Monday 4 November 2013

ALERGIK MAMAT ROMANTIK [2]


Gadis disebelahnya dikerling sedikit. Pemanduan Arjuna mula membelah jalan.
            “Antibodi lemah... Langgar sikit pun dah pengsan! Cubalah bawak makan supliment sikit. Tambahkan vitamin C dalam badan yang keding tuh..” Bebel Arjuna selamba. Rasa suka pulak nak menyakat minah dengan sebelah ni.
            “Awak cakap saya keding?”
Sekarang Kaisara langsung dah tak pandang pangkat! Lantaklah kalau lelaki di sebelahnya ini lawyer sekalipun, apa dia heran! Sebab setahunya lawyer di firmanya itu semua serius! Nak ajak bergurau jauh sekali. Ini pasti lawyer yang putus wayar!
            “Ya... saya cakap awak keding! Kurus kering! Badan tak solid langsung. Lelaki nak jeling pun pikir sejuta kali.” Komen Arjuna selamba.
Sebenarnya itu hanya sekadar di mulut sahaja. Mana pernah dia rajinkan anak mata nak terokai bentuk tubuh perempuan.. Dosa tuh!
Kaisara mendengus dan memandang ke luar tingkap.
            “Memang dasar lelaki mata keranjang!” Komen Kaisara perlahan sahaja. Tapi sengaja dikuatkan supaya lelaki dekat sebelah ini dengar.
            “Hah... awak sebut ranjang?”
            “Hah...” Kali ini giliran Kaisara pula yang naik angin! Haih mamat nih, ada jugak yang kena terajang nanti!
            Suasa tegang itu mula kendur pabila Arjuna ketawa kecil.
            “By the way... Nama saya Arjuna. Arjuna Andika!”
            Kaisara sedaya upaya cuba mengawal mimik mukanya. Namun tanpa sempat ditahan, dia mula ketawa terbahak-bahak sambil memegang kepalanya yang berpinar! Serius nama di luar alam!
            “Arjuna..? Macam nama playboy...” Smash Kaisara satu das!
            “Playboy tu taklah.. Romantik tu ada!”
            “Euuww... alergik seyh!”
            “Eleh... sekarang alergik! Nanti lepas kahwin dapatlah magik!”
            “Erk... kenapa magik pulak?” Tanya Kaisara polos.
            “Ialah... Satu campur satu jadilah tiga.” Arjuna sudah ketawa.
            “Sekolah mana yang luluskan sijil tadika awak nih. Satu tambah satu kejadah jadi tiga?”
            “Ini bukan matematik sekolah rendah. Ini calculation orang yang dah kahwin... Adeih... Suci rupanya otak awak nih..” Tak tahulah sama ada benar-benar suci dalam debu ataupun suci berdebu-debu.
            “Ceitt.. Otak awak tu yang tercalar.” Jawab Kaisara garang.
Mula mengesan makna disebalik kata-kata Arjuna. Seorang perempuan dan seorang lelaki yang dah kahwin, pasti akan memiliki seorang anak. Sebab itu satu campur satu jadi tiga! Mak cik manalah yang melahirkan malaun dekat sebelah ini. Makin menyakitkan kepala otak!
            “So Sara....”
            “Jangan panggil saya Saralah..” Bidas Kaisara cepat-cepat. Dia tak suka orang memanggilnya Sara. Bagi Kaisara, nama Sara ada sentimental value. Hanya sesetengah orang sahaja yang boleh memanggil Sara! Malaun kat sebelah ini tak termasuk dalam kategori manusia istimewa!
            “Kenapa? Nama awak kan Kaisara.” Dia tahu nama Kaisara melalui Kak Habsah tadi. Nurul Kaisara. Sedap namanya. Menampakkan ciri-ciri sederhana dan menarik.
            “Tapi orang panggil saya Ara jeh...”
            “Oh... Kira macam nama porpularlah tuh.” Arjuna tersenyum senget.
            “Tak ada makna porpular ke komersial ke klasik ke... Memang semua orang panggil saya Ara! Awak pun tak terkecuali!”
            “Hmm.. awak reserved lah nama Sara tu untuk saya...” Pinta Arjuna lagi.
            “Tak boleh... awak tak faham ke?” Suara Kaisara dan mengaum.
            “Kalau macam tu saya nak tetap nak panggil Sara...” Putus Arjuna selamba.
            Kaisara mendengus! Apa ke bengap sangat mamat ni? Orang tak bagi, makin dia menjadi-jadi!
            “Kenapa awak berminat sangat dengan nama Sara tuh? Apa, tu nama bekas kekasih awak ke?”
Seketika, Arjuna senyap bersama pemanduannya. Kaisara mula rasa bersalah. Mungkin dia terlalu lancang berkata-kata. Gamaknya betul bekas makwe dia nama Sara jugak.
            “Tak lah... nama kekasih saya!”
            Penerangan Arjuna buat Kaisara lega sedikit.
            “Dah tuh... Awak panggil jelah kekasih awak. Jangan panggil saya Sara. Saya tak biasa dengan panggilan tuh!”
Dah lama tak asah bakat bertekak dengan mana-mana lelaki. Ialah, hidupnya sekarang hanya melayan karenah hero-hero novel tulisannya sahaja.
            “Masalahnya... Dia tak ada dekat sini. Dia tengah study dekat luar negara sekarang!”
            “Jadi, awak nak lepaskan beban kerinduan awak pada dia dengan memanggil saya Sara? Macam tu?” Tebak Kaisara pula.
            “Hah... Tak sia-sia kepala awak terhantuk tadi. Terus cepat pick up!”
            Kaisara mendengus. Itu  bukan pujian tapi itu dah tahap kejian!
Inilah spesis lelaki yang membimbangkan. Ada awek belajar luar negara, nak lepaskan rindu pada perempuan lain yang mempunyai pangkal nama yang hampir serupa! Itu bukan cara untuk mengubatkan rindu. Silap hari bulan boleh mengalihkan rindu pulak..
            “Sara...” Panggil Arjuna mendayu-dayu.
            Senyum. Senang. Suka.
            “Jangan. Panggil. Saya . Saralah!” Ujar Kaisara sepatah-sepatah.
            “Saraaa......” Kali ini lebih lama dan pastinya lebih menyakitkan hati Kaisara.
            Kaisara peluk tubuh. Bengang! Percuma mulut jadi hero kalau hasilnya adalah zero!
            “Hmm, kalau saya nak panggil jugak, awak nak buat apa?” Duga Arjuna sambil mengerling ke arah Kaisara.
            Serius Arjuna dah lama tak mengusik orang! Hidup dengan kesibukan dengan timbunan kerja membuatkan dia lupa nak  hidup dengan senang hati. Mungkin dengan mengusik Kaisara yang garang ni, bolehlah mengembalikan zaman seronok dahulu kala.
            “Saya... saya.....”
Otak Kaisara sudah mula menggelegak mencari idea. Nak buat apa ya? Hah...!!
            “Saya panggil awak Arjun! Arjun Rampal!” Arjun itu kan singkatan dari nama Arjuna. Nama pelik, macam tuan punya badan jugak! Spesis antik ayam katik.
            “Okay.. Deal!”
 Lain yang diharap, lain pula yang menjadi. Kaisara mula rasa bengkak di kepalanya makin menjadi-jadi.
Sesampai di hadapan rumahnya terus Kaisara keluar dan menutup pintu kereta itu dengan kasar.
Masuk rumah! Mata tak boleh nak bukak langsung.  Sakit kepala makin menjadi-jadi bila melayan songeh si lawyer.
Gedebus! Terus Kaisara terbungkang di atas katil.
“Weh.... Siapa yang hantar kau balik? Kereta kau mana?”
Tanya Hasnah sambil menempatkan punggungnya di birai katil Kaisara. Pelik bila housematenya itu balik dihantar sebuah kereta Honda CRV. Mana pulak kereta Viva kesayangan Kaisara itu?
            “Eh... Kenapa dengan dahi kau nih?” Tegur Hasnah pabila Kaisara terus membisu. Tanpa berfikir panjang, terus tangan Hasnah menekan kasar bengkak itu.
            “Woit! Kau nak bunuh aku ke? Sakitlah!” Marah Kaisara bengang. Sudahlah makan hati dengan Arjuna tadi, ini tambah pulak seorang malaun!
            “Sorry... sorry... Aku tak sengaja...” Hasnah tersengih-sengih.
            “Bengkak ni Ara... tak mahu pergi klinik ke?”
Hasnah bangun dan mengambil minyak urut di meja solek Kaisara. Perlahan-lahan disapu minyak tersebut di dahi Kaisara yang membengkak!
            “Sikit jeh... Kena air tangan kau.. Confirm cepat sembuh! Oh... Kau ni macam hero novellah Nah.. Romantik dan caring habis!” Puji Kaisara sambil menggigit bibirnya. Menahan rasa perit yang berkunjung.
            “Banyaklah kau punya romantik...” Ditonyoh-tonyoh dahi Kaisara. Sengaja!
            “Sakitlah wehh...”
            “Kalau aku romantik, jom kahwin sama!” Usik Hasnah sambil tergelak besar.
            Kaisara menjeling, malas nak layan! Seronok dibelai dan disayangi oleh Hasnah. Kawannya ini memang calon isteri idaman malaya. Cukup cantik, cukup pandai masak, cukup serba boleh!
            Jauhlah kalau nak dibandingkan dengan dirinya yang... errrkk... kurang serba serbi ini.
            “Nah....” Kaisara mula buat muka sedih.
            “Kenapa? Sakit sangat ke?” Tanya Hasnah kalut.
            Kaisara bangun dari pembaringan.
            “Kalau kau kahwin nanti, mesti aku rindu kat kau... Siapa nak layan aku macam ni lagi? Siapa nak kejutkan aku pagi-pagi. Siapa nak masakkan dekat aku.. Siapa nak ubatkan aku bila aku sakit..” Dipaut bahu Hasnah.
Sesungguhnya sahabatnya itu memang sahabat terbaik! Sedih pula jika hendak melepaskan Hasnah yang akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.
            Hasnah tergelak! Sengal punya manusia. Kepentingan diri sendiri juga yang dia fikir!
            “Wehh... Aku dah penat jadi bambu kau! Kau pergilah cari mangsa baru. Mangsa lelaki..yang baik.. yang penyabar.. yang sanggup jadi bambu kau.. yang romantik...”
            “Wohoho... Romantik tolak tepi babe! Alergik!” Cepat Kaisara menepis.
            “Alergiklah sangat.... Padahal tiap-tiap hari menulis pasal mamat romantik! Alergik kejadahnya?” Hasnah mengelengkan kepalanya. Tak faham sungguh!
            “Hmm, ada ke mamat macam dalam novel tu weh?” Kaisara mula tertanya-tanya sendiri.
            “Dah sudah... Kau sendiri  yang tulis kisah cinta tapi kau sendiri yang tak percaya pada cinta?”
            Macam manalah Tuhan boleh cipta orang macam Kaisara ni? Rumit!
            “Aku percaya cinta sejati itu wujud. Tapi aku tak percaya ada mamat terlebih over romantik macam dalam novel tu. Aku tulis apa yang menjadi dambaan perempuan... tapi aku sedar yang dalam dunia ni, mana ada lelaki romantik. Poyo macam ayam katik adalah!”
            Hasnah ketawa lagi.
            “Tapi kadang-kadang aku rasa bersalah sangat. Aku buat perempuan kat luar tu berangan yang bukan-bukan.. Mengajar perempuan kat luar tu jadi demand! Ialah, bila baca novel, mesti derang harap benar dapat lelaki romantik macam tu kan? Hakikatnya....” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, kata-katanya telah dipintas.
            “Hakikatnya nasib manusia tak sama! Romantik tu banyak cabang... Aku sendiri dapat rasa yang Syakir tu romantik... Walaupun mungkin bukan dari segi sentuhan, tapi aku dah boleh baca dari lenggok badan atau dari tutur bahasa yang dia guna! Gitu....”
            Susah sebenarnya nak betullah firasat seorang penulis. Sebab mereka bukan guna idealogi tapi menggunakan perasaan. Teknologi yang canggih pun tak akan mampu nak menebak sebuah perasaan.
            “Romantik tu bila dia bagi hadiah....”
            “Romantik itu bila dia bagi bunga...”
            “Romantik itu bila dia wish morning and night untuk setiap malam....”
            “Romantik itu bila tak panas baran...”
            Mereka saling ketawa apabila saling bertukar pandangan tentang isu romantik.
            “Romantik itu bila tengok dia tak berbaju...” Ujar Hasnah sambil tergelak besar. Okeh.. Nampak sangat statement anak dara gatal! Memang wajib kahwin dah nih.
            “Amboihh... Tak sabar nak tengok Syakir bukak baju ke?” Heh.. Tahulah nak kahwin tak lama lagi. Tak payahlah tunjuk sangat gelojoh kau tuh..”
            Ketawa mereka bersatu lagi.
            “Hahaha...Ke situ pulak kau nih. Dah yang kita duk asyik cakap pasal topik romantik ni kenapa?” Hasnah mula tertanya-tanya. Ralit berbual sampai tak sedar dari mana mereka mula membuka topik berkenaan romantik.
            “Kaulah gatal sangat! Asyik-asyik cerita pasal romantik. Mentang-mentang nak kahwin kan..” Giat Kaisara selamba.
Hilang terus sakit kepalanya akibat terhantuk.
            Hilang sakit jiwanya melayan Arjuna tak guna!
Sahabat itu ada penawar yang kita tercari-cari.
            “Kau tu... Tak payahlah nak alergik sangat! Menyampah tahu! Dahlah, aku nak mandi... Karang turn kau masak. Jangan buat alasan sakit kepala...” Awal-awal lagi Hasnah dah bagi amaran. Kaisara ni bukan boleh kira!
            “Alamakkk... aku lupa resepilah...” Sakat Kaisara mengada.
            Hasnah menunjukkan buku limanya lantas keluar dari bilik Kaisara.
            Kaisara pun sudah bangkit dari katil. Tuala dicapai. Kaki mula dihayun ke bilik air.
Tangan kanan mula mencabut jam tangan yang melilit di pergelangan tangan kiri. Apabila jam tersebut ingin diletakkan ke atas meja solek, matanya mula menjamah pada seraut wajah yang menghiasai bingkai gambar.
            Gambar dia bersama kawan baik merangkap bekas kekasihnya! Badrol Bakhtiar! Nama je macam pemain bola sepak, namun haram jadah memang kaki bangku!
Tiba-tiba telefonnya berdering nyaring! Terdampar mana Bakhtiar di skrin telefon.
Hello bro! Apa kes?” Sergah Kaisara tanpa salam. Baru sahaja terfikir, Bakhtiar sudah menelefon dirinya. Antara mereka memang ada kimia!
“Kau ni tak ada agama ke weyh? Main belasah macam tu je… Adab mana?” Smash Bakhtiar dengan suara memetir!
“Dah kau pun sama dua kali lima. Bukan pandai nak bagi salam!” Marah Kaisara pula.
“Assalamualaikum wahai puteri… Wayang jom malam nih! Kau belanja!”
“Waalaikumusalam wahai putera… Kejadah kau ajak aku yang kena belanja?”
“Barulah ada give and take…” Bakhtiar sudah ketawa besar.
“Tengkorak kau give and take.. Pukul berapa?” Jam di dinding mula dikerling. Ini tak lain tak bukan nak ajak tengok midnightlah nih. Tak habis dengan perangai burung hantu dia tuh!
“Pukul sebelas kau ambik aku!” Rahang Kaisara kembali ternganga.
“Weh… ini dah masuk gear melampau tahap kerbau nih! Kau ajak, aku belanja. Kau ajak, aku pulak yang kena ambik! Apa tengkorak kau tu kena virus ke apa? Lagipun aku tak ada kereta!”
Kutuk mengutuk sudah menjadi kebiasaan antara mereka.
“Ya.. aku acah jeh! Cepat betul menggelabah. Aku ambil kau kejap lagi. Tapi… Kereta kau pergi mana?”
“Panjang cerita… Sambung kejap lagi! Aku nak mandi dulu lepas tu nak solat.” Kalau melayan si Bakhtiar nih, sampai sudah tak habis.
“Wokeyhh.. doakan jodoh kita sekali.” Sakat Bakhtiar sambil tergelak sebelum memutuskan talian.
Kaisara mendengus! Bakhtiar selalu buat perkara jodoh itu nampak bodoh!
Baru sahaja dia menapak ke bilik air, Kaisara mula menepuk dahi! ‘Alamak.. Hasnah mesti marah sebab aku mengelat nak masak malam nih!’ Dalam hati sudah merangka ayat untuk memujuk Hasnah sekejap lagi.

***
            Bakhtiar merenung telefon bimbit setelah mematikan perbualan dengan Kaisara tadi. Terpapar gambar Kaisara di skrin telefonnya.
            Sejarah lama... tiba-tiba menular di lubuk fikiran.
            “Bak, cuba bagi tahu aku apa itu definasi cinta!” Antara soalan yang Kaisara tanya ketika di awal percintaan mereka dahulu.
“Kau kan penulis novel cinta. Tak kan kau tanya aku pulak!”
Walaupun mereka bercinta, kata ganti diri tetap tidak pernah berubah. Masih sama dan kasar seperti dahulu juga. Bukan mereka tak mencuba untuk mengubahnya, namun bila masing-masing mula membahasakan nama, kedua-duanya mula tergolek bersama.
Rasa meremang bulu roma! Kerana mereka berdua sama.. Sekepala... Gelilah nak panggil baby, sayang, anje atau darling! Nak guna saya awak pun berat semacam.
“Aku nak tanya definasi kau... Banyak bertanya, luas definasi jawapan!”
Soal cinta... Jika ditanya pada sepuluh orang manusia pun, pasti setiap jawapan yang diberikan adalah berbeza. Kerana topik ini terlalu subjektif. Merungkai banyak makna tersurat dan tersirat.
“Hmm.. hubungan cinta itu akan sempurna apabila dua insan berkongsi rasa yang sama. Bagi aku, cinta itu sebenarnya tak datang kerana paras rupa atau harta tapi singgah dari budi pekerti dan ketaatan pada agama dan  patuh pada keluarga. Cinta tu wujud bila dua manusia sanggup bersusah payah untuk menggembirakan antara satu sama lain...”
Kaisara tersenyum bangga! Pakwe siapa yang pandai sangat nih? Definasi biasa yang langsung tak ada jiwang karat!
Tapi itu cerita dulu... Sewaktu mereka sama-sama menyulam kasih dahulu.
Kadang-kadang Bakhtiar terfikir jugak, mungkin mereka bercinta kerana saling terpesona dan saling mengkagumi.
Mereka berkenalan… Terasa ada kimia.. Kemudian mula mesra… Berkongsi kisah lama dan bermacam cerita dunia. Ssaling berkongsi rahsia.. Saling mengkagumi antara satu sama lain..
Timbul pula rasa suka… Bahagia bila bersama… Ketawa bersama… Menangis bersama namun mereka tak pernah bersumpah untuk mati pun bersama.. Itulah bezanya janji-janji mereka dengan pasangan kekasih yang lain!
Kini watak Kaisara dalam hidup Bakhtiar hanyalah sekadar kawan. Tak lebih dan tidak melebihi garisan yang ditetapkan. Malah Bakhtiar juga tidak mahu meminta lebih dari apa yang meraka ada sekarang.
Kes kawan baik menjadi kekasih kemudian putus lalu menjadi orang asing bukanlah perkara luar biasa dalam konteks kehidupan.
            Tapi berbeza dengan kisah mereka. Sampai sekarang, orang sekeliling tetap mengatakan yang mereka masih seperti pasangan kekasih. Bakhtiar terima dengan berlapang dada. Kerana hakikatnya sayang itu masih ada.. Cuma terbatas dalam ruang persahabatan.
            Dia bukan lagi teman istimewa Nurul Kaisara ataupun lelaki yang berada di carta teratas dalam hatinya. Mereka cuma kawan biasa yang belajar dari sejarah silam yang pernah mereka cipta.
Mereka saling melengkapi dan memahami. Tapi mereka tidak dicipta untuk menjadi pasangan kekasih ataupun menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan. Apa yang berlaku dahulu bukanlah kesilapan cuma sebuah takdir yang tak mampu untuk berkesudahan dengan baik!

Akhirnya Bakhiar bangun dan berlalu ke bilik air.


p/s: do enjoyz urself k... 

5 comments: