Senyuman
lelaki dihadapannya itu tak mampu membasuh gelisah hati Naira. Betullah cakap
orang, tak aman hidup orang yang suka ‘menipu’ nih!
“Awak
nak cepat ke? Kalau tak... saya nak belanja awak minum.”
“Erk...”
Naira mula berkira-kira darab bahagi tolak campur di kepala.
“Sorry tapi saya nak cepat.”
Qiuzi
tarik sengih.
“Nak
cepat larikan diri dari saya ke?” Selamba je Qiuzi menembak ayat.
“Erk..”
Argghh.. blur betul!
“Kenapa?
Nak mintak kebenaran Amril? Telefonlah dia? Tak baik belakangkan suami...”
Mulutnya ringan nak buat Naira makin hilang arah.
Tuhan
je tahu. Macam mana tak berkelipnya anak mata saat terpandangkan nombor flat
kereta Suzuki Swift milik Naira ini. Terjatuh beg galasnya. Gamam tak sudah.
Someone said.. “The
positive thinker sees the invisible, feels the intangible and archieves the
imposible..”
Jadi
tak mustahillah kan? Antara dia dan Naira bersatu?
Dia
pun nak tengok kesungguhan Naira. Betul ke masih nak tegakkan yang dia tu
isteri orang? Kalau betul Naira ajak berdrama, dia sungguh-sungguh akan layan
drama tak bertauliah Naira tuh.
Naira
garu kepala. Nak terus menipu, rasa tak sanggup! Nak terus terang, rasa tak
sampai hati. Remuk rasa hati yang berbelah bahagi nih.
“...Ke
awak nak saya tolong telefonkan?” Sampuk Qiuzi lagi.
Naira
mendengus! Pyscho betullah mamat nih!
“Awak
dah tahu kan? Habis tu kenapa nak smash
saya lagi...” Suara yang tertahan-tahan tadi keluar jugak. Tak ada faedah kalau
terus berdrama pun.
Qiuzi
senyum. Pendek. Mengaku pun.
Hei, dia senyum pulak. Tahu tak senyuman
tu boleh buat perempuan kat luar kena potong kaki dan hati. Manis overdos!
“Mana
ada saya smash awak? Lagipun awak bukannya bulu tangkis untuk di smash. Tadi tu reserved psychology lah...”
Mulut
Naira berbentuk O.. Memang dah macam pesakit mental dah aku nih!
“Oh...
jadi awak nak kata saya gila?”
“Saya
tak cakap. Itu awak yang cakap.”
Sejak
bila Qiuzi suka pyscho orang ni. Cukuplah dia kenal seorang je mamat pyscho
macam Amril tuh. Boleh gila kalau kenal ramai sangat hantu pyscho nih!
“Jari
yang melecur dah okay?”
Naira
belek jari jemari sendiri. Okay memanglah okay. Tapi hati yang tak okay. Tak
duduk diam bila berhadapan dengan Qiuzi nih. “Okay.”
Qiuzi
senyum lagi. “Mestilah okay kan sebab saya yang bawak awak pergi klinik.”
Sekali sekala membangga diri, seronok jugak ya?
Naira
mencebik. Konon macam superherolah ya?
“Kan
bagus kalau terus terang dari awal....” Belakang badan disandar ke kereta.
Lengan disilangkan ke badan. Anak mata cuba mencari mata bundar itu.
Ini
pun watak yang Naira tak suka. Watak-watak cool macam nilah yang buat jiwa dia
makin berdarah!
“Kalau
awak tahu dari awal kenapa?”
“Lah..
senanglah saya suruh Ibu saya meminang awak terus kat kampung.”
Aduh!
Ilmu nak berhadapan dengan makhluk-makhluk ‘sweet’ ni tak habis belajar lagi.
Jadi sure hati jadi gugup dan mulut
jadi gagap!
‘Saya
tak sesuai untuk awak.’
‘Saya
masih muda..’
‘Saya
tak sedia untuk apa-apa status relationship..’
Yang
mana satu dia kena guna ni?
“Looks...” Tibat-tiba otak stuck! Ayat yang dirangka tadi macam tak
mahu keluar pulak. Time ni ke dia
kena jadi minah blur?
“Naira...
saya memang tak kenal awak dengan baik.” Qiuzi ambil alih perbualan.
“Awak
pun... mungkin rasa terkejut dengan tingkah laku saya yang tiba-tiba ni..”
Sambung Qiuzi lagi. Dia pun terkejut dengan organ-organ dalaman diri sendiri.
Sejak bila dia jenis cepat bertindak?
“Tapi
awak percaya kan? Sesuatu yang berlaku dalam hidup kita semua bersebab. Tentu
ada alasan yang Tuhan nak tunjuk. Tentu ada jalan yang Tuhan nak bagi untuk
pertemuan-pertemuan kita nih.”
Tenang
suara itu menghunus hujah.
“Tapi
Qiu... saya tak baik mana. Banyak cela. Jadi saya rasa...”
“Jadi
awak rasa awak nak tolak saya?” Pintas Qiuzi cepat. Dia sudah berdiri
betul-betul dihadapan Naira.
Naira
angkat wajah. Menjamah wajah tenang Qiuzi itu. Cool sangat dia ni. Serius cool.
“Bila
awak tolak saya, awak yang akan rasa lebih sakit sebab... awak pernah rasa apa
yang saya bakal rasa tuh! Sakit kan? Dan saya pasti yang... awak tak mahu kongsi rasa sakit tu
dengan sesiapa pun.”
Rahang
Naira menjatuh. Oh damn! Dia tahu
jugak ke pasal crush aku dengan
Amril?
Mariam!
Sungguhlah, dia rasa nak bunuh kawannya yang seorang tuh.
***
Kau kat mana? Aku ad dpan rumah kau.
–Amril.
Mesej
dari Amril itu Naira baca tanpa perasaan. Kebetulan dia pun baru turun dari
teksi nih. Tak payahlah susah payah nak balas mesej sebab dia dah nampak
kelibat Amril.
“Kau
okay tak ni?”
Apasal dia tengok muka Naira serabai semacam
ni. Mungkin kepanasan atau serabut naik pengangkutan awam. Orang tak pernah
hidup susah memang macam gitu gamaknya.
“Okay.
Kau nak ambik Dewi ke?”
Amril
angguk. “Sementara aku cuti dua hari ni. Bolehlah aku jaga dia. Lagipun kau
cakap kau banyak assignment nak kena settle kan?”
Dahi
Naira berlapis lagi. “Cuti dua hari? Kan ke cuti sampai ahad ni. Ada lima hari
lagi.”
Amril
gamam. Terlepas cakap lagi! Apa ke derhaka sangat mulut ni. Ringan je tangan
nak bagi penampar.
“Aku
cuti studylah... Aku pun ada jadual hidup sendiri. Tak payah nak pelik sebab
aku memang berdisplin orangnya.”
Naira
mencebik. Menyampah bertingkat-tingkat.
“Kejap...
aku ambil Dewi kat rumah pengasuh.” Terfikir jadinya. Macam mana nak harungi
malam ni tanpa Dewi kecik? Tapi tak baik pentingkan diri sendiri. Amril pun
berhak jaga Dewi.
Sementara
tu, boleh jugak dia susun mood-mood yang bergelimpangan ni. Apatah lagi dengan
kemunculan Qiuzi tadi. Sebesar-besar KL ni, bengkel tempat Qiuzi kerja jugak
yang jadi port pertemuan.
Hidup
ni pun kadang-kadang macam drama hindustan sangat!
Langkah kaki yang Naira susun nampak mamai
di mata Amril. Sebatang rokok dikeluarkan dan disua ke mulut. Habit yang baru
menular dalam diri.
“Amril....” Naira terkesima. Oh tuhan,
macam tak percaya dengan apa yang dia tengok sekarang.
Cepat-cepat dicampak puntung rokok dan
ditenyeh dengan tapak kasut.
“Tak payahlah sorok. Aku dah nampak.”
Simpton manusia yang suka sorok cela sendiri.
“Siapa sorok? Aku tak hairan pun kau nak
tahu. Aku cuma tak mahu Dewi sedut asap rokok. Itu je.”
“Sejak
bila kau merokok?”
“Baru
je berjinak-jinak.”
Naira
hela nafas dengar ayat selamba Amril itu. “Sebab?”
“Stress.”
Naira
lepas nafas pula. “Banyak lagi cara nak hilangkan stress kan?” Kalau rokok
penyelesaian stress, Naira pun nak tumpang sekaki jugak.
“Look, aku tahulah kau dah ada simptom
mak-mak. Tapi kau mak Dewi. Bukan mak aku. So
please behave yourself! Aku tak perlu izin kau nak buat apa yang aku nak
dan apa yang aku tak nak.”
Mula
dah. Perang dah tekan button on!
“Ikut
suka hati kaulah. Yang penting, jangan hisap rokok depan Dewi!” penatlah gaduh.
Diam lebih baik.
“Barang-barang
Dewi semua ada dalam beg. Susu tu jangan lupa masukkan dalam peti ais. Aku ada
buat jadual.. pukul berapa dia kena mandi, pukul berapa dia biasa menyusu,
semua ada dalam beg.”
Kepala
si daddy mengangguk. Haihlah, betullah Naira ni macam mak-mak sangat!
Amril
seluk poket. Kunci kereta dikeluarkan dan dihulur pada Naira. Tubuh kecil Dewi
diambil dari dukungan Naira.
“Kenapa?”
“Hantar
aku balik rumah. Kau gunalah kereta tu sebelum kereta kau siap. Senang nak
gerak mana-mana.”
Lama
Naira pandang kunci kereta di tapak tangannya. “Tak payahlah. Pengangkutan awam
bersepah kat KL nih.” Kunci dihulur semula.
“Jangan
degil boleh tak? Kalau aku suruh guna tu guna jelah.” Angin taufan dah keluar.
Naira
mendengus. Amril ni betullah dasar lelaki defense
mechanism. Untuk mengelakkan rasa risau dan resah diri sendiri, dia akan
bertindak dengan marah-marah. Cakap elok-elok macam tak boleh. Macamlah jatuh
sangat maruah tuh!
“Kereta
kau manual, mana aku reti!” Bentak Naira.
“Yalah,
kereta aku kan murah kalau nak dibandingkan dengan kereta kau!”
Naira
curi nafas. Dapat sedut aura tak best. Bukan macam tu maksud dia.
“Kau
janganlah salah sangka. Aku serius tak reti bawak manual. Lagipun nanti pandai-pandailah aku sewa kereta.” Naira kembali
menyambung ayat.
Lama
Amril pandang Naira. Kadar sikap melawan Naira sejak dua menjak ni makin
agresif! Tak boleh jadi. Tak boleh telan je apa yang Naira cakap mentah-mentah.
“Sebab
tu aku nak ajar ni..” Dikendurkan sedikit suara.
Bila
Amril dah rendahkan volume suara,
baru hati yang bengkak tadi surut dari sakit. “Tak beranilah.” Dia hargai usaha
Amril untuk pinjamkan dia kereta ni. Tapi serius dia dah lupa nak bawak kereta
manual.
“Kata
brutal. Setakat bawak manual tak lepas, belum kira brutal lagi tuh.”
Naira
ketap bibir. Bab dicabar dibakar ni yang boleh gemalai segala sendi nih!
“Try me!”
Amril
simpan senyum. Eleh, setakat perangai Naira tu, dah ada dalam kocek lah!
***
Amril dah mati kutu.
Semua jadi tak kena. Apa yang tak kena dengan Dewi kecik ni? Dari tadi tak
henti-henti menangis. Daus pun dah panas punggung dengar Dewi menangis.
Sumbat susu. Dewi
menolak.
Tengok pampers. Kering.
Suhu badan Dewi diperiksa.
Normal.
“Boleh tak kau buat
sesuatu Ril? Nanti jiran-jiran kita fikir kita culik anak orang tau!” Daus dah bengang. Amril pun satu hal, nak
buat sesuatu tu bukan nak berbincang dulu. Ini main redah je semua. Ingat
senang ke nak jaga budak apatah lagi bayi baya Dewi Ilyani ni.
Tubuh si kecil diangkat
dan ditepuk perlahan belakang badan si kecil yang tidak henti-henti menangis
itu.
“Please bro, do something!” Gesa Daus lagi bila Amril masih terpana
sendiri.
“Mari... biar aku dukung
dia pulak. Kau pergilah tidur.” Amril cuba mendapatkan Dewi tapi dihalang oleh
Daus.
Daus mendengus. Bukan itu
yang dia mahukan. “Setakat kau nak tepuk dia, aku pun boleh. Call Naira.. Dia
mesti tahu kenapa Dewi meragam macam gini.”
Amril masih berkira-kira
sendiri. Dia ambil Dewi tadi sebab dia tak mahu menganggu study Naira.
“Cepat Ril sebelum aku
hilang sabar. Karang ada jugak aku baling si Dewi ni.” Terpaksa layang ugutan
kasar bila tengok Amril sikit pun tak berganjak. Apa ke susah sangat setakat
nak call Naira tu?
“Don’t you ever dare Daus!” Hei, ingat dia hadap sangat pertolongan
Daus tu? Nak meragam macam budak kecik sangat ni kenapa?
“Ini bukan masa untuk
kita bertekak. Kau faham tak bahasa aku tadi. Call Naira! Kalau kau tak nak,
biar aku je yang call dia...”
Lagak derang tak ubah
macam laki bini baru dapat anak. Kalut!
“Okay aku call...” Halang
Amril. Karang apa pulak yang Naira fikir kalau Daus yang call.
Nak tak nak, terpaksa
jugak capai telefon. Dail nombor Naira.
Walau dah janji dengan
diri sendiri tak mahu kacau Naira tapi emergency
case macam ni, harap Naira tak kisah. Harap tak kacau study minah tuh.
“Hello...” Suara di
corong telefon sedikit garau. Tidur ke apa?
“Hello.. aku ni..” Kepala
digaru mencerna ayat.
“Kenapa Ril? Dewi okay?
Kenapa dia menangis tu?” Kepala yang tersadai di atas meja terus diangkat bila
menampan tangisan Dewi yang nyaring. Rasa risau terus berkumandang dalam hati.
Kenapa kuat sangat tangisan Dewi?
“Erk... Aku tak tahu.
Dari tadi dia menangis tak henti.” Amril pun tak tahu nak cedok hujung pangkal
cerita dari mana. Yang dia tahu, dari tadi Dewi tak henti menangis tanpa sebab.
Rindukan Naira ke? Tak
kan baby sekecil ni dah kenal erti rindu kot?
“Aku datang sekarang.”
“No!” Tak ke kerja gila perempuan ni nak redah pekat malam
sengsorang diri.
“Hmm.. Just... let me know apa yang membuatkan
dia menangis macam gini? Aku dah check
pampers... Ingatkan dia lapar tapi bagi susu dia tak mahu. Nak kata demam
pun bukan sebab suhu badan dia normal.”
Apa yang cuba Dewi kecil
cuba sampaikan? Kan senang kalau dia faham ‘bahasa’ tangisan bayi nih.
Sekarang baru dia sedar.
Rupanya tak mudah menjaga si kecil. Bukan jenis nangis je boleh sumbat susu.
Nangis je boleh dukung. Silap hari bulan, ‘peluh’ si tukang jaga boleh buat
bandar banjir!
“Dewi nak tidur atas buai
ke apa?” Kot-kot sebab tak selesa tidur atas tilam.
“Tak.. Dewi tak reti
tidur atas bual. Okay... Letakkan Dewi atas katil lepas tu buat video call...
Aku nak tengok dia..” Arah Dewi serius dan terus memutuskan talian.
Tiga bulan menjaga Dewi,
sedikit sebanyak dia sudah boleh mengenalpasti puncanya. Tudung disarung ke
kepala. Menanti video call daripada Amril.
Tangkas Amril bergerak. Dibaringkan Dewi yang sedang
menangis di atas katilnya. Video call dibuat dan dihala ke arah Dewi. Sebelum
itu sempat ditukar pada loudspeaker.
Perlahan-lahan Daus
menapak ke belakang. Sekadar memerhati dari jauh.
“Hei Dewi sayang... Mummy
ada kat sini...” Rindunya dia pada si kecil sedangkan Amril baru menjaganya
semalaman. Melihatkan tangan si kecil yang digengam erat dan kaki sudah naik
sedikit ke perut, Naira sudah mula mengesan puncanya.
“Any’s idea Naira?” Amril nampak kepala Dewi mencari pemilik
suara itu. Mungkin betul si kecil rindu pada ‘mummy’nya itu.
“Maybe Dewi kembung perut.” Naira menyatakan kebarangkalianya.
“Macam mana boleh kena
kembung perut? Aku tak bagi makan ikan kembung pun tadi.”
Naira ketawa kecil.
“Jangan nak melawak malam-malam ni Ril oitt..”
“Saje.. Aku tak mahu kau
tegang sangat. So how?” Sebenarnya
nak redakan ketegangan diri sendiri.
“Okay, ambil minyak telon
dalam beg Dewi. Aku ada letak dekat tepi beg dia...”
Telefon diletak secara
mengiring supaya Naira dapat melihat wajah Dewi dari tepi. Minyak telon di
dalam beg diambil.
“Then?”
“Sapu pada perut Dewi dan
pada tapak kaki.”
Ligat Amril melakukan
arahan dari Naira. Naira yang melihat mula tarik senyum. Lembut je urutan Amril
di perut si kecil. Air matanya bergenang. Kagum dengan kasih sayang Amril pada
Dewi Ilyani.
“Lepas tu selimutkan dia
bagi dia selesa dan dodoi dia dengan zikir..” Tambah Naira lagi.
Amril hanya menurut.
Ditepuk dan didodoi dengan alunan zikir munajat.
“Hasbi Rabbi Jallallah.
Mafi Qalbi Ghairullah. Nur Muhammad Sallallah... Lailahhaillallah...”
Perlahan-lahan tangisan
Dewi yang bergema mulai surut. Tak sampai lima minit, terus anak kecil itu
kembali tertidur.
Raut wajah kembang dengan
senyuman pabila melihat Dewi sudah diam dan memejamkan matanya. Rasa berjaya
menjadi seorang bapa yang memahami kehendak si kecil.
‘Kembong perut
rupanya...’
Terus diangkat telefon
dan memandang wajah Naira. Ingin
mengucapkan terima kasih namun Naira juga sudah tertidur berbantalkan lengan di
atas meja dengan tangan kanan masih menggenggam erat telefon bimbitnya.
“Thanks Naira. Selamat
malam.”
Namun video itu tidak
terus dimatikan. Lama matanya menatap wajah Naira yang terkandung berjuta rasa
letih itu.
“Dari mata nanti turun ke
hati.” Teguran itu membuatkan Amril memutuskan talian.
“Okay, sekarang dah aman
kan? Pergi tidur sebelum Dewi kecik terjaga semula.” Telefon bimbit diletak ke
tepi.
Daus duduk di birai
katil. Mata merenung wajah mulus Dewi sebelum singgah pada daddynya itu.
“Kau tak rasa ke semua ni complicated?” Tanya Daus perlahan. Bimbang mengejutkan Dewi pula.
“Habis tu, kau nak aku
hantar Dewi ke rumah anak yatim? No way!”
Kalau tak mengenangkan Dewi yang sedang tidur, mahu sahaja penumbuknya singgah
di mulut puaka Daus itu.
Dewi akan dibesarkan
dengan kudatnya. Melalui titisan kasih sayangnya. Keputusannya adalah muktamad!
Daus mendengus. Bilalah
baran Amril nak reda sikit? Padanlah Naira gelar dia taufan. Memang mood macam
taufan pun.
“Bukan macam tu maksud
aku.” Jeda seketika untuk mencari letak duduk ayat sebenar.
“Kenapa kau dengan Naira tak kahwin je? Kan
senang korang boleh jaga Dewi kecik sama-sama. Duduk serumah. Kalau kau sibuk,
Naira boleh jaga. Kalau Naira sibuk, kau jaga pulak. Tak adalah benda ni jadi
macam ni..”
Air muka Amril berubah.
“Aku tak mahu dengar lagi benda bodoh ni keluar dari mulut kau Daus.” Bibirnya
diketap menahan rasa sabar yang tak banyak mana ni.
“Ril...”
“Hala tuju hidup aku, aku tak perlu mintak
pendapat kau!”
Akhirnya Daus mengalah.
Dia sedar yang kepala batu macam Amril memang tak akan dengar cakap orang lain.
Pendapat dia je yang betul! Bagus jugak kalau tak kahwin dengan Naira, kalau
tak terseksa je minah tuh hadap kepala batu Amril ini.
Sebelum keluar, sempat
dia melepas pandang ke arah Amril yang berbaring di sisi Dewi. Apalah penyudah
kisah mereka ni? Dia yang tak ada kena mengena pun terasa tempias peningnya.
***
Galak sungguh Dewi ketawa.
Seronok sangat bila diagah berulang kali oleh Amril. “Kan bagus kalau gelak
macam ni. Tak lah daddy susah hati sayang...” Pipi montel Dewi yang mula
menggemu dicubit geram.
Lama Amril pandang alis
pipi Dewi yang persis benar milik ibunya. Setiap kali memandang wajah Dewi
kecil, ingatannya pada Dewi Aleeya makin meruntum. Kasih itu makin mekar
berbunga.
“Dewi, Ril janji akan
jaga anak Dewi. Ril akan limpahkan dia kasih sayang yang tak terhitung pada
dia. Ril akan pastikan dia tak ketandusan kasih sayang seorang ayah.”
Amril kembali mengagah si
kecil. Petang nanti dia bakal memulangkan Dewi pada Naira. Terasa tak sampai
hati pula. “Dewi tinggal dengan daddy jelah ya?”
Dewi Ilyani ketawa. Makin
rabak hati Amril.
“Haihlah sayang,
kenapalah comel sangat ni?”
Ketukan di pintu
membuatkan Amril berhenti bermain dengan Dewi. Siapa pulak yang datang. Naira
ke? Kenapa awal sangat. Janji pukul enam. Ini baru pukul lima petang.
Pintu rumah dibuka dari
dalam. Namun bukan wajah Naira yang muncul sebaliknya wajah....ibunya.
“Erk.. mak?”
Berdentum hati jatuh ke tanah.
Berdegup seakan-akan tidak mampu berhenti.
“Yalah mak... kenapa muka
Ril nampak terkejut sangat?”
“Surprise... bila mak datang sini?” Dia masih terkaku di muka
pintu rumah. Apa nak buat ni? Kalau masuk, mesti mak nampak Dewi kecik yang
dibaringkan di tengah ruang tamu rumah itu.
“Ni baru sampai dari JB lah ni. Ril tak nak
ajak mak dengan ayah masuk ke?”
Tak sempat dihalang, laju
je Puan Norita melangkah. Tadi dia terdengar suara tawa anak kecil. Sangkaannya
tepat pabila melihat bayi yang berada di tengah rumah.
“Ni anak siapa ni Ril?”
Akhirnya soalan yang
paling dia tidak mahu dengar, terkeluar juga. Habis tu apa nak jawab ni. Kalau
jawab anak Dewi, mungkin dibalingnya Dewi kecik tu nanti.
Fikir Ril, fikir!
Salam dari luar rumah
membuatkan perhatian mereka teralih. Laju kaki Amril kedepan. Tolonglah jangan
Naira. Tolonglah!
Kalau Naira, semua ini
akan habis berderai. Tembelang mereka akan pecah. Boleh jadi, inilah kali
terakhir dia berjumpa dengan Dewi.
“Ril...” Suara perempuan
dari luar itu terus membuatkan jantung Amril berhenti berdegup!
p/s: sebagai
hadiah tahun baru katanya... I know... typing error here and there.. heh...but
sedaya upaya dah kurangkan typing error nih.. smpai doc opis pun dah berjangkit
typo.. T_T.. hope x spoil kan mood korang nak membaca.. #mybad
nway I try my best untuk buat BAM ni jadi unpredictable... hope so
jadi...(x nak dah orang komen plot cliche..) so agak2 siapa yang datang... teka
betul saya bagi BAM free satu! =p
pesanan diraja untuk cik adik n cik abg anon: plez let me
know who u r... korang berhak dpt kredit atas komen2 bernas tuh.. =)
dlm hdup amril xde perempuan lain selain naira dewi n ibunya..so dewi da mninggl..mak dy bru smpai..the answer is confirm naira la..kan2?
ReplyDeletejeng jeng... will update the answer soon... =p
DeleteSiapa lagi ye kalau bukan naira...maryam ke...ade perempuan lain ke
ReplyDeleteadalah.... kot2 watak bru muncul ke an
DeleteMariam
ReplyDelete-ekin-
=)
DeleteNaira yg dtg tuh.. sbb tu jantung Amril berhenti berdegup... kantoi!!
ReplyDeleteKonfidennya saya jawap... heeeee
UmmiWidad
i like ur confident level..
DeleteSekali salah daaaaaa... hahahahahah
DeleteMariam...naira x dpt dtg... Dia suruh mariam ambil..
ReplyDelete-sj sab-
sure ni?
Deleteamril ni mmg taufan sungguh.
ReplyDeletekan... ish ish
Deletecik yam a.k.a mariam yg datang sebab naira pi ambik kereta swift biru dia. betul tak?
ReplyDeleteselamat tahun baru sara. moga lebih produktif dan terus maju jaya.
:-)
selamat tahun baru ct... amin...
Deletetu sora mariam, n dia temankan naira dtg sbb dia dh nmpak awl mak ayah amril kt ctu..sara suruh teka kan, so ini lah jawapan tekaan dr along..hehehe
ReplyDeletealong eza jumel
terima kasih sbb sudi meneka.. ramai jugak syak wasangka si yam yerk.. heh
DeleteJiran sblh umah dia keke,.
ReplyDeleteada jugak owg teka mcm nih.. kehkehkeh..
DeleteJiran sblh umah dia keke,.
ReplyDeletekwn 7E....minta ganti shift ler tuh...muahaha
ReplyDeletecik anon
hahaha... kreatipnya pikir
DeleteNaira.. atau siapa pun Hawa tu tembelang menghampiri pecah berderai.. menipu takkan 'aman' hidup! Terdetik akan ada sesuatu yang diluar jangka buat Amril sangat 'bahagia' dalam diam.
ReplyDeletemcm blh teka sngat ni komen siapa.. heh.. blh jd pecah blh jd selamat laagi...
Deleteqiuzi ...hahaha obses :p
ReplyDelete~nurul~
ni teka qiuzi ke apa nih?
Deleteyeloorrr kenapa betulkee tekaan saya ni wahai cik sara...kalau mcm 2 boleh laa up n3 baru hehehe
Deleteboleh sakit jantung bc karya awak ni sara!! xleh nak teka lah sape y datang.. but i'm so sure yang orang tu bkn naira.. xkanlah cpat sngat terkantoi kan.. mungkinlah.. eh x tahulah.. blur
ReplyDeleteomo.. jangalah skt jantung.. cedera sikit xpelah.. haha.. wait n c keh
Deletehahahah.. nak kata ada watak baru timbul, quite impossible... ke memang ada??? hahahahhaha... Sara... Sara.. u made my day with qiuzi n naira lah...
ReplyDeletesuka baca blog ni sbb mesti ada ayat yg pengajaran nya menusuk jiwa terkesan di hati
ReplyDeleteEvery day ulg alik jguk blog ni n blog kak rehan...mgharapkan n3 bru...apa2 pun best sgt...cite ni lain drpd yg lain...ada keunikn tersndiri..thniah kak sara!! -NA
ReplyDeleteOhh maii..sapa tuu??sya pon rsa yam gak lha..keh3.x sbaq nk tnggu en3 strusnya..^_^
ReplyDelete~SS~
Haihh laa ,, sape tu?? Sape tuu?? ...
ReplyDeleteBukan naira kot....
ReplyDelete
ReplyDeleteHanya di ICG88.COM dimana kamu bisa mainkan berbagai permainan di HKB Gaming,IDNPLAY, dan Gudang Poker! tentunya dengan inovasi terbaik.gabung dan buktikan sendiri promo dan bonusnya :
Bonus New Member 20%
* Min Deposit IDR 50.000,-
* Max Bonus IDR 300.000,-
* TurnOver 4X TO Termasuk Modal Dan Bonus
* Bonus Di Berikan Di Depan
* Jika Tidak Mencapai Ketentuan Bonus Maka Bonus Akan Di Tarik Melalui Nominal Withdraw
Bonus Deposit Kedua & Selanjutnya 5%
* Min Deposit IDR 50.000,-
* Max Bonus IDR 100.000,-
* TurnOver 5X TO Termasuk Modal Dan Bonus
* Bonus Diberikan Di Depan
Tunggu apa lagi,gabung dan dapatkan bonus serta jackpotnya!
hubungi kami di :
BBM : e3a9c049
LINE: icg88poker
Whattsapp : 081360618788