Dah dua minggu Amril tak datang menjenguk Dewi.
Naira pulak yang naik hairan. Kalau dahulu, sanggup meredah hujan untuk melihat
keadaan Dewi. Hanya semalam Amril menghantar whatsapp menyuruh dia menghantar
gambar Dewi yang terkini.
“Nah
air...” Naira menyambut huluran Mug daripada Mariam itu.
“Dewi
dah tidur?”
Hanya
anggukan yang dihantar sebagai tanda jawapan.
“Kau
fikir apa?” Tengok jenis air muka pun Mariam tahu Naira tengah runsing fikirkan
sesuatu. Pasal Dewi ke?
“Amril.”
Naira tahu, tak ada guna kalau pendam
perasaan seorang diri. Kalau boleh luah, apa salahnya berkongsi rasa.
“Kenapa
dengan dia?”
“Lately
ni dia macam dah lain.”
“Lain yang macam mana?” Nak difaham jugak
konsep lain tu. Makin caring dan loving ke atau makin annoying.
“Dia macam makin jauh. Asyik mengelak dari
jumpa aku.” Terfikir-fikir Naira jadinya. Dia ada buat salah ke?
Mariam
ketawa kecil. “Macamlah kau tak biasa dengan perangai angin monhsun tropika dia
tuh.”
Betul
sangatlah apa yang Mariam beritahu tu. Kejap tawar. Kejap manis. Kejap masin.
Tapi dua bulan ni dia dah terbiasa dengan layanan baik Amril. Jadi hilang Amril
sedikit sebanyak buat dia tak tentu arah.
‘Kenapalah
biul aku tak habis-habis lagi. Dah sah-sah yang Amril tu bukannya laki aku...
bukan boyfriend pun... tapi fikiran tetap mengular nak fikirkan dia jugak.’
“Kau
masih sayangkan dia?” Tanya Mariam sambil menghirup kopi panas yang masih
berasap.
Diam.
Otak
ligat memikirkan jawapan tapi mulut Naira beku dari bersuara.
Mariam
senyum tipis. Berbeza betul Naira Ilyani yang dahulu dan Naira Ilyani yang
sekarang. Kalau dulu, pantang tak betul, terus soalan direct ditanya. Hak dia
perlu dipertahankan. Soal tak puas hati terus dikeudarakan walaupun bakal
menyirap kemarahan orang lain.
Tapi
sekarang.. Naira Ilyani dihadapannya kelihatan sudah pandai disimbah dengan
rasa sabar. Kagum sebab bukan semudah itu hendak mengawal kehendak diri yang
sering membuta-tuli itu.
“Tak
payahlah jawab. Aku dah tahu jawapan kau.” Bahu si kawan diusap.
“Mungkin
kita pernah rasa tentang cinta yang takdirnya bukan untuk kita.” Bait-bait lagu
I love you nyanyian Najwa Latif itu menyapa gegendang telinga Naira.
“Biar
aku.. mencintaimu biar tiada siapa yang tahu.” Sambung Naira ceria. Ikut turut
menyanyi.
“Mungkin
aku pernah cintakan dia Yam.. Tapi perasaan dulu dengan sekarang tak sama.
Dulu, rasa tu cenderung untuk memiliki. Tapi sekarang rasa tu tak ubah macam
sesuatu yang menyenangkan. Ialah, aku anggap dia kawan dan daddy kepada Dewi
je... Aku hormat perasaan dia pada arwah Dewi. Mungkin satu hari nanti perasaan
aku pada dia akan expired dan aku
harap sangat benda tu akan berlaku.”
“Perasaan
sayang ni ada tarikh luput ke?” Soal Mariam ketawa.
“Mestilah
ada. Kalau tak ada, tak kanlah wujud istilah cerai berai macam mak dengan ayah
aku tuh.”
Masuk
part mak ayah Naira, terus Mariam tak berani nak berlebihan bersuara. Bimbang
akan menokok tambah isi cerita dan melukakan perasaan ‘anak mangsa penceraian’
macam Naira Ilyani.
“Mereka
pernah seiring sejalan... tapi sampai satu tempoh tu, laluan mereka dah tak
sehala. Kenapa agaknya?” Tanya Naira lebih pada diri sendiri.
“Mungkin
jodoh tak panjang..”
“Jawapan
tu klise sangat!”
“Dah
tu kau nak jawapan macam mana Naira oit?”
“Aku
rasa derang ibu bapa yang pentingkan diri sendiri. Fikir bahagia derang je.
Pernah tak waima sekali je dia fikirkan tentang anak-anak yang akan menanggung
akibatnya?” Jauh Naira mengelamun memandang ke depan.
Tak sedar, topik ini telah dipandu dengan
terlalu jauh. Jauh menyelak satu persatu kenangan silam.
Mariam
tahu dia tak boleh membebel berlebih-lebih. Sebab dia tak ada di tempat Naira.
Dia tak tahu berat mana bebanan yang dipikul oleh Naira. Tapi itu tak bermakna
dia kena tinggal diam dan membenarkan semua telahan salah sangka Naira pada ibu
bapanya.
“Mungkin
ada sebab semua tu berlaku. Dari hidup tak bersefahaman, baik mereka berpisah
kan? Ialah... mestilah penat kalau setiap hari ada je benda yang nak
digaduhkan. Ada je benda yang tak puas hati. Dari anak-anak dibesarkan dalam
situasi yang kacau bilau macam tu, baiklah mak ayah kau berpisah.”
“Tapi
kenapa derang tak cuba perbaiki?” Soal Naira diserang emosi. Dia masih kecil
sewaktu ibu bapanya bercerai. Baru berumur sepuluh tahun. Selepas itu, terus
dihantar untuk tinggal di asrama.
Baru
je darjah empat. Apa yang budak darjah empat tahu untuk mengurus diri?
“Payah
Naira... Payah.”
Mariam
tarik nafas sebelum menyambung. “Kau ingat, pinggan kalau dah pecah boleh
kembali seperti sedia kala ke? Boleh guna letak nasi ke? Silap hari bulan nasi
yang letak tu bergaul pula dengan serpihan kaya. Kalau makan nasi tu, mungkin
boleh bawak maut. Jadi sama jugaklah dengan istilah cerai ni. Mungkin derang
ada bentuk-bentuk kelukaan yang dah tak
boleh diubati. Ubat yang ada hanyalah berpisah....” Jeda seketika sebelum
menyambung. “Naira, ini semua percaturan takdir, adalah tu hikmah yang Allah
simpankan untuk tagih sabar kita.”
Kata-kata
Mariam yang lembut itu sedikit sebanyak berjaya menyusun emosi Naira yang
berselerak.
“Sorry... tiba-tiba emosional.”
“It’s okay. It’s okay to be not okay
Naira. Lagipun, mak mak ni memang mudah sentap sikit.”
Naira
ketawa. “Cara kau cakap macamlah aku tengah mengandung!”
“Jangan
ingat ibu mengandung je yang sensitif. Semua ibu tak kira ibu angkat ke, ibu
tiri ke, ibu saudara ke mesti mengalami sindrom-sindrom sensitif tuh.”
Sebenarnya sindrom sensitif tu sindrom perempuan.
Naira
menganggukkan kepalanya. “Oh... kalau ibu jari macam mana?”
“Hah...
jangan sampai ibu jari kaki aku singgah dalam mulut kau Naira....” Gurauan
kasar Mariam itu terus mengundang tawa mereka berdua.
“Yam...
kenapalah kau ni perempuan? Kalau kau lelaki, dah lama aku ajak kahwin.” Terus
dipeluk Mariam ketat-ketat. Di saat dia sendirian, tuhan telah mengirimkan dia
seorang sahabat yang tiada gantinya.
“Dah sudah.. Datang dah sindrom gatal dia.
Betulkan otak kau tu sikit. Jangan sampai aku seterika otak kau yang berkedut
tuh.”
Namun di dalam gurau, pelukan temannya itu
tetap dibalas mesra. Sampai bila-bila pun dia akan cuba bantu Naira semampu
yang boleh.
***
Hari
ini Dewi genap tiga bulan. Awal-awal pagi Naira sudah menghantar whatsapp
kepada Amril. Diberitahu yang Naira perlu dibawa ke klinik untuk dicucuk. Jika
tidak diberitahu nanti, bimbang dimarahi pula. Amril bukan boleh kira.
Aku ikut. Dlm pkul 9 aku ambik kau. ~
Amril.
X ada kelas ke? ~ Naira
Umah kau ada saletip x? ~ Amril
Ada. Nak buat apa? ~ Naira
Nak saletip mulut kau yg bnyk tnya tuh!
~ Amril
Naira
ketap bibir. Tak pasal-pasal je kena perli sedas. Datanglah tu angin puting
beliung nak mengamuk je. Akhirnya Naira malas hendak membalas. Baik dia bersiap
supaya tak membuatkan Amril tertunggu pula. Karang makin melalut pula angin
kus-kusnya itu.
Sedang
elok dia mengenakan tudung, loceng rumah berbunyi. Cepat sahaja mendekati
pintu. Tak mahu Amril tertunggu.
Tapi
bila pintu terkuak, bukan bayang Amril
yang muncul tetapi wajah abangnya. Ketat. Serius. Langsung tak mesra.
Tak
mampu ditutup rasa terkejutnya. “Abang...” Lebih setahun rasanya tak jumpa
abang sendiri.
Mata
Naim tidak berganjak dari memandang adiknya. Naira sudah bertudung. Manis dan
sopan.
“Nak
keluar ke?”
Naira
sekadar mengangguk. Hendak dihulur tangan untuk bersalam. Tapi bimbang...
bimbang jika tidak disambut nanti.
Tanpa
dipelawa, Naim masuk ke dalam rumah. Matanya mula menangkap kelibat si kecil
yang sedang duduk di dalam stroller. Maknanya betullah kata peguam yang adiknya
itu hendak mengambil anak angkat.
Memang
inilah motif yang membawa kedatangannya ke sini.
“Anak
siapa ni?” Soalan dingin menerjah peluput telinga. Berpura-pura tidak
mengetahuinya.
“Anak
angkat Naira.” Jawab Naira tak tunggu lama.
“Atas
keizinan siapa Naira ambik anak angkat? Buat sesuatu tu langsung tak pernah
reti nak berbincang dengan keluarga dulu?” Suara Naim bagai halilintar menjamah
langit. Perit!
Naira
tarik senyum pendek. Menarik lengan rapat ke tubuh. “Naira ada keluarga ke?”
Air
wajah Naim sedikit berubah. Dah diagak penerimaan Naira pada kedatangannya ini.
“Kenapa
cakap macam tu? Suka ke kalau kami semua ni mati? Macam tu?”
Kalau
tak kerana suruhan papa, dia pun tak tergerak nak datang ke sini. Mereka tak
pernah bermesra dengan baik. Bukan tak mencuba tapi boleh jadi mereka tak
pernah ada kesempatan duduk bersama berbual-bual macam keluarga yang lain. Dari
kecil mereka dah diajar hidup secara terpisah.
Jadi
bila sesekali berjumpa, pasti rasa kekok yang akan menjadi temannya.
“Kalau
abang datang semata-mata nak cari gaduh, maaf. Naira tak berminat nak layan.”
Dia dah penat menanam rajuk. Rajuk bila tak diperdulikan. Macam hina sangat
bila mengemis kasih sayang dari keluarga sendiri.
Naim
tarik nafas. Sebelum balik, dia perlukan jawapan dahulu.
“Anak
siapa yang Naira ambil jadi anak angkat tu?”
“Anak
kawan.”
“Anak
kawan ke anak luar nikah Naira?” Tebak Naim sedas. Betul ke bayi itu anak
angkat adiknya? Sejak bila si adik berminat pada anak kecil?
Naira
dah mula berapi dengan keceluparan mulut si abang. “Kalau anak luar nikah Naira
kenapa? Abang malu? Abang nak buang budak ni macam keluarga abang tu buang
Naira dulu?”
Pang!
Tak
sempat ditahan, tangan Naim laju melempang pipi adiknya. Kenapa mulut tu
celupar sangat?
“Jangan
kurang ajar sangat boleh tak?”
Naira
ketawa sinis lagi.
“Memang
Naira anak tanpa didikan ibu bapa. Jadi wajarlah kalau Naira kurang ajar kan?”
Soalan berbalas soalan.
Naim
gamam di situ. Nampaknya Naira benar-benar terluka.
“Naira...”
Dia faham apa yang dilalui oleh Naira.
Kerana dia sendiri telah melalui frasa itu. Frasa ditinggalkan dan tidak
dipedulikan. Seharusnya dia tahu yang si adik hanya mendambakan kasih sayang
dan perhatian dari keluarga.
Dia marah kerana adiknya seakan-akan tidak
mengerti bahawa mereka sebenarnya menjadi mangsa keadaan yang sama.
“Okay.
Sekarang puas dapat lempang Naira? Kalau dah puas bolehlah balik.” Suaranya
senada. Berpura-pura tidak beremosi walau peritnya tamparan itu merobek tangkai
hatinya.
Berkali-kali
diingatkan dirinya agar tidak menumpahkan air mata di hadapan Naim.
Sangkanya
kedatangan si abang hendak memperbetulkan keadaan yang tidak pernah betul ini.
Rupa-rupanya... hubungan mereka sekeluarga nampaknya tak akan pernah ada
kesudahan yang baik.
Berat
untuk Naim melangkah keluar dari rumah ini. Masalah yang papa suruh siasat pun
belum selesai lagi. Salah dia sebab tak menahan sabar tadi. Salah dia sebab
sekali lagi mencipta jurang antara mereka.
Kemunculan
seorang lelaki di muka pintu membuatkan Naim tak sedap hati.
Tajam
Naim memandang Amril.
Amril
pula silih berganti memandang Naira dan Naim.
“Cakap
dengan abang betul-betul Naira! Siapa mak bapak budak tu?”
“Kenapa abang nak tahu sangat? Naira tak
pernah kacau hidup abang kan?” Nafas Naira turun naik mengawal marah.
“Abang peduli sebab abang tahu yang Naira
terlalu naif untuk jadi seorang ibu. Hidup Naira sendiri tunggang langgang. Inikan
pulak nak uruskan budak sekecil tu. Abang tak kira, abang nak Naira pulangkan
semula budak tu. Abang tak mahu ada masalah di kemudian hari nanti.” Suara Naim
dah capai frequensi serius.
Naira
gigit bibir. Tak sanggup andai Dewi diserah kepada orang lain. Dan tak akan
semudah itu dia mengikut.
“Kalau
Naira cakap yang budak tu anak Naira. Abang nak buat apa?”
Bukan
air muka Naim sahaja yang berubah. Riak wajah Amril juga sudah tidak sekata.
Bingung! Apa yang sedang berlaku antara Naira dan lelaki ini?
“Astarfirullahalazim...
Kenapa Naira sanggup buat perkara terkutuk tu? Kenapa contengkan arang di muka
keluarga kita.”
Sekali
lagi Naira ketawa. Ketawa yang dibuat-dibuat. “Keluarga kita? Selama ni Naira
tak rasa yang Naira ada keluarga?”
Naim
mendengus. “Naira, stop being pathetic!”
“Kalau bukan
pathetic apa bang? Apa? Hidup yang penuh warna warni ke? Hidup yang penuh
harmoni. Macam gitu?”
Masing-masing
cuba melontarkan larva kemarahan. Amril terpanggil untuk berusara. Bimbang
terdengar dek jiran tertangga. Dia kenal Naira. Gadis itu tak terlalu bijak
untuk mengawal sabar.
“Bang...
rasanya better abang balik dulu. Nanti...”
Belum
pun sempat Amril menyudahkan ayatnya, si abang sudah memotong. “Kau diam! Kau
siapa? Kau tu orang luar!” Posisi anak mata berubah memandang lelaki yang
datang ke rumah adiknya ini.
“No! Abang silap. He is part of my life.. Susah senang Naira, at least dia ada. Dia ada diwaktu orang lain tak ada. Dia ada di
waktu abang tak ada.” Tekan Naira tegas.
Naim
lepas nafas. Tak percayanya dia dengar semua ni dari mulut Naira. Degil!
“Ikut
suka Nairalah. Kalau ada apa-apa jangan cari abang.” Tutur Naim bengang.
Naira
nak menjerit melarang Naim dari terus pergi. Dia nak salam dan peluk si abang.
Dia nak rasa yang dia tak keseorang sekarang. Naira tahu, pasti peguam si ayah
sudah memberitahu papanya perihal proses pengambilan anak angkat yang ingin dia
lakukan.
“Kau
okay?” Bukan dia tak nampak situasi tegang itu tadi. Tapi malas nak busybody. Dia pun nampak Naira kena
pelempang tadi.
“Kita
gerak sekarang.” Terus Naira melangkah ke dalam rumah. Mengambil Dewi dan
keperluan yang lain. Wajah Amril sikit pun tidak dipandangnnya.
Malu.
Segan.
Entah apalah yang Amril fikir bila melihat
kemelut keluarganya yang pincang.
***
Balik
dari klinik, Dewi sedikit merengek dan meragam. Mungkin tidak selesa bila
disuntik tadi. Ditepuk punggung si kecil memujuk untuk lena.
Amril
yang memandu mengerling sedikit ke sebelah. Nampak yang Naira gelisah semacam.
Pasti fikiran gadis itu kacau bilau. Sebenarnya dia tak pernah tahu pun yang Naira
ada masalah keluarga. Sangkanya, hidup Naira sempurna dilimpahi kemewahan.
Dia
tahu Naira anak tokoh hartawan yang terkemuka. Tapi dia hanya tahu isi
luarannya sahaja.
“Kau
tahu kenapa Dewi merengek?” Tanya Amril memecah kesunyian.
Naira
diam. Tak tahu nak jawab apa.
“Sebab
dia dapat rasa emosi mummy dia tak stabil.” Tutur Amril tanpa disuruh. Naira
hanya mampu panggung kepala.
“Kalau
macam ginilah perangai kau, kau pun tak yakin yang kau boleh besarkan Dewi
kecik.”
Kata-kata
Amril yang seterusnya itu memang membakar kesabaran Naira.
“Perangai
apa pulak?” Tanya Naira kasar. Geram dengan tuduhan melulu Amril itu.
“Tak
kan kau tak kenal perangai kau sendiri?”
Kali
ini, Naira rasa dia macam dah tak boleh tahan sabar. Mamat sebelah ni kalau
bercakap, memang nak nampak bagus je. Macamlah perangai dia tu bagus sangat!
“Kenapalah kau sering nampak buruk aku?
Cela aku? Tak kan tak ada satu pun perkara baik yang boleh discan kat mata kau
tu Ril.” Mata dah berkaca. Tunggu nak pecah berderai sahaja.
“Ini yang bosan cakap dengan perempuan ni.
Sikit-sikit dan berdrama air mata.” Amril bercakap dengan diri sendiri. Mata
masih tekun memandang ke jalan raya.
“Aku
tak ada mood nak bergaduh Ril.” Pandangan mata dilempar ke luar tingkap.
“Siapa
ajak kau bergaduh?”
“Kalau
bukan bergaduh apa? Berkasih sayang?”
Dia mula dihentak tanda soal. Memang
mereka tak pernah serupa. Tapi itu tidak bermakna mereka tak boleh membina
keserasian.
Namun
bila jadi macam gini, dia mula sedar. Mereka memang tak pernah sehaluan. Tak
pernah...
Amril
sengih tipis. “Itulah yang kau tak faham... Sayang tu bukan dilemparkan dengan
ayat manis semata. Kadang-kadang dia digaul dengan kemarahan. Sebab tu orang
cakap marah tu tanda sayang.”
Pemanduannya
terhenti di hadapan rumah Naira.
“Kalau
betul kau nak jaga Dewi, tolong ubah perangai kau tu!” Tekan Amril serius.
Rahang
Naira jatuh. Agak-agak boleh tak dia nak tumbuk Amril sekarang jugak? Demi
tuhan, dia memang nak tumbuk mulut celupar Amril itu.
p/s: thanks baca. hope enjoyz walaupun ni bukan cerita sweet2... ngeeee...
Harap naira bukan dgn amril,baik pilih org yg syg kita drpd kita yg terhegeh2 nakkan org tu,apapun crita ni best sgt.byk pengajaran
ReplyDeletegud job writer... sy suka sgt2 cerita ni dari mula dlm bentuk cerpen lagi.. idea yg menarik.. heeee... teruskan berkarya, k... =D
ReplyDeleteBetul tak payahla gandingkan naira degan amril...amril tak cuba langsung selami perasaan naira...normal bagi naira yang mengalami perceraian ibubapa bertindak macamtu...ciknpenulis datangkanlah seorang yang boleh menyayangi naira dan terima dewi kecik sebgai sebahagian dari naira...yang dapat memberi kasih sayang yang naira tak dapat selama ni
ReplyDeleteTp nk naira ngan amril.. hihihi..
ReplyDeletekesian nya naira..
ReplyDeletehaila...asal la amril ni cam gini..x ley ke ko tu pjuk naira ke..ni x asyik nk brgduh jew...ishhh
ReplyDeleteSabar ye naira klu amril kata gtu
ReplyDeleteSadis rupanya kisah hidup naira. Dpt plak si amril yg sengal btambah jiwa kacau. Jom lempang bjemaah si amril ni,xde sivik lgsung hihi
ReplyDeleteAhh..jomlah tngn dah beratur nk lmpng amril ni, tinggal nk lmpng je..siap mngigil lgi nk wat cop mohor kt pipi si amril ni..but k.sara sy hrap naira dan amril akn ttap brsama cuma tmbh wtk nk sruh si amril ni cemburu je..biar dy sdar yg dy skakan naira atau x..stress plak ngn amril ni..cisssssssssss
DeleteEmmm dikelilingi insan yg berhati beku...mmg susah hidup naira
ReplyDeletecik penulis....boleh dak nak minx hero lain turun dr langitt... somehow x semestinya kita akan end up dgn org yg pertama kita jumpa/suke... cthnya mcm cerita korea birth of the family tuuu... pleasee3 buat hero tuu dpt selami keadaan naira ni sbb dah rase cam menyampahh plak dekat amril niii......................... ~nurul~
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBetul3..marah tandanya sayang,hahaha...tibe2 suke plak ngn c Amril ni,hr tu xsuke..dik sara oi bile?la nk kuar c Qiuzi,da xsbr da ni..
ReplyDeletewalaupun naira n amril kuat bertaki, tapi instinct kuat ckp mereka ada jodoh.. mkin best sara...
ReplyDeleteBEST...
ReplyDeletebest..suka suki kak bca hehehe hrp next tme nk yg full ye adk cyg.....:D
ReplyDeletesuka part pinggan yg pecah tu... tetiba... suka ayat yg penuh makna sebenarnya. :)
ReplyDeletedh stat follow, wish u all the best. :)
Me too... part pinggan pecah tu bermakna sungguh.. terperinci.. idea sara TERBAIK.. akak suka baca karya sara..
ReplyDeleteUMMIWIDAD
Kesian Naira... xpasal2 kene pelempang...
ReplyDeletetahniah, dah semakin menarik cerita ni. cepatlah buat sambungannya.
ReplyDelete