“Jangan bercakap macam kau tu sempurna sangat
Ril.” Luah Naira menolak pintu kereta. Tak boleh rasanya tengok muka Amril.
Sabar dia dah terhakis.
“Aku
tegur kau sebab kau tu mummy Dewi... Kalau kau tak jaga Dewi, aku pun tak kisah
langsung kalau perangai kau nak tunggang terbalik pun.” Dia cuba mengawal nada
suaranya. Agar tidak terlalu kuat hingga terkesan dek Dewi kecil.
Dia
menolak pintu bahagiannya dan mendapatkan Naira yang nampak marah benar itu.
“Kau
jugak pernah cakap dekat aku kan, kita tak boleh nak ulangi kesilapan yang
sama. Ingat tak kau berkeras nak teruskan pernikahan aku dengan Dewi walau
ditentang hebat oleh mak aku. Lepas Dewi meninggal, kau pesan supaya sayang
dia... kau pesan supaya jangan belakangkan mak aku lagi. Walaupun mak aku tak
suka pilihan aku tapi aku tetap kena hormat dia. Tetap tak boleh belakangkan
dia. Kau ingat tak?”
Muka
Naira terkebil-kebil memandangnya.
“Tapi
kau perasan tak apa yang kau cakap sekarang bertentangan dengan apa yang kau
buat?” Soal Amril keras.
Naira
diam dan berlalu masuk ke dalam rumah. Amril lepas nafas sambil menggeleng.
Bahagian belakang kereta dibuka dan dikeluarkan stroller.
“Terima
kasih hantar Dewi ke klinik.” Ucap Naira yang muncul di balik muka pintu. Mulut lontar ucapan terima kasih
tapi muka tayang cop mohor tak ikhlas.
Amril
lepas nafas lagi. Dia tahu yang dia dah gunakan bahasa terlalu kasar tadi. Tapi
sungguhlah... Dia tak pernah reti nak atur ayat lembut bila bercakap dengan
Naira. Mungkin dari dahulu dia terbiasa bercakap kasar dengan Naira.
“Aku
tahu aku kasar tegur kau tadi... tapi aku tegur untuk kebaikan.”
Naira
sandarkan tubuhnya di balik pintu. Diam lagi. Mungkin mogok untuk bercakap
dengan dirinya.
“Naira....
aku faham kau pernah terluka. Tapi aku tak mahu Dewi dibesarkan dalam situasi yang
ada kebencian. Aku tak mahu luka tu berjangkit pada Dewi. Emosi kau, kecelaruan
jiwa kau akan terkena tempias pada Dewi. Kau tak boleh benci keluarga kau
sendiri. Cuba bayangkan Dewi membesar dan tengok kau bergaduh dengan keluarga
kau? Apa tafsiran dia pada mummy dia sendiri?”
Air
mata gadis itu jatuh di pipinya.
“Aku
bukan malaikat yang tak dikurniakan rasa marah Ril.” Luah Naira berat. Bercakap
bermodalkan air liur tu memang mudah.
“Memang
kau bukan malaikat tapi kau khalifah.”
Naira menrengus. “Kau tak payah nak
perli-perli aku boleh tak?”
Ek eleh minah ni. Ke situ pulak fikirnya.
“Perli apa pulak? Kau tahu tak setiap umat
manusia ni dunia ni adalah khalifah di muka bumi Allah ni. Malah malaikat
sendiri pun tak boleh jadi khalifah dekat muka bumi ni.”
“Tapi
aku tak mampu jadi macam tu.” Luah Naira jujur.
Amril
senyum walau dia tahu Naira tidak melihatnya.
“Allah tahu kudrat manusia tu terbatas
Naira tapi Dia tetap memilih manusia yang penuh cela ini kalau nak dibandingkan
dengan malaikat yang selalu memuji dan bertasbih pada Dia. Semua ini terjadi
atas kehendak Allah yang tidak terbatas.”
Kata-kata
lembut itu menerjah ruang fikiran Naira. Mungkin inilah sisi yang arwah Dewi
selalu nampak dalam diri Amril. Seorang lelaki yang tegas tapi dalam masa yang
sama, penuh isinya.
Macam
durian, sisi luarannya tajam dan menyakitkan tapi isi dalamnya manis dan enak.
Sebelum membuka kulit durian itu, mungkin jari kita akan terluka dan hanya
tangan yang bertuah sahaja dapat memperolehi isinya.
“Khalifah
tu amanah. Aku tak nafikan yang amanah tu berat. Khalifah tu jugak ‘wakil
Allah’ untuk mengelola hidup manusia yang lain. Macam kita... dijadikan wakil
untuk membesarkan Dewi kecik. Jadi seharusnya kita tunjukkan tauladan yang baik
untuk dia kan. Aku tahu Dewi kecik lagi tapi macam aku cakap tadi... aku tak
mahu kau terbawa dengan kebiasaan kebencian tu. Lagipun benci akan membuatkan
kita penat.”
Ya.
Benci itu beban yang tidak tertanggung dek manusia.
Naira
raup muka yang basah. Terasa hina lagi berdosa.
Lupakah
dia pada dugaan yang ditanggung oleh arwah Dewi? Dewi dirogol berpunca dari
silap abangnya sendiri. Tapi adakah Dewi membenci abangnya? Jawapannya adalah
tidak. Malah doa untuk si abang langsung tak pernah putus. Kenapalah dia tak
boleh nak ikut tauladan dari baik hati Dewi.
Tuhan
dah tunjuk contoh depan mata tapi kenapa otak masih bebal nak delivered?
“Jangan
buat keluarga kau terus salah faham. Terangkan pada derang keadaan sebenarnya.
Ini kau berdolak dalik. Jangan tambahkan lagi kesulitan. Jangan kusutkan lagi
keadaan. Siapa tahu yang Dewi kecik boleh menumpang manja dengan keluarga kau?”
Amril
harap yang Dewi ada atuk nenek. Nak harapkan mak dan ayahnya, memang kirim
salamlah.
“Mungkin
kedatangan abang kau tadi nak perbetulkan keadaan. Tapi sebab stereng hati kau
tak sabar, kemalangan yang kecik akan
jadi lebih besar. Luka yang sikit akan menjadi lebih parah. Mungkin yang tua tu
tak semuanya betul tapi kita yang muda ni kenalah bawak bersabar lebih sikit.”
Nasihat Amril lagi.
Walaupun
bibir Naira beku dari sebarang suara namun otaknya sedang menghadam kata-kata
Amril yang banyak betulnya itu.
“Ril...”
suara serak itu menampan pendengaran.
“Hmm...”
“Lepas
ni janganlah garang-garang sangat tegur aku. Sejak pegang title mummy ni, aku
dah makin sensitif tau!”
“Tengoklah
dulu macam mana. Aku tak janji. Mulut aku ni bukan reti nak guna standard
piawaian yang kau cakap tuh.”
Sepanjang hidupnya, dia hanya pandai
berlembut dengan arwah Dewi sahaja. Kalau berlembut dengan orang lain, macam
nak pegang title arwah je gayanya!
Sedikit
sebanyak, sakit di hati Naira sudah kembali kebah.
“Dah
lah... aku balik dulu. Lama-lama karang ada pulak kena tangkap basah dengan
kau!”
Walaupun sekadar duduk di luar rumah, tapi
tak elok buat sesuatu yang mengundang fitnah.
“Okay
ah tu... Lagipun Dewi perlukan Daddy dia.” Gurau Naira bila tengok mood Amril
macam okay je.
“Tak
mahu aku ada bini cengeng macam kau. Kena smash sikit nak banjir bagai.”
Naira
ketawa. Langsung tak terasa. “Ini banjir kilat. Cepat surut.” Sambung Naira tak
mahu kalah.
***
Mata
yang mengantuk cuba ditahan. Stok diperiksa dengan teliti sebelum dicatit di
atas kertas yang disediakan. Jam tangan ditilik. Sudah menghampiri dua pagi.
Untuk
menghilangkan kantuk, telefon bimbit dikeluarkan. Gambar-gambar comel Dewi
kecil diamati. Arghh... bagai terbang segala penat. Bagai mati semua gundah.
Laju menekan skrin telefon, terpamir pula wajah Naira yang sedang tersenyum
bersama Dewi.
Satu
keluhan dilepaskan. Sejak dua tiga hari ini, dia terpaksa menolak keinginan
hati dari berjumpa dengan Dewi walau separuh jiwa dia rindukan Dewi kecik.
“Tengok
gambar awek ke?” Tanya Yusof yang baru masuk ke dalam stor.
“Banyaklah
kau punya awek.”
Kedatangan Yusof itu menjelaskan yang
shiffnya sudah berakhir. Arggh... tak sabar nak balik tidur. Tapi ada beberapa
assignment yang belum disiapkan. Nampaknya kena stay up lagilah malam ni.
“Kau
tak penat ke buat part time macam
gini?” Tanya Yusof hendak tahu. Dia tahu Amril belajar jurusan kejuruteraan
mekanikal di salam sebuah universiti awam. Kalau tengok gaya, tak nampak pun
yang Amril jenis tak cukup duit.
“Penat
memanglah penat tapi tetap kena buat.”
“Tapi
kalau kau tak kerja, hidup kau bukan susah sangat kan?”
Kalau nak dibandingkan dengan kehidupan
dia yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, hidup Amril lebih
tersusun dan terjamin. Kalau susah, tak kanlah Amril boleh pakai Satria GTI?
“Tak
salah kalau kerja lebih untuk pendapatan yang lebih baik kan?” Sengaja tak
dibalas soalan Yusof itu. Biarlah, kisah hidup dia biar dia sendiri sahaja yang
simpan.
Balik
ke rumah, si Daus masih belum tidur rupanya.
“Esok
kelas pukul lapan Ril.” Daus mengingatkan.
“Aku
tahulah.”
“Ril,
kau dah makan belum?”
Amril
ketawa. “Yang kau tanya stok soalan bini-bini ni kenapa? Boring ah..”
“Aku
ambik berat hal kau. Tak mahulah kau sakit pulak nanti. Jangan dikejarkan
sangat duit tu.”
Macam
malam-malan sebelumnya, Amril tayang muka tak bersalah. “Dah lah.. aku nak
naik. Nak siapkan assignment.”
Masuk
dalam bilik, dihempaskan tubuh di atas katil. Argh... lega gila! Mata dipejam
seketika. Menghalau rasa penat. Sudah hampir sebulan dia buat kerja part time ini. Rasanya dia dah boleh
kawal waktu kerja dan belajarnya.
Setiap
hari dia akan kerja dari pukul tujuh
malam sehingga dua pagi di Seven Eleven berhampiran rumahnya. Mujur dia kenal
dengan taukey seven eleven itu. Kalau tidak memang tak dapatlah shiff macam
gitu.
Setakat
ini hanya Daus sahaja yang mengetahui dia buat part time. Naira adalah orang
yang paling tidak boleh diberitahu. Amaran keras bin notis ugut bunuh telah
diberi pada Daus.
Walaupun
waktunya bersama Dewi kecik akan jadi lebih terhad, tapi at least dia dapat menyumbangkan sesuatu pada pembesaran Dewi.
Dia
jadi segan. Setiap kali membeli barang keperluan Dewi, pasti Naira akan
mengeluarkan perbelanjaan. Dia sedia maklum akan kemampuan Naira tapi dia tak
boleh lepas tangan begitu sahaja.
Sudahlah
Naira menggunakan kudratnya membesarkan Dewi. Duit pun tak kan nak harapkan
Naira jugak?
Memang
dia boleh gunakan duit elaun yang diberikan oleh emaknya. Tapi hati Amril keras
melarang. Dia mahu Dewi rasa rezeki dari titik peluhnya sendiri.
Dengan malas, Amril mecapai tuala. Dia
perlu mandi untuk lebih segar sebelum bergelut dengan assignment sekejap lagi.
***
Sudah
beberapa kali Naira menangkap Amril tidur di dalam library ini. Jam ditilik.
Amril perlu dikejutkan memandangkan sebentar lagi lelaki itu mempunyai kelas.
Jadual kelas Amril memang sudah berada di kepalanya.
“Ril
bangun.” Gerak Naira perlahan.
Tahu
sangat dengan port kesukaan Amril di hujung library berdekatan dengan rak buku itu.
“Lima
minit.” Suara mamai sudah kedengaran.
Naira
simpul senyum. Comel je jawapan. Dia duduk bersandar ke dinding. Diperhatikan
wajah Amril yang sedang tidur itu.
Mamat
nilah kalau tersenyum, senyuman dia boleh mengalihkan dunia Naira.
Cepat Naira tersedar. Kalau Amril tahu ni, mahu dia kena starlight atas kepala.
“Ril... lima minit dah berlalu.” Naira gerak Amril lagi.
Cepat Naira tersedar. Kalau Amril tahu ni, mahu dia kena starlight atas kepala.
“Ril... lima minit dah berlalu.” Naira gerak Amril lagi.
Kenapa sejak dua tigak menjak ni si Amril
macam tak cukup tidur sahaja? Berjimba ke kelab malam ke apa? Ish..
nauzubillah. Dia kenal Amril. Dia bukan jenis lelaki kaki kelab.
Amril
menggarukan kepalanya pabila menangkap kelibat Naira.
“Kenapa
kau ada kat sini?”
“Nak
kejut kaulah. Kau ada kelas pukul sebelas kan?”
“Hmm...”
Mata yang berat kembali dipejamkan.
“Ril
bangunlah... Pergi kelas. Jangan berani nak memonteng ya. Aku tak nak Dewi ada
daddy yang suka ponteng-ponteng kelas.” Mulut mula memberi ugutan. Selama ni
Amril je yang pandai buat macam gitu.
“Semaklah
kau ni.” Dalam keadaan marah-marah, Amril bangun membetulkan urat pinggang yang
lenguh. Kesian gila siapa yang akan kahwin dengan Naira nanti. Kuat membebel.
“Nanti
aku report kat Dewi yang kau cakap aku semak!”
Amril
merengus. Datang dah perangai biul perempuan ni.
“Ril,
cuti semester ni aku nak bawa Dewi balik rumah Yam tau.”
Langkah
kaki Amril terhenti. “Kenapa kau ni suka balik rumah orang hah? Pergi balik
rumah sendiri.”
Naira
gigit bibir. Lepas bergaduh dengan Naim tempoh hari, dia tak berani lagi nak
tunjuk muka. Berilah dia ruang kumpul kekuatan dahulu. Nanti bila dia dah
ready, dia baliklah jumpa keluarganya.
“Alah...
kan kakak Yam nak kahwin. Dia ajak aku join sekali tolong apa-apa yang patut.”
Pujuk sungguh-sungguh macam nak mintak izin suami.
Amril
terdiam seketika. “Habis tu kalau kau sibuk menolong, siapa nak jaga Dewi?”
“Hmm..
itu kau jangan risau. Nanti pandailah Dewi jaga diri sendiri nanti.”
Terbeliak
besar mata Amril menangkap kata-kata Naira. Gila ke apa? Ada ke nak suruh bayi
berumur tiga bulan itu menjaga diri sendiri.
Naira
ketawa. Taktik nak buat Amril segar sudah menjadi. “Releks lah Ril. Buat kerja
bukannya sampai tak jaga Dewi. Boleh ya? Aku bertolak jumaat ni.”
“Dekat
mana?” Hati berat nak izinkan tapi dia sedar yang dia tak boleh mengongkong
hidup Naira.
“Kuantan.”
“Kau
drive ke?” Soalan polis pencen dah keluar.
“Aah.
Jangan risau, nanti aku gilir-gilir dengan Yam.”
Lama
juga Amril berfikir.
“Hmm..
okay. Tapi pastikan setiap hari kau update
kat aku pasal Dewi.” Warning Amril
siap-siap.
“Yes sir!” Ujar Naira sambil buat tabik
hormat tanda patuh.
Baru
diteruskan beberapa langkah, Amril berpatah semula mendapatkan Naira. Dompetnya
dikeluarkan. Kad ATM dihulur pada Naira. Lupa pula yang dia sudah membuka akaun
khas untuk kegunaan Naira nanti. Semua duit gajinya langsung tidak disentuh.
“Erk..
apa ni?”
“Ambillah
buat belanja.”
“Nafkah
zahir ke apa ni?”
“Kenapa?
Kau nak nafkah versi batin sekali ke?”
Berubah
air muka Naira menyambut soalan Amril. Sengih tak bersalah dia layangkan. Amril
ni buat lawak ke apa? Tapi muka serius Ya Rabbi.
“Tak
payahlah... aku ada duit.” Dihulur kembali kad ATM itu pada Amril.
“Boleh
tak kau jangan banyak songeh sangat? Aku bagi tu ambik jelah. Lagipun bukan
untuk kau tapi untuk Dewi. Guna buat belanja dia. Beli susu, pampers, baju or
apa-apalah. Jangan guna duit kau dah.”
Naira
jadi serba salah. Dia sedia maklum yang Amril belum berkerja. Tak perlulah
sampai begini sekali.
“Baik
kau simpan kad tu sekarang sebelum aku sumbat masuk mulut kau!” Ugut Amril
serius bila Naira masih kelihatan termanggu-manggu memegang kad tersebut.
Naira
merengus. Dia nilah... kalau kata hitam memang hitam. Jangan mimpilah nak jadi
putih. Tapi tak apa. ‘Ambil je naira, buat sedapkan hati dia. Tapi tak payah
usik kad tu.’
“Kalau
aku check kad tu tak luak, siap kau
aku kerjakan!” Jari terlunjuk dihala ke muka Naira. Tanda dia serius dengan
kata-katanya.
Erk...
mamat ni macam tahu-tahu je. Ada pakai ilmu hitam ke apa ni? Tak apa, nanti
kalau kantoi cakaplah tak tahu nombor pin.
“Pasword dia birthday Dewi.”
Sekali
lagi mata Naira terbeliak. Amril ni biar betul? Apasal boleh baca semua yang
tersirat di dalam hatinya?
***
Cuaca agak panas di
kampung. Ditenggelami pula dengan lautan manusia yang ramai. Biasalah kenduri
di kampung, memang meriah. Semua orang pasti akan duduk mengadap pelamin. Jamu
mata melihat pengantin.
Dewi sudah mula merengek.
Tak selesa gamaknya. Naira bangun. Memberi peluang kepada orang lain untuk
duduk di hadapan pengantin.
Kakinya melangkah ke
pelusuk rumah Mariam. Daripada rengekkan, tangisan Dewi sudah nyaring
kedengaran. Kali ini Naira pasti yang Dewi bukan sahaja tidak selesa tetapi
sudah melewati tahap lapar.
“Kejap sayang.. mummy
bancuh susu.” Ditinggalkan Dewi yang menangis itu di atas tilamnya. Nak mintak
tolong Mariam, dia sibuk menguruskan majlis kakaknya.
Tangkas kerjanya. Tak
mahu Dewi ternanti-nanti. Tapi yang pelik, tangisan Dewi sudah tidak kedengaran
lagi.
Patutlah tak nangis.
Rupanya seronok kena dukung. Diperhatikan seorang lelaki yang sedang mengagah
Dewi di pangkuanya. Tak nampak kekok langsung.
“Menyusahkan awak je...”
Teguran itu membuatkan lelaki itu berpaling.
“Anak awak?”
Naira mengangguk.
“Maaf.. Tadi dia menangis
jadi saya dukung sekejap.” Kepala ditundukkan. Tak mahu dibilang kurang ajar
rembat anak orang.
“Tak apa. Terima kasih.”
Dewi dipulangkan semula ke pangkuannya.
Berada berdekatan dengan
ibu anak kecil itu buat Qiuzi berdebar. Matanya ralit menjamah wajah wanita
dihadapannya.
“Comel anak awak.” Puji
Qiuzi. ‘Secomel awak...’ sambungan itu hanya sekadar di dalam hati. Tak mahu
ditafsir sebagai birah pulak mengurat bini orang.
Tapi alahai... kenapalah
perempuan yang comel, yang cantik.. selalunya sudah dimiliki oleh orang lain.
Tak ada ke stok perempuan begitu untuk dirinya?
Merasa aura bahang di
sudut rumah itu, Qiuzi mula masuk ke dalam bilik.
“Amboi... lapar betul
anak mummy ni.” Bibir tersenyum pabila melihat Dewi rakus mengisap susu. Penat
bermain gamaknya. Ialah, daripada malam tadi lagi semua ahli keluarga Mariam
suka melayan karenah Dewi.
Surat khabar di bucu meja
dicapai. Dikipaskan Dewi yang mula berpeluh. Budak kecik ini bukan tahan panas
sangat.
Namun kibasan di tangan
terhenti tatkala melihat seorang lelaki meletakkan kipas betul-betul dihadapan
dia dan Dewi.
“Kena tak angin?” Tanya
Qiuzi sekadar meminta kepastian sambil membetulkan posisi kipas yang sudah
terpasang.
Lambat-lambat Naira
mengangguk. Terkejut sebenarnya dengan bantuan lelaki tadi.
“Kesian anak awak
kepanasan.” Qiuzi tidak tahu siapa wanita yang dibantunya ketika ini. Tapi yang
pasti, dia tak boleh kalau tengok perempuan susah.
“Terima kasih.”
Baiknya
dia. Siapa lelaki ni? Selama dua hari dia disini, tak pernah pulak dia nampak.
p/s: say hai to Qiuzi... =) so... lepas ni boleh siapkan banner masing2 keh... hahaha... enjoyz
Rasa nak belot Amril aje.. Hahahahaha
ReplyDeleteConfirm saya sokong Qiuzi
ReplyDeleteAlahai hati dah bbolak balik dah ni. Mn satu nk pilih. Tya Dewi la nk papa or daddy ngeee.apapun amril ttp teratas kot lum tgugat lg buat masa skrg.lgpun nmhero br akak tgeliat lidah nk mnyebut hahaha
ReplyDeletesy sokong qiuzi..biar aje amril tuh,,haha...
ReplyDelete-miss nina-
Yeay!nak naira dgn qiuzi..
ReplyDeleteAduhhhhhh..ati mcm dh nk belot jer nihhhh....uwaaaa..jgn ler sekse hati ku cik penulis ooiii...
ReplyDeleteAduhai.. ini soalnya hati.. yang kasar mengganas tidak semestinya angkuh tak budiman.. yang lembut perihatin tidak semestinya penyayang mampu memimpin.. namun adatlah manusia pasti tertarik kepada luaran by physical contact.. Sara, mainkan jiwa lagi ya? Nasib baik tak ada yang buat akak nangis lagi...
ReplyDelete♥RozieLily♥
Saya nak berpaling tadah boleh tak...saya nak naira dengan amril la...hahaha...tapi qiuzi pun macam baik je...nak dua2 lah...hahahaha
ReplyDeletego qiuzi go...amril blh jln daa....hehe..
ReplyDeleteAloloo, suwitnya qiuzi...tp hati ni masih lagi memilih amril ngeeeee
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKita nak Quizi dengan Naira :(
ReplyDeleteTak nak dengan Amril, biar dia rasa apa yang Naira pernah rasa dulu
Yeay...Qiuzi ku sdh mncul,lps ni biar wtk c Qiuzi ni byk ckit tau..kasi c Amril jeles ckit,hehehehe...sy da standby banner Qiuzi ni...;)
ReplyDeletekeliru...istikharah sat... hee ~_~
ReplyDeleteyes yes vote 4 Qiuzi he he
ReplyDeleteAdehhh.. Cmne nih..cmne nihh.. Hero bru dh timbul.. Oh tidakk..hahaha... Amril tergugat x pas ni? Hakhak..
ReplyDeleteyiyid <3
alamak..amril nnti rasa tergugat x?
ReplyDeletemesti msa tu dia sedar wujud naira
nak qiuzi...cm sweet je....lgpun mak amril kan x suka naira dan dewi...
ReplyDeletexboleh decide lagi nak amril or qiuzi... yang pasti olahan sara mkin matang... beza betul dgn penulis lain walau sebaya dgan sara.. n cite ni rasa exclusive... teach people to be more mature
ReplyDeleteboleh x klau nk naira dgn abang q? macam baik je...
ReplyDeleteyou always hv the talent to touch ur readers heart... haha. love all the wording and sentence. I tak nak siapkan banner utk sesapa pun... xkesah sapa pun, asalkan heronya bertanggungjawab... hehe. :)
ReplyDeletehurm, tak tahu nak respond macam mana..=.='
ReplyDeleteBagi banyak2 dulu scene qiuzi baru blh wat pilihan
ReplyDeleteHai Qiuzi!! (Siap lambai skali) Heee
ReplyDeleteAm sooooo looking fwd to read more!!
Sara d best!! Lebiu
~ Ummi Widad
Hai qiuzi! Awk ni mcm sweet je. Hehe
ReplyDeletenak pergi buat banner sekejap... nanti dah siap banner kita julang tinggi-tinggi ye... kehkeh.... owh Quizi
ReplyDeletebest sgt..
ReplyDeletekak sara nk2 lg(gaya bdx mnx coklat)
qiuzi??wah3 smakin mnarik nie..
baru nak berjinak-jinak dgn penulisan sara, emm jln cerita dan garapan menarik tapi ada wording yg tak sesuai (like derang pada n3 sebelum ini sepatutnya diorang atau boleh digunakan mereka)
ReplyDelete-chah husain-
mcm best je naira dgn quizi. tp manade hero keluar lambat. nak amril kot! huwaaa ape ni hati. hihihi
ReplyDeleteha.ha. bg amril tergugat ckit....
ReplyDelete