Punggungnya mula diangkat. Tidak menjangka langsung yang Azlin juga akan
datang ke Taman Bandar ini. Matanya mula melirit ke arah Afrina yang jelas
kelihatan serba salah itu.
“Ibu...” Panggilan Hadziq
itu membuatkan Afrina terus mengambil Hadziq dari dukungan Azlin. Bibirnya
tersenyum sahaja pada Dr Hazim yang muncul bersama Azlin. Masing-masing mula
dikawal dengan rasa ingin tahu yang begitu menebal.
“Lin buat apa dekat sini.”
Mirza mula mengawal rasa gugup. Lebih kepada rasa
terkejut sebenarnya. Dalam pada dia cuba untuk menyelesaikan kemelut bersama
Afrina, tiba-tiba sahaja Azlin muncul di sini. Sesungguhnya siapalah manusia
untuk menduga percaturan Allah.
“Lin bawak Ad
jalan-jalan... Kita orang baru lepas makan tadi...” Cerita Azlin tanpa
berselindung.
“Abang dengan Kak Afrin
pulak buat apa kat sini?” Sekali lagi Azlin melontarkan soalan itu kepada
Afrina dan Mirza yang mula mencuri pandang antara satu sama lain.
Dia tidak dapat menolak
rasa terkejut dan cuak yang menapak dalam dada. Azlin dapat mengecam raut wajah
Afrina yang agak sembab itu. Seakan-akan
baru lepas menangis. Kalaulah benar yang mereka punya hubungan, apalah daya
dirinya untuk menghalang. Dari dahulu lagi dia sedar yang dia tak mampu untuk
bersaing dengan Afrina. Seorang perempuan yang cukup sempurna untuk lelaki
seperti Mirza.
“Kita orang tengah
dating.. Lin datang buat kacau je..”
Berubah air muka Azlin
tatkala telinganya menampar bait-bait kata yang keluar dari mulut Mirza. Hilang
terus impian dan harapannya. Yang ada hanya rasa kecewa yang bukan sedikit. Musnahlah
harapannya jika benar Mirza dan Afrina mempunyai hubungan!
Afrina pula dapat merasa
yang jantungnya sudah bergolek ke tanah. Bukankah Mirza sudah berjanji untuk
menerima Azlin. Plot drama mana pulak yang Mirza songlap ini? Dapat dikesan riak
wajah Azlin yang berubah tegang itu. Jika boleh, dia tidak mahu timbul sebarang
spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaaan.
“Jangan percaya Lin.. Mirz
ni bukan boleh kira sangat.” Afrina terpanggil untuk bersuara.
“Eh... relekslah... Abang
main-main jelah.” Gurau Mirza.
Sebenarnya dia pun sengaja menguji Azlin. Gadis
itu sebenarnya tidak berhak merasa cemburu kerana Azlin juga datang bersama
seorang lelaki yang tidak dia kenali. Jadi bukankah mereka berada di dalam
situasi yang sama?
“Azlin pulak dating dengan
siapa ni? Tak nak kenalkan pada abang?” Gurau Mirza lagi. Tidak mahu terus
menerus dihantuk suasana canggung. Dalam kepalanya sudah mereka-reka ayat yang
sesuai untuk memujuk jika Azlin merajuk sebentar nanti.
“Bukan datinglah... Ini
doktor yang merawat Ad dulu. Inilah Dr Hazim.”
Mirza mula mengangguk
kepalanya berulang kali. Baru dia paham kenapa Dr muda ini begitu berminat
untuk menjeling Afrina dari tadi. Jadi inilah dia orangnya! Hmm, tak kurang
hebatnya juga.
“Oh... Jadi inilah
orangnya ya..” Ujar Mirza sambil tangannya mula dihulurkan. Bersalaman dengan
seorang doktor yang mungkin dapat menambat jiwa Afrina.
‘Afrin.. Mirz doakan Afrin bahagia..’ Mungkin
waktu tak berpihak pada kita. Ataupun memang sudah janjiNya yang cinta kita
terpisah selamanya.
Serba salah Hazim
dibuatnya. Takut juga kalau keluar bersama Azlin menimbulkan salah faham antara
mereka. Tapi bila menyambut reaksi selamba Mirza, Hazim mula menarik nafas
lega.
“Eh Lin, alang palang dah
ada kat sini, jomlah kita dating sekali. Boleh berbual-bual.” Hati yang separa
layu itu kembali berbunga apabila mendengar perlawaan Mirza. ‘Arggh doktor
sakit jiwa ini memang pandai bermain jiwa aku!’ Gerutu hati Azlin.
“Hazim, Kau temanlah Afrin ya...”
Bulat mata Afrina menyambut kata-kata Mirza itu.
Wah, berani sungguh Mirza mengarahkan agar Hazim dating dengan dirinya. Padahal
dari tadi lagi doktor itu hanya senyap. Mungkin tidak tahu untuk mencelah kata.
Azlin dan Mirza sudah mula meninggalkan mereka
berdua sendirian bersama Hadziq.
“Ibu.. Ad nak main gelongsor..”
“Jom.. Kita main gelongsor.”
Afrin membawa anaknya ke papan gelongsor manakala
Hazim hanya menurut. Afrina ke kiri, Hazim ke kiri. Begitulah sebaliknya. Jika
diajak berbual tak apa jugak. Ini lelaki itu hanya menemani dengan kebisuan.
Dada Hazim bergelombang bagaikan arus tsunami.
Rasa macam tak berada di bumi yang nyata apabila berada di sebelah Afrina.
Wanita yang telah menemani tidurnya sejak dua tiga menjak ini.
Bibirnya ringan untuk diajak berbual. Tapi
lidahnya kelu dan ideanya beku. Bimbang nanti tersalah topik dan akan
mengundang kemarahan Afrina. Dia juga sedar yang kebisuan ini akan membuatkan
Afrina tidak selesa.
“Dah lama dah jadi doktor?” Akhirnya Afrina mula
memecah kebisuan. Terasa kekok tingkahnya apabila dirinya diekori.
Sambil-sambil itu, matanya memandang pada si kecil yang ralit bermain.
“Lebih kurang lima tahun jugaklah...” Jawab Hazim
pendek.
Kemudian diam....
Buntu Afrina dibuatnya. Tanya sikit, jawab lagi
sikit. Kalau tak tanya, terus tak ada jawapan. Itulah, siapa bilang lelaki yang
kacak, ada kerjaya itu seorang yang sempurna. Biasanya mamat sebegini ramai
yang blur!
“Dah lama ke arwah suami awak pergi?” Tanda
diduga, soalan itu keluar dari mulut Hazim.
Afrina tersentak. Lama dia terkedu sendiri.
Mencari dan mengenang tarikh pemergian arwah suaminya. “Tujuh hari bulan nanti genap
setahun...” Jawab Afrina separa berbisik.
Tarikh ulangtahun kematian Haraz jatuh pada tarikh
perkahwinan Azlin dan Mirza. Rupanya sudah hampir setahun rupanya pemergian
Haraz. Tapi bagaikan baru semalam lelaki itu meninggalkannya.
“Awak masih sayangkan dia?” Hazim tak pasti sama
ada soalan itu relevan atau tidak. Tapi hatinya teringin untuk mendengar
jawapannya.
“Bilamana seorang lelaki itu digelar suami, pasti
tinggi darjatnya dalam hati seorang isteri. Walaupun dia sudah tiada, namun
kasih sayang itu masih bersisa....Rindu itu tak pernah mati.”
Hazim tarik nafas panjang.
“Boleh tak....Boleh tak kalau darjat saya diangkat
menjadi suami awak Afrin?”
Afrina terpana! ‘Biar betul mamat ni? Kenal pun
tak sampai sebulan dah ajak kahwin? Mamat ni waras ke tidak?’
Sebenarnya, berbelit lidah Hazim untuk
menyempurnakan kata hati yang langsung tidak tersusun. Dia sendiri tidak pasti
tindakannya betul ataupun tidak. Apa yang pasti, dia hanya menurut kata hati.
Dan sekarang, dia hanya menantikan jawapan dari Afrina.
***
“Sebenarnya apa yang abang
buat dengan Kak Afrin dekat sini?” Setelah jarak mereka agak jauh, Azlin sekali
lagi melontarkan soalan yang sama. Sedikit tak berpuas hati dengan jawapan
Mirza tadi.
“Baik abang jujur dengan
Lin... Abang ada hubungan dengan Kak Afrin ya?” Tembak Azlin lagi.
“Apa yang nampak pelik
sangat? Tak peliklah kalau seorang doktor jumpa dengan bekas pesakit...”
“Jadi abang banyaklah
jumpa dengan bekas pesakit perempuan abang?” Hati Azlin dijentik rasa cemburu.
Bukan waktu kerja pun, Mirza keluar dengan pesakit jugak? Kalau macam ni memang
dia makan hati selalu.
Mirza ketawa. Terasa lucu
dengan karenah Azlin ini.
“Kenapa ni? Cemburu ke?”
Buat pertama kali dia melihat sisi yang berbeza dalam diri Azlin. Gadis ini
nampak jujur melahirkan perasaan hatinya. Mungkin selama ini dia agak
berhati-hati dalam melahirkan perlakuan.
Azlin senyap. Segan hendak
mengaku yang hatinya memang diserang rasa cemburu!
“Afrina tu kan kakak ipar
Lin... Abang tak cukup tamak ambik dua-dua. Abang pilih salah seorang je..”
Azlin terpempam! Apakah
maksud Mirza itu?
“Abang gurau jelah...
Janganlah take serius sangat Lin... Nanti jadi macam pesakit-pesakit abang tu.
Senyum sikit....” Usik Mirza selamba. Argh, menjadi betul terapi yang Afrina
lakukan pada dirinya tadi. Tadi macam dah muka orang putus harapan, tapi bila
konsep redha ditanam sedalamnya di pelusuk hati, semua ini mula berjalan dengan
baik. Tanpa ditemani perasaan yang menggila lagi.
“Abang ni, perkara serius
macam ni pun nak bergurau!” Azlin mencebik dengan rasa marah. Hari ini dia rasa
Mirza lain benar. Terasa Mirza mula ingin melayannya dengan mesra sambil
bersulamkan usikan-usikan yang menyakitkan hati.
“Lin pulak buat apa dengan
doktor muda tu?”
“Dia nak tanya pasal kak
Afrin... Pelik kan, baru je seminggu jumpa, dia betul-betul dah jatuh sayang
pada Kak Afrin. Sebab tu Lin jumpa dia, Lin nak bantu dia dapatkan Kak
Afrin...” Cerita Azlin ringkas. Memadai jika Mirza mengerti yang dia dan Hazim
tidak punya apa-apa hubungan mesra.
“Nak tolong tu boleh...
Tapi jaga sikit perasaan Kak Afrina. Takut nanti dia tension pulak bila orang
di sekeliling dia cuba nak kahwinkan dia dengan lelaki lain. Lagipun mamat tu
nampak macam blur jeh!” Komen Mirza selamba.
Sekali pandang, dia tak
rasa yang Afrina akan terpikat dengan lelaki seperti itu. Langsung berbeza
dengan perangai Haraz!
“Ish.. selamba cakap orang
blur! Macamlah dia bagus sangat..” Dia senang dengan perlakuan Mirza ini.
Terasa dirinya bakal diterima.
“Ish.. mestilah bagus...
Kalau tak, tak kanlah Lin terpikat kan....” Seloroh Mirza sambil mengenyit
matanya sedikit. Kebahagian itu ada dimana-mana. Asalkan manusia itu meredhai
kedatangan kebahagiaan itu sendiri. Itu yang cuba Mirza lakukan.
‘Ya Allah.. izinkan hati
ini untuk menyintai Azlin. Aku ingin mengangkat darjatnya sebagai seorang
isteri yang halal di sisiku...’ Doa Mirza dalam hati.
Azlin melarikan pandang.
Mirza memang nyata berlainan. Terus disimpul rasa ini. Biar tersimpul rapi.
‘Tapi bukan ke lelaki yang berubah sekelip mata tu sebab dia nak selindungkan
kejahatan dia ke?’ Akal Azlin mula tertanya-tanya sendiri.
Argghh... Baik dibuang
keraguan itu jauh-jauh. Sesungguhnya perjalanan ini terlalu singkat untuk
dilewatkan dengan kata hati yang bakal mendera jiwa. Rasa hati yang tidak enak
apabila melihat Afrina dan Mirza tadi terus ditolak ke tepi. Dia perlu
memandang hubungan Afrina dan Mirza dengan sudut yang positif.
***
Panggilan telefon Mirza
yang mengarahkan dia untuk datang ke hospital membuatkan Afrina debar sendiri.
Beria-ria lelaki itu mengarahkan agar dia datang.
“Mirz... kenapa suruh
Afrin datang ke hospital? Siapa yang sakit? Ibu ke?” Pelik juga Afrina
dibuatnya. Kalau Puan Maizura yang sakit, kenapa pulak dia menapak di wad
Dahlia di tingkat lima ini. Bukankah ini wad pesakit mental?
Mirza menggeleng perlahan.
“Mirz mintak Afrin bersabar dengan apa yang Afrin akan tengok sekejap lagi...”
“Apa ni Mirz? Afrin tak
faham?” Kata-kata Mirza tadi memang berjaya mengundang rasa pelik dalam fikiran
Afrina.
“Jom ikut Mirz...” Terus
Mirza memajukan langkah. Menapak satu demi tapak sehinggalkan kakinya terhenti
di sebuah katil pesakit.
Mata Afrina tidak berkelip
saat matanya memandang seraut wajah yang sangat dia kenali. Wanita itu nampak
tidak terurus dengan rambut yang kusut masai. Hilang terus tudung yang menutupi
kepala wanita itu.
“Sufiah...”
Mungkin menyedari yang
namanya diseru, Sufiah mula berpaling ke belakang. Mukanya pelik dan nampak
jelik. Matanya terus membulat saat terpandangkan wajah Afrina. Agaknya Sufiah
masih mengenali Afrina.
“Afrin.... Afrin cantik...
Sufi nak cantik macam Afrin jugak..” Perlakuan Sufiah sungguh pelik. Dia datang
ke arah Afrina sambil mengusik tudung, baju dan beg tangan yang tersangkut di
bahu Afrina.
Afrina masih keliru saat
terpandangan susuk tubuh Sufiah syang sudah kelihatan seperti perempuan tidak
waras itu.
“Sufi... Macam mana boleh
jadi macam ni?” Terketar-ketar suara Afrina. Matanya mula kabur. Tak menjangka
akan melihat keadaan Sufiah sebegini rupa.
“Kenapa kau cantik?
Kenapa? Aku bunuh kau... Aku bunuh kau...” Tiba-tiba Sufiah hilang pertimbangan
dan mula berpelakuan ganas dengan mencekit leher Afrina. Mirza terus
mendapatkan Sufiah sambil dibantu oleh beberapa orang jururawat. Nampaknya
keadaan Sufiah sudah kritikal benar. Tidak mustahil jika Sufiah perlu dirawat
di rumah sakit jiwa.
Afrina yang masih terkejut
itu mula menapak ke belakang. Nafasnya turun naik. Tak percaya dan tak faham
dengan apa yang sedang terjadi di depan matanya ini. Kenapa Sufiah jadi begini?
Perkara apa yang membuatkan dia mengalami tekanan perasaan yang begitu dasyat?
Melihat Sufiah yang
disuntik ubat penenang itu membuatkan air mata Afrina mengalir. Sufiah adalah
rakan baiknya sejak di sekolah menengah lagi hinggalah mereka ke menara gading.
Namun sejak kematian Haraz, hubungannya dengan Sufiah mula terputus apabila
rakannya itu membuat aniaya padanya. Malah Sufiah mula menyebarkan fitnah
hingga menyebabkan Afrina diberhentikan kerja.
Sehelai sapu tangan mula
dihulurkan pada Afrina. Dia kenal dengan Sufiah. Kerana itu dia membuat
tindakan untuk memanggil Afrina datang. Dia ingat, keadaan Sufiah akan
bertambah baik jika melihat Afrina, rupanya gadis itu makin marah emosi wanita
itu makin tidak stabil.
“Jom kita ke Taman
Hasplanet.. Ada sesuatu yang Mirz nak beritahu.” Suara Mirza serius. Terus
membunuh ketenangan Afrina.
***
Fikiran Afrina lesap
menjelajah sejarah hidupnya bersama Sufiah. Sufiah seorang gadis yang ceria.
Kawan yang baik walaupun kadang-kadang agak mementingkan dirinya sendiri. Kali
terakhir mereka bertemu lebih kurang enam bulan yang lepas. Itu pun secara
tiba-tiba apabila Sufiah bertandang ke rumahnya dan memohon maaf. Selepas itu,
kelibat Sufiah langsung tak kelihatan.
Minuman soya di dalam tin
mula dihulurkan kepada Afrina. Mirza tahu yang fikiran Afrina sesak tika ini.
Siapa pun yang berada di tempat Afrina, pasti akan merasa terkejut.
“Saya tak faham... Kenapa?
Kenapa Sufi jadi macam tu?”
Mirza mula menempatkan
diri di sebelah Afrina. Mata mula merenung ke arah Sungai yang terbentang di
depan mata. Memang sengaja dia mengajak Afrina datang ke Taman Hasplanet ini.
Bimbang jika Afrina sukar untuk mengawal emosi apabila berbincang di
persekitaran hospital.
Nafas panjang mula dihela.
Mirza sendiri kelu untuk bermula dari mana. Tapi yang pasti, hatinya lega. Lega
kerana Allah meletakkan dia di dalam pekerjaan ini. Menjadi titik pertemuan
untuk Sufiah dan Afrina hari ini.
“Sebenarnya... Sufiahlah
dalangnya.. Sufiahlah orang yang hantar guna-guna supaya Afrin bencikan Mirz.”
Terjatuh tin minuman yang
dipegang oleh Afrina itu. Tangannya terketar-ketar. Matanya mula dikerdip
beberapa kali. Cuba mengawal permata jernih itu dari jatuh. ‘Ya Allah...’
“Jangan main-main Mirz... Lagipun,
Mirz tahu dari mana?” Soal Afrina tak sabar.
Mirza terdiam. Cuba
mengimbau kembali situasi semalam. Apabila melihat profil milik pesakit, terus
Mirza mendapatkan Sufiah yang nampak gelisah dan tak tenteram itu.
“Sufi... Awak ingat saya
lagi tak...?” Mirza merendahkan sedikit badannya. Supaya Sufiah dapat melihat
wajahnya. Siapa sangka yang Sufiah juga perlu mengambil rawatan psikitari
seperti Afrina dahulu. Tapi Sufiah nampak lebih kritikal berbanding keadaan
Afrina dulu.
“Kau siapa? Aku pernah
jumpa kau.. Aku pernah jumpa kau...” Riak wajah Sufiah berubah sikit. Matanya
mencerlung memandang segenap inci wajah Mirza. Merenung dengan mata yang penuh
rakus.
“Ya... awak kenal saya.
Saya kawan Afrina.”
Apabila mendengarkan nama
Afrina, tangan Sufiah terus menarik-narik rambutnya. Diramas rambut itu dengan
kuat. Bahasa tubuhnya memperlihatkan yang dia tidak senang mendengar sebaris
nama itu.
“Afrina... Afrina..... aku
benci perempuan tu! Aku benci perempuan tu! Kau... kaulah yang suka Afrina dulu
kan.... Kesian kau... Afrina tinggalkan kau sebab aku...” Sufiah mula ketawa
kuat. Namun lebih kepada mengilai sebenarnya.
Terkejut Mirza saat
mendengar bait kata dari Sufiah itu. Apa maksud Sufiah?
“Kenapa Sufi benci Afrina?
Dia kan kawan baik Sufi sendiri?”
“Aku benci dia dari dulu
lagi! Dia selalu dapat apa yang dia nak! Aku dengkikan dia... Hidup dia
sempurna serba serbi. Dia ada semua yang aku tak ada....” Tutur Sufiah seperti
dirasuk.
Mirza terkaku dan terpaku.
Tak percaya dengan apa yang dia dengar.
“Kau nak tahu satu rahsia tak..?” Tiba-tiba wajah
Sufiah mula mendekat. Seperti ingin membisikkan sesuatu.
“Tahu apa?”
“Aku ada hantar sihir pada
dia... Aku hantar hantu.... Aku suruh dia benci pada kau.. Sebab aku tak suka
tengok dia bahagia dengan kau.... Aku nak buat hidup dia tunggang langgang...”
Sejurus selepas itu Sufiah ketawa lagi sedangkan Mirza mula terduduk. Tak
menyangka yang perbuatan terkutuk ini datang dari Sufiah.
Selama ini dia sentiasa
diselubungi dengan perasaan ingin tahu yang menggunung! Mencari orang yang
bertanggunjawab di sebalik penderitaan Afrina. Dan sekarang jawapan itu muncul
sendiri tanpa perlu digeledah. Ya Allah, percaturan apakah ini?
“Kau nak tahu rahsia lagi
tak?” Soal Sufiah lagi. Mukanya seakan-akan teruja untuk bercerita lagi.
“Aku bunuh suami dia....Aku
hantar sihir dari bomoh siam suruh tikam jantung suami dia... Padan muka dia! Aku
tak suka tengok dia bahagia... Aku tak suka tengok dia dapat semua yang aku tak
ada!” Jerit Sufiah lantang.
Mirza mengenggam penumbuk.
Kalau tak mengenangkan yang Sufiah mengalami tekanan mental, pasti sudah lama
dia mendaratkan buku limanya di wajah perempuan kejam ini. Hanya semata-mata
kerana sikap dengki, Sufiah telah memperlakukan Afrina dengan kejam!
Mirza terus membuat
keputusan untuk memasukkan Sufiah ke dalam wad. Sufiah perlu untuk menjalani
rawatan lanjut. Dan Mirza memutuskan untuk memberitahu Afrina perkara yang
sebenar. Tidak mahu membuatkan Afrina tertanya-tanya lagi. Bukan hendak
mengajar Afrina untuk berdendam, tapi lebih pada untuk mengurangkan tekanan
Afrina sendiri.
Afrina menangis
teresak-esak saat peluput telingannya mendengar satu demi satu cerita dari
mulut Mirza itu. Paling menyedihkan ialah apabila mengetahui yang suaminya
telah dibunuh. DIBUNUH dengan kejam menggunakan sihir.
“Afrin... Please jangan
nangis... Mirz tak boleh tengok Afrin macam ni..”
Mirza sudah melutut di bawah sambil melihat Afrina
yang sedang menekup mukanya. Jika diturutkan hatinya, mahu sahaja dipujuk
wanita itu. Menarik Afrina ke tubuhnya. Supaya Afrina dapat melepaskan tangis
di dadanya. Biar terasa hilang bebanan yang tertanggung di bahu. Tapi Mirza
sedar yang antara mereka, masih ada agama yang menjadi pemagarnya.
Tangan Afrina mula
dijatuhkan. Nampak yang anak mata Afrina yang bengkak dan sembab. “Sampai hati
Sufi.... Tergamak dia bunuh suami Afrin.... Sampai hati dia buat Afrin macam
ni...”
Bukan kehendak hati untuk
terus merungut dengan percaturan yang telah Allah tetapkan dalam hidupnya. Tapi
Afrina tak pernah menjangka yang Sufiah akan bertindak kejam sebegini rupa. Tegarnya
wanita itu menggunakan sihir untuk membunuh. Melakukan perbuatan syirik yang
dilaknat Allah!
“Afrin...segala apa yang
berlaku dah tertulis. Apalah daya tangan kita untuk menolak atau menahan
takdir.... Mirz tak cakap yang semua terjadi ni mudah untuk diterima. Mirz yang
tengok ni pun sakit hati... Apatah lagi bahu Afrin yang menangung. Kerana
kebencian manusia dengan sikap dengki, Afrin kehilangan suami sendiri..
kehilangan tunang.. Kehilangan keluarga... Tapi inilah yang dinamakan ujian.
Ujian tak tiba disaat kita bersedia. Dia datang sebelum kita bermula dan
berakhir di waktu yang telah ditetapkan di saat manusia sendiri tak
menjangkakannya.”
Hanya modal kata-kata yang
mampu Mirza lakukan untuk memujuk.
“Allah pisahkan kita....
kemudian Allah satukan Afrin dengan Haraz. Kemudian Afrin kehilangan Haraz dan
Allah mengatur pula pertemuan antara kita. Cuba bayangkan, jika Afrin tak
kehilangan Haraz, mungkin sampai sekarang kita masih membawa haluan
masing-masing. Sesungguhnya Dialah yang merencanakan segala-galanya. Dan
sekarang Allah bentangkan jawapan di sebalik persoalan-persoalan kita tanpa
perlu kita cari... Cantikkan percaturan Allah?”
Afrina mendiamkan diri
namun tangisan masih belum berhenti dari merebes di ruang wajah. Kata-kata
Mirza itu memang banyak benarnya. Dia bukanlah menyesali dengan takdir yang
telah berlaku, cuma hatinya terlalu kecewa... Kecewa dengan sikap teman baiknya
sendiri.
Selama ini mereka
bersahabat baik dari sekolah menengah lagi. Memang Sufiah terkenal dengan
perangai yang mementingkan diri sendiri dan cemburu buta. Tapi siapa sangka
yang Sufiah telah bertindak sejauh ini.
Agak lama mereka terdiam
tanpa kata kerana Mirza terus membiarkan Afrina melepaskan tangisnya.
“Mirz....”
“Ya....”
“Afrin rindu Haraz....
Rindu sangat....” Luah Afrina penuh sebak. Dia di sini sibuk mengejar cinta
dunia tapi Haraz di sana mungkin sedang menunggu dirinya. Menunggu untuk
menyambung cinta mereka di Syurga nanti.
Mirza hanya terdiam saat
telinganya menyambut huluran rindu seorang isteri untuk si suami yang telah
pergi. Sememangnya dia sudah melakukan solat istiharah. Namun masih tidak
menemui apa-apa jawapan.
‘Ya Allah, Kau
tunjukkanlah jalan yang terang lagi bersuluh pada hati kami.... Jika benar
jodoh ini bukan milik kami, Kau titipkanlah kebahagian buat Afrina.. Kebahagian
di dunia dan di akhirat kelak....’ Doa Mirza, dia hanya inginkan kebahagian
buat Afrina. Andai benar ada bahagia di atas perpisahan mereka, Mirza rela
mengorbankan cintanya demi insan yang tersayang.
Penangan cinta itu sebenarnya sangat kuat. Cinta sudah
ibarat menjadi darah daging. Membuang perasaan cinta itu ibarat membuang
sedikit darah daging sendiri. Bagi yang kuat, mereka kental dan cool sahaja jika darah daging
mereka dihiris tapi bagi yang kurang kental pula, darah daging itu perlu
dibuang secara halus, tidak kasar dan berhati-hati supaya sakitnya tidak
terasa.
Tidak perlu
lagi disimpan cinta ini… Biarlah ia berlalu pergi.
***
Usai berjumpa dengan Mirza
di hospital, Afrina mengarahkan pemanduan ke rumah Sufiah. Dia ingin berjumpa
dengan keluarga Sufiah sendiri. Mencari motif di sebalik kisah yang menyiat
hatinya ini.
“Maafkan mak cik Afrin....
Mak cik yang salah sebab tak mampu nak larang dia. Tolonglah maafkan Sufi..”
Pohon Puan Melor sambil menangis-menangis. Sudah lama dia berusaha untuk mencari
Afrina. Ingin diterang tempat duduk cerita yang sebenar. Dia ingin anaknya
dimaafkan kerana perbuatan terkutuk itu.
“Saya masih tak
percaya....”
“Dia memang terlalu
mencemburui kamu Afrin.. Sebab tu dia sanggup buat semua ini. Mak cik pun baru
tahu yang dia mengamalkan ilmu hitam. Dan sekarang ilmu hitam itu terbalik pada
diri sendiri bila dia gagal menunaikan perjanjian syaitan itu...”
Sekali lagi jantungnya
terhentak saat mendengar penjelasan dari Puan Melor. Sudah terlalu jauh Sufiah
tersasar.
“Tolong maafkan dia
Afrin... Selagi Afrin tak maafkan dia, keadaan dia makin terseksa...” Rayu si
ibu lagi.
Afrina terpaku sendiri.
Tak ada daya berkata-kata. Hatinya bagai telah disiat-siat!
Air mata menitis pada
surat yasin yang sedang dibaca oleh Afrina. Sebak mengenangkan si suami yang
telah pergi. Sedih mengenangkan perjalanan hidup untuk mengecapi bahagia ini
terlalu sukar. Sesungguhnya apa yang berlaku dalam kehidupan ini sungguh
meletihkan. Letih jika Iman tak cukup kuat untuk menahan hati yang sedia ampuh
ini.
Tapi Afrina ambil sikap
redha dan berterima kasih. Mungkin dahulu dia sudah terlalu lama alpa dan leka
dengan kebahagian hingga kurang menumpukan diri pada ibadat. Bila hati diserang
gundah apabila beban tak mampu digalas lagi, barulah hamba yang hina ini
mengadu dan beribadat dengan bersungguh-sungguh.
Afrina malu... malu dengan
Yang Maha Esa.
Panjang doa Afrina malam
itu. Mengharapkan agar Allah melembutkan hatinya untuk memaafkan segala
perbuatan Sufiah. Dendam tidak akan membawa apa-apa kebaikan namun dia bukan
serikandi islam yang luhur dan suci hatinya. Dia manusia biasa yang tetap ada
perasaan marah dan kecewa.
“Ya Tuhanku… Curahkanlah kesabaran dalam jiwa ini
dan teguhkanlah pendirianku… janganlah Kau palingkan hatiku ini setelah Kau
tunjukkan kami hadhirat dan rahmatMu… Ya Allah, perkukuhkanlah keimananku untuk
mengharungi pancaroba dunia dari terus tersesat…”
Doa yang tersekat itu mula
berhenti saat mata sudah terlalu kabur. Esakan pula mula menjadi penyeri pada
sepertiga malam ini. Memohon keampunan Allah melalui taubat.
“Ya
Allah, sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku,
antara aku dan cintaku, maka Kau berikanlah penghalang antaraku dan syaitan
serta perbuatannya… Aku mohon jiwa yang tenang dan tenteram.. Aku percaya pada
pertemuan denganMu… Sesungguhnya aku hanya mengharapkan keredhaan atas segala
tingkahku dan sesungguhnya aku puas dengan pemberianMu…
“Maafkan daku yang
berlidah lemah dengan langkah yang tempang ini... Ampunkan daku ya Allah...
Ampunkan daku...” Kepala Afrina jatuh dan kembali bersujud. Badannya
terhenjut-henjut menangis dan mengadu pada yang Maha Kuasa.
“Aku maafkan kau Sufi...
Demi Allah....” Terasa bebanan kesakitan yang ditanggung dari tadi mula
beransur sedikit demi sedikit.
Bukanlah kesabaran jika
masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasa sakit. Jadi
biarlah dibunuh kesakitan itu dengan penuh keikhlasan.
Kakinya mula dibawa rapat
ke almari. Dikeluarkan sepasang baju melayu yang digunakan oleh Haraz buat terakhir
kali. Memang sengaja tidak dibasuh baju itu. Biar haruman suaminya tinggal
bersama kasih yang tertinggal di hatinya ini.
“Abang.... Ain terlalu
rindukan abang....” Dicium baju itu semahunya. Bagai ingin melepaskan kerinduan
yang tak sudah-sudah.
***
Empat hari lagi majlis
perkahwinan dia dan Azlin akan berlangsung. Sememangnya Mirza sudah tidak
mengharapkan apa-apa lagi. Dia sudah bersedia untuk menerima Azlin dan
melepaskan Afrina.
Hubungannya dengan ibu pun
sudah kembali seperti sedia kala apabila Mirza memohon kemaafan kerana
bertindak untuk melukakan hati tua itu. Mirza sedar yang kebahagian itu
memerlukan restu. Tanpa restu, kebahagian yang dikecapi itu tak akan kekal
lama. Ibu bukan main gembira lagi apabila mengetahui yang pengantin perempuan
masih kekal seperti yang dirancang.
Matanya sempat mencuri
pandang ke arah Afrina dan Azlin yang sedang berbual dengan wedding planner di
bahagian pentas dewan. Pentas yang akan menempatkan pelamin mereka.
“Okay bang... Semua dah
settle. Lusa dia orang akan masuk untuk deco pelamin dan hias dewan..” Terang
Azlin ringkas apabila menghampiri Mirza yang sedang duduk di meja bulat itu.
Rasa tak percaya yang dia akan menghabiskan zaman bujangnya empat hari lagi.
“So lepas ni nak pergi
mana lagi? Nak makan tak?”
Azlin mengerling jam yang
menempel di pergelangan tangan. Kemudian dia mengerling ke arah Afrina yang
hanya mendiamkan diri itu. “Kak, okay ke kalau nak makan? Dah pukul sepuluh
nih.... Nanti nak ambil Ad lagi.”
Kalau ikutkan dirinya, dia
memang mahu makan dahulu sebelum balik. Tapi dia tahu yang Afrina ingin cepat
pulang. Lagipun mereka datang bersama tadi. Tak sampai hati pula ingin
membiarkan Afrina pulang sendiri lantaran kakak iparnya itu banyak membantu
dalam menyiapkan kerja-kerja kenduri kahwin ini.
“Akak memang nak
baliklah... Tak apa, Lin pergilah makan... Akak balik naik teksi je...” Afrina
tak mahu susahkan kedua mempelai itu.
“Ishh... bahaya naik teksi
malam-malam Afrin.” Pangkah Mirza tak setuju. Banyak bahaya yang ditempah jika
pulang menaiki teksi. Apatah lagi wanita seperti Afrina itu.
“Tak apalah bang.. Kita
makan lain kali jelah... Kesian kak Amalina kena jaga Ad..” Azlin mula
memberikan buah fikirannya.
“Haah kan.. kita tunggu
makan beradap jelah... kan...” Seloroh Mirza separuh mengusik. Merah pipi Azlin
menyambut usikan dari Mirza itu. Rajin sahaja matanya menjeling. Afrina mula
menyembunyikan senyum. Seronok melihat bakal mempelai itu yang memang nampak
serasi. Mirza nampak mesra ketika melayan Azlin. Jelas yang lelaki itu juga
sudah bersedia untuk menerima hakikat hubungan mereka.
Mirza menghantar
kedua-duanya sampai ke tempat letak kereta. “Take care.. Drive carefully...”
Pesan Mirza sambil tersenyum nipis.
Azlin sempat singgah di
RHB bank yang berada di Malay Town. Dia ingin mengeluarkan duit untuk membayar mak
andam dan tempahan hotel.
“Akak tunggu sekejap ya...
Lin nak keluar duit. Esok tak payah bersesak pergi bank lagi...”
Afrina hanya mengangguk menyambut kata-kata adik
iparnya. Tangannya mula menekan radio sambil matanya mula menemani langkah
Azlin yang sudah masuk ke dalam bank. Malam-malam sebegini, mereka perlu
mengambil sikap berhati-hati.
Hati Afrina mula tidak
enak apabila melihat dua orang lelaki yang baru keluar dari kereta itu. Kelibat
mereka kelihatan aneh dan mencurigakan. Tanpa sedar Azlin juga baru selesai
mengeluarkan duit dari mesin ATM.
Baru sahaja Azlin menolak
pintu bank, tiba-tiba beg tangan yang dikepit kemas itu mula diragut oleh
seorang lelaki. Namun tidak semudah itu kerana Azlin cepat menarik kembali beg
tangannya itu.
“Tolong!!!” Pekiknya kuat.
“Kurang ajar!” Pipi Azlin
terus ditampar oleh si pencuri hingga membuatkan Azlin terjatuh ke atas lantai.
Afrina cepat-cepat berlari
mendapatkan adik iparnya. Tangannya laju sahaja melepaskan spray pemedih mata
di mata peragut itu.
“Argghhh...”
Baru sahaja Afrina ingin membantu Azlin bangun
namun tiba-tiba seorang lelaki menarik tubuhnya kebelakang. Lelaki itu terus menikam
perut Afrina dengan sebilah pisau kerana bengang dengan sikap berani mati
Afirna itu dan menolak kuat tubuh Afrina hingga mendorong badan Afrina terjatuh
dan kepalanya terus terhantuk pada pasu bunga yang berada di tepi tiang itu.
“Kak Afrin!”
“Weh, kau buat apa tu
hah?” Jerkah satu suara.
Jerkahan itu membuatkan peragut
terkejut dan terus terkocoh-kocoh melarikan diri bersama rakannya.
Azlin terus mendapatkan Afrina.. Terketar-ketar
tangannya tika memangku tubuh Afrina yang sudah kaku itu. Kepala dan perut
Afrina penuh dengan darah! Air matanya sudah merebes di pipi
“Tolong...!!” Azlin sudah
tidak tahu hendak membuat apa lagi selain dari menjerit dan menangis.
‘Ya Allah.... tolong
selamatkan kakakku...’
p/s: kita jumpa ending hari khamis okeyyhhh... thanks for support DSKH.. lebiu korang much much... xoxo yooo...
janganlah matikan watak afrina.....
ReplyDeleteerkk.. no komen..hehehe
DeleteKenapa endingnya macam sedih jer... x mo la ending sedey2.. x sanggup nak baca, huhuhu.
ReplyDeleteuit... mana ada sedih... saspen itu penting..hehehe
DeleteHarap Afrina dpt bertemu Haraz yg dirindu... :'(
ReplyDeleteini permintaan ke arahan nihh.. kih kih
DeletePermintaan.. demi kebahagiaan org2 yg disayangi.. :D
Deletelumrah kehidupan mmg begitu.. sebuah kisah yang tak sempurna dalam meraih cinta yang sempurna (senyum paksa)
ReplyDeletekisah yang tak sempurna untuk dikenang... hehehe.. apakah??
Deleteending sedey... adoihai
ReplyDeletesabor yunk... belum ending lagi nih..hehe
DeleteBiar laa afrin tenang bersama haraz d 'sana'..hazim tue iklan je..Ad nnti papa iyyad n mama lin jaga..:( sedey..tp lg sedey kalo jd afrin..:(
ReplyDeletetiba2 sedih baca komen nih yooo... mcm nak sad ending jeh.. sob sob sob.. sian mirza aii.. kih kih
Deleteya Allah..moga2 afrina beroleh kebahagian..selamatkanlah dia,takmo la dia meninggal dunia...
ReplyDeletedoa panjang2...hahaha
Deletehmm, tggu jer lerrr nding citenya.
ReplyDeletekann... tunggu ending jelahh.. x lama dahh..hehee
Deleteakak tak harapkan afrin mati...tak tau la napa tapi rasa mcm tak leh terima mirz n afrin tak dapat bersatu...mirz ngan azlin tu tak serasi sgt tau...
ReplyDeleteya ke macam tak serasi kak.. hehehe.. no komen kak.. tunggu ending ya.. hehehe..
DeleteSaraaaaaaaa jgnla matikan watak afrina sob sob sob.....sedeynya rupanyu kwn sdri yg tuju ilmu hitam. Kan dh mkn dr sdri.apapun x nk afrina mati cukupla sll bg ending sedey kli ni ending gembira la pula huhuhu.bg azlin ngn dr hazim sesuai hahaha
ReplyDeletemana ada selalu bagi ending sedih kan..hehehe.. hazim tu blur sngatlah kak.. mcm x sesuai je dengan azlin tuh.. sesuai dengan afrina kot..heehehe
Deleteakak sokong klu afrin hidup sendirian.. ;)adakala seorg isteri itu tidak mengharapkan cinta yg lain selain suaminya.mesti di dlm hati seorg isteri itu berharap utk kekal bersama suami selamanya.. tapi jika Allah telah tetapkan dia bertemu jodoh buat kali kedua siapa yg boleh halangkan? apapun good job buat sarah,,akak sentiasa menyokong sarah.. :)
ReplyDeletesuka komen akak.. tp lain kali kak.. tulislah nama.. senang den cam n kenal.. satu patah hurup pun okeyh.. btw thanks coz terus sokong ya.. =)
Deletej (satu huruf) hahhaha :P
Deletesara, ingat x siapa kat group seindah biasa yg selalu sokong haraz dan afrin? ;) okay akak bg tau la nama akak.. shortname NS.. heheh..cari sendiri ek..
Deleteyeahhhh... tahu dah siapa.. norafida samad.. kih kih kih... ohsem x saya...
Deleteholamak!!!! apakah kak sara!!! x bleh jdi nie kne tggu ending..... afrin mati ke idup?? jeng..jeng.... si hazim tu straight forward gle.... bru jer knal kn kwen..... sedih mse afrin bwk kluar bju mlayu last yg haraz pakai....huhuhu
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
huk aloh... lagu mana nih.. jeng jeng jeng... tunggu jelah ending yang memang dah siap.. khamis okeyhh... sedih kan part tuh.. sob sob sob
DeleteSedih sangat bila baca n3 kali ini.itulah lumrah kehidupan.Belum pasti apa yang kita angankan akan menjadi milik kita.Namun apa yang pasti ketentuan serta Qada dan Qadar yang ditetapkan oleh Allah merupakan ketentuan hidup kita.Apa yang pasti kita hanya boleh berharap dan meminta dariNya.Semoga afrina berbahagia dengan kehidupannya dan seandainya ajal menjemputnya pergi biarlah dia pergi dengan tenang menemui bidadara yang menantinya disana.Alangkah indah jika apa yang kita impikan menjadi kenyataan.Sedih bila mengenangkan percintaan Afrina dan Mirza yang dicemari dengan ilmu sihir semata-mata hasad dengki daripada orang yang mencumbui dirinya.Semoga ada sinar disebalik apa yang terjadi........Apa pun thanks penulis kerana berjaya membuatkan pembaca emosional dengan n3 ini.......
ReplyDeletelike lah komen awak nih... nampak matang jeh.. erkk.. tp lain kali letak nama k.. senang nk cam.. apa pun terjadi, hope stay sokong until sy bersara k..hehehe..
Deleteknp Khamis?Rabu x leh ke?
ReplyDelete>>k<<
x boleh darling... KHAMIS okeyhh... esok hari y tragis.. x nak warnai hari dengan lebih tragis.hehehe
Deletexkisah sape yg akn bersama dgn afrin...asal afrin selamt..tu je..huhuuu..
ReplyDeletedoa panjang-panjang.. hehehe... meyh nak tolong aminkan.. amiinnnn
Deleteakak,akak ckp khamis akk nk post n3 baru..bile lg??hehehe
DeleteSedihnya.... π_π
ReplyDeletemana ada sedih... hehehe
Deletesaraaaaaaaaaa... janganlah matikan afrina.. tp x kanlah watak afina mati pulak kan... mesti saje je nak buat saspen.. mesti azlin terhutang budi pd afin.. then dia bg mirza pada afrin kan... yeahhhh... x sabar gila nak tnggu ending... cite ni buat perasaan sy x menentu.. kih kih
ReplyDeletehahahha.. no komen.. tunggu ending ya yat.. btw sy suka terjahhan idea awk tu.. mgkin sm dgan sy.. mgkin jugak x..
DeleteAirmata dh berderai-derai nih, boleh Ezza tolong lapkan tak?
ReplyDeleteSedih dik, tak sangka Ezza nak buat ending macam ni. Harap-2 part ending ada gak kebahagian, jgn biarkan airmata akak mengalir lagi dik. Tak sanggup rasanya.. wawaaaa.....
no komenn.. tunggu ending nanti k... apa pun.. hope terima seadanya..hehehe
DeleteBiarlah Afrina selamat hendaknya.... biar ibu Mirza tahu yang Afrina x sejahat yang dia sangka..... x kisahlah siapa pilihan Afrina dan Mirza... banyak hati yang nak kena jaga kan...
ReplyDeleteyuppp.. banyak hati yang kena jaga n banyak hati yang bakal terluka.. ngeee
Deletexsabau tgu ari khamis keke
ReplyDeletesaya gerun nak tunggu khamisss.. ngeeee
Deletedek ezza akak dah nangis neh,pleeease lah jangan mati kan watak afrin....tak mau,tak mau...akak sayang afrin dek...biar lah insan yang baik,akan terima kebaikan gak,bukan cam neh jadik nyer...........tak kawin ngan mirz pun tak pe,asal afrin berbahgia disisi anak tercinta...huaaaaaaaaaa
ReplyDeletesabor kak sabor... esok dah ending ya...hehehe.. haihh.. gerun pulak bc komen akak nih.. hehe.. insyaAllah, ada jalan bahagia buat semua.. =)
Deleteizzati:berdebarnya nak baca bab akhir..harap2 afrina x mati..sian dekat Ad nnti..uhukss!suspen betul...
ReplyDelete