Kepala yang pening dipicit perlahan. Apa ke rumit
sangat jadual perjalanan hidupnya ini? Plot dah macam cerita hindustan pun ada.
Hei, ingat dia tu Rahul ke yang tiba-tiba muncul di kampung Simran?
“Kau
ada bagi alamat kau dekat Ril ke?”
“Eh
aku pulak. Manalah pernah bagi.”
Dua
orang sahabat sedang mengalami sindrom pening kepala dek kemunculan Amril yang
datang secara tiba-tiba.
“Habis
tu mana dia tahu rumah kau?” Tanya Naira pelik.
“Manalah
aku tahu. Bukan kau ke yang bagi?”
Soalan berbalas soalan.
“Apa
pulak aku nak bagitahu kalau aku pun tak tahu alamat rumah kau nih! Lagipun dia
pun tak cakap nak datang sini.”
Mariam
mendengus. Habis tergendala plan dia nak suruh Qiuzi drive kereta Naira. “Kau
pun kenapa tiba-tiba buat drama?” Peha si kawan ditepuk kuat. Haih, sakit pulak
hati dia.
“Drama
apa?”
“Drama
tadilah...”
Naira
flashback balik apa yang jadi kurang
sepuluh minit yang lalu.
“Aaa..paaa...
aaa... bang.. buat kat... sini?”
Qiuzi
pandang Naira. Naira pandang Amril. Amril pulak memandang mereka berdua dengan
dahi berlapis.
“Saje
datang buat surprise!” Nama panggilan
itu pun dah buat dia pelik.
“Kenalkan....
Qiu, ini Amril...Su...aaa..miiii... saya.”
Air
muka Qiuzi terus berubah tiga ratus enam puluh darjah. Lengan di bawa rapat ke
tubuh. Suami?
Sebab
dia tengok penyakit baik hati Qiuzi pada dia dah berada di tahap kanser kronik.
Jadi terpaksalah buat drama dan menjadikan Amril mangsa tak bertauliah.
Amril
melopong. Dah Naira ni kena sampuk apa? Tapi bila tengok mata tu
terkenyit-kenyit memberi hint. Amril mula faham sendiri. Kejap lagi dia
selongkar apa masalahnya.
“Suami
datang tuh, salamlah...”
Terkedu
Naira menyambut arahan Qiuzi. Oh damn!
Mamat ni memang tahu sesuatu ke?
“Erk..
bang... saya pakai ubat ni. Salam kejap lagi ya? Erk..”
Mariam
yang baru muncul sambil mendukung Dewi itu pun naik terkejut melihat drama
depan mata dia sekarang.
Dewi
mula dihulur pada Amril.
“Hmm..
rindunya daddy dekat Dewi...” Amril mencium wajah Dewi. Melepas rindu yang tak
sudah.
Naira senyum melihat kasih sayang Amril yang
tak berbelah bahagi pada Dewi. Pabila dialihkan pandangan, anak mata terhenti
di wajah Qiuzi. Mata itu jugak sedang memandang dirinya.
“Naira
buat air dekat abang ya!” Terus dia tarik Mariam ke dapur.
“Weh,
kau ni betullah cari masalah...” Sambil mengacau air, Mariam membebel. Otak
Naira ni tahap apa entah? Fikir tapi tak ada fungsi. Apa kes mengaku Amril
suami dia?
“Masalah
apa? Aku cuba selesaikan masalah. Kau faham tak aku tak nak rapat sangat dengan
Qiu tuh! Dia tu baik.. aku ni kejam! Nanti kalau dia dengan aku, hati dia boleh
rabak tau!”
Mariam
pandang tak puas hati.
“Aku
tak faham perempuan macam kau. Lelaki baik tak mahu! Yang menyakitkan hati
macam si Amril jugak yang kau nak sebat?”
“Siapa
cakap aku nak dia?” nada suara dah naik satu oktaf.
“Yang
korang berdua ni kenapa? Terpekik terlolong dekat dapur!” Muncul Puan Kamsah
dari pintu belakang. Apa bendalah anak-anak dara zaman sekarang. Berbual macam
nak suruh jiran sebelah tumpang dengar sama.
Mariam
sengih.
Naira
garu kepala.
“Ada
tetamu ke?” Leher dah meninggi duk mengintai ke depan. Macam terdengar-dengar
orang berbual.
“Amril!”
Serentak Mariam dan Naira bersuara. Oh, janganlah mamat tu bocorkan rahsia dia
pulak! Cepat je Naira ikut Mariam yang naik ke atas sambil menatang dulang
minuman.
“Minum
bang...Maaf, tangan sakit jadi Yam tolong buatkan.” Kekok gila nak bahasakan
Amril abang.
Again? Qiuzi tak lepas dari memandang
dia.
“So,
kau kerja ke belajar lagi?” Tanya Qiuzi tenang.
“Belajar
lagi.” Jawab Amril tak fikir panjang.
“Oh...
jadi suami dan isteri sama-sama belajar? Hmm.. bagus!”
Amril
pandang Naira. Naira toleh ke arah Mariam. Mariam terus melarikan anak mata ke
arah Qiuzi. Hanya Qiuzi yang masih
beriak tenang.
“So...
kita gerak teruslah.” Amril dah mula rasa tak selesa. Dari tadi si Qiuzi ni
tembak dia dengan soalan bermacam-macam rupa. Dari gayanya dia dapat agak Qiuzi
ada hati pada Naira.
Minah
tu pun satu hal. Orang dah suka tu nak jual mahal pulak! Rembat jelah.
“Tak
tahu pulak ada tamu...” Ibu si Mariam mencelah perbualan mereka.
“Suami
Naira datang mak ngah..” Qiuzi dengan rela hati memperkenalkan Amril pada ibu
saudaranya itu.
Nampak air muka Puan Kamsah
sedikit berubah. “Suami Naira?”
Mariam
dah tak tahu nak buat lagu mana. Qiuzi ni pun satu hal. Janganlah nampak
sangat!
“Aah...
Amril datang dari KL, nak jemput Naira balik. Kau datang sini naik apa Ril?”
Tanya Mariam ubah topik. Rumah emaknya ini dah rasa berbahang. Kejap lagi, dah
jadi satu kerja nak terangkan pada si emak.
“Datang
naik bas ke sini. Lepas tu aku ambik teksi ke rumah kau ni.”
“Kenapa
tak datang kenduri hari tu?” Puan Kamsah yang masih blur-blur itu masih nak
buat perangai ramah.
“Ada
hal mak cik. Ini pun datang sebab tangan Naira melecur. Kesian pulak dia nak drive jauh-jauh.” Jelas Amril lembut.
“Oh...
tulah. Si Qiuzi ni pun nak balik KL jugak. Ingatkan nak suruh dia tolong
drive.” Mariam tepuk dahi sendiri. Rajinnya mulut si emak membocorkan rahsia.
Amril
kerling sedikit ke arah Qiuzi. “Tak apalah mak cik. Buat susah-susah je. Ni
saya dah datang, tak payah susahkan sesiapa lagi.”
Banyak
yang dia kena korek dari Naira sekejap lagi. Amboi, bukan main lagi dekat
kampung ya?
“Baik
korang gerak sekarang. Karang jem pulak.” Cadang Mariam. Nak menyelamatkan
keadaan yang dah macam kapal pecah nih. Mujurlah yang lain keluar menonton
wayang. Nak ‘pau’ abang ipar baru katanya. Kalau tak, lagi haru tengok wayang
kat rumah nih!
Naira
bersalam dengan seisi rumah yang ada. Didekati Qiuzi yang berdiri betul-betul
di sebelah pintu.
“Terima
kasih Qiu...”
Lama
Qiuzi pandang wajah Naira yang dah menunduk tuh.
“Awak
tahu kan yang saya tak terima kasih
isteri orang? Tapi kali ni... saya rasa nak terima kasih awak. So, sama-sama...”
Naira
ketap bibir. Nampak gayanya memang si Qiuzi ni dah tahu. Sebab kalut sangat
tadi sampai tak sempat nak tanya Mariam. Tak apa, kejap lagi dia telefon
Mariam. Nak kena dia nih!
Naira
melangkah setapak.
“Eh
kejap..” Tahan Qiuzi. “Hmm..boleh pulak awak bersalam ya walau tangan awak sapu
ubat? Suami awak tadi tak pulak?” Pyscho Qiuzi lagi.
Naira
ketap bibir. Tuhan, harap-harap inilah kali terakhir dia bertemu dengan Qiuzi.
Sebab lepas ni, belum tentu lagi dia boleh nak berlakon bagai.
“Saya
balik dulu.” Terus Naira memakai kasutnya. Sikit pun dia tidak memandang
kebelakang lagi.
Qiuzi
hanya mampu memandang. Memandang kelibat kereta yang sudah hilang dari
pandangan.
“Kau
nak balik bila?” Soalan orang belakang tu Qiuzi jawab dengan mengangkat bahu.
Serius dia pun tak tahu. Penat sangatlah melayan drama hari ni. Padahal kena
balik jugak hari ini sebab esok dah kerja. Cuti dah habis.
“Kau
okay tak?”
“Okay.”
“Qiuuu...”
Nada sepuluh harakat dah keluar. Muka simpati dah turn on.
“Kau
dah kenapa?”
Mariam
garu dahi. “Aku serba salah lah...”
“Hmm..
dia dah tahu ke yang aku dah tahu?”
Mariam
menggeleng. “Belum... tapi mungkin dia boleh agak yang kau dah tahu. Kau pun,
tak bertapis-tapis. Gelabah minah tuh.”
Diam.
Mariam
dah berkira-kira nak angkat kaki. Tetiba Qiuzi layang soalan. “Siapa lelaki
tu?” Walaupun dia tak nampak scene mesra-mesra antara Amril dan Naira. Tapi dia
dapat rasa aura Amril di hati Naira.
“Erk....”
“Cuba
kau cerita satu-satu kat aku. Kau ni nak suruh aku mengurat dia tapi duk main
rahsia-rahsia tentang dia. Pening tahu tak?”
Dia
tahu Naira bukan isteri orang sebab si ibunya sibuk kenenkan dia dengan Naira. Sampai
terbocor rahsia minah tuh. “Qiu, ibu berkenan sangat dengan Naira tu. Qiu tak
mahu ke jadikan dia menantu ibu?” Masa itu dia baru lepas balik dari klinik.
“Ibu
ni... Bini orang tuh!”
Terus
si ibu beliakkan mata. “Hei, dia bukan isteri oranglah.”
“Dah
tu janda ke?” Soalan ni kira relevanlah jugak kan. Kot Naira janda, itu yang
sibuk nak larikan diri dari dia.
“Ish..
ke situ pulak kamu ni. Dia bukan janda dan bukan isteri orang.”
Masa
ni tuhan je yang tahu betapa berbunganya si hati. “Habis tu Dewi?”
“Dewi
tu anak angkat dia. Dia ambil anak kawan dia jadi anak angkat. Kebetulan ibu
Dewi tu dah meninggal.”
“Susahlah
Qiu... aku dah janji dengan dia.” Suara Mariam kembali mengejutkan Qiuzi dari
lamunan.
Qiuzi
hela nafas lagi. Dah rasa berat macam pikul kayu balak. “Kalau macam tu senang
kita nak end up cerita..” Dia dah
mula meninggalkan Mariam.
“Eh,
janganlah macam gitu...” Tengelam semua angannya nanti nak tengok Naira
bahagia. Dia dah pasti sangat yang Qiuzi je layak nak bahagian Naira.
“Dah
tu susah sangat kau nak bagi kerjasama.” Nak tarik muncung macam tak sesuai
jadi dia gunalah taktik tarik tali ni. Mujur berkesan.
“Okay...
apa yang kau nak tahu?”
“First... aku nak tahu siapa lelaki tu
dalam hidup Naira?” Dia kena tahu dengan siapa dia bersaing sekarang.
Mariam
pandang ke luar rumah. Mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab soalan
mudah Qiuzi itu.
“Amril tu.... first crush Naira.”
“Oh....”
Nampak gayanya semuanya kelihatan tak mudah. Sungguh. Tak mudah.
***
Untuk menghilangkan suasana kekok
yang mencengkam, Naira turn on CD.
Boleh jugak menemani perjalanan derang. Tapi
laju je orang sebelah turn off.
“Aku
tak suka dengar lagu.”
“Lorh...
bosannya hidup kau!” komen Naira spontan.
“Aku
dah biasa hidup dengan ditemani kebosanan.” Mata Amril masih fokus membelah
jalan.
“Pasanglah
perlahan pun... Nanti kau sunyi. Mengantuk pulak nanti.” Tangan gatal lagi
tekan punat on. Tapi seperti tadi, ditutup oleh Amril.
“Tangan
kau tu walau melecur, tetap tak duduk diam kan? Apa guna kau kat sebelah?
Jangan mengada nak tidur. Penat aku turun dari KL ni. Jadi sila hargai sikit
susah payah aku.”
Naira
mencebik. Menyampah pulak dengar statement
tu. Macamlah dia mintak diambil.
“Aku
tak suruh pun kan?”
“Memanglah...
tapi sampai-sampai je rumah Yam, terus kena jadi suami express. Apa kes?”
Haih..
ini yang dia malas ni. Eh kejap... “Eh, macam mana kau boleh sampai rumah Yam?
Mana kau tahu alamat?”
Amril sengih. “FB lah...”
“FB? Sejak bila Yam ada share
alamat dekat FB?”
“Bukanlah... kan ke kakak dia
ada tagged dekat dia kad kahwin. Aku ambil alamat dari situlah. Okay, tak
payahlah nak kagum sangat dengan tahap pemikiran aku nih.” Sempat lagi dia
mengadun rasa perasan.
Naira mencebik lagi. Dah naik
lift dan tekan button menyampah.
“Hah,
kau jangan nak lari topik. Sekarang cerita apa kes tadi? Kau patutnya bersyukur
yang aku tak bocorkan rahsia ya!”
“Terima kasih atas pertolongan
kau tadi. Tapi kita end up cerita kat
sini jelah.”
“Jangan
nak mengelat! Cerita kat aku sekarang. Siapa mamat tuh! Jangan cakap yang mamat
tu nak mengurat kaulah.” Soal Amril dengan sengih senget.
Naira
buang pandang ke luar tingkat. Tahu tak senyuman tu yang dia paling menyampah
pasal Amril. Sebab senyuman tu sangat menjengkelkan! Tapi dulu.. senyuman
itulah yang memikat dan mengikat hatinya.
“Serius
ke dia nak mengurat kau? Huish.. apa cermin dekat rumah dia retak ke apa? Tak
ada taste betul.” Sekali lagi Amril ketawakan Naira.
Tak
tahu kenapa? Kali ini Naira benar-benat ambik hati dengan kata-kata Amril itu.
Buruk sangat ke dia?
Teruk sangat ke?
Hina sangat ke?
Patutnya dia mengaku je
siap-siap pada Qiuzi yang dia sebenarnya bukan isteri orang. Mungkin jugak ini balasan sebab
permainkan hati orang. Padan muka kau Naira! Tuhan balas cash.
Melihatkan
gadis di sebelah yang diam tak berkutik. Amril mula senyum simpul. “Orang dah
nak, janganlah mengada nak tolak. Bukan senang seseorang nak sayang dan sukakan
kita.”
Kali
ini giliran Naira pula yang senyum senget.
“Kenapa
kau tak guna ayat tu dan kaji selidik diri kau sendiri Ril?” Paku buah keras
dipulangkan.
“Kenapa
aku pulak?”
“Ialah..
kenapa tak kau pupuk dan belai jiwa kau supaya sayangkan aku dulu? Kenapa?
Sebab tak boleh kan? Sebab perasaan tu tak boleh dituai macam gitu je. Dah
lumrah perasaan tu tak boleh dipaksa!”
Dewi
yang berada di pangkuan pun ikut turut merengek. Mungkin tak selesa mendengar
mummy dan daddynya bertekak.
“Malaslah
aku cakap dengan kau. Aku pusing lain, kau kona ikut lain.” Inilah masalah
cakap dengan perempuan ni. Emosi mesti duduk paling depan.
“Aku
pun tak hingin nak cakap dengan kau!”
Akhirnya
dua-dua diam.
Berhenti
solat dan makan. Dua-dua pun tak bercakap. Kalau bercakap pun, hal mengenai
Dewi. Dewi lapar. Dewi menangis. Dewi nak menukar lampin.
Betullah,
antara mereka berdua... yang ada cuna Dewi Ilyani. Nak jadi kawan memang susah.
Nak jadi laki bini, itu lagi kronik!
Tapi
masa makan tadi ringan jugak mulut Amril bertanya bila melihat Naira
terkial-kial menggunakan sudu itu.
“Boleh
makan tak?”
“Kalau
tak boleh kenapa? Kau nak suap ke?”
“Kau
nak ke?”
Naira
sekadar mendengus. Amril ni memang suka balas soalan dia dengan soalan!
Nak
ditragiskan lagi cerita, lepas sahaja tol Gombak, kereta swift Dewi tiba-tiba
buat hal.
Dah
kereta ni kenapa? Saje je nak mengada. Bukan dia tak tahu yang mereka berdua ni
tengah ada krisis.
Amril sedang berdiri dihadapan bonet kereta.
Memerhatikan kompenan enjin.
“Apa
masalah?”
“Bateri
kot.. entah. Aku pun tak pasti. Bila last kau servis kereta kau?” Amril
bercakap nak-tak-nak.
Naira
angkat bahu. “Rasanya sebelum aku balik JB.”
Terbeliak
mata Amril. Maknanya hampir lima bulan yang lepas. Tak ada lagi lama ke? Ini
yang susah pasal perempuan ni. Padan pakai je jaga tak tahu. Ringan je mulut
nak membebel tapi ditahan. Jangan ditambah perisa pada pergaduhan mereka tadi.
“Aku
telefon mekanik suruh settle problem
ni.” Mujur dah sampai gombak. Kalau dekat highway, tak ke jadi kerja lain?
Hampir
setengah jam menunggu, seorang lelaki cina datang mengenal pasti keadaan
kereta.
“Teruk
woo... kena bawak masuk bengkel.”
Darah
dah rasa macam naik ke kepala. Dia terus angguk. Apa-apa ajelah. Dia cuma nak
balik rehat sebab hari ni terasa begitu panjang.
“Ril,
aku balik ambik teksi jelah.” Serius, dia penat sangat hari ni.
“Jangan
nak mengada. Tunggu kejap. Daus on the
way. Aku hantar kau ke rumah.”
Marah-marah pun, perangai ‘take care’ Amril tetap tak hilang. Marah
tolak tepi yang penting keselamatan Naira dan Dewi terjamin.
“Balik
ni mandi.. rehat... tidur...” Arah Amril semasa menghantar Naira di depan
rumahnya. Lega juga dibuatnya. Nasib baik dia tergerak hati nak ke Kuantan
menjemput Naira. Kalau buat kereta Naira rosak kat tepi jalan tu, buat risau
dia je.
“Thanks
Ril... Erk... pasal hal tadi...” Tak tahu nak cedok ayat dekat mana.
“Dah
lah... Aku pun tak tahu apa yang aku merapu. Dah, pergi masuk rehat.”
Argghh..
betullah dia ni mamat taufan! Kejap je terus okay.
“Bye
buah hati daddy.... Nasib baik dia tak meragam macam mummy!” Dewi yang berada
di dukungan Naira dicium.
“Meragam
macam mummy? Daddy yang mula dulu okay!” Ni yang nak mula marah semula nih.
“Dah
dah... pergi masuk.” Karang ada jugak derang bergaduh lagi!
Naira
dan Amril. Umpama bulan dan matarahi. Dua adunan yang jika digaul, tak akan
pernah sebati.
***
Alamat
yang diberi oleh Amril itu disebutkan kepada pak cik teksi. Dia hendak melihat
keadaan keretanya sendiri. Apalah yang masalah sangat? Dewi pula awal-awal lagi
dihantar ke rumah pengasuh.
“Apek...
semalam ada tak kereta Swift masuk?” Tanya Naira pabila sampai ke bengkel.
Takut jugak kalau tersalah bengkel.
“Oh...
itu Swift ya.. ada..ada... ikut wa...”
Naira
mengikut apek itu ke bahagian belakang bengkel.
“Ini
kan?” Tanya apek sambil merujuk Swiss biru kepunyaannya.
“Haaa...
inilah. Apa masalah?”
“Kejap
ya.... wa tanya itu olang yang baiki...” Apek itu kemudian mencangkung di
sebelah kereta Naira. Barulah Naira perasan yang ada seseorang yang sedang
terbaring di bawah keretanya.
Seorang
lelaki mula keluar dari bawah kereta.
“Masalah
kereta ni ialah tuan kereta nih...” Lambat-lambat dia angkat muka.
Terjatuh
rahang Naira! Oh-eemm-geeee.
Tangan
yang kotor dilap. “Saya tak percaya dengan takdir yang disengajakan atau
kebetulan yang ditakdirkan. Tapi saya percaya aturan Allah itu memang sempurna
sangat.” Ulas Qiuzi dengan senyuman yang tak lepas.
“Panjang
lagi rupanya jodoh kita kan?” Qiuzi kenyit mata.
Naira
pula....dah mula ada simpton-simpton nak pengsan.
p/s: memanglah entry saya seminggu sekali.. tp panjang wooo... satu bab dlm 15 page jugak.. heh.. so... tinggal 3 bab lagi sebelum habis di belogg... doakan moga BAM dipermudahkan ke versi cetak kehh... nway njoy n do komen keh.. =)
cair tak nak beku :3 oh qiuzi...bakpe mu nampak hengseng di mataku? oh amril, kau memang kayu -.-
ReplyDeletehahaha.. ko jangan nak poyooo sangatlah najwa wehhhh..
Deleteamril tetap di hatiiiii
Deletehahaha. omg! mintak2 berjodoh la korang qiuzi n naira.haha
ReplyDeletekot2 mulut qiuzi masin kan.. hehe
DeleteMmg berjodoh Qiuzi dan naira 😍😍😍😍😍
ReplyDelete-sj sab)
hahaha.. penyokong tegar qiuzi nih
DeleteAbg Qiuzi chayok!!
ReplyDeleteuntuk amril xda ke? heh
DeleteKalau dah jodoh..
ReplyDeleteXkemana...
kannnn... buat apa nak dikejar kejar.. hehe
DeleteDalam tak sependapat amril dan naira macam berjodoh....dalam naira lari dari qiuzi takdir teap menemukan mereka...naknpilih yang mana ya...aminnn moga bam berjaya ke edisi cetak
ReplyDeleteamin amin.. tq ida... tq so muchh..
Deletenape la si amril ni sgt brbisa kata2nya...huhuhu...
ReplyDeleteheh.. dia mmg diciptakan begitu rupaaa
DeleteOh...qiuzi nape la sweet sgt,hahaha...hope cite ni dbukukan
ReplyDeletetq cik anon.. next time tulis nama keh..
Deletekezen....swift tu kasi servis sume r
ReplyDeletemounting,kompresor aircond,minyak itam,kaburetor,alternator,ATF
Gear box,bateri...weee...kasi jgn mengade meragam memlm buta ngan amril lg....muahahahaah
hahaha.. ambik kau.. semua komponen dia tulis.. punyalah x mahu naira ngan amril yaa.. ptutnya kena sokmo rosak.. bru ada qiu blh jumpa naira.. hehe
Deletesenyum tak perlu kata apa2..hanya menunggu versi cetak sebab dah tak tahu nak pilih antara amril or quizi..naira buat istikharah la ya :)
ReplyDeletekak chah... lmbat lg ke versi cetak tuh.. ngeeee
Deletesara.. x kira.. sy nk qiuzi jugakkk.. amril x best ah.. nnti sure asyik makan hati berulamkan jantung... hehe
ReplyDeletengeee... ni kira ugutan ke apa? haha
DeleteQuizi - ulat bulu dah naik daunnn...
ReplyDeletengee.. biasa dia nih.. marah sikit ke qiu tuh
DeleteSara.. make it 15 la before stop! :-D
ReplyDeleteSiapa pun dia semalam tidak sepenting siapa dia untuk kita esok dan masa mendatang.
Amril, sempurna dia matamu tidak semesti itu yang sebenarnya. Apalah tara darjat andai itu tidak membahagiakan.
Qiu, DIA lorong kan pertemuan demi pertemuan untuk sebuah hakikat yang perlu diyakini.
Naira, cinta tu dari hati takkan mampu menipu yang berdetak di dalam tubuhmu.
~Sara, all the best! Just be yourself~
kak rozie...kalu smpai bab 15.. mahu cecah 400 page tuh.. nnti x puas bc versi cetak.. hehe.. sbb sy nk buat dlm 500 page jehh.. biar ringkas tp padat..
Deletenway.. komen akak slalu berbekas di hati sy.. =)
Syukur kerana tahu siapa pengomen Sara... :-D
DeleteMaaf tak pernah nk meminta lebih. 500 sahaja? Bermakna tiada konflik yang memakan rasa. Ringkas tp padat? Nampak tu. Maaf jua andai bekas di hati itu menggugat penumpuan penulis. Tqvm!
Oooo emmm geeeee!!!! Bukan Naira je yg nak pengsan... akak pon samer gak... huhuhu
ReplyDeleteTapikan.. kenapa cam sikit jerh novel nih? Panjang2 lah sikit.. sampak epi 25 ke.. hik hik hik
Anyways, amiin3... semoga urusan BAM dipermudahkan! ;D
ArandaAzima
uish sabor.. jangan pengsan dulu kehh.. akak, ni smbungan dari cerpen bagaikan langit memeluk bintang.. cerpen tu pun dah 157 page.. tp smpai bab 11 nnti dah 300 page.. rasanya dah cukup kot..
DeleteGo go Qiuzi !! I like Uuuu ...
ReplyDeleteAmboi Qiuzi dpt tau Naira bkn isteri org terus keluar sweet2 talker.. Hahaha..
ReplyDelete-yiyid-
Nak amril. Sebab suwitt sangat dia ngan naira :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteangkat balik banner for Qiuzi!!! hahahahah
ReplyDeleteMacam berjodoh dengn qiu je naira ni... habes la amril
ReplyDelete