saat getir seperti ini. ‘Ya Allah, kuatkan hati Syifa dalam menempuh dugaanmu kali ini. Titipkanlah kesabaran dan ketabahan dalam jiwanya. Semoga dia berada dalam kalangan wanita-wanita yang bersabar.’ Doanya dalam hati.
            Aliff menghulurkan tisu ke arah Syifa Humaira. Hatinya menjadi pedih melihat mutiara jernih itu yang tidak pernah henti dari mengalir.
            “Macam mana boleh jadi macam ni.” Soal Syifa perlahan sambil tangannya mengapai tisu yang dihulurkan oleh Aliff.
            “Maafkan saya Syifa. Mungkin saya yang lalai dalam menjaga mereka tadi.” Pohon Aliff sambil menunduk. Kemalangan ini berlaku sekelip mata sahaja sedangkan sebelum itu, Aidil masih berada di sebelahnya.
            Syifa tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang sama ada perlu memarahi lelaki itu atau tidak. Apa yang mampu dilakukan ialah berdoa agar Aidil berjaya diselamatkan.
            Perlahan-lahan Adha turun dari pangkuan neneknya dan berjalan ke arah mamanya. Ditarik lembut lengan baju ibunya yang berlumuran dengan darah. Syifa mengangkat muka yang sedari tadi ditutup dengan tapak tangan.
            “Abang tak apa-apa kan?” Soal Adha lagi. Sudah beberapa kali soalan yang sama diutarakan kepada Puan Suraya sebentar tadi. Melihat akan kebisuan neneknya, dia bertanya kepada mamanya pula.
            “Insyaallah, abang tak akan apa-apa.” Pujukkan itu ditujukan jua untuk merawat hatinya sendiri.
            “Adik sayang dekat abang. Adik tak nak abang mati.” Ujar Adha sambil menangis semula. Dengan penuh kasih sayang, Syifa mendakap anaknya seerat mungkin. ‘Mama pun tak nak abang pergi dik. Mama tak nak kehilangan kamu berdua.’
            Aliff jadi sayu melihat dua beranak itu menangis sambil berpelukkan. Ingin sahaja didakap kedua-duanya sekali gus namun agamanya melarangnya. Dia juga turut berdoa agar Aidil selamat. Tidak sanggup rasanya melihat Syifa berlarutan kesedihan.
            Tiba-tiba pintu wad kecemasan itu terbuka dari dalam. Keluarlah doktor yang merawat Aidil. Serta merta, Syifa bangun dari duduknya.
            “Macam mana dengan anak saya doktor?” Soalnya terus. Hatinya menahan debar yang maha hebat.
            “Alhamdulilah. Anak Puan selamat. Buat masa ini, tiada sebarang komplikasi yang berlaku pada anak Puan. Tapi kami masih meneruskan pemeriksaan lanjutan. Sebentar lagi, Puan boleh melihat anak Puan.” Penjelasa doktor itu benar-benar melegakannya.
            “Terima kasih doktor.” Ucapnya ikhlas. Syukur yang tidak terkira dipanjatkan pada Yang Maha Esa.
            Dr Luqman yang melihat dari kejauhan juga turut memanjatkan rasa syukur pada Sang Pencipta. Melihat riak kegembiraan di wajah Syifa itupun sudah mengembirakannya.
            Tiba-tiba Syifa dapat merasakan bahawa dirinya sedang diperhati. Cepat-cepat dia menebarkan pandangan ke arah sekeliling hospital. Dia benar-benar mengharapkan kehadiran seorang insan yang cukup istimewa dalam hidupnya.
            Dr Luqman telah lama berlalu meninggalakan Syifa bersama doa untuk kebahagiaan wanita itu. ‘Bila kita sayangkan seseorang, lepaskan dia. Mungkin dia akan lebih bahagia tanpa diri kita. Apa yang penting adalah kebahagiaan Syifa. Yang lain-lain dah tak penting baginya.
***
            “Syifa, malam ni biarlah saya yang jaga Aidil.” Pinta Aliff ikhlas. Syifa mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju.
            “Tak apalah Aliff. Awak baliklah. Biar saya yang jaga Aidil.” Balas Syifa pula.
            “Syifa, awak dah penat ni. Biarlah saya yang jaga.” Pujukkan Aliff  itu membuatkan Syifa menjadi amat geram. Kalau Luqman, apa sahaja keputusannya, dia akan terima tanpa sedikit pun bantahan. Itulah beza antara Luqman dan Aliff.
            “Selama ni, hanya saya yang bersusah payah membesarkan Aidil dan Adha tanpa mengenal erti penat dan lelah tanpa bantuan awak. Kalau awak cakap pasal penat, saya lebih penat untuk berhadapan dengan awak jika hendak dibandingkan dengan menunggu Aidil di hospital.
            Erti penat memang tak pernah ada dalam kamus hidup saya untuk Aidil dan Adha. Mereka berdua tu adalah nyawa saya Aliff. Dan kalau awak fikir saya penat menjaga mereka, awak silap.” Ujar Syifa tegas. Berhadapan dengan Aliff membuatkan kesabarannya menipis. Tiada langsung ruang untuk bersabar. Sifat tenang yang selama ini dimiliki seakan-akan disentap pergi.
            “Saya minta maaf sebab menaikkan kemarahan awak. Tapi saya betul-betul ikhlas nak perbaiki kesilapan saya Syifa.” Inilah bayaran yang harus dibayar akibat meninggalkan Syifa satu ketika dulu. Perlahan-lahan dia bangun meninggalkan Syifa.
            ‘Ya Allah, apa yang harus aku lakukan. Aliff sudah mengakui kesilapannya tetapi kenapa sukar benar untuk aku menerima dirinya kembali. Dia tu adalah ayah kepada anak-anakku. Kenapa aku tidak mampu untuk memberikannya peluang kedua. Sedangkan nabi ampunkan umatnya, inikan pula aku yang hanya manusia biasa. Ternyata, keimananku belum kukuh untuk menjadi seorang wanita  yang berhati mulia.’ Apa yang mampu dilakukan sekarang ialah berserah kepada Allah.
***
            Syifa tersedar dari lenanya. Pandangan matanya jatuh pada sekujur badan yang sedang terbaring di atas katil. Perlahan-lahan, tanganya jatuh di atas kepala anak kecil itu. Diusap-usap lembut kepala anaknya.
            Namun tiba-tiba dia terperasan yang ada jaket yang menutupi badannya dari arah belakang. Dicapainya jaket hitam yang seakan-akan dikenali itu. Jaket ini seperti jaket milik Luqman yang pernah dipinjamkan unttuk menutupi badan Adha yang sedang kesejukkan. Bukankah jaket ini sudah dipulangkan kepada tuannya. Mengapa jaket ini boleh ada padanya?
            Jadi, Luqman ada datang malam semalam. Digengamkan jaket tersebut dengan gengaman yang tidak dapat dileraikan. Perlahan-lahan, dibawa jaket itu ke dalam pelukannya. Betapa dia amat merindui lelaki tersebut. ‘Luqman, pinjamkanlah sedikit kekuatan dan ketenangan awak pada saya. Saya tak mampu nak hadapinya seorang diri.’
***
            Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia ponteng kuliah hari ini. Namun kerana desakkan Aliff yang mahu menjaga Aidil di hospital, Syifa mula mengalah. Dia mula sedar yang dia tidak harus terlampau berkeras terhadap Aliff.
            “Dah datang dah perlacur tu?” Tiba-tiba ada suara sumbang yang bersuara sehingga membuatkan perasaan Syifa tidak enak.
            “Jadi inilah perempuan murahan tu.” Ada pula suara lain yang menyampuk. Syifa yang baru sahaja hendak duduk, mula mengalihkan pandangan ke arah tuan punya suara.
            “Kenapa pandang? Terasa ke?” Sinis sahaja nadanya sehingga ayatnya itu mengundang tawa rakan sekelas yang lain.
            “Apa yang awak cakap ni Wati? Saya tak faham.” Ujar Syifa perlahan. Perasaan meluap-luap ingin tahu membara di dalam dirinya.
            “Kau ni memang boleh menang perlakon terbaiklah. Tapi sepandai-pandai tupai melompat sekalipun, akhirnya jatuh ke tanah jugak.” Perli Wati lagi. Kata-katanya hinggap di telinga semua pelajar  yang berada di dalam dewan kuliah itu.
            “Apa yang awak cakap ni wati? Saya tak faham?” Syifa mengulangi dialog yang sama. Tanda dia benar-benar tidak mengerti akan maksud rakan sekuliahnya itu.
            “Saya bercakap tentang hal ini.” Ujarnya sambil membaling beberapa keping gambar ke arah Syifa. Akhirnya, barulah Syifa mengerti maksud Wati setelah melihat gambar anak-anaknya. Nampaknya, rahsia itu tidak lagi bergelar rahsia.
            “Buat pengetahuan semua, budak yang ada dalam gambar ini ialah anak dia.” Ujat Wati sambil menghalakan jari terlunjuknya ke arah Syifa. Syifa dapat merasakan seperti ada halilintar yang memanah kepalanya.
            “Dan buat pengetahuan korang, Syifa melahirkan anak luar nikah.” Lancar sahaja bibir Wati menuturkannya. Suasana di sekeliling mula bingit. Semua orang cuba membuat spekulasi sendiri.
            Siti yang pada mulanya hanya menjadi pemerhati mula menapak ke arah sahabatnya itu. Mohon penjelasan yang lebih terperinci.
            “Betul ke apa yang Wati cakap ni Syifa?” Hanya kebisuan yang Syifa mampu beri sebagai jawapan. Bagaimana dia mahu berhadapan situasi seperti ini. Bagaimana Wati boleh tahu semua rahsia yang selama ini disimpan kemas.
            “Kalau orang dah berak tepi jalan, siapa yang nak mengaku Siti.” Tingkah Afina pula. Dia seperti sudah mula terhasut dengan Wati.
            “Syifa, aku nak dengar dari mulut kau sendiri. Cakaplah yang semua ni tak betul. Jangalah diam je.” Bengang sungguh Siti dengan sikap Syifa yang satu ini. Kenapa Syifa langsung tidak bersuara untuk membela dirinya sendiri.
            “Dia orang memang anak-anak aku.” Putus Syifa berani. Tidak perlulah dia berselindung lagi. Kenyataan memang sudah terbentang di depan mata.
            Keadaan dewan kuliah mula gamat semula. Siti tidak berdaya untuk membantu lagi. Dia benar-benar tidak menyangka yang perangai Syifa seperti ini.
            “Kan aku dah cakap… korang tak nak percaya. Percaya sangat dengan muka baik dia ni. Padahal, perangai betina ni macam setan…” Tambah Wati lebih-lebih. Bangga kerana dapat memalukan Syifa di khalayak ramai.
            Para pelajar yang lain mula bersorak sakan. Masing-masing mengkeji Syifa Humaira. Kata-kata yang dilemparkan memang menusuk di jiwa yang mendengarnya. Namun tiba-tiba, ada orang bertepuk tangan dari arah pintu dewan kuliah. Semua mata-mata mula beralih ke arah tuan punya badan.
            “Bravo!!! Dah habis dah?” Soal Dr Luqman keras. Matanya liar memandang ke arah pelajar-pelajarnya yang berperangai seperti orang yang tidak berpelajaran.
            “Doktor, kami cuma…” Kata-katanya terhenti apabila melihat jelingan pensyarahnya yang cukup tajam.
            “Cuma untuk memalukan orang. Macam ni ke perangai seorang mahasiswa?” Keras sahaja nada suaranya. Tidak langsung mesra seperti selalu.
            “Korang hanya tahu mengutuk tapi tak pernah nak pandang beban yang ditanggung oleh Syifa.  Cuba korang pandang Syifa ni, korang tak nampak ke beban kesedihan yang terpancar di mata dia, tak perasan ke yang dia tak pernah ada masa untuk dirinya sendiri, tak rasa ke kesayuan yang dia alami.
            Tapi saya tak hairan kalau korang semua tak dapat rasa sebab korang ni memang tak berperikemanusiaan. Korang ingat, dia nak ke jadi ibu di waktu yang muda macam ni? Korang ingat dia nak ke hidup dia ditakdirkan macam ni. Yang korang tahu ialah mencemuh, mengkeji, mengejek… Itu je yang korang tahu.” Luah Dr Luqman kasar. Pertama kali Syifa melihat Dr Luqman sebegini marah.
            “Doktor, saya balik dulu.” Pinta Syifa. Dia tidak betah berada di situ lama-lama. Dia tak sanggup lagi untuk mebendung air mata yang bila-bila masa lagi akan tumpah membasahi pipi.
            “Syifa, biar dia orang tahu apa yang awak alami selama ini. Biar dia orang rasa beban yang awak tanggung selama ini.” Pujuk Dr Luqman lembut. Akhirnya, air mata yang sedari tadi ditahan, mula menitis perlahan.
            “Wati, kalau kamu dirogol, kamu akan lahirkan ke anak hasil benih orang yang tak berperikemanusiaan tu?” Soalan itu ditujukan khas buat Wati.  Ternyata, gadis itu tidak mampu untuk menjawab soalan pensyarahnya kali ini.
            “Kamu tak boleh jawab kan? Sebab kamu tak pernah terfikir takdir macam tu yang akan terjadi dalam hidup kamu kan. Macam tu jugak dengan Syifa, dia tak pernah minta takdir macam tu tapi itulah yang menimpa diri dia.
            Tapi wanita ini mengambil keputusan untuk melahir dan membesarkan anak-anaknya sendiri. Tanpa rungutan, tanpa rintihan dan tanpa bantuan daripada seorang lelaki yang bergelar suami. Kalau korang di tempat Syifa, korang sanggup hadapi semua ni sorang diri?”
            Kali ini, semua mata-mata mula memandang dengan rasa simpati. Siti memeluk Syifa dengan penuh linangan air mata. 
            “Aku mintak maaf” Pohon Wati dengan sendu. Akhirnya, mereka beramai-ramai mengelilingi Syifa Humaira. Ramai juga pelajar perempuan yang menangis. Pelajar lelaki pula hanya mampu memandang dengan penuh simpati.
            Syifa mula mencari kelibat Dr Luqman di celah-celah pelajar yang lain. Namun lelaki itu sudah tiada. Sekali lagi, lelaki itu menjadi penyelamat.
            Air matanya yang berlinangan di pipi segera diseka oleh Wati. Namun kesedihan yang bermumkin tidak dapat diseka oleh apa-apa sekalipun. Kehilangan lelaki itu benar-benar meragut kekuatannya.
            Kenapa di saat dia mula pasti dengan perasaan milik sendiri, takdir pasti tidak pernah meyebelahinya. TIba-tiba dia beristifar di dalam hati. Dia tidak akan pernah sesekali menyalahi takdir yang telah ditetapkan.
            Dia juga tidak akan mengingati musibah yang telah berlalu, bencana yang sudah silam atau kekeliruan yang pernah dialami. Segalanya-segalanya diserahkan kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya, hanya padanya tempat dia menyandarkan harapan.
***
            Pernahkan kamu tahu bahawa sesungguhnya kesedihan dapat mengembalikan kenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dengan itu, mengapa perlu merasa sedih dan merasa gelisah. Sesungguhnya rasa gelisah itu Allah titipkan agar tidak ada sesuatu pun yang dapat membuatkan kita mengingati yang lain selain daripadanya.
            Kerana itu, dia masih boleh bertahan. Kesabarannya masih lagi utuh. Apa yang dia lalui hanyalah sekecil ujian jika hendak dibandingkan dengan srikandi islam satu ketika dahulu. Jika diperhatikan nash-nash syariat yang terkandung di dalam Al-Quran dan sunnah, sesungguhnya Allah telah memuji wanita solehah dan mukminah. Dan teringin sekali rasanya untuk menjadi seperti srikandi yang terdahulu
            Syifa tidak akan sesakali berputus asa untuk melihat jalan keluar kerana dia tahu bahawa Allah sentiasa berada di sisinya.
            “Mama.” Seru satu suara yang sangat dia rindui. Suara anaknya. Walaupun agak perlahan, namun ia sudah cukup mengembirakan Syifa Humaira.
            “Ya sayang…” Tanganya mengusap lembut kepala anaknya. Tidak terhitung rasanya kasih dan sayang untuk ditaburkan pada anak-anaknya. Walaupun kehadirannya datang tanpa dipinta, namun rasa kasih seorang ibu itu memang tidak dapat dihindari.
            “Adik mana?” Soal si kecil itu. Pastilah dia sangat merindui saudara kembarnya itu. Seperti Adha yang tidak pernah berkurang dari merindui Aidil yang sedang terlantar di katil hospital ini.
            “Adik dekat rumah. Kejap lagi dia datang.” Jelas Syifa sambil tersenyum bahagia.
            “Mama, abang lapar..” Rungut si kecil. Syifa melebarkan lagi senyumanya. Sudah beberapa hari Aidil terlantar tidak sedarkan diri, pantas sahaja kalau dia merasa lapar.
            “Aidil nak makan apa? Biar mama masakkan.” Soal Syifa dengan penuh kasih sayang.
            “Aidil nak makan bubur sup. Mama masakkan untuk Aidil yerk.” Bersungguh sahaja nadanya. Tanda ingin mamanya merealisasikan hasratnya. Syifa lantas mengangguk tanda akan menunaikan permintaan anaknya itu.
            “Tapi buat alas perut, Aidil makan je makanan kat hospital ni. Nanti mama balik, mama masakkan unutk Aidil yerk. Boleh?” Aidil hanya mengangguk perlahan. Tiada langsung reaksi ingin memberontak.
            Sesungguhnya, Allah memberikan kesenangan kepadanya apabila dikurniakan anak sebaik dan sepandai Aidil dan Adha. Ya Allah, sungguh, ku amat syukuri nikmatmu ini. Walau apa pun takdir yang akan melanda, titipkanlah keredhaan ke atas kehidupanku.
***
            Baru sahaja Syifa ingin melangkah ke dalam perut lif namun tiba-tiba dia teringat akan pesanan Adha yang menyuruhnya membeli milo ais. Pantas, dihalakan langkah menuju ke café hospital.
            Sedang dia menunggu pesanan sampai, tiba-tiba dia didatangani oleh seorang wanita yang tidak dikenali. Asyik benar wanita itu menilik wajahnya.
            “Akak kenal saya ke?” Soal Syifa setelah agak lama membenarkan wanita itu menilik wajahnya. Wajah yang sedari tadi hanya terpana, mula mengukir senyuman yang Syifa sendiri tidak dapat tafsirkan.
            “Kamu ni Syifa ke?” Salmah meminta kepastian. Kalau benarlah wanita yang berada di hadapannya ini ialah Syifa, tentu Syakir lah orang yang paling bahagia. Takut juga kalau dia tersalah orang namun firasatnya mengatakan bahawa inilah Syifa yang selama ini dicari.
            “Ya. Saya Syifa.” Akui Syifa. Entah kenapa, dia dihimpit dengan debaran yang maha hebat apabila didatangani oleh wanita yang tidak dikenalinya ini.
            “Ya Allah. Akhirnya Allah makbulkan doa kami.” Ketika mengucapkannya, Syifa perasan yang ada permata yang bergenang di tubir wanita itu. Syifa naik pelik dan bingung.
            “Dah lama akak cari awak Syifa. Lama sangat….” Ditariknya Syifa ke dalam pelukkannya. Menambahkan lagi kekeliruan Syifa Humaira.
            “Saya tak faham.” Akhirnya, keluar juga ayat itu dari mulutnya.
            “Kejap lagi Syifa mesti faham. Boleh Syifa ikut saya? Ada seseorang yang dah lama nak jumpa dengan Syifa.” Terang wanita itu ringkas.
            Syifa yang sendang keliru itu hanya menurut sahaja. Tiada perasaan ingin mebantah. Sekali pun tangan wanita itu tidak lepas dari mengengam tangannya. Takut dia melarikan diri agaknya.
            Akhirnya mereka sampai ke satu wad milik VVIP.  Sekilas, dia memandang ke arah Syifa Humaira.
            “Mari masuk.” Ajak wanita yang Syifa sendiri belum ketahui namanya. Hati Syifa bergetar kuat. Bagai ada sesuatu yang bakal meragut ketenangannya.
            Terpamer di ruang matanya sekarang ialah seorang lelaki yang sedang terlantar di atas katil. Berselirat wayar menembusi badannya. Syifa bergerak sedikit untuk mengenal pasti gerangan yang pemilik badan.
            “Syakir!” Terkeluar satu nama yang sudah hampir lenyap dari kotak ingatannya. Kalau tak silap dia, Syakir adalah salah seorang lelaki yang pernah menyuarakan hasrat hati untuk memilikinya.
            Mata Syakir yang sedari tadi hanya terpejam mula terkedip-kedip beberapa kali. Apabila pandangannya mendarat di wajah Syifa, ada air mata yang mengalir di pipi jejaka itu yang dulunya berbadan tegap kini susut sama sekali.
            “Syakir, akak dah jumpa Syifa. Akak dah jumpa dia dik…” Berdasarkan bahasa yang dituturkan, fahamlah Syifa bahawa wanita itu ialah kakak kepada Syakir.
            “Syifa…” Seru Syakir dengan suara yang  lemah.
            “Syifa, mari sini.” Ajak wanita itu sambil cuba mengawal suaranya yang serak akibat menangis. Syifa langsung tidak mengerti dengan suasana sekelilingnya sekarang. Perlahan-lahan dia menapak ke arah dua beradik itu.
            “Aku min…ta… ma…af…” Walaupun tersekat-sekat, namun ianya masih dapat difahami oleh Syifa.
            “Syakir, tak ada apa yang perlu aku maafkan.” Ucap Syifa ikhlas. Dia cuba tersenyum walaupun hatinya penuh dengan tanda tanya yang belum terjawab.
            “A..ku..ber..sa..lah Syi..fa..” Air mata Syakir umpama tidak boleh berhenti dari mengalir.
            “Aku dah maafkah semua kesalahan kau Syakir. Insyallah.” Tuturnya yakin.
            “A..ku.. yang… ro..gol… kau…” Bagaikan halintar yang menyambar dirinya apabila mendengar pengakuan Syakir kali ini. Badannya keras terkaku bagaikan dipaku. Tidak dapat digambarkan perasannya dikala ini.
            “Apa yang kau cakap ni? Apa yang dia cakap ni kak?” Soal Syifa keras. Perlahan-lahan, kakinya melangkah ke belakang.
            “Dialah orang yang perlu bertanggungjawab pada semua yang berlaku pada kamu Syifa. Aliff hanyalah satu lakonan fitnah untuk menutup kesalahan Syakir.” Terang Salmah dengan deraian air mata. Sayu sungguh untuk menuturkan hakikat yang selama ini diketahui.
            Setiap ketika dia berdoa agar Allah mengampuni dosa adik kesayangannya ini. Dan moga Allah membuka pintu hati Syifa untuk memaafkan kesilapan adiknya walaupun pada hakikatnya, kesilapan Syakir itu tiada langsung ruang kemaafan.
            “Tapi kenapa? Apa salah saya?” Soalnya ingin tahu.
            “Sebab kamu pernah tolak lamaran Syakir. Untuk membalas dendam, dia rogol kamu dan perangkap kamu dengan Alif.” Satu ketika dahulu, Syakir telah menerangkan segala-galanya kepadanya.
            ‘Ya Allah, rahsia apa lagi yang masih berada di naunganMu ini.’ Dia mahu segera pergi. Air matanya tidak betah lagi bertahan. Dia seakan-akan tidak dapat menerima hakikat yang satu ini.
            Namun langkah kakinya kaku apabila ada tangan yang memeluknya dari belakang. Tangan milik kakak Syakir.
            “Tolonglah Syifa. Tolonglah maafkan Syakir. Akak mohon. Selagi Syifa tak maafkan dia, selagi itulah dia terseksa Syifa. Biarlah dia pergi dengan aman Syifa…” Rayu kakak Syakir tanpa malu. Sayang sungguh dia pada adiknya. Tidakkah dia tahu bahawa kesalahan adiknya itu memang tidak ada nilai kemaafan. Kesalahan yang dia lakukan terlalu berat.
            “Terseksa? Siapa yang lebih terseksa selama ni kak. Siapa? Saya ke adik akak?” Nada suaranya masih lagi mampu dikawal. Kemarahannya masih lagi boleh diredakan. Namun kelukaan yang dia rasai, tiada nilai bandingannya. TIADA!
            “Dah lama Syakir cari kamu Syifa. Lama sangat. Dia berusaha cari kamu sampai ke tahap dia dah tak boleh bangun lagi…” Seketika, pandangan matanya jatuh pada sekujur tubuh yang terbaring lesu di atas katil.
            Ada air jernih yang mengalir di pipi yang cengkung itu. Syifa memejamkan matanya rapat-rapat. Bertahun-tahun dia menderita membesarkan anak yang disangka berbapakan Aliff. Bertahun dia menyimpan rasa amarah kepada Aliff sedangkan lelaki itu tidak bersalah langsung.
            ‘Ya Allah. Sudah begitu banyak kesalahan yang aku lakukan. Pertama sekali, aku mengecewakan Luqman, mengecewakan Aliff, mengecewakan keluarga dan perlu ke aku mengecewakan orang lain semata-mata kerana kekecewaan yang pernah aku alami?
            Aku hanya memandang pada bebanan yang ditanggung oleh bahu sendiri sedangkan orang lain juga terluka dengan segala perkara yang terjadi. Luqman pasti kecewa apabila hubungan yang pada mulanya berjalan dengan baik tetapi terhenti di tengah jalan.
            Aliff pasti lebih kecewa kerana terpaksa menanggung bebanan yang bukan kesalahannya. Dan keluarga aku juga pastilah kecewa dengan takdir yang menimpa anak gadis mereka satu masa dahulu. Namun mereka masih setia memberikan dorongan tanpa mengalah pada keadaan sekeliling.’
            Syifa terduduk di sambil menangis di pelukkan kakak Syakir. Teresak-esak dia menangis di bahu wanita itu. Tiba-tiba pandangannya jatuh pada seraut wajah yang sedang memandangnya dengan pandangan yang penuh harapan.
            Perlahan-lahan Syifa bangun lantas menghampiri katil yang menempatkan Syakir. Lelaki yang pernah menghancurkan masa depannya satu ketika dahulu.
            “Dengan nama Allah, saya maafkan setiap kesalahan awak Syakir.” Ucapan itu memang benar-benar ikhlas di hatinya. Jelas kelihatan riak kelegaan pada wajah milik Syakir.
            “Terima kasih Syifa.” Ucap Salmah sambil mengesat sisa-sisa air matanya. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.
***
            Dari jauh, Syifa dapat melihat Aliif yang sedang rancak melayan si kecil yang memang banyak karenahnya. Hatinya tiba-tiba dipagut rasa sayu.
            Dulu, dia akui yang dia teramat mencintai lelaki itu. Dialah lelaki pertama yang berjaya menambat hatinya. Namun ketidakmatangan lelaki itu telah membunuh cinta mereka.
            Tiba-tiba, pandangan mereka bertaut. Sebuah senyuman manis dihadiahkan kepadanya khas dari Aliff. Namun hanya pandangan kosong yang boleh dibalas oleh Syifa.
            Perlahan-lahan dia menapak pergi. Rasanya dia tidak boleh memandang ke arah Aliff. Tiba-tiba dia diselubungi dengan perasaan bersalah yang menggunung. Tidak pasal-pasal, lelaki itu yang perlu menanggung akibat  yang bukan kesalahannya.
            “Syifa….” Seru satu suara yang dia sudah pasti gerangannya.
            “Aliff, awak tak perlulah menanggung sesuatu yang bukan menjadi bebanan awak. Saya dah tahu hakikat yang sebenar.” Terang Syifa sedikit tergantung. Ini membuatkan Aliff sedikit bingung.
            “Saya tak faham?” Soal Aliff berterus terang.
            Selama bertahun-tahun dia menanam rasa amarah kepada seorang lelaki yang hanya dijadikan umpan untuk menutup kesalahan orang lain. Dan betapa lelaki itu masih bersabar walaupun satu ketika dahulu, lelaki itu pergi tanpa sebarang berita.
            “Aliff, saya dah jumpa ayah Aidil dan Adha.” Agar sukar untuk menuturkan ayat itu pada mulanya. Namun dia tidka mahu bertangguh lagi.
            “Maksud awak?” Entah kenpa, tiba-tiba hatinya diserang debaran yang maha hebat. Sedikit pun pandangan matanya tidak lepas dari memandang Syifa Humaira.
            “Bukan awak orangnya Aliff. Semua tu hanya satu perangkap.” Syifa mula terduduk di kerusi hospital. Tidak berdaya lagi untuk berdiri. Lututnya seakan-akan ketar untuk menampung badannya.
            “Saya tak faham Syifa? Lagipun, mana awak tahu semua ni?” Kusut kepala otaknya mendengar kata-kata yang terbit dari mulut Syifa.
            Lantas Syifa menjelaskan pertemuan yang tidak diduga dengan kakak Syakir. Dan diceritakan dengan ringkas tentang peristiwa yang berlaku lebih enam tahun yang lepas.
            Terkedu Aliff mendengar penjelasan Syifa. Betapa selama ini dia menanggung rasa tidak tenang. Rupa-rupanya dia tidak pernah bersalah.
            Syifa memandang sekilas ke arah Aliff yang sedang duduk bersebelahan dengannya. Rupa-rupanya, lelaki yang pernah dicintainya ini tidak pernah langsung menodai cintanya. Hanya fitnah yang
             “Syifa, walaupun Aidil dan Adha bukan anak saya, tapi saya tetap nak peristerikan awak Syifa.” Putus Aliff muktamad. Sungguh, Syifa terkejut dengan keputusan yang diambil oleh Aliff.
            “Aliff, awak berhak untuk cari perempuan yang lebih baik dari saya.” Jawab Syifa pula.
            “Tak ada perempuan yang lebih saya cintai selain awak Syifa. Syifa, terimalah saya sebagai suami awak.” Lamaran Aliff kali ini lebih kelihatan serius walaupun lamaran tanpa intan atau berlian.
            “Cinta saya pada awak dah sampai ke penghujungnya Aliff.” Dia kasihan dengan Aliff namun rasa kasihan itu tidak dapat merubah menjadi rasa kasih.
            Ternyata Aliif sedikit pun tidak terkejut dengan kenyataan Syifa itu. Mungkin dia sendiri sudah boleh mengangak.
            “Awak cintakan Luqman?” Soalan cepu emas seperti inilah yang mendebarkan Syifa Humaira.
            “Hal ini tak ada kene mengena dengan Luqman.” Dia memutus untuk tidak menjawab soalan itu.
            “Memang awak cintakan Luqman kan.”
            “Ya… Saya cintakan dia. Saya cintakan dia lebih dari saya cintakan awak satu ketika dahulu.” Tenang. Itulah satu ungkapan yang tepat untuk mengambarkan perasaannya kini. Dia lebih tenang selepas menuturkan kebenaran yang selama ini menjadi tanda tanya semua orang.
            Aliff membisu seribu bahasa. Perlahan-lahan dia bangun dari duduknya dan melangkah pergi. Ada air mata yang merebes di pipinya.
***
            Panggilan telefon yang diterima sebentar tadi benar-benar mengejutkannya. Syakir sudah tiada.  Ayah kepada anak-anaknya sudah tiada.
            Kata kakak Syakir, jenazah akan dikebumikan di kampung halaman mereka di Johor. Jadi tidak dapatlah dia mengikuti memandangkan dia perlu menjaga Aidil yang masih lagi perlu dirawat di hospital.
            “Mama, mama okey?” Soal Si Adha tiba-tiba.
            “Mama okey sayang…” Jawab Syifa sambil mencium dahi milik Adha.
            Adha kembali bermain bersama-sama Aidil di atas katil. Tidak pernah sekalipun anak-anaknya bertanyakan tentang papanya yang tidak pernah datang melawat. Tidak rindukah anak-anaknya itu pada Luqman?
            “Aidil dengan Adha tak rindu kat papa ke?” Umpannya sengaja.
            “Tak. Kan papa baru datang tadi…” Jawab Adha riang.
            “Papa datang tadi?” Soal Syifa terkejut. TIba-tiba kanak-kanak itu seperti baru sedar akan kesalahannya.
            “Ops. Abang, macam mana ni?” Soal Adha kepada abangnya.
            “Adik ni, kan papa dah kata jangan bagi tahu kat mama.” Tutur si abang pula. Ini menimbulkan tanda tanya bagi pihak Syifa.
            “Abang , adik, cuba bagi tahu kat mama, bila masa papa datang?” Soalnya lembut. Kedua-duanya berpandangan sesame sendiri.
            “Papa kata jangan bagi tahu kat mama.”
            “Jadi papa selalu datang?” Soal Syifa berdebar.
            “Papa akan datang masa mama pergi belajar.” Terang si abang.
            “Mama marah?” Soal Adha tiba-tiba apabila melihat reaksi mamanya yang hanya diam membisu.
            “Tak adalah. Buat apa mama nak marah. Tapi Aidil dengan Adha kena tolong mama.” TIba-tiba datang satu idea.
            “Apa dia?” Serentak kedua-duanya bertanya.
            Syifa Humaira tersenyum. Dia sudah punya cara untuk berjumpa dengan Luqman. Dia sudah punya cara untuk menyelesaikan simpulan kasih ini.
***
            “Macam mana hari ni? Aidil dengan Adha sihat?” Itulah soalan pertama yang akan ditanya kepada si kembar.
            “Sihat. Papa sihat?” Jawab Adha petah. Kedua-duanya mula memeluk Luqman dan mencium pipi Luqman. Sayang benar mereka pada Luqman.
            “Mama sihat?” Soalan kali ini benar-benar mengejutkan Syifa yang setia memerhatikan gelagat mereka. Rupa-rupanya, lelaki itu tidak pernah melupakannya. Hanya keadaan yang memaksa mereka untuk berpisah.
            “Assalamualaikum…” Akhirnya dia keluar dari persembunyiannya sehingga mengejutkan Luqman yang sedang galak mengajar anak-anaknya mewarna.
            “Syifa… bukan awak ada kelas ke sekarang?” Sungguh dia terkejut melihat kedatangan Syifa yang tidak diduga ini.
            “Kelas saya batal..” Tipu Syifa. Memang dia sengaja ponteng kelas semata-mata ingin meyelesaikan masalahnya dengan Luqman.
            “Oh, kalau macam tu tak apalah lagipun saya tak boleh lama ni. Saje jew datang sini kejap tadi.” Dalih Luqman kelam kabut. Dia tidak betah berada di tempat yang sama dengan Syifa. Jantungnya seakan-akan tidak dapat berfungsi dengan baik.
            “Luqman, saya nak bagi awak ni.” Ujar Syifa sambil menghulurkan sampul surat yang berisi kad. Lambat-lambat Luqman mengambil kad dari tangan Syifa.
            “Jadi bila tarikhnya?” Soal Luqman cuba menggunakan nada biasa sedangkan dia kecewa dengan keputusan Syifa yang ingin berkahwin.
            “Tarikh apa?” Soal Syifa pelik.
            “Tarikh perkahwinan awaklah.” Hampir tersembur tawa apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Luqman. Rupa-rupanya lelaki itu fikir yang kad itu adalah kad undangan perkahwinannya.
            “Bukaklah tengok.” Arah Syifa sambil tersenyum riang. Sedangkan jiwa Luqman bagai dihiris-hiris apabila melihat senyuman Syifa itu.
            Perlahan-lahan Luqman membuka sampul surat yang berisi sebuat kad. Namun dia baru perasan yang kad itu bukanlah undangan perkahwinan tetapi sekeping kad yang ditulis tangan
Assalamualaikum…
Luqman, sejauh mana pun awak cuba lari dari saya, namun langkah kaki kita masih berada di jalan yang sama… Jalan yang sama untuk awak dan saya lalui..  Jadi kenapa perlu mengelak lagi… Luqman, sudi tak awak jadi suami saya, menjadi pembimbing saya… menjadi ayah kepada Aidil dan Adha.. dan menjadi ayah kepada anak-anak kita yang akan datang… Saya ambil keputusan ni bukan sebab sesiapa tetapi kerana saya teramat menyintai awak….
            Syifa Humaira
            Sungguh dia terkejut dengan tulisan tangan Syifa kali ini. Buat pertama kalinya wanita itu melahirkan rasa hatinya walaupun hanya di atas sekeping kad.
            “Cintaku bukan di atas kertas.” Luqman memulangkan kembali paku buah keras yang pernah diterima dari Syifa satu ketika dahulu.
            “Itu bukan kertas. Itu kad.” Bibir Luqman menguntumkan sebuah senyuman yang sudah sekian lama tersimpan.
            “Saya tak tersalah baca kan?” Luqman memohon kepastian.
            “Saya rasa saya pun tak tersalah tulis.” Gurauan Syifa itu Luqman sambut dengan tawa yang menyenangkan.
            “Aliff macam mana?” Soal Luqman tiba-tiba.
            “Saya dah terangkan pada dia yang saya tak cintakan dia. Saya harap dia boleh faham.” Ujar Syifa.
            “Dia ada jumpa saya baru-baru ini, dia dah ceritakan semuanya termasuklah pasal Syakir.” Terang Luqman pula. Syifa hanya menunduk. Dia tahu hendak menyambung kata.
            “Syifa, kalau awak dah sudi nak terima saya, saya seribu kali tak pernah kisah tentang kisah silam awak. Apa yang penting sekarang ialah, kita bina keluarga kita. Lupakan semua yang pernah berlaku.” Tutur kata Luqman itu sedikit sebanyak melegakannya.
            “Luqman, terima kasih sebab terima diri saya seadanya. Terima kekurangan yang ada pada diri saya.” Air matanya menitis ketika menuturkannya. Betapa dia dapat merasakan yang dia sedikit pun tidak layak berada di samping Luqman yang lebih serba serbi.
            “Jangan cakap macam tu Syifa. Dapat memperisterikan awak adalah anugerah paling bermakna dalam hidup saya Syifa. Lepas ni, sama-samalah kita bina keluarga kita. Besarkan anak-anak kita sama-sama.” Sungguh dia terharu dengan kata-kata Luqman.
***
            Dari tingkat atas, dia melihat Luqman yang senang melayan karenah Aidil dan Adha. Lelaki itu sedikit pun tidak merungut apabila dibuli oleh si kembar.
            Hari ini genap sebulan dia menjadi isteri Luqman. Hanya pada Allah disandarkan rasa syukur yang teramat sangat dengan limpahan kebahagiaan yang dia kecapi. Sungguh, memilih Luqman adalah antara perkara terbaik yang terjadi di dalam hidupnya.
            Sedang tangannya ligat mengemas meja soleknya, tiba-tiba tangannya mencapai sebuah CD beserta dengan sekeping kad.  
Khas buat wanita kesayanganku…
Pertemuan antara kita tidak pernah dirancang tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil…. Yang mengetahui suara hati antara kita, yang mengimpikan seorang insan yang bergelar kekasih… Walaupun bukan abang yang diharapkan, tapi abanglah yang hadir dalam hidup Syifa… Mungkin kehadiran abang tidak pernah dinanti tetapi percayalah tiada walau secalit kekecewaan apatah lagi kekesalan dihati ini kerana dengannya terjalinlah sebuah perkahwinan… Tetapi jangan seeali meletakkan rasa kasih antara kita melebihi dari penciptaNya… Kerana rasa kasih yang kita miliki ini ialah dari seiringnya titpan doa yang tulus lagi ikhlas… Moga kita dapat seiriring menuju ke syurga yang kekal abadi…
            Dalam apa jua ketika pun, suaminya itu lebih senang membicarakan tentang cinta hakiki yang disandarkan pada Allah semata-mata bukan kepada manusia yang sering menuntut agar rasa sayang yang dimiliki itu dibalas kembali.
            ‘Jangan terlalu mengantungkan diri kepada manusia sehingga kita tidak mempunyai kesempatan untuk mengingati Allah.’ Itulah ayat yang sering terkeluar dari bibir suaminya.
Cepat-cepat dia memasukkan CD tersebut ke dalam laptop yang sudah sedia terpasang.
Pernikahan menyingkap takbir rahsia
isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera inda
Untuk bersama berlayar ke muara
Pernikahan menginsafkan kita
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikma tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah dipatri diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih demi syurga ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama hajar dan setiasanya zulakha
Terimalah seadanya yang terindah di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Isteri hamparan dunia suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman suami lah pemagarnya
Isteri bagai kejora suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu suami tabah menelannya

            Kali ini, video klip ini berlatar belakangkan gambarnya. Syifa sendiri tidak tahu pada waktu bila Luqman menangkap gambarnya yang kebanyakkan ditangkap secara curi.
            Ada air mata yang ingin menitis. Namun ia bagaikan tergantung di tubir mata. Agaknya pipi Syifa yang mulus itu tidak mahu lagi merasai kemanisan air matanya walaupun air mata yang bersulamkan kebahagian.
            Memang dia bukan lelaki pertama yang berjaya bertahta di hatinya. Namun dengan izin Alllah, biarlah dia lelaki terakhir yang akan menetap di segenap pelusuk hatinya.
            “Dah tengok dah?” Sapa Luqman mesra sambil memeluk pinggang isterinya.
            “Kasihmu Amanahku. Memperolehi kasih sayang Syifa adalah seperti amanah yang dititipkan kepada abang. Insyaalaah, akan abang jaga amanah ini sebaik mungkin.” Tutur Luqman dengan nada yang penuh kasih.
            “Terima kasih.” Ucapan itu memang ikhlas dari hatinya. Betapa lelaki itu telah memiliki segenap daripada hatinya.
            “Terima kasih je.” Usik Luqman nakal sambil menghalakan jari terlunjuknya di pipi. Suka dapat melihat pipi Syifa yang merona kemerahan.
            Walaupun sudah sebulan menjadi suri hidup Luqman, perasaan malu pada lelaki itu masih lagi menebal. Namun sikap Luqman yang sentiasa mengusik itu sangat menyenangkannya.
            “Habis tu, abang nak apa?” Sengaja dia membalas usikan Luqman.
            “Ish, abang nak Syifalah. Lagi mau tanya.” Satu cubitan sayang dihadiahkan kepada Luqman.
            “Abang tak nak apa-apa dari Syifa tapi abang rasa, Aidil dengan Adha mesti nak.” Cetus Luqman tiba-tiba.
            “Aidil dengan Adha? Dia orang nak apa?” Soal Syifa ingin tahu.
            “Dia orang nak adiklah.” Bahagianya hati tatkala hati dilambung dengan kebahagian. Doanya, moga kebahagian ini akan menjadi milik mereka sehingga ke syurga. Insyaallah.
Dahulu, hatiku yang sayu menatap wajahmu tenang dalam derita. Aku cuba zahirkan rasa kasih melalui perlakuan sedangkan bibirku ini terasa jauh dari lafaznya. Kelakuanmu pula  memberkas di jiwa lantas dapat  meredakan rindu lantas dapat mendamaikan kalbu.
Tak mungkin aku temui iras sentuhanmu walaupun ku redah seluruh dunia untuk mencari gantimu. Walaupun hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk menyusun bicara, meluahkan rasa lantas menuturkan sayang kasih yang terlimpah. Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia.
            Sebelum mata rapat terpejam, jangan biarkan kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan. Satu ketika dahulu, dia cuba mengungkapkan rasa kasihnya di atas sekeping kertas. Cinta kita bukan di atas kertas. Sebab cinta kita mempunyai getaran yang sama. Yang penting, ia sudah ketemu jawapannya.

***TAMAT***

37 comments:

  1. islamik sikit.. hehe.. tp romantik n sweet x leh buang..

    ReplyDelete
  2. sweet sgat2...heheheheh...best ler akak...

    ReplyDelete
  3. seriously,penuh emosi..jap senyum,jap sedih,jap hapy..haha mcm2 perasaan ada..mmg best..mmg tabah la..good job writer..

    ReplyDelete
  4. suke suki sy bca akk..

    ReplyDelete
  5. nisa: huhui,gilos la cerpen nie..terlalu banyak rahsia yg diselindungkan namun akhirnya kebenaran tersingkap jua lalu mengnampakkan kembali sinar kasih antara luqman dan syifa..cayalah kak sara!!

    ReplyDelete
  6. sedih... sayu je bca.. tp, best..hmm.. good job...

    ReplyDelete
  7. klau pergantungan kite hanya pdNya,kite akn jd seorg yg sgt hebat..kn2??macam syifa humaira ^^

    ReplyDelete
  8. Best. Sweet. Islamik. Romantik. Love it!

    ReplyDelete
  9. best la kak sara...
    Buat yg lg best tau...
    Best of luck!!!

    ReplyDelete
  10. huhu,sob sob sob . dah menangis ni ... hu ~ nak tisu , kak ezza ~

    -maisarah-

    ReplyDelete
  11. Hi, I do think this is a great blog. I stumbledupon it ;)
    I may come back yet again since I bookmarked it. Money and freedom is the best way to
    change, may you be rich and continue to help others.

    Here is my site ... this page

    ReplyDelete
  12. Do you mind if I quote a couple of your posts
    as long as I provide credit and sources back to your weblog?

    My blog site is in the very same area of interest as yours and my
    visitors would truly benefit from a lot of the information you present here.
    Please let me know if this alright with you.
    Thanks!

    My blog :: jasmininuk-manchester.zaubaerer.de

    ReplyDelete
  13. Hello i am kavin, its my first time to commenting anyplace, when i read this paragraph i thought i could also create
    comment due to this good paragraph.

    Review my webpage :: vitiligo skin disorder cure

    ReplyDelete
  14. Serius,akak memg da jadi fan sara lepas bca karya2 sara.

    ReplyDelete
  15. bestnya .....ada unsur2 islamik....

    ReplyDelete
  16. Dik ezza, ni dah masok 3 kali akak baca cerpen nih... Tak jemu bacanya dik... Terbaik!!! Dah tak tau macam mana lagi nak describe! Best bgt!!! ;D

    ~ kak tipa ~

    ReplyDelete
  17. meleleh air mata baca cerpen nie.sampai org kat opis pelik tgk...ekekeke

    ReplyDelete
  18. cite ni memang best la . thumb up

    ReplyDelete
  19. Subhanallah...Akak, saya suka semuaaaaa karyaaaa akakkkk...tak tahu nak ungkap macam mana bestnyaa haha��

    ReplyDelete
  20. MasyaAllah..tahniah penulis,tak bosan langsung bce cerpen nih..teruskan mengarang...:3

    ReplyDelete
  21. sweetnye....tbah nye hati seorang yang bernama wanita...suci hati lelaki itu apabila dia menerima wanita yang pernah disakiti dan sakit itu meninggalkan kesan yang sangat lama....sabar...
    best gilerrr....~zack

    ReplyDelete
  22. Kesiannn alifff...
    Romantik+sweet+cool+islamik
    ��

    ReplyDelete
  23. cerita yang sweet dan menarik dari segi islamiknya..dan rasa kagum dengan ketabahan syifa sebagai seorang wanita yang dapat mengharungi ujian...dan keikhlasan hati luqman menerima syifa tanpa memandang kisah silam syifa..

    ReplyDelete
  24. cerita yang sweet dan menarik dari segi islamiknya..dan rasa kagum dengan ketabahan syifa sebagai seorang wanita yang dapat mengharungi ujian...dan keikhlasan hati luqman menerima syifa tanpa memandang kisah silam syifa..

    ReplyDelete
  25. Sweetnye.. luqman ngn syifa.. uuu..

    ReplyDelete
  26. Good job..All the messages and advices were so meaningful..may this pieces of writting be one of ur jariah in the hereafter..
    Melalui cerita ni,writer berjaya highlightkan ketabahn seorang wanita dalam menjalani ujian2 dari Yang Maha Esa..
    .
    .
    Untuk mengatakan "saya telh beriman dengan Allah"memang mudah tp Allah dah berfirman dalam surah Al-ankabut ayat 2,bahawasanya tidak akan dibiarkan hambaNya mengaku mereka telah beriman tanpa diuji terlebih dahulu
    .
    .
    cinta sejati adalah cinta yang bersandarkan kepada cinta yang hakiki kerana sesungguhnya Dialah pemilik hati yang abadi��
    .
    .
    Once again..good job! I really enjoy and love ur work..kipidap

    ReplyDelete
  27. Sangat.....sangat...sangat terbaik!!!

    ReplyDelete