Monday 4 November 2013

BIAR AKU MENCINTAIMU [1]


Anak mata masih tidak berganjak dari memandang wajah Dewi. Comelnya Ya Allah. Tangannya mengusap lembut pipi Dewi.
“Dah siap kemas?” Tanya Amril pabila Naira mendapatkan dirinya.
            “Dah.”
“Jangan lari dari aku Naira...”
            Seketika Naira tergamam mendengar lima patah perkataan yang keluar dari mulut Amril. Lari? Dia tidak akan pernah mampu lari dari Amril andai hati, jiwa, raganya sendiri masih terikat pada lelaki itu.
            “..maksud aku..” Jeda seketika sebelum mencerna ayat yang lebih tersusun. “Jangan bawak Dewi lari.. Jangan jauhkan aku dari dia.”
            Lambat-lambat Naira tarik senyum. Rasa macam nak tumbuk diri sendiri pun ada. Apa ke hal dia berangan sangat tadi membayangkan yang tidak-tidak. Dia dan Amril... Dua cuaca yang tak boleh digabungkan.
            “Kau kan daddy dia. Aku tak akan rampas tempat kau Ril. Kita kan dah janji?” Entah berapa kali dia ulang ayat yang sama. Amril juga berhak ke atas Dewi.
            Amril panggung kepala. Naira baik sangat. Tapi kenapa hatinya tak terbuka buat Naira? “Macam mana dengan urusan pengambilan anak angkat?” Topik mula dialihkan. Bimbang hati galau tak tentu hala mencari penyudah jawapan yang memenuhi piawaian.
            “Aku akan discuss dengan lawyer. Itu kau jangan risau.” Dia pun bukannya arif dalam bab ini jadi dia akan melantik peguam untuk menguruskan dokumen berkaitan.
            Sefahamnya, mengambil anak angkat tanpa didaftarkan adalah tidak melanggar mana-mana undang-undang negara. Tetapi jika didaftarkan, ianya dapat memberi perlindungan kepada anak angkat dan ibu bapa angkat kerana ia diiktiraf dari segi undang-undang.
            “Naira...”
            “Hmm...”
            Kepala ditundukkan. Merenung wajah Dewi lagi. “Aku rindu Dewi. Rindu sangat.”
            Mata mula berkaca mendengar luahan hati Amril itu. Kasihan lelaki itu. Duduk dibetulkan. Bimbang nanti tangan gatal pula mengusap bahu lelaki itu.
            Dia teringin hendak melewati hati Amril  yang dingin dan beku itu. Ingin sekali dikutip semua keluh resah milik lelaki itu semenjak dia kehilangan Dewi. Kisah yang tak kesampaian ini memang mampu buat kaki teraba-raba mencari tempat letak duduk sebenar.
            “Sorry... Aku tak sepatutnya....” Amril hilang daya untuk mencerna ayat dengan baik. Mampu ke diteruskan hidup dengan sisa-sisa kenangan lampau?
            Mata dikalih memandang Naira yang menyepi. Mungkin gadis itu menyampah mendengar bebelannya tentang Dewi. Macam langsung tak hormat perasaan Naira yang memang sedari dahulu menaruh perasaan padanya.
            “Ril... janji dengan aku.” Postur badan ditukar. Dia mahu Amril tahu yang dia serius dengan kata-katanya.
            “What?”
            “Jangan simpan semua sedih kau sorang-sorang. I want to be a part of your sadness. Just share with me. Anythings. Kita kan dah janji nak jadi kawan?” Ya.. cukuplah sekadar kawan.
            Hati Amril terdera lagi dengan kebaikan Naira. Dikerling anak mata Naira. “Jangan baik sangat dengan aku Naira...”
            Naira ketawa. Menutup gundah milik sendiri bila dijeling tajam oleh Amril. Tahu tak hati dia boleh gugur? Gugur tahu!
            “Kenapa? Kau takut jatuh suka pada aku?” Kening dicantum menduga hati si jejaka. Dia mahu ada sense of humor antara mereka. Kalau tegang berpanjangan, benang pun boleh putus.
            “Tolonglah... jangan perasan sangat boleh tak?”
            Mereka berdua cuba ketawa bersama. Kekok. Hambar. Tapi kiranya ini permulaan yang lebih baik dari termanggu tak bercakap dan bertegur sapa langsung.
            “Naira... kau tak pernah ke benci aku walau aku bersikap kejam dengan kau dulu?” Dikerah semua kudratnya untuk bertanya. Ingat senang ke untuk Amril?
            Naira tarik senyum lagi. Benci Amril tu macam benci pada dirinya sendiri. Lagipun bukan salah Amril kalau lelaki itu tidak menyintai dirinya. Itu salah sendiri. Siapa suruh jatuh cinta tak kena tempat.
            “Hating people takes to much energy... Sebab itu kita perlu hidup berkasih sayang. Kasih sayang akan mencambahkan kekuatan..” Wajah itu tenang melemapar jawapan.
            Kali ini Amril faham. Kepala diangguk berulang kali. “Sebab tu kau tak pernah benci Dewi walaupun kau tahu Dewi adalah perempuan yang aku cinta.” Perlahan suara Amril. Memuji dalam diam.
            Walaupun mungkin hidup Naira dahulu punah ranah. Koyak rabak. Tapi secebis hatinya masih bersisa dengan rasa bersih. Berbeza dengan dirinya. Hidup macam sempurna tapi isi dalam hampeh.
            “Kau balik KL bila?” Tanya Naira menghilangkan sepi antara mereka.
“Minggu depan.”
            “Okaylah tu. Kelas pun start minggu depan kan?”
            “Kau sure boleh drive Naira? Kalau kau boleh balik lewat tiga empat hari lagi, aku boleh tolong drive. Kau boleh jagakan Dewi.” Cadang Amril sungguh-sungguh. Tak sampai hati pulak nak biar Naira memandu sendirian sejauh ini. Kalau Dewi meragam tengah jalan macam mana?
            “Aku memang nak balik petang ni Ril. Kau duduklah sini lama sikit. Habiskan masa bersama mak kau. Dia perlukan kau. Dia pun nak dikasih Ril... Orang tua ni, rajuk dia lebih mengada dari budak kecik tau. Jadi, pandai-pandailah... Jangan buat silap lagi Ril. Cukuplah sekali. Cukuplah.”
            Sekejap lagi, dia pun akan memohon maaf dengan Puan Norita atas keterlanjuran mulutnya tempoh hari. Laser sangat! Dah jadi mummy ni, kena tanam sabar setinggi gunung.
            “Thanks Naira... sebab sudi ambil Dewi jadi anak angkat kau. Family kau dah tahu? Derang okay ke?” Soalan itu buat jiwa Naira terbunuh.
            Keluarga dia nak ambik tahu ke pasal dia? Soalan Amril itu terus dibiar bergantungan.
***
            “Terima kasih mak cik...untuk semua jasa baik mak cik pada saya selama saya tinggal kat sini.” Mata dah kabur. Tunggu nak pecahkan larvanya sahaja. Sejak akhir-akhir ini, dia memang makin sensitip.
            Mak Cik Besah usap bahu Naira. “Mak cik tak buat apa pun nak.. Jaga diri. Jaga Dewi. Jangan lupakan mak cik kat sini...”
            Tak kanlah Naira boleh lupa wanita yang telah menuaikan kasih melebihi dari ibu kandungnya sendiri.  Beberepa not RM 50 diselitkan di tangan Mak Cik Besah.
            “Ish.. apa ni Naira. Simpanlah buat besarkan Dewi.”
            “Untuk Dewi saya dah asingkan. InsyaAllah kalau ada kesempatan, saya datang lagi ya.” Mereka berpelukan lagi. Seakan-akan tidak merelakan perpisahan ini terjadi. Tapi hidup perlu diteruskan.
            “Pergi dulu mak cik...”
            Naira tahu pasti berat hati tua itu hendak melepaskan Dewi kecik. Puas dicium segenap wajah anak kecil itu.
Sebelum bergerak pulang, Naira singgah di rumah Amril. Niat di hati hendak memohon maaf pada Puan Norita. Maaf untuk semua keterlanjuran mulutnya tempoh hari. Dibesarkan tanpa keluarga membuatkan dia khilaf.
            “Saya mintak maaf mak cik.. Saya banyak buat salah pada mak cik.”
            Puan Norita memeluk tubuh. Mata memandang ke atas. Muak! Dah jadi macam gini baru pandai nak mintak maaf? Takut mati accident tepi jalan ke?
            “Sudahlah... aku pun bukannya kenal kau. Anggap je aku tak ada kena mengena dengan kau.” Jawab Puan Norita keras sambil masuk ke dalam rumah. Menyampah melihat muka gadis yang melawan kata-katanya tempoh hari.
            Hari tu bukan main lagi sibuk nak mengahwinkan Amril dan Dewi. Sekarang baru tahu pentingnya redha orang tua?
            Terkebil-kebil dia dilayan begitu. Biarlah. Memang salah sendiri sebab gatal-gatal nak kahwinkan anak orang. Encik Amran menghampiri gadis itu.
            “Balik ke mana selepas ni?”
            “Balik KL pak cik.”
            “Oh... seorang je?”
            Naira sekadar mengangguk. Sebelum ini dia memang keseorangan. Tapi selepas ini, ada Dewi kecik yang akan menemani hari-harinya. Dia tahu yang semuanya tak akan pernah mudah. Tapi jiwa dan dikuatkan untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang.
            “Maafkanlah mak cik tu. Dia memang macam tu. Nampak je garang dan cepat marah. Tapi sekali dia sayang orang, dia sayang sungguh-sungguh. Macam Dewi dulu.. Dia sayang sangat. Tapi mungkin memang dah tak ada jodoh antaraa Dewi dan Amril.”
            Encik Amran kenal benar isterinya. Dia wanita yang benci dicabar. Makin dicabar, makin membara naluri hendak memberontak.
            Lama Naira merenung muka pintu rumah Amril itu. Merenung bayang Puan Norita yang sudah hilang. Kalaulah wanita tua itu tahu bahawa motif utamanya ke sini adalah untuk merebut hati Amril, entah apalah penerimaan wanita itu.
            Tapi... jelas sekali yang dia pun tak akan berjaya merebut tempat sebagai isteri Amril dan menjadi menantu Puan Norita.
            Sudahlah tidak dicintai si anak, malah dibenci oleh Puan Norita pula. Jadi berhentilah berangan Naira. Berhenti.
            “Saya pergi dulu pak cik. Maafkan salah silap saya.”  Kepala ditundukkan sedikit. Menghormati bapa Amril itu.
            Dari dalam tingkap bilik, Amril sebenarnya memerhati dari jauh. Melihat wajah Naira yang kecewa bila dilayan buruk oleh emaknya. Hatinya jatuh belas. Dia hendak keluar tetapi dia tidak mahu si emak mengesyaki bahawa mereka sebenarnya sudah lama mengenali antara satu sama lain. Nanti bimbang disyaki pula. Mereka berdua sudah membuat keputusan untuk berjumpa di KL nanti.
            Telefon bimbit dicapai. Mesej ditaip.

            Hati-hati Naira... Kalau ada apa2 call aku. - Amril

            Hati Naira yang membaca jadi terusik. ‘Jangan baik sangat dengan aku Ril... Jangan baik sangat. Aku tengah belajar nak terima hakikat yang antara kita, cuma ada Dewi kecik.’ Ya. Cuma ada Dewi Ilyani.
***
Rahang Mariam terjatuh saat melihat gadis yang berdiri di hadapannya. Tak berkelip si mata dibuatnya.
"Hey, yang kau pelik sangat ni kenapa? Ini akulah... Naira Ilyani..." Terus Naira masuk ke dalam rumah tanpa dipelawa. Malas nak layan rasa terkejut Mariam itu.
"Erk....Kepala kau...."
Naira sengih. "Pasal kepala aku dah bertudung ke yang kau pelik? Apa yang peliknya.. aku pakai tudung biasa... bukannya tudung saji..." Sempat lagi buat lawak sarkastik.
Mariam tak habis terkejut lagi. Sungguh dua bulan hilang berita tentang Naira. Ialah, kampungnya kat ceruk dunia. Coverage telefon atau internet memang kirim salamlah nak dapat.
"Okay. Kau pakai tudung. Aku tak pelik sangat... Tapi... baby tu.." Muncung Mariam terhala ke arah baby yang berada di dalam dukungan Naira.
"...Anak siapa?" Sambung Mariam dengan muka berkerut.
Anak aku..." Jawab Naira tak fikir panjang.
"Hoi, mazhab mana yang ajar kau mengandung dua bulan boleh dapat baby hah?" 
Dia tak jumpa dengan Naira baju dua bulan lebih beberapa hari. Tak kan dah boleh mengandung dan bersalin? Erk... lagipun siapa pulak yang mengandungkan Naira Ilyani? Bila pulak minah tu kahwin?
"Serius.... ini anak aku. Dewi Ilyani nama dia. Comel kan?" Bayi itu disua kepada Mariam yang tak habis lagi terkejutnya itu.
"Dewi.... Erk... Ini anak Dewi Aleeya ke?" Soal Mariam cepat. Dua bulan yang sekejap rupanya bermacam aneka cerita yang mungkin dia tak tahu.
Naira senyap. Memandang ke arah Dewi kecil yang sedang tidur. Ini baru sorang yang tanya. Kalau satu dunia tanya, macam mana dia nak hadap?
Betul ke dia mampu nak besarkan Dewi kecil dengan ragam dunia yang makin bergelora ini?
***
Jam dah menunjukkan pukul enam petang. Sedang elok nak mandikan Dewi kecil. Barang keperluan Dewi disediakan. Selama di kampung, Mak Cik Besah yang tolong mandikan dan siapkan Dewi. Dia hanya menjadi pemerhati sahaja.
Kiranya inilah kali pertama dia nak mandikan Dewi sendiri. Bayi sekecil Dewi, memang boleh buat jantung Naira luruh. Bimbang.
“Kau boleh buat tak ni?” Tanya Mariam tak percaya. Risau pun ada. Dulu masa melawat anak kenalan mereka, kawannya ini langsung tak memegang. Takut katanya kerana bayi itu masih kecil. Ini nak dimandikan pulak bayi sekecil Dewi? Lagilah Mariam pelik.
Nafas bercelaru dilepaskan. “Kalau aku tak cuba sekarang, aku tak akan cuba sampai bila-bila. Aku kena lawan ketakutan milik sendiri kan?” Kata-kata semangat dilemparkan pada diri sendiri.
Mariam senyum sahaja. Mengangguk dan mengiakan. Tak mahu mematahkan semangat Naira.
“Aku ada kat dapur. Kalau ada apa-apa panggil aku ya.” Sempat ditepuk beberapa kali bahu Naira. Menitipkan kekuatan.
Sesudah menyediakan semua kelengkapan mandian Dewi kecik, Naira mengdukung Dewi dan dibawa ke kamar mandi. Air suam di dalam besen dirasa. Sedang elok sahaja.
Naira duduk di atas kerusi kecil yang sudah disediakan dari awal.
Terketar-ketar tangannya. Mengusap dan menyapu tubuh kecil itu. Air matanya menitis. Sebak merasuk diri. Sungguh, terasa Dewi Aleeya dekat dengan dirinya. Malah dia mula menyanjung tinggi kasih seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan seorang anak. Ingattannya singgah pada si mama yang jauh. Oh rindu mampir lagi.
Air mata dikesat. Tidak mahu mempengaruhi emosi Dewi kecil pulak. Dicapai tuala dan tubuh Dewi mula dibalut.
Apabila bangun dan hendak keluar dari bilik air, kakinya terempuh kerusi pendek yang menjadi tempat duduknya tadi. Dan hampir sahaja dia tersungkur ke lantai bilik mandi.
Tapi tangan kanan menahan diri di dinding. Tangan kiri pula memeluk erat tubuh Dewi yang hampir terjatuh. Ya Allah!
“Yam... Yam...” Jerit Naira sungguh-sungguh.
Mariam yang mendengar terkocoh-kocoh berlari dari dapur. Matanya terkejut pabila melihat tubuh Naira yang melekat di dinding. “Ya Allah kenapa ni Naira?”
“Ambil Dewi Yam... Ambil Dewi..” Tangisan Dewi sudah bergema. Kaki Naira sedikit terseliuh. Semuanya terjadi dengan spontan dan mengejutkan Naira sendiri.
Dia merangkak keluar ke muka pintu bilik air. Tubuh Dewi yang menangis diambil dan diusap. Mariam ikut turut tergamam dan menangis.
“Macam mana boleh jadi macam ni Naira?” Tubuh si kawan dipeluk. Ya Allah, dah kenapa dia pun menangis sama ni? Kenapa sensitif sangat? Mungkin sebab dia tengok Naira sungguh-sungguh nak selamatkan Dewi tadi.
“Aku salah. Aku yang careless. Ya Allah... aku tak mampu nak bayangkan kalau aku terjatuh tersembam tadi Yam.. Dewi nyaris nak terlepas dari tangan aku....” Mulut tergagap bercerita kejadian tadi.
“... Ya Allah Yam, macam mana aku nak jaga Dewi kalau aku sendiri tak mampu nak jaga diri sendiri?” Air mata tersungkur rebah di dada wajah.
Tangannya masih terketar.
Mariam memujuk. “Istighfar Naira... Istighfar.” Dia pun hilang daya nak mencerna kata.
Dewi kecik yang sedang menangis itu dipeluk. “Maafkan mummy sayang... Mummy salah... Mummy yang careless... Jangan nangis sayang.. Jangan nangis...”
Tangisan Dewi itu seakan-akan menjerit memberitahu bahawa dia gagal menjadi mummy yang baik. Ya Allah. Rasa diri begitu teruk sekali. Budak sekecil ni pun kau tak mampu nak jaga ke?
Mata dipejam. Seraut wajah Dewi Aleeya menerjah minda.
‘Dewi... maafkan akak... Akak rasa... Akak rasa tak mampu nak jaga Dewi. Akak rasa akak tak mampu nak jadi mummy yang baik untuk Dewi kecik.’
Mungkin Tuhan bagi petanda yang dia tak layak menjaga amanah Dewi Aleeya ini.
Mungkin Tuhan tidak mahu permata ini digilap melalui tangannya yang penuh kotor ini.
Sekelip mata, Naira hilang keyakinan pada diri sendiri.


p/s: like ai said before this... x tahu lagi jadi mini novel or novel .. bergantung pada idea semasa... sebab kalau ikut perancangan, this gonna be a long journey.. nway do enjoyz keh... 

31 comments:

  1. mana yang lain? mana? mana? hahaha *meroyan*...siannya naira. mohon amril bukak hati please :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang lain tu sape? kehkeh... bru bab 1.. releks

      Delete
  2. hhehehehe... naira kena kuat. dah jadi mumy kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann...untuk langkah pertama, mmg x pernah mudah kan

      Delete
  3. Lama mnanti yg nI ja kuar. Mcm x cukup ja, mcm pdk ja. Haishhhh cik penulis comel lote ni kan sj bg penderaan pd kami.
    Cian
    Naira, si amril ni kena sekeh kepala kot br dia leh fikir betul kot huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... kak ton ni msti nk ketuk kpla si amril.. sian dia.. tu daddy dewi tu

      Delete
  4. Bce cete nie mata smpai berkace2 lah....X saba bona nk tnggu bab seterus yew...

    ReplyDelete
  5. Harap-harap naira kuat untuk membesarkn dewi kecik

    ReplyDelete
  6. Tersentuh hati baca.bru prmulaan ni dh sebak..moga naira tabah tuk jaga dewi junior

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh... naira kn mummy dewi.. mstilah tabah..

      Delete
  7. naira pls kuatkn hati.. dewi kecik perlukan u!

    bos syg 10 page ni? sikit nau sedih bru sampai tekak dh abs.. hahaha.. nextt yaww :*

    -hope u know me- ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoi kejamnya u ni... panjang dah ni tauuu..

      Delete
  8. Sungguh... bila senantiasa ada semua gagal mencelikkan mata tambah jiwa, minda dan hati masih digayuti cinta semalam yang kesampaian.. tapi bila tiada percayalah semua kenangan kan mengimbau... luruh lagi airmata ni... dik Sara memang suka buat akak cengeng.... :-(
    1 thing .... too much not to much...

    ♥Rozie Lily♥

    ReplyDelete
  9. Dah lama tngu n3 ni,nk tau apa kesinambungan cerita naira dan amril.best,smua crita sara tlis memang best2.

    ReplyDelete
  10. terbantut daaaaa.

    ReplyDelete
  11. nak lagi :)))))

    ReplyDelete
  12. kak sara... dah 3 hari berturut turut. setiap masa kita buka blog akak :( sambung lah :(

    ReplyDelete
  13. kak sara... dah 3 hari berturut turut. setiap masa kita buka blog akak :( sambung lah :(

    ReplyDelete
  14. kak sara... dah 3 hari berturut turut. setiap masa kita buka blog akak :( sambung lah :(

    ReplyDelete
  15. Macam best je macam gempak je.
    Muahaha . Anyway memang best n gempak pun.

    -iyda

    ReplyDelete
  16. don't give up Naira... u can do it... :D
    -Jaesya-

    ReplyDelete
  17. siapa biological father kepada Dewi kecik tu?? *wondering...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis jazmen hannna.. ni sequel dr Bagaikan Langit Memeluk Bintang.. chk Sep 2013 ~ kak pah

      Delete
  18. Dik Sara... panjang or pendek jln cerita ni, akak akan setia menanti... rindu dgn watak Dewi Aleeya... sebak je hati bila teringatkan kesabaran dia semasa hayatnya ~ kak pah

    ReplyDelete
  19. Baru memulakan baca..tq dear...lama x singgah sini...rasa cam kenal je Dewi Aleeya ..di mana ya..

    ReplyDelete
  20. Baru memulakan baca..tq dear...lama x singgah sini...rasa cam kenal je Dewi Aleeya ..di mana ya..

    ReplyDelete
  21. Baru memulakan baca..tq dear...lama x singgah sini...rasa cam kenal je Dewi Aleeya ..di mana ya..

    ReplyDelete