Tuesday, 12 November 2013

Biar Aku Mencintaimu [2]


Naira duduk memeluk tubuh. Matanya tak lepas memandang Dewi yang sedang tidur. Air matanya menitis.
Dia sangka dia sudah cukup kuat dan tabah. Rupanya semudah ini semangatkan luntur.
“Naira... jangan macam ni. Kau dah janji kan kau nak kuat?” Pujuk Mariam sambil mengelus lembut tubuh kawannya. Tak kan semudah ini Naira hendak mengalah.
Naira sembamkan wajah di celah lutut. Badannya terketar lagi.
“Kau sendiri janji siang tadi yang kau nak limpahkan kasih sayang kau pada dia. Kau tak mahu dia jadi macam kau. Hidup tak terbela dengan kasih sayang. Allah bagi kau sekecil dugaan tadi, tak kan semudah tu kau nak rebah?” Sengaja Mariam memerangkap Naira dengan ayatnya sendiri.
Teringat waktu pertama kali melihat Naira membawa pulang Dewi siang tadi. Bukan main lagi bersemangat. Mungkin Naira terkejut. Takut jika melakukan kesilapan yang sama berulang lagi.
Iphone Naira yang berdering mengalihkan perhatian mereka. Sedari tadi telefon Naira itu tidak henti-henti berlagu nyaring.
“Amril telefon lagi. Angkatlah. Nanti dia risau pulak.” Telefon Naira disua kepada  tuan empunya badan.
Naira menggeleng. Tanda tidak mahu. Tapi belum sempat dilarang, tangan Mariam sudah menyentuh skrin telefon.  Telefon pintar itu terus ditala ke telinga Naira.
“Hei, kenapa aku call tak angkat hah? Memang kerja aku ni nak telefon kau je beratus kali!” Suara di sana nyaring menerjah peluput telingat. Tanpa salam, tanpa signal,  laju membelah bagai halilintar.
“Kan aku dah pesan, kalau dah sampai telefon! Tak kan mesej semudah tu pun otak kau tak boleh nak delivered!” Kena sedas lagi.
Amril yang sedang duduk di atas katil itu mula bangun. Marah betul rasa. Cubalah ingat sikit pesanan yang dia buat. Tahu tak dia yang berada kat sini bagai nak mati mengawal gelisah.
Sikit punya takut kalau jadi apa-apa pada Naira dan Dewi kecilnya itu.
“Kenapa diam? Telinga tak ada ke untuk dengar soalan aku atau mulut tu dah hilang sampai tak boleh menjawab.” Sungguh, Amril tak mampu nak mengawal kemarahannya. Boleh jadi gila dibuatnya Naira.
Mariam keluar meninggalkan Naira berbual bersama dengan Amril.
Esakan Naira mula kedengaran. Sudahlah susah hati mengenangkan Dewi yang hampir terjatuh. Lepas tu kena marah pulak dek Amril. Ya Allah, tersiat-siat pula hatinya. Rabak!
“Naira... kenapa ni?” Nada suara sudah direndahkan. Hati diburu kerisauan. Naira tak pernah begini.
“Naira.... please... kalau kau senyap je, aku tak akan tahu.” Rayu Amril lembut. Silap dia jugak main terjah ikut suka hati. Entah-entah Naira ada masalah ke?
“Naira... tarik nafas pelan-pelan..... Istighfar... then cerita dekat aku. Kenapa ni?” Suara Amril lembut. Sungguh tak pernah sepanjang hayat dia bercakap lembut dengan Naira seperti ni.
“Dewi...” Mendengarkan suara Amril yang makin lembut itu, Naira memberanikan diri untuk berterus terang.
“Kenapa dengan Dewi?” Terus bertukar nada suara Amril.
“Dia...”
“Dia kenapa?” Terkam Amril kasar. Hilang sabar lagi.
Naira di hujung talian sudah menggigil. Silap besar bila emosi terpengaruh dengan nada suara Amril yang lembut tadi. Silap besar. Mesti lepas ni Amril tak percayakan dia lagi. Mesti lepas ni Amril akan tuntut hak penjagaan buat Dewi Ilyani.
“Naira, cakap sebelum sabar aku hilang!” Gertak mamat taufan lagi.
“Aku....ham..pir...jatuh..kan..dia tadi...” Tergagap-gagap suara Naira. Air mata tak usah cakaplah. Menderu macam air paip.
“What-the-hell?” Pekik Amril berang.
“Budak besar tu pun kau tak boleh jaga ke hah?”
Lahar kemarahan Amril itu sungguh tak mampu ditanpan oleh Naira. Rasa takut yang menyelubunginya tadi makin menjadi-jadi. Kenapalah bodoh sangat pergi cerita aib sendiri pada Amril?
Darah rasa naik ke puncak! Jersey sabar gagal menyarung kudrat hati. Esakan halus Naira mula menyedarkan Amril. Kenapalah dia payah sangat nak tahan sabar bila berhadapan dengan Naira ni?
“Dewi macam mana? Dia okay?” Nada suara sudah kembali menurun. Tak patut dia terlalu mengikut kata hati.
“Dia okay.” Jawab Naira cepat. Bimbang akan mengaut baran Amril lagi. “Aku betul-betul tak sengaja Ril. Sungguh. Aku ni memang mummy yang tak guna kan?” Sambung Naira lagi.
‘Kau memang mummy yang tak guna!’ Takutnya kalau ayat seperti ini yang bakal ditadah oleh telingannya nanti.
Lima saat. Mereka saling terdiam.
“Naira....” Lembut. Sayu. Mendayu.
“Aku tak layak jadi mummy Dewi. Aku tak layak besarkan Dewi kan?” Memang salah dia sendiri. Memang padan dengan muka sendiri kalau Amril marah dia pun.
Looks... Kadang-kadang bila orang baru memandu, baru dapat lesen memandu.. mungkin dia akan terbabas. Boleh jadi bukan sebab terleka tapi sebab terlalu berhati-hati. Boleh jadi jugak sebab... benda tu memang nak jadi.”
Kaki di bawa ke beranda. Angin malam yang menyapa mula mendinginkan hatinya yang panas tadi. Naira hampir putus semangat, datang dia terus melumatkan sisa semangat yang tinggal. Tak adil betul!
“Maaf sebab aku tertengking kau tadi. Aku cuma terkejut. Kenapa tak telefon aku awal-awal. Tak lah aku risau dan angin semacam.” Satu persatu diperjelaskan pada Naira.
“Ril... kau akan ambil Dewi dari aku ke?” Soal Naira takut-takut.
Amril ketawa. Ikhlas.
“Nope. Kau adalah mummy Dewi. Tak ada orang boleh rampas tempat tu dari kau. Lagipun arwah Dewi dah amanahkan dia pada kau kan. Aku langsung tak ada hak nak rampas dia dari kau.”
Air mata dikesat perlahan. Lega. Sungguh dia rasa lega.
“Ril... aku takut...”
“Kau takut apa?”
“Aku takut kalau aku buat silap yang sama.” Hari ni hampir jatuhkan Dewi. Esok lusa entah apa pula ceritanya.
“Naira... bawalah Tuhan kemana sahaja. Dia kawan yang paling setia. Jangan takut Naira... Allah ada. Dia sebaik-baik sesuatu yang ada untuk tiap ketika yang kita perlukan.”
Ya Allah. Hati Naira cair. Cair mendengar nasihat Amril walau tadi sadis ditengking.
“Risau yang berlebihan tu penyakit jiwa Naira. Jadi kita kena tepis dengan iman. Imanlah benteng yang paling kebal malah iman tu penguat hati. Jadi jangan takut dan rasa tak yakin pada diri sendiri. Tuhan ada dan aku pun sentiasa akan ada untuk kau dan Dewi.”
Mata Naira berkaca lagi. ‘aku sentiasa ada untuk kau dan Dewi.’ Berlegar ayat itu di peluput telinga Naira. Boleh tak dia nak menangis lagi dengar ayat Amril tu?
***
Hari pertama bermulanya semester baru. Sekejap je dah habis cuti. Rasa macam sekelip mata semuanya sudah terjadi. Tadi dia sudah mengajak Naira untuk makan tengah hari bersama.
“Dewi macam mana?” Skop soalan wajib yang Amril tanya setiap hari.
“Pagi tadi dia okay. Masa aku hantar pengasuh pun, dia tak meragam pun.”
Naira telah memilih jiran rumahnya untuk menjadi pengasuh Dewi. Penat jugaklah nak menyakinkan Amril yang jirannya memang stok orang baik-baik sahaja. Malah dulu pernah berpengalaman menjadi pengasuh budak.
Siap Amril datang membuat siasatan pada Mak Cik Melah. Jiran yang merangkap pengasuh Dewi itu. Bila memenuhi piawaiannya, barulah Amril memberikan keizinan. Sayang sungguh dia pada Dewi.
 Naira tahu ada rakan sekelas yang melepak di cafe ini menjeling tingkah mereka. Pelik mungkin melihat dia bersama Amril atau mungkin mereka menyangka yang dia sudah berjaya menakluki hati Amril.
Rasanya satu kampus ni pun yang dia gilakan si Amril nih! Tapi itu dulu. Satu tempoh frasa yang belum cukup matang. Sekarang dah jadi mak, tak boleh buat perangai ‘gedik-gelenya’ macam dulu lagi.
Gasaklah derang nak fikir apa pun. Sebab bukan dia yang terhegeh nak lunch dengan Amril tapi mamat taufan ni yang ajak dia.
Dia mula memilih makanan. Balik-balik dihidangkan dengan juadah yang sama. Jemu jugak tapi nak menapak ke gerai luar itu memang menimbulkan rasa malas.
‘Tak baik mengeluh Naira. Ingat tak masa dekat kampung Dewi makan apa? Ubi kayu jeh! Ni dah kira sedap dan tolonglah banyakkan bersyukur!’ Smash Naira pada diri sendiri. Pengalaman makan ubi kayu rebus tu memang tak akan dilupakan.
“Kenapa tak ambik makanan lagi? Nak aku cedokkan ke?”  Sinis si Amril tak hilang lagi.
“Tengah fikir nak makan apalah.”
            Amril mencebik. “Setakat nak makan tengah hari pun nak perah otak fikir. Kesianlah kat otak tu. Banyak lagi kudrat dia nak guna. Sebat je yang depan mata. Apa susah?”
“Kalau tak kena selera?” Tanya Naira. Menduga.
            “Telan je. Asal kenyang.”
            “Hmm.. lebih kurang macam frasa, sebat je calon yang ada. Asalkan kahwin. Bahagia atau tak belakang kira. Macam gitu ke?” Terus terhenti pergerakan Amril yang hendak menambah lauk.
            “Kau ni kenapa? Kau ada dengar perkataan kahwin ke keluar dari mulut aku?” aura taufan dia dah keluar dah. Naira ni kenapa?
            “Itu perumpamaan jelah. Dah lah, ambik lauk cepat.”
            Nafas mula diselenggarakan. Dia tak mahu terlalu mencari pasal dengan Naira.
            “Kau pernah tak pergi kedai makan, fikir lebih sepuluh minit nak makan apa. Lepas tu kau order makanan yang sama macam semalam dan kelmarin. Pernah tak?” Tengah sesak-sesak pelajar lain nak mengambil makanan, boleh pulak mereka berdua bersoal jawab.
            “Erk.. pernah.” Jawab Naira jujur.
            “Macam tu jugak dengan hidup.” Lauk ayam masak merah diletakkan ke pinggan Naira. Langsung tak minta persetujuan. “Kadang-kadang kau tak payah fikir complicated sangat, sebab jawapan tu sebenarnya dah ada dalam otak kita. Tunggu kita je yang nak keluarkan ataupun kita sendiri yang tak bersedia nak terima keputusan sendiri.”
            Naira terpana. Kenapa berisi sangat ayat Amril ni? “Dah, pergi bayar.” Tanpa disedari, rupanya dah penuh pinggannya diisi oleh Amril.
            “Erk...”
            Ada ayam masak pedas. Sayur kangkung. Kentang Goreng.
            “Aku tolong kau buat keputusan.” Ujar Amril sambil menuju ke kaunter pembayaran.
            Mereka makan tanpa berbual. Sedang elok dikunyah perlahan nasinya, si dia yang duduk dihadapannya meletakkan telur masin di dalam pinggannya.
            “Aku tak makan telur warna putih.” Jelas Amril bila terima reaksi pelik Naira.       
            “Hei....” Mujur tak tersembur nasi dalam mulut.
            “Apa?”
            “Aku tak makan telur masin yang oren tu.”
            “Baguslah macam gitu. Nanti tak payahlah membazir lagi. Beli satu kongsi dua orang.”
            Naira tarik sengih. Bleh tak kalau nak dispesifikasikan ayat Amril tu sebagai ‘sweet’?
            “Dah ni kenapa sengih-sengih ni?” Perempuan ni dah kenapa?
            “Hmm.. sesuatu yang sempurna itu, ia bukan bermakna mencukupi tapi melengkapi. Kan?” Tanpa sedar, ayat yang terlintas itu keluar dari mulutnya.
            Amril tayang double jerk. Tak faham.
            “Cukup dan lengkap. Bunyi macam sama tapi maknanya tak serupa. Cukup tu merangkumi semua benda kena ada. Lengkap tu bermakna benda tu tak cukup tapi dah cukup memadai.” Hei, sejak bila dia pandai rangka ayat ni?
            “Boleh tak kau jangan berfalsampah dengan aku. Kau ingat aku otak sastera ke yang boleh delivered ayat puitis kau tuh!”
            “Habis tu kau otak apa? Otak kuning?” Sakat Naira.
            “Mulut.... aku tonyoh dengan otak lembu baru kau tahu kuning ke tak otak aku!”
            Walaupun gurauan Amril kasar. Tapi sikit pun Naira tak terasa. Rasa macam tak percaya yang derang boleh duduk semeja dan bergurau macam gini. Kalau dia tak jaga Dewi kecik, mungkin tak akan ada scene macam gini dalam hidupnya.
           
***
Amril memerhatikan Naira yang sedang menekupkan muka ke atas meja. Barangkali gadis itu tertidur.
Diketuk perlahan meja Naira. Terus gadis itu angkat kepala dan tayang muka terpinga-pinga.
"Ini library... Nak tidur balik rumah." Tanpa dipelawa, dia duduk di hadapan Naira.
Naira genyeh mata. "Ya Allah... dah pukul berapa ni? Aku tak habis study lagi. Kejap lagi ada kuiz..." Ya Allah, kelam kabut Naira mencapai kalkulatur dan pensel mekanikalnya. Nota-nota yang bertebaran dibentangkan di hadapannya.
Blerghh gila!
"Kau ni kenapa macam tak terurus sangat? Semalam kenapa tak study?" Suara Amril tegas menegur.
Naira lepas nafas. "Dewi meragam semalam. Semalaman dia menangis. Tu yang tak sempat nak study."
Amril terdiam. menyesal pula menaikkan nada suaranya tadi. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.
"Kenapa tak beritahu aku?"
Terletus tawa dari mulut Naira. "Pukul tiga pagi Ril... Kau expect aku akan ganggu kau ke? Lagipun apa kau boleh buat kalau budak tu menangis pun..."
Muka Amril tegang. "Listen here Naira... Lepas ni tak kira pukul berapa pun... Kalau ada apa-apa melibatkan Dewi, telefon aku terus."
"Tapi...."
"Aku serius Naira..."
Belum sempat Naira nak membalas, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Cepat diangkat, bimbang menggangu pelajar lain yang sedang menelaah.
"Ya kak... oh okay.. Saya balik sekarang." Usai memutuskan panggilan, terus Naira mengemaskan barang-barangnya.
"Hah, ni nak pergi mana pulak? Kata kejap lagi ada kuiz."
"Pengasuh Dewi telefon... Dia cakap Dewi demam menangis tak henti.. Aku nak bawak dia pergi klinik." Bergegas dia bangun dan keluar dari Library.
"Hey Naira... kuiz kau macam mana?" Amril terus menghalang Naira yang hendak meluru keluar itu.
"Ish... kuiz tu lantakkan jelah. Sekarang Dewi lagi penting." Biarlah markah kuiz kosong pun. Nanti dia cuba cover dengan test dan final jeh.
"Dah...dah... sekarang kau pergi study. Kejap lagi jawab kuiz." 
"Erk... habis tu Dewi?" Amril ni biar betul? Tak kan nak biarkan aje Dewi tu.
"Habis tu apa guna aku sebagai daddy dia kalau tak boleh tolong bawakkan pergi klinik." 
Air mata Naira bergenang mendengarkan ayat Amril itu. Sungguh, dia sangat menyenangkan dan membantu dalam membesarkan Dewi.
"Tak payah nak touching sangat. Aku buat ni sebab Dewi kecik. Kau jangan nak menidakkan hak aku sebagai daddy dia pulak..." Sempat lagi Amril bagi ayat pedas. Tak mahu Naira berfikir yang tidak tidak pulak.
Naira ketawa kecil. Amril marah-marah dan garang-garang pun... Dia tetap tak kisah. Yang penting.... Amril tetap ambil berat pasal dirinya dan Dewi.
"Dah... jangan berangan. Nanti forward dekat aku nombor pengasuh Dewi. Jangan lupa cakap pulak yang aku nak ambil Dewi bawak pergi klinik..." Pesan Amril lagi sambil menyarungkan kasut.
Naira masih terpaku di situ.
"Tunggu apa lagi ni? Pergilah masuk.. belajar.. Jangan sampai gagal. Aku tak mahu Dewi ada mummy yang gagal dalam pelajaran..." Hentam Amril sambil berlalu.

Naira tersenyum. Haih, kena marah pun boleh senyum lagi yerk? 

p/s: pada sesiapa yang rasa blur tuhh.. ni sekuel cerpen Bagai Langit Memeluk Bintang tauuu.. so sila baca cerpen tu dulu yaaa... tq. lebiu n do enjoyzzz

26 comments:

  1. hailahh.. amril..garang2 pun sweet.. hahaha...

    .. budak kesygan bos.. ahaksss >.<

    ReplyDelete
  2. mase bce teaser kt grup, rase geram ngn amril yg tengking naira... lps bce full bab, xjadi plk nk geram kt dia coz dia berlembut ngn amril... hihihi... xsabar nk tnggu kemunculan Qiuzi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xjadi kan... haihlah qiuzi tu bilalah nk munculnyaaa

      Delete
  3. Nak lgi..nak lgi..k.ezza xsbr nk tunggu skrip pnuh..please buat novel cita ni..sbb sy akn pastikan yg sy bli novel ni klo dibkukan..tlonglah jgn buat mini novel x syok la nnt..(smbil buat muka kesian)..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah sayang... akak cuba y terbaik keh

      Delete
    2. k.sara hri2 sy bkk blog akk tnggu smbungannya..please xtng rse hdup..mmg xsbar3 sngt..

      Delete
  4. Amril ni asyik nk kuat suara kt naira..sian dia

    ReplyDelete
  5. Amril asyk nk mrah je kt naira. Nanti dia jath hti kt naina bru padan muka. Tmbh la watak hero ke 2 sara,biar galau hti amril 2.geram seh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. hero kedua sabor kehh.. take time nk nulisnya.

      Delete
  6. Hailah dalam garang-garang pun sweet juga ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin begini cara amril take care..

      Delete
  7. hhahahahah...... serious i like tht guy... tanggungjawab :D

    ReplyDelete
  8. Best sgt2..cpt2 la kuar kn wtk c qiuzi tu,biar c amril ni ade prasaan jeles ckit,hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... kannn.. sabor.. qiuzi kena gilap bg berkilau dulu

      Delete
  9. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 641
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. bestnyeee.. hi3.. sweet je walaupun garang..

    ReplyDelete
  11. Naira.. Dewi Ilyani bergantung harap padamu... bertabahlah. Fitrah manusia mudah terkesan pada yang mengambil berat....

    ReplyDelete
  12. Nape pendek sangat...x puas baca...tunggu sambungan seterusnya....

    ReplyDelete
  13. tak puas...
    nak lagi plz...hehe

    ReplyDelete