Mata mereka saling beradu
sebelum dialihkan pada tetamu yang hadir. “Eh... tak tahu pulak Ril ada
tetamu?” Syarifah yang baru muncul itu melebarkan senyum. Mangkuk bubur kacang
di tangan dihulur pada Amril.
“Mak saya baru je
datang...” Lega. Itulah satu perkataan yang tepat menghempap bahunya. Sangkanya
Nairalah tadi.
Mangkuk bubur kacang itu
diletakkan di atas meja. Kemudian laju dia menghantar mesej pada Naira.
Melarang gadis itu dari datang ke rumahnya.
Jgn datang, mak aku ad
kat rumah! – Amril.
Abis tu dewi mcm mana? – Naira
Balasan dari Naira itu
menyedarkan Amril yang dia masih berhutang jawapan dengan ibunya.
Melihatkan Kak Syarifah
yang sedang bersalaman dengan emaknya, terus datang idea gila! Oh, harap sangat
menjadi.
“Kak... terima kasih bubur kacang tu. Akak
datang nak ambik baby sekali ke?” Mata dikenyit berulang kali. Tolonglah
delivered sikit arahan lakonannya ini.
Syarifah tayang muka
terpinga. “Baby?”
“Yalah.. anak akak ni...”
Terus diangkat tubuh Dewi dan disua ke arah Syarifah.
“Oh....” Syarifah mula
rasa ada yang tidak kena dengan jirannya itu. Dah ni anak siapa pulak sampai
Amril serah kepadanya.
“Tadi Kak Ifah memasak,
tu yang Ril pinjam tu mak..” jelas Amril bila Puan Norita tayang muka tak puas
hati.
“Sejak bila anak mak suka
budak-budak? Biasanya anak saudara sendiri tak terlayan pun.” Rasa perjudis
mula melingkari diri. Ke Amril ada skandal dengan jirannya ini? Tapi tak kanlah...
“Ril tolong je mak..
Lagipun anak Kak Ifah ni senang nak dijaga.” Dia tahu macam mana tak berkatnya
hidup bila menipu. Tapi untuk membongkarkan kebenaran, dia langsung tak sanggup
berhadapan dengan kemarahan emaknya.
Syarifah rasa tak selesa.
Apa yang perlu dia buat sekarang? Balik atau terus duduk di sini. Tapi
melihatkan layanan emak Amril yang kurang mesra, dia mula rasa canggung.
“Erk... akak balik dulu
ya.”
“Oh sure... Kak, ini tilam baby.” Berharap sangat yang mulutnya tidak
terlepas nama Dewi. Nanti makin tinggi syak wasangka emak pada dirinya. Tapi
sedikit sebanyak, dia lega sebab Kak Syarifah sudi bagi kerjasama.
“Hai, baik betul Ril
dengan dia tu? Janda ke?”
“Ish... kesitu pulak mak
ni. Kak Ifah tu ada suami lagilah.”
“Yalah.. mak tengok kamu
ni mesra sangat je dengan dia. Siap dia tolong masakkan bubur kacang. Lepas tu
kamu jaga anak dia pulak. Mak bimbang kamu ada apa-apa dengan dia pulak.” Lepas
ni dia kena hati-hati. Dia tak mahu anaknya tersilap jatuh hati lagi. Cukuplah
hanya ada Dewi di masa silam Amril.
Amril ketawa. Lega lagi.
At least mak tak teka yang itu anak Dewi Aleeya.
“Mak ni ke situ pulak.
Kan Ril cakap yang dia dah ada suami.” Amril mula mendapatkan duduk di sebelah
ayah. Disalam mesra si ayah yang memang tak banyak cakap itu.
“Ada apa mak dengan ayah
datang sini?” Walaupun mulut beramah mesra dan memandang ke arah Puan Norita
dan Encik Amran, tapi fikiran memang terfikirkan Dewi. Dah jadi satu hal pulak
bila melibatkan kak Syarifah.
“Hai, nak jenguk anak
sendiri pun tak boleh?” Puan Norita duduk. Wajahnya serius.
“Kenapa tak call je.
Boleh Ril balik.”
“Kalau
mak tak telefon, kamu pun tak ada usaha nak telefon mak. Kalau mak tak datang,
kamu pun tak ada usaha nak balik.” Suara Puan Norita penuh rasa jauh hati.
Sudahlah dahulu
diketepikan kerana Dewi. Sekarang si anak makin menjauh. Pulang jarang sekali.
Telefon pun payah nak berangkat. Hati tuanya jadi risau.
“Maaflah mak...
Assignment berlambak..”
“Tapi tak kanlah sampai
lupa mak bapak sendiri?” Kena lagi. Amril diamkan sahaja. Menyedari yang dia
sering gagal menjadi anak yang baik untuk kedua ibu bapanya.
“Ita...datang jauh-jauh
ke sini tak kan nak bebelkan anak je.” Si bapa bila sesekali bersuara, dengar
jugak tegasnya. Puan Norita tarik muncung. Sebenarnya dia dah buat keputusan
drastik. Keputusan itu yang membawa di datang jauh ke mari.
“Sebenarnya mak ada benda
nak bincang dengan kamu.”
“Benda apa mak?”
“Mak dengan ayah dah buat
keputusan nak pindah ke sini.”
Bukk! Muka macam rasa
kena tumbuk. Dia tak salah dengar kan? “Erk... apa maksud mak?”
“Mak dah jual tanah kita
di kampung lepas tu beli rumah dekat KL. Lagipun ayah kamu dah pencen mengajar.
Duduk di JB pun jauh dari anak-anak. Jadi baiklah mak duduk di sini. Bolehlah
kamu duduk dengan mak je nanti. Tak payah nak menyewa dah.”
Kalau ikutkan, sayang
memanglah sayang. Tapi bila difikirkan anak bongsunya yang seorang ini, terus
dia tekadkan keputusan. Lagipun, kalau Amril pulang ke JB, perginya hanya ke
kubur Dewi. Pagi petang siang malam kalau boleh nak ke kubur. Dah macam duda
mati bini! Jadi sebelum menjadi umpatan orang kampung, baiklah dia buat
keputusan drastik ini.
Rasa macam tercabut nyawa
bila mendengar satu persatu penjelasan dari si emak. Kalau dia tinggal sekali
di KL, macam mana dia nak jumpa dengan Dewi? Macam mana dia nak tolong Naira
jaga Dewi?
“Mak...”
“Mak dah buat keputusan
Ril. Mak tak mahu dengar sebarang bantahan.”
“Ril nak duduk sendiri.
Tapi Ril janji akan selalu balik ke rumah mak nanti.”
Dia lelaki, dia
seharusnya ada keputusan hidup sendiri. Dia tahu syurga di bawah tapak kaki
ibu. Sungguh, waima sekalipun tidak pernah dia nafikan hakikat itu. Tapi, tak
salah kan kalau dia ada keputusan hidup sendiri?
“Mak tak fahamlah dengan
kamu ni Ril. Kerja kamu hanya nak membantah je kan? Tak boleh ke kamu dengar
permintaan mak ni?”
“Mak...” Dia cuba
memujuk.
“Apa yang best sangat
duduk menyewa? Kalau duduk dengan mak, makan pakai semua tak payah fikir. Mak
boleh uruskan. Tak payah susah-susah macam sekarang ni... Tapi kamu ni, hanya
tahu susahkan hati mak je.”
“Ita... benda boleh bawak
berbincang kan?” Si ayah mula mencelah.
Surat khabar yang dibaca
tadi diletakkan di atas meja kopi. Isterinya kalau melibatkan anak bongsu
mereka, memang cepat sangat diamuk perasaan.
“Malas dah saya
berbincang dengan anak awak ni bang... Dah lah, jom balik.” Punggung diangkat.
“Mak...” Bukan niatnya
nak jadi anak derhaka. Sungguh bukan.
Tapi Puan Norita tetap
berdegil. Dibawa langkah menuju ke kereta. Dia rasa dia dah macam mengemis
kasih dari anak sendiri. Hati tuanya memang berkecil hati.
Amril
melepaskan keluhan. Dalam diam menyalahkan diri sendiri.
Tangan
si ayah singgah di bahunya. Muka memberi isyarat yang semuanya akan baik-baik
sahaja. “Jangan risau. Macam tak biasa dengan perangai mak kau tuh. Ayah balik
dulu.”
Tangan
si ayah dicium.
Walaupun
ayahnya tak cakap apa-apa. Tapi rasa bersalah tetap menyelinap masuk penjuru
hati.
“Kenapalah dengan aku ni.. Hati mak
seorang pun tak boleh nak jaga ke? Kalau Dewi masih hidup, entah-entah dengan
hati dia aku siatkan...”
Rokok dicapai. Benda alah ni jugak yang
dia rembat untuk hilangkan resah.
***
Diam
Amril buat Naira tak sedap hati. Diam Amril tu tanda lelaki itu pasti sedang
ligat berfikir. Diperhatikan Amril yang sedang membetulkan car seat Dewi.
Walaupun
Amril tak cakap, tapi dia tahu Amril tengah runsing.
“Ril...”
“Terima
kasih sebab pinjamkan Dewi.”
Naira
senyum tawar. “Apa pulak pinjam. Dewi hak kita bersama kan?”
Pintu
kereta ditutup. Rokok disua lagi ke mulut. Makin kerap pulak benda alah ni
mempengaruhi hidupnya.
“Ril...
rokok tak baik untuk kesihatanlah.” Ditarik rokok yang berada di celah bibir
Amril itu.
“Naira
please...”
“Kau
kena sihat Ril. Kau kena jaga Dewi jugak. Aku tak mahu kau mati awal.” Pujuk
Naira perlahan.
“Kalau
aku mati awal, bolehlah aku jumpa arwah Dewi kan?” Soalan tak munasabah dah
keluar. Oh, kusutnya! Kan bagus kalau ada sikat yang boleh rungkaikan kekusutan
hidup manusia.
Air
mata Naira bergenang. Cakap pasal Dewi, pasti akan ada rindu yang menggamit.
Dan dia tahu, Amril pasti berpuluh kali ganda lebih merindui arwah Dewi.
“Ril...”
Dia sendiri tak tahu bagaimana cara untuk memujuk Amril.
“Mak
kau sihat?” Topik cuba dialih.
Amril
angguk.
“Dia
tak tahu pasal Dewi kecik kan?”
Hanya
gelengan sebagai jawapan.
“Sampai
bila kau nak sorok Dewi kecik? Nanti penyudahnya kau dengan mak kau bergaduh
pulak.”
“Kalau
dia tahu pasal Dewi kecik...” Anak mata beralih mengintai si kecil yang sedang
tidur itu. “...Dia tak akan benarkan aku jumpa Dewi lagi. Dan dia pun akan
benci kau Naira. Trust me, I know my mom
very well..”
Naira
ikut mengerling ke arah Dewi kecik. “Apa nak pelik, dia memang bencikan aku
kan? Tapi orang tua Ril... lama-lama marah dia terbasuh jugak kan?”
Posisi
anak mata beralih pada Naira pulak. “Kau pulak, bila nak bawak balik Dewi jumpa
parents kau? Sementara cuti ni, pergilah. Kenalkan Dewi. Biar Dewi rasai kasih
sayang atuk dan nenek. Aku tak rasa family kau akan tolak Dewi.”
Liur
ditelan. Kesat. Senang nak nasihatkan Amril pasal keluarga dia padahal keluarga
sendiri pun tunggang langgang.
“Siapa
tahu, Dewi kecik boleh mengikat pertalian korang sekeluarga.” Amril muncul
dengan baja-baja positif.
Masalahnya,
boleh berhasil ke?
Just... drop the subject!
“Eh,
kereta kau ni aku pulang esok ya. Qiu cakap kereta aku dah boleh keluar esok.”
Berlapis
dahi Amril menangkap nama seorang lelaki itu. “Qiu? Qiuzi?” Mamat yang dia
jumpa dekat kampung Mariam hati tu ke?
Lambat-lambat
Naira mengangguk.
“Aku
tak faham...”
Melihat
muka blur Amril tuh, Naira mula bukak cerita ringkas. “Kau ingat tak, apek yang
ambik kereta aku malam tu. Qiu kerja dengan dialah.”
Muka
Amril nampak impress gila.
“Keciknya
dunia.”
Kan?
Sebesar-besar KL ni, boleh pulak terhantar dekat bengkel tempat Qiuzi berkerja.
Kekaguman Naira pada kekuasaan yang Maha Esa belum hilang lagi sebenarnya.
Sampai sekarang dia terfikir-fikir.
“Ada
jodohlah tu.” Komen itu keluar dari mulut Amril secara ikhlas. Tak dipaksa
langsung.
Sebab
tak reti nak tarik muka segan, Naira tayang muka toya.
“Dah...
aku balik dulu. Esok aku ambik kau lepas tu kau hantar aku ke bengkel ya?” Baru
je kaki nak melangkah ke tempat pemandu, suara Amril mematahkan niatnya.
“Kenapa
nak ambik aku dulu? Nak sambung drama kelmarin ke macam mana?”
Oh
lupa. Ada satu hal lagi yang Amril belum tahu. “Hmm.. Qiu dah tahu yang aku
bukan isteri orang.”
Kali
ini Amril cuba sembunyikan senyumannya. Dan Naira belum cukup bodoh nak menilai
senyuman senget Amril tuh.
“Nah.. ambik balik rokok kau. Rokok dah
lah mahal sekarang.” Nak cover malu, Naira pulangkan semula rokok Amril.
“Oh I
see... Bagi aku rokok ni nak suruh aku mati awal ke macam mana? Kalau macam
gini aku kena berhenti merokoklah... sebab takut tak sempat pulak nak makan
nasi minyak kau!”
Ciss! Tak pasal kena perli berdas-das.
***
Bonet
kereta Swift itu ditutup. Matanya ralit mengerling ke arah pasangan yang sedang
berbual di hujung ruang bengkel itu. Nak kata cemburu macam tak patut. Tapi ada
jugaklah sikit.
Amril dengan Naira nampak mesra. Mesra
yang bukan dibuat-buat. Ke derang memang ada apa-apa?
Qiuzi
mendekati keduanya. “Kereta dah siap.”
“Saya
pergi settle payment sekejap.” Naira
sebenarnya nak melarikan diri dari Qiuzi jugak.
Qiuzi
hulur tangan untuk bersalam dan disambut baik oleh Amril. Tiba-tiba suasana
jadi kekok.
“So,
kau bukan husband Naira?” Sedas
perluru dilepaskan pada Amril.
“Kau
dah tahu lepas tu kau tanya lagi?” Soalan dibalas dengan soalan.
Qiuzi
tak tinggal diam. “Kau ada apa-apa perasaan pada Naira?” Mereka saling menembak
soalan.
Wohoo....
jangan gelojoh sangat bro!
“Perlu
ke kau tahu?” Testing sikit tahap
kesabaran Qiuzi nih.
“Aku
cuma tak mahu seludup hak orang. Sebab tu aku mintak baik-baik. Kalau korang
tengah ada affair, aku tak nak
kacau.” Senang bercakap dari lelaki ke lelaki. Tak payah nak kona-kona sangat.
Amril
sengih.
“Kenapa
kau tetiba sukakan dia?” Soalan versi maut dah muncul.
“Kau
rasa ada ke skop tiba-tiba dalam hidup kita. Semua dah tersurat kan?”
Amril
angguk kepala. Pandai main pyscho jugak mamat ni. “Kau tahu tak Naira tu anak
siapa?”
“Sebelum
aku putuskan untuk jatuh suka pada seseorang. Aku tak pernah nak kaji selidik
siapa dia atau family dia.”
“Dia
tu anak Tan Sri! Anak orang kaya. Nampak je macam biasa-biasa tu. Kau rasa, kau
boleh jaga dia?” Okay, tengok gaya macam cool je. Tapi tak tahulah kalau dah
digoncang, mula rasa goyah.
“Kau
tengah bagi hint untuk patahkan semangat aku ke apa ni?” Qiuzi tak mampu nak
tebak apa yang bersarang di benak Amril. Amril jelous ke dia suka kat Naira? Ke
Amril cuba nak halang hubungan derang.
“Aku
baru bagi intro.. Tak kan kau dah goyang kot..”
“Aku
tak goyang.. aku cuma tak faham. Kau ada perasaan pada Naira ke?”
“None of your business.”
Qiuzi
geleng kepala. “Tak faham aku dengan kau ni. Perasaan aku, kau nak tebak.
Perasaan kau, kau nak sembunyi dari aku. Sebenarnya apa yang kau nak?”
Amril
keluarkan rokok. Disepit di celah bibir kemudian menyalakan lighter di hujung
puntung rokok.
Kepulan
asap kecil keluar dari mulut dan rongga hidungnya. Kotak rokok disua pada Qiuzi
tapi ditolak lembut.
“Aku
tak merokok.”
“Bagus!
Naira tak suka lelaki merokok. Lagipun rokok ni boleh membunuh.”
Berkerut
dahi Qiuzi untuk memaknakan ayat Amril itu. Adakah lelaki ini merokok untuk
membuatkan Naira benci padanya? “Hmm.. soalan aku tadi kau tak jawab lagi.
Sebenarnya... apa yang kau nak?”
“Aku
cuma tak nak dia kecewa.” Sungguh, walau dia mungkin tak cintakan Naira. Tapi
dia tak mahu Naira kecewa.
“Tak
nak dia kecewa sebagaimana kau kecewakan dia dulu?” Tebak Qiuzi tangkas.
Amril
langsung tak pelik kalau Qiuzi tahu. Dia kan sepupu Mariam. Mesti dah kering
semua isi cerita Mariam perah pada Qiuzi.
“Tuhan
hantar aku untuk kecewakan Naira sebab......” Jeda seketika untuk menjamah
wajah Qiuzi. “...dia nak kirimkan kau untuk ubati hati Naira. Setiap sakit yang
Tuhan bagi, mestilah dia kirimkan penawar sekali.”
Sungguh
Qiuzi speechless!
Hujung
rokok disedut lagi.
“Satu
pesan aku... nak rebut hati Naira, mungkin tak semudah seperti yang kau
sangkakan. Dia tu umpama gula yang berada di dalam takungan air yang penuh ais.
Jadi gula dalam air tu ambik masa nak larut. Kau faham tak apa yang aku cuba
nak cakap?”
Gamam
Qiuzi mendengar sepatah demi sepatah yang keluar dari mulut Amril. Manusia
macam gini pun ada ke? Peliknya. Ini langsung tak sama dengan apa yang dia
jangkakan.
“Jadi...
kau tak kisah kalau aku nak mengurat Naira?” Qiuzi cuba buang rasa pelik.
Janganlah si Amril ni ada agenda sembunyi.
“Aku
ni bukannya bapak dia yang kau nak kena mintak izin. Cuba satu pesan aku...”
Rokok dicampak ke lantai sebelum ditenyeh dengan tapak kasut.
“Ada
satu benda yang kau tak boleh rampas dari aku iaitu... Dewi. Naira tu mummy
Dewi dan aku pulak daddy Dewi. Satu perkara ni.... kau tak boleh nak ambik
alih. Makna kata, sampai bila-bila aku memang akan ada ikatan dengan Naira.”
Betullah
kata Mariam. Amril ni unexpected
orangnya. Sekarang, semua ni berada di luar kewarasan Qiuzi sendiri.
“Aku
rasa... kau dah rodger apa yang aku cakap kan? Cakap dekat Naira, aku balik
dulu...”
“Ril...
terima kasih.”
“Aku
tak pasti ucapan terima kasih tu untuk apa. Tapi macam yang aku cakap tadi, aku
tak nak Naira terluka lagi.” Kalau dia boleh bahagia dengan sisa-sisa kenangan
arwah Dewi, dia pun harap Naira ada seorang lelaki yang boleh teman dan terima
dia seadanya.
“Kalau
nak limpahkan dia dengan duit.. aku sedar aku memang tak mampu. Tapi kalau dia
mintak dipimpin di dunia ni.. insyaAllah aku cuba jadi imam yang baik untuk
dia.” Ucap Qiuzi yakin.
“Anyway, good luck!” Ditepuk bahu Qiuzi sebelum pergi
meninggalkan bengkel.
Sekembalinya
Naira dari urusan pembayaran, dia tengok kelibat Amril dah hilang.
“Dia
dah balik.” Jelas Qiuzi tanpa dipinta.
Naira
telan liur. Sekarang yang ada hanya dia dan Qiuzi.
“Oh...
terima kasih sebab tolong baiki kereta saya dan terima kasih jugak sebab tolong
mintakkan diskaun dekat taukey awak.” Kata apek tadi, dia bagi murah sebab dia
ni kawan Qiuzi.
“Hmm...
sebagai jalan untuk membalas jasa, awak tak nak ke belanja saya makan tengah
hari?”
Naira
buat-buat betulkan tudung yang sudah sedia terbentuk.
“Sekarang
boleh ke?” Orang dah berbudi, tak kan tak reti nak faham bahasa!
“Untuk
awak apa pun boleh sayang.”
“Perkataan
‘sayang’ tu mahal tau. Mana boleh sebut sewenangnya.”
Qiuzi
tarik sengih. “Perkataan mahal tu untuk orang yang mahal dan untuk jiwa yang
tak terbeli harganya...”
Naira
menggeleng. Such a sweet talker!
Mereka
makan di warung tidak jauh dari bengkel. Dia pun tak mahu ambik masa Qiuzi
lama-lama.
“Naira....
saya tak mahu awak rasa tak selesa dengan saya. Dan maaf kalau saya melampaui
batasan. Saya cuma nak kenal dengan awak. Berkawan...”
Naira
menguis Kuew Teaw Tomyam di hadapannya. Berpusing otak dibuatnya bila hati
runsing.
“Saya...
saya tak nak lukakan awak Qiu.”
“Hmm...
kalau tak nak lukakan saya, kahwinlah dengan saya terus!” Qiuzi sengih-sengih.
Versi nakal-nakal dah muncul balik.
“Qiu..
saya pernah kena reject, jadi saya
tahu betapa pedihnya perasaan direject
tu.”
“Jadi,
pastikan awak tak akan reject saya!”
Sampuk Qiuzi lagi sambil menyuap nasi goreng kampung ke dalam mulut.
Haih,
geram pulak bercakap dengan Qiuzi ni. Ayam yang berada di dalam mangkuk cuba
dipotong dengan sudu tapi alih-alih mangkuk tu terlingkup dan kuah tomyam terus
membasahi tudung dan bajunya.
Oh
tuhan!
“Hei,
macam mana boleh terlingkup ni?” Cepat Qiuzi capai tisu dah hulurkan pada
Naira. Kalau dia tolong lap kang, naya pulak!
Erk...
okay malu. Malu sebab hampir semua orang kat warung ni pandang dia. Apa ke tak
senonoh sangat perempuan nih.
“Awak
gabra ke dating dengan saya ni...” Si dia kat sebelah boleh tersengih-sengih lagi.
Tangan dia membantu mengelap telefon yang turut dibanjiri kuah tomyam.
Muka
Naira merah. Menahan malu. Menahan gelabah. Tak berani nak pandang sekeliling.
“Releks...
pedulikan kata-kata orang. Jangan risau..perkara ni tak akan kurangkan kasih
sayang saya pada awak.” Bisik Qiuzi lembut. Dia cool je. Tak marah atau tak
membebel macam Amril.
Oh,
tak boleh jadi nih. Serius cakap, perangai cool dia ni, boleh buat aku jadi tak
waras!
p/s: taraaaa... terjawab sudah sape yang datang tuh.. okay... kepada Wan Ruzana, nanti boleh claim hadiah dari sy yaa.. sebab dia jawab jiran sebelah rumah.. kira relevanlah jawapan tuh.. =p
berita baiknya ialah... sy akan update sampai bab 12... heh.. so ada baki 2 bab lagi.. omooo.. kenapa sy baik hati sangat nih? kehkeh..
nway tq pada gojes2 yang sudi menyokong baik di belog, group or fanpage... I labayu muchoo tauuu.. n jgn lupa pd cik anon, sila tulis nama kalau mengomen.. let me know who u r... =)
xoxo Ezza Mysara =)
hahahaahhaa... gelabah tahap pe ni naira? sampai tom yam tu boleh terkena tudung dengan baju?? hahahah
ReplyDeleteBestlah cite kak ezza:)))
ReplyDeletekenapa dengan amril...macam lain. tertekan ke.
ReplyDeleteAmril ni nak mati ke? sbb siap bagi ayat.. kalau aku mati, bolehlah jumpa dewi ya?
ReplyDeletethen lepas tu qiuzi kahwin dengan naira kan? haha.. buat2 teror baca akal fikiran sara...
wow..naira dh hampir jatuh ke tu? lahai, such a sweet talker betullah qiu ni..rasanya mmg naira dan amril tk ditakdirkan bersama kan kan..
ReplyDeletenway, thanks ya ezza sbb up smpi bab 12..lebiu
i vote for qiuzi. (>.<)
ReplyDeleteI like....
ReplyDeleteHish...amril please stop la merokok... Btw...thumbs up kak...cter ni memang superb...
ReplyDelete-nur-
Qiuzi Qiuzi... Love ya love ya =)
ReplyDeleteI hv fallen for Qiuzi... huhuhu
ReplyDeleteakak.....cakkkkkk
ReplyDeleteerkk..apasal ramai cik anon ni..xpalah
ReplyDeletewalau amril dh bg peluang kt qiuzi tp rasa mcm x kenalah diorg 2 tu, kena naira n amril jgk yg ssuai..amril, rokok x baik tuk kesihatan tau, sayangkan nyawa dewi klu x syg diri..cewahhh..hehehe
tq sara
along eza
Hmmm... akak rasa kan... qiu hero cerita ni. Sebab amril ni macam xkisah je ngn naira. Dia masih ingt kat dewi...
ReplyDeletekeep it up writer
ReplyDeletecik anon
Salam hai...best la cerita ni..n y gd luck tu u...
ReplyDeleteOh miss writerr....melting da ngan quizi ni...gula2 sgt tau..hehehe :)
ReplyDeleteHanya di ICG88.COM dimana kamu bisa mainkan berbagai permainan di HKB Gaming,IDNPLAY, dan Gudang Poker! tentunya dengan inovasi terbaik.gabung dan buktikan sendiri promo dan bonusnya :
ReplyDeleteBonus New Member 20%
* Min Deposit IDR 50.000,-
* Max Bonus IDR 300.000,-
* TurnOver 4X TO Termasuk Modal Dan Bonus
* Bonus Di Berikan Di Depan
* Jika Tidak Mencapai Ketentuan Bonus Maka Bonus Akan Di Tarik Melalui Nominal Withdraw
Bonus Deposit Kedua & Selanjutnya 5%
* Min Deposit IDR 50.000,-
* Max Bonus IDR 100.000,-
* TurnOver 5X TO Termasuk Modal Dan Bonus
* Bonus Diberikan Di Depan
Tunggu apa lagi,gabung dan dapatkan bonus serta jackpotnya!
hubungi kami di :
BBM : e3a9c049
LINE: icg88poker
Whattsapp : 081360618788
Macam mna nk baca cerita penuh yer
ReplyDelete