Thursday 23 January 2014

BIAR AKU MENCINTAIMU [11]



           Hujung minggu itu, Qiuzi mengajak dia keluar bersama adik-adiknya. Sementara tak buat apa-apa dan Mariam pun masih belum balik dari kampung, baiklah diterima perlawaan Qiuzi. Boleh jugak ambik angin petang.
            Keluar dari pagar rumah, dia dah dapat tangkap sengih Qairiah yang lain macam. Qalam si bongsu pun lebih kurang sama.
            “Kak Long duduklah depan.” Kak long? Kan dah kata, adik dengan abang sama je. Gurauan menyengat gila.
            “Eh...” Tak sempat dihalang, Qairiah dah ke duduk di belakang.
            “Comelnya Dewi...” Puji Qalam.
            “Kak long tu bunyi macam sweet kan?” Tutur orang sebelah sambil menghunus senyum pendek.
            Naira diam sahaja. Sebab dia perasaan orang kat belakang dah sengih-sengih. Isi perut kereta meriah dihiasi dengan gurauan mereka adik beradik.
            “Kak Qai, pinjam perfum murah kau.” Si Qalam berbunyi.
            “Murah? Perfum aku lagi mahal dari kau punya.”
            “Hei, perfum aku tiga belas ringgit tau. Kau punya tu lima ringgit je...”
            Wajah Naira tarik senyum. Pasal harga perfum pun derang boleh buat gurau. Kalaulah derang tahu harga perfum Naira beribu, entah apa reaksi derang.
            “Korang ni buat malu jelah. Cuba jadi macam abang ni, tak payah sembur-sembur perfurm. Dah wangi secara semulajadi.” Qiuzi yang sedang memandu menyampuk perbualan dua beradik itu.
            “Jangan nak perasanlah bang... Kalau kau duduk sebelah tenuk pun, kita orang tak boleh beza mana satu tenuk, mana satu orang.” Smash Qairiah.
            Serentak dengan itu, Qairiah dan Qalam buat high five. Naira tumpang ketawa. Cemburu sangat. Kutuk mengutuk seperti itu yang dia cuba cari dalam keluarganya. Tapi tak jumpa. Tak ada.
            “Jangan layan derang Naira..” Senang hati dia tengok Naira ketawa. Tahu tak ketawa Naira tu lebih merdu dari suara Siti Nurhaliza tuh.
            “Abang, kuatkan sikit lagu tuh!” Jerit Qalam apabila mendengar lagu kegemarannya di corong radio.
            Dan mereka bertiga mula menyanyi bersama.

Andai diberikan emas permata
Ku pilih senyumanmu
Andai ku punyai mahligai indah
Ku hadiahkan untukmu

Dalam berjuta bintang berkelipan
Kau bagaikan kejora
Di dalam ribuan mata menikam
Takkan ku biarkan kau tenggelam

Di dalam jaga ku tercari-cari
Didalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Adakah dapat ku kenali.


            “Nyanyian ini khas cik abang tujukan pada cik akak kita yang manis..” Si Qalam yang memang nakal itu tak henti-henti mengusik. Macam nak meletop muka Naira dibuatnya. Tapi kenapa dia rasa seronok?
            “Jangan dilayan Qalam tu.. Dia memang dilahirkan tiga suku!” Konon jangan dilayan tapi hati tersenyum kesukaan bila diusik.
            “Hoi, tak sayang mulut sungguh!” Si Qalam sempat menumbuk bahu abangnya. Naira hanya mampu ketawa kecil.
Ada tiga orang je tapi macam tiga puluh orang! Haih, seronok dia lain macam!
            Sesampainya di tasik Seksyen 2, Qiuzi menurunkan stroller. Mereka ronda-ronda di sekeliling tasik sebelum duduk bertenggek di tepi tasik. Sambil menghirup udara petang, sambil tu boleh beri makan kura-kura. Membayangkan kalau Dewi dah besar, mesti seronok teman Dewi bermain di taman permainan.
            “Dewi... cepatlah besar. Mummy tak sabar nak teman Dewi main tau!” Diagah Dewi yang sudah membulat. Dia masih tak percaya yang dia boleh jaga bayi sebesar Dewi.
            “Baik jangan doa Dewi cepat besar.”   
            “Kenapa?”
            Qiuzi yang sedang mencampak roti pada kura-kura dikerling.
            “Nanti.. bila dia besar, dia akan mintak adik untuk geng bermain.”
            Serta merta muka Naira berona merah. Dia ni kan, kalau tak mengusik orang, tak sah! Nasiblah adik-adiknya pergi membeli air di kedai.
            “Keluarga awak meriah.” Puji Naira sambil cuba mencipta perbualan.
            “Kalau awak nak join keluarga saya, sangat dialu-alukan.”
            Makin merona wajah Naira.
            “It’s just a joke.. Jangan ambik hati ya. Keluarga saya tak besar mana jadi kami meriahkan keluarga kami dengan gurauan kasar-kasar macam tadilah. Qai dengan Qalam tu kuat bergaduh. Saya nilah yang sokmo jadi orang tengah duk leraikan pergaduhan derang. Kadang-kadang saya kesian dengan derang. Kecik-kecik dah hilang ayah. Tak sempat derang nak bermanja dengan arwah ayah.”
            Sepenuh perhatian Naira memberi tumpuan.
            “Apa bezanya dengan saya? Nama je ayah masih ada tapi macam digantung tak bertali. Tak dipedulikan... tak diendahkan..”
            “Gantung tak bertali tu untuk suami yang tinggalkan isteri dialah...” Qiuzi cuba buat perbualan mereka tidak terlalu serius. Tak mahu Naira terlebih emosi.
            “Tahulah. Tapi perumpamaan macam gitu sesuai jugak kan?”
            “Tak sesuai. Salah di sisi undang-undang peribahasa. Jangan derhaka pada peribahasa nenek moyang kita ya..”
            Naira ketawa kecil. Ada je ayat nak kenakan orang!
            “Ibu bapa ni... derang ada ego derang sendiri. Kita sebagai anak, kena banyak mengalah. Mengalah dari semua segi Naira..”
            Kalau Naira tak cerita pun, segala cerita Naira dah diselongkar dari Mariam. Dia tahu Naira ada masalah keluarga.
            Naira tahu. Amril pun pernah cakap ayat yang sama.
            “Hubungan kita dengan derang tak akan terputus. Bencilah macam mana pun awak pada keluarga awak, tapi percayalah... sayang tu sebenarnya lagi banyak. Lagi banyak awak cuba membenci, sebenarnya itulah bukti kasih sayang awak.”
            Berisi betul ayat Qiuzi tuh.
            “Saya cuba... tapi saya tak tahu macam mana nak mula Qiu. Mesti rasa awkward gila bila tiba-tiba balik rumah parents saya dan buat macam tak ada apa-apa pernah berlaku. Keluarga saya tak macam keluarga orang lain. Kami... dah lama berpecah belah. Kami adik beradik dah lama tak bertegur sapa. Dengan papa dan mama pun lama tak berhubung. Tragis kan?”
            Qiuzi diam. Cuma mendalami.
            “Tapi derang tak pernah lupa bagi nafkah pada awak kan? Maknanya derang tetap tak lupakan tanggungjawab.” Qiuzi cuba memujuk.
            Kepala Naira menggeleng. “Kira lepas bagi duit, tanggungjawab terlaksanalah ya?”
            “Bukan macam gitu Naira. Tapi at least.. ada baiknya yang kita nampak kan. Saya kenal ramai kawan-kawan saya yang bukan sahaja diabaikan dari segi kasih sayang tapi jugak dari sudut tanggungjawab. Dalam buruk-buruk orang, mesti ada baik dia. Tinggal kita yang kena cari.”
            Naira renung Qiuzi dari sisi. Lembutnya nasihat itu sama macam nasihat yang Dewi pernah titipkan padanya.
            “Awak tahu, saya selalu pesan pada diri sendiri. Saya tak nak anak-anak saya rasa apa yang saya rasa. Sebab tu saya bina impian nak kahwin dengan seorang lelaki dan bina sebuah mahligai sendiri. Ada suami, ada anak-anak... jadi tak perlulah saya menagih ehsan simpati dari mama dan papa saya. Tapi sebenarnya say silap... hubungan yang retak tu kena perbetulkan dahulu. Barulah boleh bina perhubungan baru. Tapi sampai sekarang, saya masih tak ada kudrat nak perbetulkan keadaan.”
            “Awak nak saya teman?” Pelawa Qiuzi ikhlas.
            “Ish.. tak payahlah... saya rasa, saya memang tengah cari masa yang sesuai. Untuk saya baiki mana-mana yang silap. Saya nak balik... nak bawak Dewi jumpa dengan derang.”
            Kata-kata Amril pun masih berbekas di benaknya. Dia mahu Dewi dapat kasih sayang dari atuk dan neneknya. Kalau dia berdegil, boleh jadi Dewi akan membesar dengan perasaan benci jugak.
            “Okay. Memula perkenalkan Dewi dulu. Nanti perkenalkan saya pulak ya?” Mengusik lagi.
            “Awak, kalau tak usik saya, tak boleh ya?”
            “Saya rasa... hidup macam tak ada sirim kalau tak mengusik awak.”
            Perbualan mereka terhenti pabila Qairiah dan Qalam muncul bersama seplastik minuman.
            “Kak, boleh tak kita orang nak tolak stroller. Nak bawak Dewi jalan-jalan?” Tanya Qalam dengan senyuman yang tak pernah tinggal.
            “Eh sure... bawaklah.”
            Qiuzi sengih. Tahu dah tu mesti taktik adik-adik dia tuh.
            Naira sedut minuman. Tanpa Dewi, situasi derang jadi makin kekok. “Hmm.. awak dah lama ke kerja dekat bengkel tu?”
            Qiuzi angguk. “Lama dah.. lepas saya STPM. Sekarang saya dah dua puluh enam.”
            “Uish.. maknanya dah dekat tujuh tahun?” Mesti pengalaman Qiuzi dah mahal.
            “Yup.”
            “Awak tak nak sambung belajar ke?”
            “Masa tu keluarga saya memang tak mampu Naira. Arwah abah baru je meninggal. Nak tak nak, terpaksalah saya bekerja kat bengkel untuk tanggung keluarga. Dari budak tak tahu apa-apa, taukey tu ajar saya sampai dah boleh baiki semua jenis kenderaan.”
            Nampaknya hidup Qiuzi tak pun tak semudah mana. Memang hidup ini akan dihujani dengan ujian-ujian yang sesuai dengan imbangan kesabaran seseorang itu.
            “Mariam balik bila?”
            “Esok kot...”
            “Awak jangan marah dia tau.”
            Naira ketawa. Walaupun Mariam tu dah bocorkan semua rahsia dia pada Qiuzi, tapi tak adalah sampai dia nak boikot kawan sendiri. Dari dahulu, susah senang dia Mariam ada teman. Tak berganjak sedikit pun.
            “Yam... antara anugerah tak ternilai untuk saya.”
            “Macam tu jugak kehadiran awak dalam hidup saya Naira.” Tanpa memandang ke arah Naira, ayat itu meluncur laju dari mulutnya.
            Lama Naira terpaku bila hati membeku dan kaku. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Qiuzi. Lelaki ini begitu mudah mengungkap rasa.
            “Boleh saya tanya?” Okay, mungkin perbualan mereka akan berbentuk serius.
            “Apa dia?”
            “Kenapa saya?”
            “Saya tak ada jawapan kepada persoalan awak tu. Macam bila orang tanya awak, kenapa Amril dan awak pun tak boleh nak jawab kan?”
            Naira mengakuinya. Soal hati sesungguhnya, tak kan terfaham dek sesiapa pun.
            “Saya ni ada ciri-ciri gadis pilihan awak ke?” Tiba-tiba tak malu tanya soalan tu.
            Qiuzi tarik senyum.
            Saya tak pernah ada spesifikasi siapa yang saya akan suka. I just want to have a child that looks like me... another one that looks like her mother. That’s my dream...”
            “That’s so sweet...” Puji Naira ikhlas.
            “Tak payah bagitahu. Saya dah tahu.”
            Naira ketawa lagi. Haih hati... tiba-tiba tenggelam semua gundah bila duduk sebelah mamat ni.
***
            Hari pertama kelas selepas cuti mid-term berakhir. Rasa lemau je nak masuk kelas. Semalam pulak habis kerja lewat. Jadi kelas pagi tadi memanglah tersengguk-sengguk. Habis je kelas pertama, terus dia ke library. Macam biasa, cari port nak operasi taik mata.
            “Nak tidurlah tu.” Tegur satu suara.
            Langsung Amril tak hiraukan. Dia benar-benar mengantuk.
            “Ril...”
            “Jangan kacau aku.”
            “Kau buat apa asyik mengantuk je? Aku ada hal nak bincang dengan kau ni. It’s about Dewi.”
            Naira tahu, kalau guna nama Dewi, cepat je mata lelaki tu terbukak.
            Dari duduk bersandar, Amril dah menegak. “You have two minutes!”
            “Hmm.. pengasuh Dewi nak pindah. So...kena cari pengasuh lain.” Ini yang Naira risau, baru semalam mak cik jiran dia bagi tahu. Susah jugak nak cari pengasuh yang okay sekarang.
            “Pulak... hantar taska jelah.”
            “No! Taska nanti aku bimbang Dewi diabaikan.” Bukan tak tahu, taska kan ramai budak-budak kecik yang lain. Karang jaga ikut suka je. Bukan nak prejudis tapi baiklah ambik sikap berhati-hati.
            Melihat dari air muka Naira, Amril dah dapat menebak sesuatu.
            “Sebenarnya kau dah ada jumpa pengganti pengasuh Dewi kan?”
            Aik, mana tahu? Apa air muka dia ni senang sangat ke nak baca? Perlahan Naira mengangguk.
            “Siapa?”
            “Erk.. Ibu Qiuzi.”
            Semalam habis je pengasuh Dewi datang ke rumah, terus Mariam bagi idea tu. “Eh, suruh mak Qiuzi jelah tolong jagakan. Lagipun rumah dia area sini jugak.”
            “Ish kau ni... Tak mahulah susahkan mak cik.”
            “Tak ada yang susah pun. Aku rasa dia lagi suka adalah. Tengok masa dekat kampung, bukan main mesra lagi dia layan Dewi. Kejap, aku call Qiuzi.” Tak sempat ditahan, laju je Mariam capai telefon.
            Dengar dia bercakap-cakap dengan Qiuzi kemudian telefon itu dihulur kepadanya. “Qiu nak cakap dengan kau.”
            Naira telan liur. Mariam ni... tingkah laku dia makin tak terjangka.
            “Hello... bila last mak cik tu nak jaga Dewi?”
            “Dua minggu lagi.”
            “Hantar jelah cepat-cepat. Mestilah mak cik tu nak kemas barang-barang dia kan?”
            “Erk... ibu awak okay ke?”
            “Okay. Siap melompat-lompat kesukaan dah nih...” Ada tawa di hujung kata-katanya.
            “Qiu... saya... kalau boleh... tak nak susahkan keluarga awak.”
            “Apa yang susahnya? Yang dia nak jaga tu cucu dia jugak kan?”
            Erk... ayat makan dalam sangat tuh!
            “Naira....ibu saya okay je.”
            “Saya kena bincang dengan Amril dulu. Dia tak suka kalau saya belakangkan hal Dewi dari dia. Ada kemungkinan jugak dia nak jumpa dulu bakal pengasuh Dewi.” Ini bukan alasan yang direka. Ini memang perangai Amril.
            “Okay. Awak tanya dulu madu saya tu macam mana. Nanti apa-apa awak bagi tau saya semula ya?”
            ‘Madu saya?’ Ngeee.. kelakarlah sangat Qiu oit!
            “Naira, kau dengar tak aku tanya ni? Rumah dia dekat mana?” Haih, ni siapa yang mengantuk ni? Dia ke Naira? Tanya sepuluh kali tak terjawab lagi.
            “Area Subang jugak..”
            “Okay. Petang karang kita pergi tengok.” Habis ayat, terus dia kembali bersandar ke dinding. Mata dipejam.
            “Ril, sekarang baru pukul sepuluh. Tidur apa ke bendanya?” Kalau Dewi tidur rumah dia, kira logik jugak mengantuk bangun malam jaga Dewi.
            “Boleh tak jangan kacau aku. Dah... pergi sana..” Suara Amril dah meninggi. Orang mengantuk dia kacau pulak!
            Perlahan-lahan Naira bangun dan meninggalkan Amril. Makin kronik tahap mengantuk Amril nih. Nampak gayanya, dia kena selongkar dengan Daus nih!
***
            Seperti yang dijangka, dia mesti boleh jumpa Daus yang melepak dekat cafe kampus.
            “Daus, aku nak jumpa kau kejap!”
            Daus garu kepala. Apa lagilah masalah minah nih!
            “Ril selalu ke keluar malam?”
            Dahi mengerut. “Kenapa kau tanya soalan tu kat aku?”
            “Just answer my question Daus. Ya atau tak?”
            “Kenapa kau tak tanya dia sendiri?”
            “Kau tahu kan yang aku tak akan jumpa sebarang jawapan bila bersoal balas dengan dia.” Jelas Naira jujur.
            “Dah tu, kau harap akan jumpa jawapan dari aku?”
            Satu dengusan dilepaskan. Dengan Daus-daus pun dan berjangkit perangai si Amril tu. Perengus!
            “Dia dah ada penganganti Dewi ya?” Entah kenapa soalan itu meluncur laju dari mulut Naira.
            Daus ketawa kecil. Kepala menghayun ke kiri dan kanan. Menggeleng. “Kalau ada kenapa? Kau nak kaji macam mana kau kaji perangai Dewi? Kau nak mintak hati Amril macam mana kau nak mintak pada Dewi dulu?” Tebak Daus.
            Lama mereka terdiam.
            “Dah lah Naira.... cukup-cukuplah kau kejar Amril tu. Pasal hal Dewi pun dah cukup baik Amril tak tahu yang aku yang bocorkan rahsia dia. Kalau dia tahu, boleh jadi aku akan kena penumbuk dia tau!”
            Kalaulah dia tak beritahu kampung Dewi dekat mana, boleh jadi jalan cerita tak sama seperti sekarang. Tapi boleh jadi, nasib Dewi kecik tak sebaik ni. Entahlah. Pening nak fikir.
            “Daus... kau silap.”
            Daus yang sudah hampir angkat kaki itu berpaling.
            “Apa yang silap?”
            “Aku tanya... bukan sebab aku masih terkejarkan Amril.” Adakah dia nampak masih seperti Naira yang dahulu? Yang gelojoh dan bodoh mengejar cinta?
            “Habis tu?”
            “Sebab aku nak tengok Amril bahagia. Aku dah lama sedar yang aku bukan bahagia Amril. Aku cuma nak tahu.... kalau dia dah move on ke belum. Kalau betul dah ada, aku nak tumpang seronok. Itu jeh.”
            Terdiam Daus dibuatnya. Serba salah. Dia tak boleh bocorkan rahsia Amril yang satu tuh. Naira dan Amril.. mereka berdua ni sebenarnya saling berkorban. Berkorban untuk kebaikan Dewi kecik.
            Belakang leher yang panas digosok. “Kenapa kau tanya Amril selalu keluar malam ke tak?” Posisi soalan ditukar.
            “Aku tengok sekarang dia selalu mengantuk. Selalu nampak tak bermaya. Sebab tu aku tanya, dia selalu ke keluar malam?”
            Relevan sangatlah soalan Naira tu. Mana tak mengantuk kalau balik kerja pukul tiga pagi? Mulut dia pun dah letih nak smash otak Amril yang memang tumpul bila kena nasihat darinya.
            “....dia.. pergi kelab malam ke?” Tebak Naira sangkut-sangkut. Sungguh dia bukan nak berprasangka buruk tapi dia takut Amril terpesong.
            “Ish... kesitu pulak kau melencong. Kau tahu kan dia bukan jenis kaki kelab. Lately ni dia selalu study malam. Kau tak payahlah overdos sangat fikirkan pasal dia. Dia lelaki, pandailah dia nak bahagi masa.” Kelentong Daus.
            Tak-boleh!
Naira tak boleh tahu yang Amril buat part time. Kalau tahu, mati dia kena rejam dek Amril.
***
            Barang-barang yang pelanggan letakkan di atas kaunter dicapai. Discan satu persatu. Dikira jumlah dan dipulang duit bakinya. Rutin yang sangat membosankan!
            Bila tak ada pelanggan, Amril capai nota. Esok pulak ada test! Naya kalau tak boleh nak skor.
            Dia dengar result Naira makin tip top walaupun penat nak bahagi masa antara menjaga Dewi dan belajar. Jadi dia pun tak nak kalah. Dia pun nak jadi contoh yang baik buat Dewi kecik.
            Pintu berbunyi. Terus Amril letak nota ke tepi. Anak mata diangkat ke muka pintu. Tapi, jantung tetiba macam nak gugur!
            Naira!
            Gadis itu sedang menilik telefon bimbitnya. Habislah, mati kering kalau kantoi nih. Dalam banyak-banyak Seven-Eleven kat KL ni, kenapa kena datang kat sini?

p/s: satu bab je lagi... agak2 kantoi x? nway tq pada yang tak jemu menyokong.. hanya Tuhan yang tahu macam mana besarnya jasa korang pada penulis cabuk macam saya.. T_T

19 comments:

  1. qiuzi ni bakpe sweet sangat ni? ish...haha

    ReplyDelete
  2. Tolong selamatkn rahsia inchek amril tu ye ...

    ReplyDelete
  3. oh..my god..cpt2 bab bru..tahla rsa mcm xtau nk ckp ap..hnya mnanti penghabisan yg bkal tiba..amrillll please open your mind...and your heart..don't be so emosional..mostly, don't be so terrible to naira..i hurt you..i'm always support you beauty writer..and glad because have a chance to read your story..good luck..love you, do the best.!! ever!!

    ReplyDelete
  4. quizi instead of buah kuini je macam.btw along,thumbs up.

    ReplyDelete
  5. Knpe la qiuzi ni sweet sgt,hehehe...ala tgl 1 bab lg je??nnt sy akn rndu kn qiuzi..

    ReplyDelete
  6. Asal qiuzi ni manis..tp asal rasa xblh nk terima naira n qiuzi ni..aishhh

    ReplyDelete
  7. i wish naira dgn amril. tapi, macam xde harapan plak ;(

    ReplyDelete
  8. ntahla..ttp rs nk naira ngan amril.:'

    ReplyDelete
  9. O o... rasa suka la kat qiuzi...napa hati saya makin berat kt qiu. Qiu yg easygoing amril yg berahsia....lalalala

    ReplyDelete
  10. ahmad quizi ^_^
    tggl 1bab...
    teaser seketul dua yea nnty inche penulis novel
    -cik anon

    ReplyDelete
  11. hey little girl.... semakin interesting.. hahahhah.. wondering kalau2 rahsia amril buat part time akan terbongkar macam tu je.... hahhahahaha... and... sy banyak kali tersenyum bila baca ur entry kali ni... good job :)

    ReplyDelete
  12. sebab ada satu bab je lagi... kemungkinan besar terkantoi...

    ReplyDelete
  13. Akak rase xkantoi kot. mst amril suruh kwn dia kaver ke...

    ReplyDelete
  14. Quuzi baik & sweet tp saya lebih suka kalau amril & naira.

    ReplyDelete
  15. nak naira dengan quizi..
    kantoikan kak..hehe

    ReplyDelete
  16. Antara mahu dan perlu... terdayakah menyangkal dangkal rasa?
    Maaf kurang suka 'derang'. Kata bual ok tapi tuk naratif cerita kurang sesuai. Personal opinion! Say... saya..

    ReplyDelete
  17. sara.. kenapa setiap kali baca kisah amri naira n qiuzi ni, rasa deep gila.. rasa dekat n rasa berdebar.. sungguh x sabar nak tunggu versi cetak. blh dikatakan ni karya awak y pling hidup dan matang

    ReplyDelete
  18. sy ttp rsa dnyut ndi cinta amril dngn naira lbih kuat drpd dnyut ndi cinta qiuzi n naira...huwaaaaaaaa..harapannn..diorang lyk bhgia..diorang sling brkorbn..why not let be naira n amril jer..huhu

    ReplyDelete