Anak mata masih tidak
berganjak dari memandang wajah Dewi. Comelnya Ya Allah. Tangannya mengusap
lembut pipi Dewi.
“Dah siap kemas?” Tanya
Amril pabila Naira mendapatkan dirinya.
“Dah.”
“Jangan lari dari aku
Naira...”
Seketika
Naira tergamam mendengar lima patah perkataan yang keluar dari mulut Amril.
Lari? Dia tidak akan pernah mampu lari dari Amril andai hati, jiwa, raganya sendiri
masih terikat pada lelaki itu.
“..maksud
aku..” Jeda seketika sebelum mencerna ayat yang lebih tersusun. “Jangan bawak
Dewi lari.. Jangan jauhkan aku dari dia.”
Lambat-lambat
Naira tarik senyum. Rasa macam nak tumbuk diri sendiri pun ada. Apa ke hal dia
berangan sangat tadi membayangkan yang tidak-tidak. Dia dan Amril... Dua cuaca
yang tak boleh digabungkan.
“Kau
kan daddy dia. Aku tak akan rampas tempat kau Ril. Kita kan dah janji?” Entah
berapa kali dia ulang ayat yang sama. Amril juga berhak ke atas Dewi.
Amril
panggung kepala. Naira baik sangat. Tapi kenapa hatinya tak terbuka buat Naira?
“Macam mana dengan urusan pengambilan anak angkat?” Topik mula dialihkan.
Bimbang hati galau tak tentu hala mencari penyudah jawapan yang memenuhi
piawaian.
“Aku
akan discuss dengan lawyer. Itu kau jangan risau.” Dia pun bukannya arif dalam
bab ini jadi dia akan melantik peguam untuk menguruskan dokumen berkaitan.
Sefahamnya,
mengambil anak angkat tanpa didaftarkan adalah tidak melanggar mana-mana
undang-undang negara. Tetapi jika didaftarkan, ianya dapat memberi perlindungan
kepada anak angkat dan ibu bapa angkat kerana ia diiktiraf dari segi
undang-undang.
“Naira...”
“Hmm...”
Kepala
ditundukkan. Merenung wajah Dewi lagi. “Aku rindu Dewi. Rindu sangat.”
Mata
mula berkaca mendengar luahan hati Amril itu. Kasihan lelaki itu. Duduk
dibetulkan. Bimbang nanti tangan gatal pula mengusap bahu lelaki itu.
Dia
teringin hendak melewati hati Amril yang
dingin dan beku itu. Ingin sekali dikutip semua keluh resah milik lelaki itu
semenjak dia kehilangan Dewi. Kisah yang tak kesampaian ini memang mampu buat
kaki teraba-raba mencari tempat letak duduk sebenar.
“Sorry...
Aku tak sepatutnya....” Amril hilang daya untuk mencerna ayat dengan baik.
Mampu ke diteruskan hidup dengan sisa-sisa kenangan lampau?
Mata
dikalih memandang Naira yang menyepi. Mungkin gadis itu menyampah mendengar
bebelannya tentang Dewi. Macam langsung tak hormat perasaan Naira yang memang
sedari dahulu menaruh perasaan padanya.
“Ril...
janji dengan aku.” Postur badan ditukar. Dia mahu Amril tahu yang dia serius
dengan kata-katanya.
“What?”
“Jangan
simpan semua sedih kau sorang-sorang. I want to be a part of your sadness. Just
share with me. Anythings. Kita kan dah janji nak jadi kawan?” Ya.. cukuplah
sekadar kawan.
Hati
Amril terdera lagi dengan kebaikan Naira. Dikerling anak mata Naira. “Jangan
baik sangat dengan aku Naira...”
Naira
ketawa. Menutup gundah milik sendiri bila dijeling tajam oleh Amril. Tahu tak
hati dia boleh gugur? Gugur tahu!
“Kenapa?
Kau takut jatuh suka pada aku?” Kening dicantum menduga hati si jejaka. Dia
mahu ada sense of humor antara mereka. Kalau tegang berpanjangan, benang pun
boleh putus.
“Tolonglah...
jangan perasan sangat boleh tak?”
Mereka
berdua cuba ketawa bersama. Kekok. Hambar. Tapi kiranya ini permulaan yang
lebih baik dari termanggu tak bercakap dan bertegur sapa langsung.
“Naira...
kau tak pernah ke benci aku walau aku bersikap kejam dengan kau dulu?” Dikerah
semua kudratnya untuk bertanya. Ingat senang ke untuk Amril?
Naira
tarik senyum lagi. Benci Amril tu macam benci pada dirinya sendiri. Lagipun
bukan salah Amril kalau lelaki itu tidak menyintai dirinya. Itu salah sendiri.
Siapa suruh jatuh cinta tak kena tempat.
“Hating
people takes to much energy... Sebab itu kita perlu hidup berkasih sayang.
Kasih sayang akan mencambahkan kekuatan..” Wajah itu tenang melemapar jawapan.
Kali
ini Amril faham. Kepala diangguk berulang kali. “Sebab tu kau tak pernah benci
Dewi walaupun kau tahu Dewi adalah perempuan yang aku cinta.” Perlahan suara
Amril. Memuji dalam diam.
Walaupun
mungkin hidup Naira dahulu punah ranah. Koyak rabak. Tapi secebis hatinya masih
bersisa dengan rasa bersih. Berbeza dengan dirinya. Hidup macam sempurna tapi
isi dalam hampeh.
“Kau
balik KL bila?” Tanya Naira menghilangkan sepi antara mereka.
“Minggu depan.”
“Okaylah
tu. Kelas pun start minggu depan kan?”
“Kau
sure boleh drive Naira? Kalau kau boleh balik lewat tiga empat hari lagi, aku
boleh tolong drive. Kau boleh jagakan Dewi.” Cadang Amril sungguh-sungguh. Tak
sampai hati pulak nak biar Naira memandu sendirian sejauh ini. Kalau Dewi
meragam tengah jalan macam mana?
“Aku
memang nak balik petang ni Ril. Kau duduklah sini lama sikit. Habiskan masa bersama
mak kau. Dia perlukan kau. Dia pun nak dikasih Ril... Orang tua ni, rajuk dia
lebih mengada dari budak kecik tau. Jadi, pandai-pandailah... Jangan buat silap
lagi Ril. Cukuplah sekali. Cukuplah.”
Sekejap
lagi, dia pun akan memohon maaf dengan Puan Norita atas keterlanjuran mulutnya
tempoh hari. Laser sangat! Dah jadi mummy ni, kena tanam sabar setinggi gunung.
“Thanks
Naira... sebab sudi ambil Dewi jadi anak angkat kau. Family kau dah tahu?
Derang okay ke?” Soalan itu buat jiwa Naira terbunuh.
Keluarga
dia nak ambik tahu ke pasal dia? Soalan Amril itu terus dibiar bergantungan.
***
“Terima
kasih mak cik...untuk semua jasa baik mak cik pada saya selama saya tinggal kat
sini.” Mata dah kabur. Tunggu nak pecahkan larvanya sahaja. Sejak akhir-akhir
ini, dia memang makin sensitip.
Mak
Cik Besah usap bahu Naira. “Mak cik tak buat apa pun nak.. Jaga diri. Jaga
Dewi. Jangan lupakan mak cik kat sini...”
Tak
kanlah Naira boleh lupa wanita yang telah menuaikan kasih melebihi dari ibu
kandungnya sendiri. Beberepa not RM 50
diselitkan di tangan Mak Cik Besah.
“Ish..
apa ni Naira. Simpanlah buat besarkan Dewi.”
“Untuk
Dewi saya dah asingkan. InsyaAllah kalau ada kesempatan, saya datang lagi ya.”
Mereka berpelukan lagi. Seakan-akan tidak merelakan perpisahan ini terjadi.
Tapi hidup perlu diteruskan.
“Pergi
dulu mak cik...”
Naira
tahu pasti berat hati tua itu hendak melepaskan Dewi kecik. Puas dicium segenap
wajah anak kecil itu.
Sebelum bergerak pulang,
Naira singgah di rumah Amril. Niat di hati hendak memohon maaf pada Puan
Norita. Maaf untuk semua keterlanjuran mulutnya tempoh hari. Dibesarkan tanpa
keluarga membuatkan dia khilaf.
“Saya
mintak maaf mak cik.. Saya banyak buat salah pada mak cik.”
Puan
Norita memeluk tubuh. Mata memandang ke atas. Muak! Dah jadi macam gini baru
pandai nak mintak maaf? Takut mati accident tepi jalan ke?
“Sudahlah...
aku pun bukannya kenal kau. Anggap je aku tak ada kena mengena dengan kau.”
Jawab Puan Norita keras sambil masuk ke dalam rumah. Menyampah melihat muka
gadis yang melawan kata-katanya tempoh hari.
Hari
tu bukan main lagi sibuk nak mengahwinkan Amril dan Dewi. Sekarang baru tahu
pentingnya redha orang tua?
Terkebil-kebil
dia dilayan begitu. Biarlah. Memang salah sendiri sebab gatal-gatal nak
kahwinkan anak orang. Encik Amran menghampiri gadis itu.
“Balik
ke mana selepas ni?”
“Balik
KL pak cik.”
“Oh...
seorang je?”
Naira
sekadar mengangguk. Sebelum ini dia memang keseorangan. Tapi selepas ini, ada
Dewi kecik yang akan menemani hari-harinya. Dia tahu yang semuanya tak akan
pernah mudah. Tapi jiwa dan dikuatkan untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang
mendatang.
“Maafkanlah
mak cik tu. Dia memang macam tu. Nampak je garang dan cepat marah. Tapi sekali
dia sayang orang, dia sayang sungguh-sungguh. Macam Dewi dulu.. Dia sayang
sangat. Tapi mungkin memang dah tak ada jodoh antaraa Dewi dan Amril.”
Encik
Amran kenal benar isterinya. Dia wanita yang benci dicabar. Makin dicabar,
makin membara naluri hendak memberontak.
Lama
Naira merenung muka pintu rumah Amril itu. Merenung bayang Puan Norita yang
sudah hilang. Kalaulah wanita tua itu tahu bahawa motif utamanya ke sini adalah
untuk merebut hati Amril, entah apalah penerimaan wanita itu.
Tapi...
jelas sekali yang dia pun tak akan berjaya merebut tempat sebagai isteri Amril
dan menjadi menantu Puan Norita.
Sudahlah
tidak dicintai si anak, malah dibenci oleh Puan Norita pula. Jadi berhentilah
berangan Naira. Berhenti.
“Saya
pergi dulu pak cik. Maafkan salah silap saya.”
Kepala ditundukkan sedikit. Menghormati bapa Amril itu.
Dari
dalam tingkap bilik, Amril sebenarnya memerhati dari jauh. Melihat wajah Naira
yang kecewa bila dilayan buruk oleh emaknya. Hatinya jatuh belas. Dia hendak
keluar tetapi dia tidak mahu si emak mengesyaki bahawa mereka sebenarnya sudah
lama mengenali antara satu sama lain. Nanti bimbang disyaki pula. Mereka berdua
sudah membuat keputusan untuk berjumpa di KL nanti.
Telefon
bimbit dicapai. Mesej ditaip.
Hati-hati Naira... Kalau ada apa2 call aku. -
Amril
Hati
Naira yang membaca jadi terusik. ‘Jangan baik sangat dengan aku Ril... Jangan
baik sangat. Aku tengah belajar nak terima hakikat yang antara kita, cuma ada
Dewi kecik.’ Ya. Cuma ada Dewi Ilyani.
***
Rahang Mariam terjatuh
saat melihat gadis yang berdiri di hadapannya. Tak berkelip si mata dibuatnya.
"Hey, yang kau pelik
sangat ni kenapa? Ini akulah... Naira Ilyani..." Terus Naira masuk ke
dalam rumah tanpa dipelawa. Malas nak layan rasa terkejut Mariam itu.
"Erk....Kepala
kau...."
Naira sengih. "Pasal
kepala aku dah bertudung ke yang kau pelik? Apa yang peliknya.. aku pakai tudung biasa...
bukannya tudung saji..." Sempat lagi buat lawak sarkastik.
Mariam tak habis terkejut
lagi. Sungguh dua bulan hilang berita tentang Naira. Ialah,
kampungnya kat ceruk dunia. Coverage
telefon atau internet memang kirim salamlah nak dapat.
"Okay. Kau pakai tudung. Aku tak pelik sangat... Tapi... baby
tu.." Muncung Mariam terhala ke arah baby yang berada di dalam dukungan
Naira.
"...Anak siapa?" Sambung Mariam dengan muka berkerut.
“Anak aku..." Jawab Naira tak fikir panjang.
"Hoi, mazhab mana yang ajar kau mengandung dua bulan boleh dapat baby
hah?"
Dia tak jumpa dengan Naira baju dua bulan lebih beberapa hari. Tak kan dah
boleh mengandung dan bersalin? Erk... lagipun siapa pulak yang mengandungkan
Naira Ilyani? Bila pulak minah tu kahwin?
"Serius.... ini anak aku. Dewi Ilyani nama dia. Comel kan?" Bayi
itu disua kepada Mariam yang tak habis lagi terkejutnya itu.
"Dewi.... Erk... Ini anak Dewi Aleeya ke?" Soal Mariam cepat. Dua bulan yang sekejap rupanya
bermacam aneka cerita yang mungkin dia tak tahu.
Naira senyap. Memandang ke
arah Dewi kecil yang sedang tidur. Ini baru sorang yang tanya. Kalau satu dunia
tanya, macam mana dia nak hadap?
Betul ke dia mampu nak
besarkan Dewi kecil dengan ragam dunia yang makin bergelora ini?
***
***
Jam dah menunjukkan pukul
enam petang. Sedang elok nak mandikan Dewi kecil. Barang keperluan Dewi
disediakan. Selama di kampung, Mak Cik Besah yang tolong mandikan dan siapkan Dewi.
Dia hanya menjadi pemerhati sahaja.
Kiranya inilah kali
pertama dia nak mandikan Dewi sendiri. Bayi sekecil Dewi, memang boleh buat
jantung Naira luruh. Bimbang.
“Kau boleh buat tak ni?”
Tanya Mariam tak percaya. Risau pun ada. Dulu masa melawat anak kenalan mereka,
kawannya ini langsung tak memegang. Takut katanya kerana bayi itu masih kecil.
Ini nak dimandikan pulak bayi sekecil Dewi? Lagilah Mariam pelik.
Nafas bercelaru
dilepaskan. “Kalau aku tak cuba sekarang, aku tak akan cuba sampai bila-bila.
Aku kena lawan ketakutan milik sendiri kan?” Kata-kata semangat dilemparkan
pada diri sendiri.
Mariam senyum sahaja.
Mengangguk dan mengiakan. Tak mahu mematahkan semangat Naira.
“Aku ada kat dapur. Kalau
ada apa-apa panggil aku ya.” Sempat ditepuk beberapa kali bahu Naira.
Menitipkan kekuatan.
Sesudah menyediakan semua
kelengkapan mandian Dewi kecik, Naira mengdukung Dewi dan dibawa ke kamar
mandi. Air suam di dalam besen dirasa. Sedang elok sahaja.
Naira duduk di atas
kerusi kecil yang sudah disediakan dari awal.
Terketar-ketar tangannya.
Mengusap dan menyapu tubuh kecil itu. Air matanya menitis. Sebak merasuk diri. Sungguh,
terasa Dewi Aleeya dekat dengan dirinya. Malah dia mula menyanjung tinggi kasih
seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan seorang anak. Ingattannya singgah
pada si mama yang jauh. Oh rindu mampir lagi.
Air mata dikesat. Tidak
mahu mempengaruhi emosi Dewi kecil pulak. Dicapai tuala dan tubuh Dewi mula
dibalut.
Apabila bangun dan hendak
keluar dari bilik air, kakinya terempuh kerusi pendek yang menjadi tempat
duduknya tadi. Dan hampir sahaja dia tersungkur ke lantai bilik mandi.
Tapi tangan kanan menahan
diri di dinding. Tangan kiri pula memeluk erat tubuh Dewi yang hampir terjatuh.
Ya Allah!
“Yam... Yam...” Jerit
Naira sungguh-sungguh.
Mariam yang mendengar terkocoh-kocoh
berlari dari dapur. Matanya terkejut pabila melihat tubuh Naira yang melekat di
dinding. “Ya Allah kenapa ni Naira?”
“Ambil Dewi Yam... Ambil
Dewi..” Tangisan Dewi sudah bergema. Kaki Naira sedikit terseliuh. Semuanya
terjadi dengan spontan dan mengejutkan Naira sendiri.
Dia merangkak keluar ke
muka pintu bilik air. Tubuh Dewi yang menangis diambil dan diusap. Mariam ikut
turut tergamam dan menangis.
“Macam mana boleh jadi
macam ni Naira?” Tubuh si kawan dipeluk. Ya Allah, dah kenapa dia pun menangis
sama ni? Kenapa sensitif sangat? Mungkin sebab dia tengok Naira sungguh-sungguh
nak selamatkan Dewi tadi.
“Aku salah. Aku yang
careless. Ya Allah... aku tak mampu nak bayangkan kalau aku terjatuh tersembam
tadi Yam.. Dewi nyaris nak terlepas dari tangan aku....” Mulut tergagap
bercerita kejadian tadi.
“... Ya Allah Yam, macam
mana aku nak jaga Dewi kalau aku sendiri tak mampu nak jaga diri sendiri?” Air
mata tersungkur rebah di dada wajah.
Tangannya masih terketar.
Mariam memujuk. “Istighfar
Naira... Istighfar.” Dia pun hilang daya nak mencerna kata.
Dewi kecik yang sedang
menangis itu dipeluk. “Maafkan mummy sayang... Mummy salah... Mummy yang
careless... Jangan nangis sayang.. Jangan nangis...”
Tangisan Dewi itu
seakan-akan menjerit memberitahu bahawa dia gagal menjadi mummy yang baik. Ya
Allah. Rasa diri begitu teruk sekali. Budak sekecil ni pun kau tak mampu nak
jaga ke?
Mata dipejam. Seraut
wajah Dewi Aleeya menerjah minda.
‘Dewi... maafkan akak...
Akak rasa... Akak rasa tak mampu nak jaga Dewi. Akak rasa akak tak mampu nak
jadi mummy yang baik untuk Dewi kecik.’
Mungkin Tuhan bagi petanda
yang dia tak layak menjaga amanah Dewi Aleeya ini.
Mungkin Tuhan tidak mahu
permata ini digilap melalui tangannya yang penuh kotor ini.
Sekelip mata, Naira
hilang keyakinan pada diri sendiri.p/s: like ai said before this... x tahu lagi jadi mini novel or novel .. bergantung pada idea semasa... sebab kalau ikut perancangan, this gonna be a long journey.. nway do enjoyz keh...
mana yang lain? mana? mana? hahaha *meroyan*...siannya naira. mohon amril bukak hati please :3
ReplyDeleteyang lain tu sape? kehkeh... bru bab 1.. releks
Deletehhehehehe... naira kena kuat. dah jadi mumy kan ?
ReplyDeletekann...untuk langkah pertama, mmg x pernah mudah kan
DeleteLama mnanti yg nI ja kuar. Mcm x cukup ja, mcm pdk ja. Haishhhh cik penulis comel lote ni kan sj bg penderaan pd kami.
ReplyDeleteCian
Naira, si amril ni kena sekeh kepala kot br dia leh fikir betul kot huhu
hahaha... kak ton ni msti nk ketuk kpla si amril.. sian dia.. tu daddy dewi tu
DeleteBce cete nie mata smpai berkace2 lah....X saba bona nk tnggu bab seterus yew...
ReplyDeletesabor yaaa... bab 2 msih x nmpak bayang
DeleteOhhhh ... Tersentap sikit
ReplyDeletenasib sikit.. heh
DeleteHarap-harap naira kuat untuk membesarkn dewi kecik
ReplyDeletehope so... mummy dewi kenalah kuat
DeleteTersentuh hati baca.bru prmulaan ni dh sebak..moga naira tabah tuk jaga dewi junior
ReplyDeleteyeahh... naira kn mummy dewi.. mstilah tabah..
Deletenaira pls kuatkn hati.. dewi kecik perlukan u!
ReplyDeletebos syg 10 page ni? sikit nau sedih bru sampai tekak dh abs.. hahaha.. nextt yaww :*
-hope u know me- ahakss
hoi kejamnya u ni... panjang dah ni tauuu..
DeleteSungguh... bila senantiasa ada semua gagal mencelikkan mata tambah jiwa, minda dan hati masih digayuti cinta semalam yang kesampaian.. tapi bila tiada percayalah semua kenangan kan mengimbau... luruh lagi airmata ni... dik Sara memang suka buat akak cengeng.... :-(
ReplyDelete1 thing .... too much not to much...
♥Rozie Lily♥
Dah lama tngu n3 ni,nk tau apa kesinambungan cerita naira dan amril.best,smua crita sara tlis memang best2.
ReplyDeleteterbantut daaaaa.
ReplyDeletenak lagi :)))))
ReplyDeletekak sara... dah 3 hari berturut turut. setiap masa kita buka blog akak :( sambung lah :(
ReplyDeletekak sara... dah 3 hari berturut turut. setiap masa kita buka blog akak :( sambung lah :(
ReplyDeletekak sara... dah 3 hari berturut turut. setiap masa kita buka blog akak :( sambung lah :(
ReplyDeleteMacam best je macam gempak je.
ReplyDeleteMuahaha . Anyway memang best n gempak pun.
-iyda
don't give up Naira... u can do it... :D
ReplyDelete-Jaesya-
siapa biological father kepada Dewi kecik tu?? *wondering...
ReplyDeleteSis jazmen hannna.. ni sequel dr Bagaikan Langit Memeluk Bintang.. chk Sep 2013 ~ kak pah
DeleteDik Sara... panjang or pendek jln cerita ni, akak akan setia menanti... rindu dgn watak Dewi Aleeya... sebak je hati bila teringatkan kesabaran dia semasa hayatnya ~ kak pah
ReplyDeleteBaru memulakan baca..tq dear...lama x singgah sini...rasa cam kenal je Dewi Aleeya ..di mana ya..
ReplyDeleteBaru memulakan baca..tq dear...lama x singgah sini...rasa cam kenal je Dewi Aleeya ..di mana ya..
ReplyDeleteBaru memulakan baca..tq dear...lama x singgah sini...rasa cam kenal je Dewi Aleeya ..di mana ya..
ReplyDelete