Cawan-cawan yang sudah digunakan dikutip. Meja
yang kotor dilap. Kerja-kerjanya terhenti pabila Mariam menjerit memanggil
namanya.
“Qiu...
tangkap gambar family!”
Ish
anak dara sorang ni. Ingat cantik sangat buat perangai tak siap tuh. Tuala
kotor disangkut ke bahu.
“Kan
bagus kalau pergi cuit aku bisik lembut-lembut. Awak tu anak dara.” Rasanya dah
acap kali teguran ini diberi. Sepupunya seorang ni memang tahap gengster. Suka
nak melawan.
Mariam
sengih tak bersalah.
“Aku
nak cepat. Busy tahu tak?”
“Alasan.”
Mariam
buat muka. “Dah jangan nak mula. Kita nak bergambar family ni.”
Qiuzi
meneruskan langkah ke depan. Sekali lagi matanya menjamah wanita yang sedang
mendukung si kecil itu. Kenapa matanya payah sangat nak dialihkan?
“Pelamin
kat sini Qiu..” Dah macam manalah dia tak menjerit. Qiuzi ni banyak sangat
tolnya.
“Siapa
perempuan tu?” Bisik Qiuzi di telinga Mariam.
“Perempuan
mana?” Mulut berbual sambil mata dihala ke arah kamera.
“Yang
dukung baby tu.” Tak tertahan rasa hati nak mengenali wanita itu. Air mukanya
tenang.
“Oh...
member aku. Kenapa?” Dah sejak bila pulak Qiuzi ni berminat nak kenal dengan
perempuan. Bukankah hidupnya hanya bertemankan spanar dan enjin kereta sahaja.
“Tak
pernah tengok. Sebab tu tanya. Erk, suami dia mana?” Nak jugak dia tahu, lelaki
versi macam mana yang mampu memiliki wanita secantik teman Mariam ini.
Belum
sempat Mariam menjawab, si kakak yang berada di atas pelamin memanggil Naira.
“Naira,
kenapa tercegat kat situ je. Marilah bergambar sekali.”
Wajah
Naira terkebil-kebil. Takut nak menyertai keluarga Mariam yang meriah.
“Tak
apalah kak... lagipun Dewi asyik meragam je.”
Tak
diarah oleh sesiapa, Qiuzi turun dari pelamin. Tangan disua untuk mengambil
bayi yang dipanggil Dewi itu.
“Pergilah
bergambar. Biar saya dukungkan Dewi.”
Erk.
“Pergilah...”
Tanpa izin si ibu, tubuh si kecil dicapai.
“Naira
cepat..” Jerit Mariam. Mulut dah tersengih-sengih. Ada yang tak kena dengan
Qiuzi nih. Sah mamat ni dah kena sampuk!
“Siapa
mamat tu?” Soalan versi sama tapi datang dari dua orang yang berbeza.
“Sepupu
aku. Kenapa, berminat ke?”
“Ish..
ke situ pulak kau ni. Tadi dia tolong aku. Baik orangnya.” Puji Naira ikhlas.
Dari tadi tak lokek membantu.
“Memang
baik. Dia tengah cari calon isteri tu. Kau nak isi kekosongan ke?” Seloroh
Mariam sengaja. Tak salah pun kan kalau nak kenenkan Naira dan Qiuzi.
“Kau
ni... melalut je.”
“Apa
yang mengarutnya. Tak salahkan kalau kau nak kahwin. Lagipun Dewi perlukan
kasih sayang seorang ayah.” Mereka berdua turun dari pelamin.
“Ril
kan ada. Aku percaya dia boleh jadi daddy yang baik untuk Dewi.” Setakat ni dia
puji Amril. Tak pernah sekali pun mengabaikan tanggungjawab pada Dewi. Cuma
kebelakangan ini sahaja lelaki itu dijamah kesibukan.
“Ril
memang boleh bagi kasih sayang dia pada Dewi kecik. Habis tu kau macam mana?
Kau pun perlukan kasih sayang seorang lelaki. Mungkin dah sampai seru kau buka
hati kau untuk orang lain pulak.”
“Kau
ni, belajar tak habis lagi sibuk fikir pasal kahwin kan?”
Anak
mata meliar mencari kelibat Qiuzi. Ceramah Mariam boleh buat otak Naira
berkedut.
“Yam...
tolong mak cari barang kejap.” Puan Kasmah datang menarik anak gadisnya.
Naira
narik nafas lega. Sendat emosi nak berbalah dengan Mariam.
Kakinya melangkah ke ruang tengah rumah.
Mata menangkap kelibat sepupu Mariam yang sedang mendodoikan Dewi. Lembut
sahaja alunan zikrullah itu menyelinapkan rasa tenang.
“Dah
tidur?”
“Eh.. sorry... Tempat tadi penuh sangat.
Agaknya anak awak rasa tak selesa. Tu yang merengek tu.”
“Dari
malam semalam dia asyik meragam. Mungkin tak biasa dengan suasana dekat sini.”
Naira cuba menghalau rasa kekok antara mereka.
“Suami
awak mana?” Qiuzi cuba menahan gelodak hatinya dari bertanya namun perasaannya
kuat untuk mengenali lelaki bertuah itu.
Air
muka Naira berubah sedikit. Nampak gayanya sepupu Mariam ini belum mengetahui
kisah sebenar. Serasanya semalam Mariam ada bercerita pada ahli keluarga yang
lain.
“Dia
tak datang sekali?” Tanya Qiuzi bila melihat wanita dihadapannya sedikit
termanggu-manggu.
“Tak.”
Tak terasa pula hendak mengaku yang Dewi ini anak angkatnya.
“Hmm..
mungkin jugak anak awak rindukan ayah dia.” Anak kecil biasanya memang macam
gitu. Terkesan jika kerinduan pada orang yang dia sayang.
“Mungkin
jugaklah...” Hari ni langsung tak update apa-apa pada Amril. Matilah kalau
lelaki itu mengamuk! Bukan dia tak mahu tapi line memang macam mintak jadi
arwah. Lembab ya Rabbi.
“Walaupun
awak tak tanya, tapi saya nak beritahu yang nama saya Qiuzi. Dan walaupun mungkin
awak tak mahu jawab, saya tetap nak tanya nama awak apa?”
Segaris
senyuman lahir di pipinya. Sopannya lelaki ni. Dah lama tak jumpa stok-stok
lelaki sopan nih. “Nama saya Naira. Naira Ilyani. Anak saya tu nama Dewi. Dewi
Ilyani.”
“Sedap
nama. Sesedap mata memandang.” Kenapa mulut dia ringan sangat nak memuji perempuan
ni?
Naira
sengih. Oh Qiuzi ni. Mulut manis bergula. Ramai agaknya perempuan kat luar sana
yang kena potong kaki dengar ayat manis versi macam gini.
“Belajar
sama-sama dengan Yam ke?” Tanya Qiuzi lagi.
Naira
menggangguk. Kasihan pula melihat Qiuzi yang nampak lenguh itu.
“Untungnya.”
Beruntung sungguh lelaki yang memperisterikan wanita seperti Naira Ilyani ini.
Dah dia ni kenapa? Bini orang ni weh? Rasa nak tumbuk diri sendiri sebab tetiba
bertukar birah.
“Apa
yang untung?” Tak faham maksud kata-kata Qiuzi itu.
“Maksud
‘untung’ saya tu sebab awak muda-muda lagi dah kahwin. Ada anak pulak tuh. Bagi
saya perempuan macam tu dah sempurna. Ada pelajaran, ada keluarga.... kagum
sekejap sebab saya tahu bukan semua perempuan mampu buat macam tu. Sesetengah
orang kan tak percaya pada kemampuan diri sendiri untuk kendalikan keluarga dan
pelajaran dalam masa yang sama.”
Naira
diam. Dia tak lah sehebat itu. Dia masih belajar menjadi mummy yang baik buat
Dewi. Tugasnya lebih ringan sebab dia sebenarnya tak ada suami untuk dijaga.
Jadilah boleh lebihkan fokus pada Dewi dan study. Itupun kucar lana lagi jadual
hidupnya.
“Mesti
suami awak memahami awak kan? Dan mesti dia seorang yang hebat sebab boleh buat
awak percaya pada diri awak sendiri untuk berkahwin dan belajar dalam waktu
yang sama.”
Makin
menjadi-jadi pulak pujian Qiuzi ni. Rasa menyesal pulak tak bercakap benar
tadi.
“Sebenarnya....”
Baru je Naira nak bukak mulut, nama Qiuzi dilaung kuat.
“Okay,
I got to go. Dayang-dayang istana dah memanggil. Kenduri kendara ni
jelah peluang derang nak perah semua kudrat saya ni..” Seloroh Qiuzi lalu
menyuakan Dewi pada ibunya semula.
“Terima
kasih....”
“Maaf...
tak boleh terima.”
“Erk,
kenapa pulak?”
“Mana
boleh terima kasih isteri orang. Mahu suami awak kejar saya guna parang!”
Sejurus itu, terus lelaki itu meninggalkan Naira sendirian.
Naira
gigit bibir. Mamat nilah. Boleh tahan jugak melawak ya?
“Ehem-ehem....”
Tanpa berpaling pun, Naira dah tahu pemilik empunya suara.
“Kau
kenapa?”
“Tengoklah
muka aku ni Naira...” Wajahnya disua dihadapan mata Naira.
“Apa
yang peliknya? Tak ada berubah jadi Siti Nurhaliza pun.. Nealofa pun tidak..
Muka kau macam muka kaulah!” Sindrom lawak kampus dah merasuk.
“Ish
kau ni.. Ke situ pulak. Aku tunjuk jerawat aku ni hah.”
Jerawat
di pipi sebelah kanan Mariam itu dipandang. “Kau ni kenapa? Sebelum ni tak
pernah kisah pun pasal jerawat?”
Mariam
simpan senyum. “Kau tahu tak? Jerawat ni tak dijemput tapi tetap datang. Bila
dihalau, tambah ramai pulak dia punya geng! Derang ni tak malu ke menumpang
dekat tempat orang eh? Tak beradab langsung.”
Naira
ketawa. Apa punya falsampahlah yang Mariam reka tu.
“Tapi
kan... aku rasa jerawat ni sama je dengan definasi cinta.”
Tepukkan
Naira pada punggung Dewi kecil mula bertukar perlahan. Ada yang tak kena dengan
ayat Mariam itu.
“Cinta
tu pun walau tak dijemput, ia tetap datang. Bila dihalau, makin menjadi-jadi
pulak keinginannya. Tapi cinta wajarlah kalau nak menumpang dekat hati orang.
Kira tak biadaplah. Cuma kadang-kadang tuan punya hati yang tak beradab tolak
perasaan cinta tu.”
“Hei
tenuk, apa yang kau merepek hah?”
“Tenuk
kau panggil aku?” Mariam cekak pinggang.
“Dah
tu merepek sangat.. aku panggilah tenuk!”
“Kejap....”
Mariam tahan tangannya sendiri. Mukanya terkebil berfikir. “Apa kaitan tenuk
dengan merepek?”
Muka
Mariam nyata blergh habis.
“Perumpamaan
aku kan.. Jadi ikut suka akulah. Dah dah. Diam! Anak aku nak tidur ni.”
Akhirnya dapat jugak dia larikan Mariam dengan sindrom-sindrom falsafah dia
yang merapu mintak penyapu tuh.
Bukan
Naira tak tahu yang Mariam tu mesti nak mengusik dia dengan si Qiuzi.
Cukuplah.... buat masa ini dia tidak mahu terikat perasaan dengan sesiapa pun.
Lagipun, Qiuzi kan ingat dia dah kahwin?
***
Telefon
dicapai. Ada panggilan yang dijawab dari Naira semalam. Dah dua hari dia tak
mendengar sebarang berita dari Naira tentang Dewi.
Skrin
telefon disentuh. Nombor Naira didial.
“Assalamualaikum
Ril...” Suara orang disana macam tak cukup nafas. Buat larian dua round ke
macam mana?
"Naira, kau kalau jadi PA, mesti kena buang
kerja." Belum pun Naira siapakan
jentera pertahanan, terus Amril bagi das tembakan.
"Ril, sebelum kau smash aku, jawab salam dulu...” Sempat jugak Naira
bagi ayat perli.
“Waalaikumusalam. So sekarang boleh smash dah?”
“Sorry Ril.. sorry sangat. Aku bukan tak mahu call kau tapi line kat sini macam
haram! Sikit punya arwah lagi tenat dan nazak." Sungguh-sungguh Naira
yakinkan Amril.
Hei, ingat dia buat hikayat ke? Memang line susah nak dapat. Nak kata cerok
sangat tak jugak. Tapi dasar line telefon kat sini memang tak beradap. Tak
hormat tetamu langsung. Ini pun kena bercakap dekat luar rumah.
"Naira, behave with your words...
Kau tu mak orang."
Apa bendalah minah ni. Nak kalut sangat kenapa?
Bibirnya tarik sengih. Lega dengar suara Amril yang suam-suam kuku. Tak
menggelegak nak telan orang.
"Sorry... Tapi malam semalam
aku ada call kau tapi kau tak pick up
phone.” Bukan salah dia sepenuhnyalah kan kalau Amril yang tak angkat
telefon.
"Hmm.. mungkin aku tengah kerja kot."
Amril pejam mata. Ini pun dia baru balik dari kerja. Terpaksa gantikan
shift Yusof yang terpaksa cuti kecemasan. Amril raut wajah. Jambang dah meliar
merata tempat. Sibuk berkerja sampai lupa nak belek diri sendiri. Biarlah
berjambang pun, bukan ada orang kisah.
"Kerja?"
Cepat Amril tersedar.
"Maksud aku ada kerja.... ada kerja..." Oh tidak. Naira tak boleh
tahu yang dia buat kerja part time.
Tak-Boleh!
“Oh…”
“Dewi okay?”
“Okay… Cuma meragam
sikit. Mungkin rindukan daddy dia.” Cerita Naira ringkas.
“Aku pun rindu dekat
dia.” Hampir dua minggu tak bertemu dengan Dewi. Bukan tidak mahu tapi
kengkangan waktu menghalang.
“Rindu konon… Padahal dah
berapa lama kau tak jumpa Dewi? Ni Dewi dah tanya dah, kau ada awek lain ke
selain dia? Asyik busy je memanjang!” Kot-kotlah Amril duk kalut dating, itu
yang tak terjumpa Dewi tu.
“Dewi yang tanya ke
ataupun mummy Dewi?” Sempat pula Amril hantar soalan berbau usikan.
Naira dah masuk gear
pelik. Sejak bila pulak Amril pandai bergurau mesra-mesra begini?
“Mummy tak kisah pun
daddy nak dating, tapi janganlah
sampai lupa anak.... Kalau Dewi dah merajuk nanti, susah nak pujuk ya.”
“Kalau Dewi susah nak
pujuk, mummy dia tolonglah pujuk on
behalf daddy...” Saran Amril pula.
“Tak kuasa dan tahap tak
rajin nak memujuk on behalf kau tu.
Sekarang tak apalah, dia kecik lagi. Dah besar nanti, barulah kau tahu susahnya
ada anak perempuan ni.”
“Mummy dia kan tak kuat
merajuk. Dewi pun mestilah macam gitu.” Ya, dia puji tahap mental Naira. Gadis
itu mana reti nak merajuk bagai. Dihentam, dicerca, paling koman dia menjawab
balik. Merajuk bawak diri tu tak pernahlah pulak.
“Kau ni puji aku ke apa?”
Meremang pulak bulu roma dengar ayat baik-baik Amril nih.
“Dah tu, kau jugak yang
suruh aku tanamkan sindrom ‘ayat baik-baik’ kan? Ke kau nak kena maki?”
Betullah perempuan ni banyak songeh.
Bibir Naira menarik
senyum. Dia jentik hati ini dengan usikan. Tapi kesannya macam kena tampar!
Mungkin sebab dia tahu lelaki ini bukan untuk dirinya.
“Suara
kau macam penat sangat. Hari ni kan hari cuti Ril, banyakkan berehat.”
“Naira...”
Seru Amril dengan mata terpejam.
“Yaaa...”
Panjang pula sahutannya.
“Suara kau sedap tapi kalau kau tak
membebel, lagi sedap.”
Ciss!
Naira
ketap bibir. “Menyampahlah cakap dengan kau ni.”
“Aku
pun menyampah cakap dengan diri sendiri.”
Amril
ni mesti tengah mamai. “Dah lah Ril, pergi tidur. Dah lewat.”
“Okay.
Sampaikan peluk cium aku dekat Dewi ya? Nite.. Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
Talian talian terus diputuskan. Pabila di pintu rumah, dia terserempak pula dengan
Qiuzi yang mungkin baru selesai mengemas bahagian beranda.
“Baru
lepas bergayut dengan cik abang ke?”
Naira
sekadar tersenyum. Rahsia yang satu tu tak terbongkar lagi. Malas pulak nak
bukak cerita tu. “Awak tak siap mengemas lagi? Dah pukul berapa ni. Pergilah
tidur.”
“Kejap
lagi saya tidurlah. Awak tu yang kena pergi tidur. Selamat malam.”
Qiuzi
membuka laluan untuk Naira lalu. Tak tahu kenapa, dia suka tengok wajah Naira. Wajah
itu bagai disimbah sinaran cahaya. Tapi bila didekati, hanya kabus kusam yang
melingkari air wajah itu.
Wanita ini..... unik dalam pelik!
***
Badannya
dibawa ke kanan. Kemudian ke kiri. Rasa tak kena lagi jadi dia bangun. Jam
ditilik. Sudah menginjak tiga pagi rupanya. Kalau tersedar waktu sebegini,
baiklah dia bertahajud.
Diperhatikan
sepupu lelakinya yang tidur bergelimpangan di bahagian ruang tamu ini. Biasalah, kenduri memang macam ginilah
fesyennya. Mata merayap ruang kosong untuk menunaikan solat. Sesudah solat dan
berwitir, terdengar tangisan dari dalam bilik.
Lama
dia memandang ke arah pintu bilik yang menempatkan Mariam, Naira dan si kecil
Dewi.
Hampir
lima minit berlalu dan tangisan Dewi masih lagi kedengaran. Jadi Qiuzi bangun.
Pintu bilik itu diketuk.
Mariam
dan Naira saling berpandangan. Siapa pulak yang ketuk pintu bilik mereka
malam-malam ni. Kalau mak dia, mesti tak payah ketuk. Terus terjah. Mungkin...
Qiuzi?
Cepat
Naira capai tuala dan dililit ke kepala. Pintu bilik ditarik sedikit. Mata yang
masih terpisat itu menangkap susuk tubuh Qiuzi yang berkopiah putih.
“Kenapa
Dewi nangis?”
“Tak
tahulah.” Adoi, apa punya mummylah bagi skop jawapan tak tahu.
“Boleh
saya dukung dia?”
Mariam
dan Naira saling berpandangan. Tanpa menunggu persetujuan Naira, laju je Mariam
menghulurkan Dewi pada Qiuzi. Serius dia penat dan mengantuk. Ada orang offer
nak jaga Dewi, laju je dia bertindak. Macam manalah nak jaga anak sendiri
nanti?
“Ish...
tak payahlah Yam. Menyusahkan Qiuzi je...” Dewi kecil cuba diambil tapi cepat
je dilarikan oleh Qiuzi.
“Korang pergi tidur... Biar saya je yang
tidurkan Dewi. Ini arahan mandatori.”
Dari pintu bilik, dia tengok Qiuzi sedang
mendodoikan Dewi dengan alunan zikrullah seperti siang tadi. Suaranya, boleh
memuka emosi dan rohani.
“Dah
dua malam dia meragam macam gini. Sebelum ni tak pernah pulak.”
Mariam
angguk. Dia sedia maklum. Dia kan duduk bersama dengan Naira jugak. Dia pun
sama-sama tolong besarkan Dewi. “Mungkin.... Dewi meragam sambil buat survey
kot!”
“Survey?”
“Survey
calon suami untuk mummy dia!”
Erk!!
p/s: lama jugak x update kan.. maaf andai x best di merata-rata tempat.. almaklum, otak masuk air banjir sikit..hahaa.. do enjoyz n do komen.. =)
nway thanks pada doa2 kalian waktu sy ditimpa banjir.. Alhamdulilah, bersyukur dengan segala ujian n dugaan yang Allah kirim...
wah sweet je qiuzi...dah pikat hati dewi kecik...mama dewi kecik tak terpikat ke
ReplyDeletevote for Qiuzi
ReplyDeletewalupn dewi tgh survey tuk bakal suami mummy dia, masih brharap daddy dewi yg menang..
ReplyDeletetake care sara
along eza jumel
ya Allah. sweetnya Qiuzi ni. terpikatterpikatterpikat. melting~
ReplyDeleteKalo mummy dewi tak nak quizi saya nak...hehe....
ReplyDeleteVote for quizi.....
kalau mummy terpikat dgn quizi, daddy cmnaaaa... :P
ReplyDeletesara, take care... dgr2 dah mula hujan balik kat sana. apa2 pun standby, and may Allah protect us. :)
vote for quizi....haha
ReplyDeleteDaddy ,, daddy ,, nak daddy jgak .. ;)
ReplyDeleteQiuzi please. Daddy boleh jg dewi dr jauh
ReplyDeleteHihi.
hati dah terpecah 2, cemana ni..
ReplyDeleteemm ada sikit perkataan yang perlu dibaiki cth kucar lana
takpe, saya faham sbb musibah yg melanda cumanya utk dikemaskini kemudian ya ezza
-chah husain-
Konpius lak nk plh spa..
ReplyDeleteNway cpt2 lha updte eah..hihi
Alamak cmner ni dah bbagi hero ni... Amril pun mkin sweet qiuzi plak bijak masuk jarum huhu... Oh hati jgnla mudah bpaling. Cik penulis yg comeiiii buat amril sweet muiit lg bole x hihihi
ReplyDeleteRasa Cinta itu tak mengenal status.. tatkala ia terpaut takkan ada suatu kuasa pun yang mampu menghalang kecuali Dia. Naira... pilihan di tanganmu. Jangan menilai untuk memenuhi rasa fizikal semata santapan naluri patut diutamakan.
ReplyDelete~Sara~ your writing always make my mind working hard! Bravo!
Qiuzi yg sgt cool. Ok, vote for hero kedua. Hehe.
ReplyDeleteso sweet,.x sbr nk tnggu entry strsnyer
ReplyDelete~huda
saraaaa... sukalah perkenalan watak qiuzi nihh.. kalu saya jadi naira, lama dah cairrrr...
ReplyDeletePandai eh dewi kat daddy qiuzi tu
ReplyDelete