Sunday 4 November 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [28]


              Sudah tiga malam Afrina tidak dapat tidur dengan lena. Kata-kata Mirza tempoh hari membuatkan jiwa Afrina bergelora. Takut dan bimbang jika Mirza memecahkan rahsia ini pada Azlin. Saban malam Mirza mengugutnya melalui panggilan telefon dan pesanan SMS. Lelaki itu persis orang gila bayang!
            “Kenapa Mirz nampak desperate sangat?” Terkeluar jugak perkataan itu dari mulut Afrina. Tak sanggup lagi telinga menadah ugutan-ugutan dari Mirza. Lelaki ini memang psycho!
            “Kenapa? Sebab Mirz memang terdesak nak bahagia.... Bertahun lama Mirz menderita, jadi bila bahagia dah ada depan mata, Afrin ingat Mirz akan lepaskan semudah itu?” Tutur Mirza dengan suara yang cukup sinis.
            “Tolong jangan paksa Afrin buat sesuatu yang Afrin tak rela.... Kita kena beralah!” Gigi Afrina dikancing. Menandakan yang hatinya sudah cukup bosan dan geram dengan Iyyad Mirza! Mana hilangnya kewarasan akal Mirza?
            “Dulu.... Mirz dah puas beralah. Mirz dah penat tengok orang lain bahagia. Sekarang giliran Mirz pulak! Afrin pilih... pilih sama ada nak bersama Mirz untuk perjuangkan cinta kita ataupun nak Mirz tinggalkan Lin di hari perkahwinan kami?”
            Kali ini, jantung Afrina bagai hendak gugur menyambut ugutan Mirza yang telah melampaui batas itu. Betul kata orang, cinta memang mampu membuatkan seseorang itu hilang pedoman.
            “Mirz....” Afrina dah mula menangis. Mana bisa dia memilih antara dua keadaan itu?
            “Jangan ingat tangisan tu akan mematahkan semangat Mirz Afrin! Kalau Afrin tak mahu perjuangkan cinta kita, biar Mirz perjuangkan seorang diri. Dan kalau perkara tu betul-betul terjadi, Mirz akan tunding jari pada Afrin... Sebab Afrin sendiri gagal untuk buat keputusan!” Gertak Mirza lagi.
            “Mirz... tolong jangan buat macam ni. Mirz tak kenangkan ibu ke? Tak kasihan pada Hajah Khadijah ke? Tak simpati pada Azlin?” Pujuk Afrina dengan tangisan yang tersedu-sedu.
            “Kalau Mirz asyik kesiankan orang, siapa pulak yang nak kesiankan Mirz? Kenapa Mirz kena fikirkan pasal kebahagian orang lain sedangkan orang lain tak pernah fikirkan kebahagian Mirz?” Suara Mirza sudah naik satu oktaf!
            Begitulah mereka berdua. Hampir setiap malam bertekak pasal benda yang sama. Mirza sibuk dengan perjuangan cintanya manakala Afrina sibuk mempertahankan kebahagian orang di sekeliling mereka.
            Sampai bengkak-bengkak mata Afrina menangis.
            “Afrin....” Teguran itu membuatkan Afrina tersentak. Terlalu jauh dia mengelamun rupanya. Mata mula memberi tumpuan pada barang-barang hantaran yang perlu digubah.
            “Mama tengok Afrin macam ada masalah? Ada apa-apa yang perlu mama tahu?” Tanya Hajah Khadijah sambil mengambil tempat di sebelah Afrina yang sedang mengubah hantaran kahwin Azlin.
Kagum dia melihat gubahan menantunya itu. Sangat kreatif dengan konsep moden yang memenuhi peredaran masa kini.
“Masalah? Mana ada masalah?” Selindung Afrina sambil kembali melakukan kerjanya yang tergendala. Dia datang bertandang di rumah mertua hujung minggu ini untuk membantu persiapan perkahwinan Azlin.
Tiba-tiba kedua belah tangannya di capai oleh Hajah Khadijah. Dielus lembut kedua belah tangannya. Membuatkan Afrina terpinga-pinga sendiri.
“Kalau Afrin ada masalah... Jangan segan-segan nak kongsi dengan mama. Afrin sekarang bukan lagi menantu mama tapi Afrin adalah anak perempuan sulung mama. Mama menyesal sebab biarkan kebahagian kita rosak dulu. Kalaulah hubungan kita baik, mesti Haraz pun gembira kan? Ini tak... Mama sibuk nak menangkan pendapat mama. Sampai tertutup kebahagian untuk mama...”
Suara Hajah Khadijah sebak. Terkenangkan kedegilan diri untuk menerima kehadiran Afrina sebagai menantu. Betul kata Haraz, Afrina memang seorang wanita yang baik. Entah macam manalah dia boleh mencemburui menantunya sendiri. Sedangkan mereka boleh berkongsi kasih sayang Haraz seadanya.
“Mama jangan cakap macam tu. Yang dah lepas tu... Biarkan ia lepas. Yang akan datang kita cuba perbaiki dan berikan yang terbaik. Kehilangan Haraz membuatkan kita berbaik. Kiranya percaturan Allah itu dah cantik kan... Afrin pun dah tak ada mak.. Afrin lega sangat bila mama sudi jadi mak Afrin.”
Digosok perlahan bahu mertuanya itu. Bagaimana dia akan tegar melukakan sekeping hati milik si ibu? Sebab itu Afrina berkeras untuk tidak menuruti idea gila Mirza. Tapi hatinya ikut turut bimbang jika Mirza benar-benar mengotakan kata-katanya untuk meninggalkan Azlin di majlis perkahwinan mereka.
“Boleh mama tanya satu soalan?” Suara dan air muka Hajah Khadijah bertukar serius. Matanya merayap di sekitar wajah Afrina.
“Tanya jelah mama... Sepuluh pun Afrin tak kisah.”
Lama Hajah Khadijah terdiam. Dia sedang menimbang baik buruk soalannya. “Kenapa ya Afrin tak terima Mirza dulu?”
Tangan Afrina yang sedang mengubah riben itu mula terhenti. Setelah sekian lama, soalan itu keluar baru dari mulut mertuanya. Apakah yang membuatkan Hajah Khadijah membangkitkan persoalan ini?
“Sebab Afrin tak cintakan dia...” Tipu Afrina sambil meneruskan kerjanya. Dia mengelak dari bertembung mata dengan Hajah Khadijah. Bimbang jika Hajah Khadijah mengecam riak wajahnya yang sedang menipu.
“Kenapa Afrin tak cintakan dia? Dia kan baik...”
Tak ada perubahan yang ketara pada Afrina. Menantunya itu tak nampak gugup ataupun menggelabah. Tidak dapat juga dikesan jika Afrina sedang berbohong. Payah untuk ditebak perasaann menantunya ini.
“Sebab dalam hati Afrin hanya ada abang Haraz... Datanglah lelaki yang baik macam mana pun...Tak mungkin lelaki itu akan mampu menggantikan Haraz.”
Kalaulah mamanya itu tahu yang Mirza itu adalah bekas tunangnya, entah apalah reaksi mamanya itu. Teringin juga untuk dia membuka mulut. Tapi Afrina jadi tak sampai hati. Takut jika kebahagian ini terbantut sekelip mata. Lagipun, tak mahulah jika Hajah Khadijah berfikiran yang bukan-bukan.
“Tapi mama takut....” Kata-kata itu terluar dari bibir Hajah Khadijah.
“Apa yang mama takut?”
“Takut kalau Mirza tak mampu untuk menyintai Azlin...”
Seorang ibu paling takut dan risau jika melepaskan anak gadisnya pada seorang lelaki yang tak mampu untuk menjaga dan menyintai dengan sepenuh hati. Bimbang jika perkahwinan yang diatur ini akan menyebabkan pasangan suami isteri itu tidak bahagia.
Dalam hal ini, dia tidak risaukan Azlin. Dapat disambut reaksi positif dalam diri Azlin. Setiap perkara yang melibatkan Mirza, pasti membuatkan anaknya itu tersengih sendiri. Dah macam orang sasau dan angau pun ada. Tapi Mirza... Makin lama, makin dia was-was dengan lelaki itu.
“Mirz dah terima Lin... Maknanya dia pasti akan belajar menyintai Lin. Kita kena percayakan dia. Mama perasan tak, dia orang tu perfect for each other kan?” Tutur Afrina teruja.
“Tapi mama rasa.. Mirza masih menyintai Afrin! Firasat mama kuat cakap macam tu Afrin...” Hati tuanya tidak mungkin menipu. Seorang ibu itu memang punya firasat yang tersendiri. Merasai sesuatu yang tak dapat ditebak oleh orang lain.
            Tangan Afrina yang sedang menggunting riben itu terus menggunting jarinya sendiri hingga membuatkan Afrina mengadu kesakitan.
            “Ouch!”
            “Ya Allah... Macam mana boleh tergunting jari sendiri ni?” Terus Hajah Khadijah bangkit mencapai tisu di atas meja kopi. Cepat-cepat diseka darah yang menitik. Perlakuannya yang pantas bertindak itu terus berhenti secara perlahan-lahan. Hajah Khadijah mengangkat muka. Mencuri pandang ke arah Afrina.
            “Afrin... Kamu ada sorokkan sesuatu dari mama ke?”
            Laju kepala Afrina menggeleng. Terkejut menyambut soalan dari mertuanya itu. Luka di tangan nampak berdarah tapi luka di hati terus bernanah! Macam mana mamanya boleh melontarkan pertanyaan seperti itu?
            “Apa mama merepek nih... mana ada sorokkan apa-apa.” Cepat-cepat dilap sisa-sisa darah yang melekat di jari. Bukan sakit sangat pun tapi darah seperti tidak henti-henti ingin mengalir.
            “Tapi kenapa hati mama rasa tak sedap.” Dia tak kenal Afrina dengan baik. Jadi dia tidak dapat meneka jika Afrina sedang berbohong dikala ini. Kalau Azlin atau Haraz, sekilas mereka bergerak, hati tuanya sudah dapat meneka. Mungkin itulah beza antara anak sendiri dan anak menantu.
            “Mama... Tak baik ikutkan sangat rasa hati tu. Boleh membinasakan diri. Jangan risau lebih-lebih. Tawakal pada Allah. Kebahagian itu berada di tangan Dia. Hanya Dia yang berhak mencampakkan kebahagian itu pada setiap hambanya.”
            Kata-kata itu sebenarnya lebih untuk memujuk diri sendiri. Memujuk hati yang ampuh dan terapung ini. ‘Reda itu bukan hanya sekadar di mulut Afrin.. Tanamkanlah dalam hati dan jiwa.. Ikhlaslah menerima takdir ini..’
            “Mama doakan supaya kamu menemui pengganti Haraz..” Hajah Khadijah mencium dahi Afrina. Baru sekarang rasanya, dia merasakan bahawa dia terlalu menyanyangi Afrina. Benar kata orang, dendam yang terindah ialah dengan memaafkan.
            “Mama... Tak ada apa-apa yang nak saya keluhkan lagi. Saya dah bersyukur dengan apa yang saya ada.. Doa saya siang malam, biarlah saya meninggal sebagai isteri Haraz ma.. Meyambung cinta kami di Syurga..” Jika tidak ada bahagia di dunia ini, biarlah diraih kebahagian di akhirat sana.
“Mama boleh tolong saya tak?”
“Tolong apa?”
            “Walau apa pun yang terjadi.. Tolong jangan benci Afrin. Tolong jangan abaikan Ad...”
            “Ish.. kenapa Afrin cakap macam tu? Mana mungkin mama nak benci menantu mama! Apatah lagi nak abaikan Ad....”
            Baru sahaja Afrina hendak membuka mulut untuk membalas kata, terdengar salam dari luar rumah. Serentak mereka berdua berpaling.
            “Siapa pulak yang datang? Mak cik Asmah kot.. Sebab dia kata semalam nak datang menolong apa-apa yang patut.”
            Afrina mula menahan Hajah Khadijah yang baru mengangkat punggung. Biar dia sahajalah yang melihat gerangan tetamu yang datang. Wajah yang terjenggul di ruang pintu itu membuatkan langkah Afrina terhenti. Terasa langkahnya mula tempang untuk diteruskan.
            “Siapa yang datang Afrin?” Tegur Hajah Khadijah sambil meninggikan lehernya sedikit. Mengintai dari balik sofa.
            “Aku yang datang Jah...” Terus Puan Maizura berjalan melintasi Afrina dengan muka yang tak beriak. Kalau dia tahu Afrina ada di rumah Khadijah, dia pun tak teringin nak menjejakkan kaki ke sini. Memandang seraut wajah yang telah mengeruhkan hubungan dia dan anaknya.
***
            Jag yang berada di dalam kabinet mula dikeluarkan. Kemudian tangannya mula mencapai bekas gula dan teh. Sekarang hanya menunggu air panas untuk masak sahaja. Tidak dapat diselak perasaannya tika ini. Gelabah ke, risau ke, takut ke ataupun suka melihat kedatangan Puan Maizura yang sinis itu? Apa yang pastinya, jiwanya lebih terasa kosong.
            “Kamu buat air?” Tegur satu suara dari arah belakang. Terus Afrina berkalih.
            “A...aah...” Perasaan yang terasa kosong tadi mula diserang gugup. Tak dapat mengagak yang Puan Maizura akan melangkah ke dapur ini. Bukankah ibu Mirza ini sedang berbual bersama Hajah Khadijah.
            Sengaja Puan Maizura masuk ke dapur apabila Hajah Khadijah memohon diri untuk bersolat asar.
            “Buat air apa?” Tanya Puan Maizura cukup sinis. Matanya merayap di sekitar kabinet dapur. Meneroka bahan-bahan yang digunakan oleh Afrina. Manalah tahu kalau-kalau dia ternampak botol ubat guna-guna yang membantu Afrina menyihir anaknya itu. Entah-entah bakal besannya juga telah disihir oleh Afrina.
            Dahulu dia teramat menyayangi Afrina. Dia suka dengan karakter Afrina yang pandai membawa diri disamping seorang yang sangat menghormati orang tua. Tapi setelah wanita itu meninggalkan Iyyad, dia pun tak ingin lagi menatap wajah Afrina apatah lagi ingin berjumpa dengan Afrina.
            Tapi siapa sangka yang takdir kembali menemukan mereka. Pertemuan yang langsung tidak diduga. Kalau ikutkan rasa sakit hati, mahu sahaja dia membatalkan perkahwinan Azlin dan Iyyad. Dia tidak mahu ada kena mengena langsung dengan bayang-bayang Afrina. Apatah bila mengetahui yang dia bakal berbesan dengan seorang ibu kepada lelaki yang merampas tunang anaknya.
            Tapi bila difikirkan semula, keluarga Hajah Khadijah sebenarnya tidak bersalah. Yang bersalah pastilah Afrina! Perempuan gedik yang tak tahu malu. Lagipula, kalau dia memutuskan hubungan Azlin dan Iyyad, pasti Afrina akan memikat kembali hati anaknya. Itu yang dia tidak mahu!
            “Buat air teh mak cik...” Afrina tahu yang Puan Maizura tidak minum minuman yang berkafein.
            Kaki Puan Maizura mula dirapatkan ke arah Afrina. Matanya meninjau lagi. “Manalah tahu kan... kalau-kalau ada letak ubat guna-guna dekat aku macam mana kau gunakan anak aku!”
            Kata-kata kasar Puan Maizura itu membuatkan mulut Afrina melopong. “Astarfirullahalazim mak cik... Tergamak mak cik tuduh saya macam tu sekali!” Dari bahasa tubuh Puan Maizura, Afrina sudah mengagak yang Puan Maizura sudah mengetahui hal yang sebenar.
            ‘Tak akan ada sesuatu yang mampu membuatkan Puan Maizura berhenti dari membenci aku..’
            “Terpulang pada kau nak fikir apa pun! Yang penting, aku nak kau jauhkan diri kau dari Mirza! Jangan ganggu kebahagiaan anak aku!” Keras nada amaran Puan Maizura. Usai itu, Puan Maizura terus angkat kaki.
            Afrina mengeluh. Bengang kerana Mirza telah menceritakan segalanya kepada Puan Maizura. Nampaknya dia memang kena lakukan sesuatu untuk mengembalikan ketenangan yang hilang.
***
            Afrina mencampak cebisan roti ke tasik. Seronok melihat ikan-ikan berkumpul untuk menikmati rezeki dari manusia. Taman Bandar di Indera Mahkota petang ini nampak lengang sedikit. Terasa menyesal pula kerana tidak membawa Hadziq sekali kerana anaknya itu awal-awal lagi sudah dibawa lari oleh Azlin. Katanya nak bawa makan KFC sambil berjumpa kawan.
 Hari agak redup walaupun jam baru menunjukkan angka empat petang. Kedatangannya di sini adalah untuk menemui seseorang.
            “Afrin....”
            Kepalanya ditoleh ke belakang. Tersenyum memandang seseorang yang memang dinanti.
            “Mirz... marilah duduk kat sini..” Ajak Afrina ceria sambil menepuk sedikit tempat di sisinya. Memang sengaja dirancang pertemuan ini. Bertekak tak akan selesaikan masalah. Melarikan diri dari masalah pun bukanlah cara yang baik.
            Mirza sendiri naik aneh melihat keceriaan Afrina. Adakah wanita itu sudah bersetuju untuk menjadi isterinya.
            “Afrin dah ada jawapan pada persoalan Mirz dulu?” Tanya Mirza tak sabar apabila punggungnya mula mencecah tempat duduk.
            “Dulu kan Afrin dah bagi jawapan... Seribu kali Mirz tanya pun, jawapannya tetap sama..” Jawab Afrina tenang. Entah perkara apa yang membuatkan dia setenang ini untuk menghadapi karenah Mirza. Mungkin kerana mengenangkan bahawa satu ketika dahulu, Mirza begitu tenang untuk mententeramkan jiwanya yang tertekan. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk membalas segala jasa baik Mirza.
            Mirza mendengus kasar. Baru sahaja dia ingin bangun dari duduk namun pergelangannya cepat ditahan oleh Afrina.
            “Mirz.... Afrin rindukan Mirz yang dulu...” Afrina mula membuka langkah pertama. Lama dia merenung wajah Mirza.
            “Mirz yang dulu? Kenapa dulu? Sekarang pun Mirz berada di depan Afrin kan..”
            “Memang... Memang Mirz berada di depan Afrin. Tapi hanya jasadnya yang sama. Tapi bukan hatinya.. bukan jiwanya... bukan perasaannya....” Air mata Afrina sudah jatuh ke birai pipi. Luahannya penuh nada sebak.
            “Apa yang Afrin cakap ni? Mirz tak faham..?” Tanya Mirza pelik. Hatinya bertambah aneh apabila melihat air mata Afrina.
            “Mirz ingat lagi tak... Waktu kita muda-muda ribena dulu... Kita pernah dating dekat sini. Bawak sebungkus roti nak bagi ikan makan...Mirz cipta banyak alasan untuk jumpa dengan Afrin...” Ada tawa di hujung kata-katanya. Tawa yang bersulamkan air mata.
            Mata Afrina merenung ke dasar tasik. Melihat Mirza tidak memberi sebarang respon, Afrina kembali menyambung kata.
            “Dekat tempat ni jugak... Mirz pernah ucap ayat ni.... Saya nak jadi awan untuk awak tumpang berteduh dikala mentari terik membakar hari... Tapi saya terlupa yang awan tak mampu untuk menampung titisan hujan dari langit... Akhirnya saya telah membuatkan awak kebasahan... Maksud Mirz, dalam kita cuba melindungi orang yang kita sayang... Kitalah juga orang yang selalu melukakannya.... Mirz ingat tak?”
            Afrina kembali mengimbas detik-detik percintaan mereka. Kenangan yang terlangkau jauh dari gapaian mereka berdua.
            Mirza mengangguk. Masa dia lupa. Taman Bandar inilah tempat mereka melepak bersama. Setelah dia berpisah dengan Afrina, terus dia mengambil keputusan untuk tidak datang lagi ke sini. Tidak mahu mengimbau kenangan yang menyakitkan itu.
            “Mirz sedar tak… yang kata-kata Mirz tu terjadi pada Mirz sekarang. Dalam pada Mirz cuba untuk melindungi orang yang Mirz sayang, Mirzlah orang yang telah melukakan dia….”
            Mirza terdiam lagi. Mendengar bait-bait kata dari Afrina. Hatinya ingin menjawab balik namun entah kenapa mulutnya mula membeku.
            “Afrin pernah hilang diri… Hilang diri sendiri kerana tindakan anaiya orang lain…. Tapi Mirz… Mirz hilang diri bila dibutakan oleh cinta. Hilang pedoman bila ditipu dengan rasa sayang. Ketenangan Mirz hilang bila dirasuk oleh nafsu. Mana Mirz yang Afrin kenal dulu? Mana…?” Suara Afrina halus. Memujuk dengan lembut. Sedaya upaya tidak mahu membuatkan Mirza marah.
            Mirz menguakkan rambutnya. ‘Betul ke kata Afrin? Adakah sejauh itu aku tersasar?’
            “Kalau dulu.. Mirz seorang yang menyenangkan dengan kata-kata pujukan… Mirz seorang yang menjadi alasan untuk Afrin tersenyum sendiri tanpa sebab. Tapi sekarang, Mirzlah alasan air mata ini…. Mirzlah alasan untuk keperitan yang kita rasai..”
            “Afrin tak adil… Kenapa letakkan semua kesalahan dekat bahu Mirz?” Mirza sudah mula membentak!
            “Tengokkk….. inilah bentuk perubahan yang Afrin cakap tadi. Mirz yang Afrin kenal sekarang jauh berbeza dengan Mirz yang dahulu. Mirz dah dibutakan dengan cinta. Cinta yang membabi buta!” Afrina mahu sedarkan Mirza yang dia sudah hilang diri sendiri kerana taksub pada cinta.
            “Ingat tak masa Mirz tengok Afrin dengan Haraz. Respon Mirz tak lah seperti ini.. Mirz masih tenang… Masih dapat mengawal perasaan Mirz.. Kalau dahulu cinta ini yang mendorong kekuatan Mirz, kenapa sekarang tak macam tu? Kenapa sekarang cinta kita menjadi pendorong supaya Mirz cepat marah dan naik angin?” Sembur Afrina lagi. Tapi dengan pujukan yang cukup lembut.
            Begini rasanya memujuk orang. Selama bertahun-tahun, Afrina hanya tahu dan pandai dipujuk. Memaksa seisi dunia mengikut arahan dan keinginannya.
            “Berhenti kejar sesuatu yang memenatkan. Pandang dan bimbinglah apa yang ada dalam gengaman kita sendiri..”
            Mirza senyap lagi. Dia seolah-olah kehilangan modal untuk membalas kata. Afrina terus bertindak dengan mengeluarkan sekeping gambar dari beg bimbitnya. Disuakan kepada Mirza.
            “Tengok senyuman tu… cantik kan… Sanggup ke Mirz nak bunuh senyuman tu… Sanggup ke Mirz nak buang seorang yang selama ini telah mengandungkan Mirz.. Dah menyayangi Mirz dari kecil… Sanggup ke Mirz meninggalkan Syurga dunia Mirz sendiri?”
            Afrina tidak dapat menyembunyikan rasa sedih yang menghantuk diri. Terkenangkan dosa-dosa yang masih bersisa pada arwah emaknya. Cukuplah dia seorang sahaja yang mengecewakan emaknya. Dia tidak mahu Mirza mengulangi kesalahan yang sama pada Puan Maizura.
            Rasa perit mula menjalar di hati Mirza. Sudah beberapa hari dia bermasam muka dengan ibunya sendiri. ‘Ya Allah… hinanya aku… Aku bermasam muka dengan ibuku sendiri hanya semata-mata kerana membela seroang perempuan yang belum halal untukku! Masih adakah tempat aku di Syurga sana andai Syurga dunia aku abaikan?’
            Wajah Mirza diraup. Hatinya gelisah! Dia mula sedar sedikit demi sedikit.
            Afrina merenung wajah Mirza yang gelisah itu. Dahulu lelaki itu sentiasa menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri dia masih punya masalah yang jauh lebih besar. Dia sentiasa meyakinkan orang lain sedangkan hakikatnya dia mencari kekuatan diri sendiri. Dia sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sentiasa sakit. Sentiasa menjaga hati manusia walau senyuman.
            Mirza bukan lupa diri. Cuma sudah terlalu lama lelaki itu melalui semuanya sendirian. Walau kadang kala dia marah tak menentu pasal, itu kerana dia sudah tidak sanggup menanggung bebanan hatinya. Dia memerlukan insan untuk mengadu, tetapi aduan itu disalah erti. Lalu dia terus menyimpan perasaan itu sehingga terpadam! Pendam hingga terpadam hingga menjadikan jiwanya sudah tidak tahan lasak lagi. Kerana itu Mirza mula terpesong dari landasan.
            “Afrin… Apa yang Mirz dah buat ni? Apa yang Mirz dah buat pada orang sekeliling Mirz? Apa yang Mirz dah buat pada Afrin dan ibu…” Kutuk Mirza sendiri. Kenapa baru sini dia sedar. Dia terlalu mengikut kata hati.
            Seharusnya jalan cinta itu mencerahkan jiwa. Kalau ia menggelapkan, itu pastilah cinta buta.
            “Alhamdulilah…. Mirz dah terjaga dari mimpi ngeri tu..” Tangisan Afrina tak henti-henti mengalir. Melahirkan rasa syukur. Tak sia-sia dia psycho Mirza dari tadi.
            “Macam manalah Mirz boleh jadi macam ni… entah-entah ada orang sihirkan Mirz tak?” Gurau Mirz tiba-tiba membuatkan Afrina ketawa dalam tangis.
            “Apalah… ke situ pulak yang Mirz fikir.”
            “Afrin… Kalau Mirz kahwin dengan Azlin, Afrin macam mana?”
            “Afrin tak akan matilah kalau tak kahwin dengan Mirz… Yang menghidupkan jiwa dan nyawa Afrin bukanlah cinta tapi Allah. Afrin akan doakan Mirz bahagia dengan Lin…” Ucap Afrina lembut. Benar kata orang, hanya kelembutan yang mampu melembutkan kekerasan.
            “Kita akan jadi kawan sampai bila-bila kan?” Tanya Mirza sebak. Kawan? Rupanya cinta ini memang tidak punya talian jodoh.
            “Kita akan tetap kawan sampai bila-bila… Mirz… terimalah Lin seadanya. Dia gadis yang baik… Janganlah nak buat skesta kahwin kontrak pulak?” Usik Afrina nakal.
            Mirza ketawa besar. “Apa punya pemikiran tadikalah Afrin nih.. Dah ada depan mata tu, ngap jelah…” Seloroh Mirza pula.
            “Amboi… gelojoh betul!”
            Ketawa mereka berdua mula bersatu.
            Lebih teruk dari patah hati ialah bila DUA INSAN yang saling menyayangi tetapi sentiasa bertahan untuk tidak saling MEMILIKI....Ini lebih baik dari mereka membiarkan orang di sekeliling mereka menderita di sebalik kebahagian mereka.
            “Kak Afrin… abang…” Panggilan itu membuatkan tawa yang rancak itu mula terhenti. Hampir serentak Afrina dan Mirza berpaling ke belakang. Rahang Afrina terjatuh melihat wajah Azlin yang sedang mengendong Hadziq itu. Dan dibelakang Azlin ada Dr Hazim.
            “Apa abang dengan kak Afrin buat dekat sini?” Soalan itu tidak mampu ditahan lagi. Dari jauh lagi Azlin sudah dapat mengecam kelibat mereka yang nampak mesra. Kejap Afrina menangis dan sekarang kakak iparnya itu sudah ketawa. Apa hubungan Afrina dan Mirza sebenarnya?

p/s: dua bab lagi sebelum menemui titik akhir...hope enjoy reading n do komen.. sorry kalau cerita ni x memenuhi piawaian korang... just a simple story from a sempoih writer.. kui kui kui....

31 comments:

  1. Dh elok dah azlin dgn dr hazim pasangan secocok hihi. Tapi Mcm biasa sukar mnebak kolam hati wanita bnama sara. Karang lain yg dia kasi. Pendek kt ending sukar djangka tp harap mirza ttp ngn afrina.wpun mcintai x semestinya mmiliki tp kli ni bg la mirza ngn afrina ek cik penulis yg comei lg cute hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thansk part sara comel lagi kot tuh.. tp ending tetap x boleh diubah..hahahaha.. so tunggu jelahh... =)

      Delete
  2. nk lg..cpt2 la next n3 ek..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mingguu ni habiskan... so x payah tunggu lagi kan...hehehe

      Delete
  3. cpt la bg Azlin tau psl diorg keke,.xsabau nye nk tau ending keke

    ReplyDelete
  4. mcm da taw jer nding.afrina ttp x bersama dgn mirza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha.. jangan buat spekulasi dulu... sabarrr...

      Delete
  5. ala..ksian kat afrina. bnyak da berkorban. tpi ni la realitinya kan. kalo x pecahkan rhsia skrang, nnt akan jdi lbih parah kalo lpas kawen nnt. baik sttle2kan semau n libatkan semua pihak, jgn 2 org ni je dok pk psal semua org

    >>k<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa.. suka baca komen awak k... nak buat macam mana... cinta itu memerlukan pengorbanan.. manakala pengorbanan memerlukan perjuangan.. =)

      Delete
  6. dah, teka teki nak siap dah, hehe. suke, makin lama makin matang penulisan Sara ni, ^_^.

    muda_13

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak muda... try give the best..heehe..

      Delete
  7. so leh ker afrina ngelat kan azlin ngan jawapan ter or pape lah asal lin tak tersalah sangka?itu lah rahsia dari ALLAH,sape leh sangkal.tup2 bertembung cam tu..kalu sape pun di tempat afrina ape jawapan yang harus kuar dari mulut untuk menjaga hati orang lain walhal hati sendiri teramat menderita.betul gak ayat telan mati emak kalu luah plak mati bapak...so pendekatan nyer hati afrina sendiri mati kat tengah2 demi menjaga hati sume pihak...sesungguh nye cian teramat sangat kat afrina yang sebenar nye menjadi mangsa keadaan.wat cam mane pun tersepit kat tengah2 sudah2 nye dipersalah kan....dek writer cian kat afrina ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kenapa sy rasa kesian dekat azlin ya kak?? hahaha... mungkin sudah jalannya... kerana telah tertulis sebegitu rupa..hehhe

      Delete
  8. aaa.........tanda tanya....tapi azlin n dr hazim tu buat apa pulak kat situ kan? jeng...jeng..jeng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng... entah2 depa dating kan.. wooo...

      Delete
  9. saraaaaaaa nak ending... tak sabar tak sabar... sedih bila afrina kena sound dengan mak mirza tuh... rasa salute gila bila afrina psycho kepala otak mirza... rasa mcm smooth je pujukan tuhh...

    tapi bila terkantoi cm gini takut kalau lin terasa.. larikan diri mcm drama2 melayu kannnn... (kalau boleh tak mau mcm tu.. hahaha) best pasal DSKH ialah bila watak smpingan mcm owg ketiga tu baik gilerr.. smpai kami pun x smpai hati kalau mirz tingalkan azlin tuh..

    tak dah boleh teka dah.. redha jelah ending mcm mana pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. yatttt.. sabar sabar...hahhaa.. kira mcm awak pun confuse lah ni ya... 2 bab je lagi... lepas ni boleh berjimba dengan cerita lain pulak... haha

      Delete
  10. Sedar juga Mirza akhirnya.... #^_^

    ReplyDelete
  11. uhuhuhu biarlah mirz dengan afrina..

    ReplyDelete
  12. Suspenlah pulak, agak-agak nya Lin dgr tak perbualan mrk brdua. Harap-2 Afrina dna Mirz dapat jelaskan perkara sebenar supaya tiada lagi salah faham. Dr Hazim is a good choice also for Afrina, tak gitu cik penulis..heheeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa.. hazim tu mcm blur je untuk afrina.. berbeza dengan mirza ngan haraz... xpe.. tunggu jelah ending..hehe

      Delete
  13. agak2 azlin dan hajah khadijah akan tahu tak perkara sebnar yg afrina sembunyikan tntg dia ngan mirza?apa keputusan sebenar mirza?hope dia benar2 bernikah ngan Azlin la..huhu..lgpun sinar2 ending dh nampk ke arah mana cuma tak brani nk expect lebih2 ..karang something yg unexpected plak berlaku..kan cik writer..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.... kan kalau unexpected mulalah kecewa kan.. so tunggu jelah 2 bab yang terakhir tu..heheh

      Delete
  14. okay first time komen DSKH ini..

    overall, I think this story is very different dari novel2 yang berada di pasaran yang banyk berkonsepkan kahwin paksa or kahwin rela dalam terpaksa.. oh my god.. sungguh dah jemu and rasa value dalam novel tu dah hilang.. nothing special anymore ..

    but it turned out differently with DSKH .. where we saw Mirza n Afrin sedaya upaya nak pertahankan kebahagian orang lain... so touching and banyak value yang boleh kita ambil bila baca novel ni..

    i'm so excited nak tnggu ending.. hope tak klise but still harapkan happy endinglah kan..

    love u sara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. love u jugak.. lain kali tulislah nama.. sedang den nak panggil n nak cam..hehehe... opps.. dskh ni mmg lain.. sebab cite dia x sweet..hehehe.. more tu jiwa2 y agak berat.. so novel genre begini payah nak tangkap hati pembaca... hehe.. btw thanks sbb suka DSKH n sbb komen.. nnti komen lagi 2 bab okeyh...

      Delete
  15. oh maigad!!!!!!!!!! o...o... O_0 azlin..... oh so kwan yg die nk jumpe tu hazim la... ehem2 diorg tu ad ap2 ker?? ending yg x dpt nk predict hahahah
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaha.. x payah predict jayy.. tnggu ending je k..

      Delete
  16. ngeeeee..sob2..pning kpla bca coz x tau nak suh sama ngan sape..nasib baik sama ngan Azlin..kalo sama ngan Afrina x tak tau la mcm mana konfliknya...akhirnya Afrina tetap ngan Haraz..cerpan ni sedap tapi y x sedap xleh copy...hehe

    ReplyDelete