Sunday 8 September 2013

BAGAIKAN LANGIT MEMELUK BINTANG

Lagu yang sama kembali dimainkan berulang kali. Berkali-kali. Malah mungkin sudah beratus kali. Dia masih belum menemui titik jemu.
Sometimes, a song can say exactly what’s  going in your life. They can describes your feelings. Sebuah lagu yang boleh membawa kembali berjuta memori.

Pabila jendela terbuka
Terbongkar segala rahsia
Betapa indah semua
Kewujudan yang tercipta
Senyummu Dewi Aleeya
Indah nan mempersona
Sanggup ku telan selaut bara

Ku tak menghiraukan
Apa tohmahan terhadap dirinya
Ku yakin percaya
Kerana ku tahu kau dewi hatiku

Kau Dewi Aleeya
Tiada duanya
Hanya kau yang satu
Kau Dewi Aleeya
Dambakan selalu
Penyeri di istanaku

            Sebaris nama itu menjalar di ruangan hati. Dewi Aleeya!
Matanya dipejam rapat. Kepalanya disandar ke rak buku. Duduk di satu tempat kesukaannya di dalam perpustakaan ini. Jauh dari riuh rendahnya dunia. Berada di pelusuk tempat yang hanya ada dia dan sepi.
Surat yang dihantar langung tidak pernah dibalas. Namun Amril tak kenal erti jemu. Dikarang lagi berkarung surat untuk Dewi si pujaan hati. Penanya mula menarikan tinta lagi.
Diraut wajahnya berulang kali. Kenapa antara dia dan Dewi perlu ada kesudahan yang sebegini rupa?
“Saya tak boleh terima awak Ril.... Saya tak layak.” Air mata merayap di ruang pipi Dewi.
Percayalah, ingin sahaja dipeluk dan dipujuk tangisan Dewi itu. Tapi ada garisan di antara mereka. Ada batas di antara mereka.
            “Awak tak perlukan kelayakan untuk menghuni hati saya Dewi. Kahwin dengan saya Dewi... Apa sahaja tomahan kita redah bersama. Awak ada saya dan saya ada awak. Enough!”
            Dewi menangis dan menggeleng lagi. “Tapi antara awak dan saya... ada dia.”
            Amril menguak rambutnya kasar.
            “Saya janji Dewi... saya akan jaga dia macam mana saya jaga awak. Saya akan sayangkan dia macam mana saya sayangkan awak!” Tutur Amril penuh bersungguh.
            “Tak boleh Amril... Saya tak boleh terima awak. Lagipun mak awak tak akan benarkan kita bersama. Saya tak boleh hidup dalam kebencian Ril... Tak boleh!”
            “Habis tu awak macam mana? Saya macam mana? Kita?”
            Nampak Dewi seakan-akan cuba menarik nafas dalam-dalam. “Antara awak dan saya.... dah tak wujudnya kita.”
            Muka Amril berubah. Tak mampu nak terima hakikat yang satu itu. “Tapi dulu awak pernah berjanji kan... Awak janji nak berada di sisi saya untuk apa jua keadaan. Awak dah janji Dewi!”
            Suara Amril meninggi. Hilang daya untuk bersabar bila Dewi makin berkeras.
            “Ril... Syurga seorang anak lelaki itu berada di bawah redha ibunya. Saya tak mahu mengheret awak ke neraka dengan menjadikan cinta sebagai tiketnya. Biarlah kita terpisah. Apalah sangat kasih sayang antara kita berdua jika hendak dibandingkan dengan cinta ibu bapa kita... Apalah sangat...” Dewi dah nampak bertenang.
            Cuma dia..
Cuma dia yang masih gagal menerima letak duduk hakikat sebenar. Argh... hati lelakinya rapuh. Tak berdaya langsung! Patutnya dia malu pada Tuhan. Malu pada Dewi.
            “Dewi.... when you’re gone, nothing feels right...”
            Santunnya budi.
            Sopannya tutur kata.
            Senyum  yang indah.
            Tak mampu diterokai oleh sesiapa pun.
            Sekeping gambar Dewi Aleeya yang sedang tersenyum itu ditatap penuh minat. Dialah pemangkin semangat sedari kecil lagi. Dialah pendorong atas kejayaannya hari ini. Kasihnya pada Dewi Aleeya tak mampu digugat oleh sesiapa pun.
            Tapi takdir membawa mereka jauh... jauh yang tidak termampu digapai oleh dayanya lagi.
***
            Hari ini posmen datang lagi. Dewi sudah menanti di ambang pintu. Sudah diketahui surat itu dari siapa. Sepucuk surat itu dipandang dengan genangan air mata kemudian surat tersebut di letakkan di dalam sebuah kotak yang sudah tersedia di atas almari usang itu.
            Dia langsung tak punya kudrat untuk membukanya. Tak berdaya untuk meneroka isi tersurat dan tersirat. Bimbang hatinya yang tersiat sendiri. Biarlah....
            “Ril... saya dah terima hakikat kisah penghujung kisah kita. Saya harap awak pun sama. Belajar rajin-rajin ya.” Tutur Dewi sedikit berbisik. Dia sedar yang tangisan hanya akan membuatkan hati dan jiwa ini penat.
            Jadi biarlah dia tersenyum. Terima apa sahaja jalan yang Tuhan dah bentangkan untuknya.
            Jam yang tergantung di dinding rumah yang uzur itu dipandang sebentar. Sudah melewati jam sepuluh pagi.
            Perlahan dibawa langkah ke bilik sebelah. Bilik yang menempatkan ibunya yang terbaring lemah akibat serangan strok.
            “Umi... jom kita mandi...”
            Sejak dua menjak ini, kudratnya makin menipis. Tak mampu diangkat tubuh tua si ibu lagi. Tapi kalau bukan dia, siapa lagi yang akan menjaga ibunya.
            “Kalau ayah dah tak ada nanti, Naira dengan abang kena jaga ibu ya...” Pesan ayah satu ketika dahulu.
            Dah lebih dua tahun ayahnya pergi. Siapa sangka selepas pemergian ayahnya, dia perlu menanggung semua ini sendiri. Mengenangkan abangnya, lagilah layu perasaannya. Memandang ibu, terus luluh jiwanya. Lerai sudah kepingan semangatnya.
            Biarlah... Tuhan tahu apa yang perlu dipikul oleh tiap-tiap hambaNya. Kenapa dia perlu berprasangka pada Tuhan pula?
            Dia tak akan berhenti percaya bahawa apa yang Allah bentangkan ini adalah jalan terbaik buatnya.
            Tuhan memberi. Dia menerima. Lagipun ujian itu seperti ubat. Pahit tetapi menyembuhkan. Sama jugak dengan ujian. Mungkin pedih tapi itulah jalan untuk menyembuhkan iman.
***
            Amril gigit bibir pabila menangkap kelibat seorang gadis yang baru sahaja masuk ke dalam library. Apa benda lagi yang perempuan ni nak? Tak serik lagi ke?
            “Study ke?”
            “Hmm..”
            Naira garu kepala. Jawab sepatah-sepatah ni yang lemah gemalai semangat ni. Kalau kena berdas tembakan pun dia tahu nak balas ikut mana. Ini balas pun nak tak nak.
            “Study sama nak?” Pelawa Naira tak mengalah.
            Amril tutup bukunya. Baru je sampai tapi bila tengok muka minah di depannya. Terus hilang semangat nak belajar.
            “Boleh tak jangan ganggu hidup aku!”
Dia memang tak reti kias-kias. Dia cakap apa yang terlintas di hati dan fikirannya. Ikut sukalah perempuan ni nak fikir macam mana. Nak merajuk pun, ada dia nak kisah?
            “Tak boleh. Aku suka kat kau.. Dari dulu lagi. Tak boleh ke kau balas rasa suka aku ni?” Luah Naira tak simpan-simpan.
            Amril lepas nafas yang sesak. Hidup dah memang tak teratur. Muncul sorang lagi manusia yang jadi lauk tambah nak serabutkan lagi hidup dia.
            “Aku tak suka kau. Kau tak faham ke? Dah sepuluh kali aku ulang ayat yang sama. Apa kau tak faham bahasa ke?”
            Bosan dikejar dengan perempuan seperti Naira. Dari semestar satu lagi dia diekori oleh Naira. Tapi sejak dua menjak ini, makin menjadi-jadi perangainya. Gedik tu memanglah tak ada.... tapi mengadanya memang ada. Rasa meluat jadinya.
            Naira sengih tak bersalah. “Akal aku cuba tapi hati aku tak mampu nak faham. Dia tetap sukakan kau jugak. Dah tu aku nak buat macam mana?”
            Ya Allah perempuan nih... Tak ada harga diri ke apa? Mana letakkan sifat sopan santunnya. Perangai jauh beza kalau nak bandingkan dengan Dewi hatinya.
            “Kau dengar sini baik-baik Naira....” Intro suara yang serius dah keluar.
“Kalau hati aku ni boleh dipaksa, boleh diketuk dan boleh diarah itu ini untuk sukakan kau, dah lama aku buat! Dan lama aku ketuk hati ni dengan tukul supaya sukakan kau. Tapi hakikatnya... makin aku ketuk, hati aku yang punah. Silap hari bulan tukul tu pun boleh pecah!”
“Tapi....” Belum sempat Naira membalas, Amril kembali membidas.
“Tak guna kalau kau belajar tinggi-tinggi tapi kau tak faham bahasa yang aku gunakan. Berhenti buat kerja bodoh Naira. Atau kau suka aku gelar kau si bodoh?” Smash Amril kasar.
Gila ah lelaki ini. Mulut berapi macam naga. Pandangan matanya pupa macam taufan. Tapi ada pulak Naira nak takut!
            Terus Amril berkemas. Rasa panas punggung duduk di dalam library ini. Rasa bengkak mata tengok muka Naira perempuan tak tahu malu. Biarlah dia nampak sombong dan belagak di depan Naira. Yang penting, perempuan itu mengalah.
            “Even if you tease me by saying this is foolish, I can’t turn this heart around...  Yang pasti, aku akan tetap  tunggu kau sukakan aku!” Naira ikut bangun pabila Amril angkat punggung.
            Bukan dia tak makan saman dengan ayat Amril yang menusuk tulang rusuk itu, namun hatinya melarang untuk mengalah. Apatah lagi mata itu.... mata lelaki itu seakan-akan sedang menyimpan beribu cengkaman perasaan.
            Dengusan kasar mula dilepaskan. Kenapa perempuan ni bodoh sangat?
            “Kalau kau terus tunggu aku, umpamanya kau menunggu kapal selam di hentian lapangan terbang. Kau faham tak maksud aku?” Luah Amril penuh benci. Dan dia terus angkat kaki.
            Naira langsung tak terasa dengan ayat kasar Amril itu. Dan ingat dia bodoh sangat ke nak faham ayat perumpamaan yang Amril bagi tadi. Makna kata, dia tunggu sampai bebila pun, sampai bila pun dia tak akan dapat Amril.
            ‘Maaf Ril...hati aku kebal dan bebal. Jadi aku tak akan mengalah. Apa nak jadi, jadilah!’
***
            “Kenapa kau suka sangat dekat Amril tu? Dia tu heartless!” Komen Mariam tak faham. Seramai ramai manusia dalam Kampus ni, mamat tak berperikemanusiaan tu jugak yang Naira minat.
“Bukan heartless... Dia tu macam subjek MATH.” Ujar Naira senada dengan tangan yang masih melekat di kepala. Mata merenung syiling rumah sewa mereka.
            “Pulak... tak faham aku!” Pening dengan madah orang kemaruk angau nih!
            “M.A.T.H. Mental-Abuse-To-Human. Macam mana sukarnya rumusan matematik, macam tu jugak dia. Sukar untuk dirumuskan dan otak semak nak fikir jalan penyelesaiannya. Boleh tercedera kepala otak!”
            Mariam menggeleng. Tahu. Tapi masih mahu lagi. Gila!
            “Kalau kau rasa dia semak, bawak-bawaklah tebas dia dari kepala otak kau. Buat apa nak tanam lalang dalam kepala? Tak berumpun. Tak berbunga. Tak berakar. Memang S.E.M.A.K.” Eh... dia pun join sekali nak bermadah bagai.
            “Ish.. susah nak terang kat kau ni.” Naira dah bangun dari pembaringan.
            “Dia tak suka aku sebab dia dah sukakan orang lain! Dia tu macam gila bayang pun ada... dekat buku dia selalu terselit gambar seorang perempuan. Gambar itu yang aku nak curi nanti.. Aku dapat rasa yang perempuan tu tak terima dia. Kalau tak, tak kan dia serius memanjang dengan muka macam cicak sembelit!”
            Mariam sudah tepuk dahi.
“Kau ni gila ah Naira.. Kau dah tahu dia ada perempuan lain. Kau dah tahu dia tak sukakan kau tapi kenapa kau masih terhegeh nak kan dia? Tolonglah Naira... hentikan semua ni. Kau bukan teksi yang kena terhegeh-hegeh cari penumpang. Kau tu macam bas rapid. Sekali kau berhenti, berduyun orang berbaris! ”
            Ambik kau! Sampai macam gitu sekali usaha Mariam nak menjauhkan Naira dengan kehendaknya yang menggila. Bukan dia tak tahu Naira macam mana. Apa yang dia nak, dia akan cuba usaha sampai jaya.
            Tapi bab hati ni, susah! Tak akan jadi semudah yang Naira sangka.
            Naira senyum pendek. Tak semudah itu dia akan lepaskan Amril. Ingat senang ke dia nak sukakan lelaki? Apa lebihnya perempuan tu sampai Amril tergila-gilakan dia. Apa kurangnya dia sampai Amril tolak dia mentah-mentah.
            “You know something Yam... Every girl has a guy that she won’t stop loving..” Nada amaran bahawa yang dia tak akan berhenti memikat Amril.
            “And you know what? Every guy has a girl that he won’t stop fighting for.”
            Mendalam kata-kata Mariam itu. Kalau tak dapat smash kepala batu Naira tu, tak tahulah..
            “I won’t stop fighting Yam... Kalau aku tak dapat hati Amril, aku akan cari perempuan yang ambil hati Amril tuh. Aku akan ambil hati Amril dari perempuan tuh!”
            Bagi Naira, tak salah rasanya kalau nak puaskan hati sendiri. Hidup ni sekali je, apa salahnya dia berjuang untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
            “Jangan kejam sangat Naira... Nanti tertikam hati sendiri.” Nada Mariam dah bertukar lemah. Mulut penat menjadi hero kalau hasilnya tetap zero.
            “Releks ah Yam... Bercinta ni macam berperang. Antara semua yang terlibat, pastilah akan ada hati yang terluka...”
            Mariam geleng kepala. Naira memang silap besar bila bermain dengan hati. Silap besar!
            “Pernah dengar tak kata pujangga.. Love is the best medicine but overdose will kill you Naira...”
            Naira buat tak dengar. Apa-apalah...
            “Naira, kau tahu tak? Ada tiga golongan yang kita nasihat...dia tak akan dengar. Kau tahu tak siapa?”
            Dengan mulut yang berat, Naira bertanya jugak. “Siapa?”
            “Pertama... orang yang sedang lapar.”
            Dahi Naira mengerut. Boleh jadi betul. Orang tengah lapar memang tak ingat benda lain dah.
            “Kedua.. orang yang sedang mengantuk.”
            Naira mengangguk pula. Mengiakan. Ialah, orang yang tengah mengantuk memang terbayangkan bantal sahaja.
            “Last?”
            “Ketiga... Orang yang sedang bercinta.”
            Naira dah agak sangat. Mesti ada part nak seludup untuk memerli dirinya. Tapi Naira tak kalah semudah itu. “Oh ya ke? Tapi aku tak terasa sebab aku bukan golongan orang bercinta.”
            “Dah teranglah kau tak bercinta sebab Amril tu sah minat kat orang lain... Tapi kau tu golongan overdose menyinta.... Nampak tak beza tatabahasa bercinta, menyinta dan dicinta tu Naira...”
            “Diamlah kau!” Marah Naira lalu bangkit meninggalkan Mariam. Apalah nasib, ada kawan pun stok yang suka menyakitkan hati.
Tak perlulah nak diulang banyak kali. Dia tahu Amril tak sukakan dia sekarang. Tapi untuk hari yang mendatang, siapa tahu? Semangat untuk memiliki Amril makin berkobar.... terlalu.....
‘Aku akan pastikan kau jadi milik aku Ril... Dan aku akan pastikan yang kau akan melutut untuk memperisterikan aku!’ Tanpa sedar, rasa cinta yang dia miliki sudah bertukar menjadi rasa ingin memiliki...
***
            Kepala digeleng pabila melihat Amril yang masih merenung gambar Dewi. Dah bersepah air liur dia nasihat. Tukul pun boleh pecah kalau ketuk kepala batu orang macam Amril ni gamaknya.
            “Sudahlah tu weh... makan.... Kau nak bunuh diri secara berhemah ke apa? Kalau kau tenung gambar Dewi tu sampai berdarah pun, Dewi tak akan muncul depan kaulah...” Smash Daus kasar.
            Nak bercinta tu tak salah. Tapi kalau nak menganiaya diri sendiri tu, memang masaklah telinga tu kena bebel.
            “Kau tak tahu apa aku rasa Daus... Aku sayangkan dia dari kecik.”
            Dan untuk ke berapa ratus kali telinga Daus dah sebu dengar ayat ni.
            “Aku tahu... Tapi kau kena sayangkan diri sendiri Ril... Aku tengok hidup kau ni dah tunggang langang. Dah macam orang tak ada peraturan. Kau kena ingat sikit... kau tu orang terpelajar Ril. Jadilah contoh yang baik untuk masyarakat sikit.. Lagipun, kau lelaki.. cintan-cintun macam gini tak kan lah buat kau lembik kot...”
            Amril simpan gambar Dewi dalam diari miliknya.
            “Payah nak terang kat kau ni Daus..” Nak marah pun tak guna. Dauslah kawan baiknya. Yang tahu serba serbi tentang dirinya. Di sini, dia bukan bergaul mana dengan orang lain.
            “Tak payah habiskan tenaga kau nak terang dekat aku. Aku nak suruh kau makan je...”
            Nasi bungkus ditolak ke depan Amril. Cinta itu sebesar-besar kekuatan tapi dalam masa  yang sama, akan jadi perosak yang paling menjahanamkan.
            Dia tahu... bukan salah Amril pun. Bukan juga salah Dewi. Tapi dah takdir membawa mereka ke situ. Apa nak kata?
            Pesanan Puan Norita masih bergegar di peluput telinga Daus.
            “Aku nak kau tengokkan anak aku! Jangan bagi dia berhubung lagi dengan Dewi.”
            Orang tua tu pun satu hal, anak dah sikit punya besar, nak control lagi. Hei, ingat hati anak dia tu macam kereta kontrol ke?
            “Aku rindu dia...”
            “Dahlah weh....”
Daus tutup telinga. Bukan nak bersikap kejam tapi takut nanti dia pulak yang terlebih emosional. Ada jugak dia bawak lari Dewi dan Amril ni ke Thailand. Kahwinkan aje mereka berdua.
Biar reda demam kemaruk Amril ni. Biar hilang derita Dewi. Tapi boleh ke tamatkan kesudahan cerita semudah itu? Nanti muncul pulak jembalang si Puan Norita itu. Hah, apa nak jawab?
“Minggu ni dah final exam.  Tak lama lagi kau boleh balik jenguk Dewi kau tuh. Cuti sem kan lama... Bolehlah kau melepak kat kampung.”
Amril hela nafas berat. Dengar macam mudah? Duduk di kampung nanti pasti akan dikawal ketat oleh emaknya.
Suara si emak masih bergemak di telinganya.
“Amril jangan berani lagi jumpa dia.  Mak tak izinkan!”
“Tapi....”
“No tapi Amril. Jangan sampai mak berkeras dengan kamu... Jangan sampai mati budak Dewi tu mak kerjakan.” Itu bukan amaran. Tapi itu ugutan untuk menjauhkan anaknya dengan Dewi.
“Kenapa mak nak hukum  Dewi? Dia tak bersalah?” Bentak Amril tak puas hati.
Puan Norita senyum mengejek.
“Mak pernah bagi peluang pada dia Ril... Tapi dia yang tolak. Jadi bukan salah mak kalau benda ni jadi macam gini.”
Jari jemari Amril bermain di dahi sendiri. Macam manalah nak leraikan satu demi satu masalah yang berselirat ini? Makin lama, hatinya sudah penat untuk menjelajah ke ruang esok.
***
            Mata Naira merayap pada tempat duduk Amril yang kosong. Hanya buku-bukunya sahaja yang ada. ‘Mana pulak pergi mamat ni?’ Anak mata terus menyelongkar ruang library.
            Haih... hilang pulak. Ke menyorok?
            Namun tiba-tiba Naira tersedar sendiri. Eh, ini kan buku-buku Amril. Mesti ada gambar perempuan tu?
            Tanpa berlengah, terus dibelek satu demi satu buku yang berada di atas meja. Tangkas sahaja tingkahnya. Tak mahu terlepas.
            Dan.... sekeping gambar mula keluar dari celahan buku tebal itu. Mata Naira ralit melihat wajah manis yang tersenyum indah itu. Manisnya.... dan dibelakang gambar itu tertulis..
            Dewi Aleeya... jantung hatiku.
            Rahang Naira menjatuh.
            Okay serius cemburu tahap langit ke tujuh. Jantung hatiku tuh! Dia nak dapat sisi organ dalaman pun tak mampu. Kalau dapat pun mungkin bahagian limpa. Tak pun usus!
            “Kau buat apa tu hah?” Pekik seorang lelaki dari belakang.
            Terus sekeping gambar itu melurut jatuh ke bawah.
Oh bala...
Terdiam tak berkutik Naira dibuatnya pabila melihat wajah tegang Amril yang sedang menghampiri tempatnya berdiri ini.
            “Kau memang perempuan kurang ajar kan?” Langsung tak dipeduli pada mata-mata  yang memandang. Apa masalah perempuan tak siuman ni?
            “Saya... saya... cuma nak tahu siapa dia. Siapa dia yang ada di dalam hati awak.” Mujurlah orang tak berapa nak ramai sangat. Tunjuk muka ala kadar berani padahal hati dah kecut tengok muka taufan Amril.
            Betullah Amril ni taufan... sekali dia datang, berkecai semuanya.
            “Sekarang kau dah tahu kan? Sekarang kau dah tahu si dia yang ‘ter...lalu’ istimewa dalam hati aku. Jadi tunggu apa lagi, blah ah...!”
            Naira gigit bibir. Tak mahu kalah. “Eleh... Tak adalah cantik mana pun...” Tipu Naira.
Okay serius tipu. Gadis di dalam gambar itu manis sangat. Kira kalau tengok tu, nak toleh sekali lagi. Boleh jadi nak toleh dua kali.
            “Kalau dia tak cantik mana pun.. At least dia tak bodoh macam kau. Bodoh!” Terus Amril capai semua barang-barangnya. Haih, mujur tak ditampar mulut celupar Naira itu. Dasar perempuan gila!
            Naira tak tinggal diam. Dia perlu lakukan sesuatu! Ya perlu.
***
            Anak mata menilau menjelajah ruang kampus. Nak mencari seorang lelaki yang biasanya gemar melepak di kafe pada waktu sebegini.
            “Daus!” Dari jauh Naira dah menjerit.
            Pabila berpaling. Daus garu kening. Bala datang lagi! Minah ni pun sorang. Kemaruk terlampau pada si Amril yang dungu itu. Macam dah tak ada lelaki lain!
            “Kau asal? Macam nak lari dari aku je...” Naira bagi ayat tak puas hati bila tengok Daus dah mula kemas barang.
            “Lari? Tak ada kerja nak tambah penat lari dari kau. Kau nak apa?”
            Naira pandang kawan-kawan Daus yang sedang mendaratkan mata memandang dirinya. Tak seronok ah nak cerita macam gini.
            “Aku nak cakap sikit dengan kau...”
            Malas nak memanjangkan balah, Daus angkat punggung. Bergerak ke meja sebelah. “Hah, cakaplah...”
            Naira sisipkan rambut yang mula panjang itu ke celah telinga. Duduknya dibetulkan. Ayat yang dirangka semalam mula divisualkan.
            “Aku nak tahu siapa Dewi.”
            Mata Daus membulat. Bala mana pulak datang singgah nih?
            “Dewi mana?”
            “Dewi mana lagi. Dewi Aleeyalah...”
            “Siapa Dewi Aleeya?” Daus buat-buat tak kenal. Dah kenapa minah ni tanya pasal Dewi pulak? Kaitan apa dengan dia?
            “Kau jangan nak acah-acah sangatlah Daus... Aku tahu kau kenal Dewi. Dewi perempuan pujaan si Amril tu...” Kalau tak mengenangkan sekarang dia sedang meminta tolong, nak je dia daratkan pipi Daus tu buku limanya.
            Daus ketawa pendek. Tapi makin lama makin panjang dan buat hati Naira menggelegak sahaja.
            “Kau dah tahu dia minat kat Dewi. Tapi kau still nak mengurat dia lagi? Kau ni terlebih berani ke apa..atau sungguh kau ni tak waras?”
 Perempuan dekat depan dia ni, memang antara perempuan yang paling payah nak faham. Semak otak nak selak perangai Naira nih.
            “Aku memang betul-betul sukakan dia! So what? Salah ke?”
            Daus lepas nafas. “Jatuh cinta tu tak salah Naira...” Dia berjeda seketika sebelum menyambung. “... tapi jatuh cinta pada orang yang salah.. itu yang salah.”
            Tak tahulah Naira faham ke tidak bahasa yang dia guna ni. Semua orang pun tahu yang Naira ni hantu degil dia tahap dewa.
            “Aku dah tak jumpa jalan nak patah balik Daus... Aku cuma nak tahu siapa Dewi.. Aku nak jumpa dia.” Jelas Naira baik-baik.
            “Kalau kau jumpa dia, kau nak buat apa Naira?” Tanya  Daus tak faham. Apa Naira nak ajak Dewi berperang ke? Kalau begitu kehendaknya, memang silap besarlah.
            “Aku nak kenal dia.... Aku nak ambil hati Amril dari dia.” Lambat-lambat Naira mengutarakan hajatnya.
            Mohon ada simpati Daus pada dirinya. Kalau tak ada walau segengam pun, paling tidak pun.. mungkin ada untuk secebis...
            Rahang Daus melurut ke bawah. Biar betul perempuan ni?
***
            Buku-buku yang berselerakan di atas meja dikemas penuh bahagia. Esok paper last. Rasa teruja dibancuh dengan sempurna. Tak sabar nak tamatkan semester ini. Habis je jawab paper esok, dia akan ke Johor!
            Ke rumah siapa lagi kalau bukan Dewi Aleeya!
            Sungguh tak sangka yang Daus sanggup membantu. Siap bagi alamat rumah lagi. Tapi lebih-lebih tu dia kena plan sendirilah. Entah, dia pun tak ada rancangan spesifik. Ikut gerak hati mungkin lebih mudah.
            “Tak penat ke kau sengih dari tadi?” Tegur Mariam yang datang menjenguk ke bilik temannya. Al-maklum, esok Naira nak berangkat. Dia pula masih punya dua paper lagi.
            “Kau percaya tak kisah dogeng? Dimana seorang putera raja akan datang dengan kereta kuda tu...” Tanpa dirancang, soalan itu keluar dari mulut Naira.
“Dunia dah canggih weh... Putera raja tak akan datang dengan kereta kuda.”
“Hmm.. kalau gitu, mungkin dia datang dengan kapal terbang?” Naira tayang gigi. Tinggi gila angan-angan.
“Nonsens! Driver kapal terbang pun pasti tak kan sukakan orang macam kau nih. Tak payah nak mengidam putera raja. Kau pun bukan cantik macam puteri pun.” Smash Mariam tak semena.
“Ler... nak berangan jadi cinderella pun tak boleh. Dah tu nak berangan lagu mana?” Tanya Naira geram. Apalah salahnya kalau sesekali berangan kan?
Like seriously cam gini... Kau bayangkan.. Kita nak pergi satu tempat yang kita tak pernah pergi. Kita dah sediakan semua barang... Tapi kita tak ada luggage...”
Naira tekun mendengar. Tak sabar nak menyambut cerita seterusnya.
“Tetiba muncul ramai lelaki.. Ada yang kacak, ada yang sedang-sedang, ada yang bergaya.. alkisah lelaki dengan beribu gaya.. Lelaki itu akan membawa bagasi mereka sama.. Sebuah bagasi yang kita nak tumpang sama... Then, find someone yang memudahkan kerja kita untuk unpack barang..”
Naira garu kepala. Apa kaitan?
“Perumpamaan mana yang kau pakai ni Yam...” Adoi.. nak kata klasik bukan.. Nak kata moden pun bukan. Complicated ah prinsip Mariam ni!
            Mariam mengeluh. Dasar lembab mengalahkan sampan!
 “Orang yang memudahkan kerja kita... Itu yang kita kena cari Naira... yang ringan tulang. Kau bayangkan, kau balik-balik kerja nanti.. ada orang tolong kemaskan rumah. Ada orang menolong kau masak sama.. Ringan tulang! Bagi aku lelaki spesis ni yang perempuan kena cari.”
            Naira tak tahulah... Mariam ni cerita pasal konsep pilih calon idaman hati perempuan ke pilihan hati sendiri.
            “Perempuan malas memang nak cari lelaki yang rajin Yam..” Ada tawa di hujung kata-katanya.
            “Siot..kau mengata aku ke apa?”
            “Eh... aku mengata perempuan yang malas. Kau pemalas ke?”
            Spontan Mariam tarik bantal dan membaling ke arah Naira. Kemudian mereka sama-sama ketawa. Releks kemain padahal esok nak jawab final exam!
            “Kau serius ke?” Soal Mariam pabila keadaan kembali sepi.
            “Apa?”
            “Nak pergi jumpa Dewi...”
            Naira tarik nafas.  “Hidup mati aku... kenapa aku kena main-main.”
            Mariam gigit bibir. “Aku tak sokong.. Langsung tak. Maaf kawan.” Luah Mariam jujur.
            Naira tarik senyum. Dalam banyak-banyak kawan, memang dia paling senang dengan Mariam. Marah, nasihat, rajuk, bebelannya semuanya bertempat.
            “Sepanjang aku hidup... Payah aku nak bahagia Yam.. Jadi salah ke aku nak berjuang untuk kebahagian aku?” Suara sentap dah mula mampir menerobos telinga Mariam. Haih, ini yang tak berkenan ni.
            “Tapi aku bimbang hati kau akan ranap.” Hakikat itu yang Mariam paling takut.
            “Sekarang pun hati aku dah ranap...”
            “Naira... Tak baik ah cakap macam tu.” Mariam dah bangun. Mendekati teman baiknya. Naira ni nampak je hati kebal. Tapi jiwa yang punah itu hanya orang tertentu sahaja yang tahu. Dia sesekali nampak periang... tapi hati dia dah lama berkecai.
            Mariam tahu... Naira cuba membina hidup semula. Tapi dia bimbang andai langkah Naira tempang. Dia bimbang Naira tersungkur dan beralah untuk bangun semula.
            “Dua puluh dua tahun hidup aku terumbang ambing Yam... Ada mak ayah pun tak pedulikan aku. Derang sibuk dengan hidup derang. Telefon hanya nak beritahu yang duit dah masuk. Tak pernah pun nak tanya anak dia ni sihat ke? Dah makan ke...Soalan basi bagi sesetenah orang tapi besar maknanya bagi orang macam aku ni Yam..” Dah sudah... Kaca yang kabur di kelopak mata dan jatuh berkecai mendarat di pipi.
            Air mata itu mungkin nampak jernih tapi keruhnya boleh buat jiwa sesat.
            Air mata itu nampak ringan tapi bebannya boleh buat manusia tersungkur.
            Mariam meramas lembut bahu Naira. Terasa bersalah pula kerana membangkitkan kisah keluarga Naira yang tak sempurna itu.
            “... aku nak cuba bina keluarga aku sendiri. Aku nak tumpang bermanja dengan seorang lelaki yang bernama suami. Manja yang aku tak dapat dari mama dan papa aku.. Aku nak ada anak-anak.... Aku nak lemparkan mereka dengan kasih sayang yang aku tak pernah dapat..”
            Pelik kan? Dia lahir dalam keluarga yang pincang. Ibu dan ayah dah bercerai. Tinggal dia terabai sendiri bila keduanya saling bergaduh. Dia punya seorang kakak dan seorang abang. Semua pun bawak haluan sendiri. Tak mampu nak  cantumkan keluarga sendiri lagi.
Manusia yang berada di tempatnya akan benci pada ‘keluarga’. Tapi dia... Dia cuba untuk membina mimpi sendiri. Dia cuba membuktikan pada keluarganya yang dia akan punya keluarga yang bahagia juga. Bahagia seperti orang lain....
Dia dah penat hidup sendiri. Dia dah penat berkejar sendiri. Dia perlukan seorang manusia untuk dia menumpang kasih sayang. Dia perlukan seorang manusia untuk menumpang manja. Walau perlu merangkak sekalipun dalam mengejar bahagia, dia sanggup!
            Mariam mengelap air mata Naira. Dengan curi-curi, dia ikut turut mengelap permata milik sendiri. Bahu Naira dipeluk kemas.
            “Berjuanglah Naira.... Aku akan sokong apa sahaja keputusan kau. Buatlah apa yang kau percaya itu betul. Buatlah apa yang kau rasa itu melengkapkan hari kau. Buatlah....Mungkin orang cakap bahagia itu mahal benar harganya. Tapi bagi aku.. bahagia itu free. Tinggal kau nak memaknakan dan melakarkannya sahaja.”
            Naira lega. Sekurang-kurangnya lega sikit berat beban yang terkandung di hati.
            “Tapi... janji dengan aku. Meski kau jatuh berulang kali pun.. Kau kena bangun! Jangan sesekali rebah... Janji dengan aku.”
            Wajah Naira sudah tersungging dengan senyuman. “Ini Naira Ilyanilah... Tak main ah jatuh tergolek nih...”
            Oh... Moga Tuhan luruskan rasa hati ini. Untuk hari esok, moga ada ruang dan peluang untuk dia terus melangkah.
***
            Berbekalkan sekeping gambar dan alamat dari Daus, Naira memulakan perjalanan ke Johor. Sunguh, inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke Darul Takzim. Dewi Aleeya punya pasal.
            Dia nak kenal... istimewa apa si Dewi ni sampai kemaruk si Amril dibuatnya.
            Dia nak tahu... menarik apa si Dewi ni sampai Amril tolaknya mentah-mentah.
            Kalau nak dibandingkan wajah dia dan Dewi, tak adalah jauh mana pun. Dia pun dalam kategori cantik apa.
            Haih, penat betul hati bila memikirkan tentang Dewi Aleeya ni. Tak sabar nak jumpa dan tak sabar nak buat sport check! Setiap inci perangai Dewi Aleeya akan discan penuh cermat.
            Sudah beberapa kali pemanduannya terhenti tatkala sesat menuju destinasi yang sebenar. Haih, mujurlah orang-orang Johor ni baik-baik belaka. Kalau ditipu dirinya yang naif ni, memang haru jadinya.
            Masuk ke dalam perkampungan yang dipenuhi dengan bendang.... Naira jadi suka. Sebenarnya dah banyak kali nak bercuti ke tempat sebegini. Rasa damai dan tenang sekejap sahaja sudah singgah di relung hati.
            Kereta Swif yang dipandu Naira berhenti lagi. Kali ini dihadapan sebuah kedai. Aliksahnya nak bertanya arah tuju ke alamat yang tertera ini.
            Entahlah... sebenarnya dia tak ada rancangan pun. Main redah begitu sahaja. Kalau dihadapan Dewi nanti, entah apa helah yang bakal dia sajikan. Dia langsung tak terfikir. Yang penting, dia nak jumpa Dewi.
            ‘Betullah aku ni gila... sangguh meredah berjam-jam untuk sampai ke sini. Aku ni gilakan Amril tapi sekali kaji... dah macam gilakan si Dewi pulak!’
            “Assalamualaikum pak cik... tumpang tanya...” Intro ayat dah keluar dari mulut Naira.
            “Ada apa nak...” Pak Hassan yang sedang menyusun barang itu mula memberikan perhatian. Macam orang luar sahaja.
            “Erk... maaf ganggu. Saya nak tanya alamat rumah ni dekat mana...”
            Pak Hassan mengerut dahi. Dia bab alamat ni tak adalah cekap mana. Kalau tanya nama tuan rumah tu senang jugak nak meneka.
            “Apa nama tuan rumah ni...”
            “Dewi...”
            “Dewi Aleeya?” Teka Pak Hassan pula.
            Naira terkesima. Amboi... glamour betul Dewi sampai pak cik kedai runcit ni pun kenal dia. Apa mungkin dia ni gadis idaman jejaka kampung? Idaman mak cik dan pak cik untuk dibuat menantu?
            Dia nak tengok.... Kalau Dewi dibandingkan dengan dirinya, siapa yang lebih mengancam.
            “Aah... pak cik tahu rumah dia dekat mana?”
            Belum sempat dia menerima jawapan, terdengar pula kekecohan yang berlaku di luar kedai.
            “Hey, kau ni memang perempuan tak tahu malu kan?”
            Serta merta langkah kaki Naira menapak ke luar. Kelihatan seorang perempuan tua yang bercekak pinggang sambil matanya mencerlung marah ke arah seorang wanita yang sudah terjatuh ke tanah.
            “Mak cik... saya cuma nak beli barang dapur.” Suara itu perlahan. Kedengaran sedikit merintih.
            “Eh... pergi balik. Kat sini tak ada orang nak jualkan barang dekat kau! Pergi balik!” Jerkahan itu membuatkan Naira pula naik darah.
            Hei mak cik ni nak over melampau kenapa? Orang tu nak beli barang je pun!
            Setapak.. Naira melangkah merapati wanita yang membelakangi dirinya itu. Wajah tegang perempuan tua itu langsung tidak Naira endahkan.
            “Awak... nak beli apa? Biar saya tolong belikan.” Pelawa Naira ramah.
            Gadis itu berpaling ke arah kanan. Membuatkan rahang Naira terjatuh.
            Erk..
            Dewi Aleeya!
            “Tak apa....” Lembut penolakannya. Dewi cuba untuk bangun tapi banyak manalah daya dia yang sedang..... mengandung!
            Tuhan... Dewi mengandung? Dia dah kahwin? Oh.... hati yang dipenuhi dengan ruang sempit itu terus bertukar lapang. Lega!
            “Hei, yang kau ni siapa? Kenapa kau susah-susah nak tolong dia?” Jerkah Puan Norita kuat.
            “Saya ni manusia yang ada hati perut. Saya tak kejam lagi nak layan perempuan mengandung macam gini...” Nak je Naira adun kata-kata yang lebih pedas. Tapi tempat orang. Tak baik tunjuk samseng. Tak baik untuk kesihatan akan datang.
            Dewi yang masih blur... terus menerima bantuan dari gadis tak dikenali itu. Terharu kerana pada waktu ini, Allah masih menitipkan bantuanNya. Perut yang memboyot diusap perlahan.
            ‘Mujur anak ibu tak apa-apa.’ Tak lepas rasa syukur dipanjatkan pada Yang Maha Esa.
            “Awak tak apa-apa kan?” Tanya Naira prihatin.
            Tipu kalau tiada debar saat pertama kali bertentang mata dengan pemilik nama Dewi Aleeya ini.
Naira rasa dadanya hampir pecah. Dengan kurung bunga dan kain batik lepas dan diselaputi tudung hitam itu, wajah itu masih cantik berseri.
            Tapi...pabila terpandangkan kandungan Dewi, hati Naira tersenyum. Patutlah Amril frust tertonggeng. Rupanya Dewi Aleeya pujaan hatinya ini sudah pun berkahwin. Jadi mudahlah kerjanya selepas ini. Dia hanya perlu meminta tips dari Dewi. Tips untuk memikat hati batu Amril.
            “Jangan kau berani lagi munculkan diri depan aku...” Sound Puan Norita bengang. Bertambah bengang pabila melihat si Dewi dibela. Setahunya, tiada siapa pun yang berani melawan kata-katanya selain dari perempuan kurang ajar dihadapannya ini.
            “Bumi ni pinjaman tuhan... Ikut suka manusialah nak berkeliaran ke mana pun. Kalau Tuhan sendiri tak larang, kenapa ada manusia yang suka berperangai sibuk-sibuk ni?” Smash Naira tak fikir panjang.
            “Hei, berani kau menjawab...”
            Dewi yang melihat mula masuk campur.
            “Ya mak cik... Saya salah... saya tak patut muncul depan mak cik. Saya mintak maaf.” Dia tak mahu mencetuskan pergaduhan baru. Mungkin gadis yang membantunya ini orang luar. Kerana itu dia berani menentang Puan Norita.
            “Hei... awak tak salah. Tak perlu mintak maaf.” Bentak Naira tak puas hati.
            “Aku tampar jugak mulut kurang ajar kau tu...” Puan Norita dah sengseng lengan baju. Rasa macam nak menggulai orang.
            “Sudah-sudahlah....” Pak Hassan masuk campur. Kalau tak masuk campur, silap hari bulan dengan kedai-kedai dia bergelimpangan sama. Baran Puan Norita ni bukan boleh kira.
            “Dewi... kamu pergi balik.” Arah Pak Hassan. “Hah, kamu nak apa datang ke kedai aku ni?” Pertanyaan itu disua kepada Puan Norita pula.
            “Hei, dah tak teringin aku nak membeli barang kat kedai kau ni Hassan. Kalau aku tahu, baik aku pergi Supermarket je.” Dengan sombong, terus ditinggalkan aje Pak Hassan bersama dua orang perempuan tak guna itu.
            Dewi lepas nafas yang sesak. Lega.
            “Terima kasih kak...” Ucap Dewi. Sekadar berbasa basi dengan wanita yang membantunya.
            “Tak ada apalah...” Melihatkan hujung lengan baju Dewi yang koyak, Naira jadi simpati. “Lengan kamu luka tu... Mari, akak hantar kamu ke klinik.” Spontan, Naira membahasakan dirinya sebagai kakak. Lagipula, air muka Dewi memang menjelaskan yang dia masih muda.
            “Eh... luka sikit je kak. Saya kena balik dulu.” Pinta Dewi cepat-cepat. Pinggangnya terasa lenguh benar. Mungkin kerana ditolak tadi. Lengan ini mungkin terluka kerana cuba menampung badan dari terhempap ke tanah.
            “Marilah... Akak hantar awak ke klinik. Lepas tu akak hantar awak balik.”
            “Erk... tak payahlah kak. Lagipun.. saya tak ada duit.”
Terang Dewi bukan untuk meminta simpati. Dia tak mahu kakak yang baik hati ini tersalah tafsir tentang dirinya. Lagipun dah nak maghrib. Emaknya tinggal seorang di rumah.
            “Bukan akak suruh guna duit kamu pun... Mari....” Ajak Naira lagi.
            Melihatkan muka serba salah Dewi, akhirnya Naira mengalah.
“Okaylah... Kalau tak mahu akak hantar ke klinik, biar akak hantar awak ke rumah.” Harap benar yang Dewi akan bersetuju dengan permintaannya ini.
            Dengan hati yang berat, terpaksalah Dewi bersetuju sahaja. Nak menolak, dia jadi tak sampai hati pula.
            Pemanduan Naira sampai di sebuah rumah yang betul-betul berada di tepi sawah. Remang senja sudah kelihatan di dada langit. Perlahan Naira keluar dari kereta.
            Begini rumahnya? Hei, ini rumah ke pondok? Hatinya memandang ke arah Dewi yang sedang menghampirinya itu.
            “Rumah buruk je kak... Hmm, dah nak maghrib ni. Akak tak nak masuk dulu?” Pelawa Dewi dengan senyuman manis itu.
            Oh.. mata yang menangkap senyuman itu tiba-tiba diselimut rasa sejuk. Diselubungi dengan rasa dingin. Agaknya senyuman ini yang memukau Amril. Nampaknya selepas ini dia kena memperbaiki gaya senyuman dia.
            Menyambut rasa sepi, Dewi bertanya lagi.
            “Akak sebenarnya dari mana?” Sebenarnya dari tadi Dewi hendak bertanya. Tapi bimbang jika dijolok suka mengambil tahu hal orang.
            “Erk.... akak sebenarnya sesat.” Spontan lidah Naira ringan untuk menipu.
            Kening Dewi bersambung. “Sesat?”
            “Yeah.... erk... akak sebenarnya nak ke rumah mak saudara akak. Tapi tadi tersilap masuk kampung... Then alamat dia pulak hilang waktu kat depan kedai tadi.”
Oh, malu je budak terpelajar bagi jawapan begini. Padahal kalau guna GPS, kan ke boleh sampai je. Tapi apa Naira nak kisah. Kalau boleh dia mahu tinggal di sini sehari dua. Untuk mengenal Dewi dengan lebih lanjut. Kalau dia balik, apa lagi alasan untuk dia kemari?
            “Lah... ya ke? Hmm.. kalau akak tak keberatan, sudilah bermalam dekat pondok buruk saya ni.” Biar susah mana pun dirinya, tetamu tetap dikira sebagai tetamu. Besar pahala andai memeriahkan tetamu yang berkunjung ke rumah.
            Pucuk dicita ulam mendatang. Tapi Naira tayang muka tak sampai hati. “Akak tak menyusahkan awak ke?” Oh, dramalah sangat si Naira nih.
            “Apa yang susahnya.... Saya ni yang bimbang. Takut kalau-kalau akak yang tak selesa.”
            Naira memang dah biasa hidup senang. Tapi setakat tinggal di rumah usang ini, apalah sangat. Sekurang-kurangnya tak adalah sampai guna lilin kan? Ke memang guna? Habis tu tak ada kipaslah kan? Oh.... sanggup pulak nak tidur berpanas?
            Tiba-tiba hati mengelupur hendak menyerah kalah. Cara jugak kalau tidur dekat hotel lepas tu esok datang balik? Tapi... adoi... bila lagi nak mengkaji perangai dan watak Dewi Aleeya? Kata nak kenal luar dan dalam?
            Penat bermain emosi, Naira mula membalas.
            “Tak kisahlah Dewi... Akak redah je.” Bersama senyuman manis, Naira tayang muka bahagia.
            Tapi kali ini Dewi pula yang aneh. “Erk... mana akak tahu nama saya Dewi?”
            Dah sudah....
            Mata Naira melopong. Aah kan? Derang mana ada sesi kenal-berkenalan lagi?
            “Erk... tadi akak terdengar masa mak cik tu marah-marah..” Taram! Itulah satu benda yang bermain di otak Naira.
            Entah ada atau tidak, harap Dewi tak peka sangat!
            Berharap agar si mulut janganlah nak menderhaka sangat sampai nak bercerita dengan jujur pasal dia datang sebab nak intip pujaan hati Amril.
            “Oh ya ke...”
            “By the way nama akak Naira Ilyani...” Tak mahu Dewi terus berfikir sendiri, laju Naira mengubah topik.  Tangan kanan terus dihulurkan.
            “Dewi... Dewi Aleeya...”
            ‘Ya tau..’ sambut Naira dalam hati. Nama awak tulah yang tertusuk kukuh di jantung hati Amril. Dan nama itulah yang dia hendak padamkan.
            Tiba –tiba...
            “Tapi kalau akak tidur sini.. suami Dewi tak marah ke?” Soal Naira polos.
            Dewi dah agak sangat yang soalan itu akan muncul. Kalau jawapan tidak keluar dari mulutnya, pasti jawapan itu akan keluar dari mulut orang lain jugak. Jadi.... “Saya... tak ada suami kak.”
            Apa?
            Sekali lagi?
            Ulang semula?
            Tak ada suami? Oh My God!
            Spontan mata Naira mendarat di perut Dewi yang memboyot. Habis tu siapa bapa budak dalam kandungan tu?
            “Masuklah kak...” Suara itu cuba membangkitkan Naira dari tercengang sendiri.
            Banyak makna tak ada suami tu. Suami meninggal atau suami dah ceraikan? Ke... memang tak ada suami sejak azali. Oh, otak Naira penat nak bertekak dengan gelodak perasaan.
            Makanya... peluang Dewi untuk bersama dengan Amril, masih besarlah ya?
            Ish.. Pening ah...
            Dewi terus membawa langkah ke dalam rumah. Dia tahu gadis itu masih blur sendiri. Jadi terus dia menapak mendapatkan uminya yang berada di dalam bilik. “Umi.. Malam ni kita ada tetamu..”
            Tangan tua si emak dicapai. Dikucup penuh kasih. Ubun-ubun si umi diusap lagi. Menyemarakkan kasih yang tak pernah berkesudahan.
            “Mak Dewi kenapa?” Tanya Naira pabila melihat seorang wanita tua yang terbaring tidak bermaya di atas tilam usang itu.
            “Umi Dewi kena strok..”
            “Oh.. dah lama ke?”
            Tak sampai sejam kenal Dewi. Tapi dah begitu banyak soalan  yang memerlukan jawapan.
            “Dah lebih setahun jugak...” Jawab Dewi lagi.
            Uish... Lama tu...
            Azan maghrib mula memecah hening antara mereka. Dewi mula memandang ke arah Naira.
            “Akak boleh solat?” Tanya Dewi mula bangun dan menghampiri sebuah almari buruk.
            “Boleh...”
            “Mandilah dulu.. Buat hilangkan penat tu. Lepas tu kita boleh jemaah sama-sama.” Kain batik lepas diberikan kepada Naira.
            “Erk.. tak apa. Akak bawak baju sendiri.” Nak pakai kain batik? Memang dia reti sangatlah kan... Okay sekarang kena mandi. Basuh sikit otak yang berselirat dan berselaput dengan soalan maut.
            Dikeluarkan beberapa keperluan yang diperlukan. Kakinya menurut langkah kaki Dewi yang menuju ke bahagian dapur dan menyalakan lampu minyak tanah. Naira dah rasa tak sedap hati.
Dan stressnya makin menjadi pabila melihat ‘jamban’ rumah Dewi. Dekat luar? Ada dinding yang menggunakan zin rumah? Tak ada lampu... dan... guna air perigi?
Tuhan...... banyak rupanya kesabaran yang perlu dikerah dalam mendalami dan menyelami perangai Dewi Aleeya ni.
            Sabar Naira.. Sabar.. ‘Tak ada orang paksa kau ke sini. Semua ni atas kehendak diri kau sendiri.. Dan.. kau tak ada ruang nak berpatah sekarang.’
            Melihatkan penerimaan Naira, Dewi percaya yang gadis itu langsung tak biasa dengan situasi kampung seperti ini.
            “Dewi tolong cedokkan untuk akak ya...” Ujar Dewi sambil mencampakkan timba ke dalam perigi.
            “Eh tak payah? Akak boleh buat sendiri.” Dia belum cukup kejam lagi nak dera ibu mengandung.
            “Tak apalah kak... biar saya buat.”
            “Dewi.. tak apa... akak boleh buat sendiri.” Confiden je bagi jawapan. Ah, gasaklah! Anggap je macam terapi masuk hutan masa kem sekolah.
             Pada mulanya Dewi agak keberatan. Tapi diturutkan sahaja kehendak Naira. Lampu minyak tanah di letakkan di satu penjuru bilik air. “Dewi tunggu kat sini ya..” Bimbang mengganggu privasi Naira, Dewi menunggu di pintu bilik air. Pasti tak biasa untuk Naira membersihkan diri dengan keadaan yang serba kekurangan.
            Dewi senyum panjang. Dah lama dia tak rasa hidup berteman dan berkawan. Kawan yang dahulu sudah jauh dari gapaiaanya.. dan dia sudah membiasakan diri untuk dikelilingi dengan herdikan dan kutukan masyarakat setempat. Kalau ada pun yang bersimpati, hanya Mak cik Besah. Jiran sebelah rumah  yang baik hati sudi membantunya. Tapi Mak Cik Besah pun bukannlah orang senang untuk membantunya secara berlebihan.
            “Tuhan... pinjamkan aku kawan untuk sehari. Aku dah cukup bersyukur ya Allah.. Dah cukup....” Bisik hati Dewi perlahan.
            Berlainan pula dengan Naira di dalam bilik mandi.
            Lama Naira pandang ke dalam perigi gelap itu. Timba yang berisi air itu ditarik ke atas. Pergh... Ini sekali cebok pun dah boleh tercabut kepala bahu.
Dijiruskan air ke badan... Oh mak jemah! Ini air perigi ke air batu? Matanya terpandangkan shampoo, pencuci muka dan beraneka keperluan mandinya itu. Nampaknya, dia mandi kerbau sajelah malam ni.
***
            Puas mengiring ke kanan, Naira mengiring ke kiri pula. Sekejap sahaja tangannya mula lari ke pipi. Sekejapan pula lari di betis. Kemudian beralih di leher pula. Akhirnya Naira bangun.
            Panas satu hal.
            Nyamuk dah jadi dua hal.
            Memanglah rumah kampung ini dilengkapi dengan cahaya kalimantang, tapi batang hidung kipas memang tak adalah kan.
            Naira mengipas muka dengan tapak tangannya sendiri. Banyak manalah angin yang dia dapat. Dengan mengeluh, Naira kembali terbaring dan tiba-tiba..... perutnya yang terasa sebu itu mula bergendang.
            Laparlah pulak...... Celah mana nak cari makanan pukul tiga pagi ni?
            Dia ingat lagi kejadian selepas mereka sama-sama berjemaah.
            “Akak... Akak tak kisahkan makan ubi rebus dengan kelapa?”
            Soalan itu.... Soalan itu benar-benar melumpuhkan selera Naira yang memang kelaparan kerana tidak menjamah sebarang makanan dari pagi lagi. Tulah, semangat nak berjumpa dengan Dewi Aleeya tadi sampai tak ada selera nak mengkedarah.
            “Erk... tak kisah.” Sah, mulut menderhaka dengan hati sendiri. Sedangkan selama ini, tak pernah hayat dia menjamah ubi rebus.
            Tapi setelah difikir, dia ini tetamu. Demand pulak nak macam-macam. Lagipula, Dewi bukannya orang senang pun. Rugi pula tak mempelawa Dewi membeli makanan di luar tadi. Lagipun dia bimbang menguris hati Dewi.
            “Maaflah kak... Ini je yang ada. Sebenarnya tadi Dewi ke kedai tu nak beli beras. Tapi lain pulak cerita yang timbul.” Cerita Dewi itu membuatkan Naira membetulkan duduknya.
            Okeh... Ada point nak bertanya.
            “Erk... Maaf kalau akak tanya. Mak cik tu sebenarnya siapa? Kenapa dia marah benar pada Dewi?” Oh.... tolonglah jawab. Tolonglah... Dah terdera jiwa emosi sebab terlalu dahagakan jawapan.
            “Panjang ceritanya kak.. Dewi pun tak tahu nak mula dari mana.”
            Naira gigit bibir. Sungguhlah, jawapan tu langsung tak memenuhi piawaian hati.
            “Pelan-pelan kayuh sampai jugak kan? Cuba cerita.... At least, boleh legakan hati Dewi sendiri.” Pysko Naira. Mencuba.
            “Mak Cik Ita tu memang tak sukakan Dewi...”
            Naira menanti dengan penuh sabar. Baru sahaja Dewi kembali membuka mulut, Terdengar rengekkan dari si Umi yang terbaring.
“Akak makan dulu ya... Dewi nak jenguk umi.” Terus Dewi bangun dan membantu si ibu yang seakan-akan tidak selesa itu.           Sibuk menguruskan si umi, cerita itu terus terhenti di situ sahaja.
Perut makin memulas. Nak ke tandas dah satu hal. Jamban tu kena angkut air dari perigi dulu. Lepas tu, jamban tu sikit punya menakutkan lagi. Oh tidak, nak balik esok... Nak balik...
‘Dewi macam mana?’ Soal si akal.
‘Lantakkan dengan Dewi... dah jumpa.. dah tahu dia memang baik.’ Jawab si hati.
‘Amril?’ Soal akal lagi.
‘Weh, kau ni banyak tanya ah... semak...’ Jerkah hati geram.
Tapi tiba-tiba perang antara hati dan akal terhenti pabila  mendengar jeritan Dewi yang sedang tidur itu.
“Jangan... jangan buat macam ni.. Tolong....Tolong bang...”
Terus Naira bangun dan mendekati Dewi yang tangannya mengagau menolak sesuatu. Dan Dewi sedang... menangis.
Perlahan tangan Naira mendarat di bahu Dewi. Kenapa dengan Dewi ini? Mimpi ngeri apa yang sampai mengigau dan menangis ni?
“Dewi...” Digoncang bahu Dewi.
Langsung tak berkesan. Dewi masih meracau.
“Dewi... bangun Dewi..” Kali ini goncangannya makin kuat dan suaranya ditinggikan volumenya.
Buka sahaja mata, Dewi terus bangun duduk sembilan puluh darjah. Nafasnya tercungap. Air matanya dikesat kasar. Dia kalah lagi malam ini. Kemudian Dewi mula beristighfar panjang.
Sungguh... istighfar itu mampu memudahkan setiap kesempitan, memberi kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehNya.
“Dewi okay tak ni?” Tanya Naira risau.
Mata Dewi mendarat di wajah si umi yang sedang melemparkan pandang ke arahnya. Mata itu kabur dengan air mata. Naira yang melihat keanehan sendiri. Kenapa wajah si umi ikut turut bersedih? Seakan-akan menanggung pedih yang perit.
“Dewi...” Panggil Naira lagi.
“Kamu okay?” Soalan yang sama dilemparkan.
Perlahan Dewi mengangguk. Dikesat air mata yang mampir.
“Mimpi ngeri ya? Jangan takut... Akak ada...” Ditarik bahu Dewi rapat ke dadanya. Merangkul erat. Cuba meleraikan resah Dewi.
Dewi menangis lagi. Bukan kerana mimpi tadi. Tapi kerana terharu. Masih ada rupanya sesorang yang sudi meminjamkan bahu untuk dia melepaskan lelah.
 ‘Tuhan... masih lagi Kau lemparkan rahmatMu pada hamba sepertiku.. Terima kasih ALLAH...’
***
            Usai memastikan Naira telah tidur, Dewi bangkit mengambil wuduk. Disepertiga malam ini, dia jatuh tersungkur di hadapan Tuhan.
            Tangisan yang teresak dikawal agar tidak mengganggu lena tidur Naira. Kebiasaanya seperti inilah. Pabila bangkit dari mimpi ngeri itu, dia tersedar dan terus melakukan solat sunat.
            Tangisnya bukan kerana kecewa dengan aturan Tuhan. Tangisnya bukan kerana bimbang dengan hari esoknya. Tangisnya itu adalah tanda... dia hanya manusia biasa tanpa bantuan Tuhan.
            “Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, untukku dan untuk kedua ibu bapaku dan bagi seluruh orang yang menjadi tanggungjawab kewajibanku dan bagi umat mulimin dan muslimat. Ampunilah dosa kami Ya Allah... Tutupilah aib kami Ya Allah... Betapa selama ini aku mudah tergelincir dalam dosa namun langsung tak bersegera memohon ampun kepadaMu.”
            Air mata menitis menemani sepi malam.
            “Ya Allah... terima kasih kerana memberi penawar untuk setiap resahku. Terima kasih kerana sudi mendengar rintihanku saban malam. Ya Allah, aku tak putus harapan untuk meredah gelombang ujianMu. Aku tidak kecewa dengan perjalanan takdirku. Aku bangga kerana telah terpilih dan diuji.... Kau rahmatilah kehidupanku. Kau redhakan segala pinjamanMu... Sungguh, tiadalah dayaku tanpa bantuan dariMu..”
            Usai meraut wajah, matanya menangkap frame gambar yang berada di tepi meja solek usang. Dicapai dan diusap penuh rindu.
            Ada arwah ayah. Ada abang. Ada mak dan juga dirinya yang sedang tersimpul tersenyum ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri dua tahun yang lepas. Ah, jiwa diasak dengan rindu yang sangat dalam... sarat dengan rasa kasih..tighfar seratus kali setiapDia ingat lagi pesan arwah ayah.
“Dewi... Halawatul Iman itulah yang mencukupkan segala macam keperluan manusia sama ada keperluan dalam bentuk kebendaan, pemikiran, perasaan dan kejiwaan.”
            Ketika itu, dahinya berkerut-kerut cuba memaknakan ayat si ayah.
            “Halawatul Iman?”
            “Kemanisan Iman...” Segulung senyuman dihulur oleh si ayah.
            “Macam mana kita nak dapatkan halawatul iman tu ayah?” Tanya Dewi teruja untuk tahu.
            “Halawatul Iman itu datangnya dari rasa tenang, bahagia dan aman jiwanya hasil dari keyakinannya yang tinggi kepada Allah, kitab, rasul dan lain-lain rukun iman. Ingat anakku, pabila datangnya ujian Tuhan, janganlah putus harapan. Tinggikan keyakinan pada Allah walau dihenyak ujian yang paling menggetarkan sekalipun. Percayalah, Allah tidak akan mengecewakan Dewi. Berserahlah untung nasib di tanganNya.”
            Kata-kata Lebai Majid itu terkukuh kemas di benak Dewi. Lantas dirapatkan sekeping gambar itu ke dadanya. Sungguh dia rindukan arwah ayah tapi dia tahu, banyak manalah kasih sayangnya jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang Tuhan pada ayahnya.
            “Dewi tak akan patah semangat ayah...”
 Tapak tangan beralih ke wajah si abang pula. Si abang yang tersenyum kacak.
            “Dewi tak pernah bencikan abang... Sungguh tak... Dewi harap abang pun kuat untuk harungi semua ini.”
            Dewi percaya, sentiasa ada ‘talian hayat’ dalam bentuk doa, solat dan sabar ketika diuji. Sekalipun seluruh manusia telah berpaling, namun dia yakin Allah tetap tidak berpaling kepada hambaNya yang bertawakal.
            Naira yang sememangnya masih belum tidur mencuri melihat kelakuan Dewi. Makin lama, otaknya makin sarat dan layut dengan soalan yang boleh buat akalnya meletup.
            Dewi Aleeya... haihlah, dia memang misteri!

***
Tidur malamnya terganggu. Lantas Amril bangun menuju ke dapur. Sewaktu melewati ruang tamu, dia lihat Daus sedang ralit bermain plastation di ruang televisyen itu.
Anak mata menjamah jam di dinding. Gila! Pukul lima pagi tak tidur lagi semata-mata nak berdating dengan benda alah tu?
Pintu peti ais ditarik. Dikeluarkan botol minuman yang sejuk. Moga boleh membasuh resah yang bermumkin.
“Kenapa bangun?” Daus yang perasan kelibat sahabatnya terus ke dapur.
“Tidur tak lena.”
Daus sengih sinis. “Pernah ke kau tidur lena Ril?” Kasihan pun ada. Pening pun ada.
Amril mengeluh. “Aku rasa aku ni bukan manusia yang normal.” Luah Amril tak semena. Dengan Daus, dia memang payah nak rahsiakan apa-apa.
“Kenapa? Kau rasa kau manusia luar biasa macam Ironman ke?” Sempat lagi nak bagi ayat perli-perli.
“Kalau aku Ironman, dah lama aku bawak Dewi lari dari apa yang menghimpit kami.”
Daus ketawa. Ketawa yang menyakitkan hati yang mendengar. “Kau ni, suka sangat bagi lauk tambah yang berlebihan. Releks ah Ril... Kau ni emosi semendanglah! Cuba sesekali cool sikit.”
Tak mempedulikan kata-kata temannya, dia kembali bersuara. “Aku rasa tak sedap hati... Esok pagi-pagi lagi aku nak balik Johor. Aku nak tengok Dewi. Entah apa ceritalah dia kat sana.”
Kali ini wajah Daus yang berubah.
“Eh tapi... bukan ke mak kau nak datang KL hari ni?” Dah sudah.... kan ke Naira pergi jumpa Dewi.
“Sebab dia nak datang KL lah aku nak balik Johor. Kau ingat kalau aku balik Johor, mak aku akan bagi ke aku pergi jumpa Dewi? Silap hari bulan dia kurung aku dalam bilik.” Jelas Amril sambil meneguk air minumannya.
            Daus garu kepala yang tak gatal. Kalau Amril jumpa Naira dekat kampung tu, apa pulak reaksi mamat ni?
            ‘Tulah... yang kau rajinkan diri tolong Naira tu kenapa?’ Marah Daus pada diri sendiri.
            “Yang muka kau rungsing mengalahkan aku tu kenapa?” Tebak Amril tak faham. Dahi dia pulak  yang over berkerutnya.
            “Erk... aku risaulah. Kalau mak kau datang sini macam mana?”
            “Esok aku explain kat dia yang aku nak ambil short sem. Lepas tu aku nak buat part time. So busy tak dapat nak jumpa.” Ya, Amril dah merancang. Tinggal nak laksana sahaja.
            “Ril... satu je pesan aku. Kau tak patut melebihkan Dewi sangat. Syurga kau tu kat bawah tapak kaki ibu tau. Berpadalah melayan sayang pada Dewi tu....” Hasut Daus cuba bagi ayat ceramah.
Sebenarnya, dia tak mahu kalau Amril balik kampung. Nanti dia yang terkantoi! Tapi sedikit sebanyak, nasihatnya itu memang banyak betulnya jugak.
            “Aku bukan nak balik lama pun Daus... Aku pun bukan sengaja nak lebihkan Dewi. Tapi aku nak pastikan keadaan dia selamat. Sejak dua menjak ni tahap risau aku pada dia dah memuncak. Entah macam manalah keadaan dia di kampung... Dah lah dia tu mengandung... Keperluan dia, keperluan anak dia macam mana? Aku cuma nak pastikan dia okay lepas tu aku janji aku balik KL semula.”
            Otak Daus dah sumbat dengan sebarang idea. Lantakkan jelah apa yang nak jadi di kampung tu. Harapan dia, moga mulut Naira tak lembik sangat hingga menaikkan nama dia pula.
            “Kalau mak aku terima Dewi... mesti benda ni tak jadi melalut macam gini kan?” Entah pada siapa soalan ini dia tujukan. Amril sendiri tak pasti.
            Dia nak macam waktu dulu-dulu. Waktu si emak dan Dewi menjalin ukhwah bersama. Puan Norita begitu berbangga dengan Dewi. Habis dicanang satu kampung yang Dewi itu bakal menantunya.
            Tapi tengoklah sekarang... Dengar nama Dewi pun si ibu tidak mahu. Apatah lagi hendak menerimanya sebagi menantu.
            “Iman kita tu perlukan ujian Ril... Kalau tak teruji, tak rasa dalamnya cinta Allah pada kita...” Dia pun bukanlah baik mana. Nak bagi nasihat lebih-lebih pun, takut terkena batang hidung sendiri pulak.
            “Tawakaltu Alallah.... ” Nasihat Daus lagi sebagai ending dalam perbualan mereka kali ini.
            Tawakal! Bunyinya mudah. Tapi tak seringan yang didengari. Tawakal tu memang sifat terpuji yang tinggi. Kerana ia adalah ibadah hati. Zahirnya tidak kelihatan tetapi kesannya sangat besar dalam kehidupan.
            Akal fikiran Amril jatuh lagi mengenangkan Dewi Aleeya.
            “Dengan tawakal, manusia boleh jadi hamba Allah yang sebenar. Tanpa tawakal, kita akan sentiasa rasa terhalang malah terhijab terus daripada menjadi akrab dengan Allah. Jadi letakkan pergantungan hubungan kita pada Allah.”
            Betul cakap Dewi. Kekhuatiran, kebimbangan dan kesibukan dengan tuntutan dunia boleh membuatkan hati dan fizikal menjadi letih. Tapi dengan tawakal, pasti segala keletihan itu akan dapat diatasi.
***
            Pagi itu, sesudah subuh, terus Naira sambung tidur semula. Gila pukul lima baru dia dapat tidur dengan nyenyak. Dia hanya bangun pabila perutnya terasa lapar benar.
            Kalau duduk rumah sewa, bangun pagi pasti Mariam sudah sediakan makan pagi. Tapi di sini, dia tidak mengharapkan lebih-lebih. Dia sendiri akur dengan kudrat dan kemampuan Dewi.
            “Selamat pagi kak?” Tegur Dewi yang sedang meletakkan sesuatu di atas meja.
            “Pagi lagi ke? Dah pukul sebelas... Maaf Dewi, penat sangat semalam.” Haihlah, malu je dengan Dewi. Dia yang tua bangka ni yang bangun lewat.
            Tapi nak buat macam mana. Semalam tidur langsung tak lena. Dengan sakit kaki drive dari KL lagi. Lepas tu bersambung pula dengan lenguh bahu mengangkut air. Tak ditambah pula dengan derita berperang dengan nyamuk.
            Janganlah malam nanti diulang semula derita-derita semalam. Tak sanggup rasanya nak lalui.
            “Umur akak berapa?” Tanya Dewi tak semena. Entah, semalam secara spontan dia memanggil si Naira dengan gelaran kakak walaupun dia tahu yang Naira tidaklah tua mana.
            “Dua puluh dua. Dewi?”
            “Baru sembilan belas tahun.”
            “Muda lagi... Nanti bila baby dah besar, orang akan cakap macam adik. Macam glamour girls pulak..” Apalah yang dia melalut ni. Macamlah si Dewi tu layan cerita-cerita omputeh tuh.
            Dewi senyum sahaja. “Akak, pergilah basuh muka. Saya ada buatkan roti dengan kaya. Ini je yang ada...”
            Naira serba salah. “Susahkan kamu je Dewi...”
            “Akak kan tetamu. Tapi maaflah kalau layanan Dewi serba kekurangan.”
            “Tak apalah Dewi... Hmm, Dewi tahu tak pasar raya kat mana? Bawak akak pergi pasar boleh? Akak ingat nak beli barang sikit...” Tekad Naira, dia nak beli barang keperluan dapur rumah Dewi. Entah macam manalah Dewi boleh hidup dalam keadaan daif seperti ini. Dia pun musykil, dari mana Dewi mendapat hasil pendapatan?
            “Boleh... Akak pergilah mandi dulu.” Dewi yang tak menyangka bukan-bukan itu terus bersetuju.
***
            Sungguhlah Dewi tak mampu nak menutup rasa terkejutnya menyambut kebaikan hati Naira yang membelikan barang-barang keperluan rumahnya. Sudahlah dibeli keperluan dapur, kemudian dibeli juga kipas untuk emaknya yang memang kuat berpeluh itu.
            “Akak... janganlah susah-susah.” Bukan ini tujuannya mengajak Naira bermalam di rumahnya. Serba salah dia dibuatnya.
            “Mak cik kena berkipas Dewi... Kesian akak tengok. Kalau Dewi takut bil api tak terbayar, jangan risau... Akak akan tolong bayarkan tiap-tiap bulan.” Banyak manalah bil yang dikenakan untuk satu lampu kalimantang yang digunakan itu.
            “Dewi minum susu apa?” Tanya Naira lagi sewaktu laluan mereka melewati bahagian susu tepung.
            “Susu?”
            “Yalah... ibu mengandung kenalah banyak minum susu.” Melihatkan reaksi Dewi yang diam itu, terus dia mengambil satu jenis susu yang pernah digunakan oleh kakaknya sendiri.
            “Akak..”
            “Untuk kesihatan, ia termasuk dalam kategori wajib beli.” Pintas Naira cepat.
            Kemudia mereka membeli barang-barang basah pula. “Hmm, Dewi pandai tak masak daging salai masak lemak cili api?”
            Dewi yang sedikit terpinga itu hanya mengangguk. “Tak lah pandai... Tapi tahulah cara penyediaan tu.” Dia pun, dah lama sangat tak memasak dengan betul. Asyik makan nasi dengan lauk yang berasaskan singgang dan asam pedas sahaja. Itu sahaja yang mampu.
            “Boleh masakkan untuk akak? Maaflah... akak memang tak pandai bab memasak ni. Failed!” Cerita Naira tak segan.
            Dewi hanya tersenyum dan kembali mengekori Naira membeli barang. Puas dilarang namun Naira tetap berdegil. Sesampai di rumah, terus mereka berdua berperang di dapur. Sambil-sambil masak, sempat Naira google di youtube cara penyediaan pabila Dewi seakan-akan ingat-ingat lupa.
            Pertama kali Naira rasa seronok berjimba di dapur.
            Dan setelah sekian lama.... Dewi rasa hidupnya diwarnai dengan pelangi. Ada gurau senda di dapur. Ada masakan enak untuk dijamu. Ada teman.... Walau dia sedar yang dia bakal kehilangan Naira nanti.
            Namun dia cukup bersyukur pabila  dia dipinjamkan teman untuk sehari ini. Yang sedikit ini, terasa tidak ternilai harganya.
            Susu yang dibancuh oleh Naira itu dipandang lama. Entah, dia sendiri pun lupa bila kali terakhir dia menjamah susu.
            “Minumlah... penat akak bancuh tau!”
            Perlahan, minuman itu diteguk. Hatinya sarat dengan rasa terharu yang tak mampu dibendung.
            “Dewi... berapa bulan kandungan Dewi ni?”
            “Tujuh bulan kak...”
            “Boleh akak pegang?”
            Permintaan itu membuatkan darah Dewi mengalir laju. Usapan lembut tangan Naira di perutnya mengundang sebak yang menggila. Selama ini, tak pernah seorang pun yang sudi mengusap perutnya. Yang membela dan mengambil berat tentang dirnya.
            “Hei... Baby menendanglah..” Naira dah kemain teruja lagi bila dapat merasai tendangan dari perut si Dewi.
            “Akak.....”
            Panggilan itu membuatkan Naira angkat muka. Merenung mata redup milik Dewi Aleeya itu.
            “Kenapa?”
            “Siapa akak sebenarnya?”
            Soalan itu.... soalan itu terus mengubah posisi duduk Naira pula. Glup.... Nak berterus terang ke nak tipu helah lagi ni?
            “Kenapa Dewi tanya macam tu?”
            “Yalah....Tiba-tiba akak muncul dalam hidup Dewi. Sediakan segala keperluan Dewi... Jadi kawan Dewi.... Jadi Dewi tertanya-tanya. Siapalah akak sebenarnya? Macam seseorang yang Allah utuskan untuk rawat luka Dewi... macam seseorang yang Allah utuskan untuk bahagiakan Dewi.” Sebak menghurung rasa hati.
            Terdiam Naira dibuatnya. Terlalu tinggi pujian itu untuk orang sepertinya. Kalaulah Dewi tahu punca kedatangannya ini, mampukan Dewi menerima dirinya?
            “Kita baru jumpa semalam.... tapi akak buat saya rasa yang kita dah berkawan lama...” Kalau Naira tahu apa yang terjadi dalam hidupnya sebelum ini. Mampukah Naira terus berkawan dengannya? Ataupun Naira akan menjauhkan diri darinya?
            “Dewi....sebenarnya...” Belum sempat Naira menyambung ayat, salam dari luar rumah mengejutkan mereka berdua.
            “Kejap ya kak... Biar Dewi pergi tengok siapa yang datang.” Siapa pula yang datang petang-petang ini. Biasanya, dia mana pernah menerima kunjungan tetamu.
            “Tak apa... Dewi duduk je. Biar akak pergi tengok.” Tak sanggup melihat Dewi berjalan ke hulu dan ke hilir dengan kandungan yang memboyot itu. Jadi Naira menawarkan bantuan.
            Langkah kaki dibawa ke beranda rumah. Langkah kaki yang laju itu makin memperlahankan rentaknya. Liur yang ditelan terasa berpasir pabila menangkap kelibat belakang badan lelaki itu.
            Oh.... Bala.....
            Menangkap kelibat bayang seseorang dari arah belakang, terus Amril berpusing. Namun wajah yang dinanti itu diganti dengan wajah seorang perempuan yang sangat dibenci.
            “What the hell are you doing here?” Seperti biasa. Nada itu tidak pernah kenal erti mesra dan bahasanya tidak pernah kenal erti sopan.
            Ada empat gaya kematian Naira selepas ini.

a)      Mati kena pancung.
b)      Mati kena gantung.
c)      Mati kena tembak.
d)     Mati kena racun

            Yang mana satu agaknya pilihan Amril?
Naira membeku. Itulah, buat plan tanpa strategi memang boleh buat nyawa tercampak dalam perigi!
Tapi yang pasti.. dia dah mati kejung dihadapan Amril.
            “Kau tak faham ke atau kau dah pekak? Apa.... kau... buat dekat sini?” Diketap giginya bagai mengawal larva marah yang bergelora.
            Melihat wajah taufan Amril, Naira jadi kelu. Nak tahu hendak menyedok skrip dari drama mana.
            “Saya.....”
            Belum sempat Naira habiskan ayat, terdengar suara Dewi mencelah dari belakang.
            “Ril....”
            Hati yang diselaputi dengan rasa marah itu terus dijirus dingin. Anak mata terus mencari bayang wajah itu. Wajah yang saban malam menjadi penghias mimpinya. Wajah yang saban waktu didamba dengan kerinduan yang tak sudah-sudah.
            “Dewi...” Amril senyum.
Senyum yang buat hati Naira tercarik. Sebab bukan dia alasan untuk Amril tersenyum tika ini. Perlahan langkah kaki dia dibawa ke tepi.
            Air mata Dewi kabur. Kabur pabila melihat lelaki yang disayangi sedang berdiri di hadapannya. Sungguh, lelaki yang pernah mendapat tempat dihatinya ini memang payah untuk diusir pergi.
            “Kenalkan.. ini Amril dan.. ini Kak Naira... Eh, rasanya korang sebaya...” Dewi yang tidak mengetahui isi cerita cuba mewujudkan sesi suai kenal antara Naira dan Amril.
            Amril menjeling sedikit ke arah Naira. Sungguh, bayang-bayang Naira pun tak ingin dia jamu. Ini kan pula wajah gadis itu. Kalau Naira ini lelaki, dah lama dia tumbuk Naira yang gila ini. Entah macam mana dia boleh ke sini. Pakai ilmu hitam ke apa?
            “Dia ni saudara Dewi ke?” Soalan berbentuk maut dah muncul. Kasihan Dewi. Pasti dia sudah menjadi bahan jenaka si Naira yang pyscho ini.
            “Tak lah.. Dia... Kakak angkat Dewi.” Laju sahaja ayat itu meluncur keluar dari mulut Dewi. Langsung tak dikawal oleh akalnya sendiri.
            “Sejak bila?” Soalan sinis muncul lagi.
Sungguh Amril tak puas hati. Entah bahan apa yang telah Naira sogokkan pada si Dewi dan dipukul canang menjadi semua pembohongan. Entah-entah dipukul dan dibuli si Dewi ini.
            Memikirkan Naira, tak pernah terlintas perkara yang baik-baik pun di fikiran Amril. Kejam ke dia? Entah.... Dia akan berlaku kejam pada sesiapa yang cuba merampas tempat Dewi.
            “Kenapa Ril tanya banyak sangat ni? Ril kenal dengan Kak Naira ke?” Soalan Dewi membuatkan Naira terpaku lagi. Haih, dah rupa orang kena panah petir pun ada.
            Apa agaknya jawapan si Amril?
            Amril jeling Naira lagi. Okay, jeling! Bukan pandang.
            Naira rasa diri dia jijik gila di mata Amril. Naira tiba-tiba rasa diri dia bodoh. Macam mana dia boleh terr..jatuh suka pada lelaki seperti Amril yang nyata tidak sukakan dirinya langsung!
            Moga ada jalan untuk ‘hati’ dia pulang ke pangkal jalan...
            “Tak kan Ril kenal orang macam gini Dewi.. Dewi pun tahu kan Ril ni memilih dalam berkawan.”
            Muka Naira berubah.
            Wajah Dewi berpaling untuk mengecam air muka Naira. Kenapa dengan Amril ni? Sejak bila dia pandai menyinis? Macam ada yang tak kena antara Amril dan Naira? Derang berdua ni kenal ke?
            “Ril...” Ditekankan sedikit nada suaranya. Ya, memang Naira itu tidak bertudung. Tapi itu tidak bermakna manusia boleh memperlekehkan mahkluk Allah sewenangnya. Kalau ya pun nak menegur, bukan begitu caranya.
            “Ril gurau jelah... kan Naira kan... Eh, betul kan nama awak Naira?” Amril buat-buat ramah. Kalau tak kerana Dewi, dia memang tak sanggup nak hadap muka Naira.
            Naira senyum pendek kemudian air mukanya kembali tawar. Menyengat sungguh kata-kata Amril itu.
            Kemudian mereka sama-sama diam.
            “Erk Dewi... akak pergi buat air untuk kawan Dewi ya.” Oh, tak sanggup nak berlama-lama bersama Dewi dan Amril.
            Sungguh.... dia tak sangka yang dia akan sakit sampai begini sekali.
Tuhan, peritnya.... Peritnya rasa ini. Air mata dah kabur. Sejak bila dia lemah sebegini? Mungkin bilamana dia tahu yang dengan nyata Amril tidak tercipta untuk menjadi miliknya.
            Sempat anak mata Naira berpaling ke belakang. Suka nak mengerjakan hati sendiri kan?
            Mereka berdua yang baru duduk dipangkin itu kelihatan sepadan.
           
Habis apa guna aku ni disini?
            Kenapa aku nak menyendel lagi dengan Amril?
            Amril bukan kemampuan aku....
            Mungkin patut aku beralah?

            Sampai sahaja di pintu rumah Dewi, Naira bersandar. Nak menampung kudrat diri yang tak banyak mana ni. Tapi pelik ah? Kenapa air matanya payah benar nak melimpah ke pipi? Kekuatan yang menghalangnya ataupun keegoan yang menjadi perisainya?
            ‘Haih hati... kenapa kau sukar untuk ditebak? Ke kau nak kena tembak?’
***
            Angin petang mendinginkan suasana petang. Tapi suasana jadi kelu antara mereka berdua.
            “Dewi sihat?” Rasanya ingin sahaja anak mata menjamah wajah Dewi itu dengan penuh puas. Tapi dia tidak seharusnya berlebihan melayan rasa. Pandangan mata ini tetap perlu diperlihara.
            “Sihat. Ril?”
            Duduk berdua kali ini terasa canggung. Mungkin kerana dia malu dengan Amril. Apatah lagi sesekali mata Amril menjeling perutnya yang sudah memboyot.
            “Sihat. Cuma terlalu rindukan Dewi...”
Dewi senyap. Apa lagi yang mampu dia buat?
“Hmm.. Baby sihat?”
            “Sihat.” Jawab Dewi mudah.
            Sebenarnya dia langsung tak pernah buat check up untuk bayi di dalam kandungannya. Dia bukannya banyak duit. Nak ke hospital pun hanya untuk mengambil ubat si ibu.
            “Muka Dewi makin berseri...” Puji Amril tidak tertahan. Sungguh, mungkin itu seri ibu mengandung yang selalu diperkatakan oleh orang.
            Dewi ketap bibir. Malu. Layak ke manusia sepertinya dipuji?
            “Seri yang dah terdedah Ril... Apa lagi yang tinggal?” Perlahan nada suaranya. Antara dengar tak dengar sahaja di cuping telinga Amril. Rasa daif teramat sangat.
            Si jejaka mengubah posisinya. Bertentang mengadap wajah Dewi Aleeya.
            “Dewi... jangan cakap macam tu. Bagi Ril, Dewi masih sama seperti dahulu. Maruah Dewi tetap diangkat tinggi di hati Ril.. Tak ada yang berubah.” Tegas Amril untuk berjuta kalinya.
            Dewi meramas tangannya sesama sendiri bila perasaannya bergelora menghempas rasa.
            “Baliklah Ril.. Nanti kalau Mak Cik Ita nampak, dia mengamuk pulak.” Tolak Dewi. Cukup-cukuplah benci Puan Norita pada dirinya. Dia tak mahu menambah pedih diri sendiri.
            Tuhan.... separuh dari hatinya menghalau. Tapi separuh lagi menghalang keras. Dia ingin Amril di sisinya. Paling kurang untuk dia lepaskan beban rindu ini walau untuk seketika cuma.
            “Mak tak ada.. Dia pergi KL.”
            Nafas dalam ditarik. “Ril tipu mak Ril lagi ya?” Tebak Dewi pasti. Ya Tuhan, pulangkan Amril ke jalanMu. Jangan biar dia hanyut dengan perasaan yang tak punya penyudah yang membahagiakan ini.
            “Ril tak tipu. Ril cuma rahsiakan je.”
            “Ril... baliklah....” Dewi dah bangun. Oh permata.... jangan kau menghujan dihadapannya. Sungguh jangan....
            “Kahwin dengan Ril.... Kahwin dengan Ril...” Ujar Amril sambil menghalang langkah kaki Dewi.
            Mujur Dewi cepat menghentikan langkahnya. Bimbang jika bertembung dengan Amril.
            “Ril ni kenapa? Kan dari dulu Dewi cakap antara kita dah berakhir. Dah berakhir Ril...”
            Amril langsung tak puas hati dengan keputusan Dewi.
“Kenapa Dewi pentingkan diri sendiri? Kenapa susah sangat nak terima cadangan Ril ni? Kita kahwin dan lari dari sini. Satu hari nanti, mesti mak akan maafkan kita jugak dan dia pasti akan terima kita. Ril kenal mak Ril tu. Marahnya tak lama.  Bagi peluang Ril jaga Dewi. Bagi peluang tu kat Ril...”
            Wajah yang menunduk tadi diangkat tinggi. Tak sampai lima saat, anak mata lari dari memandang wajah Amril.
            “Jangan fikir bahagian hidup kita je Ril... Fikirkan orang di sekeliling kita. Bila kita pergi, keluarga Ril yang dapat malu. Lagipun umi yang terlentang sakit tu macam mana? Jangan lari dari kehidupan Ril... sebab bimbang tak ada hidup lain lagi untuk kita nanti.”
            Kerap kali manusia terburu-buru mengejar bahagia sendiri. Berhati-hatilah dalam menjaga hati. Jangan pemburuan yang dasyat itu sampai menjejaskan kesihatan hati kita sendiri.
            Ikut hati mati. Ikut rasa binasa.
            Amril kembali menjawab. “Tapi kita berhak nak teruskan hidup sendiri kan? Berhak gapai bahagia sendiri kan? Lagipun bahagiakan Dewi adalah tanggungjawab Ril.” Tak mampu menyangkal kata-kata Dewi. Tapi... dia cuba untuk meyakinkan Dewi.
            Dewi tak tinggal diam, cepat sahaja membalas.
            “Cinta kita tu bukan beban Ril... Jadi jangan fikir yang Dewi ni tanggungan dalam hidup Ril. Bahagiakan Dewi bukan tanggungjawab Ril.. Tapi itu tanggungjawab Dewi sendiri. Jangan risau, Dewi dah cukup bahagia. Dah terlalu cukup....”
            Dikuak rambut ke belakang. Entah macam mana Tuhan cipta manusia bernama Dewi Aleeya ini. Sabarnya... tabahnya... luar biasa sungguh.
            “Dari kecik Ril kenal Dewi. Ril hanya mampu sayang Dewi.... There always be a place for you for all my life. I’ll keep a part of you with me and everywhere I am, there you’ll be...”
            Oh... jangan ingat budak kampung itu tak faham. Dewi antara pelajar SPM terbaik di sekolahnya. Dia hanya tidak menyambung pelajaran kerana kedaifan keluarga. Hanya mampu menyambung STPM namun sayang, keadaan diri yang berbadan dua menghalang dia dari menduduki peperiksaan.
            Dewi berpaling ke belakang.
            “Baliklah Ril...” Halau Dewi dengan deraian air mata.
            Tuhan.. rupanya dia masih lemah. Tak tertanggung rupanya kudrat ini dalam mengendong aksara cinta ini.
            “Salah ke kalau Ril perjuangkan kebahagiaan kita? Bukan ke Dewi pernah cakap dulu... hidup ini adalah sesuatu yang perlu diperjuangkan. Dewi lupa ke? Marilah... kita berjuang sama-sama Dewi.”
            Tak berputus asa lagi rupanya si Amril.
            Tanpa berlengah, terus Dewi melangkah masuk ke dalam rumah. Pujuk rayu itu bakal buat hatinya lebur. Sungguh, suara itu mampu menjana kekuatan dan mampu melenturkan rasa yang selama ini dia pertahankan.
            Untuk kebahagiaan semua... tidak seharusnya hubungan ini diperjuangkan.
            Amril terpana pabila pintu rumah itu tertutup rapat. Dewi... Kenapa suka simpan derita itu sendiri?
            Tanpa mereka sedari... ada mata yang memerhati gelagat mereka berdua. Ada hati yang diserang tanda tanya lagi. Ada hati yang mungkin akan terluka sama.
            Ada tiga raga. Dua cinta. Satu cerita.  Dalam mereka mengenal makna hidup, mampukah mereka mencapai bahagia?
***
            Sengaja Naira membiarkan Dewi sendiri di bilik sementara dia terus melepak di pangkin rumah. Apa nak jadi selepas ini pun Naira pening kepala nak fikir.
            Nak balik?
            Atau...
            Nak tingal di sini?
            “Akak.... buat apa termenung di sini.” Suara itu kedengaran serak sendiri. Menangis gamaknya.
            “Saje... Ambil angin petang sementara nak tunggu maghrib.” Sengaja dia tidak menoleh ke arah Dewi. Tidak mahu Dewi rasa tidak selesa. Al-maklumlah, mata dia kalau dah skodeng orang,bukan reti nak berhenti. Karang mulut pulak rajin nak selongkar isi cerita.
            “Akak nak balik dah ke?” Tak tertahan rasa hati untuk bertanya. Entah, dia senang punya teman seperti Kak Naira.
            “Kenapa? Dewi nak halau akak ke?” Tanya Naira sedikit berseloroh.
            “Bukan halau... Kalau boleh tak nak bagi pergi. Tapi Dewi tahu, akak mesti ada tanggungjawab lain kan?” Dewi hanya tahu pemilik namanya sahaja. Sejarah, jalur keturunan, salasilah, kisah silam Naira... habuk pun dia tak tahu.
            Macam mana dia boleh percayakan Naira sebegini mudah pun, Dewi tak tahu. Yang pasti, dia memang mengamalkan sikap husnuzon pada semua orang.
            Naira membetulkan duduknya.
            “Erk... sebenarnya tadi akak dah telefon mak saudara akak tu. Rupanya dia pergi Langkawi. Jaga anak dia  yang baru bersalin. Jadi.... akak ada dua pilihan je sekarang.” Temberang Naira dengan muka serius. Biar jadi bukti agar Dewi mempercayainya.
            “Apa dua pilihan tu?” Tanya Dewi tak sabar.
            “Sama ada akak balik KL ataupun....” Jeda sedikit.
            “Ataupun apa kak?” Haih, cerita sangkut-sangkut ni saje nak membangkitkan debar kan?
            “Ataupun.... ada orang sudi nak terima akak sebagai pelancong  di sini.”
            Air muka Dewi nyata berubah. “Sungguh ke?” Oh Tuhan.... dia tak salah dengar kan?
            “Sebenarnya akak tengah cuti semester. Jadi sebab tu akak datang sini sebab mak dan ayah akak tak ada kat Malaysia. Jadi ingat nak jalan-jalan jadi orang kampung. Disebabkan mak saudara akak pun dah tak ada, boleh tak akak nak menumpang kat rumah Dewi? Dewi jangan risau... akak akan bayar sewa dan akak janji tak akan susahkan Dewi.”
            Naira sedar yang dia tidak seharusnya beralah semudah ini. Mana mungkin dia boleh pergi tanpa menjawab semua pertanyaan yang berkunjung di benaknya. Lagipun, hei... Amril ingat dia manusia yang cepat berputus asa ke?
            Kadang-kadang dia hendak ketawa pabila memikirkan Amril. Kalau bahagian dia, kemain lagi nak menghentak emosi orang. Tapi bila dia terkena dengan Dewi, bukan main merayu-rayu lagi.
            Amril pun sebenarnya dua kali lima je dengan dia. Sama-sama tak sedar diri!
            “Akak.... Sungguh akak sikit pun tak menyusahkan saya. Saya yang susahkan akak adalah...” Tutur Dewi pula. Malu sebenarnya nak tumpangkan tetamu dalam keadaan yang cukup daif ini.
            “Okay dah... dah... kita kena hentikan drama swasta ini. Jadi sekarang, akak ni pelancong di sini tau... Dewi kena ajar akak cara hidup berkampung.” Muka Naira dah kembali ceria. Mengadap wajah Dewi tika ini, hatinya dijamah bahagia yang tak sudah. Kenapa agaknya?
            “Okay... maghrib nak masuk dah. Jom mandi air perigi.”
            Mendengarkan suara Dewi, senyum di wajah Naira terus mati. Aduh, ini yang lemah gemalai semangat nih! Weh, ingat ringan ke? Nak mandi pun tak ubah macam kena dera!
            “Jom ah kak... kita mandi sama-sama.” Dewi dah bangun menghulur tangan.
            Mendengarkan perkataan mandi sama itu, sedikit sebanyak Naira kembali teruja. At least, dia boleh tolong senangkan kerja Dewi. Tak adalah Dewi susah-susah nak angkut air.
            Rasa susah bila buat untuk diri sendiri. Tapi bila tolong orang, rasa senang pulak kan? Mungkin ini hadiah dari Allah buat manusia yang suka membantu.
            Mandi bersama memang seronok. Main shampoo-shampoo. Saling membersihkan diri bersama. Haih, penat mengangkut air bagai hilang begitu sahaja.
            Habis mandi, mereka berjemaah bersama. Naira suka diimamkan oleh Dewi. Bacaan Dewi mengalun lembut. Menyejukkan hati yang mendengar. Dia, nak jadi Imamah memang tak lah kan.. Tak pernah reti... Itu dah satu hal. Tapi tak pernah reti nak belajar!
            Bab mengaji  yang Naira paling suka. Sebab si Dewi akan tolong betulkan bacaan dia yang tunggang langgang itu. Almaklum, dia sekadar mengerjakan yang cukup. Tak ada inisiatif langsung nak tambah amalan yang tak berapa nak banyak ini.
            Solat... asal cukup lima waktu.
            Mengaji.. dah lama tak buat.
            Dengar ceramah... sekali sekala kalau dah terdengar di radio atau tv.
            Setakat itu sahaja.
            Apa yang Naira perhatikan si Dewi ialah, dia belajar bahagia dengan apa yang dia ada. Makna kata, bersyukur dengan perkara kecil dari Tuhan buat hati lega dan bahagia. Dan nikmat itu... baru dirasai oleh Naira.
            Contoh macam sekarang lah... setelah sekian lama tak mengaji, bila ada orang sudi betulkan bacaan kita dengan lemah lembut, buat hati makin jatuh cinta untuk membaca.
            Kalau dengan Mariam pun dia segan. Sebab Mariam garang orangnya. Ajar sekali tak faham, dia malas nak ajar untuk kali kedua dan seterusnya. Dapat pulak anak didik yang payah nak faham bahasa ni!
            Dengan Dewi... aduhlah... kenapa rasa macam dah kenal benar?
            Usai memastikan si Umi telah tidur, mereka melepak bersama di bawah pangkin. Di bawah rimbunan pokok mempelam yang sudah berbuah ranum.
            Naira sibuk membelek Iphone milik sendiri. Kenal pasti kalau-kalau ada panggilan atau pesanan ringkas untuk dirinya. Hmm... nampaknya kehilangannya langsung tak dicari oleh keluarganya.
            Biarlah. Malas nak dera hati sendiri dengan memikir yang tidak-tidak. Sekurang-kurangnya, di sini dia boleh nak tersenyum.
            Mata Dewi pula ralit mendongak ke dada langit. Menyaksikan kerdipan bintang-bintang yang terhias cantik.
            “Cuba akak tengok bintang tu.” Arah Dewi semangat.
            “Bintang yang berkelipan itu menjadi penerang dan menghiasi langit yang tak bercahaya...” Sambung Dewi pabila tiada sambutan dari Naira.
            “Ya... bintang tu bukan sahaja menjadi penyeri malam tapi menjadi pertunjuk arah bagi manusia yang berada di gurun dan pelaut supaya tak kehilangan arah.” Sambung Naira sedikit fakta.
            Mata mereka sama-sama merayap di gelap pekat malam itu.
            “Tapi...” Nada Dewi yang berjeda itu membawa Naira menoleh. Ternanti-nanti bait seterusnya.
            “Bintang yang bergemerlapan itu tidak terlihat atau mungkin akan diabaikan bila langit itu terang..” Nada Dewi sudah berubah rentak. Bagai sedang menganalisa diri sendiri.
            Naira membisu. Bab bermadah bagai dia memang failed. Boleh jadi akan sesat dalam lautan ayat milik sendiri.
            “Kalau gitu, jadilah langit. Apa pun keadaannya... siang atau malam, langit tetap berada di tempat duduknya kan?”
            Dewi tersengih sedikit. Terasa lucu pula perumpamaan Naira itu.
            “Lumrah hidup memang begitu kak...Tak akan selamanya dia akan mengikut aturan kita, kemahuan kita. Allah menjadikan gelap itu memiliki giliran dan dalam masa tertentu kerana mengikut keperluan dan kepentingannya. Di antara masa gelap itu Allah menjadikan cahaya agar sesuatu yang memerlukannya dapat menjadi sempurna dan teratur. Macam keadaan malam  yang gelap... kalau tak gelap, kita tak cuba cari cahaya lampu. Begitu jugak dengan ujian, kalau tuhan tak menguji, mungkin kita tak jumpa jalan yang tuhan nak tunjuk..”
            Tuturnya tersusun penuh indah. Buat Naira melopong melabuhkan rahang.
            Betul ke umur Dewi ni sembilan belas tahun? Tak macam pun! Kagum bertimpa-timpa datang menerpa sanubari.
            “Dan bagaimanapun bintang itu, moga dia tetap bersinar dan memberikan erti pada sesiapa yang beroleh pantulan cahayanya...” Sambung Dewi sambil anak mata tak lepas memandang langit.
            ‘Dik.... bintang itu mungkin sahaja adalah dirimu...’ Sambung Naira dalam hati. Ucapan itu khas untuk si adik.
            “Dewi... akak tanya sikit boleh?” Naira bagi intro berani.
            “Tanya apa kak?” Dah macam ada bau-bau ‘skop’ soalan Naira itu.
            “Lelaki yang datang tadi tu siapa?” Sudah gaharu cendana pula, dah tahu sibuk lagi nak tahu.
            “Kawan.” Jawab Dewi pendek.
            “Kawan?”
            “Someone yang cukup penting dulu....”
            “Habis tu sekarang dah tak penting ke?” Provokasi sungguh soalan Naira itu.
            Dewi diam. Tipulah kalau kata tak penting. Jiwa Amril masih menggelegak dalam bara cintanya. Tapi... mungkin dah tersusun yang cinta ini tak mampu berkesudahan dengan baik.
            “Tengok bintang ni kan... teringatkan satu lagu.”
            Mengelakkan rasa sepi terus menghurung, Naira memainkan sebuah lagu kesukaannya melalui iPhone miliknya.
            “My feveret song...”
            Sambil itu, mulut Naira ikut turut menyanyi. Macam hati riang sangat padahal tersiat habis.

Moon so bright, night so fine
Keep your heart here with mine
Life's a dream we are dreaming

            Dewi menyambut deraian lirik lagu yang dinyanyikan oleh Naira itu. Lagu soundtrack filem Zooro itu memang pernah didengari. Mungkin kena dengan cerita hidupnya sekarang. Life’s a dream we are dreaming…
            Tiba bahagian chorus...

I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do
I will want nothing else to see me through
If I could spend my lifetime loving you

            Penuh jiwa Naira menyanyikan mengikut versi dirinya sendiri. Amril, if I could spend my lifetime loving you... If I can... I will do for you...
            Sebak mula nak jadi kawan baik. Cepat sahaja disepak pergi.
            Naira lepas pandang ke arah Dewi yang ikut turut sama mengelola jiwa sendiri. Mungkin kalau dia kena serahkan Amril di tangan Dewi, dia akan lakukan dengan sepenuh hati.
            ‘Macam mana dengan kau Naira? Bukan ke kau nak berjuang bahagiakan diri sendiri?’ Soalan mencekik dari si hati.
            Apa nak dirisaukan.
            “When there is love, life begins...” Tanpa sedar ayat itu meluncur laju dari mulut Naira. Membuatkan Dewi termanggu sendiri.
***
            Pagi-pagi lagi rumah Dewi dah dikunjungi oleh Mak Cik Besah. Jiran yang duduk tak berapa jauh dari rumah Dewi. Dialah yang banyak membantu Dewi selama ini.
            Diperkenalkan Naira pada Mak cik Besah. Bukan main suka lagi dia. “Cantik benar orangnya...” Pujian itu buat Naira tarik senyum tawar.
            ‘Kalau cantik... Tak adalah kena tolak dengan si Amril tu.’
            Tapi bila discan balik, bukan cantik yang menjadi kriteria Amril. Tengok sahaja Dewi. Lemah lembutnya, ayunya, sopannya.. mungkin itu salah satu tiket yang mencuri hati Amril.
            “Mak cik ada buat nasi dagang.. Tu datang hantar. Tak tahu ada tamu...” Ramah orangnya di padangan Naira. Sekurangnya, tak lah Dewi sunyi sangat.
            Hmm.. mungkin boleh skodeng jawapan yang tergantung tu dari Mak Cik Besah nanti.
            “Ini pun dah lebih dari cukup mak cik..” Tak mahulah susahkan wanita itu berulang semula ke rumahnya.
            Usai mereka makan bersama, berkongsi apa adanya bersama, Mak cik Besah bersuara lagi.
            “Hah, hari tu kamu kata nak makan mempelam kan? Mak cik tengok pokok mempelam kat rumah kamu tu dah berbuah.. Nanti mak cik suruh Ali tolong kaitkan untuk kamu.”
            Dari gaya Mak Cik Besah melayan Dewi, Naira dapat rasa yang orang tua itu benar-benar ikhlas. Menjaga si Dewi bagai anaknya sendiri.
            “Lah, Dewi nak makan mempelam ke? Biar akak tolong ambilkan...” Tawar Naira mencelah perbualan keduanya.
            “Ish... susah-susah je...” Ini yang hati kebal nak kembali manja ini. Terharu bila ditatang bagai minyak yang penuh oleh Mak Cik Besah dan Kak Naira.
            “Alah...tak ada yang susah pun.”
            Naira dah mula keluar ke kawasan pangkin. Kepala mendongak ke langit. Berkira-kira untuk mengait mana-mana buah yang senang dicapai.
            Tapi puas dikait, semua pun kemain liat nak jatuh.
            “Boleh ke aku panjat pokok mempelam ni?” Sejak bila entah dia jadi gengster kampung ni? Untuk Dewi kata hatinya. Semua pun sanggup redah.
            Naira sudah berkira-kira hendak memanjat batang-batang pokok. Mana dahan yang perlu dipijak dan mana yang tidak boleh.
            “Akak....” Dewi yang baru keluar dari rumah itu terkejut. Naira panjat pokok mempelam?
            Si Naira yang berada di atas pokok itu sempat melambai. Buah mempelam yang terjangkau di tangannya dicapai dan dicampak ke bawah. Namun ketika hendak turun, kakinya tersalah landing jadi..
            Gedebuk!
            “Akak....”
            “Aduh....”
            Dibantu Naira untuk berdiri dan duduk di pangkin.
            “Akak okay tak ni? Ish... Pokok mempelam orang tak panjat kak... Bahaya!” Pesan Dewi sedikit membebel.
            “Saja nak test power.” Jawapan budak-budak dah keluar.
            Perbualan mereka tergendala pabila sebuah kereta masuk. Keluar si jejaka dengan T-shirt putih tanpa corak itu. Wajahnya tegang ketika menghampiri keduanya.
            “Kenapa ni Dewi? Awak tak apa-apa ke?” Tanpa buang masa, Amril terus menghampiri subjek utamanya. Subjek sampingan terus ditolak ke tepi.
            “Dewi okaylah. Kak Naira yang terjatuh...” Cerita Dewi pendek.
            Naira gigit bibir. Dia yang terjatuh pun, Dewi jugak yang menjadi keutamaannya.
            “Oh ya ke...” Nada suara tak berminat dah keluar. “Apa tanah bergegar ke sampai boleh jatuh?” Sempat lagi bagi ayat smash.
            Wajah Dewi mengerut. Tak suka dengan ayat sinis itu. “Ish... apa awak ni Ril. Kak Naira jatuh pokok waktu ambilkan buah mangga tu...”
            Tiga pasang mata mula menjurus pada beberapa buah mangga yang tergolek di atas tanah.
            Naira harap, adalah sikit simpati Amril untuk dirinya ini. Tapi memang kirim salamlah. Encik Taufan itu tak kenal erti baik hati bila melibatkan Naira Ilyani.
            “Kenapa Dewi tak cakap kat Ril? Ril boleh tolong kaitkan untuk Dewi. Lagipun pokok mangga orang tak panjat. Dahan dia tak kuat. Bukan macam pokok manggis. Orang bandar kena belajar dulu selok belok orang kampung. Jangan besar kepala jadi samseng kampung.” Kena lagi sedas!
            Dewi rasa pelik sungguh dengan Amril ini. Sejak bila suka perli-perli orang? Dulu memanglah Amril kaki gurau, tapi bukanlah gurauan kasar seperti ini.
            “Erk Dewi.. Akak pergi buat colek untuk Dewi ya?” Pelawa Naira malas nak lanjutkan perbalahan ini.
            Tapi baru sahaja dia bangun... Kaki kanannya terasa ngilu. Alah, mesti kesan dari jatuh pokok tadi.
            “Akak okay tak ni? Hmm... Dewi rasa kaki akak seliuhlah. Biar Dewi ambilkan minyak sekejap.” Dewi beralasan.
            Sebenarnya Dewi nak mengelakkan duduk berdua dengan Amril. Bara api semalam tak perlulah direnjis lagi. Bimbang makin marak... Walau dihalang, dia terus masuk ke dalam rumah.
            “Kau tak rasa ke kehadiran kau ni memang menyusahkan orang!” Tanya Amril kasar.
            “Oh ya ke? Tapi yang pasti saya tak susahkan awak kan?” Rasanya tak guna bagi ayat ‘baik’ ‘baik’ dengan Amril. Mungkin perlunya dia cari pasal dengan mamat pujaan hatinya ini.
            Muka Amril makin tegang.
            “Hei, yang kau susahkan tu Dewi tau! Susah Dewi, aku pun rasa!” Hei, ringan je tangan ni bagi cop dekat pipi yang putih melepak itu.
            Naira lepas nafas. Sesak yang boleh buat manusia tercekik!
            “Kenapa awak benci sangat pada saya?” Tanya Naira berani. Bersedia menghadapi sebarang jawapan.
            Amril melarikan pandang. “Aku tak pernah bencikan kau.” Senafas jawapan itu keluar.
            “Habis tu selama ni?” Kalau bukan benci apa? Tak kan sayang pulak.
            “Aku cuma terlalu sayangkan Dewi.. Jadi aku tak suka kalau ada orang cuba nak rampas tempat dia dalam hati aku. Aku tak su...ka...” Tekan Amril untuk beribu kalinya.
            Agaknya otak Naira ni dapat pick up tak? Atau dia masih mahu menjadi seperti orang bodoh dalam memperjuangkan perasaannya yang membuta tuli itu?
            Untuk terakhir kalinya... Naira bertanya lagi. Kali ini bukan untuk memberontak seperti kebiasaannya. Tapi untuk.... sebuah kepastian lebih kepada diri sendiri.
            “Awak... awak langsung tak boleh terima saya ke? Langsung tak boleh.” Dah tahu dah jawapan dia. Tapi hati bebal itu nak tanya jugak.
            “Hati ini walau aku punya tapi aku tak boleh kawal dia ikut suka hati aku saja. Aku tak boleh paksa dia sayang orang yang dia memang tak ada rasa apa-apa. Aku tak boleh paksa dia berhenti sayang orang yang aku dah suka sekian lama. Ya, hati aku mungkin degil.. Sebab bila aku dah sayang, aku akan sayang sampai mati. Kau faham tak? Sampai mati....”
            Kali ini Naira senyum. Entah kenapa jawapan itu menyejukkan hatinya. Kenapa rasa lega datang menerpa diri?
            “Sekarang kau kena terus terang dengan aku Naira.... Macam mana kau datang sini? Dan kenapa kau datang sini?” Melihatkan senyuman di wajah itu, Amril jadi bimbang. Bimbang kalau Naira menggila di kampungnya ini.
            “Dari mana aku tahu... kau tak perlu tahu.” Tiba-tiba dia menukarkan bahasa ganti namanya. Tiada lagi ‘awak’ dan ‘saya’.
            Mungkin kena layan Amril teruk-teruk untuk menghilangkan rasa milik sendiri ini.
            “Yang penting... aku ke sini untuk jumpa Dewi Aleeya.” Ya, memang itu hala tujunya dahulu.
            “Untuk apa?”
            “Untuk bunuh dia supaya aku dapat ambil hati kau yang ada pada dia!” Ucap Naira serius.
            Dan Amril terpempam tak terkata.
***
            Tubuh dihempas ke katil. Suara Naira bergema entah untuk yang keberapa ribu kali.
            “Aku nak bunuh dia supaya aku dapat ambil hati kau yang ada pada dia!”
            Biar betul? Perempuan tu main-main je kan? Bisik hati Amril risau.
            Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan. Tak berlengah, nombor telefon Daus terus dicari.
            “Weh, kau tahu tak perempuan tu ada kat sini.” Tanpa salam, terus laju Amril menerjah sahabatnya itu. Hati dah menggelupur dengan kerisauan.
            “Perempuan mana?” Daus yang berada di hujung talian itu dah berdebar-debar. Nampaknya mereka dah berjumpa. Mungkin perang baru lepas terletus di kampung Amril itu.
            “Perempuan gila tulah. Si Naira Ilyani.”
            Daus senyum pendek. Tahu jugak si Amril nama buah hati penggores hati itu.
            “Hah, ya ke?” Ayat lakonan dah keluar.
            “Agak-agak kau siapa yang bagi tahu ya?” Soalan itu lebih ditanya pada diri sendiri. Setahunya, hanya dia dan Daus sahaja yang tahu. Erk.. Daus ke?
            “Kau ke yang beritahu dia?” Suara Amril memetir macam askar pencen. Bingit telinga Daus dibuatnya.
            “Kenapa  aku pulak... Aku tak terlibat pape pun.” Temberang Daus. Dia memang akan mengaku.. tapi bukan di saat Amril keberangan seperti ini.
            Terdengar keluhan si Amril.
            “Dah tu macam mana? Dia apa-apakan Dewi ke?” Saje tanya soalan tak logik. Dia tahu, Naira tak akan buat benda macam gitu. Perempuan tu walau gila ke Amril pun, otaknya masih waras lagi.
            “Dia kata dia nak bunuh Dewi sebab nak ambil hati aku yang ada pada Dewi.”
            Sejurus menghabiskan ayat, terus Daus ketawa kuat. ‘Cina beng punya member, dia boleh gelak sakan padahal aku kat sini dah macam kuah menggelegak dah.’
            “Naira nak psycho kau tu... Releks brader brader releks... Apa kau ingat negara kita tak ada undang-undang ke apa? Setakat yang kau tengok dia layan Dewi baik ke tidak?”
            Terfikir Amril bila menyambut soalan Daus itu.
            “Depan aku memanglah layan baik.. Belakang aku mana kita tahu.”
            Daus mengeluh. “kau ni prejudis sangatlah pada Naira. Cuba kau fikir yang baik-baik je.” Kalau hati dah benci tu, semua benda nampak tak elok. Naira pun satu hal. Suka nak cabar kesabaran Amril yang tak banyak mana tuh.
            “Semak otak aku dibuatnya.”
            “Jangan fikir otak kau je. Otak aku pun semak sama. Semalam mak kau singgah rumah sewa kita.” Daus bukan nak tambahkan kusut Amril, tapi rasanya lelaki itu patut tahu.
            “Ya ke?” Itu pun satu hal jugak.
            “Yalah... dia bebel-bebel tanya mana kau. Aku cakap kau buat part time tapi tak tahu kemana.” Tak pasal-pasal tambahkan bilangan kuantiti dosa yang memang dah menimbun tu.
            “Bagus! Biar dia fikir yang aku dekat KL. Lagipun, aku rasa lama lagi dia nak duduk dekat rumah angah aku tu.”
            “Tapi... kau cakap nak balik sekejap je kan?” Haih Amril, kau jangan macam-macam.
            “Sebab ada Naira ni.. Lagi lamalah aku kat kampung. Aku kena pastikan dia selamat. Kalau boleh aku nak tunggu sampai dia bersalin.”
            Daus dah agak sangat dah. Amril ni memanglah. Suka cari pasal.
            Belum sempat dengar Daus membebel, Amril dah mintak diri. Ada panggilan masuk dari...emaknya. Okay, tarik nafas.
            One. Two. Three. Go!
            “Assalamualaikum mak...”
            “Waalaikumsalam. Kamu dekat mana Ril?” Suara dihujung talian dah memetir.
            “Kerja.”
            “Kerja? Apa tak cukup lagi ke duit yang mak bagi pada kamu?” Amril menjauhkan telefonnya sedikit.
            “Cukup. Apa yang Ril dapat dari mak, tak pernah tak cukup.”
            “Habis tu?”
            “Saje... Cari pengalaman kerja. Lagipun, mak bukan bagi Amril balik rumah pun kan?” Sengaja Amril bagi ayat membakar. Mungkin mak dia lupa, derang ni sama je degilnya.
            “Kan mak suruh kamu pergi rumah angah. Kerja kat mana? Berhenti kerja hari ni jugak.” Desak Puan Norita berkeras.
Hei, buat malu je sampai si anak nak kerja part time. Macamlah dia tak mampu nak tanggung makan pakai Amril.
            “Ril tak mahu. Tak cukup lagi ke Ril ikut semua kemahuan mak? Ril nak kerja. Nak cari pengalaman. Nak tenangkan kehidupan. Ril tak mahu gaduh dengan mak. Ril cuma harap mak hormat keputusan Ril. Assalamualaikum.” Tak tunggu lama, talian diputuskan. Telefon bimbit terus dimatikan.
            Kalaulah mak dia tahu yang dia pulang ke rumah? Memang habis.
            Kalaulah mak dia tahu yang dia berjumpa dengan Dewi? Memang mati.
***
            Dalam situasi dia cuba hendak lari, kakinya tersandung dah terjelupuk di dada lantai. Dewi berpaling. Berpaling mencari wajah lelaki yang makin mendekat itu. Digunakan sepenuh dayanya menolak tubuh yang sudah menindih badannya.
            “Tolong... tolong jangan buat Dewi macam ni...”
            Hanya pada Tuhan dia menitipkan doa. Moga dia diselamatkan dari nafsu durjana manusia.
            “Ada tak orang beritahu kau...kau ni cantik sangat....” Baju kurung kedah Dewi ditarik hingga mendedahkan separuh bahunya.
            “Lepaslah.. Tolong... tolong... Abang, tolong Dewi...abang...” jerit Dewi sepenuh hati.
            Pang!
            Pipi kanannya ditampar kuat.
            “Hei senyaplah. Aku tak suka kau bising-bising.”
            Dewi meronta lagi. Kali ini lebih kuat. Ditolak tubuh itu dan meloloskan diri lagi. Tapi badannya terus ditolak ke dinding. Kaki lelaki itu terus menyepak kuat badan Dewi. Hampir lunyai dibuatnya.
            “Kau cuba nak lari ya... rasakan!”
            Dewi dah tak mampu melawan. Air mata merebes tapi tiada siapa yang mampu menepisnya. Matanya membuang pandang ke arah mata lelaki itu. Mata si abang  yang memandangnya.
“Jangan buat Dewi macam ni... Jangan... tolonglah... jangan...” Teresak-esak Dewi menangis.
Naira yang tidur disebelah Dewi terus tersedar. Saban malam memang beginilah ceritanya. Dewi pasti akan meracau dalam tidur. Tak tunggu lama, tubuh si Dewi ditepuk perlahan. Mengejutkan.
Nafas Dewi tercungap-cungap seperti baru melakukan larian seratus meter. Air mata di pipi disapu.
            Bahu Dewi ditarik dan dipeluk kejap oleh Naira. Cuba menghilangkan resah Dewi. Mimpi apa sebenarnya yang menggangu Dewi?
            “Syhh... akak ada.... Akak ada....”
            Semakin lama Naira semakin pasti. Mimpi ngeri yang Dewi alami itu pasti mempunyai kaitan dengan bayi di dalam kandungan Dewi itu.
            Didodoikan Dewi kembali. Biar Dewi kembali lena di pangkuannya.
            Pernah jugak Naira buka mulut tanya Amril. Siapa bapa kandungan Dewi. Jawapan Amril, “Kau kenapa nak sibuk hal Dewi? Kalaulah Dewi tahu niat kau yang sebenar, pasti Dewi akan benci kau.”
            Naira sengih tak bersalah. “Dewi tak akan benci aku sebab hati Dewi tak busuk macam sesetengah orang tu...” Balas Naira berani. Suka nak cari pasal dengan Amril.
            “Kau mengata aku?” Muka Encik Taufan berubah.
            “Eh... hati kau busuk ke?” Provok Naira sengaja sambil memicit hidung. Tanda sedang menghalang deria hidung dari menangkap sesuatu yang berbau busuk.
            Amril pandang ke lain.
Naira sengih lagi. Marah sangatlah tuh!
            Perlahan Amril bersuara. “Kau dah lain benar sekarang kan?”  Mana agaknya perempuan yang terhegeh mengemis cintanya dahulu?
            Naira angkat bahu. Entah macam manalah konsep ‘lain’  yang dimaksudkan oleh Amril itu.
            “Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu ditendang sekarang ku disayang. Dulu dulu dulu ku menderita, sekarang aku bahagia...” Spontan Naira mula menyanyi lagu Tegar dengan riang dan ketawa.
Makin merah muka Amril. Makin sayang dia pada Amril. Tapi sayang.... sayangnya tak akan kemana.
            Walau separuh dari hati dah menerima yang Amril bukan untuknya, tapi separuh lagi...masih degil dan bebal.
            Arghh..... sabarlah cik hati! Bahagia bukan untuk engkau sahaja. Dewi pun layak mengendong aksara bahagia itu.
***
            Pesanan ringkas dari si emak dipandang sepi oleh Amril. Rayuan si ibu yang hendak berjumpa dengan dirinya itu membuatkan si hati berasa bersalah kerana menipu.
            Kerana Dewi... dia sanggup menipu si emak.
            Berdayakah hubungan ini hendak terjadi andai ada sahaja halangan terhidang?
            “Kamu kemana Ril? Kalau ya pun kerja, tak kanlah tak boleh jumpa langsung.” Sesudah salam, terus dia diterjah oleh suara petir emak.
            “Mak... Ril betul-betul busy.”
            Ya Allah. Dia tahu, bila melakukan dosa dengan sengaja dan mengakui bahawa dosa itu tidak mengapa kerana boleh dibasuh oleh tauba, sesungguhnya itu adalah pengkhiatan kepada  kasih sayang Allah.
            “Tak kan lah tak boleh nak cuti langsung. Yang kerja sampai nak mati ke diri tu kenapa? Macam mak tak boleh bagi duit je kan?” Sangsi betul dia dengan sikap anaknya ini. Ke nak boikot dia sebab larang Amril berjumpa dengan Dewi?
            “Ril tahu mak boleh bagi duit.. Tapi Ril nak belajar berdikari.”
            Makin lama dia bercakap, makin banyak pembohongan yang bakal dia lakarkan.
            “Okaylah mak.. Nanti kalau Ril free Ril balik rumah angah ya. Ril pergi dulu... Bos dah panggil.” Tanpa sempat menangkap suara emaknya, cepat dia menutup telefon.
            “Maafkan Ril mak...Ril tahu Ril berdosa.... Tapi Ril tak boleh biarkan Dewi sendiri mak... Dewi cinta hati Ril.”
            Sebak menghias diri. Dia tahu matlamat tak menghalalkan cara tapi... hati tetap akan mencipta alasan bila cinta yang menjadi tajuk utamanya.
***
            Pagi itu, selepas menyediakan sarapan, Naira memanjangkan kaki ke rumah Mak Cik Besah. Dah dua minggu berlalu dan dia masih bingung sendiri. Soalan yang bermain di benaknya ini sungguh menagihkan jawapan.
            Usai memberikan nasi goreng itu ke tangan Mak Cik Besah, Naira bersuara.
            “Apa yang berlaku pada Dewi mak cik. Siapa ayah dalam kandungan Dewi tu?”
            Mak Cik Besah diam.
            “Kenapa kamu tanya mak cik? Kenapa Naira tak tanya Dewi sendiri.” Tebak Mak Cik Besah. Kakinya dihala ke singki.
            “Saya tak tahu nak mula dari mana.” Luah Naira jujur.
            “Mak cik pun tak tahu nak mula dari mana Naira... Baiklah Naira tanya Dewi sendiri.”
             Alah Mak Cik Besah ni. Tak membantu langsung!
            “Mak cik.... Saya bukan apa, saya kesian tengok dia meracau setiap malam. Kalau boleh, saya nak bantu hilangkan trauma dia. Depan kita dia memang nampak kuat, tapi kat belakang kita tak tahu kan...” Naira cuba merayu sambil buat muka kesian.
            Perlahan-lahan Mak Cik Besah lepaskan nafas.
            “Dewi tu baik budaknya. Tapi kesian sebab dia dah terlalu menderita. Apa yang berlaku bukan salah dia. Tapi masyarakat bertindak untuk menghukum dia. Kalau mak cik ada anak lelaki yang dah besar, dah lama mak cik kahwinkan dengan Dewi. Biar hilang derita Dewi. Biar selamat aib Dewi.”
            Mak Cik Besah mengesat hujung matanya yang berair.
            “Dewi kena rogol ke...?”
            Perlahan-lahan wanita tua itu mengangguk.
Naira tutup mulut. Padanlah saban malam Dewi mengigau. Rupanya, berat benar dugaan yang dipikul. Tapi Dewi kelihatan amat tabah. Selama mereka kenal, tak pernah sekali  pun Naira dengar Dewi merungut apatah lagi tentang kandungannya.
            “Siapa yang rogol dia?” Okay, soalan itu yang dia paling nak tahu.
            “Baiklah Naira tanya Dewi sendiri...”
            Naira duduk di anak tangga dapur. “Susah mak cik... dari pemerhatian saya, Dewi tu memendam rasa orangnya.”
            “Itulah yang kita kena bantu. Dari dulu dia simpan sakit tu sorang-sorang. Jadi Nairalah yang kena bantu dia luahkan apa yang dia rasa. Bukannya mak cik nak suruh dia mengeluh... tapi tak salah kan berkongsi derita untuk kurangkan beban pada hati sendiri?”
            Lama Naira diam. Mungkin betul cakap Mak Cik Besah, dia kena lakukan sendiri.
            Balik dari rumah Mak Cik Besah, Naira nampak Dewi sudah bersiap mengenakan tudung di kepala.
            “Dewi nak pergi mana pagi-pagi ni?”
            “Pergi kubur.”
            Lupa. Memang kebiasaannya hari jumaat Dewi ke kubur. Tapi jumaat lepas dia tak boleh sembahyang, itu yang tak dapat menemani Dewi ke kubur.
“Erk... Akak ikut boleh? Akak suruh Mak Cik Besah tolong tengok-tengokkan umi ya?” Pelawa Naira sambil bangun. Baru je dia melangkah, dia kembali mendapatkan Dewi.
            “Erk....”
            “Kenapa kak?” Tanya Dewi aneh.
            “Kita nak ke kubur kan? Akak tak ada tudung. Boleh pinjam tudung Dewi?” Haish, malu pulak rasa hati ini. Nak ke kubur je baru nak pakai tudung? Habis tu ingat dekat tempat lain boleh langgar peraturan tuhan ke Naira?
            Dewi simpan senyum. “Boleh... kejap..” Tudung itu diserahkan pada Naira.
            Pertama kali tengok Naira bertudung, Dewi memuji kagum. Cantik.
            “Cantik...” Terlepas juga keluar dari mulut Dewi.
            “Ada-ada je Dewi ni.. Jom kita pergi. Akak dah pesan pada Mak cik Besah. Lagipun Umi tengah tidur.”
            Sampai di kubur, terus mereka berdua sama-sama membaca surah yasin. Mata Naira membaca nama di batu nisan. Mengagak sendiri yang mungkin ini adalah kubur arwah ayahnya.
            Pabila hendak pulang, Dewi singgah di sebuah kubur lain pula. Lama Dewi termenung di situ sambil mengusap perutnya sendiri. Mulutnya terkumat kamit sendiri. Entah apa yang dibacakan atau dikatakan, Naira sendiri tak pasti dan langsung tidak bertanya.
            Di almari solek di rumah Dewi, terdapat sekeping gambar keluarga Dewi. Ada emak, ayah dan si abang. Tak pernah pula Naira tanya dimana abangnya? Atau itu adalah kubur abangnya?
            Oh Tuhan.... pening kepala otak dibuatnya.
***
            Makan sudah. Solat sudah. Mungkin dah tiba masanya... Seperti malam sebelumnya, mereka berdua gemar melepak di pangkin. Di bawah pokok mempelam sambil ditemani cahaya suram.
            Naira tarik nafas. Ya, dia tahu bukan mudah nak mulakan semuanya. Ingat boleh tanya terus ke? Siapa bapa kandungan Dewi ini? Lepas tu dapat jawapan lepas tu boleh tidur tenang?
            Tak. Susah. Dan pastinya tak mudah.
            Yang dia nak selongkar sekarang bukannya laci meja. Yang dia nak tahu puncanya bukannya macam dalam cerita novel yang terus boleh selak ending. Yang dia nak terokai sekarang adalah hati manusia. Hati yang dah terlalu lama tercedera tapi hati itu tetap percaya semua yang berlaku adalah dari tiket kasih sayang Allah.
            “Kenapa akak senyap je?” Tanya Dewi pelik. Seharian ini, memang kelakuan Naira pelik benar. Dia ada buat salah ke?
            “Tiba-tiba... teringatkan keluarga yang jauh tu.” Untuk meletakkan mereka dalam frekuensi yang sama, dialah yang terlebih dahulu perlu meluahkan cerita. Lagipun, dia nak Dewi tahu yang kisah hidupnya tidaklah sesempurna mana.
            Dewi senyum. “Jauh di mata, dekat di hati kan?”
            Naira menggeleng. Menidakkan.
            “Tak Dewi.. Jauh di mata, tak tergapai dek tangan, tak terjangkau dek hati.”
            Dewi mula memberi fokus pada Naira. Nampaknya, Naira seperti menyimpan kisah sendiri. “Cuba akak cerita.. Walau Dewi tak boleh tolong pun, sekurang-kurangnya boleh legakan perasaan akak sendiri kan?”
            Step pertama dah berjaya. Intro cerita boleh dilemparkan.   
            “Akak ada tiga orang adik beradik. Akak anak bongsu. Akak ada abang dan seorang kakak. Mak ayah akak dah bercerai dari kecik. Kami hidup asing-asing. Dulu akak duduk asrama, lepas tu kalau cuti je merantau rumah sedara mara. Jaranglah dapat jumpa dengan mak ayah akak.”
            Oh...begitu rupanya kisah Naira. Mati-mati Dewi ingat yang hidup Naira bahagia. Sebab itu dia jadi tak berani nak ceritakan kisah hidupnya yang penuh cela ini.
            “Akak tak balik rumah derang?”
            “Bila akak balik rumah papa, mama bising. Bila balik rumah mama, papa pulak yang bising. Lagipun bila balik, akak jadi canggung Dewi. Akak rasa macam orang luar. Macam derang bukan ahli keluarga akak.”
            Tiba-tiba emosi dia bergolak sendiri. Konon tadi nak berlakon je.
            “Akak selalu harap yang derang akan telefon akak. At least tanya akak sihat tak? Belajar okay ke tak? Memang dari segi kewangan, derang tak pernah gagal. Akak boleh dapat apa sahaja yang akak nak. Apa yang akak tak dapat pun derang akan bagi. Kadang-kadang mama dan papa akak bergaduh sebab nak tunjuk siapa lagi bagus dalam memberikan keselesaan dan kemewahan.”
            Disapu bahu Naira. Nampak seolah Naira cuba menahan air mata.
            “Luahkan je kak.. Jangan simpan sengsorang.” Pujuk Dewi ikut turut merasai keperitan hati Naira.
            “Malu ah cerita kisah tak sempurna keluarga akak ni...” Naira pura-pura menepis air mata sendiri padahal bukannya menangis pun.
            “At least Dewi beruntung, ada umi yang sayangkan Dewi. Ada arwah ayah yang sentiasa titipkan cinta untuk anaknya.” Giat Naira lagi.
            Laju Dewi menggeleng.
            “Setiap hari Dewi berdoa kak... agar tak ada orang lalui hidup macam yang Dewi lalui...” Emosi yang bergelora itu sudah merebak ke jasadnya pula.
            Okay, now! Serang Naira.
            “kenapa Dewi cakap macam tu?”
            Melihatkan Dewi yang terdiam, Naira capai tangan Dewi. “Kongsilah dengan akak... Apa yang sebenarnya dah berlaku?” Berhati-hati Naira bertanya. Tidak mahu menggores hati kecil Dewi.
            Dewi tak pasti hendak bermula dari mana... yang pasti semuanya bermula selepas kematian ayahnya.
            “Ayah Dewi tok imam di masjid kampung ni. Hayat ayah berakhir sewaktu mengimamkan solat subuh. Sejak itu, umi yang menanggung perbelanjaan keluarga. Umi yang berkerja keras untuk memastikan kami dua beradik cukup makan pakai memandangkan Dewi baru sahaja masuk tingkatan enam rendah manakala abang tahun pertama Universiti.”
            Ceritanya terhenti seketika sebelum dia melepaskan nafas.
            “Sebab terlalu kerja keras, Umi jatuh sakit dan terkena serangan strok. Sejak itu kami hilang punca pendapatan. Kerana terdesak, abang terpaksa berhenti belajar untuk menjaga kami, Dewi dan umi... Kami tak ada saudara mara. Kalau ada pun jauh... jadi kami sendiri kena berjuang untuk meneruskan kehidupan.”
            Dewi ingat lagi bagaimana kecewanya Fahmi pabila terpaksa berhenti belajar sedangkan dia antara pelajar cemerlang yang selalu dibanggakan orang kampung.
            “Dewi ada tawarkan diri nak berkerja. Dewi sanggup berhenti belajar dan kerja di kilang. Tapi abang tak bagi. Dia suruh Dewi belajar untuk ubah nasib keluarga.”
            Air mata yang kabur cuba ditahan.
            “Abang ada kan? Buat apa nak berhenti belajar? Dewi jangan risau pasal duit. Pandailah abang uruskan.”
            “Lepas tu?” Soal Naira pabila Dewi seakan-akan sedang melayan perasaan.
            “Selepas dari itu abang Fahmi pergi pagi, balik malam. Dia sungguh-sungguh keluar mencari rezeki. Bila ditanya, hanya buruh kasar sebagai jawapan pekerjaannya. Sampailah satu malam...”
            Dewi ingat lagi. Malam itu cuaca dingin sungguh. Dia melangkah ke bilik si abang untuk meletakkan selimut. Tapi pabila bilik terbuka, dia mendapati si abang sedang menghisap dadah!
            Jarum bersepah di sekitar bilik. Kenapa dia langsung tak perasan yang abangnya sudah pulang?
            “Abang... apa abang buat ni.” Dewi mengucap panjang. Sungguh, dia tak pernah menyangka yang si abang sanggup mengambil benda haram itu.
            Fahmi memandangnya dengan senyuman. Tapi Dewi tahu hanya jasad Fahmi sahaja berada di depannya. Bukan jiwa raganya yang telah dimamah oleh dadah itu.
            “Siapa ni?” Suara lelaki asing itu membuatkan Dewi menoleh dan tersentak.
            Rupanya bukan abang seorang yang berada di dalam bilik tu.... ada seorang lagi lelaki yang turut bersamanya. Menyedari yang kepalanya tidak ditutup dengan tudung, cepat Dewi hendak keluar dari bilik abangnya tapi dihalang oleh lelaki asing itu.
            Dewi telan liur.
            “Cantik ah adik kau....” Badan lelaki itu terhuyung hayang sambil tangannya merayap menyentuh badan Dewi.
            “Jangan kau berani sentuh aku! Abang, tengok kawan abang ni!” Dia  cuba mendapatkan abangnya. Pabila Fahmi langsung tak mempedulikan dirinya, laju dirampas jarum yang berada di pegangan Fahmi itu.
            “Abang... sedarlah. Benda ni membahayakan nyawa abang!” Suara Dewi dah meninggi. Kecewanya berbalang-balang.
            Tindakan Dewi memang mengundang marah Fahmi. “Kau berambus! Jangan kacau hidup aku!” Dada Fahmi bergelombang. Mengawal marah.
Seumur hidupnya, itulah pertama kali dia ditengking sebegitu rupa oleh si abang. Malah Fahmi sanggup menolak bahunya kuat.
Dewi hendak keluar tapi sekali lagi tubuhnya ditarik dan dicampak ke dinding.
            “Mie... Aku nak adik kau boleh?” Wajah keji sudah mendekat. Meloyakan Dewi sendiri.
            “Ambiklah....”
            Jawapan itu sungguh membuatkan Dewi terkejut. Sungguh, abang yang selama ini dijadi tempat berlindung, tiba-tiba memberi keizinan lelaki lain untuk menyentuh dirinya.
            “Abang....” Jerit Naira kuat.
“Abang....” Jerit Naira lagi. Namun sia-sia kerana jeritannya langsung tak didengari malah dia terus dikasari oleh teman si abang.
            Tak sedar, air mata Naira mengalir bila mendengar bait demi bait yang keluar dari mulut Dewi.
            “Dewi rasa hina sangat kak... Lebih-lebih lagi lelaki durjana tu ratah tubuh Dewi depan abang Dewi sendiri. Depan abang Dewi sendiri...” Kejadian itu kembali ke layar ingatan Dewi.
            Naira tarik badan Dewi rapat ke dadanya. Ya Allah, berat sungguh dugaan yang Kau lemparkan kepada Dewi. Sungguh, maruahnya dipijak dan dilanyak tanpa belas. Apatah lagi dikotori oleh darah dagingnya sendiri.
            Mereka berdua sama-sama mengongoi bersama tangisan.
            “Mana abang Dewi sekarang?” Sungguh, rasa hendak dibunuh manusia kejam itu. Kerana dadah... maruah adik yang menjadi taruhannya.
            “Abang masuk penjara...”
            “Oh... lelaki durjana tu?” Tak ingin nak tanya tapi harap Tuhan memberi balasan yang setimpal dengan kedurjanaannya.
            “Lelaki tu dah meninggal... Bila abang sedar pagi tu, dia nampak Dewi terbaring dan kemudian abang tikam kawan dia...” Sambung Dewi lemah.
            Kali ini Naira bertambah melopong. Ya Allah...
            Dewi masih ingat lagi.
            “Kurang ajar! Hey yang kau makan tu adik aku kau tau tak? Adik aku!” Sampai lunyai lelaki itu dikerjakan oleh Fahmi.
            “Kan kau yang bagi aku semalam? Kau lupa ke?” Ujar lelaki dengan senyuman mengejek.
            Fahmi yang terasa dicabar terus menikam Khalid dengan sepenuh hati. Langsung tak mampu berfikir baik buruk lagi. Dia kecewa... Sungguh, dia langsung tak sedar apa yang telah berlaku.
            Segala amanat arwah ayah yang menyuruh dia menjaga keluarga, habis berkecai begitu sahaja. Malah, tangannya sendiri yang menghancurkan segalanya.
            Dia yang bodoh! Dia sangka dadah dapat melenyapkan derita dia menanggung peritnya dugaan tuhan. Dia lupa untuk kembali pada Yang Maha Esa. Dia yang Maha mendengar segala rintihan hambanya.
            Dadah... sebenarnya tak pernah mampu mengubat apa pun.
            Dewi yang melihat tidak mampu menghalang. Semuanya berlaku sekelip mata.
            Fahmi menghampiri adiknya. Jiwa lelakinya terluka dengan kekejaman diri sendiri. “Maafkan abang... maafkan abang.. Abang tak sangka yang semua akan jadi macam ni...”
            Dewi tak mampu berfikir. Tika itu, dia hanya mampu menangis. Terus menangis bila mayat Khalid diusung pihak polis. Terus menangis bila melihat gari yang mengikat abangnya.
Malam itu, dia hilang semua!
            “Macam mana Dewi boleh hadapi semuanya sendiri?”
Tertanya-tanya Naira dibuatnya. Dulu dia rasa ujian untuknya sudah terlalu berat. Rupanya ada yang lebih teruji imannya. Benar kata orang, kalau kita rasa diri kita ni susah, ada orang lebih susah. Hidup yang kita keluhkan itu, rupanya lebih baik dari hidup orang lain.
Tak malunya dia.. merungut tentang segala macam kurniaan yang Tuhan kirimkan.
            “Dewi percaya satu perkara kak... Jalan terbaik untuk menghadapi ujian Allah adalah nampak semuanya dari Allah. Hati akan tenang walau apa sekalipun status hati kita.”         
            Remuk. Rebah. Resah.
            Tipu jika dia kata dia tidak pernah rasa semua itu. Saban malam, hanya Tuhan tempat dia menumpang berteduh. Mengharap kasih Tuhan. Mengharap belas ehsan Tuhan untuk hamba sepertinya.
            Kata-kata manusia keliling sentiasa menembak kesabaran hati.
            “Tengoklah anak lebai Majid tu... nama je anak tok imam tapi sanggup jual adik sendiri.”
            “Dulu kemain baik lagi si Fahmi tu. Rupanya penagih dadah! Mintak simpang dapat menantu macam gitu.”
            “Mengandung pulak si Dewi tu. Kenapa dia tak nak gugurkan? Tak malu ke?”
            Kata-kata orang tu bukan sahaja memedihkan telinga. Tapi boleh buat hati mati. Mujur tika itu dia ada Tuhan. Tuhan jaga dan bimbing hatinya melalui iman. Tanamkan pada hati yang dia beruntung kerana diuji. Diuji untuk menduga iman dan amalnya.
            Naira menggelengkan kepalanya beberapa kali.
            “Kalau akak... belum tentu akak mampu jadi setabah Dewi.”
            Tengoklah keadaan dirinya yang compang camping ini. Diuji sedikit pun, keluhnya bermacam nadanya. Malunya dia pada Dewi. Lebih-lebih lagi pada Tuhan.
            Tangan Naira dicapai lembut oleh Dewi. “Jika kita bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri kita dan kita akan dikurniakan ganjaran pahala. Namun jika kita tak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas kita dan kita akan berdosa. Pilihan di tangan kita kan?”
            Allah. Terkedu Naira menyambut kata-kata itu.
            Betapa selama ini dia sering merungut pada Tuhan. Dia selalu persoalkan aturan tuhan pada dirinya.
            “Pesan ayah, Allah hanya akan menolong seseorang bila ia memelihara agamanya dengan amal yang nyata sama ada di masa susah mahupun senang. Dari situlah letaknya pengabdian dan kehambaan seseorang kepada Allah. Itulah manusia yang tidak luput dari kelemahan yang mengkehendaki pertolongan Allah. Sebab itu kita selalu baca dalam solat... Kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami minta pertolongan.”    
            Dalam makna kata-kata Dewi itu.
            Padanlah Dewi tenang orangnya. Sebab Tuhan ubat kepada kelukaannya. Tidak seperti dia.
            Air mata Naira mengalir tidak berhenti. Malunya dia pada Tuhan. Malunya dia ...
            “Jangan disedihkan takdir hidup kita. Walau di luar kemahuan sendiri, tapi tuhan tahu ia berada di dalam kemampuan kita. Sebab itu Allah uji.”
            Nasihat Dewi lagi.
            Naira ketawa sedikit bersama tangis. Ini siapa yang pujuk siapa ni? Dia nak pujuk Dewi ke atau Dewi pujuk dia?
            Tubuh Dewi ditarik rapat. Belakang si adik diusap lembut. Perhubungan tanpa talian ini menghubung berjuta rasa. Mengingatkan dirinya akan hubungannya dengan Tuhan yang renggang. Memulangkan secebis kenangannya bersama keluarga yang tak banyak mana tu. Mengingatkan dia pada perasaan yang dahulunya pernah menggila pada Amril.
            Dewi bersyukur diberikan teman seperti Naira. Akhirnya semua yang terkubur di hati diluahkan juga. Sekarang hatinya benar-benar lega. Berkongsi itu memang mampu mengurangkan beban hati.
            Hati yang mengamuk itu perlukan ubatnya. Carilah Tuhan walau apa pun keadaan kita, kerana Dia mampu terima apa pun cela hambaNya. Tinggal kita sahaja... hendak menapak atau masih selesa di takuk lama.
***
            Jam menunjukkan pukul empat pagi. Naira jatuh sujud menyembah Yang Maha Esa.
            Sebelum tidur tadi, sempat dia mendengar tazkirah ringkas daripada Dewi.
            “Perliharalah Allah SWT nescaya kita akan dapati Dia berada di hadapan kita, menyertai dan menolong kita. Dan kenalilah Allah pada masa lapang, nescaya Dia akan kenal kita pada masa susah di kala kita sedang menghadapi perkara sukar.”
            Setelah ditimbang semula, memang benar. Dah susah, baru reti nak cari jalan pulang. Masa senang, Tuhan itu seperti tidak wujud. Punyalah bangga dengan bahagia yang kita rasa sedangkan bahagia itu pun dipinjam sebentar dariNya.
            Dewi menyambung ceritanya kembali.
            “Salman Al-Farisi, seorang sahabat utama Rasulullah meriwayatkan, apabila seorang hamba selalu memohon kepada Allah di masa senang, kemudian ia mengenali kesusahan lalu berdoa kepada Allah, maka berkatalah malaikat, Suara ini sudah terkenal maka tolonglah akan orang yang mempunyai suara itu. Sebaliknya jika suaranya tidak dikenali selama ini kecuali di masa susah, malaikat itu akan berkata, suara itu tidak pernah dikenal maka janganlah ditolong akan dia.”
            Terketar tubuh Naira lagi.
            Dia... Dialah yang sering mencari Tuhan tika jalan itu  mula jadi tidak mudah. Dialah yang sering melupakan Tuhan bila wajah dihimpit senyum dan hati ditebari bahagia.
            Padanlah terasa ada doa yang ditangguhkan Tuhan. Tak bukan. Sebenarnya manusia yang melambatkan dan menangguhkan kebahagian diri sendiri.
            Dia lupa.... solat bukan macam spare tayar yang hanya guna bila diri dijengah kesusahan...
            Dengan diri yang masih bertelekung, Naira merenung wajah tenang Dewi. Dia hendak menunggu. Bimbang jika tidur Dewi terganggu seperti kebiasaannya. Tapi tanpa sedar, dia terlelap sendiri di situ.
            Dia hanya sedar pabila Dewi mengejutkan dirinya.
            “Kenapa akak tidur macam ni?” Tegur Dewi dengan mata yang masih terpisat.
            “Dewi dah bangun?”
            “Dah... baru bangun. Kenapa kak?”
            “Dewi tak mengigau?” Soalan Naira itu membuatkan wajah Dewi terpinga sedikit. Aah, dia tidak mengigau malam ini? Dia tidak meracau dalam tidur lagi? Dan tadi... mimpinya dilewati dengan mimpi indah.
            Allah.
            Terus dipeluk badan Naira. Erat. Bagai langsung tidak mahu melepaskan. Naira yang juga terpinga itu turut tersenyum. Mungkin ini hikmah berkongsi yang Allah nak tunjuk.
            Manisnya percaturan Allah. Langsung membuatkan keduanya hilang bicara.
***
            Perut Dewi terasa memulas benar. Sepanjang mengandung, tak pernah-pernah dia rasa sakit yang sebegini. Dia cuba mengawal riak wajah agar tidak kelihatan ketara sakit di hadapan Naira.
            Tapi... si kakak itu cepat benar dapat menelaah jiwanya.
            “Dewi okay ke tak ni? Kita pergi klinik ya?”
            “Dewi okay kak. Jangan risau. Sakit sikit je.” Tolak Dewi menggeleng. Dia sudah terlalu menyusahkan Naira. Sudah-sudahlah. Dia bimbang si hati menjadi lebih manja dan tak kuat pabila kehilangan Naira nanti.
            “Okay... Dewi pakai tudung sekarang. Kita pergi klinik. Akak pergi rumah Mak cik Besah kejap. Suruh dia tolong tengokkan Umi.”
            Usai itu terus dia keluar dari rumah. Kaki melangkah ke rumah mak cik Besah. Sesudah menyampaikan pesan, dia kembali ke rumah. Sempat dia mencapai telefon bimbit. Menghantar pesanan ringkas kepada Amril.
            Sejak dari malam dia mengetahui kebenarannya, seluruh jiwanya dah merelakan kebahagian Amril bersama Dewi. Tekadnya kini, dia ingin menyatukan keduanya.
            Pertama kali buat check up untuk bayi dalam kandungannya. Nyata Dewi tidak mampu menutupi kegugupannya. Moga semuanya dipermudahkan Allah.
            “Bayi Puan Dewi berada dalam keadaan sihat. Mengikut dari hasil scan yang kami lakukan, kemungkinan bayi dalam kandungan Puan adalah perempuan.”
            Naira bersorak seronok. Dah lama tak dandan baby perempuan. Dewi sengih dan dalam masa yang sama menitipkan rasa syukur yang tak sudah sudah pada Yang Maha Esa.
            Dulu, dia sangka yang dia akan sendiri menghadapi saat-saat kelahiran anaknya. Siapa tahu, Allah kirimkan seorang insan untuk menghilangkan lelahnya.
Usai membayar dan mendapatkan ubat, Naira beriringan bersama Dewi keluar dari klinik.
“Segan saya dengan akak. Entah dah berapa banyak hutang saya pada akak.” Luah Dewi rendah diri.
“Ish... Apa yang akak punya ni pun milik Dewi. Akak Cuma harap Dewi dan anak Dewi selamat... Itu doa akak siang dan malam.” Sejak dua menjak ini, Dewi adalah perkara pertama yang dia doakan. Doakan bahagia Dewi. Doakan kesejahteraan Dewi. Untuk dia, entah... dia tak mengharapkan apa-apa lagi.
“Dewi....” Panggilan itu membuatkan keduanya berpaling.
“Apa awak buat kat sini?” Tany Dewi tak senang. Sungguh, dia tak mahu berjumpa dengan Amril lagi. Tapi kenapa takdir sering membawa ke arah langkah yang sama?
“Erk... saya...” Belum sempat Amril memberikan jawapan, Naira sudah mencelah.
“Wah.. kebetulan yang indah. Hmm, kau free tak Amril?” Tanya Naira terus. Tak mahu Dewi tahu yang dia mesej Amril tadi.
Amril yang masih terpinga itu terus menjawab. “Free.” Dalam masa yang sama, anak mata tak lari dari memandang wajah Naira yang lain macam itu. Ceria dan lebih cantik bila mengenakan tudung di kepala.
Sejak bila Naira bertudung? Taktik terbaru nak pikat dia ke apa?
“Okay cun. Jom ah ikut kita orang shopping barang baby.” Ajak Naira tanpa mempedulikan jelingan Dewi.
“Akak.. Shopping tak ada dalam perancangan kita pun kan?” Nak membeli belah bersama Amril? Oh.. separuh hatinya tak rela. Tahu dek Puan Norita nanti, mati dia dikerjakan.
“Ish.. baby Dewi dah lapan bulan. Satu habuk pun kita tak beli lagi. Jadi kita kan nak beli banyak barang... Mestilah memerlukan kudrat lelaki nak angkat kan. Sebab tu akak ajak Amril.”
Naira memang lain semacam di pandangan Amril. Lain sesangat! Apa lagi yang perempuan gila ni rancang?
“Eh Amril, awak tahu tak? Doktor scan tadi. Maybe kita akan terima baby girl...” Ujar Naira masih ceria. Cuba menghilangkan canggung antara dia, Dewi dan Amril.
“Oh.. really.” Muka Amril ceria sambil pandang wajah Dewi yang menunduk. Dia tumpang bahagia. Dia dah tekad nak sayang anak Dewi macam anak sendiri.
“Jomlah... nanti lama pulak masa Mak Cik Besah jaga umi.”
Terus mereka bergerak ke pasaraya yang terdapat di bandar. Mencari semua keperluan baby.
Masuk sahaja ke dalam kedai Anakku, terus mereka membawa haluan masing-masing. Amril yang masih diserang tanda tanya terus menyerang Naira.
Suara sinis mula menyambar.  “Kenapa pakai tudung? Dewi suruh?”
Pergh... soalan itu bukan je bikin sentap hati. Tapi siatkan jiwa raga. Kalau ya nak tanya, tak payahlah letak jawapan ikut suka sendiri.
Naira senyum sinis. “Tuhan Dewi suruh.” Bagi jawapan tak cerdik untuk menjawab soalan tak cerdik itu.
Amril nilah... bikin hati bengkak sahaja.
“Oh... Tuhan Dewi... Kenapa? Kau tak ada Tuhan?” Soalan membakar lagi. Apa Naira ingat dia percaya ke taktik kotor Naira tu? Pagi-pagi mesej dengannya kata nak bawa Dewi pergi klinik.
Itu hanya main point sebab point asal dia ialah nak tunjuk yang dia telah bertudung? Nak tunjuk dia jadi baik? Nak tunjuk yang dia tak kurang apa-apa dengan Dewi? Begitu? Oh lapuk sangatlah Naira..
“Orang macam aku ni tak layak ke dipeluangkan untuk pulang ke pangkal jalan?” Soal Naira berani. Hei, dia mungkin tak bertudung selama ini. Tapi itu tidak bermakna dia buta agama. Kenapa manusia selalu suka nak mengadili manusia yang lain?
“Bukan tak layak... Tapi kenapa sekarang? Kenapa tak waktu kita kat kampus?”
Betul kata orang. Kalau orang tu nak tuduh, dia akan tuduh sampai kita penat nak jawab. Kalau dia nak tahu, dia akan selidik awal dahulu. Setiap salah kita akan dihukum. Setiap pohonan maaf kita akan dicaci.
“Hidayah Tuhan bukan di waktu kau suka Ril... Bukan di waktu kau perlu. Tapi di tiap-tiap waktu yang Dia titiskan untuk hambaNya...” Perlahan suara Naira. Ini baru hendak menjawab dengan manusia.
Entah apa yang mampu dijawab pada Tuhan bila ditanya kekhilafannya kerana tidak menutup aurat dahulu. Moga Tuhan hulurkan ampun dan maaf buat dirinya.
Amril kembali beristighfar di dalam hati. Dia dah terlalu tersasar menghukum manusia. Seharusnya dia tidak patut menilai Naira berdasarkan masa silam . Semua orang mampu berubah. Malah mungkin jauh lebih baik dari yang kita jangkakan.
Terlalu menurut kata hati hingga terlupa bahawa Allah itu Maha membolak-balik si empunya hati. Entah apa pula kedudukannya esok atau lusa.
Yang harus dilakukan setiap orang berakhlak adalah mencari keselamatan tanpa mencari-cari aib orang lain sambil meluruskan aib diri sendiri. Sebab siapa yang dapat melihat dan memperbaiki aib dirinya tanpa mencari-cari aib orang lain bererti dia telah mententeramkan dirinya dan tidak membebani hatinya. Selagi dia melihat aib dirinya, tentu dia tidak nampak untuk melihat aib serupa pada diri saudaranya.
Sedangkan aib sendiri pun Allah larang kita mendedahkannya. Inikan pula aib orang lain.
Kali ini Amril terdiam. Dia tahu, dia dah terlalu prejudis pada Naira.
“Maafkan aku.. Aku lupa. Benci Dosa. Bukan pendosa.” Pertama kali Naira dapat merasakan yang suara Amril ikhlas menegurnya.
“Ril.... Aku tak harap untuk berlebih. Tapi kalau kita dapat berbaik pun dah cukup baik bagi aku. Aku dah penatlah bergaduh dengan kau. Kau tak pernat ke?” Seloroh Naira cuba membuang rasa tidak enak itu jauh-jauh.
Ungkapan maaf itu sudah cukup membahagiakan dan membuatkan dirinya rasa diterima.
“Penat jugak... Nak-nak kau payah benar nak mengalah.” Buat kali pertama, Amril rasa senang berbual dengan Naira.
“Sekarang aku mengaku kalah okay. Dewi memang tercipta untuk kau Ril... Aku doakan kalian bahagia.” Tutur Naira ikhlas. InsyaAllah, apa yang ada dalam hati dia, Tuhan akan bantu untuk leraikan rasa sakit itu.
Lagipun... cinta itu memang sinonim dengan prinsip tidak selalunya akan memiliki.
“Aku tahu... Banyak yang kau dah korbankan untuk Dewi.. Terima kasih.”
“Nyawa pun aku sanggup korbankan untuk Dewi Ril...” Luah Naira ikhlas. Ya, jika Tuhan pinta nyawanya, pasti tanpa berfikir panjang dia akan memberikannya.
Topik perbualan mereka bertukar serius sehingga...
 “Ril dengan akak pilih baju ke?” Dewi datang menghampiri keduanya. Dia terlalu ralit memerhatikan mainan bayi di kawasan satu lagi. Sampai lupa tujuan datang ke mari.
“Erk... sebab baby girl.. jadi kita pilih baju warna pink.” Cadang Amril sambil menarik dan menyusun semua baju berwarna pink  yang sedari tadi bermain di tangannya. Rasa comel sangat dan rasa macam shopping untuk anak sendiri.
“Hei... dunia dah canggih okay. Perempuan tak semestinya kena pakai pink. Jadi kena pelbagaikan.” Pangkah Naira tak puas hati dan terus mengambil baju berwarna hijau, biru, ungu dan banyak lagi.
“Pinklah sesuai untuk bayi perempuan.” Haih, Naira ni cari gaduh pulak. Baru lepas berbaik tadi.
“Nope! Kita perlukan kepelbagaian.”
Dewi pening kepala. Dari cara gaduh mereka berdua, macam Naira dan Amril dan kenal benar? Atau... sikap mesra alam Naira membuatkan Amril jadi tak canggung?
Tapi sekali pandang, derang nampak sesuai benar.
“Okay, biar kita suruh Dewi pilih.” Cadang Amril geram.
Dewi pandang keduanya yang berharap agar dia memihak kepada mereka berdua. “Apa kata kalau kita beli putih...” Cadangan Dewi terus membuatkan Naira dan Amril  memberontak.
“Hei... bagilah warna lain Dewi oit...”
“Dewi sayang... putih pun cantik. Tapi cepat kotor untuk baby. Kita ambil pink eh?” Pujuk Amril lembut.
Naira yang melihat cuba buat-buat tak nampak. Gelaran sayang itu terus Naira buat-buat tak dengar. Naira tahu dia kuat.
“Saya tak kira.. saya nak ambil warna ni dan nak pergi bayar.” Terus Naira angkat kaki.
Hati dia hilang. Tapi sedikit sebanyak dia lega. At least dia tak gila macam dulu-dulu. Menenggek menagih kasih Amril yang memang nyata bukan untuknya.
Amril is a something between a dream and a miracle and for sure Naira tak mampu untuk memilikinya.
Dewi ketawa. “Kak Naira tu comel kan? Baik pulak tuh...” Puji Dewi ikhlas. Sebenarnya tak ada topik nak bercakap dengan Amril sekarang.
Amril senyap tapi menghalakan pandang ke arah Naira yang sedang berada di kaunter pembayaran. Ya, dia dapat lihat kebaikan hati Naira.
“Comel dia tak boleh tanding Dewi hati saya...”
Luahan Amril itu cuba ditolak oleh Dewi.
“Ril....” Susah nak menolak bilamana hatinya jugak berkehendakan perkara yang sama.
“Dewi boleh buang Ril dalam hidup Dewi. Tapi Dewi tak boleh halang untuk Ril simpan cinta kita dalam hati Ril. Tapi Ril tahu... Dalam hati Dewi hanya ada nama Ril kan?”
Pandangan ditundukkan. Perut yang memboyot diusap perlahan oleh Dewi. Dia tak mahu menjadi beban Amril. Dia tak mahu hubungan Amril dan Puan Norita retak disebabkan dia.
“Ril... walau hati kita sehala, takdir kita tak semestinya sehaluan..”
Pendek ayat Dewi itu. Tapi tak ringan untuk Amril pikul.
 Dikumpul beberapa helai baju berwarna pink itu. Sudah berkira-kira hendak ke kaunter pembayaran.
“If there ever comes a day when we can’t be together, keep me in your heart. I’ll stay there forever.... Forever and ever...” Luah Amril sebelum berlalu meninggalkan Dewi terkulat sendiri.
Dan Dewi perasan.... di tangan lelaki itu ada sehelai pakaian berwarna putih. Pakaian yang dipilih olehnya tadi.
‘Ah Amril... dia senantiasa hendak menyempurnakan hasrat hati ini..’
***
            Pagi-pagi lagi Naira dah mesej Amril suruh datang ke rumah Dewi untuk memotong rumput yang meliar di sekitar kawasan bilik air. Bimbang jika ada binatang yang tidak diingini muncul pulak nanti.
            Kawasan kampung yang dipenuhi bendang, siapa tak risau.
            “Kenapa akak panggil Ril?” Tanya Dewi sedikit tak berpuas hati bila Amril sudah ke belakang dengan mesin rumput tergalas di belakang badan.
            “Nak suruh dia potong rumput tu. Dia cakap okay je.” Naira tayang muka tak bersalah sambil menyediakan bahan untuk membuat cekodok.
            Dewi tak tinggal diam. Laju sahaja dia duduk di sebelah Naira. “Kak, mak Ril tak sukakan saya... Kalau dia tahu Ril datang ke sini, mati saya dia kerjakan.”
            Naira lepas nafas. “Kenapa mak dia benci sangat dekat Dewi? Dan apa sebenarnya hubungan Dewi dengan Ril sampai Dewi selalu mengelak dari nak berjumpa dengan dia?”
            Dia tahu, kalau dia tak tanya, Dewi tak akan rajin mulut bercerita sendiri. Dia kenal Dewi dengan baik.
            Dari apa yang dia tahu, Dewi dan Amril memang suka sama suka. Tapi siapa yang menghalang cinta mereka?
            Berat sungguh untuk Naira buka sejarah silam semalam.
            “Saya ni calon pilihan mak dia dulu... Mak dia dah cakap, habis belajar nanti, dia nak kahwinkan saya dengan Ril.” Mungkin patut Dewi cerita pada Naira untuk menghalang Naira dari mendekatkan dia dengan Amril lagi.
            “Oh... jadi lepas berlaku insiden tu, dia terus tak mahu terima kamu jadi menantu? Macam gitu?” Haih, boleh tahan demanding jugak mak si Amril ni.
            Laju Dewi menggeleng. “Lepas abang kena tangkap, mak dia yang paling banyak bagi semangat kak... Mak dia yang tolong Dewi dan umi. Tapi.... bila Dewi mengandung, mak Amril tak boleh terima..” Terhenti seketika penceritaan Dewi. Mengambil nafas yang terputus.
            Naira yang terkejut hanya menanti cerita selanjutnya.
            “.... mak dia suruh Dewi gugurkan kandungan ni sebab dia tak mahu keluarga dia yang lain tahu pasal anak luar nikah ni.”
            Sambungan ayat Dewi itu memang mampu buat rahang Naira terjatuh? Apa? Jadi sebab bayi dalam kandungan itulah yang buat mak Amril benci pada Dewi.
            Dewi pejam mata. Mengimbau kenangan itu.
            “Mak cik boleh terima apa yang jadi pada kamu tapi mak cik tak boleh terima kalau kamu teruskan kandungan kamu ni. Lagipun banyak masalahnya kalau kita besarkan anak yang tak sah taraf ni Dewi.” Pujuk Puan Norita masih berlembut.
            Dewi menggeleng. Cuba tenang walau dah hilang daya. “Dosa... tak boleh ditutup dengan dosa mak cik. Saya tak boleh bunuh anak saya sendiri.” Deraian air mata dah melingkar di ruang wajah. Mata menjeling ke arah Amril yang berdiri di belakang Puan Norita. Mengharapkan secebis kata dari lelaki itu.
            “Mak... biarlah Dewi nak lahirkan baby tu pun. Lagipun budak tu tak berdosa.” Dia hormat keputusan Dewi. Lagipun apa yang Dewi katakan itu memang benar. Dosa tak mampu dihapuskan dengan dosa.
            Membunuh walau dengan menggugurkan kandungan merupakan dosa besar.
            “Ini soal masa depan kamu orang? Hei... nanti kalau orang lain tanya apa korang nak jawab hah? Dia ni anak luar nikah hasil kena rogol? Macam gitu? Mana mak nak letak muka... Mana?” Tengking Puan Norita berang dengan keputusan Dewi dan Amril.
            “Maafkan saya mak cik... Tapi saya tetap tak akan gugurkan kandungan ni.” Putus Dewi muktamad.
            Puan Norita gigit bibir. Sakit sungguh hatinya. “Nampaknya kamu dah ada keputusan sendiri kan? Okay... sekarang mak cik beri kamu pilihan sama ada nak gugurkan kandungan dan kamu boleh kahwin dengan Ril atau kamu teruskan kandungan dan jangan bermimpi untuk kahwin dengan Ril. Sekarang kamu pilih!”
            Jangan cakap yang dia kejam sangat sampai tak mampu memberi pilihan kepada Dewi. Apa yang dia buat semua untuk anak lelakinya. Dia tidak mahu anak lelakinya terbeban dengan anak luar nikah itu.
            “Mak... apa ni? Kenapa suruh Dewi pilih yang bukan-bukan?” Amril bersuara dan tidak menyokong si ibu.
            “Mak nak tahu, siapa yang lebih penting dalam hidup Dewi. Ril ataupun anak tak sah taraf itu?” Ujar si ibu dengan nafas naik turun. Bila letakkan Dewi dalam keadaan seperti ini, mungkin mampu membuatkan Dewi berfikir masak-masak yang anak itu hanya akan memberi beban pada masa akan datang.
            Dewi berdiri sambil mengengam tangan sendiri. Dua-dua dia sayang. Tapi dia hanya boleh memilih salah satu.
            Si anak yang tidak bersalah.
            Si Amril pemilik cintanya.
            Anak mata terus mencari wajah Amril. “Maafkan saya Ril....” Tangan menapak di perut sendiri. Menghantar isyarat bahawa anak ini lebih memerlukan dirinya.
            Awak ada segalanya Ril...
            Awak punya semuanya.
            ‘Tapi anak saya.. dia hanya ada saya... dia hanya punya saya...’ Biar satu dunia buang si anak pun, dia tetap akan pertahankan si kecil.
            “Dewi....” Suara Amril tak tertahan menahan sebak. Kenapa mereka perlu diletakkan dalam persimpangan seperti ini?
            “Okay. Kamu dengar tu Ril? Dewi dah buat keputusan dia. Kamu tu langsung tak penting dalam hidup dia lagi.” Puan Norita menghantar pesan kepada si anak dengan pandangan yang penuh kemarahan. Marah kerana Dewi mementingkan bayi itu lebih dari anaknya sendiri. Sia-sia dia berbuat baik dengan Dewi selama ini. Anak luar nikah itu juga yang mendapat perhatiannya!
            Puan Norita kembali memandang Dewi.
            “Dengar sini baik-baik Dewi. Mulai hari ini, kamu tak dibenarkan untuk berjumpa dengan anak aku. Jangan salahkah aku sebab keputusan ni kau yang pilih. Kalau aku nampak kau jumpa Amril, nahas kau aku kerjakan!”
            Amaran itu masih tersisip kemas di peluput pendengaran Dewi. Tak pernah sekalipun dia terlupa.
            “Tak patut betul...” Komen si Naira mengembalikan Dewi ke dunia realiti.
            “Jadi sebab tu saya tak berani nak jumpa Ril kak... Saya yang buat pilihan ni jadi saya yang kena tanggung akibatnya.”
            Naira menggeleng tak bersetuju. “Salah. Kamu tak sepatutnya membuat pilihan antara dua kepentingan yang sama penting. Amril penting untuk sisi hidup berpasangan. Anak Dewi pula perlukan si ibunya.”
            Sekarang baru Naira faham kenapa Amril tampak menderita sangat. Ya Tuhan... berat sungguh dugaan buat mereka berdua.
            Apa yang Naira perlu buat untuk menyatukan mereka berdua? Dan untuk ibu Amril... pasti tak semudah itu hendak memujuknya.
            Dewi bangun dan menapak ke muka pintu. Terpandangkan Amril yang sedang membersihkan kawasan rumahnya yang sudah dipenuhi rumput dan lalang.
            Setiap  waktu, saat dirinya kekurangan tenaga dalam keadaan darurat, dia seperti angin manis bahagia yang menghembus ke dalam hidupnya. Tapi sayang... Angin itu tidak mampu digenggam lama.
            “Panggil Ril... Akak dah siapkan cekodok.” Entah berapa lama dia ralit merenung Amril. Dia pun tak pasti. Hanya tersedar pabila mendengar suara Naira.
            Mereka bertiga mula melepak di atas pangkin. Senyap. Bisu.
            “Sedap cekodok ni. Dewi buat ke?”
            Soalan Amril membuatkan Naira pusing belakang. Apa pun yang dia buat, pasti Dewi akan mendapat namanya. Alah, biarlah. Perkara ini dah tak menjadi kudis buatnya.
            “Aah... Dewi buat.” Tak sempat Dewi menjawab, Naira mencelah dulu.
            Dewi pandang Naira pelik. Cepat sahaja Naira menukar posisi suasana dengan bercerita tentang bermacam-macam perkara. Tapi... perbualan mereka terganggu pabila sebuah kereta masuk ke dalam perkarangan rumah.
            Seorang wanita separuh abad keluar dari kereta itu. Dengan wajah yang mencuka.
            “Mak patutnya dah boleh agak yang kau balik ke kampung!”
            Dewi dan Amril berdiri secara serentak. Hanya Naira yang masih tenang. Melihatkan wajah seorang wanita tua yang seakan-akan dikenali, Naira mengerutkan dahi. Ini bukan ke mak cik yang dia bertekak waktu memula datang ke kampung dulu? Oh tidak....
            “Mak... Ril... boleh terangkan...” Dialog yang tidak mampu dirangka mula berterabur tak kena sasaran.
            Kaget dan panik! Macam mana mak dia boleh balik? Bukan ke mak nak tinggal lagi kat KL.
            “Apa yang Ril buat kat sini? Jadi hamba perempuan tak malu ni ke?” Jerit Puan Norita berang. Hati tuanya tidak mampu terima bila melihat Amril dengan baju yang kotor mengalahkan pekebun itu.
            Naira bangun.
            “Siapa yang mak cik panggil tak tahu malu tu.” Ikut sedap mulut dia je mengata Dewi.
            “Kau lagi?” Puan Norita gigit bibir. Ini bukan perempuan yang bela Dewi ke? Nampak lain bila bertudung. Hei, kenapa perempuan ni tak sudah-sudah menyusahkan dia?
            Dewi tarik lengan Naira.. Menghalang si kakak dari terus bertikam lidah.
            “Ya saya... Kenapa? Nak cari gaduh?” Sekarang, memang dah terang tang-tang yang dia akan direject kalau nak bersama dengan Amril pun. Ah gasaklah, dia dah tak peduli. Apapun, maruah Dewi perlu dipertahankan.
            “Kurang ajar kau kan? Kepala tu dah tutup tapi mulut tu tak reti nak tutup ke? Apa mak kau tak ajar kau beradab depan orang tua ke?” Pekik Puan Norita lagi.
            “Oh... tahu diri tu dah tua. Jadi buatlah perangai sopan-sopan macam orang tua.”
            Kali ini Amril tak tinggal diam. Laju dia memberi amaran pada Naira.
            “Naira, yang kau sedang bercakap sekarang ialah mak aku. Just give her some respect boleh tak?” Amril pulak naik darah.
            “Maaf Amril... aku sanggup tentang satu dunia untuk pertahankan Dewi.” Putus Naira muktamad. Sesiapa pun berani jentik Dewi, tak akan sesekali dilepaskan oleh Naira.
            Amril pening kepala. Seorang macam gini. Seorang macam gitu. Boleh pecah kepala otak dibuatnya.
Terus ditarik lengan si emak sebelum keadaan bertambah buruk. Baran si Naira ni bukan boleh kira. Tapi at least... dia lega kerana Dewi punya seseorang yang mampu pertahankan dia.
Kalau tak ada Naira, boleh jadi lunyai Dewi dikerjakan oleh si ibu.
            “Mak...kita bincang dekat rumah.” Putus Amril tegas.
            Ya. Dia salah. Dia akan mengaku salah dan akan menerima hukumannya. Apa sahaja selain dari menjarakkan diri dari Dewi.
***
            “Ril mintak maaf.”
            Pengakuan itu benar-benar ikhlas tanpa sedikit pun dipaksa.  Nampak jelingan si emak. Si ayah pula hanya duduk di kerusi membaca surat khabar. Kebiasaannya si ayah memang begitu. Dia tak terlalu bercampur urusan anak-anak.
            Cuma emak... yang tahap prihatinnya terlebih. Erk... mungkin jugak melebih-lebih.
            “Sebulan kamu tipu mak bulat-bulat kan? Kalau tak kerana Pak Cik Leman yang beritahu, agaknya sampai ke sudah mak tak tahu.”
            Hati tuanya sakit bila ditipu. Lebih sakit bila si anak melebihkan perempuan lain. Hah, itu sebab tak bagi kahwin. Kalau bagi kahwin gamaknya terus lupa mak ayah sendiri.
            “Ril tahu Ril salah. Tapi...” Belum sempat nak bela diri, kena smash lagi.
            “Tapi apa? Balik sebab nak jumpa dengan perempuan tu? Hei... tolonglah Ril. Kamu ni buta ke apa? Dia tak pilih kamu? Apa kamu tak malu ke terhegeh-hegeh dekat dia?” Suara Puan Norita meninggi lagi.
            “Bukan dia yang tak pilih Ril. Tapi mak yang paksa dia buat pilihan. Mak ingat dia suka ke? Mak ingat dia bahagia? Dah sah-sah anak dia perlukan dia. Dia bukan perempuan kejam mak.... yang sanggup bunuh anak sendiri.” Bela Amril lagi. Bosan dah duk ulang dialog yang sama.
            “Sebab tu mak nak dia gugurkan kandungan dia dulu. Mak tak mahu tanggung malu. Tengok sekarang. Satu kampung dah sisihkan dia.”
            “Orang kampung sisihkan dia sebab mak yang buat propaganda.... Cakap Dewi sosial lah... Padahal mak sendiri tahu Dewi macam mana kan? Mak kena ingat.. Fitnah tu dosa besar. Besar lagi dari membunuh.” Sabar Amril hilang sedikit demi sedikit.
            Payah nak bertekak dengan si ibu andai syurga yang menjadi taruhannya.
            Dia bukan nak pegang title anak derhaka. Jauh sekali bukan. Dia Cuma nak bela nasib Dewi. Nasib seorang perempuan yang teraniaya. Salah ke?
            “Mak tak boleh terima kalau kamu jadi pak sanggup.  Apa mak nak jawab dengan sedara mara kita.” Susah nak fahamkan anak lelaki yang otak dah letak kat lutut. Fikirnya cinta semata.
            Amril senyum sinis. Boleh tersiat hati yang melihat. Dia mula angkat punggung.
            “...Oh... Nak jawab dengan sedara mara mak takut? Dengan tuhan, tak takut pulak?” Tak menunggu lama, terus ditinggalkan si ibu yang masih berapi dengan kemarahan.
            “Jangan nak kuliahkan mak Ril... Mak tahu apa yang mak buat.” Marahnya makin menjadi bila si anak makin berdegil.
‘Hei Dewi, kenapalah tak kau mati je! Menyusahkan hidup aku anak beranak sungguh!’
***
            Tangan dilekatkan di atas dahi. Merenung syiling bilik. Dia hampir pasti yang Dewi tak akan menerimanya. Mana mungkin Dewi melukakan hati emaknya. Apalah yang dia boleh melembutkan hati si ibu untuk menerima Dewi?
            Teringat pula pada si Naira. Sungguh-sungguh gadis itu membela    Dewi.
            Hati jatuh menyesal bila selalu melayan Naira dengan buruk. Gadis itu tak adalah teruk mana.
            Sewaktu bersiar-siar di sekitar kampung, Amril nampak kelibat Naira dan Dewi yang sedang berbual di tepi bendang.
            “Dewi, buat apa ke sini?” Tanya Amril risau. Kandungan Dewi yang dah memboyot itu merisaukan dirinya. Risau nanti terjatuh ke dalam petak sawah pula.
            “Kak Naira nak datang sini.”
            “Naira, kau tahu kan Dewi tengah mengandung? Bawak tempat macam ni bahaya. Tergelincir nanti macam mana?” Suara dah naik satu oktaf. Naira ni ikut kepala dia jeh.
            “Ril... Dewi okay je.” Bela Dewi sampai simpati melihat Naira terkulat dimarah tanpa sebab. Sifat caring terlebih tu buat Dewi tak senang.
            Naira buat muka. “Lelaki terlebih caring ni annoying tau! Releks ah...” Amril yang berang dipermainkan oleh Naira, terus menyandung kaki gadis itu hingga dia tergelincir ke dalam petak sawah.
            “Adoi...” Kurang ajar mamat ni. Dia main kasar pulak!
            “Kak Naira...”
            Dewi panik. Cuba menarik Naira naik ke atas.
            “Ril, tolonglah kak Naira...” Pinta Dewi sungguh-sungguh.
            “Opss... Lelaki caring ni kan annoying.” Amril memulangkan paku buah keras. Itulah, sesedap perisa je mengutuk orang tadi kan?
            Pelik sungguh. Yang nak marah sangat tu kenapa? Padahal nak pergi bendang je pun!
            “Tak nak tolong sudah...” Dewi cuba bagi ayat pasrah. Dia pun menghulurkan tangan pada Naira. Membantu.
            “Dewi ke tepi. Biar Ril tolong...” Suara Amril dah serius. Memaknakan ayatnya. Buat-buat Dewi tergelincir ke dalam petak sawah, tak ke gila.
            Naira cemburu. Cemburu melihat layanan baik yang dia langsung tak dapat. Dalam hati dah ada niat serong.
            “Hulur lengan baju kau yang berlapik. Aku tarik.” Jangan harap dia rela nak pegang kulit Naira. Buat kotor tangan sendiri sahaja.
            Pabila Amril cuba menarik lengannya, terus Naira guna kudrat perempuannya dan menarik Amril jatuh ke dalam petak sawah bersamanya.
            Naira ketawa.
            Dewi yang agak terkejut itu pun ketawa sama. Kelakar tengok muka Amril yang sudah diselaputi selut.
            “Seronok ya hidup macam gini?” Kalau tak mengenangkan yang Dewi sedang ketawa, mesti tapak tangan dia dah selamat mendarat di muka Naira.
            “Seronok sangat main bendang..” Provok Naira tak sudah.
            “Memang seronok. Tambah seronok sebab kat kaki orang tu ada pacat...” Tegur Amril sambil mulut memuncungkan ke arah kaki Naira.
            “Arghh.... tolong... tolong...” Terus Naira keluar dari bendang dan terloncat-loncat. Mata dipejam. Rambut beralun lembut. Geli... geli...
            Amril ketawa besar. Itulah... buat jahat lagi. Sekali terkena memang padan muka. Sedangkan dia menipu sahaja.
            Insiden yang singgah itu terus membuatkan Amril tarik senyum. Telefon dicapai. Nombor telefon Naira yang selama ini tidak dipedulikan, mula dicari.
            Menangkap nombor Perempuan gila, terus laju Amril mendial.
            “Hello... Kenapa kau telefon?” Orang di sebelah sana sikit punya nak luruh jantung bila dapat panggilan dari Amril.
            “Hello... Aku telefon ni sebab nak pastikan yang Dewi okay. Dia okay?” Soalan itu buat Naira senyum paksa.
            “Dewi mana pernah tak okay.”
            “Habis tu kau okay tak?”
            Soalan itu.... soalan itu membuatkan Naira terkesima. Oh, masih wujud kewujudannya dihadapan Amril.
            “You know me very well right?”
            “Aku... aku... tak pernah kenal kau Naira.”
            Naira gigit bibir. Sakit perit di bibirnya. Pedih lagi di hatinya.
            “Ril.... Aku tak minta lebih. Boleh kita jadi kawan? At least demi Dewi..” Dapat berkawan baik dengan Amril, itu dah cukup bermakna buat dia. Tak gaduh. Tak cari pasal. Itu dah cukup baik dari berbalah sebegini cerita. Dia penat!
            “Demi Dewi?”
            “Yup... Demi Dewi...”
            “Sampai sekarang aku tak faham. Kenapa kau sayang sangat dekat Dewi?” Sungguh, tak pernah lagi dia jumpa orang macam Naira ni.
            “Tuhan hantar rasa sayang tu dalam hati aku... Hanya Dia yang maha tahu segala yang kita tak tahu.”
            Tentang perasaannya pada Amril, dia dah tawakal. Hati dah reda. Jiwa dah pasrah. Menyerah segala atas ketentuan Allah sekalipun apa yang berlaku bertentangan dengan apa yang hati inginkan.
            Jiwanya dapat merasakan yang apa yang berlaku semuanya baik-baik belaka. Tak ada ruang untuk kecewa, marah atau putus asa. Mungkin ini  impak daripada bersangka baik pada Allah yang tidak menyusahkan ataupun menzalimi hambanya.
            “Okay.. kita kawan.”
            “Deal!”
***
            Malam itu, Naira mengajak Dewi ke masjid Kampung. Tadi ketika membeli barang keperluan di kedai Pak Hassan, lelaki itu memberitahu yang malam ini ada tazkirah di masjid.
            Naira sebenarnya nak bawa Dewi keluar dari kepompong hidup sendiri itu. Dewi perlukan udara untuk bernafas. Bukan sekadar di rumah usang itu sahaja.
            Dewi pada mulanya berat hati untuk mengikut. Dia tahu, orang kampung pasti tidak senang dengan kehadirannya.
            Tekaan Dewi nyata tidak meleset pabila menerima jelingan dari kaum muslimat yang berada di surau. Dia takut jika Naira yang tidak selesa dengan keadaan seperti itu.
            “Kak....” Hati Dewi jadi lemah tak semena. Tahu yang pandangan manusia itu tak penting. Tapi dia manusia biasa yang kadang kala tidak lari dari merasa kecil hati.
            “Dewi... ini rumah Allah. Tuhan pun tak halang hamba dia nak datang. Tak kanlah ada manusia yang berani nak ambil kerja tuhan? ” Jelas Naira mudah. Dia tahu, betapa peliknya pandangan mereka yang berada di dalam masjid ini pada Dewi. Siap berbisik bagai lagi sesama mereka.
            Dewi mula tenang. Mereka meneruskan solat maghrib, solat hajat dan solat isyak berjemaah.
            Tajuk ceramah malam ini sangat menarik pada pengiraan Naira. Istighfar.
            “Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat seratus sembilan puluh sembilan, Dan mohonlah keampunan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Ustaz sudah menghujahkan mukadimahnya.
            “Tahukan kita akan keajaiban disebalik istighfar itu? Tuhan memberi rahmat kepada mereka yang suka beristighfar. Selain dari beristighfar dari melakukan dosa, ianya zikir yang paling bermakna untuk mengingatkan kita agar tidak terjebak dari melakukan dosa. Sedangkan Nabi yang maksum pun sentiasa beristighfar.”
            Mata Naira merenung syiling masjid. Menganalisa diri sendiri yang hina dina ini. Istighfar pun payah nak keluar dari mulut dia. Ya Allah... kerdil sungguh hambaMu ini.
            Namun sekejap dia merenung ke arah Dewi. Sering kali telinganya menangkap si gadis itu beristighfar walau apa juga keadaannya. Tak terbanding rasanya dirinya dengan Dewi Aleeya.
            “Terdapat dua jenis musibah... yakni musibah yang menguji benteng keimanan kita atau musibah untuk memberi balasan atas dosa-dosa yang kita lakukan. Jika menguji benteng keimanan kita, itu bermakna tuhan sayangkan kita dan kepadaNya kita berserah, memohon keredhaan. Kerana hakikatnya kita memang akan sentiasa di uji, tidak kira masa, seperti firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat dua hingga tiga. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan dan mengatakan “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui siapakah orang yang dusta”
            Dewi pula menundukkan pandangan bila sesekali dijeling oleh manusia yang gemar mengadili dirinya. Namun pada masa yang sama, ceramah ustaz disemat kemas dalam hati. Kalau tak diuji, tak akan rasa dalamnya cinta Allah pada hambaNya.
            “Tetapi bagi musibah azab, inilah yang paling dahsyat... jika sebelum ini kita belum sempat bertaubat, maka yang menanti kita di alam lain hanyalah seksaan dariNya. Tetapi bagi mereka yang sentiasa beristighfar, Allah sama sekali tidak memberi musibah berbentuk azab seperti mana firman Allah dalam surah al-Anfal ayat tiga puluh tiga, Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedangkan mereka meminta ampun.”
            Dalam pengertian ceramah ustaz ini.
            Ustaz menyambung lagi.
            “InsyaAllah, makbul doa kita jika sentiasa terus menerus beristighfar kepadanya. Untuk merungkaikan kefahaman kelebihan istighfar, lihat sahaja kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.
Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakkan mereka tidak mengenalinya. Keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.
Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut mula terasa belas... Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.
Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.
Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi.
Imam Ahmad bertanya apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu? Jawab lelaki itu,  saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal. Maka kata Imam Ahmad, saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.
Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut. Nyata kelebihan Istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”
Dah tahu ini, nampaknya Naira perlu mengamalkan secara sistematik. Padanlah Dewi gemar benar beristighfar.
Sewaktu bersalaman dengan jemaah yang lain, semua orang cuba untuk mengelak dari bersalam dengan Dewi. Haih, naik marah pulak Naira dibuatnya. Apa kena dengan orang kampung ni? Jangan sampai dia pulak yang buat ceramah kat sini.
Tapi Dewi dengan senyuman yang tak putus..
“Istighfar kak… Kita tak boleh marah kalau orang tak suka kita sebab kita pun bukannya suka semua orang kan?” Pujuk Dewi.
Naira sengih tak bersalah. Kalau dia masih gagal kelola perasaan sendiri, rugilah  dia dengar ceramah malam ni.
Iman itu adalah akidah atau pokok pegangan hidup dan kepercayaan. Iman mestilah diikuti dengan amal. Amal itu adalah buah daripada Iman. Terus Naira beristighfar panjang. Menghilang resah hati ini. Betullah, istighfar ini memang ubat yang mujarab.
***
            Malam itu, Naira dan Dewi sama-sama terkejut pabila si Umi sudah bersuara dengan berulang kali menyebut nama Allah. Malah dia juga memanggil nama Dewi berulang kali.
            Naira mengalirkan air mata. Akhirnya, Allah bayar juga sabar dan tabah milik Dewi.
            Pantas sahaja Dewi melakukan sujud syukur. Berbahagia dengan hadiah yang Tuhan titipkan.
            “Umi… sa..yang….De..wi…” Walau tergagap-gapap, itu dah cukup membahagiakan dirinya. Dikucup wajah tua itu tak henti. Ya Allah, terima kasih…
            Malam itu, Dewi tidur sambil mengenggam lengan ibunya. Sewaktu Naira bangun untuk solat tahajud, dia mula terperasankan tubuh umi yang kaku tidak bergerak sedikit pun.
            Liur ditelan. Digagahkan kaki untuk mendekat. Pergelangan tangan umi dicapai dan memeriksa denyutan nadi.
            ALLAH.
            Naira terkaku sendiri. Nafas dalam-dalam ditarik. Tubuh Dewi digoncang perlahan. Dewi yang bangun itu masih terpisat-pisat sendiri.
            “Kenapa kak? Dah pukul berapa ni?”
            “Pukul tiga pagi sayang…” Air mata yang menampar ruang mata diseka pantas. Kuatkan Dewi Ya Allah…
            “Kenapa akak menangis?”
            Dewi jadi makin pelik bila Naira meletakkan kedua belah di bahunya. Malah usapan itu terlalu lembut. Bagai menghantar berjuta kekuatan bersama.
            “Walau apa pun yang berlaku, Dewi kena ingat yang akak sayangkan Dewi dan akan sentiasa bersama dengan Dewi.” Ditarik tubuh itu kejap. Badannya sudah terhinjut menangis.
            Dewi mula mengerti. Perlahan-lahan dibalikkan muka memandang si umi yang kaku itu.
            Allah.
            Dewi senyum. Wajah tua si umi dikucup lama. “Sungguh… Dewi pulangkan apa yang bukan kepunyaan Dewi. Allah, hanya padaMu kami dikembalikan…” Jangan ditangisi apa yang bukan menjadi milik kita. Selayaknya, yang dipinjamkan itu perlu dipulangkan pabila tiba masanya.
            Hati Naira jadi sebak pabila Dewi yang sedang sarat itu bersimpuh kemudian menunduk. Mencium kaki si umi penuh kasih.
            Dia pulak jangankan kaki, tangan pun payah.
            “Umi… Dewi bangga ada ibu macam umi. Pergilah umi.. pergilah mencari kebahagian hakiki di sana…”
            Naira sebak. Menghamburkan tangis yang tak sudah. Tidak mampu langsung menjadi setabah Dewi.
            Ya Allah, Dewi telah menyerahkan segala yang menimpa dirinya kepada Allah tanpa merasa bimbang, kecewa atau sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan erti kata lain, dia redha terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah.
            Sungguh…. Naira terharu.
            Dia pulak bagaimana? Tahun ini langsung tidak berkesempatan berjumpa dengan ibu sendiri. Entah bila kali terakhir dia mencium tangan mama dan papanya. Kesempatan yang ada langsung tidak digunakan malah seperti sekarang, dia sering kali lari dari berjumpa ibu bapa sendiri.
            “Akak… Kena buat persediaan ni.” Teguran itu menyedarkan Naira. Dia tidak seharusnya larut melayan rasa sedih.
***
            Lama Naira merenung Dewi yang sedang sibuk di dapur. Walaupun dilarang, bakal ibu itu tetap berdegil hendak melakukan kerja. Ada juga beberapa orang kampung yang sudi membantu termasuk Mak Cik Besah ketika mengadakan tahlil pada malamnya.
            Naira teringat kembali kejadian ketika selesai pengebumian jenazah si umi tadi. Pertama kali menangkap kemunculan abang si Dewi.
            “Umi… maafkan Fahmi. Maafkan Fahmi…” Air mata lelaki itu menitis. Ya, Naira dapat rasa beban yang terpikul di bahu Fahmi.
Tak terpikul.
Tak tertanggung.
Tak terdaya.
            “Dah lah bang… Dewi tahu yang Umi dah lama maafkan abang. Sabar ya bang… Sekurang-kurangnya derita umi dah berakhir. Dia kembali berjumpa dengan penciptaNya.” Si adik masih tenang menghulurkan kekuatan. Digosok belakang badan Fahmi. Langsung tak ada benci untuk lelaki itu.
            Air mata lelakinya berkecai lagi. Allah....
            Fahmi pandang perut Dewi yang memboyot. Makin terbayang dosa-dosanya. “Semua ni salah abang…” Kalaulah dia mampu putarkan kembali masa silam. Dia akan perbetulkan satu demi satu kesalahannya.
            Memohon ampun pada Tuhan. Ampun pada Dewi. Ampun pada umi dan ayahnya. Malunya dia pada Dewi. Malu dengan manusia sekeliling. Tapi malu lagi hendak menjawab dengan tuhan nanti.
            Dewi senyum. Mengusir gundah si abang. Untuk apa dikesalkan suratan yang terjadi. Mereka seharusnya bersyukur kerana mereka dipeluangkan oleh Allah untuk diuji.
            Harus diketahui, marahnya manusia pada kita, bukan bererti mereka membenci. Begitu juga dengan ujian tuhan.. Ujian bukanlah tanda kebencian Allah pada hambaNya. Tapi itu adalah tiket kasih sayangnya.
            Untuk bahagia di Syurga, haruslah perlu mengunyah derita dunia.
            “Tak ada apa yang perlu disalahkan. Dewi dah lama redha. Abang pun kena redha.” Pujuk Dewi lagi.
            “Abang bersalah….” Diulang kembali ayat itu kepada Dewi.
            Diusap bahu si abang. “Abang ingat tak pesan arwah ayah tentang redha. Sifat redha tu adalah sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah. Redha dengan segala ketentuan yang Dia tentukan. Manusia yang sama lemah macam kita mungkin tak mampu untuk menerima baik buruk kita begitu sahaja. Tapi Allah Yang Maha Agung itu akan terima kita seadanya. Cari redha Allah dengan redha akan ketentuan dia bang..”
Satu demi satu sisa permata si abang ditepis.
            “Jangan bersedih bang… Umi dan ayah sedang berbahagia di sana. Abang jangan bimbangkan Dewi. Dewi pandai jaga diri. Tinggal kita dua beradik je bang. Susah senang, jatuh bangun biar sama-sama.” Dewi suluh lagi si abang dengan kata-kata semangat.
            “Apa pun yang terjadi… kita ada Dia..” Mata diangkat ke atas. Dia Yang Maha ada untuk tiap waktu yang manusia perlukan.
            Fahmi menjatuhkan dahi di bahu Dewi.
            Kalahnya dia pada ketabahan Dewi.
            Kalahnya dia pada ketaqwaan Dewi.
            Kalahnya dia pada kesabaran Dewi.
Argh,,, makin dengki Naira dengan tahap kesabaran Dewi yang luar biasa itu. Air mata yang rajin menjirus pipi itu diseka lagi. Matanya sendiri hampir bengkak.
            Dia kagum dengan Dewi. Menguruskan si ibu dengan tabah dan cekap. Memandikan, mengkhafankan dan menyembahyangkan jenazah. Jika dia kehilangan ibu bapanya sendiri, mampu ke dia melakukan perkara yang sama?
            “Kak…” Teguran itu menyedarkan Naira.
            “Jangan nangis…” Bisik Dewi perlahan. Tapi bibir.. masih mampu menguntum senyum lagi.
            “Kita ni dah terbalik…” Ada tawa kecil di hujung kata-kata Naira. Ah, malu betul dengan Dewi.
            “Dewi... Kalau Dewi nak nangis, Dewi boleh pinjam bahu akak.” Pelawa Naira sambil menepuk bahu sendiri. Ada hati betul padahal air mata sendiri masih merebes.
            Dewi senyum pendek. Terharu dengan pelawaan Naira itu. Tapi untuk apa tangisannya andai dia tahu umi lebih bahagia di sana?
            “Mungkin... mungkin segenap dari hati Dewi masih ada rasa tak puas bermanja dengan arwah ayah dan arwah umi. Derita sebuah kasih sayang itu ialah bila berhadapan dengan kematian kak. Tak kiralah perpisahan hidup atau mati. Dua-dua tu sama menyakitkan...”
            Dia membuang pandang ke luar rumah. Gelap. Pekat. Malam. Tapi kembali mengukir senyuman.
            “Tapi... kematian itu janji kita sejak dulu pada Dia. Sanggup datang... dan perlulah sanggup untuk pulang. Kita akan sama-sama pasti akan berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.”
            Itu Naira tahu. Tapi apa yang dia tahu, dia pasti tak akan setabah Dewi melewati semua ini.
            “Selepas semua kehilangan yang Dewi alami, akak tak pasti kekuatan apa yang menjadi bekalan Dewi. Kadang-kadang akak rasa Dewi ni bukan manusia biasa?” Luah Naira jujur.
            “Apalah sangat ujian Dewi ni kak... Apalah sangat.. Mungkin ini cara didikan Tuhan untuk Dewi. Melalui kematian orang yang Dewi sayang. Lagipun, kematian tu bukan pemutus segala kebahagiaan. Jika kita fikir derita bertandang saat mengharungi perpisahan itu, kenangkanlah Rasulullah yang telah menghadapi kematian orang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya. Beberapa tahun kemudian ibunya Aminah meninggal dunia. Semasa belum sempat bermanja dengan datuknya. Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah ditinggalkan lagi sedangkan sebelum itu baginda baru kehilangan isteri tercinta Siti Khadijah hingga tahun itu dinamakan tahun kesedihan. Itu belum lagi ditambah dengan kesedihan kehilangan anaknya Ibrahim. Berapa banyak kehilangan yang perlu baginda lalui sepanjang hidupnya...”
            Lama Naira terdiam mendengar cerita Dewi.
            “Mati itu adalah syarat menemui cinta. Cinta hakiki dan sejati untuk bertemu denganNya..” Dewi angkat wajah. Merenung dada langit yang kelam tidak berbintang.
            Andai hati letih, sedih dan pedih.... sibukkanlah diri dengan beribadat padaNya. Gembirakan hati kita dengan menggembirakan orang lain. Jika hati itu mengamuk lagi... carilah ubatnya dengan solat. Sungguh, solat itu adalah kerehatan. Adukan segala gundah dan sedih kita pada DIA Yang Maha Mendengar.
            Naira sepi tapi setiap nasihat Dewi itu diselip kemas ke benaknya. Malu ah dia pada Dewi andai dia kalah dan rebah pada qada’ dan qadarNya.
            Orang masjid sedang menjamu selera di ruang atas rumah. Kaum wanita pula sedang makan di bahagian dapur.
            “Akak dah makan?” Bukannya Dewi tak tahu yang Naira langsung tidak menjamah sebarang makanan dari siang tadi lagi.
            “Dewi dah makan?”
            Dewi menggeleng. Tak ada selera.
            “Makanlah sikit… sian baby lapar..” Perut Dewi diusap perlahan. “Makan sikit ya… akak suap.”
            Dewi senyum. Masih tak punya selera tapi apa salahnya dia menghargai kesungguhan Naira itu.
            Amril yang berada di atas tangga taksub dan kagum dengan kurniaan Tuhan. Bagaimana dua orang yang saling tidak punya talian persaudaraan, saling berkasih sayang dengan ikhlas? Tanpa syak wasangka. Tanpa prejudis.
            Melihat mereka berdua yang mula ketawa itu, membuatkan Amril ikut tarik senyum. Setelah pemergian Umi, dia pasti akan makin risau meninggalkan Dewi tinggal sendiri. Apatah lagi tiga minggu lagi, dia dan Naira akan kembali ke kampus.
            “Yang kat atas tu kerjanya skodeng orang je.” Perli Naira yang sedari tadi dah perasan.
            “Orang masjid nak balik ni…”
            Terus Naira dan Dewi bangun. Syukur bacaan tahlil berjalan lancar.
            Pinggan-pinggan yang ada terus diangkat dan diletakkan ke dalam singki. Lengan baju melayunya disingsing hingga ke siku.
            “Ril… letak je situ. Nanti aku basuh.” Pesan Naira.
            “Tak apalah. Bukan susah sangat pun..”
            Akhirnya Naira membiarkan sahaja. Mereka mula mengambil tugas mengemas dapur. Pabila selesai, beberapa orang mak cik mula bersalam dan menitipkan kata-kata semangat buat Dewi.
            Amril keluar ke pangkin rumah. Cuaca malam ini tenang benar. Dingin sahaja. “Terima kasih Ril…” Suara itu membuatkan Amril berpaling. Mengadap seri wajah Dewi yang tak pudar dek ujian. Tenang sahaja.
            Mungkin wanita sebaik ini bukan dicipta untuk menjadi pemilik tulang rusuknya.
            “Ini ada sikit duit orang sedekah. Ganti balik duit Ril yang guna tadi untuk pengebumian dan majlis tahlil. Selebihnya Dewi bayar kemudian ya…” Banyak sungguh jasa-jasa orang di sekelilingnya. Banyak sungguh bukti kasih sayang Tuhan padanya. Tak terbalas dek kudratnya.
            “Ish… apa ni Dewi..” Duit itu ditolak semula ke Dewi. “Susah Dewi.. Ril pun susah sama. Tak ada istilah nak bayar-bayar. Kita bukan kenal sehari dua Dewi. Dah lama kan… Lagipun, umi tu dah macam mak Ril sendiri. Berilah pelung untuk Ril buat baik pada arwah jugak...”
            Dewi ketap bibir. Terharu bila Allah kirimkan Amril dan Naira dalam hidupnya.
            “Moga Allah balas jasa baik Ril.. Moga Allah murahkan rezeki Ril dan berikan yang terbaik pada Ril..” Doa Dewi ikhlas.
            “Dewi…” Amril hendak bersuara kemudian dia menggeleng. Ini bukan masa yang sesuai.
            “Kenapa?”
            “Erk… kalau nak mintak tolong apa-apa, jangan lupa beritahu Ril ya..”
            Dewi senyum tapi senyumannya mati tatkala menangkap kelibat yang datang ke rumahnya sekarang.
            Puan Norita!
            “Hah… baguslah… mak kau baru je kebumi siang tadi, malam ni kau dah menggatal dengan lelaki kan? Hah.. baguslah perangai macam tu!” Dengan bercekak pinggangnya, dengan mulut lasernya, dengan tak malunya, laju Puan Norita mencemuh.
            “Mak… apa ni… Tak baiklah buat kecoh rumah orang.” Amril pening kepala lagi. Macam tak ada kesudahan langsung. Padahal awal-awal dia dah beritahu yang dia ke sini untuk majlis tahlil.
            “Apa mak pulak? Yang Ril tu pergi rumah betina ni kenapa? Sampai waktu sekarang tak balik-balik. Apa Ril tak ada rumah sendiri ke?” Konon ada kenduri tahlil, ialah sangat!
            “Ril nak baliklah ni..” Mujur orang masjid dah balik. Kalau tak, tak tahulah nak letak muka kat mana. Apalah yang merasuk si ibu ini gamaknya?
            “Ya balik. Karang duduk sini lama-lama, betina ni tuduh Ril pulak bapak dalam kandungan dia tu…” Ditarik tangan anaknya.
            “Hah, baguslah kalau kena tuduh macam tu. Bolehlah Ril kahwin dengan Dewi terus!” Sampuk Naira dari jauh.
Menggagau kaki mencari selipar. Padanlah dia dengar bising-bising dari dapur tadi. Rupanya ada singa datang menyinga. Heh, jangan risau Dewi, ini harimau datang mengaum!
            “Mulut kau jaga sikit.”
            “Mulut saya ke atau mulut mak cik yang kena jaga? Malam-malam datang rumah orang buat kecoh…” Nasihat Naira lembut tapi sinis. Tangan Dewi yang memberi amaran supaya dia senyap itu, langsung tak diendahkan.
            “Hei betina, perempuan mana yang kau simpan dalam rumah kau ni hah?” Amuk Puan Norita dah tak boleh sabar. Si Amril mula menahan tubuh si ibu yang hendak memukul Naira itu.
            “Naira, stop it!” Yang sorang ni kuat sangat membakar. Makin berasap pulak jadinya.Senyap-senyap sudahlah.
            “No, I won’t!”
            “Kak… Dahlah..” Dia tahu Naira sedang membelanya, tapi tak ada gunanya bergaduh dengan orang tua.
            Naira merengus. Dia pandang Dewi lama.
            “Okay Dewi. Dengan nama Allah, akak... nak meminang kamu untuk jadi isteri Amril.” Serentak tiga pasang mata menerjah anak matanya.
Amril tersentak.
            Dewi tercengang.
            Mata Puan Norita mencerlung!
Naira ulang suara. “Akak, Naira Ilyani nak meminang Dewi Aleeya buat Amril ... Sudi tak Dewi menjadi penghuni hati Amril? Menjadi suri hidup Amril?” Serius ini semua berada di luar jangkaanya sendiri.
Setelah difikir-fikirkan, selepas ini Dewi akan sendiri. Kalau kahwin dengan Amril, sekurang-kurangnya Amril boleh jagakan Dewi bila umi tak ada. Dah alang ke palang dah jadi macam ni, biar Puan Norita dengar sendiri.
            “Hei, siapa bagi kau hak nak meminang Dewi bagi pihak Amril?” Suara itu langsung tidak mematahkan rasa berani Naira yang sedang menggelegak.
            Pandangan mata dilepas ke arah Amril yang terkaku itu. “Ril, awak sudi tak memperisterikan Dewi?” Tanya Naira lembut.
            “Apa yang akak merepek ni…” Dewi dah membantah. Sedar yang Naira memang lari jauh dari landasan hidupnya.
            Pegangan tangan Dewi dikejapkan.
            “Dewi, jangan takut meneruskan kehidupan hanya semata-mata kerana takutkan manusia....” Sempat Naira menjeling pada Puan Norita. Eh, ingat dia takut ke?
            “Tapi kak…” Redha yang mereka hendak langgar sekarang ialah redha ibu. Layak ke Amril cari Syurga lain andai dia abaikan ibunya sendiri? Itu yang bermain di benak Dewi sekarang,
            “Ril…. Aku tanya kau ni!” Desak Naira lagi.
            “Aku… Aku setuju.” Kenapa nak fikir panjang lagi Amril? Bukan ke ini yang kau nak selama ni? Jaga Dewi dan jadikan dia perempuan yang sempurna di sisi kau?
            “Okay deal! Hujung bulan ni kita langsung.”
            Puan Norita yang terpinga-pinga itu kembali tersedar.
            “Aku tak setuju!”
            Naira senyum sinis. “Buat pengetahuan mak cik… Pernikahan mereka tak memerlukan mak cik sebagai wali. Jadi apa pun yang berlaku, pernikahan ini akan dilangsungkan jugak!”
            Degil! Ya... entah dari mana datangnya kedegilan yang boleh membunuh ini. Yang pasti, kebahagiaan Amril dan Dewi perlu diperjuangkan.
***
            Dah dua minggu berlalu. Saban malam Dewi melakukan istikharah. Minta petunjuk dengan Tuhan. Dia sendiri masih keliru dengan perkara yang terjadi secara tiba-tiba ini.
            Dia bakal menjadi suri dalam hidup Amril? Sesuatu yang sudah diimpikan dari dulu. Namun halangan demi halangan membuatkan dia mengalah.
            Dalam tempoh dua minggu ini, Nairalah orang yang paling sibuk menguruskan persiapan. Bukanlah buat secara besar-besaran pun. Cukup sekadar cukup. Hanya ada upacara akad nikah dan makan-makan buat ahli masjid.
            Naira menyemak senarai kerja yang ditulis di dalam iphonenya. Memastikan segala borang sudah dihantar.
            “Akak…”
            “Hmm…”
            “Saya risaulah…” Luah Dewi perlahan. Dia sudah tidak mampu untuk menyimpan semuanya sendiri.
            “Risau apa? Risau lepas kahwin nanti ya? Heh… Kenalah bawak bersabar Dewi. Kena tahan godaan.” Jawab Naira tersengih-sengih.
            Mengikut hukum, perempuan hamil yang berkahwin dengan lelaki lain, tidak dibenarkan untuk melakukan hubungan suami isteri. Ini berdasarkan hadis riwayat at-tarimizi dan abu daud yang bermaksud, ‘Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sesekali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain.’ Dengan erti kata lain, menyetubuhi wanita yang mengandung bukan dari benihnya.
            Secara amnya, bagi pasangan yang sudah terlanjur pula, mereka boleh berkahwin dan seterusnya melakukan hubungan suami isteri kerana perkahwinan antara pasangan yang terlibat adalah baik kerana anak yang bakal lahir akan menjadi anak diri kepada lelaki berkenaan.
            “Ish… apa akak ni. Kesitu pulak.” Jauh tersasar pula terjahan Naira itu.
            Niara ketawa. “Kenapa Dewi sayang.. apa yang mengganggu fikiran Dewi?” Seminggu lagi kemudian Dewi akan menjadi hak milik Amril secara multak. Lepas ini mereka akan sama-sama balik ke KL. Membina hidup di sana. Naira akan cuba membantu apa-apa yang patut.
            “Bahagia ke kami nanti andai tiada restu dari keluarga Amril.”
            Naira tarik nafas. Tangan Dewi dicapai dan diusap lembut.
            “Bahagia tu kan pemberian Dia? Bukan ditangan manusia.” Jawab Naira lembut.
            “Tapi… restu ibu bapa tu macam seri. Kalau nak bina mahligai tapi tak direstui, umpama macam perhiasan tanpa serinya. Lagipun, restu tu salah satu cara untuk dapat keberkatan Allah dalam perkahwinan. Jadi tanpa restu, hilanglah baraqah perkahwian tu.”
            Pernah diceritakan pada zaman sahabat dahulu. Bahawa seorang lelaki datang bertanya pada Rasulullah. “Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruh aku menceraikannya.” Abu Darba menjawab, “Aku mendengar Rasulullah bersabda, ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah pada kamu sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”
            Intipatinya amat jelas. Setiap ibu bapa memiliki kedudukan yang amat penting dalam hidup seorang anak. Maka beruntunglah anak-anak yang berusaha untuk berbuat baik kepada ibu bapa dan rugilah bagi anak-anak yang enggan berbuat demikian.
            Lagipun, dia tidak mahu membuatkan Amril tersepit di kemudian hari. Antara ibu atau dirinya.
            Pabila melibatkan hukum, Naira tahu yang mereka tidak boleh mengambil mudah sebegitu sahaja.
            “Amril cakap dia akan cuba pujuk mak cik kan… Kita doalah banyak-banyak. Moga Allah lembutkan hati mak cik. Kan Dia yang Maha menggenggam hati-hati kita?” Naira hulur senyum. Moga terhapus semua resah Dewi.
            Dewi angguk sahaja. Cuba memujuk diri sendiri. Berharap yang baik-baik sahaja. Dia pun turun ke dapur. Hendak memasak. Awal pagi lagi Amril dah datang ke rumah membawa bekalan basah. Katanya teringin nak makan mee kari yang dimasak olehnya.
            Haih… ada-ada sahaja bakal suami ini. Tapi mengada si Amril tetap dilayannya.
Selesai berperang di dapur, Dewi memanggil si kakak turun.. Sampai tertidur kepenatan menguruskan majlis pernikahannya itu nanti.
            “Wah… sedapnya mee kari.” Tak menunggu lama, terus Naira makan mee yang telah diletakkan di hadapannya. Makan dengan penuh lahapnya. Mee Kari Dewi tak ada orang boleh lawan. Padanlah Amril suka sangat!
            Sesudah habis semangkuk, baru Naira perasan sesuatu. “Dewi letak udang ke dalam kuah kari?” Baru dia perasan pabila melihat Dewi mengupas kulit udang.
            “Aah… kenapa?”
            “Akak… alergik udang. Tapi, okay je kot…” Statement nak menyedapkan diri sendiri. Sambil buat tak tahu, Naira terus mengambil air sembahyang dan menunaikan solat zohor.
            Habis sahaja solat, dia mula rasa ada yang tidak kena. Terasa gatal-gatal di muka dan lengannya. Seperti yang dijangka, bintik-bintik merah terus tumbuh.
            “Akak okay tak ni?” mendengarkan suara Dewi, laju Naira mengangguk.
            “Akak tak okay ni. Saya telefon Amril ya, suruh bawak akak ke klinik.” Cadang Dewi sambil anak mata mencari telefon bimbit Naira.
            “Eh… tak payahlah susahkan dia pulak. Kejap lagi akak pergi klinik sendiri.” Halang Naira walau tangan dah gatal menggaru ke sekitar wajah.
            “Phone akak mana?” Tak menghiraukan penolakan Naira, Dewi bertanya tegas. Tak kan si kakak yang sedang sakit itu hendak memandu sendiri.
            “Dalam handbag.”
            Usai itu, terus didapatkan handbag Naira dan mengeluarkan telefon bimbit si kakak. Namun secara tidak sengaja, tangannya terlebih dahulu mencapai kad pelajar kepunyaan Naira. Rahangnya terjatuh saat melihat nama university UiTM Shah Alam itu.
            Naira belajar sama tempat dengan Amril ke?
****
            Amril memandu dengan tenang. Naira di sebelah sudah beransur okay setelah menerima suntikan daripada doktor di klinik tadi.
            “Naira…” Pertama kali, suara Amril cukup lembut menyeru nama Naira. Tidak kasar dan tidak pesimis seperti biasa.
            “Hmm…” Ditutup sudah segala rasa teruja. Amril akan jadi hak Dewi. Amril sudah tidak memberi kesan pada sekeping hatinya.
            “Kenapa kau buat semua ni?” Amril nak tahu sangat. Apa yang Naira dapat bila menyatukan dia dengan Dewi?
            “Buat apa?” Dengan mata meliar ke luar, Naira bertanya. Dah tahu sebenarnya hala tuju perbualan mereka ini.
            “Satukan aku dengan Dewi.”
            Naira senyum.
            “Aku cuma nak korang bahagia.” Luah Naira ikhlas. Ya, dia dah lama ikhlaskan semua ini. Apa yang dia suka, tak semestinya milik dia. Orang cakap, kalau kita buka jalan bahagia untuk orang lain, Allah akan bukakan jalan bahagia untuk kita pulak.
            “Habis tu kau macam mana?” Soalan Amril itu buat Naira ketawa besar.
            “Aku macam mana? Tak kan nak jadi bini kedua kau pulak. Tak hinggin aku. Lagipun, kau ingat kau hot sangat ke?”
            Kali ini Amril pula yang ketawa pabila menyambut soalan Naira. “Oh… tak hot staff sangatlah ya?” Sengaja Amril melayan gurau. Entahlah, hidupnya dah terlalu serius sejak dua menjak ini.
            Amril kembali lega. Sekurang-kurangnya, tetap ada kesudahan yang baik antara mereka berdua.
            Naira sekadar tersenyum. Kering idea nak berbalas bualan.
            “Aku doakan kebahagian kau Naira. Moga kau dapat bahagia bahagian kau sendiri.” Ucapan itu benar-benar lahir dari lubuk jiwa Amril.
            Naira angkat bahu. Buat sekarang dia tak terfikir lagi soal jodoh. Yang pasti, dia nak jumpa family dia dan baiki mana-mana bahagian yang retak. Dia salah. Dia tak boleh bina kebahagian dari kesilapan. Harusnya diperbaiki dahulu kesilapan itu. Kemudian baru cari tapak baru untuk bina mahligai kebahagiaan.
            Sesampai di rumah, Naira berehat sahaja sementara menunggu solat asar. Hendak tidur, mata tidak mahu lelap pula.
            “Akak…” Naira angkat tubuh bila Dewi mendekat.
            “Hmm..”
            “Dah okay?”
            “Kena cucuk. Dah makan ubat. Dah okaylah sikit..”
            Naira yang perasan perubahan Dewi yang tidak memberi sebarang reaksi mula bertanya. “Kenapa ni?”
            “Kalau saya tanya, akak janji jangan marah ya?” Takut-takut Dewi hendak memulakan perbualan. Bimbang Naira terasa hati.
            “Akak mana boleh marah adik akak ni… kenapa?”
            Dewi curi nafas. “Akak belajar dekat UiTM Shah Alam  ya?”
Soalan itu.. soalan itu berjaya membuatkan jantung Naira terhenti. Erk, mana Dewi tahu?
            “Aah…”
            “Sama dengan Amril.”
            “Eh, ya ke?” Naira buat-buat tak tahu.
            “Kak…sudahlah. Akak kenal dengan Amril kan? Akak memang kenal dia dengan baik kan? Boleh jadi… akak datang sini sebab dia.” Sedari tadi Dewi mengkaji hubungan Naira dan Amril yang nampak tidak sebulu pada pertemuan pertama mereka. Seringkali mereka bergaduh seperti mereka sudah kenal benar.
            Dah sudah… Naira tak punya jalan lain lagi. Temberangnnya dah pecah di depan Dewi.
            “Maafkan akak..”
            Akhirnya...
            “Oh... Jadi betullah yang akak memang kenal dengan Amril.” Dewi mengangguk-angangukkan kepalanya. Bercakap dengan diri sendiri. Tiba-tiba jadi canggung nak berhadapan dengan Naira.
            “Akak sukakan Amril?” Tanya Dewi pabila keadaan kembali sepi.
            “Tak lah…”
            Dewi menarik bahu Naira agar memandangnya. “Jangan tipu Dewi kak…” Air mata Dewi dah bergenang. Jadi inilah makna pertemuan mereka? Amrillah tunjang cerita yang sebenar. Atas tiket menyintai Amril itulah  yang membawa langkah Naira ke sini. Hingga mereka dipertemukan. Mencipta ukhuwah bersama. Mengabdikan memori bersama.
            Dipeluk tubuh Dewi. Kejap.
“Akak tak ada niat nak tipu Dewi. Ya, memang betul akak sukakan dia. Akak gila bayang pada dia. Tapi dia langsung tak endahkan akak. Dia bencikan akak sangat-sangat. Dia mengaku dia hanya cintakan Dewi. Tapi akak tak putus asa. Akak siasat tempat tinggal Dewi dan datang ke sini untuk jumpa dengan Dewi. Tekad akak, akak nak cari perempuan yang Amril sayang dan akak nak ambil hati Amril pada perempuan tu.”
Sekali nafas dia bercerita. Tak mahu disimpan lagi. Tak mahu ada jurang penipuan antara mereka.
“...Tapi setelah jumpa dengan Dewi…. Setelah saban waktu menghabiskan masa dengan Dewi, ternyata akak tak mampu.. Akak tak mampu nak bertanding dengan perempuan seperti Dewi. Akak... Akak... kalah serba serbi….”
Tutur kata Naira semput. Tak teratur seperti perasaannya tika ini.
            Dewi menguatkan pelukan. Air matanya berjujuran. Ya Allah… jadi selama ini pasti Naira terseksa melihat dia bersama Amril.
            “Akak…” Dewi melonggarkan pelukan.
            “Saya sanggup serahkan dia pada Akak… Sungguh..” Dah terlalu banyak pengorbanan yang Naira lakukan padanya. Mungkin sudah masanya untuk dia membayarnya.
            Naira geleng. “Jangan… Amril bukan barang dangangan. Jiwa dia mahal. Cinta dia segar. Dia pemilik tulang rusuk Dewi. Lagipun akak dah redha. Antara kami tak ada jodoh. Yang penting sekarang, akak doakan kalian bahagia dunia akhirat.”
            “Tapi….”
            Suara Naira kembali berkeras. “Perjuangkan hak Dewi.. Pertahankan hak Dewi. Jangan mengalah dengan keadaan sayang. Apa pun yang berlaku lepas ni, Dewi kena kuat dan hadapi semuanya bersama Amril.”
            Digenggam erat tangan si Dewi. Menghulurkan semangat yang tak pernah pudar.
            “Kak.... Demi Allah, saya sayangkan akak. Demi Allah...” Dipeluk lagi tubuh Naira. Air matanya menitis hiba. Setelah segalanya mereka kongsikan bersama. Rupa-rupanya mereka menyintai lelaki yang sama.
            Naira lap air mata sendiri sambil mengusap belakang badan si adik. Kalau kita rasa kuasa cinta antara sepasang kekasih itu sudah cukup hebat, tapi percayalah... ada cinta yang lebih hebat daripada itu. Cinta antara dua persaudaran tanpa talian darah. Cinta dalam sebuah persahabatan yang berpaksikan cinta Tuhan.
***
Rasa macam tak percaya. Esok dia bakal menjadi suri dalam hidup Amril. Entah bagaimana pula kisah hidupnya. Telah diserahkan pada Dia yang Maha Kuasa.
Sejak rentetan peristiwa mereka bergaduh dengan Puan Norita, mak cik itu hanya membisu seribu bahasa. Nak menyedapkan hati sendiri, boleh jadi Amril sudah memujuk emaknya.
“Hei bakal pengantin, tak tidur lagi?” Tegur Naira ceria. Baru selesai mengemas dapur.
“Belum. Tiba-tiba takut nak menunggu esok.” Perutnya diusap perlahan. Bayinya dah genap sembilan bulan.
“Itu perasaan normal bagi setiap bakal pengantin. Dah, baring cepat. Kena tidur awal.” Ditepuk tilam itu berulang kali. Mengarahkan Dewi berehat.
“Kak.... boleh pinjam telefon sekejap?”
“Nak telefon cik abang ya...” Usik Naira dengan sengihan dalam pada yang sama, tetap menghulurkan telefon.
“Pinjam kejap je...” Entah, malam ini dia teringin benar nak mendengar suara Amril sebelum hari esok tiba.
“Boleh...Pinjam lama pun tak apa. Jangan ingat akak baik hati sebab nanti akak akan claim bil dengan Amril.” Ada ketawa di hujung kata-katanya. Seronok mengusik sampai merah muka Dewi dibuatnya.
Nombor telefon Amril di dail. Tak sampai seminit, talian telah bersambung.
“Hello... ada apa Naira?” Suara itu menampar lembut peluput telinga Dewi.
“Erk... ni Dewi.” Dewi bangun dan menjarak sedikit dari Naira yang sudah terbaring.
“Ya sayang.. kenapa telefon abang ni.” Sudah pandai ber‘abang-abang’ dah sekarang. Dengar je suara Dewi, terus sengih sampai ke telinga. Sungguh, tak sabar rasanya menanti hari esok.
Sebenarnya Dewi pun tak tau apa tujuan dia menelefon. Dia cuma... mahu mendengar suara Amril.
“Sayang...” Panggil Amril pelik. Kenapa Dewi senyap ni?
            Luruh hati Dewi menyambut panggilan itu. Arghhh.. Amril.. hanya dia yang mampu buat hati ni duduk tak diam.
“Terima kasih.” Ucap Dewi perlahan. Nafas ditarik. “Untuk setiap perjuangan yang Ril lakukan untuk bersama dengan Dewi. Dewi hargai sangat-sangat.” Air mata menitis. Kenapa dia sensitif sangat malam ni?
“Ish... kenapa Dewi cakap macam tu. Kan Ril dah janji, akan lakukan apa sahaja untuk Dewi...” Amril rasa, ada yang tidak kena dengan Dewi Aleeyanya ini.
“Dewi susah hati ke?” Tanya Amril terus.
Diam Dewi telah memberi tanda jawapan buat Amril.
“Gunakan kesempatan untuk kebaikan. Sebelum segalanya terlepas dari genggaman. Kelak menyesal nanti tak berkesudahan apa guna sesalan hanya menekan jiwa. Jangan difikir derita akan berpanjangan kelak akan membawa putus asa pada tuhan. Ingatlah biasanya kabus.. tak berpanjangan setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.”
Tak diarah... tak disuruh.. Amril menyanyi lagu kehidupan yang diporpularkan oleh Inteam dan Nazrey. Biar terbasuh gundah si Dewi. Untuk terlebih membaja kasih dengan buih-buih perasaan, Amril tidak berani. Dia tahu Dewi tidak menggemarinya.
Biarlah rasa sayang yang tak sudah itu disimpan untuk esok. Tika Dewi sah menjadi miliknya.
“Ujian tu tarbiah... Kan Dewi yang selalu ingatkan Ril. Jangan risau berlebihan Dewi. Ril pasti yang mak tak akan halang pernikahan kita. Mungkin sekarang dia tak restu, tapi masa akan mengubah manusia kan? Doa je jangan putus... Allah dengar luahan hati kita.”
Perasaan yang gundah itu kembali disiram ketenangan. Jantung mengepam di luar kebiasaan.
Kasihnya pada Amril terus mengalir deras. Hanya Allah yang memutuskan bila perasaan ini harus berhenti.
 “Dah... pergi tidur. Jumpa esok bakal isteriku. Selamat malam sayang...”
Dewi senyum. “Selamat malam... abang..” Tak terjangka perkataan itu akan keluar dari mulutnya. Cepat-cepat Dewi memutuskan talian. Malu.
Amril yang berada di hujung talian dah melompat hingga ke bintang. Dari dulu dia suruh Dewi panggil dia abang. Tapi kemain banyak lagi alasannya.
“Dewi hanya akan panggil abang... bila Dewi sah jadi milik Ril. Kalau tak jangan harap ya...” Terdengar lagi gurauan si Dewi.
Teringat pula akan si emak.
“Kalau Ril kahwin dengan perempuan tu, jangan harap mak akan bagi duit belanja untuk Ril... Pandai-pandailah Ril hidup. Dan lagi satu, jangan pernah berani bawak perempuan tu balik ke sini.”
Amril hanya mendoakan yang terbaik esok. Si emak agaknya sudah mengalah. Dia diam sahaja. Si ayah tetap memberikan restu. Malah adik beradiknya juga sudah pulang ke kampung untuk majlis esok.
Kata si angah, nanti hati mak lembut jugak. Amril iyakan aje. Sudah tidak larat berfikir.
            Dewi mendapatkan tempat yang kosong di sebelah Naira. Berbaring secara mengiring.
            “Dah habis gayut?” Dengan mata terpejam Naira bertanya.
            Dewi senyum sahaja. Menutup rasa segan.
            “Akak...” Panggil Dewi.
            “Hmm..” Mata terpejam lagi.
            “Kalau apa-apa jadi kat Dewi, akak tolong jaga anak Dewi ya...”
            Luahan Dewi itu berjaya membuatkan Naira membukakan kelopak mata yang sudah terasa berat benar.
            “Ish... apa yang Dewi cakap ni?”
            “Entah... Tiba-tiba Dewi rasa risau.”
            Mendengarkan suara Dewi yang luruh itu, Naira angkat tubuh. Duduk bersila dan berhadapan dengan Dewi yang ikut turut duduk.
            “Sayang... it’s okay to be not okay. Janganlah risau sangat.”
            Dewi sudah mula tersenyum. Oh, menantikan hari esok yang entah apa ceritanya, dia jadi berdebar teramat sangat. Sampai melalut jadinya.
            “Hei baby, tengoklah umi nih.. gabra sangat nak kahwin dengan babah esok.” Naira bercakap-cakap dengan si kecil yang masih berada di dalam kandungan itu.
            Kandungan yang hampir berusia sembilan bulan itu diusap.
“Akak, Dewi nak letak nama anak Dewi, Naira.  Moga dia ikut baik hati akak.” Mata Dewi menghantar pesan yang dia benar-benar memaknakan kata-katanya. Mencerna baik hati si Naira yang hanya Tuhan yang tahu.
            “Ish… Nanti dia kasar dan baran macam akak. Tak boleh. Hmm.. letaklah nama Dewi.. Biar dia ikut cekal dan tabah macam Dewi.” Cadang Naira pula.
            “Hmm… Kalau macam gitu, kita letak Dewi Naira!” Spontan mereka berdua ketawa serentak. Terasa kelakar.
            “Tak sedaplah.” Komen Naira selamba. Canggung je peluput telinga dengar.
            “Kalau macam gitu.. Dewi Ilyani. Hey, ayunya nama…” Cadang Dewi tak putus asa.
            “Hah… tu sedap. Okay set. Dewi Ilyani. Kalau anak perempuan akak nanti, akak letak nama Naira Aleeya.” Amboih, tingginya berangan.
            Mereka ketawa bersama. Bahagia.
            “Dah tidur...” Arah naira tegas. Mata dia memang dah tak boleh bukak. Berat semacam.
            Pabila dia berbaring, terasa sebuah ciuman singgah di dahinya. Tak berkelip Naira memandang Dewi.
            “Dewi sayang akak... Malam ni Dewi dengan Dewi junior nak tidur peluk akak. Kita orang tak kira.” Tak tunggu respon Naira, terus dipeluk si kakak. Sayang sangat pada Naira.
            “Akak pun sayang Dewi..”
***
            Perut terasa memulas. Pinggang sudah terasa kebas benar. Rasa hendak terputus pun ada. Dewi bangun dari pembaringan. Seakan-akan hendak membuang air kecil.
            Perlahan-lahan dilewati anak tangga turun ke dapur sebelum keluar menuju ke tandas di bahagian belakang. Pabila tidak mampu mengimbangi tubuh sendiri, Dewi menampung badannya di balik zink yang dijadikan dinding jamban itu.
            Tarik nafas. Lepas nafas.
            Keadaan yang samar-samar itu membuatkan Dewi teraba-raba sendiri. Tiba-tiba dia merasakan kakinya telah terpijak sesuatu yang lembik dan otot kaki kirinya terus tidak dapat digerakkan.
            Terus Dewi rebah!
            Dewi meringkuk kesakitan. Dia mengagahkan diri untuk menyelak kain batiknya. Persoalannya terjawab pabila terpandangkan seekor ular tedung yang sedang menyelusuri semak samun kawasan rumah.
            Allah.
            “Akak....” Jerit Dewi lemah.
            “Akak....” Digunakan sehabis mungkin tenaga yang masih bersisa. Tak sampai seminit, Naira tergopoh-gopoh mendapatkan Dewi yang sudah terjatuh itu.
            “Ya Allah Dewi. Macam mana boleh jatuh ni?” Naira yang masih belum tahu apa-apa membuat spekulasi sendiri.
            “Sakit kak....” Tak terkata rasanya perit yang dia rasai. Perut, pinggang, kaki... semuanya sakit. Hanya nama Allah yang meniti di lidah dan hatinya.
            “Kita pergi hospital sekarang...” Pabila Naira cuba membantu Dewi bangun, si adik menjerit kesakitan lagi.
            “Kaki Dewi...” Dewi tak punya nafas nak bercerita.
            “Kenapa dengan kaki Dewi?” Dipegang kedua belah kaki Dewi itu.
            “Kena patuk.”
            Ya Allah.
“Tolong selamatkan anak Dewi kak.. Tolong...” Lemah suara Dewi melemparkan harap.
Dengan rasa panik yang menggila, Naira cuba juga mengangkat tubuh Dewi yang lemah itu ke kereta. Dewi perlu dibawa ke hospital sekarang juga!
***
            Naira mundar-mandir di hadapan pintu bilik bedah. Ya Allah, sungguh seumur hidupnya tak pernah dia berhadapan dengan keadaan gentir seperti tadi. Air mata yang melurut ditepis laju.
            “Ya Allah... jangan Kau ambil nyawa Dewi...” Ditutup muka dengan tapak tangan.
            “Sabarlah Naira... doa yang baik-baik.” Pesan Amril cuba bertenang walau hatinya bagai sudah ditendang keluar.
            Pujukan itu langsung tak membantu melenyapkan kerisauan Naira.
            Naira dah teresak menangis. Tak mahu dihalang mahupun disimpan lagi. Sudah lebih tiga jam Dewi di dewan bedah. Kata doktor tadi, Dewi perlu segera dibedah untuk menyelamatkan kandungannya kerana bisa ular tersebut sudah merebak ke badan Dewi.
            Pintu bilik bedah terbuka dari dalam. Cepat sahaja Naira dan Amril menyerbu tuan doktor.
            “Macam mana keadaan Dewi dengan anak dia doktor?”
            “Alhamdulilah. Kandungan dia berjaya diselamatkan dan Dewi dapat anak perempuan. Malah bisa ular itu tidak berjangkit pada si anak.”
            Kata-kata doktor itu tidak menyedapkan hati Amril.
            “Apa maksud doktor dengan bisa ular tu? Tak kanlah Dewi....” Amril tak mampu nak teruskan ayatnya. Sungguh tak mampu.
            Nampak halkum Doktor bergerak sedikit. “Maafkan kami. Pihak kami cuba sedaya upaya menyelamatkan Dewi tapi bisa racun itu memang sudah merebak ke seluruh badan Dewi.. Allah lebih sayangkan dia dari kita semua.”
            Naira terduduk.
            Amril hilang kata.
            Dari Dia kita datang. Pada Dialah kita dipulangkan. Sesungguhnya mati itu pasti.
            “Encik boleh iqamat anak encik..” Seorang jururawat tiba dan menghulurkan si kecil pada Amril yang masih kebingungan. Terketar-ketar tangan Amril menyambutnya.
            Naira pusing kepala. Semalam meraka bahagia mengayam mimpi. Rupanya hari ini, tuhan hendak menguji lagi.
“Kita hidup di dunia yang sementara je kak. Sementara sangat... Tahu tak kenapa? Sebab Allah rindukan kita.. Rindu sangat..” Suara Dewi bergema lagi... Bergema dengan nasihat yang tak pernah putus.
***
            Dengan penuh kekok, Naira memangku si kecil yang baru lahir. Air matanya tak henti tumpah. Hingga menitis di wajah mulus itu. Ya Allah, kekuatannya hilang. Jiwanya nyata rebah menyambut tulisan takdir ini.
            Rapuh bila pertama kali menyambut makna kehilangan dalam hidup.
            “Akak tahu tak, sesuatu yang hilang itu belum tentu akan meninggalkan kekosongan sebab ruang yang ditinggalkan itu tak pernah hilang. Contohnya, walau Dewi kehilangan arwah ayah tapi nasihat-nasihat dialah yang buat Dewi lebih rasa kuat nak tempuhi dugaan hidup lagipula, kehilangan itu memang proses semula jadi kehidupan.”
            Nasihat Dewi kembali terngiang di peluput telinga. Nasihat ketika Dewi baru sahaja kehilangan uminya.
            Benar kata Dewi. Ruang yang dia tinggalkan itu tak pernah kosong. Perginya Dewi menitipkan bukti kasihnya. Betapa dia berjuang untuk mengandung dan melahirkan si kecil walau terpaksa kehilangan cinta Amril dan memikul caci maki orang kampung.
            Anak mata menjenguk si kecil yang masih merah.
            Dewi Ilyani!
            “Dewi tunggu sekejap ya... Mummy nak tengok ibu Dewi kejap...” Bayi comel itu kembali diletakkan ke dalam incubator. Dia hendak ke bahagian pengurusan jenazah memandangkan jenazah arwah diuruskan oleh pihak hospital.
            Belum sempat dia keluar, telinganya menangkap perbualan Amril dan Puan Norita.
            “Allah tahu mak tak redha... sebab itu dia ambil Dewi kamu tuh!” Suara itu masih seperti dahulu. Tidak ada yang berubah.
            Amril senyap menekur lantai. Sepatutnya hari ini hari bahagia dia. Bahagia bersama Dewi. Tapi siapa sangka hari ini adalah hari perpisahan buat mereka. Pisah jiwa dan raga. Berpisah segalanya....
            “Maafkan Ril... maafkan Ril kalau Ril tak jadi anak yang baik untuk mak.”
            Hari ini baru dia sedar. Bila kita mencintai seseorang melebihi sepatutnya, Allah akan menguji kita sehingga kita kembali padaNya. Kembali menyintaiNya melebihi segalanya.
            Mungkin cintanya pada Dewi tidak diletakkan di tempat yang selayaknya. Hingga tegar melanggar cinta pada si ibu. Hingga sanggup membelakangi si ibu.
            Mungkin ini adalah salah satu bentuk hukuman buatnya. Mungkin jugak teguran dari Allah. Allah mengizinkan dia untuk kehilangan Dewi untuk kebaikan dirinya. Kehilangan akan membuatkan dia kembali ke pangkal jalan.
            Berat, tapi inilah takdir yang harus dipikul.
            Amril menghampiri si ibu. Dipeluk kejap. Banyak sungguh dosanya pada si ibu. Mata kabur cuba menahan tangis.
Tuhan.... sungguh dia tak rela pemergian Dewi ini. Tapi siapa dia untuk membenci takdir yang Tuhan bentangkan?
            “Ril nak mintak izin dari mak... Ril nak sempurnakan jenazah Dewi. Ril mohon mak izinkan..” Bahu si ibu dipaut. Dia dah hilang Dewi. Dia tak betah untuk hilang si ibu pula.
            Puan Norita dah senyum kemenangan. Ada hikmah pemergian si Dewi. Sekurang-kurangnya Allah pulangkan semula si anak yang hilang.
            “Baiklah... untuk kali terakhir. Lepas ni mak tak nak dengar kamu sebut nama Dewi sekalipun..” Dia bukan kejam sangat nak menekan si anak. Dia benci bila ditipu disebabkan Amril mengutamakan Dewi. Dia sakit hati bila Dewi berlebihan mendapat perhatian Amril lebih dari dirinya sendiri.
            Rasa tak senangnya pada Dewi bertukar benci. Benci yang tak mampu dipadamkan.
            “Mak dengan ayah balik dulu... Jumpa kat kubur nanti.” Dia pun belum cukup kejam lagi untuk tidak menghormati pemergian Dewi buat kali terakhir itu.
            Naira terpaku di tepi dinding sendiri. Apa yang Amril kata tu memang betul. Tak patut dia sebagai anak muda punya sikap tidak menghormati orang tua. Malah dia yang mengajar Dewi agar menerima Amril walau tanpa restu dan redha orang tua.
            Betul cakap Dewi, redha Allah terletak di redha ibunya. Sekarang Allah bentangkan jalan untuk mereka pulang ke pangkal jalan.
            “Naira....” Amril  yang menangkap kelibat Naira itu mula memanggil.
            Tubuh Naira membatu. Hanya air mata yang deras mengalir.
            “Apalah daya kasih sayang kita kalau nak dibandingkan kasih sayang Allah pada Dewi...” Ayat pujuk itu sebenarnya dihulur untuk si hati yang menguncup semangatnya.
            “Salah saya....” Kalaulah dia tidak bertegas hendak mengahwinkan Dewi dan Amril. Sepatutnya mereka sama-sama memujuk hati si ibu itu. Bukan melawan.
            “Jangan salahkan diri sendiri Naira. Ini ketentuan Allah. Ringankan rasa hati tu... Yakinlah bahawa takdir Allah itu adalah terbaik... Tak terlangkau dek pengetahuan kita. Mari... Jenazah Dewi perlu disempurnakan.”
***
            Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah. Seluruh alam akan menyebelahinya.     
Jumaat yang hening dan dingin mengiringi pemergian Dewi Aleeya. Sewaktu meletakkan jenazah di dalam liang lahad, Amril nyata tidak mampu melawan gelodak perasaanya.
            ‘Pergilah sayang.... Pergilah mengadap pencintamu... Cinta yang lebih agung dari aku di sini...’
            Naira pejam mata. Tak kuat untuk mengutip dan menyimpan memori sedih ini. Teringat insiden dia berperang mulut dengan Dewi tentang isu persalinan pernikahan. Dia mahu Dewi kelihatan anggun dengan busana cantik. Tapi Dewi berkeras hendak memakai telekung sahaja.
            “Ish... kenalah pakai cantik-cantik waktu nikah nanti.” Protes Naira tak puas hati.
            “Perempuan... akan sentiasa nampak cantik bila bertutup begini kak. Tak mahulah berlebihan. Saya nak sarung telekung je.. Lepas tu nak lakukan sujud syukur sama-sama dengan Ril.. Lagipun untuk mak buyung macam saya ni tak sesuailah pakai baju tu.. Nampak macam sarung nangka.” Sempat lagi Dewi berseloroh di hujung ayatnya.
            Tika ini... sepasang kain putih tetap menyelaputi tubuh Dewi. Yang bezanya, bukan untuk hari bahagia bersama Amril tapi hari bahagia untuk berjumpa dengan Tuhan.
            Balik ke rumah, dia mendapatkan Dewi kecil yang sedang menangis. Berkalung kasihan untuk si kecil yang sudah kehilangan ibu bapa ini.
            Dipeluk dan dicium ubun-ubun milik Dewi. Terasa hangat seperti tubuh arwah ibunya juga.
            Ya Allah.... kuatkan aku... kuatkan aku...
            “Sabar Naira...” Mak Cik Besah cuba menyabarkan Naira sedangkan air matanya juga berpeleseran di ruang wajah.
            Dewi kecil yang pada mulanya merengek mula menangis. Mungkin kelaparan. Tangkas Mak Cik Besah menyediakan susu buat si kecil. Naira pula cepat memujuk dan menepuk lembut si kecil. Sungguh dia kekok. Biasanya dia tidak berani memegang bayi seusia Dewi Ilyani.
            “Saya akan jaga Dewi mak cik... Saya akan bawa balik Dewi ke KL.” Putus Naira muktamad.
            “Macam mana Naira nak jaga Dewi, Naira kan belajar lagi...”
            Senyuman tawar dilemparkan. “Allah pasti akan tunjukkan jalan bagi mereka yang mencari kan?” Air mata tak putus di wajah. Ya Allah... lemah sungguh dirinya. Bagaimana dia mampu menjaga si Dewi kecil?
            Moga Tuhan bantu.
            Moga Tuhan limpahkan belas ehsanNya.
            Dia hanya hendak menunaikan amanat terakhir Dewi Aleeya. Iaitu membesarkan dan menjaga Dewi Ilyani. Akan dibela nasib si kecil.
            “Sabarlah Naira....” Mak Cik Besah memeluknya erat.
            Salam yang terdengar dari luar itu membuatkan Mak Cik Besah bangun. Amril datang dengan baju yang sudah berganti.
            Lututnya direbahkan ke lantai. Mata menjamah anugerah Allah itu. Allah ambil sesuatu yang dia sayang, dia kirimkan lagi satu anugerah baru. Didukung dan dicium dahi Dewi.
            Hatinya merintih hebat. Tapi dia malu hendak menitiskan air mata di hadapan Naira dan si kecil.
            “Saya akan jaga Dewi kecik...”
            Leher Amril dikalihkan. “Kau pasti kau boleh jaga.... Dewi..?” Argh, balik-balik nama itu bermain juga di bibirnya. Bagaimana dia hendak kuat melupakan Dewi Aleeya?
            “Berilah Dewi pada aku...” Rayu Amril tak fikir panjang. Bening mata kecil itu benar-benar mengingatkan dia pada mata Dewi Aleeya.
            “Jangan Ril... Sedangkan mak kau tak mampu nak terima Dewi. Apatah lagi dia nak terima Dewi Ilyani...”
            Mata Naira dan Amril sama-sama merenung si kecil.
            “Kita yang salah Ril.. Kita. Tuhan ambik Dewi sebab beri peringatan pada kita supaya tak terus tersasar. Sungguhnya kata orang tua tu tak boleh dilawan. Patutnya kita pujuk dia.. bukan cari amarah dia...”
            Naira lap air mata lagi. Ya Allah, dia janji ini hari terakhir dia akan menangis. Esok dia akan bangkit. Bangkit untuk meneruskan hidup dengan lebih baik.
            Amril ketap bibir. Tahan sebak.
            “Ril... aku harap awak kuat..” Naira tahu dia tidak layak bersedih secara berlebihan. Dia baru sahaja mengenal baik Dewi selama dua bulan. Tapi Amril, dia sudah mengenali Dewi sedari kecil. Pasti bukan mudah untuk lelaki itu...
            “Entahlah.... aku rasa ditinggalkan mungkin lebih baik dari diputuskan. Sekurang-kurangnya aku lega dia dah bahagia di sisi Dia. Sekurang-kurangnya penderitaan dia di sini dah berakhir...”
            Mereka berdua sama-sama senyap. Meneroka ke dalam lautan dasar hati milik sendiri.
            “Naira.. terima kasih untuk semua yang kau lakukan untuk Dewi. Terima kasih.”
            “Apalah sangat Ril... Aku ni dah cukup terlimpah ruah dengan  kasih sayang dia. Aku harap dapat jadi ibu yang baik buat Dewi kecik...” Tangan dijatuhkan di atas kepala Dewi yang masih berada di dalam dukungan Amril.
            Mungkin dia tidak akan menjadi wanita sehebat Dewi. Tapi.. akan dicuba sehabis daya menjaga Dewi. Bintang hatinya dan biarlah dia menjadi langit yang memeluk bintang itu. Menjadi tempat untuk berteduh kasih.
            Amril angkat wajah. Berkira-kira untuk berterus terang. “Naira... walau Dewi dah tak ada aku...”
            “Aku faham Ril.” Cepat dipintas.
 Dia tak pernah terfikir yang Amril akan terima dia untuk menjadi pengganti Dewi pun. “Aku bukan perempuan gila yang mengejar bahagia lagi... Aku perempuan yang hendak mem‘bina’ bahagia baru bersama Dewi.”
             Besar intipati antara mengejar dan membina itu. Rasanya Amril boleh mentafsirnya sendiri.
            “Kita tetap akan jadi kawan baik... Kita akan jadi mummy dan daddy untuk besarkan Dewi.. kan?” Cukuplah dia punya hubungan baik dengan Amril. Dia pun dah cukup dewasa nak buat kerja gila lagi.
            Amril senyum pendek. “Daddy...” Mampu ke dia jadi bapa yang baik untuk Dewi Ilyani?
            ‘Ril... hiduplah seperti air yang tidak pernah diam. Ia selalu mencari jalan menuju tempat tujuannya walaupun sebuah gunung menghadang di depannya...’ Kata-kata nasihat Dewi itu kembali hidup di kotak ingatannya.
            Pelangi itu muncul selepas hujan. Takkan selamanya hidup penuh dengan hujan ribut taufan. Takkan selamanya begitu. Akan ada sinar yang muncul. Mungkin....
            Bibir Amril jatuh mengucup dahi si kecil lagi. Akan dibantu Naira untuk membesarkan Dewi kecil ini. Dewi..... hilangmu pasti tiada ganti. Pergilah kau mencari bahagia yang lebih hakiki.
Sepinya hari yang ku lewati
Tanpa ada dirimu menemani
Sunyi ku rasa dalam hidupku
Tak mampu ku tuk melangkah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Masih ku ingat indah senyummu
Yang selalu membuatku mengenangmu
Terbawa aku dalam sedihku
Tak sadar kini kau tak di sini
Engkau masih yang terindah
Indah di dalam hatiku
Mengapa kisah kita berakhir
Yang seperti ini

Takdir bukan kuasa kita. Masa depan di luar jangkauan kita. Tetapi meneruskan hidup dengan semangat dan harapan yang baik adalah pilihan kita.
            Pilihlah untuk bahagia walau tanpa dia di sisi.
            Pilihlah untuk redha walau perit untuk kita terima.
            Pilihlah untuk mentadbir diri dengan takdir yang dibentangkan.
Cinta abadi itu biasanya memang tidak mampu dijangkau. Ibarat bumi yang sering mengintai matahari. Kerana tak mampu meraihnya, selamanya bumi menjadi bayangan yang tak berpenghujung.
Sebenarnya aksara bahagia itu begitu berat untuk dikendong.  Sebab itu manusia jatuh berulang kali sebelum mampu menggapainya.
Untuk hari ini yang tak tentu hala intipatinya, siapa tahu esok lebih tersusun ceritanya. Siapa tahu kan?

-Habis Sudah-

Pesanan Diraja bebelan ini panjang...

Salam to all readers.. okeh jangan ngamuk2 ya.. jangan tensen2... kehkeh... secara totalnya bukan cinta Amril dan Dewi yang saya nak tekankan dalam cite ni.. Tapi kasih sayang antara Naira dan Dewi. Watak yang tahan lasak jiwanya.. dan makna perjuangan yang sanggup dilakukan oleh Dewi walau telah kehilangan maruah untuk mempertahankan si anak.. =)

Dan untuk Amril (dan pesan untuk semua...) walau sebaik mana pun pasangan yang hendak dikahwini, haruslah direstui oleh ibu dan bapanya. Kadang Allah timpakan kita sesuatu untuk tegur kita atau halang kita dari melakukan apa yang Dia tidak izinkan.. Itu pun salah satu bentuk kasih sayang Allah...

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta, yang takdirnya bukan untuk kita... kan?

 Untuk Amril dan Naira... jeng kreng kreng... insyaAllah ada sambungan.. ada ke kesudahan yang baik antara dua jiwa itu? Atau ada watak baru yang akan muncul.. (saje bagi tahu awal2 takut korang boikot cerita saya pulak nanti... hahaha...) and gonna be a long journey... sebab tu x sekali kan dalam cite ni..=p (jadi, sila sabar lagi..)

Lastly, Inspirasi dari kisah Dewi ini adalah benar.. Memang Dewi (bukan nama sebenar) telah dirogol dengan situasi yang sama seperti dalam cerita ni.. dan dia telah melahirkan sepasang kembar lelaki... Moga Allah limpahkan kasih sayangnya pada Dewi sebenar untuk menempuh ranjau hidup..  tabahnya dia yang menjadi pencetus untuk kisah ini.

Terima kasih menyokong.. labayu korang muah muah.. yang baik datang dari DIA dan yang buruk dari kelemahan saya sendiri... plezz.. jangan benci saya.. xoxo EM




113 comments:

  1. excitednya tggu cerita ni..:)

    ReplyDelete
  2. .: mati kene maki kot.....huhuhu....
    .: johor kat mne nak pi lawat dewi sat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkeh.. entah.. kat mana ya? jap ai msg dewi..

      Delete
    2. hahha nnty wssp ea...nk anta lotion mustajab.....hihii :P

      Delete
    3. hahha x penah benci syg ade la... ^_^
      nice work and nice writting keep up the good work kak...
      huhuhu

      Delete
  3. Ksiannya dewi ni.excited nk tau pa jd kt naira,pilihan jwpn xda e la.hehe..
    Go sara go..cita yg menarik,

    along eza

    ReplyDelete
  4. Ok...betul2 x sabar nak tau apa yg berlaku....sara..akak suka cerita nie.....

    ReplyDelete
  5. Best cite ni...xsbr nk tggu smbungan cite ni

    -Fara-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fara y bukan Farafeesa.. kehkeh.. sila bersabor

      Delete
    2. Yes..fara bkn farafeesa,hehehe...da lame dok tggu smbunganye cik sara,xmncul2..hehe

      Delete
    3. Yes..fara bkn farafeesa,hehehe...da lame dok tggu smbunganye cik sara,xmncul2..hehe

      Delete
  6. bessssssst...jgn lambat2 sggt smbungnye tau...hehehehe...


    ^-^...nadia...^-^

    ReplyDelete
  7. Satu cerita yang menarik....tengah syok baca tiba2 stop. Alahai cik writer....tak sabar nak baca setarusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik writer nak suh readers tanam sabar.. kehkeh

      Delete
  8. banyak tnda tanya ni....

    siapa yang mengandungkan dewi?
    kalau naira kantoi macam mana?
    dan siapa pilihan amril?

    saspen sungguh.. dear sara, xada yang kurang pun malah sangat mengujakan.. tak sabar nk baca full entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much yat.. sila nantikan kesudahannya ya

      Delete
  9. mak aiiii ... lama sgt dh tak masuk & reading ur cerpen Sara.
    Nice story n & lev reading it through!
    yeah sometimes a plan wil not always as we expect - so apa naira plan the outcomes is beyond her control kan? tat's fate --- takdir & perjalanan hidup yg oweys jadi rahsia ALLAH.

    okay ... Sara cepat2 errrrr continue the cerpen!!!!wat happen nex?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah.. lama x nampak akak disini..heheh.. sila bersabau keh.. nway komen akak mmg betul..

      Delete
  10. NAK FULL PLEZZZZ...

    ReplyDelete
  11. cik sara,
    cepat la sambung,
    cepat la sambung,
    cepat la sambung...

    ReplyDelete
  12. Salam cik Ezza sayang..

    Sedih bila baca part Dewi menderita. X sabra-2 nk tggu sambungannya. Apa yg sebenarnya terjadi dgn Dewi? siapa bapa kepada anak yg dikandungnya? semuanya menjadi tanda tanya. God job dear, teruskan menulis karya yang berkualiti.

    Salam sayang dari akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak has sayang..

      nantikan kesudahannya keh... hope melangkaui jangkauan readers sikit.. hehe.. tq atas doanya..sayang akak jugak

      Delete
  13. sangat suka baca cerpen kat blog sara sbb panjang2..hehe

    ReplyDelete
  14. alamak...tgh syok bc...sambung plak..ekekeke

    ReplyDelete
  15. adoi... kenapa mcm gini. dah hampir sebak...
    heeee...
    semoga ALLAH berikan ilham yang melimpah ruah supaya sara cepat2 dapat jumpa ending cerita. And kami pun xpayah tunggu lama. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh...(gelak jahat boleh dok?) akak.. nway tq atas doanya.. percayalah, sy dulu y berjiwa nk habiskan cerita nih...

      Delete
  16. mcm mana dewi boleh mengandung eh?.. suka watak naira, dlm brutel keras kepala dia tu, ada lagi sikap belas gitu!..
    rasanya ke empat2 gaya kematian tu bukan milik naira.. dia mati tegak berdiri kena smash dgn amril.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mana dewi mengandung? jeng kreng kreng... yup.. naira special dlm kelas tersendiri..hehe.. mati kejung tu dah pasti

      Delete
  17. Huwarrrr... Bila sambungannya? Terseksa batin... Dahlah Sara da lama tak update blog... Tak sabau... Byk benar persoalan yg nak dihuraikan nih... Cepat dik, cepat!!! :P
    ~ kak tipa ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. before end of month akak.. sabar kak.. sabar..hehe

      Delete
    2. before end of the month? warg...!! arini br sebelas hb. fuhhhh......*tarik napas panjang2*
      (hehehe...overacting skit di pagi hari yg sejuk...)

      Delete
    3. sy pun tarik nafas tak lepas bc ayt awok cik ct.. wawawa

      Delete
  18. ble next entry...jgn la smpy end month..sok luse ke update la..hehehe..gle kejam prmintaan kn..hoho...pe2 pn story nie besttt...!!!!

    ~qaseh ayumi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tarik nafas time update esok lusa.. wawawa.. nway tq lalink

      Delete
  19. Kak writer ,bile nk publish novel benci amat syg sgt ke versi cetak?
    can't wait ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu nk keluar akak war war kan ke... now tuhan nk bg peluang kita sabar.. =)

      Delete
  20. Pergh!! Awesoemlah cerita akak kali ni. >_< Cepat update ya!

    ReplyDelete
  21. Memg menakjubkan. Sara kalu buat cerita memang best2 belaka,memg brilliant snguh.tk pnah g bca cerita yg tk best dr sara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi kak yati.. segan saya bc komen di atas.. hehe

      Delete
    2. Betul la sara,selama kak yati mengikuti cerita2 sara,tk pnah lg kak yati rasa tk best. Hnga tfkir cmana sara ble dapat buat cerita2 best cm ni. Yg pntg keep up the good story ya.:-)

      Delete
    3. mana y baik.. mungkin datang dari doa pembaca2 y sentiasa doakan y terbaik.. itu y sy fikir bila Allah give me more idea.. mungkin idea ini baik untuk dikongsikan.. =)

      Delete
  22. assalam kak sara,

    Hee..best lh semua karya.selalunye sempat bca je,tk tau nk komen ape.terkelu,hee..apa2pun sy mmg suka sgt3 kt smua karya akak.. Truskn bkarya ye kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam hzi..

      tq tq.. masih bertatih dlm dunia penulisan.. kalu baik, mungkin dari pembaca y x sudah mndoakan y terbaik..

      Delete
  23. gulp....mati.... mati...sudah kantoi.....to be continue :D ngeh ngeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. bersambung untuk buat readers teruja kononnya..

      Delete
  24. Kak sara,kiteorg doakan akak dpt idea mencurah2 *melampau kau*
    anyway,karya akak tak pernah kecewakan peminat.GOOD JOB
    -iyda-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq iyda.. doakan agar writer ni tak banyak sangat penyakit malasnya..haha

      Delete
  25. Sedapnya nama Naira tu!! Anak sapo la ni.. Hehehe
    Bestnya x sbar nak tgh abis..

    ReplyDelete
  26. ayakkk...cepat sambung!! duk syok2 baca tiba2 putus...

    ngeh3.

    best citer ni...x sabau nak tahu sambungannya. all the best :)

    ReplyDelete
  27. Sob sob... Sedey.. Awat dewi kena mati. Awat mak amril x bole terima, awat amril x bsatu ngn naira,awat penulis ni suka bg org ngs bila bc cerpen cum novel pdk.
    Apapun kita kena reda kan, x semua yg kt nk akan dpt. Tp mcm mn skalipun nk pnulis sbg citer ni sbb tgantung kat mak amril yg kekwat thp gaban tuq bg dia insaf sikit n pilih naira kikikiki.
    All the best sara, pnulisan awk pjg mcm mn pun x bosan bc n tselit byk ilmu yg bguna. Go go chaiyok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq akakkk.. alwayz n alwayz sokong karya2 cabuk sya.. sobs... nway, x semua kisah mampu berkesudahan dgn baik kan? tu y sy cuba nk terapkan... =)

      Delete
  28. Sob sob... Sedey.. Awat dewi kena mati. Awat mak amril x bole terima, awat amril x bsatu ngn naira,awat penulis ni suka bg org ngs bila bc cerpen cum novel pdk.
    Apapun kita kena reda kan, x semua yg kt nk akan dpt. Tp mcm mn skalipun nk pnulis sbg citer ni sbb tgantung kat mak amril yg kekwat thp gaban tuq bg dia insaf sikit n pilih naira kikikiki.
    All the best sara, pnulisan awk pjg mcm mn pun x bosan bc n tselit byk ilmu yg bguna. Go go chaiyok

    ReplyDelete
  29. your make me cry... menantikan smbungan kisah naira n ril dengan sabar, insyaAllah.
    one word for this story, subhanallah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak umi... tq coz alwayz support.. labayu akak.. jgn nangis2 keh

      Delete
  30. gile panjang! take a 30 minuter to finishthis cerpen . tu pn da setengah . hahah .besttnye! kesian dkt naira .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy take hmpir sbulan nk tulis 150 page nih.. heh... tq gadis..

      Delete
  31. best sngt akak..tak sabar nk tahu sambungan kisah amril n naira..mungkinkah cinta naira an kesampaian..??xsabar menunggu sambungan nya

    miss Nina-

    ReplyDelete
    Replies
    1. miss nina.. mungkin ya n mungkin x... =p apa2 pun sila bersabar..

      Delete
  32. tk sabar nak tunggu sambungan kisah amril dan naira.. harap2 ada kesudahan yang baik untuk dorang.. :D

    -syafiqa-

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada n mungkin x ada.. haha...nway thanks..

      Delete
  33. Assalamualaikum.

    Pertama kali saya tak kisah sebuah cerpen yg sad ending. Cerita ni terlalu sarat dengan pengajaran, nasihat dan sesuatu yang bernilai dan bukannya omong kosong. Cerita yg pernuh 'isi'. Kebanyakan cerita terlalu mengejar 'happy ending' tapi tak ada 'sesuatu' dalam karyanya. Terima kasih kerana telah menimbulkan satu 'rasa' dalam diri saya. Sebuah perjalanan cerita yang sangat menarik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... itu y sy cuba nk selitkan... tak semua benda berkesudahan dgan baik kan? nway thanks baca...

      Delete
  34. kak long.
    hidup kau tak abes abes dgn rahsia.
    HAHAHA terima kasih sebab sedikit sebanyak cerpen ini berjaya menguatkan hati hamba Allah yang sedang rapuh ni

    from
    ayong comel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... bahagian mana lg y ada rahsia? kehkeh... nway tq lalink

      Delete
  35. serious... sebuah cerita yang sangat best ..... Dewi sngat tabah dia boleh go through semua ujian yang Allah bg dkt dia.... klau saya di tempat dewi saya x tau boleh sabar n kuat mcm dewi.. mmg la watak nie just rekaan tpi ketabahan yang ada pada seorang perempuan yang boleh dikatakan sangat muda... nmpak mcm dia ad bnyak pengalaman dlm hidup.. tapi sebnarnya ujian yang Allah bagi dkt Dewi yg mmbuatkan dia jadi matang.... *serious i love you kak sara..... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. watak mcm dewi ni mmg wujud jay... akak pinjam kesbaran n ketabahan dia y terumbang ambing walau dihujani gelora ujian.. beza benar kita dengan dia.. xpe... x salah kita ikuti n contohi watak hebat mcm tu kan?

      love u to jay... =)

      Delete
  36. mlm tadi lagi dah baca, cuma baru kini sempat ulas.. seperti biasa karya sara sgguh bernilai.. menginsafi akan diri sya sendiri.. segalanya Allah telah tentukan,.. dan itulah yg terbaik utk kita.. seperti mlm tadi, mata kembali basah meniti setiap bait kata-kata hikmah dari sara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq tq jirha... cuba sehabis daya.. ambil kebaikan n keburukan kita tepis bersama k.. thanks...

      Delete
  37. dia buat lagi cerita sedih mcam nieh... sobsobsob..

    sara, awk selalu ada ending yang unexpected dari apa yang saya jangkakan... saya akn benci kalau awk x smbung cite ni..

    hope there is a happy ending for Naira and Amril.

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen awk buat sy ketawa.. haha... tkut kalau smbung awk akn benci.. =p

      Delete
  38. huhu.. sedih betul baca kisah Dewi ni, tapi kagum dengan semangat hidup dia.. untuk Naira plak dia belajar ilmu kehidupan melalui Dewi.. harap2 lpas ni Amril akan bersatu dengan Naira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... naira n dewi tahan lasak jiwanya...mungkin kerana menyintai lelaki y sama.. heh...nway thanks

      Delete
  39. terima kasih ezza..walaupun cerpen ni da dah jdi cerpan..tadi intipatinya sangat2 terkesan...memang lama. x terbaca karya terbaru ezza tp yg ni betul2. lain..tq

    ReplyDelete
  40. kak sara punya cite memang BEST THE WORLD!!
    klw bca msti ad pngajaran..
    so,x rugi klw baca..
    nnty nk promote kt keng kawan suruh baca citer nie..
    x terasa nk boikot pon citer akak nie...
    terus berkarya~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq yunk... best in the world tu xboleh belah.. haha.. okeh sila promote ke.. labayu alwayz

      Delete
    2. labayu too..
      cepat sikit eh buat cerita naira, dewi kecil n amril ..
      mesty best..
      chiyok kak!!!

      Delete
  41. set...bru je tadi nak mintak buat smbungan Naira Amril...x bersama pun x pe, asalkan nak tahu kisah selanjutnya dengan Dewi Kecil

    >>k<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh.. mcm manalah kesudahan dewi kecik kan?

      Delete
  42. assalamualaikum.

    best sangat cerita ni.
    tak terfikir pon pengakhiran dia jadi macam ni.
    cinta sesama makhluk kerana Allah.batapa luas nya konsep cinta.
    BEST SANGAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... tq syaira.. yup konsep cinta tu luas.. bkn pd pasangan kekasih sahaja... =)

      Delete
  43. lap air mata... sedih tapi terkesan.. god job writer... x sabar nak baca kesinambungan mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. nah tisu.. hehe.. waiting for the sequel keh..

      Delete
  44. lain dari yang lain
    gud job writer
    menantikan kemunculan part 2..

    :)

    ReplyDelete
  45. Banyak pengajaran yg saya dpt dlm citer ni. :)

    ReplyDelete
  46. Subhanallah.. Beautiful story..

    ReplyDelete
  47. Antara semua cerpen sara, cerpen ni yang buat akak baca tak tak nak berhenti dari pukul 9.30 malam hingga 2.30... Rasa nak habiskan hari ni jugak kisah Naira dengan Dewi ni. Cerita ni memang menyentuh perasaan... Tabah betul seorang Dewi mengharungi hidup dia walaupun banyak menerima caci maki orang kampung. Masa mula baca tu akak ingatkan abang Dewi yang rape dia... rupe-rupenye orang lain... Memang akak tak sabar nak tunggu sambungan cerita ni... Tak sabar nak tahu apa yang bakal Naira lalui bila dia jaga Dewi kecik tu... Dengan study dia lagi, dengan jd mummy lagi...

    ReplyDelete
  48. silalah buat hero baru nampak kelainan sikit.. cehhh hehe ..cer try buat naira dgn fahmi kee baru boleh long long journey hohoho

    ReplyDelete
  49. Cerita yg pnuh dgn kash syg,terbaik la sara. Kak yati harap ada smbungan ksah naira dgn amril pla..kesian kt naira,biar amril pla yg trgla glakn dia. Terbalikkn rasa amril pd naira. Can't wait sara.

    ReplyDelete
  50. Bestt tapi panjang sangat.cerpen je kut but overall daebak

    ReplyDelete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  52. cerita akak buat memang best. meleleh-leleh air mata sya baca. hahaha. tak sabar nak baca sambungan nya... :)

    ReplyDelete
  53. Aiseh... tak pernah dissappointed ngan tulisan EM.. power dok... akak doakan adalah satu producer akan men-cerekarama-kan cerpen nih.. sure fabulous.. byk pengajaran yg diselitkan.. syabas EM!!!

    nyways akak akn sentiasa sabar menanti sequel sterusnya... ;D

    ~ LM ~

    ReplyDelete
  54. Kak sambunglah lagi cerita ni...
    Best :)

    ReplyDelete
  55. Best sangat cite ni
    Sambung lah lagi
    Tak sabar nak tau smbungan nya
    Please ☺️

    ReplyDelete