Thursday, 8 November 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [30]

             Suasana di wad kecemasan disulamkan dengan tangisan Azlin yang tidak henti-henti. Hajah Khadijah memeluk erat anaknya. Dapat dirasa yang badan anaknya itu menggeletar hebat.
            Sewaktu memberi penerangan kepada pihak polis pun, Azlin tidak henti-henti menangis. Walaupun peragut telah berjaya ditangkap, namun itu semua tak akan mengubah apa-apa selagi keadaan Afrina tidak diketahui.
Di satu sudut lain, Amalina erat memeluk tubuh Hadziq yang sedang tertidur itu seperti ingin meminjam kekuatan dari si kecil. Suami yang berada di sisi hanya mampu menenangkan dengan kata-kata pujukan yang tak mampu mengubah apa-apa.
            “Semuanya salah Lin... Lin pertahankan sangat beg tangan Lin sampai nyawa Kak Afrin pulak yang menjadi taruhannya... Semua ini salah Lin....” Sedari tadi, hanya ayat itu yang berulang di mulut Azlin. Tidak habis-habis menyalahkan diri sendiri.
            Apabila mengenangkan tubuh kaku Afrina tadi, air mata Azlin makin merebes.
            “Syhh.... Jangan salahkan diri sendiri Lin.. InsyaAllah kakak kamu tak apa-apa.” Ayat itu sebenarnya lebih kepada untuk memujuk hati sendiri. Hajah Khadijah sendiri takut untuk mengenangkan bermacam-macam kemungkinan yang boleh berlaku.
            Selagi doktor tak keluar dari bilik rawatan kecemasan ini, selagi itulah hatinya akan diserang debar. Dalam pada mereka sedang menanti hari bahagia, siapa sangka yang perkara seperti ini bakal berlaku.
            Mirza berlari ke bahagian kecemasan. Anak matanya terpandangkan Amalina yang sedang duduk satu sudut hospital. Hanya tuhan yang tahu gelodak hatinya apabila mendapat panggilan dari Amalina tadi.
            “Kak.... macam mana dengan Afrin kak?”
            Tersentak Amalina melihat kelibat Mirza yang nampak semput itu. Mungkin kerana Mirza berlari mendapatkannya.
            “Afrin masih dalam pemeriksaan Mirz...”
            “Ya Allah... Macam mana boleh jadi macam ni? Tadi Mirz baru jumpa dengan dia... Macam mana boleh kena ragut?” Rambutnya dikuak ke belakang. Dadanya terasa hendak pecah!
            Amalina diam. Tiada sebarang jawapan yang mampu diberikan.
“Kak, Mirz tak boleh kehilangan dia... Mirz tak boleh...” Luah Mirza tanpa ditahan lagi. Dia langsung tidak menyedari akan kelibat Hajah Khadijah dan Azlin yang sedang melihat reaksi gelabahnya itu.
            ‘Kenapa abang nampak risau? Apa sebenarnya hubungan abang dengan Kak Afrin?’ Dalam diserang kemelut perasaan yang menggila, rasa hendak tahu tetap menghuni di dasar hati.
            Tiba-tiba Azlin rasa tak sedap hati. Pertemuan meraka di Taman Bandar berlegar di ruang fikiran. Baru dia perasan yang renungan dan pandangan Mirza yang sangat halus tika memandang Afrina. Jadi selama ini dia sebenarnya tidak salah meneka? Mereka berdua memang merahsiakan sesuatu?
            “Erk...”
 Amalina kelu untuk memberikan sebarang jawapan. Apatah lagi setelah melihat riak wajah Azlin yang berubah seratus peratus. Mungkin dia tidak menyangka yang Mirza akan bertanya tentang keadaan Afrina tetapi langsung tidak mengendahkan dirinya yang ikut turut terkejut dan trauma itu.
            Mirza mula sedar pandangan aneh dari Amalina itu. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang. Liur yang ditelan terasa kesat. Bagaimana dia boleh terlupa pasal Azlin?
            Kakinya mula diangkat merapati Azlin yang sedang menangis. Baju gadis itu penuh dengan darah. Namun tumpuan Mirza mula berubah apabila doktor keluar dari bilik rawatan kecemasan.
            “Boleh saya tahu siapa keluarga Puan Ainun Afrina?”
            “Saya kakak dia... Macam mana dengan keadaan adik saya?” Mereka semua mula mengerumun ke arah tuan doktor.
            “Luka di perut Puan Afrina akibat tikaman itu tidak terlalu dalam dan ia bukanlah sesuatu yang serius...”
            Kata-kata doktor itu membuatkan mereka menarik nafas lega. Hanya wajah Mirza yang masih cemberut. Sebenarnya dia rasa tidak sedap hati! Bagai ada yang tak kena sahaja dengan riak wajah doktor itu.
            “Tapi...”
            “Tapi apa doktor?” Tanya Mirza laju.
            “Imbasan MRI yang dilakukan menunjukkan pesakit mengalami pendarahan otak akibat daripada hentakan yang kuat di kepalanya.”
“Ya Allah...” Azlin menekup mulutnya. Tangisannya berlagu lagi. Mirza sudah menguak rambutnya kebelakang. Telahannya tertanya benar.
“Bagaimana cara nak selamatkan anak saya doktor..” Hajah Khadijah terpanggil untuk bertanya apabila rata-rata mereka tidak dapat menahan air mata lagi.
“Pembedahan akan dilakukan sekiranya saiz darah beku atau pendarahan lebih daripada tiga sentimeter. Selain itu, kriteria lain juga perlu diambil kira jika ada kesan bengkak yang serius pada bahagian tisu otak di sekeliling darah beku tersebut.” Jelas doktor lagi.
“Otak diselaputi kulit, selaput otak dan dilindungi tengkorak. Ia mengandungi sejenis cecair otak yang dipanggil cerebrospinal fluid, darah dan tisu otak. Tisu ini terlalu lembut dan sensitif. Jadi pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku. Memandangkan pesakit masih dalam keadaan sedar, kami akan memantau dalam tempoh empat puluh lapan jam. Sekiranya tahap kesedarannya menurun dalam tempoh tersebut, ujian imbasan ke atas otak pesakit akan dilakukan bagi mengenal pasti masalah pesakit...Dan kemungkinan yang Puan Ainun akan dibedah.”
“Berapa peratus peluang dia untuk sembuh doktor jika dibedah doktor?” Kali ini giliran Amalina pula yang melontarkan pertanyaan. Dia risaukan adiknya. Jika sesuatu terjadi dalam hidup Afrina, bagaimana pula dengan Hadziq? Anak itu terlalu kecil untuk kehilangan seorang ibu.
“Seperti pembedahan lain, pembedahan otak untuk mengeluarkan darah beku juga boleh mengakibatkan pendarahan semula dan jangkitan kuman. Pesakit juga boleh mendapat komplikasi serangan sawan.... Jadi saya boleh katakan ialah pelbagai kemungkinan boleh berlaku..”
“Doktor... tolong selamatkan dia doktor.. Tolong doktor.. Lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan dia... Saya merayu doktor...” Suara Mirza sudah sebak. Dia tidak peduli jika Azlin mengetahui rahsia ini. Dia tidak betah lagi untuk menyembunyikan kerisauannya. Apa yang penting, Afrina dapat diselamatkan.
“Pihak kami akan mencuba sedaya upaya... Tapi selebihnya, berdoalah pada Dia.” Doktor Azlan menepuk sedikit bahu Mirza sebelum berlalu meninggalkan mereka.
            Pandangan Azlin jatuh pada Mirza yang mula duduk di kerusi itu. Perlahan-lahan dia mendapatkan Mirza. Pertama kali dia melihat wajah risau Mirza. Pertama kali dia melihat mata itu sarat dengan rasa takut. Pertama kali dia melihat ketenangan lelaki itu dikocak hebat!
            “Apa hubungan abang dengan kak Afrin sebenarnya?”
            Air mata Mirza mengalir bila mendengarkan soalan itu. Perlukah dia berbohong untuk kesekian kalinya?
“Afrina kisah lama abang Lin... Kisah lama yang tak pernah mampu untuk abang buang...”
            Azlin dapat merasa seperti ada batu yang menghempap kepalanya tika ini. Malam ini terasa panjang untuk dilalui dengan waktu-waktu genting seperti ini. Apatah lagi setelah mendengar kata-kata Mirza.
            “Habis tu kenapa abang terima Lin kalau dalam hati abang ada Kak Afrin...?”
            “Keadaan memaksa kami untuk beralah Lin... Abang rela kehilangan cinta dia, tapi abang tak sanggup andai dia hilang dari pandangan abang Lin... Abang tak sanggup...” Tidak dipeduli dengan air mata yang begitu murah mengalir. Rasa hati ini tidak mampu disimpan atau ditahan-tahan lagi.
            Belum sempat aku membagi kebahagiaanku.. Belum sempat aku membuat dia tersenyum... Haruskah aku kehilangan untuk kesekian kali... Tuhan aku mohon jangan  lakukan itu...’ Rintih hati Mirza.
            Sudah terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Afrina. Tadi wanita itu menyerahkan nyawanya untuk menyelamatkan dirinya. Rupa-rupanya Afrina terlebih dahulu menyerahkan cinta hatinya? ‘Ya Allah... kenapa aku begitu buta untuk menilai dan membaca keadaan di sekelilingku?’
            Perlahan-lahan Azlin menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dia buntu... Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang. Doanya, dia hanya berharap agar kakak iparnya itu sembuh. Itu sahaja pintannya tika ini.
***
            Tangan Amalina mengelus lembut tangan si adik. Merenung sekujur tubuh yang kaku tidak bergerak itu. Tiba-tiba ingatannya dihambat dengan peristiwa yang berlaku minggu lepas. Sewaktu itu dia menegur si adik yang sedang melembang semua dokumen yang berada di bilik bacaan.
            “Kenapa bersepah sangat ni Afrin?”
            “Mengemaslah kak... Senang nak cari nanti.”
            Amalina sudah naik aneh. Selama ini Afrina jarang mengemas dokumennya. Kerana Afrina selalu memberitahu bahawa dia akan terlupa dokumen yang dikemas itu. Silap hari bulan nanti ada dokumen penting yang terbuang. Ini angin mana pula yang merasuk adiknya ini?
            “Macam pelik je tengok kamu mengemas ni..”
            Afrina ketawa. Tahu sangat yang kakaknya itu hendak memerli dirinya. Afrina sedar yang selama ini dia memang tak berapa nak rajin. Nak-nak kalau bab mengemas. Rasa malas memang sentiasa memuncak.
 “Kak sini kejap... Afrina nak beritahu rahsia besar ni.”
            Amalina yang sememangnya tidak berbuat apa itu hanya sekadar menurut.
            “Okay kak.. Laci ni ada buku bank.. Ada tiga buku bank.. Lepas tu ada semua dokumen Ad.. dari sijil lahir sampailah kad rekod klinik dia. Semua dekat dalam ni... Dokumen-dokumen rumah, tanah, kereta pula ada dalam laci nombor dua.” Tangan Afrina beralih pula pada laci nombor dua.
            “Erk... apa motif kamu beritahu akak semua ni?”
            “Sebab... kalau Afrin terlupa, Afrin boleh tanya kak long...”
            “Dalam laci ni pun ada cash... Rasanya cukup untuk majlis tu nanti..” Tutur Afrina perlahan.
            Kali ini dahi Amalina mula berkerut. Majlis? “Majlis apa? Majlis kahwin Lin dengan Mirz ke?” Tebak Amalina. Afrina tidak menjawab tetapi hanya sekadar tersenyum senang.
            Kalau waktu itu memang Amalina boleh terima alasan Afrina itu. Tapi kini hatinya rasa tak sedap. Afrina beritahu dokumen-dokumen itu supaya dia tidak menyusahkan dirinya itu. Dan majlis itu? Adakah merangkumi tahlil dan pengebumiannya? Tingkah Afrina yang pelik tempoh hari bagai menceritakan yang itu tanda-tanda yang..... Amalina mengelengkan kepalanya. Tidak sanggup rasanya berfikir lagi.
            Dari semalam adiknya itu tidak sedarkan diri. Keadaan jadi makin huru hara apabila Azlin berkeras tidak mahu meneruskan perlahwinannya dengan Mirza sedangkan majlis hanya tinggal tiga hari sahaja lagi. Mirza pula hanya mendiamkan diri. Langsung tidak memberikan sebarang kata putus.
            Perlahan-lahan jari Afrina mula bergerak perlahan. Mata adiknya itu mula bergerak-gerak. “Afrin....” Seru Amalina dengan tangisan yang tidak berhenti.
            Matanya dipejam seketika. Menghalau silau cahaya yang memeritkan mata. Dia mula mengingati sisa-sisa semalam yang masih berbekas di ingatan. Kepalanya terasa dicengkam kuat. Perut pula terasa sangat ngilu. Hendak bergerak pun terasa payah.
            “Kak.... Ad mana?” Itulah soalan pertama yang keluar dari mulut Afrina. Suaranya serak dan lemah!
            “Ad ada kat luar dik...”
            Ingatannya teringatkan Azlin dan Mirza. Bukankah mereka akan melangsungkan perkahwinan?
            “Lin dengan Mirz mana? Afrin nak jumpa dia orang...” Pohon Afrina perlahan.
            “Lin ada dekat luar... Dia dah tahu hal sebenar dik..” Cerita Amalina separa berbisik. Amalina mengesat air mata yang melurut dari mata redup milik adiknya. ‘Ya Allah.. Kau selamatkanlah adikku..’
            Tanpa banyak cakap, Amalina memanggil Azlin yang berada di luar.
            Sedari masuk lagi Azlin tak henti-henti menangis. Bahunya terhenjut-henjut. Air mata dan air hidung sudah sebati. Tidak diseka walau sedikit pun.
            “Jangan nangis Lin...” Sedaya upaya Afrina cuba untuk mengangkat tangannya. Mengelap air mata milik adiknya itu.
            “Lin mintak maaf... Semua ni salah Lin.. Akak jadi macam ni sebab nak selamatkan Lin...”
            “Bukan salah Lin...” Afrina mula menarik nafas berat. Kepalanya terasa mencucuk-cucuk. Azlin rebah di atas lengan Afrina sebelum hilang bersama tangisan yang tidak henti-henti.
            “Lin.... boleh tolong akak?” Diusap perlahan kepala Azlin.
            “Tolong apa kak?” Azlin angkat muka. Dia sedar yang dia tidak seharusnya meraung dan menangis sebegini rupa. Tapi kata doktor, keadaan Afrina kritikal. Kritikal!
            Afrina tersenyum memandang adiknya.
            “Tolong jadi mama Ad..”
Azlin menekup mulutnya saat menyambut permintaan dari Afrina itu. Rasa sedu dan sebak cuba dikawal. Tidak mahu membebankan Afrina tapi apalah kudrat yang ada untuk menepis gelombang yang bergelora.
            “Akak.... Ad perlukan akak.. Bukan saya...”
Bukan dia menolak untuk menjadi mama Ad. Jauh sekali tak suka. Tapi dia tak mahu ambil tempat Afrina. Semalaman dia menyelongkar kisah kasih antara Afrina dan Mirza melalui Hajah Khadijah dan Puan Maizura. Nyata hatinya remuk! Remuk kerana mereka berdua sanggup berkorban sebegini rupa hanya semata-mata kerana ingin menjaga hatinya.
            Dia bukan anak kecil yang tak mampu menerima hakikat kehidupan. Sikap Mirza dan Afrina yang ingin mengorbankan cinta mereka membuatkan Afrina rasa tidak berguna! Kenapa tiada seorang pun yang tampil memjelaskan segalanya. Dia pasti boleh terima....
            “Janji dengan akak Lin.... Tolong... Tolong jadi mama Ad dan.... dan jadi isteri Mirz...” Terputus-putus nafasnya. Bagai semput menghirup oksigen ini.
            “Mana mungkin semua tu berlaku kak... Mirz sayangkan akak... bukan saya... Saya tak mampu nak rampas hak akak.. Mirz dan Ad hak akak... Saya tak layak nak ambil dia orang kak. Akak jadi begini disebabkan saya. Kalaulah saya bagi je duit tu pada peragut tu, pasti semuanya tak akan jadi macam ni...” Hati Azlin sudah dipukul-pukul dengan rasa bersalah yang berbukit.
            “Mirz sayangkan kamu Lin.. Berilah dia masa untuk menyintai kamu.. Sebelum akak pergi... Akak harap sangat nak tengok korang berkahwin... Boleh tak Lin tunaikan permintaan akak ni... Anggaplah ni permintaan akak yang terakhir Lin.” Rayu Afrina lagi. Air matanya melurut lagi. Dia mahu Mirza dan Hadziq bahagia. Dia tahu yang Azlinlah orang yang layak untuk membahagian insan yang dia sayangi.
            Mata mereka saling berlaga sebelum Azlin menggeleng kepalanya laju.
            Tanpa memberikan sebarang kata, terus Azlin keluar dari bilik Afrina. Dia bertembung pula dengan Mirza yang sedang bersandar di dinding hospital. Air muka lelaki itu juga nampak keruh. Apa yang perlu mereka buat sekarang?
            Mirza memandang ke arah Azlin. Kemudian matanya jatuh pula pada pintu bilik Afrina. Perlahan-lahan dia melangkah masuk.
***
            “Perkahwinan kita tetap akan diteruskan.”
            Keputusan Mirza itu membuatkan Azlin berpaling sembilan puluh darjah. Perkara Apa yang mengubah keputusan Mirza hingga membuatkan Mirza mengajaknya kahwin? Sejak keluar dari bilik Afrina tadi, Mirza hanya mendiamkan diri sebelum mengusulkan cadangan untuk meneruskan perkahwinan.
            “Nonsense! Macam mana kita nak teruskan pernikahan kalau kak Afrin terlantar sakit macam tu bang?”
            Mirza memusingkan badannya dan mengadap Azlin. Matanya juga berkaca-kaca. “Abang tak sanggup nak tolak permintaan Afrin... Abang tak sanggup nak lukakan dia Lin.”
            Ayat itu terasa luruh seperti gerimis yang mengirim dingin dan menambahkan bekunya kalbu dalam hiba. Rasa ini membeku penuh lara. Tak upaya mencair. Bagaimana hendak dipujuk rasa hati agar menghentikan tangis di percikan itu wajah ini. Rindu itu bisa terlukis di wajah Mirza.
            “Abang terlalu cintakan kak Afrin?”
            “Lebih dari nyawa abang!”

Sakit itu memang perit. Tabah itu memang payah. Tawa itu sebenarnya menyimpan tangisan kerana kalau berpura-pura bahagia tak akan membenih rasa tenteram dalam jiwa. Azlin mula tarik nafas dalam-dalam.
“Abang.... Kahwinlah dengan Kak Afrin... Lin redha... Lin rela lepaskan abang pada dia sebab Lin sendiri tak rela andai Allah ambil nyawa dia bang. Lin terima antara kita tak ada jodoh.”
Kebahagiaan tetap akan datang dalam frasa dan berbentuk yang berbeza. Asalkan hati kena ikhlas dan rela. Semuanya sudah tersusun dengan sempurna.
“Tak Lin.... Abang tengah cakap pasal pernikahan kita.. Antara Lin dan abang.. Bukan antara abang dan Kak Afrin.” Tekan Mirza kuat.
“Tapi....”
“Jadi isteri abang Lin... Jadi isteri abang....” Rayu Mirza dengan muka dan suara yang serius.
Azlin tercengang. Tak mampu berkata apa lagi. Kusut dengan keadaan yang menghimpit!
***
            Akhirnya Mirza dan Azlin bersetuju untuk meneruskan pernikahan. Mereka bernikah di hospital memandangkan keadaan Afrina yang agak kritikal. Pernikahan dilangsungkan sebelum Afrina melakukan pembedahan untuk membuang pendarahan di otaknya.
            Puan Maizura jadi sayu melihat keadaan Afrina tika ini. Segala-galanya telah Mirza ceritakan tempoh hari. Tentang peristiwa yang melibatkan Sufiah. Dalang disebalik keretakan kisah kasih ini. Dia rasa terpukul dengan rasa bersalah. Malah tegar pula dia menuduh Afrinalah yang menjadi punca pada keretakkan kisah ini.
            “Maafkan mak cik Afrin..” Dicium pipi Afrina yang sejuk itu.
“Tak apa yang perlu dimaafkan mak cik. Saya yang banyak khilaf. Maafkan segala salah silap saya mak cik....” Perjalanan ini benar-benar terasa terlalu panjang. Kudratnya seakan-akan mula menipis.
Dia sudah memaafkan kesalahan semua orang. Dia tidak mahu ada apa-apa yang menghalang dirinya untuk mengadapi Ilahi nanti.
Apa yang membuatkan Puan Maizura terharu ialah, wanita itu ikhlas memaafkannya. Sedangkan dialah manusia yang menghalang keras hubungan Afrina dan Mirza. Kalaulah boleh disingkap kembali hari yang sudah berlalu.... Dia pasti akan merestui dan menerima Afrina setulusnya.
Mata Mirza dan Afrina saling berlaga apabila lelaki itu masuk dengan satu persalinan baju melayu cekak musang berwarna putih. Bibir Afrina mula merekah dengan senyuman. Mirza kelihatan sangat kacak di pandangan matanya.
Matanya beralih pula pada si gadis yang sedari tadi berada di sisinya. Azlin juga tidak kurang cantiknya. Cuma mata gadis itu kelihatan sedikit sembab akibat banyak menangis.
“Jangan menangis Lin... Ini hari bahagia kamu...” Diusap lengan  Azlin lembut. Hendak memeluk Azlin, kudratnya langsung tak berdaya.
            Dengan sekali lafaz, Azlin sah menjadi milik Mirza. Azlin menangis teresak-esak saat Mirza mencium dahinya. Dia rasa bersalah kerana merampas kekasih kakaknya itu. Dia menerima Mirza bukan lagi kerana melibatkan hati dan perasaan. Tapi lebih kepada amanah yang telah diberikan oleh Afrina.
            Azlin sendiri tidak tahu kenapa Mirza berkeras hendak berkahwin dengannya.
            “Tahniah Mirz... Tahniah Lin... Akak doakan kalian bahagia...” Ucap Afrina penuh lemah. Namun wajah pucat itu tetap nampak berseri.
            Doktor Azlan mula masuk dan memberikan pesanan buat Afrina yang hendak masuk menjalani pembedahan itu.
            “Ad...” Afrina hendak berjumpa dengan anaknya. Rasa seperti tidak puas untuk menatap wajah si kecil.
Cepat-cepat Azlin membaringkan Hadziq di sebelah Afrina. Suasana hening mula menghimpit keadaan.
            Dikerah seluruh dayanya untuk memeluk si kecil. Dicium seluruh pelusuk wajah Hadziq. Sehingga membuatkan anaknya itu terpinga sendiri. Rata-rata yang berada di dalam bilik itu tidak mampu lagi membendung air mata.
            “Nape ibu nangis?” Tanya si kecil sambil menyapu air mata ibunya.
            “Ad janji dengan ibu ya... Jadi anak yang baik... Jangan susahkan siapa-siapa kalau ibu tak ada ya...” Tutur Afrina dengan linangan air mata yang tidak berhenti. ‘Ya Allah, aku serahkan anakku ini di bawah lindunganMu... Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untukMu...’
            “Ibu nak pergi mana?”
            “Ibu nak pergi jauh....”
            “Jauh? Jauh macam ayah ke?” Soalan dari Hadziq itu membuatkan Amalina berpaling untuk mengesat air mata. ‘Ya Allah... tolong jangan pisahkan mereka.’
            “Afrin...” Mirza menggelengkan kepalanya. Melarang Afrina untuk meneruskan kata lagi. Tubuh Hadziq mula didukung. Setiap patah kata-kata Afrina itu cukup mengilukan.
“Terima kasih kak... Untuk segala-galanya. Maaf sebab akak dapat adik yang tak sempurna macam saya.” Luluh jiwa Amalina menyambut kata-kata adiknya.
“Dunia akhirat... Afrina tetap adik akak.” Dicium dahi adiknya.
“Tolong jaga Ad kak...” Rayu Afrina sebak.
Seorang demi seorang mula datang dan memeluk Afrina sebelum wanita itu masuk ke dalam bilik pembedahan. Keadaan Afrina sudah nampak kritikal. Tapi senyuman manis tidak lekang dari wajahnya.
            Mirz duduk menanti pembedahan sambil memeluk tubuh Hadziq. Azlin memberanikan diri untuk duduk di sebelah Mirza. Dia tidak dapat membaca perasaaan Mirza sekarang ini. Apakah  nasib yang akan menimpa rumah tangga meraka nanti? Adakah Mirza akan meceraikan dirinya, Azlin sendiri angkat bahu tanda tak tahu.
            “Abang tak kuat untuk kehilangan dia....” Luah Mirza dengan tangisan. Air matanya sudah hilang nilainya.
            “Maafkan abang Lin.. Maafkan abang kerana terlalu menyintai Afrin..” Dia tahu yang Azlin pasti kecewa mendengarnya. Tapi rasa hati tidak mampu menampung gelora yang bergocak. Rasa hati in perlu diluahkan.
Azlin menggosok sedikit bahu suaminya. Entah  kenapa kata-kata itu langsung tidak melukakan perasaan seorang isteri. Bahkan hatinya bangga kerana Mirza mampu menyintai Afrina seteguh ini.
            Setelah hampir empat jam menunggu, Doktor yang merawat Afrina mula keluar dari bilik bedah.
            “Macam mana dengan keadaan Afrin doktor?” Tanya Mirza cepat!
            Melihat air muka Dr Azlan yang keruh itu, sudah cukup membuatkan Mirza berandaian sendiri.
            “Maafkan saya... pihak kami dah sedaya upaya menyelamatkan Afrin tapi terlalu banyak kandungan karbon dioksida di dalam paru-paru yang telah memberi kesan kepada keseluruhan sistem dalaman badannya...”
            Puan Maizura dan Hajah Khadijah saling berpelukan. Amalina pula pengsan di pangkuan suaminya. Tak berdaya untuk menelan takdir yang sudah tertulis. Akhirnya, sebuah kematian memisahkan mereka.
Mirza terduduk. Air matanya bagai sudah hilang harganya. Tumpah dan mula membasahi pipi.
‘Telah kau tunai seribu janji… Satu kau mungkir, hidup bersamaku…’
            Hadziq yang sedari tadi tidur tiba-tiba bangun dan menangis kuat. Bagai mengerti yang dia sudah bergelar anak yatin piatu. Esak tangis mula rancak melagukan irama.
            Azlin merapati suaminya yang sedang mententeramkan Hadziq yang mengamuk itu. ‘Ya Allah.. tabahkan hati kami melalui titianMu ini..’
            “Abang… mari kita sama-sama laksanakan tugas kita yang terakhir. Jenazah Kak Afrin perlu disempurnakan.”
            Air mata Mirza jatuh lagi tatkala telinganya menampan perkataan jenazah itu. Ya… tanggungjawab terakhir pada Afrina perlu ditunaikan.
***
            Awan kelabu dan gelap. Sepertinya hujan akan turun sebentar lagi. Bagaikan mengerti yang langit hati juga sedang memuntahkan hujan.
            Hajah Khadijah menangis. Jika tahun lepas dia kehilangan anak lelaki. Tapi tahun ini pada tarikh yang sama, dia telah kehilangan menantunya. Padanlah perangai Afrina pelik sejak dua tiga menjak ini.
            “Tujuh hari bulan nanti, genap setahun abang pergi.”
            Tutur kata Afrina membuatkan Hajah Khadijah terpempam. “Bukan ke tu tarikh nikah Mirz dengan Lin ke?”
            “Aah… mama… apa kata kalau malam tu kita buah tahlil sekali untuk arwah abang?” Pohon Afrina semangat.
            “Boleh jugak… Lepas akad nikah kita buat kenduri kesyukuran dengan kenduri tahlil.. Boleh buat untuk arwah mak Afrin jugak kan.”
            ‘Ya Allah, moga jodoh mereka dipanjangkan di Syurga nanti..’ Hajah Khadijah mengesat air mata. Dia ingat lagi tutur kata Afrina.
            ‘Kalau Afrin mati, biarlah Afrin mati sebagai isteri Haraz….” Tak sangka yang Allah makbulkan doa menantunya itu. Malah Afrina meninggal pada tarikh yang sama dengan anaknya. Cinta Afrina pada Haraz memang cinta sejati...
            “Ibu…. Ibu…” Panggil Hadziq apabila jenazah Afrina ingin dimasukkan ke dalam liang lahad.
            “Ad… jangan macam ni.” Pada mulanya memang Azlin tidak mahu membawa Hadziq. Bimbang jika emosi Hadziq terganggu.Tapi dia tak sampai hati pula bila meninggalkan Hadziq tadi.
“Mak su… kenapa dia orang letak ibu dalam tanah? Kesian ibu… Ibu…. Ibu… Ad nak ikut ibu..” Hadziq sudah meronta-ronta ingin turun ke tanah. Sedaya upaya Azlin cuba memperkuatkan pelukannya.
Apaliba Hadziq masih meronta, Amalina mula cuba memujuk. Namun pujukan itu langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan. Mujurlah ada Hazim yang datang membantu. Dia cuba mententeramkan perasaan si kecil.
Ingatanya jatuh pada hari terakhir dia menemui Afrina.
“Jangan tunggu saya… Jangan pernah cintakan saya Hazim. Sebab saya tak punya apa-apa untuk diberi pada awak.” Tegas Afrina.
“Tapi saya sayangkan awak…”
“Awak sedang belajar menyayangi Hazim. Hakikatnya awak tidak menyintai saya. Mungkin awak terkeliru dengan rasa suka sahaja. Saya bahagia begini. Lagipun, saya hanya nak habiskan sisa-sisa hidup saya bersama Hadziq saya.. Dialah nyawa saya dunia akhirat!”
‘Ya Allah, terima kasih kerana membenarkan kasih ini singgah di hatiku. Mengenali Afrina mengajar aku erti cinta yang sebenar. Cinta sehati dan sejiwa...’ Bisik hati Hazim sebak.
Mirza yang sedang meletakkan jenazah Afrina di dalam liang lahad ikut turut mengalirkan air mata apabila mendengar rontaan dan tangisan Hadziq itu. Namun cepat-cepat diseka.
‘Jangan risau Afrin… Mirz akan jaga Ad baik-baik. Mirz akan cuba jadi papa terbaik untuk dia..’ Bahu yang disentuh membuatkan Mirza berpaling.
“Sabar Mirz…. Sabar…. Kalau tak boleh buat, ayah suruh orang lain.” Pujuk Ayahnya.
“Tak apa ayah.. Mirz nak buat. Inilah tanggungjawab terakhir yang Mirz boleh buat pada Afrin…” Kain kapan yang menutupi wajah Afrina mula dibuka. Wajah itu nampak tenang. Terasa lembut perasaannya melihat air muka Afrina yang sudah tidak bernyawa itu.
‘Senyuman yang tersirat di wajahmu akan menjadi ingatan di setiap waktuku.. pergilah dikau dengan aman. Menemui janji Allah dahulu sebelum diriku. Berbahagialah dikau disana, aku akan cuba bahagiakan amanahmu disini. Kau telah pergi, pergi bersama doaku. Kau menungguku di sana, kerana aku pasti akan menyusul nanti… Dulu kita bertemu untuk berpisah, kini kita berpisah untuk bertemu di sana nanti…’
Usai mengambus tanah, Mirza terus mendapatkan Hadziq yang sedang meraung memanggil ibunya. Bimbang bacaan talkin terganggu, Mirza membawa Hadziq jauh sedikit. Dia berselawat dan berzikir di telinga Hadziq.
“Ibu tinggalkan Ad….” Cebik Hadziq sambil menangis tersedu-sedu.
“Papa kan ada… Papa tak akan tinggalkan Ad…” Dan air mata Mirza mengalir lagi untuk kesekian kalinya. Memeluk erat tubuh Hadziq.
***
            Bacaan doa yasin Mirza tersangkut-sangkut apabila suaranya diselang selikan dengan esakan kecil. Azlin mula mendekat ke badan suaminya. Diusap perlahan belakang badan suaminya. Cuba menghalau rasa sedih yang membunuh. Pemergian Afrina memang teramat dirasai.
            Ya Allah, ampunilah Ainun Afrina… Naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami ya Allah… Ya Rahman, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di dalamnya..”
            Bahu Mirza terhenjut-henjut menyampaikan doa.
Perlahan-lahan Azlin menarik tubuh suaminya agar berhadapan dengan dirinya. Mungkin pernikahan mereka kerana memenuhi permintaan dari Afrina semata-mata. Namun Azlin tidak mampu menipu bahawa dia terlalu menyintai Mirza.
            “Maafkan abang Lin…” Ayat maaf tidak putus-putus keluar dari mulut Mirza.
            “Tak ada apa-apa yang perlu dimaafkan bang….”
Azlin memberanikan diri untuk memeluk tubuh Mirza. Telinganya dapat menangkap degupan jantung milik Mirza. Matanya dipejam erat. Rasa terharu apabila si suami membalas pelukan eratnya.
Perkahwinan memang tentang mencari kebahagian dan redha Ilahi. Tapi perkahwinan juga ialah tentang berkongsi kepedihan dan kesakitan bersama. Dia sudah bertekad untuk menjadi isteri yang menyenangkan. Bukan menambahkan lagi bebanan Mirza.
Pandangan mata Azlin jatuh pada tubuh Hadziq yang sedang tidur di atas katil. Wajah itu nampak nyenyak tidur setelah seharian mengamuk mencari kelibat ibunya. Dia tahu bahawa semua ini tidak mudah. Tidak mudah untuk berada di samping dua orang lelaki yang terlalu menyayangi Afrina.
Tapi semua ini akan menjadi pendorong untuk Azlin dapat menjadi yang lebih baik. Cemburu itu perlu. Perlu untuk membantu kita perbaiki kelemahan diri. Namun cemburu yang berlebihan hanya akan memusnahkan hidup sendiri.
Hadziq akan berada di bawah jagaan mereka. Akan dituang kasih seluasnya buat anak yatim yang telah kehilangan ibu dan ayah itu. ‘Kak, Lin akan jaga Ad macam nyawa Lin sendiri... Lin akan cuba jadi isteri terbaik buat Mirza... Berbahagialah akak di alam sana..’
            Azlin melekapkan tapak tangan kanannya di dada Mirza yang berlapikkan baju melayu itu. “Lin tak minta banyak… Lin tak minta abang buang nama Kak Afrin dalam hati ni… Tapi Lin mintak secebis kasih abang. Satu sudut di dalam hati abang untuk Lin menumpang dalam hidup abang…” Pinta Azlin perlahan. Air matanya melurut lagi.
            Mirza mengeratkan pelukan. Dia tidak berkahwin dengan Azlin untuk melukakan wanita itu. Dia cuba perlukan ruang dan waktu untuk menyayangi Azlin.
            “Bagi abang masa Lin… Maafkan abang.”
            “Tak ada apa yang perlu dimaafkan bang. Kak Afrin muncul dulu dalam hidup abang. Mencuri hati dan perhatian abang. Afrin tak nak ambil tempat Kak Afrin. Cukuplah ada satu ruang kecil untul Lin… Itu dahh memadai untuk Lin bang.”
            Mirza mengucup ubun-ubun milik isterinya. “Abang tak akan kecewakan Lin… Terima kasih kerana sudi menerima abang seadanya...”
            Meraka saling berpelukan dalam menghamburkan tangis!
            ‘Afrin, cintaku didunia tidak sempurna tanpamu namun kutahu, cinta yang kau bawa ke sana adalah lebih sempurna bila Yang Mencipta menyerumu kembali ke pangkuanNya lalu meninggalkan aku di sini.. membiarkan kisah tentangmu tetap segar di sudut kamar hatiku.’ Mirza redha. Apa pun jalan takdirnya nanti, dia akan lalui seadanya.
Sesekali ketika diusik kenangan, berteduhlah di sejuk wudhuk untuk menawar gundah. Mengistirehatkan sebuah hakikat yang cinta itu hanya sedebu cintaNya. Relakan dia pergi untuk menemui kekasihnya di daerah tertinggi.
***
            Mereka berdua saling terdiam saat Mirza melangkah masuk ke dalam wad Afrina. Kali ini Mirza kalah. Tak berdaya melihat keadaan Afrina tika ini. ‘Sebab ku sayang dia.. Sebab ku kasihi dia.. Sebab ku tak rela..Tak selalu bersama.. Ku rapuh tanpa dia.. Seperti  kehilangan harap…’

            “Mirz… simpan air mata tu untuk kebahagian masa depan…”
            “Hati Mirz tak kuat Afrin..”
            Mirz kena kuat. Demi orang di sekeliling Mirz..” Pujuk Afrina lembut. Inilah kali pertama dia melihat lelaki itu menangis. Arggh, sakit ini terasa lebih mengilukan.
            ‘Andai aku pergi dulu sebelummu, sapulah air mata dan teguhkanlah jiwa. Mirz perlu meneruskan hidup dan menyambung perjuangan. Tidak mengapa bersedih seketika. Itu fitrah jiwa. Namun besederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula.’ Moga bisikan hati ini dapat diserap dalam jiwa Mirza.
            “Afrin.. Kita kahwin!” Ajak Mirza tak semena. Seperti dahulu, setiap kali Mirza mengajak Afrina kahwin, pasti wanita itu akan tersenyum.
            “Maaf Mirz… Afrin nak meninggal sebagai isteri Haraz.  Maafkan Afrin. Afrin memang cintakan Mirz tapi Haraz suami Afrin. Dialah yang selayaknya untuk memiliki cinta Afrin... Di dunia dan di akhirat, biarlah selamanya Afrin milik dia...”
            Mirza berpaling ke arah lain. Sudah mengagak yang jawapan itu akan keluar dari mulut Afrina.
            Afrina sedaya upaya cuba menahan sakit yang mencengkam di kepala. Dia ingin kembali menyambung kata. “Sebelum Afrin tutup mata... Boleh tak Mirz sempurnakan satu lagi hajat Afrin...”
            “Apa dia sayang?” Tanya Mirza lembut.
            Afrina tersenyum menyambut ungkapan sayang itu.
            “Kahwin dengan Lin ya... Bahagiakan dia sebagaimana Mirz bahagiakan Afrin..”
            Mirza memejamkan matanya. Menumpahkan air mata yang tak henti. Tewaskah seorang lelaki apabila menangs kerana cinta? Tidak.... seorang lelaki juga punya hati dan perasaan. Tatkala airmata jatuh, itu hanya kerana dia terlalu menyayangi wanita itu.
            Dia mula mendekatkan sedikit badannya. Supaya Afrina boleh mendengar dengan jelas kata-katanya. Tapi susuk tubuh Afrina itu langsung tidak disentuh. Tak tergamak menyentuh seseorang yang bukan muhrimnya.
            “Mirz terlalu menyintai Afrin... Kerana sepi seakan-akan menjauh saat Afrin mendekat.. Disampingmu membuatkan Mirz telah terjaga dari lena. Berada di sisimu membuatkan Mirz rasa bahagia. Dan bila keadaan disekeliling Mirz berputar, tergelak, bernyanyi, ketawa, menangis, Mirz hanya berdiri dan terpaku melihat senyuman dari Afrin. Jadi, sudi tak Afrin tersenyum lagi untuk Mirz...”
            Afrina tersenyum sedikit. Kali ini tiada air mata di wajahnya.
            “Sebab Afrin senyum.. Jadi Mirz akan kahwin dengan Lin. Mirz  buat bukan untuk kebahagian Afrin sahaja. Tapi untuk kebahagian Mirz dan Lin juga. Terima kasih... Terima kasih kerana menjadi penyatuan hati kami. Mirz akan angkat darjat Lin sebagai seorang isteri. Mirz akan jaga Ad... Dan buat Afrin.....” Kata-katanya terhenti seketika. Menahan sebak yang menggila.
            “...Mirz doakan Afrin selamat... dan Mirz tak akan mencemburui Haraz....”
            Hati Afrina disimbah dengan rasa bahagia. Hatinya mula tenang dan damai mendengar ungkapan Mirza itu. Dia percayakan Mirza. Dia pasti yang Mirza akan membahagiakan Azlin.
            Luka itu perlu. Demi hidup yang tak seindah anyaman mimpi. Semoga kesakitan ini akan bertindih dengan kebahagian yang kembali mendatang.
“Terima kasih Mirz.. panjang umur kita jumpa lagi.” Afrina pejam mata. Sungguh dia rindukan Haraz. Terlalu....
‘Jangan diucapkan perpisahan. Sayup suaramu membuaikan rindu. Pasrahku di dalam kerinduan, kasihku padamu subur di sudut kamar hatiku. Cinta bukan milik kita. Cinta milik Tuhan yang Esa. Biar engkau pergi meninggalkan dunia namun namamu akan tetap tersemat di sudut kamar hatiku..’

***tamat***

p/s:: percayalah... jika kalian menangis, saya terlebih dahulu menangis ketika menulis bab akhir ini di m/s 426 ini.. terasa jiwa-jiwa mereka yang terluka ini begitu dekat di hati... maaf andai keseluruhan cerita ini tidak memenuhi standard piawaian kalian... saya cuba untuk mempertontonkan sebuah hakikat kehidupan yang hidup di persekitaran kita. Maaf untuk segala silap dan salah sewaktu saya mengemudi nahkoda DSKH ini...kisah ini tentang cinta yang dimiliki dalam jiwa tapi bukan dengan takdir. Hope jangan serik untuk menyokong saya lagi... hope sudi nak mencemar duli memberi komen untuk bab akhir ini.. sayang korang much much more... ezza mysara

101 comments:

  1. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa sara x baik buat ending sedey gini.... suka tau buat org berendam air mata. x nak komen pjg2 la nk merajuk ngan sara dua hari sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan merajuk.... saya tak pandai pujuk.. sob sob sob

      Delete
  2. best hingga mengalir air mata..waaaa

    ReplyDelete
  3. kak sy da nangish ... :'(
    serius sedih sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik.. akak nangis dulu sebelum awak... ngeee

      Delete
  4. speachless...air mata xhenti2 trun, dlm hati rsa nak mnjerit sbb hrpkn yg sebaliknya tpi sperti yg penulis ckp, ini adalah sbuah hakikat kehidupan yg x slalu indah, sya trima dgn fikiran yg trbuka...thniah kpd ezza myasara..truskn brkarya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq cik anon.. lain kali letak nama ya.. yup.. hakikatnya, kebahagian itu lebih abadi di sana nnti..hehee

      Delete
  5. sedey2..
    leleh aor mate den bace..
    hihi
    gud job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali prepare tisu ya.. tq coz reading..

      Delete
  6. sad ending...perpisahan abadi mirza dan afrina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua cinta bersatu kannn..hehehe

      Delete
  7. uwaaaaa... mmg sedaih ..bergenang airmata nak menagis kuat2 malu.... tapi terbaekkkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngee.. nangis dalam bilik air.. ahaha.. thanks kak.. lebiulah

      Delete
  8. Sara memang sedih... betul-betul air mata kak sue dah mengalir ni.... tapi apa-apa pun terima kasih .... terbaikkkk... x tahu nak cakap apa lagi sebab Afrin dah x ada.... CINTA AFRIN pada SUAMINYA lebih tinggi darjatnya..... TAHNIAHHHH....

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf kak sue.. cerita ni menuntut air mata sikit.. pape pun.. thanks coz sudi baca DSKH nih.. yup.. cinta sepasang suami isteri tu lebih tinggi nilainya..

      Delete
  9. kalau tahu ending macam ni, baik tak payah follow dari awal. wat sakit atie je

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf jika tak memenuhi piawaian.. itu khilaf saya..

      Delete
  10. Sedaya-upaya sya tahan airmata dari keluar tapi tak dapat tahan...kebetulan sya baru kehilangan anak buah yang baru berumur 5 tahun. Teringat2 lagi...tambah sya sedih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. takziah dari saya rnie.. hope terus tabah ya.. alfatihah.. !_!

      Delete
  11. adoyaiiiiiii...napa la buat sad ending...kaka tak sukeeeeeeeeeee...dah la matikan afrin...tak leh terima nehhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa.. terrrbuat sad endinglahhh.. ngeee... sabor jelah kak

      Delete
  12. saraaaaa... awak jahat.. awak suka buat saya nangis.. jahat gilerrr.. tak boleh nak tulis komen sebab mata terlalu kabur...

    saya ingat macam cusl. ada saspen waktu doktor ckap.. ok fine tak jumpa.. then cari perkataan mimpi.. cari dengan mata yang kabur tapi sampai last pun x jumpa perkataan mimpi tu...

    masih tak boleh terima hakikat yang afrin x ada.. sian ad... sian mirz... tapi hope lin boleh bahagiakan mereka berdua.. tp belajar stu perkara.. cinta y suci adalah cinta suami isteri.. jd setinggi mana pun sayang afrin pd mirz, agung lagi cinta dia pd mirza.. argghh.. sedih.. sorry terkomen panjang sara.. ape pun.. sy benci awak sbb suka buat sy nangis

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab terlalu sedih smpai typo error.. agung lg cinta dia pada haraz...

      pening kepala.. nangis teresak-esak

      Delete
    2. dahhh lahhh tu.....

      Delete
    3. mak oit yat.. sabor ya... jangan cari2 mimpi tu.. ini memang realiti.. cinta y diredhai ialah cinta sepasang suami isteri.. sabor jelah ya... jangan nangis2 dah k.. =)

      Delete
  13. Waaaa....sad endim,,
    Hurmmm...
    Nnt k.sarra wat cter yg epy endim plak tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita akak pun ada y happy ending n lawak2 dear.. jangan stop sokong k..

      Delete
  14. ble bce ending die bru sy thu jln crite akak mmg awesome tp mcm mne nk bce dri part 1 ye?akak leh bg link die x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak bc dari bab 1 kena tgok link kat belah kanan tu.. tgok dari bulan april wokeyhh... nnti kalau akak rajin, akak buat mcm cusl punya tuh.. btw thanks coz sokong cerita biasa inii

      Delete
  15. izzati:kak sara...saya menangis dari awal smpai akhir baca ending DSKH..sedih sngat..akhirnya cinta Afrina hanya milik suaminya, Haraz..cinta yg kekal buat selama-lamanya..semoga mirz dan lin jaga buah cinta afrin dan haraz dgn penuh kasih sayang dan hidup bahagia selamanya..segalanya sudah tertulis..

    gudjob kak sara..saya sentiasa sokong akak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks zati.. hope jangan serik menyokong k... sob sob sob... jangan sedih2 dahh... =)

      Delete
  16. SubhanALLAH dari nye kita datang dari nye jua kita kembali.ajal maut jodoh pertemuan yang pasti hak ALLAH SWT.sesaat pun tak terhindar akan janji ALLAH pada hamba nye.pada yang hidup harus ingat mati itu pasti....redha lah ape pun ketentuan nye,kerna itu lah janji kite sejak azali...gud job dek,itu lah dek reality hidup ending yang lojik.kalu tak hero n heroin asyik bersatu jer but tak semesti hidup manusia ne indah n sempurna je dek...tabik pada u dek bab macam2 emosi lahir dari awal di baca hingga pengakhiran yang amat menusuk hati n sedeh teramat dek..lastly tetap sokong u dek walau ati terluka pada kesudahan sebuah cinta yang luhur wat si suami n kekasih hati...tq dek best n puas ati gak....hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeee.. saya pulak yang nak menanngis bila bc komen akak...terharuuu... hope enjoy walaupun sad ending.. hakikatnya x semua cinta bersatu.. wohoho..

      Delete
  17. sebelum yu all nangis ai nangis dulu dalam komuter masa budak sara neh emelkan DSKH bab 29-30 (end).. leleh air idung tak henti2 dpn org ramai.. setiap kali ingat ke ad, airmata tak henti mengalir sampai hari ni.. SAM pon takleh sambung sbb mood tgh sedih.. huhuhu..

    kadang2.. sebuah cerita banyak dimomokkan dengan kebahagian sampaikan kita terlupa ramai yang menderita mengharapkan kasih sayang... hidup mati ketentuan. takt mampu kita ubah biarpun kasih sayang melimpah ruah. alhamdulillah sara... sebuah kisah yang tak sempurna demi mencari sebuah cinta yang sempurna. perginya arfin menghadap illahi.. ironiknya tarikh yg sama dengan pemergian haraz... cinta tak semestinya bersatu... percayalah azlin lebih terluka dan mirza pasti akan belajar mencinta.. ad pasti bahagia punyai mama dan papa baru yang memang dari darah dagingnya(azlin.

    Tuhan memberikan kita cinta tapi usah kita lupa, perjalanan padanya menduga hati dan jiwa dalam mengejar sebuah kisah cinta yang sempurna. seperti cinta Allah pada kita hamba2NYa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak an... betul tu.. setuju sangattt.. ngee.. btw thanks coz alwayz sokong n sudi jd prove reader untuk DSKH.. hope enjoy dalam tangisan yaaa.. lain kali jgn bc dalam komuter.. kih kih kih

      Delete
  18. as salam buat penulis comel kesayangan akak.. Tahniah dari akak buat sara krn sara telah berjaya melahirkan naskhah yg baik ni. menangis bila baca part akhir. akak tak sangka yg afrin akan pergi buat selamanya.. x tau nk komen apa, tahniah skali lg krn telah berjaya buat akak nangis..huhuhu.. ;) dan tq krn buat ending DSKH spt yg akak harapkan.. :).. cinta x semestinya bersatu...dan x semestinya kita tidak akan bahagia jika menjadi pilihan yg kedua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak.. coz alwayz sokong.. maafkan cacat cela yang terhidang.. masih belajar n terus belajar..

      Delete
  19. Alhamdulillah akhirnya happy ending buat Harraz ngan Afrin, semoga kekal bahagia di akherat sana. sungguh kesian kat Mirza dan Azlin, terluka dalam pada membina rumah tangga. Mirza yang kahwin kerana Afrin, Azlin yang kahwin pun kerana Afrin, moga bahagia menjadi milik mereka. Dan ... tahniah Sara, air mata saya meleleh2 bace last n3 ni,. Namun sebuah kisah yang juga menginsafkan, kerana terkadang, kita nak lupakan part2 meninggal ni, sebab nak elak dari bersedih hati. Tetapi itulah hakikat yang memang harus kita hadapi sebagai manusia. ada pertemuan pasti ada perpisahan, semua terangkum dalam Di Sudut Kamar Hatiku, tahniah cik Sara, sayang kamu banyak2, semoga Allah limpahkan ide2 lain untuk kisah lain yang lebih menginsafkan kita, aamiin. (dah sudah, komen panjang kali lebar).

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak muda... ayat akak pun dah mcm penulis kott.. thanks kak coz alwayz sokong.. dari mula DSKH smpailah sekrang.. kebahagian tetap ada dalam perpisahan kannn.. sayang akak much muchh

      Delete
  20. Sebagaimana lebatnya hujan d luar, begitu jua airmata ini. Mmg itu yg akak harapkan smlm.. Afrina bertemu dgn suaminya di akhirat & membahagiakan semua org yg mnyayanginya di dunia.
    Hidup mmg tidak menjanjikan kebahagiaan hingga ke hujung nyawa. Tp yg lebih penting adalah kebahagiaan di akhirat... Terima kasih utk sebuah cerita yg logik utk diterima oleh akal ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. like sangat komen akak tuh. x semua cinta bersatu kannn... lagipun, x nak lah dituduh penulis yang suka terapkan unsur2 fantasi je dlm novel.. ttp ada kebaikan dalam setiap keburukan tuh..ehhee

      Delete
    2. Insya Allah.. Akak akan sentiasa menyokongmu...dik! Teruskan usaha utk mnjadi yg baik antara yg terbaik.

      Delete
  21. alahaiii sedih nye ending huhuu,.pe2 pon sy tgh didik hati tuk terima yang Afrin mmg bkn utk Mirz. kdg2 hati perlu dididik tuk face ngan realiti kehidupan,. xleh berfantasi je keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangisan tu terapi jiwa kann... plus ambil input y terhidang.. thanks coz alwayz sokong darlingg..

      Delete
  22. Saya menangis bagai nak rak... :-( Cinta sejati tu bukan hanya dalam novel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeee.. lap2 air mata tuh.. x mahu sdih sadis ya..

      Delete
  23. cedih nyr...huhuhu

    ReplyDelete
  24. awesome story... mungkin kisah ni ade dlm dunia realiti kita.. :)
    tacim.... T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg banyak ikha.. kot2 akan terjadi pd kita kan... siapa tahu.. =)

      Delete
  25. Sara, setiap kali saya baca n3 DSH ni, setiap kali itu juga airmata saya akan mengalir di pipi. Teresak-esak, tisu mesti ada kat tangan. Tapi kena baca bila hubby dah tidur sebab sure dia gelak. Dari mula lagi saya rasa Afrin n Mirza takkan bersatu, terlalu byk rintangan yang menghalang penyatuan dua hati ini. Saya masih sedih sampai dah tak tahu nak kata apa. Tapi rasa lega sebab sekurang-kurangnya Ad akan ditinggalkan dengan org yg betul-betul menyayanginya. Itu yg paling sedih, saya tak dapat bayangkan kalau saya terpaksa tinggalkan anak-anak saya yg masih kecil (airmata meleleh lagi ni). Good job Sara, keep it up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak.... baca komen akak nihh.. sy pulak y sedih.. adeihhh.. jgn pk sngat k.. Ad berada di tangan y baik.. insyaAllah akan dibesarkan dengan penuh kasih sayang... btw thanks coz sokong kak.. maaf untuk tangisan tak berbayar tuh...

      Delete
  26. ksian giler kat ad...kalu msukkan lbih byak part ad, sure aku nangis. hekhek..

    sambungan kisah MIRZA n AZLIN plak..

    >>k<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masuk bnyak2.. tkut aku pulak y terlebih banjir wooo... erkk.. smbungan.. x terpikir lagi.. kalau ada.. adalah..hehe..

      Delete
    2. waaaaaaaa sedih2 nak tisuuuuuu..
      pe2 menusuk dikalbu

      Delete
    3. nah tisu... jangan sedih2 ya... =)

      Delete
  27. x tau nk cakap ap... btol2 speechless..... akak da buat saya nges berliter2.... x tau nk ckp ap... serious the best mini-novel ever................... btol2 best..... sedih gler.......... mmg rugi teramat sngat la sper yg x bce cter nie..... serious kak sara sedih gler... x tau nk ckp mcm mne... best..... x tau mcm mne nk xplain... sper yg nk tau mcm mne rse kne bce cter nie... WAJIB!!!!!!!!!!
    thousand love to kak sara... good job kak sara..... i love u forever and after....
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pitam tang baca the best mini novel ever... sebab bg akak DSKH banyak sangat cacat celanya..hehe.. btw thanks coz alwayz support.. no word can describe my feeling darling. oh plezzz.. ayat nak drama kannn..

      Delete
  28. kisah yg sebenarnya ada berlaku di dalam realiti... x semua kehidupan akan berakhir dgn keindahan... tahniah cik penulis kerana mampu menulis cerita yg begitu terkesan di hati sy... alahai sedihnya..teruskan berkarya ye..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp... memang sakit bila kita menulis tentang realiti kan... thank coz support.. hope enjoy reading DSKH..=)

      Delete
  29. Kan dah ckp cinta sampai syurga ni...Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat pulak kat faizal tahir.. ecehh.. cinta sampai Syurga... insyaAllah.. =)

      Delete
  30. PERFECT ending... sangat sedih namun begitulah hakikat kehidupan... moga mirza dapat menerima azlin sepenuhnya zahir & batin walaupun cinta itu masih milik afrina... kasih, sayang & cinta boleh dipupuk namun memerlukan waktu & ruang yang tenang... TAHNIAH writer... terbaik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... agree with u darling... btw thanks coz support DSKH... =)

      Delete
  31. Ezza sayang,

    suka tau wat cite sedih. CUSL pun sedih tapi akhirnya bahagia. Tapi DSKH ni betul-2 wat akak nangis, pagi-2 jumaat dah mengalirkan airmata. Habis cair mekap akak dik..wawaaaaa....

    Apa-2 pun tahniah utk cite DSKH yg superb! lepas wat cite yg lain happy pula ya... Luv you dear (muah....) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeee.. sian akak terpaksa touch up make up balikk... ish ish ish... insyaAllah cite lain x sob sob sob dahh.. lebiu akak much much jugakk... hope enjoy layan DSKH nih..

      Delete
  32. sedihnyaa.... suka ending dia.... org kat ofis ni tgh cover muka ni, takut org perasan lak... nangis kat ofis... heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat coverrr... kang jenuh orang ejek.. x pun suruh owg y gelak tu baca.. ngee.. tq cik anon

      Delete
  33. Cedihnye..ni tgh menistiskan airmata..suka ssgt ending ni w/pun afrina n mirz x ditakdirkan bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih sikit je kann... hakikatnya x semua cinta bersatu.. sob sob sob

      Delete
  34. Sedihnyaa, walaupun tak berapa ikut cerita ni, but when it comes to the end, the last chapter, it makes me cry. So, that's prove that your story is worth especially your ending. Sangat terkesan. A very good job writer and goodluck in this proffesion no matter what (y) Thanks anyway! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila baca bab yang mula2 tu ya.. hehe.. ending penting untuk buat reader bagi markah pada karya seorang penulis.. adalah menakutkan bila ending kantoiii.. kih kh... thank for support.. lebiulah

      Delete
  35. no word can describe my feeling.. terus terang ia adalah satu naskah yang cacat dalam sempurna.. perginya Afrina mencari kebahagian yang lebih abadi.. meninggalkan kebahagian penyatuan dua ati antara mirz dan azlin. tahniah ezza. u did a good job.. macam2 perasaan rasa bila bc DSKH nih.. teruskan usaha dalam mengekalkan identiti dalam bidang penulisan.. akak akan sntiasa sokong kamu.. kak zila

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak... nak nangis bc komen akak.. btw thanks coz support penulis cabuk n berhabuk nihh..hehe.. mmg harap menjadi penulis y identiti sndiri..hehe..

      Delete
  36. Tuhan jadikan cinta untuk menyempurnakan hidup manusia. Tanpa cinta.. hidup ini dilewati seperti meniti pelangi yang kehilangan indah warnanya.. sungguh cinta selalu mengirim tangis dan tawa, ria dan hiba.. namun pada akhirnya cinta yang luhur mengirim bahagia mengikat jiwa2 insan. Namun selalu Dia lebih tahu... takdirNya pasti mengatasi tadbir, sebagai insan kita harus selalu pasrah dan menyerah..bersama atau tidak ke akhirnya, Dia selalu memberi apa yang kita PERLU bukan apa yang kita MAHU... teruskanlah Sara.. cerita ini dari sisi penukil mungkin sekadar garapan idea yang menyapa, namun yakinilah ia sebuah tragedi yang akan terus berulang di merata sudut dunia ini...kerana TUhan mengirim cinta untuk mengajar manusia bersyukur dalam memaknainya, pasrah dalam melepaskan pergi.. kerana kita hanya hambaNYa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak embunnnn... ai like setiap bait komen akak tuh.. rasa mcm dihargai gila-gila... tq tq tq..hope x jemu menyokong okeyh.. lebiulahhh

      Delete
  37. setitis demi setitis butir airmataku mengalir.. sedihnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tadah air mata tuhhh.. berharga tuhh..hehehe

      Delete
  38. Sedih sgt2.Kak baca bab2 hjung dah.Bab awal tak baca lagi.Sara tolonglah buatkan susunan tajuk novel dan bab2 dibawahnya spaya pembaca senang nan baca setiap bab seperti dalam blog rehan yg setiap hari kak wajib lawati.____kak zaliza

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear kak zaliza.. tq for support.. insyaAllah nnti sy susun link supaya senang reader nak baca ya...

      Delete
  39. adoooiiiii menitis jgk air mata baca ending nie.... =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeee... sila tdah permata jernih yang berharga itu... !_!

      Delete
  40. w'pun,, sy bca ending ni dh lmbt sikit,, (sbb dok habiskan cerpen2 akak,,revision) tp,, serius basah hbs bantal sy,... good job kak.. cerita ke2 yg blh buat bantal sy basah teruk lepas andai itu takdirnya,, #selalunya,, bca novel yg sedih nanges jgk,,tp,, x teruk.. arghh,,x tau nk ckp ap,, tp,,serius best! congrats kak :')

    -athirah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq tq tq athirah... hidup ni bukan sekadar senyuman kan.. jd air mata pun kena hadir jugak

      Delete
  41. x brhnti air mata yg mnglr,.
    btl kte og,.cnte x smstinye berakhir dgn perkhwnn dn kbhagian.,
    ini realiti mskipun pht untuk dicernakan dn untk dhadapi,.
    btw,.thumbs up untk akk penulis:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq tq tq... yup... cinta walaupun xsaling memiliki.. x semestinya x akan bahagia kan.. =)

      Delete
  42. Ok sy xngs pn tp sgt grmmmmm!!!!!bsgkang mata nk hbskn...adoii..sgt x suka!!!!
    ap nk kte ni kn crta cik pnulis...
    pape pn thniah brjya buat lain dr yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. alalalala.. sorry dear.. jangan bengang2 k... hope sudi untuk melepak di sini lagii..

      Delete
  43. uwaaa....sedihnya....sungguh menyayat hati sanubari.....

    ReplyDelete
  44. baca dari mula sampai akhir..... sgt mengesankan..... terbuai2 diri melewati kisah tragis afrina dan mirza.... sungguh cinta mereka penuh berliku..... akibat hasad dengki, cinta mereka terpisah.... pabila bertemu kembali, cinta masih tidak memihak pada mereka... bukan mudah melupakan cinta, melukakan hati sendiri, menjadi lilin agar hati insan yg berada di sekeliling tidak terluka jika mereka menurut rasa hati.... hanya hati yg kuat dan redha saja mampu menghadapinya......

    ReplyDelete
  45. Maraton dari bab 1 - 30....
    berjurai2 air mata keluar...
    inilah realiti kehidupan...
    x semua apa yang diimpikan menjadi kenyataan...

    ReplyDelete
  46. terharunya....syahdu menusuk kalbu,1 of the BEST mini novel yg akak baca ....teruskan berkarya smoga lebih berjaya dimasa akan dtng dan karya seterusnya akan lebih bnyak pengajarannya....tahniah Em...sob....sob.

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum dik ezza. Sedihnya baca novel adik ni. Akak baru juga jumpa blog adik ni. Secara kebetulan, melalui penulisan2u. MasyaAllah. Segala puji hanya untuk Allah. Dia titipkan idea2 yg menarik dlm diri adik. Teruskan berkarya & selitkan bab agama yg macam adik selalu titipkan. Sgt cantik bila begitu. Membuat akak insaf dik. Bila baca, takot pula kehilangan suami, tempat bergantung. Dgn cepat ingatkan diri yg kita ni semua ciptaanNya. Tq for the lovely story. But i lurve yr comedy stories. Made me smile from ear to ear dik. May Allah bless u with more blessings dear.

    ~ kak tipa ~

    ReplyDelete
  48. Sara,awat la buat ending sdih.akak menangs smpi mata bngkak2. Ya Allah,sdih sgt. Hti rasa pdih sgt. Btuah afrina dapat memiliki cnta mirza..tp takdir yg tk myebelahi mereka. Kalu sara buat nvel cerita mcm ni pasti meletop,bombastik,fantastik.he. Tp ending tkar la,he.bg hapy pla.apa pn memg cerita2 tlisan sara tbaik la.

    ReplyDelete
  49. sara tahnia.....buatkan akak membaca bab 30 berulang kali tak bosan cukup besttt!!!! sedihnya.....sara cukup pandai mainkan perasaan n berjaya buat akak menangis.....seola ola akak yg berada dlm cerita tersebut.

    ReplyDelete
  50. Tahniah, dik... Best sangat..meruntun hati akak bila membacanya....huhuhu... Akhirnya, dia pergi meninggalkan org2 yg menyayanginya...

    ReplyDelete