Naira duduk
memeluk tubuh. Matanya tak lepas memandang Dewi yang sedang tidur. Air matanya
menitis.
Dia sangka
dia sudah cukup kuat dan tabah. Rupanya semudah ini semangatkan luntur.
“Naira...
jangan macam ni. Kau dah janji kan kau nak kuat?” Pujuk Mariam sambil mengelus
lembut tubuh kawannya. Tak kan semudah ini Naira hendak mengalah.
Naira
sembamkan wajah di celah lutut. Badannya terketar lagi.
“Kau
sendiri janji siang tadi yang kau nak limpahkan kasih sayang kau pada dia. Kau
tak mahu dia jadi macam kau. Hidup tak terbela dengan kasih sayang. Allah bagi
kau sekecil dugaan tadi, tak kan semudah tu kau nak rebah?” Sengaja Mariam
memerangkap Naira dengan ayatnya sendiri.
Teringat
waktu pertama kali melihat Naira membawa pulang Dewi siang tadi. Bukan main
lagi bersemangat. Mungkin Naira terkejut. Takut jika melakukan kesilapan yang
sama berulang lagi.
Iphone
Naira yang berdering mengalihkan perhatian mereka. Sedari tadi telefon Naira
itu tidak henti-henti berlagu nyaring.
“Amril
telefon lagi. Angkatlah. Nanti dia risau pulak.” Telefon Naira disua
kepada tuan empunya badan.
Naira
menggeleng. Tanda tidak mahu. Tapi belum sempat dilarang, tangan Mariam sudah
menyentuh skrin telefon. Telefon pintar
itu terus ditala ke telinga Naira.
“Hei,
kenapa aku call tak angkat hah? Memang kerja aku ni nak telefon kau je beratus
kali!” Suara di sana nyaring menerjah peluput telingat. Tanpa salam, tanpa
signal, laju membelah bagai halilintar.
“Kan aku
dah pesan, kalau dah sampai telefon! Tak kan mesej semudah tu pun otak kau tak
boleh nak delivered!” Kena sedas lagi.
Amril yang
sedang duduk di atas katil itu mula bangun. Marah betul rasa. Cubalah ingat
sikit pesanan yang dia buat. Tahu tak dia yang berada kat sini bagai nak mati
mengawal gelisah.
Sikit punya
takut kalau jadi apa-apa pada Naira dan Dewi kecilnya itu.
“Kenapa
diam? Telinga tak ada ke untuk dengar soalan aku atau mulut tu dah hilang
sampai tak boleh menjawab.” Sungguh, Amril tak mampu nak mengawal kemarahannya.
Boleh jadi gila dibuatnya Naira.
Mariam
keluar meninggalkan Naira berbual bersama dengan Amril.
Esakan
Naira mula kedengaran. Sudahlah susah hati mengenangkan Dewi yang hampir
terjatuh. Lepas tu kena marah pulak dek Amril. Ya Allah, tersiat-siat pula
hatinya. Rabak!
“Naira...
kenapa ni?” Nada suara sudah direndahkan. Hati diburu kerisauan. Naira tak
pernah begini.
“Naira.... please... kalau kau senyap je, aku tak
akan tahu.” Rayu Amril lembut. Silap dia jugak main terjah ikut suka hati.
Entah-entah Naira ada masalah ke?
“Naira...
tarik nafas pelan-pelan..... Istighfar... then cerita dekat aku. Kenapa ni?”
Suara Amril lembut. Sungguh tak pernah sepanjang hayat dia bercakap lembut
dengan Naira seperti ni.
“Dewi...”
Mendengarkan suara Amril yang makin lembut itu, Naira memberanikan diri untuk
berterus terang.
“Kenapa
dengan Dewi?” Terus bertukar nada suara Amril.
“Dia...”
“Dia
kenapa?” Terkam Amril kasar. Hilang sabar lagi.
Naira di
hujung talian sudah menggigil. Silap besar bila emosi terpengaruh dengan nada
suara Amril yang lembut tadi. Silap besar. Mesti lepas ni Amril tak percayakan
dia lagi. Mesti lepas ni Amril akan tuntut hak penjagaan buat Dewi Ilyani.
“Naira,
cakap sebelum sabar aku hilang!” Gertak mamat taufan lagi.
“Aku....ham..pir...jatuh..kan..dia
tadi...” Tergagap-gagap suara Naira. Air mata tak usah cakaplah. Menderu macam
air paip.
“What-the-hell?”
Pekik Amril berang.
“Budak
besar tu pun kau tak boleh jaga ke hah?”
Lahar
kemarahan Amril itu sungguh tak mampu ditanpan oleh Naira. Rasa takut yang
menyelubunginya tadi makin menjadi-jadi. Kenapalah bodoh sangat pergi cerita
aib sendiri pada Amril?
Darah rasa
naik ke puncak! Jersey sabar gagal menyarung kudrat hati. Esakan halus Naira
mula menyedarkan Amril. Kenapalah dia payah sangat nak tahan sabar bila
berhadapan dengan Naira ni?
“Dewi macam
mana? Dia okay?” Nada suara sudah kembali menurun. Tak patut dia terlalu
mengikut kata hati.
“Dia okay.”
Jawab Naira cepat. Bimbang akan mengaut baran Amril lagi. “Aku betul-betul tak
sengaja Ril. Sungguh. Aku ni memang mummy yang tak guna kan?” Sambung Naira
lagi.
‘Kau memang
mummy yang tak guna!’ Takutnya kalau ayat seperti ini yang bakal ditadah oleh
telingannya nanti.
Lima saat.
Mereka saling terdiam.
“Naira....”
Lembut. Sayu. Mendayu.
“Aku tak
layak jadi mummy Dewi. Aku tak layak besarkan Dewi kan?” Memang salah dia
sendiri. Memang padan dengan muka sendiri kalau Amril marah dia pun.
“Looks... Kadang-kadang bila orang baru
memandu, baru dapat lesen memandu.. mungkin dia akan terbabas. Boleh jadi bukan
sebab terleka tapi sebab terlalu berhati-hati. Boleh jadi jugak sebab... benda
tu memang nak jadi.”
Kaki di
bawa ke beranda. Angin malam yang menyapa mula mendinginkan hatinya yang panas
tadi. Naira hampir putus semangat, datang dia terus melumatkan sisa semangat
yang tinggal. Tak adil betul!
“Maaf sebab
aku tertengking kau tadi. Aku cuma terkejut. Kenapa tak telefon aku awal-awal.
Tak lah aku risau dan angin semacam.” Satu persatu diperjelaskan pada Naira.
“Ril... kau
akan ambil Dewi dari aku ke?” Soal Naira takut-takut.
Amril
ketawa. Ikhlas.
“Nope. Kau
adalah mummy Dewi. Tak ada orang boleh rampas tempat tu dari kau. Lagipun arwah
Dewi dah amanahkan dia pada kau kan. Aku langsung tak ada hak nak rampas dia
dari kau.”
Air mata
dikesat perlahan. Lega. Sungguh dia rasa lega.
“Ril... aku
takut...”
“Kau takut
apa?”
“Aku takut
kalau aku buat silap yang sama.” Hari ni hampir jatuhkan Dewi. Esok lusa entah
apa pula ceritanya.
“Naira...
bawalah Tuhan kemana sahaja. Dia kawan yang paling setia. Jangan takut Naira...
Allah ada. Dia sebaik-baik sesuatu yang ada untuk tiap ketika yang kita
perlukan.”
Ya Allah.
Hati Naira cair. Cair mendengar nasihat Amril walau tadi sadis ditengking.
“Risau yang
berlebihan tu penyakit jiwa Naira. Jadi kita kena tepis dengan iman. Imanlah
benteng yang paling kebal malah iman tu penguat hati. Jadi jangan takut dan
rasa tak yakin pada diri sendiri. Tuhan ada dan aku pun sentiasa akan ada untuk
kau dan Dewi.”
Mata Naira
berkaca lagi. ‘aku sentiasa ada untuk kau dan Dewi.’ Berlegar ayat itu di
peluput telinga Naira. Boleh tak dia nak menangis lagi dengar ayat Amril tu?
***
Hari
pertama bermulanya semester baru. Sekejap je dah habis cuti. Rasa macam sekelip
mata semuanya sudah terjadi. Tadi dia sudah mengajak Naira untuk makan tengah
hari bersama.
“Dewi macam
mana?” Skop soalan wajib yang Amril tanya setiap hari.
“Pagi tadi
dia okay. Masa aku hantar pengasuh pun, dia tak meragam pun.”
Naira telah
memilih jiran rumahnya untuk menjadi pengasuh Dewi. Penat jugaklah nak
menyakinkan Amril yang jirannya memang stok orang baik-baik sahaja. Malah dulu
pernah berpengalaman menjadi pengasuh budak.
Siap Amril
datang membuat siasatan pada Mak Cik Melah. Jiran yang merangkap pengasuh Dewi
itu. Bila memenuhi piawaiannya, barulah Amril memberikan keizinan. Sayang
sungguh dia pada Dewi.
Naira tahu ada rakan sekelas yang melepak di
cafe ini menjeling tingkah mereka. Pelik mungkin melihat dia bersama Amril atau
mungkin mereka menyangka yang dia sudah berjaya menakluki hati Amril.
Rasanya
satu kampus ni pun yang dia gilakan si Amril nih! Tapi itu dulu. Satu tempoh
frasa yang belum cukup matang. Sekarang dah jadi mak, tak boleh buat perangai
‘gedik-gelenya’ macam dulu lagi.
Gasaklah
derang nak fikir apa pun. Sebab bukan dia yang terhegeh nak lunch dengan Amril
tapi mamat taufan ni yang ajak dia.
Dia mula
memilih makanan. Balik-balik dihidangkan dengan juadah yang sama. Jemu jugak
tapi nak menapak ke gerai luar itu memang menimbulkan rasa malas.
‘Tak baik
mengeluh Naira. Ingat tak masa dekat kampung Dewi makan apa? Ubi kayu jeh! Ni
dah kira sedap dan tolonglah banyakkan bersyukur!’ Smash Naira pada diri
sendiri. Pengalaman makan ubi kayu rebus tu memang tak akan dilupakan.
“Kenapa tak
ambik makanan lagi? Nak aku cedokkan ke?”
Sinis si Amril tak hilang lagi.
“Tengah
fikir nak makan apalah.”
Amril mencebik. “Setakat nak makan
tengah hari pun nak perah otak fikir. Kesianlah kat otak tu. Banyak lagi kudrat
dia nak guna. Sebat je yang depan mata. Apa susah?”
“Kalau tak kena
selera?” Tanya Naira. Menduga.
“Telan je. Asal kenyang.”
“Hmm.. lebih kurang macam frasa,
sebat je calon yang ada. Asalkan kahwin. Bahagia atau tak belakang kira. Macam
gitu ke?” Terus terhenti pergerakan Amril yang hendak menambah lauk.
“Kau ni kenapa? Kau ada dengar
perkataan kahwin ke keluar dari mulut aku?” aura taufan dia dah keluar dah.
Naira ni kenapa?
“Itu perumpamaan jelah. Dah lah,
ambik lauk cepat.”
Nafas mula diselenggarakan. Dia tak
mahu terlalu mencari pasal dengan Naira.
“Kau pernah tak pergi kedai makan,
fikir lebih sepuluh minit nak makan apa. Lepas tu kau order makanan yang sama
macam semalam dan kelmarin. Pernah tak?” Tengah sesak-sesak pelajar lain nak
mengambil makanan, boleh pulak mereka berdua bersoal jawab.
“Erk.. pernah.” Jawab Naira jujur.
“Macam tu jugak dengan hidup.” Lauk
ayam masak merah diletakkan ke pinggan Naira. Langsung tak minta persetujuan.
“Kadang-kadang kau tak payah fikir complicated
sangat, sebab jawapan tu sebenarnya dah ada dalam otak kita. Tunggu kita je
yang nak keluarkan ataupun kita sendiri yang tak bersedia nak terima keputusan
sendiri.”
Naira terpana. Kenapa berisi sangat
ayat Amril ni? “Dah, pergi bayar.” Tanpa disedari, rupanya dah penuh pinggannya
diisi oleh Amril.
“Erk...”
Ada ayam masak pedas. Sayur
kangkung. Kentang Goreng.
“Aku tolong kau buat keputusan.”
Ujar Amril sambil menuju ke kaunter pembayaran.
Mereka makan tanpa berbual. Sedang
elok dikunyah perlahan nasinya, si dia yang duduk dihadapannya meletakkan telur
masin di dalam pinggannya.
“Aku tak makan telur warna putih.”
Jelas Amril bila terima reaksi pelik
Naira.
“Hei....” Mujur tak tersembur nasi
dalam mulut.
“Apa?”
“Aku tak makan telur masin yang oren
tu.”
“Baguslah macam gitu. Nanti tak
payahlah membazir lagi. Beli satu kongsi dua orang.”
Naira tarik sengih. Bleh tak kalau
nak dispesifikasikan ayat Amril tu sebagai ‘sweet’?
“Dah ni kenapa sengih-sengih ni?”
Perempuan ni dah kenapa?
“Hmm.. sesuatu yang sempurna itu, ia
bukan bermakna mencukupi tapi melengkapi. Kan?” Tanpa sedar, ayat yang
terlintas itu keluar dari mulutnya.
Amril tayang double jerk. Tak faham.
“Cukup dan lengkap. Bunyi macam sama
tapi maknanya tak serupa. Cukup tu merangkumi semua benda kena ada. Lengkap tu
bermakna benda tu tak cukup tapi dah cukup memadai.” Hei, sejak bila dia pandai
rangka ayat ni?
“Boleh tak kau jangan berfalsampah
dengan aku. Kau ingat aku otak sastera ke yang boleh delivered ayat puitis kau
tuh!”
“Habis tu kau otak apa? Otak kuning?”
Sakat Naira.
“Mulut.... aku tonyoh dengan otak
lembu baru kau tahu kuning ke tak otak aku!”
Walaupun gurauan Amril kasar. Tapi
sikit pun Naira tak terasa. Rasa macam tak percaya yang derang boleh duduk
semeja dan bergurau macam gini. Kalau dia tak jaga Dewi kecik, mungkin tak akan
ada scene macam gini dalam hidupnya.
***
Amril memerhatikan Naira
yang sedang menekupkan muka ke atas meja. Barangkali gadis itu tertidur.
Diketuk perlahan meja
Naira. Terus gadis itu angkat kepala dan tayang muka terpinga-pinga.
"Ini library... Nak tidur balik rumah." Tanpa
dipelawa, dia duduk di hadapan Naira.
Naira genyeh mata.
"Ya Allah... dah pukul berapa ni? Aku tak habis study lagi. Kejap lagi ada
kuiz..." Ya Allah, kelam kabut Naira mencapai kalkulatur dan pensel
mekanikalnya. Nota-nota yang bertebaran
dibentangkan di hadapannya.
Blerghh gila!
"Kau ni kenapa macam tak terurus sangat? Semalam kenapa tak study?" Suara Amril tegas
menegur.
Naira lepas nafas.
"Dewi meragam semalam. Semalaman dia menangis. Tu yang tak sempat nak
study."
Amril terdiam. menyesal
pula menaikkan nada suaranya tadi. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.
"Kenapa tak beritahu aku?"
Terletus tawa dari mulut Naira. "Pukul tiga pagi Ril... Kau expect aku akan ganggu kau ke? Lagipun
apa kau boleh buat kalau budak tu menangis pun..."
Muka Amril tegang. "Listen here
Naira... Lepas ni tak kira pukul berapa pun... Kalau ada apa-apa melibatkan
Dewi, telefon aku terus."
"Tapi...."
"Aku serius Naira..."
Belum sempat Naira nak membalas, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Cepat
diangkat, bimbang menggangu pelajar lain yang sedang menelaah.
"Ya kak... oh okay.. Saya balik sekarang." Usai memutuskan
panggilan, terus Naira mengemaskan barang-barangnya.
"Hah, ni nak pergi mana pulak? Kata kejap lagi ada kuiz."
"Pengasuh Dewi telefon... Dia cakap Dewi demam menangis tak henti..
Aku nak bawak dia pergi klinik." Bergegas dia bangun dan keluar dari
Library.
"Hey Naira... kuiz kau macam mana?" Amril terus menghalang Naira
yang hendak meluru keluar itu.
"Ish... kuiz tu lantakkan jelah. Sekarang Dewi lagi penting." Biarlah
markah kuiz kosong pun. Nanti dia cuba cover
dengan test dan final jeh.
"Dah...dah... sekarang kau pergi study. Kejap lagi jawab kuiz."
"Erk... habis tu Dewi?" Amril ni biar betul? Tak kan nak biarkan
aje Dewi tu.
"Habis tu apa guna aku sebagai daddy dia kalau tak boleh tolong
bawakkan pergi klinik."
Air mata Naira bergenang mendengarkan ayat Amril itu. Sungguh, dia sangat
menyenangkan dan membantu dalam membesarkan Dewi.
"Tak payah nak
touching sangat. Aku buat ni sebab Dewi kecik. Kau
jangan nak menidakkan hak aku sebagai daddy dia pulak..." Sempat lagi
Amril bagi ayat pedas. Tak mahu Naira berfikir yang tidak tidak pulak.
Naira ketawa kecil. Amril marah-marah dan garang-garang pun... Dia tetap tak kisah. Yang penting.... Amril tetap
ambil berat pasal dirinya dan Dewi.
"Dah... jangan
berangan. Nanti forward dekat aku nombor pengasuh Dewi. Jangan lupa cakap pulak
yang aku nak ambil Dewi bawak pergi klinik..." Pesan Amril lagi sambil
menyarungkan kasut.
Naira masih terpaku di situ.
"Tunggu apa lagi ni? Pergilah masuk.. belajar.. Jangan sampai gagal.
Aku tak mahu Dewi ada mummy yang gagal dalam pelajaran..." Hentam Amril
sambil berlalu.
Naira tersenyum. Haih, kena marah pun boleh senyum lagi yerk?
p/s: pada sesiapa yang rasa blur tuhh.. ni sekuel cerpen Bagai Langit Memeluk Bintang tauuu.. so sila baca cerpen tu dulu yaaa... tq. lebiu n do enjoyzzz
kaka, awat tak habaq awal awal. aish kene rewind nih. :D
ReplyDeleteHahaha.. Baru ingat dah baca cerpen tew.. Best best sambong terus .. Hehe thanks :-)
ReplyDeleteLebiu too n am enjoyinzzz maself...
ReplyDeletedey cute couple ah... mara2 sayang gitu ~ kak pah