Thursday 1 November 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [27]


 “Subhanallah.... Iyyad dah gila ke? Dah tak siuman macam pesakit Iyyad?” dari duduk, Puan Maizura mula angkat punggung. Panas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anaknya itu.
“Memang Iyyad dah gila... Iyyad tak tahu apa yang jadi sekarang.”
Aduh... Macam mana boleh terlepas cakap? Mirza sendiri tak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Berkahwin dengan Azlin ataupun membiarkan Afrina pergi? Dua-dua memberi kesan yang menyakitkan.
“Iyyad ni kenapa? Apa yang Afrina buat sampai Iyyad masih tergila-gilakan dia? Hei, ibu langsung tak berkenan nak buat dia sebagai menantu! Dia dah tinggalkan Iyyad empat tahun lepas! Dia dah conteng arang pada maruah keluarga kita.... tapi Iyyad masih nak kan perempuan macam tu?” Suara Puan Maizura memetir. Sakit hati dengan perangai anak lelakinya itu.
Tak makan saman! Tak lalu dek nasihat! Agaknya kerjaya Iyyad sebagai doktor psikitari membuatnya anaknya berjangkit gila macam pesakit dia jugak!
“Apa yang berlaku dulu adalah satu kesilapan bu.... Sebenarnya Afrin pun tak nak benda tu semua jadi?” Keadaan sebenar perlu diperjelaskan. Jika tidak, selama-lamanya ibu akan bersikap prejudis pada Afrina. Tapi melihat pada respon Puan Maizura sebentar tadi, Iyyad Mirza boleh tahu bahawa semua ini bukan mudah.
“Tak payah nak reka-reka cerita Iyyad... Ibu tak nak dengar!” Tengking Puan Maizura bengang.
Sampai sekarang dia tak faham, kenapa Iyyad sentiasa hendak menangkan perempuan itu. Perempuan yang curang itulah yang dia terhegeh-hegeh jugak. Dari dulu sampai sekarang, Iyyad tak pernah berubah.
Puan Maizura angkat kaki. Bimbang kalau berlama-lama nanti, tangannya pula yang terangkat. Sakit hatinya apabila Iyyad langsung tidak mengendahkan perasaannya! Dalam hati menyumpah seranah Afrina.
‘Dasar perempuan tak malu! Kau nak kena ganyang dengan aku gamaknya! Baru kau nak berhenti ganggu hidup anak aku!’ Rasa marah mula membuak-buak. Tak mampu ditahan-tahan atau disimpan-simpan lagi. Kalau Afrina berada di depannya sekarang, mahu dicincang sampai lumat!
“Afrin kena guna-guna ibu.... Sebab tu dia mintak putus dengan Mirz dulu!” laung Mirza kuat. Tak betah apabila si ibu terus meletakkan kesalahan di bahu Afrina.
Terus mati langkah Puan Maizura yang laju tadi. Wajahnya dikalih memandang si anak. Namun masih ada jarak diantara mereka. “Kena guna-guna? Kena ilmu hitam? Itu ke maksud Iyyad?”
Lambat-lambat Mirza mengangguk.
“Mana kamu tahu semua ni?”
“Afrin yang beritahu... Iyyad dengar dari mulut Afrin sendiri.”
Tiba-tiba Puan Maizura ketawa sinis. Mula-mula perlahan namun lama-lama makin meningkat tinggi volume suaranya.
“Kenapa ibu ketawa?” Tanya Mirza aneh? Rasanya, tak ada mana-mana bahagian yang kelakar dari ceritanya tadi.
“Ibu ketawa sebab... sebab mengenangkan kebodohan kamu. Macam mana Iyyad boleh percaya cerita Afrin macam tu jeh.... Ibu tak percaya langsung Afrin kena guna-guna. Yang ibu dapat rasa sekarang, kamu yang kena guna-guna dengan Afrin! Sebab kamu tu yang duk gilang bayang pada perempuan tu! Itu je yang benda yang ibu paling nampak sekali!”
“Astarfirullahalazim ibu..... Tak baik ibu fitnah Afrin macam tuh! Dia tak bersalah... Dia teraniaya dan sekarang ibu pulak nak aniaya dia?” Mirza dah mula rasa pecah kepala. Lain yang diharap, lain pulak yang menjadi. Masalah makin menjadi-jadi.
“Hah tengok, kamu back up dia lagi!” Puan Maizura geleng kepala. Nampak sangat otak Iyyad tak center sekarang.
“Memanglah saya back up... Sebab dia tak bersalah. Kenapa kita nak keruhkan keadaan lagi ibu... Kenapa nak panjang-panjangkan cerita nih? Hakikatnya, Afrin kena guna-guna. Ada orang sihirkan dia supaya bencikan Iyyad! Sebab tu dulu dia tinggalkan Iyyad.”
“Siapa pulak yang nak sihirkan dia?” Tanya Puan Maizura tak faham.
“Iyyad tak tahu sebab Afrin pun tak tahu siapa yang buat dia...” Inilah kenyataan yang sukar untuk ditegakkan.
“Habis tu, mana Afrin tahu dia kena guna-guna?” Entah siapalah tukang karut yang rajin mereka-reka cerita sebegini. Tak logik langsung! ‘Si Iyyad ni pulak main percaya jeh....anak siapalah yang bengap sangat ni?’ Sakit otak dibuatnya.
“Kakak dia bawak pergi jumpa ustazah... Sebab tulah Afrin tahu.” Nampak sangat bukti tak berapa nak kukuh. Tapi dia cuba sampaikan apa yang Afrin ceritakan padanya semalam. Dia kenal Afrina dengan baik, tak mungkin wanita itu menipu.
Melihat senyuman sinis Puan Maizura, Iyyad Mirza sudah dapat menebak yang ibunya itu memang tidak percaya dengan cerita yang dibawa ini. ‘Macam mana nak buat ibu percaya nih...’ Lehernya mula ditelus sedikit. Mencari idea dari celahan akal.
“Sudahlah.... ibu tak percaya semua ni. Mesti dia sengaja mengadakan cerita supaya kamu tak jadi kahwin dengan Lin... Kejam betul perempuan macam tuh! Dia sanggup perlakukan adik ipar dia macam tu? Hah, kat situ dah menunjukkan yang dia bukan perempuan baik Iyyad... Dia bukan perempuan baik untuk dibuat menantu dan isteri.”
Suara Puan Maizura kuat mencengkam sukma. Membuatkan emosi Mirza bertindih dengan rasa geram.
“Ibu.... Tolonglah faham...” Belum sempat dia menyudahkan kata-katanya, Puan Maizura laju sahaja memintas.
“Apa lebihnya Afrin tu Mirz? Apa kurangnya Lin? Kalau Iyyad putuskan untuk berkahwin dengan Afrin, Iyyad pasti akan lukakan Lin... Jadi apa bezanya Iyyad dengan Afrin dulu? Sanggup ke Iyyad lukakan hati Azlin.. Iyyad sendiri pernah kena tinggal, sanggup ke Iyyad nak bagi Lin rasa apa yang Iyyad rasa dulu? Jangan sesekali biarkan nafsu menguasai diri Iyyad.... Kenangkan Lin sikit.. Dia tak salah apa-apa. Cinta korang berdua ni akan banyak melukakan semua pihak? Lagipun, mana ibu nak letak muka dengan Hajah Khadijah. Dulu ibu pernah putus kawan, tak kan sekarang ibu kena putus kawan lagi? Ibu dah penat tanggung kesalahan orang lain. Bagilah sisa-sisa hidup ibu ni tenang sikit Mirz...Tolonglah Mirz...” Suara Puan Maizura sudah mengendur. Separuh merayu pada anak lelakinya.
Puan Maizura sudah mengesat permata yang menapak di pipi. Sedih melihat kisah anaknya menjadi huru hara sebegini rupa.
Terduduk Mirza dibuatnya. Matanya menyoroti langkah kaki si ibu yang nampak layu itu. Sakit hatinya melihat permata jernih yang mampir menjenggah di ruang wajah ibunya. Terasa seperti anak yang berdosa. Tapi segenap penjuru hatinya juga sakit bila si ibu cuba menolak segala kebenaran yang telah dia bongkarkan.
‘Ya Allah... kenapa jadi macam ni?’ Tangan Mirza terketar ketar meraup wajah. Ada rasa sesal apabila tindakannya membuatkan si ibu menangis. Tapi kasihnya pada Afrina langsung tak boleh ditolak jauh. Makin ditolak, makin kasih itu tercampak ke dalam sukma rindu.
Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar mula berdering. Matanya terpandangkan nama Azlin di skrin telefon.
‘Mungkinkah perlu untuk aku berterus terang pada Azlin?’
Kusut, serabut, kalut, semuanya digaul menjadi satu. Perlu ke dia mengikut kata hati yang penuh dengan sikap mementingkan diri sendiri itu? Tersilap langkah, padah yang menanti mereka!
***
            Radio yang menjadi peneman mereka, mula diperlahankan sedikit. Azlin mengamati wajah lelaki yang sedang memandu itu. Kenapa wajah itu tidak cerah seperti biasa? Bagaikan ada awan mendung yang mengekori bayangnya. Tidak seceria dahulu.
            Seawal dia masuk ke dalam kereta lagi, hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulut Mirza. Baru empat hari tidak bersua muka, adakah waktu yang senggang itu telah berjaya berubah pendirian Mirza terhadap hubungan mereka?
Azlin mula was-was. Hendak bertanya, dia diselebungi rasa gerun. Gerun menantikan jawapan Mirza yang belum tentu akan memenuhi piawaian hatinya.
            Tapi kalau diikutkan, mereka memang masih belum mengenali antara satu sama lain. Diperkenalkan dalam tempoh masa yang senteng kemudian membuat keputusan untuk berkahwin. Agak drastik dan mengejut. Tapi sebuah hubungan itu bukan diukur pada jangka masa perkenalan.
            Azlin sendiri masih belum mengenali bahasa tubuh Mirza dan warna perangai Mirza yang sebenar. Apa yang dia pasti ialah, Mirza lelaki yang baik. Dan dia begitu menyenangi beberapa sikap Mirza. Contohnya, lelaki itu memang sangat memahami. Tengok sahaja situasi ketika di restoren dahulu. Lelaki itu dapat membaca kelakuannya yang nyata tidak menggemari Nasi Goreng Ikan Masin.
            ‘Kalau kau terus senyap macam ni, hubungan korang tak kemanalah Lin... Buatlah sifat ramah tamah sikit. Biar cik abang kau ni selesa berada di samping kau! Kalau kau sendiri kaku dan kayu, hubungan korang akan diwanai dengan warna yang kelabu! Kelam bin suram. Kenalah jadi perempuan yang pandai bawak diri dan pandai ambil hati!’ Otak Azlin mula mencerna ayat. Mengikut kata hati yang bergelombang.
            Sememangnya, perempuan sukakan perhatian! Kalau tak diberi perhatian, dia kena mencuri perhatian lelaki! Oh mak datuk, itu falsafah hidup baru Azlin yang boleh membunuh!
            “Abang... Kenapa senyap je? Abang tak sihat ke?” Soalan Azlin mula menghalau pergi suasana yang sedikit sepi itu. Duduk lama-lama dalam kereta kalau sekadar nak dengar radio, baik dengar dekat rumah!
            “Sihat je Lin... Abang okay je...” Mirza mengalihkan pandang ke sisi kiri. Tersenyum sedikit. Mirza sebenarnya sedang berfikir. Berfikir sama ada dia perlu meneruskan niatnya ataupun tidak.
            ‘Ya Allah... tak sanggup rasanya untuk melukai hati Azlin. Tapi bagaimana aku nak kahwin dengan Lin kalau dalam hati aku hanya ada Afrin! Bukankah ini juga ikut turtu melukakan Lin?’
Tadi dia sudah berjaya membuatkan ibu menangis. Sekarang, tak kan dia tegar membuatkan Azlin menangis pula? Betul kata Afrina, lengkapkah kebahagian itu jika mereka melukakan hati dan perasaan orang lain? Tapi.... tapi... Iyyad Mirza keliru. Selalu sahaja ada keraguan di saat keputusan telah diputuskan.
‘Mana bisa aku mampu membunuh perasaan yang dah berkampung dalam hati sejak enam tahun yang lepas! Perasaan itu tak mampu dibunuh hanya dalam masa tujuh hari. Apatah lagi tujuh saat! Perasaan itu tak pernah mati walaupun berulang kali Afrin menolak aku ke tepi. Dan disaat segalanya sudah terbongkar, tak kan aku nak terus berdiam diri lagi?’
“Abang nampak macam ada masalah? Tak nak share dengan Lin ke?” Tebak Azlin perlahan. Dia bukanlah hendak mengambil sikap busybody. Tapi dia dah bersedia untuk menjadi tempat dikala Mirza kebuntuan. Dia ingin menjadi seorang wanita yang diperlukan walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Malam ini Mirza memang nampak dingin. Mata mungkin mampu menidakkan tapi hati tak mampu dipujuk lagi.
“Tak ada apa Lin... abang just... Just busy dengan kerja. Mungkin juga penat... Itu yang muka abang macam muka tak siap nih. Sorry ya Lin... Lin pulak terpaksa tengok muka abang lagu ni.”
Kata hati melarang keras untuk dia melukai hati Azlin. Tapi berbohong seperti ini lebih menyakitkan. Lebih memeritkan dan lebih melukakan. Kerjayanya sebagai pakar psikitari pun tak mampu untuk dia menguruskan masalah sendiri.
“Lah... Kalau abang beritahu awal-awal, kita postpone je lain kali.” Serba salah Azlin dibuatnya. Kalau dia tahu yang Mirza kepenatan, pasti dia tidak akan mengajak Mirza untuk mengambil kad kahwin mereka bersama.
‘Ya Allah... mesti abang fikir aku ni manja dan tak reti berdikari! Nak ambil kad kahwin pun nak pergi bersama. Padahal pergi ambil sendiri pun boleh. Mengada-ngada betul!’ Rasa nak sekeh kepalanya sendiri. Terasa sangat menyusahkan Mirza!
“Tak baik buat kerja tangguh-tangguh Lin...” Nasihat Mirza pendek. Tak mahu jugak kalau perbualan mereka nampak canggung. Nanti Azlin dapat mengesan perubahan dirinya.
“Alah, Lin pun boleh ambil sendiri kan. Susahkan abang je,” luah Azlin lagi. Dia tidak dapat lari dari rasa bersalah.
‘Kenapa dengan aku ni? Kenapa nak rasa serba salah sangat? Oh lupa.... cinta itu ada peraturannya juga. Kita tak akan mahu menyusahkan orang yang kita sayang! So bang, abang nampak tak macam mana Lin sayang dekat abang?’ Azlin menyembunyikan senyum. Alahai, gatal betul anak dara nih!
“Kan kita yang sama-sama nak kahwin... Kenalah buat sama-sama.” Mirza mengutuk diri sendiri. Lain yang hendak dia cakap, lain pula yang terlepas dari mulut. Jelas lagi nyata yang jawapan tersebut memang memberi harapan. Rasa macam nak hantuk kepala ke stereng kereta. Bodoh!
Azlin tersenyum panjang. Sungguh lega mendengar ayat Mirza. Hati dilanda musim bunga. Jiwa diserang musim luruh. Rasa macam nak berlari-lari nyanyi lagu Humko Humi Se Churalo.... Eceh, hindustan betul!
Pemanduan mula terhenti di kedai Kad Lawo. Hasratnya mereka hanya ingin mengambil tempahan yang telah siap. Segala pembayaran pun sudah dijelaskan ketika sesi tempahan.
“Abang duduk dalam kereta je. Biar Lin pergi ambil ya.” Terang Azlin sambil mula menanggalkan seat belt.
‘Patutnya aku biar je Lin ambil sendiri! Tak payah keluar untuk berhadapan dengan Azlin.’ Keluh hati Mirza saat matanya menyoroti langkah kaki Azlin yang keluar dari perut kereta. Tapi hatinya tak cukup kejam untuk melakukan Azlin sedemikian rupa. Azlin cukup baik untuk dilayan dengan kejam
Kata-kata Puan Maizura kembali bersawang di telinga. ‘Sanggup ke Iyyad lukakan hati Azlin.. Iyyad sendiri pernah kena tinggal, sanggup ke Iyyad nak bagi Lin rasa apa yang Iyyad rasa dulu?’
Dahulu, dia sentiasa berdoa yang tak akan seorang manusia pun yang akan melalui nasib sepertinya. Nasib ditinggalkan tunang tersayang. Walaupun mulut cakap rela, tapi hati tetap remuk dan sakit. Bertahun dia pujuk hatinya. Jadi kalau dia meninggalkan Azlin, pasti gadis itu akan mengalami nasib yang sama dengan dirinya.
‘Tapi hakikatnya.. keadaan aku dan Lin tak sama.’
“Ya Allah... Kenapalah Lin tu baik sangat? Kenapa dia tak macam watak jahat dalam novel dan filem yang gedik dengan perangai yang menjelikkan. Lin dihadirkan dengan karakter yang sempurna... Yang membuatkan hati aku serba salah nak berterus terang! Aku jadi jahat jika melukakan dia!” Mirza membebel sendiri.
Dia tak nampak jalan yang lurus lagi terang. Yang dia nampak, jalan sebelah kanan penuh berbengkak-bengkok dan jalan sebelah kiri pula gelap gelita. Dua jalan yang penuh cabaran dan rintangan.
‘Satu je cara untuk selesaikan masalah ni... Kau kena pilih jalan bahagian depan iaitu memilih untuk melupakan Afrina! Memilih Azlin untuk menjadi suri dan memenuhi permintaan ibu dan Hajah Khadijah. Jadi semua orang tak akan terluka.’ Kata hati mula menyalurkan jawapan.
“Lupakan Afrin? No way! Setelah sekian lama aku pertahankan kasih ni, kenapa aku kena lupakan dia? Aku dan dia saling menyintai? Kenapa orang lain tak mahu tengok kami bahagia?” Mirza mula menghentak kasar stereng kereta. Hati dan fikiran berkecamuk! Mereka bertelagah sesama sendiri.
Dah macam orang gila pun ada!
“Abang... abang okay ke tak ni?” dari luar kereta lagi Azlin dapat mengesan tindak tanduk Mirza yang bagaikan sedang bercakap sendirian. ‘Apa kena dengan abang sebenarnya. Practis jadi orang gila sebab nak selesaikan masalah pesakit ke?’
Suara Azlin itu membuatkan Mirza tersedar dan berpaling ke sisi kanan.
            “Erkk... Bila Lin ada kat sini?” suara Mirza penuh nada cuak! Mahu tak cuak, tiba-tiba sahaja jasad Azlin berdiri di muka pintu. Entah bila masa Azlin membuka pintu kereta. Mirza langsung tak sedar.
‘Entah-entah dia dah dengar aku membebel tadi?’ Mirza menelan liurnya yang terasa kesat.
            “Baru je lagi. Abang ni kenapa? Cakap sorang-sorang...” Azlin mula masuk ke dalam kereta dan meletakkan kad kahwin yang diambil itu ke bahagian belakang kereta. Kemudian matanya laju sahaja merayap di wajah Mirza. Wajah lelaki itu jelas gabra!
            “Abang...” Waktu seperti inilah otak Mirza lambat memberi respon. Tak tahu hendak merencana idea dari mana.
            “Abang...abang... Kot ya pun pakar psikitari, tapi tak perlulah duk berlakon macam orang gila jugak. Seram Lin tengok! Nanti kalau dah ada anak-anak, dia orang mesti gelakkan ayah dia orang ni.” kata-kata yang tak dirancang itu keluar spontan dari mulut Azlin.
“Anak-anak?” Ulang Mirza dengan muka terkejut. Entah kenapa, gerun Mirza mendengar perkataan itu.
Mendengarkan teguran Mirza itu, Azlin mula tutup mulut. Malu pulak kerana terlepas cakap. Macam orang terlebih berangan pun ada. Belum kahwin lagi dah cerita pasal anak. ‘Anak dara apolah macam gini..’
“Mirz tahu tak, doktor yang merawat Hadziq tu berkenan dekat kak Afrin...” Azlin mula hendak menukar topik cerita. Mahu menutup malu kerana terlepas cakap tadi. Tapi dia tersilap... Topik seperti inilah yang berjaya meragut jiwa Mirza.
Mirza yang baru hendak memulakan pemanduan itu terus melepaskan pandang ke arah Azlin. Jiwanya yang sedia kusut, makin berserabut. Belum settle satu masalah, ada pulak masalah baru.
“Mana Lin tahu?” Sedaya upaya dikawal riak wajah agar tidak kelihatan terlalu teruja. Tidak mahu Azlin mengesyaki apa-apa.
            “Lin tahulah... Doktor tu senior Lin. Tadi Lin mintaklah nombor telefon doktor tu. Lepas tu doktor tu tanya pasal kak Afrin. Then Lin ceritalah yang kak Afrin tu janda... and you know what? Doktor tu cakap dia sudi nak memperisterikan kak Afrin... Yeahh... Rasa macam nak melompat dengar ayat tu keluar dari mulut doktor tu. Dah lah handsome...” Cerita Azlin tanpa sekatan. Namun dia perasan yang raut wajah Mirza sedikit berubah.
            ‘Alamak, dia cemburu ke sebab aku puji doktor tu handsome? Oh no bang... sehandsome mana pun doktor tu, abang tetap paling handsome bagi Lin.’ Puji Azlin dalam hati. Dia masih belum punya keberanian untuk memuji Mirza depan-depan. Apatah lagi mereka belum punya hubungan yang sah lagi. Bimbang dibilang mengada-ngada.
            Mirza rasa macam telah dicampakkan ke dalam gaung! Sakitnya, hanya tuhan yang tahu.
“Lin selalu berdoa supaya hati kak Afrin akan terbuka untuk terima seorang lelaki yang bergelar suami. Lin bukan harap kak Afrin lupakan abang Haraz, tapi kak Afrin terlalu muda untuk hidup sendiri sampai ke tua. Apa yang perlu kita buat sekarang ialah, kita kena tolong doktor untuk curi hati kak Afrin!” Tambah Azlin lagi apabila tidak mendapat sebarang respon daripada Mirza. Mungkin Mirza tak berapa minat untuk bercerita pasal orang luar. Agaknya sebab itu Mirza diam sahaja.
Dalam kepala otak Mirza cuba ada satu perkara... Dia hendak berjumpa dengan Afrina!
***
            Nombor yang tidak bernama di skrin telefon itu Afrina pandang dengan kerutan di dahi. Siapa pula yang hendak menelefon malam-malam ini? Tanpa berfikir lagi, terus diangkat.
            “Hello.. Assalamualaikum.” Suara seorang lelaki mula menjenggah di peluput telinga.
            “Hello.. Waalaikumusalam... Siapa ya?” Tanya Afrina tidak pasti. Tidak dapat di cam pula nada suara itu. Seperti pernah didengar, tapi tiada sebarang nama yang terlintas di kotak fikiran.
            “Ini Hazim...” Tutur kata itu membuatkan Afrina terkedu.
            “Hazim? Hazim mana ya?” Setahu Afrina, dia tidak ada kenalan yang bernama Hazim kecuali doktor yang merawat Hadziq. Doktor Hazim ke?
            “Secepat ni awak lupakan saya Afrina?” Gurau Hazim sengaja. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu topik yang mana yang sesuai untuk dia bualkan sekarang ini dengan Afrina. Gugup dia dibuatnya!
            Afrina menjauhkan telefon bimbit dari telingannya. Kalau ikutkan kemalasan yang menggunung tinggi, mahu sahaja dia cancell panggilan itu. Tapi bila mengenangkan jasa doktor muda yang telah menjahit luka Hadziq, Afrina mula tak sampai hati.
            “Maaf... Saya memang ada masalah untuk ingat orang.” Ucap Afrina seadanya.
            “Hadziq macam mana? Dia okay?”
Dihadapan Hazim sudah terbentang sekeping kertas kajang yang telah dipersiapkan segala soalan untuk berbual dengan Afrina. Nampak sangat yang dia kantoi bab mengurat? Ialah, zaman belajar hanya diperuntukkan untuk belajar. Mana ada masa nak menjeling perempuan!
            “Hadziq okay... Dia dah tidur dah...” Perbualan terhenti seketika apabila  iPhone milik Afrina bergetar. Tertera nama Mirza di skrin telefon. Serba salah Afrina dibuatnya sama ada ingin meneruskan perbualan bersama Dr Hazim ataupun menyambut panggilan dari Mirza.
            “So nama awak memang Afrina?”
            “Err.... aah.” Panggilan Mirza itu dibiarkan tidak berjawab. Biarlah, sekejap lagi dia akan menelefon Mirza semula. Lagipun, apa yang penting saat untuk dibualkan bersama Mirza?
            “Awak tahu, masa mula-mula dengar nama awak, saya terdengar nama awak Afrika...” Sendiri buat lawak, sendiri gelak. Tawa Hazim mula terhenti apabila tidak mendapat respon daripada Afrina.
            ‘Alamak, aku dah tersilap cakap ke?’ Aduh, skill tak menjadilah pulak! Hazim dah mula menggelabah.
            “Afrina, awak marah ke? Saya bergurau je tadi.” Punggung Hazim sudah terasa panas. Terus dia bangun. Melarikan langkah ke kiri dan kanan. Risau Afrina terasa hati dengan gurauannya.
            Sedangkan Afrina sebenarnya merasa bersalah kerana Mirza terus menghubunginya lagi. Bagai ada perkara penting sahaja sehingganya acap kali nombornya di dial. Gurauan dari Dr Hazim langsung tidak menjenggah ke fikiran.
            “Eh tak.... Saya ada panggilan ni. Urgent! Kita berbual lain kali ya.” Tutur Afrina teragak-agak. Sebenarnya, rasa pelik tidak dapat ditolak tepi? Kenapa ya Dr Hazim rajin menelefon dirinya. Lagipula, bagaimana lelaki itu memperolehi nombornya? Tapi tak sempat untuk dia menggeledah jawapan, talian perlu diputuskan.
            “Oh okay... take care.” Tutur Dr Hazim mengakhiri perbualan.
            Baru sahaja Afrina hendak mendial nombor Mirza, sekali lagi telefon bimbitnya berdering. Menandakan ada panggilan masuk. Cepat sahaja tanganya menyentuh skirn telefon. Menyambut panggilan masuk.
            “Afrin dekat mana ni? Kenapa Mirz telefon banyak kali Afrin tak angkat?” Suara di hujung talian penuh dengan kerisauan.
            “Afrin ada kat rumah jeh.... Masa Mirz telefon tadi Afrin tengah cakap dengan Dr Hazim.”
            Mendidih darah Mirza saat mendengar nama Dr Hazim. Nampaknya lelaki itu memang cepat bertindak. Dia di sini bukan main risau lagi bila Afrina tak menjawab panggilannya. Takut jika berlaku apa-apa pada Afrina dan Hadziq. Ialah, Amalina kan sudah balik ke kediamannya sendiri. Tapi rupa-rupanya Afrina sedang ralit berbual dengan Dr Hazim.
            ‘Argghh... Hazim.. kenapa kau perlu muncul antara kami?’
            “Oh... seronoklah berbual ya?” Sinis suara Mirza.
            Afrina mula rasa pelik. ‘Apa kena dengan Mirz ni? Bunyi macam orang cemburu jeh!’
            “Apa yang seronoknya... Berbual kosong je pun. Lagipun tak sempat nak borak panjang, Mirz dah telefon Afrin banyak kali.”
            Kali ini rasa hati Mirza makin terbakar.
            “Jadi Mirz ni penggangulah?” Tembak Mirza seperti peluru. Luluh hatinya mendengar kata-kata Afrina tadi. Dia di sini macam nak mati mengenangkan penyudah hubungan mereka. Memandu pun macam orang sawan. Tapi Afrin boleh seronok melayan peminat baru!
            “Mirz ni kenapa? Telefon malam-malam lepas tu nak cari gaduh dengan Afrin. Hantu mana yang merasuk Mirz ni? Ingat sikit... Antara kita tak wujud apa-apa dan tak akan pernah wujud apa-apa!” Tegas Afrina dengan suara yang keras.
            “Kenapa nak menidakkan apa yang kita rasa Afrin? Kita kena berjuang untuk cinta kita...”
            “Berjuang untuk apa? Untuk air mata? Untuk kelukaan orang di sekeliling kita? Macam tu ke?” Pening kepala Afrina melayan karenah Mirza ini. Mana sikap tenangnya selama ini? Mirza nampak sungguh terdesak?
            “Berjuang untuk kebahagian kita... Untuk masa depan kita...” Mirza cuba untuk memahamkan Afrina. Kenapalah Afrina degil sangat?
            Afrina mengeluh. Tangan kanan mengenggam erat telefon bimbit manakala tangan kiri mula memicit perlahan dahinya.
            “Saya ada dekat depan rumah Afrin. Kita kena berbincang...” Pujuk Mirza sambil menjenguk sedikit ke ruang tingkap. Dia sangat berharap agar Afrina keluar berjumpa dengannya.
            Kaki Afrina mula dilajukan ke cermin tingkap dari biliknya. Matanya mula menangkap kereta Honda CRV milik Iyyad Mirza. Nampaknya Mirza betul-betul tekad untuk memperjuangkan cebisan cinta mereka.
            “Cinta kita dah jadi sisa Mirz... Dah tak ada apa-apa yang perlu diperjuangkan ataupun dibincangkan lagi. Afrin tak akan terima Mirz!” Susah hendak Afrina kukuhnya perasaannya miliknya sendiri. Jika setiap hari dipujuk rayu oleh Mirza, pasti hati kecilnya yang ampuh ini akan layu. Apa yang perlu dia lakukan untuk mengukuhkan pendiriannya?
            “Mudah betul Afrin mengalah... Kenapa, Afrin ingat, kalau Afrin tak bersama dengan Mirz, Mirz akan pilih Azlin ke?” Tersentak Afrina mendengar kata-kata Mirza yang berbaur ugutan.
            “Apa maksud Mirz?”
            “Afrin dah cukup bijak untuk menilai kata-kata Mirz tadi.” Mirza memutuskan talian dan terus meninggalkan perkarangan rumah Afrina. Kenapa mudah benar Afrina mengalah? Wanita itu nampak tak bersungguh menyintainya.

Lupakan aku kembali padanya
Aku bukan siapa siapa untukmu
Kucintaimu tak bererti bahwa
Ku harus memilikimu selamanya


            “Mirz....cinta ini bakal membunuh kita...Tolonglah berhenti menyintai Afrin...” Air mata mengalir membasahi pipi. Tak ada keadaan yang mampu dijernihkan jika sikap Mirza jadi begini.

p/s: memang perit untuk mempertahankan sesuatu yang bukan menjadi milik kita.... enjoy reading =)

33 comments:

  1. bosan la plk dah dgn cite ni.mcm tu je jln cite nye..soo sorry ya writer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana teguran... maaf kerana x memenuhi piawaian

      Delete
  2. peritnya cinta..-along eza jumel-

    ReplyDelete
  3. alahai..kalau nak afrina dengan mirza boleh tak?a

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... kalau x nak bagi lagu tu boleh x??? hahaha

      Delete
  4. cepat ending...nak tau sgt kisah 2 org ni...nampak real

    >>k<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba untuk menghidupkan watak sebaik mungkin..=)

      Delete
  5. Rasanya Mirza kena penyakit mental penangan cinta tak kesampaian....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia tak smpurna kan... mcm tu gak ngan Mirz..

      Delete
  6. boleh dak azlin tu bagi kat dr. hadzim jah...sian la mirza tuh sampai bila2 pun tetap cinta kat afrin...bagi la depa dua tuh berjodoh...

    ReplyDelete
  7. argh... tension dgn mirz.... paksa2 org plak. biar la afrin dgn hazim tuh... Lin tu skit pnyer baik ap.. ciskek pnyer mirz.... decide la btol2 nk afrin ke lin.... backhand kang!! (hehheh sory kak sara emo terlebih hahhahaha) ap la ending diorg eh?? afrin dgn hazim ke?? afrin dgn mirz??
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... hazim tu hero gugup.. x bestlah kan... mungkin kita patut fikirkan kelainan kan... =)

      Delete
  8. pe kata The 'Best Man Win'dek ezza...akak cian amat kat afrin,tapi sian gak kat lin!aduyai dek mirz,afrin tak pape akak yang baca ne leh meroyan bab tension nak...senang crite biar lah mirz ngan afrin,kang sat g dr jiwa lak yang sakt jiwa....so sape susah,pasti keluarga depa gak!hehe merepek meraban dah akak ne dek ezza,so sory ngan mare yer dek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x marah eh... terima ap juga komen readers..hehe.. kot2 nnti ending dia Mirza y gila..hahhaa

      Delete
  9. Hai Ezza,

    Cite ni makin meleret-leret sbb kedegilan Mirza yg ttp mahukan Afrina. Kalau mcm ni sampai bila nak ada kesudahannya, Afrina yg degil mahu Mirza dgn Azlin manakala Mirza yg juga berdegil ingin menyambung semula ikatan cinta yang terlerai antara mereka berdua. Susahlah mcm ni, pi mai pi mai tang tu jugak. Lama-lama Mirza pula jadi pesakit jiwa, masa itu mak Mirza menyesal sbb x ikut kehendak anaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dalam cuba nak menghidupkan watak.. nmpak mcm meleret.. maaf kalu x memenuhi piawaian..hehe.. kedegilan.. keterpaksaan...dalam menghadapi kebenaran... manusia itu tak smpurna.. itu y cuba sy sampaikan.. hehe..

      Delete
  10. baek terima hazim 2 afrina... memilih mirza menndatangkan ketidakpuasan hati org lain dn hati kita pun sakit...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan... tp hazim hero kelas kelam kabutlah kak..haha

      Delete
  11. makin lama sy rasa watak dia owg mcm hidup.. walaupun mgkin agak meleret tp awak mcm nk kami pk.. orang yang pakar pskitari pun x mampu nak teroka perasaan sndri.. lumrah dunia itu tak mudah.. mana ada manusia yang smpurna kan..

    tapi..saya tak nak hazim dengan afrina.. tolonglah sara.. serius mamat tu x bestlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. awk mcm boleh baca fikiran sy lah.. tapi okey pe afrina ngan hazim.. mirz tu poyolahh..

      Delete
  12. Replies
    1. huhuuhu... tengoklah ending macam mana yaaa.. hehe.. 3 bab je lagi..

      Delete
  13. betul ckp has-1309..lama2 stress baca kisah mirza dan afrina ni ..huhu..apa-apa pun dalam mengecapi kebahagiaan...antara afrina,mirza,azlin,dr hazim...akan ada hati yg gembira,..dan ada hati org lain yg terluka...sobb..sob..sob...

    diari neesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah stressss... ish ish ish.. parah kalau reader stress... (penulis plak stress) antara mereka akan ada y terluka.. itu dah pasti... 3 bab lagi.. nnti jamulah ending ya.. =)

      Delete
  14. I prefer Mirza and Azlin, Afrina with other guy....
    Klu Mirza and Afrina nnt susa gak d org dpt bnyk tentangan
    Dan melukai hati bnyk org, i guess married perlukan sokongan dr
    Ramai pihak,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkahwinan memang memerlukan restu dari banyak pihak.. =)

      Delete
  15. cinta takleh dipaksa..
    Afrin, takyah pilih sapa2 pun. Kita tunggu je majlis so Lin n Mirz tu (walau dgn harapan pengantin nye bertukar).. Terdera jiwa dan rama2 dlm perut tau..anyway, gud job Sara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan... kita tengok je apa yang jadi dengan dia orang nih.. hehe.. 3 bab je lagi sebelum ending..

      Delete
  16. Salam, rasanya Afrin n Hazim selayaknya kot, spy tdk menyakiti hati org sekeliling, apa pun org yg menyihir Afrin tu mesti dibongkarkan, spy semua kekusutan jelas.

    ReplyDelete
  17. antara mereka... pasti akan ada yang terluka..hehehe...

    ReplyDelete