Gadis disebelahnya dikerling sedikit. Pemanduan
Arjuna mula membelah jalan.
“Antibodi
lemah... Langgar sikit pun dah pengsan! Cubalah bawak makan supliment sikit. Tambahkan
vitamin C dalam badan yang keding tuh..” Bebel Arjuna selamba. Rasa suka pulak
nak menyakat minah dengan sebelah ni.
“Awak
cakap saya keding?”
Sekarang Kaisara langsung dah tak pandang
pangkat! Lantaklah kalau lelaki di sebelahnya ini lawyer sekalipun, apa dia heran!
Sebab setahunya lawyer di firmanya itu semua serius! Nak ajak bergurau jauh
sekali. Ini pasti lawyer yang putus wayar!
“Ya...
saya cakap awak keding! Kurus kering! Badan tak solid langsung. Lelaki nak jeling pun pikir sejuta kali.” Komen Arjuna
selamba.
Sebenarnya itu hanya sekadar di mulut
sahaja. Mana pernah dia rajinkan anak mata nak terokai bentuk tubuh perempuan..
Dosa tuh!
Kaisara mendengus dan memandang ke luar
tingkap.
“Memang
dasar lelaki mata keranjang!” Komen Kaisara perlahan sahaja. Tapi sengaja
dikuatkan supaya lelaki dekat sebelah ini dengar.
“Hah...
awak sebut ranjang?”
“Hah...”
Kali ini giliran Kaisara pula yang naik angin! Haih mamat nih, ada jugak yang
kena terajang nanti!
Suasa
tegang itu mula kendur pabila Arjuna ketawa kecil.
“By the way... Nama saya Arjuna. Arjuna
Andika!”
Kaisara
sedaya upaya cuba mengawal mimik mukanya. Namun tanpa sempat ditahan, dia mula
ketawa terbahak-bahak sambil memegang kepalanya yang berpinar! Serius nama di
luar alam!
“Arjuna..?
Macam nama playboy...” Smash Kaisara satu das!
“Playboy
tu taklah.. Romantik tu ada!”
“Euuww...
alergik seyh!”
“Eleh...
sekarang alergik! Nanti lepas kahwin dapatlah magik!”
“Erk...
kenapa magik pulak?” Tanya Kaisara polos.
“Ialah...
Satu campur satu jadilah tiga.” Arjuna sudah ketawa.
“Sekolah
mana yang luluskan sijil tadika awak nih. Satu tambah satu kejadah jadi tiga?”
“Ini
bukan matematik sekolah rendah. Ini
calculation orang yang dah kahwin... Adeih... Suci rupanya otak awak nih..”
Tak tahulah sama ada benar-benar suci dalam debu ataupun suci berdebu-debu.
“Ceitt..
Otak awak tu yang tercalar.” Jawab Kaisara garang.
Mula mengesan makna disebalik kata-kata
Arjuna. Seorang perempuan dan seorang lelaki yang dah kahwin, pasti akan
memiliki seorang anak. Sebab itu satu campur satu jadi tiga! Mak cik manalah
yang melahirkan malaun dekat sebelah ini. Makin menyakitkan kepala otak!
“So Sara....”
“Jangan
panggil saya Saralah..” Bidas Kaisara cepat-cepat. Dia tak suka orang memanggilnya
Sara. Bagi Kaisara, nama Sara ada sentimental
value. Hanya sesetengah orang sahaja yang boleh memanggil Sara! Malaun kat
sebelah ini tak termasuk dalam kategori manusia istimewa!
“Kenapa?
Nama awak kan Kaisara.” Dia tahu nama Kaisara melalui Kak Habsah tadi. Nurul
Kaisara. Sedap namanya. Menampakkan ciri-ciri sederhana dan menarik.
“Tapi
orang panggil saya Ara jeh...”
“Oh...
Kira macam nama porpularlah tuh.” Arjuna tersenyum senget.
“Tak
ada makna porpular ke komersial ke klasik ke... Memang semua orang panggil saya
Ara! Awak pun tak terkecuali!”
“Hmm..
awak reserved lah nama Sara tu untuk
saya...” Pinta Arjuna lagi.
“Tak
boleh... awak tak faham ke?” Suara Kaisara dan mengaum.
“Kalau
macam tu saya nak tetap nak panggil Sara...” Putus Arjuna selamba.
Kaisara
mendengus! Apa ke bengap sangat mamat ni? Orang tak bagi, makin dia menjadi-jadi!
“Kenapa
awak berminat sangat dengan nama Sara tuh? Apa, tu nama bekas kekasih awak ke?”
Seketika, Arjuna senyap bersama
pemanduannya. Kaisara mula rasa bersalah. Mungkin dia terlalu lancang
berkata-kata. Gamaknya betul bekas makwe dia nama Sara jugak.
“Tak
lah... nama kekasih saya!”
Penerangan
Arjuna buat Kaisara lega sedikit.
“Dah
tuh... Awak panggil jelah kekasih awak. Jangan panggil saya Sara. Saya tak
biasa dengan panggilan tuh!”
Dah lama tak asah bakat bertekak dengan
mana-mana lelaki. Ialah, hidupnya sekarang hanya melayan karenah hero-hero
novel tulisannya sahaja.
“Masalahnya...
Dia tak ada dekat sini. Dia tengah study dekat
luar negara sekarang!”
“Jadi,
awak nak lepaskan beban kerinduan awak pada dia dengan memanggil saya Sara?
Macam tu?” Tebak Kaisara pula.
“Hah...
Tak sia-sia kepala awak terhantuk tadi. Terus cepat pick up!”
Kaisara
mendengus. Itu bukan pujian tapi itu dah
tahap kejian!
Inilah spesis lelaki yang membimbangkan.
Ada awek belajar luar negara, nak lepaskan rindu pada perempuan lain yang
mempunyai pangkal nama yang hampir serupa! Itu bukan cara untuk mengubatkan
rindu. Silap hari bulan boleh mengalihkan rindu pulak..
“Sara...”
Panggil Arjuna mendayu-dayu.
Senyum.
Senang. Suka.
“Jangan.
Panggil. Saya . Saralah!” Ujar Kaisara sepatah-sepatah.
“Saraaa......”
Kali ini lebih lama dan pastinya lebih menyakitkan hati Kaisara.
Kaisara
peluk tubuh. Bengang! Percuma mulut jadi hero kalau hasilnya adalah zero!
“Hmm,
kalau saya nak panggil jugak, awak nak buat apa?” Duga Arjuna sambil mengerling
ke arah Kaisara.
Serius
Arjuna dah lama tak mengusik orang! Hidup dengan kesibukan dengan timbunan
kerja membuatkan dia lupa nak hidup
dengan senang hati. Mungkin dengan mengusik Kaisara yang garang ni, bolehlah
mengembalikan zaman seronok dahulu kala.
“Saya...
saya.....”
Otak Kaisara sudah mula menggelegak
mencari idea. Nak buat apa ya? Hah...!!
“Saya
panggil awak Arjun! Arjun Rampal!” Arjun itu kan singkatan dari nama Arjuna.
Nama pelik, macam tuan punya badan jugak! Spesis antik ayam katik.
“Okay..
Deal!”
Lain yang diharap, lain pula yang menjadi.
Kaisara mula rasa bengkak di kepalanya makin menjadi-jadi.
Sesampai di hadapan rumahnya terus Kaisara
keluar dan menutup pintu kereta itu dengan kasar.
Masuk rumah! Mata tak boleh nak bukak
langsung. Sakit kepala makin menjadi-jadi
bila melayan songeh si lawyer.
Gedebus! Terus Kaisara terbungkang di atas
katil.
“Weh.... Siapa yang hantar kau balik?
Kereta kau mana?”
Tanya Hasnah sambil menempatkan
punggungnya di birai katil Kaisara. Pelik bila housematenya itu balik dihantar sebuah kereta Honda CRV. Mana pulak
kereta Viva kesayangan Kaisara itu?
“Eh...
Kenapa dengan dahi kau nih?” Tegur Hasnah pabila Kaisara terus membisu. Tanpa
berfikir panjang, terus tangan Hasnah menekan kasar bengkak itu.
“Woit!
Kau nak bunuh aku ke? Sakitlah!” Marah Kaisara bengang. Sudahlah makan hati
dengan Arjuna tadi, ini tambah pulak seorang malaun!
“Sorry... sorry... Aku tak sengaja...”
Hasnah tersengih-sengih.
“Bengkak
ni Ara... tak mahu pergi klinik ke?”
Hasnah bangun dan mengambil minyak urut di
meja solek Kaisara. Perlahan-lahan disapu minyak tersebut di dahi Kaisara yang
membengkak!
“Sikit
jeh... Kena air tangan kau.. Confirm
cepat sembuh! Oh... Kau ni macam hero novellah Nah.. Romantik dan caring habis!” Puji Kaisara sambil
menggigit bibirnya. Menahan rasa perit yang berkunjung.
“Banyaklah
kau punya romantik...” Ditonyoh-tonyoh dahi Kaisara. Sengaja!
“Sakitlah
wehh...”
“Kalau
aku romantik, jom kahwin sama!” Usik Hasnah sambil tergelak besar.
Kaisara
menjeling, malas nak layan! Seronok dibelai dan disayangi oleh Hasnah. Kawannya
ini memang calon isteri idaman malaya. Cukup cantik, cukup pandai masak, cukup
serba boleh!
Jauhlah
kalau nak dibandingkan dengan dirinya yang... errrkk... kurang serba serbi ini.
“Nah....”
Kaisara mula buat muka sedih.
“Kenapa?
Sakit sangat ke?” Tanya Hasnah kalut.
Kaisara
bangun dari pembaringan.
“Kalau
kau kahwin nanti, mesti aku rindu kat kau... Siapa nak layan aku macam ni lagi?
Siapa nak kejutkan aku pagi-pagi. Siapa nak masakkan dekat aku.. Siapa nak
ubatkan aku bila aku sakit..” Dipaut bahu Hasnah.
Sesungguhnya sahabatnya itu memang sahabat
terbaik! Sedih pula jika hendak melepaskan Hasnah yang akan menamatkan zaman
bujangnya tak lama lagi.
Hasnah
tergelak! Sengal punya manusia. Kepentingan diri sendiri juga yang dia fikir!
“Wehh...
Aku dah penat jadi bambu kau! Kau pergilah cari mangsa baru. Mangsa
lelaki..yang baik.. yang penyabar.. yang sanggup jadi bambu kau.. yang
romantik...”
“Wohoho...
Romantik tolak tepi babe! Alergik!” Cepat Kaisara menepis.
“Alergiklah
sangat.... Padahal tiap-tiap hari menulis pasal mamat romantik! Alergik
kejadahnya?” Hasnah mengelengkan kepalanya. Tak faham sungguh!
“Hmm,
ada ke mamat macam dalam novel tu weh?” Kaisara mula tertanya-tanya sendiri.
“Dah
sudah... Kau sendiri yang tulis kisah
cinta tapi kau sendiri yang tak percaya pada cinta?”
Macam
manalah Tuhan boleh cipta orang macam Kaisara ni? Rumit!
“Aku
percaya cinta sejati itu wujud. Tapi aku tak percaya ada mamat terlebih over
romantik macam dalam novel tu. Aku tulis apa yang menjadi dambaan perempuan...
tapi aku sedar yang dalam dunia ni, mana ada lelaki romantik. Poyo macam ayam
katik adalah!”
Hasnah
ketawa lagi.
“Tapi
kadang-kadang aku rasa bersalah sangat. Aku buat perempuan kat luar tu berangan
yang bukan-bukan.. Mengajar perempuan kat luar tu jadi demand! Ialah, bila baca novel, mesti derang harap benar dapat
lelaki romantik macam tu kan? Hakikatnya....” Belum sempat dia menghabiskan
ayatnya, kata-katanya telah dipintas.
“Hakikatnya
nasib manusia tak sama! Romantik tu banyak cabang... Aku sendiri dapat rasa
yang Syakir tu romantik... Walaupun mungkin bukan dari segi sentuhan, tapi aku dah
boleh baca dari lenggok badan atau dari tutur bahasa yang dia guna! Gitu....”
Susah
sebenarnya nak betullah firasat seorang penulis. Sebab mereka bukan guna
idealogi tapi menggunakan perasaan. Teknologi yang canggih pun tak akan mampu
nak menebak sebuah perasaan.
“Romantik
tu bila dia bagi hadiah....”
“Romantik
itu bila dia bagi bunga...”
“Romantik
itu bila dia wish morning and night
untuk setiap malam....”
“Romantik
itu bila tak panas baran...”
Mereka
saling ketawa apabila saling bertukar pandangan tentang isu romantik.
“Romantik
itu bila tengok dia tak berbaju...” Ujar Hasnah sambil tergelak besar. Okeh..
Nampak sangat statement anak dara
gatal! Memang wajib kahwin dah nih.
“Amboihh...
Tak sabar nak tengok Syakir bukak baju ke?” Heh.. Tahulah nak kahwin tak lama
lagi. Tak payahlah tunjuk sangat gelojoh kau tuh..”
Ketawa
mereka bersatu lagi.
“Hahaha...Ke
situ pulak kau nih. Dah yang kita duk asyik cakap pasal topik romantik ni
kenapa?” Hasnah mula tertanya-tanya. Ralit berbual sampai tak sedar dari mana mereka
mula membuka topik berkenaan romantik.
“Kaulah
gatal sangat! Asyik-asyik cerita pasal romantik. Mentang-mentang nak kahwin
kan..” Giat Kaisara selamba.
Hilang terus sakit kepalanya akibat
terhantuk.
Hilang
sakit jiwanya melayan Arjuna tak guna!
Sahabat itu ada penawar yang kita
tercari-cari.
“Kau
tu... Tak payahlah nak alergik sangat! Menyampah tahu! Dahlah, aku nak mandi...
Karang turn kau masak. Jangan buat
alasan sakit kepala...” Awal-awal lagi Hasnah dah bagi amaran. Kaisara ni bukan
boleh kira!
“Alamakkk...
aku lupa resepilah...” Sakat Kaisara mengada.
Hasnah
menunjukkan buku limanya lantas keluar dari bilik Kaisara.
Kaisara
pun sudah bangkit dari katil. Tuala dicapai. Kaki mula dihayun ke bilik air.
Tangan kanan mula mencabut jam tangan yang
melilit di pergelangan tangan kiri. Apabila jam tersebut ingin diletakkan ke
atas meja solek, matanya mula menjamah pada seraut wajah yang menghiasai
bingkai gambar.
Gambar
dia bersama kawan baik merangkap bekas kekasihnya! Badrol Bakhtiar! Nama je macam
pemain bola sepak, namun haram jadah memang kaki bangku!
Tiba-tiba telefonnya berdering nyaring!
Terdampar mana Bakhtiar di skrin telefon.
“Hello
bro! Apa kes?” Sergah Kaisara tanpa salam. Baru sahaja terfikir, Bakhtiar
sudah menelefon dirinya. Antara mereka memang ada kimia!
“Kau ni tak ada agama ke weyh? Main
belasah macam tu je… Adab mana?” Smash Bakhtiar dengan suara memetir!
“Dah kau pun sama dua kali lima. Bukan
pandai nak bagi salam!” Marah Kaisara pula.
“Assalamualaikum wahai puteri… Wayang jom
malam nih! Kau belanja!”
“Waalaikumusalam wahai putera… Kejadah kau
ajak aku yang kena belanja?”
“Barulah ada give and take…” Bakhtiar sudah ketawa besar.
“Tengkorak kau give and take.. Pukul berapa?” Jam di dinding mula dikerling. Ini
tak lain tak bukan nak ajak tengok midnightlah nih. Tak habis dengan perangai
burung hantu dia tuh!
“Pukul sebelas kau ambik aku!” Rahang
Kaisara kembali ternganga.
“Weh… ini dah masuk gear melampau tahap
kerbau nih! Kau ajak, aku belanja. Kau ajak, aku pulak yang kena ambik! Apa
tengkorak kau tu kena virus ke apa? Lagipun aku tak ada kereta!”
Kutuk mengutuk sudah menjadi kebiasaan
antara mereka.
“Ya.. aku acah jeh! Cepat betul
menggelabah. Aku ambil kau kejap lagi. Tapi… Kereta kau pergi mana?”
“Panjang cerita… Sambung kejap lagi! Aku
nak mandi dulu lepas tu nak solat.” Kalau melayan si Bakhtiar nih, sampai sudah
tak habis.
“Wokeyhh.. doakan jodoh kita sekali.”
Sakat Bakhtiar sambil tergelak sebelum memutuskan talian.
Kaisara mendengus! Bakhtiar selalu buat
perkara jodoh itu nampak bodoh!
Baru sahaja dia menapak ke bilik air,
Kaisara mula menepuk dahi! ‘Alamak.. Hasnah mesti marah sebab aku mengelat nak
masak malam nih!’ Dalam hati sudah merangka ayat untuk memujuk Hasnah sekejap
lagi.
***
Bakhtiar
merenung telefon bimbit setelah mematikan perbualan dengan Kaisara tadi.
Terpapar gambar Kaisara di skrin telefonnya.
Sejarah
lama... tiba-tiba menular di lubuk fikiran.
“Bak,
cuba bagi tahu aku apa itu definasi cinta!” Antara soalan yang Kaisara tanya
ketika di awal percintaan mereka dahulu.
“Kau kan penulis novel cinta. Tak kan kau
tanya aku pulak!”
Walaupun mereka bercinta, kata ganti diri
tetap tidak pernah berubah. Masih sama dan kasar seperti dahulu juga. Bukan
mereka tak mencuba untuk mengubahnya, namun bila masing-masing mula
membahasakan nama, kedua-duanya mula tergolek bersama.
Rasa meremang bulu roma! Kerana mereka
berdua sama.. Sekepala... Gelilah nak panggil baby, sayang, anje atau darling!
Nak guna saya awak pun berat semacam.
“Aku nak tanya definasi kau... Banyak
bertanya, luas definasi jawapan!”
Soal cinta... Jika ditanya pada sepuluh
orang manusia pun, pasti setiap jawapan yang diberikan adalah berbeza. Kerana
topik ini terlalu subjektif. Merungkai banyak makna tersurat dan tersirat.
“Hmm.. hubungan cinta itu akan sempurna
apabila dua insan berkongsi rasa yang sama. Bagi aku, cinta itu sebenarnya tak datang
kerana paras rupa atau harta tapi singgah dari budi pekerti dan ketaatan pada
agama dan patuh pada keluarga. Cinta tu wujud
bila dua manusia sanggup bersusah payah untuk menggembirakan antara satu sama
lain...”
Kaisara tersenyum bangga! Pakwe siapa yang
pandai sangat nih? Definasi biasa yang langsung tak ada jiwang karat!
Tapi itu cerita dulu... Sewaktu mereka
sama-sama menyulam kasih dahulu.
Kadang-kadang Bakhtiar terfikir jugak,
mungkin mereka bercinta kerana saling terpesona dan saling mengkagumi.
Mereka berkenalan… Terasa ada kimia..
Kemudian mula mesra… Berkongsi kisah lama dan bermacam cerita dunia. Ssaling
berkongsi rahsia.. Saling mengkagumi antara satu sama lain..
Timbul pula rasa suka… Bahagia bila
bersama… Ketawa bersama… Menangis bersama namun mereka tak pernah bersumpah
untuk mati pun bersama.. Itulah bezanya janji-janji mereka dengan pasangan
kekasih yang lain!
Kini watak Kaisara dalam hidup Bakhtiar
hanyalah sekadar kawan. Tak lebih dan tidak melebihi garisan yang ditetapkan.
Malah Bakhtiar juga tidak mahu meminta lebih dari apa yang meraka ada sekarang.
Kes kawan baik menjadi kekasih kemudian
putus lalu menjadi orang asing bukanlah perkara luar biasa dalam konteks
kehidupan.
Tapi
berbeza dengan kisah mereka. Sampai sekarang, orang sekeliling tetap mengatakan
yang mereka masih seperti pasangan kekasih. Bakhtiar terima dengan berlapang
dada. Kerana hakikatnya sayang itu masih ada.. Cuma terbatas dalam ruang
persahabatan.
Dia
bukan lagi teman istimewa Nurul Kaisara ataupun lelaki yang berada di carta
teratas dalam hatinya. Mereka cuma kawan biasa yang belajar dari sejarah silam
yang pernah mereka cipta.
Mereka saling melengkapi dan memahami. Tapi
mereka tidak dicipta untuk menjadi pasangan kekasih ataupun menjejakkan kaki ke
gerbang perkahwinan. Apa yang berlaku dahulu bukanlah kesilapan cuma sebuah
takdir yang tak mampu untuk berkesudahan dengan baik!
Akhirnya Bakhiar bangun dan berlalu ke bilik
air.
p/s: do enjoyz urself k...
Tersengih-sengih bace part arjuna ngn kaisara
ReplyDeleteBest..xsbr nk bce smbgn nye..
ReplyDeleteWah,ada versi nvel.Awesome. Tngu next n3 pla.
ReplyDeletebest2...nak lg plzzz
ReplyDeleteSemua novel & cerpen sara terbaik... memang puas bila abis baca...
ReplyDelete