Lagu yang sama kembali dimainkan berulang
kali. Berkali-kali. Malah mungkin sudah beratus kali. Dia masih belum menemui
titik jemu.
Sometimes,
a song can say exactly what’s going in
your life. They can describes your feelings. Sebuah lagu yang boleh membawa kembali berjuta
memori.
Pabila jendela terbuka
Terbongkar segala rahsia
Betapa indah semua
Kewujudan yang tercipta
Senyummu Dewi Aleeya
Indah nan mempersona
Sanggup ku telan selaut bara
Ku tak menghiraukan
Apa tohmahan terhadap dirinya
Ku yakin percaya
Kerana ku tahu kau dewi hatiku
Kau Dewi Aleeya
Tiada duanya
Hanya kau yang satu
Kau Dewi Aleeya
Dambakan selalu
Penyeri di istanaku
Sebaris
nama itu menjalar di ruangan hati. Dewi Aleeya!
Matanya dipejam rapat. Kepalanya disandar
ke rak buku. Duduk di satu tempat kesukaannya di dalam perpustakaan ini. Jauh
dari riuh rendahnya dunia. Berada di pelusuk tempat yang hanya ada dia dan
sepi.
Surat yang dihantar langung tidak pernah
dibalas. Namun Amril tak kenal erti jemu. Dikarang lagi berkarung surat untuk
Dewi si pujaan hati. Penanya mula menarikan tinta lagi.
Diraut wajahnya berulang kali. Kenapa
antara dia dan Dewi perlu ada kesudahan yang sebegini rupa?
“Saya tak boleh terima awak Ril.... Saya
tak layak.” Air mata merayap di ruang pipi Dewi.
Percayalah, ingin sahaja dipeluk dan
dipujuk tangisan Dewi itu. Tapi ada garisan di antara mereka. Ada batas di
antara mereka.
“Awak tak perlukan kelayakan untuk menghuni hati
saya Dewi. Kahwin dengan saya Dewi... Apa sahaja tomahan kita redah bersama.
Awak ada saya dan saya ada awak. Enough!”
Dewi
menangis dan menggeleng lagi. “Tapi antara awak dan saya... ada dia.”
Amril
menguak rambutnya kasar.
“Saya
janji Dewi... saya akan jaga dia macam mana saya jaga awak. Saya akan sayangkan
dia macam mana saya sayangkan awak!” Tutur Amril penuh bersungguh.
“Tak
boleh Amril... Saya tak boleh terima awak. Lagipun mak awak tak akan benarkan
kita bersama. Saya tak boleh hidup dalam kebencian Ril... Tak boleh!”
“Habis
tu awak macam mana? Saya macam mana? Kita?”
Nampak
Dewi seakan-akan cuba menarik nafas dalam-dalam. “Antara awak dan saya.... dah
tak wujudnya kita.”
Muka
Amril berubah. Tak mampu nak terima hakikat yang satu itu. “Tapi dulu awak
pernah berjanji kan... Awak janji nak berada di sisi saya untuk apa jua keadaan.
Awak dah janji Dewi!”
Suara
Amril meninggi. Hilang daya untuk bersabar bila Dewi makin berkeras.
“Ril...
Syurga seorang anak lelaki itu berada di bawah redha ibunya. Saya tak mahu
mengheret awak ke neraka dengan menjadikan cinta sebagai tiketnya. Biarlah kita
terpisah. Apalah sangat kasih sayang antara kita berdua jika hendak
dibandingkan dengan cinta ibu bapa kita... Apalah sangat...” Dewi dah nampak
bertenang.
Cuma
dia..
Cuma dia yang masih gagal menerima letak
duduk hakikat sebenar. Argh... hati lelakinya rapuh. Tak berdaya langsung!
Patutnya dia malu pada Tuhan. Malu pada Dewi.
“Dewi....
when you’re gone, nothing feels right...”
Santunnya budi.
Sopannya
tutur kata.
Senyum yang indah.
Tak
mampu diterokai oleh sesiapa pun.
Sekeping
gambar Dewi Aleeya yang sedang tersenyum itu ditatap penuh minat. Dialah
pemangkin semangat sedari kecil lagi. Dialah pendorong atas kejayaannya hari
ini. Kasihnya pada Dewi Aleeya tak mampu digugat oleh sesiapa pun.
Tapi
takdir membawa mereka jauh... jauh yang tidak termampu digapai oleh dayanya
lagi.
***
Hari
ini posmen datang lagi. Dewi sudah menanti di ambang pintu. Sudah diketahui
surat itu dari siapa. Sepucuk surat itu dipandang dengan genangan air mata
kemudian surat tersebut di letakkan di dalam sebuah kotak yang sudah tersedia
di atas almari usang itu.
Dia
langsung tak punya kudrat untuk membukanya. Tak berdaya untuk meneroka isi
tersurat dan tersirat. Bimbang hatinya yang tersiat sendiri. Biarlah....
“Ril...
saya dah terima hakikat kisah penghujung kisah kita. Saya harap awak pun sama.
Belajar rajin-rajin ya.” Tutur Dewi sedikit berbisik. Dia sedar yang tangisan
hanya akan membuatkan hati dan jiwa ini penat.
Jadi
biarlah dia tersenyum. Terima apa sahaja jalan yang Tuhan dah bentangkan
untuknya.
Jam
yang tergantung di dinding rumah yang uzur itu dipandang sebentar. Sudah
melewati jam sepuluh pagi.
Perlahan
dibawa langkah ke bilik sebelah. Bilik yang menempatkan ibunya yang terbaring
lemah akibat serangan strok.
“Umi...
jom kita mandi...”
Sejak
dua menjak ini, kudratnya makin menipis. Tak mampu diangkat tubuh tua si ibu
lagi. Tapi kalau bukan dia, siapa lagi yang akan menjaga ibunya.
“Kalau
ayah dah tak ada nanti, Naira dengan abang kena jaga ibu ya...” Pesan ayah satu
ketika dahulu.
Dah
lebih dua tahun ayahnya pergi. Siapa sangka selepas pemergian ayahnya, dia
perlu menanggung semua ini sendiri. Mengenangkan abangnya, lagilah layu
perasaannya. Memandang ibu, terus luluh jiwanya. Lerai sudah kepingan
semangatnya.
Biarlah...
Tuhan tahu apa yang perlu dipikul oleh tiap-tiap hambaNya. Kenapa dia perlu
berprasangka pada Tuhan pula?
Dia
tak akan berhenti percaya bahawa apa yang Allah bentangkan ini adalah jalan
terbaik buatnya.
Tuhan
memberi. Dia menerima. Lagipun ujian itu seperti ubat. Pahit tetapi
menyembuhkan. Sama jugak dengan ujian. Mungkin pedih tapi itulah jalan untuk
menyembuhkan iman.
***
Amril
gigit bibir pabila menangkap kelibat seorang gadis yang baru sahaja masuk ke
dalam library. Apa benda lagi yang
perempuan ni nak? Tak serik lagi ke?
“Study ke?”
“Hmm..”
Naira
garu kepala. Jawab sepatah-sepatah ni yang lemah gemalai semangat ni. Kalau
kena berdas tembakan pun dia tahu nak balas ikut mana. Ini balas pun nak tak
nak.
“Study sama nak?” Pelawa Naira tak
mengalah.
Amril
tutup bukunya. Baru je sampai tapi bila tengok muka minah di depannya. Terus
hilang semangat nak belajar.
“Boleh
tak jangan ganggu hidup aku!”
Dia memang tak reti kias-kias. Dia cakap
apa yang terlintas di hati dan fikirannya. Ikut sukalah perempuan ni nak fikir
macam mana. Nak merajuk pun, ada dia nak kisah?
“Tak
boleh. Aku suka kat kau.. Dari dulu lagi. Tak boleh ke kau balas rasa suka aku
ni?” Luah Naira tak simpan-simpan.
Amril
lepas nafas yang sesak. Hidup dah memang tak teratur. Muncul sorang lagi
manusia yang jadi lauk tambah nak serabutkan lagi hidup dia.
“Aku
tak suka kau. Kau tak faham ke? Dah sepuluh kali aku ulang ayat yang sama. Apa
kau tak faham bahasa ke?”
Bosan
dikejar dengan perempuan seperti Naira. Dari semestar satu lagi dia diekori
oleh Naira. Tapi sejak dua menjak ini, makin menjadi-jadi perangainya. Gedik tu
memanglah tak ada.... tapi mengadanya memang ada. Rasa meluat jadinya.
Naira
sengih tak bersalah. “Akal aku cuba tapi hati aku tak mampu nak faham. Dia
tetap sukakan kau jugak. Dah tu aku nak buat macam mana?”
Ya
Allah perempuan nih... Tak ada harga diri ke apa? Mana letakkan sifat sopan
santunnya. Perangai jauh beza kalau nak bandingkan dengan Dewi hatinya.
“Kau
dengar sini baik-baik Naira....” Intro suara yang serius dah keluar.
“Kalau hati aku ni boleh dipaksa, boleh
diketuk dan boleh diarah itu ini untuk sukakan kau, dah lama aku buat! Dan lama
aku ketuk hati ni dengan tukul supaya sukakan kau. Tapi hakikatnya... makin aku
ketuk, hati aku yang punah. Silap hari bulan tukul tu pun boleh pecah!”
“Tapi....” Belum sempat Naira membalas,
Amril kembali membidas.
“Tak guna kalau kau belajar tinggi-tinggi
tapi kau tak faham bahasa yang aku gunakan. Berhenti buat kerja bodoh Naira.
Atau kau suka aku gelar kau si bodoh?” Smash Amril kasar.
Gila ah lelaki ini. Mulut berapi macam
naga. Pandangan matanya pupa macam taufan. Tapi ada pulak Naira nak takut!
Terus
Amril berkemas. Rasa panas punggung duduk di dalam library ini. Rasa bengkak mata tengok muka Naira perempuan tak
tahu malu. Biarlah dia nampak sombong dan belagak di depan Naira. Yang penting,
perempuan itu mengalah.
“Even if you tease me by saying this is
foolish, I can’t turn this heart around...
Yang pasti, aku akan tetap tunggu
kau sukakan aku!” Naira ikut bangun pabila Amril angkat punggung.
Bukan
dia tak makan saman dengan ayat Amril yang menusuk tulang rusuk itu, namun
hatinya melarang untuk mengalah. Apatah lagi mata itu.... mata lelaki itu
seakan-akan sedang menyimpan beribu cengkaman perasaan.
Dengusan
kasar mula dilepaskan. Kenapa perempuan ni bodoh sangat?
“Kalau
kau terus tunggu aku, umpamanya kau menunggu kapal selam di hentian lapangan
terbang. Kau faham tak maksud aku?” Luah Amril penuh benci. Dan dia terus
angkat kaki.
Naira
langsung tak terasa dengan ayat kasar Amril itu. Dan ingat dia bodoh sangat ke
nak faham ayat perumpamaan yang Amril bagi tadi. Makna kata, dia tunggu sampai
bebila pun, sampai bila pun dia tak akan dapat Amril.
‘Maaf
Ril...hati aku kebal dan bebal. Jadi aku tak akan mengalah. Apa nak jadi,
jadilah!’
***
“Kenapa
kau suka sangat dekat Amril tu? Dia tu heartless!”
Komen Mariam tak faham. Seramai ramai manusia dalam Kampus ni, mamat tak
berperikemanusiaan tu jugak yang Naira minat.
“Bukan heartless...
Dia tu macam subjek MATH.” Ujar Naira senada dengan tangan yang masih melekat
di kepala. Mata merenung syiling rumah sewa mereka.
“Pulak...
tak faham aku!” Pening dengan madah orang kemaruk angau nih!
“M.A.T.H.
Mental-Abuse-To-Human. Macam mana
sukarnya rumusan matematik, macam tu jugak dia. Sukar untuk dirumuskan dan otak
semak nak fikir jalan penyelesaiannya. Boleh tercedera kepala otak!”
Mariam
menggeleng. Tahu. Tapi masih mahu lagi. Gila!
“Kalau
kau rasa dia semak, bawak-bawaklah tebas dia dari kepala otak kau. Buat apa nak
tanam lalang dalam kepala? Tak berumpun. Tak berbunga. Tak berakar. Memang
S.E.M.A.K.” Eh... dia pun join sekali nak bermadah bagai.
“Ish..
susah nak terang kat kau ni.” Naira dah bangun dari pembaringan.
“Dia
tak suka aku sebab dia dah sukakan orang lain! Dia tu macam gila bayang pun
ada... dekat buku dia selalu terselit gambar seorang perempuan. Gambar itu yang
aku nak curi nanti.. Aku dapat rasa yang perempuan tu tak terima dia. Kalau
tak, tak kan dia serius memanjang dengan muka macam cicak sembelit!”
Mariam
sudah tepuk dahi.
“Kau ni gila ah Naira.. Kau dah tahu dia
ada perempuan lain. Kau dah tahu dia tak sukakan kau tapi kenapa kau masih
terhegeh nak kan dia? Tolonglah Naira... hentikan semua ni. Kau bukan teksi
yang kena terhegeh-hegeh cari penumpang. Kau tu macam bas rapid. Sekali kau
berhenti, berduyun orang berbaris! ”
Ambik
kau! Sampai macam gitu sekali usaha Mariam nak menjauhkan Naira dengan
kehendaknya yang menggila. Bukan dia tak tahu Naira macam mana. Apa yang dia
nak, dia akan cuba usaha sampai jaya.
Tapi
bab hati ni, susah! Tak akan jadi semudah yang Naira sangka.
Naira
senyum pendek. Tak semudah itu dia akan lepaskan Amril. Ingat senang ke dia nak
sukakan lelaki? Apa lebihnya perempuan tu sampai Amril tergila-gilakan dia. Apa
kurangnya dia sampai Amril tolak dia mentah-mentah.
“You know something Yam... Every girl has a guy that she won’t stop
loving..” Nada amaran bahawa yang dia tak akan berhenti memikat Amril.
“And you know what? Every guy has a girl that
he won’t stop fighting for.”
Mendalam
kata-kata Mariam itu. Kalau tak dapat smash
kepala batu Naira tu, tak tahulah..
“I won’t stop fighting Yam... Kalau aku
tak dapat hati Amril, aku akan cari perempuan yang ambil hati Amril tuh. Aku
akan ambil hati Amril dari perempuan tuh!”
Bagi
Naira, tak salah rasanya kalau nak puaskan hati sendiri. Hidup ni sekali je,
apa salahnya dia berjuang untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
“Jangan
kejam sangat Naira... Nanti tertikam hati sendiri.” Nada Mariam dah bertukar
lemah. Mulut penat menjadi hero kalau hasilnya tetap zero.
“Releks
ah Yam... Bercinta ni macam berperang. Antara semua yang terlibat, pastilah
akan ada hati yang terluka...”
Mariam
geleng kepala. Naira memang silap besar bila bermain dengan hati. Silap besar!
“Pernah
dengar tak kata pujangga.. Love is the
best medicine but overdose will kill you Naira...”
Naira
buat tak dengar. Apa-apalah...
“Naira,
kau tahu tak? Ada tiga golongan yang kita nasihat...dia tak akan dengar. Kau
tahu tak siapa?”
Dengan
mulut yang berat, Naira bertanya jugak. “Siapa?”
“Pertama...
orang yang sedang lapar.”
Dahi
Naira mengerut. Boleh jadi betul. Orang tengah lapar memang tak ingat benda
lain dah.
“Kedua..
orang yang sedang mengantuk.”
Naira
mengangguk pula. Mengiakan. Ialah, orang yang tengah mengantuk memang terbayangkan
bantal sahaja.
“Last?”
“Ketiga...
Orang yang sedang bercinta.”
Naira
dah agak sangat. Mesti ada part nak
seludup untuk memerli dirinya. Tapi Naira tak kalah semudah itu. “Oh ya ke?
Tapi aku tak terasa sebab aku bukan golongan orang bercinta.”
“Dah
teranglah kau tak bercinta sebab Amril tu sah minat kat orang lain... Tapi kau
tu golongan overdose menyinta....
Nampak tak beza tatabahasa bercinta, menyinta dan dicinta tu Naira...”
“Diamlah
kau!” Marah Naira lalu bangkit meninggalkan Mariam. Apalah nasib, ada kawan pun
stok yang suka menyakitkan hati.
Tak perlulah nak diulang banyak kali. Dia
tahu Amril tak sukakan dia sekarang. Tapi untuk hari yang mendatang, siapa
tahu? Semangat untuk memiliki Amril makin berkobar.... terlalu.....
‘Aku akan pastikan kau jadi milik aku
Ril... Dan aku akan pastikan yang kau akan melutut untuk memperisterikan aku!’
Tanpa sedar, rasa cinta yang dia miliki sudah bertukar menjadi rasa ingin
memiliki...
***
Kepala
digeleng pabila melihat Amril yang masih merenung gambar Dewi. Dah bersepah air
liur dia nasihat. Tukul pun boleh pecah kalau ketuk kepala batu orang macam
Amril ni gamaknya.
“Sudahlah
tu weh... makan.... Kau nak bunuh diri secara berhemah ke apa? Kalau kau tenung
gambar Dewi tu sampai berdarah pun, Dewi tak akan muncul depan kaulah...” Smash
Daus kasar.
Nak
bercinta tu tak salah. Tapi kalau nak menganiaya diri sendiri tu, memang
masaklah telinga tu kena bebel.
“Kau
tak tahu apa aku rasa Daus... Aku sayangkan dia dari kecik.”
Dan
untuk ke berapa ratus kali telinga Daus dah sebu dengar ayat ni.
“Aku
tahu... Tapi kau kena sayangkan diri sendiri Ril... Aku tengok hidup kau ni dah
tunggang langang. Dah macam orang tak ada peraturan. Kau kena ingat sikit...
kau tu orang terpelajar Ril. Jadilah contoh yang baik untuk masyarakat sikit..
Lagipun, kau lelaki.. cintan-cintun macam gini tak kan lah buat kau lembik
kot...”
Amril
simpan gambar Dewi dalam diari miliknya.
“Payah
nak terang kat kau ni Daus..” Nak marah pun tak guna. Dauslah kawan baiknya.
Yang tahu serba serbi tentang dirinya. Di sini, dia bukan bergaul mana dengan
orang lain.
“Tak
payah habiskan tenaga kau nak terang dekat aku. Aku nak suruh kau makan je...”
Nasi
bungkus ditolak ke depan Amril. Cinta itu sebesar-besar kekuatan tapi dalam
masa yang sama, akan jadi perosak yang
paling menjahanamkan.
Dia
tahu... bukan salah Amril pun. Bukan juga salah Dewi. Tapi dah takdir membawa
mereka ke situ. Apa nak kata?
Pesanan
Puan Norita masih bergegar di peluput telinga Daus.
“Aku
nak kau tengokkan anak aku! Jangan bagi dia berhubung lagi dengan Dewi.”
Orang
tua tu pun satu hal, anak dah sikit punya besar, nak control lagi. Hei, ingat
hati anak dia tu macam kereta kontrol ke?
“Aku
rindu dia...”
“Dahlah
weh....”
Daus tutup telinga. Bukan nak bersikap kejam
tapi takut nanti dia pulak yang terlebih emosional. Ada jugak dia bawak lari
Dewi dan Amril ni ke Thailand. Kahwinkan aje mereka berdua.
Biar reda demam kemaruk Amril ni. Biar
hilang derita Dewi. Tapi boleh ke tamatkan kesudahan cerita semudah itu? Nanti
muncul pulak jembalang si Puan Norita itu. Hah, apa nak jawab?
“Minggu ni dah final exam. Tak lama lagi kau boleh balik jenguk Dewi kau
tuh. Cuti sem kan lama... Bolehlah kau melepak kat kampung.”
Amril hela nafas berat. Dengar macam
mudah? Duduk di kampung nanti pasti akan dikawal ketat oleh emaknya.
Suara si emak masih bergemak di
telinganya.
“Amril jangan berani lagi jumpa dia. Mak tak izinkan!”
“Tapi....”
“No tapi Amril. Jangan sampai mak berkeras
dengan kamu... Jangan sampai mati budak Dewi tu mak kerjakan.” Itu bukan
amaran. Tapi itu ugutan untuk menjauhkan anaknya dengan Dewi.
“Kenapa mak nak hukum Dewi? Dia tak bersalah?” Bentak Amril tak
puas hati.
Puan Norita senyum mengejek.
“Mak pernah bagi peluang pada dia Ril...
Tapi dia yang tolak. Jadi bukan salah mak kalau benda ni jadi macam gini.”
Jari jemari Amril bermain di dahi sendiri.
Macam manalah nak leraikan satu demi satu masalah yang berselirat ini? Makin
lama, hatinya sudah penat untuk menjelajah ke ruang esok.
***
Mata
Naira merayap pada tempat duduk Amril yang kosong. Hanya buku-bukunya sahaja
yang ada. ‘Mana pulak pergi mamat ni?’ Anak mata terus menyelongkar ruang library.
Haih...
hilang pulak. Ke menyorok?
Namun
tiba-tiba Naira tersedar sendiri. Eh, ini kan buku-buku Amril. Mesti ada gambar
perempuan tu?
Tanpa
berlengah, terus dibelek satu demi satu buku yang berada di atas meja. Tangkas
sahaja tingkahnya. Tak mahu terlepas.
Dan....
sekeping gambar mula keluar dari celahan buku tebal itu. Mata Naira ralit
melihat wajah manis yang tersenyum indah itu. Manisnya.... dan dibelakang
gambar itu tertulis..
Dewi
Aleeya... jantung hatiku.
Rahang
Naira menjatuh.
Okay
serius cemburu tahap langit ke tujuh. Jantung hatiku tuh! Dia nak dapat sisi
organ dalaman pun tak mampu. Kalau dapat pun mungkin bahagian limpa. Tak pun
usus!
“Kau
buat apa tu hah?” Pekik seorang lelaki dari belakang.
Terus
sekeping gambar itu melurut jatuh ke bawah.
Oh bala...
Terdiam tak berkutik Naira dibuatnya pabila
melihat wajah tegang Amril yang sedang menghampiri tempatnya berdiri ini.
“Kau
memang perempuan kurang ajar kan?” Langsung tak dipeduli pada mata-mata yang memandang. Apa masalah perempuan tak
siuman ni?
“Saya...
saya... cuma nak tahu siapa dia. Siapa dia yang ada di dalam hati awak.”
Mujurlah orang tak berapa nak ramai sangat. Tunjuk muka ala kadar berani
padahal hati dah kecut tengok muka taufan Amril.
Betullah
Amril ni taufan... sekali dia datang, berkecai semuanya.
“Sekarang
kau dah tahu kan? Sekarang kau dah tahu si dia yang ‘ter...lalu’ istimewa dalam
hati aku. Jadi tunggu apa lagi, blah ah...!”
Naira
gigit bibir. Tak mahu kalah. “Eleh... Tak adalah cantik mana pun...” Tipu
Naira.
Okay serius tipu. Gadis di dalam gambar
itu manis sangat. Kira kalau tengok tu, nak toleh sekali lagi. Boleh jadi nak toleh
dua kali.
“Kalau
dia tak cantik mana pun.. At least
dia tak bodoh macam kau. Bodoh!” Terus Amril capai semua barang-barangnya.
Haih, mujur tak ditampar mulut celupar Naira itu. Dasar perempuan gila!
Naira
tak tinggal diam. Dia perlu lakukan sesuatu! Ya perlu.
***
Anak
mata menilau menjelajah ruang kampus. Nak mencari seorang lelaki yang biasanya
gemar melepak di kafe pada waktu sebegini.
“Daus!”
Dari jauh Naira dah menjerit.
Pabila
berpaling. Daus garu kening. Bala datang lagi! Minah ni pun sorang. Kemaruk
terlampau pada si Amril yang dungu itu. Macam dah tak ada lelaki lain!
“Kau
asal? Macam nak lari dari aku je...” Naira bagi ayat tak puas hati bila tengok
Daus dah mula kemas barang.
“Lari?
Tak ada kerja nak tambah penat lari dari kau. Kau nak apa?”
Naira
pandang kawan-kawan Daus yang sedang mendaratkan mata memandang dirinya. Tak
seronok ah nak cerita macam gini.
“Aku
nak cakap sikit dengan kau...”
Malas
nak memanjangkan balah, Daus angkat punggung. Bergerak ke meja sebelah. “Hah,
cakaplah...”
Naira
sisipkan rambut yang mula panjang itu ke celah telinga. Duduknya dibetulkan.
Ayat yang dirangka semalam mula divisualkan.
“Aku
nak tahu siapa Dewi.”
Mata
Daus membulat. Bala mana pulak datang singgah nih?
“Dewi
mana?”
“Dewi
mana lagi. Dewi Aleeyalah...”
“Siapa
Dewi Aleeya?” Daus buat-buat tak kenal. Dah kenapa minah ni tanya pasal Dewi
pulak? Kaitan apa dengan dia?
“Kau
jangan nak acah-acah sangatlah Daus... Aku tahu kau kenal Dewi. Dewi perempuan
pujaan si Amril tu...” Kalau tak mengenangkan sekarang dia sedang meminta
tolong, nak je dia daratkan pipi Daus tu buku limanya.
Daus
ketawa pendek. Tapi makin lama makin panjang dan buat hati Naira menggelegak
sahaja.
“Kau
dah tahu dia minat kat Dewi. Tapi kau still
nak mengurat dia lagi? Kau ni terlebih berani ke apa..atau sungguh kau ni tak
waras?”
Perempuan dekat depan dia ni, memang antara
perempuan yang paling payah nak faham. Semak otak nak selak perangai Naira nih.
“Aku
memang betul-betul sukakan dia! So what?
Salah ke?”
Daus
lepas nafas. “Jatuh cinta tu tak salah Naira...” Dia berjeda seketika sebelum
menyambung. “... tapi jatuh cinta pada orang yang salah.. itu yang salah.”
Tak
tahulah Naira faham ke tidak bahasa yang dia guna ni. Semua orang pun tahu yang
Naira ni hantu degil dia tahap dewa.
“Aku
dah tak jumpa jalan nak patah balik Daus... Aku cuma nak tahu siapa Dewi.. Aku
nak jumpa dia.” Jelas Naira baik-baik.
“Kalau
kau jumpa dia, kau nak buat apa Naira?” Tanya
Daus tak faham. Apa Naira nak ajak Dewi berperang ke? Kalau begitu kehendaknya,
memang silap besarlah.
“Aku
nak kenal dia.... Aku nak ambil hati Amril dari dia.” Lambat-lambat Naira
mengutarakan hajatnya.
Mohon
ada simpati Daus pada dirinya. Kalau tak ada walau segengam pun, paling tidak pun..
mungkin ada untuk secebis...
Rahang
Daus melurut ke bawah. Biar betul perempuan ni?
***
Buku-buku
yang berselerakan di atas meja dikemas penuh bahagia. Esok paper last. Rasa
teruja dibancuh dengan sempurna. Tak sabar nak tamatkan semester ini. Habis je
jawab paper esok, dia akan ke Johor!
Ke rumah siapa lagi kalau bukan Dewi
Aleeya!
Sungguh
tak sangka yang Daus sanggup membantu. Siap bagi alamat rumah lagi. Tapi
lebih-lebih tu dia kena plan sendirilah. Entah, dia pun tak ada rancangan
spesifik. Ikut gerak hati mungkin lebih mudah.
“Tak
penat ke kau sengih dari tadi?” Tegur Mariam yang datang menjenguk ke bilik
temannya. Al-maklum, esok Naira nak berangkat. Dia pula masih punya dua paper
lagi.
“Kau
percaya tak kisah dogeng? Dimana seorang putera raja akan datang dengan kereta
kuda tu...” Tanpa dirancang, soalan itu keluar dari mulut Naira.
“Dunia dah canggih weh... Putera raja tak
akan datang dengan kereta kuda.”
“Hmm.. kalau gitu, mungkin dia datang
dengan kapal terbang?” Naira tayang gigi. Tinggi gila angan-angan.
“Nonsens! Driver kapal terbang pun pasti tak kan
sukakan orang macam kau nih. Tak payah nak mengidam putera raja. Kau pun bukan
cantik macam puteri pun.” Smash Mariam tak semena.
“Ler... nak berangan jadi cinderella pun
tak boleh. Dah tu nak berangan lagu mana?” Tanya Naira geram. Apalah salahnya
kalau sesekali berangan kan?
“Like
seriously cam gini... Kau bayangkan.. Kita nak pergi satu tempat yang kita
tak pernah pergi. Kita dah sediakan semua barang... Tapi kita tak ada luggage...”
Naira tekun mendengar. Tak sabar nak
menyambut cerita seterusnya.
“Tetiba muncul ramai lelaki.. Ada yang
kacak, ada yang sedang-sedang, ada yang bergaya.. alkisah lelaki dengan beribu
gaya.. Lelaki itu akan membawa bagasi mereka sama.. Sebuah bagasi yang kita nak
tumpang sama... Then, find someone
yang memudahkan kerja kita untuk unpack
barang..”
Naira garu kepala. Apa kaitan?
“Perumpamaan mana yang kau pakai ni
Yam...” Adoi.. nak kata klasik bukan.. Nak kata moden pun bukan. Complicated ah prinsip Mariam ni!
Mariam
mengeluh. Dasar lembab mengalahkan sampan!
“Orang yang memudahkan kerja kita... Itu yang
kita kena cari Naira... yang ringan tulang. Kau bayangkan, kau balik-balik
kerja nanti.. ada orang tolong kemaskan rumah. Ada orang menolong kau masak
sama.. Ringan tulang! Bagi aku lelaki spesis ni yang perempuan kena cari.”
Naira
tak tahulah... Mariam ni cerita pasal konsep pilih calon idaman hati perempuan
ke pilihan hati sendiri.
“Perempuan
malas memang nak cari lelaki yang rajin Yam..” Ada tawa di hujung kata-katanya.
“Siot..kau
mengata aku ke apa?”
“Eh...
aku mengata perempuan yang malas. Kau pemalas ke?”
Spontan
Mariam tarik bantal dan membaling ke arah Naira. Kemudian mereka sama-sama
ketawa. Releks kemain padahal esok nak jawab final exam!
“Kau
serius ke?” Soal Mariam pabila keadaan kembali sepi.
“Apa?”
“Nak
pergi jumpa Dewi...”
Naira
tarik nafas. “Hidup mati aku... kenapa
aku kena main-main.”
Mariam
gigit bibir. “Aku tak sokong.. Langsung tak. Maaf kawan.” Luah Mariam jujur.
Naira
tarik senyum. Dalam banyak-banyak kawan, memang dia paling senang dengan
Mariam. Marah, nasihat, rajuk, bebelannya semuanya bertempat.
“Sepanjang
aku hidup... Payah aku nak bahagia Yam.. Jadi salah ke aku nak berjuang untuk
kebahagian aku?” Suara sentap dah mula mampir menerobos telinga Mariam. Haih,
ini yang tak berkenan ni.
“Tapi
aku bimbang hati kau akan ranap.” Hakikat itu yang Mariam paling takut.
“Sekarang
pun hati aku dah ranap...”
“Naira...
Tak baik ah cakap macam tu.” Mariam dah bangun. Mendekati teman baiknya. Naira
ni nampak je hati kebal. Tapi jiwa yang punah itu hanya orang tertentu sahaja
yang tahu. Dia sesekali nampak periang... tapi hati dia dah lama berkecai.
Mariam
tahu... Naira cuba membina hidup semula. Tapi dia bimbang andai langkah Naira
tempang. Dia bimbang Naira tersungkur dan beralah untuk bangun semula.
“Dua
puluh dua tahun hidup aku terumbang ambing Yam... Ada mak ayah pun tak
pedulikan aku. Derang sibuk dengan hidup derang. Telefon hanya nak beritahu
yang duit dah masuk. Tak pernah pun nak tanya anak dia ni sihat ke? Dah makan
ke...Soalan basi bagi sesetenah orang tapi besar maknanya bagi orang macam aku
ni Yam..” Dah sudah... Kaca yang kabur di kelopak mata dan jatuh berkecai
mendarat di pipi.
Air
mata itu mungkin nampak jernih tapi keruhnya boleh buat jiwa sesat.
Air
mata itu nampak ringan tapi bebannya boleh buat manusia tersungkur.
Mariam
meramas lembut bahu Naira. Terasa bersalah pula kerana membangkitkan kisah
keluarga Naira yang tak sempurna itu.
“...
aku nak cuba bina keluarga aku sendiri. Aku nak tumpang bermanja dengan seorang
lelaki yang bernama suami. Manja yang aku tak dapat dari mama dan papa aku.. Aku
nak ada anak-anak.... Aku nak lemparkan mereka dengan kasih sayang yang aku tak
pernah dapat..”
Pelik
kan? Dia lahir dalam keluarga yang pincang. Ibu dan ayah dah bercerai. Tinggal
dia terabai sendiri bila keduanya saling bergaduh. Dia punya seorang kakak dan
seorang abang. Semua pun bawak haluan sendiri. Tak mampu nak cantumkan keluarga sendiri lagi.
Manusia yang berada di tempatnya akan
benci pada ‘keluarga’. Tapi dia... Dia cuba untuk membina mimpi sendiri. Dia
cuba membuktikan pada keluarganya yang dia akan punya keluarga yang bahagia
juga. Bahagia seperti orang lain....
Dia dah penat hidup sendiri. Dia dah penat
berkejar sendiri. Dia perlukan seorang manusia untuk dia menumpang kasih
sayang. Dia perlukan seorang manusia untuk menumpang manja. Walau perlu
merangkak sekalipun dalam mengejar bahagia, dia sanggup!
Mariam
mengelap air mata Naira. Dengan curi-curi, dia ikut turut mengelap permata milik
sendiri. Bahu Naira dipeluk kemas.
“Berjuanglah
Naira.... Aku akan sokong apa sahaja keputusan kau. Buatlah apa yang kau
percaya itu betul. Buatlah apa yang kau rasa itu melengkapkan hari kau.
Buatlah....Mungkin orang cakap bahagia itu mahal benar harganya. Tapi bagi
aku.. bahagia itu free. Tinggal kau nak memaknakan dan melakarkannya sahaja.”
Naira
lega. Sekurang-kurangnya lega sikit berat beban yang terkandung di hati.
“Tapi...
janji dengan aku. Meski kau jatuh berulang kali pun.. Kau kena bangun! Jangan
sesekali rebah... Janji dengan aku.”
Wajah
Naira sudah tersungging dengan senyuman. “Ini Naira Ilyanilah... Tak main ah
jatuh tergolek nih...”
Oh...
Moga Tuhan luruskan rasa hati ini. Untuk hari esok, moga ada ruang dan peluang
untuk dia terus melangkah.
***
Berbekalkan
sekeping gambar dan alamat dari Daus, Naira memulakan perjalanan ke Johor.
Sunguh, inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke Darul Takzim. Dewi Aleeya
punya pasal.
Dia
nak kenal... istimewa apa si Dewi ni sampai kemaruk si Amril dibuatnya.
Dia
nak tahu... menarik apa si Dewi ni sampai Amril tolaknya mentah-mentah.
Kalau
nak dibandingkan wajah dia dan Dewi, tak adalah jauh mana pun. Dia pun dalam
kategori cantik apa.
Haih,
penat betul hati bila memikirkan tentang Dewi Aleeya ni. Tak sabar nak jumpa
dan tak sabar nak buat sport check!
Setiap inci perangai Dewi Aleeya akan discan penuh cermat.
Sudah
beberapa kali pemanduannya terhenti tatkala sesat menuju destinasi yang
sebenar. Haih, mujurlah orang-orang Johor ni baik-baik belaka. Kalau ditipu
dirinya yang naif ni, memang haru jadinya.
Masuk
ke dalam perkampungan yang dipenuhi dengan bendang.... Naira jadi suka.
Sebenarnya dah banyak kali nak bercuti ke tempat sebegini. Rasa damai dan
tenang sekejap sahaja sudah singgah di relung hati.
Kereta
Swif yang dipandu Naira berhenti lagi. Kali ini dihadapan sebuah kedai.
Aliksahnya nak bertanya arah tuju ke alamat yang tertera ini.
Entahlah...
sebenarnya dia tak ada rancangan pun. Main redah begitu sahaja. Kalau dihadapan
Dewi nanti, entah apa helah yang bakal dia sajikan. Dia langsung tak terfikir.
Yang penting, dia nak jumpa Dewi.
‘Betullah
aku ni gila... sangguh meredah berjam-jam untuk sampai ke sini. Aku ni gilakan
Amril tapi sekali kaji... dah macam gilakan si Dewi pulak!’
“Assalamualaikum
pak cik... tumpang tanya...” Intro ayat dah keluar dari mulut Naira.
“Ada
apa nak...” Pak Hassan yang sedang menyusun barang itu mula memberikan
perhatian. Macam orang luar sahaja.
“Erk...
maaf ganggu. Saya nak tanya alamat rumah ni dekat mana...”
Pak
Hassan mengerut dahi. Dia bab alamat ni tak adalah cekap mana. Kalau tanya nama
tuan rumah tu senang jugak nak meneka.
“Apa
nama tuan rumah ni...”
“Dewi...”
“Dewi
Aleeya?” Teka Pak Hassan pula.
Naira
terkesima. Amboi... glamour betul Dewi
sampai pak cik kedai runcit ni pun kenal dia. Apa mungkin dia ni gadis idaman
jejaka kampung? Idaman mak cik dan pak cik untuk dibuat menantu?
Dia
nak tengok.... Kalau Dewi dibandingkan dengan dirinya, siapa yang lebih
mengancam.
“Aah...
pak cik tahu rumah dia dekat mana?”
Belum
sempat dia menerima jawapan, terdengar pula kekecohan yang berlaku di luar
kedai.
“Hey,
kau ni memang perempuan tak tahu malu kan?”
Serta
merta langkah kaki Naira menapak ke luar. Kelihatan seorang perempuan tua yang
bercekak pinggang sambil matanya mencerlung marah ke arah seorang wanita yang
sudah terjatuh ke tanah.
“Mak
cik... saya cuma nak beli barang dapur.” Suara itu perlahan. Kedengaran sedikit
merintih.
“Eh...
pergi balik. Kat sini tak ada orang nak jualkan barang dekat kau! Pergi balik!”
Jerkahan itu membuatkan Naira pula naik darah.
Hei
mak cik ni nak over melampau kenapa? Orang tu nak beli barang je pun!
Setapak..
Naira melangkah merapati wanita yang membelakangi dirinya itu. Wajah tegang
perempuan tua itu langsung tidak Naira endahkan.
“Awak...
nak beli apa? Biar saya tolong belikan.” Pelawa Naira ramah.
Gadis
itu berpaling ke arah kanan. Membuatkan rahang Naira terjatuh.
Erk..
Dewi
Aleeya!
“Tak
apa....” Lembut penolakannya. Dewi cuba untuk bangun tapi banyak manalah daya
dia yang sedang..... mengandung!
Tuhan...
Dewi mengandung? Dia dah kahwin? Oh.... hati yang dipenuhi dengan ruang sempit
itu terus bertukar lapang. Lega!
“Hei,
yang kau ni siapa? Kenapa kau susah-susah nak tolong dia?” Jerkah Puan Norita kuat.
“Saya
ni manusia yang ada hati perut. Saya tak kejam lagi nak layan perempuan
mengandung macam gini...” Nak je Naira adun kata-kata yang lebih pedas. Tapi
tempat orang. Tak baik tunjuk samseng. Tak baik untuk kesihatan akan datang.
Dewi
yang masih blur... terus menerima bantuan dari gadis tak dikenali itu. Terharu
kerana pada waktu ini, Allah masih menitipkan bantuanNya. Perut yang memboyot
diusap perlahan.
‘Mujur
anak ibu tak apa-apa.’ Tak lepas rasa syukur dipanjatkan pada Yang Maha Esa.
“Awak
tak apa-apa kan?” Tanya Naira prihatin.
Tipu
kalau tiada debar saat pertama kali bertentang mata dengan pemilik nama Dewi
Aleeya ini.
Naira rasa dadanya hampir pecah. Dengan
kurung bunga dan kain batik lepas dan diselaputi tudung hitam itu, wajah itu
masih cantik berseri.
Tapi...pabila
terpandangkan kandungan Dewi, hati Naira tersenyum. Patutlah Amril frust
tertonggeng. Rupanya Dewi Aleeya pujaan hatinya ini sudah pun berkahwin. Jadi
mudahlah kerjanya selepas ini. Dia hanya perlu meminta tips dari Dewi. Tips
untuk memikat hati batu Amril.
“Jangan
kau berani lagi munculkan diri depan aku...” Sound Puan Norita bengang. Bertambah bengang pabila melihat si Dewi
dibela. Setahunya, tiada siapa pun yang berani melawan kata-katanya selain dari
perempuan kurang ajar dihadapannya ini.
“Bumi
ni pinjaman tuhan... Ikut suka manusialah nak berkeliaran ke mana pun. Kalau
Tuhan sendiri tak larang, kenapa ada manusia yang suka berperangai sibuk-sibuk
ni?” Smash Naira tak fikir panjang.
“Hei,
berani kau menjawab...”
Dewi
yang melihat mula masuk campur.
“Ya
mak cik... Saya salah... saya tak patut muncul depan mak cik. Saya mintak
maaf.” Dia tak mahu mencetuskan pergaduhan baru. Mungkin gadis yang membantunya
ini orang luar. Kerana itu dia berani menentang Puan Norita.
“Hei...
awak tak salah. Tak perlu mintak maaf.” Bentak Naira tak puas hati.
“Aku
tampar jugak mulut kurang ajar kau tu...” Puan Norita dah sengseng lengan baju.
Rasa macam nak menggulai orang.
“Sudah-sudahlah....”
Pak Hassan masuk campur. Kalau tak masuk campur, silap hari bulan dengan
kedai-kedai dia bergelimpangan sama. Baran Puan Norita ni bukan boleh kira.
“Dewi...
kamu pergi balik.” Arah Pak Hassan. “Hah, kamu nak apa datang ke kedai aku ni?”
Pertanyaan itu disua kepada Puan Norita pula.
“Hei,
dah tak teringin aku nak membeli barang kat kedai kau ni Hassan. Kalau aku
tahu, baik aku pergi Supermarket je.” Dengan sombong, terus ditinggalkan aje
Pak Hassan bersama dua orang perempuan tak guna itu.
Dewi
lepas nafas yang sesak. Lega.
“Terima
kasih kak...” Ucap Dewi. Sekadar berbasa basi dengan wanita yang membantunya.
“Tak
ada apalah...” Melihatkan hujung lengan baju Dewi yang koyak, Naira jadi
simpati. “Lengan kamu luka tu... Mari, akak hantar kamu ke klinik.” Spontan,
Naira membahasakan dirinya sebagai kakak. Lagipula, air muka Dewi memang
menjelaskan yang dia masih muda.
“Eh...
luka sikit je kak. Saya kena balik dulu.” Pinta Dewi cepat-cepat. Pinggangnya
terasa lenguh benar. Mungkin kerana ditolak tadi. Lengan ini mungkin terluka
kerana cuba menampung badan dari terhempap ke tanah.
“Marilah...
Akak hantar awak ke klinik. Lepas tu akak hantar awak balik.”
“Erk...
tak payahlah kak. Lagipun.. saya tak ada duit.”
Terang Dewi bukan untuk meminta simpati.
Dia tak mahu kakak yang baik hati ini tersalah tafsir tentang dirinya. Lagipun
dah nak maghrib. Emaknya tinggal seorang di rumah.
“Bukan
akak suruh guna duit kamu pun... Mari....” Ajak Naira lagi.
Melihatkan
muka serba salah Dewi, akhirnya Naira mengalah.
“Okaylah... Kalau tak mahu akak hantar ke klinik,
biar akak hantar awak ke rumah.” Harap benar yang Dewi akan bersetuju dengan
permintaannya ini.
Dengan
hati yang berat, terpaksalah Dewi bersetuju sahaja. Nak menolak, dia jadi tak
sampai hati pula.
Pemanduan
Naira sampai di sebuah rumah yang betul-betul berada di tepi sawah. Remang
senja sudah kelihatan di dada langit. Perlahan Naira keluar dari kereta.
Begini
rumahnya? Hei, ini rumah ke pondok? Hatinya memandang ke arah Dewi yang sedang
menghampirinya itu.
“Rumah
buruk je kak... Hmm, dah nak maghrib ni. Akak tak nak masuk dulu?” Pelawa Dewi
dengan senyuman manis itu.
Oh..
mata yang menangkap senyuman itu tiba-tiba diselimut rasa sejuk. Diselubungi
dengan rasa dingin. Agaknya senyuman ini yang memukau Amril. Nampaknya selepas
ini dia kena memperbaiki gaya senyuman dia.
Menyambut
rasa sepi, Dewi bertanya lagi.
“Akak
sebenarnya dari mana?” Sebenarnya dari tadi Dewi hendak bertanya. Tapi bimbang
jika dijolok suka mengambil tahu hal orang.
“Erk....
akak sebenarnya sesat.” Spontan lidah Naira ringan untuk menipu.
Kening
Dewi bersambung. “Sesat?”
“Yeah....
erk... akak sebenarnya nak ke rumah mak saudara akak. Tapi tadi tersilap masuk
kampung... Then alamat dia pulak hilang waktu kat depan kedai tadi.”
Oh, malu je budak terpelajar bagi jawapan
begini. Padahal kalau guna GPS, kan ke boleh sampai je. Tapi apa Naira nak
kisah. Kalau boleh dia mahu tinggal di sini sehari dua. Untuk mengenal Dewi
dengan lebih lanjut. Kalau dia balik, apa lagi alasan untuk dia kemari?
“Lah...
ya ke? Hmm.. kalau akak tak keberatan, sudilah bermalam dekat pondok buruk saya
ni.” Biar susah mana pun dirinya, tetamu tetap dikira sebagai tetamu. Besar
pahala andai memeriahkan tetamu yang berkunjung ke rumah.
Pucuk
dicita ulam mendatang. Tapi Naira tayang muka tak sampai hati. “Akak tak
menyusahkan awak ke?” Oh, dramalah sangat si Naira nih.
“Apa
yang susahnya.... Saya ni yang bimbang. Takut kalau-kalau akak yang tak
selesa.”
Naira
memang dah biasa hidup senang. Tapi setakat tinggal di rumah usang ini, apalah
sangat. Sekurang-kurangnya tak adalah sampai guna lilin kan? Ke memang guna?
Habis tu tak ada kipaslah kan? Oh.... sanggup pulak nak tidur berpanas?
Tiba-tiba
hati mengelupur hendak menyerah kalah. Cara jugak kalau tidur dekat hotel lepas
tu esok datang balik? Tapi... adoi... bila lagi nak mengkaji perangai dan watak
Dewi Aleeya? Kata nak kenal luar dan dalam?
Penat
bermain emosi, Naira mula membalas.
“Tak
kisahlah Dewi... Akak redah je.” Bersama senyuman manis, Naira tayang muka
bahagia.
Tapi
kali ini Dewi pula yang aneh. “Erk... mana akak tahu nama saya Dewi?”
Dah
sudah....
Mata
Naira melopong. Aah kan? Derang mana ada sesi kenal-berkenalan lagi?
“Erk...
tadi akak terdengar masa mak cik tu marah-marah..” Taram! Itulah satu benda
yang bermain di otak Naira.
Entah
ada atau tidak, harap Dewi tak peka sangat!
Berharap
agar si mulut janganlah nak menderhaka sangat sampai nak bercerita dengan jujur
pasal dia datang sebab nak intip pujaan hati Amril.
“Oh
ya ke...”
“By
the way nama akak Naira Ilyani...” Tak mahu Dewi terus berfikir sendiri, laju
Naira mengubah topik. Tangan kanan terus
dihulurkan.
“Dewi...
Dewi Aleeya...”
‘Ya
tau..’ sambut Naira dalam hati. Nama awak tulah yang tertusuk kukuh di jantung
hati Amril. Dan nama itulah yang dia hendak padamkan.
Tiba
–tiba...
“Tapi
kalau akak tidur sini.. suami Dewi tak marah ke?” Soal Naira polos.
Dewi
dah agak sangat yang soalan itu akan muncul. Kalau jawapan tidak keluar dari
mulutnya, pasti jawapan itu akan keluar dari mulut orang lain jugak. Jadi....
“Saya... tak ada suami kak.”
Apa?
Sekali
lagi?
Ulang
semula?
Tak
ada suami? Oh My God!
Spontan
mata Naira mendarat di perut Dewi yang memboyot. Habis tu siapa bapa budak
dalam kandungan tu?
“Masuklah
kak...” Suara itu cuba membangkitkan Naira dari tercengang sendiri.
Banyak
makna tak ada suami tu. Suami meninggal atau suami dah ceraikan? Ke... memang
tak ada suami sejak azali. Oh, otak Naira penat nak bertekak dengan gelodak
perasaan.
Makanya...
peluang Dewi untuk bersama dengan Amril, masih besarlah ya?
Ish..
Pening ah...
Dewi
terus membawa langkah ke dalam rumah. Dia tahu gadis itu masih blur sendiri.
Jadi terus dia menapak mendapatkan uminya yang berada di dalam bilik. “Umi..
Malam ni kita ada tetamu..”
Tangan
tua si emak dicapai. Dikucup penuh kasih. Ubun-ubun si umi diusap lagi.
Menyemarakkan kasih yang tak pernah berkesudahan.
“Mak
Dewi kenapa?” Tanya Naira pabila melihat seorang wanita tua yang terbaring
tidak bermaya di atas tilam usang itu.
“Umi
Dewi kena strok..”
“Oh..
dah lama ke?”
Tak
sampai sejam kenal Dewi. Tapi dah begitu banyak soalan yang memerlukan jawapan.
“Dah
lebih setahun jugak...” Jawab Dewi lagi.
Uish...
Lama tu...
Azan
maghrib mula memecah hening antara mereka. Dewi mula memandang ke arah Naira.
“Akak
boleh solat?” Tanya Dewi mula bangun dan menghampiri sebuah almari buruk.
“Boleh...”
“Mandilah
dulu.. Buat hilangkan penat tu. Lepas tu kita boleh jemaah sama-sama.” Kain
batik lepas diberikan kepada Naira.
“Erk..
tak apa. Akak bawak baju sendiri.” Nak pakai kain batik? Memang dia reti
sangatlah kan... Okay sekarang kena mandi. Basuh sikit otak yang berselirat dan
berselaput dengan soalan maut.
Dikeluarkan
beberapa keperluan yang diperlukan. Kakinya menurut langkah kaki Dewi yang
menuju ke bahagian dapur dan menyalakan lampu minyak tanah. Naira dah rasa tak
sedap hati.
Dan stressnya makin menjadi pabila melihat
‘jamban’ rumah Dewi. Dekat luar? Ada dinding yang menggunakan zin rumah? Tak
ada lampu... dan... guna air perigi?
Tuhan...... banyak rupanya kesabaran yang
perlu dikerah dalam mendalami dan menyelami perangai Dewi Aleeya ni.
Sabar
Naira.. Sabar.. ‘Tak ada orang paksa kau ke sini. Semua ni atas kehendak diri
kau sendiri.. Dan.. kau tak ada ruang nak berpatah sekarang.’
Melihatkan
penerimaan Naira, Dewi percaya yang gadis itu langsung tak biasa dengan situasi
kampung seperti ini.
“Dewi
tolong cedokkan untuk akak ya...” Ujar Dewi sambil mencampakkan timba ke dalam
perigi.
“Eh
tak payah? Akak boleh buat sendiri.” Dia belum cukup kejam lagi nak dera ibu
mengandung.
“Tak
apalah kak... biar saya buat.”
“Dewi..
tak apa... akak boleh buat sendiri.” Confiden je bagi jawapan. Ah, gasaklah!
Anggap je macam terapi masuk hutan masa kem sekolah.
Pada mulanya Dewi agak keberatan. Tapi
diturutkan sahaja kehendak Naira. Lampu minyak tanah di letakkan di satu
penjuru bilik air. “Dewi tunggu kat sini ya..” Bimbang mengganggu privasi
Naira, Dewi menunggu di pintu bilik air. Pasti tak biasa untuk Naira
membersihkan diri dengan keadaan yang serba kekurangan.
Dewi
senyum panjang. Dah lama dia tak rasa hidup berteman dan berkawan. Kawan yang
dahulu sudah jauh dari gapaiaanya.. dan dia sudah membiasakan diri untuk
dikelilingi dengan herdikan dan kutukan masyarakat setempat. Kalau ada pun yang
bersimpati, hanya Mak cik Besah. Jiran sebelah rumah yang baik hati sudi membantunya. Tapi Mak Cik
Besah pun bukannlah orang senang untuk membantunya secara berlebihan.
“Tuhan...
pinjamkan aku kawan untuk sehari. Aku dah cukup bersyukur ya Allah.. Dah
cukup....” Bisik hati Dewi perlahan.
Berlainan
pula dengan Naira di dalam bilik mandi.
Lama
Naira pandang ke dalam perigi gelap itu. Timba yang berisi air itu ditarik ke
atas. Pergh... Ini sekali cebok pun dah boleh tercabut kepala bahu.
Dijiruskan air ke badan... Oh mak jemah!
Ini air perigi ke air batu? Matanya terpandangkan shampoo, pencuci muka dan
beraneka keperluan mandinya itu. Nampaknya, dia mandi kerbau sajelah malam ni.
***
Puas
mengiring ke kanan, Naira mengiring ke kiri pula. Sekejap sahaja tangannya mula
lari ke pipi. Sekejapan pula lari di betis. Kemudian beralih di leher pula. Akhirnya
Naira bangun.
Panas
satu hal.
Nyamuk
dah jadi dua hal.
Memanglah
rumah kampung ini dilengkapi dengan cahaya kalimantang, tapi batang hidung
kipas memang tak adalah kan.
Naira
mengipas muka dengan tapak tangannya sendiri. Banyak manalah angin yang dia
dapat. Dengan mengeluh, Naira kembali terbaring dan tiba-tiba..... perutnya
yang terasa sebu itu mula bergendang.
Laparlah
pulak...... Celah mana nak cari makanan pukul tiga pagi ni?
Dia
ingat lagi kejadian selepas mereka sama-sama berjemaah.
“Akak...
Akak tak kisahkan makan ubi rebus dengan kelapa?”
Soalan
itu.... Soalan itu benar-benar melumpuhkan selera Naira yang memang kelaparan
kerana tidak menjamah sebarang makanan dari pagi lagi. Tulah, semangat nak berjumpa
dengan Dewi Aleeya tadi sampai tak ada selera nak mengkedarah.
“Erk...
tak kisah.” Sah, mulut menderhaka dengan hati sendiri. Sedangkan selama ini,
tak pernah hayat dia menjamah ubi rebus.
Tapi
setelah difikir, dia ini tetamu. Demand
pulak nak macam-macam. Lagipula, Dewi bukannya orang senang pun. Rugi pula tak
mempelawa Dewi membeli makanan di luar tadi. Lagipun dia bimbang menguris hati
Dewi.
“Maaflah
kak... Ini je yang ada. Sebenarnya tadi Dewi ke kedai tu nak beli beras. Tapi
lain pulak cerita yang timbul.” Cerita Dewi itu membuatkan Naira membetulkan
duduknya.
Okeh...
Ada point nak bertanya.
“Erk...
Maaf kalau akak tanya. Mak cik tu sebenarnya siapa? Kenapa dia marah benar pada
Dewi?” Oh.... tolonglah jawab. Tolonglah... Dah terdera jiwa emosi sebab
terlalu dahagakan jawapan.
“Panjang
ceritanya kak.. Dewi pun tak tahu nak mula dari mana.”
Naira
gigit bibir. Sungguhlah, jawapan tu langsung tak memenuhi piawaian hati.
“Pelan-pelan
kayuh sampai jugak kan? Cuba cerita.... At
least, boleh legakan hati Dewi sendiri.” Pysko Naira. Mencuba.
“Mak
Cik Ita tu memang tak sukakan Dewi...”
Naira
menanti dengan penuh sabar. Baru sahaja Dewi kembali membuka mulut, Terdengar
rengekkan dari si Umi yang terbaring.
“Akak makan dulu ya... Dewi nak jenguk umi.”
Terus Dewi bangun dan membantu si ibu yang seakan-akan tidak selesa itu. Sibuk menguruskan si umi, cerita itu
terus terhenti di situ sahaja.
Perut makin memulas. Nak ke tandas dah
satu hal. Jamban tu kena angkut air dari perigi dulu. Lepas tu, jamban tu sikit
punya menakutkan lagi. Oh tidak, nak balik esok... Nak balik...
‘Dewi macam mana?’ Soal si akal.
‘Lantakkan dengan Dewi... dah jumpa.. dah
tahu dia memang baik.’ Jawab si hati.
‘Amril?’ Soal akal lagi.
‘Weh, kau ni banyak tanya ah... semak...’
Jerkah hati geram.
Tapi tiba-tiba perang antara hati dan akal
terhenti pabila mendengar jeritan Dewi
yang sedang tidur itu.
“Jangan... jangan buat macam ni..
Tolong....Tolong bang...”
Terus Naira bangun dan mendekati Dewi yang
tangannya mengagau menolak sesuatu. Dan Dewi sedang... menangis.
Perlahan tangan Naira mendarat di bahu
Dewi. Kenapa dengan Dewi ini? Mimpi ngeri apa yang sampai mengigau dan menangis
ni?
“Dewi...” Digoncang bahu Dewi.
Langsung tak berkesan. Dewi masih meracau.
“Dewi... bangun Dewi..” Kali ini
goncangannya makin kuat dan suaranya ditinggikan volumenya.
Buka sahaja mata, Dewi terus bangun duduk
sembilan puluh darjah. Nafasnya tercungap. Air matanya dikesat kasar. Dia kalah
lagi malam ini. Kemudian Dewi mula beristighfar panjang.
Sungguh... istighfar itu mampu memudahkan
setiap kesempitan, memberi kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki
tanpa diduga olehNya.
“Dewi okay tak ni?” Tanya Naira risau.
Mata Dewi mendarat di wajah si umi yang
sedang melemparkan pandang ke arahnya. Mata itu kabur dengan air mata. Naira
yang melihat keanehan sendiri. Kenapa wajah si umi ikut turut bersedih?
Seakan-akan menanggung pedih yang perit.
“Dewi...” Panggil Naira lagi.
“Kamu okay?” Soalan yang sama dilemparkan.
Perlahan Dewi mengangguk. Dikesat air mata
yang mampir.
“Mimpi ngeri ya? Jangan takut... Akak
ada...” Ditarik bahu Dewi rapat ke dadanya. Merangkul erat. Cuba meleraikan
resah Dewi.
Dewi menangis lagi. Bukan kerana mimpi
tadi. Tapi kerana terharu. Masih ada rupanya sesorang yang sudi meminjamkan
bahu untuk dia melepaskan lelah.
‘Tuhan... masih lagi Kau lemparkan rahmatMu
pada hamba sepertiku.. Terima kasih ALLAH...’
***
Usai
memastikan Naira telah tidur, Dewi bangkit mengambil wuduk. Disepertiga malam
ini, dia jatuh tersungkur di hadapan Tuhan.
Tangisan
yang teresak dikawal agar tidak mengganggu lena tidur Naira. Kebiasaanya
seperti inilah. Pabila bangkit dari mimpi ngeri itu, dia tersedar dan terus
melakukan solat sunat.
Tangisnya
bukan kerana kecewa dengan aturan Tuhan. Tangisnya bukan kerana bimbang dengan
hari esoknya. Tangisnya itu adalah tanda... dia hanya manusia biasa tanpa
bantuan Tuhan.
“Aku
mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, untukku dan untuk kedua ibu bapaku
dan bagi seluruh orang yang menjadi tanggungjawab kewajibanku dan bagi umat
mulimin dan muslimat. Ampunilah dosa kami Ya Allah... Tutupilah aib kami Ya
Allah... Betapa selama ini aku mudah tergelincir dalam dosa namun langsung tak
bersegera memohon ampun kepadaMu.”
Air
mata menitis menemani sepi malam.
“Ya
Allah... terima kasih kerana memberi penawar untuk setiap resahku. Terima kasih
kerana sudi mendengar rintihanku saban malam. Ya Allah, aku tak putus harapan
untuk meredah gelombang ujianMu. Aku tidak kecewa dengan perjalanan takdirku.
Aku bangga kerana telah terpilih dan diuji.... Kau rahmatilah kehidupanku. Kau
redhakan segala pinjamanMu... Sungguh, tiadalah dayaku tanpa bantuan dariMu..”
Usai
meraut wajah, matanya menangkap frame gambar yang berada di tepi meja solek
usang. Dicapai dan diusap penuh rindu.
Ada
arwah ayah. Ada abang. Ada mak dan juga dirinya yang sedang tersimpul tersenyum
ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri dua tahun yang lepas. Ah, jiwa diasak
dengan rindu yang sangat dalam... sarat dengan rasa kasih..tighfar seratus kali setiapDia ingat lagi pesan arwah ayah.
“Dewi... Halawatul Iman itulah yang
mencukupkan segala macam keperluan manusia sama ada keperluan dalam bentuk
kebendaan, pemikiran, perasaan dan kejiwaan.”
Ketika
itu, dahinya berkerut-kerut cuba memaknakan ayat si ayah.
“Halawatul
Iman?”
“Kemanisan
Iman...” Segulung senyuman dihulur oleh si ayah.
“Macam
mana kita nak dapatkan halawatul iman tu ayah?” Tanya Dewi teruja untuk tahu.
“Halawatul
Iman itu datangnya dari rasa tenang, bahagia dan aman jiwanya hasil dari keyakinannya
yang tinggi kepada Allah, kitab, rasul dan lain-lain rukun iman. Ingat anakku,
pabila datangnya ujian Tuhan, janganlah putus harapan. Tinggikan keyakinan pada
Allah walau dihenyak ujian yang paling menggetarkan sekalipun. Percayalah,
Allah tidak akan mengecewakan Dewi. Berserahlah untung nasib di tanganNya.”
Kata-kata
Lebai Majid itu terkukuh kemas di benak Dewi. Lantas dirapatkan sekeping gambar
itu ke dadanya. Sungguh dia rindukan arwah ayah tapi dia tahu, banyak manalah
kasih sayangnya jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang Tuhan pada
ayahnya.
“Dewi
tak akan patah semangat ayah...”
Tapak tangan beralih ke wajah si abang pula.
Si abang yang tersenyum kacak.
“Dewi
tak pernah bencikan abang... Sungguh tak... Dewi harap abang pun kuat untuk
harungi semua ini.”
Dewi
percaya, sentiasa ada ‘talian hayat’ dalam bentuk doa, solat dan sabar ketika
diuji. Sekalipun seluruh manusia telah berpaling, namun dia yakin Allah tetap
tidak berpaling kepada hambaNya yang bertawakal.
Naira
yang sememangnya masih belum tidur mencuri melihat kelakuan Dewi. Makin lama,
otaknya makin sarat dan layut dengan soalan yang boleh buat akalnya meletup.
Dewi
Aleeya... haihlah, dia memang misteri!
***
Tidur malamnya terganggu. Lantas Amril bangun
menuju ke dapur. Sewaktu melewati ruang tamu, dia lihat Daus sedang ralit
bermain plastation di ruang televisyen itu.
Anak mata menjamah jam di dinding. Gila!
Pukul lima pagi tak tidur lagi semata-mata nak berdating dengan benda alah tu?
Pintu peti ais ditarik. Dikeluarkan botol
minuman yang sejuk. Moga boleh membasuh resah yang bermumkin.
“Kenapa bangun?” Daus yang perasan kelibat
sahabatnya terus ke dapur.
“Tidur tak lena.”
Daus sengih sinis. “Pernah ke kau tidur
lena Ril?” Kasihan pun ada. Pening pun ada.
Amril mengeluh. “Aku rasa aku ni bukan
manusia yang normal.” Luah Amril tak semena. Dengan Daus, dia memang payah nak
rahsiakan apa-apa.
“Kenapa? Kau rasa kau manusia luar biasa
macam Ironman ke?” Sempat lagi nak bagi ayat perli-perli.
“Kalau aku Ironman, dah lama aku bawak
Dewi lari dari apa yang menghimpit kami.”
Daus ketawa. Ketawa yang menyakitkan hati
yang mendengar. “Kau ni, suka sangat bagi lauk tambah yang berlebihan. Releks
ah Ril... Kau ni emosi semendanglah! Cuba sesekali cool sikit.”
Tak mempedulikan kata-kata temannya, dia
kembali bersuara. “Aku rasa tak sedap hati... Esok pagi-pagi lagi aku nak balik
Johor. Aku nak tengok Dewi. Entah apa ceritalah dia kat sana.”
Kali ini wajah Daus yang berubah.
“Eh tapi... bukan ke mak kau nak datang KL
hari ni?” Dah sudah.... kan ke Naira pergi jumpa Dewi.
“Sebab dia nak datang KL lah aku nak balik
Johor. Kau ingat kalau aku balik Johor, mak aku akan bagi ke aku pergi jumpa
Dewi? Silap hari bulan dia kurung aku dalam bilik.” Jelas Amril sambil meneguk
air minumannya.
Daus
garu kepala yang tak gatal. Kalau Amril jumpa Naira dekat kampung tu, apa pulak
reaksi mamat ni?
‘Tulah...
yang kau rajinkan diri tolong Naira tu kenapa?’ Marah Daus pada diri sendiri.
“Yang
muka kau rungsing mengalahkan aku tu kenapa?” Tebak Amril tak faham. Dahi dia
pulak yang over berkerutnya.
“Erk...
aku risaulah. Kalau mak kau datang sini macam mana?”
“Esok
aku explain kat dia yang aku nak ambil short sem. Lepas tu aku nak buat part
time. So busy tak dapat nak jumpa.” Ya, Amril dah merancang. Tinggal nak
laksana sahaja.
“Ril...
satu je pesan aku. Kau tak patut melebihkan Dewi sangat. Syurga kau tu kat
bawah tapak kaki ibu tau. Berpadalah melayan sayang pada Dewi tu....” Hasut
Daus cuba bagi ayat ceramah.
Sebenarnya, dia tak mahu kalau Amril balik
kampung. Nanti dia yang terkantoi! Tapi sedikit sebanyak, nasihatnya itu memang
banyak betulnya jugak.
“Aku
bukan nak balik lama pun Daus... Aku pun bukan sengaja nak lebihkan Dewi. Tapi
aku nak pastikan keadaan dia selamat. Sejak dua menjak ni tahap risau aku pada
dia dah memuncak. Entah macam manalah keadaan dia di kampung... Dah lah dia tu
mengandung... Keperluan dia, keperluan anak dia macam mana? Aku cuma nak
pastikan dia okay lepas tu aku janji aku balik KL semula.”
Otak
Daus dah sumbat dengan sebarang idea. Lantakkan jelah apa yang nak jadi di
kampung tu. Harapan dia, moga mulut Naira tak lembik sangat hingga menaikkan
nama dia pula.
“Kalau
mak aku terima Dewi... mesti benda ni tak jadi melalut macam gini kan?” Entah
pada siapa soalan ini dia tujukan. Amril sendiri tak pasti.
Dia
nak macam waktu dulu-dulu. Waktu si emak dan Dewi menjalin ukhwah bersama. Puan
Norita begitu berbangga dengan Dewi. Habis dicanang satu kampung yang Dewi itu
bakal menantunya.
Tapi
tengoklah sekarang... Dengar nama Dewi pun si ibu tidak mahu. Apatah lagi
hendak menerimanya sebagi menantu.
“Iman
kita tu perlukan ujian Ril... Kalau tak teruji, tak rasa dalamnya cinta Allah
pada kita...” Dia pun bukanlah baik mana. Nak bagi nasihat lebih-lebih pun,
takut terkena batang hidung sendiri pulak.
“Tawakaltu
Alallah.... ” Nasihat Daus lagi sebagai ending dalam perbualan mereka kali ini.
Tawakal!
Bunyinya mudah. Tapi tak seringan yang didengari. Tawakal tu memang sifat
terpuji yang tinggi. Kerana ia adalah ibadah hati. Zahirnya tidak kelihatan
tetapi kesannya sangat besar dalam kehidupan.
Akal
fikiran Amril jatuh lagi mengenangkan Dewi Aleeya.
“Dengan
tawakal, manusia boleh jadi hamba Allah yang sebenar. Tanpa tawakal, kita akan
sentiasa rasa terhalang malah terhijab terus daripada menjadi akrab dengan
Allah. Jadi letakkan pergantungan hubungan kita pada Allah.”
Betul
cakap Dewi. Kekhuatiran, kebimbangan dan kesibukan dengan tuntutan dunia boleh
membuatkan hati dan fizikal menjadi letih. Tapi dengan tawakal, pasti segala
keletihan itu akan dapat diatasi.
***
Pagi
itu, sesudah subuh, terus Naira sambung tidur semula. Gila pukul lima baru dia
dapat tidur dengan nyenyak. Dia hanya bangun pabila perutnya terasa lapar
benar.
Kalau
duduk rumah sewa, bangun pagi pasti Mariam sudah sediakan makan pagi. Tapi di
sini, dia tidak mengharapkan lebih-lebih. Dia sendiri akur dengan kudrat dan
kemampuan Dewi.
“Selamat
pagi kak?” Tegur Dewi yang sedang meletakkan sesuatu di atas meja.
“Pagi
lagi ke? Dah pukul sebelas... Maaf Dewi, penat sangat semalam.” Haihlah, malu
je dengan Dewi. Dia yang tua bangka ni yang bangun lewat.
Tapi
nak buat macam mana. Semalam tidur langsung tak lena. Dengan sakit kaki drive
dari KL lagi. Lepas tu bersambung pula dengan lenguh bahu mengangkut air. Tak
ditambah pula dengan derita berperang dengan nyamuk.
Janganlah
malam nanti diulang semula derita-derita semalam. Tak sanggup rasanya nak
lalui.
“Umur
akak berapa?” Tanya Dewi tak semena. Entah, semalam secara spontan dia
memanggil si Naira dengan gelaran kakak walaupun dia tahu yang Naira tidaklah
tua mana.
“Dua
puluh dua. Dewi?”
“Baru
sembilan belas tahun.”
“Muda
lagi... Nanti bila baby dah besar, orang akan cakap macam adik. Macam glamour
girls pulak..” Apalah yang dia melalut ni. Macamlah si Dewi tu layan cerita-cerita
omputeh tuh.
Dewi
senyum sahaja. “Akak, pergilah basuh muka. Saya ada buatkan roti dengan kaya.
Ini je yang ada...”
Naira
serba salah. “Susahkan kamu je Dewi...”
“Akak
kan tetamu. Tapi maaflah kalau layanan Dewi serba kekurangan.”
“Tak
apalah Dewi... Hmm, Dewi tahu tak pasar raya kat mana? Bawak akak pergi pasar
boleh? Akak ingat nak beli barang sikit...” Tekad Naira, dia nak beli barang
keperluan dapur rumah Dewi. Entah macam manalah Dewi boleh hidup dalam keadaan
daif seperti ini. Dia pun musykil, dari mana Dewi mendapat hasil pendapatan?
“Boleh...
Akak pergilah mandi dulu.” Dewi yang tak menyangka bukan-bukan itu terus
bersetuju.
***
Sungguhlah
Dewi tak mampu nak menutup rasa terkejutnya menyambut kebaikan hati Naira yang
membelikan barang-barang keperluan rumahnya. Sudahlah dibeli keperluan dapur,
kemudian dibeli juga kipas untuk emaknya yang memang kuat berpeluh itu.
“Akak...
janganlah susah-susah.” Bukan ini tujuannya mengajak Naira bermalam di
rumahnya. Serba salah dia dibuatnya.
“Mak
cik kena berkipas Dewi... Kesian akak tengok. Kalau Dewi takut bil api tak
terbayar, jangan risau... Akak akan tolong bayarkan tiap-tiap bulan.” Banyak
manalah bil yang dikenakan untuk satu lampu kalimantang yang digunakan itu.
“Dewi
minum susu apa?” Tanya Naira lagi sewaktu laluan mereka melewati bahagian susu
tepung.
“Susu?”
“Yalah...
ibu mengandung kenalah banyak minum susu.” Melihatkan reaksi Dewi yang diam
itu, terus dia mengambil satu jenis susu yang pernah digunakan oleh kakaknya
sendiri.
“Akak..”
“Untuk
kesihatan, ia termasuk dalam kategori wajib beli.” Pintas Naira cepat.
Kemudia
mereka membeli barang-barang basah pula. “Hmm, Dewi pandai tak masak daging
salai masak lemak cili api?”
Dewi
yang sedikit terpinga itu hanya mengangguk. “Tak lah pandai... Tapi tahulah
cara penyediaan tu.” Dia pun, dah lama sangat tak memasak dengan betul. Asyik
makan nasi dengan lauk yang berasaskan singgang dan asam pedas sahaja. Itu
sahaja yang mampu.
“Boleh
masakkan untuk akak? Maaflah... akak memang tak pandai bab memasak ni. Failed!” Cerita Naira tak segan.
Dewi
hanya tersenyum dan kembali mengekori Naira membeli barang. Puas dilarang namun
Naira tetap berdegil. Sesampai di rumah, terus mereka berdua berperang di
dapur. Sambil-sambil masak, sempat Naira google di youtube cara penyediaan
pabila Dewi seakan-akan ingat-ingat lupa.
Pertama
kali Naira rasa seronok berjimba di dapur.
Dan
setelah sekian lama.... Dewi rasa hidupnya diwarnai dengan pelangi. Ada gurau
senda di dapur. Ada masakan enak untuk dijamu. Ada teman.... Walau dia sedar
yang dia bakal kehilangan Naira nanti.
Namun
dia cukup bersyukur pabila dia
dipinjamkan teman untuk sehari ini. Yang sedikit ini, terasa tidak ternilai
harganya.
Susu
yang dibancuh oleh Naira itu dipandang lama. Entah, dia sendiri pun lupa bila
kali terakhir dia menjamah susu.
“Minumlah...
penat akak bancuh tau!”
Perlahan,
minuman itu diteguk. Hatinya sarat dengan rasa terharu yang tak mampu
dibendung.
“Dewi...
berapa bulan kandungan Dewi ni?”
“Tujuh
bulan kak...”
“Boleh
akak pegang?”
Permintaan
itu membuatkan darah Dewi mengalir laju. Usapan lembut tangan Naira di perutnya
mengundang sebak yang menggila. Selama ini, tak pernah seorang pun yang sudi
mengusap perutnya. Yang membela dan mengambil berat tentang dirnya.
“Hei...
Baby menendanglah..” Naira dah kemain teruja lagi bila dapat merasai tendangan
dari perut si Dewi.
“Akak.....”
Panggilan
itu membuatkan Naira angkat muka. Merenung mata redup milik Dewi Aleeya itu.
“Kenapa?”
“Siapa
akak sebenarnya?”
Soalan
itu.... soalan itu terus mengubah posisi duduk Naira pula. Glup.... Nak
berterus terang ke nak tipu helah lagi ni?
“Kenapa
Dewi tanya macam tu?”
“Yalah....Tiba-tiba
akak muncul dalam hidup Dewi. Sediakan segala keperluan Dewi... Jadi kawan
Dewi.... Jadi Dewi tertanya-tanya. Siapalah akak sebenarnya? Macam seseorang
yang Allah utuskan untuk rawat luka Dewi... macam seseorang yang Allah utuskan
untuk bahagiakan Dewi.” Sebak menghurung rasa hati.
Terdiam
Naira dibuatnya. Terlalu tinggi pujian itu untuk orang sepertinya. Kalaulah
Dewi tahu punca kedatangannya ini, mampukan Dewi menerima dirinya?
“Kita
baru jumpa semalam.... tapi akak buat saya rasa yang kita dah berkawan lama...”
Kalau Naira tahu apa yang terjadi dalam hidupnya sebelum ini. Mampukah Naira
terus berkawan dengannya? Ataupun Naira akan menjauhkan diri darinya?
“Dewi....sebenarnya...”
Belum sempat Naira menyambung ayat, salam dari luar rumah mengejutkan mereka
berdua.
“Kejap
ya kak... Biar Dewi pergi tengok siapa yang datang.” Siapa pula yang datang
petang-petang ini. Biasanya, dia mana pernah menerima kunjungan tetamu.
“Tak
apa... Dewi duduk je. Biar akak pergi tengok.” Tak sanggup melihat Dewi
berjalan ke hulu dan ke hilir dengan kandungan yang memboyot itu. Jadi Naira
menawarkan bantuan.
Langkah
kaki dibawa ke beranda rumah. Langkah kaki yang laju itu makin memperlahankan
rentaknya. Liur yang ditelan terasa berpasir pabila menangkap kelibat belakang
badan lelaki itu.
Oh....
Bala.....
Menangkap
kelibat bayang seseorang dari arah belakang, terus Amril berpusing. Namun wajah
yang dinanti itu diganti dengan wajah seorang perempuan yang sangat dibenci.
“What the hell are you doing here?”
Seperti biasa. Nada itu tidak pernah kenal erti mesra dan bahasanya tidak
pernah kenal erti sopan.
Ada
empat gaya kematian Naira selepas ini.
a) Mati kena pancung.
b) Mati kena gantung.
c) Mati kena tembak.
d) Mati kena racun
Yang
mana satu agaknya pilihan Amril?
Naira membeku. Itulah, buat plan tanpa
strategi memang boleh buat nyawa tercampak dalam perigi!
Tapi yang pasti.. dia dah mati kejung
dihadapan Amril.
“Kau
tak faham ke atau kau dah pekak? Apa.... kau... buat dekat sini?” Diketap
giginya bagai mengawal larva marah yang bergelora.
Melihat
wajah taufan Amril, Naira jadi kelu. Nak tahu hendak menyedok skrip dari drama
mana.
“Saya.....”
Belum
sempat Naira habiskan ayat, terdengar suara Dewi mencelah dari belakang.
“Ril....”
Hati
yang diselaputi dengan rasa marah itu terus dijirus dingin. Anak mata terus
mencari bayang wajah itu. Wajah yang saban malam menjadi penghias mimpinya.
Wajah yang saban waktu didamba dengan kerinduan yang tak sudah-sudah.
“Dewi...”
Amril senyum.
Senyum yang buat hati Naira tercarik.
Sebab bukan dia alasan untuk Amril tersenyum tika ini. Perlahan langkah kaki
dia dibawa ke tepi.
Air
mata Dewi kabur. Kabur pabila melihat lelaki yang disayangi sedang berdiri di
hadapannya. Sungguh, lelaki yang pernah mendapat tempat dihatinya ini memang
payah untuk diusir pergi.
“Kenalkan..
ini Amril dan.. ini Kak Naira... Eh, rasanya korang sebaya...” Dewi yang tidak
mengetahui isi cerita cuba mewujudkan sesi suai kenal antara Naira dan Amril.
Amril
menjeling sedikit ke arah Naira. Sungguh, bayang-bayang Naira pun tak ingin dia
jamu. Ini kan pula wajah gadis itu. Kalau Naira ini lelaki, dah lama dia tumbuk
Naira yang gila ini. Entah macam mana dia boleh ke sini. Pakai ilmu hitam ke
apa?
“Dia
ni saudara Dewi ke?” Soalan berbentuk maut dah muncul. Kasihan Dewi. Pasti dia
sudah menjadi bahan jenaka si Naira yang pyscho ini.
“Tak
lah.. Dia... Kakak angkat Dewi.” Laju sahaja ayat itu meluncur keluar dari
mulut Dewi. Langsung tak dikawal oleh akalnya sendiri.
“Sejak
bila?” Soalan sinis muncul lagi.
Sungguh Amril tak puas hati. Entah bahan
apa yang telah Naira sogokkan pada si Dewi dan dipukul canang menjadi semua
pembohongan. Entah-entah dipukul dan dibuli si Dewi ini.
Memikirkan
Naira, tak pernah terlintas perkara yang baik-baik pun di fikiran Amril. Kejam
ke dia? Entah.... Dia akan berlaku kejam pada sesiapa yang cuba merampas tempat
Dewi.
“Kenapa
Ril tanya banyak sangat ni? Ril kenal dengan Kak Naira ke?” Soalan Dewi
membuatkan Naira terpaku lagi. Haih, dah rupa orang kena panah petir pun ada.
Apa
agaknya jawapan si Amril?
Amril
jeling Naira lagi. Okay, jeling! Bukan pandang.
Naira
rasa diri dia jijik gila di mata Amril. Naira tiba-tiba rasa diri dia bodoh.
Macam mana dia boleh terr..jatuh suka pada lelaki seperti Amril yang nyata
tidak sukakan dirinya langsung!
Moga
ada jalan untuk ‘hati’ dia pulang ke pangkal jalan...
“Tak
kan Ril kenal orang macam gini Dewi.. Dewi pun tahu kan Ril ni memilih dalam
berkawan.”
Muka
Naira berubah.
Wajah
Dewi berpaling untuk mengecam air muka Naira. Kenapa dengan Amril ni? Sejak
bila dia pandai menyinis? Macam ada yang tak kena antara Amril dan Naira?
Derang berdua ni kenal ke?
“Ril...”
Ditekankan sedikit nada suaranya. Ya, memang Naira itu tidak bertudung. Tapi
itu tidak bermakna manusia boleh memperlekehkan mahkluk Allah sewenangnya.
Kalau ya pun nak menegur, bukan begitu caranya.
“Ril
gurau jelah... kan Naira kan... Eh, betul kan nama awak Naira?” Amril buat-buat
ramah. Kalau tak kerana Dewi, dia memang tak sanggup nak hadap muka Naira.
Naira
senyum pendek kemudian air mukanya kembali tawar. Menyengat sungguh kata-kata
Amril itu.
Kemudian
mereka sama-sama diam.
“Erk
Dewi... akak pergi buat air untuk kawan Dewi ya.” Oh, tak sanggup nak
berlama-lama bersama Dewi dan Amril.
Sungguh....
dia tak sangka yang dia akan sakit sampai begini sekali.
Tuhan, peritnya.... Peritnya rasa ini. Air
mata dah kabur. Sejak bila dia lemah sebegini? Mungkin bilamana dia tahu yang
dengan nyata Amril tidak tercipta untuk menjadi miliknya.
Sempat
anak mata Naira berpaling ke belakang. Suka nak mengerjakan hati sendiri kan?
Mereka
berdua yang baru duduk dipangkin itu kelihatan sepadan.
Habis apa guna aku ni disini?
Kenapa
aku nak menyendel lagi dengan Amril?
Amril
bukan kemampuan aku....
Mungkin
patut aku beralah?
Sampai
sahaja di pintu rumah Dewi, Naira bersandar. Nak menampung kudrat diri yang tak
banyak mana ni. Tapi pelik ah? Kenapa air matanya payah benar nak melimpah ke
pipi? Kekuatan yang menghalangnya ataupun keegoan yang menjadi perisainya?
‘Haih
hati... kenapa kau sukar untuk ditebak? Ke kau nak kena tembak?’
***
Angin
petang mendinginkan suasana petang. Tapi suasana jadi kelu antara mereka
berdua.
“Dewi
sihat?” Rasanya ingin sahaja anak mata menjamah wajah Dewi itu dengan penuh
puas. Tapi dia tidak seharusnya berlebihan melayan rasa. Pandangan mata ini
tetap perlu diperlihara.
“Sihat.
Ril?”
Duduk
berdua kali ini terasa canggung. Mungkin kerana dia malu dengan Amril. Apatah
lagi sesekali mata Amril menjeling perutnya yang sudah memboyot.
“Sihat.
Cuma terlalu rindukan Dewi...”
Dewi senyap. Apa lagi yang mampu dia buat?
“Hmm.. Baby sihat?”
“Sihat.”
Jawab Dewi mudah.
Sebenarnya
dia langsung tak pernah buat check up
untuk bayi di dalam kandungannya. Dia bukannya banyak duit. Nak ke hospital pun
hanya untuk mengambil ubat si ibu.
“Muka
Dewi makin berseri...” Puji Amril tidak tertahan. Sungguh, mungkin itu seri ibu
mengandung yang selalu diperkatakan oleh orang.
Dewi
ketap bibir. Malu. Layak ke manusia sepertinya dipuji?
“Seri
yang dah terdedah Ril... Apa lagi yang tinggal?” Perlahan nada suaranya. Antara
dengar tak dengar sahaja di cuping telinga Amril. Rasa daif teramat sangat.
Si
jejaka mengubah posisinya. Bertentang mengadap wajah Dewi Aleeya.
“Dewi...
jangan cakap macam tu. Bagi Ril, Dewi masih sama seperti dahulu. Maruah Dewi
tetap diangkat tinggi di hati Ril.. Tak ada yang berubah.” Tegas Amril untuk
berjuta kalinya.
Dewi
meramas tangannya sesama sendiri bila perasaannya bergelora menghempas rasa.
“Baliklah
Ril.. Nanti kalau Mak Cik Ita nampak, dia mengamuk pulak.” Tolak Dewi. Cukup-cukuplah
benci Puan Norita pada dirinya. Dia tak mahu menambah pedih diri sendiri.
Tuhan....
separuh dari hatinya menghalau. Tapi separuh lagi menghalang keras. Dia ingin
Amril di sisinya. Paling kurang untuk dia lepaskan beban rindu ini walau untuk
seketika cuma.
“Mak
tak ada.. Dia pergi KL.”
Nafas
dalam ditarik. “Ril tipu mak Ril lagi ya?” Tebak Dewi pasti. Ya Tuhan,
pulangkan Amril ke jalanMu. Jangan biar dia hanyut dengan perasaan yang tak
punya penyudah yang membahagiakan ini.
“Ril
tak tipu. Ril cuma rahsiakan je.”
“Ril...
baliklah....” Dewi dah bangun. Oh permata.... jangan kau menghujan
dihadapannya. Sungguh jangan....
“Kahwin
dengan Ril.... Kahwin dengan Ril...” Ujar Amril sambil menghalang langkah kaki
Dewi.
Mujur
Dewi cepat menghentikan langkahnya. Bimbang jika bertembung dengan Amril.
“Ril
ni kenapa? Kan dari dulu Dewi cakap antara kita dah berakhir. Dah berakhir
Ril...”
Amril
langsung tak puas hati dengan keputusan Dewi.
“Kenapa Dewi pentingkan diri sendiri?
Kenapa susah sangat nak terima cadangan Ril ni? Kita kahwin dan lari dari sini.
Satu hari nanti, mesti mak akan maafkan kita jugak dan dia pasti akan terima
kita. Ril kenal mak Ril tu. Marahnya tak lama. Bagi peluang Ril jaga Dewi. Bagi peluang tu
kat Ril...”
Wajah
yang menunduk tadi diangkat tinggi. Tak sampai lima saat, anak mata lari dari
memandang wajah Amril.
“Jangan
fikir bahagian hidup kita je Ril... Fikirkan orang di sekeliling kita. Bila
kita pergi, keluarga Ril yang dapat malu. Lagipun umi yang terlentang sakit tu
macam mana? Jangan lari dari kehidupan Ril... sebab bimbang tak ada hidup lain lagi
untuk kita nanti.”
Kerap
kali manusia terburu-buru mengejar bahagia sendiri. Berhati-hatilah dalam
menjaga hati. Jangan pemburuan yang dasyat itu sampai menjejaskan kesihatan
hati kita sendiri.
Ikut
hati mati. Ikut rasa binasa.
Amril
kembali menjawab. “Tapi kita berhak nak teruskan hidup sendiri kan? Berhak
gapai bahagia sendiri kan? Lagipun bahagiakan Dewi adalah tanggungjawab Ril.” Tak
mampu menyangkal kata-kata Dewi. Tapi... dia cuba untuk meyakinkan Dewi.
Dewi
tak tinggal diam, cepat sahaja membalas.
“Cinta
kita tu bukan beban Ril... Jadi jangan fikir yang Dewi ni tanggungan dalam
hidup Ril. Bahagiakan Dewi bukan tanggungjawab Ril.. Tapi itu tanggungjawab
Dewi sendiri. Jangan risau, Dewi dah cukup bahagia. Dah terlalu cukup....”
Dikuak
rambut ke belakang. Entah macam mana Tuhan cipta manusia bernama Dewi Aleeya
ini. Sabarnya... tabahnya... luar biasa sungguh.
“Dari
kecik Ril kenal Dewi. Ril hanya mampu sayang Dewi.... There always be a place for you for all my life. I’ll keep a part of
you with me and everywhere I am, there you’ll be...”
Oh...
jangan ingat budak kampung itu tak faham. Dewi antara pelajar SPM terbaik di
sekolahnya. Dia hanya tidak menyambung pelajaran kerana kedaifan keluarga.
Hanya mampu menyambung STPM namun sayang, keadaan diri yang berbadan dua
menghalang dia dari menduduki peperiksaan.
Dewi
berpaling ke belakang.
“Baliklah
Ril...” Halau Dewi dengan deraian air mata.
Tuhan..
rupanya dia masih lemah. Tak tertanggung rupanya kudrat ini dalam mengendong
aksara cinta ini.
“Salah
ke kalau Ril perjuangkan kebahagiaan kita? Bukan ke Dewi pernah cakap dulu...
hidup ini adalah sesuatu yang perlu diperjuangkan. Dewi lupa ke? Marilah...
kita berjuang sama-sama Dewi.”
Tak
berputus asa lagi rupanya si Amril.
Tanpa
berlengah, terus Dewi melangkah masuk ke dalam rumah. Pujuk rayu itu bakal buat
hatinya lebur. Sungguh, suara itu mampu menjana kekuatan dan mampu melenturkan rasa
yang selama ini dia pertahankan.
Untuk
kebahagiaan semua... tidak seharusnya hubungan ini diperjuangkan.
Amril
terpana pabila pintu rumah itu tertutup rapat. Dewi... Kenapa suka simpan
derita itu sendiri?
Tanpa
mereka sedari... ada mata yang memerhati gelagat mereka berdua. Ada hati yang
diserang tanda tanya lagi. Ada hati yang mungkin akan terluka sama.
Ada
tiga raga. Dua cinta. Satu cerita. Dalam
mereka mengenal makna hidup, mampukah mereka mencapai bahagia?
***
Sengaja
Naira membiarkan Dewi sendiri di bilik sementara dia terus melepak di pangkin
rumah. Apa nak jadi selepas ini pun Naira pening kepala nak fikir.
Nak
balik?
Atau...
Nak
tingal di sini?
“Akak....
buat apa termenung di sini.” Suara itu kedengaran serak sendiri. Menangis
gamaknya.
“Saje...
Ambil angin petang sementara nak tunggu maghrib.” Sengaja dia tidak menoleh ke
arah Dewi. Tidak mahu Dewi rasa tidak selesa. Al-maklumlah, mata dia kalau dah
skodeng orang,bukan reti nak berhenti. Karang mulut pulak rajin nak selongkar
isi cerita.
“Akak
nak balik dah ke?” Tak tertahan rasa hati untuk bertanya. Entah, dia senang
punya teman seperti Kak Naira.
“Kenapa?
Dewi nak halau akak ke?” Tanya Naira sedikit berseloroh.
“Bukan
halau... Kalau boleh tak nak bagi pergi. Tapi Dewi tahu, akak mesti ada
tanggungjawab lain kan?” Dewi hanya tahu pemilik namanya sahaja. Sejarah, jalur
keturunan, salasilah, kisah silam Naira... habuk pun dia tak tahu.
Macam
mana dia boleh percayakan Naira sebegini mudah pun, Dewi tak tahu. Yang pasti,
dia memang mengamalkan sikap husnuzon pada semua orang.
Naira
membetulkan duduknya.
“Erk...
sebenarnya tadi akak dah telefon mak saudara akak tu. Rupanya dia pergi
Langkawi. Jaga anak dia yang baru
bersalin. Jadi.... akak ada dua pilihan je sekarang.” Temberang Naira dengan
muka serius. Biar jadi bukti agar Dewi mempercayainya.
“Apa
dua pilihan tu?” Tanya Dewi tak sabar.
“Sama
ada akak balik KL ataupun....” Jeda sedikit.
“Ataupun
apa kak?” Haih, cerita sangkut-sangkut ni saje nak membangkitkan debar kan?
“Ataupun....
ada orang sudi nak terima akak sebagai pelancong di sini.”
Air
muka Dewi nyata berubah. “Sungguh ke?” Oh Tuhan.... dia tak salah dengar kan?
“Sebenarnya
akak tengah cuti semester. Jadi sebab tu akak datang sini sebab mak dan ayah
akak tak ada kat Malaysia. Jadi ingat nak jalan-jalan jadi orang kampung.
Disebabkan mak saudara akak pun dah tak ada, boleh tak akak nak menumpang kat
rumah Dewi? Dewi jangan risau... akak akan bayar sewa dan akak janji tak akan
susahkan Dewi.”
Naira
sedar yang dia tidak seharusnya beralah semudah ini. Mana mungkin dia boleh
pergi tanpa menjawab semua pertanyaan yang berkunjung di benaknya. Lagipun,
hei... Amril ingat dia manusia yang cepat berputus asa ke?
Kadang-kadang
dia hendak ketawa pabila memikirkan Amril. Kalau bahagian dia, kemain lagi nak
menghentak emosi orang. Tapi bila dia terkena dengan Dewi, bukan main merayu-rayu
lagi.
Amril
pun sebenarnya dua kali lima je dengan dia. Sama-sama tak sedar diri!
“Akak....
Sungguh akak sikit pun tak menyusahkan saya. Saya yang susahkan akak adalah...”
Tutur Dewi pula. Malu sebenarnya nak tumpangkan tetamu dalam keadaan yang cukup
daif ini.
“Okay
dah... dah... kita kena hentikan drama swasta ini. Jadi sekarang, akak ni
pelancong di sini tau... Dewi kena ajar akak cara hidup berkampung.” Muka Naira
dah kembali ceria. Mengadap wajah Dewi tika ini, hatinya dijamah bahagia yang
tak sudah. Kenapa agaknya?
“Okay...
maghrib nak masuk dah. Jom mandi air perigi.”
Mendengarkan
suara Dewi, senyum di wajah Naira terus mati. Aduh, ini yang lemah gemalai
semangat nih! Weh, ingat ringan ke? Nak mandi pun tak ubah macam kena dera!
“Jom
ah kak... kita mandi sama-sama.” Dewi dah bangun menghulur tangan.
Mendengarkan
perkataan mandi sama itu, sedikit sebanyak Naira kembali teruja. At least, dia
boleh tolong senangkan kerja Dewi. Tak adalah Dewi susah-susah nak angkut air.
Rasa
susah bila buat untuk diri sendiri. Tapi bila tolong orang, rasa senang pulak
kan? Mungkin ini hadiah dari Allah buat manusia yang suka membantu.
Mandi
bersama memang seronok. Main shampoo-shampoo. Saling membersihkan diri bersama.
Haih, penat mengangkut air bagai hilang begitu sahaja.
Habis
mandi, mereka berjemaah bersama. Naira suka diimamkan oleh Dewi. Bacaan Dewi
mengalun lembut. Menyejukkan hati yang mendengar. Dia, nak jadi Imamah memang
tak lah kan.. Tak pernah reti... Itu dah satu hal. Tapi tak pernah reti nak
belajar!
Bab
mengaji yang Naira paling suka. Sebab si
Dewi akan tolong betulkan bacaan dia yang tunggang langgang itu. Almaklum, dia
sekadar mengerjakan yang cukup. Tak ada inisiatif langsung nak tambah amalan
yang tak berapa nak banyak ini.
Solat...
asal cukup lima waktu.
Mengaji..
dah lama tak buat.
Dengar
ceramah... sekali sekala kalau dah terdengar di radio atau tv.
Setakat
itu sahaja.
Apa
yang Naira perhatikan si Dewi ialah, dia belajar bahagia dengan apa yang dia
ada. Makna kata, bersyukur dengan perkara kecil dari Tuhan buat hati lega dan
bahagia. Dan nikmat itu... baru dirasai oleh Naira.
Contoh
macam sekarang lah... setelah sekian lama tak mengaji, bila ada orang sudi
betulkan bacaan kita dengan lemah lembut, buat hati makin jatuh cinta untuk membaca.
Kalau
dengan Mariam pun dia segan. Sebab Mariam garang orangnya. Ajar sekali tak
faham, dia malas nak ajar untuk kali kedua dan seterusnya. Dapat pulak anak
didik yang payah nak faham bahasa ni!
Dengan
Dewi... aduhlah... kenapa rasa macam dah kenal benar?
Usai
memastikan si Umi telah tidur, mereka melepak bersama di bawah pangkin. Di
bawah rimbunan pokok mempelam yang sudah berbuah ranum.
Naira
sibuk membelek Iphone milik sendiri. Kenal pasti kalau-kalau ada panggilan atau
pesanan ringkas untuk dirinya. Hmm... nampaknya kehilangannya langsung tak
dicari oleh keluarganya.
Biarlah.
Malas nak dera hati sendiri dengan memikir yang tidak-tidak.
Sekurang-kurangnya, di sini dia boleh nak tersenyum.
Mata
Dewi pula ralit mendongak ke dada langit. Menyaksikan kerdipan bintang-bintang
yang terhias cantik.
“Cuba
akak tengok bintang tu.” Arah Dewi semangat.
“Bintang
yang berkelipan itu menjadi penerang dan menghiasi langit yang tak
bercahaya...” Sambung Dewi pabila tiada sambutan dari Naira.
“Ya...
bintang tu bukan sahaja menjadi penyeri malam tapi menjadi pertunjuk arah bagi
manusia yang berada di gurun dan pelaut supaya tak kehilangan arah.” Sambung
Naira sedikit fakta.
Mata
mereka sama-sama merayap di gelap pekat malam itu.
“Tapi...”
Nada Dewi yang berjeda itu membawa Naira menoleh. Ternanti-nanti bait
seterusnya.
“Bintang
yang bergemerlapan itu tidak terlihat atau mungkin akan diabaikan bila langit
itu terang..” Nada Dewi sudah berubah rentak. Bagai sedang menganalisa diri
sendiri.
Naira
membisu. Bab bermadah bagai dia memang failed.
Boleh jadi akan sesat dalam lautan ayat milik sendiri.
“Kalau
gitu, jadilah langit. Apa pun keadaannya... siang atau malam, langit tetap
berada di tempat duduknya kan?”
Dewi
tersengih sedikit. Terasa lucu pula perumpamaan Naira itu.
“Lumrah
hidup memang begitu kak...Tak akan selamanya dia akan mengikut aturan kita,
kemahuan kita. Allah menjadikan gelap itu memiliki giliran dan dalam masa
tertentu kerana mengikut keperluan dan kepentingannya. Di antara masa gelap itu
Allah menjadikan cahaya agar sesuatu yang memerlukannya dapat menjadi sempurna
dan teratur. Macam keadaan malam yang gelap...
kalau tak gelap, kita tak cuba cari cahaya lampu. Begitu jugak dengan ujian,
kalau tuhan tak menguji, mungkin kita tak jumpa jalan yang tuhan nak tunjuk..”
Tuturnya
tersusun penuh indah. Buat Naira melopong melabuhkan rahang.
Betul
ke umur Dewi ni sembilan belas tahun? Tak macam pun! Kagum bertimpa-timpa
datang menerpa sanubari.
“Dan
bagaimanapun bintang itu, moga dia tetap bersinar dan memberikan erti pada
sesiapa yang beroleh pantulan cahayanya...” Sambung Dewi sambil anak mata tak
lepas memandang langit.
‘Dik....
bintang itu mungkin sahaja adalah dirimu...’ Sambung Naira dalam hati. Ucapan
itu khas untuk si adik.
“Dewi...
akak tanya sikit boleh?” Naira bagi intro berani.
“Tanya
apa kak?” Dah macam ada bau-bau ‘skop’ soalan Naira itu.
“Lelaki
yang datang tadi tu siapa?” Sudah gaharu cendana pula, dah tahu sibuk lagi nak
tahu.
“Kawan.”
Jawab Dewi pendek.
“Kawan?”
“Someone yang cukup penting dulu....”
“Habis
tu sekarang dah tak penting ke?” Provokasi sungguh soalan Naira itu.
Dewi
diam. Tipulah kalau kata tak penting. Jiwa Amril masih menggelegak dalam bara
cintanya. Tapi... mungkin dah tersusun yang cinta ini tak mampu berkesudahan
dengan baik.
“Tengok
bintang ni kan... teringatkan satu lagu.”
Mengelakkan
rasa sepi terus menghurung, Naira memainkan sebuah lagu kesukaannya melalui
iPhone miliknya.
“My feveret song...”
Sambil
itu, mulut Naira ikut turut menyanyi. Macam hati riang sangat padahal tersiat
habis.
Moon so bright, night so
fine
Keep your heart here with mine
Life's a dream we are dreaming
Keep your heart here with mine
Life's a dream we are dreaming
Dewi
menyambut deraian lirik lagu yang dinyanyikan oleh Naira itu. Lagu soundtrack filem
Zooro itu memang pernah didengari. Mungkin kena dengan cerita hidupnya
sekarang. Life’s a dream we are dreaming…
Tiba
bahagian chorus...
I want to spend my
lifetime loving you
If that is all in life I ever do
I will want nothing else to see me through
If I could spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do
I will want nothing else to see me through
If I could spend my lifetime loving you
Penuh
jiwa Naira menyanyikan mengikut versi dirinya sendiri. Amril, if I could spend my lifetime loving you...
If I can... I will do for you...
Sebak mula nak jadi kawan baik. Cepat sahaja
disepak pergi.
Naira
lepas pandang ke arah Dewi yang ikut turut sama mengelola jiwa sendiri. Mungkin
kalau dia kena serahkan Amril di tangan Dewi, dia akan lakukan dengan sepenuh
hati.
‘Macam
mana dengan kau Naira? Bukan ke kau nak berjuang bahagiakan diri sendiri?’
Soalan mencekik dari si hati.
Apa
nak dirisaukan.
“When there is love, life begins...”
Tanpa sedar ayat itu meluncur laju dari mulut Naira. Membuatkan Dewi termanggu
sendiri.
***
Pagi-pagi
lagi rumah Dewi dah dikunjungi oleh Mak Cik Besah. Jiran yang duduk tak berapa
jauh dari rumah Dewi. Dialah yang banyak membantu Dewi selama ini.
Diperkenalkan
Naira pada Mak cik Besah. Bukan main suka lagi dia. “Cantik benar orangnya...”
Pujian itu buat Naira tarik senyum tawar.
‘Kalau
cantik... Tak adalah kena tolak dengan si Amril tu.’
Tapi
bila discan balik, bukan cantik yang menjadi kriteria Amril. Tengok sahaja
Dewi. Lemah lembutnya, ayunya, sopannya.. mungkin itu salah satu tiket yang
mencuri hati Amril.
“Mak
cik ada buat nasi dagang.. Tu datang hantar. Tak tahu ada tamu...” Ramah
orangnya di padangan Naira. Sekurangnya, tak lah Dewi sunyi sangat.
Hmm..
mungkin boleh skodeng jawapan yang tergantung tu dari Mak Cik Besah nanti.
“Ini
pun dah lebih dari cukup mak cik..” Tak mahulah susahkan wanita itu berulang
semula ke rumahnya.
Usai
mereka makan bersama, berkongsi apa adanya bersama, Mak cik Besah bersuara
lagi.
“Hah,
hari tu kamu kata nak makan mempelam kan? Mak cik tengok pokok mempelam kat
rumah kamu tu dah berbuah.. Nanti mak cik suruh Ali tolong kaitkan untuk kamu.”
Dari
gaya Mak Cik Besah melayan Dewi, Naira dapat rasa yang orang tua itu
benar-benar ikhlas. Menjaga si Dewi bagai anaknya sendiri.
“Lah,
Dewi nak makan mempelam ke? Biar akak tolong ambilkan...” Tawar Naira mencelah
perbualan keduanya.
“Ish...
susah-susah je...” Ini yang hati kebal nak kembali manja ini. Terharu bila
ditatang bagai minyak yang penuh oleh Mak Cik Besah dan Kak Naira.
“Alah...tak
ada yang susah pun.”
Naira
dah mula keluar ke kawasan pangkin. Kepala mendongak ke langit. Berkira-kira
untuk mengait mana-mana buah yang senang dicapai.
Tapi
puas dikait, semua pun kemain liat nak jatuh.
“Boleh
ke aku panjat pokok mempelam ni?” Sejak bila entah dia jadi gengster kampung
ni? Untuk Dewi kata hatinya. Semua pun sanggup redah.
Naira
sudah berkira-kira hendak memanjat batang-batang pokok. Mana dahan yang perlu
dipijak dan mana yang tidak boleh.
“Akak....”
Dewi yang baru keluar dari rumah itu terkejut. Naira panjat pokok mempelam?
Si
Naira yang berada di atas pokok itu sempat melambai. Buah mempelam yang
terjangkau di tangannya dicapai dan dicampak ke bawah. Namun ketika hendak
turun, kakinya tersalah landing jadi..
Gedebuk!
“Akak....”
“Aduh....”
Dibantu
Naira untuk berdiri dan duduk di pangkin.
“Akak
okay tak ni? Ish... Pokok mempelam orang tak panjat kak... Bahaya!” Pesan Dewi
sedikit membebel.
“Saja
nak test power.” Jawapan budak-budak dah keluar.
Perbualan
mereka tergendala pabila sebuah kereta masuk. Keluar si jejaka dengan T-shirt
putih tanpa corak itu. Wajahnya tegang ketika menghampiri keduanya.
“Kenapa
ni Dewi? Awak tak apa-apa ke?” Tanpa buang masa, Amril terus menghampiri subjek
utamanya. Subjek sampingan terus ditolak ke tepi.
“Dewi
okaylah. Kak Naira yang terjatuh...” Cerita Dewi pendek.
Naira
gigit bibir. Dia yang terjatuh pun, Dewi jugak yang menjadi keutamaannya.
“Oh
ya ke...” Nada suara tak berminat dah keluar. “Apa tanah bergegar ke sampai
boleh jatuh?” Sempat lagi bagi ayat smash.
Wajah
Dewi mengerut. Tak suka dengan ayat sinis itu. “Ish... apa awak ni Ril. Kak
Naira jatuh pokok waktu ambilkan buah mangga tu...”
Tiga
pasang mata mula menjurus pada beberapa buah mangga yang tergolek di atas
tanah.
Naira
harap, adalah sikit simpati Amril untuk dirinya ini. Tapi memang kirim
salamlah. Encik Taufan itu tak kenal erti baik hati bila melibatkan Naira
Ilyani.
“Kenapa
Dewi tak cakap kat Ril? Ril boleh tolong kaitkan untuk Dewi. Lagipun pokok
mangga orang tak panjat. Dahan dia tak kuat. Bukan macam pokok manggis. Orang
bandar kena belajar dulu selok belok orang kampung. Jangan besar kepala jadi
samseng kampung.” Kena lagi sedas!
Dewi
rasa pelik sungguh dengan Amril ini. Sejak bila suka perli-perli orang? Dulu
memanglah Amril kaki gurau, tapi bukanlah gurauan kasar seperti ini.
“Erk
Dewi.. Akak pergi buat colek untuk Dewi ya?” Pelawa Naira malas nak lanjutkan
perbalahan ini.
Tapi
baru sahaja dia bangun... Kaki kanannya terasa ngilu. Alah, mesti kesan dari
jatuh pokok tadi.
“Akak
okay tak ni? Hmm... Dewi rasa kaki akak seliuhlah. Biar Dewi ambilkan minyak
sekejap.” Dewi beralasan.
Sebenarnya
Dewi nak mengelakkan duduk berdua dengan Amril. Bara api semalam tak perlulah
direnjis lagi. Bimbang makin marak... Walau dihalang, dia terus masuk ke dalam
rumah.
“Kau
tak rasa ke kehadiran kau ni memang menyusahkan orang!” Tanya Amril kasar.
“Oh
ya ke? Tapi yang pasti saya tak susahkan awak kan?” Rasanya tak guna bagi ayat
‘baik’ ‘baik’ dengan Amril. Mungkin perlunya dia cari pasal dengan mamat pujaan
hatinya ini.
Muka
Amril makin tegang.
“Hei,
yang kau susahkan tu Dewi tau! Susah Dewi, aku pun rasa!” Hei, ringan je tangan
ni bagi cop dekat pipi yang putih melepak itu.
Naira
lepas nafas. Sesak yang boleh buat manusia tercekik!
“Kenapa
awak benci sangat pada saya?” Tanya Naira berani. Bersedia menghadapi sebarang
jawapan.
Amril
melarikan pandang. “Aku tak pernah bencikan kau.” Senafas jawapan itu keluar.
“Habis
tu selama ni?” Kalau bukan benci apa? Tak kan sayang pulak.
“Aku
cuma terlalu sayangkan Dewi.. Jadi aku tak suka kalau ada orang cuba nak rampas
tempat dia dalam hati aku. Aku tak su...ka...” Tekan Amril untuk beribu
kalinya.
Agaknya
otak Naira ni dapat pick up tak? Atau dia masih mahu menjadi seperti orang
bodoh dalam memperjuangkan perasaannya yang membuta tuli itu?
Untuk
terakhir kalinya... Naira bertanya lagi. Kali ini bukan untuk memberontak seperti
kebiasaannya. Tapi untuk.... sebuah kepastian lebih kepada diri sendiri.
“Awak...
awak langsung tak boleh terima saya ke? Langsung tak boleh.” Dah tahu dah
jawapan dia. Tapi hati bebal itu nak tanya jugak.
“Hati
ini walau aku punya tapi aku tak boleh kawal dia ikut suka hati aku saja. Aku
tak boleh paksa dia sayang orang yang dia memang tak ada rasa apa-apa. Aku tak
boleh paksa dia berhenti sayang orang yang aku dah suka sekian lama. Ya, hati
aku mungkin degil.. Sebab bila aku dah sayang, aku akan sayang sampai mati. Kau
faham tak? Sampai mati....”
Kali
ini Naira senyum. Entah kenapa jawapan itu menyejukkan hatinya. Kenapa rasa
lega datang menerpa diri?
“Sekarang
kau kena terus terang dengan aku Naira.... Macam mana kau datang sini? Dan
kenapa kau datang sini?” Melihatkan senyuman di wajah itu, Amril jadi bimbang.
Bimbang kalau Naira menggila di kampungnya ini.
“Dari
mana aku tahu... kau tak perlu tahu.” Tiba-tiba dia menukarkan bahasa ganti
namanya. Tiada lagi ‘awak’ dan ‘saya’.
Mungkin
kena layan Amril teruk-teruk untuk menghilangkan rasa milik sendiri ini.
“Yang
penting... aku ke sini untuk jumpa Dewi Aleeya.” Ya, memang itu hala tujunya
dahulu.
“Untuk
apa?”
“Untuk
bunuh dia supaya aku dapat ambil hati kau yang ada pada dia!” Ucap Naira serius.
Dan
Amril terpempam tak terkata.
***
Tubuh
dihempas ke katil. Suara Naira bergema entah untuk yang keberapa ribu kali.
“Aku
nak bunuh dia supaya aku dapat ambil hati kau yang ada pada dia!”
Biar
betul? Perempuan tu main-main je kan? Bisik hati Amril risau.
Telefon
bimbit yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan. Tak berlengah, nombor
telefon Daus terus dicari.
“Weh,
kau tahu tak perempuan tu ada kat sini.” Tanpa salam, terus laju Amril menerjah
sahabatnya itu. Hati dah menggelupur dengan kerisauan.
“Perempuan
mana?” Daus yang berada di hujung talian itu dah berdebar-debar. Nampaknya
mereka dah berjumpa. Mungkin perang baru lepas terletus di kampung Amril itu.
“Perempuan
gila tulah. Si Naira Ilyani.”
Daus
senyum pendek. Tahu jugak si Amril nama buah hati penggores hati itu.
“Hah,
ya ke?” Ayat lakonan dah keluar.
“Agak-agak
kau siapa yang bagi tahu ya?” Soalan itu lebih ditanya pada diri sendiri.
Setahunya, hanya dia dan Daus sahaja yang tahu. Erk.. Daus ke?
“Kau
ke yang beritahu dia?” Suara Amril memetir macam askar pencen. Bingit telinga
Daus dibuatnya.
“Kenapa aku pulak... Aku tak terlibat pape pun.”
Temberang Daus. Dia memang akan mengaku.. tapi bukan di saat Amril keberangan
seperti ini.
Terdengar
keluhan si Amril.
“Dah
tu macam mana? Dia apa-apakan Dewi ke?” Saje tanya soalan tak logik. Dia tahu,
Naira tak akan buat benda macam gitu. Perempuan tu walau gila ke Amril pun,
otaknya masih waras lagi.
“Dia
kata dia nak bunuh Dewi sebab nak ambil hati aku yang ada pada Dewi.”
Sejurus
menghabiskan ayat, terus Daus ketawa kuat. ‘Cina beng punya member, dia boleh
gelak sakan padahal aku kat sini dah macam kuah menggelegak dah.’
“Naira
nak psycho kau tu... Releks brader brader releks... Apa kau ingat negara kita
tak ada undang-undang ke apa? Setakat yang kau tengok dia layan Dewi baik ke
tidak?”
Terfikir
Amril bila menyambut soalan Daus itu.
“Depan
aku memanglah layan baik.. Belakang aku mana kita tahu.”
Daus
mengeluh. “kau ni prejudis sangatlah pada Naira. Cuba kau fikir yang baik-baik
je.” Kalau hati dah benci tu, semua benda nampak tak elok. Naira pun satu hal.
Suka nak cabar kesabaran Amril yang tak banyak mana tuh.
“Semak
otak aku dibuatnya.”
“Jangan
fikir otak kau je. Otak aku pun semak sama. Semalam mak kau singgah rumah sewa kita.”
Daus bukan nak tambahkan kusut Amril, tapi rasanya lelaki itu patut tahu.
“Ya
ke?” Itu pun satu hal jugak.
“Yalah...
dia bebel-bebel tanya mana kau. Aku cakap kau buat part time tapi tak tahu
kemana.” Tak pasal-pasal tambahkan bilangan kuantiti dosa yang memang dah
menimbun tu.
“Bagus!
Biar dia fikir yang aku dekat KL. Lagipun, aku rasa lama lagi dia nak duduk
dekat rumah angah aku tu.”
“Tapi...
kau cakap nak balik sekejap je kan?” Haih Amril, kau jangan macam-macam.
“Sebab
ada Naira ni.. Lagi lamalah aku kat kampung. Aku kena pastikan dia selamat.
Kalau boleh aku nak tunggu sampai dia bersalin.”
Daus
dah agak sangat dah. Amril ni memanglah. Suka cari pasal.
Belum
sempat dengar Daus membebel, Amril dah mintak diri. Ada panggilan masuk
dari...emaknya. Okay, tarik nafas.
One. Two. Three. Go!
“Assalamualaikum
mak...”
“Waalaikumsalam.
Kamu dekat mana Ril?” Suara dihujung talian dah memetir.
“Kerja.”
“Kerja?
Apa tak cukup lagi ke duit yang mak bagi pada kamu?” Amril menjauhkan
telefonnya sedikit.
“Cukup.
Apa yang Ril dapat dari mak, tak pernah tak cukup.”
“Habis
tu?”
“Saje...
Cari pengalaman kerja. Lagipun, mak bukan bagi Amril balik rumah pun kan?”
Sengaja Amril bagi ayat membakar. Mungkin mak dia lupa, derang ni sama je
degilnya.
“Kan
mak suruh kamu pergi rumah angah. Kerja kat mana? Berhenti kerja hari ni
jugak.” Desak Puan Norita berkeras.
Hei, buat malu je sampai si anak nak kerja
part time. Macamlah dia tak mampu nak tanggung makan pakai Amril.
“Ril
tak mahu. Tak cukup lagi ke Ril ikut semua kemahuan mak? Ril nak kerja. Nak
cari pengalaman. Nak tenangkan kehidupan. Ril tak mahu gaduh dengan mak. Ril
cuma harap mak hormat keputusan Ril. Assalamualaikum.” Tak tunggu lama, talian
diputuskan. Telefon bimbit terus dimatikan.
Kalaulah
mak dia tahu yang dia pulang ke rumah? Memang habis.
Kalaulah
mak dia tahu yang dia berjumpa dengan Dewi? Memang mati.
***
Dalam
situasi dia cuba hendak lari, kakinya tersandung dah terjelupuk di dada lantai.
Dewi berpaling. Berpaling mencari wajah lelaki yang makin mendekat itu.
Digunakan sepenuh dayanya menolak tubuh yang sudah menindih badannya.
“Tolong...
tolong jangan buat Dewi macam ni...”
Hanya
pada Tuhan dia menitipkan doa. Moga dia diselamatkan dari nafsu durjana
manusia.
“Ada
tak orang beritahu kau...kau ni cantik sangat....” Baju kurung kedah Dewi
ditarik hingga mendedahkan separuh bahunya.
“Lepaslah..
Tolong... tolong... Abang, tolong Dewi...abang...” jerit Dewi sepenuh hati.
Pang!
Pipi
kanannya ditampar kuat.
“Hei
senyaplah. Aku tak suka kau bising-bising.”
Dewi
meronta lagi. Kali ini lebih kuat. Ditolak tubuh itu dan meloloskan diri lagi.
Tapi badannya terus ditolak ke dinding. Kaki lelaki itu terus menyepak kuat
badan Dewi. Hampir lunyai dibuatnya.
“Kau
cuba nak lari ya... rasakan!”
Dewi
dah tak mampu melawan. Air mata merebes tapi tiada siapa yang mampu menepisnya.
Matanya membuang pandang ke arah mata lelaki itu. Mata si abang yang memandangnya.
“Jangan buat Dewi macam ni... Jangan...
tolonglah... jangan...” Teresak-esak Dewi menangis.
Naira yang tidur disebelah Dewi terus
tersedar. Saban malam memang beginilah ceritanya. Dewi pasti akan meracau dalam
tidur. Tak tunggu lama, tubuh si Dewi ditepuk perlahan. Mengejutkan.
Nafas Dewi tercungap-cungap seperti baru
melakukan larian seratus meter. Air mata di pipi disapu.
Bahu
Dewi ditarik dan dipeluk kejap oleh Naira. Cuba menghilangkan resah Dewi. Mimpi
apa sebenarnya yang menggangu Dewi?
“Syhh...
akak ada.... Akak ada....”
Semakin
lama Naira semakin pasti. Mimpi ngeri yang Dewi alami itu pasti mempunyai
kaitan dengan bayi di dalam kandungan Dewi itu.
Didodoikan
Dewi kembali. Biar Dewi kembali lena di pangkuannya.
Pernah
jugak Naira buka mulut tanya Amril. Siapa bapa kandungan Dewi. Jawapan Amril,
“Kau kenapa nak sibuk hal Dewi? Kalaulah Dewi tahu niat kau yang sebenar, pasti
Dewi akan benci kau.”
Naira
sengih tak bersalah. “Dewi tak akan benci aku sebab hati Dewi tak busuk macam
sesetengah orang tu...” Balas Naira berani. Suka nak cari pasal dengan Amril.
“Kau
mengata aku?” Muka Encik Taufan berubah.
“Eh...
hati kau busuk ke?” Provok Naira sengaja sambil memicit hidung. Tanda sedang
menghalang deria hidung dari menangkap sesuatu yang berbau busuk.
Amril
pandang ke lain.
Naira sengih lagi. Marah sangatlah tuh!
Perlahan
Amril bersuara. “Kau dah lain benar sekarang kan?” Mana agaknya perempuan yang terhegeh mengemis
cintanya dahulu?
Naira
angkat bahu. Entah macam manalah konsep ‘lain’
yang dimaksudkan oleh Amril itu.
“Aku
yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu ditendang sekarang ku disayang. Dulu
dulu dulu ku menderita, sekarang aku bahagia...” Spontan Naira mula menyanyi lagu
Tegar dengan riang dan ketawa.
Makin merah muka Amril. Makin sayang dia
pada Amril. Tapi sayang.... sayangnya tak akan kemana.
Walau
separuh dari hati dah menerima yang Amril bukan untuknya, tapi separuh
lagi...masih degil dan bebal.
Arghh.....
sabarlah cik hati! Bahagia bukan untuk engkau sahaja. Dewi pun layak mengendong
aksara bahagia itu.
***
Pesanan
ringkas dari si emak dipandang sepi oleh Amril. Rayuan si ibu yang hendak
berjumpa dengan dirinya itu membuatkan si hati berasa bersalah kerana menipu.
Kerana
Dewi... dia sanggup menipu si emak.
Berdayakah
hubungan ini hendak terjadi andai ada sahaja halangan terhidang?
“Kamu
kemana Ril? Kalau ya pun kerja, tak kanlah tak boleh jumpa langsung.” Sesudah salam,
terus dia diterjah oleh suara petir emak.
“Mak...
Ril betul-betul busy.”
Ya
Allah. Dia tahu, bila melakukan dosa dengan sengaja dan mengakui bahawa dosa
itu tidak mengapa kerana boleh dibasuh oleh tauba, sesungguhnya itu adalah
pengkhiatan kepada kasih sayang Allah.
“Tak
kan lah tak boleh nak cuti langsung. Yang kerja sampai nak mati ke diri tu
kenapa? Macam mak tak boleh bagi duit je kan?” Sangsi betul dia dengan sikap
anaknya ini. Ke nak boikot dia sebab larang Amril berjumpa dengan Dewi?
“Ril
tahu mak boleh bagi duit.. Tapi Ril nak belajar berdikari.”
Makin
lama dia bercakap, makin banyak pembohongan yang bakal dia lakarkan.
“Okaylah
mak.. Nanti kalau Ril free Ril balik rumah angah ya. Ril pergi dulu... Bos dah
panggil.” Tanpa sempat menangkap suara emaknya, cepat dia menutup telefon.
“Maafkan
Ril mak...Ril tahu Ril berdosa.... Tapi Ril tak boleh biarkan Dewi sendiri
mak... Dewi cinta hati Ril.”
Sebak
menghias diri. Dia tahu matlamat tak menghalalkan cara tapi... hati tetap akan
mencipta alasan bila cinta yang menjadi tajuk utamanya.
***
Pagi
itu, selepas menyediakan sarapan, Naira memanjangkan kaki ke rumah Mak Cik
Besah. Dah dua minggu berlalu dan dia masih bingung sendiri. Soalan yang
bermain di benaknya ini sungguh menagihkan jawapan.
Usai
memberikan nasi goreng itu ke tangan Mak Cik Besah, Naira bersuara.
“Apa
yang berlaku pada Dewi mak cik. Siapa ayah dalam kandungan Dewi tu?”
Mak
Cik Besah diam.
“Kenapa
kamu tanya mak cik? Kenapa Naira tak tanya Dewi sendiri.” Tebak Mak Cik Besah.
Kakinya dihala ke singki.
“Saya
tak tahu nak mula dari mana.” Luah Naira jujur.
“Mak
cik pun tak tahu nak mula dari mana Naira... Baiklah Naira tanya Dewi sendiri.”
Alah Mak Cik Besah ni. Tak membantu langsung!
“Mak
cik.... Saya bukan apa, saya kesian tengok dia meracau setiap malam. Kalau
boleh, saya nak bantu hilangkan trauma dia. Depan kita dia memang nampak kuat,
tapi kat belakang kita tak tahu kan...” Naira cuba merayu sambil buat muka
kesian.
Perlahan-lahan
Mak Cik Besah lepaskan nafas.
“Dewi
tu baik budaknya. Tapi kesian sebab dia dah terlalu menderita. Apa yang berlaku
bukan salah dia. Tapi masyarakat bertindak untuk menghukum dia. Kalau mak cik
ada anak lelaki yang dah besar, dah lama mak cik kahwinkan dengan Dewi. Biar
hilang derita Dewi. Biar selamat aib Dewi.”
Mak
Cik Besah mengesat hujung matanya yang berair.
“Dewi
kena rogol ke...?”
Perlahan-lahan
wanita tua itu mengangguk.
Naira tutup mulut. Padanlah saban malam
Dewi mengigau. Rupanya, berat benar dugaan yang dipikul. Tapi Dewi kelihatan
amat tabah. Selama mereka kenal, tak pernah sekali pun Naira dengar Dewi merungut apatah lagi
tentang kandungannya.
“Siapa
yang rogol dia?” Okay, soalan itu yang dia paling nak tahu.
“Baiklah
Naira tanya Dewi sendiri...”
Naira
duduk di anak tangga dapur. “Susah mak cik... dari pemerhatian saya, Dewi tu
memendam rasa orangnya.”
“Itulah
yang kita kena bantu. Dari dulu dia simpan sakit tu sorang-sorang. Jadi
Nairalah yang kena bantu dia luahkan apa yang dia rasa. Bukannya mak cik nak
suruh dia mengeluh... tapi tak salah kan berkongsi derita untuk kurangkan beban
pada hati sendiri?”
Lama
Naira diam. Mungkin betul cakap Mak Cik Besah, dia kena lakukan sendiri.
Balik
dari rumah Mak Cik Besah, Naira nampak Dewi sudah bersiap mengenakan tudung di
kepala.
“Dewi
nak pergi mana pagi-pagi ni?”
“Pergi
kubur.”
Lupa.
Memang kebiasaannya hari jumaat Dewi ke kubur. Tapi jumaat lepas dia tak boleh
sembahyang, itu yang tak dapat menemani Dewi ke kubur.
“Erk... Akak ikut boleh? Akak suruh Mak
Cik Besah tolong tengok-tengokkan umi ya?” Pelawa Naira sambil bangun. Baru je
dia melangkah, dia kembali mendapatkan Dewi.
“Erk....”
“Kenapa
kak?” Tanya Dewi aneh.
“Kita
nak ke kubur kan? Akak tak ada tudung. Boleh pinjam tudung Dewi?” Haish, malu
pulak rasa hati ini. Nak ke kubur je baru nak pakai tudung? Habis tu ingat
dekat tempat lain boleh langgar peraturan tuhan ke Naira?
Dewi
simpan senyum. “Boleh... kejap..” Tudung itu diserahkan pada Naira.
Pertama
kali tengok Naira bertudung, Dewi memuji kagum. Cantik.
“Cantik...”
Terlepas juga keluar dari mulut Dewi.
“Ada-ada
je Dewi ni.. Jom kita pergi. Akak dah pesan pada Mak cik Besah. Lagipun Umi
tengah tidur.”
Sampai
di kubur, terus mereka berdua sama-sama membaca surah yasin. Mata Naira membaca
nama di batu nisan. Mengagak sendiri yang mungkin ini adalah kubur arwah
ayahnya.
Pabila
hendak pulang, Dewi singgah di sebuah kubur lain pula. Lama Dewi termenung di
situ sambil mengusap perutnya sendiri. Mulutnya terkumat kamit sendiri. Entah
apa yang dibacakan atau dikatakan, Naira sendiri tak pasti dan langsung tidak
bertanya.
Di
almari solek di rumah Dewi, terdapat sekeping gambar keluarga Dewi. Ada emak,
ayah dan si abang. Tak pernah pula Naira tanya dimana abangnya? Atau itu adalah
kubur abangnya?
Oh
Tuhan.... pening kepala otak dibuatnya.
***
Makan
sudah. Solat sudah. Mungkin dah tiba masanya... Seperti malam sebelumnya,
mereka berdua gemar melepak di pangkin. Di bawah pokok mempelam sambil ditemani
cahaya suram.
Naira
tarik nafas. Ya, dia tahu bukan mudah nak mulakan semuanya. Ingat boleh tanya
terus ke? Siapa bapa kandungan Dewi ini? Lepas tu dapat jawapan lepas tu boleh
tidur tenang?
Tak.
Susah. Dan pastinya tak mudah.
Yang
dia nak selongkar sekarang bukannya laci meja. Yang dia nak tahu puncanya
bukannya macam dalam cerita novel yang terus boleh selak ending. Yang dia nak
terokai sekarang adalah hati manusia. Hati yang dah terlalu lama tercedera tapi
hati itu tetap percaya semua yang berlaku adalah dari tiket kasih sayang Allah.
“Kenapa
akak senyap je?” Tanya Dewi pelik. Seharian ini, memang kelakuan Naira pelik
benar. Dia ada buat salah ke?
“Tiba-tiba...
teringatkan keluarga yang jauh tu.” Untuk meletakkan mereka dalam frekuensi
yang sama, dialah yang terlebih dahulu perlu meluahkan cerita. Lagipun, dia nak
Dewi tahu yang kisah hidupnya tidaklah sesempurna mana.
Dewi
senyum. “Jauh di mata, dekat di hati kan?”
Naira
menggeleng. Menidakkan.
“Tak
Dewi.. Jauh di mata, tak tergapai dek tangan, tak terjangkau dek hati.”
Dewi
mula memberi fokus pada Naira. Nampaknya, Naira seperti menyimpan kisah
sendiri. “Cuba akak cerita.. Walau Dewi tak boleh tolong pun,
sekurang-kurangnya boleh legakan perasaan akak sendiri kan?”
Step
pertama dah berjaya. Intro cerita boleh dilemparkan.
“Akak
ada tiga orang adik beradik. Akak anak bongsu. Akak ada abang dan seorang
kakak. Mak ayah akak dah bercerai dari kecik. Kami hidup asing-asing. Dulu akak
duduk asrama, lepas tu kalau cuti je merantau rumah sedara mara. Jaranglah
dapat jumpa dengan mak ayah akak.”
Oh...begitu
rupanya kisah Naira. Mati-mati Dewi ingat yang hidup Naira bahagia. Sebab itu
dia jadi tak berani nak ceritakan kisah hidupnya yang penuh cela ini.
“Akak
tak balik rumah derang?”
“Bila
akak balik rumah papa, mama bising. Bila balik rumah mama, papa pulak yang
bising. Lagipun bila balik, akak jadi canggung Dewi. Akak rasa macam orang luar.
Macam derang bukan ahli keluarga akak.”
Tiba-tiba
emosi dia bergolak sendiri. Konon tadi nak berlakon je.
“Akak
selalu harap yang derang akan telefon akak. At least tanya akak sihat tak?
Belajar okay ke tak? Memang dari segi kewangan, derang tak pernah gagal. Akak
boleh dapat apa sahaja yang akak nak. Apa yang akak tak dapat pun derang akan
bagi. Kadang-kadang mama dan papa akak bergaduh sebab nak tunjuk siapa lagi
bagus dalam memberikan keselesaan dan kemewahan.”
Disapu
bahu Naira. Nampak seolah Naira cuba menahan air mata.
“Luahkan
je kak.. Jangan simpan sengsorang.” Pujuk Dewi ikut turut merasai keperitan
hati Naira.
“Malu
ah cerita kisah tak sempurna keluarga akak ni...” Naira pura-pura menepis air
mata sendiri padahal bukannya menangis pun.
“At
least Dewi beruntung, ada umi yang sayangkan Dewi. Ada arwah ayah yang sentiasa
titipkan cinta untuk anaknya.” Giat Naira lagi.
Laju
Dewi menggeleng.
“Setiap
hari Dewi berdoa kak... agar tak ada orang lalui hidup macam yang Dewi
lalui...” Emosi yang bergelora itu sudah merebak ke jasadnya pula.
Okay,
now! Serang Naira.
“kenapa
Dewi cakap macam tu?”
Melihatkan
Dewi yang terdiam, Naira capai tangan Dewi. “Kongsilah dengan akak... Apa yang
sebenarnya dah berlaku?” Berhati-hati Naira bertanya. Tidak mahu menggores hati
kecil Dewi.
Dewi
tak pasti hendak bermula dari mana... yang pasti semuanya bermula selepas
kematian ayahnya.
“Ayah
Dewi tok imam di masjid kampung ni. Hayat ayah berakhir sewaktu mengimamkan
solat subuh. Sejak itu, umi yang menanggung perbelanjaan keluarga. Umi yang
berkerja keras untuk memastikan kami dua beradik cukup makan pakai memandangkan
Dewi baru sahaja masuk tingkatan enam rendah manakala abang tahun pertama
Universiti.”
Ceritanya
terhenti seketika sebelum dia melepaskan nafas.
“Sebab
terlalu kerja keras, Umi jatuh sakit dan terkena serangan strok. Sejak itu kami
hilang punca pendapatan. Kerana terdesak, abang terpaksa berhenti belajar untuk
menjaga kami, Dewi dan umi... Kami tak ada saudara mara. Kalau ada pun jauh...
jadi kami sendiri kena berjuang untuk meneruskan kehidupan.”
Dewi
ingat lagi bagaimana kecewanya Fahmi pabila terpaksa berhenti belajar sedangkan
dia antara pelajar cemerlang yang selalu dibanggakan orang kampung.
“Dewi
ada tawarkan diri nak berkerja. Dewi sanggup berhenti belajar dan kerja di
kilang. Tapi abang tak bagi. Dia suruh Dewi belajar untuk ubah nasib keluarga.”
Air
mata yang kabur cuba ditahan.
“Abang
ada kan? Buat apa nak berhenti belajar? Dewi jangan risau pasal duit. Pandailah
abang uruskan.”
“Lepas
tu?” Soal Naira pabila Dewi seakan-akan sedang melayan perasaan.
“Selepas
dari itu abang Fahmi pergi pagi, balik malam. Dia sungguh-sungguh keluar
mencari rezeki. Bila ditanya, hanya buruh kasar sebagai jawapan pekerjaannya.
Sampailah satu malam...”
Dewi
ingat lagi. Malam itu cuaca dingin sungguh. Dia melangkah ke bilik si abang
untuk meletakkan selimut. Tapi pabila bilik terbuka, dia mendapati si abang
sedang menghisap dadah!
Jarum
bersepah di sekitar bilik. Kenapa dia langsung tak perasan yang abangnya sudah
pulang?
“Abang...
apa abang buat ni.” Dewi mengucap panjang. Sungguh, dia tak pernah menyangka
yang si abang sanggup mengambil benda haram itu.
Fahmi
memandangnya dengan senyuman. Tapi Dewi tahu hanya jasad Fahmi sahaja berada di
depannya. Bukan jiwa raganya yang telah dimamah oleh dadah itu.
“Siapa
ni?” Suara lelaki asing itu membuatkan Dewi menoleh dan tersentak.
Rupanya
bukan abang seorang yang berada di dalam bilik tu.... ada seorang lagi lelaki
yang turut bersamanya. Menyedari yang kepalanya tidak ditutup dengan tudung,
cepat Dewi hendak keluar dari bilik abangnya tapi dihalang oleh lelaki asing
itu.
Dewi
telan liur.
“Cantik
ah adik kau....” Badan lelaki itu terhuyung hayang sambil tangannya merayap
menyentuh badan Dewi.
“Jangan
kau berani sentuh aku! Abang, tengok kawan abang ni!” Dia cuba mendapatkan abangnya. Pabila Fahmi
langsung tak mempedulikan dirinya, laju dirampas jarum yang berada di pegangan
Fahmi itu.
“Abang...
sedarlah. Benda ni membahayakan nyawa abang!” Suara Dewi dah meninggi.
Kecewanya berbalang-balang.
Tindakan
Dewi memang mengundang marah Fahmi. “Kau berambus! Jangan kacau hidup aku!” Dada
Fahmi bergelombang. Mengawal marah.
Seumur hidupnya, itulah pertama kali dia
ditengking sebegitu rupa oleh si abang. Malah Fahmi sanggup menolak bahunya
kuat.
Dewi hendak keluar tapi sekali lagi
tubuhnya ditarik dan dicampak ke dinding.
“Mie...
Aku nak adik kau boleh?” Wajah keji sudah mendekat. Meloyakan Dewi sendiri.
“Ambiklah....”
Jawapan
itu sungguh membuatkan Dewi terkejut. Sungguh, abang yang selama ini dijadi
tempat berlindung, tiba-tiba memberi keizinan lelaki lain untuk menyentuh
dirinya.
“Abang....”
Jerit Naira kuat.
“Abang....” Jerit Naira lagi. Namun
sia-sia kerana jeritannya langsung tak didengari malah dia terus dikasari oleh
teman si abang.
Tak
sedar, air mata Naira mengalir bila mendengar bait demi bait yang keluar dari
mulut Dewi.
“Dewi
rasa hina sangat kak... Lebih-lebih lagi lelaki durjana tu ratah tubuh Dewi
depan abang Dewi sendiri. Depan abang Dewi sendiri...” Kejadian itu kembali ke
layar ingatan Dewi.
Naira
tarik badan Dewi rapat ke dadanya. Ya Allah, berat sungguh dugaan yang Kau
lemparkan kepada Dewi. Sungguh, maruahnya dipijak dan dilanyak tanpa belas.
Apatah lagi dikotori oleh darah dagingnya sendiri.
Mereka
berdua sama-sama mengongoi bersama tangisan.
“Mana
abang Dewi sekarang?” Sungguh, rasa hendak dibunuh manusia kejam itu. Kerana
dadah... maruah adik yang menjadi taruhannya.
“Abang
masuk penjara...”
“Oh...
lelaki durjana tu?” Tak ingin nak tanya tapi harap Tuhan memberi balasan yang
setimpal dengan kedurjanaannya.
“Lelaki
tu dah meninggal... Bila abang sedar pagi tu, dia nampak Dewi terbaring dan
kemudian abang tikam kawan dia...” Sambung Dewi lemah.
Kali
ini Naira bertambah melopong. Ya Allah...
Dewi
masih ingat lagi.
“Kurang
ajar! Hey yang kau makan tu adik aku kau tau tak? Adik aku!” Sampai lunyai
lelaki itu dikerjakan oleh Fahmi.
“Kan
kau yang bagi aku semalam? Kau lupa ke?” Ujar lelaki dengan senyuman mengejek.
Fahmi
yang terasa dicabar terus menikam Khalid dengan sepenuh hati. Langsung tak
mampu berfikir baik buruk lagi. Dia kecewa... Sungguh, dia langsung tak sedar
apa yang telah berlaku.
Segala
amanat arwah ayah yang menyuruh dia menjaga keluarga, habis berkecai begitu
sahaja. Malah, tangannya sendiri yang menghancurkan segalanya.
Dia
yang bodoh! Dia sangka dadah dapat melenyapkan derita dia menanggung peritnya
dugaan tuhan. Dia lupa untuk kembali pada Yang Maha Esa. Dia yang Maha
mendengar segala rintihan hambanya.
Dadah...
sebenarnya tak pernah mampu mengubat apa pun.
Dewi
yang melihat tidak mampu menghalang. Semuanya berlaku sekelip mata.
Fahmi
menghampiri adiknya. Jiwa lelakinya terluka dengan kekejaman diri sendiri.
“Maafkan abang... maafkan abang.. Abang tak sangka yang semua akan jadi macam
ni...”
Dewi
tak mampu berfikir. Tika itu, dia hanya mampu menangis. Terus menangis bila
mayat Khalid diusung pihak polis. Terus menangis bila melihat gari yang
mengikat abangnya.
Malam itu, dia hilang semua!
“Macam
mana Dewi boleh hadapi semuanya sendiri?”
Tertanya-tanya Naira dibuatnya. Dulu dia
rasa ujian untuknya sudah terlalu berat. Rupanya ada yang lebih teruji imannya.
Benar kata orang, kalau kita rasa diri kita ni susah, ada orang lebih susah.
Hidup yang kita keluhkan itu, rupanya lebih baik dari hidup orang lain.
Tak malunya dia.. merungut tentang segala
macam kurniaan yang Tuhan kirimkan.
“Dewi
percaya satu perkara kak... Jalan terbaik untuk menghadapi ujian Allah adalah
nampak semuanya dari Allah. Hati akan tenang walau apa sekalipun status hati
kita.”
Remuk.
Rebah. Resah.
Tipu
jika dia kata dia tidak pernah rasa semua itu. Saban malam, hanya Tuhan tempat
dia menumpang berteduh. Mengharap kasih Tuhan. Mengharap belas ehsan Tuhan
untuk hamba sepertinya.
Kata-kata
manusia keliling sentiasa menembak kesabaran hati.
“Tengoklah
anak lebai Majid tu... nama je anak tok imam tapi sanggup jual adik sendiri.”
“Dulu
kemain baik lagi si Fahmi tu. Rupanya penagih dadah! Mintak simpang dapat
menantu macam gitu.”
“Mengandung
pulak si Dewi tu. Kenapa dia tak nak gugurkan? Tak malu ke?”
Kata-kata
orang tu bukan sahaja memedihkan telinga. Tapi boleh buat hati mati. Mujur tika
itu dia ada Tuhan. Tuhan jaga dan bimbing hatinya melalui iman. Tanamkan pada
hati yang dia beruntung kerana diuji. Diuji untuk menduga iman dan amalnya.
Naira
menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Kalau
akak... belum tentu akak mampu jadi setabah Dewi.”
Tengoklah
keadaan dirinya yang compang camping ini. Diuji sedikit pun, keluhnya bermacam
nadanya. Malunya dia pada Dewi. Lebih-lebih lagi pada Tuhan.
Tangan
Naira dicapai lembut oleh Dewi. “Jika kita bersabar, takdir itu berlaku juga ke
atas diri kita dan kita akan dikurniakan ganjaran pahala. Namun jika kita tak
sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas kita dan kita akan berdosa.
Pilihan di tangan kita kan?”
Allah.
Terkedu Naira menyambut kata-kata itu.
Betapa
selama ini dia sering merungut pada Tuhan. Dia selalu persoalkan aturan tuhan
pada dirinya.
“Pesan
ayah, Allah hanya akan menolong seseorang bila ia memelihara agamanya dengan
amal yang nyata sama ada di masa susah mahupun senang. Dari situlah letaknya
pengabdian dan kehambaan seseorang kepada Allah. Itulah manusia yang tidak
luput dari kelemahan yang mengkehendaki pertolongan Allah. Sebab itu kita
selalu baca dalam solat... Kepada Engkau
kami menyembah dan kepada Engkau kami minta pertolongan.”
Dalam
makna kata-kata Dewi itu.
Padanlah
Dewi tenang orangnya. Sebab Tuhan ubat kepada kelukaannya. Tidak seperti dia.
Air
mata Naira mengalir tidak berhenti. Malunya dia pada Tuhan. Malunya dia ...
“Jangan
disedihkan takdir hidup kita. Walau di luar kemahuan sendiri, tapi tuhan tahu
ia berada di dalam kemampuan kita. Sebab itu Allah uji.”
Nasihat
Dewi lagi.
Naira
ketawa sedikit bersama tangis. Ini siapa yang pujuk siapa ni? Dia nak pujuk
Dewi ke atau Dewi pujuk dia?
Tubuh
Dewi ditarik rapat. Belakang si adik diusap lembut. Perhubungan tanpa talian
ini menghubung berjuta rasa. Mengingatkan dirinya akan hubungannya dengan Tuhan
yang renggang. Memulangkan secebis kenangannya bersama keluarga yang tak banyak
mana tu. Mengingatkan dia pada perasaan yang dahulunya pernah menggila pada
Amril.
Dewi
bersyukur diberikan teman seperti Naira. Akhirnya semua yang terkubur di hati
diluahkan juga. Sekarang hatinya benar-benar lega. Berkongsi itu memang mampu
mengurangkan beban hati.
Hati
yang mengamuk itu perlukan ubatnya. Carilah Tuhan walau apa pun keadaan kita,
kerana Dia mampu terima apa pun cela hambaNya. Tinggal kita sahaja... hendak
menapak atau masih selesa di takuk lama.
***
Jam
menunjukkan pukul empat pagi. Naira jatuh sujud menyembah Yang Maha Esa.
Sebelum
tidur tadi, sempat dia mendengar tazkirah ringkas daripada Dewi.
“Perliharalah
Allah SWT nescaya kita akan dapati Dia berada di hadapan kita, menyertai dan
menolong kita. Dan kenalilah Allah pada masa lapang, nescaya Dia akan kenal
kita pada masa susah di kala kita sedang menghadapi perkara sukar.”
Setelah
ditimbang semula, memang benar. Dah susah, baru reti nak cari jalan pulang.
Masa senang, Tuhan itu seperti tidak wujud. Punyalah bangga dengan bahagia yang
kita rasa sedangkan bahagia itu pun dipinjam sebentar dariNya.
Dewi
menyambung ceritanya kembali.
“Salman
Al-Farisi, seorang sahabat utama Rasulullah meriwayatkan, apabila seorang hamba
selalu memohon kepada Allah di masa senang, kemudian ia mengenali kesusahan
lalu berdoa kepada Allah, maka berkatalah malaikat, Suara ini sudah terkenal
maka tolonglah akan orang yang mempunyai suara itu. Sebaliknya jika suaranya
tidak dikenali selama ini kecuali di masa susah, malaikat itu akan berkata,
suara itu tidak pernah dikenal maka janganlah ditolong akan dia.”
Terketar
tubuh Naira lagi.
Dia...
Dialah yang sering mencari Tuhan tika jalan itu
mula jadi tidak mudah. Dialah yang sering melupakan Tuhan bila wajah
dihimpit senyum dan hati ditebari bahagia.
Padanlah
terasa ada doa yang ditangguhkan Tuhan. Tak bukan. Sebenarnya manusia yang
melambatkan dan menangguhkan kebahagian diri sendiri.
Dia
lupa.... solat bukan macam spare tayar yang hanya guna bila diri dijengah
kesusahan...
Dengan
diri yang masih bertelekung, Naira merenung wajah tenang Dewi. Dia hendak
menunggu. Bimbang jika tidur Dewi terganggu seperti kebiasaannya. Tapi tanpa
sedar, dia terlelap sendiri di situ.
Dia
hanya sedar pabila Dewi mengejutkan dirinya.
“Kenapa
akak tidur macam ni?” Tegur Dewi dengan mata yang masih terpisat.
“Dewi
dah bangun?”
“Dah...
baru bangun. Kenapa kak?”
“Dewi
tak mengigau?” Soalan Naira itu membuatkan wajah Dewi terpinga sedikit. Aah,
dia tidak mengigau malam ini? Dia tidak meracau dalam tidur lagi? Dan tadi...
mimpinya dilewati dengan mimpi indah.
Allah.
Terus
dipeluk badan Naira. Erat. Bagai langsung tidak mahu melepaskan. Naira yang
juga terpinga itu turut tersenyum. Mungkin ini hikmah berkongsi yang Allah nak
tunjuk.
Manisnya
percaturan Allah. Langsung membuatkan keduanya hilang bicara.
***
Perut
Dewi terasa memulas benar. Sepanjang mengandung, tak pernah-pernah dia rasa
sakit yang sebegini. Dia cuba mengawal riak wajah agar tidak kelihatan ketara
sakit di hadapan Naira.
Tapi...
si kakak itu cepat benar dapat menelaah jiwanya.
“Dewi
okay ke tak ni? Kita pergi klinik ya?”
“Dewi
okay kak. Jangan risau. Sakit sikit je.” Tolak Dewi menggeleng. Dia sudah
terlalu menyusahkan Naira. Sudah-sudahlah. Dia bimbang si hati menjadi lebih
manja dan tak kuat pabila kehilangan Naira nanti.
“Okay...
Dewi pakai tudung sekarang. Kita pergi klinik. Akak pergi rumah Mak cik Besah
kejap. Suruh dia tolong tengokkan Umi.”
Usai
itu terus dia keluar dari rumah. Kaki melangkah ke rumah mak cik Besah. Sesudah
menyampaikan pesan, dia kembali ke rumah. Sempat dia mencapai telefon bimbit.
Menghantar pesanan ringkas kepada Amril.
Sejak
dari malam dia mengetahui kebenarannya, seluruh jiwanya dah merelakan
kebahagian Amril bersama Dewi. Tekadnya kini, dia ingin menyatukan keduanya.
Pertama
kali buat check up untuk bayi dalam kandungannya. Nyata Dewi tidak mampu
menutupi kegugupannya. Moga semuanya dipermudahkan Allah.
“Bayi
Puan Dewi berada dalam keadaan sihat. Mengikut dari hasil scan yang kami
lakukan, kemungkinan bayi dalam kandungan Puan adalah perempuan.”
Naira
bersorak seronok. Dah lama tak dandan baby perempuan. Dewi sengih dan dalam
masa yang sama menitipkan rasa syukur yang tak sudah sudah pada Yang Maha Esa.
Dulu,
dia sangka yang dia akan sendiri menghadapi saat-saat kelahiran anaknya. Siapa
tahu, Allah kirimkan seorang insan untuk menghilangkan lelahnya.
Usai membayar dan mendapatkan ubat, Naira
beriringan bersama Dewi keluar dari klinik.
“Segan saya dengan akak. Entah dah berapa
banyak hutang saya pada akak.” Luah Dewi rendah diri.
“Ish... Apa yang akak punya ni pun milik
Dewi. Akak Cuma harap Dewi dan anak Dewi selamat... Itu doa akak siang dan
malam.” Sejak dua menjak ini, Dewi adalah perkara pertama yang dia doakan.
Doakan bahagia Dewi. Doakan kesejahteraan Dewi. Untuk dia, entah... dia tak
mengharapkan apa-apa lagi.
“Dewi....” Panggilan itu membuatkan
keduanya berpaling.
“Apa awak buat kat sini?” Tany Dewi tak
senang. Sungguh, dia tak mahu berjumpa dengan Amril lagi. Tapi kenapa takdir
sering membawa ke arah langkah yang sama?
“Erk... saya...” Belum sempat Amril memberikan
jawapan, Naira sudah mencelah.
“Wah.. kebetulan yang indah. Hmm, kau free tak Amril?” Tanya Naira terus. Tak
mahu Dewi tahu yang dia mesej Amril tadi.
Amril yang masih terpinga itu terus
menjawab. “Free.” Dalam masa yang
sama, anak mata tak lari dari memandang wajah Naira yang lain macam itu. Ceria
dan lebih cantik bila mengenakan tudung di kepala.
Sejak bila Naira bertudung? Taktik terbaru
nak pikat dia ke apa?
“Okay cun. Jom ah ikut kita orang shopping
barang baby.” Ajak Naira tanpa mempedulikan jelingan Dewi.
“Akak.. Shopping tak ada dalam perancangan
kita pun kan?” Nak membeli belah bersama Amril? Oh.. separuh hatinya tak rela.
Tahu dek Puan Norita nanti, mati dia dikerjakan.
“Ish.. baby Dewi dah lapan bulan. Satu
habuk pun kita tak beli lagi. Jadi kita kan nak beli banyak barang... Mestilah
memerlukan kudrat lelaki nak angkat kan. Sebab tu akak ajak Amril.”
Naira memang lain semacam di pandangan
Amril. Lain sesangat! Apa lagi yang perempuan gila ni rancang?
“Eh Amril, awak tahu tak? Doktor scan
tadi. Maybe kita akan terima baby
girl...” Ujar Naira masih ceria. Cuba menghilangkan canggung antara dia, Dewi
dan Amril.
“Oh..
really.” Muka Amril ceria sambil pandang wajah Dewi yang menunduk. Dia
tumpang bahagia. Dia dah tekad nak sayang anak Dewi macam anak sendiri.
“Jomlah... nanti lama pulak masa Mak Cik
Besah jaga umi.”
Terus mereka bergerak ke pasaraya yang
terdapat di bandar. Mencari semua keperluan baby.
Masuk sahaja ke dalam kedai Anakku, terus mereka
membawa haluan masing-masing. Amril yang masih diserang tanda tanya terus
menyerang Naira.
Suara sinis mula menyambar. “Kenapa pakai tudung? Dewi suruh?”
Pergh... soalan itu bukan je bikin sentap
hati. Tapi siatkan jiwa raga. Kalau ya nak tanya, tak payahlah letak jawapan
ikut suka sendiri.
Naira senyum sinis. “Tuhan Dewi suruh.”
Bagi jawapan tak cerdik untuk menjawab soalan tak cerdik itu.
Amril nilah... bikin hati bengkak sahaja.
“Oh... Tuhan Dewi... Kenapa? Kau tak ada
Tuhan?” Soalan membakar lagi. Apa Naira ingat dia percaya ke taktik kotor Naira
tu? Pagi-pagi mesej dengannya kata nak bawa Dewi pergi klinik.
Itu hanya main point sebab point asal dia
ialah nak tunjuk yang dia telah bertudung? Nak tunjuk dia jadi baik? Nak tunjuk
yang dia tak kurang apa-apa dengan Dewi? Begitu? Oh lapuk sangatlah Naira..
“Orang macam aku ni tak layak ke
dipeluangkan untuk pulang ke pangkal jalan?” Soal Naira berani. Hei, dia
mungkin tak bertudung selama ini. Tapi itu tidak bermakna dia buta agama.
Kenapa manusia selalu suka nak mengadili manusia yang lain?
“Bukan tak layak... Tapi kenapa sekarang?
Kenapa tak waktu kita kat kampus?”
Betul kata orang. Kalau orang tu nak
tuduh, dia akan tuduh sampai kita penat nak jawab. Kalau dia nak tahu, dia akan
selidik awal dahulu. Setiap salah kita akan dihukum. Setiap pohonan maaf kita
akan dicaci.
“Hidayah Tuhan bukan di waktu kau suka
Ril... Bukan di waktu kau perlu. Tapi di tiap-tiap waktu yang Dia titiskan
untuk hambaNya...” Perlahan suara Naira. Ini baru hendak menjawab dengan
manusia.
Entah apa yang mampu dijawab pada Tuhan
bila ditanya kekhilafannya kerana tidak menutup aurat dahulu. Moga Tuhan
hulurkan ampun dan maaf buat dirinya.
Amril kembali beristighfar di dalam hati.
Dia dah terlalu tersasar menghukum manusia. Seharusnya dia tidak patut menilai
Naira berdasarkan masa silam . Semua orang mampu berubah. Malah mungkin jauh
lebih baik dari yang kita jangkakan.
Terlalu menurut kata hati hingga terlupa
bahawa Allah itu Maha membolak-balik si empunya hati. Entah apa pula kedudukannya
esok atau lusa.
Yang harus dilakukan setiap orang
berakhlak adalah mencari keselamatan tanpa mencari-cari aib orang lain sambil
meluruskan aib diri sendiri. Sebab siapa yang dapat melihat dan memperbaiki aib
dirinya tanpa mencari-cari aib orang lain bererti dia telah mententeramkan
dirinya dan tidak membebani hatinya. Selagi dia melihat aib dirinya, tentu dia
tidak nampak untuk melihat aib serupa pada diri saudaranya.
Sedangkan aib sendiri pun Allah larang
kita mendedahkannya. Inikan pula aib orang lain.
Kali ini Amril terdiam. Dia tahu, dia dah
terlalu prejudis pada Naira.
“Maafkan aku.. Aku lupa. Benci Dosa. Bukan
pendosa.” Pertama kali Naira dapat merasakan yang suara Amril ikhlas
menegurnya.
“Ril.... Aku tak harap untuk berlebih.
Tapi kalau kita dapat berbaik pun dah cukup baik bagi aku. Aku dah penatlah
bergaduh dengan kau. Kau tak pernat ke?” Seloroh Naira cuba membuang rasa tidak
enak itu jauh-jauh.
Ungkapan maaf itu sudah cukup
membahagiakan dan membuatkan dirinya rasa diterima.
“Penat jugak... Nak-nak kau payah benar
nak mengalah.” Buat kali pertama, Amril rasa senang berbual dengan Naira.
“Sekarang aku mengaku kalah okay. Dewi
memang tercipta untuk kau Ril... Aku doakan kalian bahagia.” Tutur Naira
ikhlas. InsyaAllah, apa yang ada dalam hati dia, Tuhan akan bantu untuk
leraikan rasa sakit itu.
Lagipun... cinta itu memang sinonim dengan
prinsip tidak selalunya akan memiliki.
“Aku tahu... Banyak yang kau dah korbankan
untuk Dewi.. Terima kasih.”
“Nyawa pun aku sanggup korbankan untuk
Dewi Ril...” Luah Naira ikhlas. Ya, jika Tuhan pinta nyawanya, pasti tanpa
berfikir panjang dia akan memberikannya.
Topik perbualan mereka bertukar serius
sehingga...
“Ril
dengan akak pilih baju ke?” Dewi datang menghampiri keduanya. Dia terlalu ralit
memerhatikan mainan bayi di kawasan satu lagi. Sampai lupa tujuan datang ke
mari.
“Erk... sebab baby girl.. jadi kita pilih
baju warna pink.” Cadang Amril sambil menarik dan menyusun semua baju berwarna
pink yang sedari tadi bermain di
tangannya. Rasa comel sangat dan rasa macam shopping untuk anak sendiri.
“Hei... dunia dah canggih okay. Perempuan
tak semestinya kena pakai pink. Jadi kena pelbagaikan.” Pangkah Naira tak puas
hati dan terus mengambil baju berwarna hijau, biru, ungu dan banyak lagi.
“Pinklah sesuai untuk bayi perempuan.”
Haih, Naira ni cari gaduh pulak. Baru lepas berbaik tadi.
“Nope! Kita perlukan kepelbagaian.”
Dewi pening kepala. Dari cara gaduh mereka
berdua, macam Naira dan Amril dan kenal benar? Atau... sikap mesra alam Naira
membuatkan Amril jadi tak canggung?
Tapi sekali pandang, derang nampak sesuai
benar.
“Okay, biar kita suruh Dewi pilih.” Cadang
Amril geram.
Dewi pandang keduanya yang berharap agar
dia memihak kepada mereka berdua. “Apa kata kalau kita beli putih...” Cadangan
Dewi terus membuatkan Naira dan Amril
memberontak.
“Hei... bagilah warna lain Dewi oit...”
“Dewi sayang... putih pun cantik. Tapi
cepat kotor untuk baby. Kita ambil pink eh?” Pujuk Amril lembut.
Naira yang melihat cuba buat-buat tak
nampak. Gelaran sayang itu terus Naira buat-buat tak dengar. Naira tahu dia
kuat.
“Saya tak kira.. saya nak ambil warna ni
dan nak pergi bayar.” Terus Naira angkat kaki.
Hati dia hilang. Tapi sedikit sebanyak dia
lega. At least dia tak gila macam dulu-dulu. Menenggek menagih kasih Amril yang
memang nyata bukan untuknya.
Amril is
a something between a dream and a miracle and for sure Naira tak mampu
untuk memilikinya.
Dewi ketawa. “Kak Naira tu comel kan? Baik
pulak tuh...” Puji Dewi ikhlas. Sebenarnya tak ada topik nak bercakap dengan
Amril sekarang.
Amril senyap tapi menghalakan pandang ke
arah Naira yang sedang berada di kaunter pembayaran. Ya, dia dapat lihat
kebaikan hati Naira.
“Comel dia tak boleh tanding Dewi hati
saya...”
Luahan Amril itu cuba ditolak oleh Dewi.
“Ril....” Susah nak menolak bilamana hatinya
jugak berkehendakan perkara yang sama.
“Dewi boleh buang Ril dalam hidup Dewi.
Tapi Dewi tak boleh halang untuk Ril simpan cinta kita dalam hati Ril. Tapi Ril
tahu... Dalam hati Dewi hanya ada nama Ril kan?”
Pandangan ditundukkan. Perut yang memboyot
diusap perlahan oleh Dewi. Dia tak mahu menjadi beban Amril. Dia tak mahu
hubungan Amril dan Puan Norita retak disebabkan dia.
“Ril... walau hati kita sehala, takdir
kita tak semestinya sehaluan..”
Pendek ayat Dewi itu. Tapi tak ringan
untuk Amril pikul.
Dikumpul beberapa helai baju berwarna pink
itu. Sudah berkira-kira hendak ke kaunter pembayaran.
“If
there ever comes a day when we can’t be together, keep me in your heart. I’ll
stay there forever.... Forever and ever...” Luah Amril sebelum berlalu meninggalkan Dewi
terkulat sendiri.
Dan Dewi perasan.... di tangan lelaki itu
ada sehelai pakaian berwarna putih. Pakaian yang dipilih olehnya tadi.
‘Ah Amril... dia senantiasa hendak
menyempurnakan hasrat hati ini..’
***
Pagi-pagi
lagi Naira dah mesej Amril suruh datang ke rumah Dewi untuk memotong rumput
yang meliar di sekitar kawasan bilik air. Bimbang jika ada binatang yang tidak
diingini muncul pulak nanti.
Kawasan
kampung yang dipenuhi bendang, siapa tak risau.
“Kenapa
akak panggil Ril?” Tanya Dewi sedikit tak berpuas hati bila Amril sudah ke
belakang dengan mesin rumput tergalas di belakang badan.
“Nak
suruh dia potong rumput tu. Dia cakap okay je.” Naira tayang muka tak bersalah
sambil menyediakan bahan untuk membuat cekodok.
Dewi
tak tinggal diam. Laju sahaja dia duduk di sebelah Naira. “Kak, mak Ril tak
sukakan saya... Kalau dia tahu Ril datang ke sini, mati saya dia kerjakan.”
Naira
lepas nafas. “Kenapa mak dia benci sangat dekat Dewi? Dan apa sebenarnya
hubungan Dewi dengan Ril sampai Dewi selalu mengelak dari nak berjumpa dengan
dia?”
Dia
tahu, kalau dia tak tanya, Dewi tak akan rajin mulut bercerita sendiri. Dia
kenal Dewi dengan baik.
Dari
apa yang dia tahu, Dewi dan Amril memang suka sama suka. Tapi siapa yang
menghalang cinta mereka?
Berat
sungguh untuk Naira buka sejarah silam semalam.
“Saya
ni calon pilihan mak dia dulu... Mak dia dah cakap, habis belajar nanti, dia
nak kahwinkan saya dengan Ril.” Mungkin patut Dewi cerita pada Naira untuk
menghalang Naira dari mendekatkan dia dengan Amril lagi.
“Oh...
jadi lepas berlaku insiden tu, dia terus tak mahu terima kamu jadi menantu?
Macam gitu?” Haih, boleh tahan demanding jugak mak si Amril ni.
Laju
Dewi menggeleng. “Lepas abang kena tangkap, mak dia yang paling banyak bagi
semangat kak... Mak dia yang tolong Dewi dan umi. Tapi.... bila Dewi
mengandung, mak Amril tak boleh terima..” Terhenti seketika penceritaan Dewi.
Mengambil nafas yang terputus.
Naira
yang terkejut hanya menanti cerita selanjutnya.
“....
mak dia suruh Dewi gugurkan kandungan ni sebab dia tak mahu keluarga dia yang
lain tahu pasal anak luar nikah ni.”
Sambungan
ayat Dewi itu memang mampu buat rahang Naira terjatuh? Apa? Jadi sebab bayi
dalam kandungan itulah yang buat mak Amril benci pada Dewi.
Dewi
pejam mata. Mengimbau kenangan itu.
“Mak
cik boleh terima apa yang jadi pada kamu tapi mak cik tak boleh terima kalau
kamu teruskan kandungan kamu ni. Lagipun banyak masalahnya kalau kita besarkan
anak yang tak sah taraf ni Dewi.” Pujuk Puan Norita masih berlembut.
Dewi
menggeleng. Cuba tenang walau dah hilang daya. “Dosa... tak boleh ditutup
dengan dosa mak cik. Saya tak boleh bunuh anak saya sendiri.” Deraian air mata
dah melingkar di ruang wajah. Mata menjeling ke arah Amril yang berdiri di
belakang Puan Norita. Mengharapkan secebis kata dari lelaki itu.
“Mak...
biarlah Dewi nak lahirkan baby tu pun. Lagipun budak tu tak berdosa.” Dia
hormat keputusan Dewi. Lagipun apa yang Dewi katakan itu memang benar. Dosa tak
mampu dihapuskan dengan dosa.
Membunuh
walau dengan menggugurkan kandungan merupakan dosa besar.
“Ini
soal masa depan kamu orang? Hei... nanti kalau orang lain tanya apa korang nak
jawab hah? Dia ni anak luar nikah hasil kena rogol? Macam gitu? Mana mak nak
letak muka... Mana?” Tengking Puan Norita berang dengan keputusan Dewi dan
Amril.
“Maafkan
saya mak cik... Tapi saya tetap tak akan gugurkan kandungan ni.” Putus Dewi
muktamad.
Puan
Norita gigit bibir. Sakit sungguh hatinya. “Nampaknya kamu dah ada keputusan
sendiri kan? Okay... sekarang mak cik beri kamu pilihan sama ada nak gugurkan
kandungan dan kamu boleh kahwin dengan Ril atau kamu teruskan kandungan dan
jangan bermimpi untuk kahwin dengan Ril. Sekarang kamu pilih!”
Jangan
cakap yang dia kejam sangat sampai tak mampu memberi pilihan kepada Dewi. Apa
yang dia buat semua untuk anak lelakinya. Dia tidak mahu anak lelakinya
terbeban dengan anak luar nikah itu.
“Mak...
apa ni? Kenapa suruh Dewi pilih yang bukan-bukan?” Amril bersuara dan tidak
menyokong si ibu.
“Mak
nak tahu, siapa yang lebih penting dalam hidup Dewi. Ril ataupun anak tak sah
taraf itu?” Ujar si ibu dengan nafas naik turun. Bila letakkan Dewi dalam
keadaan seperti ini, mungkin mampu membuatkan Dewi berfikir masak-masak yang
anak itu hanya akan memberi beban pada masa akan datang.
Dewi
berdiri sambil mengengam tangan sendiri. Dua-dua dia sayang. Tapi dia hanya
boleh memilih salah satu.
Si
anak yang tidak bersalah.
Si
Amril pemilik cintanya.
Anak
mata terus mencari wajah Amril. “Maafkan saya Ril....” Tangan menapak di perut
sendiri. Menghantar isyarat bahawa anak ini lebih memerlukan dirinya.
Awak
ada segalanya Ril...
Awak
punya semuanya.
‘Tapi
anak saya.. dia hanya ada saya... dia hanya punya saya...’ Biar satu dunia
buang si anak pun, dia tetap akan pertahankan si kecil.
“Dewi....”
Suara Amril tak tertahan menahan sebak. Kenapa mereka perlu diletakkan dalam
persimpangan seperti ini?
“Okay.
Kamu dengar tu Ril? Dewi dah buat keputusan dia. Kamu tu langsung tak penting
dalam hidup dia lagi.” Puan Norita menghantar pesan kepada si anak dengan
pandangan yang penuh kemarahan. Marah kerana Dewi mementingkan bayi itu lebih
dari anaknya sendiri. Sia-sia dia berbuat baik dengan Dewi selama ini. Anak
luar nikah itu juga yang mendapat perhatiannya!
Puan
Norita kembali memandang Dewi.
“Dengar
sini baik-baik Dewi. Mulai hari ini, kamu tak dibenarkan untuk berjumpa dengan
anak aku. Jangan salahkah aku sebab keputusan ni kau yang pilih. Kalau aku
nampak kau jumpa Amril, nahas kau aku kerjakan!”
Amaran
itu masih tersisip kemas di peluput pendengaran Dewi. Tak pernah sekalipun dia
terlupa.
“Tak
patut betul...” Komen si Naira mengembalikan Dewi ke dunia realiti.
“Jadi
sebab tu saya tak berani nak jumpa Ril kak... Saya yang buat pilihan ni jadi
saya yang kena tanggung akibatnya.”
Naira
menggeleng tak bersetuju. “Salah. Kamu tak sepatutnya membuat pilihan antara
dua kepentingan yang sama penting. Amril penting untuk sisi hidup berpasangan.
Anak Dewi pula perlukan si ibunya.”
Sekarang
baru Naira faham kenapa Amril tampak menderita sangat. Ya Tuhan... berat
sungguh dugaan buat mereka berdua.
Apa
yang Naira perlu buat untuk menyatukan mereka berdua? Dan untuk ibu Amril...
pasti tak semudah itu hendak memujuknya.
Dewi
bangun dan menapak ke muka pintu. Terpandangkan Amril yang sedang membersihkan
kawasan rumahnya yang sudah dipenuhi rumput dan lalang.
Setiap waktu, saat dirinya kekurangan tenaga dalam
keadaan darurat, dia seperti angin manis bahagia yang menghembus ke dalam
hidupnya. Tapi sayang... Angin itu tidak mampu digenggam lama.
“Panggil
Ril... Akak dah siapkan cekodok.” Entah berapa lama dia ralit merenung Amril.
Dia pun tak pasti. Hanya tersedar pabila mendengar suara Naira.
Mereka
bertiga mula melepak di atas pangkin. Senyap. Bisu.
“Sedap
cekodok ni. Dewi buat ke?”
Soalan
Amril membuatkan Naira pusing belakang. Apa pun yang dia buat, pasti Dewi akan
mendapat namanya. Alah, biarlah. Perkara ini dah tak menjadi kudis buatnya.
“Aah...
Dewi buat.” Tak sempat Dewi menjawab, Naira mencelah dulu.
Dewi
pandang Naira pelik. Cepat sahaja Naira menukar posisi suasana dengan bercerita
tentang bermacam-macam perkara. Tapi... perbualan mereka terganggu pabila
sebuah kereta masuk ke dalam perkarangan rumah.
Seorang
wanita separuh abad keluar dari kereta itu. Dengan wajah yang mencuka.
“Mak
patutnya dah boleh agak yang kau balik ke kampung!”
Dewi
dan Amril berdiri secara serentak. Hanya Naira yang masih tenang. Melihatkan
wajah seorang wanita tua yang seakan-akan dikenali, Naira mengerutkan dahi. Ini
bukan ke mak cik yang dia bertekak waktu memula datang ke kampung dulu? Oh
tidak....
“Mak...
Ril... boleh terangkan...” Dialog yang tidak mampu dirangka mula berterabur tak
kena sasaran.
Kaget
dan panik! Macam mana mak dia boleh balik? Bukan ke mak nak tinggal lagi kat
KL.
“Apa
yang Ril buat kat sini? Jadi hamba perempuan tak malu ni ke?” Jerit Puan Norita
berang. Hati tuanya tidak mampu terima bila melihat Amril dengan baju yang
kotor mengalahkan pekebun itu.
Naira
bangun.
“Siapa
yang mak cik panggil tak tahu malu tu.” Ikut sedap mulut dia je mengata Dewi.
“Kau
lagi?” Puan Norita gigit bibir. Ini bukan perempuan yang bela Dewi ke? Nampak
lain bila bertudung. Hei, kenapa perempuan ni tak sudah-sudah menyusahkan dia?
Dewi
tarik lengan Naira.. Menghalang si kakak dari terus bertikam lidah.
“Ya
saya... Kenapa? Nak cari gaduh?” Sekarang, memang dah terang tang-tang yang dia
akan direject kalau nak bersama dengan Amril pun. Ah gasaklah, dia dah tak
peduli. Apapun, maruah Dewi perlu dipertahankan.
“Kurang
ajar kau kan? Kepala tu dah tutup tapi mulut tu tak reti nak tutup ke? Apa mak
kau tak ajar kau beradab depan orang tua ke?” Pekik Puan Norita lagi.
“Oh...
tahu diri tu dah tua. Jadi buatlah perangai sopan-sopan macam orang tua.”
Kali
ini Amril tak tinggal diam. Laju dia memberi amaran pada Naira.
“Naira,
yang kau sedang bercakap sekarang ialah mak aku. Just give her some respect boleh tak?” Amril pulak naik darah.
“Maaf
Amril... aku sanggup tentang satu dunia untuk pertahankan Dewi.” Putus Naira
muktamad. Sesiapa pun berani jentik Dewi, tak akan sesekali dilepaskan oleh
Naira.
Amril
pening kepala. Seorang macam gini. Seorang macam gitu. Boleh pecah kepala otak
dibuatnya.
Terus ditarik lengan si emak sebelum
keadaan bertambah buruk. Baran si Naira ni bukan boleh kira. Tapi at least...
dia lega kerana Dewi punya seseorang yang mampu pertahankan dia.
Kalau tak ada Naira, boleh jadi lunyai
Dewi dikerjakan oleh si ibu.
“Mak...kita
bincang dekat rumah.” Putus Amril tegas.
Ya.
Dia salah. Dia akan mengaku salah dan akan menerima hukumannya. Apa sahaja
selain dari menjarakkan diri dari Dewi.
***
“Ril
mintak maaf.”
Pengakuan
itu benar-benar ikhlas tanpa sedikit pun dipaksa. Nampak jelingan si emak. Si ayah pula hanya
duduk di kerusi membaca surat khabar. Kebiasaannya si ayah memang begitu. Dia
tak terlalu bercampur urusan anak-anak.
Cuma
emak... yang tahap prihatinnya terlebih. Erk... mungkin jugak melebih-lebih.
“Sebulan
kamu tipu mak bulat-bulat kan? Kalau tak kerana Pak Cik Leman yang beritahu,
agaknya sampai ke sudah mak tak tahu.”
Hati
tuanya sakit bila ditipu. Lebih sakit bila si anak melebihkan perempuan lain.
Hah, itu sebab tak bagi kahwin. Kalau bagi kahwin gamaknya terus lupa mak ayah
sendiri.
“Ril
tahu Ril salah. Tapi...” Belum sempat nak bela diri, kena smash lagi.
“Tapi
apa? Balik sebab nak jumpa dengan perempuan tu? Hei... tolonglah Ril. Kamu ni
buta ke apa? Dia tak pilih kamu? Apa kamu tak malu ke terhegeh-hegeh dekat
dia?” Suara Puan Norita meninggi lagi.
“Bukan
dia yang tak pilih Ril. Tapi mak yang paksa dia buat pilihan. Mak ingat dia
suka ke? Mak ingat dia bahagia? Dah sah-sah anak dia perlukan dia. Dia bukan
perempuan kejam mak.... yang sanggup bunuh anak sendiri.” Bela Amril lagi.
Bosan dah duk ulang dialog yang sama.
“Sebab
tu mak nak dia gugurkan kandungan dia dulu. Mak tak mahu tanggung malu. Tengok
sekarang. Satu kampung dah sisihkan dia.”
“Orang
kampung sisihkan dia sebab mak yang buat propaganda.... Cakap Dewi sosial
lah... Padahal mak sendiri tahu Dewi macam mana kan? Mak kena ingat.. Fitnah tu
dosa besar. Besar lagi dari membunuh.” Sabar Amril hilang sedikit demi sedikit.
Payah
nak bertekak dengan si ibu andai syurga yang menjadi taruhannya.
Dia
bukan nak pegang title anak derhaka. Jauh sekali bukan. Dia Cuma nak bela nasib
Dewi. Nasib seorang perempuan yang teraniaya. Salah ke?
“Mak
tak boleh terima kalau kamu jadi pak sanggup.
Apa mak nak jawab dengan sedara mara kita.” Susah nak fahamkan anak
lelaki yang otak dah letak kat lutut. Fikirnya cinta semata.
Amril
senyum sinis. Boleh tersiat hati yang melihat. Dia mula angkat punggung.
“...Oh...
Nak jawab dengan sedara mara mak takut? Dengan tuhan, tak takut pulak?” Tak
menunggu lama, terus ditinggalkan si ibu yang masih berapi dengan kemarahan.
“Jangan
nak kuliahkan mak Ril... Mak tahu apa yang mak buat.” Marahnya makin menjadi
bila si anak makin berdegil.
‘Hei Dewi, kenapalah tak kau mati je!
Menyusahkan hidup aku anak beranak sungguh!’
***
Tangan
dilekatkan di atas dahi. Merenung syiling bilik. Dia hampir pasti yang Dewi tak
akan menerimanya. Mana mungkin Dewi melukakan hati emaknya. Apalah yang dia
boleh melembutkan hati si ibu untuk menerima Dewi?
Teringat
pula pada si Naira. Sungguh-sungguh gadis itu membela Dewi.
Hati
jatuh menyesal bila selalu melayan Naira dengan buruk. Gadis itu tak adalah
teruk mana.
Sewaktu
bersiar-siar di sekitar kampung, Amril nampak kelibat Naira dan Dewi yang
sedang berbual di tepi bendang.
“Dewi,
buat apa ke sini?” Tanya Amril risau. Kandungan Dewi yang dah memboyot itu
merisaukan dirinya. Risau nanti terjatuh ke dalam petak sawah pula.
“Kak
Naira nak datang sini.”
“Naira,
kau tahu kan Dewi tengah mengandung? Bawak tempat macam ni bahaya. Tergelincir
nanti macam mana?” Suara dah naik satu oktaf. Naira ni ikut kepala dia jeh.
“Ril...
Dewi okay je.” Bela Dewi sampai simpati melihat Naira terkulat dimarah tanpa
sebab. Sifat caring terlebih tu buat Dewi tak senang.
Naira
buat muka. “Lelaki terlebih caring ni annoying tau! Releks ah...” Amril yang
berang dipermainkan oleh Naira, terus menyandung kaki gadis itu hingga dia
tergelincir ke dalam petak sawah.
“Adoi...”
Kurang ajar mamat ni. Dia main kasar pulak!
“Kak
Naira...”
Dewi
panik. Cuba menarik Naira naik ke atas.
“Ril,
tolonglah kak Naira...” Pinta Dewi sungguh-sungguh.
“Opss...
Lelaki caring ni kan annoying.” Amril memulangkan paku buah keras. Itulah,
sesedap perisa je mengutuk orang tadi kan?
Pelik
sungguh. Yang nak marah sangat tu kenapa? Padahal nak pergi bendang je pun!
“Tak
nak tolong sudah...” Dewi cuba bagi ayat pasrah. Dia pun menghulurkan tangan
pada Naira. Membantu.
“Dewi
ke tepi. Biar Ril tolong...” Suara Amril dah serius. Memaknakan ayatnya.
Buat-buat Dewi tergelincir ke dalam petak sawah, tak ke gila.
Naira
cemburu. Cemburu melihat layanan baik yang dia langsung tak dapat. Dalam hati
dah ada niat serong.
“Hulur
lengan baju kau yang berlapik. Aku tarik.” Jangan harap dia rela nak pegang
kulit Naira. Buat kotor tangan sendiri sahaja.
Pabila
Amril cuba menarik lengannya, terus Naira guna kudrat perempuannya dan menarik
Amril jatuh ke dalam petak sawah bersamanya.
Naira
ketawa.
Dewi
yang agak terkejut itu pun ketawa sama. Kelakar tengok muka Amril yang sudah
diselaputi selut.
“Seronok
ya hidup macam gini?” Kalau tak mengenangkan yang Dewi sedang ketawa, mesti
tapak tangan dia dah selamat mendarat di muka Naira.
“Seronok
sangat main bendang..” Provok Naira tak sudah.
“Memang
seronok. Tambah seronok sebab kat kaki orang tu ada pacat...” Tegur Amril
sambil mulut memuncungkan ke arah kaki Naira.
“Arghh....
tolong... tolong...” Terus Naira keluar dari bendang dan terloncat-loncat. Mata
dipejam. Rambut beralun lembut. Geli... geli...
Amril
ketawa besar. Itulah... buat jahat lagi. Sekali terkena memang padan muka.
Sedangkan dia menipu sahaja.
Insiden
yang singgah itu terus membuatkan Amril tarik senyum. Telefon dicapai. Nombor
telefon Naira yang selama ini tidak dipedulikan, mula dicari.
Menangkap
nombor Perempuan gila, terus laju Amril mendial.
“Hello...
Kenapa kau telefon?” Orang di sebelah sana sikit punya nak luruh jantung bila
dapat panggilan dari Amril.
“Hello...
Aku telefon ni sebab nak pastikan yang Dewi okay. Dia okay?” Soalan itu buat
Naira senyum paksa.
“Dewi
mana pernah tak okay.”
“Habis
tu kau okay tak?”
Soalan
itu.... soalan itu membuatkan Naira terkesima. Oh, masih wujud kewujudannya
dihadapan Amril.
“You know me very well right?”
“Aku...
aku... tak pernah kenal kau Naira.”
Naira
gigit bibir. Sakit perit di bibirnya. Pedih lagi di hatinya.
“Ril....
Aku tak minta lebih. Boleh kita jadi kawan? At
least demi Dewi..” Dapat berkawan baik dengan Amril, itu dah cukup bermakna
buat dia. Tak gaduh. Tak cari pasal. Itu dah cukup baik dari berbalah sebegini
cerita. Dia penat!
“Demi
Dewi?”
“Yup...
Demi Dewi...”
“Sampai
sekarang aku tak faham. Kenapa kau sayang sangat dekat Dewi?” Sungguh, tak
pernah lagi dia jumpa orang macam Naira ni.
“Tuhan
hantar rasa sayang tu dalam hati aku... Hanya Dia yang maha tahu segala yang
kita tak tahu.”
Tentang
perasaannya pada Amril, dia dah tawakal. Hati dah reda. Jiwa dah pasrah.
Menyerah segala atas ketentuan Allah sekalipun apa yang berlaku bertentangan
dengan apa yang hati inginkan.
Jiwanya
dapat merasakan yang apa yang berlaku semuanya baik-baik belaka. Tak ada ruang
untuk kecewa, marah atau putus asa. Mungkin ini impak daripada bersangka baik pada Allah yang
tidak menyusahkan ataupun menzalimi hambanya.
“Okay..
kita kawan.”
“Deal!”
***
Malam
itu, Naira mengajak Dewi ke masjid Kampung. Tadi ketika membeli barang
keperluan di kedai Pak Hassan, lelaki itu memberitahu yang malam ini ada
tazkirah di masjid.
Naira
sebenarnya nak bawa Dewi keluar dari kepompong hidup sendiri itu. Dewi perlukan
udara untuk bernafas. Bukan sekadar di rumah usang itu sahaja.
Dewi
pada mulanya berat hati untuk mengikut. Dia tahu, orang kampung pasti tidak
senang dengan kehadirannya.
Tekaan
Dewi nyata tidak meleset pabila menerima jelingan dari kaum muslimat yang
berada di surau. Dia takut jika Naira yang tidak selesa dengan keadaan seperti
itu.
“Kak....”
Hati Dewi jadi lemah tak semena. Tahu yang pandangan manusia itu tak penting.
Tapi dia manusia biasa yang kadang kala tidak lari dari merasa kecil hati.
“Dewi...
ini rumah Allah. Tuhan pun tak halang hamba dia nak datang. Tak kanlah ada
manusia yang berani nak ambil kerja tuhan? ” Jelas Naira mudah. Dia tahu,
betapa peliknya pandangan mereka yang berada di dalam masjid ini pada Dewi.
Siap berbisik bagai lagi sesama mereka.
Dewi
mula tenang. Mereka meneruskan solat maghrib, solat hajat dan solat isyak
berjemaah.
Tajuk
ceramah malam ini sangat menarik pada pengiraan Naira. Istighfar.
“Firman
Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat seratus sembilan puluh sembilan, Dan
mohonlah keampunan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” Ustaz sudah menghujahkan mukadimahnya.
“Tahukan
kita akan keajaiban disebalik istighfar itu? Tuhan memberi rahmat kepada mereka
yang suka beristighfar. Selain dari beristighfar dari melakukan dosa, ianya
zikir yang paling bermakna untuk mengingatkan kita agar tidak terjebak dari
melakukan dosa. Sedangkan Nabi yang maksum pun sentiasa beristighfar.”
Mata
Naira merenung syiling masjid. Menganalisa diri sendiri yang hina dina ini.
Istighfar pun payah nak keluar dari mulut dia. Ya Allah... kerdil sungguh
hambaMu ini.
Namun
sekejap dia merenung ke arah Dewi. Sering kali telinganya menangkap si gadis
itu beristighfar walau apa juga keadaannya. Tak terbanding rasanya dirinya
dengan Dewi Aleeya.
“Terdapat
dua jenis musibah... yakni musibah yang menguji benteng keimanan kita atau
musibah untuk memberi balasan atas dosa-dosa yang kita lakukan. Jika menguji
benteng keimanan kita, itu bermakna tuhan sayangkan kita dan kepadaNya kita
berserah, memohon keredhaan. Kerana hakikatnya kita memang akan sentiasa di
uji, tidak kira masa, seperti firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat dua
hingga tiga. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan dan mengatakan
“Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui
siapakah orang yang dusta”
Dewi
pula menundukkan pandangan bila sesekali dijeling oleh manusia yang gemar
mengadili dirinya. Namun pada masa yang sama, ceramah ustaz disemat kemas dalam
hati. Kalau tak diuji, tak akan rasa dalamnya cinta Allah pada hambaNya.
“Tetapi
bagi musibah azab, inilah yang paling dahsyat... jika sebelum ini kita belum
sempat bertaubat, maka yang menanti kita di alam lain hanyalah seksaan dariNya.
Tetapi bagi mereka yang sentiasa beristighfar, Allah sama sekali tidak memberi
musibah berbentuk azab seperti mana firman Allah dalam surah al-Anfal ayat tiga
puluh tiga, Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di
antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedangkan mereka
meminta ampun.”
Dalam
pengertian ceramah ustaz ini.
Ustaz
menyambung lagi.
“InsyaAllah, makbul doa kita jika sentiasa terus
menerus beristighfar kepadanya. Untuk merungkaikan kefahaman kelebihan
istighfar, lihat sahaja kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd
Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab
Hanbali.
Suatu
ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakkan mereka tidak
mengenalinya. Keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin
tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga
masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian
bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar
masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur,
tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi.
Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.
Seorang
pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut
mula terasa belas... Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat
roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima
pelawaan tersebut.
Ketika
Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti
yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga
boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.
Paginya
Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si
pembuat roti menjawab, setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan
satu perkara sahaja belum lagi.
Imam
Ahmad bertanya apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu? Jawab
lelaki itu, saya berdoa agar
dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal. Maka kata Imam Ahmad, saya lah
orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah
diseret untuk menuju kepadamu.
Lihat
sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk
menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan
dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut.
Nyata kelebihan Istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk
beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha
Penyayang.”
Dah
tahu ini, nampaknya Naira perlu mengamalkan secara sistematik. Padanlah Dewi
gemar benar beristighfar.
Sewaktu
bersalaman dengan jemaah yang lain, semua orang cuba untuk mengelak dari
bersalam dengan Dewi. Haih, naik marah pulak Naira dibuatnya. Apa kena dengan
orang kampung ni? Jangan sampai dia pulak yang buat ceramah kat sini.
Tapi
Dewi dengan senyuman yang tak putus..
“Istighfar
kak… Kita tak boleh marah kalau orang tak suka kita sebab kita pun bukannya
suka semua orang kan?” Pujuk Dewi.
Naira
sengih tak bersalah. Kalau dia masih gagal kelola perasaan sendiri, rugilah dia dengar ceramah malam ni.
Iman
itu adalah akidah atau pokok pegangan hidup dan kepercayaan. Iman mestilah
diikuti dengan amal. Amal itu adalah buah daripada Iman. Terus Naira beristighfar
panjang. Menghilang resah hati ini. Betullah, istighfar ini memang ubat yang
mujarab.
***
Malam itu, Naira dan Dewi sama-sama terkejut pabila si
Umi sudah bersuara dengan berulang kali menyebut nama Allah. Malah dia juga
memanggil nama Dewi berulang kali.
Naira mengalirkan air mata. Akhirnya, Allah bayar juga
sabar dan tabah milik Dewi.
Pantas sahaja Dewi melakukan sujud syukur. Berbahagia
dengan hadiah yang Tuhan titipkan.
“Umi… sa..yang….De..wi…” Walau tergagap-gapap, itu dah
cukup membahagiakan dirinya. Dikucup wajah tua itu tak henti. Ya Allah, terima
kasih…
Malam itu, Dewi tidur sambil mengenggam lengan ibunya.
Sewaktu Naira bangun untuk solat tahajud, dia mula terperasankan tubuh umi yang
kaku tidak bergerak sedikit pun.
Liur ditelan. Digagahkan kaki untuk mendekat. Pergelangan
tangan umi dicapai dan memeriksa denyutan nadi.
ALLAH.
Naira terkaku sendiri. Nafas dalam-dalam ditarik. Tubuh
Dewi digoncang perlahan. Dewi yang bangun itu masih terpisat-pisat sendiri.
“Kenapa kak? Dah pukul berapa ni?”
“Pukul tiga pagi sayang…” Air mata yang menampar ruang
mata diseka pantas. Kuatkan Dewi Ya Allah…
“Kenapa akak menangis?”
Dewi jadi makin pelik bila Naira meletakkan kedua belah
di bahunya. Malah usapan itu terlalu lembut. Bagai menghantar berjuta kekuatan
bersama.
“Walau apa pun yang berlaku, Dewi kena ingat yang akak
sayangkan Dewi dan akan sentiasa bersama dengan Dewi.” Ditarik tubuh itu kejap.
Badannya sudah terhinjut menangis.
Dewi mula mengerti. Perlahan-lahan dibalikkan muka
memandang si umi yang kaku itu.
Allah.
Dewi senyum. Wajah tua si umi dikucup lama. “Sungguh…
Dewi pulangkan apa yang bukan kepunyaan Dewi. Allah, hanya padaMu kami
dikembalikan…” Jangan ditangisi apa yang bukan menjadi milik kita. Selayaknya,
yang dipinjamkan itu perlu dipulangkan pabila tiba masanya.
Hati Naira jadi sebak pabila Dewi yang sedang sarat itu
bersimpuh kemudian menunduk. Mencium kaki si umi penuh kasih.
Dia pulak jangankan kaki, tangan pun payah.
“Umi… Dewi bangga ada ibu macam umi. Pergilah umi..
pergilah mencari kebahagian hakiki di sana…”
Naira sebak. Menghamburkan tangis yang tak sudah. Tidak
mampu langsung menjadi setabah Dewi.
Ya Allah, Dewi telah menyerahkan segala yang menimpa
dirinya kepada Allah tanpa merasa bimbang, kecewa atau sedih bahkan menerimanya
dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan erti kata lain, dia redha
terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah.
Sungguh…. Naira terharu.
Dia pulak bagaimana? Tahun ini langsung tidak
berkesempatan berjumpa dengan ibu sendiri. Entah bila kali terakhir dia mencium
tangan mama dan papanya. Kesempatan yang ada langsung tidak digunakan malah
seperti sekarang, dia sering kali lari dari berjumpa ibu bapa sendiri.
“Akak… Kena buat persediaan ni.” Teguran itu menyedarkan
Naira. Dia tidak seharusnya larut melayan rasa sedih.
***
Lama Naira merenung Dewi yang sedang sibuk di dapur.
Walaupun dilarang, bakal ibu itu tetap berdegil hendak melakukan kerja. Ada
juga beberapa orang kampung yang sudi membantu termasuk Mak Cik Besah ketika mengadakan
tahlil pada malamnya.
Naira teringat kembali kejadian ketika selesai pengebumian
jenazah si umi tadi. Pertama kali menangkap kemunculan abang si Dewi.
“Umi… maafkan Fahmi. Maafkan Fahmi…” Air mata lelaki itu
menitis. Ya, Naira dapat rasa beban yang terpikul di bahu Fahmi.
Tak
terpikul.
Tak
tertanggung.
Tak
terdaya.
“Dah lah bang… Dewi tahu yang Umi dah lama maafkan abang.
Sabar ya bang… Sekurang-kurangnya derita umi dah berakhir. Dia kembali berjumpa
dengan penciptaNya.” Si adik masih tenang menghulurkan kekuatan. Digosok
belakang badan Fahmi. Langsung tak ada benci untuk lelaki itu.
Air mata lelakinya berkecai lagi. Allah....
Fahmi pandang perut Dewi yang memboyot. Makin terbayang
dosa-dosanya. “Semua ni salah abang…” Kalaulah dia mampu putarkan kembali masa
silam. Dia akan perbetulkan satu demi satu kesalahannya.
Memohon ampun pada Tuhan. Ampun pada Dewi. Ampun pada umi
dan ayahnya. Malunya dia pada Dewi. Malu dengan manusia sekeliling. Tapi malu
lagi hendak menjawab dengan tuhan nanti.
Dewi senyum. Mengusir gundah si abang. Untuk apa
dikesalkan suratan yang terjadi. Mereka seharusnya bersyukur kerana mereka
dipeluangkan oleh Allah untuk diuji.
Harus diketahui, marahnya manusia pada kita, bukan
bererti mereka membenci. Begitu juga dengan ujian tuhan.. Ujian bukanlah tanda
kebencian Allah pada hambaNya. Tapi itu adalah tiket kasih sayangnya.
Untuk bahagia di Syurga, haruslah perlu mengunyah derita
dunia.
“Tak ada apa yang perlu disalahkan. Dewi dah lama redha.
Abang pun kena redha.” Pujuk Dewi lagi.
“Abang bersalah….” Diulang kembali ayat itu kepada Dewi.
Diusap bahu si abang. “Abang ingat tak pesan arwah ayah
tentang redha. Sifat redha tu adalah sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah.
Redha dengan segala ketentuan yang Dia tentukan. Manusia yang sama lemah macam
kita mungkin tak mampu untuk menerima baik buruk kita begitu sahaja. Tapi Allah
Yang Maha Agung itu akan terima kita seadanya. Cari redha Allah dengan redha
akan ketentuan dia bang..”
Satu
demi satu sisa permata si abang ditepis.
“Jangan bersedih bang… Umi dan ayah sedang berbahagia di
sana. Abang jangan bimbangkan Dewi. Dewi pandai jaga diri. Tinggal kita dua
beradik je bang. Susah senang, jatuh bangun biar sama-sama.” Dewi suluh lagi si
abang dengan kata-kata semangat.
“Apa pun yang terjadi… kita ada Dia..” Mata diangkat ke
atas. Dia Yang Maha ada untuk tiap waktu yang manusia perlukan.
Fahmi menjatuhkan dahi di bahu Dewi.
Kalahnya dia pada ketabahan Dewi.
Kalahnya dia pada ketaqwaan Dewi.
Kalahnya dia pada kesabaran Dewi.
Argh,,,
makin dengki Naira dengan tahap kesabaran Dewi yang luar biasa itu. Air mata
yang rajin menjirus pipi itu diseka lagi. Matanya sendiri hampir bengkak.
Dia kagum dengan Dewi. Menguruskan si ibu dengan tabah
dan cekap. Memandikan, mengkhafankan dan menyembahyangkan jenazah. Jika dia
kehilangan ibu bapanya sendiri, mampu ke dia melakukan perkara yang sama?
“Kak…” Teguran itu menyedarkan Naira.
“Jangan nangis…” Bisik Dewi perlahan. Tapi bibir.. masih
mampu menguntum senyum lagi.
“Kita ni dah terbalik…” Ada tawa kecil di hujung
kata-kata Naira. Ah, malu betul dengan Dewi.
“Dewi... Kalau Dewi nak nangis, Dewi boleh pinjam bahu
akak.” Pelawa Naira sambil menepuk bahu sendiri. Ada hati betul padahal air
mata sendiri masih merebes.
Dewi senyum pendek. Terharu dengan pelawaan Naira itu.
Tapi untuk apa tangisannya andai dia tahu umi lebih bahagia di sana?
“Mungkin... mungkin segenap dari hati Dewi masih ada rasa
tak puas bermanja dengan arwah ayah dan arwah umi. Derita sebuah kasih sayang
itu ialah bila berhadapan dengan kematian kak. Tak kiralah perpisahan hidup
atau mati. Dua-dua tu sama menyakitkan...”
Dia membuang pandang ke luar rumah. Gelap. Pekat. Malam.
Tapi kembali mengukir senyuman.
“Tapi... kematian itu janji kita sejak dulu pada Dia. Sanggup
datang... dan perlulah sanggup untuk pulang. Kita akan sama-sama pasti akan
berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.”
Itu Naira tahu. Tapi apa yang dia tahu, dia pasti tak
akan setabah Dewi melewati semua ini.
“Selepas semua kehilangan yang Dewi alami, akak tak pasti
kekuatan apa yang menjadi bekalan Dewi. Kadang-kadang akak rasa Dewi ni bukan
manusia biasa?” Luah Naira jujur.
“Apalah sangat ujian Dewi ni kak... Apalah sangat..
Mungkin ini cara didikan Tuhan untuk Dewi. Melalui kematian orang yang Dewi
sayang. Lagipun, kematian tu bukan pemutus segala kebahagiaan. Jika kita fikir
derita bertandang saat mengharungi perpisahan itu, kenangkanlah Rasulullah yang
telah menghadapi kematian orang tersayang secara berturut-turut sepanjang
hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya.
Beberapa tahun kemudian ibunya Aminah meninggal dunia. Semasa belum sempat
bermanja dengan datuknya. Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Ketika masih
perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah ditinggalkan lagi sedangkan sebelum
itu baginda baru kehilangan isteri tercinta Siti Khadijah hingga tahun itu
dinamakan tahun kesedihan. Itu belum lagi ditambah dengan kesedihan kehilangan
anaknya Ibrahim. Berapa banyak kehilangan yang perlu baginda lalui sepanjang
hidupnya...”
Lama Naira terdiam mendengar cerita Dewi.
“Mati itu adalah syarat menemui cinta. Cinta hakiki dan
sejati untuk bertemu denganNya..” Dewi angkat wajah. Merenung dada langit yang
kelam tidak berbintang.
Andai hati letih, sedih dan pedih.... sibukkanlah diri
dengan beribadat padaNya. Gembirakan hati kita dengan menggembirakan orang
lain. Jika hati itu mengamuk lagi... carilah ubatnya dengan solat. Sungguh,
solat itu adalah kerehatan. Adukan segala gundah dan sedih kita pada DIA Yang
Maha Mendengar.
Naira sepi tapi setiap nasihat Dewi itu diselip kemas ke
benaknya. Malu ah dia pada Dewi andai dia kalah dan rebah pada qada’ dan
qadarNya.
Orang masjid sedang menjamu selera di ruang atas rumah.
Kaum wanita pula sedang makan di bahagian dapur.
“Akak dah makan?” Bukannya Dewi tak tahu yang Naira
langsung tidak menjamah sebarang makanan dari siang tadi lagi.
“Dewi dah makan?”
Dewi menggeleng. Tak ada selera.
“Makanlah sikit… sian baby lapar..” Perut Dewi diusap
perlahan. “Makan sikit ya… akak suap.”
Dewi senyum. Masih tak punya selera tapi apa salahnya dia
menghargai kesungguhan Naira itu.
Amril yang berada di atas tangga taksub dan kagum dengan
kurniaan Tuhan. Bagaimana dua orang yang saling tidak punya talian
persaudaraan, saling berkasih sayang dengan ikhlas? Tanpa syak wasangka. Tanpa
prejudis.
Melihat mereka berdua yang mula ketawa itu, membuatkan
Amril ikut tarik senyum. Setelah pemergian Umi, dia pasti akan makin risau
meninggalkan Dewi tinggal sendiri. Apatah lagi tiga minggu lagi, dia dan Naira
akan kembali ke kampus.
“Yang kat atas tu kerjanya skodeng orang je.” Perli Naira
yang sedari tadi dah perasan.
“Orang masjid nak balik ni…”
Terus Naira dan Dewi bangun. Syukur bacaan tahlil
berjalan lancar.
Pinggan-pinggan yang ada terus diangkat dan diletakkan ke
dalam singki. Lengan baju melayunya disingsing hingga ke siku.
“Ril… letak je situ. Nanti aku basuh.” Pesan Naira.
“Tak apalah. Bukan susah sangat pun..”
Akhirnya Naira membiarkan sahaja. Mereka mula mengambil
tugas mengemas dapur. Pabila selesai, beberapa orang mak cik mula bersalam dan
menitipkan kata-kata semangat buat Dewi.
Amril keluar ke pangkin rumah. Cuaca malam ini tenang
benar. Dingin sahaja. “Terima kasih Ril…” Suara itu membuatkan Amril berpaling.
Mengadap seri wajah Dewi yang tak pudar dek ujian. Tenang sahaja.
Mungkin wanita sebaik ini bukan dicipta untuk menjadi
pemilik tulang rusuknya.
“Ini ada sikit duit orang sedekah. Ganti balik duit Ril
yang guna tadi untuk pengebumian dan majlis tahlil. Selebihnya Dewi bayar
kemudian ya…” Banyak sungguh jasa-jasa orang di sekelilingnya. Banyak sungguh
bukti kasih sayang Tuhan padanya. Tak terbalas dek kudratnya.
“Ish… apa ni Dewi..” Duit itu ditolak semula ke Dewi.
“Susah Dewi.. Ril pun susah sama. Tak ada istilah nak bayar-bayar. Kita bukan
kenal sehari dua Dewi. Dah lama kan… Lagipun, umi tu dah macam mak Ril sendiri.
Berilah pelung untuk Ril buat baik pada arwah jugak...”
Dewi ketap bibir. Terharu bila Allah kirimkan Amril dan
Naira dalam hidupnya.
“Moga Allah balas jasa baik Ril.. Moga Allah murahkan
rezeki Ril dan berikan yang terbaik pada Ril..” Doa Dewi ikhlas.
“Dewi…” Amril hendak bersuara kemudian dia menggeleng.
Ini bukan masa yang sesuai.
“Kenapa?”
“Erk… kalau nak mintak tolong apa-apa, jangan lupa
beritahu Ril ya..”
Dewi senyum tapi senyumannya mati tatkala menangkap
kelibat yang datang ke rumahnya sekarang.
Puan Norita!
“Hah… baguslah… mak kau baru je kebumi siang tadi, malam
ni kau dah menggatal dengan lelaki kan? Hah.. baguslah perangai macam tu!”
Dengan bercekak pinggangnya, dengan mulut lasernya, dengan tak malunya, laju
Puan Norita mencemuh.
“Mak… apa ni… Tak baiklah buat kecoh rumah orang.” Amril
pening kepala lagi. Macam tak ada kesudahan langsung. Padahal awal-awal dia dah
beritahu yang dia ke sini untuk majlis tahlil.
“Apa mak pulak? Yang Ril tu pergi rumah betina ni kenapa?
Sampai waktu sekarang tak balik-balik. Apa Ril tak ada rumah sendiri ke?” Konon
ada kenduri tahlil, ialah sangat!
“Ril nak baliklah ni..” Mujur orang masjid dah balik.
Kalau tak, tak tahulah nak letak muka kat mana. Apalah yang merasuk si ibu ini
gamaknya?
“Ya balik. Karang duduk sini lama-lama, betina ni tuduh
Ril pulak bapak dalam kandungan dia tu…” Ditarik tangan anaknya.
“Hah, baguslah kalau kena tuduh macam tu. Bolehlah Ril
kahwin dengan Dewi terus!” Sampuk Naira dari jauh.
Menggagau
kaki mencari selipar. Padanlah dia dengar bising-bising dari dapur tadi.
Rupanya ada singa datang menyinga. Heh, jangan risau Dewi, ini harimau datang
mengaum!
“Mulut kau jaga sikit.”
“Mulut saya ke atau mulut mak cik yang kena jaga?
Malam-malam datang rumah orang buat kecoh…” Nasihat Naira lembut tapi sinis.
Tangan Dewi yang memberi amaran supaya dia senyap itu, langsung tak diendahkan.
“Hei betina, perempuan mana yang kau simpan dalam rumah
kau ni hah?” Amuk Puan Norita dah tak boleh sabar. Si Amril mula menahan tubuh
si ibu yang hendak memukul Naira itu.
“Naira, stop it!”
Yang sorang ni kuat sangat membakar. Makin berasap pulak jadinya.Senyap-senyap
sudahlah.
“No, I
won’t!”
“Kak… Dahlah..” Dia tahu Naira sedang membelanya, tapi
tak ada gunanya bergaduh dengan orang tua.
Naira merengus. Dia pandang Dewi lama.
“Okay Dewi. Dengan nama Allah, akak... nak meminang kamu
untuk jadi isteri Amril.” Serentak tiga pasang mata menerjah anak matanya.
Amril
tersentak.
Dewi tercengang.
Mata Puan Norita mencerlung!
Naira
ulang suara. “Akak, Naira Ilyani nak meminang Dewi Aleeya buat Amril ... Sudi
tak Dewi menjadi penghuni hati Amril? Menjadi suri hidup Amril?” Serius ini semua
berada di luar jangkaanya sendiri.
Setelah
difikir-fikirkan, selepas ini Dewi akan sendiri. Kalau kahwin dengan Amril,
sekurang-kurangnya Amril boleh jagakan Dewi bila umi tak ada. Dah alang ke
palang dah jadi macam ni, biar Puan Norita dengar sendiri.
“Hei, siapa bagi kau hak nak meminang Dewi bagi pihak
Amril?” Suara itu langsung tidak mematahkan rasa berani Naira yang sedang
menggelegak.
Pandangan mata dilepas ke arah Amril yang terkaku itu. “Ril,
awak sudi tak memperisterikan Dewi?” Tanya Naira lembut.
“Apa yang akak merepek ni…” Dewi dah membantah. Sedar
yang Naira memang lari jauh dari landasan hidupnya.
Pegangan tangan Dewi dikejapkan.
“Dewi, jangan takut meneruskan kehidupan hanya
semata-mata kerana takutkan manusia....” Sempat Naira menjeling pada Puan
Norita. Eh, ingat dia takut ke?
“Tapi kak…” Redha yang mereka hendak langgar sekarang
ialah redha ibu. Layak ke Amril cari Syurga lain andai dia abaikan ibunya
sendiri? Itu yang bermain di benak Dewi sekarang,
“Ril…. Aku tanya kau ni!” Desak Naira lagi.
“Aku… Aku setuju.” Kenapa nak fikir panjang lagi Amril?
Bukan ke ini yang kau nak selama ni? Jaga Dewi dan jadikan dia perempuan yang
sempurna di sisi kau?
“Okay deal! Hujung bulan ni kita langsung.”
Puan Norita yang terpinga-pinga itu kembali tersedar.
“Aku tak setuju!”
Naira senyum sinis. “Buat pengetahuan mak cik… Pernikahan
mereka tak memerlukan mak cik sebagai wali. Jadi apa pun yang berlaku, pernikahan
ini akan dilangsungkan jugak!”
Degil! Ya... entah dari mana datangnya kedegilan yang
boleh membunuh ini. Yang pasti, kebahagiaan Amril dan Dewi perlu diperjuangkan.
***
Dah dua minggu berlalu. Saban malam Dewi melakukan istikharah.
Minta petunjuk dengan Tuhan. Dia sendiri masih keliru dengan perkara yang
terjadi secara tiba-tiba ini.
Dia bakal menjadi suri dalam hidup Amril? Sesuatu yang
sudah diimpikan dari dulu. Namun halangan demi halangan membuatkan dia
mengalah.
Dalam tempoh dua minggu ini, Nairalah orang yang paling
sibuk menguruskan persiapan. Bukanlah buat secara besar-besaran pun. Cukup
sekadar cukup. Hanya ada upacara akad nikah dan makan-makan buat ahli masjid.
Naira menyemak senarai kerja yang ditulis di dalam
iphonenya. Memastikan segala borang sudah dihantar.
“Akak…”
“Hmm…”
“Saya risaulah…” Luah Dewi perlahan. Dia sudah tidak
mampu untuk menyimpan semuanya sendiri.
“Risau apa? Risau lepas kahwin nanti ya? Heh… Kenalah
bawak bersabar Dewi. Kena tahan godaan.” Jawab Naira tersengih-sengih.
Mengikut hukum, perempuan hamil yang berkahwin dengan
lelaki lain, tidak dibenarkan untuk melakukan hubungan suami isteri. Ini
berdasarkan hadis riwayat at-tarimizi dan abu daud yang bermaksud, ‘Sesiapa
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sesekali dia menyiram
airnya pada tanaman orang lain.’ Dengan erti kata lain, menyetubuhi wanita yang
mengandung bukan dari benihnya.
Secara amnya, bagi pasangan yang sudah terlanjur pula,
mereka boleh berkahwin dan seterusnya melakukan hubungan suami isteri kerana
perkahwinan antara pasangan yang terlibat adalah baik kerana anak yang bakal
lahir akan menjadi anak diri kepada lelaki berkenaan.
“Ish… apa akak ni. Kesitu pulak.” Jauh tersasar pula
terjahan Naira itu.
Niara ketawa. “Kenapa Dewi sayang.. apa yang mengganggu
fikiran Dewi?” Seminggu lagi kemudian Dewi akan menjadi hak milik Amril secara
multak. Lepas ini mereka akan sama-sama balik ke KL. Membina hidup di sana. Naira
akan cuba membantu apa-apa yang patut.
“Bahagia ke kami nanti andai tiada restu dari keluarga
Amril.”
Naira tarik nafas. Tangan Dewi dicapai dan diusap lembut.
“Bahagia tu kan pemberian Dia? Bukan ditangan manusia.”
Jawab Naira lembut.
“Tapi… restu ibu bapa tu macam seri. Kalau nak bina
mahligai tapi tak direstui, umpama macam perhiasan tanpa serinya. Lagipun,
restu tu salah satu cara untuk dapat keberkatan Allah dalam perkahwinan. Jadi
tanpa restu, hilanglah baraqah perkahwian tu.”
Pernah diceritakan pada zaman sahabat dahulu. Bahawa
seorang lelaki datang bertanya pada Rasulullah. “Sesungguhnya aku memiliki
seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruh aku menceraikannya.” Abu Darba
menjawab, “Aku mendengar Rasulullah bersabda, ibubapa adalah pintu syurga yang
paling tengah. Terserah pada kamu sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau
memeliharanya.”
Intipatinya amat jelas. Setiap ibu bapa memiliki
kedudukan yang amat penting dalam hidup seorang anak. Maka beruntunglah
anak-anak yang berusaha untuk berbuat baik kepada ibu bapa dan rugilah bagi
anak-anak yang enggan berbuat demikian.
Lagipun, dia tidak mahu membuatkan Amril tersepit di
kemudian hari. Antara ibu atau dirinya.
Pabila melibatkan hukum, Naira tahu yang mereka tidak
boleh mengambil mudah sebegitu sahaja.
“Amril cakap dia akan cuba pujuk mak cik kan… Kita doalah
banyak-banyak. Moga Allah lembutkan hati mak cik. Kan Dia yang Maha menggenggam
hati-hati kita?” Naira hulur senyum. Moga terhapus semua resah Dewi.
Dewi angguk sahaja. Cuba memujuk diri sendiri. Berharap
yang baik-baik sahaja. Dia pun turun ke dapur. Hendak memasak. Awal pagi lagi
Amril dah datang ke rumah membawa bekalan basah. Katanya teringin nak makan mee
kari yang dimasak olehnya.
Haih… ada-ada sahaja bakal suami ini. Tapi mengada si
Amril tetap dilayannya.
Selesai
berperang di dapur, Dewi memanggil si kakak turun.. Sampai tertidur kepenatan
menguruskan majlis pernikahannya itu nanti.
“Wah… sedapnya mee kari.” Tak menunggu lama, terus Naira
makan mee yang telah diletakkan di hadapannya. Makan dengan penuh lahapnya. Mee
Kari Dewi tak ada orang boleh lawan. Padanlah Amril suka sangat!
Sesudah habis semangkuk, baru Naira perasan sesuatu.
“Dewi letak udang ke dalam kuah kari?” Baru dia perasan pabila melihat Dewi
mengupas kulit udang.
“Aah… kenapa?”
“Akak… alergik udang. Tapi, okay je kot…” Statement nak
menyedapkan diri sendiri. Sambil buat tak tahu, Naira terus mengambil air
sembahyang dan menunaikan solat zohor.
Habis sahaja solat, dia mula rasa ada yang tidak kena.
Terasa gatal-gatal di muka dan lengannya. Seperti yang dijangka, bintik-bintik
merah terus tumbuh.
“Akak okay tak ni?” mendengarkan suara Dewi, laju Naira
mengangguk.
“Akak tak okay ni. Saya telefon Amril ya, suruh bawak
akak ke klinik.” Cadang Dewi sambil anak mata mencari telefon bimbit Naira.
“Eh… tak payahlah susahkan dia pulak. Kejap lagi akak
pergi klinik sendiri.” Halang Naira walau tangan dah gatal menggaru ke sekitar
wajah.
“Phone akak mana?” Tak menghiraukan penolakan Naira, Dewi
bertanya tegas. Tak kan si kakak yang sedang sakit itu hendak memandu sendiri.
“Dalam handbag.”
Usai itu, terus didapatkan handbag Naira dan mengeluarkan
telefon bimbit si kakak. Namun secara tidak sengaja, tangannya terlebih dahulu
mencapai kad pelajar kepunyaan Naira. Rahangnya terjatuh saat melihat nama
university UiTM Shah Alam itu.
Naira belajar sama tempat dengan Amril ke?
****
Amril memandu dengan tenang. Naira di sebelah sudah beransur
okay setelah menerima suntikan daripada doktor di klinik tadi.
“Naira…” Pertama kali, suara Amril cukup lembut menyeru
nama Naira. Tidak kasar dan tidak pesimis seperti biasa.
“Hmm…” Ditutup sudah segala rasa teruja. Amril akan jadi
hak Dewi. Amril sudah tidak memberi kesan pada sekeping hatinya.
“Kenapa kau buat semua ni?” Amril nak tahu sangat. Apa
yang Naira dapat bila menyatukan dia dengan Dewi?
“Buat apa?” Dengan mata meliar ke luar, Naira bertanya.
Dah tahu sebenarnya hala tuju perbualan mereka ini.
“Satukan aku dengan Dewi.”
Naira senyum.
“Aku cuma nak korang bahagia.” Luah Naira ikhlas. Ya, dia
dah lama ikhlaskan semua ini. Apa yang dia suka, tak semestinya milik dia.
Orang cakap, kalau kita buka jalan bahagia untuk orang lain, Allah akan bukakan
jalan bahagia untuk kita pulak.
“Habis tu kau macam mana?” Soalan Amril itu buat Naira
ketawa besar.
“Aku macam mana? Tak kan nak jadi bini kedua kau pulak.
Tak hinggin aku. Lagipun, kau ingat kau hot sangat ke?”
Kali ini Amril pula yang ketawa pabila menyambut soalan
Naira. “Oh… tak hot staff sangatlah ya?” Sengaja Amril melayan gurau. Entahlah,
hidupnya dah terlalu serius sejak dua menjak ini.
Amril kembali lega. Sekurang-kurangnya, tetap ada
kesudahan yang baik antara mereka berdua.
Naira sekadar tersenyum. Kering idea nak berbalas bualan.
“Aku doakan kebahagian kau Naira. Moga kau dapat bahagia
bahagian kau sendiri.” Ucapan itu benar-benar lahir dari lubuk jiwa Amril.
Naira angkat bahu. Buat sekarang dia tak terfikir lagi
soal jodoh. Yang pasti, dia nak jumpa family dia dan baiki mana-mana bahagian
yang retak. Dia salah. Dia tak boleh bina kebahagian dari kesilapan. Harusnya
diperbaiki dahulu kesilapan itu. Kemudian baru cari tapak baru untuk bina
mahligai kebahagiaan.
Sesampai di rumah, Naira berehat sahaja sementara
menunggu solat asar. Hendak tidur, mata tidak mahu lelap pula.
“Akak…” Naira angkat tubuh bila Dewi mendekat.
“Hmm..”
“Dah okay?”
“Kena cucuk. Dah makan ubat. Dah okaylah sikit..”
Naira yang perasan perubahan Dewi yang tidak memberi sebarang
reaksi mula bertanya. “Kenapa ni?”
“Kalau saya tanya, akak janji jangan marah ya?”
Takut-takut Dewi hendak memulakan perbualan. Bimbang Naira terasa hati.
“Akak mana boleh marah adik akak ni… kenapa?”
Dewi curi nafas. “Akak belajar dekat UiTM Shah Alam ya?”
Soalan
itu.. soalan itu berjaya membuatkan jantung Naira terhenti. Erk, mana Dewi
tahu?
“Aah…”
“Sama dengan Amril.”
“Eh, ya ke?” Naira buat-buat tak tahu.
“Kak…sudahlah. Akak kenal dengan Amril kan? Akak memang
kenal dia dengan baik kan? Boleh jadi… akak datang sini sebab dia.” Sedari tadi
Dewi mengkaji hubungan Naira dan Amril yang nampak tidak sebulu pada pertemuan pertama
mereka. Seringkali mereka bergaduh seperti mereka sudah kenal benar.
Dah sudah… Naira tak punya jalan lain lagi. Temberangnnya
dah pecah di depan Dewi.
“Maafkan akak..”
Akhirnya...
“Oh... Jadi betullah yang akak memang kenal dengan
Amril.” Dewi mengangguk-angangukkan kepalanya. Bercakap dengan diri sendiri.
Tiba-tiba jadi canggung nak berhadapan dengan Naira.
“Akak sukakan Amril?” Tanya Dewi pabila keadaan kembali
sepi.
“Tak lah…”
Dewi menarik bahu Naira agar memandangnya. “Jangan tipu
Dewi kak…” Air mata Dewi dah bergenang. Jadi inilah makna pertemuan mereka?
Amrillah tunjang cerita yang sebenar. Atas tiket menyintai Amril itulah yang membawa langkah Naira ke sini. Hingga
mereka dipertemukan. Mencipta ukhuwah bersama. Mengabdikan memori bersama.
Dipeluk tubuh Dewi. Kejap.
“Akak
tak ada niat nak tipu Dewi. Ya, memang betul akak sukakan dia. Akak gila bayang
pada dia. Tapi dia langsung tak endahkan akak. Dia bencikan akak sangat-sangat.
Dia mengaku dia hanya cintakan Dewi. Tapi akak tak putus asa. Akak siasat
tempat tinggal Dewi dan datang ke sini untuk jumpa dengan Dewi. Tekad akak,
akak nak cari perempuan yang Amril sayang dan akak nak ambil hati Amril pada
perempuan tu.”
Sekali
nafas dia bercerita. Tak mahu disimpan lagi. Tak mahu ada jurang penipuan
antara mereka.
“...Tapi
setelah jumpa dengan Dewi…. Setelah saban waktu menghabiskan masa dengan Dewi,
ternyata akak tak mampu.. Akak tak mampu nak bertanding dengan perempuan
seperti Dewi. Akak... Akak... kalah serba serbi….”
Tutur
kata Naira semput. Tak teratur seperti perasaannya tika ini.
Dewi menguatkan pelukan. Air matanya berjujuran. Ya
Allah… jadi selama ini pasti Naira terseksa melihat dia bersama Amril.
“Akak…” Dewi melonggarkan pelukan.
“Saya sanggup serahkan dia pada Akak… Sungguh..” Dah
terlalu banyak pengorbanan yang Naira lakukan padanya. Mungkin sudah masanya untuk
dia membayarnya.
Naira geleng. “Jangan… Amril bukan barang dangangan. Jiwa
dia mahal. Cinta dia segar. Dia pemilik tulang rusuk Dewi. Lagipun akak dah
redha. Antara kami tak ada jodoh. Yang penting sekarang, akak doakan kalian
bahagia dunia akhirat.”
“Tapi….”
Suara Naira kembali berkeras. “Perjuangkan hak Dewi..
Pertahankan hak Dewi. Jangan mengalah dengan keadaan sayang. Apa pun yang
berlaku lepas ni, Dewi kena kuat dan hadapi semuanya bersama Amril.”
Digenggam erat tangan si Dewi. Menghulurkan semangat yang
tak pernah pudar.
“Kak.... Demi Allah, saya sayangkan akak. Demi Allah...”
Dipeluk lagi tubuh Naira. Air matanya menitis hiba. Setelah segalanya mereka
kongsikan bersama. Rupa-rupanya mereka menyintai lelaki yang sama.
Naira lap air mata sendiri sambil mengusap belakang badan
si adik. Kalau kita rasa kuasa cinta antara sepasang kekasih itu sudah cukup
hebat, tapi percayalah... ada cinta yang lebih hebat daripada itu. Cinta antara
dua persaudaran tanpa talian darah. Cinta dalam sebuah persahabatan yang
berpaksikan cinta Tuhan.
***
Rasa
macam tak percaya. Esok dia bakal menjadi suri dalam hidup Amril. Entah
bagaimana pula kisah hidupnya. Telah diserahkan pada Dia yang Maha Kuasa.
Sejak
rentetan peristiwa mereka bergaduh dengan Puan Norita, mak cik itu hanya
membisu seribu bahasa. Nak menyedapkan hati sendiri, boleh jadi Amril sudah
memujuk emaknya.
“Hei
bakal pengantin, tak tidur lagi?” Tegur Naira ceria. Baru selesai mengemas
dapur.
“Belum.
Tiba-tiba takut nak menunggu esok.” Perutnya diusap perlahan. Bayinya dah genap
sembilan bulan.
“Itu
perasaan normal bagi setiap bakal pengantin. Dah, baring cepat. Kena tidur
awal.” Ditepuk tilam itu berulang kali. Mengarahkan Dewi berehat.
“Kak....
boleh pinjam telefon sekejap?”
“Nak
telefon cik abang ya...” Usik Naira dengan sengihan dalam pada yang sama, tetap
menghulurkan telefon.
“Pinjam
kejap je...” Entah, malam ini dia teringin benar nak mendengar suara Amril
sebelum hari esok tiba.
“Boleh...Pinjam
lama pun tak apa. Jangan ingat akak baik hati sebab nanti akak akan claim bil
dengan Amril.” Ada ketawa di hujung kata-katanya. Seronok mengusik sampai merah
muka Dewi dibuatnya.
Nombor
telefon Amril di dail. Tak sampai seminit, talian telah bersambung.
“Hello...
ada apa Naira?” Suara itu menampar lembut peluput telinga Dewi.
“Erk...
ni Dewi.” Dewi bangun dan menjarak sedikit dari Naira yang sudah terbaring.
“Ya
sayang.. kenapa telefon abang ni.” Sudah pandai ber‘abang-abang’ dah sekarang.
Dengar je suara Dewi, terus sengih sampai ke telinga. Sungguh, tak sabar
rasanya menanti hari esok.
Sebenarnya
Dewi pun tak tau apa tujuan dia menelefon. Dia cuma... mahu mendengar suara
Amril.
“Sayang...”
Panggil Amril pelik. Kenapa Dewi senyap ni?
Luruh hati Dewi menyambut panggilan itu. Arghhh.. Amril..
hanya dia yang mampu buat hati ni duduk tak diam.
“Terima
kasih.” Ucap Dewi perlahan. Nafas ditarik. “Untuk setiap perjuangan yang Ril
lakukan untuk bersama dengan Dewi. Dewi hargai sangat-sangat.” Air mata
menitis. Kenapa dia sensitif sangat malam ni?
“Ish...
kenapa Dewi cakap macam tu. Kan Ril dah janji, akan lakukan apa sahaja untuk
Dewi...” Amril rasa, ada yang tidak kena dengan Dewi Aleeyanya ini.
“Dewi
susah hati ke?” Tanya Amril terus.
Diam
Dewi telah memberi tanda jawapan buat Amril.
“Gunakan
kesempatan untuk kebaikan. Sebelum segalanya terlepas dari genggaman. Kelak
menyesal nanti tak berkesudahan apa guna sesalan hanya menekan jiwa. Jangan
difikir derita akan berpanjangan kelak akan membawa putus asa pada tuhan.
Ingatlah biasanya kabus.. tak berpanjangan setelah kabus berlalu pasti cerah
kembali.”
Tak
diarah... tak disuruh.. Amril menyanyi lagu kehidupan yang diporpularkan oleh
Inteam dan Nazrey. Biar terbasuh gundah si Dewi. Untuk terlebih membaja kasih
dengan buih-buih perasaan, Amril tidak berani. Dia tahu Dewi tidak
menggemarinya.
Biarlah
rasa sayang yang tak sudah itu disimpan untuk esok. Tika Dewi sah menjadi
miliknya.
“Ujian
tu tarbiah... Kan Dewi yang selalu ingatkan Ril. Jangan risau berlebihan Dewi.
Ril pasti yang mak tak akan halang pernikahan kita. Mungkin sekarang dia tak
restu, tapi masa akan mengubah manusia kan? Doa je jangan putus... Allah dengar
luahan hati kita.”
Perasaan
yang gundah itu kembali disiram ketenangan. Jantung mengepam di luar kebiasaan.
Kasihnya
pada Amril terus mengalir deras. Hanya Allah yang memutuskan bila perasaan ini
harus berhenti.
“Dah... pergi tidur. Jumpa esok bakal
isteriku. Selamat malam sayang...”
Dewi
senyum. “Selamat malam... abang..” Tak terjangka perkataan itu akan keluar dari
mulutnya. Cepat-cepat Dewi memutuskan talian. Malu.
Amril
yang berada di hujung talian dah melompat hingga ke bintang. Dari dulu dia
suruh Dewi panggil dia abang. Tapi kemain banyak lagi alasannya.
“Dewi
hanya akan panggil abang... bila Dewi sah jadi milik Ril. Kalau tak jangan
harap ya...” Terdengar lagi gurauan si Dewi.
Teringat
pula akan si emak.
“Kalau
Ril kahwin dengan perempuan tu, jangan harap mak akan bagi duit belanja untuk
Ril... Pandai-pandailah Ril hidup. Dan lagi satu, jangan pernah berani bawak
perempuan tu balik ke sini.”
Amril
hanya mendoakan yang terbaik esok. Si emak agaknya sudah mengalah. Dia diam
sahaja. Si ayah tetap memberikan restu. Malah adik beradiknya juga sudah pulang
ke kampung untuk majlis esok.
Kata
si angah, nanti hati mak lembut jugak. Amril iyakan aje. Sudah tidak larat
berfikir.
Dewi mendapatkan tempat yang kosong di sebelah Naira.
Berbaring secara mengiring.
“Dah habis gayut?” Dengan mata terpejam Naira bertanya.
Dewi senyum sahaja. Menutup rasa segan.
“Akak...” Panggil Dewi.
“Hmm..” Mata terpejam lagi.
“Kalau apa-apa jadi kat Dewi, akak tolong jaga anak Dewi
ya...”
Luahan Dewi itu berjaya membuatkan Naira membukakan
kelopak mata yang sudah terasa berat benar.
“Ish... apa yang Dewi cakap ni?”
“Entah... Tiba-tiba Dewi rasa risau.”
Mendengarkan suara Dewi yang luruh itu, Naira angkat
tubuh. Duduk bersila dan berhadapan dengan Dewi yang ikut turut duduk.
“Sayang... it’s
okay to be not okay. Janganlah risau sangat.”
Dewi sudah mula tersenyum. Oh, menantikan hari esok yang
entah apa ceritanya, dia jadi berdebar teramat sangat. Sampai melalut jadinya.
“Hei baby, tengoklah umi nih.. gabra sangat nak kahwin
dengan babah esok.” Naira bercakap-cakap dengan si kecil yang masih berada di
dalam kandungan itu.
Kandungan yang hampir berusia sembilan bulan itu diusap.
“Akak,
Dewi nak letak nama anak Dewi, Naira.
Moga dia ikut baik hati akak.” Mata Dewi menghantar pesan yang dia
benar-benar memaknakan kata-katanya. Mencerna baik hati si Naira yang hanya
Tuhan yang tahu.
“Ish… Nanti dia kasar dan baran macam akak. Tak boleh.
Hmm.. letaklah nama Dewi.. Biar dia ikut cekal dan tabah macam Dewi.” Cadang
Naira pula.
“Hmm… Kalau macam gitu, kita letak Dewi Naira!” Spontan
mereka berdua ketawa serentak. Terasa kelakar.
“Tak sedaplah.” Komen Naira selamba. Canggung je peluput
telinga dengar.
“Kalau macam gitu.. Dewi Ilyani. Hey, ayunya nama…”
Cadang Dewi tak putus asa.
“Hah… tu sedap. Okay set. Dewi Ilyani. Kalau anak
perempuan akak nanti, akak letak nama Naira Aleeya.” Amboih, tingginya
berangan.
Mereka ketawa bersama. Bahagia.
“Dah tidur...” Arah naira tegas. Mata dia memang dah tak
boleh bukak. Berat semacam.
Pabila dia berbaring, terasa sebuah ciuman singgah di
dahinya. Tak berkelip Naira memandang Dewi.
“Dewi sayang akak... Malam ni Dewi dengan Dewi junior nak
tidur peluk akak. Kita orang tak kira.” Tak tunggu respon Naira, terus dipeluk
si kakak. Sayang sangat pada Naira.
“Akak pun sayang Dewi..”
***
Perut terasa memulas. Pinggang sudah terasa kebas benar.
Rasa hendak terputus pun ada. Dewi bangun dari pembaringan. Seakan-akan hendak
membuang air kecil.
Perlahan-lahan dilewati anak tangga turun ke dapur
sebelum keluar menuju ke tandas di bahagian belakang. Pabila tidak mampu
mengimbangi tubuh sendiri, Dewi menampung badannya di balik zink yang dijadikan
dinding jamban itu.
Tarik nafas. Lepas nafas.
Keadaan yang samar-samar itu membuatkan Dewi teraba-raba
sendiri. Tiba-tiba dia merasakan kakinya telah terpijak sesuatu yang lembik dan
otot kaki kirinya terus tidak dapat digerakkan.
Terus Dewi rebah!
Dewi meringkuk kesakitan. Dia mengagahkan diri untuk
menyelak kain batiknya. Persoalannya terjawab pabila terpandangkan seekor ular
tedung yang sedang menyelusuri semak samun kawasan rumah.
Allah.
“Akak....” Jerit Dewi lemah.
“Akak....” Digunakan sehabis mungkin tenaga yang masih
bersisa. Tak sampai seminit, Naira tergopoh-gopoh mendapatkan Dewi yang sudah
terjatuh itu.
“Ya Allah Dewi. Macam mana boleh jatuh ni?” Naira yang
masih belum tahu apa-apa membuat spekulasi sendiri.
“Sakit kak....” Tak terkata rasanya perit yang dia rasai.
Perut, pinggang, kaki... semuanya sakit. Hanya nama Allah yang meniti di lidah
dan hatinya.
“Kita pergi hospital sekarang...” Pabila Naira cuba
membantu Dewi bangun, si adik menjerit kesakitan lagi.
“Kaki Dewi...” Dewi tak punya nafas nak bercerita.
“Kenapa dengan kaki Dewi?” Dipegang kedua belah kaki Dewi
itu.
“Kena patuk.”
Ya Allah.
“Tolong
selamatkan anak Dewi kak.. Tolong...” Lemah suara Dewi melemparkan harap.
Dengan
rasa panik yang menggila, Naira cuba juga mengangkat tubuh Dewi yang lemah itu
ke kereta. Dewi perlu dibawa ke hospital sekarang juga!
***
Naira mundar-mandir di hadapan pintu bilik bedah. Ya
Allah, sungguh seumur hidupnya tak pernah dia berhadapan dengan keadaan gentir
seperti tadi. Air mata yang melurut ditepis laju.
“Ya Allah... jangan Kau ambil nyawa Dewi...” Ditutup muka
dengan tapak tangan.
“Sabarlah Naira... doa yang baik-baik.” Pesan Amril cuba
bertenang walau hatinya bagai sudah ditendang keluar.
Pujukan itu langsung tak membantu melenyapkan kerisauan
Naira.
Naira dah teresak menangis. Tak mahu dihalang mahupun
disimpan lagi. Sudah lebih tiga jam Dewi di dewan bedah. Kata doktor tadi, Dewi
perlu segera dibedah untuk menyelamatkan kandungannya kerana bisa ular tersebut
sudah merebak ke badan Dewi.
Pintu bilik bedah terbuka dari dalam. Cepat sahaja Naira
dan Amril menyerbu tuan doktor.
“Macam mana keadaan Dewi dengan anak dia doktor?”
“Alhamdulilah. Kandungan dia berjaya diselamatkan dan
Dewi dapat anak perempuan. Malah bisa ular itu tidak berjangkit pada si anak.”
Kata-kata doktor itu tidak menyedapkan hati Amril.
“Apa maksud doktor dengan bisa ular tu? Tak kanlah Dewi....”
Amril tak mampu nak teruskan ayatnya. Sungguh tak mampu.
Nampak halkum Doktor bergerak sedikit. “Maafkan kami.
Pihak kami cuba sedaya upaya menyelamatkan Dewi tapi bisa racun itu memang
sudah merebak ke seluruh badan Dewi.. Allah lebih sayangkan dia dari kita
semua.”
Naira terduduk.
Amril hilang kata.
Dari Dia kita datang. Pada Dialah kita dipulangkan.
Sesungguhnya mati itu pasti.
“Encik boleh iqamat anak encik..” Seorang jururawat tiba
dan menghulurkan si kecil pada Amril yang masih kebingungan. Terketar-ketar
tangan Amril menyambutnya.
Naira pusing kepala. Semalam meraka bahagia mengayam
mimpi. Rupanya hari ini, tuhan hendak menguji lagi.
“Kita
hidup di dunia yang sementara je kak. Sementara sangat... Tahu tak kenapa?
Sebab Allah rindukan kita.. Rindu sangat..” Suara Dewi bergema lagi... Bergema
dengan nasihat yang tak pernah putus.
***
Dengan penuh kekok, Naira memangku si kecil yang baru
lahir. Air matanya tak henti tumpah. Hingga menitis di wajah mulus itu. Ya
Allah, kekuatannya hilang. Jiwanya nyata rebah menyambut tulisan takdir ini.
Rapuh bila pertama kali menyambut makna kehilangan dalam
hidup.
“Akak tahu tak, sesuatu yang hilang itu belum tentu akan
meninggalkan kekosongan sebab ruang yang ditinggalkan itu tak pernah hilang.
Contohnya, walau Dewi kehilangan arwah ayah tapi nasihat-nasihat dialah yang
buat Dewi lebih rasa kuat nak tempuhi dugaan hidup lagipula, kehilangan itu
memang proses semula jadi kehidupan.”
Nasihat Dewi kembali terngiang di peluput telinga. Nasihat
ketika Dewi baru sahaja kehilangan uminya.
Benar kata Dewi. Ruang yang dia tinggalkan itu tak pernah
kosong. Perginya Dewi menitipkan bukti kasihnya. Betapa dia berjuang untuk
mengandung dan melahirkan si kecil walau terpaksa kehilangan cinta Amril dan
memikul caci maki orang kampung.
Anak mata menjenguk si kecil yang masih merah.
Dewi Ilyani!
“Dewi tunggu sekejap ya... Mummy nak tengok ibu Dewi
kejap...” Bayi comel itu kembali diletakkan ke dalam incubator. Dia hendak ke
bahagian pengurusan jenazah memandangkan jenazah arwah diuruskan oleh pihak
hospital.
Belum sempat dia keluar, telinganya menangkap perbualan
Amril dan Puan Norita.
“Allah tahu mak tak redha... sebab itu dia ambil Dewi
kamu tuh!” Suara itu masih seperti dahulu. Tidak ada yang berubah.
Amril senyap menekur lantai. Sepatutnya hari ini hari
bahagia dia. Bahagia bersama Dewi. Tapi siapa sangka hari ini adalah hari
perpisahan buat mereka. Pisah jiwa dan raga. Berpisah segalanya....
“Maafkan Ril... maafkan Ril kalau Ril tak jadi anak yang
baik untuk mak.”
Hari ini baru dia sedar. Bila kita mencintai seseorang
melebihi sepatutnya, Allah akan menguji kita sehingga kita kembali padaNya.
Kembali menyintaiNya melebihi segalanya.
Mungkin cintanya pada Dewi tidak diletakkan di tempat
yang selayaknya. Hingga tegar melanggar cinta pada si ibu. Hingga sanggup
membelakangi si ibu.
Mungkin ini adalah salah satu bentuk hukuman buatnya.
Mungkin jugak teguran dari Allah. Allah mengizinkan dia untuk kehilangan Dewi
untuk kebaikan dirinya. Kehilangan akan membuatkan dia kembali ke pangkal
jalan.
Berat, tapi inilah takdir yang harus dipikul.
Amril menghampiri si ibu. Dipeluk kejap. Banyak sungguh
dosanya pada si ibu. Mata kabur cuba menahan tangis.
Tuhan....
sungguh dia tak rela pemergian Dewi ini. Tapi siapa dia untuk membenci takdir
yang Tuhan bentangkan?
“Ril nak mintak izin dari mak... Ril nak sempurnakan
jenazah Dewi. Ril mohon mak izinkan..” Bahu si ibu dipaut. Dia dah hilang Dewi.
Dia tak betah untuk hilang si ibu pula.
Puan Norita dah senyum kemenangan. Ada hikmah pemergian
si Dewi. Sekurang-kurangnya Allah pulangkan semula si anak yang hilang.
“Baiklah... untuk kali terakhir. Lepas ni mak tak nak
dengar kamu sebut nama Dewi sekalipun..” Dia bukan kejam sangat nak menekan si
anak. Dia benci bila ditipu disebabkan Amril mengutamakan Dewi. Dia sakit hati
bila Dewi berlebihan mendapat perhatian Amril lebih dari dirinya sendiri.
Rasa tak senangnya pada Dewi bertukar benci. Benci yang
tak mampu dipadamkan.
“Mak dengan ayah balik dulu... Jumpa kat kubur nanti.”
Dia pun belum cukup kejam lagi untuk tidak menghormati pemergian Dewi buat kali
terakhir itu.
Naira terpaku di tepi dinding sendiri. Apa yang Amril
kata tu memang betul. Tak patut dia sebagai anak muda punya sikap tidak
menghormati orang tua. Malah dia yang mengajar Dewi agar menerima Amril walau
tanpa restu dan redha orang tua.
Betul cakap Dewi, redha Allah terletak di redha ibunya.
Sekarang Allah bentangkan jalan untuk mereka pulang ke pangkal jalan.
“Naira....” Amril
yang menangkap kelibat Naira itu mula memanggil.
Tubuh Naira membatu. Hanya air mata yang deras mengalir.
“Apalah daya kasih sayang kita kalau nak dibandingkan
kasih sayang Allah pada Dewi...” Ayat pujuk itu sebenarnya dihulur untuk si
hati yang menguncup semangatnya.
“Salah saya....” Kalaulah dia tidak bertegas hendak
mengahwinkan Dewi dan Amril. Sepatutnya mereka sama-sama memujuk hati si ibu
itu. Bukan melawan.
“Jangan salahkan diri sendiri Naira. Ini ketentuan Allah.
Ringankan rasa hati tu... Yakinlah bahawa takdir Allah itu adalah terbaik...
Tak terlangkau dek pengetahuan kita. Mari... Jenazah Dewi perlu disempurnakan.”
***
Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan
mencintainya dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan
dipermudahkan oleh Allah. Seluruh alam akan menyebelahinya.
Jumaat
yang hening dan dingin mengiringi pemergian Dewi Aleeya. Sewaktu meletakkan
jenazah di dalam liang lahad, Amril nyata tidak mampu melawan gelodak
perasaanya.
‘Pergilah sayang.... Pergilah mengadap pencintamu...
Cinta yang lebih agung dari aku di sini...’
Naira pejam mata. Tak kuat untuk mengutip dan menyimpan
memori sedih ini. Teringat insiden dia berperang mulut dengan Dewi tentang isu
persalinan pernikahan. Dia mahu Dewi kelihatan anggun dengan busana cantik. Tapi
Dewi berkeras hendak memakai telekung sahaja.
“Ish... kenalah pakai cantik-cantik waktu nikah nanti.”
Protes Naira tak puas hati.
“Perempuan... akan sentiasa nampak cantik bila bertutup
begini kak. Tak mahulah berlebihan. Saya nak sarung telekung je.. Lepas tu nak
lakukan sujud syukur sama-sama dengan Ril.. Lagipun untuk mak buyung macam saya
ni tak sesuailah pakai baju tu.. Nampak macam sarung nangka.” Sempat lagi Dewi
berseloroh di hujung ayatnya.
Tika ini... sepasang kain putih tetap menyelaputi tubuh
Dewi. Yang bezanya, bukan untuk hari bahagia bersama Amril tapi hari bahagia
untuk berjumpa dengan Tuhan.
Balik ke rumah, dia mendapatkan Dewi kecil yang sedang
menangis. Berkalung kasihan untuk si kecil yang sudah kehilangan ibu bapa ini.
Dipeluk dan dicium ubun-ubun milik Dewi. Terasa hangat
seperti tubuh arwah ibunya juga.
Ya Allah.... kuatkan aku... kuatkan aku...
“Sabar Naira...” Mak Cik Besah cuba menyabarkan Naira
sedangkan air matanya juga berpeleseran di ruang wajah.
Dewi kecil yang pada mulanya merengek mula menangis.
Mungkin kelaparan. Tangkas Mak Cik Besah menyediakan susu buat si kecil. Naira
pula cepat memujuk dan menepuk lembut si kecil. Sungguh dia kekok. Biasanya dia
tidak berani memegang bayi seusia Dewi Ilyani.
“Saya akan jaga Dewi mak cik... Saya akan bawa balik Dewi
ke KL.” Putus Naira muktamad.
“Macam mana Naira nak jaga Dewi, Naira kan belajar lagi...”
Senyuman tawar dilemparkan. “Allah pasti akan tunjukkan
jalan bagi mereka yang mencari kan?” Air mata tak putus di wajah. Ya Allah...
lemah sungguh dirinya. Bagaimana dia mampu menjaga si Dewi kecil?
Moga Tuhan bantu.
Moga Tuhan limpahkan belas ehsanNya.
Dia hanya hendak menunaikan amanat terakhir Dewi Aleeya.
Iaitu membesarkan dan menjaga Dewi Ilyani. Akan dibela nasib si kecil.
“Sabarlah Naira....” Mak Cik Besah memeluknya erat.
Salam yang terdengar dari luar itu membuatkan Mak Cik
Besah bangun. Amril datang dengan baju yang sudah berganti.
Lututnya direbahkan ke lantai. Mata menjamah anugerah
Allah itu. Allah ambil sesuatu yang dia sayang, dia kirimkan lagi satu anugerah
baru. Didukung dan dicium dahi Dewi.
Hatinya merintih hebat. Tapi dia malu hendak menitiskan
air mata di hadapan Naira dan si kecil.
“Saya akan jaga Dewi kecik...”
Leher Amril dikalihkan. “Kau pasti kau boleh jaga....
Dewi..?” Argh, balik-balik nama itu bermain juga di bibirnya. Bagaimana dia
hendak kuat melupakan Dewi Aleeya?
“Berilah Dewi pada aku...” Rayu Amril tak fikir panjang.
Bening mata kecil itu benar-benar mengingatkan dia pada mata Dewi Aleeya.
“Jangan Ril... Sedangkan mak kau tak mampu nak terima
Dewi. Apatah lagi dia nak terima Dewi Ilyani...”
Mata Naira dan Amril sama-sama merenung si kecil.
“Kita yang salah Ril.. Kita. Tuhan ambik Dewi sebab beri
peringatan pada kita supaya tak terus tersasar. Sungguhnya kata orang tua tu
tak boleh dilawan. Patutnya kita pujuk dia.. bukan cari amarah dia...”
Naira lap air mata lagi. Ya Allah, dia janji ini hari
terakhir dia akan menangis. Esok dia akan bangkit. Bangkit untuk meneruskan
hidup dengan lebih baik.
Amril ketap bibir. Tahan sebak.
“Ril... aku harap awak kuat..” Naira tahu dia tidak layak
bersedih secara berlebihan. Dia baru sahaja mengenal baik Dewi selama dua
bulan. Tapi Amril, dia sudah mengenali Dewi sedari kecil. Pasti bukan mudah
untuk lelaki itu...
“Entahlah.... aku rasa ditinggalkan mungkin lebih baik
dari diputuskan. Sekurang-kurangnya aku lega dia dah bahagia di sisi Dia.
Sekurang-kurangnya penderitaan dia di sini dah berakhir...”
Mereka berdua sama-sama senyap. Meneroka ke dalam lautan
dasar hati milik sendiri.
“Naira.. terima kasih untuk semua yang kau lakukan untuk
Dewi. Terima kasih.”
“Apalah sangat Ril... Aku ni dah cukup terlimpah ruah
dengan kasih sayang dia. Aku harap dapat
jadi ibu yang baik buat Dewi kecik...” Tangan dijatuhkan di atas kepala Dewi
yang masih berada di dalam dukungan Amril.
Mungkin dia tidak akan menjadi wanita sehebat Dewi.
Tapi.. akan dicuba sehabis daya menjaga Dewi. Bintang hatinya dan biarlah dia
menjadi langit yang memeluk bintang itu. Menjadi tempat untuk berteduh kasih.
Amril angkat wajah. Berkira-kira untuk berterus terang.
“Naira... walau Dewi dah tak ada aku...”
“Aku faham Ril.” Cepat dipintas.
Dia tak pernah terfikir yang Amril akan terima
dia untuk menjadi pengganti Dewi pun. “Aku bukan perempuan gila yang mengejar
bahagia lagi... Aku perempuan yang hendak mem‘bina’ bahagia baru bersama Dewi.”
Besar intipati
antara mengejar dan membina itu. Rasanya Amril boleh mentafsirnya sendiri.
“Kita tetap akan jadi kawan baik... Kita akan jadi mummy
dan daddy untuk besarkan Dewi.. kan?” Cukuplah dia punya hubungan baik dengan
Amril. Dia pun dah cukup dewasa nak buat kerja gila lagi.
Amril senyum pendek. “Daddy...” Mampu ke dia jadi bapa
yang baik untuk Dewi Ilyani?
‘Ril... hiduplah seperti air yang tidak pernah diam. Ia
selalu mencari jalan menuju tempat tujuannya walaupun sebuah gunung menghadang
di depannya...’ Kata-kata nasihat Dewi itu kembali hidup di kotak ingatannya.
Pelangi itu muncul selepas hujan. Takkan selamanya hidup
penuh dengan hujan ribut taufan. Takkan selamanya begitu. Akan ada sinar yang
muncul. Mungkin....
Bibir Amril jatuh mengucup dahi si kecil lagi. Akan
dibantu Naira untuk membesarkan Dewi kecil ini. Dewi..... hilangmu pasti tiada
ganti. Pergilah kau mencari bahagia yang lebih hakiki.
Sepinya hari yang ku lewati
Tanpa ada dirimu menemani
Sunyi ku rasa dalam hidupku
Tak mampu ku tuk melangkah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Masih ku ingat indah senyummu
Yang selalu membuatku mengenangmu
Terbawa aku dalam sedihku
Tak sadar kini kau tak di sini
Tanpa ada dirimu menemani
Sunyi ku rasa dalam hidupku
Tak mampu ku tuk melangkah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Masih ku ingat indah senyummu
Yang selalu membuatku mengenangmu
Terbawa aku dalam sedihku
Tak sadar kini kau tak di sini
Engkau masih yang terindah
Indah di dalam hatiku
Mengapa kisah kita berakhir
Yang seperti ini
Indah di dalam hatiku
Mengapa kisah kita berakhir
Yang seperti ini
Takdir
bukan kuasa kita. Masa depan di luar jangkauan kita. Tetapi meneruskan hidup
dengan semangat dan harapan yang baik adalah pilihan kita.
Pilihlah untuk bahagia walau tanpa dia di sisi.
Pilihlah untuk redha walau perit untuk kita terima.
Pilihlah untuk mentadbir diri dengan takdir yang
dibentangkan.
Cinta
abadi itu biasanya memang tidak mampu dijangkau. Ibarat bumi yang sering
mengintai matahari. Kerana tak mampu meraihnya, selamanya bumi menjadi bayangan
yang tak berpenghujung.
Sebenarnya
aksara bahagia itu begitu berat untuk dikendong. Sebab itu manusia jatuh berulang kali sebelum
mampu menggapainya.
Untuk
hari ini yang tak tentu hala intipatinya, siapa tahu esok lebih tersusun
ceritanya. Siapa tahu kan?
-Habis
Sudah-
Pesanan Diraja bebelan ini
panjang...
Salam to all readers.. okeh
jangan ngamuk2 ya.. jangan tensen2... kehkeh... secara totalnya bukan cinta
Amril dan Dewi yang saya nak tekankan dalam cite ni.. Tapi kasih sayang antara
Naira dan Dewi. Watak yang tahan lasak jiwanya.. dan makna perjuangan yang
sanggup dilakukan oleh Dewi walau telah kehilangan maruah untuk mempertahankan
si anak.. =)
Dan untuk Amril (dan pesan untuk
semua...) walau sebaik mana pun pasangan yang hendak dikahwini, haruslah
direstui oleh ibu dan bapanya. Kadang Allah timpakan kita sesuatu untuk tegur
kita atau halang kita dari melakukan apa yang Dia tidak izinkan.. Itu pun salah
satu bentuk kasih sayang Allah...
Mungkin kita pernah rasa tentang
cinta, yang takdirnya bukan untuk kita... kan?
Lastly, Inspirasi dari kisah Dewi
ini adalah benar.. Memang Dewi (bukan nama sebenar) telah dirogol dengan
situasi yang sama seperti dalam cerita ni.. dan dia telah melahirkan sepasang
kembar lelaki... Moga Allah limpahkan kasih sayangnya pada Dewi sebenar untuk
menempuh ranjau hidup.. tabahnya dia
yang menjadi pencetus untuk kisah ini.
Terima kasih menyokong.. labayu
korang muah muah.. yang baik datang dari DIA dan yang buruk dari kelemahan saya
sendiri... plezz.. jangan benci saya.. xoxo EM
excitednya tggu cerita ni..:)
ReplyDeletetq n harap sabar menanti k
DeleteBetul sgt.....
Deletesabar menanti k =)
Delete.: mati kene maki kot.....huhuhu....
ReplyDelete.: johor kat mne nak pi lawat dewi sat :P
kehkeh.. entah.. kat mana ya? jap ai msg dewi..
Deletehahha nnty wssp ea...nk anta lotion mustajab.....hihii :P
Deleteamboihhhh... sempatt
Deletehahha x penah benci syg ade la... ^_^
Deletenice work and nice writting keep up the good work kak...
huhuhu
Ksiannya dewi ni.excited nk tau pa jd kt naira,pilihan jwpn xda e la.hehe..
ReplyDeleteGo sara go..cita yg menarik,
along eza
tq along... nnti kita tahu kesudahannya keh
DeleteOk...betul2 x sabar nak tau apa yg berlaku....sara..akak suka cerita nie.....
ReplyDeleteakak... tq suka.. tq baca.. =)
DeleteBest cite ni...xsbr nk tggu smbungan cite ni
ReplyDelete-Fara-
Fara y bukan Farafeesa.. kehkeh.. sila bersabor
DeleteYes..fara bkn farafeesa,hehehe...da lame dok tggu smbunganye cik sara,xmncul2..hehe
DeleteYes..fara bkn farafeesa,hehehe...da lame dok tggu smbunganye cik sara,xmncul2..hehe
Deletebessssssst...jgn lambat2 sggt smbungnye tau...hehehehe...
ReplyDelete^-^...nadia...^-^
before end of month keh... tq lalink
DeleteSatu cerita yang menarik....tengah syok baca tiba2 stop. Alahai cik writer....tak sabar nak baca setarusnya.
ReplyDeletecik writer nak suh readers tanam sabar.. kehkeh
Deletebanyak tnda tanya ni....
ReplyDeletesiapa yang mengandungkan dewi?
kalau naira kantoi macam mana?
dan siapa pilihan amril?
saspen sungguh.. dear sara, xada yang kurang pun malah sangat mengujakan.. tak sabar nk baca full entry..
tq so much yat.. sila nantikan kesudahannya ya
Deletemak aiiii ... lama sgt dh tak masuk & reading ur cerpen Sara.
ReplyDeleteNice story n & lev reading it through!
yeah sometimes a plan wil not always as we expect - so apa naira plan the outcomes is beyond her control kan? tat's fate --- takdir & perjalanan hidup yg oweys jadi rahsia ALLAH.
okay ... Sara cepat2 errrrr continue the cerpen!!!!wat happen nex?
tulah.. lama x nampak akak disini..heheh.. sila bersabau keh.. nway komen akak mmg betul..
DeleteNAK FULL PLEZZZZ...
ReplyDeletesila bersabar.. haha
Deletecik sara,
ReplyDeletecepat la sambung,
cepat la sambung,
cepat la sambung...
cik ct
Deletesabarlah
sabarlah
sabarlah..
=p
Salam cik Ezza sayang..
ReplyDeleteSedih bila baca part Dewi menderita. X sabra-2 nk tggu sambungannya. Apa yg sebenarnya terjadi dgn Dewi? siapa bapa kepada anak yg dikandungnya? semuanya menjadi tanda tanya. God job dear, teruskan menulis karya yang berkualiti.
Salam sayang dari akak..
salam kak has sayang..
Deletenantikan kesudahannya keh... hope melangkaui jangkauan readers sikit.. hehe.. tq atas doanya..sayang akak jugak
sangat suka baca cerpen kat blog sara sbb panjang2..hehe
ReplyDeleteyang menulis ni terseksa ya..kehkeh
Deletealamak...tgh syok bc...sambung plak..ekekeke
ReplyDeletesabar itu separuh dari iman aisyah.. =)
Deleteadoi... kenapa mcm gini. dah hampir sebak...
ReplyDeleteheeee...
semoga ALLAH berikan ilham yang melimpah ruah supaya sara cepat2 dapat jumpa ending cerita. And kami pun xpayah tunggu lama. ;)
kehkehkeh...(gelak jahat boleh dok?) akak.. nway tq atas doanya.. percayalah, sy dulu y berjiwa nk habiskan cerita nih...
Deletemcm mana dewi boleh mengandung eh?.. suka watak naira, dlm brutel keras kepala dia tu, ada lagi sikap belas gitu!..
ReplyDeleterasanya ke empat2 gaya kematian tu bukan milik naira.. dia mati tegak berdiri kena smash dgn amril.. haha..
mcm mana dewi mengandung? jeng kreng kreng... yup.. naira special dlm kelas tersendiri..hehe.. mati kejung tu dah pasti
DeleteHuwarrrr... Bila sambungannya? Terseksa batin... Dahlah Sara da lama tak update blog... Tak sabau... Byk benar persoalan yg nak dihuraikan nih... Cepat dik, cepat!!! :P
ReplyDelete~ kak tipa ~
before end of month akak.. sabar kak.. sabar..hehe
Deletebefore end of the month? warg...!! arini br sebelas hb. fuhhhh......*tarik napas panjang2*
Delete(hehehe...overacting skit di pagi hari yg sejuk...)
sy pun tarik nafas tak lepas bc ayt awok cik ct.. wawawa
Deleteble next entry...jgn la smpy end month..sok luse ke update la..hehehe..gle kejam prmintaan kn..hoho...pe2 pn story nie besttt...!!!!
ReplyDelete~qaseh ayumi~
tarik nafas time update esok lusa.. wawawa.. nway tq lalink
DeleteKak writer ,bile nk publish novel benci amat syg sgt ke versi cetak?
ReplyDeletecan't wait ;)
kalu nk keluar akak war war kan ke... now tuhan nk bg peluang kita sabar.. =)
DeletePergh!! Awesoemlah cerita akak kali ni. >_< Cepat update ya!
ReplyDeletetq jaz... try my best..=)
DeleteMemg menakjubkan. Sara kalu buat cerita memang best2 belaka,memg brilliant snguh.tk pnah g bca cerita yg tk best dr sara.
ReplyDeleteadoi kak yati.. segan saya bc komen di atas.. hehe
DeleteBetul la sara,selama kak yati mengikuti cerita2 sara,tk pnah lg kak yati rasa tk best. Hnga tfkir cmana sara ble dapat buat cerita2 best cm ni. Yg pntg keep up the good story ya.:-)
Deletemana y baik.. mungkin datang dari doa pembaca2 y sentiasa doakan y terbaik.. itu y sy fikir bila Allah give me more idea.. mungkin idea ini baik untuk dikongsikan.. =)
Deleteassalam kak sara,
ReplyDeleteHee..best lh semua karya.selalunye sempat bca je,tk tau nk komen ape.terkelu,hee..apa2pun sy mmg suka sgt3 kt smua karya akak.. Truskn bkarya ye kak :D
wsalam hzi..
Deletetq tq.. masih bertatih dlm dunia penulisan.. kalu baik, mungkin dari pembaca y x sudah mndoakan y terbaik..
gulp....mati.... mati...sudah kantoi.....to be continue :D ngeh ngeh
ReplyDeletehaha.. bersambung untuk buat readers teruja kononnya..
DeleteKak sara,kiteorg doakan akak dpt idea mencurah2 *melampau kau*
ReplyDeleteanyway,karya akak tak pernah kecewakan peminat.GOOD JOB
-iyda-
tq iyda.. doakan agar writer ni tak banyak sangat penyakit malasnya..haha
DeleteSedapnya nama Naira tu!! Anak sapo la ni.. Hehehe
ReplyDeleteBestnya x sbar nak tgh abis..
pinjam nama anak u keh.. hehe
Deleteayakkk...cepat sambung!! duk syok2 baca tiba2 putus...
ReplyDeletengeh3.
best citer ni...x sabau nak tahu sambungannya. all the best :)
dah ada dah smbungan dia.. =)
Deletecpt smbung ye cik sara
ReplyDeleteselamat mmbaca.. =)
DeleteSob sob... Sedey.. Awat dewi kena mati. Awat mak amril x bole terima, awat amril x bsatu ngn naira,awat penulis ni suka bg org ngs bila bc cerpen cum novel pdk.
ReplyDeleteApapun kita kena reda kan, x semua yg kt nk akan dpt. Tp mcm mn skalipun nk pnulis sbg citer ni sbb tgantung kat mak amril yg kekwat thp gaban tuq bg dia insaf sikit n pilih naira kikikiki.
All the best sara, pnulisan awk pjg mcm mn pun x bosan bc n tselit byk ilmu yg bguna. Go go chaiyok
tq akakkk.. alwayz n alwayz sokong karya2 cabuk sya.. sobs... nway, x semua kisah mampu berkesudahan dgn baik kan? tu y sy cuba nk terapkan... =)
DeleteSob sob... Sedey.. Awat dewi kena mati. Awat mak amril x bole terima, awat amril x bsatu ngn naira,awat penulis ni suka bg org ngs bila bc cerpen cum novel pdk.
ReplyDeleteApapun kita kena reda kan, x semua yg kt nk akan dpt. Tp mcm mn skalipun nk pnulis sbg citer ni sbb tgantung kat mak amril yg kekwat thp gaban tuq bg dia insaf sikit n pilih naira kikikiki.
All the best sara, pnulisan awk pjg mcm mn pun x bosan bc n tselit byk ilmu yg bguna. Go go chaiyok
your make me cry... menantikan smbungan kisah naira n ril dengan sabar, insyaAllah.
ReplyDeleteone word for this story, subhanallah. :)
kak umi... tq coz alwayz support.. labayu akak.. jgn nangis2 keh
Deletegile panjang! take a 30 minuter to finishthis cerpen . tu pn da setengah . hahah .besttnye! kesian dkt naira .
ReplyDeletesy take hmpir sbulan nk tulis 150 page nih.. heh... tq gadis..
Deletebest sngt akak..tak sabar nk tahu sambungan kisah amril n naira..mungkinkah cinta naira an kesampaian..??xsabar menunggu sambungan nya
ReplyDeletemiss Nina-
miss nina.. mungkin ya n mungkin x... =p apa2 pun sila bersabar..
Deletetk sabar nak tunggu sambungan kisah amril dan naira.. harap2 ada kesudahan yang baik untuk dorang.. :D
ReplyDelete-syafiqa-
mungkin ada n mungkin x ada.. haha...nway thanks..
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeletePertama kali saya tak kisah sebuah cerpen yg sad ending. Cerita ni terlalu sarat dengan pengajaran, nasihat dan sesuatu yang bernilai dan bukannya omong kosong. Cerita yg pernuh 'isi'. Kebanyakan cerita terlalu mengejar 'happy ending' tapi tak ada 'sesuatu' dalam karyanya. Terima kasih kerana telah menimbulkan satu 'rasa' dalam diri saya. Sebuah perjalanan cerita yang sangat menarik. :)
wsalam... itu y sy cuba nk selitkan... tak semua benda berkesudahan dgan baik kan? nway thanks baca...
Deletekak long.
ReplyDeletehidup kau tak abes abes dgn rahsia.
HAHAHA terima kasih sebab sedikit sebanyak cerpen ini berjaya menguatkan hati hamba Allah yang sedang rapuh ni
from
ayong comel :)
hahaha... bahagian mana lg y ada rahsia? kehkeh... nway tq lalink
Deleteserious... sebuah cerita yang sangat best ..... Dewi sngat tabah dia boleh go through semua ujian yang Allah bg dkt dia.... klau saya di tempat dewi saya x tau boleh sabar n kuat mcm dewi.. mmg la watak nie just rekaan tpi ketabahan yang ada pada seorang perempuan yang boleh dikatakan sangat muda... nmpak mcm dia ad bnyak pengalaman dlm hidup.. tapi sebnarnya ujian yang Allah bagi dkt Dewi yg mmbuatkan dia jadi matang.... *serious i love you kak sara..... :D
ReplyDeletewatak mcm dewi ni mmg wujud jay... akak pinjam kesbaran n ketabahan dia y terumbang ambing walau dihujani gelora ujian.. beza benar kita dengan dia.. xpe... x salah kita ikuti n contohi watak hebat mcm tu kan?
Deletelove u to jay... =)
mlm tadi lagi dah baca, cuma baru kini sempat ulas.. seperti biasa karya sara sgguh bernilai.. menginsafi akan diri sya sendiri.. segalanya Allah telah tentukan,.. dan itulah yg terbaik utk kita.. seperti mlm tadi, mata kembali basah meniti setiap bait kata-kata hikmah dari sara...
ReplyDeletetq tq jirha... cuba sehabis daya.. ambil kebaikan n keburukan kita tepis bersama k.. thanks...
Deletedia buat lagi cerita sedih mcam nieh... sobsobsob..
ReplyDeletesara, awk selalu ada ending yang unexpected dari apa yang saya jangkakan... saya akn benci kalau awk x smbung cite ni..
hope there is a happy ending for Naira and Amril.
komen awk buat sy ketawa.. haha... tkut kalau smbung awk akn benci.. =p
Deletehuhu.. sedih betul baca kisah Dewi ni, tapi kagum dengan semangat hidup dia.. untuk Naira plak dia belajar ilmu kehidupan melalui Dewi.. harap2 lpas ni Amril akan bersatu dengan Naira..
ReplyDeleteyup... naira n dewi tahan lasak jiwanya...mungkin kerana menyintai lelaki y sama.. heh...nway thanks
Deleteterima kasih ezza..walaupun cerpen ni da dah jdi cerpan..tadi intipatinya sangat2 terkesan...memang lama. x terbaca karya terbaru ezza tp yg ni betul2. lain..tq
ReplyDeletecerita sy mmg pnjang kan.. ngee.. tq
Deletekak sara punya cite memang BEST THE WORLD!!
ReplyDeleteklw bca msti ad pngajaran..
so,x rugi klw baca..
nnty nk promote kt keng kawan suruh baca citer nie..
x terasa nk boikot pon citer akak nie...
terus berkarya~~
tq yunk... best in the world tu xboleh belah.. haha.. okeh sila promote ke.. labayu alwayz
Deletelabayu too..
Deletecepat sikit eh buat cerita naira, dewi kecil n amril ..
mesty best..
chiyok kak!!!
set...bru je tadi nak mintak buat smbungan Naira Amril...x bersama pun x pe, asalkan nak tahu kisah selanjutnya dengan Dewi Kecil
ReplyDelete>>k<<
yeahhh.. mcm manalah kesudahan dewi kecik kan?
Deleteassalamualaikum.
ReplyDeletebest sangat cerita ni.
tak terfikir pon pengakhiran dia jadi macam ni.
cinta sesama makhluk kerana Allah.batapa luas nya konsep cinta.
BEST SANGAT.
wsalam... tq syaira.. yup konsep cinta tu luas.. bkn pd pasangan kekasih sahaja... =)
Deletelap air mata... sedih tapi terkesan.. god job writer... x sabar nak baca kesinambungan mcm mana
ReplyDeletenah tisu.. hehe.. waiting for the sequel keh..
Deletelain dari yang lain
ReplyDeletegud job writer
menantikan kemunculan part 2..
:)
tq anis... sila bersabar ya..
DeleteBanyak pengajaran yg saya dpt dlm citer ni. :)
ReplyDeletey tu y sy cuba nk smpaikan.. tq
DeleteSubhanallah.. Beautiful story..
ReplyDeleteAntara semua cerpen sara, cerpen ni yang buat akak baca tak tak nak berhenti dari pukul 9.30 malam hingga 2.30... Rasa nak habiskan hari ni jugak kisah Naira dengan Dewi ni. Cerita ni memang menyentuh perasaan... Tabah betul seorang Dewi mengharungi hidup dia walaupun banyak menerima caci maki orang kampung. Masa mula baca tu akak ingatkan abang Dewi yang rape dia... rupe-rupenye orang lain... Memang akak tak sabar nak tunggu sambungan cerita ni... Tak sabar nak tahu apa yang bakal Naira lalui bila dia jaga Dewi kecik tu... Dengan study dia lagi, dengan jd mummy lagi...
ReplyDeletesilalah buat hero baru nampak kelainan sikit.. cehhh hehe ..cer try buat naira dgn fahmi kee baru boleh long long journey hohoho
ReplyDeleteCerita yg pnuh dgn kash syg,terbaik la sara. Kak yati harap ada smbungan ksah naira dgn amril pla..kesian kt naira,biar amril pla yg trgla glakn dia. Terbalikkn rasa amril pd naira. Can't wait sara.
ReplyDeleteBestt tapi panjang sangat.cerpen je kut but overall daebak
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletecerita akak buat memang best. meleleh-leleh air mata sya baca. hahaha. tak sabar nak baca sambungan nya... :)
ReplyDeleteAiseh... tak pernah dissappointed ngan tulisan EM.. power dok... akak doakan adalah satu producer akan men-cerekarama-kan cerpen nih.. sure fabulous.. byk pengajaran yg diselitkan.. syabas EM!!!
ReplyDeletenyways akak akn sentiasa sabar menanti sequel sterusnya... ;D
~ LM ~
Kak sambunglah lagi cerita ni...
ReplyDeleteBest :)
Best sangat cite ni
ReplyDeleteSambung lah lagi
Tak sabar nak tau smbungan nya
Please ☺️