Hujung minggu itu, Qiuzi mengajak dia keluar bersama
adik-adiknya. Sementara tak buat apa-apa dan Mariam pun masih belum balik dari
kampung, baiklah diterima perlawaan Qiuzi. Boleh jugak ambik angin petang.
Keluar
dari pagar rumah, dia dah dapat tangkap sengih Qairiah yang lain macam. Qalam
si bongsu pun lebih kurang sama.
“Kak
Long duduklah depan.” Kak long? Kan dah kata, adik dengan abang sama je.
Gurauan menyengat gila.
“Eh...”
Tak sempat dihalang, Qairiah dah ke duduk di belakang.
“Comelnya
Dewi...” Puji Qalam.
“Kak
long tu bunyi macam sweet kan?” Tutur orang sebelah sambil menghunus senyum
pendek.
Naira
diam sahaja. Sebab dia perasaan orang kat belakang dah sengih-sengih. Isi perut
kereta meriah dihiasi dengan gurauan mereka adik beradik.
“Kak
Qai, pinjam perfum murah kau.” Si Qalam berbunyi.
“Murah?
Perfum aku lagi mahal dari kau punya.”
“Hei,
perfum aku tiga belas ringgit tau. Kau punya tu lima ringgit je...”
Wajah
Naira tarik senyum. Pasal harga perfum pun derang boleh buat gurau. Kalaulah
derang tahu harga perfum Naira beribu, entah apa reaksi derang.
“Korang
ni buat malu jelah. Cuba jadi macam abang ni, tak payah sembur-sembur perfurm.
Dah wangi secara semulajadi.” Qiuzi yang sedang memandu menyampuk perbualan dua
beradik itu.
“Jangan
nak perasanlah bang... Kalau kau duduk sebelah tenuk pun, kita orang tak boleh
beza mana satu tenuk, mana satu orang.” Smash Qairiah.
Serentak
dengan itu, Qairiah dan Qalam buat high
five. Naira tumpang ketawa. Cemburu sangat. Kutuk mengutuk seperti itu yang
dia cuba cari dalam keluarganya. Tapi tak jumpa. Tak ada.
“Jangan
layan derang Naira..” Senang hati dia tengok Naira ketawa. Tahu tak ketawa
Naira tu lebih merdu dari suara Siti Nurhaliza tuh.
“Abang,
kuatkan sikit lagu tuh!” Jerit Qalam apabila mendengar lagu kegemarannya di
corong radio.
Dan
mereka bertiga mula menyanyi bersama.
Andai diberikan emas permata
Ku pilih senyumanmu
Andai ku punyai mahligai indah
Ku hadiahkan untukmu
Dalam berjuta bintang berkelipan
Kau bagaikan kejora
Di dalam ribuan mata menikam
Takkan ku biarkan kau tenggelam
Di dalam jaga ku tercari-cari
Didalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Adakah dapat ku kenali.
“Nyanyian
ini khas cik abang tujukan pada cik akak kita yang manis..” Si Qalam yang
memang nakal itu tak henti-henti mengusik. Macam nak meletop muka Naira
dibuatnya. Tapi kenapa dia rasa seronok?
“Jangan
dilayan Qalam tu.. Dia memang dilahirkan tiga suku!” Konon jangan dilayan tapi
hati tersenyum kesukaan bila diusik.
“Hoi,
tak sayang mulut sungguh!” Si Qalam sempat menumbuk bahu abangnya. Naira hanya
mampu ketawa kecil.
Ada tiga orang je tapi macam tiga puluh
orang! Haih, seronok dia lain macam!
Sesampainya
di tasik Seksyen 2, Qiuzi menurunkan stroller. Mereka ronda-ronda di sekeliling
tasik sebelum duduk bertenggek di tepi tasik. Sambil menghirup udara petang,
sambil tu boleh beri makan kura-kura. Membayangkan kalau Dewi dah besar, mesti
seronok teman Dewi bermain di taman permainan.
“Dewi...
cepatlah besar. Mummy tak sabar nak teman Dewi main tau!” Diagah Dewi yang
sudah membulat. Dia masih tak percaya yang dia boleh jaga bayi sebesar Dewi.
“Baik
jangan doa Dewi cepat besar.”
“Kenapa?”
Qiuzi
yang sedang mencampak roti pada kura-kura dikerling.
“Nanti..
bila dia besar, dia akan mintak adik untuk geng bermain.”
Serta
merta muka Naira berona merah. Dia ni kan, kalau tak mengusik orang, tak sah!
Nasiblah adik-adiknya pergi membeli air di kedai.
“Keluarga
awak meriah.” Puji Naira sambil cuba mencipta perbualan.
“Kalau
awak nak join keluarga saya, sangat dialu-alukan.”
Makin
merona wajah Naira.
“It’s just a joke.. Jangan ambik hati ya.
Keluarga saya tak besar mana jadi kami meriahkan keluarga kami dengan gurauan
kasar-kasar macam tadilah. Qai dengan Qalam tu kuat bergaduh. Saya nilah yang
sokmo jadi orang tengah duk leraikan pergaduhan derang. Kadang-kadang saya
kesian dengan derang. Kecik-kecik dah hilang ayah. Tak sempat derang nak
bermanja dengan arwah ayah.”
Sepenuh
perhatian Naira memberi tumpuan.
“Apa
bezanya dengan saya? Nama je ayah masih ada tapi macam digantung tak bertali.
Tak dipedulikan... tak diendahkan..”
“Gantung
tak bertali tu untuk suami yang tinggalkan isteri dialah...” Qiuzi cuba buat
perbualan mereka tidak terlalu serius. Tak mahu Naira terlebih emosi.
“Tahulah.
Tapi perumpamaan macam gitu sesuai jugak kan?”
“Tak
sesuai. Salah di sisi undang-undang peribahasa. Jangan derhaka pada peribahasa
nenek moyang kita ya..”
Naira
ketawa kecil. Ada je ayat nak kenakan orang!
“Ibu
bapa ni... derang ada ego derang sendiri. Kita sebagai anak, kena banyak mengalah.
Mengalah dari semua segi Naira..”
Kalau
Naira tak cerita pun, segala cerita Naira dah diselongkar dari Mariam. Dia tahu
Naira ada masalah keluarga.
Naira
tahu. Amril pun pernah cakap ayat yang sama.
“Hubungan
kita dengan derang tak akan terputus. Bencilah macam mana pun awak pada
keluarga awak, tapi percayalah... sayang tu sebenarnya lagi banyak. Lagi banyak
awak cuba membenci, sebenarnya itulah bukti kasih sayang awak.”
Berisi
betul ayat Qiuzi tuh.
“Saya
cuba... tapi saya tak tahu macam mana nak mula Qiu. Mesti rasa awkward gila bila tiba-tiba balik rumah
parents saya dan buat macam tak ada apa-apa pernah berlaku. Keluarga saya tak
macam keluarga orang lain. Kami... dah lama berpecah belah. Kami adik beradik
dah lama tak bertegur sapa. Dengan papa dan mama pun lama tak berhubung. Tragis
kan?”
Qiuzi
diam. Cuma mendalami.
“Tapi
derang tak pernah lupa bagi nafkah pada awak kan? Maknanya derang tetap tak
lupakan tanggungjawab.” Qiuzi cuba memujuk.
Kepala
Naira menggeleng. “Kira lepas bagi duit, tanggungjawab terlaksanalah ya?”
“Bukan
macam gitu Naira. Tapi at least.. ada
baiknya yang kita nampak kan. Saya kenal ramai kawan-kawan saya yang bukan
sahaja diabaikan dari segi kasih sayang tapi jugak dari sudut tanggungjawab.
Dalam buruk-buruk orang, mesti ada baik dia. Tinggal kita yang kena cari.”
Naira
renung Qiuzi dari sisi. Lembutnya nasihat itu sama macam nasihat yang Dewi
pernah titipkan padanya.
“Awak
tahu, saya selalu pesan pada diri sendiri. Saya tak nak anak-anak saya rasa apa
yang saya rasa. Sebab tu saya bina impian nak kahwin dengan seorang lelaki dan
bina sebuah mahligai sendiri. Ada suami, ada anak-anak... jadi tak perlulah
saya menagih ehsan simpati dari mama dan papa saya. Tapi sebenarnya say
silap... hubungan yang retak tu kena perbetulkan dahulu. Barulah boleh bina
perhubungan baru. Tapi sampai sekarang, saya masih tak ada kudrat nak
perbetulkan keadaan.”
“Awak
nak saya teman?” Pelawa Qiuzi ikhlas.
“Ish..
tak payahlah... saya rasa, saya memang tengah cari masa yang sesuai. Untuk saya
baiki mana-mana yang silap. Saya nak balik... nak bawak Dewi jumpa dengan
derang.”
Kata-kata
Amril pun masih berbekas di benaknya. Dia mahu Dewi dapat kasih sayang dari
atuk dan neneknya. Kalau dia berdegil, boleh jadi Dewi akan membesar dengan
perasaan benci jugak.
“Okay.
Memula perkenalkan Dewi dulu. Nanti perkenalkan saya pulak ya?” Mengusik lagi.
“Awak,
kalau tak usik saya, tak boleh ya?”
“Saya
rasa... hidup macam tak ada sirim kalau tak mengusik awak.”
Perbualan
mereka terhenti pabila Qairiah dan Qalam muncul bersama seplastik minuman.
“Kak,
boleh tak kita orang nak tolak stroller. Nak bawak Dewi jalan-jalan?” Tanya
Qalam dengan senyuman yang tak pernah tinggal.
“Eh
sure... bawaklah.”
Qiuzi
sengih. Tahu dah tu mesti taktik adik-adik dia tuh.
Naira
sedut minuman. Tanpa Dewi, situasi derang jadi makin kekok. “Hmm.. awak dah
lama ke kerja dekat bengkel tu?”
Qiuzi
angguk. “Lama dah.. lepas saya STPM. Sekarang saya dah dua puluh enam.”
“Uish..
maknanya dah dekat tujuh tahun?” Mesti pengalaman Qiuzi dah mahal.
“Yup.”
“Awak
tak nak sambung belajar ke?”
“Masa
tu keluarga saya memang tak mampu Naira. Arwah abah baru je meninggal. Nak tak
nak, terpaksalah saya bekerja kat bengkel untuk tanggung keluarga. Dari budak
tak tahu apa-apa, taukey tu ajar saya sampai dah boleh baiki semua jenis
kenderaan.”
Nampaknya
hidup Qiuzi tak pun tak semudah mana. Memang hidup ini akan dihujani dengan
ujian-ujian yang sesuai dengan imbangan kesabaran seseorang itu.
“Mariam
balik bila?”
“Esok
kot...”
“Awak
jangan marah dia tau.”
Naira
ketawa. Walaupun Mariam tu dah bocorkan semua rahsia dia pada Qiuzi, tapi tak
adalah sampai dia nak boikot kawan sendiri. Dari dahulu, susah senang dia
Mariam ada teman. Tak berganjak sedikit pun.
“Yam...
antara anugerah tak ternilai untuk saya.”
“Macam
tu jugak kehadiran awak dalam hidup saya Naira.” Tanpa memandang ke arah Naira,
ayat itu meluncur laju dari mulutnya.
Lama
Naira terpaku bila hati membeku dan kaku. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah
Qiuzi. Lelaki ini begitu mudah mengungkap rasa.
“Boleh
saya tanya?” Okay, mungkin perbualan mereka akan berbentuk serius.
“Apa
dia?”
“Kenapa
saya?”
“Saya
tak ada jawapan kepada persoalan awak tu. Macam bila orang tanya awak, kenapa
Amril dan awak pun tak boleh nak jawab kan?”
Naira
mengakuinya. Soal hati sesungguhnya, tak kan terfaham dek sesiapa pun.
“Saya
ni ada ciri-ciri gadis pilihan awak ke?” Tiba-tiba tak malu tanya soalan tu.
Qiuzi
tarik senyum.
“Saya tak pernah ada spesifikasi siapa
yang saya akan suka. I just want to have
a child that looks like me... another one that looks like her mother. That’s my
dream...”
“That’s so sweet...” Puji Naira ikhlas.
“Tak
payah bagitahu. Saya dah tahu.”
Naira
ketawa lagi. Haih hati... tiba-tiba tenggelam semua gundah bila duduk sebelah
mamat ni.
***
Hari
pertama kelas selepas cuti mid-term berakhir. Rasa lemau je nak masuk kelas.
Semalam pulak habis kerja lewat. Jadi kelas pagi tadi memanglah
tersengguk-sengguk. Habis je kelas pertama, terus dia ke library. Macam biasa,
cari port nak operasi taik mata.
“Nak
tidurlah tu.” Tegur satu suara.
Langsung
Amril tak hiraukan. Dia benar-benar mengantuk.
“Ril...”
“Jangan
kacau aku.”
“Kau
buat apa asyik mengantuk je? Aku ada hal nak bincang dengan kau ni. It’s about Dewi.”
Naira
tahu, kalau guna nama Dewi, cepat je mata lelaki tu terbukak.
Dari
duduk bersandar, Amril dah menegak. “You
have two minutes!”
“Hmm..
pengasuh Dewi nak pindah. So...kena cari pengasuh lain.” Ini yang Naira risau,
baru semalam mak cik jiran dia bagi tahu. Susah jugak nak cari pengasuh yang
okay sekarang.
“Pulak...
hantar taska jelah.”
“No!
Taska nanti aku bimbang Dewi diabaikan.” Bukan tak tahu, taska kan ramai
budak-budak kecik yang lain. Karang jaga ikut suka je. Bukan nak prejudis tapi
baiklah ambik sikap berhati-hati.
Melihat
dari air muka Naira, Amril dah dapat menebak sesuatu.
“Sebenarnya
kau dah ada jumpa pengganti pengasuh Dewi kan?”
Aik,
mana tahu? Apa air muka dia ni senang sangat ke nak baca? Perlahan Naira
mengangguk.
“Siapa?”
“Erk..
Ibu Qiuzi.”
Semalam
habis je pengasuh Dewi datang ke rumah, terus Mariam bagi idea tu. “Eh, suruh
mak Qiuzi jelah tolong jagakan. Lagipun rumah dia area sini jugak.”
“Ish
kau ni... Tak mahulah susahkan mak cik.”
“Tak
ada yang susah pun. Aku rasa dia lagi suka adalah. Tengok masa dekat kampung,
bukan main mesra lagi dia layan Dewi. Kejap, aku call Qiuzi.” Tak sempat
ditahan, laju je Mariam capai telefon.
Dengar
dia bercakap-cakap dengan Qiuzi kemudian telefon itu dihulur kepadanya. “Qiu
nak cakap dengan kau.”
Naira
telan liur. Mariam ni... tingkah laku dia makin tak terjangka.
“Hello...
bila last mak cik tu nak jaga Dewi?”
“Dua
minggu lagi.”
“Hantar
jelah cepat-cepat. Mestilah mak cik tu nak kemas barang-barang dia kan?”
“Erk...
ibu awak okay ke?”
“Okay.
Siap melompat-lompat kesukaan dah nih...” Ada tawa di hujung kata-katanya.
“Qiu...
saya... kalau boleh... tak nak susahkan keluarga awak.”
“Apa
yang susahnya? Yang dia nak jaga tu cucu dia jugak kan?”
Erk...
ayat makan dalam sangat tuh!
“Naira....ibu
saya okay je.”
“Saya
kena bincang dengan Amril dulu. Dia tak suka kalau saya belakangkan hal Dewi
dari dia. Ada kemungkinan jugak dia nak jumpa dulu bakal pengasuh Dewi.” Ini
bukan alasan yang direka. Ini memang perangai Amril.
“Okay.
Awak tanya dulu madu saya tu macam mana. Nanti apa-apa awak bagi tau saya
semula ya?”
‘Madu
saya?’ Ngeee.. kelakarlah sangat Qiu oit!
“Naira,
kau dengar tak aku tanya ni? Rumah dia dekat mana?” Haih, ni siapa yang
mengantuk ni? Dia ke Naira? Tanya sepuluh kali tak terjawab lagi.
“Area
Subang jugak..”
“Okay.
Petang karang kita pergi tengok.” Habis ayat, terus dia kembali bersandar ke
dinding. Mata dipejam.
“Ril,
sekarang baru pukul sepuluh. Tidur apa ke bendanya?” Kalau Dewi tidur rumah
dia, kira logik jugak mengantuk bangun malam jaga Dewi.
“Boleh
tak jangan kacau aku. Dah... pergi sana..” Suara Amril dah meninggi. Orang
mengantuk dia kacau pulak!
Perlahan-lahan
Naira bangun dan meninggalkan Amril. Makin kronik tahap mengantuk Amril nih.
Nampak gayanya, dia kena selongkar dengan Daus nih!
***
Seperti
yang dijangka, dia mesti boleh jumpa Daus yang melepak dekat cafe kampus.
“Daus,
aku nak jumpa kau kejap!”
Daus
garu kepala. Apa lagilah masalah minah nih!
“Ril
selalu ke keluar malam?”
Dahi
mengerut. “Kenapa kau tanya soalan tu kat aku?”
“Just answer my question Daus. Ya atau
tak?”
“Kenapa
kau tak tanya dia sendiri?”
“Kau
tahu kan yang aku tak akan jumpa sebarang jawapan bila bersoal balas dengan
dia.” Jelas Naira jujur.
“Dah
tu, kau harap akan jumpa jawapan dari aku?”
Satu
dengusan dilepaskan. Dengan Daus-daus pun dan berjangkit perangai si Amril tu.
Perengus!
“Dia
dah ada penganganti Dewi ya?” Entah kenapa soalan itu meluncur laju dari mulut
Naira.
Daus
ketawa kecil. Kepala menghayun ke kiri dan kanan. Menggeleng. “Kalau ada
kenapa? Kau nak kaji macam mana kau kaji perangai Dewi? Kau nak mintak hati
Amril macam mana kau nak mintak pada Dewi dulu?” Tebak Daus.
Lama
mereka terdiam.
“Dah
lah Naira.... cukup-cukuplah kau kejar Amril tu. Pasal hal Dewi pun dah cukup baik
Amril tak tahu yang aku yang bocorkan rahsia dia. Kalau dia tahu, boleh jadi
aku akan kena penumbuk dia tau!”
Kalaulah
dia tak beritahu kampung Dewi dekat mana, boleh jadi jalan cerita tak sama
seperti sekarang. Tapi boleh jadi, nasib Dewi kecik tak sebaik ni. Entahlah.
Pening nak fikir.
“Daus...
kau silap.”
Daus
yang sudah hampir angkat kaki itu berpaling.
“Apa
yang silap?”
“Aku
tanya... bukan sebab aku masih terkejarkan Amril.” Adakah dia nampak masih
seperti Naira yang dahulu? Yang gelojoh dan bodoh mengejar cinta?
“Habis
tu?”
“Sebab
aku nak tengok Amril bahagia. Aku dah lama sedar yang aku bukan bahagia Amril.
Aku cuma nak tahu.... kalau dia dah move
on ke belum. Kalau betul dah ada, aku nak tumpang seronok. Itu jeh.”
Terdiam
Daus dibuatnya. Serba salah. Dia tak boleh bocorkan rahsia Amril yang satu tuh.
Naira dan Amril.. mereka berdua ni sebenarnya saling berkorban. Berkorban untuk
kebaikan Dewi kecik.
Belakang
leher yang panas digosok. “Kenapa kau tanya Amril selalu keluar malam ke tak?”
Posisi soalan ditukar.
“Aku
tengok sekarang dia selalu mengantuk. Selalu nampak tak bermaya. Sebab tu aku
tanya, dia selalu ke keluar malam?”
Relevan
sangatlah soalan Naira tu. Mana tak mengantuk kalau balik kerja pukul tiga
pagi? Mulut dia pun dah letih nak smash otak Amril yang memang tumpul bila kena
nasihat darinya.
“....dia..
pergi kelab malam ke?” Tebak Naira sangkut-sangkut. Sungguh dia bukan nak
berprasangka buruk tapi dia takut Amril terpesong.
“Ish...
kesitu pulak kau melencong. Kau tahu kan dia bukan jenis kaki kelab. Lately ni
dia selalu study malam. Kau tak payahlah overdos sangat fikirkan pasal dia. Dia
lelaki, pandailah dia nak bahagi masa.” Kelentong Daus.
Tak-boleh!
Naira tak boleh tahu yang Amril buat part
time. Kalau tahu, mati dia kena rejam dek Amril.
***
Barang-barang
yang pelanggan letakkan di atas kaunter dicapai. Discan satu persatu. Dikira
jumlah dan dipulang duit bakinya. Rutin yang sangat membosankan!
Bila
tak ada pelanggan, Amril capai nota. Esok pulak ada test! Naya kalau tak boleh
nak skor.
Dia
dengar result Naira makin tip top
walaupun penat nak bahagi masa antara menjaga Dewi dan belajar. Jadi dia pun
tak nak kalah. Dia pun nak jadi contoh yang baik buat Dewi kecik.
Pintu
berbunyi. Terus Amril letak nota ke tepi. Anak mata diangkat ke muka pintu.
Tapi, jantung tetiba macam nak gugur!
Naira!
Gadis
itu sedang menilik telefon bimbitnya. Habislah, mati kering kalau kantoi nih.
Dalam banyak-banyak Seven-Eleven kat KL ni, kenapa kena datang kat sini?
p/s: satu bab je lagi... agak2 kantoi x? nway tq pada yang tak jemu menyokong.. hanya Tuhan yang tahu macam mana besarnya jasa korang pada penulis cabuk macam saya.. T_T
qiuzi ni bakpe sweet sangat ni? ish...haha
ReplyDeleteTolong selamatkn rahsia inchek amril tu ye ...
ReplyDeleteoh..my god..cpt2 bab bru..tahla rsa mcm xtau nk ckp ap..hnya mnanti penghabisan yg bkal tiba..amrillll please open your mind...and your heart..don't be so emosional..mostly, don't be so terrible to naira..i hurt you..i'm always support you beauty writer..and glad because have a chance to read your story..good luck..love you, do the best.!! ever!!
ReplyDeletequizi instead of buah kuini je macam.btw along,thumbs up.
ReplyDeleteKnpe la qiuzi ni sweet sgt,hehehe...ala tgl 1 bab lg je??nnt sy akn rndu kn qiuzi..
ReplyDeleteAsal qiuzi ni manis..tp asal rasa xblh nk terima naira n qiuzi ni..aishhh
ReplyDeletei wish naira dgn amril. tapi, macam xde harapan plak ;(
ReplyDeletentahla..ttp rs nk naira ngan amril.:'
ReplyDeleteO o... rasa suka la kat qiuzi...napa hati saya makin berat kt qiu. Qiu yg easygoing amril yg berahsia....lalalala
ReplyDeleteahmad quizi ^_^
ReplyDeletetggl 1bab...
teaser seketul dua yea nnty inche penulis novel
-cik anon
hey little girl.... semakin interesting.. hahahhah.. wondering kalau2 rahsia amril buat part time akan terbongkar macam tu je.... hahhahahaha... and... sy banyak kali tersenyum bila baca ur entry kali ni... good job :)
ReplyDeletesebab ada satu bab je lagi... kemungkinan besar terkantoi...
ReplyDeleteAkak rase xkantoi kot. mst amril suruh kwn dia kaver ke...
ReplyDeleteQuuzi baik & sweet tp saya lebih suka kalau amril & naira.
ReplyDeletenak naira dengan quizi..
ReplyDeletekantoikan kak..hehe
Ngape tinggal 1 bab ajek???
ReplyDeleteAntara mahu dan perlu... terdayakah menyangkal dangkal rasa?
ReplyDeleteMaaf kurang suka 'derang'. Kata bual ok tapi tuk naratif cerita kurang sesuai. Personal opinion! Say... saya..
sara.. kenapa setiap kali baca kisah amri naira n qiuzi ni, rasa deep gila.. rasa dekat n rasa berdebar.. sungguh x sabar nak tunggu versi cetak. blh dikatakan ni karya awak y pling hidup dan matang
ReplyDeletesy ttp rsa dnyut ndi cinta amril dngn naira lbih kuat drpd dnyut ndi cinta qiuzi n naira...huwaaaaaaaa..harapannn..diorang lyk bhgia..diorang sling brkorbn..why not let be naira n amril jer..huhu
ReplyDelete