“Subhanallah....
Iyyad dah gila ke? Dah tak siuman macam pesakit Iyyad?” dari duduk, Puan
Maizura mula angkat punggung. Panas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut
anaknya itu.
“Memang Iyyad dah gila... Iyyad tak tahu apa yang
jadi sekarang.”
Aduh... Macam mana boleh terlepas cakap? Mirza
sendiri tak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Berkahwin dengan Azlin
ataupun membiarkan Afrina pergi? Dua-dua memberi kesan yang menyakitkan.
“Iyyad ni kenapa? Apa yang Afrina buat sampai
Iyyad masih tergila-gilakan dia? Hei, ibu langsung tak berkenan nak buat dia
sebagai menantu! Dia dah tinggalkan Iyyad empat tahun lepas! Dia dah conteng
arang pada maruah keluarga kita.... tapi Iyyad masih nak kan perempuan macam
tu?” Suara Puan Maizura memetir. Sakit hati dengan perangai anak lelakinya itu.
Tak makan saman! Tak lalu dek nasihat! Agaknya
kerjaya Iyyad sebagai doktor psikitari membuatnya anaknya berjangkit gila macam
pesakit dia jugak!
“Apa yang berlaku dulu adalah satu kesilapan
bu.... Sebenarnya Afrin pun tak nak benda tu semua jadi?” Keadaan sebenar perlu
diperjelaskan. Jika tidak, selama-lamanya ibu akan bersikap prejudis pada
Afrina. Tapi melihat pada respon Puan Maizura sebentar tadi, Iyyad Mirza boleh
tahu bahawa semua ini bukan mudah.
“Tak payah nak reka-reka cerita Iyyad... Ibu tak
nak dengar!” Tengking Puan Maizura bengang.
Sampai sekarang dia tak faham, kenapa Iyyad
sentiasa hendak menangkan perempuan itu. Perempuan yang curang itulah yang dia
terhegeh-hegeh jugak. Dari dulu sampai sekarang, Iyyad tak pernah berubah.
Puan Maizura angkat kaki. Bimbang kalau
berlama-lama nanti, tangannya pula yang terangkat. Sakit hatinya apabila Iyyad
langsung tidak mengendahkan perasaannya! Dalam hati menyumpah seranah Afrina.
‘Dasar perempuan tak malu! Kau nak kena ganyang
dengan aku gamaknya! Baru kau nak berhenti ganggu hidup anak aku!’ Rasa marah
mula membuak-buak. Tak mampu ditahan-tahan atau disimpan-simpan lagi. Kalau
Afrina berada di depannya sekarang, mahu dicincang sampai lumat!
“Afrin kena guna-guna ibu.... Sebab tu dia mintak
putus dengan Mirz dulu!” laung Mirza kuat. Tak betah apabila si ibu terus
meletakkan kesalahan di bahu Afrina.
Terus mati langkah Puan Maizura yang laju tadi.
Wajahnya dikalih memandang si anak. Namun masih ada jarak diantara mereka.
“Kena guna-guna? Kena ilmu hitam? Itu ke maksud Iyyad?”
Lambat-lambat Mirza mengangguk.
“Mana kamu tahu semua ni?”
“Afrin yang beritahu... Iyyad dengar dari mulut
Afrin sendiri.”
Tiba-tiba Puan Maizura ketawa sinis. Mula-mula
perlahan namun lama-lama makin meningkat tinggi volume suaranya.
“Kenapa ibu ketawa?” Tanya Mirza aneh? Rasanya,
tak ada mana-mana bahagian yang kelakar dari ceritanya tadi.
“Ibu ketawa sebab... sebab mengenangkan kebodohan
kamu. Macam mana Iyyad boleh percaya cerita Afrin macam tu jeh.... Ibu tak
percaya langsung Afrin kena guna-guna. Yang ibu dapat rasa sekarang, kamu yang
kena guna-guna dengan Afrin! Sebab kamu tu yang duk gilang bayang pada perempuan
tu! Itu je yang benda yang ibu paling nampak sekali!”
“Astarfirullahalazim ibu..... Tak baik ibu fitnah
Afrin macam tuh! Dia tak bersalah... Dia teraniaya dan sekarang ibu pulak nak
aniaya dia?” Mirza dah mula rasa pecah kepala. Lain yang diharap, lain pulak
yang menjadi. Masalah makin menjadi-jadi.
“Hah tengok, kamu back up dia lagi!” Puan Maizura
geleng kepala. Nampak sangat otak Iyyad tak center sekarang.
“Memanglah saya back up... Sebab dia tak bersalah.
Kenapa kita nak keruhkan keadaan lagi ibu... Kenapa nak panjang-panjangkan
cerita nih? Hakikatnya, Afrin kena guna-guna. Ada orang sihirkan dia supaya
bencikan Iyyad! Sebab tu dulu dia tinggalkan Iyyad.”
“Siapa pulak yang nak sihirkan dia?” Tanya Puan
Maizura tak faham.
“Iyyad tak tahu sebab Afrin pun tak tahu siapa
yang buat dia...” Inilah kenyataan yang sukar untuk ditegakkan.
“Habis tu, mana Afrin tahu dia kena guna-guna?”
Entah siapalah tukang karut yang rajin mereka-reka cerita sebegini. Tak logik
langsung! ‘Si Iyyad ni pulak main percaya jeh....anak siapalah yang bengap
sangat ni?’ Sakit otak dibuatnya.
“Kakak dia bawak pergi jumpa ustazah... Sebab
tulah Afrin tahu.” Nampak sangat bukti tak berapa nak kukuh. Tapi dia cuba
sampaikan apa yang Afrin ceritakan padanya semalam. Dia kenal Afrina dengan
baik, tak mungkin wanita itu menipu.
Melihat senyuman sinis Puan Maizura, Iyyad Mirza
sudah dapat menebak yang ibunya itu memang tidak percaya dengan cerita yang dibawa
ini. ‘Macam mana nak buat ibu percaya nih...’ Lehernya mula ditelus sedikit.
Mencari idea dari celahan akal.
“Sudahlah.... ibu tak percaya semua ni. Mesti dia
sengaja mengadakan cerita supaya kamu tak jadi kahwin dengan Lin... Kejam betul
perempuan macam tuh! Dia sanggup perlakukan adik ipar dia macam tu? Hah, kat
situ dah menunjukkan yang dia bukan perempuan baik Iyyad... Dia bukan perempuan
baik untuk dibuat menantu dan isteri.”
Suara Puan Maizura kuat mencengkam sukma.
Membuatkan emosi Mirza bertindih dengan rasa geram.
“Ibu.... Tolonglah faham...” Belum sempat dia
menyudahkan kata-katanya, Puan Maizura laju sahaja memintas.
“Apa lebihnya Afrin tu Mirz? Apa kurangnya Lin?
Kalau Iyyad putuskan untuk berkahwin dengan Afrin, Iyyad pasti akan lukakan Lin...
Jadi apa bezanya Iyyad dengan Afrin dulu? Sanggup ke Iyyad lukakan hati Azlin..
Iyyad sendiri pernah kena tinggal, sanggup ke Iyyad nak bagi Lin rasa apa yang
Iyyad rasa dulu? Jangan sesekali biarkan nafsu menguasai diri Iyyad....
Kenangkan Lin sikit.. Dia tak salah apa-apa. Cinta korang berdua ni akan banyak
melukakan semua pihak? Lagipun, mana ibu nak letak muka dengan Hajah Khadijah.
Dulu ibu pernah putus kawan, tak kan sekarang ibu kena putus kawan lagi? Ibu
dah penat tanggung kesalahan orang lain. Bagilah sisa-sisa hidup ibu ni tenang
sikit Mirz...Tolonglah Mirz...” Suara Puan Maizura sudah mengendur. Separuh
merayu pada anak lelakinya.
Puan Maizura sudah mengesat permata yang menapak
di pipi. Sedih melihat kisah anaknya menjadi huru hara sebegini rupa.
Terduduk Mirza dibuatnya. Matanya menyoroti
langkah kaki si ibu yang nampak layu itu. Sakit hatinya melihat permata jernih
yang mampir menjenggah di ruang wajah ibunya. Terasa seperti anak yang berdosa.
Tapi segenap penjuru hatinya juga sakit bila si ibu cuba menolak segala
kebenaran yang telah dia bongkarkan.
‘Ya Allah... kenapa jadi macam ni?’ Tangan Mirza
terketar ketar meraup wajah. Ada rasa sesal apabila tindakannya membuatkan si
ibu menangis. Tapi kasihnya pada Afrina langsung tak boleh ditolak jauh. Makin
ditolak, makin kasih itu tercampak ke dalam sukma rindu.
Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar
mula berdering. Matanya terpandangkan nama Azlin di skrin telefon.
‘Mungkinkah perlu untuk aku berterus terang pada
Azlin?’
Kusut, serabut, kalut, semuanya digaul menjadi
satu. Perlu ke dia mengikut kata hati yang penuh dengan sikap mementingkan diri
sendiri itu? Tersilap langkah, padah yang menanti mereka!
***
Radio yang menjadi peneman
mereka, mula diperlahankan sedikit. Azlin mengamati wajah lelaki yang sedang
memandu itu. Kenapa wajah itu tidak cerah seperti biasa? Bagaikan ada awan
mendung yang mengekori bayangnya. Tidak seceria dahulu.
Seawal dia masuk ke dalam
kereta lagi, hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulut Mirza. Baru empat
hari tidak bersua muka, adakah waktu yang senggang itu telah berjaya berubah
pendirian Mirza terhadap hubungan mereka?
Azlin mula was-was. Hendak bertanya, dia
diselebungi rasa gerun. Gerun menantikan jawapan Mirza yang belum tentu akan
memenuhi piawaian hatinya.
Tapi kalau diikutkan,
mereka memang masih belum mengenali antara satu sama lain. Diperkenalkan dalam
tempoh masa yang senteng kemudian membuat keputusan untuk berkahwin. Agak
drastik dan mengejut. Tapi sebuah hubungan itu bukan diukur pada jangka masa perkenalan.
Azlin sendiri masih belum
mengenali bahasa tubuh Mirza dan warna perangai Mirza yang sebenar. Apa yang
dia pasti ialah, Mirza lelaki yang baik. Dan dia begitu menyenangi beberapa
sikap Mirza. Contohnya, lelaki itu memang sangat memahami. Tengok sahaja
situasi ketika di restoren dahulu. Lelaki itu dapat membaca kelakuannya yang
nyata tidak menggemari Nasi Goreng Ikan Masin.
‘Kalau kau terus senyap
macam ni, hubungan korang tak kemanalah Lin... Buatlah sifat ramah tamah sikit.
Biar cik abang kau ni selesa berada di samping kau! Kalau kau sendiri kaku dan
kayu, hubungan korang akan diwanai dengan warna yang kelabu! Kelam bin suram.
Kenalah jadi perempuan yang pandai bawak diri dan pandai ambil hati!’ Otak
Azlin mula mencerna ayat. Mengikut kata hati yang bergelombang.
Sememangnya, perempuan
sukakan perhatian! Kalau tak diberi perhatian, dia kena mencuri perhatian
lelaki! Oh mak datuk, itu falsafah hidup baru Azlin yang boleh membunuh!
“Abang... Kenapa senyap
je? Abang tak sihat ke?” Soalan Azlin mula menghalau pergi suasana yang sedikit
sepi itu. Duduk lama-lama dalam kereta kalau sekadar nak dengar radio, baik
dengar dekat rumah!
“Sihat je Lin... Abang
okay je...” Mirza mengalihkan pandang ke sisi kiri. Tersenyum sedikit. Mirza
sebenarnya sedang berfikir. Berfikir sama ada dia perlu meneruskan niatnya
ataupun tidak.
‘Ya Allah... tak sanggup
rasanya untuk melukai hati Azlin. Tapi bagaimana aku nak kahwin dengan Lin
kalau dalam hati aku hanya ada Afrin! Bukankah ini juga ikut turtu melukakan
Lin?’
Tadi dia sudah berjaya membuatkan ibu menangis.
Sekarang, tak kan dia tegar membuatkan Azlin menangis pula? Betul kata Afrina,
lengkapkah kebahagian itu jika mereka melukakan hati dan perasaan orang lain?
Tapi.... tapi... Iyyad Mirza keliru. Selalu sahaja ada keraguan di saat
keputusan telah diputuskan.
‘Mana bisa aku mampu membunuh perasaan yang dah
berkampung dalam hati sejak enam tahun yang lepas! Perasaan itu tak mampu
dibunuh hanya dalam masa tujuh hari. Apatah lagi tujuh saat! Perasaan itu tak
pernah mati walaupun berulang kali Afrin menolak aku ke tepi. Dan disaat
segalanya sudah terbongkar, tak kan aku nak terus berdiam diri lagi?’
“Abang nampak macam ada masalah? Tak nak share
dengan Lin ke?” Tebak Azlin perlahan. Dia bukanlah hendak mengambil sikap
busybody. Tapi dia dah bersedia untuk menjadi tempat dikala Mirza kebuntuan.
Dia ingin menjadi seorang wanita yang diperlukan walau dalam apa jua keadaan
sekalipun.
Malam ini Mirza memang nampak dingin. Mata mungkin
mampu menidakkan tapi hati tak mampu dipujuk lagi.
“Tak ada apa Lin... abang just... Just busy dengan
kerja. Mungkin juga penat... Itu yang muka abang macam muka tak siap nih. Sorry
ya Lin... Lin pulak terpaksa tengok muka abang lagu ni.”
Kata hati melarang keras untuk dia melukai hati
Azlin. Tapi berbohong seperti ini lebih menyakitkan. Lebih memeritkan dan lebih
melukakan. Kerjayanya sebagai pakar psikitari pun tak mampu untuk dia
menguruskan masalah sendiri.
“Lah... Kalau abang beritahu awal-awal, kita
postpone je lain kali.” Serba salah Azlin dibuatnya. Kalau dia tahu yang Mirza
kepenatan, pasti dia tidak akan mengajak Mirza untuk mengambil kad kahwin
mereka bersama.
‘Ya Allah... mesti abang fikir aku ni manja dan
tak reti berdikari! Nak ambil kad kahwin pun nak pergi bersama. Padahal pergi
ambil sendiri pun boleh. Mengada-ngada betul!’ Rasa nak sekeh kepalanya
sendiri. Terasa sangat menyusahkan Mirza!
“Tak baik buat kerja tangguh-tangguh Lin...”
Nasihat Mirza pendek. Tak mahu jugak kalau perbualan mereka nampak canggung.
Nanti Azlin dapat mengesan perubahan dirinya.
“Alah, Lin pun boleh ambil sendiri kan. Susahkan
abang je,” luah Azlin lagi. Dia tidak dapat lari dari rasa bersalah.
‘Kenapa dengan aku ni? Kenapa nak rasa serba salah
sangat? Oh lupa.... cinta itu ada peraturannya juga. Kita tak akan mahu
menyusahkan orang yang kita sayang! So bang, abang nampak tak macam mana Lin
sayang dekat abang?’ Azlin menyembunyikan senyum. Alahai, gatal betul anak dara
nih!
“Kan kita yang sama-sama nak kahwin... Kenalah
buat sama-sama.” Mirza mengutuk diri sendiri. Lain yang hendak dia cakap, lain
pula yang terlepas dari mulut. Jelas lagi nyata yang jawapan tersebut memang
memberi harapan. Rasa macam nak hantuk kepala ke stereng kereta. Bodoh!
Azlin tersenyum panjang. Sungguh lega mendengar
ayat Mirza. Hati dilanda musim bunga. Jiwa diserang musim luruh. Rasa macam nak
berlari-lari nyanyi lagu Humko Humi Se Churalo.... Eceh, hindustan betul!
Pemanduan mula terhenti di kedai Kad Lawo. Hasratnya
mereka hanya ingin mengambil tempahan yang telah siap. Segala pembayaran pun
sudah dijelaskan ketika sesi tempahan.
“Abang duduk dalam kereta je. Biar Lin pergi ambil
ya.” Terang Azlin sambil mula menanggalkan seat belt.
‘Patutnya aku biar je Lin ambil sendiri! Tak payah
keluar untuk berhadapan dengan Azlin.’ Keluh hati Mirza saat matanya menyoroti
langkah kaki Azlin yang keluar dari perut kereta. Tapi hatinya tak cukup kejam
untuk melakukan Azlin sedemikian rupa. Azlin cukup baik untuk dilayan dengan
kejam
Kata-kata Puan Maizura kembali bersawang di telinga.
‘Sanggup ke Iyyad lukakan hati Azlin.. Iyyad sendiri pernah kena tinggal,
sanggup ke Iyyad nak bagi Lin rasa apa yang Iyyad rasa dulu?’
Dahulu, dia sentiasa berdoa yang tak akan seorang
manusia pun yang akan melalui nasib sepertinya. Nasib ditinggalkan tunang
tersayang. Walaupun mulut cakap rela, tapi hati tetap remuk dan sakit. Bertahun
dia pujuk hatinya. Jadi kalau dia meninggalkan Azlin, pasti gadis itu akan
mengalami nasib yang sama dengan dirinya.
‘Tapi hakikatnya.. keadaan aku dan Lin tak sama.’
“Ya Allah... Kenapalah Lin tu baik sangat? Kenapa
dia tak macam watak jahat dalam novel dan filem yang gedik dengan perangai yang
menjelikkan. Lin dihadirkan dengan karakter yang sempurna... Yang membuatkan
hati aku serba salah nak berterus terang! Aku jadi jahat jika melukakan dia!” Mirza
membebel sendiri.
Dia tak nampak jalan yang lurus lagi terang. Yang
dia nampak, jalan sebelah kanan penuh berbengkak-bengkok dan jalan sebelah kiri
pula gelap gelita. Dua jalan yang penuh cabaran dan rintangan.
‘Satu je cara untuk selesaikan masalah ni... Kau
kena pilih jalan bahagian depan iaitu memilih untuk melupakan Afrina! Memilih
Azlin untuk menjadi suri dan memenuhi permintaan ibu dan Hajah Khadijah. Jadi
semua orang tak akan terluka.’ Kata hati mula menyalurkan jawapan.
“Lupakan Afrin? No way! Setelah sekian lama aku
pertahankan kasih ni, kenapa aku kena lupakan dia? Aku dan dia saling
menyintai? Kenapa orang lain tak mahu tengok kami bahagia?” Mirza mula
menghentak kasar stereng kereta. Hati dan fikiran berkecamuk! Mereka bertelagah
sesama sendiri.
Dah macam orang gila pun ada!
“Abang... abang okay ke tak ni?” dari luar kereta
lagi Azlin dapat mengesan tindak tanduk Mirza yang bagaikan sedang bercakap
sendirian. ‘Apa kena dengan abang sebenarnya. Practis jadi orang gila sebab nak
selesaikan masalah pesakit ke?’
Suara Azlin itu membuatkan Mirza tersedar dan
berpaling ke sisi kanan.
“Erkk... Bila Lin ada kat
sini?” suara Mirza penuh nada cuak! Mahu tak cuak, tiba-tiba sahaja jasad Azlin
berdiri di muka pintu. Entah bila masa Azlin membuka pintu kereta. Mirza
langsung tak sedar.
‘Entah-entah dia dah dengar aku membebel tadi?’
Mirza menelan liurnya yang terasa kesat.
“Baru je lagi. Abang ni
kenapa? Cakap sorang-sorang...” Azlin mula masuk ke dalam kereta dan meletakkan
kad kahwin yang diambil itu ke bahagian belakang kereta. Kemudian matanya laju
sahaja merayap di wajah Mirza. Wajah lelaki itu jelas gabra!
“Abang...” Waktu seperti
inilah otak Mirza lambat memberi respon. Tak tahu hendak merencana idea dari
mana.
“Abang...abang... Kot ya
pun pakar psikitari, tapi tak perlulah duk berlakon macam orang gila jugak.
Seram Lin tengok! Nanti kalau dah ada anak-anak, dia orang mesti gelakkan ayah
dia orang ni.” kata-kata yang tak dirancang itu keluar spontan dari mulut Azlin.
“Anak-anak?” Ulang Mirza dengan muka terkejut. Entah
kenapa, gerun Mirza mendengar perkataan itu.
Mendengarkan teguran Mirza itu, Azlin mula tutup
mulut. Malu pulak kerana terlepas cakap. Macam orang terlebih berangan pun ada.
Belum kahwin lagi dah cerita pasal anak. ‘Anak dara apolah macam gini..’
“Mirz tahu tak, doktor yang merawat Hadziq tu
berkenan dekat kak Afrin...” Azlin mula hendak menukar topik cerita. Mahu
menutup malu kerana terlepas cakap tadi. Tapi dia tersilap... Topik seperti
inilah yang berjaya meragut jiwa Mirza.
Mirza yang baru hendak memulakan pemanduan itu
terus melepaskan pandang ke arah Azlin. Jiwanya yang sedia kusut, makin
berserabut. Belum settle satu masalah, ada pulak masalah baru.
“Mana Lin tahu?” Sedaya upaya dikawal riak wajah
agar tidak kelihatan terlalu teruja. Tidak mahu Azlin mengesyaki apa-apa.
“Lin tahulah... Doktor tu
senior Lin. Tadi Lin mintaklah nombor telefon doktor tu. Lepas tu doktor tu
tanya pasal kak Afrin. Then Lin ceritalah yang kak Afrin tu janda... and you
know what? Doktor tu cakap dia sudi nak memperisterikan kak Afrin... Yeahh...
Rasa macam nak melompat dengar ayat tu keluar dari mulut doktor tu. Dah lah
handsome...” Cerita Azlin tanpa sekatan. Namun dia perasan yang raut wajah
Mirza sedikit berubah.
‘Alamak, dia cemburu ke
sebab aku puji doktor tu handsome? Oh no bang... sehandsome mana pun doktor tu,
abang tetap paling handsome bagi Lin.’ Puji Azlin dalam hati. Dia masih belum
punya keberanian untuk memuji Mirza depan-depan. Apatah lagi mereka belum punya
hubungan yang sah lagi. Bimbang dibilang mengada-ngada.
Mirza rasa macam telah
dicampakkan ke dalam gaung! Sakitnya, hanya tuhan yang tahu.
“Lin selalu berdoa supaya hati kak Afrin akan
terbuka untuk terima seorang lelaki yang bergelar suami. Lin bukan harap kak
Afrin lupakan abang Haraz, tapi kak Afrin terlalu muda untuk hidup sendiri
sampai ke tua. Apa yang perlu kita buat sekarang ialah, kita kena tolong doktor
untuk curi hati kak Afrin!” Tambah Azlin lagi apabila tidak mendapat sebarang
respon daripada Mirza. Mungkin Mirza tak berapa minat untuk bercerita pasal
orang luar. Agaknya sebab itu Mirza diam sahaja.
Dalam kepala otak Mirza cuba ada satu perkara...
Dia hendak berjumpa dengan Afrina!
***
Nombor yang tidak bernama
di skrin telefon itu Afrina pandang dengan kerutan di dahi. Siapa pula yang
hendak menelefon malam-malam ini? Tanpa berfikir lagi, terus diangkat.
“Hello.. Assalamualaikum.”
Suara seorang lelaki mula menjenggah di peluput telinga.
“Hello..
Waalaikumusalam... Siapa ya?” Tanya Afrina tidak pasti. Tidak dapat di cam pula
nada suara itu. Seperti pernah didengar, tapi tiada sebarang nama yang
terlintas di kotak fikiran.
“Ini Hazim...” Tutur kata
itu membuatkan Afrina terkedu.
“Hazim? Hazim mana ya?”
Setahu Afrina, dia tidak ada kenalan yang bernama Hazim kecuali doktor yang
merawat Hadziq. Doktor Hazim ke?
“Secepat ni awak lupakan
saya Afrina?” Gurau Hazim sengaja. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu topik yang
mana yang sesuai untuk dia bualkan sekarang ini dengan Afrina. Gugup dia
dibuatnya!
Afrina menjauhkan telefon
bimbit dari telingannya. Kalau ikutkan kemalasan yang menggunung tinggi, mahu
sahaja dia cancell panggilan itu. Tapi bila mengenangkan jasa doktor muda yang
telah menjahit luka Hadziq, Afrina mula tak sampai hati.
“Maaf... Saya memang ada
masalah untuk ingat orang.” Ucap Afrina seadanya.
“Hadziq macam mana? Dia
okay?”
Dihadapan Hazim sudah terbentang sekeping kertas
kajang yang telah dipersiapkan segala soalan untuk berbual dengan Afrina.
Nampak sangat yang dia kantoi bab mengurat? Ialah, zaman belajar hanya
diperuntukkan untuk belajar. Mana ada masa nak menjeling perempuan!
“Hadziq okay... Dia dah
tidur dah...” Perbualan terhenti seketika apabila iPhone milik Afrina bergetar. Tertera nama
Mirza di skrin telefon. Serba salah Afrina dibuatnya sama ada ingin meneruskan
perbualan bersama Dr Hazim ataupun menyambut panggilan dari Mirza.
“So nama awak memang
Afrina?”
“Err.... aah.” Panggilan
Mirza itu dibiarkan tidak berjawab. Biarlah, sekejap lagi dia akan menelefon
Mirza semula. Lagipun, apa yang penting saat untuk dibualkan bersama Mirza?
“Awak tahu, masa mula-mula
dengar nama awak, saya terdengar nama awak Afrika...” Sendiri buat lawak,
sendiri gelak. Tawa Hazim mula terhenti apabila tidak mendapat respon daripada
Afrina.
‘Alamak, aku dah tersilap
cakap ke?’ Aduh, skill tak menjadilah pulak! Hazim dah mula menggelabah.
“Afrina, awak marah ke?
Saya bergurau je tadi.” Punggung Hazim sudah terasa panas. Terus dia bangun.
Melarikan langkah ke kiri dan kanan. Risau Afrina terasa hati dengan
gurauannya.
Sedangkan Afrina
sebenarnya merasa bersalah kerana Mirza terus menghubunginya lagi. Bagai ada
perkara penting sahaja sehingganya acap kali nombornya di dial. Gurauan dari Dr
Hazim langsung tidak menjenggah ke fikiran.
“Eh tak.... Saya ada
panggilan ni. Urgent! Kita berbual lain kali ya.” Tutur Afrina teragak-agak. Sebenarnya,
rasa pelik tidak dapat ditolak tepi? Kenapa ya Dr Hazim rajin menelefon
dirinya. Lagipula, bagaimana lelaki itu memperolehi nombornya? Tapi tak sempat
untuk dia menggeledah jawapan, talian perlu diputuskan.
“Oh okay... take care.”
Tutur Dr Hazim mengakhiri perbualan.
Baru sahaja Afrina hendak
mendial nombor Mirza, sekali lagi telefon bimbitnya berdering. Menandakan ada
panggilan masuk. Cepat sahaja tanganya menyentuh skirn telefon. Menyambut
panggilan masuk.
“Afrin dekat mana ni?
Kenapa Mirz telefon banyak kali Afrin tak angkat?” Suara di hujung talian penuh
dengan kerisauan.
“Afrin ada kat rumah
jeh.... Masa Mirz telefon tadi Afrin tengah cakap dengan Dr Hazim.”
Mendidih darah Mirza saat
mendengar nama Dr Hazim. Nampaknya lelaki itu memang cepat bertindak. Dia di
sini bukan main risau lagi bila Afrina tak menjawab panggilannya. Takut jika
berlaku apa-apa pada Afrina dan Hadziq. Ialah, Amalina kan sudah balik ke
kediamannya sendiri. Tapi rupa-rupanya Afrina sedang ralit berbual dengan Dr
Hazim.
‘Argghh... Hazim.. kenapa
kau perlu muncul antara kami?’
“Oh... seronoklah berbual
ya?” Sinis suara Mirza.
Afrina mula rasa pelik.
‘Apa kena dengan Mirz ni? Bunyi macam orang cemburu jeh!’
“Apa yang seronoknya...
Berbual kosong je pun. Lagipun tak sempat nak borak panjang, Mirz dah telefon
Afrin banyak kali.”
Kali ini rasa hati Mirza
makin terbakar.
“Jadi Mirz ni
penggangulah?” Tembak Mirza seperti peluru. Luluh hatinya mendengar kata-kata
Afrina tadi. Dia di sini macam nak mati mengenangkan penyudah hubungan mereka.
Memandu pun macam orang sawan. Tapi Afrin boleh seronok melayan peminat baru!
“Mirz ni kenapa? Telefon
malam-malam lepas tu nak cari gaduh dengan Afrin. Hantu mana yang merasuk Mirz
ni? Ingat sikit... Antara kita tak wujud apa-apa dan tak akan pernah wujud
apa-apa!” Tegas Afrina dengan suara yang keras.
“Kenapa nak menidakkan apa
yang kita rasa Afrin? Kita kena berjuang untuk cinta kita...”
“Berjuang untuk apa? Untuk
air mata? Untuk kelukaan orang di sekeliling kita? Macam tu ke?” Pening kepala
Afrina melayan karenah Mirza ini. Mana sikap tenangnya selama ini? Mirza nampak
sungguh terdesak?
“Berjuang untuk kebahagian
kita... Untuk masa depan kita...” Mirza cuba untuk memahamkan Afrina. Kenapalah
Afrina degil sangat?
Afrina mengeluh. Tangan
kanan mengenggam erat telefon bimbit manakala tangan kiri mula memicit perlahan
dahinya.
“Saya ada dekat depan rumah
Afrin. Kita kena berbincang...” Pujuk Mirza sambil menjenguk sedikit ke ruang
tingkap. Dia sangat berharap agar Afrina keluar berjumpa dengannya.
Kaki Afrina mula dilajukan
ke cermin tingkap dari biliknya. Matanya mula menangkap kereta Honda CRV milik
Iyyad Mirza. Nampaknya Mirza betul-betul tekad untuk memperjuangkan cebisan
cinta mereka.
“Cinta kita dah jadi sisa
Mirz... Dah tak ada apa-apa yang perlu diperjuangkan ataupun dibincangkan lagi.
Afrin tak akan terima Mirz!” Susah hendak Afrina kukuhnya perasaannya miliknya
sendiri. Jika setiap hari dipujuk rayu oleh Mirza, pasti hati kecilnya yang
ampuh ini akan layu. Apa yang perlu dia lakukan untuk mengukuhkan pendiriannya?
“Mudah betul Afrin
mengalah... Kenapa, Afrin ingat, kalau Afrin tak bersama dengan Mirz, Mirz akan
pilih Azlin ke?” Tersentak Afrina mendengar kata-kata Mirza yang berbaur
ugutan.
“Apa maksud Mirz?”
“Afrin dah cukup bijak
untuk menilai kata-kata Mirz tadi.” Mirza memutuskan talian dan terus
meninggalkan perkarangan rumah Afrina. Kenapa mudah benar Afrina mengalah?
Wanita itu nampak tak bersungguh menyintainya.
Lupakan aku kembali padanya
Aku bukan siapa siapa untukmu
Kucintaimu tak bererti bahwa
Ku harus memilikimu selamanya
“Mirz....cinta ini bakal membunuh
kita...Tolonglah berhenti menyintai Afrin...” Air mata mengalir membasahi pipi.
Tak ada keadaan yang mampu dijernihkan jika sikap Mirza jadi begini.
p/s: memang perit untuk mempertahankan sesuatu yang bukan menjadi milik kita.... enjoy reading =)
bosan la plk dah dgn cite ni.mcm tu je jln cite nye..soo sorry ya writer..
ReplyDeleteterima kasih kerana teguran... maaf kerana x memenuhi piawaian
Deleteperitnya cinta..-along eza jumel-
ReplyDeletecinta itu mmg menyakitkan... =)
Deletealahai..kalau nak afrina dengan mirza boleh tak?a
ReplyDeletehahaha... kalau x nak bagi lagu tu boleh x??? hahaha
Deletecepat ending...nak tau sgt kisah 2 org ni...nampak real
ReplyDelete>>k<<
cuba untuk menghidupkan watak sebaik mungkin..=)
DeleteRasanya Mirza kena penyakit mental penangan cinta tak kesampaian....huhuhu
ReplyDeletemanusia tak smpurna kan... mcm tu gak ngan Mirz..
Deleteboleh dak azlin tu bagi kat dr. hadzim jah...sian la mirza tuh sampai bila2 pun tetap cinta kat afrin...bagi la depa dua tuh berjodoh...
ReplyDeleteending dah ada kak.. just tungguuuu..
Deleteargh... tension dgn mirz.... paksa2 org plak. biar la afrin dgn hazim tuh... Lin tu skit pnyer baik ap.. ciskek pnyer mirz.... decide la btol2 nk afrin ke lin.... backhand kang!! (hehheh sory kak sara emo terlebih hahhahaha) ap la ending diorg eh?? afrin dgn hazim ke?? afrin dgn mirz??
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
hahaha... hazim tu hero gugup.. x bestlah kan... mungkin kita patut fikirkan kelainan kan... =)
Deletepe kata The 'Best Man Win'dek ezza...akak cian amat kat afrin,tapi sian gak kat lin!aduyai dek mirz,afrin tak pape akak yang baca ne leh meroyan bab tension nak...senang crite biar lah mirz ngan afrin,kang sat g dr jiwa lak yang sakt jiwa....so sape susah,pasti keluarga depa gak!hehe merepek meraban dah akak ne dek ezza,so sory ngan mare yer dek.
ReplyDeletex marah eh... terima ap juga komen readers..hehe.. kot2 nnti ending dia Mirza y gila..hahhaa
DeleteHai Ezza,
ReplyDeleteCite ni makin meleret-leret sbb kedegilan Mirza yg ttp mahukan Afrina. Kalau mcm ni sampai bila nak ada kesudahannya, Afrina yg degil mahu Mirza dgn Azlin manakala Mirza yg juga berdegil ingin menyambung semula ikatan cinta yang terlerai antara mereka berdua. Susahlah mcm ni, pi mai pi mai tang tu jugak. Lama-lama Mirza pula jadi pesakit jiwa, masa itu mak Mirza menyesal sbb x ikut kehendak anaknya..
mungkin dalam cuba nak menghidupkan watak.. nmpak mcm meleret.. maaf kalu x memenuhi piawaian..hehe.. kedegilan.. keterpaksaan...dalam menghadapi kebenaran... manusia itu tak smpurna.. itu y cuba sy sampaikan.. hehe..
Deletebaek terima hazim 2 afrina... memilih mirza menndatangkan ketidakpuasan hati org lain dn hati kita pun sakit...huhuhuhu
ReplyDeletekan kan kan... tp hazim hero kelas kelam kabutlah kak..haha
Deletemakin lama sy rasa watak dia owg mcm hidup.. walaupun mgkin agak meleret tp awak mcm nk kami pk.. orang yang pakar pskitari pun x mampu nak teroka perasaan sndri.. lumrah dunia itu tak mudah.. mana ada manusia yang smpurna kan..
ReplyDeletetapi..saya tak nak hazim dengan afrina.. tolonglah sara.. serius mamat tu x bestlah
wahh.. awk mcm boleh baca fikiran sy lah.. tapi okey pe afrina ngan hazim.. mirz tu poyolahh..
DeleteNak Afrin ngan Mirz huhuu
ReplyDeletehuhuuhu... tengoklah ending macam mana yaaa.. hehe.. 3 bab je lagi..
Deletebetul ckp has-1309..lama2 stress baca kisah mirza dan afrina ni ..huhu..apa-apa pun dalam mengecapi kebahagiaan...antara afrina,mirza,azlin,dr hazim...akan ada hati yg gembira,..dan ada hati org lain yg terluka...sobb..sob..sob...
ReplyDeletediari neesa.
janganlah stressss... ish ish ish.. parah kalau reader stress... (penulis plak stress) antara mereka akan ada y terluka.. itu dah pasti... 3 bab lagi.. nnti jamulah ending ya.. =)
Deletebaik cik writer:)
ReplyDeleteI prefer Mirza and Azlin, Afrina with other guy....
ReplyDeleteKlu Mirza and Afrina nnt susa gak d org dpt bnyk tentangan
Dan melukai hati bnyk org, i guess married perlukan sokongan dr
Ramai pihak,...
perkahwinan memang memerlukan restu dari banyak pihak.. =)
Deletecinta takleh dipaksa..
ReplyDeleteAfrin, takyah pilih sapa2 pun. Kita tunggu je majlis so Lin n Mirz tu (walau dgn harapan pengantin nye bertukar).. Terdera jiwa dan rama2 dlm perut tau..anyway, gud job Sara!
kan kan kan... kita tengok je apa yang jadi dengan dia orang nih.. hehe.. 3 bab je lagi sebelum ending..
DeleteSalam, rasanya Afrin n Hazim selayaknya kot, spy tdk menyakiti hati org sekeliling, apa pun org yg menyihir Afrin tu mesti dibongkarkan, spy semua kekusutan jelas.
ReplyDeleteantara mereka... pasti akan ada yang terluka..hehehe...
ReplyDelete