Sunday 29 December 2013

BIAR AKU MENCINTAIMU [8]


Kepala yang pening dipicit perlahan. Apa ke rumit sangat jadual perjalanan hidupnya ini? Plot dah macam cerita hindustan pun ada. Hei, ingat dia tu Rahul ke yang tiba-tiba muncul di kampung Simran?
            “Kau ada bagi alamat kau dekat Ril ke?”
            “Eh aku pulak. Manalah pernah bagi.”
            Dua orang sahabat sedang mengalami sindrom pening kepala dek kemunculan Amril yang datang secara tiba-tiba.
            “Habis tu mana dia tahu rumah kau?” Tanya Naira pelik.
            “Manalah aku tahu. Bukan kau  ke yang bagi?” Soalan berbalas soalan.
            “Apa pulak aku nak bagitahu kalau aku pun tak tahu alamat rumah kau nih! Lagipun dia pun tak cakap nak datang sini.”
            Mariam mendengus. Habis tergendala plan dia nak suruh Qiuzi drive kereta Naira. “Kau pun kenapa tiba-tiba buat drama?” Peha si kawan ditepuk kuat. Haih, sakit pulak hati dia.
            “Drama apa?”
            “Drama tadilah...”
            Naira flashback balik apa yang jadi kurang sepuluh minit yang lalu.
            “Aaa..paaa... aaa... bang.. buat kat... sini?”
            Qiuzi pandang Naira. Naira pandang Amril. Amril pulak memandang mereka berdua dengan dahi berlapis.
            “Saje datang buat surprise!” Nama panggilan itu pun dah buat dia pelik.
            “Kenalkan.... Qiu, ini Amril...Su...aaa..miiii... saya.”
            Air muka Qiuzi terus berubah tiga ratus enam puluh darjah. Lengan di bawa rapat ke tubuh. Suami?
            Sebab dia tengok penyakit baik hati Qiuzi pada dia dah berada di tahap kanser kronik. Jadi terpaksalah buat drama dan menjadikan Amril mangsa tak bertauliah.
            Amril melopong. Dah Naira ni kena sampuk apa? Tapi bila tengok mata tu terkenyit-kenyit memberi hint. Amril mula faham sendiri. Kejap lagi dia selongkar apa masalahnya.
            “Suami datang tuh, salamlah...”
            Terkedu Naira menyambut arahan Qiuzi. Oh damn! Mamat ni memang tahu sesuatu ke?
            “Erk.. bang... saya pakai ubat ni. Salam kejap lagi ya? Erk..”
            Mariam yang baru muncul sambil mendukung Dewi itu pun naik terkejut melihat drama depan mata dia sekarang.
            Dewi mula dihulur pada Amril.
            “Hmm.. rindunya daddy dekat Dewi...” Amril mencium wajah Dewi. Melepas rindu yang tak sudah.
             Naira senyum melihat kasih sayang Amril yang tak berbelah bahagi pada Dewi. Pabila dialihkan pandangan, anak mata terhenti di wajah Qiuzi. Mata itu jugak sedang memandang dirinya.
            “Naira buat air dekat abang ya!” Terus dia tarik Mariam ke dapur.
            “Weh, kau ni betullah cari masalah...” Sambil mengacau air, Mariam membebel. Otak Naira ni tahap apa entah? Fikir tapi tak ada fungsi. Apa kes mengaku Amril suami dia?
            “Masalah apa? Aku cuba selesaikan masalah. Kau faham tak aku tak nak rapat sangat dengan Qiu tuh! Dia tu baik.. aku ni kejam! Nanti kalau dia dengan aku, hati dia boleh rabak tau!”
            Mariam pandang tak puas hati.
            “Aku tak faham perempuan macam kau. Lelaki baik tak mahu! Yang menyakitkan hati macam si Amril jugak yang kau nak sebat?”
            “Siapa cakap aku nak dia?” nada suara dah naik satu oktaf.
            “Yang korang berdua ni kenapa? Terpekik terlolong dekat dapur!” Muncul Puan Kamsah dari pintu belakang. Apa bendalah anak-anak dara zaman sekarang. Berbual macam nak suruh jiran sebelah tumpang dengar sama.
            Mariam sengih.
            Naira garu kepala.
            “Ada tetamu ke?” Leher dah meninggi duk mengintai ke depan. Macam terdengar-dengar orang berbual.
            “Amril!” Serentak Mariam dan Naira bersuara. Oh, janganlah mamat tu bocorkan rahsia dia pulak! Cepat je Naira ikut Mariam yang naik ke atas sambil menatang dulang minuman.
            “Minum bang...Maaf, tangan sakit jadi Yam tolong buatkan.” Kekok gila nak bahasakan Amril abang.
            Again? Qiuzi tak lepas dari memandang dia.
            “So, kau kerja ke belajar lagi?” Tanya Qiuzi tenang.
            “Belajar lagi.” Jawab Amril tak fikir panjang.
            “Oh... jadi suami dan isteri sama-sama belajar? Hmm.. bagus!”
            Amril pandang Naira. Naira toleh ke arah Mariam. Mariam terus melarikan anak mata ke arah Qiuzi. Hanya Qiuzi  yang masih beriak tenang.
            “So... kita gerak teruslah.” Amril dah mula rasa tak selesa. Dari tadi si Qiuzi ni tembak dia dengan soalan bermacam-macam rupa. Dari gayanya dia dapat agak Qiuzi ada hati pada Naira.
            Minah tu pun satu hal. Orang dah suka tu nak jual mahal pulak! Rembat jelah.
            “Tak tahu pulak ada tamu...” Ibu si Mariam mencelah perbualan mereka.
            “Suami Naira datang mak ngah..” Qiuzi dengan rela hati memperkenalkan Amril pada ibu saudaranya itu.
Nampak air muka Puan Kamsah sedikit berubah. “Suami Naira?”
            Mariam dah tak tahu nak buat lagu mana. Qiuzi ni pun satu hal. Janganlah nampak sangat!
            “Aah... Amril datang dari KL, nak jemput Naira balik. Kau datang sini naik apa Ril?” Tanya Mariam ubah topik. Rumah emaknya ini dah rasa berbahang. Kejap lagi, dah jadi satu kerja nak terangkan pada si emak.
            “Datang naik bas ke sini. Lepas tu aku ambik teksi ke rumah kau ni.”
            “Kenapa tak datang kenduri hari tu?” Puan Kamsah yang masih blur-blur itu masih nak buat perangai ramah.
            “Ada hal mak cik. Ini pun datang sebab tangan Naira melecur. Kesian pulak dia nak drive jauh-jauh.” Jelas Amril lembut.
            “Oh... tulah. Si Qiuzi ni pun nak balik KL jugak. Ingatkan nak suruh dia tolong drive.” Mariam tepuk dahi sendiri. Rajinnya mulut si emak membocorkan rahsia.
            Amril kerling sedikit ke arah Qiuzi. “Tak apalah mak cik. Buat susah-susah je. Ni saya dah datang, tak payah susahkan sesiapa lagi.”
            Banyak yang dia kena korek dari Naira sekejap lagi. Amboi, bukan main lagi dekat kampung ya?
            “Baik korang gerak sekarang. Karang jem pulak.” Cadang Mariam. Nak menyelamatkan keadaan yang dah macam kapal pecah nih. Mujurlah yang lain keluar menonton wayang. Nak ‘pau’ abang ipar baru katanya. Kalau tak, lagi haru tengok wayang kat rumah nih!
            Naira bersalam dengan seisi rumah yang ada. Didekati Qiuzi yang berdiri betul-betul di sebelah pintu.
            “Terima kasih Qiu...”
            Lama Qiuzi pandang wajah Naira yang dah menunduk tuh.
            “Awak tahu  kan yang saya tak terima kasih isteri orang? Tapi kali ni... saya rasa nak terima kasih awak. So, sama-sama...”
            Naira ketap bibir. Nampak gayanya memang si Qiuzi ni dah tahu. Sebab kalut sangat tadi sampai tak sempat nak tanya Mariam. Tak apa, kejap lagi dia telefon Mariam. Nak kena dia nih!
            Naira melangkah setapak.
            “Eh kejap..” Tahan Qiuzi. “Hmm..boleh pulak awak bersalam ya walau tangan awak sapu ubat? Suami awak tadi tak pulak?” Pyscho Qiuzi lagi.
            Naira ketap bibir. Tuhan, harap-harap inilah kali terakhir dia bertemu dengan Qiuzi. Sebab lepas ni, belum tentu lagi dia boleh nak berlakon bagai.
            “Saya balik dulu.” Terus Naira memakai kasutnya. Sikit pun dia tidak memandang kebelakang lagi.
            Qiuzi hanya mampu memandang. Memandang kelibat kereta yang sudah hilang dari pandangan.
            “Kau nak balik bila?” Soalan orang belakang tu Qiuzi jawab dengan mengangkat bahu. Serius dia pun tak tahu. Penat sangatlah melayan drama hari ni. Padahal kena balik jugak hari ini sebab esok dah kerja. Cuti dah habis.
            “Kau okay tak?”
            “Okay.”
            “Qiuuu...” Nada sepuluh harakat dah keluar. Muka simpati dah turn on.
            “Kau dah kenapa?”
            Mariam garu dahi. “Aku serba salah lah...”
            “Hmm.. dia dah tahu ke yang aku dah tahu?”
            Mariam menggeleng. “Belum... tapi mungkin dia boleh agak yang kau dah tahu. Kau pun, tak bertapis-tapis. Gelabah minah tuh.”
            Diam.
            Mariam dah berkira-kira nak angkat kaki. Tetiba Qiuzi layang soalan. “Siapa lelaki tu?” Walaupun dia tak nampak scene mesra-mesra antara Amril dan Naira. Tapi dia dapat rasa aura Amril di hati Naira.
            “Erk....”
            “Cuba kau cerita satu-satu kat aku. Kau ni nak suruh aku mengurat dia tapi duk main rahsia-rahsia tentang dia. Pening tahu tak?”
            Dia tahu Naira bukan isteri orang sebab si ibunya sibuk kenenkan dia dengan Naira. Sampai terbocor rahsia minah tuh. “Qiu, ibu berkenan sangat dengan Naira tu. Qiu tak mahu ke jadikan dia menantu ibu?” Masa itu dia baru lepas balik dari klinik.
            “Ibu ni... Bini orang tuh!”
            Terus si ibu beliakkan mata. “Hei, dia bukan isteri oranglah.”
            “Dah tu janda ke?” Soalan ni kira relevanlah jugak kan. Kot Naira janda, itu yang sibuk nak larikan diri dari dia.
            “Ish.. ke situ pulak kamu ni. Dia bukan janda dan bukan isteri orang.”
            Masa ni tuhan je yang tahu betapa berbunganya si hati. “Habis tu Dewi?”
            “Dewi tu anak angkat dia. Dia ambil anak kawan dia jadi anak angkat. Kebetulan ibu Dewi tu dah meninggal.”
            “Susahlah Qiu... aku dah janji dengan dia.” Suara Mariam kembali mengejutkan Qiuzi dari lamunan.
            Qiuzi hela nafas lagi. Dah rasa berat macam pikul kayu balak. “Kalau macam tu senang kita nak end up cerita..” Dia dah mula meninggalkan Mariam.
            “Eh, janganlah macam gitu...” Tengelam semua angannya nanti nak tengok Naira bahagia. Dia dah pasti sangat yang Qiuzi je layak nak  bahagian Naira.
            “Dah tu susah sangat kau nak bagi kerjasama.” Nak tarik muncung macam tak sesuai jadi dia gunalah taktik tarik tali ni. Mujur berkesan.
            “Okay... apa yang kau nak tahu?”
            “First... aku nak tahu siapa lelaki tu dalam hidup Naira?” Dia kena tahu dengan siapa dia bersaing sekarang.
            Mariam pandang ke luar rumah. Mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab soalan mudah Qiuzi itu.
“Amril tu.... first crush Naira.”
            “Oh....” Nampak gayanya semuanya kelihatan tak mudah. Sungguh. Tak mudah.
***
            Untuk menghilangkan suasana kekok yang mencengkam, Naira turn on CD. Boleh jugak menemani perjalanan derang.       Tapi laju je orang sebelah turn off.
            “Aku tak suka dengar lagu.”
            “Lorh... bosannya hidup kau!” komen Naira spontan.
            “Aku dah biasa hidup dengan ditemani kebosanan.” Mata Amril masih fokus membelah jalan.
            “Pasanglah perlahan pun... Nanti kau sunyi. Mengantuk pulak nanti.” Tangan gatal lagi tekan punat on. Tapi seperti tadi, ditutup oleh Amril.
            “Tangan kau tu walau melecur, tetap tak duduk diam kan? Apa guna kau kat sebelah? Jangan mengada nak tidur. Penat aku turun dari KL ni. Jadi sila hargai sikit susah payah aku.”
            Naira mencebik. Menyampah pulak dengar statement tu. Macamlah dia mintak diambil.
            “Aku tak suruh pun kan?”
            “Memanglah... tapi sampai-sampai je rumah Yam, terus kena jadi suami express. Apa kes?”
            Haih.. ini yang dia malas ni. Eh kejap... “Eh, macam mana kau boleh sampai rumah Yam? Mana kau tahu alamat?”
Amril sengih. “FB lah...”
“FB? Sejak bila Yam ada share alamat dekat FB?”
“Bukanlah... kan ke kakak dia ada tagged dekat dia kad kahwin. Aku ambil alamat dari situlah. Okay, tak payahlah nak kagum sangat dengan tahap pemikiran aku nih.” Sempat lagi dia mengadun rasa perasan.
Naira mencebik lagi. Dah naik lift dan tekan button menyampah.
            “Hah, kau jangan nak lari topik. Sekarang cerita apa kes tadi? Kau patutnya bersyukur yang aku tak bocorkan rahsia ya!”
“Terima kasih atas pertolongan kau tadi. Tapi kita end up cerita kat sini jelah.”
            “Jangan nak mengelat! Cerita kat aku sekarang. Siapa mamat tuh! Jangan cakap yang mamat tu nak mengurat kaulah.” Soal Amril dengan sengih senget.
            Naira buang pandang ke luar tingkat. Tahu tak senyuman tu yang dia paling menyampah pasal Amril. Sebab senyuman tu sangat menjengkelkan! Tapi dulu.. senyuman itulah yang memikat dan mengikat hatinya.
            “Serius ke dia nak mengurat kau? Huish.. apa cermin dekat rumah dia retak ke apa? Tak ada taste betul.” Sekali lagi Amril ketawakan Naira.
            Tak tahu kenapa? Kali ini Naira benar-benat ambik hati dengan kata-kata Amril itu.
Buruk sangat ke dia?
Teruk sangat ke?
Hina sangat ke?
Patutnya dia mengaku je siap-siap pada Qiuzi yang dia sebenarnya bukan isteri orang.       Mungkin jugak ini balasan sebab permainkan hati orang. Padan muka kau Naira! Tuhan balas cash.
            Melihatkan gadis di sebelah yang diam tak berkutik. Amril mula senyum simpul. “Orang dah nak, janganlah mengada nak tolak. Bukan senang seseorang nak sayang dan sukakan kita.”
            Kali ini giliran Naira pula yang senyum senget.
            “Kenapa kau tak guna ayat tu dan kaji selidik diri kau sendiri Ril?” Paku buah keras dipulangkan.
            “Kenapa aku pulak?”
            “Ialah.. kenapa tak kau pupuk dan belai jiwa kau supaya sayangkan aku dulu? Kenapa? Sebab tak boleh kan? Sebab perasaan tu tak boleh dituai macam gitu je. Dah lumrah perasaan tu tak boleh dipaksa!”
            Dewi yang berada di pangkuan pun ikut turut merengek. Mungkin tak selesa mendengar mummy dan daddynya bertekak.
            “Malaslah aku cakap dengan kau. Aku pusing lain, kau kona ikut lain.” Inilah masalah cakap dengan perempuan ni. Emosi mesti duduk paling depan.
            “Aku pun tak hingin nak cakap dengan kau!”
            Akhirnya dua-dua diam.
            Berhenti solat dan makan. Dua-dua pun tak bercakap. Kalau bercakap pun, hal mengenai Dewi. Dewi lapar. Dewi menangis. Dewi nak menukar lampin.
            Betullah, antara mereka berdua... yang ada cuna Dewi Ilyani. Nak jadi kawan memang susah. Nak jadi laki bini, itu lagi kronik!
            Tapi masa makan tadi ringan jugak mulut Amril bertanya bila melihat Naira terkial-kial menggunakan sudu itu.
            “Boleh makan tak?”
            “Kalau tak boleh kenapa? Kau nak suap ke?”
            “Kau nak ke?”
            Naira sekadar mendengus. Amril ni memang suka balas soalan dia dengan soalan!
            Nak ditragiskan lagi cerita, lepas sahaja tol Gombak, kereta swift Dewi tiba-tiba buat hal.
            Dah kereta ni kenapa? Saje je nak mengada. Bukan dia tak tahu yang mereka berdua ni tengah ada krisis.
 Amril sedang berdiri dihadapan bonet kereta. Memerhatikan kompenan enjin.
            “Apa masalah?”
            “Bateri kot.. entah. Aku pun tak pasti. Bila last kau servis kereta kau?” Amril bercakap nak-tak-nak.
            Naira angkat bahu. “Rasanya sebelum aku balik JB.”
            Terbeliak mata Amril. Maknanya hampir lima bulan yang lepas. Tak ada lagi lama ke? Ini yang susah pasal perempuan ni. Padan pakai je jaga tak tahu. Ringan je mulut nak membebel tapi ditahan. Jangan ditambah perisa pada pergaduhan mereka tadi.
            “Aku telefon mekanik suruh settle problem ni.” Mujur dah sampai gombak. Kalau dekat highway, tak ke jadi kerja lain?
            Hampir setengah jam menunggu, seorang lelaki cina datang mengenal pasti keadaan kereta.
            “Teruk woo... kena bawak masuk bengkel.”
            Darah dah rasa macam naik ke kepala. Dia terus angguk. Apa-apa ajelah. Dia cuma nak balik rehat sebab hari ni terasa begitu panjang.
            “Ril, aku balik ambik teksi jelah.” Serius, dia penat sangat hari ni.
            “Jangan nak mengada. Tunggu kejap. Daus on the way. Aku hantar kau ke rumah.”
 Marah-marah pun, perangai ‘take care’ Amril tetap tak hilang. Marah tolak tepi yang penting keselamatan Naira dan Dewi terjamin.
            “Balik ni mandi.. rehat... tidur...” Arah Amril semasa menghantar Naira di depan rumahnya. Lega juga dibuatnya. Nasib baik dia tergerak hati nak ke Kuantan menjemput Naira. Kalau buat kereta Naira rosak kat tepi jalan tu, buat risau dia je.
            “Thanks Ril... Erk... pasal hal tadi...” Tak tahu nak cedok ayat dekat mana.
            “Dah lah... Aku pun tak tahu apa yang aku merapu. Dah, pergi masuk rehat.”
            Argghh.. betullah dia ni mamat taufan! Kejap je terus okay.
            “Bye buah hati daddy.... Nasib baik dia tak meragam macam mummy!” Dewi yang berada di dukungan Naira dicium.
            “Meragam macam mummy? Daddy yang mula dulu okay!” Ni yang nak mula marah semula nih.
            “Dah dah... pergi masuk.” Karang ada jugak derang bergaduh lagi!
            Naira dan Amril. Umpama bulan dan matarahi. Dua adunan yang jika digaul, tak akan pernah sebati.
***
            Alamat yang diberi oleh Amril itu disebutkan kepada pak cik teksi. Dia hendak melihat keadaan keretanya sendiri. Apalah yang masalah sangat? Dewi pula awal-awal lagi dihantar ke rumah pengasuh.
            “Apek... semalam ada tak kereta Swift masuk?” Tanya Naira pabila sampai ke bengkel. Takut jugak kalau tersalah bengkel.
            “Oh... itu Swift ya.. ada..ada... ikut wa...”
            Naira mengikut apek itu ke bahagian belakang bengkel.
            “Ini kan?” Tanya apek sambil merujuk Swiss biru kepunyaannya.
            “Haaa... inilah. Apa masalah?”
            “Kejap ya.... wa tanya itu olang yang baiki...” Apek itu kemudian mencangkung di sebelah kereta Naira. Barulah Naira perasan yang ada seseorang yang sedang terbaring di bawah keretanya.
            Seorang lelaki mula keluar dari bawah kereta.
            “Masalah kereta ni ialah tuan kereta nih...” Lambat-lambat dia angkat muka.
            Terjatuh rahang Naira! Oh-eemm-geeee.
            Tangan yang kotor dilap. “Saya tak percaya dengan takdir yang disengajakan atau kebetulan yang ditakdirkan. Tapi saya percaya aturan Allah itu memang sempurna sangat.” Ulas Qiuzi dengan senyuman yang tak lepas.
            “Panjang lagi rupanya jodoh kita kan?” Qiuzi kenyit mata.
            Naira pula....dah mula ada simpton-simpton nak pengsan.
           

 p/s: memanglah entry saya seminggu sekali.. tp panjang wooo... satu bab dlm 15 page jugak.. heh.. so... tinggal 3 bab lagi sebelum habis di belogg... doakan moga BAM dipermudahkan ke versi cetak kehh... nway njoy n do komen keh.. =)

36 comments:

  1. cair tak nak beku :3 oh qiuzi...bakpe mu nampak hengseng di mataku? oh amril, kau memang kayu -.-

    ReplyDelete
  2. hahaha. omg! mintak2 berjodoh la korang qiuzi n naira.haha

    ReplyDelete
  3. Mmg berjodoh Qiuzi dan naira 😍😍😍😍😍

    -sj sab)

    ReplyDelete
  4. Dalam tak sependapat amril dan naira macam berjodoh....dalam naira lari dari qiuzi takdir teap menemukan mereka...naknpilih yang mana ya...aminnn moga bam berjaya ke edisi cetak

    ReplyDelete
  5. nape la si amril ni sgt brbisa kata2nya...huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Oh...qiuzi nape la sweet sgt,hahaha...hope cite ni dbukukan

    ReplyDelete
  7. kezen....swift tu kasi servis sume r
    mounting,kompresor aircond,minyak itam,kaburetor,alternator,ATF
    Gear box,bateri...weee...kasi jgn mengade meragam memlm buta ngan amril lg....muahahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ambik kau.. semua komponen dia tulis.. punyalah x mahu naira ngan amril yaa.. ptutnya kena sokmo rosak.. bru ada qiu blh jumpa naira.. hehe

      Delete
  8. senyum tak perlu kata apa2..hanya menunggu versi cetak sebab dah tak tahu nak pilih antara amril or quizi..naira buat istikharah la ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak chah... lmbat lg ke versi cetak tuh.. ngeeee

      Delete
  9. sara.. x kira.. sy nk qiuzi jugakkk.. amril x best ah.. nnti sure asyik makan hati berulamkan jantung... hehe

    ReplyDelete
  10. Quizi - ulat bulu dah naik daunnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngee.. biasa dia nih.. marah sikit ke qiu tuh

      Delete
  11. Sara.. make it 15 la before stop! :-D
    Siapa pun dia semalam tidak sepenting siapa dia untuk kita esok dan masa mendatang.
    Amril, sempurna dia matamu tidak semesti itu yang sebenarnya. Apalah tara darjat andai itu tidak membahagiakan.
    Qiu, DIA lorong kan pertemuan demi pertemuan untuk sebuah hakikat yang perlu diyakini.
    Naira, cinta tu dari hati takkan mampu menipu yang berdetak di dalam tubuhmu.

    ~Sara, all the best! Just be yourself~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak rozie...kalu smpai bab 15.. mahu cecah 400 page tuh.. nnti x puas bc versi cetak.. hehe.. sbb sy nk buat dlm 500 page jehh.. biar ringkas tp padat..

      nway.. komen akak slalu berbekas di hati sy.. =)

      Delete
    2. Syukur kerana tahu siapa pengomen Sara... :-D
      Maaf tak pernah nk meminta lebih. 500 sahaja? Bermakna tiada konflik yang memakan rasa. Ringkas tp padat? Nampak tu. Maaf jua andai bekas di hati itu menggugat penumpuan penulis. Tqvm!

      Delete
  12. Oooo emmm geeeee!!!! Bukan Naira je yg nak pengsan... akak pon samer gak... huhuhu

    Tapikan.. kenapa cam sikit jerh novel nih? Panjang2 lah sikit.. sampak epi 25 ke.. hik hik hik

    Anyways, amiin3... semoga urusan BAM dipermudahkan! ;D

    ArandaAzima

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish sabor.. jangan pengsan dulu kehh.. akak, ni smbungan dari cerpen bagaikan langit memeluk bintang.. cerpen tu pun dah 157 page.. tp smpai bab 11 nnti dah 300 page.. rasanya dah cukup kot..

      Delete
  13. Go go Qiuzi !! I like Uuuu ...

    ReplyDelete
  14. Amboi Qiuzi dpt tau Naira bkn isteri org terus keluar sweet2 talker.. Hahaha..

    -yiyid-

    ReplyDelete
  15. Nak amril. Sebab suwitt sangat dia ngan naira :)

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. angkat balik banner for Qiuzi!!! hahahahah

    ReplyDelete
  18. Macam berjodoh dengn qiu je naira ni... habes la amril

    ReplyDelete