Sudah tiga malam Afrina tidak dapat tidur dengan lena. Kata-kata Mirza
tempoh hari membuatkan jiwa Afrina bergelora. Takut dan bimbang jika Mirza
memecahkan rahsia ini pada Azlin. Saban malam Mirza mengugutnya melalui
panggilan telefon dan pesanan SMS. Lelaki itu persis orang gila bayang!
“Kenapa Mirz nampak
desperate sangat?” Terkeluar jugak perkataan itu dari mulut Afrina. Tak sanggup
lagi telinga menadah ugutan-ugutan dari Mirza. Lelaki ini memang psycho!
“Kenapa? Sebab Mirz memang
terdesak nak bahagia.... Bertahun lama Mirz menderita, jadi bila bahagia dah
ada depan mata, Afrin ingat Mirz akan lepaskan semudah itu?” Tutur Mirza dengan
suara yang cukup sinis.
“Tolong jangan paksa Afrin
buat sesuatu yang Afrin tak rela.... Kita kena beralah!” Gigi Afrina dikancing.
Menandakan yang hatinya sudah cukup bosan dan geram dengan Iyyad Mirza! Mana
hilangnya kewarasan akal Mirza?
“Dulu.... Mirz dah puas
beralah. Mirz dah penat tengok orang lain bahagia. Sekarang giliran Mirz pulak!
Afrin pilih... pilih sama ada nak bersama Mirz untuk perjuangkan cinta kita
ataupun nak Mirz tinggalkan Lin di hari perkahwinan kami?”
Kali ini, jantung Afrina
bagai hendak gugur menyambut ugutan Mirza yang telah melampaui batas itu. Betul
kata orang, cinta memang mampu membuatkan seseorang itu hilang pedoman.
“Mirz....” Afrina dah mula
menangis. Mana bisa dia memilih antara dua keadaan itu?
“Jangan ingat tangisan tu
akan mematahkan semangat Mirz Afrin! Kalau Afrin tak mahu perjuangkan cinta
kita, biar Mirz perjuangkan seorang diri. Dan kalau perkara tu betul-betul
terjadi, Mirz akan tunding jari pada Afrin... Sebab Afrin sendiri gagal untuk
buat keputusan!” Gertak Mirza lagi.
“Mirz... tolong jangan
buat macam ni. Mirz tak kenangkan ibu ke? Tak kasihan pada Hajah Khadijah ke?
Tak simpati pada Azlin?” Pujuk Afrina dengan tangisan yang tersedu-sedu.
“Kalau Mirz asyik
kesiankan orang, siapa pulak yang nak kesiankan Mirz? Kenapa Mirz kena fikirkan
pasal kebahagian orang lain sedangkan orang lain tak pernah fikirkan kebahagian
Mirz?” Suara Mirza sudah naik satu oktaf!
Begitulah mereka berdua.
Hampir setiap malam bertekak pasal benda yang sama. Mirza sibuk dengan
perjuangan cintanya manakala Afrina sibuk mempertahankan kebahagian orang di
sekeliling mereka.
Sampai bengkak-bengkak
mata Afrina menangis.
“Afrin....” Teguran itu
membuatkan Afrina tersentak. Terlalu jauh dia mengelamun rupanya. Mata mula
memberi tumpuan pada barang-barang hantaran yang perlu digubah.
“Mama tengok Afrin macam
ada masalah? Ada apa-apa yang perlu mama tahu?” Tanya Hajah Khadijah sambil
mengambil tempat di sebelah Afrina yang sedang mengubah hantaran kahwin Azlin.
Kagum dia melihat gubahan menantunya itu. Sangat
kreatif dengan konsep moden yang memenuhi peredaran masa kini.
“Masalah? Mana ada masalah?” Selindung Afrina
sambil kembali melakukan kerjanya yang tergendala. Dia datang bertandang di
rumah mertua hujung minggu ini untuk membantu persiapan perkahwinan Azlin.
Tiba-tiba kedua belah tangannya di capai oleh
Hajah Khadijah. Dielus lembut kedua belah tangannya. Membuatkan Afrina
terpinga-pinga sendiri.
“Kalau Afrin ada masalah... Jangan segan-segan nak
kongsi dengan mama. Afrin sekarang bukan lagi menantu mama tapi Afrin adalah
anak perempuan sulung mama. Mama menyesal sebab biarkan kebahagian kita rosak
dulu. Kalaulah hubungan kita baik, mesti Haraz pun gembira kan? Ini tak... Mama
sibuk nak menangkan pendapat mama. Sampai tertutup kebahagian untuk mama...”
Suara Hajah Khadijah sebak. Terkenangkan kedegilan
diri untuk menerima kehadiran Afrina sebagai menantu. Betul kata Haraz, Afrina
memang seorang wanita yang baik. Entah macam manalah dia boleh mencemburui
menantunya sendiri. Sedangkan mereka boleh berkongsi kasih sayang Haraz
seadanya.
“Mama jangan cakap macam tu. Yang dah lepas tu...
Biarkan ia lepas. Yang akan datang kita cuba perbaiki dan berikan yang terbaik.
Kehilangan Haraz membuatkan kita berbaik. Kiranya percaturan Allah itu dah
cantik kan... Afrin pun dah tak ada mak.. Afrin lega sangat bila mama sudi jadi
mak Afrin.”
Digosok perlahan bahu mertuanya itu. Bagaimana dia
akan tegar melukakan sekeping hati milik si ibu? Sebab itu Afrina berkeras
untuk tidak menuruti idea gila Mirza. Tapi hatinya ikut turut bimbang jika
Mirza benar-benar mengotakan kata-katanya untuk meninggalkan Azlin di majlis
perkahwinan mereka.
“Boleh mama tanya satu soalan?” Suara dan air muka
Hajah Khadijah bertukar serius. Matanya merayap di sekitar wajah Afrina.
“Tanya jelah mama... Sepuluh pun Afrin tak kisah.”
Lama Hajah Khadijah terdiam. Dia sedang menimbang
baik buruk soalannya. “Kenapa ya Afrin tak terima Mirza dulu?”
Tangan Afrina yang sedang mengubah riben itu mula
terhenti. Setelah sekian lama, soalan itu keluar baru dari mulut mertuanya.
Apakah yang membuatkan Hajah Khadijah membangkitkan persoalan ini?
“Sebab Afrin tak cintakan dia...” Tipu Afrina
sambil meneruskan kerjanya. Dia mengelak dari bertembung mata dengan Hajah
Khadijah. Bimbang jika Hajah Khadijah mengecam riak wajahnya yang sedang
menipu.
“Kenapa Afrin tak cintakan dia? Dia kan baik...”
Tak ada perubahan yang ketara pada Afrina.
Menantunya itu tak nampak gugup ataupun menggelabah. Tidak dapat juga dikesan
jika Afrina sedang berbohong. Payah untuk ditebak perasaann menantunya ini.
“Sebab dalam hati Afrin hanya ada abang Haraz...
Datanglah lelaki yang baik macam mana pun...Tak mungkin lelaki itu akan mampu
menggantikan Haraz.”
Kalaulah mamanya itu tahu yang Mirza itu adalah
bekas tunangnya, entah apalah reaksi mamanya itu. Teringin juga untuk dia
membuka mulut. Tapi Afrina jadi tak sampai hati. Takut jika kebahagian ini
terbantut sekelip mata. Lagipun, tak mahulah jika Hajah Khadijah berfikiran
yang bukan-bukan.
“Tapi mama takut....” Kata-kata itu terluar dari
bibir Hajah Khadijah.
“Apa yang mama takut?”
“Takut kalau Mirza tak mampu untuk menyintai
Azlin...”
Seorang ibu paling takut dan risau jika melepaskan
anak gadisnya pada seorang lelaki yang tak mampu untuk menjaga dan menyintai
dengan sepenuh hati. Bimbang jika perkahwinan yang diatur ini akan menyebabkan
pasangan suami isteri itu tidak bahagia.
Dalam hal ini, dia tidak risaukan Azlin. Dapat
disambut reaksi positif dalam diri Azlin. Setiap perkara yang melibatkan Mirza,
pasti membuatkan anaknya itu tersengih sendiri. Dah macam orang sasau dan angau
pun ada. Tapi Mirza... Makin lama, makin dia was-was dengan lelaki itu.
“Mirz dah terima Lin... Maknanya dia pasti akan
belajar menyintai Lin. Kita kena percayakan dia. Mama perasan tak, dia orang tu
perfect for each other kan?” Tutur Afrina teruja.
“Tapi mama rasa.. Mirza masih menyintai Afrin!
Firasat mama kuat cakap macam tu Afrin...” Hati tuanya tidak mungkin menipu.
Seorang ibu itu memang punya firasat yang tersendiri. Merasai sesuatu yang tak
dapat ditebak oleh orang lain.
Tangan Afrina yang sedang
menggunting riben itu terus menggunting jarinya sendiri hingga membuatkan
Afrina mengadu kesakitan.
“Ouch!”
“Ya Allah... Macam mana
boleh tergunting jari sendiri ni?” Terus Hajah Khadijah bangkit mencapai tisu
di atas meja kopi. Cepat-cepat diseka darah yang menitik. Perlakuannya yang
pantas bertindak itu terus berhenti secara perlahan-lahan. Hajah Khadijah
mengangkat muka. Mencuri pandang ke arah Afrina.
“Afrin... Kamu ada
sorokkan sesuatu dari mama ke?”
Laju kepala Afrina
menggeleng. Terkejut menyambut soalan dari mertuanya itu. Luka di tangan nampak
berdarah tapi luka di hati terus bernanah! Macam mana mamanya boleh melontarkan
pertanyaan seperti itu?
“Apa mama merepek nih...
mana ada sorokkan apa-apa.” Cepat-cepat dilap sisa-sisa darah yang melekat di
jari. Bukan sakit sangat pun tapi darah seperti tidak henti-henti ingin
mengalir.
“Tapi kenapa hati mama
rasa tak sedap.” Dia tak kenal Afrina dengan baik. Jadi dia tidak dapat meneka
jika Afrina sedang berbohong dikala ini. Kalau Azlin atau Haraz, sekilas mereka
bergerak, hati tuanya sudah dapat meneka. Mungkin itulah beza antara anak
sendiri dan anak menantu.
“Mama... Tak baik ikutkan
sangat rasa hati tu. Boleh membinasakan diri. Jangan risau lebih-lebih. Tawakal
pada Allah. Kebahagian itu berada di tangan Dia. Hanya Dia yang berhak
mencampakkan kebahagian itu pada setiap hambanya.”
Kata-kata itu sebenarnya
lebih untuk memujuk diri sendiri. Memujuk hati yang ampuh dan terapung ini.
‘Reda itu bukan hanya sekadar di mulut Afrin.. Tanamkanlah dalam hati dan
jiwa.. Ikhlaslah menerima takdir ini..’
“Mama doakan supaya kamu
menemui pengganti Haraz..” Hajah Khadijah mencium dahi Afrina. Baru sekarang
rasanya, dia merasakan bahawa dia terlalu menyanyangi Afrina. Benar kata orang,
dendam yang terindah ialah dengan memaafkan.
“Mama... Tak ada apa-apa
yang nak saya keluhkan lagi. Saya dah bersyukur dengan apa yang saya ada.. Doa
saya siang malam, biarlah saya meninggal sebagai isteri Haraz ma.. Meyambung
cinta kami di Syurga..” Jika tidak ada bahagia di dunia ini, biarlah diraih
kebahagian di akhirat sana.
“Mama boleh tolong saya tak?”
“Tolong apa?”
“Walau apa pun yang
terjadi.. Tolong jangan benci Afrin. Tolong jangan abaikan Ad...”
“Ish.. kenapa Afrin cakap
macam tu? Mana mungkin mama nak benci menantu mama! Apatah lagi nak abaikan
Ad....”
Baru sahaja Afrina hendak
membuka mulut untuk membalas kata, terdengar salam dari luar rumah. Serentak
mereka berdua berpaling.
“Siapa pulak yang datang?
Mak cik Asmah kot.. Sebab dia kata semalam nak datang menolong apa-apa yang
patut.”
Afrina mula menahan Hajah
Khadijah yang baru mengangkat punggung. Biar dia sahajalah yang melihat
gerangan tetamu yang datang. Wajah yang terjenggul di ruang pintu itu
membuatkan langkah Afrina terhenti. Terasa langkahnya mula tempang untuk
diteruskan.
“Siapa yang datang Afrin?”
Tegur Hajah Khadijah sambil meninggikan lehernya sedikit. Mengintai dari balik
sofa.
“Aku yang datang Jah...”
Terus Puan Maizura berjalan melintasi Afrina dengan muka yang tak beriak. Kalau
dia tahu Afrina ada di rumah Khadijah, dia pun tak teringin nak menjejakkan
kaki ke sini. Memandang seraut wajah yang telah mengeruhkan hubungan dia dan
anaknya.
***
Jag yang berada di dalam
kabinet mula dikeluarkan. Kemudian tangannya mula mencapai bekas gula dan teh.
Sekarang hanya menunggu air panas untuk masak sahaja. Tidak dapat diselak
perasaannya tika ini. Gelabah ke, risau ke, takut ke ataupun suka melihat
kedatangan Puan Maizura yang sinis itu? Apa yang pastinya, jiwanya lebih terasa
kosong.
“Kamu buat air?” Tegur
satu suara dari arah belakang. Terus Afrina berkalih.
“A...aah...” Perasaan yang
terasa kosong tadi mula diserang gugup. Tak dapat mengagak yang Puan Maizura
akan melangkah ke dapur ini. Bukankah ibu Mirza ini sedang berbual bersama
Hajah Khadijah.
Sengaja Puan Maizura masuk
ke dapur apabila Hajah Khadijah memohon diri untuk bersolat asar.
“Buat air apa?” Tanya Puan
Maizura cukup sinis. Matanya merayap di sekitar kabinet dapur. Meneroka
bahan-bahan yang digunakan oleh Afrina. Manalah tahu kalau-kalau dia ternampak
botol ubat guna-guna yang membantu Afrina menyihir anaknya itu. Entah-entah
bakal besannya juga telah disihir oleh Afrina.
Dahulu dia teramat
menyayangi Afrina. Dia suka dengan karakter Afrina yang pandai membawa diri
disamping seorang yang sangat menghormati orang tua. Tapi setelah wanita itu
meninggalkan Iyyad, dia pun tak ingin lagi menatap wajah Afrina apatah lagi
ingin berjumpa dengan Afrina.
Tapi siapa sangka yang
takdir kembali menemukan mereka. Pertemuan yang langsung tidak diduga. Kalau
ikutkan rasa sakit hati, mahu sahaja dia membatalkan perkahwinan Azlin dan
Iyyad. Dia tidak mahu ada kena mengena langsung dengan bayang-bayang Afrina.
Apatah bila mengetahui yang dia bakal berbesan dengan seorang ibu kepada lelaki
yang merampas tunang anaknya.
Tapi bila difikirkan
semula, keluarga Hajah Khadijah sebenarnya tidak bersalah. Yang bersalah
pastilah Afrina! Perempuan gedik yang tak tahu malu. Lagipula, kalau dia
memutuskan hubungan Azlin dan Iyyad, pasti Afrina akan memikat kembali hati
anaknya. Itu yang dia tidak mahu!
“Buat air teh mak cik...”
Afrina tahu yang Puan Maizura tidak minum minuman yang berkafein.
Kaki Puan Maizura mula
dirapatkan ke arah Afrina. Matanya meninjau lagi. “Manalah tahu kan...
kalau-kalau ada letak ubat guna-guna dekat aku macam mana kau gunakan anak
aku!”
Kata-kata kasar Puan Maizura
itu membuatkan mulut Afrina melopong. “Astarfirullahalazim mak cik... Tergamak
mak cik tuduh saya macam tu sekali!” Dari bahasa tubuh Puan Maizura, Afrina
sudah mengagak yang Puan Maizura sudah mengetahui hal yang sebenar.
‘Tak akan ada sesuatu yang
mampu membuatkan Puan Maizura berhenti dari membenci aku..’
“Terpulang pada kau nak
fikir apa pun! Yang penting, aku nak kau jauhkan diri kau dari Mirza! Jangan
ganggu kebahagiaan anak aku!” Keras nada amaran Puan Maizura. Usai itu, Puan
Maizura terus angkat kaki.
Afrina mengeluh. Bengang
kerana Mirza telah menceritakan segalanya kepada Puan Maizura. Nampaknya dia
memang kena lakukan sesuatu untuk mengembalikan ketenangan yang hilang.
***
Afrina mencampak cebisan
roti ke tasik. Seronok melihat ikan-ikan berkumpul untuk menikmati rezeki dari
manusia. Taman Bandar di Indera Mahkota petang ini nampak lengang sedikit.
Terasa menyesal pula kerana tidak membawa Hadziq sekali kerana anaknya itu
awal-awal lagi sudah dibawa lari oleh Azlin. Katanya nak bawa makan KFC sambil
berjumpa kawan.
Hari agak
redup walaupun jam baru menunjukkan angka empat petang. Kedatangannya di sini
adalah untuk menemui seseorang.
“Afrin....”
Kepalanya ditoleh ke
belakang. Tersenyum memandang seseorang yang memang dinanti.
“Mirz... marilah duduk kat
sini..” Ajak Afrina ceria sambil menepuk sedikit tempat di sisinya. Memang
sengaja dirancang pertemuan ini. Bertekak tak akan selesaikan masalah.
Melarikan diri dari masalah pun bukanlah cara yang baik.
Mirza sendiri naik aneh
melihat keceriaan Afrina. Adakah wanita itu sudah bersetuju untuk menjadi
isterinya.
“Afrin dah ada jawapan pada
persoalan Mirz dulu?” Tanya Mirza tak sabar apabila punggungnya mula mencecah
tempat duduk.
“Dulu kan Afrin dah bagi
jawapan... Seribu kali Mirz tanya pun, jawapannya tetap sama..” Jawab Afrina
tenang. Entah perkara apa yang membuatkan dia setenang ini untuk menghadapi
karenah Mirza. Mungkin kerana mengenangkan bahawa satu ketika dahulu, Mirza
begitu tenang untuk mententeramkan jiwanya yang tertekan. Mungkin inilah masa
yang sesuai untuk membalas segala jasa baik Mirza.
Mirza mendengus kasar.
Baru sahaja dia ingin bangun dari duduk namun pergelangannya cepat ditahan oleh
Afrina.
“Mirz.... Afrin rindukan
Mirz yang dulu...” Afrina mula membuka langkah pertama. Lama dia merenung wajah
Mirza.
“Mirz yang dulu? Kenapa
dulu? Sekarang pun Mirz berada di depan Afrin kan..”
“Memang... Memang Mirz
berada di depan Afrin. Tapi hanya jasadnya yang sama. Tapi bukan hatinya..
bukan jiwanya... bukan perasaannya....” Air mata Afrina sudah jatuh ke birai
pipi. Luahannya penuh nada sebak.
“Apa yang Afrin cakap ni?
Mirz tak faham..?” Tanya Mirza pelik. Hatinya bertambah aneh apabila melihat
air mata Afrina.
“Mirz ingat lagi tak...
Waktu kita muda-muda ribena dulu... Kita pernah dating dekat sini. Bawak
sebungkus roti nak bagi ikan makan...Mirz cipta banyak alasan untuk jumpa
dengan Afrin...” Ada tawa di hujung kata-katanya. Tawa yang bersulamkan air
mata.
Mata Afrina merenung ke
dasar tasik. Melihat Mirza tidak memberi sebarang respon, Afrina kembali
menyambung kata.
“Dekat tempat ni jugak...
Mirz pernah ucap ayat ni.... Saya nak jadi awan untuk awak tumpang berteduh dikala mentari
terik membakar hari... Tapi saya terlupa yang awan tak mampu untuk menampung
titisan hujan dari langit... Akhirnya saya telah membuatkan awak kebasahan...
Maksud Mirz, dalam kita cuba melindungi orang yang kita sayang... Kitalah juga
orang yang selalu melukakannya.... Mirz ingat tak?”
Afrina kembali mengimbas detik-detik
percintaan mereka. Kenangan yang terlangkau jauh dari gapaian mereka berdua.
Mirza mengangguk. Masa dia lupa.
Taman Bandar inilah tempat mereka melepak bersama. Setelah dia berpisah dengan
Afrina, terus dia mengambil keputusan untuk tidak datang lagi ke sini. Tidak
mahu mengimbau kenangan yang menyakitkan itu.
“Mirz sedar tak… yang kata-kata Mirz
tu terjadi pada Mirz sekarang. Dalam pada Mirz cuba untuk melindungi orang yang
Mirz sayang, Mirzlah orang yang telah melukakan dia….”
Mirza terdiam lagi. Mendengar
bait-bait kata dari Afrina. Hatinya ingin menjawab balik namun entah kenapa
mulutnya mula membeku.
“Afrin pernah hilang diri… Hilang
diri sendiri kerana tindakan anaiya orang lain…. Tapi Mirz… Mirz hilang diri
bila dibutakan oleh cinta. Hilang pedoman bila ditipu dengan rasa sayang.
Ketenangan Mirz hilang bila dirasuk oleh nafsu. Mana Mirz yang Afrin kenal
dulu? Mana…?” Suara Afrina halus. Memujuk dengan lembut. Sedaya upaya tidak
mahu membuatkan Mirza marah.
Mirz menguakkan rambutnya. ‘Betul ke
kata Afrin? Adakah sejauh itu aku tersasar?’
“Kalau dulu.. Mirz seorang yang
menyenangkan dengan kata-kata pujukan… Mirz seorang yang menjadi alasan untuk
Afrin tersenyum sendiri tanpa sebab. Tapi sekarang, Mirzlah alasan air mata
ini…. Mirzlah alasan untuk keperitan yang kita rasai..”
“Afrin tak adil… Kenapa letakkan
semua kesalahan dekat bahu Mirz?” Mirza sudah mula membentak!
“Tengokkk….. inilah bentuk perubahan
yang Afrin cakap tadi. Mirz yang Afrin kenal sekarang jauh berbeza dengan Mirz
yang dahulu. Mirz dah dibutakan dengan cinta. Cinta yang membabi buta!” Afrina
mahu sedarkan Mirza yang dia sudah hilang diri sendiri kerana taksub pada
cinta.
“Ingat tak masa Mirz tengok Afrin
dengan Haraz. Respon Mirz tak lah seperti ini.. Mirz masih tenang… Masih dapat
mengawal perasaan Mirz.. Kalau dahulu cinta ini yang mendorong kekuatan Mirz,
kenapa sekarang tak macam tu? Kenapa sekarang cinta kita menjadi pendorong
supaya Mirz cepat marah dan naik angin?” Sembur Afrina lagi. Tapi dengan
pujukan yang cukup lembut.
Begini rasanya memujuk orang. Selama
bertahun-tahun, Afrina hanya tahu dan pandai dipujuk. Memaksa seisi dunia
mengikut arahan dan keinginannya.
“Berhenti kejar sesuatu yang
memenatkan. Pandang dan bimbinglah apa yang ada dalam gengaman kita sendiri..”
Mirza senyap lagi. Dia seolah-olah
kehilangan modal untuk membalas kata. Afrina terus bertindak dengan
mengeluarkan sekeping gambar dari beg bimbitnya. Disuakan kepada Mirza.
“Tengok senyuman tu… cantik kan…
Sanggup ke Mirz nak bunuh senyuman tu… Sanggup ke Mirz nak buang seorang yang
selama ini telah mengandungkan Mirz.. Dah menyayangi Mirz dari kecil… Sanggup
ke Mirz meninggalkan Syurga dunia Mirz sendiri?”
Afrina tidak dapat menyembunyikan
rasa sedih yang menghantuk diri. Terkenangkan dosa-dosa yang masih bersisa pada
arwah emaknya. Cukuplah dia seorang sahaja yang mengecewakan emaknya. Dia tidak
mahu Mirza mengulangi kesalahan yang sama pada Puan Maizura.
Rasa perit mula menjalar di hati
Mirza. Sudah beberapa hari dia bermasam muka dengan ibunya sendiri. ‘Ya Allah…
hinanya aku… Aku bermasam muka dengan ibuku sendiri hanya semata-mata kerana
membela seroang perempuan yang belum halal untukku! Masih adakah tempat aku di
Syurga sana andai Syurga dunia aku abaikan?’
Wajah Mirza diraup. Hatinya gelisah!
Dia mula sedar sedikit demi sedikit.
Afrina
merenung wajah Mirza yang gelisah itu. Dahulu lelaki itu sentiasa menyelesaikan
masalah orang lain sedangkan diri dia masih punya masalah yang jauh lebih besar.
Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia mencari kekuatan
diri sendiri. Dia sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati
orang lain walau hatinya sentiasa sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau
senyuman.
Mirza
bukan lupa diri. Cuma sudah terlalu lama lelaki itu melalui semuanya sendirian.
Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, itu
kerana dia sudah tidak sanggup menanggung bebanan hatinya. Dia memerlukan insan
untuk mengadu, tetapi aduan itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan
itu sehingga terpadam! Pendam hingga terpadam hingga menjadikan jiwanya
sudah tidak tahan lasak lagi. Kerana itu Mirza mula terpesong dari landasan.
“Afrin…
Apa yang Mirz dah buat ni? Apa yang Mirz dah buat pada orang sekeliling Mirz?
Apa yang Mirz dah buat pada Afrin dan ibu…” Kutuk Mirza sendiri. Kenapa baru
sini dia sedar. Dia terlalu mengikut kata hati.
Seharusnya
jalan cinta itu mencerahkan jiwa. Kalau ia menggelapkan, itu pastilah cinta
buta.
“Alhamdulilah….
Mirz dah terjaga dari mimpi ngeri tu..” Tangisan Afrina tak henti-henti
mengalir. Melahirkan rasa syukur. Tak sia-sia dia psycho Mirza dari tadi.
“Macam
manalah Mirz boleh jadi macam ni… entah-entah ada orang sihirkan Mirz tak?”
Gurau Mirz tiba-tiba membuatkan Afrina ketawa dalam tangis.
“Apalah…
ke situ pulak yang Mirz fikir.”
“Afrin…
Kalau Mirz kahwin dengan Azlin, Afrin macam mana?”
“Afrin
tak akan matilah kalau tak kahwin dengan Mirz… Yang menghidupkan jiwa dan nyawa
Afrin bukanlah cinta tapi Allah. Afrin akan doakan Mirz bahagia dengan Lin…”
Ucap Afrina lembut. Benar kata orang, hanya kelembutan yang mampu melembutkan
kekerasan.
“Kita
akan jadi kawan sampai bila-bila kan?” Tanya Mirza sebak. Kawan? Rupanya cinta
ini memang tidak punya talian jodoh.
“Kita
akan tetap kawan sampai bila-bila… Mirz… terimalah Lin seadanya. Dia gadis yang
baik… Janganlah nak buat skesta kahwin kontrak pulak?” Usik Afrina nakal.
Mirza
ketawa besar. “Apa punya pemikiran tadikalah Afrin nih.. Dah ada depan mata tu,
ngap jelah…” Seloroh Mirza pula.
“Amboi…
gelojoh betul!”
Ketawa
mereka berdua mula bersatu.
Lebih teruk dari patah hati ialah bila DUA INSAN yang
saling menyayangi tetapi sentiasa bertahan untuk tidak saling MEMILIKI....Ini
lebih baik dari mereka membiarkan orang di sekeliling mereka menderita di
sebalik kebahagian mereka.
“Kak Afrin… abang…” Panggilan itu
membuatkan tawa yang rancak itu mula terhenti. Hampir serentak Afrina dan Mirza
berpaling ke belakang. Rahang Afrina terjatuh melihat wajah Azlin yang sedang
mengendong Hadziq itu. Dan dibelakang Azlin ada Dr Hazim.
“Apa abang dengan kak Afrin buat
dekat sini?” Soalan itu tidak mampu ditahan lagi. Dari jauh lagi Azlin sudah
dapat mengecam kelibat mereka yang nampak mesra. Kejap Afrina menangis dan
sekarang kakak iparnya itu sudah ketawa. Apa hubungan Afrina dan Mirza
sebenarnya?
p/s: dua bab lagi sebelum menemui titik akhir...hope enjoy reading n do komen.. sorry kalau cerita ni x memenuhi piawaian korang... just a simple story from a sempoih writer.. kui kui kui....
Dh elok dah azlin dgn dr hazim pasangan secocok hihi. Tapi Mcm biasa sukar mnebak kolam hati wanita bnama sara. Karang lain yg dia kasi. Pendek kt ending sukar djangka tp harap mirza ttp ngn afrina.wpun mcintai x semestinya mmiliki tp kli ni bg la mirza ngn afrina ek cik penulis yg comei lg cute hihihi
ReplyDeletethansk part sara comel lagi kot tuh.. tp ending tetap x boleh diubah..hahahaha.. so tunggu jelahh... =)
Deletenk lg..cpt2 la next n3 ek..hehehhe
ReplyDeletemingguu ni habiskan... so x payah tunggu lagi kan...hehehe
Deletecpt la bg Azlin tau psl diorg keke,.xsabau nye nk tau ending keke
ReplyDeletejeng jeng jeng... sabar.. lagi 2 bab je...
Deletemcm da taw jer nding.afrina ttp x bersama dgn mirza.
ReplyDeletehahhaha.. jangan buat spekulasi dulu... sabarrr...
Deleteala..ksian kat afrina. bnyak da berkorban. tpi ni la realitinya kan. kalo x pecahkan rhsia skrang, nnt akan jdi lbih parah kalo lpas kawen nnt. baik sttle2kan semau n libatkan semua pihak, jgn 2 org ni je dok pk psal semua org
ReplyDelete>>k<<
hahhaa.. suka baca komen awak k... nak buat macam mana... cinta itu memerlukan pengorbanan.. manakala pengorbanan memerlukan perjuangan.. =)
Deletedah, teka teki nak siap dah, hehe. suke, makin lama makin matang penulisan Sara ni, ^_^.
ReplyDeletemuda_13
thanks kak muda... try give the best..heehe..
Deleteso leh ker afrina ngelat kan azlin ngan jawapan ter or pape lah asal lin tak tersalah sangka?itu lah rahsia dari ALLAH,sape leh sangkal.tup2 bertembung cam tu..kalu sape pun di tempat afrina ape jawapan yang harus kuar dari mulut untuk menjaga hati orang lain walhal hati sendiri teramat menderita.betul gak ayat telan mati emak kalu luah plak mati bapak...so pendekatan nyer hati afrina sendiri mati kat tengah2 demi menjaga hati sume pihak...sesungguh nye cian teramat sangat kat afrina yang sebenar nye menjadi mangsa keadaan.wat cam mane pun tersepit kat tengah2 sudah2 nye dipersalah kan....dek writer cian kat afrina ...
ReplyDeletetapi kenapa sy rasa kesian dekat azlin ya kak?? hahaha... mungkin sudah jalannya... kerana telah tertulis sebegitu rupa..hehhe
Deleteaaa.........tanda tanya....tapi azlin n dr hazim tu buat apa pulak kat situ kan? jeng...jeng..jeng...
ReplyDeletejeng jeng jeng... entah2 depa dating kan.. wooo...
Deletesaraaaaaaa nak ending... tak sabar tak sabar... sedih bila afrina kena sound dengan mak mirza tuh... rasa salute gila bila afrina psycho kepala otak mirza... rasa mcm smooth je pujukan tuhh...
ReplyDeletetapi bila terkantoi cm gini takut kalau lin terasa.. larikan diri mcm drama2 melayu kannnn... (kalau boleh tak mau mcm tu.. hahaha) best pasal DSKH ialah bila watak smpingan mcm owg ketiga tu baik gilerr.. smpai kami pun x smpai hati kalau mirz tingalkan azlin tuh..
tak dah boleh teka dah.. redha jelah ending mcm mana pun
yatttt.. sabar sabar...hahhaa.. kira mcm awak pun confuse lah ni ya... 2 bab je lagi... lepas ni boleh berjimba dengan cerita lain pulak... haha
DeleteSedar juga Mirza akhirnya.... #^_^
ReplyDeleteterbangun dari mimpi..hehhe
Deleteuhuhuhu biarlah mirz dengan afrina..
ReplyDeletekalau jawab skrang.. mcm x saspen pulakk
DeleteSuspenlah pulak, agak-agak nya Lin dgr tak perbualan mrk brdua. Harap-2 Afrina dna Mirz dapat jelaskan perkara sebenar supaya tiada lagi salah faham. Dr Hazim is a good choice also for Afrina, tak gitu cik penulis..heheeeeeee
ReplyDeletehahhaa.. hazim tu mcm blur je untuk afrina.. berbeza dengan mirza ngan haraz... xpe.. tunggu jelah ending..hehe
Deleteagak2 azlin dan hajah khadijah akan tahu tak perkara sebnar yg afrina sembunyikan tntg dia ngan mirza?apa keputusan sebenar mirza?hope dia benar2 bernikah ngan Azlin la..huhu..lgpun sinar2 ending dh nampk ke arah mana cuma tak brani nk expect lebih2 ..karang something yg unexpected plak berlaku..kan cik writer..;)
ReplyDeletehahahha.... kan kalau unexpected mulalah kecewa kan.. so tunggu jelah 2 bab yang terakhir tu..heheh
Deleteokay first time komen DSKH ini..
ReplyDeleteoverall, I think this story is very different dari novel2 yang berada di pasaran yang banyk berkonsepkan kahwin paksa or kahwin rela dalam terpaksa.. oh my god.. sungguh dah jemu and rasa value dalam novel tu dah hilang.. nothing special anymore ..
but it turned out differently with DSKH .. where we saw Mirza n Afrin sedaya upaya nak pertahankan kebahagian orang lain... so touching and banyak value yang boleh kita ambil bila baca novel ni..
i'm so excited nak tnggu ending.. hope tak klise but still harapkan happy endinglah kan..
love u sara..
love u jugak.. lain kali tulislah nama.. sedang den nak panggil n nak cam..hehehe... opps.. dskh ni mmg lain.. sebab cite dia x sweet..hehehe.. more tu jiwa2 y agak berat.. so novel genre begini payah nak tangkap hati pembaca... hehe.. btw thanks sbb suka DSKH n sbb komen.. nnti komen lagi 2 bab okeyh...
Deleteoh maigad!!!!!!!!!! o...o... O_0 azlin..... oh so kwan yg die nk jumpe tu hazim la... ehem2 diorg tu ad ap2 ker?? ending yg x dpt nk predict hahahah
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
hahaaha.. x payah predict jayy.. tnggu ending je k..
Deletengeeeee..sob2..pning kpla bca coz x tau nak suh sama ngan sape..nasib baik sama ngan Azlin..kalo sama ngan Afrina x tak tau la mcm mana konfliknya...akhirnya Afrina tetap ngan Haraz..cerpan ni sedap tapi y x sedap xleh copy...hehe
ReplyDelete