Tuesday 6 November 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [29]


          Punggungnya mula diangkat. Tidak menjangka langsung yang Azlin juga akan datang ke Taman Bandar ini. Matanya mula melirit ke arah Afrina yang jelas kelihatan serba salah itu.
            “Ibu...” Panggilan Hadziq itu membuatkan Afrina terus mengambil Hadziq dari dukungan Azlin. Bibirnya tersenyum sahaja pada Dr Hazim yang muncul bersama Azlin. Masing-masing mula dikawal dengan rasa ingin tahu yang begitu menebal.
            “Lin buat apa dekat sini.”
Mirza mula mengawal rasa gugup. Lebih kepada rasa terkejut sebenarnya. Dalam pada dia cuba untuk menyelesaikan kemelut bersama Afrina, tiba-tiba sahaja Azlin muncul di sini. Sesungguhnya siapalah manusia untuk menduga percaturan Allah.
            “Lin bawak Ad jalan-jalan... Kita orang baru lepas makan tadi...” Cerita Azlin tanpa berselindung.
            “Abang dengan Kak Afrin pulak buat apa kat sini?” Sekali lagi Azlin melontarkan soalan itu kepada Afrina dan Mirza yang mula mencuri pandang antara satu sama lain.
            Dia tidak dapat menolak rasa terkejut dan cuak yang menapak dalam dada. Azlin dapat mengecam raut wajah Afrina yang agak sembab  itu. Seakan-akan baru lepas menangis. Kalaulah benar yang mereka punya hubungan, apalah daya dirinya untuk menghalang. Dari dahulu lagi dia sedar yang dia tak mampu untuk bersaing dengan Afrina. Seorang perempuan yang cukup sempurna untuk lelaki seperti Mirza.
            “Kita orang tengah dating.. Lin datang buat kacau je..”
            Berubah air muka Azlin tatkala telinganya menampar bait-bait kata yang keluar dari mulut Mirza. Hilang terus impian dan harapannya. Yang ada hanya rasa kecewa yang bukan sedikit. Musnahlah harapannya jika benar Mirza dan Afrina mempunyai hubungan!
            Afrina pula dapat merasa yang jantungnya sudah bergolek ke tanah. Bukankah Mirza sudah berjanji untuk menerima Azlin. Plot drama mana pulak yang Mirza songlap ini? Dapat dikesan riak wajah Azlin yang berubah tegang itu. Jika boleh, dia tidak mahu timbul sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaaan.
            “Jangan percaya Lin.. Mirz ni bukan boleh kira sangat.” Afrina terpanggil untuk bersuara.
            “Eh... relekslah... Abang main-main jelah.” Gurau Mirza.
Sebenarnya dia pun sengaja menguji Azlin. Gadis itu sebenarnya tidak berhak merasa cemburu kerana Azlin juga datang bersama seorang lelaki yang tidak dia kenali. Jadi bukankah mereka berada di dalam situasi yang sama?
            “Azlin pulak dating dengan siapa ni? Tak nak kenalkan pada abang?” Gurau Mirza lagi. Tidak mahu terus menerus dihantuk suasana canggung. Dalam kepalanya sudah mereka-reka ayat yang sesuai untuk memujuk jika Azlin merajuk sebentar nanti.
            “Bukan datinglah... Ini doktor yang merawat Ad dulu. Inilah Dr Hazim.”
            Mirza mula mengangguk kepalanya berulang kali. Baru dia paham kenapa Dr muda ini begitu berminat untuk menjeling Afrina dari tadi. Jadi inilah dia orangnya! Hmm, tak kurang hebatnya juga.
            “Oh... Jadi inilah orangnya ya..” Ujar Mirza sambil tangannya mula dihulurkan. Bersalaman dengan seorang doktor yang mungkin dapat menambat jiwa Afrina.
‘Afrin.. Mirz doakan Afrin bahagia..’ Mungkin waktu tak berpihak pada kita. Ataupun memang sudah janjiNya yang cinta kita terpisah selamanya. 
            Serba salah Hazim dibuatnya. Takut juga kalau keluar bersama Azlin menimbulkan salah faham antara mereka. Tapi bila menyambut reaksi selamba Mirza, Hazim mula menarik nafas lega.
            “Eh Lin, alang palang dah ada kat sini, jomlah kita dating sekali. Boleh berbual-bual.” Hati yang separa layu itu kembali berbunga apabila mendengar perlawaan Mirza. ‘Arggh doktor sakit jiwa ini memang pandai bermain jiwa aku!’ Gerutu hati Azlin.
“Hazim, Kau temanlah Afrin ya...”
Bulat mata Afrina menyambut kata-kata Mirza itu. Wah, berani sungguh Mirza mengarahkan agar Hazim dating dengan dirinya. Padahal dari tadi lagi doktor itu hanya senyap. Mungkin tidak tahu untuk mencelah kata.
Azlin dan Mirza sudah mula meninggalkan mereka berdua sendirian bersama Hadziq.
“Ibu.. Ad nak main gelongsor..”
“Jom.. Kita main gelongsor.”
Afrin membawa anaknya ke papan gelongsor manakala Hazim hanya menurut. Afrina ke kiri, Hazim ke kiri. Begitulah sebaliknya. Jika diajak berbual tak apa jugak. Ini lelaki itu hanya menemani dengan kebisuan.
Dada Hazim bergelombang bagaikan arus tsunami. Rasa macam tak berada di bumi yang nyata apabila berada di sebelah Afrina. Wanita yang telah menemani tidurnya sejak dua tiga menjak ini.
Bibirnya ringan untuk diajak berbual. Tapi lidahnya kelu dan ideanya beku. Bimbang nanti tersalah topik dan akan mengundang kemarahan Afrina. Dia juga sedar yang kebisuan ini akan membuatkan Afrina tidak selesa.
“Dah lama dah jadi doktor?” Akhirnya Afrina mula memecah kebisuan. Terasa kekok tingkahnya apabila dirinya diekori. Sambil-sambil itu, matanya memandang pada si kecil yang ralit bermain.
“Lebih kurang lima tahun jugaklah...” Jawab Hazim pendek.
Kemudian diam....
Buntu Afrina dibuatnya. Tanya sikit, jawab lagi sikit. Kalau tak tanya, terus tak ada jawapan. Itulah, siapa bilang lelaki yang kacak, ada kerjaya itu seorang yang sempurna. Biasanya mamat sebegini ramai yang blur!
“Dah lama ke arwah suami awak pergi?” Tanda diduga, soalan itu keluar dari mulut Hazim.
Afrina tersentak. Lama dia terkedu sendiri. Mencari dan mengenang tarikh pemergian arwah suaminya. “Tujuh hari bulan nanti genap setahun...” Jawab Afrina separa berbisik.
Tarikh ulangtahun kematian Haraz jatuh pada tarikh perkahwinan Azlin dan Mirza. Rupanya sudah hampir setahun rupanya pemergian Haraz. Tapi bagaikan baru semalam lelaki itu meninggalkannya.
“Awak masih sayangkan dia?” Hazim tak pasti sama ada soalan itu relevan atau tidak. Tapi hatinya teringin untuk mendengar jawapannya.
“Bilamana seorang lelaki itu digelar suami, pasti tinggi darjatnya dalam hati seorang isteri. Walaupun dia sudah tiada, namun kasih sayang itu masih bersisa....Rindu itu tak pernah mati.”
Hazim tarik nafas panjang.
“Boleh tak....Boleh tak kalau darjat saya diangkat menjadi suami awak Afrin?”
Afrina terpana! ‘Biar betul mamat ni? Kenal pun tak sampai sebulan dah ajak kahwin? Mamat ni waras ke tidak?’
Sebenarnya, berbelit lidah Hazim untuk menyempurnakan kata hati yang langsung tidak tersusun. Dia sendiri tidak pasti tindakannya betul ataupun tidak. Apa yang pasti, dia hanya menurut kata hati. Dan sekarang, dia hanya menantikan jawapan dari Afrina.
***
            “Sebenarnya apa yang abang buat dengan Kak Afrin dekat sini?” Setelah jarak mereka agak jauh, Azlin sekali lagi melontarkan soalan yang sama. Sedikit tak berpuas hati dengan jawapan Mirza tadi.
            “Baik abang jujur dengan Lin... Abang ada hubungan dengan Kak Afrin ya?” Tembak Azlin lagi.
            “Apa yang nampak pelik sangat? Tak peliklah kalau seorang doktor jumpa dengan bekas pesakit...”
            “Jadi abang banyaklah jumpa dengan bekas pesakit perempuan abang?” Hati Azlin dijentik rasa cemburu. Bukan waktu kerja pun, Mirza keluar dengan pesakit jugak? Kalau macam ni memang dia makan hati selalu.
            Mirza ketawa. Terasa lucu dengan karenah Azlin ini.
            “Kenapa ni? Cemburu ke?” Buat pertama kali dia melihat sisi yang berbeza dalam diri Azlin. Gadis ini nampak jujur melahirkan perasaan hatinya. Mungkin selama ini dia agak berhati-hati dalam melahirkan perlakuan.
            Azlin senyap. Segan hendak mengaku yang hatinya memang diserang rasa cemburu!
            “Afrina tu kan kakak ipar Lin... Abang tak cukup tamak ambik dua-dua. Abang pilih salah seorang je..”
            Azlin terpempam! Apakah maksud Mirza itu?
            “Abang gurau jelah... Janganlah take serius sangat Lin... Nanti jadi macam pesakit-pesakit abang tu. Senyum sikit....” Usik Mirza selamba. Argh, menjadi betul terapi yang Afrina lakukan pada dirinya tadi. Tadi macam dah muka orang putus harapan, tapi bila konsep redha ditanam sedalamnya di pelusuk hati, semua ini mula berjalan dengan baik. Tanpa ditemani perasaan yang menggila lagi.
            “Abang ni, perkara serius macam ni pun nak bergurau!” Azlin mencebik dengan rasa marah. Hari ini dia rasa Mirza lain benar. Terasa Mirza mula ingin melayannya dengan mesra sambil bersulamkan usikan-usikan yang menyakitkan hati.
            “Lin pulak buat apa dengan doktor muda tu?”
            “Dia nak tanya pasal kak Afrin... Pelik kan, baru je seminggu jumpa, dia betul-betul dah jatuh sayang pada Kak Afrin. Sebab tu Lin jumpa dia, Lin nak bantu dia dapatkan Kak Afrin...” Cerita Azlin ringkas. Memadai jika Mirza mengerti yang dia dan Hazim tidak punya apa-apa hubungan mesra.
            “Nak tolong tu boleh... Tapi jaga sikit perasaan Kak Afrina. Takut nanti dia tension pulak bila orang di sekeliling dia cuba nak kahwinkan dia dengan lelaki lain. Lagipun mamat tu nampak macam blur jeh!” Komen Mirza selamba.
            Sekali pandang, dia tak rasa yang Afrina akan terpikat dengan lelaki seperti itu. Langsung berbeza dengan perangai Haraz!
            “Ish.. selamba cakap orang blur! Macamlah dia bagus sangat..” Dia senang dengan perlakuan Mirza ini. Terasa dirinya bakal diterima.
            “Ish.. mestilah bagus... Kalau tak, tak kanlah Lin terpikat kan....” Seloroh Mirza sambil mengenyit matanya sedikit. Kebahagian itu ada dimana-mana. Asalkan manusia itu meredhai kedatangan kebahagiaan itu sendiri. Itu yang cuba Mirza lakukan.
            ‘Ya Allah.. izinkan hati ini untuk menyintai Azlin. Aku ingin mengangkat darjatnya sebagai seorang isteri yang halal di sisiku...’ Doa Mirza dalam hati.
            Azlin melarikan pandang. Mirza memang nyata berlainan. Terus disimpul rasa ini. Biar tersimpul rapi. ‘Tapi bukan ke lelaki yang berubah sekelip mata tu sebab dia nak selindungkan kejahatan dia ke?’ Akal Azlin mula tertanya-tanya sendiri.
            Argghh... Baik dibuang keraguan itu jauh-jauh. Sesungguhnya perjalanan ini terlalu singkat untuk dilewatkan dengan kata hati yang bakal mendera jiwa. Rasa hati yang tidak enak apabila melihat Afrina dan Mirza tadi terus ditolak ke tepi. Dia perlu memandang hubungan Afrina dan Mirza dengan sudut yang positif.
***
            Panggilan telefon Mirza yang mengarahkan dia untuk datang ke hospital membuatkan Afrina debar sendiri. Beria-ria lelaki itu mengarahkan agar dia datang.
            “Mirz... kenapa suruh Afrin datang ke hospital? Siapa yang sakit? Ibu ke?” Pelik juga Afrina dibuatnya. Kalau Puan Maizura yang sakit, kenapa pulak dia menapak di wad Dahlia di tingkat lima ini. Bukankah ini wad pesakit mental?
            Mirza menggeleng perlahan. “Mirz mintak Afrin bersabar dengan apa yang Afrin akan tengok sekejap lagi...”
            “Apa ni Mirz? Afrin tak faham?” Kata-kata Mirza tadi memang berjaya mengundang rasa pelik dalam fikiran Afrina.
            “Jom ikut Mirz...” Terus Mirza memajukan langkah. Menapak satu demi tapak sehinggalkan kakinya terhenti di sebuah katil pesakit.
            Mata Afrina tidak berkelip saat matanya memandang seraut wajah yang sangat dia kenali. Wanita itu nampak tidak terurus dengan rambut yang kusut masai. Hilang terus tudung yang menutupi kepala wanita itu.
            “Sufiah...”
            Mungkin menyedari yang namanya diseru, Sufiah mula berpaling ke belakang. Mukanya pelik dan nampak jelik. Matanya terus membulat saat terpandangkan wajah Afrina. Agaknya Sufiah masih mengenali Afrina.
            “Afrin.... Afrin cantik... Sufi nak cantik macam Afrin jugak..” Perlakuan Sufiah sungguh pelik. Dia datang ke arah Afrina sambil mengusik tudung, baju dan beg tangan yang tersangkut di bahu Afrina.
            Afrina masih keliru saat terpandangan susuk tubuh Sufiah syang sudah kelihatan seperti perempuan tidak waras itu.
            “Sufi... Macam mana boleh jadi macam ni?” Terketar-ketar suara Afrina. Matanya mula kabur. Tak menjangka akan melihat keadaan Sufiah sebegini rupa.
            “Kenapa kau cantik? Kenapa? Aku bunuh kau... Aku bunuh kau...” Tiba-tiba Sufiah hilang pertimbangan dan mula berpelakuan ganas dengan mencekit leher Afrina. Mirza terus mendapatkan Sufiah sambil dibantu oleh beberapa orang jururawat. Nampaknya keadaan Sufiah sudah kritikal benar. Tidak mustahil jika Sufiah perlu dirawat di rumah sakit jiwa.
            Afrina yang masih terkejut itu mula menapak ke belakang. Nafasnya turun naik. Tak percaya dan tak faham dengan apa yang sedang terjadi di depan matanya ini. Kenapa Sufiah jadi begini? Perkara apa yang membuatkan dia mengalami tekanan perasaan yang begitu dasyat?
            Melihat Sufiah yang disuntik ubat penenang itu membuatkan air mata Afrina mengalir. Sufiah adalah rakan baiknya sejak di sekolah menengah lagi hinggalah mereka ke menara gading. Namun sejak kematian Haraz, hubungannya dengan Sufiah mula terputus apabila rakannya itu membuat aniaya padanya. Malah Sufiah mula menyebarkan fitnah hingga menyebabkan Afrina diberhentikan kerja.
            Sehelai sapu tangan mula dihulurkan pada Afrina. Dia kenal dengan Sufiah. Kerana itu dia membuat tindakan untuk memanggil Afrina datang. Dia ingat, keadaan Sufiah akan bertambah baik jika melihat Afrina, rupanya gadis itu makin marah emosi wanita itu makin tidak stabil.
            “Jom kita ke Taman Hasplanet.. Ada sesuatu yang Mirz nak beritahu.” Suara Mirza serius. Terus membunuh ketenangan Afrina.
***
            Fikiran Afrina lesap menjelajah sejarah hidupnya bersama Sufiah. Sufiah seorang gadis yang ceria. Kawan yang baik walaupun kadang-kadang agak mementingkan dirinya sendiri. Kali terakhir mereka bertemu lebih kurang enam bulan yang lepas. Itu pun secara tiba-tiba apabila Sufiah bertandang ke rumahnya dan memohon maaf. Selepas itu, kelibat Sufiah langsung tak kelihatan.
            Minuman soya di dalam tin mula dihulurkan kepada Afrina. Mirza tahu yang fikiran Afrina sesak tika ini. Siapa pun yang berada di tempat Afrina, pasti akan merasa terkejut.
            “Saya tak faham... Kenapa? Kenapa Sufi jadi macam tu?”
            Mirza mula menempatkan diri di sebelah Afrina. Mata mula merenung ke arah Sungai yang terbentang di depan mata. Memang sengaja dia mengajak Afrina datang ke Taman Hasplanet ini. Bimbang jika Afrina sukar untuk mengawal emosi apabila berbincang di persekitaran hospital.
            Nafas panjang mula dihela. Mirza sendiri kelu untuk bermula dari mana. Tapi yang pasti, hatinya lega. Lega kerana Allah meletakkan dia di dalam pekerjaan ini. Menjadi titik pertemuan untuk Sufiah dan Afrina hari ini.
            “Sebenarnya... Sufiahlah dalangnya.. Sufiahlah orang yang hantar guna-guna supaya Afrin bencikan Mirz.”
            Terjatuh tin minuman yang dipegang oleh Afrina itu. Tangannya terketar-ketar. Matanya mula dikerdip beberapa kali. Cuba mengawal permata jernih itu dari jatuh. ‘Ya Allah...’
            “Jangan main-main Mirz... Lagipun, Mirz tahu dari mana?” Soal Afrina tak sabar.
            Mirza terdiam. Cuba mengimbau kembali situasi semalam. Apabila melihat profil milik pesakit, terus Mirza mendapatkan Sufiah yang nampak gelisah dan tak tenteram itu.
            “Sufi... Awak ingat saya lagi tak...?” Mirza merendahkan sedikit badannya. Supaya Sufiah dapat melihat wajahnya. Siapa sangka yang Sufiah juga perlu mengambil rawatan psikitari seperti Afrina dahulu. Tapi Sufiah nampak lebih kritikal berbanding keadaan Afrina dulu.
            “Kau siapa? Aku pernah jumpa kau.. Aku pernah jumpa kau...” Riak wajah Sufiah berubah sikit. Matanya mencerlung memandang segenap inci wajah Mirza. Merenung dengan mata yang penuh rakus.
            “Ya... awak kenal saya. Saya kawan Afrina.”
            Apabila mendengarkan nama Afrina, tangan Sufiah terus menarik-narik rambutnya. Diramas rambut itu dengan kuat. Bahasa tubuhnya memperlihatkan yang dia tidak senang mendengar sebaris nama itu.
            “Afrina... Afrina..... aku benci perempuan tu! Aku benci perempuan tu! Kau... kaulah yang suka Afrina dulu kan.... Kesian kau... Afrina tinggalkan kau sebab aku...” Sufiah mula ketawa kuat. Namun lebih kepada mengilai sebenarnya.
            Terkejut Mirza saat mendengar bait kata dari Sufiah itu. Apa maksud Sufiah?
            “Kenapa Sufi benci Afrina? Dia kan kawan baik Sufi sendiri?”
            “Aku benci dia dari dulu lagi! Dia selalu dapat apa yang dia nak! Aku dengkikan dia... Hidup dia sempurna serba serbi. Dia ada semua yang aku tak ada....” Tutur Sufiah seperti dirasuk.
            Mirza terkaku dan terpaku. Tak percaya dengan apa yang dia dengar.
“Kau nak tahu satu rahsia tak..?” Tiba-tiba wajah Sufiah mula mendekat. Seperti ingin membisikkan sesuatu.
            “Tahu apa?”
            “Aku ada hantar sihir pada dia... Aku hantar hantu.... Aku suruh dia benci pada kau.. Sebab aku tak suka tengok dia bahagia dengan kau.... Aku nak buat hidup dia tunggang langgang...” Sejurus selepas itu Sufiah ketawa lagi sedangkan Mirza mula terduduk. Tak menyangka yang perbuatan terkutuk ini datang dari Sufiah.
            Selama ini dia sentiasa diselubungi dengan perasaan ingin tahu yang menggunung! Mencari orang yang bertanggunjawab di sebalik penderitaan Afrina. Dan sekarang jawapan itu muncul sendiri tanpa perlu digeledah. Ya Allah, percaturan apakah ini?
            “Kau nak tahu rahsia lagi tak?” Soal Sufiah lagi. Mukanya seakan-akan teruja untuk bercerita lagi.
            “Aku bunuh suami dia....Aku hantar sihir dari bomoh siam suruh tikam jantung suami dia... Padan muka dia! Aku tak suka tengok dia bahagia... Aku tak suka tengok dia dapat semua yang aku tak ada!” Jerit Sufiah lantang.
            Mirza mengenggam penumbuk. Kalau tak mengenangkan yang Sufiah mengalami tekanan mental, pasti sudah lama dia mendaratkan buku limanya di wajah perempuan kejam ini. Hanya semata-mata kerana sikap dengki, Sufiah telah memperlakukan Afrina dengan kejam!
            Mirza terus membuat keputusan untuk memasukkan Sufiah ke dalam wad. Sufiah perlu untuk menjalani rawatan lanjut. Dan Mirza memutuskan untuk memberitahu Afrina perkara yang sebenar. Tidak mahu membuatkan Afrina tertanya-tanya lagi. Bukan hendak mengajar Afrina untuk berdendam, tapi lebih pada untuk mengurangkan tekanan Afrina sendiri.
            Afrina menangis teresak-esak saat peluput telingannya mendengar satu demi satu cerita dari mulut Mirza itu. Paling menyedihkan ialah apabila mengetahui yang suaminya telah dibunuh. DIBUNUH dengan kejam menggunakan sihir.
            “Afrin... Please jangan nangis... Mirz tak boleh tengok Afrin macam ni..”
Mirza sudah melutut di bawah sambil melihat Afrina yang sedang menekup mukanya. Jika diturutkan hatinya, mahu sahaja dipujuk wanita itu. Menarik Afrina ke tubuhnya. Supaya Afrina dapat melepaskan tangis di dadanya. Biar terasa hilang bebanan yang tertanggung di bahu. Tapi Mirza sedar yang antara mereka, masih ada agama yang menjadi pemagarnya.
            Tangan Afrina mula dijatuhkan. Nampak yang anak mata Afrina yang bengkak dan sembab. “Sampai hati Sufi.... Tergamak dia bunuh suami Afrin.... Sampai hati dia buat Afrin macam ni...”
            Bukan kehendak hati untuk terus merungut dengan percaturan yang telah Allah tetapkan dalam hidupnya. Tapi Afrina tak pernah menjangka yang Sufiah akan bertindak kejam sebegini rupa. Tegarnya wanita itu menggunakan sihir untuk membunuh. Melakukan perbuatan syirik yang dilaknat Allah!
            “Afrin...segala apa yang berlaku dah tertulis. Apalah daya tangan kita untuk menolak atau menahan takdir.... Mirz tak cakap yang semua terjadi ni mudah untuk diterima. Mirz yang tengok ni pun sakit hati... Apatah lagi bahu Afrin yang menangung. Kerana kebencian manusia dengan sikap dengki, Afrin kehilangan suami sendiri.. kehilangan tunang.. Kehilangan keluarga... Tapi inilah yang dinamakan ujian. Ujian tak tiba disaat kita bersedia. Dia datang sebelum kita bermula dan berakhir di waktu yang telah ditetapkan di saat manusia sendiri tak menjangkakannya.”
            Hanya modal kata-kata yang mampu Mirza lakukan untuk memujuk.
            “Allah pisahkan kita.... kemudian Allah satukan Afrin dengan Haraz. Kemudian Afrin kehilangan Haraz dan Allah mengatur pula pertemuan antara kita. Cuba bayangkan, jika Afrin tak kehilangan Haraz, mungkin sampai sekarang kita masih membawa haluan masing-masing. Sesungguhnya Dialah yang merencanakan segala-galanya. Dan sekarang Allah bentangkan jawapan di sebalik persoalan-persoalan kita tanpa perlu kita cari... Cantikkan percaturan Allah?”
            Afrina mendiamkan diri namun tangisan masih belum berhenti dari merebes di ruang wajah. Kata-kata Mirza itu memang banyak benarnya. Dia bukanlah menyesali dengan takdir yang telah berlaku, cuma hatinya terlalu kecewa... Kecewa dengan sikap teman baiknya sendiri.
            Selama ini mereka bersahabat baik dari sekolah menengah lagi. Memang Sufiah terkenal dengan perangai yang mementingkan diri sendiri dan cemburu buta. Tapi siapa sangka yang Sufiah telah bertindak sejauh ini.
            Agak lama mereka terdiam tanpa kata kerana Mirza terus membiarkan Afrina melepaskan tangisnya.
            “Mirz....”
            “Ya....”
            “Afrin rindu Haraz.... Rindu sangat....” Luah Afrina penuh sebak. Dia di sini sibuk mengejar cinta dunia tapi Haraz di sana mungkin sedang menunggu dirinya. Menunggu untuk menyambung cinta mereka di Syurga nanti.
            Mirza hanya terdiam saat telinganya menyambut huluran rindu seorang isteri untuk si suami yang telah pergi. Sememangnya dia sudah melakukan solat istiharah. Namun masih tidak menemui apa-apa jawapan.
            ‘Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang terang lagi bersuluh pada hati kami.... Jika benar jodoh ini bukan milik kami, Kau titipkanlah kebahagian buat Afrina.. Kebahagian di dunia dan di akhirat kelak....’ Doa Mirza, dia hanya inginkan kebahagian buat Afrina. Andai benar ada bahagia di atas perpisahan mereka, Mirza rela mengorbankan cintanya demi insan yang tersayang.
Penangan cinta itu sebenarnya sangat kuat. Cinta sudah ibarat menjadi darah daging. Membuang perasaan cinta itu ibarat membuang sedikit darah daging sendiri. Bagi yang kuat, mereka kental dan cool sahaja jika darah daging mereka dihiris tapi bagi yang kurang kental pula, darah daging itu perlu dibuang secara halus, tidak kasar dan berhati-hati supaya sakitnya tidak terasa.
Tidak perlu lagi disimpan cinta ini… Biarlah ia berlalu pergi.
***
            Usai berjumpa dengan Mirza di hospital, Afrina mengarahkan pemanduan ke rumah Sufiah. Dia ingin berjumpa dengan keluarga Sufiah sendiri. Mencari motif di sebalik kisah yang menyiat hatinya ini.
            “Maafkan mak cik Afrin.... Mak cik yang salah sebab tak mampu nak larang dia. Tolonglah maafkan Sufi..” Pohon Puan Melor sambil menangis-menangis. Sudah lama dia berusaha untuk mencari Afrina. Ingin diterang tempat duduk cerita yang sebenar. Dia ingin anaknya dimaafkan kerana perbuatan terkutuk itu.
            “Saya masih tak percaya....”
            “Dia memang terlalu mencemburui kamu Afrin.. Sebab tu dia sanggup buat semua ini. Mak cik pun baru tahu yang dia mengamalkan ilmu hitam. Dan sekarang ilmu hitam itu terbalik pada diri sendiri bila dia gagal menunaikan perjanjian syaitan itu...”
            Sekali lagi jantungnya terhentak saat mendengar penjelasan dari Puan Melor. Sudah terlalu jauh Sufiah tersasar.
            “Tolong maafkan dia Afrin... Selagi Afrin tak maafkan dia, keadaan dia makin terseksa...” Rayu si ibu lagi.
            Afrina terpaku sendiri. Tak ada daya berkata-kata. Hatinya bagai telah disiat-siat! 
            Air mata menitis pada surat yasin yang sedang dibaca oleh Afrina. Sebak mengenangkan si suami yang telah pergi. Sedih mengenangkan perjalanan hidup untuk mengecapi bahagia ini terlalu sukar. Sesungguhnya apa yang berlaku dalam kehidupan ini sungguh meletihkan. Letih jika Iman tak cukup kuat untuk menahan hati yang sedia ampuh ini.
            Tapi Afrina ambil sikap redha dan berterima kasih. Mungkin dahulu dia sudah terlalu lama alpa dan leka dengan kebahagian hingga kurang menumpukan diri pada ibadat. Bila hati diserang gundah apabila beban tak mampu digalas lagi, barulah hamba yang hina ini mengadu dan beribadat dengan bersungguh-sungguh.
            Afrina malu... malu dengan Yang Maha Esa.
            Panjang doa Afrina malam itu. Mengharapkan agar Allah melembutkan hatinya untuk memaafkan segala perbuatan Sufiah. Dendam tidak akan membawa apa-apa kebaikan namun dia bukan serikandi islam yang luhur dan suci hatinya. Dia manusia biasa yang tetap ada perasaan marah dan kecewa.
“Ya Tuhanku… Curahkanlah kesabaran dalam jiwa ini dan teguhkanlah pendirianku… janganlah Kau palingkan hatiku ini setelah Kau tunjukkan kami hadhirat dan rahmatMu… Ya Allah, perkukuhkanlah keimananku untuk mengharungi pancaroba dunia dari terus tersesat…”
            Doa yang tersekat itu mula berhenti saat mata sudah terlalu kabur. Esakan pula mula menjadi penyeri pada sepertiga malam ini. Memohon keampunan Allah melalui taubat.
            “Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, antara aku dan cintaku, maka Kau berikanlah penghalang antaraku dan syaitan serta perbuatannya… Aku mohon jiwa yang tenang dan tenteram.. Aku percaya pada pertemuan denganMu… Sesungguhnya aku hanya mengharapkan keredhaan atas segala tingkahku dan sesungguhnya aku puas dengan pemberianMu…
            “Maafkan daku yang berlidah lemah dengan langkah yang tempang ini... Ampunkan daku ya Allah... Ampunkan daku...” Kepala Afrina jatuh dan kembali bersujud. Badannya terhenjut-henjut menangis dan mengadu pada yang Maha Kuasa.
            “Aku maafkan kau Sufi... Demi Allah....” Terasa bebanan kesakitan yang ditanggung dari tadi mula beransur sedikit demi sedikit.
            Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Bukanlah keikhlasan jika masih merasa sakit. Jadi biarlah dibunuh kesakitan itu dengan penuh keikhlasan.
            Kakinya mula dibawa rapat ke almari. Dikeluarkan sepasang baju melayu yang digunakan oleh Haraz buat terakhir kali. Memang sengaja tidak dibasuh baju itu. Biar haruman suaminya tinggal bersama kasih yang tertinggal di hatinya ini.
            “Abang.... Ain terlalu rindukan abang....” Dicium baju itu semahunya. Bagai ingin melepaskan kerinduan yang tak sudah-sudah.
***
            Empat hari lagi majlis perkahwinan dia dan Azlin akan berlangsung. Sememangnya Mirza sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi. Dia sudah bersedia untuk menerima Azlin dan melepaskan Afrina.
            Hubungannya dengan ibu pun sudah kembali seperti sedia kala apabila Mirza memohon kemaafan kerana bertindak untuk melukakan hati tua itu. Mirza sedar yang kebahagian itu memerlukan restu. Tanpa restu, kebahagian yang dikecapi itu tak akan kekal lama. Ibu bukan main gembira lagi apabila mengetahui yang pengantin perempuan masih kekal seperti yang dirancang.
            Matanya sempat mencuri pandang ke arah Afrina dan Azlin yang sedang berbual dengan wedding planner di bahagian pentas dewan. Pentas yang akan menempatkan pelamin mereka.
            “Okay bang... Semua dah settle. Lusa dia orang akan masuk untuk deco pelamin dan hias dewan..” Terang Azlin ringkas apabila menghampiri Mirza yang sedang duduk di meja bulat itu. Rasa tak percaya yang dia akan menghabiskan zaman bujangnya empat hari lagi.
            “So lepas ni nak pergi mana lagi? Nak makan tak?”
            Azlin mengerling jam yang menempel di pergelangan tangan. Kemudian dia mengerling ke arah Afrina yang hanya mendiamkan diri itu. “Kak, okay ke kalau nak makan? Dah pukul sepuluh nih.... Nanti nak ambil Ad lagi.”
            Kalau ikutkan dirinya, dia memang mahu makan dahulu sebelum balik. Tapi dia tahu yang Afrina ingin cepat pulang. Lagipun mereka datang bersama tadi. Tak sampai hati pula ingin membiarkan Afrina pulang sendiri lantaran kakak iparnya itu banyak membantu dalam menyiapkan kerja-kerja kenduri kahwin ini.
            “Akak memang nak baliklah... Tak apa, Lin pergilah makan... Akak balik naik teksi je...” Afrina tak mahu susahkan kedua mempelai itu.
            “Ishh... bahaya naik teksi malam-malam Afrin.” Pangkah Mirza tak setuju. Banyak bahaya yang ditempah jika pulang menaiki teksi. Apatah lagi wanita seperti Afrina itu.
            “Tak apalah bang.. Kita makan lain kali jelah... Kesian kak Amalina kena jaga Ad..” Azlin mula memberikan buah fikirannya.
            “Haah kan.. kita tunggu makan beradap jelah... kan...” Seloroh Mirza separuh mengusik. Merah pipi Azlin menyambut usikan dari Mirza itu. Rajin sahaja matanya menjeling. Afrina mula menyembunyikan senyum. Seronok melihat bakal mempelai itu yang memang nampak serasi. Mirza nampak mesra ketika melayan Azlin. Jelas yang lelaki itu juga sudah bersedia untuk menerima hakikat hubungan mereka.
            Mirza menghantar kedua-duanya sampai ke tempat letak kereta. “Take care.. Drive carefully...” Pesan Mirza sambil tersenyum nipis.
            Azlin sempat singgah di RHB bank yang berada di Malay Town. Dia ingin mengeluarkan duit untuk membayar mak andam dan tempahan hotel.
            “Akak tunggu sekejap ya... Lin nak keluar duit. Esok tak payah bersesak pergi bank lagi...”
Afrina hanya mengangguk menyambut kata-kata adik iparnya. Tangannya mula menekan radio sambil matanya mula menemani langkah Azlin yang sudah masuk ke dalam bank. Malam-malam sebegini, mereka perlu mengambil sikap berhati-hati.
            Hati Afrina mula tidak enak apabila melihat dua orang lelaki yang baru keluar dari kereta itu. Kelibat mereka kelihatan aneh dan mencurigakan. Tanpa sedar Azlin juga baru selesai mengeluarkan duit dari mesin ATM.
            Baru sahaja Azlin menolak pintu bank, tiba-tiba beg tangan yang dikepit kemas itu mula diragut oleh seorang lelaki. Namun tidak semudah itu kerana Azlin cepat menarik kembali beg tangannya itu.
            “Tolong!!!” Pekiknya kuat.
            “Kurang ajar!” Pipi Azlin terus ditampar oleh si pencuri hingga membuatkan Azlin terjatuh ke atas lantai.
            Afrina cepat-cepat berlari mendapatkan adik iparnya. Tangannya laju sahaja melepaskan spray pemedih mata di mata peragut itu.
            “Argghhh...”
Baru sahaja Afrina ingin membantu Azlin bangun namun tiba-tiba seorang lelaki menarik tubuhnya kebelakang. Lelaki itu terus menikam perut Afrina dengan sebilah pisau kerana bengang dengan sikap berani mati Afirna itu dan menolak kuat tubuh Afrina hingga mendorong badan Afrina terjatuh dan kepalanya terus terhantuk pada pasu bunga yang berada di tepi tiang itu.
            “Kak Afrin!”
            “Weh, kau buat apa tu hah?” Jerkah satu suara.
            Jerkahan itu membuatkan peragut terkejut dan terus terkocoh-kocoh melarikan diri bersama rakannya.
Azlin terus mendapatkan Afrina.. Terketar-ketar tangannya tika memangku tubuh Afrina yang sudah kaku itu. Kepala dan perut Afrina penuh dengan darah! Air matanya sudah merebes di pipi
            “Tolong...!!” Azlin sudah tidak tahu hendak membuat apa lagi selain dari menjerit dan menangis.
            ‘Ya Allah.... tolong selamatkan kakakku...’

p/s: kita jumpa ending hari khamis okeyyhhh... thanks for support DSKH.. lebiu korang much much... xoxo yooo...

48 comments:

  1. janganlah matikan watak afrina.....

    ReplyDelete
  2. Kenapa endingnya macam sedih jer... x mo la ending sedey2.. x sanggup nak baca, huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uit... mana ada sedih... saspen itu penting..hehehe

      Delete
  3. Harap Afrina dpt bertemu Haraz yg dirindu... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini permintaan ke arahan nihh.. kih kih

      Delete
    2. Permintaan.. demi kebahagiaan org2 yg disayangi.. :D

      Delete
  4. lumrah kehidupan mmg begitu.. sebuah kisah yang tak sempurna dalam meraih cinta yang sempurna (senyum paksa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah yang tak sempurna untuk dikenang... hehehe.. apakah??

      Delete
  5. ending sedey... adoihai

    ReplyDelete
  6. Biar laa afrin tenang bersama haraz d 'sana'..hazim tue iklan je..Ad nnti papa iyyad n mama lin jaga..:( sedey..tp lg sedey kalo jd afrin..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiba2 sedih baca komen nih yooo... mcm nak sad ending jeh.. sob sob sob.. sian mirza aii.. kih kih

      Delete
  7. ya Allah..moga2 afrina beroleh kebahagian..selamatkanlah dia,takmo la dia meninggal dunia...

    ReplyDelete
  8. hmm, tggu jer lerrr nding citenya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... tunggu ending jelahh.. x lama dahh..hehee

      Delete
  9. akak tak harapkan afrin mati...tak tau la napa tapi rasa mcm tak leh terima mirz n afrin tak dapat bersatu...mirz ngan azlin tu tak serasi sgt tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke macam tak serasi kak.. hehehe.. no komen kak.. tunggu ending ya.. hehehe..

      Delete
  10. Saraaaaaaaa jgnla matikan watak afrina sob sob sob.....sedeynya rupanyu kwn sdri yg tuju ilmu hitam. Kan dh mkn dr sdri.apapun x nk afrina mati cukupla sll bg ending sedey kli ni ending gembira la pula huhuhu.bg azlin ngn dr hazim sesuai hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada selalu bagi ending sedih kan..hehehe.. hazim tu blur sngatlah kak.. mcm x sesuai je dengan azlin tuh.. sesuai dengan afrina kot..heehehe

      Delete
  11. akak sokong klu afrin hidup sendirian.. ;)adakala seorg isteri itu tidak mengharapkan cinta yg lain selain suaminya.mesti di dlm hati seorg isteri itu berharap utk kekal bersama suami selamanya.. tapi jika Allah telah tetapkan dia bertemu jodoh buat kali kedua siapa yg boleh halangkan? apapun good job buat sarah,,akak sentiasa menyokong sarah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka komen akak.. tp lain kali kak.. tulislah nama.. senang den cam n kenal.. satu patah hurup pun okeyh.. btw thanks coz terus sokong ya.. =)

      Delete
    2. j (satu huruf) hahhaha :P

      Delete
    3. sara, ingat x siapa kat group seindah biasa yg selalu sokong haraz dan afrin? ;) okay akak bg tau la nama akak.. shortname NS.. heheh..cari sendiri ek..

      Delete
    4. yeahhhh... tahu dah siapa.. norafida samad.. kih kih kih... ohsem x saya...

      Delete
  12. holamak!!!! apakah kak sara!!! x bleh jdi nie kne tggu ending..... afrin mati ke idup?? jeng..jeng.... si hazim tu straight forward gle.... bru jer knal kn kwen..... sedih mse afrin bwk kluar bju mlayu last yg haraz pakai....huhuhu
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
    Replies
    1. huk aloh... lagu mana nih.. jeng jeng jeng... tunggu jelah ending yang memang dah siap.. khamis okeyhh... sedih kan part tuh.. sob sob sob

      Delete
  13. Sedih sangat bila baca n3 kali ini.itulah lumrah kehidupan.Belum pasti apa yang kita angankan akan menjadi milik kita.Namun apa yang pasti ketentuan serta Qada dan Qadar yang ditetapkan oleh Allah merupakan ketentuan hidup kita.Apa yang pasti kita hanya boleh berharap dan meminta dariNya.Semoga afrina berbahagia dengan kehidupannya dan seandainya ajal menjemputnya pergi biarlah dia pergi dengan tenang menemui bidadara yang menantinya disana.Alangkah indah jika apa yang kita impikan menjadi kenyataan.Sedih bila mengenangkan percintaan Afrina dan Mirza yang dicemari dengan ilmu sihir semata-mata hasad dengki daripada orang yang mencumbui dirinya.Semoga ada sinar disebalik apa yang terjadi........Apa pun thanks penulis kerana berjaya membuatkan pembaca emosional dengan n3 ini.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. like lah komen awak nih... nampak matang jeh.. erkk.. tp lain kali letak nama k.. senang nk cam.. apa pun terjadi, hope stay sokong until sy bersara k..hehehe..

      Delete
  14. knp Khamis?Rabu x leh ke?

    >>k<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. x boleh darling... KHAMIS okeyhh... esok hari y tragis.. x nak warnai hari dengan lebih tragis.hehehe

      Delete
  15. xkisah sape yg akn bersama dgn afrin...asal afrin selamt..tu je..huhuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa panjang-panjang.. hehehe... meyh nak tolong aminkan.. amiinnnn

      Delete
    2. akak,akak ckp khamis akk nk post n3 baru..bile lg??hehehe

      Delete
  16. saraaaaaaaaaa... janganlah matikan afrina.. tp x kanlah watak afina mati pulak kan... mesti saje je nak buat saspen.. mesti azlin terhutang budi pd afin.. then dia bg mirza pada afrin kan... yeahhhh... x sabar gila nak tnggu ending... cite ni buat perasaan sy x menentu.. kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. no komen.. tunggu ending ya yat.. btw sy suka terjahhan idea awk tu.. mgkin sm dgan sy.. mgkin jugak x..

      Delete
  17. Airmata dh berderai-derai nih, boleh Ezza tolong lapkan tak?

    Sedih dik, tak sangka Ezza nak buat ending macam ni. Harap-2 part ending ada gak kebahagian, jgn biarkan airmata akak mengalir lagi dik. Tak sanggup rasanya.. wawaaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. no komenn.. tunggu ending nanti k... apa pun.. hope terima seadanya..hehehe

      Delete
  18. Biarlah Afrina selamat hendaknya.... biar ibu Mirza tahu yang Afrina x sejahat yang dia sangka..... x kisahlah siapa pilihan Afrina dan Mirza... banyak hati yang nak kena jaga kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp.. banyak hati yang kena jaga n banyak hati yang bakal terluka.. ngeee

      Delete
  19. dek ezza akak dah nangis neh,pleeease lah jangan mati kan watak afrin....tak mau,tak mau...akak sayang afrin dek...biar lah insan yang baik,akan terima kebaikan gak,bukan cam neh jadik nyer...........tak kawin ngan mirz pun tak pe,asal afrin berbahgia disisi anak tercinta...huaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabor kak sabor... esok dah ending ya...hehehe.. haihh.. gerun pulak bc komen akak nih.. hehe.. insyaAllah, ada jalan bahagia buat semua.. =)

      Delete
  20. izzati:berdebarnya nak baca bab akhir..harap2 afrina x mati..sian dekat Ad nnti..uhukss!suspen betul...

    ReplyDelete