Seperti
biasa. Sesudah solat subuh, Razak akan menghabiskan sisa subuh dengan bacaan
Al-Mathurat. Sejak dari kecil dia dididik begini. Dan jika tidak dilaksanakan,
seharian dia akan merasa canggung. Rasa gelisah walaupun amalan ini bukanlah
satu kewajipan.
Pesan
arwah Ayahnya sentiasa bergema di cuping telinga.
“Ajak
kena ingat… Al-mathurat ni hanya bertahan selama dua belas jam. Sebab itulah
kita kena baca lepas subuh dan diperbaharui selepas waktu asar. Memang membaca
Al-mathurat ni tak wajib… Tapi biasakanlah dari kecik. Sebab bila Ajak dah
biasa, ajak tak akan biasa untuk meninggalkannya.”
Razak
tersenyum. Walaupun ayahnya sudah lama pergi, namun kata-kata nasihat itu masih
bersemadi kemas di pelusuk hati.
Jam
di dinding mula dikerling. Sudah menganjak jam tujuh setengah pagi. Lantas dia
bangun mengangkat takbir. Melaksanakan solat sunat dhuha pula.
“Ya
Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu. Keagungan adalah
keagungan-Mu. Kebaikan adalah kebaikan-Mu. Kekuatan adalah kekuatan-Mu. Kekuasaan
adalah Kekuasaan-Mu. Penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezeki
kami di atas langit, turunkanlah.. sekiranya dalam bumi, keluarkanlah. Bila
sukar, mudahkanlah… Bila haram, sucikanlah… Bila jauh, dekatkanlah.. dengan hak
waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, berikanlah kepada
kami apa-apa yang telah Engaku berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..
Amin…”
Usai
menghabiskan doanya, Razak terus bersiap untuk ke tempat kerja.
“Mak...
Ajak pergi dulu...” Tegur Razak kepada si emak yang sedang membasuh pinggan di
singki.
“Hah,
nak pergi dah. Tak nak makan dulu?” Tanya Hajah Sumaiyah.
Razak
sekadar menggeleng. Begitulah kebiasaannya. Anak lelaki yang seorang ni
bukannya banyak cakap sangat. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Tanya
berpatah-patah, terus tak dijawab.
“Morning abang... morning mak...” Muncul si adik yang sudah siap sedia untuk ke
kampus. Laju sahaja tangannya mencedok mee goreng ke pinggan.
“Cubalah
bawak bagi-bagi salam dulu Fiza..” Tegur Hajah Sumaiyah sambil menggeleng.
Anak
dara sorang tu langsung tak menghiraukan malah terus menelan isi jemaah makanan
yang terhidang.
“Eh,
abang mana? Hilang dah?” Tanya Hafiza sambil meneguk air teh yang sudah sejuk.
“Dah...”
“Abang
ada ke, tak ada ke... sama je kondisi rumah ni. Senyap sangat abang tu. Macam
manalah dia nak mengurat kan mak?” Timbul satu soalan dari benak si adik.
Sesuatu yang telah lama Hajah Sumaiyah gusarkan.
“Itu
yang mak risau tu. Dia tu tak banyak cakap. Macam manalah nak kahwin...” Anak lelaki
yang seorang tu dah berumur tiga puluh tahun. Kakak dan adiknya semua sudah
berkahwin. Tinggal Hafiza yang masih belajar sahaja.
“Jangan
risau mak... Orang bisu pun kalau dapat kahwin, dapat jugak buat anak.” Seloroh
Hafiza nakal.
“Amboih...
kesitu pulak fikirnya. Jangan nak tunjuk gatal-gatal kamu sangat. Kamu tu dah
lah anak dara. Tak senonoh tahu?” Laju sahaja tangan tuanya mencubit lengan
Hafiza.
Si
anak hanya mampu mengadu kesakitan. Itulah, mulut tu siapa suruh menderhaka sangat
sampai melawak yang bukan-bukan. Kan dah kena!
***
Langsir
bilik diselak. Menyambut mesra sapaan cahaya mentari yang baru menyinar. Bibir Eryna ditarik lebar. Kagum dengan
kurniaan tuhan disamping menyelitkan rasa syukur bahawa dia masih dihidupkan
pagi ini. Atas alasan, menjadi budak suruhan tuhan dengan melakukan perintahNya
dan meninggalkan laranganNya.
Cadarnya
yang bergelimpangan terus ditarik tegang. Rambut yang masih basah digulung
dengan tuala. Setiap pagi memang beginilah rutin hariannya sesudah menyediakan
sarapan buat keluarganya.
Keluarga
diutamakan, kemudian barulah belek dan kaji perihal sendiri.
Baju
kurung moden dikeluarkan dari almari kemudian laju disarungkan ke badan.
Selendang dibelit cantik di kepala. Lips
gloss disapu ke bibir sebelum mencapai beg tangan dan melangkah turun ke
bawah.
“Morning ayah....” Sapa Eryna mesra dan
mendaratkan ciuman di pipi si ayah. Kebiasaan yang dilakukan sewaktu mereka
sarapan bersama.
“Morning.. Waw, you look so gorgeous today...” Puji Encik Ezrakil pada anak perempuan
yang nampak ceria dan cantik itu.
“Alah..
tell me something that I don’t know lah
ayah...” Statement perasan dah
muncul.
Encik
Ezrakil geleng kepala. Sah ini mengikut perangai si ibu. Perasan terlampau.
“Ibu
mana?” Belum sempat Encik Ezrakil menjawab, langkah anaknya laju menjelajah
ruang dapur. Dia kembali muncul bersama teko di tangan. Eryna memang tak pernah
lokek membantu.
“Nesscafe
kurang manis sudah sampaiiii...” Laung Eryna seperti mengajuk ayat pembacuh air
di kedai mamak.
“Eryn...
Eryn.... Hari ni first day praktikal, tak rasa takut ke? Tak
nampak nervous pun?” Tegur Puan
Farafeesa sambil membetulkan selendang si anak yang berubah bentuk sedikit.
“Takut?
Buat apa nak takut? Eryn bukannya masuk kadang harimau...” Seloroh Eryna laju.
“Silap
hari bulan kalau Eryn masuk kadang harimau, harimau tu yang takut kat Eryn
kan.. Al-maklum, Eryn kan cakap tak berhenti. Harimau pun jadi panas punggung.”
Rajin sahaja Encik Ezrakil mengenakan satu-satunya anak gadis yang dia miliki.
“Eh...
Eryn baru nak cakap ayat yang sama. Kenapa ayah selalu cakap apa yang Eryn nak
cakap?”
Eryna
cekak pinggang! Kagumlah...
“Sebab
Eryn dan ayah kan macam ada telepati.. daddy’s
girl..” Sudah berulang kali Puan Farafeesa mengutarakan ayat ini. Ya...
Eryna dan Ezrakil memang mempunyai telepati yang tepat. Perasaan si anak senang
dicungkil oleh si ayah manakala perasaan si ayah cepat ditangkap oleh si anak.
“Amboih
ibu... dengar macam jelous je...”
Eryna mengusik ibunya.
“Ish...
ke situ pulak.”
“Ibu
jangan risau.. Ibu tetap heroin nombor satu ayah. Eryn heroin nombor dua...
cucu perempuan ayah nanti heroin nombor tiga...” Eryna sudah siap mengatur kedudukan
perempuan yang berada di dalam hati si ayah.
“Ehem...
cakap pasal cucu macam dah ada calon je.” Usik Encik Ezrakil pula. Rasanya
anaknya ini sudah cukup besar untuk disogokkan dengan dunia percintaan.
Tapi
Eryna... hati sebal.. jiwa kebal! Katanya tak mahu cinta murahan. Dia hanya
mahukan kisah cinta macam ibu dan ayahnya.
“Ish
ayah ni.. Eryn baru dua puluh tiga tahun tau! Hingus pun selebeh lagi... Masak
pun belek buku masakan lagi. Bangun pun jam loceng yang kejutkan... Mana boleh
kahwin lagi. Lagipun hati belum vibrate lah
ayah..”
Apa
yang menyenangkan Eryna ialah, dia boleh berkongsi apa sahaja dengan ayah dan
ibunya. Baik sekecil kecil kuman hinggalah sebesar-besar gajah. Semua yang dia
lakukan akan dibawa ke depan ayah dan ibu.
“Kemain
lagi.. Hati belum vibrate...” Puan
Farafeesa sudah tergelak-gelak. Orang pagi-pagi biasanya ambik mood nak
bergurau senda. Tapi anaknya yang sorang ni memang lain macam kuasa baterinya.
Eryna
ni dari pagi sampai ke malam pun duk pot pet pot pet. Terfikir jadinya, lelaki
macam manalah yang mampu bertahan.
“Makna
kata kalau jumpa jodoh nanti, hati vibratelah
ya....” Gasak si ayah.
“Iyalah...
kalau dah terserempak dengan jodoh... hati vibratelah..
Macam yang ibu dan ayah rasa dulu kala...” Haip, sempat pulak dia mengusik ibu
dan ayahnya.
Sedari
kecil lagi Eryna sudah disajikan dengan cinta ibu dan ayahnya. Mereka saling
berjuang untuk bahagia. Itu yang Eryna tak jumpa pada mana-mana lelaki lagi.
Biasanya lelaki sekarang asyik fikir seronok sahaja.
“Hah,
ibu dengan ayah tu layanlah along tuh... sebab tu dia makin mengada-ngada.”
Muncul
Eshan dari balik pintu dapur. Rambutnya masih basah. Baru lepas mandi gamaknya.
“Hei
buntat ni, pagi-pagi dah ajak berperang ke?”
Eryna
dah mula kumpul semangat nak bergaduh dengan adik lelakinya ini. Dua orang lagi
adiknya tinggal di asrama. Memang nasib dilahirkan dalam keluarga yang
dikelilingi oleh lelaki. Biul otak jadinya.
“Watch your mouth long... Siapa buntat
hah?”
Puan
Farafeesa mula mencelah. Faham sangat dengan gurauan kasar dua beradik ni.
“Hei, dahlah.. Tak baik bergaduh depan rezeki.”
“Nasib
ibu suruh diam.” Eryna menjeling. Patuh pada arahan orang tua.
“Eryn...
makan.. nanti lambat pergi ofis pak long. Hah, buntat pun makanlah.. Lambat ke
kelas nanti.” Arah Encik Ezrakil.
“Ayah
ni... kan dah berapa kali Eshan kata jangan panggil buntat..” Langsung tak
glamour okay! Tahulah dulu dia besar
macam tong dram, tapi sekarang badan dia dah ada six pack okay. Katang gitu.
“Oh..
sorry-sorry. Eryn lah ni.. Kan ayah
dah tersasul. Anak ayah dah handsome
ya... Jangan panggil buntat lagi.”
“Eh...
Eryn pulak yang salah. Tapi kan ayah... Susahlah nak betulkan nama yang kita
dah panggil dari kecik kan...”
“Korang
dorang ni...” Eshan dah ketap bibir. Nasib sorang ayah sorang kakak.. Kalau tak
memang kelaut dah kena sepak. Ish...
“Eryn,
abang... jangan usik Eshan lagi. Kesian buntat ibu...” Pipi Eshan yang kurus
dicuit lembut.
Sejurus
selepas itu, semua yang berada di meja makan ketawa. Hanya Eshan yang mencebik
tanda protes.
Encik
Ezrakil mencuri pandang ke arah isterinya. Setelah kesusahan merempuh ujian
hidup dahulu, dia tidak menyangka yang bahagia itu masih milik mereka. Tuhan...
Terima kasih kerana kasihankan aku... Terima kasih atas kasih sayang yang tak
ternilai ini.
***
Masuk
ke dalam ofis pak longnya, rahang Eryna terjatuh. Suka melihat dekorasi
syarikat milik pak longnya ini. Moden kotemporari gitu. Yalah kot... Dia tak
adalah arif mana dengan bahagian
Interior Designer ini.
“Ya
cik.. ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
“Saya
nak daftar praktikal hari ni..”
“Oh...
Cik Eryna Fasihah kan? Anak saudara...”
Belum
sempat gadis itu menghabiskan ayatnya, jari terlunjuk Eryna sudah mendarat di
bibir. Menghalang agar gadis itu meneruskan kata.
“Erk...
Encik Nazreen ada?” Terus Eryna alih topik.
“Encik
Nazreen tak sampai lagi. Cik boleh duduk di dalam ofis dia dulu ya..”
“Tak
payahlah bercik cik sangat. Pangil Eryn je..”
“Oh
okay. Saya Hasnah... Setiausaha merangkap ketua admin di syarikat ni.”
Salam
disambut mesra. Okay, Eryna dah dapat rasa kemesraan tika mereka berkerjasama
nanti. Langkahnya dibawa menuju ke bilik pak long.
Anak
mata Eryna meratah setiap sudut posisi di dalam bilik bapa saudaranya ini. Enam
bulan dia akan berkampung di sini. Enam bulan dia akan menimba ilmu di sini. Enam
bulan yang entah apa ceritanya nanti.
Harap
Allah bantu.
Harap
manusia di sini memahami.
Harap
hati mampu mendalami.
“Morning Eryn... Sorry pak long lewat sikit.” Encik Nazreen muncul di balik pintu
bersama briefcase di tangan.
“It’s okay pak long.. Biasalah bos kalau
datang lambat!”
Encik
Nazreen telan liur. Tak pasal-pasal kena smash macam gitu je dengan anak
saudaranya yang seorang ini. “So, how are
you?” Soalan skema yang wajib daripadanya.
Eryna
tarik nafas. “Fine... Study pun okay.. Dan Eryn dah sangat bersedia
untuk mengharungi detik-detik mencabar di sini.”
Encik
Nazreen tersengih. “Pak long suka semangat Eryn...” Tanya satu soalan, tiga
jawapan yang dia bagi.
Eryna
tayang gigi. “Erk... Tapi Eryn ada request.
Hope so yang orang kat ofis ni tak tahu yang Eryn anak saudara pak long.
Yalah, nanti derang nak suruh buat kerja lebih pun tak boleh. Lagipun Eryn tak
sukalah layanan double standard.”
Dahi
Encik Nazreen sudah bercantum. Hati tersenyum. Nampak perangai Farafeesa di
situ. “Are you sure?”
“Very sure pak long... Lagipun senang
sikit Eryn nak jadi mata-mata. Siapa yang baik prestasi atau buruk
prestasinya.. kan kan kan...” Belum apa-apa lagi dah buat syarikat ni macam
milik sendiri. Apalah...
“Kenapa
Eryn tak mahu praktikal dengan syarikat ayah je?” Pelik jugak sebab bertanyakan
tempat praktikal di ofisnya pula.
“Tak
syoklah... budak ofis rata-rata dah kenal Eryn.. Lagipun pak long lupa ke,
syarikat ayah tu buat akaun. Mana kena dengan bahagian senibina..”
Encik
Nazreen mengganggukkan kepalanya. Baru teringat.
“Oh...
Anyway, Eryn akan berada di bawah penyeliaan Encik Razak. Dapatkan ilmu
sebanyak mungkin dengan dia...”
Mata
Eryna membuntang!
"Razak? Zaman batu ni ada lagi
orang nama Razak pak long?" Aduh...sungguh Eryna nak gelak sunguh-sungguh.
"Eryn... Behave yourself.. Kan dah janji nak jadi budak praktikal yang
baik-baik... Encik Razak tu ketua drafter.. Dia akan handle Eryn sepanjang Eryn
praktikal.." Encik Nazreen dah geleng kepala. Anak saudara yang sorang ni
memang payah nak kawal. Sudahlah bercakap macam peluru. Sure Razak pening kepala nanti.
"Okay..okay... janji tak
nakal-nakal. tapi serius nama Razak tu kelakar sangat..." Eryna sambung
ketawa.
"Eryn...
tak baik gelakkan nama yang orang tua dia dah bagi tau."
Eryna
diam. Tak jadi nak sambung tawa.
"Tak
apa... nanti Eryn akan komersial kan nama dia.." Jari terlunjuk dah
bermain di dagu. Hmm.. akal dah menari dengan idea. Nak panggil apa supaya
lebih versatil eh?
"Eryn
nak panggil dia apa?"
Eryna
tersenyum nakal.
"Eryn
nak panggil dia.... Zack. Hah, okay tak pak long?"
Encik
Nazreen geleng kepala. Padahlah Razak nanti padan kena buli dengan si Eryna ni.
Memang silap besar benarkan Eryna praktikal di sini.
"Encik
Nazreen panggil saya?" Suara seorang lelaki membuatkan Eryna berpaling ke pintu
bilik yang sudah terdedah.
Rahang
Eryna terjatuh. Matanya hampir tersembur keluar. Ini ke Razak?
First..
tak sesuai sebab Razak ni muda belia lagi.
Second...
tak sesuai sebab Razak ni handsome gilos.
"Razak,
kenalkan ini budak praktikal bawah kamu... Eryna Fasihah..."
Eryna
sengih lebar. "Selamat berkenalan Encik Zack!"
Selamba.
Nakal.
Sempoih.
Razak
terkesima. Encik Zack? Mata dihala ke arah bosnya. Encik Nazreen hanya angkat
bahu sambil mencebik.
‘Nasib kaulah Ajak...’
***
“Ini tempat awak.” Sebuah
meja yang terletak di luar bilik Razak itu dipandang sekilas oleh Eryna.
“Dalam ni bilik Encik Zack
ke?”
Berkerut lagi dahi Razak
menyambut panggilan itu. Tak berkenan sungguh. “Ya.. erk.. tolong jangan
panggil saya Encik Zack. Nama saya Razak.” Perlahan suara itu menjenggah
peluput telinga Eryna.
“Tapi nama Encik Zack lagi
sesuai dengan encik..”
Langkah yang hendak dibawa
ke bilik terus terhenti. Berkalih memandang gadis kecik molek yang manis itu.
Haih... geram aje nak ditelannya. Sesuka hati mengubah namanya yang sedia
kacak.
Razak itu walau kedengaran
lapuk tapi simboliknya tetap klasik okeh! Akhirnya Razak menggeleng dan berlalu
masuk ke biliknya. Bukan kepakaran dia untuk bertekak dengan budak kecik ini.
Eryna tersenyum. Seronok
pulak mengusik lelaki itu. Muka serius. Tak banyak cakap. Tapi tetap ada
karisma yang tersendiri.
Barang-barangnya mula
dikeluarkan. Mejanya agak jauh sedikit dari rakan ofis yang lain. Jadi payahlah
nak bergosip. Heh, kau tu budak praktikal Eryn... Jangan tak semengah sangat
ya!
“Eryn, kalau ada apa-apa
hal, boleh jumpa saya ya.. Meja saya dekat bilik Encik Nazreen.” Jelas Hasnah yang entah bila boleh muncul di
depan meja Eryna.
“Okay cik..”
“Ish... tak payahlah
panggil Cik. Panggil Kak Has sudah..” Layanannya mesra dan lembut. Ini yang
bikin hati Eryna suka.
“Erk.. Kak Has, ada apa-apa
kerja tak untuk saya?” Bukan nak tunjuk rajin tapi dia memang tak suka duduk
diam macam orang tak ada kerja. Sebolehnya, dia hendak mengutip ilmu sebanyak
mungkin di sini.
“Awak kan bawah Encik
Razak, awak kena refer pada
dialah...” Jelas Hasnah sambil memuncungkan mulut ke bilik Encik Razak.
“Hmm.. Encik Razak tu okay
tak?” Apa lagi, misi mengorek rahsia kerajaan.
“Okay.. Dia lelaki yang
paling budiman dalam ofis ni.”
“Oh.. maknanya Encik
Nazreen tak budimanlah ya?” Sempat lagi Eryna bagi perangkap pada Kak Hasnah.
“Ish... Encik Nazreen lain
cerita. Berbeza pangkat dan darjat. Mana boleh join sekaki.. Heh..”
Eryna tersenyum. Nampak
dah yang Kak Hasnah akan jadi geng dia di sini.
“Encik Razak tu baik.. tak
garang pun. Eryn tak payahlah risau. Tapi tulah.. Tak banyak cakap sangat.
Cakap dengan akak pun pasal benda-benda penting je. Nak berborak semeja tu
memang tak lah kan... Tapi kerja dia memang tip-top! Eryn kena contohi dia ya..
Mana tahu kalau ada rezeki lepas praktikal boleh terus kerja kat sini kan...”
Eryna tersenyum. Dah mula
rasa selesa untuk menempatkan diri di sini.
“Ehem... ada budak baru ke
Has?” Suara lelaki yang mencelah membuatkan Hasnah dan Eryna berpaling.
Seorang lelaki yang segak
dengan mengenakan kemeja merah jambu disertakan dengan verse berwarna hitam.
Tali lehernya juga berwarna merah jambu. So
pinky tapi nampak tegap! Okay, bab menganalisa orang, itu memang dessert kegemaran Eryna.
“Aah... mangsa baru kau
ler tuh...” Seloroh Hasnah tak simpan-simpan. Buaya darat dah muncul!
Azlee ketawa.senang hati.
“Hai budak comel... Saya
Azlee..” Tangan kanan dihulurkan. Tahu si gadis pakai tudung, tapi saje mengada
nak ajak bersalam. Alah, gadis zaman sekarang kan dan urban. Setakat
salam-salam ni apa ada hal kan..
“Hai.. Saya Eryna.. Maaf,
tak halal nak sambut salam.”
Azlee sengih. “Oh.. jadi
kalau nak salam kena tunggu halal lah ya? Bila boleh halal ni?” Ulat bulu dah
naik daun. Apatah lagi melihat Eryna yang agak mesra ini.
“Tunggu JAKIM chop tanda
halal dengan dahi Encik Azlee dululah...”
Hasnah ketawa. Boleh tahan
budak nih. Nasib kaulah Azlee... Bukan calang-calang perempuan Eryna ni. Nampak
lembut, menawan tapi dalam kata-kata dia berbisa jugak.
“Waw...
so impress... So nanti kita lunch sama ya?”
“Okay boleh.. tapi kejap
ya...” Eryna mencari sesuatu di beg tangannya. Sekeping kad mula diserahkan
kepada Encik Azlee.
“By the way kalau nak lunch
sama, kena telefon ayah saya dulu ya. Sebab dia ni garang... tak boleh saya keluar dengan mana-mana lelaki
selain dia. Jadi kalau Encik Azlee berani, you
just make a call..”
Muka Azlee sedikit kelat. Over
betul sampai nak kena telefon ayah? Nampak moden tapi hmm... kekampungan itu
tetap ada rupanya.
“Hmm, saya bukan tak mahu
telefon tapi sebab yalah.. Agak sibuk sikit. Anyway kalau saya ada masa, saya akan call dan bolehlah kita dating
sama.” Muka gatal tu tak habis lagi.
Loya Eryna dibuatnya tapi dia sengaja memaniskan muka.
“Okay sayang, abang ada kerja ni. Nanti kita sembang lagi keyh..” Terus
Azlee berlalu pergi ke biliknya. Mujur selepas ini ada appointment dengan client dan
client tu pun tak kurang hebatnya.
Yang penting seksi. Bolehlah cuci mata!
“Jangan dilayan sangat Azlee tuh..” Pesan Hasnah serius.
“Apa nak dikata... Spesies macam gitu memang bersepah. Tapi orang cakap, bad boy ni kalau dapat perempuan yang
betul dia suka, for sure dia akan
setia gila.”
“Boleh caya ke cakap kamu tuh? Azlee tu rasanya akan cukupkan korum bini
tau! Dasar gatal.. Macamlah handsome
sangat..” Bebel Hasnah geram.
“Cakap macam orang pernah kena reject
je kak...” Seronok rasanya bila boleh bergurau dengan kak Hasnah. Macamlah
dah kenal lama!
“Uishh... Akak dah ada suami okay. Setakat Azlee tu akak tak hairan. Kalau
Encik Razak tu boleh jugak buat kira.”
Terselit jugak nama Encik Razak.
“Oh... kira ramai jugaklah secret
admirer Encik Zack ya...”
“Encik Zack?”
Eryna tersengih tak bersalah. “Maksud saya Encik Razaklah. Panggil Zack
baru versatile...”
“Baru sehari kenal dah bagi gelaran ya? Tapi Zack pun okay jugak kan..
Hmm.. ramai tu memanglah ramai. Tapi yang selalu kena gosip dengan Encik Zack
tu, si Salina.. Dia department account.
Cantik.. lembut.. ayu... Kira sepadanlah dengan Ajak tuh.. tapi...”
“Tapi apa kak?” Ish.. cerita semput-semput. Bikin saspen ajeh.
“Bayangkan, si Salina tu senyap. Ajak pun senyap. Sure anak derang bisu!”
Sejurus selepas itu Eryna ketawa lepas. Adoi... memang senang hati kenal orang
macam Kak Hasnah!
“Ehem!”
Tiba-tiba ada suara menyapa. Terus berubah air muka Hasnah dan Eryna.
“Akak balik tempat akak dulu ya. Kalau ada apa-apa, boleh tanya akak.”
Terus Hasnah pecut. Terkejut disergah begitu. Agaknya Razak dengar ke tidak?
Alah.. kalau dengar pun dia bukan boleh buat apa.
“Okay kak...” Tanpa rasa bersalah, Eryna berpaling pula pada Encik Zack
yang tetiba muncul. “Kenapa Encik Zack?”
Razak mendengus. Zack lagi? Tapi nak protes lebih-lebih, itu bukan
perangainya.
“Saya nak briefing pasal kerja...”
“Okay...” Terus dicapai buku nota dan pen. Dah serupa macam
setiausaha pulak. Tapi terus dihala langkah ke bilik Encik Razak.
Pengembaraannya bakal bermula.
***
Laju langkah kakinya
mendapatkan Nadiah yang duduk di hujung restoren. Jus oren yang berada di depan
mata terus disedut rakus. Dahaga betul! Panas ini memang menguji kesabaran.
“Weh, mana adab kau hah?
Sesuka hati je belasah air aku!” Smash
Nadiah sambil menarik gelas minumannya semula. Sampai tinggal separuh...
Pergghh.. ini memang tekak anak raksaksa.
“Kedekutlah kau nih!
Setakat air oren tu pun nak berkira kan?” Eryna pura-pura marah. Bukan bebetul
pun. Dia dengan Nadiah dah kenal dari sekolah menengah lagi. Sampailah mereka
sama-sama menuntut di UiTM.
“Berkiralah.. tiga ringgit
tau!”
Eryna tarik muka. “Aku
minum seteguk jadi aku bayarkan tiga posen jelah. Heh, praktikal macam mana?” Tanya Eryna sambil
memanggil pelayan untuk memesan makanan.
“Okay je.. Cuma tak banyak
kerjalah. Tempat kau okay tak? Rasa menyesal pulak tak praktikal sama. Kalau
tak mesti lagi best kan? Boringlah..
kat sana tak ada geng!” Komplen Nadiah tak puas hati.
“Weh, suruh mulut kau tu
jangan nak menderhaka sangat! Kau yang tak nak kita praktikal sama ya... Konon
suruh berdikarilah... berpisah sekejaplah...” Bangkang Eryna pulak.
“Yalah... kan orang selalu
cakap kau tak boleh hidup tanpa aku. Jadi aku nak buktikan yang kata-kata orang
tu tak betul...” Ada tawa di hujung kata Nadiah itu.
“Kau tahu, kalau kau ulang
sekali lagi ayat tu, maknanya kau memang mintak kena bunuh. Siapa yang tak
boleh hidup tanpa siapa hah? Aku okay je kau tak ada. Aman hidup aku.” Gurau
senda kutuk mengutuk sudah sebati dalam hidup mereka. Kalau puji-puji, rasa tak
tenteram pulak hati nih.
“Amboiii... Kau tunggu aku
tak ada nanti, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah ya. Weh, aku ajak jumpa
ni sebab nak cerita pasal mamat online
tu. Dia dah tunjukkan gambar.. Handsome gila...”
Cerita Nadiah dengan gaya ala-ala orang kemaruk.
“Hah ya ke? Mana-mana?”
Telefon bimbit dihulurkan
pada Eryna. Rahang Eryna juga terjatuh sedikit. Boleh tahan jugaklah skadal
Nadiah ni.
“Kau serius ke dengan
mamat tu?”
“Ish... seriuslah... Aku
dah jatuh hati pada dia tau! Bila tahu dia handsome
macam gini, lagilah aku nak go on..”
Eryna gigit bibir. “Aku
takut kau kena tipu je... cinta alam maya ni aku tak percaya sangat..”
“Kau tu semua tak percaya.
Azmir yang sukakan kau separuh mati pun kau tolak. Kau demand sangat.. Aku tak macam kau. Tapi tak apa... Nanti kalau dia
datang Kuantan, kau temuramah dia okay. Kau kan polis pencen..”
“Dengan Azmir tu... hati
aku tak vibratelah..”
Balik-balik itulah modal
Eryna.
“Habis tu dengan siapa
hati kau vibrate hah?”
Eryna angkat bahu.
Entahlah. Bosan pulak bercakap soal hati ini. “Weh, kau tahu tak.. dekat ofis
aku tu ada pekerja lelaki. Nama dia Razak....”
Belum sempat Eryna
menghabiskan ceritanya, Nadiah sudah ketawa besar. “Razak? Weh... Nama atuk aku
pun lagi moden okay.” Seloroh Nadiah dengan sisa tawanya yang masih belum
hilang.
Eryna senyum sahaja. Tak
boleh nak kata apa sebab dia pun ketawa besar sewaktu pertama kali mendengar
nama Razak itu. Tolonglah... nama bapak aku pun sedap kot. Ini nama Razak, so kampung!
***
Lama Eryna memandang ke arah Encik Razak
yang sedang makan tengah hari di pantri. Teringat pula akan perbualannya dengan
Nadiah tempoh hari. Sewaktu mereka terserempak dengan Encik Zack sewaktu Nadiah
menghantarnya ke ofis.
"Weh, handsome kot Encik Zack kau
tuh.. Mohon tolong ngorat.. Tak kisahlah nama dia klasik pun, yang penting handsome.. Nanti keturunan kau boleh
tumpang sama."
Eryna ketap bibir.
"Ish kau ni... belajar tak habis
lagi sibuk nak ajar aku mengurat pulak. Dia tu pendiam sangat... Aku cakap sepuluh patah dia buat
dono je... Hei, lebih baik aku cakap dengan dinding tau! Lagipun... hati aku
tak vibratelah duk sebelah dia...
Bukan jodoh aku lah tuh..."
Inilah
sebab mereka boleh jadi kawan baik! Sama-sama otak tak semengah.
"Alah..
hati kau tak vibrate sebab kau tak
nampak lagi sisi yang lain tentang dia. Cuba kalau dah jumpa.. Bukan takat vibrate, lepas ni hati kau mesti
berdering.. kring.. kring..." Nadiah siap ajuk lagi bunyi ringtone
telefon.
Cinabeng
punya member! Kerja dia melalut tak sudah.
"Sisi
yang lain tu macam mana?"
Nadiah
terdiam. Berfikir barangkali.
"Contoh.. dia senyum atau ketawa.
Tak pun dia kerut-kerut dahi macam pelakon Redza Minhat yang kau suka tu...
"
Eryna mengaru kepalanya.
"Kejadah pulak aku nak suruh Encik
Zack kerutkan dahi..." Tapi teringin jugak nak tengok Encik Zack kerut
dahi macam Redza Minhat tuh.
Agak-agaknya siapa lagi handsome? heh...
"Nanti bolehlah tengok hati kau vibrate ke tidak... Selamat mencuba dan
selamat maju jaya ya...!"
Kata-kata
Nadiah bergema lagi di cuping telinga Eryna.
Malas mahu melayan perasaan, dia kembali
ke sisi meja. Laci meja dibuka dan terpampang asam jeruk yang dibeli ketika
lunch semalam.
"Jeruk kan masam, bolehlah tengok
Encik Zack kerut dahi kan?" Idea sudah mari. Laju dia bangun dan berlalu
ke pantri.
"Dah siap makan?" Meluru Eryna
bertanya pabila melihat Razak yang sudah siap membasuh tangan.
Razak hanya mengangguk.
Asam
yang berada di tangannya dihulurkan pada Encik Razak. "Rasalah..
sedap..."
Pandangan Razak turun ke tangan
Eryna. Apa kena pulak budak ni hulurkan asam? "Saya tak makan asam."
Jawab Razak mudah.
"Alah... Encik ni tak baik tau.
Tolonglah jaga sikit hati saya ni. Penat saya beli.. Penat saya pelawa. At least makanlah untuk jaga hati...."
Amboi ayat manis kemain. Ada gaya Encik Razak nak kena kencing manis.
Malas hendak berbalah. Razak ikutkan
sahaja. Terus jeruk itu dibawa ke mulut.
Puas Eryna menanti namun raut wajah
itu masih... steady dan tidak
berubah. Tak berkerut pun dahi Encik Zack?
"Erk... tak masam ke?"
"Masam..."
"Tapi.. muka Encik Zack steady je.."
Encik Zack senyum lalu berlalu
pergi.
Maknanya,
jodoh masih belum bertemu. Eryna ketap bibir. Tak ada maknanya dapat tengok
Encik Zack kerut dahi... sebab idea Nadia memang kelaut!
Bengong
betul pergi ikut cadangan Nadiah. Cadangan minah tu mana pernah bernas! Ggrrr
Tanpa pengetahuan Eryna, Encik Razak
itu terus meneguk air di dalam biliknya sendiri. Gila masam. Mujur dapat kawal steady depan Eryna tadi.
Budak
kecik tu memang banyak cakap dan banyak cekadak! Ada sahaja helah Eryna nak
ajak berbual. ‘Lama lagi budak tu kat sini.. meranalah aku..' Keluh Razak
sambil bersandar ke belakang.
***
Tangan Eryna laju menari di buku skecth. Sekejap dia berhenti pabila
mengingatkan seraut wajah Encik Zack. Seronok pulak melukis gambar Encik Zack.
“Eryn... tak tidur lagi?”
Teguran tanpa signal itu mengejutkan Eryna yang ralit melukis. Ini juga salah
satu sebab kenapa dia mengambil jurusan seni bina. Ayah kata dia dilahirkan dengan
bakat yang istimewa.
“Belum... Tengah melukis
lelaki kacak!”
“Lelaki kacak mana pulak
ni? Bukan ayah seorang je ke lelaki yang kacak?”
“Ayah kacak lain.. Encik
Zack kacak lain.” Seloroh Eryna sambil terus menarikan pensel.
“Siapa Encik Zack ni?”
Tanya si ayah sekadar berbasa basi. Ralit
juga dia melihat lukisan Eryna yang masih belum siap sepenuhnya. Anaknya
yang seorang ini memang penuh berseni. Bayangkan, biliknya penuh dengan
lukisan. Yang bestnya setiap lukisan yang menggunakan pensel itu bersambung
ibarat menceritakan sebuah kisah cinta.
“Ketua Drafter merangkap penyelia
dekat tempat Eryn praktikal. Pekerja pak longlah... Nama dia Razak tapi Eryn
tukar jadi Zack...”
Encik Ezrakil
menggelengkan kepalanya. Habis nama orang pun dia tukar ikut kepala sendiri.
Kepala Eryna digosok. “Sudahlah melukis tu.. Pergi tidur sayang.. Dah lewat.”
“Tapi Eryn tak mengantuk
lagi. Ayah... tolong dodoikan Eryn boleh?” Mohon Eryna sambil mengerdipkan
matanya berulang kali.
“Boleh wahai baby besar...”
“Yeaaa....” Seronok jadi
tunggal perempuan ni walaupun kengkadang bosan bila adik beradik lelakinya suka
membulinya. Yang penting dapat jadi anak manja ayah sampai bila-bila.
Eryna terus berbaring.
Encik Ezrakil membantu membetulkan
comforter milik si anak kemudian dia melabuhkan punggung di birai katil. Ditepuk perlahan bahu Eryna yang
sedang berbaring secara mengiring itu.
“Ayah... ceritalah lagi
pasal kisah cinta ayah dan ibu.” Sambil memejamkan mata, Eryna membuat
permohonan.
“Ayah dah ulang cerita tu
beribu kali. Eryn tak bosan ke?”
“Tak... sebab ibu dengan
ayah adalah watak utama kisah tu.” Eryna membuka mata sambil tersenyum manis.
“Satu hari nanti, Eryn pun
akan jumpa watak utama Eryn jugak... Ke dah ada tapi tak mahu cerita?” Usik
Encik Ezrakil lagi.
Saban malam, dia wajib menghabiskan sisa malamnya bersama Eryna sebelum
masuk ke bilik tidur. Mungkin kerana
Eryna adalah satu-satunya anak perempuan yang dia miliki. Jadi dia senang
memanjakan Eryna walaupun anak gadisnya itu pandai berdikari.
“Ish ayah ni... Eryn budak
kecik lagilah...” Protes Eryna sambil mata masih dipejamkan.
“Dah..dah... tidur..” Arah
Encik Ezrakil sambil menepuk lembut bahu Eryna. Mendodoikan dengan alunan
zikrullah. Rasa macam tak percaya yang Eryna dah berusia dua puluh tiga tahun.
Rasa macam baru semalam Eryna lahir.
“Dah tidur dah anak
abang?” Tegur Puan Farafeesa yang sedari tadi bertindak sebagai pemerhati.
“Dah.. Sekarang turn nak dodoikan isteri pulak.”
Perlahan-lahan Ezrakil bangun dan menghampiri si isteri yang sedang berada di
meja tulis anaknya.
“Gambar siapa yang Eryn
lukis ni?” Dia tak tahu dari mana Eryna mendapat anugerah yang satu ini. Tapi
keistimewaan Eryna dalam bidang lukisan memang membuatkan Puan Farafeesa kagum.
“Entah... dia kata ketua
drafter tempat dia praktikal.”
“Entah-entah Eryn ada
perasaan pada dia tak? Tengok lukisan ni macam handsome je...” Komen Puan
Farafeesa lagi.
“Amboii... puji lelaki
lain depan suami sendiri ya? Cemburu nih...” Encik Ezrakil tarik muka.
Puan Farafeesa ketawa.
“Buruk muka orang tua merajuk bang...” Usik si isteri.
“Orang tua yang buruk ni
jugak yang sayang peluk tiap-tiap malam ya. Dah... jom tidur. Buat bising dalam
bilik Eryn pulak. Karang dia terjaga, habis kita diceramahnya.” Terus mereka
berdua beransur keluar dari bilik Eryna.
Eryna yang sememangnya
masih belum tidur hanya tersenyum. ‘Eryn harap Eryn boleh jadi macam ibu...
sebab Eryn nak dapat suami macam ayah yang
sweetnya tak habis walaupun kasih mereka sudah bertahun lamanya.’
***
Sebulan dah berlalu. Sebulan
juga Razak tak cukup tidur. Mana nak tidur lena kalau semalaman duk gundah
gulana dengan sikap dan keterbukaan Eryna. Sungguh, dia tak pernah jumpa
perempuan seperti itu.
Dia masih ingat lagi kejadian
selepas balik dari site tadi.
“Encik Zack, boleh tak
kita makan dulu sebelum balik ofis... Saya laparlah...” Suara itu sedang-sedang
sahaja. Tak manja tergedik, tapi cukup senang menampan telinganya.
“Lagipun waktu lunch kan sekarang... Bolehlah kita
makan dulu.” Eryna siap buat aksi memegang perutnya. Konon lapar sangatlah tuh.
“Okay.” Putus Razak
pendek. Pemanduan Razak mula terhala ke sebuah restoren.
Usai mengambil nasi
sendiri, mereka mula mendapatkan tempat di sebuah meja. Pelayan datang untuk
mengambil pesanan minuman.
“Nescafe panas satu.”
“Nescafe ais satu..”
Hampir serentak suara
mereka memberi pesanan.
Eryna sengih pendek. “Eh,
Encik Zack pun suka minum nescafe ke?”
“Minuman kesukaan saya.”
Jawab Razak tidak berselindung.
“Eh samalah kita.. Ibu dengan
ayah saya pun suka minum nescafe. Lagipun, air nescafe ni pun salah satu
simbolik kisah percintaan derang tau!” Tanpa dipinta, Eryna sendiri membuka
cerita.
Diam. Tak ada respon
daripada Razak yang khusyuk mengadap makanan.
Eryna ketap bibir. “Encik
Razak tak mahu tanya ke kenapa?”
Razak mengeluh dalam hati. Haih, dia pulak yang paksa orang suruh ambil
tahu. Akhirnya Razak menurut sahaja. “Kenapa?”
“Dulu ibu dengan ayah
kerja satu ofis. Satu hari tu, ayah merajuk... Then ibu sediakan air nescafe dengan nota kecik untuk pujuk ayah. Sweet kan?” Cerita Eryna penuh teruja.
Dia pantang kalau cerita bab ibu dan ayahnya. Terujanya lain macam. Sebab dia
sangat menyanjungi kisah percintaan ibu dan ayahnya. Kira macam cinta Syah
Jehan dengan Mumtaz pun kalah ler...
“Bolehlah...” Itu sahaja
respon yang diberikan oleh Razak.
Budak kecik ni tak penat
ke bercakap? Dari ofis sampai site.
Tengah makan pun bising lagi. Jana kuasa luar biasa betul. Dia yang mendengar pulak
naik penat.
Eryna mencebik tak puas
hati. Macam gitu je jawapan dia. Perhatiannya teralih pabila pelayan meletakkan
minuman di hadapan mereka.
“Kan tengah panas? Kenapa order air panas?”
“Sebab kalau air sejuk
pun, tak akan sejukkan telinga saya.” Melopong Eryna pabila menyambut jawapan
yang agak panjang dari biasa. Biasanya Encik Razak cakap lebih-lebih pabila
menerangkan tentang kerja sahaja.
“Kenapa nak sejukkan
telinga pulak? Mestilah nak sejukkan tekak?” Eryna melahirkan pendapatnya. Tak
pernah hayat pulak dengar pasal sejukkan telinga!
“Sebab telinga saya panas
dengar orang membebal dari tadi.” Jawab Razak sambil meneruskan suapan.
Tayang muka versi buat
derk!
Buk! Muka Eryna macam kena
tumbuk. Perghh... sadis jugak ayat Encik Zack nih. Ada sikap melawan rupanya.
“Hei, Encik Zack pandai
perli oranglah.. Selalu ke Encik Zack perli orang?”
Mahu tercekik Razak dibuatnya. Ingatkan bila kena smash, tahulah nak diam. Rupanya sama sahaja. Pening kepala dengan
sikap Eryna. Benda cam gitu pun nak tegur ke? Patutnya budak kecik ni kenalah
terasa.. Ini respond dia luar biasa
sungguh. Macam orang tak faham bahasa pun ada.
Diam Razak... Tak payah cara!
“Encik Zack ni kompleks
lah...” Eryna kembali bersuara bila tidak mendapat respond dari Encik Zack. Baru nak asah bakal berdebat tiba-tiba
dah senyap.
Razak mengeluh dalam diam.
Lah... tak habis lagi rupanya?
“Kengkadang, saya rasa
Encik Zack tak pandai bergaul!” Komen pertama. Tangan Eryna baru menyentuh nasi
tapi mata merayap di muka Razak.
“Kengkadang, saya rasa
Encik Zack ni sombong!” Komen kedua. Nasi terus disuapkan ke mulut namun mata
masih di muka Razak yang tak beriaksi.
“Kengkadang, saya rasa
Encik Zack ni pemalu...” Komen ketiga. Mulut Eryna mula mengunyah perlahan
sambil merenung lagi wajah Razak.
“Kengkadang, saya rasa
Encik Zack ni bisu.” Komen keempat. Lalu ketawa kecil keluar dari mulut Eryna.
Okay. Langsung tak ada
sebarang respond daripada Razak.
Razak angkat muka. “Saya
dah habis makan. Awak nak balik sendiri ke?” Ujar Razak sambil bangun dari
duduk. Seronok benar gamaknya mengkaji perangai orang sampai lupa nak makan
nasi sendiri.
“Tapi kengkadang saya rasa
Encik Zack memang baik hati. Tunggu saya... Saya makan guna speed dua ratus empat puluh kilometer
perjam!” Cepat-cepat Eryna makan. Payah kalau kena tinggal. Encik Zack ni...
kaki buli dalam diam! Benci!
Razak geleng kepala.
Menghalau pergi ingatan siang tadi. Suara Eryna kembali bergema di peluput
telinga. Satu pun tak betul kesimpulan Eryna pada dirinya.
Dia bukan tak pandai
bergaul.
Dia bukan sombong.
Dia bukan pemalu.
Dan pastilah...
Dia bukan bisu!
Dia cuma tak banyak
bercakap. Dia suka bersikap memerhati sahaja. Dan dia ada sebab kenapa dia tak
boleh banyak cakap sangat!
Tapi apa yang dia salute dengan Eryna ialah, gadis itu
walaupun banyak cakap, kerjanya tip top! Walaupun banyak tanya, soalan dia
semua bernas-bernas dan kadang kala berada di luar kapasiti akal fikirannya
sendiri. Dan semestinya cepat pick up!
Ajar sekali terus boleh proses. Jarang jumpa orang perempuan macam gitu.
Erk... macam terlebih puji
je Ajak oit.. Dah tidur.. Tak payah difikirkan budak kecik tu lagi.
***
“Selamat pagi Encik Zack!” Suara ceria Eryna meriah memecahkan kesunyian di
pantri. Hampir-hampir sahaja Razak tersedak.
“Selamat pagi...”
“Encik Zack makan apa pagi
ni?” Tanpa meminta kebenaran, Eryna mendapatkan tempat di sebelah Encik Razak.
Bekalnya diletakkan di atas meja.
“Mee Hun Goreng.” Jawab
Razak pendek.
“Wah... sedapnya.. Mak
encik masak ke?” Razak hanya menjawab soalan Eryna dengan anggukkan dan kembali
menyuap makanan.
“Eh... yang bulat-bulat tu
apa?” Tanya Eryna pabila dia skodeng bekas bekalan Encik Zack. Macam kenal jeh!
“Erk... bergedel..”
Rahang Eryna terus
terjatuh. “Bergedel? Weh, faveret
saya tuh! Nak rasa satu boleh?” Tanpa menunggu persetujuan Encik Razak, terus
Eryna menyambar satu bergedel di dalam bekas makanan Encik Razak.
“Hei... tak malunya ambik
makanan orang!” Spontan, suara Razak sedikit kuat hingga memeranjatkan Eryna
yang sedang mengunyah makanan.
“Erk... Sorry... Excited sangat tadi. Nah,
ambiklah balik...” Bergedel yang sudah digigit itu disua kembali kepada Encik
Razak.
Razak garu kepala? Perlu
ke nak pulang balik? Budak kecik nih... ishhh... Sebab fikirkan Eryna semalam,
dia terlewat bangun hari ini hingga tak sempat nak bersarapan di rumah.
Biasanya dia jarang jugak makan pagi tapi pabila melihat emaknya ada
menyediakan bergedel, memang terbuka seleranya. Sebabkan dah lewat, dia
terpaksa bawak bekal. Dan tiba-tiba bergedelnya dicuri oleh Eryna!
“Tak apa.. makanlah...”
Tolak Razak. Kerja gila kalau ambik balik.
Tanpa menghiraukan Razak,
dia kembali menguyah bergedel itu. Kenapa sedap sangat bergedel ni? Sedapnya
terasa lain macam. Anak mata mula mengerling ke arah bekas makanan Encik Razak.
Ada dua lagi bergedel di dalam tupperware tersebut.
Eryna pandang Encik Razak
sambil tersengih.
“Kenapa?”
“Sedaplah... rasa sedap
yang luar biasa. Mak encik buat ke?”
Razak mengangguk. Ya, dia sendiri
pun tak pernah jumpa kesedapan bergedel di mana-mana selain dari air tangan
ibunya.
“Hmm....” Eryna sedikit
berjeda.
“Kenapa?”
“Nak satu lagi boleh?” Tak
pedulilah Encik Zack nak cakap apa pun, yang penting dia memang nak jugak.
Sedap wehh... tak boleh dilepaskan begitu sahaja.
“Tak boleh!” Keras suara
Razak. Budak kecik nih... memang tak malu!
“Ala ala ala...
bolehlah....” Rayu Eryna sambil buat suara manja. Biasanya ayah akan layu kalau
dengar suaranya yang versi begini. Harap Encik Zack pun macam tulah. Pabila
tidak mendapat sebarang respon, Eryna cuba buat offer. “Kita tukar bekal ya...
Saya ada buat cekodok!” Bekas bekalnya dibuka dan diletakkan di depan Encik
Razak.
“Cekodok awak mana sama
dengan makanan saya..”
Eryna buat muka hampa bin
kesian. Serba salah Razak dibuatnya. Ialah, tak kan nak bertekak dengan budak
kecik pasal bergedel ni. Itu pun tak boleh mengalah ke?
“Ialah... ambil satu.” Bekas
makanan ditolak ke hadapan Eryna.
“Yeaaa... sayang Encik
Zack!” Eryna tayang muka bahagia. Laju tangannya mencekau bergedil itu dan
disua ke mulutnya.
Razak menyembunyikan
senyum. ‘Sayang Encik Zack!’ Budak ni memang hati kering sungguh! Sesuka hati
je mengungkapkan ayat sayang itu pada penyelia sendiri.
“Hei, Encik Zack pandai
senyumlah...” Tegur Eryna yang perasan senyuman yang cuba dikawal oleh Encik
Zack. Jangan nak curi-curi senyumlah. Mata helang ini tangkas menangkapnya.
“Lah... macamlah sebelum
ni saya tak pernah senyum.” Tebak Razak sambil menarik senyum hingga
menampakkan barisan giginya yang tersusun kemas.
Nampaknya lelaki ini sudah
pandai bermain dengan kata-kata. Makin mesra dan mesti seronok kalau setiap
hari Encik Zack sporting macam gini.
Rasa hati mula hendak mengusik.
“Hmm, pernah tak ada orang
beritahu Encik Zack?”
“Beritahu apa?” Tanya
Razak tidak mengerti letak duduk soalan Eryna.
“Yang gigi Encik Zack
putih gila....”
Budak kecik nih... itu pun
nak tegur ke? Buat Razak malu jeh. Terus dia ketap bibir simpan gigi. Tapi
dalam hati... tersenyum panjang.
***
Mereka yang terlibat dalam
dengan tender yang melibatkan projek Syarikat Tekun Maju diminta hadir ke
mesyuarat. Razak tarik nafas berat. Terasa berat jiwa nak melangkah ke bilik
mesyuarat bila jam sudah menunjukkan angka tiga petang.
Dia pun ada angin malas.
Dia pun ada angin tak
best.
“Eryna, come join us…” Ajak Encik Nazreen pabila
lalu di hadapan meja anak saudaranya itu.
“Eh, boleh ke? Tadi saya
tanya Encik Zack, dia kata tak payah?” Sempat anak mata menjeling ke arah Razak
baru keluar dari biliknya itu.
“Tak apa. Kutip
pengalaman…” Jawab Encik Nazreen sambil tersenyum.
“Baik Encik Nazreen….”
Eryna mula menyambut buku notanya dan terus menyoroti langkah pak longnya itu.
Razak kerut dahi. Dia
perasan sesuatu. Encik Nazreen bukan main baik lagi dengan Eryna. Selama ini
mana pernah Encik Nazreen mengajak mana-mana
trainee masuk mesyuarat sekali? Ada yang tak kena nih! Derang ni ada
skandal ke apa?
‘Hmm.. Kalau betul ada
skandal pun, kau kisah apa Ajak oit? Ikut suka deranglah!’ Monolog hatinya.
‘Ish.. mana boleh! Encik
Nazreen kan dah kahwin. Bini dia sikit punya cantik lagi.’ Bidas si akal.
‘Entah-entah kau cemburu
tak?’ Okay… bisikan hatinya kali ini memang tak boleh pakai.
‘Kenapa aku perlu cemburu?
Perempuan banyak cakap bukan taste
aku ya…’ Laju akal melarikan perasaan.
Razak masih tercegat di
situ. Tidak berganjak sedikit pun.
“Encik Zack.. Eh… Encik
Razak, Encik Nazreen panggil masuk meeting.” Terlalu terikut dengan Eryna
hingga tersasul memanggil Ketua Drafter itu dengan nama timangan itu.
“Oh…” Laju dia menapak ke
bilik meeting. Masuk-masuk sahaja, hanya tempat di sebelah Eryna yang masih
kosong. Terus dia mendaratkan punggung disitu walaupun dia terlalu berharap
agar tidak duduk berdekatan gadis itu.
“Encik Zack… cun kan port
yang saya pilih untuk Encik.. So, kalau Encik nak tidur, saya boleh cover!”
Bisik Eryna perlahan sambil buat muka bangga.
“Thanks but no thanks sebab saya tak tidur dalam meeting.”
Eryna mencebik! Membongak
betul Encik Zack ni. Pabila mesyuarat bermula, semua orang mengambil posisi
masing-masing. Eryna yang sememangnya tidak terlibat dengan apa-apa mula
melukis wajah kartun di buku notanya. Buat hilang bosan.
Razak yang tadinya celik
mata, mula rasa kuyu dan layu. Kenapa mata berat semacam ni? Tangan yang sedari
diletakkan di atas meja, mula dipanggung ke kepala. Bosan sebab dia hanya perlu
melihat perbentangan dari kontraktor yang berkolaborasi dengan syarikatnya.
Buk! Tanpa sedar tangannya
tertepuk meja. Bulat matanya pabila semua mata terarah kepadanya. Ah sudah….
“Ish… dalam bilik
mesyuarat pun ada nyamuk kan?” Cover
Eryna pabila melihat Encik Zack tidak bercadang untuk memberikan sebarang
jawapan.
“Tak ada apa. Just
nyamuk.. sila sambung present…” Arah
Eryna sambil wajahnya merekah dengan senyuman. Tak ada sedikit pun riak
bersalah.
Razak tarik nafas. Fuh!
Lega sebab Eryna sempat cover dirinya. Tapi agak-agaklah sikit kalau nak gebang
pun. Nyamuk jugak yang dijadikan bahan belasahan.
Sekeping nota ditolak di
hadapan Encik Zack. Terus Razak membaca tulisan kecil yang kemas itu.
Say
thanks to me.. tapi eh.. kata tak tidur
tengah meeting… kehkeh.. =p
Tebal rasanya muka Razak tatkala membaca bait kata-kata itu. Pen yang
berada di jemari terus dilarikan di atas nota itu. Membalas…
Thanks..
tapi kenapa nyamuk? Bagilah idea logik sikit… ish…
Nota terus diserahkan
kepada Eryna. Okay, at least balas
nota macam gini tak adalah membuatnya mengantuk sangat.
Kalau ikutkan tadi saya nak jawab… encik Zack berzikir tadi. Tapi risau
kalau hebohkan kebaikan, pahala akan berkurang. Ya dak?
Razak
ketap bibir membaca bait kata-kata Eryna itu. Memang kaki buli. Dekat sekolah
dulu mesti selalu buli orang! Aish.. Akhirnya Razak diam. Malas hendak
membalas.
Upah mana?
Melihat
Razak yang mendiamkan diri, Eryna menghulurkan sekeping nota lagi.
Tak baik main rasuah…
Eryna
simpan tawa. Adoii… boleh tahan jugak tahap geliga otak Encik Zack ini.
No
doubt! Nak jugak! (sambil hentak-hentak kaki gaya manja gitu..)
Razak
tersengih membaca nota kecil itu. Sungguh, sepanjang lima tahun dia berkerja,
inilah kali pertama dia langsung tidak mampu member fokus pada agenda
mesyuarat. Hilang mengantuk, terpaksa pulak berhadapan dengan budak kecik ini.
Awak nak apa?
Dilayankan
jugak untuk menghilangkan kantuk. Erk… ke untuk menghilangkan resah? Dah kenapa
nak resah pulak?
Nak bergedel istimewa buatan mak encik… plez
plez.. (sambil lap air liur leleh..)
Razak
geleng kepala. Sungguh tahap tak senonoh betul budak kecik nih.
Okay…
Rasa
macam tak puas hati pulak menangkap jawapan yang sepatah itu.
Eh… extra permintaan, nak resepi sekali ya…
Tiba-tiba
ada rasa nakal untuk mengenakan Eryna pulak. Laju Razak membalas.
Banyak cantik…
Eryna
gigit bibir. Encik Zack ni memang diam-diam ubi berisi sungguh. Nampaknya tahap
pemalu Encik Zack hilang sedikit demi sedikit. Mungkin dia nak kena serasi dulu
baru tunjuk taring gamaknya.
Walaupun muka saya ni satu je.. Tapi
cantiknya memang banyak! Tak caya cubalah kira.
Sejurus
selepas membaca nota Eryna, Razak berhenti membalas.
Satu…
sebab kertas nota itu sudah kehabisan ruang.
Dua... Mesyuarat telah bersurai. Terasa sekejap
pabila melayan karenah Eryna.
Tiga...
sebab malas nak layan sikap perasan tahap dewa Eryna tu.
Walaupun
Eryna memang comel tapi biarlah disimpan pujian itu dalam hati sahaja. Lalu Razak
bangun meninggalkan Eryna yang nyata sedang terpinga-pinga tidak berpuas hati.
***
Eryna
merenung skrin komputer. Berhati-hati tika melakukan sistem autocad. Kena
letakkan focus dua ratus lima puluh juta peratus.
Namun
cabaran pelukis pelan senibina bukanlah pada kerja-kerja melukis tetapi cabaran
berhadapan dengan Pihak Berkuasa Tempatan seperti majlis pembandaran untuk
mendapatkan kelulusan pelan. Itu yang Encik Zack pernah pesan.
Heh…
Eryna tarik balik kata-kata yang menuduh Encik Zack seorang yang pendiam. Sebab
tika melakukan pembentangan kelmarin bersama pihak Majlis Pembandaran, ulasan
dan hujah Encik Zack sungguh tepat dan bernas.
Sampai ternganga Eryna dibuatnya.
“Eryn…
Encik Razak ada?” Satu suara membuatkan perhatian Eryna teralih.
“Eh..
Kak Salina. Encik Zack ada tadi.. Entah ke mana pulak dia menghilang.” Kepala
Eryna ikut tertoleh ke kiri dan kanan. Mencari bayang Encik Zack.
“Oh..
tak apalah..”
“Ada
apa-apa nak pesan ke?” Tanya Eryna ramah.
Salina
garu kepala. Tak tahu sama ada dia boleh percayakan Eryna ataupun tidak. Sejak
dua tiga menjak ini dia memang perasan akan hubungan baik antara Eryna dan
Razak. Siap boleh makan bersama lagi. Derang berdua ni ada apa-apa hubungan ke?
“Erk…”
“Nak
bagi makanan tu dekat Encik Zack ya?” Tebak Eryna laju. Melihat air muka Salina
itu, dia sudah dapat membacanya.
“Aah…
dia suka kuih ni. Masa jamuan bulan lepas sampai berbungkus bawak balik rumah
kuih lepat pisang ni.” Jelas Salina teruja. Terlupa yang dia sedang berhadapan
dengan Eryna.
“Aah…
memang dia suka pun.” Ujar Eryna yakin. “Hmm, apa kata tinggalkan dekat saya.
Nanti saya bagi dekat Encik Zack ya..” Tawar Eryna ikhlas.
Salina
tayang muka tak pasti. ‘Betul ke Eryna nak tolong? Siapa tahu kalau dia nak
sabotaj aku ke?’ Oh… fikiran buruk mula menguasi fikiran.
“Jangan
risau Kak Salina. Akak boleh letak note kat atas tupperware tu. Nanti Encik
Zack tahulah yang kuih tu dari akak.”
Salina
sengih pelan-pelan. Menyesal pulak berfikiran negatif tentang Eryna sedangkan
dia baik-baik sahaja.
“Okay…
Awak letakkan atas meja Razak ya.” Dengan hati yang penuh berdebar, Salina
menghulurkan Tupperware itu kepada Eryna.
“Saya
akan laksanakan amanah ini sekarang jugak… Tadi kak Salina sempat tak
jampi-jampi. Heh, mana tahu nanti Encik Zack terpikat ke..” Sengaja dia
berseloroh. Tidak mahu hubungannya dengan Salina Nampak kekok. Lagipun dia
perasan yang Kak Salina kengkadang menjeling dan mengerling pabila dia berada
di sisi Encik Zack.
“Ish
Eryn ni.. Ke situ pulak! Nanti apa-apa hal beritahu akak ya.” Oh, berharap
benar yang air tangannya mampu memikat hati Razak. Dia bukanlah gadis yang
urban sampai berani mengurat lelaki. Dia hanya membuka langkah mencari
jodohnya.
Masuk
sahaja Encik Zack ke biliknya, terus Eryna datang menyerbu.
“Encik
pergi mana tadi?”
“Jumpa
Encik Nazreen.. ada orang cari ke?” Sambil menyelak pelan lukisan, Razak
menghulurkan pertanyaan.
“Ada..
dia bawak utusan.” Eryna sudah tersengih.
“Utusan?”
Bekas
Tupperware itu mula ditolak ke hadapan Encik Zack. “Ada orang kirim makanan
berbau cinta..” Gurau Eryna sambil tersengih-sengih.
“Siapa
bagi?” Walaupun secara tak pasti, tapi Razak sudah mula mengangak.
“Buah
hati bagi…”
Razak
mendengus perlahan kemudian menolak bekas makanan ke tepi. Bimbang mengotori
kertas lakaran yang sudah siap dicetak.
“Kak
Salina yang bagi tadi...” Jelas Eryna sambil menanti respon yang mengujakan
dari Encik Zack. Tapi macam biasalah kan... mamat depan dia ni mana ada riak.
Buat derk jeh! Eryna mencuba lagi.
“Encik…apa
pendapat encik tentang Kak Salina?” Eryna dah mula nak korek rahsia pabila
melihat muka Encik Zack yang serius itu.
Diam
lagi. Langsung tak ada respon.
“Encik…
saya tanya ni?” Gesa Eryna geram. Encik Zack ni memang suka ikut kepala
sendiri. ‘Dia tak Nampak ke aku sungguh-sungguh nak tahu nih?’
“Awak
dah print pelan yang saya suruh tu?”
Razak sengaja tukar topik. Dia berharap sangat yang Eryna akan penat bercakap. At least untuk satu minit.
“Dah…
Lima set semuanya. Satu set cetakan linen dan empat set cetakan kertas.”
Janganlah tanya pasal kerja sebab kerjanya memang sentiasa tiptop.
“Dah
dapatkan sign daripada Encik Nazreen.” Mulut bertanya namun mata ralit merenung
pelan dihadapannya.
“Dah
Encik Zack. Saya pun dah lipat satu persatu. Semua dah siap.”
Razak
ketap bibir. Kenapa effisen sangat budak kecik ni buat kerja?
“Encik
Zack tak jawab lagi soalan saya tadi… “ Gesa Eryna tak kenal erti kalah.
Razak
tarik nafas. Tak rela membenarkan diri dibuli begitu sahaja. “Saya akan jawab
soalan awak kalau awak dapat jawab soalan saya. Sanggup?”
Eryna
mengangguk dengan penuh kesungguhan. “Sangup!”
“Okay..
selain dari Jabatan Kawalan Bangunan, jabatan apa lagi yang terlibat dalam
proses kelulusan pelan? Bagi sepuluh jabatan satu minit dari sekarang!” Razak
sengih dalam hati. Rasanya soalan ini tak cukup senang untuk Eryna menjawab.
“Hah,
sepuluh? Manalah saya ingat semua… Bagi extra masa sikitlah.. seminit mana
cukup…” Protes Eryna tak puas hati.
“Sepuluh
saat sudah berlalu…” Dengan muka kering Razak bersuara.
Eryna
dah gelabah! Erk.. apa ya? Fikir otak.. fikir…
Sekarang
giliran Razak pula yang tersenyum dalam hati. Ada hati nak kenakan orang.
Melihat wajah itu gelabah tika mencari jawapan, mengundang tawa di hati Razak.
Tapi kalau betul Eryna boleh jawab, memang dia kena letak jawatanlah… heh..
***
Eryna
panas punggung. Geram kerana berulang kali mesej yang diberi kepada Encik Zack
langsung tak dibalas. iPhonenya terus dicampak ke atas katil. Buku sketch
dicapai namun mood untuk melukis langsung hilang.
“Yang
kau ni dah kenapa? Cacing kepanasan pun
tak macam kau wehh.. Masalah dunia apa yang kau tengah pikul tuh? Kalau berat
sangat, meh kita kongsi sesama…?” Tegur Nadiah yang melepak di rumah Eryna pada
malam minggu ini.
“Aku
mesej Encik Zack dia tak balas..” Rungut Eryna geram.
“Lah…
sejak bila hati kau vibrate? Sejak
bila korang declare…” Usik Nadiah.
Ingat pasal apalah tadi.
“Hei,
ini tak ada kena mengena dengan vibrate
or declare okay. Aku tengah tuntut hutang dengan dia nih…” Iphone kembali
dicapai. Namun sepatah haram tak ada mesej balas yang ditunggu-tunggu dari
tadi. Ke telefonnya ini ada masalah?
“Hutang?
Amboih… kau kemain nasihatkan aku. Jangan bagi pinjam duit dekat lelaki yang
kita tak biasa. Tapi aku tengok kau pulak lelebih kan… Berapa banyak dia hutang
kau? Dah lah bagi pinjam tak bincang dengan aku dulu!”
Ini
yang Nadiah nak marah ni. Dari berbaring, terus dia duduk bercekak pinggang.
“Grrrr…
kau ingat Encik Zack tu sengkek sangat ke sampai nak kena berhutang dengan aku
hah? Dia hutang aku resepi bergedellah…” Kawannya yang seorang ini memang suka
mencipta kontroversilah. Dia tak habis terang lagi, sibuk nak menyerang!
“Oh…”
Malas
melayan Eryna, Nadiah kembali mengadap komputer ribanya. Melayan si mamat online yang sedang online.
“Weh,
sudah-sudahlah chating dengan mamat
yang kau tak kenal tu.”
“Ini
namanya cinta jarak jauh okay. Kami suka sama suka dengan ikhlas. Tanpa
melibatkan faktor fizikal.” Wah Nadiah, ayatnya nak mengancam je. Ingat hati
Eryna terancam ke?
“Tapi
kau pasti ke tu betul-betul lelaki? Entah-entah perempuan ke… Lesbian ke… Kalau
betul dia berani, suruh dia turun Kuantan. Kita kaji selidik dia. Habis
praktikal ni korang boleh terus kahwin.” Cabar Eryna geram.
“Lah…
apa perempuan pulak? Kan dia dah bagi gambar hari tu…” Nadiah cuba mengingatkan
Eryna kembali.
“Memanglah…
tapi mana tahu tu bukan gambar dia?” Duga Eryna sampai terangkat kedua belah
keningnya. Sengaja menakutkan Nadiah.
“Okay…kau
cabar dia suruh turun Kuantan minggu depan. Tengok apa jawapan dia?” Arah Eryna
laju.
“Perlu
ke?”
“Perlulah…
kata lautan api sanggup kuredahi…Inikan pulak Kuala Lumpur dan Kuantan. Celah
gigi je tuhhh..”
“Hmm…
tak mahulah. Aku dengan dia seronok macam ni. Lagipun, jumpa-jumpa tu tak baik
okay!”
Eryna
garu kepala. “Kau tak takut kecewa? Tiba-tiba nanti dia hilang macam tu je…Cinta
dah macam nak rak!” Sengaja Eryna terkam dengan ayat seram.
Tapi..
Nadiah boleh ketawa!
“Eryn
wehh… kenapa nak kecewa? Allah kan ada… Kalau ada jodoh, tak ke mana. Tapi
kalau dah tak ada jodoh, kau pusing macam mana pun… memang tak adalah.” Jawab
Nadiah sambil tidak beralih memandang skrin laptop.
Eryna
garu kepala. Apa-apalah… Malas nak semakkan otak dia semula. Nak buat apa ya?
Iphone kembali dicapai kemudian nombor pak longnya didial.
Sesudah
salam, laju Eryna menerpa dengan soalan. “Pak long, pak long tahu tak rumah
Encik Zack dekat mana?”
Encik
Nazreen yang berada di hujung talian mula mengerutkan dahinya. “Kenapa Eryn nak
tahu?”
“Eryn
nak masuk meminang Encik Zack!” Entah kenapa, spontan ayat itu keluar dari
mulut Eryna.
***
Sudah
berbelas kali dia kembali menilik peta yang direka oleh pak longnya. Mudah je
nak cari rumah Encik Zack ni sebab kawasan perumahan ni berdekatan dengan rumah
Tok daddynya.
Setelah
mengenal pasti rumah yang betul, Eryna mula turun dari kereta sambil menilaukan
kepala di depan pintu rumah. Teringat pulak gurauannya bersama pak long
semalam.
“Eryn
ni biar betul?”
“Ish…memanglah
tak betul. Tak kan lah Eryn tak malu sangat nak meminang anak teruna orang pak
long oit..” Ujar Eryna sambil mengekek ketawa.
“Kamu
ni Eryn…” Pak long dah mula nak membebel. Tapi laju Eryna menukar topik.
“Eryn
ada barang nak kasi… Sebab itu saje nak tahu rumah dia kat mana.” Sengaja
diringkaskan cerita. Karang banyak soal pulak pak longnya itu.
“Pak
long manalah ingat alamat Eryn oit.. Tapi pak long pernahlah pergi rumah dia.
Hmm, nanti pak long buat peta then
hantar kat wassup Eryn ya..”
Okay,
senang je bercakap dengan pak long. Al-maklum orang business kena berfikir
tangkas. Sebab itulah syarikat pak long maju jaya.
Eryna
mula melaungkan salam. Senyap! Baru sahaja dia berkira-kira hendak menjerit
sekali lagi, seorang wanita separuh abad mula mampir ke pagar rumah.
“Anak
ni cari siapa?” Tanya Hajah Sumaiyah pelik.
“Erk…
saya cari Encik Zack.” Jawab Eryna yakin. Dia mula bersalam dengan wanita di
hadapannya. Ibu Encik Zack gamaknya.
“Encik
Zack? Kat sini tak ada orang nama Zack… Kalau ada pun pak cik Zaki, tapi dia
lorong belakanglah.”
Laju
Eryna tepuk dahi. Apalah ke bengong sangat dia ni? Mestilah orang tak kenal
sebab dia seorang je yang panggil Encik Zack. “Erk… maksud saya.. Razak. Ini
rumah Encik Razak kan?”
“Ohh...
Razak.. Razak tu anak mak cik. Anak ni
siapa? Kenapa cari dia?” Hajah Sumaiyah sudah pelik sendiri.
“Oh
mak cik ni mak dia ya… Saya kawan Encik Razak.”
Membulat
mata Hajah Sumaiyah menangkap perkataan kawan itu. Selama ini kawan lelaki pun
payah nak datang menjenguk ke rumah. Inikan pulak perempuan. Tak pernah-pernah.
“Kawan
Ajak? Eh.. masuklah…” Tiba-tiba dia pulak yang naik gabra. Ini calon menantu
dia ke? Ish… berani pulak si Ajak tu mengurat perempuan cantik macam gini?
Nampak pun bukan calang-calang perempuan bila memandu BMW.
Baru
selangkah Eryna ke depan, satu suara mula menyeru namanya.
“Eryn…”
Eryna
berpaling. Encik Zack! Oh… Nampak katang gila dengan t-shirt putih dan tuala
kecil di bahu. Peluh-peluh renik itu menampakkan kemachoannya. Baru lepas berjogging gamaknya.
Habit
suka menganalisa perangai orang tak pernah hilang!
“Awak
buat apa kat sini?” Terkejut? Gila tak… dari tadi dia pelik melihat kereta
mewah yang terpakir di rumahnya ini. Sangkanya tetamu emak tapi rupa-rupanya
Eryna! Masak.. masak… Sampai ke sini dia kejar resepi bergedel itu?
“Saya
call Encik Zack tak angkat.. saya mesej Encik tak balas. Jadi saya datanglah
rumah encik terus. So, encik tak ada alasan nak mengelak lagi kan?” Bidas Eryna
geram. Hah, sekarang baru tahu gelabah?
Muka
Encik Zack memang Nampak sangatlah tergamam!
Anak
mata dialih pada ibu Encik Zack pulak. “Mak cik… Maaf ganggu hujung minggu mak
cik. Saya sebenarnya nak mintak resepi. Resepi bergedel.. Saya minta dekat anak
mak cik, dia asyik berdalih je. Jadi sebab itu saya datang terus ke sini…”
Jelas Eryna satu persatu.
“Oh…
nak minta resepi. Boleh je.. Tapi alang kepalang dah ada sini, baik mak cik
tunjuk terus cara-caranya.” Hatinya suka dengan perilaku gadis ini. Nampak
tegas dan berani.
“Eh,
tak menyusahkan ke?” Okay, dia tak harap
pun yang layanan emak Encik Zack akan sebaik ini.
“Taklah…
Kita buat sama-sama lepas tu kita makanlah sama-sama. Jom ke dapur..” Masak
kali ini mesti seronok sebab dapat memasak bersama bakal menantu. Eh… Ialah,
ingat senang ke anak dara zaman sekarang nak menjelajah dapur? Tengok anak dara
sendiri sudahlah… yang tu memang liat!
“Mak…”
Razak ingin menahan tapi dia tak ada idea nak membidas. Lagipun idea kecemasan
sememangnya tak pernah sebati dalam hidupnya.
“Apa?
Mak nak masuk dulu sebab nak tengok bahan-bahan ada tak. Kalau tak ada Ajak
pergi beli kejap dekat supermarket depan tu..” Laju Hajah Sumayyah meninggalkan
mereka berdua.
Kali
ini pandangan mata Razak terhala ke arah Eryna.
“Apa
helah awak sebenarnya?”
“Helah?
Ish.. saya bukan Ziana Zain yang pandai madah berhelah ni Encik Zack… Saya
Eryna Fasihah yang cantik dan fasih berkata-kata.” Tengok tu, ada je jawapan
dia nak lastik kesabaran Razak.
Razak
lepaskan nafas. Memang cantik… dan memang betul-betul fasih berkata-kata. “Orang
patut panggil awak Fasihah…” Komen Razak lalu masuk ke dalam rumahnya. Tak puas
hati kerana Eryna menganggu hari cutinya. Tak cukup-cukup ke gadis ini bawa
kecoh di pejabat?
“Tak
apa.. saya boleh tolong reserved kan
nama tu untuk Encik Zack. Lepas ni Encik Zack panggil saya Fasihahlah…”
Sambil
berjalan Razak menyoal. “Kenapa saya perlu ikut cakap awak pulak?”
“Sebab…
Encik Zack kan bagi keistimewaan untuk saya panggil encik, Encik Zack. Jadi
saya pun berilah keistimewaan pada Encik Zack untuk panggil saya Fasihah.
Lagipun memang tak ada orang panggil saya nama tu. Rasa macam membazir pulak
ibu dan ayah saya payah-payah letak kan... buat habis space surat beranak dengan IC jeh kan...”
Razak
berhenti serta merta. Hampir sahaja belakang badannya dilanggar oleh Eryna.
Pelahan-lahan dia berkalih.
“Buat
pengetahuan awak, saya tak pernah bagi keistimewaan untuk awak panggil saya
Encik Zack.” Suaranya sengaja diseriuskan. Sengaja nak bagi Eryna sentap!
Eryna
sengih. “Tak payah susah-susah bagi hak keistimewaan sebab saya sendiri dah
rasa saya ni istimewa. So, ikut suka sayalah kan…”
Razak
mendengus! ‘Stop it Razak. Berbalah dengan budak kecik ni, kau memang tak akan
pernah menang!’ Kaki dibawa ke arah tangga. Badan yang melekit ini perlu
disegarkan.
“Encik
Zack nak pergi mana tu?” Suara tu seperti taufan yang buat hati Razak haru biru
dipukul gelombang.
“Nak
pergi mandilah.. kenapa? Awak nak ikut ke?” Tak pernah dia rasa terikat di
dalam rumah sendiri.
“Nak…
jom ah sekali.” Ujar Eryna sambil kenyit mata.
Ah
gawat! Terus Razak berpusing, tolonglah… kenapa ada perempuan selamba macam
gini dalam dunia?
***
Eryna
membantu Hajah Sumayyah melenyek kentang yang baru sudah siap direbus. Oh,
seronok dapat menimba pengalaman baru. Selama ini, dia memang tak pernah buat
sendiri. Ibu pun jarang menyediakan bergedel ini.
“Selalu
ke Eryn masak?” Sekadar berbual untuk menghilang sepi.
“Hmm..
tak lah selalu. Tapi biasanya sarapan pagi Eryn yang sediakan. Tengah hari ibu
dan malam kami masak sama-sama.”
“Bagusnya..
Zaman sekarang ni, mana senang nak jumpa perempuan yang selalu masuk dapur.”
Puji Hajah Sumayyah girang.
“Masuk
je dapur.. Tapi masak kena belek resepi lagi mak cik. Lagipun dulu masa Eryn
kecik, ibu sakit.. so dari situ Eryn dah kena belajar berdikari. Ayah kata,
kami kena sama-sama kurangkan beban ibu. So, Eryn banyak belajar masak dengan
ayahlah...”
Sejuk
hati Hajah Sumayyah mendengarnya. Oh, dia yang perempuan tua pun dah jatuh hati
dengan Eryna. Sopan santunya... manisnya... wajahnya... Razak tu tak ada
perasaan ke apa? Ke dia tak sukakan perempuan? Oh.. itu lagi haru. Nauzubillah!
“Sekarang
ibu dah sihat?”
“Ibu
memang sihat.. tapi still kena makan ubat. Sakit ibu tu kena bergantung pada
ubat untuk seumur hidup dia.”
Kagum
Eryna dengan keramahan emak Encik Zack. Kalau nak diharapkan anaknya itu,
memang hampeh! Tapi sejak akhir-akhir ini, Encik Zack dah mula tunjuk kesan
positif. At least ada jugak bunyinya
walaupun kadang kala menyakitkan hati.
“Ibu
Eryn sakit apa? Macam teruk je bunyinya?”
“SLE...
mak cik pernah dengar ke? Dulu sakit ibu teruk jugak.. Tapi sekarang dah okay
cuma memang kena bergantung dengan ubat...”
Hajah
Sumayyah menganggukkan kepalanya. Tak pernah dengarlah pulak.
Razak
yang baru turun itu mencuri dengar. Dia tak tahu pun pasal sejarah silam Eryna.
Dan dia akui...dia memang tak pernah nak ambil tahu hal sesiapa pun
disekelilingnya. Dunianya hanya melukis pelan.. lepas tu balik tidur. Entah,
dia dah biasa begini dari kecil.
“Hah,
dah siap lenyek kentang dah?”
“Dah
mak cik...”
“Sebenarnya
dalam buat bergedel ni, tak ada rahsia pun. Resepi dia sama je dengan resepi
orang lain. Yang penting kena ikhlas dan buat dengan penuh kasih sayang.
InsyaAllah orang yang makan tu akan rasa kesedapannya.”
Eryna
menganggukkan kepalanya. Ya, ibu pun pernah cakap macam gitu. Nak masak tak
boleh marah-marah. Tak boleh masam-masam sebab si tukang makan akan turut
merasai emosi kita.
Mata
Eryna ralit melihat Hajah Sumayyah yang laju mencampurkan daging kisar, ketang
yang sudah dilenyet, daun bawang, daun sup, jintan manis yang telah dikisar,
lada sulah, sebiji telur dan garam secukupnya di dalam satu bekas.
“Mak
cik, saya nak gaul ya...” Tawar Eryna sambil terus mencapai bekas makanan
tersebut.
Telefon
yang berdering di ruang telefon membuatkan Hajah Sumayyah keluar dari dapur.
Eryna pula ralit menggaul bergedel dengan penuh teruja. Al-maklum ini kali
pertama dia buat sendiri. Selama ini main order jeh!
Selesai
mengaul adunan, sebiji telur dipecahkan di dalam mangkuk kecil dan dipukul perlahan.
Kuali diletakkan di atas dapur. Api dipasang. Minyak dituang ke dalam kuali.
Adunan
tadi mula dibentuk menjadi bulat dan dileperkan kemudian dicelup ke dalam telur
sebelum meletakkannya di dalam kuali.
Diulang kembali kerjanya.
Dari
kejauhan Razak melihat dengan penuh ketekunan. Kagum memang ada. Gigih betul si
gadis mencari resepi untuk membuat bergedel. Padahal kalau bukak google kan
senang.
“Eh
Encik Zack... kenapa skodeng saya tu? Marilah sini.. Jangan malu.. Inikan rumah
Encik Zack!” Teguran itu membuatkan rahang Razak terjatuh. Erkk... macam mana
dia boleh perasan? Mata helang betullah.
Perlahan
Razak menapak. Malu pula disergah begitu rupa. Namun melihat wajah Eryna yang
comot itu membuatkan Razak ketawa kecil. Tak senonoh.
“Peliklah
encik.. Encik ni betul ke anak mak cik? Ke encik ni anak angkat?” Okay, soalan
membunuh itu membuatkan Razak terkesima.
Berkerut
dahi Razak.
“Erk...
saya bukan apa. Sebab mak encik tu bukan main ramah lagi. Tapi encik ni... Hmm,
nak kata pemalu memang tak. Tapi tak banyak cakap sangat.. Encik tak boring ke
hidup sengsorang macam gini?” Eryna cuba memeriahkan suasana dengan menimbulkan
topik perbualan.
Diam
diam diam lagi. Hmm, Eryna dah boleh agak sangat.
“Encik
Zack.. saya tahu encik ada hati dekat Kak Salina kan? Apa kata saya ajar encik
ngorat kak salina?” Suara Eryna yang kuat itu membuatkan Razak berpaling serta
merta. Matanya mula meredah keadaan sekeliling. Takut si emak mendengar.
“Apa
awak cakap ni Eryn?”
Heh..
menjadi jugak taktik Eryna nak ajak Encik Zack berbual.
“Saya
cakap, saya nak ajar encik mengurat Kak Salina...” Lagi Encik Zack cuak, makin
kuat Eryna mengusik.
“Siapa
cakap saya nak mengurat dia? Dia tu rakan ofis je..” Ish budak kecik ni. Suka
sangat layan gosip liar.
“Kalau
sudi, katakan sudi.. tidaklah dia ternanti-nanti..” Bergedel di dalam kuali
mula dibalikkan. Mulut tersengih-sengih.
“Eryn...
awak jangan pandai-pandai. Mak saya dengar nanti habis saya.” Razak cuba beri
amaran. Tapi takut ke budak kecik ni dengan amarannya?
“Kenapa
takut mak cik dengar pulak? Encik tu dah boleh jadi bapak budak dah pun..
Bolehlah saya tolong mak cik cari menantu. Ya dak?” Kening diangkat berulang
kali.
“Siapa
yang boleh jadi bapak budak Eryn?” Muncul Hajah Sumayyah dari pintu dapur.
Razak
menjeling. Berharap agar mulut kepochi Eryna berhenti di scene ini sahaja. Jangan memandai nak timbulkan spekulasi. Budak
kecik ni bukan boleh kira.
Eryna
simpan ketawa. Kelakar melihat amaran dari jelingan Encik Zack. Tak nampak
garang kecuali comel... Okay serius comel!
“Tak
ada apa mak cik.. borak-borak kosong je dengan Encik Zack... Eh encik, tolong
angkatkan bergedel yang ada atas dapur tuh. Karang hangus pulak.” Arah Eryna
selamba. Hajah Sumayyah yang mendengar pulak naik pelik. Razak mana pernah
menolong di dapur. Hmm, budak berdua ni ada apa-apa ke?
Sambil
tersengih dan melakukan kerjanya, Eryna menjeling ke arah Razak yang sedang
mengangkat bergedel. “Boleh ke encik? Hati-hati... karang terkena tangan
pulak.” Usik Eryna berani.
Razak
jeling ke arah Eryna. Ingat dia koman sangat ke sampai tak reti angkat bergedel
ni. Pabila mata mereka bersatu, laju Eryna kenyit mata kanannya. Razak yang
terkejut terus meletakkan bergedel di belakang tangannya sendiri. Bukan di atas
pinggan yang tersedia. Terjerit kecil lelaki itu dibuatnya.
“Aduh...”
Sungguh
Eryna rasa nak ketawa bergolek. Menggelabah betul!
“Ish...
macam mana boleh careless ni Ajak?
Adoi.. buat malu je depan Eryn...” Tangan anak terunanya itu dibawa ke singki
untuk dibasuh. Susu pekat mula dicurah di belakang tangan Razak untuk menghilangkan
bisa pedih terkena minyak.
Razak
gigit bibir. Sabar jelah dengan budak kecik nih. Ada jugak yang digulai budak
ini nanti!
***
Sebenarnya
orang pendiam ni banyak jenis. Antaranya pemalu, tak mahu terlibat dengan
masalah, memang jenis otak tak berkembang sebab tak tahu nak cakap apa, suka
melayan perasaan sendiri atau mungkin jugak tak ada geng sekepala.
Tapi point yang Eryna nak highligth sangat
ialah, bila berkawan dengan orang pendiam ni, mereka sebenarnya mempunyai
pemikiran yang wondrous!
Macam
Encik Zack, walaupun tak banyak cakap tapi kerja dan idea dia tip top. Eryna
garu kepala. Kenapa banyak sangat memuji Encik Zack ni? Ish...
Mata
melirik ke kalendar. Seronok sebab esok cuti semperna Hari Wesak. Hmm... nak
buat apa ya? Duduk rumah comfirm bosan. Nak ajak Nadiah tengok wayang, minah tu
nak balik kampung pulak.
Razak
melalui hadapan Eryna yang sedang nampak terfikir-fikir itu. Namun tanpa
mempedulikan Eryna, laju dia masuk ke biliknya.
Telefon
bimbit dicapai. Nombor telefon Bakhtiar dicapai. “Helo Bak.. Jadi tak esok nak pergi
memancing?” Sesudah salam, laju Razak menyerang. Antara banyak kawan-kawannya,
dengan Bakhtiar yang paling dia senang. Namun sejak lelaki itu berkahwin,
segala aktiviti luar menjadi agak perlahan. Erk... ke tak berkembang terus.
“Weh
sorry.. Bini aku ajak keluarlah esok.”
Mendengarkan
alasan Bakhtiar. Razak mengalah. Orang ada keluarga, memang tak hadap nak
melepak dengan member. Nak-nak pulak member
yang tak banyak cakap macam dirinya ini.
“Okay
tak ada hal... Aku boleh pergi seorang je.” Selepas memberi salam, terus Razak
memutuskan talian. Dekat rumah tak ada orang jadi boleh jugak tenang-tenangkan
perasaan sikit. Lepaskan lelah setelah penat bekerja.
Jantungnya
berdesup pabila menangkap kelibat Eryna yang sedang berdiri di hadapannya. Bila
pulak budak kecik ni masuk? Buat hati bertendang sesama sendiri sahaja.
“Haih...
awak tak reti nak ketuk pintu sebelum masuk ke?”
Eryna
sengih. Sejak akhir-akhir ni Encik Razak dah makin banyak mulut. “Sejak bila
Encik Zack pandai membebel ni?” Usik Eryna tak bersalah.
“Awak
nak apa?” Bilalah budak kecik ni nak habis praktikal. Sungguh dia tak boleh
hidup aman damai. Dia rindukan ketenangan yang dahulu.
“Erk...
tadi saya dengar Encik Zack nak pergi memancing. Encik nak pergi memancing
dekat mana?” Tanya Eryna tanpa berlapik.
Razak
gigit bibir. “Awak curi dengar perbualan saya?”
“Erk...
tak curi dengan sengaja. Saya ter..curi... Lagipun saya memang dah masuk
sebelum Encik berborak lagi..” Ada-ada sahaja jawapan kreatif yang keluar.
“Behave yourself Eryn... Tak semua orang
suka perilaku macam tuh.” Amaran pertama tanda tidak berpuas hati dengan sikap
bebas Eryna. Budak kecik ni tak tahu tatatertib ke apa?
Macam
biasa. Hanya sengihan yang menutup semua kesalahannya. “Encik Zack tak jawab
lagi soalan saya tadi. Encik nak pergi memancing kat mana?”
“Tanjung
Lumpur.” Jawab Razak sambil tangan melarikan tetikus.
“Nak
ikut!”
Dahi
Razak mengerut. Dia tak salah dengar kan? Dan.... Eryna tak salah soalan kan?
“Sila jangan salah dengar Eryn.. Saya nak pergi memancing. Hobi yang quite boring..”
“Ya..
saya tak salah dengar. Saya memang betul-betul nak ikut encik pergi memancing.”
“Tak
boleh!” Tegah Razak.
“Bagi
sepuluh sebab tak boleh?” Protes Eryna tak berpuas hati.
“Eryn...
memancing tak sesuai dengan orang yang suka pot pet pot pet.. Karang, baru je
masuk umpan, semua ikan lari dengar suara awak..” Cukuplah satu alasan. Itupun
dah cukup kukuh dah.
“Alah...
saya janji saya tak akan banyak cakap.”
“Sejak
kita kenal, awak tak pernah berhenti bercakap Eryn.. Jadi awak ingat saya akan
percaya ke?” Sinis betul soalan. Menyengat hati Eryna yang mendengar.
“Encik
cabar saya ke? Okay... saya akan buktikan esok. Percayalah, encik tak akan dengar
suara saya...”
Razak
sengih. Menampakkan sebaris giginya yang putih bersih. Eryna rasa terbakar.
Ingat dia tak faham ke dengan senyuman sinis itu?
“Awak
tak takut ke?” Suara Razak diseriuskan.
“Takut
apa?”
“Manalah
tahu.. entah-entah saya tak pancing ikan tapi saya pancing awak.” Eryna ni biar
betul? Sesuka hati nak ikut lelaki yang tak berapa dikenali. Nak kena ngap ke
apa?
Serentak
habisnya ayat Encik Zack, terus Eryna ketawa besar. Ketawa yang langsung tak
dibuat-buat. “Encik nak pancing saya? Ikan kecik macam Kak Salina pun tak
mampu.. Ada hati nak pancing ikan besar macam saya ni.”
Razak
menggerutu di dalam hati. ‘Ya Allah budak ni... tak ada rasa takut ke apa?’
“Awak
boleh ikut.. Dengan syarat!”
“Apa
syaratnya wahai Tuan Raja...” Suara Eryna dilembutkan. Seperti si pemaisuri
yang sedang menakluki hati raja.
“Bawak
seorang mahram. Saya tak nak bertanggungjawab kalau kita kena tangkap basah
nanti...”
Eryna
simpul senyum. Sukalah dengan cara Razak
protect diri sendiri dan dirinya ini. Lagipun, kalau Encik Zack tak suruh
pun, dia memang nak angkut Eshan sekali. Mamat tu suka atau tak, kena pergi
jugak!
“Yes Sir! Arahan delivered!”
***
Buku
yang berada di tangannya dihempas ke meja. Panas je mendengar arahan yang
keluar dari Eryna itu. “Malas ah... Kau yang nak pergi memancing, kenapa aku
pulak yang kena teman?”
“Alah...
Jom ah ikut.. Kau bukan buat apa-apa pun kat rumah. Lagipun esok ayah dengan
ibu pun tak ada. Jom ah teman aku...”
“Kau
tak faham ke yang aku cakap aku malas! Aku nak rehatlah kat rumah.. penat tau study..”
“Okay.. aku upah kau seratus..” Eryna
ketap bibir. Susahlah dapat adik tak
sporting ni.
“Weh,
kau ingat aku Elan dengan Ezri ke yang kau boleh rasuah dengan duit?”
Dari
berdiri, Eryna mula mendapatkan tempat di birai katil Eshan. Adiknya yang
seorang ini memang tak makan pujuk. Keras kepala pun ada jugak. Ibu cakap,
macam perangai dia. Dan Eryna pulak macam perangai si ayah. Sebab itu mereka
sekejap bergaduh sekejap berbaik.
“Habis
tu kau nak apa?”
“Aku
nak kau pujuk ayah suruh belikan kereta untuk aku... Kau je yang boleh pujuk
ayah.”
Eryna
garu kepala. “Ish... kan ayah cakap, kalau belajar tak cemerlang, macam mana
dia nak belikan kau kereta. Dia nak kau dean
list dulu baru boleh belikan...” Terang Eryna jelas. Ya, itu memang syarat
yang telah diwartakan oleh si ayah kepada semua anak-anaknya.
“Hotak
kau dean list... Bapak susah bongok.”
Terbeliak mata Eshan dibuatnya.
“Okay fine.. Let’s not make this complicated.
Kau boleh tolong aku ke tak? Aku akan upah benda yang setimpal dengan kemampuan
aku... Bukan selalu aku mintak tolong dengan kau. Laigpun, hari tu aku tolong
siapkan assignment kau, aku tak
mintak upah pun.” Heh, sengaja hidangkan Eshan dengan ayat kasihan dan pasrah
ini.
“Ish
kau ni... aku tak minat memancinglah...” Itu yang sebenarnya. Memancing tak
pernah ada dalam kamus hidup dia. Sejak bila hidup kakaknya ada juadah yang
membosankan?
“Tak
suruh kau minat pun.. Suruh kau teman jeh... Okay macam gini, masa kita orang
memancing, kau pergilan jogging ke.. senaman ke untuk memperkasakan lagi tubuh
badan kau yang katang tuh.” Pujuk Eryna lagi. Haih, sudah kehabisan ayat pujuk
dah nih.
“Okay fine... Esok pukul berapa?”
Akhirnya Eshan mengalah. Memanglah dia keras dengan akak yang seorang ini tapi
kalau si kakak dah meminta, ingat dia sampai hati sangat ke nak tolak.
“Esok..
sesudah subuh kita bertolak okeh..” Pipi si adik dicubit kuat sebelum keluar
dari bilik Eshan. Terdengar jeritan kecil dari dalam. Heh... tak sabar nak
tunggu esok!
***
Eryna
memandu kereta hingga ke rumah Encik Zack. Dari rumah Encik Zack, mereka
menaiki satu kereta ke pantai Anak Air di Tanjung Lumpur. Eryna sendiri tak
pernah dengar nama tempat tersebut walaupun memang sejak azali tinggal di
Kuantan.
“Kenapa
lelaki suka memancing eh?” Tanya Eryna sewaktu Encik Zack memulakan pemanduan.
Eshan yang duduk di belakang terus tidur. Nampak sangat jiwa tak ikhlas nak
kemari.
“Awak
dah janji untuk tak banyak cakap kan?” Smash Encik Razak geram.
“Alah...
kita tak sampai lagi ke kawasan memancing tu. Makanya, boleh lagi kita berbual
kan?”
Razak
ketip bibir. Banyak sungguh helah jawapan dari Eryna.
“Encik
Zack, jawablah soalan saya tadi...” Gesa Eryna tidak sabar.
“Orang
lelaki suka memancing sebab memancing ni aktiviti yang hardcore.. Panas, hujan, ribut pun derang boleh tahan. Lagi satu,
memancing ni menguji kesabaran... Lepas tu menguji ketahanan. Orang yang tak
tahan lasak dan tak tahan sabar, memang tak akan suka aktiviti memancing.”
Mulut
Eryna melopong mendengar jawapan Encik Zack yang gila panjang itu. Pertama kali
nih Encik Zack cakap banyak.
“Encik
Zack dah ada improvementlah...” Ini
puji.. ini bukan sindiran.
“Tapi
orang yang banyak cakap memang macam cacing kepanasan sebab tak boleh bukak
mulut...” Balas Encik Zack pula. Tak nak terus kalah dengan Eryna.
Eryna
ketawa. “Tapi kan.. kalau perempuan
involve dengan aktiviti ni, mesti derang lebih hebat dari lelaki. Sebab
perempuan memang dah terkenal dengan sikap tahan sabar dan daya tahan mental
yang kuat. Kan?” Ulas Eryna pula.
Razak
hanya mendiamkan diri walaupun sedikit sebanyak hatinya memang mengiakan
kata-kata Eryna.
Pemanduan
Encik Zack masuk ke satu kawasan simpang. Setelah mendapatkan parking, mereka
bertiga turun dari kereta sambil membawa beberapa peralatan untuk memancing.
Angin
sepoi-sepoi bahasa menampar anggota tubuh. Udara terasa nyaman. Redup pagi pun
masih terserlah. Memberi teduh dari sebarang kepanasan.
Razak
melihat air pantai. Keadaan air agak kurang bergelombang dan berangin. Air
pantai juga tidak terlalu jernih kerana ikan biasanya kurang galak memakan
umpan jika air pantai jernih. Waktu terbaik untuk memancing ialah ketika air
sedang pasang penuh. Sebab ketika itu, ikan akan merapat ke pantai.
Namun
waktu yang paling baik untuk memancing ialah ketika selepas solat Maghrib hingga
sebelum waktu Subuh kearan ikan lebih efektif pada waktu malam.
Razak
mencapai joran. Umpan udang segar diselit di mata kail. Dia senang menggunakan
joran panjang dalam sepuluh kaki. Kekili jenis terbuka dan gegendung jenis panjang
sesuai dengan dirinya yang suka membuat lontaran lebih jauh.
Sekelip
mata... Joran sudah dibaling ke pantai.
“Wah....”
Kagum Eryna melihat ketangkasan Encik Zack.. Pabila dia pusing ke belakang, si
adik sudah berjoging di tepi pantai. Meninggalkan dia bersama Encik Zack.
“Encik
Zack...”
Secara
spontan, terus Razak meletakkan jari terlunjuk di bibir. Mengarahkan budak
kecik untuk diam. Haih, kata tak nak bercakap?
Opps...
Eryna gelak kecil pabila menyedari kelemahan diri. Pantas sesuatu dikeluarkan
dari beg. Saletip!
Hampir
terkeluar biji mata Razak melihat Eryna menampal mulutnya dengan menggunakan
saletip. Okay.. kelakar ada, haru ada, sewel pun ada. Tahap penyakit banyak
cakap Eryna memang kronik!
Telefon
bimbit dikeluarkan lalu Razak menekan skrin telefon. Skrin telefon itu pula
dibawa ke anak mata Eryna.
Perlu ke?
Eryna
sengih. Memahami maksud persoalan dari Encik Zack itu. Telefon itu dicapai dan
kembali membalas.
Perlu lah... Nanti encik komplen sy bising..=p
Pabila
tiada sebarang balasan dari Encik Zack, Eryna mula mengeluarkan buku skecth
nya. Cantik pemandangan hari ini. Tak terik sangat. Jadi melepak di muara
pantai ni memang cun benar.
Razak
menjeling Eryna yang mengadap buku skecthnya itu. Entah apa yang dilukis, Razak
pun tak tahu. Kesian pun ada melihat Eryna yang bagai didera. Rasa ringan je
mulut nak sebut. ‘Eryn, tak payahlah pakai saletip tuh..’ Tapi terus dimatikan
niatnya. Nanti habis semua ikan-ikan lari bertempiaran mendengar suara nyaring
Eryna itu.
Earphone
dicapai dan disumbat ke telinga. Melayang lagu-lagu sentimental. Tapi mata
rajin menjeling Eryna yang duduk di sebelahnya. Apa yang budak kecik ni buat
dari tadi?
Melukis!
Cepat,
tangkas, kemas... walaupun hanya lukisan menggunakan pensel, tapi tangan itu
laju mencoretkan keindahan di hadapan mereka ini. Sungguh tak sangka yang Eryna
ada bakat melukis.
Eryna
berkalih ke kanan apabila berasa dirinya diperhati. Namun cepat je Encik Zack
kembali memadang ke hadapan. Sekotak air minuman di dalam raga dicapai dan
dihulurkan kepada Encik Zack.
Dicapai
lagi sebuah kota. Plastik straw dicarik kemudian disua ke mulutnya. Namun
saletip di mulutnya menjadi penghalang. Terdengar tawa halus dari arah sebelah.
Menampakkan giginya yang putih bersih.
Eryna
bercekak pinggang. Membuat gaya orang sedang marah. Kemudian dia mengisyaratkan
kepada Encik Zack untuk membenarkan dia membuka saletip di mulutnya.
“Eryn...
Saya tak paksa pun awak saletip mulut awak..” Sambil menggelengkan kepala, laju
Razak menyisipkan minuman ke bibir.
Terus
saletip di mulut dicabut! Fuh, seksa jugak rupanya.
“Macam
manalah perasaan orang bisu bila tak dapat bercakap kan?” Soal Eryna pada diri
sendiri.
Perhatian
mereka mula teralih pabila joran sedikit bergerak ke kiri dan kanan. Yeah, ikan
dah makan umpan! Terus Eryna berdiri. Razak pun berdiri sambil menarik ikan
tersebut keluar dari air. Dan akhirnya..... Rahang Eryna terus terjatuh.
“Wahhh....”
Walaupun tak besar mana, tapi kalau makan empat orang memang dah kenyang
sangat.
Eryna
tepuk tangan sambil meloncat kegirangan. Memancing tak sampai sejam dan mengena.
Heh, berkat Encik Zack bawa dia agaknya.
“Ikan
Siakap...”
Razak
senyum. Kenal jugak Eryna ya.. Oh, lupa yang Eryna sering membantu ibunya di
dapur. “Hmm, awak reti siang ikan?” Tanya Razak.
“Tengok
tanganlah Encik Zack...kenapa? Encik nak suruh saya siang kat sini ke? Tapi
mana ada pisau..”
Beg
sandang yang dibawa dari tadi mula dicapai. Sebuah beg kecil dikeluarkan.
Terbuntang Eryna apabila Encik Zack membentangkan pisau dari pelbagai jenis.
Dari sekecil-kecil pisau hingga pisau hendak memotong ayam pun ada. Nampak
macam cheff pulak.
“Nah...
pergi siang dekat sana.” Sebuah bekas, sebilah pisau diserahkan kepada Eryna.
“Erk...
kejap.. Kenapa tak siang kat rumah je? Bukan kita nak makan kat sini pun...”
Tebak Eryna pelik.
“Kita
memang nak makan kat sini. Pergi siang.. Saya nak sediakan tempat bbq. Kejap
lagi kita bakar..”
Sekali
lagi rahang Eryna terjatuh. Yeah... Terus dia bangun ke arah satu tempat.
Kemudian dia berlari semula ke arah tempat Encik Zack untuk mengambil air
mineral. Air mineral itu digunakan untuk membasuh ikan siakap yang sudah
disiang.
Sekembalinya
Eryna ke tempat Encik Zack, dia ketawa apabila melihat Encik Zack yang
bersungguh-sungguh menghidupkan api sehingga hidungnya hitam terpalit arang. Terus
dikeluarkan tisu dari beg sandang dan mengesat kotoran di hidung Razak. Tindakan
spontan itu membuatkan Razak terpana lagi. Hati dilambung taufan katrina.
“Comot
betul...” Komen Eryna sambil tersengih.
Seketika...
mereka saling berpandangan. Hati tiba-tiba ditenggelami dengan musim luruh yang
mendinginkan sukma.
“Wah...
tak cakap pun nak BBQ kan?” Kemunculan Eshan sedikit sebanyak membuatkan mereka
tersentak dan terus mengubah posisi anak mata.
“Marilah
tolong... Jangan nak jadi pak pacak sangat!” Tangan dibawa ke pinggang.
Memarahi si adik yang sedang basah dengan peluh.
“Bang,
nak tolong apa ni? Saya tak nak jadi macam orang tu, hanya tolong tengok je..”
Sentap Eryna mendengar ayat dari adiknya itu. ‘Dia kata aku tolong tengok je?
Nak kena hempuk dia nih..’
Razak
tahan sengih. Padanlah si kakak macam tu. Si adik pun dua kali lima sahaja.
“Tolong hidupkan api sekejap... Abang nak perap ikan..” Sejurus selepas itu
terus dia berkalih ke tepi sedikit. Eryna pun ikut turut menyibukkan diri.
Sebuah
tupperware sederhana besar dicapai. Beberapa barang keperluan dikeluarkan. Dahi
Eryna berkerut. “Kita nak buat apa ni encik?” Tanya Eryna tak pasti. Nak kena
sediakan bahan jugak ke? Patutnya bakar jelah atas api nanti.
“Nak
buat Siakap Tomyam Bakar.” Mendengarkan tajuk makanan itupun, Eryna dah kecur
liur.
Razak
menggaulkan semua bahan yang telah dikisar semalam bersama dengan pes tomyam
dan disalut pada Ikan Siakap. Kemudian ikan tersebut diletakkan di atas
aluminium foil.
“Bahan
apa yang dikisar tu?” Tanya Eryna hendak tahu. Selama ini dia main bakar sahaja
kemudian dia cicah air asam. Itu pun dah cukup sedap dah. Tapi melihat
cara-cara penyediaan ikan bakar tomyam ini, lagi menaikkan seleranya.
“Cili
merah, cili api, batang serai, bawang
merah, bawang putih, gula dan sedikit sos ikan.” Jawab Razak sambil meletakkan
daun limau purut sebelum membungkus ikan yang sudah siap dibalut tadi.
Kemudian
ikan tersebut diletakkan di atas bekas BBQ yang sudah siap disediakan oleh
Eshan. “Cayalah bang... belum masak lagi dah rasa sedap...” Puji Eshan ikhlas.
“Rasa
dulu... entah-entah bau je yang sedap.”
“Confirm
sedap nih.. Hmm, mana abang belajar semua ni?”
“Sebab
ikut kawan abang memancinglah... Dulu abang pun tak tahu nak buat semua ni.”
“Nanti
bolelah saya join abang sekaki!” Ujar Eshan ikut turut merasa teruja. Dia ingat
memancing macam orang bodoh je. Rupanya boleh BBQ terus. Memang cunlah kan.
Tiap-tiap minggu pergi pun dia sanggup.
“Boleh..
tak ada hal...”
Melopong
Eryna melihat kemesraan Eshan dan Encik Zack. Gila ah! Baru pertama kali
berjumpa dan boleh soseh-soseh. Encik Zack kalau dengan dia, bukan main lagi
muka ketat. Ke Encik Zack ni gay? Oh... nauzubillah!
‘Eryn,
boleh tak mulut tu jangan cabul sangat!’
“Eshan
jaga api ya... Abang nak masuk umpan baru...” Razak terus berjalan ke depan dan
mendapatkan jorannya. Sementara itu Eryna tak lepas-lepas memandang Razak.
“Akak..
tolonglah jangan buat perangai tak senonoh sangat duk skodeng anak teruna
orang!” Sergah Eshan sambil tersengih.
“Bila
masa akak skodeng dia hah?” Eryna berpura-pura mengemas barang-barangnya.
Mengawal gelisah yang menampar rasa.
“Eleh....
Buat-buat tak faham pulak. Apa-apa pun, dia lulus..” Ikan yang hampir masak itu
mula dibalikkan semula.
“Erk..
apa yang lulus?”
“Lulus
nak jadi abang ipar Eshanlah...” Okay, serius ini pendapat peribadi yang sangat
serius. Dia nampak ciri-ciri lelaki sejati ada pada Razak.
“Eshan...”
Tanpa sedar, Eryna menjerit kuat.
“Ssyhhh,....”
Razak yang mula menghampiri meletakkan jari terlunjuk di mulutnya. Budak ni
memang pantang lepa!
“Eryna,
better awak pakai semula saletip kat
mulut tuh...” Terngaga Eryna pabila menangkap arahan dari Encik Zack. Dan
hatinya makin menular dengan pedih pabila menangkap ketawa kecil milik Eshan.
Mana
aci... dua buli satu!
***
Hari
ini.. Masa terasa terlalu lambat berlalu. Bosan pula berada di ofis pabila
Encik Zack outstation ke luar daerah.
Kenapa dengan dia ni? Kenapa nak kisah Encik Zack ada ataupun tidak? Mungkin
sebab sunyi... tak ada orang yang dia nak kacau. Mungkinlah kot...
‘Entah-entah
dia jodoh kau...’ Bisik satu suara.
‘Hoii...
cabul betul suara hati ni. Kau menderhaka pada hati sendiri kan?’ Marah Eryna
geram.
Takkanlah
dia jodoh aku... dia tu pendiam sangat. Mahu sumbat kalau berkahwin dengan
lelaki macam gitu. Lagipun, satu karakter lelaki idaman pun tak ada pada Encik
Zack. Kecuali giginya yang putih bersih menawan kalbu.
Teringat
pula perbualan ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas memancing. Eshan
di belakang sudah tertidur kepenatan. Dapat jugaklah bawa balik dua ekor ikan.
Aktiviti yang sangat memberi kepuasan.
“Encik...
apa ciri-ciri gadis idaman encik?” Soalan ini rasanya boleh melenyapkan rasa
sunyi yang membelit.
“Tak
banyak cakap.” Spontan jawapan itu keluar dari mulut Encik Zack.
“Jadi...
saya ni terus tak boleh masuk list
lah ya?” Usik Eryna sambil ketawa. Razak gigit bibir. Soalan yang sungguh tak
tahu malu.
“Awak
ada hati nak join list saya ke?”
Eryna
ketawa lagi. Soalan menongkah arus betul Encik Zack ni. “Tak nak ah... Lelaki
pendiam pun tak masuk dalam list
saya..” Balas Eryna tak mahu kalah.
Razak
sengih. Membakar betul jawapan tu.
“Kalau
tak suka yang banyak cakap.. Encik suka yang macam mana?” Eryna mengkaji lagi. Ingin dikaji cuaca
perasaan Encik Zack ketika ini. Mana tahu boleh satukan Encik Zack dan Kak
Salina.
“Saya
suka yang dia dan cinta yang sederhana. Cukup sekadar cukup.” Layan jugaklah
perangai Eryna untuk menghilangkan kantuk tika memandu walaupun Tanjung Lumpur
ke rumahnya tak adalah jauh mana pun.
“Oh...”
Eryna terfikir sendiri. Rasanya Kak Salina cukup bersederhana orangnya. Memang
cun sangat nak direkomenkan pada emak Encik Zack.
“Boleh
tahu kenapa sederhana?” Sebenarnya dah tak tahu nak tanya soalan apa. Jadi mana
yang singgah di celah otak, dilontarkan melalui suara.
“Cukuplah
cintai dia dengan kesederhanaan... Sebab berlebihan hanya akan menambahkan
penderitaan dan menumbuhkkan harapan lalu akan mengundang kekecewaan.. dan
cukuplah cinta saya, cinta dalam diam...”
Terkesima
Eryna dibuatnya. Pergh... hatinya pula yang mengalami perubahan cuaca. Rasa
dingin dan syahdu gitu.
“Gila
ah encik.. Nampak sangat encik tengah
highlight Kak Salina...” Usik Eryna sambil buat muka teruja.
“Ishh..
apa kaitan dengan Kak Salina pulak. Jodoh saya belum bertemu lagi... Awak
jangan nak memandai..”
“Lah..
kan encik jugak cakap. Cinta encik cinta dalam diam. Kalau encik tipu saya
sekarang pun.. bukan saya tahu kan...Kengkadang, mungkin kita sendiri dah jumpa
jodoh kita. Tapi takdir belum menjawabnya lagi...” Tiba-tiba perbincangan ini
menjadi lebih serius.
“Eryn...
Eryn...” Berulang kali Salina menyeru nama Eryna. Haih, jauh betul mengelamun.
“Eh
akak.... Lama dah ke akak kat sini?” Rasa hati yang menggelabah ditangkap
sedang mengelamun mula disusun. Teringatkan Encik Zack... terpandang pulak Kak
Salina.
“Encik
Razak tak ada ya?” Lehernya dipanjangkan menjenguk ke bilik Razak yang nyata
kosong.
“Tak
ada.. Dia outstation... Rindu ya..”
Sempat lagi mengusik.
“Ish...
tak adalah. Saje tanya... Eryn tak mahu lunch ke?” Malu juga jika disogok
sebagai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Razak tu sikit pun tak
pandang pada dia. Dia je yang terhegeh-hegeh memikat Razak dengan cara halus.
“Eh..dah
masuk waktu lunch ya.. Tak perasan pulak. Tak apalah.. akak pergi makan. Saya
tak lapar.” Biasanya dia makan dengan Encik Zack. Eh salah... Biasanya dia
paksa Encik Zack lunch bersama dengannya. Bila Encik Zack tak ada, selera nak
mengkedarah pun hilang begitu sahaja.
Memandangkan
batang tubuh Kak Salina yang makin hilang dibalik pintu, Eryna mula
terkenangkan emak Encik Zack. Senyum renyih dah muncul. Hasratnya, selepas
kerja nanti, dia ingin menziarah emak Encik Zack.
‘Amboi
Eryn... tak dapat Encik Zack, mak dia pun jadi ya?’ Bisik hati sebelah kanan.
‘Jangan
nak menderhaka dengan tuan sendiri... aku tengah rancang agenda baru...’ Balas
hati sebelah kiri pulak.
Buat
masa sekarang, dia perlu tidur untuk membekalkan tenaga luar biasa untuk
berhujah sebentar nanti.
***
“Kenapa
datang tak beritahu. Kalau mak cik tahu, mak cik buatlah apa-apa kuih.. Ni nak
bagi biskut kering pun susah...” Bebel Hajah Sumayyah sambil membawa langkah ke
dapur. Terfikir-fikir jadinya nak sediakan makanan untuk minum petang.
“Alah
mak cik... Tak payah susah-susah.. Saya datang ni bukan nak makan. Saje datang
tanya khabar...” Seperti biasa, Eryna mempamerkan sikap peramahnya itu.
“Ish...
tak apa. Mak cik nak buat cekodok. Eryn tunggu tau...” Arah Hajah Sumayyah
sungguh-sungguh.
“Kalau
mak cik berdegil sangat nak buat, saya pun terpaksalah berdegil nak menolong..”
Lengan baju kurungnya dah disengseng hingga ke lengan. Ikut turut membantu
apa-apa yang patut.
“Mak
cik... Encik Zack tak cakap ke yang dia nak kahwin?” Sambil menolong, mulut pun
ikut tumpang sekali.
“Tak
ada.. Kalau mak cik bising, dia masuk bilik je tidur.”
Ketawa
Eryna mendengar kata-kata emak Encik Zack itu. “Mak cik tak nak cuba carikan
ke?” Mulut homeh itu bertanya lagi.
“Ish..
naya anak orang nanti. Biarlah Ajak cari sendiri. Citarasa dia manalah mak cik
tau..”
“Hmm..
dekat ofis kan, Encik Zack ada digosipkan dengan seorang staf bahagian akaun..
Cantik orangnya.. Lembut, baik... pokok pangkalnya kira lengkaplah pakej nak
dibuat menantu.”
“Lahhh...
Bukan Ajak tu digosipkan dengan kamu ke? Mak cik lagi suka kalau kamu jadi
menantu mak cik..” Amboih mak cik pun.. straight
forward gila.
Eryan
ketawa. Mujur jenis hati kebal, jiwa bebal. Tak heran dengan kata-kata usikan
Hajjah Sumayyah.
“Ish...
Encik Zack cakap, calon bini dia mesti tak boleh banyak cakap. So comfirm dah Encik Zack akan reject saya mak cik...”
“Hmm...
cakap macam orang jauh hati je. Kalau kamu sungguh sukakan Encik Zack kamu tu,
mak cik boleh tolong. Alah, mak cik cakap je... Mesti Ajak dengar cakap mak
cik. Tak pun mak cik masuk je minang kamu terus.. Mesti Ajak tak boleh
menolak..” Bersungguh benar pulak rasa hati hendak bermenantukan Eryna.
“Lagipun
soal jodoh ni, dalam hujan, dalam ribut, dalam panas... andai Tuhan cakap dia
untuk kamu dan kamu untuk dia. Satu dunia menghalang pun, tetap akan jadi
punya...” Sambung Hajah Sumayyah semangat.
Eryna
garu kepala. Menyesal pulak duk sibuk bangkitkan hal jodoh nih. ‘GPS mak cik
dah sesat nih!’
“Eh
mak cik... Sementara nak tunggu jemput tu masak, biar Eryn buatkan air.” Teko
yang sedia ada di atas kabinet itu terus dicapai. Matanya mencari uncang teh
untuk direndam di dalam air panas.
“Mak
cik, uncang teh dekat mana?”
Hajah
Sumayyah berpaling. “Oh... ada atas kabinet sebelah kanan..”
Setelah
mengenal pasti letak duduknya, terus Eryna membuka kabinet tersebut. Matanya
tertacap pada bekas-bekas putih yang terdapat di dalam kabinet. Seperti sejenis
jus perisa minuman. Seperti biasa, mulut dia tu ringan je bertanya.
“Mak
cik.. Jus apa yang banyak sangat ni?”
“Oh..
itu jus minuman Ajak..” Jawab Hajah Sumayyah setelah berpaling sekilas.
“Jus
minuman Encik Zack?”
“Aah..”
“Minuman
kesihatan ke?” Tanya Eryna lagi. Jus kesihatan minum bayam? Dah serupa popaye..
Hajah
Sumayyah meletakkan jemput yang sudah siap dimasak dan menghampiri tempat Eryna
berdiri. “Ini jus untuk sembuhkan luka tekak Ajak..”
Kening
kiri dan kanan Eryna mula bercantum. Langsung tak memahami kata-kata dari Hajah
Sumayyah itu.
“Dulu...
Ajak mengidap aphonia..” Hajah Sumayyah mula membentangkan intro.
“Aphonia?”
Apa ke benda tu? Tak pernah dengarlah pulak.
Melihat
wajah Eryna yang terkebil-kebil itu, Hajah Sumayyah meneruskan penerangan.
“Aphonia itu dalam bahasa melayu dipanggil hilang tenaga bercakap ataupun
kehilangan suara. Dan kadang-kadang dia tak dapat bertutur dengan jelas..”
Penjelasan yang mudah supaya Eryna cepat tangkap.
“Teruk
ke?” Okay serius tak pernah dengar. Ada teruk macam kanser atau SLE tak?
“Dia
bersifat sementara je.. Sebabnya, pita suara dia dipakai secara berlebihan
lepas tu mulalah jadi serak. Lama-lama terus hilang sebab pita suara dia
mengalami gangguan. Lama dah Ajak sakit n sampai terpaksa buat pembendahan trakeotomi. Kalau ikutkan sekarang dia
tak payah dah minum.. Tapi sebab tak nak penyakit tu jadi semula.”
Lama
Eryna terdiam. Sungguh dia tak percaya.
Air
minuman terus disediakan dan dibawa ke beranda depan. Melihat Eryna yang
mendiamkan diri, Hajah Sumayyah menyambung cerita.
“Pada
asalnya.. Ajak tu tak adalah pendiam macam sekarang ni. Dia tu banyak cakap dan
sangat aktif dalam kadet polis masa di sekolah. Siap dapat pangkat sarjan lagi.
Tapi tulah.. mungkin sebab lama jugak dia sakit sebab tak dapat bercakap. Jadi
lepas dia baik, dia senyap macam tulah... Mungkin jugak trauma. Tak nak
penyakit lama datang semula.”
Tekun
Eryna mendengar. Jadi sebab itulah dia kurang bercakap ya? Bukan sebab
sombong.. pemalu... atau segala sesuatu tuduhan yang pernah dia lemparkan
dahulu tuh. Oh.. rasa serba salah mampir menyerbu rasa.
“Kesian
Encik Zack...”
“Tapi
tulah.. sejak kawan dengan Eryn ni.. Mak cik tengok dia dah makin ramah sikit.
Dengan Eryn pun bukan main lagi berborak kan.. kalau dengan orang lain, memang
kirim salamlah...”
Dengan
penuh hati-hati, Eryna menuang minuman ke dalam cawan.
“Dan
kalau Eryn nak tahu... Ajak tu pandai menyanyi tau. Suara dia sedap sangat...
Tapi tulah... dah lama mak cik tak dengar dia menyanyi. Kalau tak dulu, bilik
air tulah yang jadi studio tak bertauliah dia.”
Cerita
demi cerita terus dibongkarkan.
Eryna
ketawa mendengar omelan Hajah Sumayyah. Hilang terus niat nak menyatukan Kak
Salina dan Encik Zack. Apa yang terbenam di benaknya sekarang pun, dia dah mula
rasa tak pasti. Yang pasti... dia rasa sangat blur!
***
Sejak
balik dari rumah Encik Zack, fikiran Eryna jadi rungsing terus. Semalam
berkurung melukis gambar Encik Zack lagi. Sampai naik pelik ibu dan ayahnya.
“Lukis
muka Encik Zack lagi? Eryn suka kat dia ke?”
“Ish..
kesitu pulak ayah ni. Muka dia senang nak lukis... Bukannya Eryn sukakan dia..”
Janganlah tanya soalan yang dia tak ada jawapannya.
“Tidur
cepat Eryn.. Esok bukan hari cuti.” Encik Ezrakil memberi peringatan. Kepala
anaknya digosok penuh kasih.
“Erk
ayah... nak tanya sikit boleh?”
“Oh..
patutlah ayah rasa anak ayah macam blur je. Ada sesuatu yang bersawang di
kepala dia rupanya.” Encik Ezrakil mula mendapatkan tempat di birai katil
anaknya.
Eryna
memusingkan kerusi. Mengadap wajah ayahnya. “Ayah... Hmm.. boleh ke kita jatuh
suka pada seseorang yang langsung tak punya kriteria yang kita tetapkan?”
Encik
Ezrakil sengih. “Kenapa tak boleh? Kriteria tu ditetapkan oleh hati kita. Jodoh
pulak ditetapkan oleh Allah... Lagipun, hati kita nih berada di tangan Dia.
Bila-bila masa pun Dia boleh balikkan ikut kehendak Dia..”
Eryna
gigit bibir. Hendak bertanya lagi.
“Macam
mana ya... Hmm.. macam mana ayah pasti yang ibu jodoh ayah?”
“Bila
ayah pentingkan dia lebih dari ayah pentingkan diri ayah sendiri.” Spontan
jawapan itu keluar dari mulut Encik Ezrakil.
“Tapi
kan... dulu bukan ke ayah yang perangkap ibu? Bukan ke tu macam pentingkan diri
sendiri?” Tebak si anak. Sejarah yang satu itu pun telah diceritakan oleh ayah
dan ibunya.
“Erk....”
Encik Ezrakil tergagap. Dia tersalah bagi jawapan ke? Padah betul anak suka
manipulasikan jawapannya.
“Bukan
sayang... apa yang ayah buat ialah perjuangan untuk membahagiakan ibu.” Sampuk
satu suara yang sedang berdiri di muka pintu.
Puan
Farafeesa melangkah mendekati si anak yang nampak buntu itu. “ Makna kata, bila
kita rasa nak berjuang untuk bahagiakan dia.. itulah yang digelar cinta.
Lagipun, tak ada betul atau salah bila melibatkan soal perasaan. Sebab benda tu general. Milik semua orang dan berhak
dikupas mengikut pemahaman sendiri.”
Eryna
senyum.
“Sayang
ayah jangan risau... Nanti, mesti ada seorang lelaki yang akan berjuang untuk membahagiakan
Eryn..” Si ayah mendekat ke arah ibu dan memeluk mesra bahu ibu.
Dan
wajah Encik Zack tiba-tiba terawang di layar minda. Oh dah kenapa pulak nih?
***
Kepala
yang serabut itu digosok perlahan. Rasa macam nak cari button delete dan delete
nama Encik Zack di ingatannya. Dan rasa nak sikat otaknya yang berselirat ini.
Kusut!
Segelas
minuman nescafe diletakkan di atas meja Eryna. Pantas Eryna angkat muka.
Memandang ke arah Encik Zack yang tak beriak itu.
“Kalau
mengantuk, pergilah bancuh nescafe...” Arah Encik Zack sedikit tegas. Macam
mana buat autocad dalam keadaan mengantuk? Memang tak menjadilah benda alah
tuh.
“Oh...
nescafe ni untuk saya ke?” Tanya Eryna merujuk kepada gelas minuman yang berada
di depannya.
“Banyak
cantik... Pergi buat sendirilah...” Gelas minuman yang diletakkan di atas meja
Eryna mula diangkat semula. Sebenarnya dia memang membancuh untuk Eryna tapi
rasa macam segan pulak nak berlagak terlebih baik.
‘Oh..
ada penyakit penyegan jugak aku nih?’
“Alah
Encik Zack nih... tak baik tau berlaku kejam pada trainee sendiri.” Rasa simpatinya pada Encik Zack mula melimpah.
Agak-agak macam manalah luka di tekak yang pernah dialami oleh Encik Zack itu.
Tanpa
mempedulikan Eryna, Razak masuk ke dalam bilik dan mendapatkan duduknya. Seharian
tak jumpa semalam. Tiba-tiba dia rindu nak menatap wajah Eryna hari ini.
‘Oh
tidak.... Aku tak boleh benarkan nama dia melintas pun di kepala aku. Tempah
maut ke apa kau suka pada Eryna..’
Hampir
sepuluh minit berlalu namun kelibat Eryna yang berlalu ke pantri itu masih
belum muncul. Apa yang lama sangat dekat pantri?
Razak
mula rasa tak sedap hati. Lantas kakinya diangkat dan dihala ke arah pantri
yang tidak jauh dari biliknya. Sesampai di muka pintu, dia terdengar suara
Eryna yang sedang mengerang kesakitan.
“Sakitlah
Encik Azlee...”
“Oh
sakit.... Padan dengan muka awak. Yalah, itu balasan sebab tolak dating dengan saya..”
Mendengarkan
suara Azlee, terus Razak ke depan. Matanya tertacap pada tubuh Eryna yang
sedang terduduk di atas lantai dan disebelahnya ada Azlee yang sedang
mencangkung.
“Hei...
kurang ajar kau kan?” keduanya berpaling pabila menangkap suara tinggi Razak.
“Encik
Zack...”
Mendengarkan
suara Eryna itu, terus Razak mendapatkan Azlee. Kolar baju Azlee dicekak kuat.
“Hei, kau ni tak malu kan? Dekat ofis pun kau nak buat kerja tak senonoh tu
ke?” Belum sempat dibalas oleh Azlee, penumbuk Razak sudah singgah di pipi
kanannya.
Azlee
terkesima. Langsung tidak menyangka.
Eryna
menjerit. Dia cuba untuk bangun sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
“Hei...
aku tak kisah kau nak menggatal dengan siapa pun... Tapi jangan jadikan Eryna
mangsa kau!” Kali ini penumbuk singgah di pipi kiri pula.
“Encik
Zack...” Sedaya upaya Eryna bangun dan duduk di hadapan Encik Azlee untuk menghalang
Encik Zack dari terus membelasah Encik Azlee.
“Encik...”
Nafas yang semput ditarik. Minta hati yang bertendang ini bertenang.
“Awak
ketepi Eryn.. Biar saya ajar lelaki tak guna ni! Dia ingat maruah perempuan
semurah yang dia sangka.” Ujar Razak berang.
Azlee
tersenyum sinis sebelum mengesat bibirnya yang pecah dan berdarah.
“Encik
ni dah salah fahamlah...” Eryna garu kepala. Badannya berkalih dan memandang ke
arah Encik Azlee. Oh kesian... Tisu yang berada di atas kabinet terus dicapai
dan menyentuh hujung bibir Encik Azlee.
“Salah
faham?” Oh tidak... apa maksud salah faham ni?
“Tadi
saya terjatuh lepas tu Encik Azlee yang tolong.... Encik Azlee tak buat apa-apa
perkara tak senonoh pun...”
Dah
sudah....
“Awak
jangan nak cover Azlee ni Eryn. Kalau tak kenapa dia ketawakan awak dan cakap
semua tu balasan?”
“Yalah..
sebab sebelum saya jatuh tadi, saya ada kutuk Encik Azlee tak handsome.. Sebab
tu saya tak nak lunch sama-sama dengan Encik Azlee..”
Ya..
itulah alasan yang sebenar. Tadi Encik Azlee buat ayat pasrah sebab sepanjang
dia praktikal di sini, sekalipun dia tak pernah terima pelawaan Encik Azlee
yang sering mengajaknya untuk makan tengah hari bersama. Itu sahaja...
Air
muka Razak berubah. Terus dia mendekati Azlee.
“Sorry
Lee... Aku hantar kau pergi klinik ya..” Rasa bersalah dah satu hal... Rasa
malu lagilah menebal. Sungguh rasa nak sorok muka dekat bawah singki.
“Tak
ada apalah Jak... Mujur tak kuat sangat tumbukkan kau. Kalau tak silap hari
bulan boleh senget muka aku...” Azlee cuba berseloroh.
“Aku
betul-betul mintak maaf...” Pohon Razak lagi.
“Aku
okaylah... Tapi baik kau bawak Eryna pergi klinik. Aku rasa kaki dia terseliuh
tu...” Cadang Azlee sambil membersihkan luka di mukanya sendiri.
Razak
menjeling ke arah Eryna yang terpaku melihat Azlee. Aduh.. mesti buruk nama dia
pada Eryna sekarang. Okay, penting ke nama baik atau buruk tu sekarang?
“Eryn...
Pergi ambil beg awak. Kita pergi klinik.” Arah Razak tegas.
“Erk...
tak payahlah.. Sekejap lagi baiklah kot..” Dalih Eryna menolak.
“Boleh
tak kalau ikut je arahan saya tanpa perlu bersoal jawab.” Suara Razak dah
meninggi. Haih, geram je dengan budak kecik ini. Bukan apa, macam berlebih
pulak sikap baik hati Eryna melayan Azlee.
Dengan
terhencut-hencut, Eryna keluar dari pantri. ‘Apa bendalah Encik Zack ni... kaki aku dahlah sakit.. dia main arah
ikut suka hati dia pulak. Apalah salahnya kalau dia pergi tempat aku dan ambik
beg aku sendiri..’ Bebel Eryna geram.
Setelah
bayang Eryna hilang, Razak memohon maaf lagi.
“Releks
bro.. seteruk-teruk aku, aku tak daif lagi hukum agama...”
Mati
kutu Razak dibuatnya pabila mendengar sinisnya kata-kata Azlee. Tapi betul
jugak kata Azlee tadi. Tuduhannya tadi memang betul-betul melebihi batasan.
“Kau
sayang dia kan?” Tebak Azlee tak fikir panjang.
“Ish..
kesitu pulak kau ni. Kalau sesiapa pun dekat tempat Eryn tadi, aku akan buat
benda yang sama...” Razak gabra.
“Aku
tak kisah kau nak menggatal dengan siapa pun.. Tapi jangan jadikan Eryna mangsa
kau... Hmm.. mendalam maknanya tu Jak...” Azlee ulang semula amaran keras Razak
tadi.
“Azlee...”
Razak hilang kata-kata.
“Jangan
risau.. rahsia kau selamat pada aku. Elok jugak kena tumbuk.. At least kalau aku nak buat perangai nanti, aku akan kenang
betapa sakitnya kena tumbuk. So lepas ni aku akan lebih berhati-hati.”
Melihat
Eryna yang sudah muncul di pintu masuk pantri, Razak mula melangkah mendekati.
Sewaktu dari pejabat, di dalam lif dan sehingga masuk ke dalam kereta.
Kedua-duanya bisu dari sebarang suara.
Eryna
gigit bibir. Tak senang dengan kesepian ini. “Encik...” Panggil Eryna.
“Hmm..”
Hati berdebar untuk menanti kata-kata Eryna seterusnya. Oh tuhan,.. rasa macam
tak sanggup nak pandang muka Eryna sekalipun.
“Pandai
jugak encik tumbuk orang ya..” okay, memang dia puji Encik Zack sungguh-sungguh
ni.
“Tak
payahlah nak perli-perli...”
Eryna
ketawa. “Ini puji lah... Bila tengok
Encik Zack macam gitu, rasa macam tengah tengok seorang hero sedang
menyelamatkan heroin.. heh... Kalau betul saya kena cabul dengan Encik Azlee,
mesti encik datang dekat saya dan tenangkan saya yang tengah menangis kan..”
Oh.. sungguh drama bayangkan Eryna kali ini.
Razak
diam. Ya ke dia akan buat macam tu? Entahlah.. sepanjang hidupnya, inilah kali
pertama dia tumbuk orang. Dua kali pulak tu. Adoi, haru biru jadinya.
“Apa-apa
pun.. terima kasih. Tak dapat Superman, Ironman atau Spiderman, dapat ZackMan pun jadilah.... ” Ada tawa di hujung
kata-kata Eryna.
Razak
cengkam stereng kereta. Habislah.. cerita ni tujuh keturunan pun tak habis
dibahan oleh Eryna. Lalu tangan kirinya laju menekan punat radio. Tolonglah...
Kalau boleh dia nak lupakan peristiwa yang berlaku tadi.
Dan
lagu yang sedang berkumandang ialah...
Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Lirik
lagu Jodoh Pasti Bertemu itu benar-benar mendalam. Seketika mereka saling
terkesima dan mencuri pandang antara satu sama lain. Hampir serentak
kedua-duanya hendak menyentuh punat radio.
Dan...
hati pun vibrate tak semena.
***
Seawal
jam sembilan pagi lagi Nadiah sudah muncul tersengih-sengih. Eryna mendengus.
Kacau betullah hari cuti si Nadiah nih.
“Guess
what?”
Dengan
terpisat-pisat Ernya bertanya jugak. Apalah yang membawa Nadiah seawal pagi ni?
Sungguhlah buang tabiat sebab minah yang seorang ini sangatlah payah nak bangun
pagi.
“Mamat
online nak turun Kuantan...” Jerit Nadiah kuat sambil melompat di atas katil
Eryna.
Rahang
Eryna terjatuh. Padanlah suka sangat... Nak pergi dating rupanya. “Hei.. bila?
Sebelum tu bawak-bawak turun ya.. Rosak spring katil aku. Kau ingat kau budak
tiga tahun ke Nadiah oit.. Kau tu dah dua puluh tiga okay.. Turun... turun...”
Dengan
muka tak bersalah, terus Nadiah berbaring di atas katil sahabatnya itu. “Aku betul-betul
sayang dia...” Luah Nadiah tak semena.
“Angau
sungguh dah kau ni..” Komen Eryna sambil menyambung menguap. Nadiah pun satu..
Macamlah tak boleh telefon atau wassap
sahaja. Ini sampai datang ke rumah. Semangat luar biasa sungguh.
“Mak...
Diah nak kahwin...” Dia buat perangai lagi.
Eryna
tumpang bahagia. Seronok melihat Nadiah begini ceria. Dulu kalau cerita pasal
cintan cintun ni, bukan nak dilayan.
“Gatal
betul... Hmm, kau tak takut ke Diah? Yalah.. mana tahu nanti bila kau jumpa
dia, dia tak seperti bayangkan kau?” Cinta online ni bukan sama dengan cinta face to face. Eryna bukan nak patahkan
sayap kawannya, dia sekadar bertanya sahaja.
“Eryn...
The best reason to love a person is to
love a person for no reason at all... Aku terima dia seadanya sebagai mana
dia pun terima aku seadanya..”
Eryna
mengangguk. Menerima pakai jawapan sahabatnya itu. “Dah tu kenapa kau
bertandang rumah aku pagi-pagi ni? Aku tak cukup tidur ni.. Nak sambung tidur
semula.”
“Eh..
tak boleh..tak boleh... Aku nak kau teman aku beli barang. Ialah, minggu depan
kan dia nak datang.. Jadi kenalah cantik-cantik.” Cerita Nadiah penuh teruja.
“Amboi...
kemain lagi.”
“Cepatlah
siap... aku bagi masa sepuluh minit.” Gesa Nadiah lagi.
“Sah
orang angau tak fikir logik. Weh, sekarang baru pukul sembilan... Shopping
Complex bukak pukul sepuluh okay.. Pergi
awal-awal buat apa.. Bagi aku tidur setengah jam dulu. Lepas tu karang baru
kita shopping.”
“Alahh...”
Eryna
langsung memejamkan matanya. Sungguh dia mengantuk. Semalam tidur lewat sebab
tak boleh nak tidur. Pagi ni si Nadiah pulak mengacau. Sabar jelah...
***
Hampir
seharian menemani Nadiah membeli belah. Dia pun tumpang sekaki jugak. Kebetulan
banyak pulak sales. Jadi apa lagi, boronglah sebanyak mungkin kan. Kaki
melangkah ke arah kedai jam. Eryna ingat dia nak beli jam baru memandangkan jam
lamanya sudah tidak boleh dipakai lagi.
“Nak
beli jam ke?” Tanya Nadiah.
“Aah...”
“Jam
lama mana?”
“Rosak...”
“Tak
payahlah beli...” Halang Nadiah tiba-tiba.
“Lah..
nak beli jam pun tak boleh ke? Jam tu keperluanlah...”
Nadiah
senyum sambil menanggalkan jamnya dan disarungkan ke tangan Eryna. “Hah.. nasib
baik muat-muat. Tak payahlah beli baru.. Pakai jam aku je..”
Dahi
Eryna mengerut. “Ish.. aku masih mampu nak beli sendiri lah... Lagipun ini kan
jam kesayangan kau..” Eryna tahu yang Nadiah memang ada banyak koleksi jam
tangan dan jam ini adalah jam kesayangannya.
“Ustaz
kata kalau nak bagi hadiah, bagilah sesuatu yang kita sayang... Barulah lebih
berkat dan bermakna.” Hujah Nadiah.
“Tapi....”
Rasa tak senang hati pulak menerima jam Nadiah ini.
“Tak
ada tapi-tapi.. Lagipun aku dah tak pakai dah jam tu lepas nih. Jom, ikut aku..
Aku nak beli sesuatu.” Terus ditarik tangan sahabatnya itu ke sebuah kedai
emas.
“Tak
kan kau serius nak kahwin Diah? Kau jangan lupa.. Lepas praktikal ni kita ada
satu semester lagi tau...” Susah bercakap dengan orang kemaruk nih.
Nadiah
ketawa mendengar spekulasi temannya itu. “Aku bukan nak beli cincin kahwinlah..
Aku nak beli something untuk kita berdua
sebagai tanda persahabatan.”
“Eryn,
cantik tak cincin ni?” Tanya Nadiah setelah membelek beberapa bentuk cincin.
“Cantik...
simple dan menarik.” Komen Eryna. Dahinya makin berkerut pabila Nadiah
menyarungkan cincin itu ke jari manisnya.
“Terimalah
dari aku.. Sebagai tanda persahabatan. Jangan kau berani tanggal atau hilangkan
ya... Kalau kau hilangkan, jaga kau aku kerjakan.” Nadiah memberikan amaran
keras.
“Ish..
peliklah kau ni. Kenapa nak cincin sama-sama pulak..Membazir lah...” Untuk
orang yang tak berapa minat barang kemas, memang dia rasa yang semua ini
membazir.
“Bukan
guna duit kau pun.. Kan aku cakap ini sebagai tanda persahabatan kita... Kan
cantik bila pakai cincin sama-sama nih...” Jari mereka didekatkan. Nadiah
simpan senyum. Tuhan dah kurniakan dia seorang kawan yang sangat baik. Moga
persahabatan mereka ini akan berhilir dengan kebaikan dan berhulu hingga ke
Syurga.
Eryna
garu kepala. Apa kena dengan Nadiah ni? “Gaya kau ni macam lepas ni kita nak
berpisah pulak...” Ngomel Eryna tak puas hati.
“Memanglah
kita akan berpisah..”
Berubah
air muka Eryna mendengar kata-kata Nadiah itu. Tapi minah tu boleh senyum
renyih lagi!
“Ialah...
kau dengan aku tak akan selamanya bersama. Aku akan kahwin. Kau pun akan
berkahwin. Jadi kita patut ada satu cincin sebelum ada orang bagi kita cincin.”
Barulah
hati Eryna lega menyambut hujah Nadiah itu.
“Yalah..
Tapi aku tak terima kalu kau nak belanja semua. Macam ginilah, kau bayarkan aku
punya dan aku bayarkan kau punya... Cun tak?” Cadang Eryna tidak mahu
menghampakan Nadiah.
“Oh..
so sweet...”
Mereka
terus menghabiskan masa bersama. Hampir pukul sembilan malam barulah mereka
sampai di rumah Eryna.
Turun
dari kereta Eryna, Nadiah terus mendapatkan skuternya. “Weh, aku balik
dululah.. Risau mak aku sengsorang kat rumah.”
“Eh...
barang-barang kau ni?” Aduhlah.. kelam kabut sekali si Nadiah nih.
“Esoklah
aku ambik...” Helmet disarung ke kepala. Enjin skuter mula dihidupkan. Namun
sebelum punggung berlabuh di kerusi skuter, dia mendapatkan tubuh Eryna. Dipeluk
kejap tubuh sahabatnya itu.
“Aku
happy sangat hari ni. Terima kasih sebab sudi temankan aku... Dan terima kasih
sebab sudi jadi kawan baik aku. Aku sayang kau ketat-ketat...” Pipi Eryna
dicium tak lepas.
“Hoi..
kau ni lesbian ke apa?” Gurau Eryna kasar. Sebenanrnya dia sedikit pelik dengan
perangai Nadiah yang berada di luar skop kebiasaan.
“Weh...
aku happy ni sebab minggu depan Mamat Online tu nak datang okeh. Lagipun aku
bukan lesbian...” Bahu sahabatnya itu ditumbuk kasar.
“Weh,
kau bawak kereta akulah... Dah lewat sangat ni. Bahaya perempuan bawak motor
malam-malam.” Cadang Eryna risau.
“Tak
apalah... Bawak motor cepat sikit sampai.. Bye Eryn.. Panjang umur kita jumpa
lagi.” Ayat penghabisan yang selalu Nadiah sebut jadi Eryna tak adalah nak
hairan sangat.
Eryna
masuk sambil menjinjit barang-barang yang sempat diborong sebentar tadi. Katil
yang sedia terhidang itu sangat menggoda dirinya. Lalu dia terbaring kepenatan
di atas katil. Dari pagi keluar sampai ke malam. Sungguh luar biasa sebenarnya.
Tuala
dicapai. Baru sahaja dia hendak berlalu ke bilik air, telefon bimbitnya
berbunyi nyaring. Terus diangkat pabila menangkap nama Nadiah di skrin telefon.
“Kenapa
babe?” Tanpa salam terus laju Eryna menerkam.
“Skuter
aku buat hal.. Tiba-tiba mati tengah jalan.”
“Hah..
tulah.. degil... Aku suruh bawak kereta aku, kau tak mahu. Kejap aku datang
dengan Eshan... Kau ada kat mana?” Tanya Eryna sambil kembali menyarungkan
tudung ke kepala.
Setelah
mengetahui tempatnya, terus Eryna menjerit memanggil nama Eshan. Si adik yang
sedang melepak di ruang tamu.
“Teman
akak pergi tengok motor Kak Nadiah jap..” Nak pergi seorang, dia pun bukan arif
sangat pasal hal-hal kerosakan motor nih.
“Kejap..
Nak tukar seluar.” Ujar Eshan tak banyak membantah lalu naik ke tingkat atas.
“Cepat
sikit... tempat Kak Diah duduk tu tak ramai orang lalu...” Hati Eryna mula
diserang debar tak semena.
Sepanjang
perjalanan pergi, Eryna berharap yang Nadiah dalam keadaan baik-baik sahaja.
Ialah, kawasan simpang ke perumahannya itu memang agak gelap dan jarang orang
lalu lalang.
Sesampainya
di sana, hanya motor yang terpakir di tepi jalan. Tuan punya motor hilang entah
ke mana. “Cuba call Kak Diah...” Cadang si adik.
Cepat-cepat
didail nombor Nadiah. Pintu kereta ditolak dari luar. Tak boleh jadi nih! Dia
memang rasa tak sedap hati. Eshan ikut menurut.
Bunyi
telefon bimbit dari arah semak membuatkan Eryna berlari ke tempat tersebut.
Matanya menangkap telefon bimbit milik Nadiah. “Diahhh...” Terus mulutnya
menjerit memanggil nama Nadiah.
“Kak
Diah...” Jerit Eshan pula.
“Nadiahh...
kau ada kat mana hah?” Dengan penuh perasaan Eryna menjerit.
“Tolongg....”
Pabila mendengarkan suara jeritan yang agak lemah itu, terus Eryna memandang
adiknya dan cepat-cepat mereka berlari ke arah datangnya suara itu.
“Kurang
ajar...” Pipi perempuan itu ditampar kasar. Puas diberi amaran namun gadis itu
tetap menjerit.
“Hoi,
kau buat apa hah?” Jerit Eshan lalu terus menerkam lelaki yang sedang menindih
badan Kak Nadiah.
“Diah...
Ya Allah...” Eryna mendapatkan Nadiah. Bahu gadis itu sedikit terdedah. Dari
samar-samar cahaya, Eryna dapat menangkap wajah Nadiah yang bengkak. Eryna
membantu Nadiah untuk bangun. Sementara itu, dia terdengar jeritan Eshan.
“Ya
Allah adik aku...” Tak tahu apa yang Eryna perlu lakukan. Sini kawan, sana
adik. Telefon dikeluarkan dan diserahkan kepada Nadiah. “Pergi lari ke kereta
dan telefon polis..” Arah Eryna tanpa berfikir panjang.
“Tapi...”
“Now!”
Jerkah Eryna kuat.
Mata
mencari-cari sesuatu untuk membantu si adik yang sedang bergelut dengan lelaki
besar itu. Batang kayu yang agak besar mula dicapai. Dengan teragak-agak, Eryna
hendak menghentak lelaki yang sedang menindih badan adiknya.
Namun
langsung tak disangka hayunannya terkena kepala si adik yang tiba-tiba berubah
posisi. “Ya Allah Eshan....” Tubuh adiknya digoncang. Tidak bergerak. Mungkin
pengsan dek hentakan yang kuat itu.
Lelaki
itu berdiri dan tersenyum. Senyuman yang sungguh menakutkan.
“Sebab
kau dah halang rezeki aku tadi, jadi kau yang kena ganti tempatnya...”
Eryna
telan liur. Bila lelaki itu cuba untuk mendapatkan Eryna, terus Eryna lari
namun kakinya tersandung dan dia terus tersungkur ke tanah. Dan badannya terus ditindih.
“Lepaslah...”
Jerit Eryna kuat.
Pang!
Perit!
Itu satu perkataan yang menggambarkan betapa peritnya pipinya pabila dilempang
oleh lelaki besar ini. Tanpa beralah, wajah yang makin mendekat itu diludah
tanpa berfikir panjang.
Eryna
amati wajah bengis itu. Ada parut di hujung dahinya. Mukanya berjambang..
Sangat menakutkan dan wajah itu makin naik darah.
Bahu
Eryna ditekan kuat. Baru sahaja dia hendak membenamkan kepala di leher Eryna,
laju Eryna menggigit lengan itu. Malah Eryna menyepak tempat sensitif lelaki
itu. Seketika dia terlepas dari rangkulan lelaki besar itu.
Eryna
juga dapat mengesan Eshan yang sudah mula tersedar. Lelaki itu sedang berdiri
dan bila-bila sahaja Eshan akan memukul belakang badan lelaki besar itu. Namun
lelaki besar itu berpaling dan mula menumbuk Eshan.
Tidak
sanggup melihat adiknya lumat dibelasah, dia mampir dan menolak tubuh lelaki
itu ke tepi. Air mata dah berlinang di pipi. Tak sangka malam ini akan berlalu
seperti ini.
Lelaki
itu jatuh tersungkur dan pabila dia bangun, dia mengeluarkan sebilah pisau
kecik yang terletak di kakinya.
“Ya
Allah...” Saat ini Eryna hanya mampu tawakal. Badan adiknya dihalang. Apa nak
jadi, biarlah bukan Eshan yang menjadi mangsanya. Saat lelaki itu meluru laju
ke arah mereka, mereka cuba mengelak dan Nadiah muncul lalu dan membaling batu
ke arah lelaki besar itu.
Kepala
lelaki itu berdarah. Dan mata lelaki itu mula terarah pada Nadiah.
“Lari
Diah.. Lari...” Arah Eryna pabila lelaki itu sudah mula mengejar.
Eryna
ikut berlari dan mulutnya mengucap syukur pabila dia mendengar siren polis. Dan
bibirnya tersenyum saat mendapatkan Nadiah yang sedang berdiri di hujung semak
berhampiran dengan hentian bas.
“Alhamdulilah
kau tak apa-apa...” Dalam keadaan samar-samar, tubuh sahabatnya itu dipeluk.
Tangisan mula bermain di hujung telinga.
“Kau...
tak apa-apa kan?” Soal Nadiah lambat-lambat sambil membalas pelukan Eryna.
Kudratnya dah tak banyak mana.
“Lelaki
tu lari dengar siren polis...” Pelukan
mula dilonggarkan pabila dia mula rasa badan Nadiah makin berat.
“Diahhh...”
Jerit Eryna kuat pabila baru perasan cairan warna merah yang terdapat di baju
hitam milik Nadiah. Nadiah kena tikam?
Terus
dipangku tubuh Nadiah yang melurut jatuh ke tanah itu. “Tolong... tolong...”
Jerit Eryna nyaring.
Air
mata dah berjujuran. Tak mampu dibendung lagi. Nadiah nampak teruk betul.
“Cakap kat mak aku.... aku sayang dia....” Pesan Nadiah.
“Diah..
bangun Diah... Kita pergi hospital sekarang...” Sedaya upaya dia cuba
mengangkat tubuh Nadiah yang sudah tidak bermaya itu. “Eshan... tolong akak
angkat kak Diah..” Arah Eryna pabila menangkap kelibat adiknya.
Pantas
tubuh Nadiah diangkat.
“Aku
dah tak larat...”
“Diah...
Kau kena kuat. Kau kena lawan...” Pujuk Eryna sambil membetulkan tubuh
sahabatnya itu.
Nafas
Nadiah mula tercungap-cungap. Eryna dah menangis tak henti. Dengan rasa berat
dia membisikkan kalimah syahadat di telinga Nadiah. Dan.... tubuh yang tadinya
bergelombang mula surut sedikit demi sedikit. Dan Nadiah.... pergi menghadap
Ilahi.
“Diahhhh....”
Jerit Eryna kuat. Tubuh sahabatnya itu dipeluk kejap.
Eshan
ketuk stereng. Dia juga tak mampu membendung perasaan milik sendiri lagi. Dan
kereta mereka bergema dengan tangisan.
***
Razak
menilik jam di tangan. Dah pukul sepuluh? Kenapa Eryna tak masuk kerja lagi? Lantas
kakinya menghala ke arah meja Hasnah.
“Has...
Eryn tak masuk ke hari ni?” Selaku ketua admin, pastilah Hasnah tahu pasal
semua pekerja termasuk budak trainee.
“Oh..
lupa nak beritahu. Tadi Encik Nazreen beritahu yang Eryn tak masuk ofis hari
ni. Kawan dia meninggal.”
“Oh...”
berita tentang kawan meninggal itu tidak mengejutkan dirinya sangat. Tapi...
ayat ‘Encik Nazreen beritahu..’ Eryna dengan Encik Nazreen ada hubungan sulit
ke?
“Encik
Nazreen masuk ofis tak hari ni?” Sebenarnya nak tanya soalan lain, tapi soalan
lain pulak yang keluar.
“Oh...
tak. Dia kata dia ada hal sikit..”
Razak
ketap bibir. Dua-dua tak masuk ofis. Ke derang pergi bercuti ke mana-mana
berdua je? Oh.. fikiran buruk mula datang menyelinap masuk dalam hati.
Lantas
dia kembali ke mejanya. Rasa lain macam pulak bila Eryna tiada. Biasanya setiap
hari dilalui dengan cepat dan ceria. Tapi hari ini... rasa sunyi dan masa
berlalu dengan terlalu lambat.
Telefon
bimbitnya dicapai. Perlu dia menghantar pesanan ringkas pada Eryna mengucapkan
takziah? Tak rasa over sangat ke? Nanti Eryna fikir dia caring sangat pulak...
oh... hati dah mula diserang jerebu! Semuanya kelihatan kabur!
Akhirnya
dia meletakkan telefon bimbitnya semula. Kerja-kerja yang terbengkalai mula
disambung.
Keesokkan
harinya, meja Eryna masih kosong. Seperti biasa, si Hasnah jugalah tempat dia
bertanya tentang kehadiran Eryna. Padahal boleh je mesej atau call Eryna
sendiri.
“Eryn
cuti lagi... Hai Encik Razak, rindu Eryn ke?” Seloroh Hasnah sengaja. Bukan dia
tak perasan yang bukan main serabutnya Razak semalam. Ini baru sehari, nanti
minggu depan si Eryna dah nak habis praktikal dah. Entah rupa mana pulak Encik
Razak nanti. Nampaknya si Salina kena hantar surat surrender lah.
“Ke
situ pulak awak ni.. Jumaat lepas saya ada bagi kerja dekat dia. So saya suruh
hantar semalam. Bila dia tak datang, kerja jadi tergendala lah...”
“Oh...
Kerja tergendala ke hati yang tergendala?” Usik Hasnah lagi.
Razak
garu kepala lalu angkat kaki. Terlebih karang memang habislah dia terkena
dengan Hasnah. Adoi.. si Hasnah pun dah berjangkit suka mengusik macam Eryna
jugak.
Kerja
yang masih terbengkalai itu dipandang sepi. Hatinya benar-benar rasa hilang
setelah ketiadaan Eryna semalam dan hari ini. Betul ke yang dia sayangkan
Eryna? Kerja-kerja mula diselesaikan dengan mood yang berterabur.
Seharian
di pejabat ditemani dengan rasa canggung yang tak sudah-sudah.
Tepat
jam lima petang, terus Razak angkat punggung. Tak mampu berlama-lama seperti
kebiasaan. Nak lukis pelan pun tak ada mood.
Sesampainya
di rumah, si emak menunggu dengan minuman
petang. Baru je dia melabuhkan duduk, soalan sadis dah menjentik gegendang
telinga.
“Jak...
Mak berkenan benar dengan Eryna tu. Kalau Ajak setuju, mak nak masuk meminang
dia...” Suara si emak sungguh-sungguh.
“Mak...
Eryn tu budak lagi.. Belajar pun tak habis lagi.” Dalih Razak sedangkan separuh
dari hatinya dah berkinja sakan. Rasa bahagia tak semena. Tapi sebelah hati
lagi masih belum mengerti. Anehnya rasa bila hati terbelah dua dengan
sendirinya.
“Jadi,
kena tunggu dia habis belajar dulu lepas tu Ajak setujulah ya...” Terkam si
emak. Cuba memanipulasikan keputusan si anak.
“Ajak
tak kata macam tuh...” Ada keluhan di hujung ayatnya.
Hati
sendiri tak pasti sama ada memang dia sukakan Eryna ataupun tidak. Lagipun,
Eryna sendiri tak ada berlebih-lebih. Memang gadis itu suka mengusiknya. Namun
itu tidak bermakna Eryna suka pada dirinya. Dia bersikap begitu dengan semua
orang. Dengan Azlee dia baik. Dengan Encik Nazreen pun lagilah di baik!
“Susahlah
kamu ni Jak.. Perempuan macam Eryn pun kamu tolak. Habis tu kamu nak yang macam
mana lagi? Kamu tu bukan makin muda Jak oit...” Amarah Hajah Sumayyah sudah
menggelegak. Susah bercakap dengan anaknya ini.
“Mak..
Eryn tu baik dengan semua. Jadi jangan ambil kesempatan di atas kebaikan dan
keramahan sikap dia. Hati dia kita tak tahu.. Entah-entah belakang kita, dia
dah ada orang yang dia sayang...”
“Kalau
dia sebenarnya tak ada sesiapa lagi macam mana?” Hajah Sumayyah cuba mematahkan
hujah anaknya.
Soalan
emaknya langsung tak dijawab. Seperti biasa, langkah kakinya terus dihayunkan
ke dalam bilik. Menyendiri lagi.
Dan
bila bersendirian, bayang Eryna, suara Eryna yang kerap bermain di fikiran.
Telefon bimbit mula dicapai. Nama Eryna dicari. Lama dia merenung skirn telefon
sebelum merangka kata yang sesuai.
Salam Eryn.. how r u? Salam takziah atas
kehilangan sahabat awak..
Dah
dua hari... Baru hari ini nak tanya khabar? Hmm.. seminit.. lima minit..
sepuluh minit dan sampai berejam Razak menanti. Namun inboxnya masih kosong
tanpa sebarang mesej masuk. Hati digaru rasa risau. Dada berkompang dengan
debaran. Macam ada yang tidak kena dengan Eryna.
Gadis
tu okay ke tidak?
***
Lama
Eshan merenung si kakak yang sedang tersangkut-sangkut membaca yasin dengan air
mata yang tidak henti mencurah. Matanya sembab. Pipinya bengkak. Namun semenjak
pengebumian jenazah arwah kak Nadiah, yasin itulah yang dibaca berulang kali.
Pabila dia penat, dia akan tertidur sendiri di sejadah. Kemudian bangun semula
membaca yasin dan bersolat. Puas dipujuk untuk makan namun langsung Eryna
menolak.
Eshan
tahan sebak. Dia yang berada di situasi Eryna. Dan dia sendiri tahu bagaimana
peritnya untuk mengimbau kembali kenangan itu.
Dan
dia sebagai lelaki diserang rasa bersalah. Kudratnya langsung tak mampu
mempertahankan dua orang perempuan yang disayangi itu. Walaupun mungkin Kak
Nadiah tidak mempunyai apa-apa talian darah dengannya, tapi hubungan baik
mereka sudah seperti sekeluarga. Tak sangka begini pengakhiran hayat kak
Nadiah.
“Eshan....”
Encik Ezrakil menarik bahu anak lelakinya. Takut tangisan Eshan akan kembali
mempengaruhi emosi Eryna.
Tangan
anak lelakinya dipimpin ke bilik bacaan. Digosok bahu Eshan lembut. Melahirkan
kekuatan.
“Jangan
macam ni... Kalau Eshan lemah, akak lagi lemah. Dia perlukan kekuatan Eshan.
Dia perlukan kita...” Pujuk Ezrakil lembut.
“Tapi
Eshan rasa bersalah... Eshan ada semalam. Tapi Eshan tak mampu nak lindungi Kak
Nadiah... nyawa akak sendiri pun hampir
melayang yah... Eshan rasa tak berguna sebagai seorang lelaki.” Kutuk Eshan
pada diri sendiri.
“Ish...
jangan cakap macam tu. Eshan baru dua puluh tahun. Lagipun kudrat Eshan tak
boleh nak melawan lelaki kejam tu... Lagipun, tak baik menyalahkan takdir.”
Susah
hati Encik Ezrakil dibuatnya. Kedua-dua anaknya memang nampak patah semangat
benar. Jenuh nak dinasihati. Mungkin kerana peristiwa semalam masih hijau di
kotak ingatan.
“Ayah...
Eshan tak kuat nak berhadapan dengan kakak. Rasa bersalah bila jumpa Mak Cik
Faridah tadi..” ujar Eshan lagi. Merujuk kepada emak kak Nadiah.
Encik
Ezrakil pun terkenangkan wajah Puan Faridah setelah proses post morterm yang
dijalankan. Wajah itu nampak redha dan pasrah. Malah Puan Faridah masih mampu
menenangkan Eryna. Namun di sudut hatinya, ibu mana yang tidak sedih kehilangan
anak? Dia yang merupakan ayah angkat Nadiah pun rasa kehilangan. Ini kan pula
Puan Faridah.
“Eshan...”
Bahu anak lelakinya dipaut. Ya, nama pun lelaki tapi tak semestinya mereka
lebih kuat dari perempuan. Ada kalanya, hati lelaki lebih rapuh. Apatah lagi
bila melibatkan seseorang yang dia sayang.
“Kitalah
sumber kekuatan kak Eryn sekarang. Kalau kita lemah, akak lebih lemah. Sebab
dia dengan kak Nadiah tu dah macam kembar. Kalau kita jatuh, kak Eryn akan
terus tersungkur. Eshan nak ke akak jadi macam tu? Kalau tak nak... Eshan kena
pulihkan semangat Eshan semula.”
“Eshan
cuba yah..” Nafas ditarik dalam-dalam. Air mata sendiri dikesat dengan belakang
tangannya.
“That’s my boy...”
Pintu
bilik bacaan ditolak kasar dari arah luar. Tersembul wajah isterinya.
“Abang.... Eryn meracau lagi...” Beritahu Puan Farafeesa dalam keadaan
tercungap.
Terus
Encik Ezrakil bangkit dan berlari ke biliknya. Melihat Eryna yang sedang
meracau di dalam tidurnya. Badan Eryna dipangku di atas ribanya. Mulut
mengarahkan agar Eshan menghulurkan kepadanya segelas air masak.
“Eryn
sayang... Bangun... ini ayah...”
“Jangan
bunuh Diah... Jangan bunuh Diah...” Itulah ayat yang keluar dari mulut Eryna
semenjak semalam lagi. Naik risau Encik Ezrakil dibuatnya.
“Shhhyy....
ni ayah Eryn.. Ni ayah... Bukak mata
sayang....” Kain telekung yang dipakai oleh anaknya ditarik perlahan pabila
melihat Eryna sudah bermandi peluh sedangkan aircond sudah sedia terpasang.
“Jangan
bunuh Diah...”
Puan
Farafeesa mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Pedih melihat anak yang
selama ini ceria dan riang, meracau sebegini rupa.
“Sayang...
jangan nangis. Macam mana sayang nak pujuk Eryn kalau sayang sendiri tak kuat?”
Pujuk Ezrakil dengan mata penuh mengharap. Kalau diikutkan, dia pun bukanlah
kuat mana melihat keadaan anak dan isterinya yang sebegini rupa. Tapi dialah
tulang belakang yang perlu menjadi tiang untuk Eryna berpaut. Kalau bukan dia,
siapa lagi?
Eshan
muncul dan menghulurkan segelas minumna. Ezrakil mula membaca ayat al-quran dan
dihembuskan di dalam air. Air tersebut mula diletakkan di tapak tangan dan
diraut di wajah Eryna.
Racau
Eryna sudah makin perlahan. Perlahan-lahan dia mula membukakan matanya. “Dia
bunuh Diah ayah... Dia bunuh Diah...” Terus Eryna bangun dan memeluk tubuh
ayahnya.
Hanya
Allah yang tahu betapa takutnya dia.
Hanya
Allah yang tahu betapa traumanya dia.
Hanya
Allah yang tahu apa yang orang lain tak tahu.
Hanya
Allah!
“Syhh..
Istighfar sayang...” Belakang badan Eryna dilurut perlahan. Biar tenang. Biar
hilang segala gunda. Bila berkeliaran segala rasa takut.
“Dia
dah tak ada...” Hanya itu yang bermain di mulutnya. Air mata bocor lagi.
Puan
Farafeesa berpaling ke belakang. Mengesat air mata. Eshan yang melihat ikut
turut sebak. Dia sendiri berasa tidak kuat. Apatah lagi kakaknya yang merupakan
seorang perempuan. Bahu si ibu dicapai. Digengam erat supaya mereka sama-sama boleh kuat tika ini
untuk menghulurkan secebis kekuatan buat Eryna.
“Eryn
tak sempat nak selamatkan Diah.... Diah meninggal sebab Eryn... Kalau dia tak
muncul semula..” Encik Ezrakil terus menahan. Menahan si anak dari meneruskan
kata.
“Tak
baik berprasangka pada takdir tuhan... Pembunuhan itu hanyalah asbab.. iaitu jalan
yang Allah hidangkan. Sedangkan takdir Allah dah tersurat yang hayat Diah
sempai di situ sahaja. Bukan Eryn, bukan Eshan penyebabkan... Tapi Allah dah
jadikan benda tu macam tu. Kita manusia tak boleh sekalipun pertikaikan
kejadian Tuhan. Hakikatnya, kita ni tak terbantah dari kematian. Tiap-tiap jiwa
yang hidup pasti akan merasakan mati...” Nasihat Encik Ezrakil lembut.
Dia
mahu anak-anaknya bangun dari mamainya tidur.
Dia
mahu anak-anaknya kuat dari igauan semalam.
Dia
mahu anak-anaknya berhenti dari perkataan kalau yang boleh membunuh iman.
Eryna
menangis. Jam yang terletak di pergelangan tangannya dipegang. Cincin yang
menghuni jari manisnya disentuh. Betapa banyaknya alamat yang Nadiah tinggalkan
untuknya.
“Tuhan
tak marah kalau hamba dia nak menangis.. Tuhan sikit pun tak larang... Tapi
kalau meratapi tu yang tak boleh. Kesian Diah dekat sana.. Terseksa roh dia..
Eryna kena kuat.. kena tahan emosi.. InsyaAllah, kita doa supaya lelaki tu
dapat balasannya. Kita yang hidup kena banyak berdoa...” Pujuk Puan Farafeesa
pula.
“Ibu...”
Pelukan Eryna beralih pada si ibu pulak. Dipinjam bahu Puan Farafeesha untuk melepaskan
tangis.
“Menangislah
sayang...” Sambil memujuk, dia ikut turut mengelap permata milik sendiri.
Biarlah dia terpaksa berpura dihadapan anaknya sendiri. Yang penting, semangat
Eryna pulih seperti sedia kala.
“Eryn
tak kuat...” Luah si anak.
“Tak
ada manusia yang kuat sayang... carilah kekuatan pada Tuhan. Dialah yang Maha
Memiliki segalanya. Hanya dia yang berhak sandarkan seperca kekuatan pada
hambaNya. Mintak pada Allah sayang... Dia ada apa yang langsung kita tak ada.”
Encik
Ezrakil tersenyum pendek. Ah... skrip isterinya bagai sudah digarap sempurna.
Meruntun hati yang mendengar. Menawan kalbu yang mengutipnya.
“Ibu.....”
Sudah tiada kata yang mampu diungkapkan lagi. Semuanya dibahasakan melalui
mutiara yang singgah di pipi.
Ya...biarlah
hati dimamah luka untuk sementara ini. Waktu pasti akan menyembuhnya nanti.
Dipujuk
lembut Eryna. Sesungguhnya Puan Farafeesha tak pernah puas menjadi ibu kepada
Eryna Fasihah. Biar sampai ke hujung jasadnya. Dia bangga memiliki Eryna
sebagai anaknya.
Anak-anak...
bukti penyatuan dua hati.
Anak-anak...
jambatan ibu bapa menuju ke Syurga.
“Akak...”
Eshan terus memeluk kedua wanita kesayangannya. Ya, hatinya rapuh patah beribu
retaknya.
Encik
Ezrakil tak tinggal diam. Dia memeluk kesemuanya sekali. Tuhan bagi rahmat. Dia
bagi peluang untuk mereka berkumpul bersama. Kerana mungkin hari esok bukan
lagi milik mereka. Siapa tahu?
***
Eryna
terjaga dari lena yang mengerikan itu. Sekali lagi mimpinya bertopengkan lelaki
durjana itu. Setiap kali dia pejamkan mata, pasti wajah itu yang bermaharajala.
Eryna melihat si ibu yang sedang tidur di sebelahnya. Ayah dan adik lelakinya
pula tidur di bahagian bawah beralaskan comforter.
Ya
Allah... betapa banyaknya kiriman kasih sayang Allah pada dirinya.
Ada
ayah.
Ada
ibu.
Ada
adik.
Tapi
mengenangkan jasad Nadiah yang terpaku layu itu, hatinya terguris lagi.
Terkenangkan pula Puan Faridah yang mungkin sedang bersendiri di rumah tanpa
teman. Kejamnya manusia? Tak teragak merobek kebahagian manusia yang lain.
Dipejamkan
mata. Dia dah penat menangis. Menangis tak akan selesaikan segalanya.
Perlahan-lahan dia bangkit. Lampu meja dibuka.
Buku
skecth dicapai. Wajah lelaki itu perlu dilakarkan untuk diberi kepada pihak
polis. Hanya ini sahaja caranya untuk
membela kematian Nadiah.
“Tuhan...
bantu aku... Bantu aku...” Rintih Eryna lantas memulakan lakaran. Dia tak akan
biarkan lelaki itu bersenang lenang di luar sana. Tak akan sesekali!
Bertemankan
malam.
Bertemankan
tangisan.
Bertemankan
kekuatan yang Allah kirim
Eryna
mula melakar. Demi tuhan, dia lakukannya dengan penuh kesungguhan. Ini sahaja
caranya. Ini sahaja tiket untuk ketentaram roh Nadiah di alam sana.
***
Genap
seminggu bercuti. Hari ini Eryna baru dibekalkan kekuatan untuk masuk ke
pejabat. Mujur pak longnya memahami. Langsung tidak ditanya sepatah pun. Kata
pak long, masuk bila Eryna sudah okay.
Dia
dah okay. Ya... dari segi fizikalnya memang lukanya sudah sembuh. Tapi luka di
hati belum ada ubatnya. Rindu ini belum ada kesudahannya.
“Morning
Eryn... Lamanya cuti. Kamu sihat?” Tanya kak Hasnah yang tidak tahu letak duduk
cerita sebenar.
Ernya
hanya sekadar tersenyum pendek. Tidak membalas dan senyumannya itu pun tiada
serinya.
“Eryn
okay tak?” Tanya Hasnah pelik. Ish... Tak pernah-pernah Eryna senyap macam
gini.
Eryna
mengangguk dan mula bersuara perlahan. “Eryn masuk dulu...”
Sesampainya
di mejanya, matanya terus menangkap gambarnya dan Nadiah yang sedang posing secara candid itu. Ketika itu,
mereka sedang meraikan hari lahir Nadiah.
“Kenapa
kau lahir, kenapa kau lahir....” Lagu selamat hari jadi itu ditukar liriknya.
Nadiah bukan main marah lagi waktu itu. Katanya, dialah kawan yang paling kejam
dalam sejarah hidupnya.
“Kalau
aku tak lahir, tak ada orang yang rela nak berkawan dengan kau weh!” Nadiah
memberi amaran sambil bercekak pinggang.
‘Rindunya
aku dekat kau.... Tuhan... sungguh... aku sayangkan dia macam aku sayangkan
diri aku sendiri..’ Bingkai kaca itu diusap. Cuba mengawal debaran yang
menghentak hati.
Mata
dah kabur. Hidung dah tersumbat. Hati dah menggelegak.
“Eryn....”
Panggilan itu membuatkan Eryna kejung sendiri. Tak mampu berpaling. Eryna dapat
merasa yang jasad itu sedang berdiri di belakangnya. Dia bimbang... andai dia
berpaling, air mata yang ditahan ini akan memamah seraut wajahnya.
“Kan
pak long cakap... Kalau tak okay, tak payah masuk lagi.” Pujuk Encik Nazreen
lagi.
Dari
semalam lagi adik iparnya ada menelefon. Memohon agar dia melihat Eryna di
pejabat. Katanya, emosi si anak masih belum stabil sepenuhnya.
“Eryn
okay pak long...” Air mata dikesat kasar. Dia tak boleh selemah ini.
Tangan
Encik Nazreen mendarat di bahunya. “Sabar ya.... Tuhan lebih sayangkan dia.
Apalah sangat kasih sayang Eryn pada arwah. Apalah daya kita nak lawan kasih
sayang Tuhan.” Pujuk Encik Nazreen lembut.
Eryna
senyum nipis. “Eryn buat kerja dulu ya...” Dia harap bebanan kerja di pejabat
mampu melenyapkan emosi yang bagai hilang dari kawalan. Bimbang juga jika emosi
ini terhempas, ianya tidak mampu bercantum semula.
‘Apalah
daya aku tanpa bantuanMu Ya Allah.... Aku mengharapkan ehsan dan belas kasihan
dariMu.. Berilah aku kekuatan untuk mengharungi perpisahan ini..’
Dari
kejauhan, ada hati yang rabak. Rabak pabila melihat Encik Nazreen yang begitu
mesra mengusap bahu Eryna. Razak bersandar ke dinding. Sah! Mereka berdua
memang ada hubungan rahsia.
“Eryn...
mana kerja yang saya bagi minggu lepas?” Tanya Razak dengan muka serius sambil
berdiri di hadapan Eryna.
Ya...
tipu kalau dia tidak terkesan dengan keadaan Eryna tika ini. Nampak layu dan
sembab benar. Tapi segenap pelusuk hati melarang keras untuk dia bersimpati pabila
mengenangkan peristiwa Encik Nazreen dan Eryna.
Walaupun
tak nampak sedang bermesra. Tapi Encik Nazreen jatuhkan tangan di bahu Eryna!
Dan Eryna langsung tak menepis. Semua ini membuatkan Eryna nampak murah di mata
dan hatinya.
“Maaf
Encik Zack... Saya tak sempat siapkan lagi.” Jawab Eryna perlahan sambil
menunduk.
“Dah
seminggu Eryn... Dah seminggu kerja tu terbengkalai...” Suara Razak makin
meninggi.
Eryna
ketap bibir. Wajah menunduk. Tak menjawab. Tak memberi sebarang reaksi,
“Awak
ni kenapa Eryn?” Jerkah Razak kuat.
Pabila
melihat air mata yang bertakung itu, baru Razak tersedar yang dia sudah
berlebihan. Lalu dia masuk ke dalam bilik. Sebenarnya kerja yang diserahkan kepada
Eryna sudah pun disiapkan sendiri. Kenapa dia jadi pemarah sebegini?
Lama
Razak menghilang di pantri. Membancuh nescafe yang dah mula sejuk. Menyesal!
Ya, menyesal kerana menurut kata hati. Dia perlu memohon maaf pada Eryna.
Namun
baru dia berpaling, matanya tertangkap pada kelibat Encik Nazreen yang sedang
tersenyum simpul. “Kat sini rupanya awak Jak...” Langkah kaki dibawa dengan
teratur ke arah Razak.
“Saya
nak mintak tolong awak sikit...” Suara Encik Nazreen direndahkan. Tidak mahu
didengari oleh pekerja yang mungkin boleh keluar masuk di pantri ini.
“Apa
dia Encik Nazreen?” Entah kenapa, Razak dah mula hilang respek pada majikannya
itu. Muka je nampak baik tapi ada perempuan simpanan!
“Tolong
tengokkan Eryna... Sebab dua hari ni saya nak kena pergi outstation. Kalau
boleh jangan bagi kerja sangat dekat dia..”
“Kenapa
ada layanan double standard pulak
pada trainee...” Tanpa memandang ke
arah majikannya itu, Razak menyuakan gelas ke mulut. Entah kenapa dia jadi
banyak mulut macam gini. Tapi yang pasti, dia geram!
“Lah...
dia kan anak saudara saya!”
Purrr...
Terus tersembur minuman yang sedang masuk ke dalam mulut Razak. Digosok dengan
gelojoh dan melontarkan pandang ke arah Encik Nazreen yang juga ikut turut
terkejut.
“Anak
saudara encik?” Ya Allah. Apa yang dia dah buat ni? Dia dah fitnah orang! Razak
beristighfar dalam hati. Macam mana boleh jadi macam gini. Malunya dia pada
Eryna. Pada Encik Nazreen. Yang pastilah malu pada Allah.
“Lupa
nak beritahu awak.. Eryn tu anak saudara saya. Dia tak bagi saya hebohkan sebab
dia tak mahu layanan double standard.
Tapi kalau boleh sekarang, kurangkan bagi kerja. Sebab baru-baru ni kawan dia
kena bunuh. Hampir-hampir kena rogol... Dah lah berlaku depan mata dia...”
Encik
Nazreen kemudian menyambung cerita dan melahirkan belas kasihan pada Eryna.
Razak
terkesima. Rasa nak ketuk kepada sendiri dengan senduk. Apa ke cabul sangat
mulut dia pergi marah Eryna? Ya Allah...
***
Jam
sudah menunjukkan pukul satu petang. Punggungnya diangkat. Kakinya laju menuju
ke meja Eryna. Gadis itu masih dengan
kerja autocad yang masih belum berkesudahan. Buat pelan dengan emosi tak
stabil, memang tak akan memberikan apa-apa kepuasan.
“Eryn....”
Kerja-kerja
Eryna terhenti. Wajah Encik Zack
langsung tidak terpandang. Rasa kecil hati dimarah tadi belum hilang lagi.
“Saya
mintak maaf... Saya tahu saya salah...” Pohon Razak lembut. Ya... dia memang
melampau tadi. Terlalu...
Diam.
Langsung tak ada respon.
“Eryn....”
Lembut suara itu memanggil. Serius, dia tak pernah hayat pujuk orang apatah
lagi seorang perempuan. Nak guna suara versi apa? Lenggok badan yang bagaimana,
sungguh dia tak tahu.
“Jom
pergi makan...” Untuk pertama kalinya Razak yang mempelawa Eryna. Jika tidak,
mulut homeh itu yang akan mengajaknya. Mengetuk pintu biliknya berulang kali
dan memaksa dia untuk makan tengah hari.
“Saya
tak lapar..” Akhirnya gadis itu bersuara juga. Tapi perlahan. Lemau. Langsung
tak ceria.
Akhirnya
Razak beralah. Dia tak boleh terus memberi tekanan pada Eryna. Lalu dia berlalu
pergi dengan hati yang sebal. Seleranya nak makan pun mati begitu sahaja.
Perlahan dia berkalih. Matanya merayap mencari wajah sunggul itu.
Dan
Eryna... sedang menatap bingkai gambar itu untuk kesekian kalinya. ‘Tabahlah
Eryn... awak kena kuat.’
Kan
bagus kalau dia tidak bersikap marah-marah tadi. Pasti Eryna boleh melepaskan
dan meluahkan perasaan yang terkubur di jiwanya. Tapi.... semuanya salah diri
sendiri. Membuat spekulasi tanpa menelaah isi cerita. Sekarang... padanlah dengan
muka sendiri kan.
***
Minggu
ni minggu akhir Eryna berpraktikal di sini. Makin lama, Eryna makin membisu.
Kusut Razak dibuatnya. Hampir enam bulan dia sudah dibiasakan dengan gurauan
senda Eryna. Jadi bila hilang, dia pulak yang rasa canggung. Malah sekarang,
dia yang perlu memulakan perbualan dengan Eryna.
Hari
ini dia bangun pagi dan menyediakan bergedel untuk dibawa ke pejabat. Pandangan
dan usikan dari emaknya terus ditolak ke tepi. Buat tak peduli sahaja. Apa yang
penting, dia nak tawan tawa dan gurau senda Eryna.
Sesampainya
di pejabat, Eryna sudahpun berada di mejanya. Terus Razak mendapatkan kerusi
dan duduk berhadapan dengan Eryna.
“Saya
bawak makanan kegemaran awak....” Bekas tupperware itu ditolak ke hadapan
Eryna.
“Saya
tak lapar...”
“Saya
tak nak dengar alasan tuh...” ialah, saban waktu bila diajak makan, pasti
itulah jawapan yang diterima. Sampai telinga pun dah naik muak. Jadi, kali ini
dia akan pastikan Eryna makan jugak.
“Encik....”
Suara lemah itu muncul kembali.
Senyap.
Tak ada respon.
“Okay..
nganga cepat....” Razak cuba buat gembel dengan menyuakan bergedel tersebut ke
mulut Eryna namun ditepis perlahan oleh Eryna.
Razak
mengeluh.
“Ini
bukan Eryn yang saya kenal.... Mana Eryn yang saya kenal? Yang suka mengusik...
Yang banyak cakap... Yang baterinya tak pernah habis... Mana Eryn? Boleh tolong
pulangkan?”
Eryna
diam.
“Dia
dah pergi... Tapi yang hidup tetap perlu teruskan hidup. Awak tak boleh seksa
diri sendiri dengan mogok bercakap, mogok makan, mogok untuk ceria... Tak
boleh! Awak tak adil untuk diri awak sendiri...”
“Macam
mana saya nak ceria encik bila saya masih tak dapat tangkap pembunuh kawan baik
saya?” Suara itu mula mengeras. Tidak suka dipaksa dan dituduh kejam pada diri
sendiri. Dia bukannya mogok! Dia cuma belum mampu pulihkan semangat diri
sendiri.
“Awak
dah buat kerja awak... Awak dah bagi lakaran tu pada pihak polis. Jadi biar
polis buat kerja derang... Tapi awak tetap tak boleh bermurung macam gini. Awak
dah buat keluarga awak, kawan-kawan awak susah hati...”
‘...dan
awak dah buat hati saya jadi mati..’ Namun ayat itu hanya disambung di dalam
hati.
“Encik
cakap senang sebab encik tak pernah rasa kehilangan? Encik tak pernah rasa
sakitnya hilang seorang yang kita sayang...” Eryna mula nak membentak.
Razak
tolak kerusi ke belakang. Lengan Eryna ditarik. Dia tahu dia tak patut lakukan
walaupun secara beralas. Tapi ini cara untuk memaksa Eryna mengikutinya. Sempat dia bertembung pandang dengan beberapa
orang pekerja yang nampak terkejut bila dia mengheret Eryna bersama. Dan mata
itu termasuklah milik Salina.
Kereta
Honda Civicnya didekati. Pintu bahagian penumpang dibuka dan mengarahkan Eryna
masuk.
“Kita
nak pergi mana?” Akhirnya, mulutnya berani nak bertanya selepas diserang
terkejut tadi.
“Saya
nak tunjuk pada awak bukti kehilangan saya...” Jawab Razak keras tanpa
memandang Eryna.
Pemanduan
Razak bermula dan berakhir di sebuah tanah perkuburan. Dashbord dibuka.
Mengeluarkan songkok dan surah yasin yang sudah sedia ada di situ.
Eryna
gigit bibir. Mula keluar dari kereta tanpa diarah. Perlahan-lahan mengikut
langkah kaki Razak yang tersusun sempurna.
Yasin
dihulurkan kepada Eryna. Akhirnya mereka sama-sama membaca yasin. Air mata
Eryna mengalir tatkala menyambut bacaan Razak yang lancar dan tersusun dengan
tajwidnya.
“Haji
Ahmad bin Haji Fuad. Dia bapa yang tiada gantinya... Saya hilang dia waktu saya
umur tiga belas tahun. Sekejap je peluang saya nak bersama dengan dia... Dia
seorang yang tegas bab agama. Seorang yang garang jugak. Tapi dalam pada masa
yang sama, arwah seorang yang sangat suka membuat orang di sekelilingnya
ketawa. Sungguh, hilang dia tiada ganti. Besarnya saya kerana nasihat-nasihat
yang dia kirimkan buat saya. Dan secebis kenangan ketika kami bersama.”
Razak
terdiam sebelum menyambung kata.
“Seorang
yang awak cakap tak pernah kehilangan sebenarnya terlebih dahulu membawa beban
tu Eryn... Berhadapan dengan tomahan orang tentang status ibu tunggal yang
dipegang oleh mak membuatkan saya sebagai anak lelaki kena jadi kebal. Kebal
untuk melindungi ibu, kakak dan adik perempuan saya. Arwah ayah saya cakap,
semuanya disandarkan pada bahu saya... mereka adalah tanggungjawab saya...”
Ada
nada sebak di hujung kata-katanya.
“Dah
kehendak takdir Eryn... Hayat ayah habis di situ. Dia meninggal sebab kanser.
Dan kami sekeluarga redha.. Awak pun kena macam tu jugak Eryn. Redha dengan
pemergian kawan awak. Segala sesuatu yang kita miliki adalah pinjaman... Tak
adil kalau kita bersikap tamak dan mahukan semuanya mengikut kehendak kita.
Tuhan baik dengan kita dengan menitipkan orang yang baik bersama kita, tapi
kita kena sedar... orang itu hanyalah pinjaman. Satu masa yang dijanjikan
Allah, pinjaman itu perlu dipulangkan....”
Panjang
lebar nasihat dari Razak itu. Ya, dah lama dia tak bercerita sebegini rupa. Dah
lama rasanya....
“Saya
bukan tak redha dengan pemergian Nadiah... Tapi saya sedih sebab kematian dia
masih belum terbela.... Dan selagi pembunuh tu tak ditangkap, saya rasa tak
tenteram... Setiap malam saya mimpikan manusia durjana tu encik... Dia dah buat
lena saya sendiri hancur...” Luah Eryna dengan tangisan lagi.
“Dia
dah buat saya takut nak pejam mata... Dia dah buat saya hidup dalam
ketakutan..”
Razak
diam. Mengubah posisi menjadi pendengar.
“Encik...
boleh saya pergi satu tempat?” Pinta Eryna penuh mengharap.
Terus
Razak mengangguk. Apa nak jadi di tempat kerja, jadilah... Yang penting
semangat Eryna boleh kembali seperti sedia kala.
Mereka
sampai di taman gelora. Berhampiran dengan pantai yang terdapat banyak gerai
makan disekelilingnya. Mereka memilih
sebuah bangku yang berhadapan dengan pantai untuk duduk.
“Nadiah
suka pantai.... Dia sangat taksub pada pantai..Pernah sekali dia cakap nak buat
majlis kahwin dekat pantai. Saya cakap dia akan dapat dalam mimpi jeh.” Cerita
Eryna sambil matanya tidak lepas memandang pantai.
“Nadiah
beri jam tangan dia... Dia kata dia tak mahu guna dah. Saya tak tahu pun itu
tanda yang dia memang tak akan guna jam ni sampai bila-bila...” Air mata dah
menitis.
“Nadiah
hadiahkan cincin. Dia kata sempena persahabatan kami.. Dia nak persahabatan
kami ada tanda istimewa... Dia kata dia akan belasah saya kalau saya tanggal
cincin nih..” Badan Eryna terhenjut-henjut menahan tangis.
Razak
yang mendengar hanya diam. Biarlah Eryna lepaskan semuanya.
“Nadiah...
saya betul-betul rindukan dia... Kasih sayang saya tak mampu melawan kasih
sayang Tuhan pada dia. Nadiah... Aku doakan kau bahagia di sana. Aku akan
doakan kau dari sini... Aku tahu kau anak yang baik, kawan yang baik, manusia
yang baik... aku pasti kau telah jadi hamba yang baik...”
Air
mata dikesat kasar. Pernah satu hari dahulu Nadiah menegur tahi lalatnya yang
berada di lengannya.
“Weh,
kau tahu tak apa maksud tahi lalat ni?” Suara Nadiah tak semena.
“Apa
maksudnya?”
“Kau
akan pangku orang yang meninggal...” Ujar Nadiah dengan muka yang serius.
“Ya
ke? Pangku mayat kaulah tuh...” Balas Eryna tidak serius. Mana boleh percaya
pada semua itu. Itu semua khurafat!
Air
mata mengalir bila mengingatkan kisah itu. Bukan soal tahi lalat yang menjadi
ingatanya. Tapi tentang lantangnya dia bersuara tentang isu memangku mayat itu.
Bukankah kata-kata itu satu doa?
“Eryn...”
Panggil Razak. Tadi dia menghilang sebentar ke kereta. Mengambil sesuatu.
Kertas
dan pen dihulurkan pada Eryna.
“Kalau
awak ada kesempatan nak beritahu Nadiah, benda apa yang awak nak cakap? Awak
boleh tulis dekat kertas ni...”
Eryna
yang menangis itu masih terkebil-kebil.
“Buatlah..
orang cakap ini terapi. At least kita lega... Jangan simpan sendiri. Nanti hati
bernanah dan rosak. Payah nak baiki.” Jelas Razak dengan senyuman ikhlas.
Tanpa
berfikir panjang, laju Eryna mencoret di kertas itu.
Aku tak tahu aku pernah cakap ke tak kat kau Diah... aku
bangga ada kawan macam kau... dan aku sayang kau sangat-sangat... Hanya Allah
yang tahu... Berbahagialah kau kat sana sebab kau tak pernah gagal
membahagiakan aku Diah...
Kertas
yang sudah dicoret itu Razak ambil dan digubah menjadi sampan. Lalu Razak
mengajak Eryna ke tepi pantai dan membiarkan ombak membawa pergi sampan itu.
“Tiap-tiap
umat mempunyai batas waktu. Maka apabila telah datang waktunya mereka tidak
dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat memajukannya.”
Razak
berpaling ke sisi.
“Dari
Allah kita datang... dan padaNya juga kita dipulangkan... Kadang-kadang apa
yang Allah hidangkan itu pahit dan tak kena dengan selera kita tapi
percayalah.. ada khasiatnya yang kita tak tahu. Ada penawarnya yang mungkin
kita tercari-cari. ” Tutur Razak tenang sambil menemani Eryna yang masih
menangis.
***
Balik
dari taman gelora, terus Razak menghantar Eryna ke rumahnya. Sebelum itu sempat
Razak singgah di pejabat supaya Eryna dapat mengambil beg tangannya. Tadi
menonong sahaja keluar. Telefon bimbit pun tak sempat dicapai.
Sewaktu
hendak melintas jalan, nyaris-nyaris sebuah kereta yang meluru laju hendak
melanggar Eryna yang melintas tanpa langsung melihat ke arah kiri dan kanan.
Mujur Razak cepat menarik Eryna ke belakang.
“Eryn....”
Tegur Razak sedikit berang. Tak sayang nyawa betul!
Eryna
hanya menunduk.dan masuk ke dalam kereta. Sesampainya di perkarangan rumah
Eryna, suasana perkarangan rumah sedikit hinggar dan terdapat kereta polis di
luar kawasan.
Eryna
yang cuak terus menapak masuk ke dalam rumah. Dan tubuhnya terus dipeluk kejap
oleh si ibu. “Ya Allah... Eryn pergi mana?” Air mata yang basah di pipi dikesat
oleh Eryna. Pelik kenapa ibu menangis.
“Saya
bawak Eryn keluar tadi mak cik..” Razak terpanggil untuk bertanggungjawab
dengan apa yang dia lakukan.
“Kenapa
polis ada dekat rumah kita?” Tanya Eryna dengan wajah yang masih terkebil-kebil.
Encik
Ezrakil dan Puan Farafeesa saling berpandangan. “Tadi...” Baru sahaja Encik
Ezrakil hendak bukak mulut, suara si isteri sudah menengah.
“Tak
ada apa-apa Eryn... Jom masuk rumah.” Arah si ibu kalut.
“No
Feesa.... Eryn kena tahu. Ini soal keselamatan diri dia sendiri.” Halang Encik
Ezrakil lembut.
“Apa
yang ibu dan ayah cakap ni? Eryn tak faham?”
Puan
Farafeesa menjeling ke arah suaminya. Mengisyaratkan tanda tidak setuju. “Tak
ada apa-apa Eryn.
Encik
Ezrakil langsung tidak mempedulikan amaran dari si isteri. Lengan si anak
ditahan. Bahu si anak diusap perlahan. “Dia dah tahu.... Dia dah tahu Eryna
bagi lakaran gambar dia pada polis. Jadi...dia... ugut untuk bunuh....
Eryn....”
Kertas
lukisan yang berada di tangannya tadi diserahkan kepada Eryna. Bagi dia, Eryna
perlu tahu kerana ini adalah soal keselamatan Eryna sendiri. Jadi Eryna akan
lebih berhati-hati. Jika Eryna tidak diberitahu, bimbang Eryna akan rasa
terkongkong dengan apa yang mereka akan lakukan nanti.
Eryna
membuka kertas ugut yang ditulis dengan dakwat merah itu.
Kau akan aku bunuh!
Kertas
itu terlepas dari tangan Eryna. Ya, seluruh badannya menggigil tika ini. Rasa
macam roh hendak terpisah dari jasad sahaja
Razak
yang mendengar pulak naik gerun bila semua ini menjadi lebih serius. Malah
lelaki itu mengugut untuk membunuh Eryna. Entah-entah tadi, lelaki itu yang
hendak melanggar Eryna. Ialah, jika difikirkan secara logik... jalan sehala
seperti tadi, mana ada kereta yang bawak dalam kelajuan yang melebihi had?
Oh
Tuhan... apa yang perlu dia buat sekarang?
“Abang...
Abang tak patut bebankan Eryna...” Marah Puan Farafeesa tak puas hati. Anaknya
sudah begitu, nanti bimbang trauma Eryna jadi makin teruk.
“Kita
tak boleh pentingkan diri sendiri sayang.. Eryn berhak untuk tahu.. Tahu yang
pembunuh tu nak bunuh Eryn sebab Eryn adalah saksi kejadian.”
Terketar
badan Eryna yang mendengarnya.
“Kalau
kita boleh beritahu Eryn, kenapa kita tak boleh beritahu Eshan? Eshan pun
berhak tahu kan?” Pertikai Puan Farafeesa.
Encik
Ezrakil menggeleng. “Rasanya bukan Eshan sasaran pembunuh tu.. Lagipun, Eshan
dah balik belajar. Dan dari gaya dia, dia nak kan Eryn sebagai mangsa
seterusnya..”
“Pak
cik.... mak cik....” Panggil Razak cuba bertenang. Liur yang ditelan terasa
kesat. Apa nak jadi, jadilah...
Encik
Ezrakil dan Puan Farafeesa yang sedang bertelagah itu mula berhenti dan
memandang ke arah lelaki yang sedari tadi bediri di situ. Dari permerhatian
mereka.. mungkin inilah Encik Zack yang sering dilukis oleh anaknya itu.
“Izinkan
saya memperisterikan Eryna!” Senafas ayat itu meluncur laju dari mulut Razak.
Rahang
Encik Ezrakil dan Puan Farafeesa terus menyembah bumi! Jantung Eryna pulak
bagai hendak tercampak keluar.
***
Encik
Ezrakil meraut wajahnya berulang kali. Jam di dinding sudah menunjukkan angka
lima pagi. Untuk memohon hati yang tenteram, dia bangun untuk bersujud. Memohon
pertunjuk jalan Tuhan.
Mendengarkan
lamaran Razak itu, Encik Ezrakil masih lagi mampu bertenang. Tapi menerima
kunjungan perminangan Razak malam tadi, hatinya disebar keliru. Melihat
kesungguhhan. Melihat kematangan dan keyakinan dalam anak mata jejaka itu,
Encik Ezrakil rasa berbolak balik.
Balik
rombongan meminang, nombor telefon birasnya dicari. Memohon pandangan lantaran
dia bukanlah kenal mana dengan Razak. Hanya kenal melalui cerita-cerita Eryna
tentang penyeliannya yang pendiam itu.
Tapi
dari segi bicaranya tadi, tak nampak macam pendiam? Tak nampak macam pemalu.
Kata-katanya tersusun sempurna tika melahirkan isi hati untuk memperisterikan
Eryna.
“Terkejut
aku Ajak masuk minang Eryna... Sepanjang tempoh lima tahun dia kerja dengan
aku, dia okay orangnya. Tak banyak cakap, tak banyak karenah. Fokus dan
matlamat tu ada... Aku rasa dia mampu untuk melindungi Eryna... Mungkin dia tak
kuat.. Mungkin dia tak ada kuasa.. Tapi dia boleh lindungi Eryna dengan kasih
sayangnya. Macam yang kau buat untuk memperisterikan Feesa dulu....” Encik
Nazreen menghulurkan sudut pandangnya.
“Abang...”
Panggilan itu menyedarkan Encik Ezrakil yang sedikit mengelamun. Memandang ke
arah isteri yang baru bangun untuk tidur.
“Terfikirkan
hal semalam ke?” Lengan si suami dipaut. Bahu suaminya dipinjam untuk
menyandarkan kepala.
“Abang
tak tahu apa yang abang perlu buat. Nak setuju atau nak tolak... Eryn tu muda
lagi. Belajar pun tak habis lagi. Lagipun, bila abang bagi Eryn dekat Ajak,
abang macam beritahu dunia yang abang tak mampu nak jaga Eryn bila keadaan jadi
macam gini. Macam abang nak lari dari tanggungjawab...” Ya... sebenarnya itulah
yang berkelabu di fikirannya.
“Abang....
Tak ada orang yang akan tuduh abang macam tuh. Ajak nak kahwin dengan Eryn pun
bukan semata-mata sebab nak lindungi Eryna. Tapi sebab dia pun sungguh-sungguh
sayangkan Eryna. Bukan ke abang sendiri cakap... akan ada seorang lelaki yang
akan berjuang untuk membahagiakan Eryna nanti.”
Nasihat
si isteri pula.
“Bila
kita kahwinkan mereka.... Kita bukannya lari dari tanggungjawab. Tapi at least, ada tangan lebih yang
membantu. Kudrat kita pun bukannya banyak mana...” Tambah Puan Farafeesa lagi.
“Polis
kan ada....”
“Polis
tak selamanya boleh bantu kita bang... Abang tak percaya pada kekuatan kasih
sayang ke? Kasih sayang macam mana abang bahagiakan saya walaupun saya sedang
bertarung nyawa dulu... Kekuatan abang yang membuatkan saya bahagia. Dan percayalah,
kekuatan kasih sayang Razak boleh menyelamatkan Eryna jugak.”
Encik
Ezrakil meraut wajahnya berulang kali. Dia masih belum puas bermanja dengan
Eryna. Dia masih belum menjadi lelaki utama dalam hidup Eryna. Dia belum
bersedia untuk menyerahkan anak gadisnya sendiri.
Terkenangkan
perbualan mereka sebelum rombongan meminang balik.
“Pak
cik... saya tahu semua ni mengejutkan pak cik. Niat saya tak ada lain. Saya cuma
nak bahagiakan Eryna. Dan saya nak melindungi Eryna disamping nak pulihkan semangat
Eryna seperti sedia kala. Kalau pak cik tak bagi saya peluang, saya tak akan ada
ruang untuk bersama dengan dia pak cik. Apa pun, semuanya terpulang kepada pak
cik.” Ayatnya tersusun sempurna.
“At least... Razak tak cekup anak kita.
Dia mintak baik-baik dari kita. Bukan macam orang tuh...” Sempat lagi Puan
Farafeesa memerli suaminya. Dahulu, Ezrakil yang memerangkap mereka supaya
ditangkap khalwat. Hmm, tak perlulah diungkit kembali sejarah silam.
“Tak
payahlah perli-perli abang...”
“Ishhh...
abang fikir apa lagi? Eryn tu nanti yang berubahnya hanya title. Tapi dia tetap anak kita... Tetap anak manja abang. Abang
janganlah risau sangat... Anak abang tu dah besarlah...” Puas diyakinkan si
suami. Apa lagilah yang difikirkannya itu.
“Sayang
sorang je yang setuju.. Eryn pun tak cakap apa-apa lagi.”
Puan
Farafeesa senyum. “Abang kan ada telepati dengan anak perempuan abang
tu... Tak kan abang tak boleh nak tebak
perasaan dia?”
Duga
si isteri sambil bangun meninggalkan suaminya yang masih termanggu-manggu itu.
***
Yasin
ditutup. Subuh pagi agak dingin seperti dinginnya si hati. Semalam dia sudah
pun melakukan solat istiharah. Tadi
selepas bertahajud pun, dia sempat menunaikan istiharah sekali lagi.
Terkejut?
Siapa yang berada di tempatnya pasti akan terkejut pabila mendapat dua berita
dalam satu masa. Satu nak kena bunuh! Yang kedua nak kerana peminangan mengejut
dari Encik Zack.
“Encik
ni kenapa?” Tanya Eryna lemah. Otaknya tak berdaya nak berfikir di luar kotak
lagi. Mulutnya dah tak larat tapi digagahkan demi sebuah jawapan yang diharap
mampu memuaskan hatinya.
“Kenapa
dengan saya?” Tanya Razak semula.
“Kenapa
masuk meminang saya?”
Encik
Zack diam. Mencari jawapan gamaknya.
“Saya
nak jaga awak..”
“Saya
tak perlukan penjaga. So better Encik
back off!”
“Sorry
but I can’t.” Putus Razak serius.
“Encik...
Nikah kahwin bukan perkara main-main. Kenapa encik macam ni? Mana perginya
Encik Zack yang pemalu? Yang pendiam itu? Yang tak peduli hal orang lain?”
Entah dari mana kekuatan itu mampir untuk dia bersoal jawab dengan Encik Zack
ini.
Razak
senyum.
“Awak
pulak? Kenapa awak macam ni? Mana perginya Eryna yang bercakap tak henti tu?
Mana perginya Eryna yang ceria? Mana perginya Eryna yang suka mengusik tu? Mana
perginya Eryna yang hati kering tu?” Soal Encik Zack sedikit tegas.
“Saya
nak jaga awak.. Saya nak lindungi awak... Izinkan saya bahagiakan awak Eryna.”
Sambung Encik Zack lagi.
Air
mata Eryna merebes. Kenapa perlu jadi macam ni?
“Saya
tak perlukan simpati encik... Hidup atau mati saya di tangan Allah. Kita tak
perlu takut pada pembunuh tuh... Kalau saya jadi isteri encik pun, itu tak
bermakna dia tak boleh bunuh saya. Silap hari bulan dengan encik-encik sekali
terbunuh.” Cukuplah diri dia yang bahaya. Kenapa nak libatkan orang lain pulak?
“Pertama,
saya tak simpatikan awak Eryn. Langsung tak ada... Saya buat ni... sebab...
sebab... saya... sayang...kan... awak....” Lambat-lambat ayat itu keluar dari
mulut Razak.
Eryna
tercengang. Encik Zack sayangkan dia?
Sejak
bila?
Kenapa
dia?
“Macam
awak cakap tadi, hidup dan mati tu ditangan Tuhan. Jodoh pun sama Eryn...
Semuanya ditangan Tuhan termasuklah hati awak. Serahkan hati awak pada Dia
sebab Dia akan serahkan hati awak pada yang selayaknya... Saya balik dulu. Saya
redha apa pun keputusan awak...”
Eryna
duduk di birai katil dan menghamburkan tangisnya. Sungguh dia tak tahu apa yang
perlu dia lakukan? Mungkin dia perlu keluar dari rumah ini supaya keselamatan
ahli rumah ini boleh terjamin. Tapi sanggup ke dia pertaruhkan nyawa Encik Zack
pula?
“Eryna...”
Dari tadi si ayah merenung si anak yang sedang keliru mencari jawapan.
“Eryn
buntu....” Entah... Itulah jawapan yang berlegar di benaknya. “Ayah rasa macam
mana?” Tanya Eryna meminta pertolongan.
“Sejujurnya...
ayah belum bersedia kehilangan Eryn. For
me, you still my little princess.. Ayah terlupa yang satu hari nanti ayah
tetap kena berkongsi kamu dengan seseorang.” Luah Encik Ezrakil sambil duduk di
sebelah anaknya.
“Kalau
macam tu... Eryn pun tak mahu berpisah dengan ayah...” Air mata luruh lagi.
“Jangan
mengiakan kata-kata orang lain untuk menyenangkan hati orang lain sayang. Trust me, you’ll be a loser because you are
compromising yourself.” Nafas ditarik dalam-dalam. Tapak tangan si anak
dicapai.
Mungkin
sudah tiba masanya..... untuk kasih ini dibahagi dua.
“Eryn
mungkin dah berjumpa dengan lelaki yang akan mengetahui semuanya secara
terperinci tentang Eryn... Dia terima segala kelebihan Eryn dan tahu semua
kelemahan Eryn. Tapi pada masa yang sama, dia tetap mahu Eryn dan sukakan Eryn.
Malah... dia nak berjuang untuk membahagian Eryn.”
Encik
Ezrakil berhenti seketika. Mengawal sebak. Dulu main sebat je ambil anak dara
orang. Sekarang baru rasa terseksa melepaskan anak sendiri ke tangan lelaki
lain.
“Tapi
kalau difikirkan semula, ayah tak boleh tamak. Ayah patut kongsi kasih sayang
Eryn tu. Biar lelaki tu rasa yang dia akan begitu bangga sebab memperisterikan
Eryn sebagaimana ayah terlalu bangga memiliki Eryna sebagai permata hati ayah. Ayah
setuju.. Ayah redha... Mungkin dah jodoh Eryn. Mungkin dah takdir Eryn.
Sekarang, semua terpulang pada Eryn...” Bahu anaknya ditepuk perlahan sebelum
bangun dan meninggalkan anak gadisnya.
Sungguh
Eryna terperangkap dalam perasaan yang tiada hujung pangkalnya.
***
Jari
jemari yang berinai itu dipandang sepi. Baru minggu lepas Encik Zack
melamarnya. Hari ini, dia bakal menjadi suri di hati Encik Zack. Entah! Eryna
sendiri masih bingung dengan keputusan yang dia lakukan. Dia hanya pasrahkan
untung nasibnya pada Allah.
Mengikut
ketentuan Allah.
Eryna
mendapatkan tempat di atas kusyen yang tersedia. Wajahnya diangkat. Memandang
Encik Zack yang nampak tenang di hadapan tok kadi.
Tangan
bermain sesama sendiri. Gelisah sudah pasti. Mampukah dia menjadi isteri kepada
Encik Zack nanti?
Razak
atur nafas dengan tenang. Perlahan dia berkalih memandang ke arah bakal
isterinya yang anggun mengenakan sepasang baju kurung moden itu. Nampak
sederhana tapi cukup cantik di matanya.
Dia
yang mahu begini. Mahu majlis pernikahan dijalankan secepat yang mungkin. Majlis
resepsi pula akan diadakan pabila Eryna pulih sepenuhnya. Walaupun rata-rata
terkejut dengan keputusannya, tapi dia bahagia. Bahagia kerana dia akan
berjuang untuk Eryna... Berjuang untuk cinta yang baru menapak ini.
Baru
sahaja dia ingin menangkap huluran tangan tok kadi, tiba-tiba tingkap rumah
pecah dibaling dengan objek keras. Terus ruang tamu yang dihadiri oleh ahli
keluarga itu hinggar binggar.
Encik
Ezrakil bangun dan mendapatkan batu sebesar penumbuk yang digumpal bersama
kertas itu.
Seperti
ugutan dahulu, tulisannya dan ayatnya masih sama seperti dahulu.
Aku akan
bunuh kau!
Encik
Ezrakil mendengus. Polis yang berkawal di luar pun tidak mampu untuk menangkap
makluk durjana ini ke? Kali ini lelaki ini benar-benar melampau!
Eryna
bangun dan menghampiri ayahnya. Cepat-cepat Encik Ezrakil menyembunyikan kertas
tersebut. Bahu Eryna diusap perlahan. Cuba menenangkan anak gadisnya.
“Tak
ada apa-apa Eryn...” Tak menunggu lama, terus Eryna hilang di dalam dakapan
ayahnya. Terasa takut yang amat sangat! Dia tidak bimbangkan keselamatan
dirinya... Tapi dia lebih bimbangkan keselamatan ahli keluarganya.
Cukuplah
dia hilang Nadiah.. Sungguh dia tak sanggup jika ada salah seorang ahli
keluarganya yang akan terbabit sama.
“Jangan
takut Eryn... Tak ada apa-apa sayang..” Encik Ezrakil cuba untuk menutup
kegelisahannya. Menutup gundahnya.
Perlukan
dileraikan. Eryna terus berkalih mendapatkan Encik Zack yang dari tadi sibuk
memerhatinya.
“Encik
ada masa lagi...” Tutur Ernya perlahan. Penuh dengan rasa tak berdaya.
Razak
menyambut kata-kata Eryna dengan kerutan di dahi. “Masa apa Eryn?” Tak faham
maksud Eryna.
“....Masa
untuk menarik diri. Saya tak mahu libatkan encik dalam masalah saya.. Saya tak
mahu encik rasa terbeban bila memperisterikan saya nanti...” Air mata dah
berjujuran. Dia sendiri tak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang ini.
Kaki
dibawa ke arah Hajah Sumayyah. Tangan
tua itu dicapai. “Mak cik... cakaplah dekat Encik Zack... Pujuklah dia supaya
batalkan semua ini...”
Hajah
Sumayyah mengesat air mata Eryna. Wajahnya sendiri basah dengan air mata. Jika
ditanya hati tuanya, pasti dia juga takut untuk meneruskan semua ini. Takut
jika nyawa anaknya pula yang menjadi
galang gantinya.
Tapi
manusia hanya merencana.... yang menjalankan takdir adalah Tuhan. Tak perlu ada
syak wasangka padaNya. Jika sudah jodoh... jika sudah ajal... tiada siapa mampu
menolaknya.
“Jangan
macam ni Eryn... Bila Allah uji kita, itu tandanya pertolongan Allah semakin
hampir. Eryn tak boleh lemah macam ni...” Pujuk Hajah Sumayyah perlahan.
Razak
yang melihat Eryna menangis di bahu emaknya mula melangkah. “Eryn....” Seru
Razak perlahan.
“Tak
ada apa yang akan ditarik balik. Tak ada
apa yang akan berubah... Saya tetap akan memperisterikan awak biarpun nyawa
saya yang akan menjadi hantarannya... Saya tetap tak akan berganjak...” Tekad
Razak.
“Tapi....”
“Tak
ada tapi Eryn. Yakinlah dengan saya. Yakinlah dengan Tuhan. Yakinlah dengan
takdir ini...” Ujar Razak cuba memberikan keyakinan pada bakal isterinya itu.
Puan
Farafeesa mula melangkah mendekati anaknya. “Sayang...mari.. benda yang baik
tak baik kita lengahkan.”
Dengan
berat hati, Eryna bangun dan kembali ke tempatnya. Matanya dipejam rapat.
Terbayangkan wajah Nadiah. Terbayangkan wajah lelaki kejam itu. Terbayangkan
wajah ahli keluarganya. Terbayangkan wajah bakal suaminya juga.... Terbayangkan
segala ketakutan yang akan terjadi.
Tuhan.....aku
melangkah atas belas kasih sayang hanya dariMu.
Tuhan...
aku berlindung sesunguhnya hanya dariMu.
Tuhan...
aku biarkan takdirku ditentukan hanya dariMu.
Hanya
dengan sekali lafas, Eryna Fasihah binti Ezrakil sah menjadi milik Razak
Muhaimin.
Ada
air mata yang lahir. Ada senyum yang tumbuh. Ada rasa takut. Ada rasa bimbang.
Ada pelbagai rencah yang dialami. Tapi Tuhan ada..... serahkan dan tawakal
padaNya.
Razak
terus mengadap kiblat. Melakukan solat sujud syukur di atas rahmat dan
perhatian Allah padanya. Moga hati ini diselaputi iman dan mampu menongkah
dugaan dan cobaan dari Tuhan.
Si
isteri yang sedang menangis itu dirapati. ‘Kasih.. kesatlah air matamu. Aku dah tiba....
Biar apa sahaja yang datang hari ini dan hari hari esok.. tetap aku ada melalui
hari-hari selagi diizin Tuhan. Percayalah, aku akan ada selagi hayat ini
dipinjamkan kepadaku...’
Encik
Ezrakil mengambil tangan anaknya dan disatukan dengan tangan menantunya.
“Razak... Mulai saat ini ayah serahkan satu-satunya anak ayah pada kamu.
Sayangi dia lebih dari ayah... cintai dia lebih dari ayah... Tapi andai kamu
lukakan hatinya... hati ayah akan lebih terluka...” Sebak si ayah melontarkan
suara.
Terus
Eryna memeluk si ayah. Ayah... yang selama ini menanggung bebannya. Yang
melemparkan bahagia dengan kasih sayangnya. Yang menanggung dosanya...
harapnya.. doanya... moga dia telah menjadi anak yang baik untuk ayah.
“Tak
mau nangis sayang...” Argh... bagi Encik Ezrakil.. Eryna tetap bayi
perempuannya yang baru lahir semalam.
Hilang
di pelukan ayah, Eryna hilang di pelukan si ibu pula. Teresak-esak keduanya.
Walaupun Eryna selalu melebihnya ayahnya dalam apa jua perkara tapi Puan
Farafeesa tak pernah berkecil hati. Dia berbangga berkongsi Ezrakil bersama
Eryna. Rebutlah baik hati si ayah. Rentaplah kasih sayang si ayah. Jadinya kau
akan jadi manusia yang harmoni emosinya. Kental peribadinya. Kerana itulah yang
Ezrakil ajarkan kepada dirinya sendiri.
Usai
berpelukan, Razak sudah menanti dengan gelang emas di tangannya. Katanya,
biarlah jari Eryna terhias indah dengan cincin arwah Nadiah. Terkenangkan
Nadiah... Hatinya remuk kembali. Tiada Nadiah di hari bahagianya... Tiada
Nadiah sebagai pengapitnya. Tiada lagi Nadiah dalam cacatan hidupnya selepas
ini..
‘Diah...
Aku dah kahwin...’
Pergelangan
tangannya disarungkan dengan gelang yang dipilih sendiri oleh Razak. “Menjadi
sebahagian daripada sesuatu yang akan membuatkan kita kuat... ya... sebahagian
dari sesuatu..”
Mata
mereka saling menatap. Mengendong aksara cinta. Mendalami dalam tersurat penuh makna.
Lalu memainkan satu rasa yang dipanggil irama yang hanya mereka yang mampu mendendangkan
melodinya.
***
Tangan
Eryna bermain sesama sendiri. Jam sudah menginjak hampir jam dua belas malam.
Majlis yang serba ringkas tadi akhirnya dijalani dengan meriah dalam kadar
sederhana.
Secepat
ini rangkaan Tuhan tetang perjalanan hidupnya. Tidak terduga. Tidak terhidu dek
gapainya.
Ikhlas.
Redha. Tawakal.
Razak
yang menyedari kegugupan Eryna mula memegang gadis itu. Sungguh, hati dapat
tahu apa yang tak boleh digambarkan oleh pandangan mata. Dia faham kegelisahan
Eryna itu.
Eryna yang terkejut hanya terkaku. Diam tidak berkutip. Sejak
mereka duduk berdua, memang tak ada apa yang mampu mereka bualkan.
Eryna
yang menyepi. Razak yang memaku.
“Tidurlah...
dah lewat...” Razak menepuk lembut bantal di sebelahnya. Dia pun tak bercadang
untuk membawa malam ini lebih jauh.
“Saya..
saya.....” Tuhan ingkar jika seorang isteri menidakkan hak seorang suami. Dia
tak mahu mengutip saham untuk dia ke neraka. Sungguh, walaupun perkahwinan ini
express dan sedikit tergesa-gesa namun hukum agama tetap tidak boleh ditolak ke
tepi hanya mengikut rasa hati.
“Tidur
Eryn... saya pun nak tidur ni...” Razak pun sudah siap mendapatkan tempat di
sisi isterinya. Dia pun tak mampu nak baca hati Eryna. Eryna nak minta dia
tidur di sofa ke? Macam yang pernah dia tengok dalam drama.
“Encik....”
Mendengarkan
suara Eryna, terus Razak bangun.
“Jangan
panggil saya encik lagi Eryn... Saya bukan lagi penyelia awak. Saya kan dah
naik pangkat dalam hidup awak....” Ujar Razak sedikit berseloroh. Namun
malangnya lawaknya tidak disambut lalu membuatkan dia termalu sendiri.
“Saya
rindukan Eryna yang dahulu...” Luah Razak tanpa sedar.
Eryna
ketap bibir.
“Jangan
salah faham Eryn. Saya tak nak awak stress..
Dahlah... tidur...”
“Erk...
tanggungjawab....saya....” Ujar Eryna sedikit tergagap sambil menelan air liur
yang terasa berpasir.
Tangan
Razak mendarat di kepala Eryna. “Buat masa ni.. Biarlah kita ambil masa untuk
saling mengenali sesama kita dahulu. Tidurlah...” Tubuh isteri ingin ditolak
perlahan tapi Eryna mencapai tangannya.
“Redhakan
tidur saya. Ampunkan salah saya.” Pinta Eryna ikhlas sambil mencium tangan Razak.
Mohon Allah memberkati perkahwinannya ini.
“Kalau
awak tak mintak pun.... ampun dan redha saya memang untuk awak. Lagipun tak ada
apa yang nak dimaafkan Eryn... Tidurlah...”
Mendengarkan
suara Encik Zack yang lembut itu. Hati Eryna jadi sejuk semula. Dibaring secara
mengiring. Tidak mahu membelakangi si suami. Walau tiada rasa cinta yang
bermaharajalela, darjat suaminya tetap akan diangkat tinggi.
***
Tidur
Razak jadi terganggu tatkala menangkap suara yang sayu itu. Suara yang bagai
meminta pertolongan untuk keluar dari kepompong ketakutan.
“Tolong
jangan bunuh Diah....”
Razak
bangun dan membuka lampu tidur. Eryna meracau dalam tidur. Sesuatu yang telah
dipesan oleh bapa mertuanya tadi. Kata Encik Ezrakil, sejak dari kejadian
tempoh hari, tidur Eryna memang sering terganggu.
“Eryn....”
Pipi isterinya ditepuk lembut.
“Jangan
bunuh Diah... Jangan bunuh aku...” Tak semena air mata yang keluar dari mata
Eryna membuatkan Razak kaget. Sampai begini sekali?
‘Oh
tuhan... berikan belas ehsanMu kepada isteriku... Jangan kau hilangkan
sabarnya. Jangan kau hilangkan tabahnya...’
“Eryn...
bangun...” Bacaan ayat kursi mula dibisikkan ke telinga Eryna.
Terpisat-pisat
Eryna membuka matanya. Mata yang mengecil itu makin membulat pabila melihat
wajah seorang lelaki yang duduk di atas katil di dalam biliknya. Seketika, dia
lupa siapa Razak di dalam hidupnya.
“Apa
encik buat kat sini hah? Encik Nak bunuh saya ke?” Terus Eryna bangun dan turun
dari katil. Perlahan kakinya menapak ke belakang.
“Eryn...
ini saya.... Razak...kita kan baru menikah malam tadi?” Razak cuba mengingatkan
si isteri yang bagai terlupa. Mungkin kesan daripada mimpi itu sendiri.
“Menikah?”
sepatah perkataan itu keluar dari mulut Eryna. Tangan bermain di kepala. Ya
Allah... bagaimana dia boleh terlupa yang dia sudah berkahwin?
Badannya
terjelepuk ke lantai. Dia penat! Penat untuk melalui semua ini saban malam.
Penat bila setiap kali bangun, dia bagai tak kenal dengan dirinya sendiri. Mimpi
itu.. benar-benar menghantui lena hidupnya juga.
“Eryn....”
Razak mendapatkan isterinya yang sudah mula menangis itu.
“Sampai
bila saya kena lalui semua ni?” Soal
Eryna lemah.
Kepala
isterinya diusap. Kemudian beralih ke pipi pula. Air mata yang tumpah, dikesat
pergi.
“Setiapnya
sudah sempurna... Satu persatu takdir tuhan dan disusun tanpa cela. Kita
sebagai manusia tak boleh berhenti untuk hidup dengan melayan penat. Eryn saya
orangnya kuat... Eryn saya orangnya tabah... Saya tahu... Saya tahu sangat...”
Pujuk Razak lembut.
Mata
mereka saling menyentap rasa. Tangan Razak bermain di kening Eryna. Diusap
perlahan. Rambut yang lepas bebas itu bermain di hujung jarinya.
“Biar
lena berlabuh... Biar sakitnya sembuh... Biar menghapus semua rasa yang merapuh...”
Tanpa dijangka, sebuah lagu mula meniti lembut di bibirnya. Membuatkan mata
Eryna sedikit berkedut. Barangkali terperanjat.
Razak
kembali menyambung. “Biar aku memberi... biar senyum kembali.. biar ku sentuh
jari jemari.. pejamkan mata...” Bagaikan mengerti, Eryna terus memejamkan
matanya.
“Biar
saja airmata menangis terus menangis.. biarkan lepas semua rasa perit... perit
yang manis..” Air mata Eryna yang jatuh itu diseka lagi. Biarlah dilepaskan
dari disimpan lagi.
“Biar
saja air mata mengalir terus mengalir... biar habis semua di bahuku...” Kepala
Eryna dibawa rapat ke bahunya. Biarlah air mata isterinya jatuh di bahunya.
“Jangan
mahu sendiri... Jangan dibiar mati... Bawa kemari hati ke sini.. pejamkan
mata...” Bahu isterinya ditepuk. Badannya bergerak ke kiri dan kanan. Biar si
isteri lena di rangkulannya. Biar yang datang hanya indah-indah walaupun perit
itu tetap ada. Dakilah gunung kesedihan itu kerana ada selautan kasih sayang
yang sedang menantimu.
Pergilah
semua kisah sedih.
Pergilah
semua rasa takut.
Pergilah
jauh dari dia yang aku cinta.
***
Hari
ini genap dua minggu dia menjadi suami Eryna Fasihah. Jadi lebih dari seminggu
Eryna terperap sahaja di rumah. Ada risau yang bertandang di hati Razak. Ada
kasihan yang bermain pelusuk hati Razak. Melihat si isteri yang bagai mayat
hidup tanpa senyuman ceria.
Rumah
ini memang syurga. Tapi jika diperap seperti penjara ketakutan, rasa bahagia
itu tetap boleh hilang.
Balik
dari pejabat, seperti biasa Eryna akan menyambutnya. Eryna akan melayan makan
pakainya. Sesuatu yang sering dilakukan sendiri namun kini ada seorang
kekasih yang mengambil alih tugasnya.
Sedang
Eryna mengisi nasi ke dalam pinggan, matanya terpandangkan tali leher yang menjerut
kemas leher si suami. dia mula teringat kejadian tempoh hari. Sewaktu Razak
bersiap ke tempat kerja.
“Eryn...”
Panggil encik suami.
Eryna
yang tak banyak cakap terus merapati suaminya. “Boleh ikatkan tali leher?” Pinta
Razak.
Eryna
patuh. Memang sering dia mengikat tali leher buat ayahnya pabila ibu sibuk di
dapur ataupun ketika ayah hendak bermanja dengannya.
Tak
sampai dua minit, tali leher sudah tersedia cantik di leher Razak.
Razak
mengarahkan agar wajah si isterinya merapat sedikit. Seakan-akan hendak
berbisik. Bila Eryna mendekat, ubun-ubunnya dicium lembut oleh Razak. Terpaku
Eryna dibuatnya.
“Buat
bekalan semangat...” Razak cuba buat-buat biasa padahal hati dah luruh kemain.
Ingat mudah ke nak ambil langkah pertama.
“Kenapa
pandang macam tu? Tak cukup ke?” Gurau si suami berani. Eryna terus menjarakkan
diri. Sejak bila encik suami bertukar nakal ni?
“Awak
tak makan sekali?” Suara Razak menyedarkan Eryna.
“Saya
tak lapar..” Suara itu perlahan. Tak bernada. Tak berperasaan.
Razak
menarik kerusi di sebelahnya. “Mari makan sekali...” Ajak Razak lembut.
“Kan
saya cakap...” Eryna hendak memprotes tapi tangan suaminya terus menariknya
untuk duduk di sebelahnya.
“No excuse.... Sekarang nganga...”
Spontan, sesuap nasi disua ke mulut Eryna yang nampak tergamam.
“Kalau
awak tak makan, saya pun mogok tak mahu makan...” Paksa Razak lagi. Akhirnya
Eryna mengalah juga. “Saya suap sendirilah...” Dia hendak bangun untuk
mengambil pinggannya sendiri namun sekali lagi dihalang.
“Tak
payah... Budak kecik kalau makan suap, dia makan banyak sikit...” Razak
berharap, suara Eryna akan membantah dan membetulkan kata-katanya. ‘Saya bukan
budak kecik...’ Tapi isterinya itu kekal diam.
Apalah
usaha yang boleh dia lakukan untuk mengajak Eryna petah bercakap seperti dahulu
lagi.
Apa
sahaja makanan yang disua kepadanya, Eryna telan sahaja. Namun masuk suapan
kelima, Eryna mula menolak.
“Sikit
je...” Komplen Razak tak puas hati.
“Saya
tak boleh telan dah...”
Melihat
muka Eryna yang sudah tidak boleh menerima makanan itu, akhirnya Razak
mengalih. Usai makan, dia ikut turut membantu Eryna mengemas meja. Jam di
tangan pun sudah menunjukkan angka tujuh malam.
“Eryn....
Nanti awak kemas barang ya.. Saya nak bawa awak pergi satu tempat.”
Dahi
Eryna mengerut. “Tapi ayah kan tak bagi saya keluar dari rumah..”
“Saya
dah mintak kebenaran dari ayah. Awak jangan risau.”
Ya..
bukan mudah untuk memujuk bapa mertuanya itu. Terkesan riak kerisauan yang tak
berpenghujung. Namun banyak kali diyakinkan yang dia akan menjaga Eryna
sungguh-sungguh. Dia cuma hendak membawa Eryna keluar dari kepompong kesedihan
ini buat seketika.
Pemergian
Nadiah memberi tamparan yang besar.
Ugutan
pembunuh itu lagilah membuatkan hidup Eryna terumbang ambing sendiri.
Yang
nyata, mereka tak perlu takut hidup hanya kerana ugutan tersebut. Nanti jiwa
itu akan mati sebelum ajalnya. Itu yang Razak tidak mahu. Eryna perlukan udara
segar untuk bernafas. Lagipula, ajal maut di tangan Tuhan. Bukan di tangan
pembunuh itu.
Kerja-kerja
Eryna terhenti. Razak yang mula perasan mula menyambung ayat. “Jangan risau...
Saya kan ada. Saya akan jaga awak walaupun terpaksa pertaruhkan nyawa saya
sekalipun.” Tutur Razak serius.
Eryna
ketap bibir. “Boleh tak jangan cakap macam tu?” Luah Eryna tak puas hati.
“Cakap
macam mana?”
“Cakap
yang awak akan pertaruhkan nyawa awak sekalipun... Saya tak suka. Keselamatan
saya tak perlu pertaruhkan nyawa sesiapa pun...” Ada nada tegas di situ.
Memaknakan kata-katanya.
“Hmm...
Awak sayang saya ya...” Entah kenapa, hati Razak tak malu untuk melontarkan
soalan itu.
Muka
Eryna panas membahang.
“Okay..
Diam tu tanda setuju.” Razak senyum pendek tapi penuh makna.
“Awak
boleh bela diri Eryn...” Usik Razak memberi peluang.
Eryna
mencemik. Suaminya ini memang sengaja.
“Jadi
memang betullah awak sayang saya ya....” Kening terangkat, bibir pulak senyum
senget.
Hati
Razak diserang kompang bertalu-talu. Bahagianya menikmati keindahan paras rupa
Eryna yang pemalu itu. Malu itulah yang membakar perasaan lelakinya. Demi
Tuhan, dia akan bahagiakan Eryna Fasihah.
***
Mereka
keluar dari rumah dalam jam sepuluh malam. Keluar dari pintu belakang dengan
menggunakan kereta Hajah Sumayyah. Mungkin pembunuh itu ada memerhatikan
kawasan depan dan tidak terpandangkan kawasan belakang rumah ini.
Ketika
keluar rumah tadi, ayah dan ibunya nampak risau sungguh. Mungkin sedikit berat
hati tapi sedikit pun mereka tidak menghalang.
“Ayah
percayakan Ajak... Tolong jaga anak ayah.” Bisik Encik Ezrakil di telinga Razak
tadi.
Eryna
diam. Tidak bertanyakan kemana hala tuju pemanduannya ini. Tidak seperti
dahulu.. Mulut itu ringan bertanya itu ini sampai Razak sendiri penat nak
melayan. Ya... Razak memang rindukan Eryna yang dahulu.
Tapi
dia percaya ketentuan Tuhan... Jika Eryna tak berubah sedrastik ini, Razak
sendiri tak akan sedar yang dia sebenarnya sayangkan Eryna. Jika peristiwa ini
tidak berlaku, mungkin dia sendiri masih bertimbang sendiri untuk
memperisterikan Eryna.
Tangan
Eryna bermain sesama sendiri. Mungkin isterinya cuak. Takut barangkali. Terus
tangan kiri Razak mengelus lembut tangan Eryna. Menghulurkan rasa tenang pabila
hati rasa tidak senang.
“Kita
nak pergi mana sebenarnya?” Kegelapan jalan di hadapan membuatkan dia takut.
Hutan-hutan di sekeliling mencambahkan rasa gementar.
“Sungai
Lembing.”
Berkerut
dahi Eryna menyambut jawapan dari si suami. Sungai Lembing? Ada apa di sana
sehingga membawa si suami membawanya ke hujung dunia itu. Kawasan tersorok dan
terpelusuk yang tak punya apa-apa yang menarik.
“Tempat
tu tak mewah... Tak ramai orang.. Tapi saya janji yang awak akan tenang di
sana... Trust me... You will be like it
thats place..” Seperti memahami, Razak bagi ayat pujuk.
Sesampainya
di sana, jam hampir menunjukkan angka dua belas malam. Mereka menginap di
sebuah homestay yang agak besar dan cantik. Malah homestay tersebut turut
mempunyai balkoni yang membolehkan mereka melihat terus ke dada langit.
Bulan
penuh!
“Cantiknya
bulan weh... Macam aku...” Jerit Nadiah kuat sewaktu mereka sama-sama melepak
di tepi pantai ketika menghabiskan hujung minggu bersama.
“Kalau
kau teropong bulan tu bebetul, tak cantik pun.. berkarah tau tak.. Macam muka
kau tuh. Kalau dalam gambar kemain cantik lagi. Almaklum, guna kamera 360. Tapi
kalau berdepan, pergh... segala anak beranak jerawat boleh nampak kot...” Kutuk
Eryna tak bersalah.
Air
mata mengalir dengan sendirinya. Bertahun hidup bersama. Banyak sungguh
kenangan yang tidak terpadam.
“Eryn....”
Bahu si isteri ditelus perlahan. Secebis memori yang bersisa itu mungkin membuatkan jiwa cik isteri pedih dan serik.
“Kan
bagus kalau saya hilang ingatan... Tak lah saya teringatkan semua benda yang
manis tapi menyakitkan tuh....”
“Salah
Eryn... Tuhan bagi secebis ingatan. Tanda kasih sayang dia pada awak... Jangan
menidakkan aturan tuhan.”
Eryna tarik nafas. Tak mahu
kata-katanya nanti membuatkan separuh hati lara dengan nikmat tuhan yang lain.
“Whatever
happens, only happen for reasons. He know it...” Pujuk Razak lagi. Bahu Eryna ditarik. Kepala
Eryna disandar ke bahunya. Biar berlabuh semua penat itu.
Tanpa
segan, Eryna memperketatkan pelukan. Terasa damai dengan pujukan seperti itu. “I’m just going with the flow. Whatever will
be, will be...”
Mata
mereka saling bertatapan. Kemudian beralih ke arah bulan yang sedang mengambang
cantik.
“Bulan
itu... walau ditutup kabusnya awan, cantiknya tetap tak hilang. Awak pun...
dikabus sendu yang kelam, cantiknya awak tetap hidup di mata saya...” Razak
sendiri terpaku mendengar bait milik sendiri. Sejak bila dia pandai bermadah.
Cinta....
itulah yang memungkinkan segalanya.
Eryna
terpana. Hilang kata-kata. “Kalau Allah bagi sakitnya hati.. resahnya jiwa,
percayalah... Allah akan kirimkan penawarnya jugak.” Bait-bait nasihat Nadiah
menari di gegendang telinga.
“Jom
tidur Eryn... Pagi esok kita nak bangun awal.” Ditarik si isteri agar
menbuntuinya masuk ke bilik mereka. Moga ciptaan Allah yang indah esok, akan
menghidupkan semula emosi si isteri yang hampir terbunuh itu.
***
Seawal
lima setengah pagi, Razak sudah mengejutkan Eryna. Terpisat-pisat si isterinya
itu memandang Razak. Tidurnya lena malam ini. Mungkin ditemani suasana baru.
Mungkin juga kerana malam ini, tidurnya berbantalkan lengan Encik Zack.
“Kenapa
nak bangun awal sangat?” Tanya Eryna tak faham. Suasana pagi dingin. Sejuk
hingga membeku ke tulang. Tangan melingkar ke tubuh. Suasana kampung seperti ini
hanya membuatkan diri hendak berkubang dalam selimut.
“Kita
nak panjat Bukit Panorama...”
Razak
tarik lengan si isteri yang masih terkebil-kebil itu. Mamai lagi gamaknya.
Isterinya dipimpin hingga ke pintu bilik air.
“Tak
payah mandi pun tak apa... Gosok gigi dan cuci muka je. Lepas solat subuh nanti
kita pergilah.. Nak panjat bukit tu ambik masa empat puluh minit jugak...”
Eryna
pandang rambut suaminya yang masih basah. Tak tahulah macam mana Encik Zack
boleh tahan sejuk dengan mandi pagi-pagi nih.
Lambat-lambat
dia menampak ke lantai bilik air yang basah Memang sejuk. Menyedari yang dia
tidak mengambil keperluannya, dia mula berpatah balik ke beg sandangnya.
Barang-barang mandi mula dikeluarkan namun tangannya mengagau mencari berus
gigi yang hilang entah ke mana.
“Cari
apa tu?” Tanya Razak.
“Berus
gigi...” Serasanya, dia memang ada mencapainya semalam. Ke tertinggal di
mana-mana?
“Ada
tak?”
Eryna
melepaskan nafas. “Tak ada...” Nak pergi beli kat kedai pun, kedai bukannya
bukak lagi seawal ni.
“Nah...
guna saya punya.” Berus gigi miliknya diserahkan kepada Eryna.
Rahang
Eryna terjatuh. Laju kepalanya menggeleng. Mana pernah biasa berkongsi berus
gigi.
Razak
tersengih. “Kenapa? Geli?” Soalan itu membuatkan Eryna tersedar. Pasti suaminya
berkecil hati.
“Erk..
bukan macam tuh...” Eryna kering idea nak menipu. Sebab apa tak boleh? Dia bukan
geli... dia entah... boleh tak isi jawapan itu ditinggalkan dengan tempat
kosong?
“Kalau
kita boleh kongsi katil.. kongsi selimut.. kongsi bantal... Kenapa kita tak
boleh kongsi berus gigi kan?” Pujuk Razak lagi.
“Alah...
Eryn pejam mata je. Anggap je macam tak tahu yang Eryn guna berus gigi saya..”
Razak bagi idea lagi.
“At least... boleh jugak gosok gigi kan.
Tapi kalau Eryn tak kisah, tak payah gosok gigi... lepas turun mendaki nanti
baru gosok.” Razak sengaja memutar belitkan otak Eryna sendiri. Biar gadis itu
bingung dan akhirnya menerima pelawaannya ini.
Dan
seperti yang diduga... tangan Eryna akhirnya mencapai jugak berus giginya itu. Razak
senyum di dalam hati.
Eryna
kedutkan dahi. Lepas ini, dia akan pastikan yang dia akan capai berus gigi
dahulu sebelum barang lain. Benda alah yang penting tu pun dia boleh
tinggalkan.
“Eryn...
Kita dah berkongsi hidup dah... apalah sangat berus gigi tu kan?” Razak kenyit
mata. Kenakalan yang sering Eryna lakukan padanya. Sekarang, dia rasa
seronok... Rupanya seronok mengusik seseorang yang kita sayang.
Tak
menungu lama, Eryna masuk ke dalam bilik air. Berus gigi si suami dipandang
lama. Tak semena hati diserang vibrate..
Usikan Nadiah bergema lagi di corong
hati. “Alah... hati kau tak vibrate
sebab kau tak nampak lagi sisi yang lain tentang dia. Cuba kalau dah jumpa...
Bukan takat vibrate, lepas ni hati
kau mesti berdering... kring...kring...”
Eryna
pejam mata. Air mata mengalir lagi. Betullah kata orang. Kenangan itu sakit
sebab kita tak mampu nak ulangi semula saat manis itu...
Dia
tak tahu apa perasaannya pada Encik Zack? Yang pasti... dia rasa dilindungi dan
disayangi.
***
Rahang
Eryna jatuh menyembah bumi tatkala ketika berada tangga pertama sebelum
mendaki. Gila tinggi. Walaupun keadaan di sekeliling gelap namun dia masih
boleh menangkap kehadiran tangga yang agak curam itu melalui lampu suluh di
tangannya.
Wajahnya
berkalih ke arah Encik Zack. Biar betul?
“Saya
tak nak naik boleh?” Dia bukan seorang budak yang aktif bersukan. Sungguh, dia
benci aktiviti luar seperti ini.
“Mana
boleh... Awak kena naik. Kat atas sana memang cantik gila.. Penat awak akan
terbayar.. Percayalah..” Pujuk Razak lembut. Kaki kanan sudah naik satu anak
tangga. Tangan kiri dihulur ke arah Eryna yang masih memaku.
“Saya
tak boleh...” Belum apa-apa, dia sudah mengalah kerana dia sedar keupayaan
kemampuan dirinya.
“Jangan
risau.. saya kan ada...”
“Kalau
tak larat...”
“Kita
berhenti rehat. Cepat sayang.. dah pukul enam pagi ni. Kita kena sampai awal
sebelum dia sampai dulu..” Ujar Razak semangat.
“Dia
tu siapa?”
“Dah
naik nanti awak tahulah.. jom..” Tangannya ditadah lagi. Mungkin dia boleh
menarik Eryna sendiri namun dia mahu Eryna ikut dengan kerelaan hatinya
sendiri.
Dengan
sedikit teragak-agak, tangan si suami dicapai. Lafaz bismillah bergema dalam
hati.
Tak
sampai suku perjalanan, dia sudah tercungap. Razak menghulurkan minuman.
Diteguk perlahan oleh Eryna. “Saya tak boleh...”
“Awak
boleh... jom...” Razak menghulurkan tangannya lagi.
Mereka
mendaki lagi. Penuh berhati-hati kerana sesetngah bahagian tangga sudah rosak
dan memerlukan mereka memanjat tanah yang tidak bertangga. Eryna berhenti lagi.
Rasa tak mampu...
“Tak
jauh dah... sikit lagi...” Pujuk Razak lembut.
“Saya
dah tak larat...”
“Kalau
macam tu, biar saya kendong..” Terbeliak mata Eryna menyambut ungkapan
suaminya. Kendong? Ingat ini tanah rata ke? Ini nak daki bukitlah.. Curam pulak
tuh.
Sedang
mereka masih mencari jawapan, Eryna menangkap kehadiran seorang warga cina yang
agak tua. Malah bertongkat lagi. Tapi perlahan-lahan di menapak ke bahagian
atas. Meninggalkan dia dan Razak.
Razak
memandang si isteri. Tahu apa yang bermain di benak Eryna. “Tak kan Eryna nak
kalah dengan uncle tuh... Dia boleh, tak kan Eryn tak boleh...” Pyscho Razak
lagi. Tangan dihulur lagi. Dia ingin Eryna tahu yang Eryna boleh berharap
padanya. Eryna boleh percaya padanya.
Tangan
Razak disambut dan mereka meneruskan pendakian hinggalah ke puncak bukit.
Suasana masih gelap kerana jam belum lagi menunjukkan angka tujuh pagi.
Mereka
melepaskan lelah di atas bangku yang sudah tersedia. Mata melepaskan pandang ke
arah bukit bukau yang tersergam indah dengan kehijauan walaupun suasana sedikit
gelap.
Air
mineral dihulurkan kepada si isteri. Dingin pagi ini begitu menusuk. Nampak
Eryna peluk tubuh erat walaupun tubuh itu sudah bersarung dengan sweater.
Razak
gigit bibir. Bukan ke kalau dalam drama, si hero akan menanggalkan jaketnya dan
menyarungkan ke tubuh si heroin. Perlu ke dia buat macam tu?
“Kenapa
awak senyum?” Tegur Eryna pelik.
Razak
sambung senyum dan menanggalkan jaketnya. Ditebar ke tubuh Eryna yang terkejut
bersulamkan sejuk itu.
“Biasa
kan orang buat dalam drama...” Ujar Razak sambil tergelak kecil.
Eryna
diam tidak membalas. Dia memang kesejukan tapi tak adil kalau dia pentingkan
diri sendiri dengan membiarkan suaminya kesejukan dengan t-shirt nipis walaupun
tetap berlengan panjang itu.
“Awak
pakailah...”
“Tak
apa... kan tugas suami untuk lindungi si isteri. Apalah sangat sejuk Malaysia
ni. Lagipun sejuk ni boleh buat kita rasa segar... Awak lainlah, lemak pun tak
ada nak membakar..” Usik Razak menanti si celoteh itu kembali membalas.
Namun
masih hampa. Eryna masih diam beribu bahasa.
Mereka
saling bertukar diam.
“Fasihah....”
Panggilan itu membuatkan Eryna sedikit tersentak. Matanya berkerut bertanya
menyeru kenapa?
“Awak
reserved nama tu untuk saya kan...”
Ya, bukan ke dulu Eryna pernah menawarkan nama itu untuk dipanggil olehnya.
“Saya
harap awak akan fasih seperti dulu... Saya bukan benci awak yang sekarang, tapi
saya terlalu suka dengan Eryna yang dahulu...Walaupun kadang-kadang menyakitkan
telinga, tapi at least hati rasa tak
perit macam sekarang.” Luah Razak lembut.
Mata
Eryna sayu memandang ke arah suaminya.
“Awak
tahu kenapa kita panjat bukit ni? Sebab awak akan tahu betapa sukarnya nak naik
ke puncak kehidupan. Betapa setiap perjalanan tu menangih rasa penat. Bagi yang
melayan penat, kita akan berhenti dan mengalah. Tapi sesetengah manusia kebal
hati dan bebal jiwanya.. Dia tak mengalah tapi terus berjuang hingga ke puncak.
Macam uncle tadi, kudratnya tak
banyak mana lagi... Tapi semangatnya tak pernah patah. Hidupnya mungkin dah tak
lama... tapi siapa dia untuk berhenti sebelum masanya tiba?”
Eryna
terkedu. Sekali lagi tak percaya yang ayat ini keluar dari mulut suaminya yang
pendiam.. yang tak banyak cakap...
“Bila
awak dah sampai ke puncak...awak akan tahu betapa tuhan nak tunjuk hidangan
istimewa buat hati yang kental itu...” Jari terlunjuk Razak terhala ke arah
satu sudut.
Sinar
matahari mula memancarkan cahayanya.
Kecantikkan
membuatkan Eryna bangun dari duduknya. Ya Allah... cantiknya..
“Dialah
yang kita tunggu dari tadi. Dan alhamdulilah, isteri saya ni kuat emosi dan
jiwanya.. Sebab kalau dia melayan kalah, dia tak akan melihat menu istimewa
ini..”
Jari
jemari Eryna diraih. Dia tahu... dia bukannya lelaki yang romantik. Yang kaya
dengan bahasa penuh madah. Dia suka ada simbolik disebalik apa yang dia lakukan
untuk si isteri. Ini caranya... Ini jalan sayangnya.
Harap
si isteri memahami.
Harap
si isteri menerima.
Mereka
sama-sama merenung ciptaan Tuhan yang makin nyaring menyemarakkan cahaya.
“Macam
tu jugak dengan dugaan hidup ni... Kalau kita kalah awal, kita tak akan nampak
nikmatnya apa yang Allah hidangkan pada kita. Hilangnya sesuatu itu.. sebab
Allah nak nak gantikan dengan lebih baik. Siapa tahu kan?”
Mata
Eryna mula bertakung.
“Kenapa...?
Kenapa dulu awak tak macam ni?” Anak mata dibawa menghadap wajah suaminya.
“Sebab
kalau saya macam ni dengan semua orang, habislah semua orang sukakan saya...”
Pertama kali Eryna menampan ayat perasan yang keluar dari mulut suaminya.
Dan
Eryna..... sudah boleh tersenyum.
Razak
terkebil memandang senyuman itu. Senyuman yang sudah lama mati dari wajah itu.
‘Tuhan, tiada bahasa yang mampu aku bahasakan untuk rasa syukurku yang tidak
terperi atas belas ehsanMu ini..’
Walaupun
ramai pengunjung yang sudah sampai ke puncak bukit, Razak langsung tidak
peduli. Tubuh isterinya ditarik dan dibawa dekat ke pelukannya.
“Demi
Tuhan.... saya sayangkan awak.... Sudilah awak terima apa adanya saya sebagai
suami awak..”
Dan
airmata Eryna terus luruh menampar wajah yang tersenyum.
***
Turun
ke bawah, terus Razak membawa isterinya bersarapan di food court yang terletak di tengah-tengah bandar Sungai Lembing.
Seronok
bila pagi-pagi lagi dia boleh makan Mee Jawa kesukaannya. Di sini, memang
antara tempat Mee Jawa terbaik yang dia pernah rasa selain dari dimasak oleh
emaknya.
“Nanti
satu hari nanti... saya harap awak boleh masakkan saya Mee Jawa ni..” Pohon
Razak ceria.
Eryna
tak banyak cakap. Bibirnya hanya menguntumkan senyum. Dan itu sudah memadai
untuk Razak sendiri. Selepas itu, mereka balik berehat sebelum memulakan
aktiviti di sebelah petang pula.
Mereka
menyewa basikal dan meronda kawasan tengah bandar. Nampak jelas kecerian sudah
menapak di dalam jiwa Eryna. Dia sudah mula ketawa walaupun mulut masih tidak
bising-bising seperti dahulu.
Setelah
puas meronda, Razak membawa Eryna ke Kuala Kerna di Sungai Lembing ini. Sekali
lagi Eryna pelik. Kenapalah dia langsung tak tahu ada tempat menarik di hujung
dunia ini? Dia selalu fikir Sungai Lembing adalah pelusuk dunia yang hanya
terkandung berjuta sejarah dunia.
Tapi
dia lupa.. Tempat sejarah pastilah mempunyai banyak kelebihan yang tidak
disedari oleh sesetengah manusia sepertinya. Kalau Encik Zack mungkin berbeza
kerana dia suka travel dan sukakan
aktiviti lasak.
Sungguh....
berbeza benar dengan dirinya ini. Mungkin ini yang dinamakan jodoh. Bertemu
tidak jemu. Berpisah akan mengundang gelisah.
“Sejuk...”
Adu Encik Zack pabila mereka meletakkan kaki di dalam air.
Terus
mereka beralah dan menyediakan tempat untuk membuat BBQ. Lama Eryna memandang
ke arah suami yang tekun menghidupkan api. Kata suaminya, di sini memang payah
jika hendak memancing. Jadinya, mereka terus membeli bahan-bahan untuk dibakar.
“Kenapa
pandang saya macam tu?” Tegur Razak yang perasan. Malu dipandang begitu tapi
bila mengenangkan yang Eryna sedang mengalami proses baik pulih emosi, itu yang
dia tegur.
“Saya
tertanya-tanya... Kenapa saya yang menjadi pilihan awak. Bukan Kak Salina...”
Setelah difikir fikir, dia berasa kesian pada Kak Salina yang gigih untuk
mengurat Encik Zack satu ketika dahulu.
“Bukan
saya yang pilih awak... tapi jodoh yang temukan kita. Lagipun, bila saya hilang
awak, saya sedar yang saya pun dah hilang diri saya sendiri.... Sejak itu saya
sedar yang saya perlukan Fasihah saya...” Agak janggal memanggil nama Fasihah.
Namun dia mahu biasakan. Biarlah hubungan yang biasa ini dimulakan dengan
panggilan yang luar dari kebiasaan.
Udang,
sotong, ayam dan daging mula ditelakkan di atas tempat BBQ. Mereka senyap
merenung hidangan.
Eryna
senyum pabila melihat muka Encik Zack sekali lagi kotor terpalit arang. Kali
ini, dia menggunakan tangannya sendiri untuk membersihkan kotoran itu.
Tangan
yang menyapa mukanya dicapai.
“Fasihah....
awak bukan tetamu di hati saya tapi awak penghuni di dalam ni..” Tangan itu
dibawa mendarat ke dadanya. “Jadi sila duduk diam dan jangan berani untuk
keluar dari landasan itu... Saya tak akan benarkan.”
Sekali
lagi Eryna terkesima menerima ayat dari suaminya. Tuhan ambil seorang sahabat
darinya. Tapi dia kurniakan seorang suami dan teman baru. Walaupun tak sama,
tapi kondisi mereka tetap serupa.
Tuhan
tak akan bagi semua benda yang kita sayang dalam masa yang sama. Dia akan ambil
satu dan gantikan dengan yang baharu. Tuhan adil pada manusia... jadi janganlah
bertindak untuk mengadili percaturan Tuhan.
‘Diah...
betul cakap kau.. Nikmat disayangi itu sangat indah... Teramat indah....’
***
Mereka balik dalam keadaan sedikit
tergesa pabila Razak mendapat panggilan daripada bapa mertuanya. Si isteri yang
tidak mengetahui memandang suaminya dengan perasaan pelik.
“Semuanya
okay kan?”
Razak
yang sedang memandu berkalih dan meramas lembut jemari Eryna. “Semua okay..”
Razak bagi jawapan tegas tapi air mukanya tidak menunjukkan sebarang keyakinan.
Hati
Eryna dah mula rasa tak senang.
Sesampainya
di rumah, terus Eryna meluru keluar dan masuk ke dalam rumah pabila melihat
beberapa buah kereta polis yang terpakir di luar. Ya Allah, apa lagi yang telah
berlaku.
“Ayah....”
Tubuh si bapa dirapati dan dipeluk erat. Syukur bapanya tidak apa-apa. Matanya
bertembung pula dengan mata si ibu. Syukur jugak ibunya selamat.
“Apa
yang dah jadi?” Tanya Eryna nak tahu. Anak mata menghulurkan keyakinan bahawa
dia mampu menerima apa sahaja khabar yang keluar dari mulut bapanya nanti.
“Dia
masuk dalam rumah kita dan tampal ugutan itu...” Serentak, anak mata mereka
bergerang ke arah almari kaca yang terletak cantik di satu sudut. Namun kini,
sebuah nota sama seperti dahulu ditampal di almari tersebut.
Eryna
terduduk. Kepalanya menggeleng laju. Sekarang, bukan soal keselamatannya
sahaja. Tapi kini sudah beralih kepada seluruh ahli keluarganya. Mana mungkin
hati dia tidak bimbang?
“Mengikut
daripada lakaran yang dilukis oleh Puan Eryna, pembunuh itu dikenali sebagai Malik
dan dia seorang banduan yang pernah dipenjarakan dua puluh tahun atas tuduhan merogol.
Nampaknya, dia tak puas hati bila kita edarkan gambar yang dilukis itu kepada
pihak media.” Ujar Inspektor Amril pada mereka sekeluarga.
“Jangan
risau Encik Ezrakil, kami akan memperketatkan lagi kawalan keselamatan rumah
Encik.”
Eryna
menggeleng. Tanda tak setuju. “Saya dah tak larat dah nak main sorok-sorok
inspektor...” Punggung Eryna diangkat.
“Apa
maksud puan?”
Eryna
telan air liur. “Kenapa tak masukkan saya dalam lokap sahaja. Senang kan? Kita
memang tahu yang pembunuh tu tak akan berani sampai ke balai polis sendiri...”
“Apa
yang Eryn cakap ni?” Soal Encik Ezrakil tidak faham. Janganlah Eryna hendak
bertindak yang tidak-tidak. Dia pasti tak akan mempersetujuinya.
“Sebab
hasilnya sama ayah... Eryn terkurung ketakutan pada dia. Lama mana Eryn boleh
bertahan hidup macam ni. Sehari? Seminggu? Sebulan? Siapa tahu kalau semua ni
makan tahun...” Luah Eryna lantang.
Lepas
ini dia ada satu sem lagi di UiTM. Tak kan dia nak sia-siakan semua ini begitu
sahaja?
“Mungkin
dah tiba masanya kita keluar dari kepompong ketakutan ni....” mata Eryna
membakar dengan semangat yang tiba-tiba meresap. Dia dah tak boleh melayan
takut ini. Kerana takut ini sendiri akan membawa dia menggali kuburnya sendiri.
“Maksud
puan, kita buat perangkap? Begitu?” Serkap Inspektor Amril.
Eryna
mengangguk. “Ya... dia nak saya sangat kan? Jadi biar saya yang jadi
umpannya..” Senafas, ayat itu meluncur keluar dari mulut Eryna.
“No!” Hampir serentak suara Encik Ezrakil
dan Razak bersatu.
“Ayah...
tolonglah faham.... Kalau dia mulakan, kita yang kena sudahkan.” Anak mata
merayu pada si ayah. Namun laju kepala Encik Ezrakil menggeleng. Jika dia
menjadikan Eryna umpan, sama seperti dia menyerahkan nyawa anaknya sendiri pada
lelaki durjana itu.
“Kalau
ayah tak bagi... Eryn akan keluar rumah. Eryn sendiri akan menyerahkan diri
Eryn pada dia..” Bentak si anak degil.
Tanpa
arah, Encik Ezrakil berlalu meninggalkan si anak termanggu sendiri. Puan
Farafeesa yang terpinga, terus membontoti suaminya.
“Kami
pulang dulu.. Apa-apa hal nanti, kami akan menghubungi puan semula.” Ujar
Inspektor Amril mengundur diri.
Kaki
Eryna menapak pulak ke arah si suami yang nampa gelisah itu. “Awak.. Ini je
caranya...”
“Tapi
awak sedang mempertaruhkan nyawa awak...” Luah Razak tak bersemangat. Lemah
rasa urat nadinya menampan permintaan Eryna kali ini.
“Apa
bezanya sekarang? Saya sedang mempertaruhkan nyawa semua orang... Kita tak tahu
siapa yang akan menjadi mangsa seterusnya.. Boleh jadi, tak dapat saya... ahli
keluarga saya pun dijadikan mangsa untuk membalas dendamnya...” Luah Eryna
logik.
“You’re not here to suffer. You’re here to
make an impact right? So... please support what I’m doing right now..
Please...” Jika si ayah tidak bersetuju. Dia berharap agar suaminya akan
berada di belakangnnya. Menyokong dan mempertahankan permintaannya ini.
Razak
lepaskan lelah.
“Whatever decisions that we make, impact not
only to ourselves but also the people around us. So think wisely before ariving
at a conclusion...”
Sedikit
sebanyak, perkataan ‘we’ itu membawa
makna bahawa dia tidak keseorangan tika ini. Walaupun secara berkias, Eryna
tetap berlapang dada menerimanya.
“Macam
yang awak cakap masa kita atas puncak tadi, saya tak boleh beralah dengan rasa
penat. Saya tak boleh beralah dengan rasa takut. Saya yang kena perjuangkan
hidup saya sendiri kan?” Soal Eryna pada si suami.
Razak
tarik tangan Eryna. “Baik... saya setuju. Pasal ayah, awak jangan risau.. Saya
akan tolong pujukkan...” Apalah guna dia disisi andai dia sendiri ketakutan
melawan perasaan milik sendiri?
Dia
suami... Dia harus pandai kawal emosi. Betul kata Eryna... Sampai bila mereka
perlu menyorok? Walaupun kerisauannya menggunung... Tapi dia akan sandarkan
semuanya pada aturan Tuhan.
“Terima
kasih encik suami...” Tanpa malu, Eryna memeluk erat tubuh Razak.
Rasa
sayangnya dah tumpah dalam relung hati.... tumpah yang tidak mampu tidak
dikesat dan sudah merebak ke kawasan larangan. Membuatkan kawasan terhad itu
dilarang masuk oleh sesiapa pun kecuali dia....
Dan
Razak yang terkejut itu hanya membalas pelukan itu seadanya.
***
Strategi
diatur. Selepas ini, akan ada polis yang berkawal dari jauh. Yang pasti, Eryna
tidak akan terus terkurung lagi.
Pada
mulanya, Encik Ezrakil langsung tak menyokong. Namun setelah diyakinkan oleh
Razak, dia turut tumpang sekaki mengatur strategi. Puan Farafeesa dengan wajah
sembab yang bimbangkan si anak. Tapi Eryna kebalkan hati dan bebalkan jiwa. Dia
perlu perjuangkan apa yang membuatkan mereka bahagia....
Kaki
Eryna melangkah mendekati jendela. Langsir ditolak ke tepi. Bulan penuh lagi
malam ini. Cantik.
Perhatian
Eryna teralih apabila Razak masuk ke dalam bilik mereka. Rambut lelaki itu
basah. Baru lepas mandi agaknya. Melihatkan si suami yang duduk di birai katil
sambil mengesat rambut, Eryna menghulurkan pertolongan.
Sikat
dicapai. Rambut Encik Zack yang separa kering itu disikat rapi.
“Terima
kasih.”
Mereka
saling terdiam di birai katil. Dua-dua bagai hilang kata.
Perlahan-lahan
Eryna menjatuhkan kepalanya di atas bahu suaminya. Lengannya dilingkarkan
bersama lengan Encik Zack. “Pinjam bahu kejap boleh?” Pinta Eryna perlahan.
Razak
tersenyum. Sekurang-kurangnya perangai Eryna yang satu ini masih sama seperti
dahulu. Jenis dah ambil baru nak mintak. Macam mintak bergedel dahulu. Dah
makan baru nak mintak izin.
“Bukan
setakat bahu.. semua yang Allah pinjamkan pada saya pun, awak boleh pinjam
sama. Saya tak akan kenakan sebarang interest...” Seloroh Razak sambil
tersenyum renyih.
Eryna
ketawa. “You make me laugh... when I
don’t even want to smile...” Tawa tadi sudah bergema dengan sendu yang
mencengkam. Bahu si suami diraih dan dipeluk kejap.
“Terima
kasih sebab jadi suami yang sabar layan karenah saya. Terima kasih sebab
pulangkan jiwa saya yang hilang...Terima kasih awak sebab sudi memperisterikan
saya nih...” Ucap Eryna dalam tersedu-sedu.
“Hei...
kenapa ni? Awak isteri saya. Mestilah saya terima awak seadanya....” Tadi bukan
main semangat lagi. Ini kenapa tiba-tiba jadi sensitif?
“Saya
belum puas jadi isteri awak... Saya belum puas meminjam awak dari Tuhan.. Awak
anugerah yang tak pernah tercapai dek akal saya. Jadi saya tak mahu sia-siakan
apa yang Tuhan bagi pada saya hari ini kerana esok belum tentu ada untuk
saya....” belum sempat Eryna menyudahkan kata-katanya, bibirnya terhenti
tatkala menyambut huluran kasih dari si suami.
Menghadapi
hari esok yang belum tentu kadar cuacanya membuatkan Razak sedar bahawa, sayang
ini tak boleh menunggu esok.
Sayang
ini tidak perlu dibaja.
Sayang
ini tidak perlu disiram.
Sayang
ini tidak perlu ditunggu musim bunganya.
Sayang
ini tidak perlu dipetik bunganya.
Sayang
ini tak perlu menunggu layunya bunga.
Asal
dah sayang.. Asal dah cinta... Asal dah kasih.. sekecil mana pun kapasitinya, ungkapkan
sahaja. Kerna bimbang waktu akan terbazir begitu sahaja. Perasaan tawar tak
mampu dirasa.
“Awak
bercakap banyak sangat hari ni...” Kedua belah pipi isterinya diusap lembut.
Air mata disapu pergi.
Wajah
Eryna sedikit terpana. Tak menduga tindakan Encik Zack sejauh ini.
“Jangan
cepat menghukum hari esok sayang selagi lembaran hari ini masih belum puas
dijelajahi. Jangan terlalu tahu di waktu kita belum faham sayang....” Panjang
sungguh leretan sayang. Buar liur Eryna terasa berpasir.
“Sayang?”
Oh... Encik suami panggil dia sayang. Rasa nak peluk ketat-ketat je. Hati jadi
cair... Cair yang tak mampu ditadah lagi.
“Kenapa?
Tak percaya lelaki yang beku... yang pemalu.. yang tak banyak cakap ni...yang
tak romantik ni panggil isteri dia sayang?” Razak nak tolak emosi serius yang
membelit tadi.
Usah
membicarakan soal mati berulang kali. Memang mati itu pasti yang tidak boleh
ditolak. Namun bimbang juga hati itu mati sebelum ajalnya tiba. Bukan kerja
manusia untuk mengendong tugas Tuhan.
“Boleh
panggil sekali lagi?” Penyakit tak tahu malu Eryna dah kembali. Razak rasa nak
meloncat kegembiraan.
“Sayang....”
Seru Razak. Kali ini lebih panjang, lebih umpphh... dan pasti lebih bermakna.
“Hati
saya rasa vibrate....” Seloroh Eryna
sambil tersengih manja.
Lama
Razak pandang Eryna. Eryna yang dahulu sudah kembali. Hati dijelajahi dengan
bunga-bunga bahagia. Tapi seketika dia terfikir... Adakah Allah pulangkan Eryna
yang lama untuk mengambil Eryna pulang ke sisiNya?
Bukan
ke orang selalu cakap.... Orang yang nak pergi ini akan bagi banyak tanda-tanda
pelik?
Terus
Razak tarik Eryna rapat ke badannya. Dipeluk kejap tubuh itu. Matanya dipejam.
“Jangan tinggalkan abang...” Luluh permintaan Razak kali ini. Ada rasa sebak
yang terkandung.
Eryna
yang tidak memahami ketawa kecil. “Abang pulak?” Sejak bila pulak encik suami
ni bahasakan diri abang? Dadanya benar-benar buat kenduri ketika ini.
“Panggil
abang please.....”
“Kalau
tak nak?”
“Please...” Rayu Razak lemah.
Tubuhnya
yang sedikit kaku tadi mula membalas pelukan suaminya. “Baiklah abang Zack..”
Ada tawa di hujung kata-katanya. Seronok mengenakan encik suami.
“Janji
dengan abang yang Fasih akan ikut abang ke mana sahaja abang pergi?” Tuntut
Razak lagi.
“Ya...”
Pelukan dileraikan.
“Betul?”
Eryna
mendengus. Tangan kanan diangkat separa dada. Berikrar.
“Saya,
Eryna Fasihah binti Ezrakil berjanji akan mengikut ke mana sahaja Encik Razak
a.k.a abang Zack pergi. Tapi abang nak bawa Fasih pergi mana? Pergi Sungai
Lembing lagi ke?” Tanya Eryna polos.
Bibir
Razak rapatkan di telinga Eryna. “Bawa ke sini hati kemari...Pejamkan mata..”
Tangan Razak menutup mata Eryna. “Abang nak bawa sayang ke Syurga...”
Ruang
yang kosong itu mereka jelajahi dengan bebunga kasih yang menguntum segar.
***
Eryna
pandu kereta setelah pulang dari rumah mak Nadiah. Terkenangkan emosi mak
Nadiah yang stabil itu, dia mula mengkaji diri sendiri. Puan Faridah sendiri
redha. Malah si ibu tetap mampu tersenyum manis lagi ketika menyambung
kedatangannya tempoh hari.
“Yang
pergi tak akan kembali.. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup. Jangan bunuh
dan dera diri sendiri. Tuhan marah... sebab itu tanda manusia tak redha dengan
ketentuan yang dia bagi.” Nasihat Puan Faridah.
Kereta
yang dipandu oleh Eryna itu tiba-tiba dilanggar oleh arah belakang.
Eryna
telan liur. Dia dah muncul!
Hati
dilanda debar. Jiwa berperang kalut. Namun cepat dia beristighfar. Tuhan ada...
Tuhan ada...
Pedal
minyak kereta terus ditekan laju. Dia tidak perlu mengalah secepat ini. Namun
kereta yang melanggar dan mengekorinya tadi tiba-tiba masuk ke dalam simpang
kanan. Berlainan arah dengan pemanduannya.
Eryna
lepas nafas.
Telefon
dicapai. Nombor telefon si suami di dail. Namun kelekaannya membuatkan kereta
yang berlawanan arah merempuh keretanya hingga membuatkan kereta hilang kawalan
lalu melanggar sebatang pokok besar.
Kereta
putih itu! Kereta putih itulah yang melanggar keretanya tadi.
Pintu
kereta ditolak kasar. Laju langkah kaki berlari tanpa arah. Bahunya sakit.
Mungkin kerana hentakan ketika insiden tadi. Dan kereta tadi mula mengejarnya
dari arah belakang. Laju Eryna berlari namun kereta itu terus merempuh Eryna
lalu badannya tercampak ke udara.
“Arghhh....”
Jerit
Eryna kuat hingga membuatkan Razak yang tidur itu tersentak.
“Ya
Allah....” Eryna angkat tubuh dan terus berdiri di birai katil. Nafasnya
tercungap-cungap.
“Fasih...”
Eryna
masih seperti tadi. Ketakutan dan.... kegelisahan.
“Fasih...
ini abang...” Ditarik lengan isterinya yang masih memandangnya tanpa suara.
Muka itu nampak pucat benar.
“Dia
berjaya bunuh Fasih...” Dipeluk kejap bahu suamiya. Ya Tuhan... mimpi itu bagai
tertalu dekat. Bagai baru lepas benar-benar berlaku.
“Syhhh...
abang ada... Selagi abang ada, dia tak akan dapat apa-apakan Fasih...” Pujuk
Razak lembut.
Betul
cakap isterinya, perkara ini perlu disudahkan. Dia dah tak berdaya nak melihat
isteirnya ketakutan seperti ini. Ubun-ubun isterinya dikucup. Ketakutan ini
akan dileraikan...pasti...
***
Dua
minggu dah berlalu... Tiada ugutan lagi. Tiada kekacauan lagi. Namun mereka
tetap mengambil sikap berhati-hati. Polis masih berkawal dalam keadaan
berjaga-jaga.
Hari
ini hari terakhir dia di Kuantan. Sebentar lagi dia perlu pulang ke Shah Alam
untuk menghabiskan semester terakhirnya di sana.
Apa
yang menyenangkan hati Eryna ialah, si suami akan menemaninya menghabiskan
pengajian. Kata encik suami, sementara dia menunggu Eryna tamat belajar, dia
hanya akan membuat kerja-kerja freelance
sahaja. Sebenarnya Encik Nazreen yang mencadangkan idea ini. Disokong oleh ayah
dan disandang oleh Razak.
Tapi
betul jugak idea tu. Drafter boleh
buat kerja dari rumah pun...
Berat
sahaja mata Eryna melihat Encik Zack yang sedang memasukkan luggage ke dalam kereta mereka.
Tubuh
si ayah dipeluk erat. Dia pasti akan rindukan ayahnya.
“Dah...
jangan sedih-sedih. Habiskan satu semester lagi.. Lepas tu balik semula duduk
bawah ketiak ayah.” Seloroh Encik Ezrakil sambil ketawa.
“Ish...
apalah ayah ni. Eryn dah kahwin, jadi ketiak ayah tu dah tak laku.” Eryna
buat-buat tutup hidung. Konon tak suka...
Encik
Ezrakil seronok melihat Eryna kembali seperti dahulu. Riang... ceria... Terima
kasih kepada si menantu yang membantu mengembalikan jiwa anaknya.
“Haipp...
Tengok sayang, anak awak ni memang gatal...” Komplen Encik Ezrakil pada
isterinya.
“Macam
ayahnya jugak.” Tambah si ibu pulak.
Mereka
bertiga ketawa. “Will miss both of you...”
Tubuh kedua ibu bapanya dipeluk serentak. Nama je anak sulung. Tapi manjanya
mengalahkan yang bongsu.
“Sekejap
je enam bulan tuh... Bila habis belajar nanti, pastikan bawak balik cucu dekat
kami ya...” Permintaan Encik Ezrakil itu memang boleh buat Razak tersedak. Gila
selamba.
“Ayah
ni... malu suami saya.” Eryna menutup muka suaminya. Konon-konon menutup rasa
malu milik si suami padahal Razak dah mula membiasakan diri dengan sikap
keterbukaan keluarga Eryna yang bergurau
memang tak pandang kiri kanan.
Tapi
sebenarnya...dari situlah mereka mengumpul kekuatan bersama.
“Okaylah...
dah lewat ni. Pergi cepat....” Nada si ayah dah sebak semula. Matanya singgah
di wajah menantu pulak.
“Jaga
harta ayah baik-baik....”
Razak
sekadar mengangguk. Kalau ayah mertuanya itu tak pesan pun, dia memang akan
menjaga Eryna seperti nyawanya sendiri.
Kali
ini, Eryna benar-benar rasa berat hati nak tinggalkan keluarganya. Tapi dia tak
boleh terus layan rasa sedih.
Hampir
empat jam di dalam kereta, pemanduan encik suami sampai ke destinasi. Kali ini
encik suami menyewa rumah lain untuk mereka. Jadi dia tidak akan menyewa di
rumah lamanya. Lagi pula, rumah itu menyimpan beribu khazanah dia bersama
dengan Nadiah.
“Okay
tak rumah ni? Abang pilih yang dekat dengan
kampus.. So kalau apa-apa hal senang.”
“Fasih
tak kisah pun tinggal kat mana pun. Asalkan dengan abang..” Eryna memang
sengaja bagi ayat manis supaya si suami ni pengsan gamaknya.
“Mana
boleh tak kisah... Fasih kena tinggal dalam hati abang. Jangan berani nak
keluar.” Hidung Eryna dicuit. Argh, mulutnya pun dah kemain pandai menjawab.
“Setiap
hari abang ada improvement... Esok
lusa sah Fasih kena diabetis.”
“Ada
sahaja jawapan sayang ni. Jom masuk... Kena kemas barang sebab lusa kan Fasih
dah nak start kuliah..”
Rumah
setingkat yang mempunyai tiga bilik itu walaupun agak kecil tapi rasa sangat
selesa. Sekurang-kurangnya ada kelengkapan yang lain. Senang sikit kerjanya
nanti. Mana nak bahagikan tugas... Mana nak fokus belajar.
“Wah..
cantiknya bilik untuk kita bercinta...” Eryna jadi semangat. Bilik tidur warna
kuning itu nampak sungguh ceria.
“Ya...
ini bilik untuk kita bercinta siang malam..” Sempat lagi Razak bagi lauk tambah.
“Belah sini bilik untuk stress...” Jelas Razak. Merujuk kepada bilik bacaan
untuk dia menyiapkan kerjanya dan tempat Eryna belajar.
“Kat
belakang tu bilik apa?” Leher diangkat sedikit.
“Hmm..
bilik kosong... Boleh buat stor.” Razak memberi cadangan.
“Eh
tak payah... Fasih nak jadikan bilik tu sebagai bilik merajuk. Sedang kalau
Fasih merajuk dengan abang, Fasih boleh bertapa kat dalam tuh...” Usik Eryna
nakal. Nak merajuk apa ke benda pulak? Encik suami layan dia sikit punya baik
lagi.
“Oh
no... abang tak benarkan? Abang akan kunci bilik tu...”
“Alah...
kalau nak merajuk macam mana?” Tanya Eryna dengan mukanya yang sangat mencuit
hati Razak.
“Merajuk
dekat sini...” Razak tepuk bahu sendiri. Biar Eryna lepaskan semuanya di
bahunya.
Eryna
ternganga. Betul ke ini Encik Zack? Ishh.. macam lain sangat.
“...biar
abang pujuk rajuk Fasih tu sampai Fasih sendiri serik nak merajuk.”
Oh...
angin.. ribut... taufan.. dah berkenduri dalam hati. Seronok betul perasaan
disayangi dan dihargai ini.
“Dah
lah... Fasih nak mandi dulu.” Tuala di dalam beg dikeluarkan. Kaki dibawa ke
bilik air sementara itu Razak meneruskan kerja-kerja mengemasnya. Eryna
mengerling ke arah Encik Zack. Suaminya itu memang ringan tulang!
Cermin
di dalam bilik air ditenung. Terperasan satu nota yang tertampal.
You know something? I sent an angel to look over you at
night... The angel came back a minute later and I asked it why? It told me...
“Angels don’t watch other angels..”
You’re my angel...=)
Kembang
seladang rasanya baca nota kecil itu. Walaupun mungkin encik suami copy
daripada encik google, tapi cara Encik Zack menunjukkan kasih sayangnya itu,
sangat menyenangkan hati Eryna.
Pintu
bilik air dibuka dari dalam. Mulutnya menjerit memanggil si suami.
“Kenapa?”
Terkejar Razak mendengar suara jeritan Eryna itu. Bimbang ada perkara buruk
berlaku.
“Bilik
air ni kotorlah...” Komplen Eryna sambil mencemik kengkonon tak puas hati.
“Hah,
kotor? Tadi abang masuk bersih je...” Mata meliar melihat memandang di
sekeliling bilik air. Apa yang kotor?
Terus
Eryna memulas paip air pabila melihat si suami yang sudah berada di bawah air
pancut itu.
“Fasih...
habislah basah abang...” Apa kena dengan isterinya ini?
“Alang
kepalang dah basah tu... Jom ah kita basuh bilik air sama-sama. Barulah berkat...kan?.”
Si Eryna dah mengusik suaminya.
Razak
gigit bibir bila dapat membaca muslihat isterinya. Ya Allah, macam manalah dia
boleh jadi suami Eryna ni? Nakalnya hanya tuhan yang tahu.
***
Hari
pertama kelas bermula, penatnya ya ampun.... Tapi tahankan jelah. Al-maklum dah
hampir tujuh bulan tinggalkan zaman belajar. Otak tiba-tiba rasa berkarat.
Momentum tiba-tiba rasa berkurangan.
Eryna
balik sendiri hari ini. Dia malas hendak menyusahkan si suami yang keluar
katanya bertemu teman lama.
Jiran
tetangganya juga ramai yang bekerja. Jadi kawasan rumah agak sunyi sedikit.
Baru dia hendak menutup pintu rumah, tiba-tiba pintunya ditolak kasar dari luar
hingga membuatkan dirinya terjatuh ke belakang.
Liur
ditelan pabila melihat seraut wajah itu. Lelaki itu!
Eryna
mengengsot ke belakang sedikit.
“Kenapa
pandang aku macam tu? Rindu kat aku ke?”
Parut
itu.. senyuman itu... Masih sama seperti dahulu. Walaupun wajah itu hanya
pernah sekali terlayar di matanya, namun kejamnya manusia yang bertopengkan syaitan
ini tak akan pernah mampu Eryna lupakan.
“Kau
manusia yang paling kejam... Kau bunuh kawan aku yang tak bersalah!” Jerit
Eryna kuat.
Malik
yang geram terus melempang kuat pipi Eryna. Badan Eryna dibawa ke dinding.
Wajah Eryna dicengkam kuat.
“Hei,
ini semua salah kau! Kalau kau tak datang, aku hanya nak jadikan kawan kau tu
sebagai juadah hidangan aku je... Tapi kau yang paksa aku untuk bunuh dia! Ini
semua salah kau!”
Tak
fikir panjang, terus Eryna meludah wajah Malik.
“Syaitan
macam kau tak layak hidup...!” Sungguh, Eryna dah tak mampu melayan sabar.
“Kurang
ajar!” Sekali lagi pipi Eryna menjadi mangsa pukulan Malik. Tudung yang dipakai
oleh gadis itu terus direntap. Rambut panjang yang mengurai itu membuatkan
nafsu Malik bergelora.
“Sebab
kau beria nak selamatkan kawan kau tu... Jadi kaulah yang kena jadi gantinya...
Hmm, tapi bagus jugak. Aku tengok kau lebih mengancam dari kawan kau yang badan
tak ada isi tu...”
Eryna
sedar yang dia tak boleh lemah dalam keadaan genting seperti ini. Matanya
terperasankan beg sandangnya yang berada di hujung kakinya. Cepat dikais dan
ditolak badan Malik ke tepi.
Spray
pemedih mata dikeluarkan dan terus dihala ke muka Malik sehingga lelaki itu
menjerit kepedihan.
Laju
anak kaki Eryna melangkah ke dapur. Pisau mula dicapai. Malik muncul di muka
pintu dapur dengan muka yang marah.
“Kau
tak akan terlepas lagi.. Kau tahu tak berapa lama aku bersabar nak tunggu hari
ni?” Makin lama, muka itu makin meloyakan di mata Eryna.
“Aku
pun dah lama tunggu hari ni Malik.... Hari dimana kematian kawan aku akan
terbela..”
Malik
melangkah berani.
Eryna
telan liur. Pisau ditangannya diacah ke arah Malik. Tapi lelaki itu... hanya
ketawa.
“Jangan
salahkan aku kalau aku kejar kau... Kau yang berani bagi lakaran muka aku pada
pihak polis kan? Kalau kau tak buat macam tuh... Aku pun tak akan ganggu hidup
kau pun. Kau memang bermain dengan api...” Malik mendekat lagi.
“Tolong......”
Jerit Eryna kuat walaupun pipinya pedih kesan daripada tamparan tadi.
“Tolong....”
Malik
yang tidak menyangka tindakan Eryna menjerit itu terus mendapatkan perempuan
itu. Seketika mereka bergelut di lantai dapur untuk mendapatkan pisau di tangan
Eryna.
Dan
ketika itu juga pintu dapur ditolak dari arah luar.
“Jangan
bergerak!” Seorang inspektor polis muncul sambil memacukan pistol ke arah
Malik.
Malik
yang tergamam terus menarik Eryna dan mengacukan pisau di leher Eryna.
“Menyerah
Malik! Awak dah dikepung.” Ujar Inspektor Amril tegas. Razak yang muncul dengan
beberapa inspektor yang lain mula terkejut apabila melihat Eryna berada di
cengkaman lelaki itu.
“Lepaskan
isteri aku...”
“Lepaskan?”
Malik ketawa kuat. Malah merapatkan bibirnya di leher Eryna. “Bini kau ni wangi
sangat....”
Eryna
tak tinggal diam. Lengan Malik yang melilit lehernya itu terus digigit kuat
hingga Malik menjerit kesakitan dan melepaskan pautan. Dan pada masa itu, pihak
polis bertindak dengan menerkam tubuh Malik dan bergelut sesama sendiri.
Razak
terus mendapatkan si isteri.
Tapi
bunyi tembakan secara tiba-tiba itu membuatkan seisi rumah tergamam.
“Fasih!”
Jerit Razak pabila tubuh si isteri terkulai di lantai dapur.
Eryna
menekan bahunya yang berdarah akibat dari tembakan rambang tadi. Tuhan..
sakitnya....
Malik
ketawa. “Kan aku cakap.... Aku akan bunuh kau!” Pekik Malik seperti orang tak
siuman.
“Kurang
ajar!” Inspektor Amril terus menumbuk wajah Malik. Tangan Malik disilangkan ke
belakang dan digari.
Razak
dah tak peduli tentang Malik. Yang penting sekarang adalah isterinya.
“Fasih...
Bertahan sayang.... kita pergi hospital sekarang!” Dicempung tubuh Eryna yang
mulai layu itu. Isterinya itu perlu diselamatkan.
***
Tangan
Razak mengelus lembut rambut Eryna yang mengurai. Dah dua hari isterinya tidak
sedarkan diri. Kata doktor, Eryna berada dalam keadaan stabil namun selagi
Eryna tidak bangun dan tersenyum padannya, selagi itulah dia tidak akan tenang.
Ahli
keluarga yang lain dan pulang ke Hotel. Hanya dia yang berkeras untuk menemani
walaupun ayah mertuanya berkeras untuk dia pulang.
Dia
nak bila Eryna buka mata.... Wajah dialah yang Eryna akan pandang.
Sebenarnya
memang mereka sengaja membiarkan Eryna sendiri tanpa teman ketika pulang ke
rumah. Kerana acap kali juga Eryna mengadu bahawa seseorang ada mengekorinya.
Jadi, mereka mengambil peluang untuk memerangkap Malik.
“Maafkanlah
ku tak bisa hidup tanpa kamu....” Suara Razak beralun perlahan sambil bibirnya
menjamah satu persatu jari milik Eryna.
“Fahamilah
ku tak mampu terus tanpa kamu...” Air mata dah bergenang.
Razak
telan liur mengumpul kekuatan. Mengawal sebak yang berselubung di relung hati. “Bagaimana
ku nanti... bila kau tak di sisi. Yang ku ada hanya kamu saja....”
Razak
terdiam. Nampaknya suaranya ini tidak mampu mengejutkan Eryna dari lenanya.
Baru sahaja dia hendak bangun namun tangannya terkesan dengan genggaman gerak
balas dari Eryna.
“Kenapa
berhenti...”
Suara
itu....Mata Eryna terbuka dan bibir itu.... tersenyum pendek. Ya Allah, dia dah
sedar...
“Fasih
abang dah sedar...” Razak kembali duduk. Seketika dia tak tahu apa yang dia
perlu buat. “Abang nak panggil doktor....” Menggelabah Razak keluar.
Dalam
sakit-sakit sempat Eryna menggeleng dengan perangai encik suami. Kenapalah
susah-susah. Kan boleh tekan button
hijau dekat kepala katil ni. Adoi... lucu bin haru betullah!
Setelah
diperiksa oleh doktor, Razak kembali mendapatkan isterinya. Kata Dr Amirul,
jika tahap kesihatan Eryna baik, lusa dia sudah boleh keluar dari hospital.
Mujur sahaja tembakan Malik itu hanya mengenai sipi bahu Eryna. Kalau kena
sungguh, mahu berbulan duduk di hospital.
Eryna
bergerak sedikit. Membetulkan letak duduk bahunya. Kesan bius mungkin ada lagi
sebab tu rasa sakit sangat.
“Sakit
ke? Sabar ya...”
Eryna
tarik senyum. “Sakit sangat... tapi sungguh ini sakit yang paling
berbaloi. Akhirnya kematian Diah
terbela...” Kelopak mata dah terasa panas. Sakit di bahu memang terasa. Tapi
perit di pipi lagi menduga.
“Bengkak
tak muka Fasih? Yang ni memang sakit gila... Dua kali kena lempang.. Mujur
kepala ni tak biul..” Tangan kiri meraba ke pipi. Boleh rasa bengkaknya.
Razak
merapatkan bibirnya di hujung bibir Eryna. “Sakit lagi tak?”
Rasa
macam kena bius cinta. Terkesima Eryna dibuatnya. Sejak bila suaminya jadi
terlebih romantik ni?
“Sakit...”
Waktu sakitlah waktu nak terlebih mengada kan...
Razak
sapu ubat lagi. “Sakit lagi?” Aduhai isteri... sakit-sakit pun perangai mengada
tu tak tinggal.
Like seriously... A kiss makes the heart
young again and wipes out the years...
“Sakit...”
Rengek Eryna makin menjadi-jadi.
“Ni
dah macam sakit mengada ni. Tak apa, cepat sembuh jadi abang boleh bagi ubat
yang lebih best lagi...” Ayat penyata yang bikin hati sendiri kacau bilau.
“Waw...
dengar macam menarik je. Tak sabarnya...”
Razak
tarik hidung si isteri. “Tolong simpan sikit perangai gatal tu.. malu kat
orang.”
Eryna
ketawa. Dia suka si suami yang versi begini. Yang dah pandai mengusik. Dah
pandai menggodam perasaan. Hackers
yang bawa virus!
“Terima kasih bang.. Sebab kejutkan Fasih dari
lena tadi. Terdengar suara siapalah yang sumbang ni.. Nak tidur pun tak syok..
Tu yang terjaga...” sesedap rasa mengutuk suami sendiri.
Tapi
tipu kalau tak sedap! Faizal tahir pun kalah okeh! Dia tak akan bagi perempuan
lain dengar. Sebab siapa yang dengar suara yang gemersik itu, mesti hati dia
akan cair. Serius cair...
“Amboih...”
Mereka
saling bertukar senyum. Sungguh, cinta itu ada kegembiraan yang menggetarkan.
“Apa
yang abang tengah fikir?” Tanya Eryna bagai memahami reaksi si suami yang
bagaikan mengelamun itu.
“Semuanya
dah berakhir... Semuanya perlu pulang ke tempat asalnya. Semua akan tersusun
seperti dulu.”
Eryna
telan liur. Jari jemari mereka yang bertaut itu dileraikan. Apa maksud encik
suami? Makna kata bila lelaki itu dah kena tangkap, encik suami nak lepaskan
cik isteri ke?
“Maksud
abang?”
“Maksud
abang... abang akan dapat totally
Eryna yang abang kenal dulu... Yang ceria.. yang mengada.. yang banyak mulut..
Fuh, rupanya terlalu banyak kenangan kita dahulu...”
Nafas
berat ditarik. Fuh, tersalah faham pulak. Mujur tak kena serangan jantung.
Kalau tak mahu mati kejung.
“This feeling... Only you can make me have
this feeling. I want to feel it till I die.. Stay next to me, I can take care
of you forever and ever..”
Eryna
pejam mata. Nak nangis weh.... Setelah apa yang dilalui beberapa ketika ini,
dia sedar... inilah jalan yang tuhan tunjuk untuk berikan seorang lelaki yang
mampu menyintai dan menyayanginya.
Atas
tiket kasih sayang tuhan... atas belas ehsan tuhan... Dia menduga, kemudian dia
menitipkan rasa hati yang berbunga.
“Ish...
tidur pulak... Abang nak nyanyilah...” Razak dah bersedia.
“Disebalik
semua..lelaki di dunia.. Pastinya didukung seorang wanita... Dia berkorban
untuk memberi yang mampu... Demi insan yang disanjung dalam hidup...”
Sendiri
nyanyi. Sendiri yang rasa sebak.
“Terima
kasih Fasih abang... Sebab pulangkan diri abang yang lama. Sebab hilangkan
trauma abang. Abang tahu yang emak pernah cerita dekat Fasih kan yang abang ada
penyakit aphonia. Lepas sakit abang sembuh, abang memang takut nak bercakap...
sebab abang takut sakit abang kembali. Tu salah satu sebab kenapa abang jadi
pendiam.”
Eryna
tak sanggup nak berpura-pura tidur lagi. Suara suaminya serius bukan main lagi.
“Terima
kasih sebab selimutkan kelemahan abang... Terima kasih sayang sebab sudi terima
abang.”
“Kenapa
ya abang suka menyanyi untuk Fasih?” Baru Eryna perasan. Razak memang suka
menyanyi. Dah lah belaka lagu jiwang!
Razak
sengih. “Music is the best way for me to
say I love you...”
Mata
cik isteri bergenang. Dia cuba untuk bangun.
“Kenapa
ni?”
“Nak
pinjam bahu... Nak peluk abang...” Pinta Eryna tak malu.
“Peluk
je tau! Tak boleh lebih-lebih...” Gurau Razak galak. Bahunya dipinjamkan.
Hatinya dihulurkan. Selagi nyawanya ini dipinjamkan pada Eryna, selagi itulah
dia hanya akan mampu menyintai Eryna Fasihah.
Tenangkan hatinya bila resah
Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita
****
Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita
****
Masuk
ke dalam biliknya, Razak melihat Eryna yang agak masam mencuka. Dah kenapa
pulak dengan si isteri ni?
“Kenapa
ni?” Tak pernah-pernah pulak Eryna bersikap macam ni.
“Cuba
tengok hati Fasih ni.. Macam dah kecik. Perasaan pulak macam dah calar balar..
sobss..”
Razak
ketawa. Argh, makin kuat berdrama betul isterinya yang seorang ni. Hubungan
mereka pun dah hampir melangkah setahun. Isterinya pun dah habis belajar.
Mereka pun sudah pulang duduk di Kuantan.
“Please list down tahap kesalahan abang
sampai tercalar balar dan terkecik hati isteri saya ni?” Pipi gebu isterinya
ditarik.
Eryna
tutup hidung bila Razak mendekat.
“Abang
tu makan petai... Eryn tak suka...” Ya Allah, baunya masyaAllah. Sungguh tak
kenan! Boleh pengsan macam gini.
“Ish...
ibu masak udang masak petai.. sedap tuhh. Tak kan nak tengok je. Lagipun sebelum
ni Fasih pun suka jugak kan...”
“Fasih
tak makan petai okay...” Si isteri
membetulkan ayat milik si suami.
“Memanglah..
Tapi udang dalam petai tu Fasih makan jugak.”
“Itu
dulu...” Pangkah Eryna duduk sedikit menjauh.
“Kenapa
dengan sekarang?”
“Sekarang
baby tak suka...” Tempelak Eryna.
Haih,
ini lah masalahnya sekarang. Pembawakan budak tahap melampau. Habis semua
makanan yang ditelan suaminya Eryna tak suka.
Semalam
encik suami makan roti kaya pun, Eryna marah. Apalah salah roti kaya tuh...
Lagi-lagi, apalah salah tekak encik suami tu.
“Masalahnya
sekarang, abang mengidam nak makan....” Suara Razak pulak. Adoi...peliklah
alahan isterinya ini. Apa yang dia nak makan, kena mintak kebenaran. Kalau tak
beritahu, merajuknya semedang!
“Ish....
kenapa abang pulak yang mengidam.. Baby
kan dalam perut Fasih bukannya dalam perut abang!” Tak sedar, suara tertinggi
dengan sendiri.
Tak
disuruh.
Tak
diarah.
Tak
tentu jadinya.
Mereka
terdiam dan terpandang sesama sendiri. Razak mahu larikan diri dalam keadaan
tegang ini. Dia masuk ke dalam bilik air.
Di
luar pula, Eryna menampar mulutnya.. Kenapa menderhaka pada tuan sendiri?
Kenapa menderhaka pada suami? Kenapa menderhaka kepada ayah kepada anaknya?
Tak
lama mengambil masa, Razak keluar dari bilik air. Dia pergi mendapatkan
isterinya. Biarlah dia beralah. Orang mengandung kan macam-macam bebannya. Jadi
banyaklah ragamnya.
Jadi... biarlah dia yang jadi sasaran Eryna
melepaskan lelah. Sembilan bulan je kena bertahan... tak lama. Apalah sangat
jika hendak dibandingkan dengan si isteri yang membawa perut itu.
“Abang...”
“Lepas
ni abang kawal diri. Tak tak akan makan apa yang Fasih tak bagi.”
Eryna
menggeleng. Kolam mata dah panas. Sudah siap menanti di muka pintu.
“Jangan
macam tu..” Tangan si suami dicapai. Bahu dipinjam tanpa meminta. Bukankah bahu
itu memang tersedia untuknya.
“Fasih
tak bermaksud nak lukakan hati abang. Entahlah.. kita banyak bergaduh sejak
akhir-akhir ni kan...” Komen Eryna sendiri.
Jelas
sangat! Entah apa yang kurang... Eryna pun pelik sendiri. Bergaduh atas sebab
yang kecil. Mungkin tak cukup kenal. Mungkin Allah nak bagi kenal perangai
masing-masing. Atau mungkin sudah tiba masanya perang menyerang.
“Ya....
Bergaduh tu kan cara menyemai kasih sayang. Jangan letih... Kita akan tetap
bergaduh sampai ke tua pun kan... Lagipun ini pembawakan budak je..”
“Tapi
bimbang pergaduhan ni buat perasaan kita makin tawar...” Luah Eryna perlahan.
Razak
melabuhkan tangan di perut Eryna yang sudah mula membulat. Bakal memeriahkan
lagi hubungan mereka.
“Dia
dah muncul.. untuk mengikat kasih sayang antara kita. Dia akan jadi kekuatan
kita.. dan pada yang sama dia akan jadi kelemahan kita jugak. Tuhan dah kirim
bahagia... jadi kita tak seharusnya tamak untuk menolak derita. Kunyahlah
pelan-pelan aturan tuhan. Abang ada Fasih... Fasih ada abang... Jadikan itulah
senjata untuk menghadapi peperangan hidup yang mendatang...”
Eryna
diam mendengar kata-kata penuh nasihat itu.
Encik
suami tahu bila waktu yang sesuai untuk bercakap.
Encik
suami tahu bila masa mereka perlu face to
face.
Encik
suami tahu bila waktu perlu malu dan bila waktu perlu mahu.
Tak
main aci redah macam dia. Kebaikan jiwa encik suami bukan hanya tuhan yang tahu
tapi terlihat dek mata kasar manusia di sekelilingnya. Dia... encik suami yang
menepati ideologi suami sempurna walaupun satu ketika dahulu, dia pernah menidakkan
sikap encik suami yang pendiam itu.
“Kenapa
senyap?”
“Rasa
macam tak percaya abang boleh cakap macam tuh... Dulu kan abang pendiam..”
“Lelaki
pendiam hanya banyak cakap dengan orang yang dia sayang... Macam tu jugak
dengan abang.. orang cakap weh Jak, bini kau tu banyak cakap. Sah dah dia kuat
bebel kan?”
Eryna
ketawa melihat aksi encik suami mengajuk perbualan rakannya. “Dah tu abang
jawab apa?”
“Buat
apa dicerita… bahagia kita rasa.. biar tak dipercaya peduli orang kata.. Dan lastly, saya kenal sayang saya….” Sempat
lagi Razak menyanyi sambil badan bergerak ke kiri dan kanan.
“Nasib
Fasih tak pandai nyanyi.. Kalau tak Fasih dah sambung dah.”
Seketika,
mereka sama-sama menyumbang tawa.
“Jangan
risau Fasih… hidup ada bahagian-bahagiannya. Ada duka.. ada tangis.. ada
bahagia… ada senyum… ada yang pendiam… ada yang bercakap tak mampu diam.. kan
itu lumrah..”
Eryna
senyum.
“Sempat
lagi nak perli pasal ada orang bercakap tak mampu diam kan? Apa-apa pun, sikap
abang yang pendiam tu adalah trofi terbaik yang Fasih miliki. Setidaknya, Fasih
tahu abang tak pandai mengayat perempuan lain kan…”
Ya..
untung kalau dapat suami pendiam ni. Perangai dia, jiwa dia, naluri dia.. hanya
kita yang kenal. Bukan orang lain.
“Tapi
abang tak boleh nak mengelak kalau perempuan mengurat abang…” Seloroh Razak
sengaja mengundang marah isterinya.
“Jangan
nak mengada… Abang hanya boleh rindu, sayang dan cintakan Fasih jeh. Kalau
Fasih tahu abang macam-macam, Fasih telan abang hidup-hidup.” Amaran keras
berbau cemburu dan keluar.
“Memanglah…
Merindui Fasih adalah hobi abang..”
Mata
Eryna membulat. Oh, mood gedik-gedik suami dah muncul.
“Menyayangi
Fasih adalah pekerjaan abang..”
Mulut
Eryna melopong. Suka suka suka!
“Menyintai
Fasih pulak adalah kehidupan abang…” Sambung Razak sambil mencium ubun-ubun
milik si isteri. Tuhan… kirimkanlah bahagiamu buat kami sekeluarga.
“Sayang
abang sesangat dan suka semuanya ayat tadi…” Itu je yang Eryna mampu balas. Dia
memang banyak cakap tapi dia bukan puitis orangnya. Tak macam encik suami yang
punya banyak sentimental value yang lahir dari jiwa raga.
Pipi
suaminya dikucup. Nampak wajah itu sedikit merona.
“Ish...
abang malu ke?” Usik Eryna ketawa.
“Hei,
kalau abang malu... tak adanya baby dalam
perut Fasih nih...” Gurau Razak pula.
Dia
sedar, humor dan lelaki adalah perpaduan yang seksi. Jika kita mampu
membuatkannya tertawa, tak ada yang
lebih seksi dari itu. Lagipun, humor itu merupakan satu langkah yang baik untuk
buat suami lebih dicintai oleh isteri.
Cik
isteri ketawa lepas. Suaminya makin pandai bermain kata.
Tiba-tiba
Razak tepuk dahi. “Eh Fasih… lupa nak say
sorry.”
“What for?”
“Sebab
tadi masa abang gosok gigi… abang terguna berus gigi Fasih. Maaflah… dah lah
tadi abang makan petai… Habislah…”
Terus
Eryna bangun dan bercekak pinggang. “Abang nih… gunalah berus gigi sendiri.”
“Kita
kan dah nak kongsi anak dah… Tak kan kongsi berus gigi pun tak boleh?”
Sebenarnya Razak sengaja mengusik.
Someone said... A man who never made a woman
angry is a failure in life. Heh.. jadi sebab itu dengan sengaja dia mengumpan
marah si isteri.
“Tak
boleh… Fasih tak suka…bla bla bla” Marah Eryna dengan bebelan dan masuk ke
dalam bilik air. Buat sport check
gamaknya.
No matter where are you and what you do..
The people arround you that makes your journeys better.
Wanita
adalah makhluk verbal yang gemar mengeluarkan banyak kata-kata. Jadi Razak buat
dek sahaja mendengar bebelan Eryna.
Tak
kiralah sakit telinga, hati tercedera atau jiwa meronta dengan pasangan kita,
hadapilah rencah hidup itu sekadarnya. Dah nama hidup berkongsi... haruslah
terima kelebihan dan kekurangan seadanya.
Bercakap
soal jodoh... Kalau ikut hati, mati. Kalau ikut suka binasa. Kalau ikut
perasaan nanti jadi terbeban. Kalau ikut akal bimbang tersangkal... Jadi nak
ikut apa?
Serah
saja pada tangan Tuhan. Dia punya jawapan di setiap tempat kosong itu. Andai
ada jodoh, beza macam mana, suka macam mana, benci macam mana pun... pasti
bertemu juga.
It's gonna be a long, long journey
It's gonna be an uphill climb
It's gonna be a tough fight
It's gonna be some lonely nights
But I'm ready to carry on.
It's gonna be an uphill climb
It's gonna be a tough fight
It's gonna be some lonely nights
But I'm ready to carry on.
p/s:
tenkiu kawan2 semua yang sudi baca sampai ke titik akhir. 186 page untuk kisah
mereka nih.. hope so penantian yang berbaloi (almaklum lama nk tunggu kan..) nway..
jangan malas komen keyh.. sila rerajinkan diri.. tq so much for everything..
terlebih kurang mana2 tuh… ampun maaf dipinta… untuk bulan pose nih..belog akan
berehat ya…. daaaa
akakkkk...
ReplyDeletebest3..
cepat2 sambung eh..
ekeke.. ;)
haippp.. sape nihh.. lupa nak pesan suh ubuh nama..hehhee
Deletesy yg komen kt fb..
Deleteekeke...
-syuhada-
Best2...nnti cpt2 smbung tau...
ReplyDeletemohon ubuh nama.. senang nak detect..heh
Deletebest...kelakar,,hope dpt baca full n3 asap...^^
ReplyDeleteaik.. kenapa semua cik anon x ada nama nih.. plez drop ur name yoo..
DeleteWah!!!! Bestlah sara....dahlah rindu dgn buah tgn sara...skali dpt yg best gitu...tiap2 hari jenguk blog nie....
Delete-sj-
heheh.. kisah biasa jeh... mohon teruskan sokongan keh.. =)
DeleteKfadz ........best
ReplyDeletetq kak.. tggu full version..
DeleteBest sangat2..kelakar+sweet..
ReplyDeleteCepat sambung tau.. :-)
tqtqtq.. nama mane nih.. ishish..
Deletebest2..bila nk smbung lg?
ReplyDeletesebelum hujung bulan ni kita kasi settle keyh.. =)
DeleteSblm hujung bulan ya kak...waaaa..xsbr nya..cepat lh masa blalu... herm :-)
Delete#Schariedah Schalus
Best..suka amat ngan cik kepoh ni.x sbr nk bca lg..tp dsbrkan jgk.sila sambung cepat2 yer cik penulis
ReplyDelete---annis---
sila sabar okehh.. x lama dah.. heh.. minah tu mmg kepochi..
Deleteserious best.....plizzz publis it faster..cant wait for the next chapter..
ReplyDeletetq lalink.. sila bersabar menanti ending yang masih belum berkunjung tiba tuh..hehe
Deletetolonglah sambung cepatttttt
ReplyDeletehahaha... arahan ke permintaan nihh...
Deletedua2... haha. lama tak layan cerita heroin gila2...
Deleteserious best gila... nak siap2 p mancing ni....td akil da call suruh teman eryn hahahahah :)
ReplyDelete-Syira azmi-
hahaha..sempat je awok kann... hero dia encik zack okeh.. bkn akil lagi
DeleteWaaa....best sgt2..xsbr nk bc full n3 ni... smbg cepat2 ya kak..hihi..nk full niiiii.. *_*
ReplyDelete#Schariedah Schalus
sabor sabor.. hhehehe.. tq dear
Deletedear sara... seperti biasa.. gempak n awesome.. tunggu penghabisannya dengan penuh debaran.. zack n eryn is a very lovely character ler.. sy wonder lah sara.. how come awk terlalu bnyak idea y best-best..hehee
ReplyDeletehahaha.. berkat doa dari pembaca kot.. sbb tu Allah kirimkan lagi idea y hopenya gempak ler n dpt puaskan hati pembaca..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteakak, boleh sakit jiwa nak tunggu full version ni. Best sangat!! :P
ReplyDelete-shukrina-
hahaha.. sabor.. jangan masuk wad jiwa dulu.. kehkeh
DeleteIzzati Aisyah Md Nor:
ReplyDeletewah3x...anak Ezrakil dgn Farafeesa ye...so cute lah dia...mmg fasih betul berkata-kata...Razak pendiam + Eryna yang bnyak mulut...mmmg sesuai....bru berseri hidup...
*kak Sara, mmg ada typo error pun tapi x pe...belum edit lagi kan...x sabar nak tunggu full entry..;)
kankankan... tp kalu dapat laki mcm encik zack tuh.. mcm xleh terima jeh.. kehkehe. nwayy.. mmg bnyak typo.. akan cuba diedit untuk masa akan datang..hehee
Deletebest ar...menarik sgt....cpt sambung..
ReplyDeletetq tq.. try habiskan..
DeleteSis, seriously, best habis! Hahaha. Tak sabar tunggu sambungan. All the best for you. :D
ReplyDeletetq sis... sila sabar menanti ya..hehe
DeleteBest..tak sbar nak tggu full entry...Congrat Ezza Mysara...
ReplyDeletetq lalink.. sila sabar menanti..
Deletebestnya....silalah smbg cepat2....x sabar nak baca sikepohci nie......kelakar giler.....
ReplyDeletehehehe.. tq tq.. ai tulis secpat mungkin yoo
Deleteni pnjg sgt ni tuk jdi cerpen...hakhak.ko ubah jadi cerpan la plak..
ReplyDeletenipun stress bca x de ending..smngt kot aku dok feeling2
>>k<<
haha.. anggpa jelah mini novel y x ada bab.. senang krang baca sekaligus..heh
Deletebest! tak sabar nak tunggu next entry. hehehe
ReplyDeletetq.. sila menanti penuh sabar
Deletemmg lain btul yang nih... sengih mnjg jer time bcer
ReplyDeletehahaha.. cuba mevariasikan penulisan.. kononlah...
Deletethis in realy awesome sara... what the great idea... aiyoo.. cer kongsi macam mana boleh dapat idea sebegini canggih..
ReplyDeletekak zila
hahaha... mungkin sebab dari doa2 pmbaca semua.. nway tq lelaju akak sudi sokong
Deleteteruja .tp kena edit ..kejap pak ngah kejap pak long..tetiba eryna jadi amna..apa2pun best la dik..
ReplyDeletehahahhaa.. sngt2 betul kak.. try my best untuk editing nnti..
Deleteteruja .tp kena edit ..kejap pak ngah kejap pak long..tetiba eryna jadi amna..apa2pun best la dik..
ReplyDeletetypo itu wajibulrunnah dah.. kehkeh
Deleteteruja .tp kena edit ..kejap pak ngah kejap pak long..tetiba eryna jadi amna..apa2pun best la dik..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThanks for the entry !!
ReplyDeleteImpressive !!
Gracias !!
-Adawiah-
^,^
tq lalink... =)
Deletesambunglah lagi...sambunglah lagi...sambunglah lagi..... :D
ReplyDeletesabar yooo.. hehehe..
DeleteAah sara,byk typing error.tp xpa..seronok bca kenakalan eryna ni..bezzzz...
ReplyDeleteAlong eza jumel
hahaha.. kannn.. mmg bnyak gila.. xpe.. akan cuba diperbaiki untuk full entry nnti..hehee
Deletekak saraaaa!! *mencemar duli nih*
ReplyDeleteHaha..u mengoda i tergoda..last2 i terseksa sbb ctr spruh jln..haha..sila sila sila taip lelaju n post ksi abs..hihi..
Eryna sgt sempoih slumber aci redah x tgk kiri knn..hati kering but i loike..*hati i vibrate bila bce JPB* haha..
*motif komen pnjang2? Nk bg u smngt taip lelaju..* xD
p/s : ade sasul nme amna part eryn mkn bekal zack..haha..
-Yiyid- ^^v
wahhhhh... mencemar duli betul nihh..kehkehe... mmg ada nama amna.. pak ngah pak long pun ada.. kehkeh.. nnti time edit ai check balik..
Deleteyup.. paklong pakngah pun ye jgk.. ttbe teringat adik u yg kecik pggl u angah.. keke..
Deletetp jgn risau mse i bce x tergelincir dari landasan feel ank AKIL .. hahaha..
Romantic comedy.. Akak suka! Sebab versi belum diedit, dimaafkan. Jangan jadikan habit tertukar nama watak, sebab akan ganggu konsentrasi pembaca menghayati!!
ReplyDeleteSatu perkara yang akan sedari, karya Cik Sara selalu berkait di antara watak-wataknya. Sangan bagus buat cerita itu lebih hidup dan dekat di hati. Macam akak, hubby memang macam Encik Zack ni.. Akak macam Eryn, sama sangat!! LOL
Encik Ajak aka Zack, bilalah nak habis practical budak ni?? Sendiri mau ingatlah, bila tak de confirm toksah kata nak tidur, nak kerja pun terbayang-bayang!! Biole Azlee rapat dengan Eryn, baru Ajak tau.
Psst.. Rasa cam nak tukar title. Panahan Cinta Si Murai... Jangan marah.. larik...............:-)
akakkkk... (nnti tulis nama..heheh..)
Deletebab typing error tunn.. nnti akan cuba diperbaiki..hehe.. kengkadang idup memang mcm gitu.. kena dapat pasangan y 360 darjah berbeza baru hidup lebih feel.. heh..
nway thanks komen.. tajuk gitu pun sesuai jugak.. hehee.. x adanya nk marah
igt cerpen...wahhh best best..na sambungan plzzzz...:-D
ReplyDeletemmg cerpen.. tp x abis lagi.. hehe.. tuggu full ya
Deletebest la baca eryn n en zack ni.
ReplyDeletetq akak
DeleteSara,memg best and tk sbr kak yati menunggu.
ReplyDeletetq kak.. =)
DeleteBest jln cite nye,xsbr nk tggu sambungan nye...hari2 dok buka blog n usha kat fb,cpt2 smbung tau,hehe
ReplyDelete- Fara -
enjoy reading keyh
DeleteSerious best ngan watak minah kepochi nih.terbaekk writer
ReplyDeletesuka jugak watak kepoh nih.. enjoy ya
Deletebest3...!!
ReplyDeletex sabo baca smbungn..
kak ezza punya citer memang tebaek sgt2 .
very2 like..
tq lalink... terharu tauu.. heh
Deletehaha,best btul jdi eryna.kepoh je mmanjang,sy plak yg ikut prangai razak.diam je.. Best lh kak sara
ReplyDeletetq sayang... jodoh tu bila beza.. bru rasa syok kan
Deletebest!!
ReplyDeletehehe kelakar la eryn! abislah zack =)
tq anon.. lain kali tulis nama ya
DeleteAduh sara...bila nak smbg nie...jd ke nak buat printed version?
ReplyDeletedah smbung kan.. bacalah ulang 2 lagi..kehkeh
Deletecik sara nak tegur sikit boleh, muhrim dan mahram sama teks arabnya beda harakatnya, artinya jauh beda, bnyak memang yg keliru, Mahram berhubungan keturunan dan perkawinan. MUhrim orang yg melakukan haji dan sudah masuk di daerah miqat dan memakai pakaian ikhram nya dan menjaui larangan ikram orang2 ini di sebut muhrim
ReplyDeletetq atas teguran.. dah tahu.. tp ms menulis ni mamai tu y tertukar... =)
Deletebest giler2..suma karya akak sy suka..thanks 4 this lovely story...cant wait 4 your next work
ReplyDelete-miss N.
tq miss n.. tp just penulis bese.. jd jgn harap y luar biasanya keyh
Deleteehem... selesai JPB.
ReplyDeletekepada cik adik yang mmg suka buat cerpan, cerita awak tak pernah mengecewakan saya as pembaca (ecewahhhh... mengayat!) haha...
dan selamat berpuasa.
dan semoga kita semua bertemu jodoh seperti yang ditentukan Dia. InsyaAllah. :)
tq kak umi.. sy doakan untuk akak jugak.. =) xpe.. teruskan mengayat.. sy suka jeh..kehkeh
Deletebest sgt.hehe rasa mcm.. jgn la hbis lagi, nak baca lagi !! :)
ReplyDeletehahaha... hakikatnya dah habis lerrr
DeleteWahh thanks for the bedtime story ! Bedtime story yang awesome sampai buat orang nangis bila part diah tu hehe. btw i am your silent reader before this, nk cmnt tak tau nak cakap apa but no matter what ilove all your karya 10000000x to infinity ! Keep it up! (;
ReplyDeleteSincerely ,
Miss C
tq miss c... hanya penulis biasa.. mungkin karya sy mkin hdup melalui doa2 kalian.. hope x serik menyokong ya
Deletethe besttt...
ReplyDeletepermulaan yang lucu, asyik ketawa jek..
pertengahan yang sedih, nangis la plak..
akhir yang bahagia, romantik la si razak pendiam tu..
diam2 dia, skali kluar ayat.. fuhhh, cair sy..
ekekeke...
thanks for the nice story.. ^^
-syuhada-
ahaha... jgn cair sngat.. pi bekukan perasaan tu smula.. nway thanks a lot
Deleteassalamualaikum kak sara
ReplyDeletebestttt sangat cerpen ni
tahniah
selamat berpuasa akak.. :)
-nurul_
wsalam nurul... tq n selamat berpuasa jugak
Deletei like all your cerpenS. never disappoint your readers. keep it up Sara!! btw, citer ni boleh jd novel, it has strong storyline, strong characters & good touch.
ReplyDeleteAomori
tq kak ayu... tengoklah guana... kalu ada kesempatan idea kita smbung ya.. kalu adalah...hehhe.. tkut meleret jeh
DeleteAkak sara...best sangat..
ReplyDeleteDlm nangis2..ada kelakarnya..
Mcm biasa..karya akak memang the best laa...
Dlm berkarya..ada msj2 yg berguna..
Bnyk berkait dengan kehidupan...percintaan & kesedaran yg apa yg terjadik..allah dah tetapkan..
So,all the best to kak sara..kalu nak ade smbunngn pon cun jugak..kalu nak smbung ke media cetak pon lagi cun..hehe
ira akn selalu support akak sara..
-ira-
tq ira... perlu kita letakkan semua emosi dlm satu masa.. untuk ke media cetak atau smbung novel.. msih x tahu lagi.. tgok mcm mana ya..
Deletekak.. start pukul 11 lebih, pkul 12.39 pg baru habis.. ngeh3.. sjam lia amik mase bace.. ki3.. tapi mmg best! gud job! olahan ayt sgt superb! terbuai sendiri lia hehe.. n cter penuh pengajaran.. hope dpt jd cm akak.. menulis dengan hati ^^
ReplyDeletesejam je? akak tulis bebulan tau..haha... akak doakan bnda y sama untuk alia jugak... tulis dengn hati insyaAllah penyampaian tu akn smpai
Deletesuperbbbbbbbbbb! anim try nak kopi ayat best dalam citer ni.tapi rasanya akan terkopi satu cerita sebab sume ayatnye bestttt.penuh makna!
ReplyDeletehuh tak tahu nak tulis apa lagi dah walaupun banyak yang nak diluah.haha.thankz sara! mohon tulis bebanyak lagi yep :D
thanks anim untuk doanya... hope jgn serik menyokong keyh... nk kopi memana ayt pun dipersilakan.. =)
DeleteDalam tawa ada sendu..
ReplyDeleteDalam sendu hadirnya tawa...
Cerpen or novel kadang2 blh jd Qoutes dalam kehidupan kita...
Maaf saya ambil ayat2 dlm novel nie..
Deleteyup betul... walaupun cite santai.. ambillah mana2 kebaikan y terhidang..hehe..nway silakan.. ambillah mana y berkenan
Deleteparin ina@fb
ReplyDeleteswet sgat.. n bbloi3... thniah...xsbar tgu entry bru ag.. semua boleh mnulis.. tpi xsmua mmpu meletakkn emosi di tempat y tepat... love it!!!""".
tq parin... yeah.. suka quote awk tuhh..
DeleteWaaa..best lh kak... jalan crta yg menarik..ending pun cantikkk... terasa nk bca berulang2 kali...skli tak puas lah... ^_^
ReplyDelete#Schariedah salus
hahaa.. tq lalink.. sila baca berulang kali keyh.. x kena bayar pun
Deletebez
ReplyDeletetq
Deleteseriously mmg best...mcm2 feel boleh rasa...kelakar time mulut becok eryna bertemu si bisu razak...happy bila tngk kasih syg berkeluarga...berdebar bila tiba part nadiah bagi jam n cincin pd eryna(sbb dah rasa something)...sedih bila something yg x best tu btl2 terjadi...x sangka bila razak blh lamar eryna n lbh x sangka bila razak jadi romantik yg amat...LOVE IT!!!
ReplyDeletetq hanita... just love ulasan awk tuh.. besenya lelaki pendiam akn bnyak ckp dengan someone y dia sayang... kehkeh...
Deletenak baca cite yang penuh kelainan... mmg sy jumpa hanya dalam cerita awak sara.. deep down.. u r born to be a writer.. tahniah n sy akan bersabar menantikan kisah seterusnya.. =)
ReplyDeletetq yat.. atas sokongan n doanya... born to be a writer tu buat sy ketawa..haha...
DeleteRamai sgt da komen..rase mcm mls je nk komen..selamat myambut bulan ramadan..~merenk's in the house~
ReplyDeleteuish.. kejamm... komenlah... hahaha
DeleteTersentuh sma mcm bla bc kisah ibu n ayah erynnn...romantika d amor..
ReplyDeletekannn... akhirnya eryna temui kisah cinta mcm ibu n ayh dia jugak.. =)
Deletememang best sangat2....berbaloi menunggu yg full entry nie....mcm2 rasa ada....terbaiklah buat cik penulisnya...
ReplyDeletetq comel.. hope penantian y berbaloi... =)
Deleteadeyyy..mlas da nak komen..da la pnjang kna scroll ke bawah :P
ReplyDelete>>k<<
kejamnya... weh komen sekarang.. haha
DeleteSerious best gilakkkk!!!!!! Penntian yg sngat berbaloi2.... Part yg berjaya buat saya nges berliter part yg nadiah mati serious sedih gila...... Abg zack nie plak mcm arjuna pujuk sara..... Serious sweet gila la diorg...... One thumbs up to u kak sara :)
ReplyDelete-syira azmi-
tq jay... very appreciate ur comnt.. abg zack lbih kurang ajuna.. tp lain sikit ler.. kehkeh.. x ckup nakal lagi... hahaha
DeleteSerious best gilakkkk!!!!!! Penntian yg sngat berbaloi2.... Part yg berjaya buat saya nges berliter part yg nadiah mati serious sedih gila...... Abg zack nie plak mcm arjuna pujuk sara..... Serious sweet gila la diorg...... One thumbs up to u kak sara :)
ReplyDelete-syira azmi-
kenapa dah habis? rasa macam tak cukup jeh... serius best gila.. tahniah writer.. moga dilimpahkan dengar idea awesome lagi.. memenuhi piawaian sy sebab sy anti cite watak ketiga y tergedik-gedik tuh...
ReplyDeletehahaha... pnjang2 nnti boleh pitam readers.. kan kan.. sy pun kurang kenan gak.. tq su
Delete1st time bc noel kt blog awk..best sgt citer ni..
ReplyDeletemake sure ada 2nd time n never had last time keh..hehe.. tq
Deletependiam - gemar rasa dipendam..
ReplyDeleteperiang - terlimpah kasih-sayang..
best sara!.. suka sgt2..
suka all the meaning.. love it.. tq xerra
DeleteIzzati Aisyah Md Nor:
ReplyDeleteAkhirnya selesai sudah membaca JPB smpai ke noktah terakhir..u always make my day kak Sara...semua cerpen2x akak selalu buat zati menangis, ketawa dan penuh dgn pengajaran...saya suka sngat dengan kata2 abg Zack dlm JPB..especially, kata2 yg mampu membangkitkan semangat Fasihah utk teruskan hidup walaupun org yg tersayang sudah tiada...saya pun pernah kehilangan...seorang kakak yg tersayang...3/7/2013..genap 2 tahun pemergian kakak saya..smpai sekarang saya sering teringatkan dia..yg paling rapat dan selalu ada dgn saya...sebak bila baca kisah kehilangan Nadiah..sian dekat Eryna...i know what she feel when her bestfriend die..perit utk bangkit semula tapi klau kita tak cuba utk keluar dripada kepompong kesedihan, kita dah menyiksa org yg dah meninggal itu...semoga dia tergolong dalam kalangan org2 yg beriman..Amin...
kalau boleh mmg nak lelaki mcm abg Zack yg sentiasa memahami dan melindungi Fasihah...menyayangi Fasihah seadanya...so sweet both of them...
love u sis...muahhhhsss..
takziah untuk pemergian kakak awak zati.. moga dia diletakkan dalam golongan owg beriman.. nway.. tq coz sudi baca n komen panjang2.. love u double.. muah muah
DeletePowerrr!!!! U d bestlah dik!!! Bila baca, kejap giggle, kejap senyum, kejap sedih, kejap risau! Bercampur baur segala rasa... U are d best & akak lurve ur writing!!! Dia ilhamkan pd adik idea yg bertubi tubi buat tatapan kita semua... Trimer kasih sbb tak lokek kongsi cerpen ni kat kita org.. Semoga Allah ilhamkan yg lebih menarik pd masa akan dtg.. Doa akak semoga ezza sentiasa diberkati & dilindungi.. Selamat berpuasa & semoga yg lebi menarik akan disiarkan lagi... InsyaAllah... Lebiu sis!!!
ReplyDelete- kak tipa -
tq tq tq kak tipa... selamat berpose jugak.. mungkin cite nampak idup atas doa2 pembaca jugak.. lebiu muah back..
DeleteTERIMA KASIH SARA. sebab berjaya garap sebuah cerpen yg bez sangat. bila baca, gelak tawa, tangis sedih hingga x sedar air mata ngalir. ikatan persahabatan itu mengingatkan kita sahabat sejati sukar di cari.
ReplyDeleteAlong ucapkan terima kasih sekali lagi, berbaloi tunggu n baca sampai habis.
-along eza jumel-
yup... sahabat sejati sukar dicari.. sm jugak ngan pembaca n penyokong sejati..hehehe.. tq along sudi baca n komen..
DeleteCerite2 akak mmg xpnah mghampakn sy,sume prasaan ade sedih..kelakar..sweet..romantik,cerite ni mmg terbaik la kak..sy sntiase support akak pnye karya
ReplyDelete-Fara (bkn farafeesa tau ;p)
u make me laugh tang fara bukan farafeesha..kehkeh... nway tq so much fara
Deleteperghhh..rabak mata.nanges punya pasal. for sure esok mata bengkak g kls. kak ezzah. terbaik la. x sia2 tikah tunggu cerpen ni ada smpai penuh. mls nk baca pendek2. xde umphhh..haha..part2 hilang org yg kita syg tu lah paling sedih. sahabat baik dunia akhirat tu, susah nak cari. ahli keluarga yg kita hilang tu jugak mmg xde pengganti. mmg x pernah rasa menyesal baca story kak ezzah. tahniah. made me cry..
ReplyDeletetq tikah... xpe.. asal baca sudah... yup.. sesuatu tu mmg mnyakitkan bila kita x mampu nak ulang kenangan y manis itu semula.. =)
DeleteHampir 2 jam sya hbiskan kisah Encik Zack dan Eryn..
ReplyDeleteSangat bermakna..sya suka hehe
tak tahu nak komen apa2 lagi..just go on cik witter..
teruskan dengan idea yg benas ini..
gud job heheh..
tq tq tq.. akak bc 2 jam.. sy nulis hmpir dua bulan.. hehe.. hope enjoy n x serik sokong sy.. =)
DeleteSuperb! Jrg bace jln cerite yg sempoi cmni sara. Sgt best. Thumbs up. Mcm2 feel ade. Yg x t'jgkau dek minda biase hehe. Syukur kau ade bakat ilham yg luar biase dan kau pdai olahkan. Cgrates sara. Hope dpt bace full version nnt :)
ReplyDeleteAbout the story, sgt unik. Jrg dpt bace jln cter yg cmni. Sbnrnye cter cmni la yg aku minat. Sempoi. Mcm kau la Sara hehe. Btw, rase nk suggest tajuk untuk novel ni la boleh x? Haha.
Lg satu nk tanye.. boleh x bg tajuk2 lagu yg ade dlm cter ni? Thanks haha ;)
ETON BAHA
tq eton.. really appriciate ur komen.. tp setakat ni mmg habis kat sini n x bersambung except kalu tuhan izinkan idea berlegar di fikiran nih..kehkeh..
Deleteoh.. lagu yang ada dalam ni..
biar by faizal tahir
wanita by KRU
150 juta by fynn jamal or aina tasnim
hanyut by faizal tahir.
rasanya ni je kot... enjoy the song yoo
Really enjoy bc ni
ReplyDeletetq lalink.. =)
DeleteSeriously cerita ni mmg best. Berbaloi walaupn kene tunggu lame..
ReplyDeleteKelakar ade. Sedeh ade. Sweet sgt..
Suke heroin yg gile gile mcm ni..;)
tq beribiru... hope penantian y berbaloi..hehe..
DeleteOh, dan sgt byk pengajaran..:)
ReplyDeletegreat story cik writer... part paling kreatif sy rasa bila share berus gigi tuh... mula2 sy pun rasa geli.. tp bila difikir kembali.. aah kan.. why not? dah share hidup.. share mcm2.. x kan part berus gigi tu x boleh kan... nk try usik my hubby lah.. nk tgok apa dia kata..
ReplyDeletethumbs up... really enjoy it..
kan.... sy pun rasa kreatif.. tetiba puji karya sendiri.. hahaha.. nway tq coz sudi menghabiskan ke titik akhir..
DeleteAkhirnya sampai jugak diperhujung noktah. Tiada apa yang mampu nk diucapkan lagi.
ReplyDeleteCerita yang santai, buat tersenyum sorang2 je.
Kalau sy seorang yang bising, dapat ke saya seorang yang pendiam?? hahaha
hahah.. orang cakap jodoh tu cerminan diri sendiri.. tp x semestinya akan dpt sama mcm diri kita.. ckup lah.. saling melengkapi.. saling mencukupi.. kehkeh
Deletepersahabatan.
ReplyDeletepercintaan.
kekeluargaan.
agama.
bila semua ramuan tu sebati, menjadikan cerita ni complete and awesome.. congrats dear.. may Allah bless you..
kak zila
tq kak zila.. cerita ni nmpak idup atas doa2 kalian.. =)
DeleteAntara cerpen sara yang pernah akak baca, rasanya ni laen sikit coz ada pasal pembunuhan... Cerita ni walaupun panjang tapi berbaloi baca... Cerita ni buat akak tersenyum dengan gelagat selamba Eryna... Buat akak hilang rindu kat Akil n Feesa... Buat akak rasa berdebar dan ngeri masa part Nadiah n Eryna hampir kena rogol tu... Buat akak mengalirkan air mata masa part Razak bawak Eryna kat pantai n Razak hulurkan kertas untuk Eryna coretkan apa yang dia rasa.
ReplyDeleteTahniah Sara coz dah menghasilkan satu lagi cerita yang ohsem... ayat yang Sara guna pun best n cantek je macam dalam semua karya Sara...
mungkin lain sikitlah.. heh... nway thanks akak coz x pernah berhenti menyokong.. lebiu muah muah..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCerita yg sangat awsome...best sgt2...lg best kalau bace sambil layan afgan "JODOH PASTI BERTEMU"... first time komen setelah lame jd pembaca sepi... :) <3
ReplyDeleteyeahh.. menulis pun sambil layan lagu tuh..xpe2.. asal suka sudah.. heh
DeleteHai Dik,
ReplyDeleteDh lama akk x jenguk blog ni. Buka aje ada cerpen panjang yang mencuit hati. Kisah cinta anak Ezrakil dan Farafeesa rupa-rupanya. Sweet sgt akk baca, tahniah. Bila nak keluar novel terbaru. Rasanya dah setahun kan sejak novel pertama awak kuar. Apa-2 pun All The best to you dik...
hai kak...
Deletetulah.. lama x tgok nama akak timbul.. kehkeh.. manuskrip dah hantr tp masih menanti proses penilaian.. tq atas doa n komennya.. lebiu muah
Best! Sedih masa yg Nadiah nak mati tu.. Huhuhu ='(
ReplyDeletetq adik... sedih sikit je kan.. heh
DeleteCerita yang sangattt best.. Ada kelakar dan ada sedih... Tahniah writer....
ReplyDeletetq lalinkkk...
DeleteBosan!
ReplyDeletebalik-balik cerita di Kuantan dan pahang.
saya tahu, writer mungkin berasal dari Pahang. tapi tak salah rasanya keluar dari negeri tu untuk lebih penceritaan. boleh google n surf internet untuk pengetahuan lebih lanjut.
lagi satu, dah sinonim sangat cerita-cerita writer ni berkisar tentang keluarga yang harmoni bagai. mak ayah adik beradik yang lain. dalam keluarga tak pernah ada konflik? pelik la.. ayah mak tak pernah bergAduh? huh! memang membosankan.
jalan cerita semua hampir sama. copy paste. yang membezakan hanya nama watak..
first.. tq atas teguran... sy hormat komen dan pandangan awak.. segala kelemahan akan cuba diperbaiki... =)
Deletepape pun... sy cuma nak share kisah kasih sayang.. =)
Lama x jenguk n3 katk sara sjk duk kat asrama..dh bk n3 yg t'lepas...best giler citer baru nih!:-# x terkata :-P
ReplyDeletetq muna... atas komennya.. lebiu muahh
Delete1st time tinggal jejak dekat sini.
ReplyDeleteSaya suka cara akak masukkan quote-quote english dalam penceritaan. Terkesan bila baca sebab saya ni memang puitis orangnya. Hehe.
Dah lama dok usha cerita-cerita akak dekat p2u, baru terjumpa blog. Suka sangat baca. Keep on writing. InsyaAllah makin byk menulis, macam-macam boleh improve kan. Tak salah bila kita selalu guna setting yang sama.
Saya selalu baca buku dari Syud. Cerita dia semua dekat Johor tapi pembaca terima je. Asalkan penulis tu ada cara penyampaian dia sendiri kan. Hehe. Panjang pulak bebel. Apa-apa pon saya suka blog ni! :D
tq huda atas komennya dan sokongannya.. sy pun puitis orangnya tp kalu bab menulis jd puisit.. hahaha...
Deletexpe.. sy hormat pndangan readers y lain... akan cuba memperbaiki mutu keungulan.. thanks again..
manis betul story ni....serius best sgt. tahniah atas buah tangan anda yang simple tapi bermakna. Garapan yang baik sara.
ReplyDeletetq tq tq... akan cuba perbaiki mana y kurang.. =)
DeleteSara,semua cerpen sara best2 belaka. Dah lama akak tngu2 sambungan cerpen ni, rupanya da lama update,tp tk perasan,ingtkn ad tlis part 2,rupanye smbung cm ni. Nsb baik akak teringn bca blik,bru perasan da update pn. Memg best,thumbs up.
ReplyDeletekak yati.. tq 4 ur coment.. menulis rasa berbaloi bila orang suka n happy.. make me want to write more more and more
Deletetahniah sara..best sangat cite ni..wlaupn brjam2 nk hbsknnya tp cayalah mmg berbaloi2..apa tjuk novel sara nk cri la..
ReplyDeletepapepn all da beshhh n gd luck..
5star tuk sara=)
-aja-
tq aja... tajuk y dah publish.. cinta untuk sedetik lagi by karyaseni.. hope enjoy reading n pembelian y berbaloi.. =)
DeleteNovel dia pun best......yg ni lagi best. X rasa boring langsung.apaun memang anugerah yg terbaik buat kak ezza
ReplyDeleteFuuuh,.. Puasnya baca cite niy.. Errk(sendawa) Alhamdulillah .. Hehehe thanks
ReplyDeleteSERIEZLY best giler citer ni. akak mmg pandai wt citer.pling mnyayt ati time kawan die mnggl tu. sy pon da terikut beli cincin utk p'shbtn sy ngn bestfriend.heehe... pape pon,,, U r owesome!!!! nme kite sme..huhu. :)
Deletesuka suka suka !!! =)
ReplyDeleteBest....mcm encik A sya yg pendiam..garang..sombong..hati gurun..tpi itu dlu la..hahaha...sbb sya jenis hti kering byk ckap potpetpotpet...perangai dia dh terbalik..hehe...dh romantik tahap berbulu terlinga n mata.. xD tpi apa2 pun thanks to Allah..setiap kesakitan yg dirasa sblm ini dibalas dgn penuh kasih sayang skrg.. ^_^
ReplyDeleteP/s: dia yg post crita ni dekat fb untuk dibaca..haha...sya tergelak sndri je bila bca..ty
Bestlah kq
ReplyDelete^_^
best,,,x bosan,,semua prasaan ada,,lucu, sedih, marah,,,anyway,,yg paling best kisah kekeluargaan tuh,, congratz sbb hsilkan jlan cerita yg sgat3 menarik,,better buat telemovie,,,mesti lgi best,,,, ^____^v
ReplyDelete-yien-
Panjang gila.tp bab kawan dia mati tu sedih.gud job
ReplyDeleteThumbs up! Ini sangat bagus! Wajib dibukukan!
ReplyDeletek.earin saygg,.....cite ni kannn...buat wani nagis....buat wani gelakk...mmg superbb bezz laaa.....tQ sebb buat cerite yg meruntun jiwaaaa......luv uu...
ReplyDeletewani ur khariah junior :P
yaallah best nyer..nak baca lagi hahahah
ReplyDeleteBest sgt2.. keep it up writer!
ReplyDeleteFirst comment in 2016 maybe :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, thanks akak...sajikan saya cerpen yang sedap sgt, cukup manis masam masin pedas tawo...hehe... keep writing akak, there are a lot of moral inside your story..keep it up, don't give up...
Starting now, akak da ad peminat baru...wiiii...hihi..
Salam sayang, Anis Abd Kadir.
Best giler cerite ni, 5 bintang! Tahniah writer
ReplyDeleteBest cerita ni.. Lain dari yang lain..
ReplyDelete