Jauh Mirza melepaskan pandang menembusi cermin tingkap dari tingkat dua
ini. Hujan renyai mula membasahi bumi Allah ini. Seperti basahnya sekeping hati
menyingkap sebuah kebenaran yang dirahsia kemas oleh Afrina.
“Kenapa? Kenapa perlu jadi
macam ni?” Soal Mirza perlahan tanpa berpaling.
Tidak mampu rasanya membiarkan anak mata menjamah
wajah Afrina. Memandang wajah yang terlalu banyak menyimpan khazanah cintanya.
Tiada jawapan dari pihak
Afrina. Membuatkan Mirza terus mengeluh. Kesunyian mula menemani mereka berdua.
Hanya sesekali bunyi aircond merentasi kesepian.
Afrina mengigit bibir.
Tidak percaya yang kebenaran ini keluar sendiri dari mulutnya. Bagaimana dia
boleh menduga yang Mirza sedang berdiri di belakangnya? Habis bersepai segala
rahsia yang disimpan kemas. Jadi, perkara apa yang perlu dia lakukan sekarang?
Melihat keadaan Mirza pun membuatkan Afrina tambah bersalah. Lelaki itu nampak
kusut....
“Mirz....” Suaranya mula
tersekat di kerongkong. Tak tahu mencedok kata dari mana. Ayat bagaimana yang
harus dilemparkan pada Mirza?
Perlahan-lahan Mirza
berpaling. Memandang ke arah Afrina yang berada di sisi katil Hadziq. Kakinya
dibawa mendekati Afrina yang nampak gelisah itu. Entah macam mana, bibirnya
mula menguntumkan senyum.
Hakikatnya, Afrina masih
sayangkan dirinya... Hakikatnya, cinta wanita itu masih kukuh kepadanya.
Hakikatnya, Afrina tak pernah menolak kasihnya ke tepi... Cuma sikap khianat
manusia membawa dirinya terfitnah hingga hidup tanpa diekori cinta yang
sebenar. Terheret menderita ke kancah yang penuh gelora.
Lutut Mirza sudah melutut
ke simen lantai. Mirza mengangkat muka. Memandang dan meneroka segenap wajah
milik Afrina. Ya... Dia nampak dengan jelas! Dengan jelas bahawa cinta itu
hidup dalam air muka Afrina.
‘Kau yang terindah dalam
hidupku Afrin... Hanya cintamu yang mampu mekar untuk selamanya.. Sesungguhnya,
aku tak ingin lagi menyintai yang lain... kerana kau telah mengikat hatiku selamanya...’
Namun tak cukup semua itu. Dia ingin mendengar
sekali lagi... Mendengar dengan teliti luahan perasaan itu.
“Hakikatnya, Afrin masih
sayangkan Mirz kan?” Tanya Mirza lembut.
“Mirz....” Afrina
melarikan anak mata. Bagaimana dia bisa menipu lagi? Menipu untuk menyakitkan
Mirza untuk kesekian kalinya dan penipuan bakal menyakitkan hatinya juga.
“Just say yes or no
Afrin.... Mirz nak dengar... Mirz nak dengar... Please...” Rayu Mirza lembut.
Meluluhkan jiwa yang mendengar.
Afrina tarik nafas
dalam-dalam. Jiwa ini tidak boleh dibohongi lagi. Telinga ini tidak mampu
ditadah dengan penipuan lagi. Mulutnya ini pula tidak sanggup lagi diringankan
untuk sebuah rekaan.
“Mirz...Hati ini pernah
mati... tapi Mirz yang membuatkan hati ini kembali berfungsi.... Jiwa ini
pernah serabut dan kusut.. Tapi Mirz yang menyusunnya dengan teratur...
Mirz...hati ni terasa sempurna... sebab Mirz ada di dalam ni.... Because you’re
inside... Berada di satu bahagian yang tak mampu diterokai oleh Haraz atau
sesiapa sekalipun... You’re the reason why even at the suddent part of my
life... I smile....”
Tangan kanan dibawa rapat
ke dada. Menggambarkan sekeping hati yang berada di dalam tubuhnya itu. Dadanya
terasa hendak pecah! Tapi jiwanya mula lega bila rasa sayang itu berjaya
diungkapkan.
Ini bukan tiket untuk
membeli jiwa Mirza! Ataupun cara untuk membuatkan Mirza berpihak kepada cinta
mereka dan mempertahankan dari halangan dunia. Ini hanyalah sebuah intipati
cinta yang tak berjaya disudahkan dengan sempurna. Sebuah luahan yang dahulunya
tersekat dari bayangan hitam.
Mirza meraut wajah
berulang kali. Hatinya jatuh berulang kali mendengar bait kata Afrina itu.
Setelah bertahun lamanya, dia tidak menyangka yang cinta Afrina hanya milik
mereka. Lututnya terasa lemah! Lemah kerana terlalu panjang rasanya perjalanan
yang diambil untuk mendengar bait yang sempurna itu.
“I wish I had more than
this word to let you know how much I miss you... How much I love you Afrin...” Balas
Mirza separa berbisik.
Menitis air mata Afrina.
Dipejam lama matanya. Tangannya digengam antara satu sama lain.
“Siapa yang kejam sangat
tu Afrin... Siapa yang sanggup buat kita tersiksa macam nih?” Tanya Mirza
sedikit marah. Manusia memang tak bisa dipisahkan dengan sikap dengki! Sikap
seperti inilah yang memecah belahkan manusia!
Kalaulah semua ini tidak
berlaku, pasti dia sedang berbahagia bersama Afrina! Namun pada siapa untuk
diluahkan rasa marah ini? Pada Allah yang telah menentukan takdir? Mirza mula
beristigfar. Menyepak pergi segala syaitan yang menghasut.
“Afrin tak tahu...”
Afrina sendiri masih kelu. Tak idea untuk
meletakkan kesalahan ini di bahu siapa? Mungkin ada baiknya dia tak tahu...
Sebab bimbang jika hatinya yang sakit ini akan mula membenci manusia itu.
“Afrin... kita kahwin...”
Ajak Mirza tanpa fikir panjang.
Afrina tidak terkejut.
Malah dia ketawa mendengar pelawaan Mirza itu. Nampak sangat yang Mirza tidak
berada dalam kondisi yang baik untuk memikir baik buruk dari kata-katanya.
“Kahwin? Kahwin lari ke?”
sisa tawa masih belum habis sepenuhnya.
“Tak kelakarlah Afrin...
Tak kiralah kahwin lari ke, kahwin dekat Thailand ke, kahwin gantung ke... yang
penting Mirz nak kahwin dengan Afrin!” Tak boleh agak pemikiran Afrina tika
ini. Orang serius, dia boleh gelak!
‘Kalaulah Afrin tahu apa
yang ada dalam hati Mirz sekarang...’
“Mirz dah nak kahwin.... Mirz
lupa ke?” Peringat Afrina pula.
Riak wajah Mirza kembali
berubah. Lama dia menekur lantai. Terlupa yang antara mereka, sudah ada Azlin.
“Kita kena terima hakikat yang kita tak boleh
bersama Mirz...” Sambung Afrina perlahan.
Kali ini dia mula serius. Tiada air mata yang
mampu menitis di pipi. Bukan tanda dia tidak kecewa kerana tidak memiliki cinta
Mirza, cuma dia telah lama terima. Antara mereka, tiada istilah jodoh.... Hanya
punya sebuah cinta tanpa talian jodoh..
Mirza sudah terduduk di
atas lantai. Kepalanya disandarkan di birai katil. Kakinya dijulurkan. Keluhan
panjang dilepaskan. Dan matanya mula dipejam erat.
Afrina mengambil
kesempatan untuk membetulkan sedikit selimut milik anaknya itu. Nyenyak Hadziq
tidur. Perbualan mereka ini langsung tidak mengganggu lenanya.
“Kita berjuang demi kasih
sayang kita Afrin... Mirz akan buat apa sahaja.... Asalkan Afrin kena sokong
Mirz... Afrin kena ada disebelah Mirz.. Kita hadapi sama-sama!” Air wajah Mirza
serius. Tak salah untuk dipertahankan cinta ini. Mereka boleh menjelaskan sebab
munasabab di sebalik semua ini. Mirza pasti yang Azlin sudah cukup dewasa untuk
memahami apa yang terjadi antara dia dan Afrina.
Afrin bangun dari duduknya
dan mendapatkan tempat di sebelah Mirza. Duduk diatas lantai yang sejuk
bersebelahan dengan Mirza. Namun masih ada jarak di antara mereka. Fikirannya
masih waras lagi untuk bersetuju dengan idea Mirza. Serasanya, Mirza berada di
luar kawalan. Kali ini, kerjayanya sebagai seorang pakar psikitari pun tidak
mampu menampan gelombang arus yang mencabar.
“Mirz.... Mampu ke kita
pertahankan kebahagian di atas tangisan orang lain? Afrin tak mampu nak lukakan
hati mama... hati Lin... dan lagi satu, Afrin tahu benar yang ibu Mirz masih
belum boleh terima Afrin setelah apa yang dah terjadi. Terlalu banyak hati yang
akan terluka nanti.... Mirz sanggup ke?”
Mirza senyap.
“Afrin dah pernah rasa
dulu.. Berkahwin tanpa restu dari orang lain. Afrin bukan menantu kesayangan...
Afrin dibenci oleh mak Afrin sendiri.... Afrin tak mahu apa yang Afrin pernah
rasa tu berulang kembali. Afrin dah serik dengan perangai mementingkan diri
Afrin tuh!”
Dia sudah bahagia
sekarang. Cukuplah ada Hadziq. Ada mertua yang mampu menerima dia seadanya. Dia
tak mahu cari gaduh dengan Azlin kerana gadis itu terlalu baik. Dia boleh jamin
kebahagian Mirza akan ada bersama Azlin.
Mirza menoleh ke sisi. Macam mudah sahaja
butir bicara yang keluar dari mulut Afrina. Seperti orang yang sudah kehilangan
perasaaan? “Macam mana Mirz nak kahwin dengan seseorang yang Mirz tak sayang..?
Macam mana Mirz nak terima Lin kalau dalam hati Mirz ada Afrin?”
Keras intonasi milik
Mirza.
“Mirz, kalau Mirz tak
sayang, kenapa terima pelawaan ibu dulu? Kenapa Mirz tak fikir panjang-panjang
masa buat keputusan untuk terima Lin?” Kali ini nada suara Afrina naik satu
oktaf.
“Sebab Mirz ingat Afrin
tak sayangkan Mirz.... Patutnya Afrin beritahu Mirz awal-awal. Kalau tak, semua
kekusutan ni tak akan berlaku.” Tanpa sedar, mereka mula menyalahkan antara
satu sama lain.
“Mirz.... Mirz ingat tak
malam tu... Afrin ada telefon Mirz kan... Afrin dah mengaku yang Afrin
sayangkan Mirz... Tapi belum sempat Afrin perbetulkan semuanya, Mirz dah letak
telefon.... Keesokan harinya, kita berjumpa di majlis merisik. Tapi yang
menyakitkan ialah, majlis merisik tu bukan untuk merisik Afrin.... Nampak tak,
sekuat mana pun kita cuba mempertahankan hak kita, ianya tetap tak membawa
apa-apa makna kan....”
Mereka saling terdiam.
Mirza meraut wajahnya. Kesal dengan tindakan drastiknya dalam membentangkan ego
hingga mencetuskan semua ini. Kalaulah dia bersabar lagi... Bersabar dengan
tomahan dan herdikan Afrina, pasti semua tidak sekusut ini. Malah dia sendiri
menggesa Puan Maizura agar mempercepatkan majlis merisik dan merancang majlis
perkahwinan.
“Kenapa susah sangat untuk
kita bahagia? Mahal sangat ke harga kebahagian tu Afrin?” Keluh Mirza kecewa.
Kenapa susah sangat untuk dia dan Afrina bersama?
“Bahagia tu tak semestinya
akan menggembirkan hati kita Mirz.. Bahagia yang sempurna adalah apabila kita
mendapatkan apa yang kita inginkan tanpa melukakan orang lain.. biar hati kita
patah... biar jiwa kita musnah... Tapi jangan sesekali kita hancurkan harapan
dan impian orang lain... Jangan pernah berfikir pun nak buat macam tu...” Sebak
dada Afrina saat melepaskan kata-kata itu. Berat mulut untuk bersuara, berat
lagi bebanan yang terasa di bahu.
Mirza mengurut perlahan
lehernya yang tegang! Kata-kata Afrina memang banyak benarnya.
‘Semua ni salah aku...
Semua ni salah aku... Arghhhh!’ Alangkah bagusnya jika dia boleh undurkan masa.
Memperbaiki dan memperbetulkan apa yang sebenarnya salah!
“Bukan salah Mirz...
Jangan cuba untuk salahkan diri Mirz...” Dapat dibaca gerak tubuh Mirza kali
ini. Dia makin mengenali sikap Mirza lewat ini.
“Semua ni salah Mirz...”
Akui Mirza perlahan. Dipicit dahinya pula. Memerah idea untuk memperbaiki
keadaan. Tapi hanya jalan buntu yang dia temui. Jalan mati. Jalan yang tak
mampu untuk dia meneruskan langkah.
“Bukan salah Mirz... Mirz
hanya buat apa yang Mirz fikir baik untuk diri Mirz...” Pujuk Afrina lembut.
Cuba menghilangkan kegelisahan Mirza.
“Sekuat mana pun kita
bertahan... Tapi bilamana takdir dah tetapkan yang cinta tu bukan milik kita,
ia tetap bukan milik kita. Pautan yang berlebihan hanya akan membuatkan kita
penat.... Penat menghadapi keadaan yang tak akan berubah. Jadi.....” Bicara
Afrina terhenti seketika.
Serentak Afrina dan Mirza
mula berpandangan.
“...kita kena
redha....sebab Afrin bukan untuk Mirz...” Air mata tak mampu untuk dibendung
bilamana kelopak matanya sudah terasa panas.
“Afrin...” Mirza sungguh
tak bersetuju dengan semua ini. Mengalah tak akan membantu apa-apa tapi apa
yang mampu untuk mereka pertahankan sekarang?
“Tolong Mirz... Afrin merayu.....
Jangan tinggalkan Lin untuk Afrin... Tolong Mirz....” Rayu Afrina lagi lalu
terus angkat punggung. Tak mahu menangis di hadapan Mirza.
Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Di saat ku mulai mengharapkanmu
Dan ku mohon maafkan aku
Aku menyesal telah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi tangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
***
Selamat pagi untuk seseorang yang berada
di sudut hati ini. Biarkan pagi ini dihiasi dengan mentari untuk menyiram jiwa
dan menghangatkan hati yang lebur. Mungkin semalam menyakitkan namun hari ini
masih menjanjikan harapan. Hatinya lega apabila kebenaran sudah terhidang.
Sekurang-kurangnya dia tidak menyimpan rasa serba salah pada Mirza.
“Morning darling mak
su.....” Pagi-pagi lagi Azlin sudah terjenggul di pintu bilik Hadziq. Tangannya
membawa bubur untuk si kecil.
“Morning mak su....” Jawab
Hadziq ceria.
Hadziq sudah mandi dan
berpakaian kemas. Tak susah menyiapkan Hadziq sebab anak kecil itu memang sudah
biasa bangun awal. Afrina yang baru sahaja menyiapkan Hadziq tersenyum
memandang Azlin.
“Awal Lin...” Melihatkan
seraut wajah milk Azlin, ingatannya terus jatuh pada Mirza. Dia tidak patut
merampas Mirza dari seorang gadis yang sudah dianggap seperti adik sendiri.
Haraz pasti akan kecewa dengan sikap mementingkan dirinya ini.
‘Abang... jangan risau...
Ain tak akan kecewakan abang. Ain tak akan musnahkan kebahagiaan adik abang.’
Ucapnya ikhlas. Biarlah, dia cuma berdoa siang dan malam agar Allah pinjamkan
dia kebahagian untuk terus hidup bersama Hadziq. Lain-lain perkara, semua sudah
ditolak ke tepi.
“Lin datang sini dulu
sebelum ke ofis.. Ialah, hari ni pun ada appointment dengan client lagi.. Kalau
macam ni tiap-tiap hari, boleh pitam kak... “ Punggung Azlin sudah mencecah ke
birai katil Hadziq. Tangannya membelek sedikit luka di muka Hadziq. Jelas
menunjukkan dia seorang wanita yang prihatin.
“Busy itu rezeki.... Kalau
duduk goyang kaki, income tak masyuk pulak kan.... Oh, akak mungkin tak masuk
ofis hari ni. So sorry Lin... Kena uruskan si Hadziq ni. Malas nak
susah-susahkan kak Amalina lagi...”
“No hal kak... Tak ada
masalah.... masuk balik bila semua settle ya..”
Alahai, tak ada satu pun ciri-ciri Azlin yang
membuatkan gadis ini nampak tercela. Sikapnya yang baik hati itulah yang
memberatkan hati Afrina untuk tidak melukakan Azlin.
“Lin... nanti bagi hantaran semua tu pada akak
ya... Nanti bila akak free kat rumah, akak boleh terus buat.” Ralit sungguh
melihat Azlin melayan si kecil.
“Tak apalah kak... Tak mahu susahkan akak.. Dahlah
Ad tak sihat..” Apalah yang susahnya, hantar jelah hantaran itu pada mak andam.
Pandai-pandailah mak andam gubah. Bukan tidak percaya pada bakat kakak iparnya,
tapi lebih kepada rasa tidak mahu menyusahkan Afrina.
“Ish... hantar jelah... Akak betul-betul nak buat.
Kalau Lin tak mahu hantar, akak nak merajuk!” Afrina mula buat perangai budak
kecil hingga terdengar ketawa dari mulut Azlin.
“Iyalah.... Saya hantar ke rumah akak nanti..
Aduh, sampai ugut nak merajuk. Betullah abang cakap, kalau akak merajuk, akak
mesti cakap terang-terang. Padahal hakikatnya, mana ada orang mengaku bila
merajuk...”
Afrina tersenyum sahaja menyambut kata-kata adik
iparnya itu. Ya, dahulu kalau ketika bersama Haraz, dia pasti akan mengaku
terang-terang yang dia sedang merajuk. Sebab dia sentiasa senang hati menerima
pujukan dari Haraz yang begitu bijak dalam memujuk rajuknya.
‘Abang... Ain rindu abang...’ Rasa rindu mula
terasa menggunung. Hampir dua minggu juga dia tidak menjenguk pusaraya
suaminya. Walaupun sekeping hatinya tertulis nama Mirza namun jauh di sudut
hatinya, nama Haraz tetap terletak kukuh tanpa teralih sedikit pun.
Pintu bilik mula terkuak dari luar. Susuk tubuh
itu mula masuk ke dalam. Membuat pemeriksaan harian pada pesakit barangkali.
“Hai Hadziq... rasa sakit kepala tak?”
“Okay.... Ad tak sakit pun.. Ad kan kuat...” Petah
sahaja mulut kecil itu menjawab. Afrina tersenyum manakala mata Azlin ralit
merenung jejaka itu.
“Memang dia tak mengadu sakit kepala pun
doktor...” Jelas Afrina tanpa dipinta. Tidak mahu Dr Hazim meragui si kecil.
“Iya...Kalau tak ada apa-apa, tengah hari nanti Ad
dah boleh keluar. Apa-apa pun saya akan beritahu kemudian.” Tangan kanan Dr
Hazim mula mendarat di kepala Hadziq. Matanya mula mencari-cari kelibat seorang
lelaki yang menjadi suami Afrina. Hendak tahu juga bagaimana rupa bentuknya.
Adakah layak untuk bergandingan dengan wanita seperti Afrina?
Namun Hazim mula beristigfar. Tidak selayaknya dia
mempertikaikan jodoh ketentuan Allah. Hati yang lara ini perlu diperbetulkan.
Mungkin sudah banyak fius atau saraf yang telah mati.
‘Apalah aku nih... dalam berjuta perempuan dalam
dunia ini, isteri orang jugak yang aku
nak kebas?’ Rasa seperti hendak diketuk otak yang kurang waras itu. Cinta
sememangnya mampu melanggar semua batasan dan peraturan dunia.
“Doktor ni pernah sekolah dekat Sekolah Asrama
Sultan Haji Ahmad Shah kan?” Tanpa ditahan-tahan, soalan itu keluar dari mulut
Azlin. Kalau tak silap lagi, lelaki ini adalah senior di sekolah menengahnya dahulu.
“Aah... Mana tahu?” Tidak perasan langsung pada
wanita yang duduk tidak jauh dari mereka itu. Itulah, ralit sangat merenung
isteri orang!
“Saya pun pernah sekolah kat situ... Doktor senior
saya...” Kalau Dr Hazim tidak mengenali dirinya, itu semua bukanlah perkara
luar biasa. Siapalah yang kenal pada seorang gadis yang selalu memencilkan diri
di sekolah. Tak aktif bersukan pulak tuh! Akademik pun suam-suam kuku. Nama je
sekolah di sekolah yang berprestij.
Lainlah Dr Hazim. Dia bukan sahaja antara pelajar terbaik
sekolah, malah dia juga aktif dalam suka bola sepak. Dulu memang ramai pelajar
tergila-gilakan si Hazim yang dikategorikan sebagai lelaki sempurna. Dah lah
mamat surau!
Cuma yang menjadi tanda tanya Azlin ialah, adakah
lelaki ini sudah berpunya? Tapi kalau dah berpunya, tak kanlah Dr Hazim
menjeling Afrina sampai naik juling?
“Maaflah... Saya nak berapa ingat pulak...” Dr
Hazim menggarukan kepalanya.
“It’s okay... Lagipun dah lama kan.... By the way,
thanks a lot sebab sudi merawat anak buah saya nih...”
“Sama-sama. Dah memang tugas saya...” Dr Hazim
mula merekodkan sesuatu di dalam fail.
“Errk doktor...” Panggil Azlin apabila melihat si
doktor mula angkat kaki.
“Ya..”
“Doktor dah kahwin?” Mulut Azlin lancar sahaja
menyoal doktor muda itu. Dalam fikirannya sudah merencana sesuatu yang menarik.
Sekejap, dia mengerling ke arah Afrina yang hanya senyap mendengar perbualan
mereka berdua.
“Errkkk... belum. Kenapa?”
Tak rajin pulak akal Dr Hazim untuk merencana
apakah maksud tersirat pada soalan gadis dihapannya ini yang nampak bersikap
terbuka dan selamba itu. Jauh berbeza dengan perangai Afrina yang nampan sopan
dan lemah lembut.
“Bukan apa.... Kalau tak ada calon, saya nak bagi
calon...” Selamba sahaja tutur kata Azlin sambil memandang ke arah Afrina sehingga
membuatkan Afrina terkejut sendiri.
‘Dah sudah.... Lin dah start dah nak buka talian
cari jodoh...’ Gerutu hari Afrina.
“Calon? Boleh jugak sebab saya memang tengah cari
calon isteri..”
Walaupun Hazim tidak faham dengan kata-kata wanita
itu, namun soalan itu tetap disambut mesra. Namun gaya gadis itu menceritakan
bahawa Afrina sedang mencari calon suami? Tapi bukankah Afrina sudah berkahwin?
Ataupun Hadziq sebenarnya hanya anak angkat sahaja? Ataupun Afrina sudah
kehilangan suami? Arghhh.... Sungguh banyak persoalan.
Azlin tersenyum nakal. Kesunyian kakak iparnya
perlu diisi kembali dengan kisah dan kasih yang baru.
***
Sewaktu menyediakan minum petang, Puan Maizura
menjeling sedikit ke arah Mirza yang baru pulang. Wajah anaknya nampak murung.
Hati tuanya mula rasa tak sedap.
“Iyyad... jom minum petang
sama-sama..” Tegur Puan Maizura sambil menuangkan minuman ke dalam cawan.
“Tak apalah.. Iyyad tak
lapar.” Jawapan anaknya membuatkan Puan Maizura berganda-ganda rasa aneh. Kebiasaanya,
waktu senggang sebeginilah mereka punya masa untuk berbual-bual sambil bertukar
cerita. Pasti ada yang tak kena!
“Iyyad.. susah-susah ibu
masak... Sebulan je lagi ada masa untuk rasa masakan ibu. Lepas ni Iyyad dah
ada isteri sendiri... Tak ada masa dah nak minum petang dengan ibu...” Puan
Maizura pun pandai guna ayat psiko untuk menarik perhatian anaknya itu.
Kaki yang baru mencapai
anak tangga pertama itu mula terhenti. Nafas panjang mula dilepaskan.
Lambat-lambat Mirza
melangkah ke meja makan. Memandang ke arah ibu yang tersenyum manis itu. Rasa
hilang semua kekusutan. Dipaut mesra bahu ibunya. Mampukan dia membuatkan ibu
terluka?
“Ibu buat roti jala kesukaan Iyyad... Kuih
temosa pun ada.. Iyyad nak makan apa dulu?” Tanya ibu sambil menepuk lengan
Iyyad. Anaknya nampak seperti mengelamun sedikit.
“Ibu.... Iyyad...” Mirza
mula serba salah. Soalan dari ibunya itu tidak masuk ke dalam fikirannya yang
sudah sedia kusut. Mungkin perasaan ini perlu diluahkan.
“Kenapa nih? Ada masalah
apa? Gaduh dengan Lin ke atau ada masalah dekat tempat kerja?” Hati tuanya mula
dipagut risau.
Melihat anaknya itu
terdiam, Puan Maizura kembali bersuara. Kali ini sedikit lantang dan bukan
berbaur pujukan lagi. Si ibu sudah mampu menghidu sesuatu.
“Ibu boleh terima apa
sahaja ... Tapi bukan untuk batalkan wedding! Ibu tak mahu tanggung malu lagi.
Cukuplah apa yang berlaku antara Afrin dan Iyyad dulu...”
“Iyyad bukan nak batalkan
wedding.. Iyyad cuma nak...” Akalnya berfikir sejuta kali sama ada ingin
meneruskan niatnya ataupun hendak menyerahkan untung nasib pada takdir!
Argghhh... serabut!
“Iyyad nak apa?” Dada Puan
Maizura dah berombang kencang. Ada saja perangai Iyyad yang hendak membuatkan
jiwanya tak senang.
“Iyyad...nak....” Tutur
katanya tersekat-sekat.
“Iyyad nak apa?” Jerkah
Puan Maizura kuat. Tak tertahan rasa hati untuk mendengar kata-kata anaknya
yang putus-putus itu.
“Iyyad nak tukar pengantin
perempuan!” Ucap Mirza senafas.
“Hah!”
p/s: jangan gaduh2... jangan risau2.. ending dah ada.. cuma korang kena sabarrrr... hehehe... terimalah cerita biasa ini seadanya... jangan expect tinggi2 k.. tak ada yang dramatik pun dalam cerita nih..hehe.. lebiu korang much much more... =)
nak next n3 lg...hehehe..sapa bab brp ni kak?? :D
ReplyDeletedon't know dik... sampai siaplah..hehehe
DeleteTabikkk springggg kat sara, ayat2 sara mmg sweet semanis orgnya. Bila bc ayat tsusun kemas dgn alunan yg cukup cntik buat akak kagum mcm mn awk bole buat ayat cmtu. Nk mnuntut bole x hihi.
ReplyDeleteHmmm apa lg nk komen, spt kbiasaan n3 kli ni pun cukup rencah dan perisanya. Mak cik maizura tlg la tkr pengantin, sy sokong 100%. Azlin xyh nk tlg kenenkn DR hazim ngn afrina. Better simpan utk diri awak nnti hihihi .cik penulis tlg sbg cpt sikit ye. Mkin debar lak ni hihi
kak tonnn... thanks alwayz coz sokong.. mana ada ayat best sangat kak... x leh belah nasihat tuh... simpankan dr hazim untuk azlin.. lawak kott...
Deleteala..x yah la ngan dr hazim. kalo x ngan mirza pun, x nak gak ngan dr hazim..jdi mcm skema plak mncul watak baru jdi somi watak utama
ReplyDelete>>k<<
kan kan kan... tp kalau dah jadi lagu tuh, nak buat macam mana..hehe.. tnggu next entry ya...
DeleteIzzati:terbaikkk...x sabar nak tunggu next entry...:)
ReplyDeletethanks izzati.. sila bawak bersabar... =)
Deletebest ! nak lagi next entry kak sara :)
ReplyDeletetq darling.. tunggulah next entry yang entah bila tuh.. haha
Deleteiyyad buat jantung ibu melompat keluar....tak semua yg kita nak,kita akan dapat.best N3..tq
ReplyDeletekan kan kan... kena bagi ceramah dekat iyyad nih.. degil bebenorrr...
DeleteWaaa brani mati Mirz ckp camtu ngan mak dia keke,.kne brani klu nk Afrin kn keke,.jgn nk kenen2 kan Afrin ngan Dr tu la cik Lin oiii keke,.cpt2 post new en3 ye heh
ReplyDeleteMirza dah tahap terdesak pun ada kan.. ishh... sila bersabar menantikan entry yang entah bila akan berkunjung tiba tuh..hahaha
Deletetak dramatik? yg tetiba nak tukar pengantin perempuan tu apa? ha ha ha....tak terbayang akak ending cerita ni. it can go either ways. yg buat mirza & afrin tu harraz tak?
ReplyDeletexpe kak.. kalau jangka penat.. baca je nnti.. hehee.. haraz ke? sanggup ke si haraz buat lagu tuhh...
Deleteerk Iyyad, ayat nak tukar pengantin perempuan tu memang tak leh blah, hehe,. dan Afrin, kata2 awak time luahkan perasaan tu, ades, jiwa kacau, haha.
ReplyDeletesila kacau dan gaul dengan sebati.. kih kih kih... layankan ajeh mereka2 ini
DeleteSara aci x kalu atty minta sarah bg Lin kat Dr Hazim?..
ReplyDeleteehem ehem... ni request ke apa nih? haha
Deletealahai!leh wat jiwa kacau cam ne..mirz,afrin n azlin diantara nye pasti ade yang terluka.namun usah lah ikut rase ati!cinta kekadang tagih pengorbanan,n tak sume cinta bakal memiliki.lepas kan demi insan2 tersayang,terima ketentuan ALLAH dengan penuh redha.ingat lah,andai jodoh tu hak mu biar lah ribuan rintangan tetap dalam gengaman mu mirz...itu pasti percaya lah!
ReplyDeletemak oittt... dah macam pakar cinta dah kak rihan.. kih kih kih... antara mereka, pasti akan ada yang kecewa
Deletesara.. makin best.. makin tak sabar.. rasanya DSKH ni makin matang dari CUSL... cayalah
ReplyDeletetq yat.. cerita biasa ajeh pun... hehehe..
Deleteadush.. mati mak mirz kne heart attack nnti klau tau bride die afrin.. hihih yg psal dr hazim tu plak... bagilah die sker dkt azlin ke?? dkt afrin pon ok kot...hahhaha XD
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
hhahaha... awok ni mana satu jay? pendirian tunggang terbalik.. ishh
Deleteaduhhh..bru je habis maraton cite ni...macam2 prasaan timbul bla ba cite ni... harap2 afrina ngan mirza jgak akhirnya...
ReplyDelete