BAB 1
Keybord berdetum berlaga bunyi sesama
sendiri. Cepat sahaja jari jemari melalukan idea yang dari datang dari perasaan
yang menggila. Dahinya berkerut-kerut tika mengulang bacaan setiap ayatnya. Kejap-kejap
ditukar dan diganti dengan frasa yang lebih sesuai.
Setelah berpuas hati, butang ‘Enter’ mula ditekan selamba. Kemudian
tangannya gatal pula menarikan tetikus ke ke arah skrin dan mula klik kiri
untuk menyimpan data dokumen.
Selesai pun tiga puluh muka surat!
Kaisara melepaskan rasa semput! Ada juga
idea dia hendak menulis meraban-raban malam ini. Kalau tak, memanjang melayan
drama korea yang sah-sah dapat menarik mood menulisnya.
Al-maklumlah, hero Korea sikit punya handsome lagi. Cair habis! Itu baru
muka. Belum lagi dia mengeluarkan mukadimah yang membuatkan hati perempuan ini
meleleh!
Kalau ikutkan hatinya, mood malas masih lagi berterbangan ke
sana ke mari. Namun apabila mengenangkan beberapa orang pembaca yang merengek
(ayat tak menahan..) meminta entry
baru, digagahkan juga mood yang
tumbang bin langgang ini.
Adoi…
rosak… rosak… Menulis mana boleh paksa-paksa. Ia datang dari sanubari yang
bergocak dengan perasaan. Ceit! Apa punya statement daaa... Mengada betul!
Kaisara pejam mata.
Inilah sebahagian dari kehidupannya.
Menjadi penulis separuh masa bukanlah satu kerja yang mudah! Tapi disebabkan
minat yang menggila, digagahkan juga menentang segala arus cobaan yang berkunjung.
Konon-konon mak enonlah gagah, kalau
cerita kurang mendapat sambutan, bantal jugak yang jadi mangsa untuk menadah
air matanya!
Penat menulis tak ada orang baca... cuba
cakap siapa yang tak sedih?
Tapi itu dululah... Masa baru bertatih
merangkap dan meniarap. Sebelum dia kuat mengharungi semua ini. Sekarang apa
pun tak ada hal!
‘KAU NAK BACA tapi TAK NAK KOMEN KE... NAK
KOMEN tapi TAK NAK BACA KE... LANTAK KAULAH SENAH!! ASALKAN AKU GEMBIRA DENGAN
APA YANG AKU BUAT!’
Okeh...ini memang prinsip baru yang dia
tulis dekat depan laptop. Biarlah
orang tak gembira dengan hasil tulisannya, yang penting dia akan tetap terus
menulis!
Tapi itu tak bermakna dia tolak tepi
segala komen-komen pembaca. Semua itu penting untuk memastikan tahap
penulisannya sekarang! Sentuhkan kasih ataupun sentuhan kecundang!
Cuma ialah...kita memang tak akan mampu
untuk memuaskan hati semua orang. Lantaran nak puaskan hati sendiri pun sikit
punya payah! Jadi hadap dan hadamlah selagi mampu. Telan selagi tak tercekik.
Tapi Alhamdulilah... setakat ini feedback yang diterima berada di luar
batasan pemikirannya. Siapa sangka, hampir dua tahun dia menulis dan kini dia
sudah berjaya menulis tiga buah novel. Dari kisah drama air mata beransur
kepada kisah tawa dan sekarang ke grene yang dramatik iaitu penulisan yang
berusurkan islamik. Islamik yang orang boleh hadam. Kalau berat sangat takut
penulis dia sendiri tak mampu nak tulis.
Bukan senang nak menjadi penulis. Tapi itu
tak bermakna semua itu susah. Menulis ni macam menunggang basikal. Mula-mula
kita akan rasa goyah dan takut untuk terjatuh. Namun kita tetap kena kayuh
sehingga kayuhan kita menjadi seimbang. Tak lama lepas tu, kita dah boleh ajak
orang berlumba! Kengkononlah...
Tapi itulah spesifikasi bidang penulisan
yang menjadi pegangannya. Jatuh itu perkara biasa, tapi kita kena pastikan yang
kita tak jatuh di tempat yang sama untuk kedua kali. Itu bodoh namanya. Bodoh
kerana tak belajar dari kesilapan.
“Morning
Ara....” Sapa satu suara dari arah belakang. Cepat sahaja Kaisara berpaling.
Memandang ke arah housemate yang
sedang membetulkan urat-uratnya yang
lemau!
“What
do you mean about morning?” Tanya Kaisara sambil menjeling jam di skrin
laptop. Ialah... keadaan sekeliling masih gelap gelita. Morning kejadahnya?
Tapi... tak sampai tiga saat matanya mula
terbuntang!
“Oh
my dadddd....!! Dah pukul enam setengah pagi?”
Punggung Kaisara terasa panas. Terus dia
bangun dari duduknya. Patutlah pinggang terasa kejung semacam. Lama sangat amat
melantak skrin laptop.
“Kenapa kau terkejut sangat? Memang dah
pagi pun...” Hasnah menyanggulkan rambutnya yang kusut masai.
“Gila tak terkejut... Aku tak tidur
lagilah....” Kaisara tepuk dahi. Dapat menulis, jam pun terlupa nak tengok!
“Dah tu pergilah tidur....tapi... eh kau
tak kerja ke hari ni?” Tanya Hasnah pelik.
Hairan jugak dia tengok Kaisara dah
mengadap laptop pagi-pagi. Biasanya
nak kejut bangun pun sikit punya susah. Jadi dah sah-sahlah minah tu tak tidur
satu malam!
Ish.. kehidupan penulis ni memang tak
stabil ke? Ke kawannya seorang ini sahaja yang otak tak berapa nak setting! Hidup macam orang tak ada
peraturan! Ikut dan dia nak langgar fitrah alam.
“Aku kerjalah..!” Macam mana Kaisara boleh
terlupa yang hari ini hari Jumaat! Bukan hari sabtu weh.
Mampus!
“Apa susah.. mintak jelah cuti.”
“Tak boleh...Pagi ini ada meeting.... Datin dah warning tak boleh ada orang ponteng! Oh..
apa aku nak buat ni...”
Kejap berjalan ke kanan... kejap ke kiri.
Berpinar otak Hasnah dibuatnya.
“Pergilah mandi.. Solat subuh! Jangan
cakap kau terlupa nak solat insyaklah semalam...” Hasnah sudah mula bercekak
pinggang. Sakit otak bila dapat housemate
macan gini.
“Erk... aku rasa kan.... Aku....” Kaisara
terfikir-fikir sendiri. Dia dah solat insyak ke belum ya? Arghh.. sadis betul
bila perangai pelupa datang menjengguk!
“Woit... Kau kan cuti!”
Hasnah tepuk dahi. Baru teringat yang
sahabat baiknya itu memang sudah beberapa hari tak solat. Benda macam ni pun
lupa ke? Ya Allah... sabar jelah..
“Okeh.. Aku nak pergi mandi!”
Terus Kaisara menghilang ke dalam bilik.
Telinganya bingit mendengarkan bebelan dari Hasnah. Apa yang pasti, dia mula
terasa mengantuk gila!
***
Pagi
ini Kaisara benar-benar rasa yang otaknya tak stabil. Berjalan pun dengan mata
terpejam. Buat kerja pun tersengguk-sengguk. Sampai Kak Habsah selaku ketua admin pun perasan dengan tindak
tanduknya.
“Kau
buat apa jelah malam semalam sampai tak tidur Ara...? Kalau dah kahwin tu akak
fahamlah jugak!” Sindir Kak Habsah sambil tersengih.
Kaisara dapat kesan ayat double meaning di situ. Tapi sebab
matanya layu, otak pun jadi kayu untuk merangka ayat!
Kaisara
tersengih cuma. Tak kan nak jawab dia menulis pulak? Tak ada seorang pun rakan
sejawatnya yang tahu tentang kariernya yang satu! Mana boleh heboh-heboh.
Malulah kalau kantoi yang dia tulis cerita jiwang. Kerana hakikatnya, dia cukup
dikenali sebagai orang yang tak ada perasaan. Kengkononlah...
“Saya
layan movie korea kak....” Jawab Kaisara lemah. Pipinya sudah dijatuhkan di
bahagia meja. Mata tu berat je untuk dibuka!
“Apalah
yang korang duk kalut tengok cerita korea tuh! Muka hero semua jambu. Tak ada
langsung yang gagah-gagah macam Remy Ishak tu! Kalau macam Remy, selera jugak
akak dah hadap!” Mulut Kak Habsah macam bertih jagung. Pot pet..pot pet
memanjang.
“Akak...
Remy tu muka macam banglalah...” Tolak Kaisara perlahan.
Apalah yang Kak Habsah duk kecoh sangat
minat ke Remy tu? Tak ada piawaian jejaka pujaan langsung!
“Lantaklah
muka macam bangla pun.. Janji romantik! Eh, cepatlah pergi basuh muka! Tak kan
nak masuk meeting dengan muka tak
siap nih?”
“Kak...
Untuk apa saya masuk meeting. Saya ni
kerani je pun.... Bukannya bahagian pentadbiran ke, staf atasan ke, setiausaha
ke.... Saya nak pontenglah. Tidur dalam bilik air!”
Kak
Habsah sudah mula bercekak pinggang. Dah bersedia nak berperang mulut.
“Amboih budak nih... Dah sedar diri tu
kerani, boleh pulak banyak songeh. Bos suruh attend meeting tu, join jelah walaupun terpaksa jadi patung cendana
sekalipun.”
Kaisara
angkat tangan! Bagi isyarat lampu merah supaya Kak Habsah menghabiskan
bebelanya.
Serius
surrender! Telinganya tak boleh terima sangat orang duk membebel nih.
Lantas dibawa langkah kaki yang lemau ke arah bilik meeting yang berada di sebelah partition
mejanya.
Baru
sahaja dia berjalan keluar, tiba-tiba dia dirempuh dengan seorang lelaki hingga
menyebabkan badannya hilang kawalan lalu terhantuk di buju meja. Yang pastinya,
pandangannya mula...gelap gelita.
“Ya
Allah Ara....” Jerit Kak Habsah panik.
Makin panik setelah melihat gerangan
seorang lelaki yang tidak dikenali sedang memangku Kaisara.
“Saya
langgar sikit je... Tak kan sampai pengsan kak?” Tanya Arjuna pelik.
Kak
Habsah tersenyum kelat. Kaisara nampak syok benar tidur berbantalkan lengan
sasa lelaki itu. ‘Amboih budak nih.... Ambik kesempatan nak tidurlah tuh!’ Kak
Habsah menggeleng kepala. Tak jadi nak risau. Hmm... bagi jelah si Kaisara ni
tidur!
‘Mujur
aku baik dik... kalau aku jahat, dah lama aku simbah muka kau dengan air!’
Bisik hati Kak Habsah sambil melempar senyum pada lelaki yang tidak dikenali
itu.
***
Lama
Arjuna merenung wajah gadis yang sedang lena itu. Ini pengsan ke tidur sampai
berkeruh-keruh?
Ditelek
lagi wajah comel itu... Kecik je orangnya. Itu yang terempuh sikit pun sampai
boleh terhantuk ke bucu meja. Hidungnya kecik. Bibirnya halus. Bulu mata
sedikit lentik. Tapi nampak sempurna di matanya.
Melihatkan
badan gadis itu sedikit bergerak membuatkan Arjuna cepat-cepat mendapatkan
duduknya.
Kepala
yang berdenyut, mula dipicit perlahan. Anak mata yang baru terbuka itu dikelip
beberapa kali untuk menghilangkan silau. Dibangunkan badan yang sedang
terbaring itu.
‘Ya Allah... Aku ada kat mana nih?’
Tangannya mula mengesan kesan benjol di kepalanya. Padanlah pening sangat....
Bengkak rupanya. Kaisara main agak sendiri.
“Awak
okay?” Suara itu membuatkan Kaisara berpaling. Memandang seorang lelaki yang
tak pernah menjamah anak matanya.
“Awak
ni siapa? Doktor ke?”
Soalan
itu mengundang tawa Arjuna.
“Muka
saya ada gaya doktor ke?” Suka pula rasa nak mengusik.
Dahi
Kaisara mengerut. Kalau bukan doktor apa? Cleaner?
“Saya
nurse lah...” Muka Arjuna sengaja diseriuskan.
“Nurse?”
Soalan itu dibangkitkan.
Melihatkan gaya pemakaian lelaki itu, tak
ada gaya macam nurse pun? Diperhatikan pula keadaan sekeliling... Eh... ini
bukan ke bilik Encik Fuad ke? Peguam yang dah bersara dua minggu lepas.
“Mestilah
bukan... Saya Lawyer baru kat sini.”
“Oh.... I really really lost... Tak ingat
apa yang jadi. Oh..kejap... Meeting?
Saya nak kena masuk meeting.”
Kaisara menggagahkan dirinya untuk bangun.
Namun badannya hampir sahaja tumbang. Oh.. rasa macam dunia sedang berputar
dengan kelajuan 160km perjam.
“Eh...
awak okay tak nih?”
Tangan Arjuna menahan badan Kaisara dari
terjatuh. Sehingga membuatkan Kaisara tergamam sendiri. Tak senang dengan sikap
terbuka lelaki itu. Memanglah niat nak membantu tapi orang yang membantu pun
boleh naik hantu bila jumpa perempuan cantik! Eh....
“Maaf...
Saya cuma nak tolong.” Arjuna mula sedar akan ketidakselesaan gadis itu. Dia
melangkah setapak ke belakang.
“By the way... meeting dah habis lama dah. Sekarang pun dah pukul lima lebih.
Awak pengsan dari tadi. Saya nak bawa awak ke klinik tapi kak Habsah suruh awak
rehat dekat bilik saya je...” Terang Arjuna tanpa dipinta.
Muka
blur Kaisara dah beransur hilang. Otak Kaisara dah mula memproses.
Mungkin
ini agaknya peguam yang hendak diperkenalkan oleh Datin Norain itu. Nak
kenalkan peguam pun sampai nak buat meeting
segala!
“Saya
rehat kat sini?” Oh... habislah. Kairasa raba muka sendiri. Kot-kot ada
serpihan air liur basi ke. Dia kalau dapat tidur, bukan reti nak control!
“Ya...
dengar jugaklah muzik rock kapak tuh.” Arjuna mengusik.
Siot..
Kaisara tahan malu. Ya. Malu. Muka bangun tidur sepatutnya hanya milik seorang
suami je tau.
“Erk..
saya balik dululah...” Rasa janggal pula duduk berdua di pejabat lelaki ini
walaupun bilik mereka dikelilingi oleh cermin kaca yang hanya di pisahkan
dengan vertical blind sahaja.
“Nak
saya hantarkan?” Tawar Arjuna serius.
“Tak
apa... Saya boleh balik sendiri!” Okay... Memang statement berlagak sangat! Berjalan pun terhuyung hayang. Ada hati
nak drive sendiri.
“Jangan
degil.. Biar saya hantar awak balik...” Kali ini Arjuna sengaja mengeraskan
nada suaranya.
‘Kenapa
aku nak susah-susahkan diri pulak?’ Tiba-tiba Arjuna terfikir sendiri. Tapi
gentleman perlu menyusahkan diri untuk menyenangkan orang lain.
“Encik..
Saya boleh balik sendirilah...”
Hah, inilah yang Kaisara paling pantang
dengan lelaki. Dia anti betul dengan mamat yang terlebih over take care ini. Rimas! Dia suka berdikari tanpa mengharapkan
pertolongan yang berlebihan dari orang lain.
“Awak
berjalan pun tak betul... Ini kan pulak nak balik sendiri?” Cemuh Arjuna
sedikit kasar. Gadis dihadapannya ini memang double degil! Pasti akan mendatangkan triple masalah.
“Awak
ingat saya mabuk ke sampai jalan tak betul?”
Mungkin Kaisara nampak seperti tak mabuk.
Tapi dia sebenarnya memang tahap mamai habis.
“Sekarang
awak decide sendiri.. Saya hantar
balik ataupun saya dukung awak dan hantar balik!”
Gadis
ini memang silap besar sebab... Arjuna memang lelaki yang suka melayan degil
seorang perempuan.
Kaisara
melopong! Siapa lelaki ini yang sesuka hati perencah maggie mengarah itu ini
dalam hidupnya? Argghh... tension!
p/s: saya tahu korang dah baca versi cerpen.. but ni versi novel plus edited version.. enjoyz ya =)
akak je yang belum baca cerpennya..jadi terover excited sikit...panahan cinta Arjuna patut tajuknya..good luck..moga idea melimpah ruah.
ReplyDeleteoh belum baca ya.. jd sila baca n excited.. tq kak..=)
Deletenice intro...hehhe
ReplyDeletetq lalink
DeleteMemang xbosan bace telatah Ara ngn Arjuna ni...
ReplyDeleteheh.. tq kak WC
Deleteakan buat buku ke habis kat blog? apapun arjuna tetap sweet dan gentleman hihihi -ika
ReplyDeleteini akan dibukukan...yeaah.. juna akan kekal seperti kebiasaannya.. =)
DeleteBest2....
ReplyDeletetq tq tq
DeleteNi habis kt blog ke kluar cetak sara
ReplyDeleteJd brdebar lak wlu dh bca kt cerpen
along eza
insyaAllah... maybe versi cetak along.. haish.. cite x saspenpun berdebar ke? haha
Deleteda bc n nk bc lg n lg
ReplyDeletetq sara
Rasanya sayapun blum penah baca.. ish..ish.. Layanan,layanan jom.. Hehe
ReplyDelete