Sunday 5 January 2014

BIAR AKU MENCINTAIMU [10]


Mata mereka saling beradu sebelum dialihkan pada tetamu yang hadir. “Eh... tak tahu pulak Ril ada tetamu?” Syarifah yang baru muncul itu melebarkan senyum. Mangkuk bubur kacang di tangan dihulur pada Amril.
“Mak saya baru je datang...” Lega. Itulah satu perkataan yang tepat menghempap bahunya. Sangkanya Nairalah tadi.
Mangkuk bubur kacang itu diletakkan di atas meja. Kemudian laju dia menghantar mesej pada Naira. Melarang gadis itu dari datang ke rumahnya.

Jgn datang, mak aku ad kat rumah! – Amril.

Abis tu dewi mcm mana? – Naira

Balasan dari Naira itu menyedarkan Amril yang dia masih berhutang jawapan dengan ibunya.
Melihatkan Kak Syarifah yang sedang bersalaman dengan emaknya, terus datang idea gila! Oh, harap sangat menjadi.
 “Kak... terima kasih bubur kacang tu. Akak datang nak ambik baby sekali ke?” Mata dikenyit berulang kali. Tolonglah delivered sikit arahan lakonannya ini.
Syarifah tayang muka terpinga. “Baby?”
“Yalah.. anak akak ni...” Terus diangkat tubuh Dewi dan disua ke arah Syarifah.
“Oh....” Syarifah mula rasa ada yang tidak kena dengan jirannya itu. Dah ni anak siapa pulak sampai Amril serah kepadanya.
“Tadi Kak Ifah memasak, tu yang Ril pinjam tu mak..” jelas Amril bila Puan Norita tayang muka tak puas hati.
“Sejak bila anak mak suka budak-budak? Biasanya anak saudara sendiri tak terlayan pun.” Rasa perjudis mula melingkari diri. Ke Amril ada skandal dengan jirannya ini? Tapi tak kanlah...
“Ril tolong je mak.. Lagipun anak Kak Ifah ni senang nak dijaga.” Dia tahu macam mana tak berkatnya hidup bila menipu. Tapi untuk membongkarkan kebenaran, dia langsung tak sanggup berhadapan dengan kemarahan emaknya.
Syarifah rasa tak selesa. Apa yang perlu dia buat sekarang? Balik atau terus duduk di sini. Tapi melihatkan layanan emak Amril yang kurang mesra, dia mula rasa canggung.
“Erk... akak balik dulu ya.”      
“Oh sure... Kak, ini tilam baby.” Berharap sangat yang mulutnya tidak terlepas nama Dewi. Nanti makin tinggi syak wasangka emak pada dirinya. Tapi sedikit sebanyak, dia lega sebab Kak Syarifah sudi bagi kerjasama.
“Hai, baik betul Ril dengan dia tu? Janda ke?”
“Ish... kesitu pulak mak ni. Kak Ifah tu ada suami lagilah.”
“Yalah.. mak tengok kamu ni mesra sangat je dengan dia. Siap dia tolong masakkan bubur kacang. Lepas tu kamu jaga anak dia pulak. Mak bimbang kamu ada apa-apa dengan dia pulak.” Lepas ni dia kena hati-hati. Dia tak mahu anaknya tersilap jatuh hati lagi. Cukuplah hanya ada Dewi di masa silam Amril.
Amril ketawa. Lega lagi. At least mak tak teka yang itu anak Dewi Aleeya.
“Mak ni ke situ pulak. Kan Ril cakap yang dia dah ada suami.” Amril mula mendapatkan duduk di sebelah ayah. Disalam mesra si ayah yang memang tak banyak cakap itu.
“Ada apa mak dengan ayah datang sini?” Walaupun mulut beramah mesra dan memandang ke arah Puan Norita dan Encik Amran, tapi fikiran memang terfikirkan Dewi. Dah jadi satu hal pulak bila melibatkan kak Syarifah.
“Hai, nak jenguk anak sendiri pun tak boleh?” Puan Norita duduk. Wajahnya serius.
“Kenapa tak call je. Boleh Ril balik.”
            “Kalau mak tak telefon, kamu pun tak ada usaha nak telefon mak. Kalau mak tak datang, kamu pun tak ada usaha nak balik.” Suara Puan Norita penuh rasa jauh hati.
Sudahlah dahulu diketepikan kerana Dewi. Sekarang si anak makin menjauh. Pulang jarang sekali. Telefon pun payah nak berangkat. Hati tuanya jadi risau.
“Maaflah mak... Assignment berlambak..”
“Tapi tak kanlah sampai lupa mak bapak sendiri?” Kena lagi. Amril diamkan sahaja. Menyedari yang dia sering gagal menjadi anak yang baik untuk kedua ibu bapanya.
“Ita...datang jauh-jauh ke sini tak kan nak bebelkan anak je.” Si bapa bila sesekali bersuara, dengar jugak tegasnya. Puan Norita tarik muncung. Sebenarnya dia dah buat keputusan drastik. Keputusan itu yang membawa di datang jauh ke mari.
“Sebenarnya mak ada benda nak bincang dengan kamu.”
“Benda apa mak?”
“Mak dengan ayah dah buat keputusan nak pindah ke sini.”
Bukk! Muka macam rasa kena tumbuk. Dia tak salah dengar kan? “Erk... apa maksud mak?”
“Mak dah jual tanah kita di kampung lepas tu beli rumah dekat KL. Lagipun ayah kamu dah pencen mengajar. Duduk di JB pun jauh dari anak-anak. Jadi baiklah mak duduk di sini. Bolehlah kamu duduk dengan mak je nanti. Tak payah nak menyewa dah.”
Kalau ikutkan, sayang memanglah sayang. Tapi bila difikirkan anak bongsunya yang seorang ini, terus dia tekadkan keputusan. Lagipun, kalau Amril pulang ke JB, perginya hanya ke kubur Dewi. Pagi petang siang malam kalau boleh nak ke kubur. Dah macam duda mati bini! Jadi sebelum menjadi umpatan orang kampung, baiklah dia buat keputusan drastik ini.
Rasa macam tercabut nyawa bila mendengar satu persatu penjelasan dari si emak. Kalau dia tinggal sekali di KL, macam mana dia nak jumpa dengan Dewi? Macam mana dia nak tolong Naira jaga Dewi?
“Mak...”
“Mak dah buat keputusan Ril. Mak tak mahu dengar sebarang bantahan.”
“Ril nak duduk sendiri. Tapi Ril janji akan selalu balik ke rumah mak nanti.”
Dia lelaki, dia seharusnya ada keputusan hidup sendiri. Dia tahu syurga di bawah tapak kaki ibu. Sungguh, waima sekalipun tidak pernah dia nafikan hakikat itu. Tapi, tak salah kan kalau dia ada keputusan hidup sendiri?
“Mak tak fahamlah dengan kamu ni Ril. Kerja kamu hanya nak membantah je kan? Tak boleh ke kamu dengar permintaan mak ni?”
“Mak...” Dia cuba memujuk.
“Apa yang best sangat duduk menyewa? Kalau duduk dengan mak, makan pakai semua tak payah fikir. Mak boleh uruskan. Tak payah susah-susah macam sekarang ni... Tapi kamu ni, hanya tahu susahkan hati mak je.”
“Ita... benda boleh bawak berbincang kan?” Si ayah mula mencelah.
Surat khabar yang dibaca tadi diletakkan di atas meja kopi. Isterinya kalau melibatkan anak bongsu mereka, memang cepat sangat diamuk perasaan.
“Malas dah saya berbincang dengan anak awak ni bang... Dah lah, jom balik.” Punggung diangkat.
“Mak...” Bukan niatnya nak jadi anak derhaka. Sungguh bukan.
Tapi Puan Norita tetap berdegil. Dibawa langkah menuju ke kereta. Dia rasa dia dah macam mengemis kasih dari anak sendiri. Hati tuanya memang berkecil hati.
            Amril melepaskan keluhan. Dalam diam menyalahkan diri sendiri.
            Tangan si ayah singgah di bahunya. Muka memberi isyarat yang semuanya akan baik-baik sahaja. “Jangan risau. Macam tak biasa dengan perangai mak kau tuh. Ayah balik dulu.”
            Tangan si ayah dicium.
            Walaupun ayahnya tak cakap apa-apa. Tapi rasa bersalah tetap menyelinap masuk penjuru hati.
“Kenapalah dengan aku ni.. Hati mak seorang pun tak boleh nak jaga ke? Kalau Dewi masih hidup, entah-entah dengan hati dia aku siatkan...”
Rokok dicapai. Benda alah ni jugak yang dia rembat untuk hilangkan resah.
***
            Diam Amril buat Naira tak sedap hati. Diam Amril tu tanda lelaki itu pasti sedang ligat berfikir. Diperhatikan Amril yang sedang membetulkan car seat Dewi.
            Walaupun Amril tak cakap, tapi dia tahu Amril tengah runsing.
            “Ril...”
            “Terima kasih sebab pinjamkan Dewi.”
            Naira senyum tawar. “Apa pulak pinjam. Dewi hak kita bersama kan?”
            Pintu kereta ditutup. Rokok disua lagi ke mulut. Makin kerap pulak benda alah ni mempengaruhi hidupnya.
            “Ril... rokok tak baik untuk kesihatanlah.” Ditarik rokok yang berada di celah bibir Amril itu.
            “Naira please...”
            “Kau kena sihat Ril. Kau kena jaga Dewi jugak. Aku tak mahu kau mati awal.” Pujuk Naira perlahan.
            “Kalau aku mati awal, bolehlah aku jumpa arwah Dewi kan?” Soalan tak munasabah dah keluar. Oh, kusutnya! Kan bagus kalau ada sikat yang boleh rungkaikan kekusutan hidup manusia.
            Air mata Naira bergenang. Cakap pasal Dewi, pasti akan ada rindu yang menggamit. Dan dia tahu, Amril pasti berpuluh kali ganda lebih merindui arwah Dewi.
            “Ril...” Dia sendiri tak tahu bagaimana cara untuk memujuk Amril.
            “Mak kau sihat?” Topik cuba dialih.
            Amril angguk.
            “Dia tak tahu pasal Dewi kecik kan?”
            Hanya gelengan sebagai jawapan.
            “Sampai bila kau nak sorok Dewi kecik? Nanti penyudahnya kau dengan mak kau bergaduh pulak.”
            “Kalau dia tahu pasal Dewi kecik...” Anak mata beralih mengintai si kecil yang sedang tidur itu. “...Dia tak akan benarkan aku jumpa Dewi lagi. Dan dia pun akan benci kau Naira. Trust me, I know my mom very well..”
            Naira ikut mengerling ke arah Dewi kecik. “Apa nak pelik, dia memang bencikan aku kan? Tapi orang tua Ril... lama-lama marah dia terbasuh jugak kan?”
            Posisi anak mata beralih pada Naira pulak. “Kau pulak, bila nak bawak balik Dewi jumpa parents kau? Sementara cuti ni, pergilah. Kenalkan Dewi. Biar Dewi rasai kasih sayang atuk dan nenek. Aku tak rasa family kau akan tolak Dewi.”
            Liur ditelan. Kesat. Senang nak nasihatkan Amril pasal keluarga dia padahal keluarga sendiri pun tunggang langgang.
            “Siapa tahu, Dewi kecik boleh mengikat pertalian korang sekeluarga.” Amril muncul dengan baja-baja positif.
            Masalahnya, boleh berhasil ke?
            Just... drop the subject!
            “Eh, kereta kau ni aku pulang esok ya. Qiu cakap kereta aku dah boleh keluar esok.”
            Berlapis dahi Amril menangkap nama seorang lelaki itu. “Qiu? Qiuzi?” Mamat yang dia jumpa dekat kampung Mariam hati tu ke?
            Lambat-lambat Naira mengangguk.
            “Aku tak faham...”
            Melihat muka blur Amril tuh, Naira mula bukak cerita ringkas. “Kau ingat tak, apek yang ambik kereta aku malam tu. Qiu kerja dengan dialah.”
            Muka Amril nampak impress gila.
            “Keciknya dunia.”
            Kan? Sebesar-besar KL ni, boleh pulak terhantar dekat bengkel tempat Qiuzi berkerja. Kekaguman Naira pada kekuasaan yang Maha Esa belum hilang lagi sebenarnya. Sampai sekarang dia terfikir-fikir.
            “Ada jodohlah tu.” Komen itu keluar dari mulut Amril secara ikhlas. Tak dipaksa langsung.
            Sebab tak reti nak tarik muka segan, Naira tayang muka toya.
            “Dah... aku balik dulu. Esok aku ambik kau lepas tu kau hantar aku ke bengkel ya?” Baru je kaki nak melangkah ke tempat pemandu, suara Amril mematahkan niatnya.
            “Kenapa nak ambik aku dulu? Nak sambung drama kelmarin ke macam mana?”
            Oh lupa. Ada satu hal lagi yang Amril belum tahu. “Hmm.. Qiu dah tahu yang aku bukan isteri orang.”
            Kali ini Amril cuba sembunyikan senyumannya. Dan Naira belum cukup bodoh nak menilai senyuman senget Amril tuh.
“Nah.. ambik balik rokok kau. Rokok dah lah mahal sekarang.” Nak cover malu, Naira pulangkan semula rokok Amril.
“Oh I see... Bagi aku rokok ni nak suruh aku mati awal ke macam mana? Kalau macam gini aku kena berhenti merokoklah... sebab takut tak sempat pulak nak makan nasi minyak kau!”
Ciss! Tak pasal kena perli berdas-das.
***
            Bonet kereta Swift itu ditutup. Matanya ralit mengerling ke arah pasangan yang sedang berbual di hujung ruang bengkel itu. Nak kata cemburu macam tak patut. Tapi ada jugaklah sikit.
Amril dengan Naira nampak mesra. Mesra yang bukan dibuat-buat. Ke derang memang ada apa-apa?
            Qiuzi mendekati keduanya. “Kereta dah siap.”
            “Saya pergi settle payment sekejap.” Naira sebenarnya nak melarikan diri dari Qiuzi jugak.
            Qiuzi hulur tangan untuk bersalam dan disambut baik oleh Amril. Tiba-tiba suasana jadi kekok.
            “So, kau bukan husband Naira?” Sedas perluru dilepaskan pada Amril.
            “Kau dah tahu lepas tu kau tanya lagi?” Soalan dibalas dengan soalan.
            Qiuzi tak tinggal diam. “Kau ada apa-apa perasaan pada Naira?” Mereka saling menembak soalan.
            Wohoo.... jangan gelojoh sangat bro!
            “Perlu ke kau tahu?” Testing sikit tahap kesabaran Qiuzi nih.
            “Aku cuma tak mahu seludup hak orang. Sebab tu aku mintak baik-baik. Kalau korang tengah ada affair, aku tak nak kacau.” Senang bercakap dari lelaki ke lelaki. Tak payah nak kona-kona sangat.
            Amril sengih.
            “Kenapa kau tetiba sukakan dia?” Soalan versi maut dah muncul.
            “Kau rasa ada ke skop tiba-tiba dalam hidup kita. Semua dah tersurat kan?”
            Amril angguk kepala. Pandai main pyscho jugak mamat ni. “Kau tahu tak Naira tu anak siapa?”
            “Sebelum aku putuskan untuk jatuh suka pada seseorang. Aku tak pernah nak kaji selidik siapa dia atau family dia.”
            “Dia tu anak Tan Sri! Anak orang kaya. Nampak je macam biasa-biasa tu. Kau rasa, kau boleh jaga dia?” Okay, tengok gaya macam cool je. Tapi tak tahulah kalau dah digoncang, mula rasa goyah.
            “Kau tengah bagi hint untuk patahkan semangat aku ke apa ni?” Qiuzi tak mampu nak tebak apa yang bersarang di benak Amril. Amril jelous ke dia suka kat Naira? Ke Amril cuba nak halang hubungan derang.
            “Aku baru bagi intro.. Tak kan kau dah goyang kot..”
            “Aku tak goyang.. aku cuma tak faham. Kau ada perasaan pada Naira ke?”
            “None of your business.”
            Qiuzi geleng kepala. “Tak faham aku dengan kau ni. Perasaan aku, kau nak tebak. Perasaan kau, kau nak sembunyi dari aku. Sebenarnya apa yang kau nak?”
            Amril keluarkan rokok. Disepit di celah bibir kemudian menyalakan lighter di hujung puntung rokok.
            Kepulan asap kecil keluar dari mulut dan rongga hidungnya. Kotak rokok disua pada Qiuzi tapi ditolak lembut.
            “Aku tak merokok.”
            “Bagus! Naira tak suka lelaki merokok. Lagipun rokok ni boleh membunuh.”


                     
            Berkerut dahi Qiuzi untuk memaknakan ayat Amril itu. Adakah lelaki ini merokok untuk membuatkan Naira benci padanya? “Hmm.. soalan aku tadi kau tak jawab lagi. Sebenarnya... apa yang kau nak?”
            “Aku cuma tak nak dia kecewa.” Sungguh, walau dia mungkin tak cintakan Naira. Tapi dia tak mahu Naira kecewa.
            “Tak nak dia kecewa sebagaimana kau kecewakan dia dulu?” Tebak Qiuzi tangkas.
            Amril langsung tak pelik kalau Qiuzi tahu. Dia kan sepupu Mariam. Mesti dah kering semua isi cerita Mariam perah pada Qiuzi.
            “Tuhan hantar aku untuk kecewakan Naira sebab......” Jeda seketika untuk menjamah wajah Qiuzi. “...dia nak kirimkan kau untuk ubati hati Naira. Setiap sakit yang Tuhan bagi, mestilah dia kirimkan penawar sekali.”
            Sungguh Qiuzi speechless!
            Hujung rokok disedut lagi.
            “Satu pesan aku... nak rebut hati Naira, mungkin tak semudah seperti yang kau sangkakan. Dia tu umpama gula yang berada di dalam takungan air yang penuh ais. Jadi gula dalam air tu ambik masa nak larut. Kau faham tak apa yang aku cuba nak cakap?”
            Gamam Qiuzi mendengar sepatah demi sepatah yang keluar dari mulut Amril. Manusia macam gini pun ada ke? Peliknya. Ini langsung tak sama dengan apa yang dia jangkakan.
            “Jadi... kau tak kisah kalau aku nak mengurat Naira?” Qiuzi cuba buang rasa pelik. Janganlah si Amril ni ada agenda sembunyi.
            “Aku ni bukannya bapak dia yang kau nak kena mintak izin. Cuba satu pesan aku...” Rokok dicampak ke lantai sebelum ditenyeh dengan tapak kasut.
            “Ada satu benda yang kau tak boleh rampas dari aku iaitu... Dewi. Naira tu mummy Dewi dan aku pulak daddy Dewi. Satu perkara ni.... kau tak boleh nak ambik alih. Makna kata, sampai bila-bila aku memang akan ada ikatan dengan Naira.”
            Betullah kata Mariam. Amril ni unexpected orangnya. Sekarang, semua ni berada di luar kewarasan Qiuzi sendiri.
            “Aku rasa... kau dah rodger apa yang aku cakap kan? Cakap dekat Naira, aku balik dulu...”
            “Ril... terima kasih.”
            “Aku tak pasti ucapan terima kasih tu untuk apa. Tapi macam yang aku cakap tadi, aku tak nak Naira terluka lagi.” Kalau dia boleh bahagia dengan sisa-sisa kenangan arwah Dewi, dia pun harap Naira ada seorang lelaki yang boleh teman dan terima dia seadanya.
            “Kalau nak limpahkan dia dengan duit.. aku sedar aku memang tak mampu. Tapi kalau dia mintak dipimpin di dunia ni.. insyaAllah aku cuba jadi imam yang baik untuk dia.” Ucap Qiuzi yakin.
            “Anyway, good luck!” Ditepuk bahu Qiuzi sebelum pergi meninggalkan bengkel.
            Sekembalinya Naira dari urusan pembayaran, dia tengok kelibat Amril dah hilang.
            “Dia dah balik.” Jelas Qiuzi tanpa dipinta.
            Naira telan liur. Sekarang yang ada hanya dia dan Qiuzi.
            “Oh... terima kasih sebab tolong baiki kereta saya dan terima kasih jugak sebab tolong mintakkan diskaun dekat taukey awak.” Kata apek tadi, dia bagi murah sebab dia ni kawan Qiuzi.
            “Hmm... sebagai jalan untuk membalas jasa, awak tak nak ke belanja saya makan tengah hari?”
            Naira buat-buat betulkan tudung yang sudah sedia terbentuk.
            “Sekarang boleh ke?” Orang dah berbudi, tak kan tak reti nak faham bahasa!
            “Untuk awak apa pun boleh sayang.”
            “Perkataan ‘sayang’ tu mahal tau. Mana boleh sebut sewenangnya.”
            Qiuzi tarik sengih. “Perkataan mahal tu untuk orang yang mahal dan untuk jiwa yang tak terbeli harganya...”
            Naira menggeleng. Such a sweet talker!
            Mereka makan di warung tidak jauh dari bengkel. Dia pun tak mahu ambik masa Qiuzi lama-lama.
            “Naira.... saya tak mahu awak rasa tak selesa dengan saya. Dan maaf kalau saya melampaui batasan. Saya cuma nak kenal dengan awak. Berkawan...”
            Naira menguis Kuew Teaw Tomyam di hadapannya. Berpusing otak dibuatnya bila hati runsing.
            “Saya... saya tak nak lukakan awak Qiu.”
            “Hmm... kalau tak nak lukakan saya, kahwinlah dengan saya terus!” Qiuzi sengih-sengih. Versi nakal-nakal dah muncul balik.
            “Qiu.. saya pernah kena reject, jadi saya tahu betapa pedihnya perasaan direject tu.”
            “Jadi, pastikan awak tak akan reject saya!” Sampuk Qiuzi lagi sambil menyuap nasi goreng kampung ke dalam mulut.
            Haih, geram pulak bercakap dengan Qiuzi ni. Ayam yang berada di dalam mangkuk cuba dipotong dengan sudu tapi alih-alih mangkuk tu terlingkup dan kuah tomyam terus membasahi tudung dan bajunya.
            Oh tuhan!
            “Hei, macam mana boleh terlingkup ni?” Cepat Qiuzi capai tisu dah hulurkan pada Naira. Kalau dia tolong lap kang, naya pulak!
            Erk... okay malu. Malu sebab hampir semua orang kat warung ni pandang dia. Apa ke tak senonoh sangat perempuan nih.
            “Awak gabra ke dating dengan saya ni...” Si dia kat sebelah boleh tersengih-sengih lagi. Tangan dia membantu mengelap telefon  yang turut dibanjiri kuah tomyam.
            Muka Naira merah. Menahan malu. Menahan gelabah. Tak berani nak pandang sekeliling.
            “Releks... pedulikan kata-kata orang. Jangan risau..perkara ni tak akan kurangkan kasih sayang saya pada awak.” Bisik Qiuzi lembut. Dia cool je. Tak marah atau tak membebel macam Amril.
            Oh, tak boleh jadi nih. Serius cakap, perangai cool dia ni, boleh buat aku jadi tak waras!

 p/s: taraaaa... terjawab sudah sape yang datang tuh.. okay... kepada Wan Ruzana, nanti boleh claim hadiah dari sy yaa.. sebab dia jawab jiran sebelah rumah.. kira relevanlah jawapan tuh.. =p

berita baiknya ialah... sy akan update sampai bab 12... heh.. so ada baki 2 bab lagi.. omooo.. kenapa sy baik hati sangat nih? kehkeh..

nway tq pada gojes2 yang sudi menyokong baik di belog, group or fanpage... I labayu muchoo tauuu.. n jgn lupa pd cik anon, sila tulis nama kalau mengomen.. let me know who u r... =)

xoxo Ezza Mysara =)



18 comments:

  1. hahahaahhaa... gelabah tahap pe ni naira? sampai tom yam tu boleh terkena tudung dengan baju?? hahahah

    ReplyDelete
  2. Bestlah cite kak ezza:)))

    ReplyDelete
  3. kenapa dengan amril...macam lain. tertekan ke.

    ReplyDelete
  4. Amril ni nak mati ke? sbb siap bagi ayat.. kalau aku mati, bolehlah jumpa dewi ya?

    then lepas tu qiuzi kahwin dengan naira kan? haha.. buat2 teror baca akal fikiran sara...

    ReplyDelete
  5. wow..naira dh hampir jatuh ke tu? lahai, such a sweet talker betullah qiu ni..rasanya mmg naira dan amril tk ditakdirkan bersama kan kan..
    nway, thanks ya ezza sbb up smpi bab 12..lebiu

    ReplyDelete
  6. i vote for qiuzi. (>.<)

    ReplyDelete
  7. Hish...amril please stop la merokok... Btw...thumbs up kak...cter ni memang superb...

    -nur-

    ReplyDelete
  8. Qiuzi Qiuzi... Love ya love ya =)

    ReplyDelete
  9. I hv fallen for Qiuzi... huhuhu

    ReplyDelete
  10. akak.....cakkkkkk

    ReplyDelete
  11. erkk..apasal ramai cik anon ni..xpalah

    walau amril dh bg peluang kt qiuzi tp rasa mcm x kenalah diorg 2 tu, kena naira n amril jgk yg ssuai..amril, rokok x baik tuk kesihatan tau, sayangkan nyawa dewi klu x syg diri..cewahhh..hehehe
    tq sara

    along eza

    ReplyDelete
  12. Hmmm... akak rasa kan... qiu hero cerita ni. Sebab amril ni macam xkisah je ngn naira. Dia masih ingt kat dewi...

    ReplyDelete
  13. keep it up writer
    cik anon

    ReplyDelete
  14. Salam hai...best la cerita ni..n y gd luck tu u...

    ReplyDelete
  15. Oh miss writerr....melting da ngan quizi ni...gula2 sgt tau..hehehe :)

    ReplyDelete
  16. Hanya di ICG88.COM dimana kamu bisa mainkan berbagai permainan di HKB Gaming,IDNPLAY, dan Gudang Poker! tentunya dengan inovasi terbaik.gabung dan buktikan sendiri promo dan bonusnya :

    Bonus New Member 20%
    * Min Deposit IDR 50.000,-
    * Max Bonus IDR 300.000,-
    * TurnOver 4X TO Termasuk Modal Dan Bonus
    * Bonus Di Berikan Di Depan
    * Jika Tidak Mencapai Ketentuan Bonus Maka Bonus Akan Di Tarik Melalui Nominal Withdraw

    Bonus Deposit Kedua & Selanjutnya 5%
    * Min Deposit IDR 50.000,-
    * Max Bonus IDR 100.000,-
    * TurnOver 5X TO Termasuk Modal Dan Bonus
    * Bonus Diberikan Di Depan

    Tunggu apa lagi,gabung dan dapatkan bonus serta jackpotnya!

    hubungi kami di :
    BBM : e3a9c049
    LINE: icg88poker
    Whattsapp : 081360618788

    ReplyDelete