Mesej
yang tertera di skrin telefon bimbit dibaca. Apalah Mariam ni, dah period baru reti nak suruh dia beli pad!
Buatlah persediaan awal-awal. Ini pun nasib baik dia kat luar.
Tuala
Wanita jenama Kotex Overnight dicapai. Tak tunggu lama, terus dia menuju ke
kaunter.
Namun
langkah kakinya mula terkaku. Lama Naira pandang lelaki dihadapannya ini. Ya.
Lelaki yang sedang menjaga kaunter.
Amril
telan liur. Anak mata ditundukkan. Pandangan tajam Naira tu buat dia tak
keruan. Dada rasa macam kena hempap dengan kayu balak!
Kepala
yang tak gatal digaru. Macam ada benda je yang dia tertinggal nak beli. Ting! Setelah
ingatan kembali pulih, Naira meletakkan barang di atas kaunter.
“Erk
dik... minyak cap kapak ada tak?” Malas nak mencari, tanya jelah dekat kaunter
ni.
Amril
tarik nafas lega. Oh, tadi Naira berfikir gamaknya. Terus Amril berlalu ke
belakang sedikit dan mengambil sebotol minyak cap kapak dan diletakkan di atas
kaunter.
“Tu
je..” Duit di dalam purse dikeluarkan.
Pelik Naira memandang lelaki bertopi di
hadapannya. Macam... “Kenapa pakai mask?” Haih, tak boleh tinggal perangai
cepat bertanya tuh.
“Demam, batuk dan selsema.” Kendur suara
Amril menjawab. Takut Naira cam identiti dirinya disebalik mask yang tersarung
di wajah.
“Oh... demam-demam pun kerja? Anyway, get well soon.” Duit baki
diambil dan melangkah keluar dari Seven-Eleven itu.
Amril cabut topi dan mask sambil lepas
nafas. Gila! Jantung dah macam tercabut. Rambut yang kemas dikuak beberapa
kali. Cuak seyh!
Mujurlah anak mata terpandangkan mask yang
memang sedia ada terjual dekat Seven Eleven ni. Cepat-cepat dipakai untuk
melindungi wajah. Jam ditilik. Menunjukkan angka sebelas malam. Buat apa keluar
malam-malam ni?
Baru Amril mencapai telefon. Nak bersoal
jawab dengan Naira tapi separuh jiwanya melarang.
‘Kau sendiri tengok kan dia beli apa tadi?
Beli pad! Mestilah tengah emergency
tuh.’ Kepala digeleng sambil tersenyum. Haihlah perempuan, complicated betul!
***
Balik
dari kuliah, Naira singgah ke rumah Qiuzi untuk mengambil Dewi. Hampir dua bulan
jugaklah Dewi diasuh oleh Puan Kamilah. Teringat waktu pertama kali menghantar
Dewi ke rumah Qiuzi ini. Masa tu muka Amril serius habis!
“Aku
tahu kau risau pasal Dewi, tapi kalau boleh janganlah nampak prejudis sangat
dekat mak Qiuzi tuh!”
Amril
pandang Naira tajam. “Kenapa? Sebab mak Qiuzi tu mak mertua kau?”
“Bukanlah!”
Ke situ pulak. Amril ni kan bila melibatkan Dewi, risau dia bertambah seratus
kilo jadi soalan yang keluar mesti ala-ala wartawan Melodi. Masa pengasuh yang
dulu pun kemain lagi diselongkar semua isi cerita.
“Kalau
bukan mak mertua, bakal mak mertua!”
Naira
diam. Malas nak cakap banyak dengan Amril nih. Menyakitkan hati sahaja.
“Kau
cakap tadi.. macam kau tak kenal aku kan?”
Firasat
Naira mengatakan bahawa ada yang tak kena dengan nada suara Amril tu. Macam
berjauh hati.
Wajah
Amril ditelan anak mata Naira. Minta
penjelasan.
“Selama
ni macamlah mulut aku pernah me‘laser’ dengan orang yang lebih tua dari aku
kan?”
“Bukan
macam tu maksud aku...” Lah, sejak bila hati Amril reti nak sentap-sentap nih.
Taufan pun tahu simptom-simptom nak
touching ke?
Penjelasan
yang cuba Naira taburkan, sikit pun tidak dipeduli. Kaki melangkah ke dalam
rumah. Rumah sederhana dua tingkat. Tak ada perhiasan mewah. Semuanya kelihatan
ala kadar. Tapi bersih dan sedap mata memandang.
“Mak
cik, walaupun saya ni bukan ayah kandung Dewi, bukan sesiapa pun dalam hidup
Dewi tapi dia adalah amanah untuk saya. Jadi besar harapan saya agar dia diasuh
oleh seseorang yang boleh limpahkan kasih sayangnya pada Dewi. Jadi kalau mak
cik tak keberatan, sudilah menerima amanah saya ni untuk membantu menjaga
Dewi.”
Masa
nih, anak mata Naira dah kabur. Ayat Amril tu kenapa tragis macam hati yang
digilis trelar?
“Mak
cik terima pelawaan tu sebab mak cik pun bukan buat apa-apa dekat rumah ni.
Sambil-sambil tu ada jugak temannya. Kalau kamu berdua percayakan mak cik, insyaAllah,
mak cik jaga amanah kamu ni sebaiknya.” Ujar Puan Kamilah lembut.
Tentang
Dewi, Naira dan Amril, semuanya sudah diperjelaskan oleh Qiuzi awal-awal lagi.
Malah Puan Kamilah tetap tabik dengan dua orang anak muda ini. Walaupun belum
berkahwin, tapi sudah belajar mengenal erti tangungjawab.
“Naira...
kenapa tak masuk lagi tu?” Teguran itu mengejutkan lamunan Naira yang sedang
berdiri di depan pagar rumah.
Masuk
ke dalam rumah, dia lihat Dewi yang sedang duduk itu. Dah berusia lima bulan.
Sudah boleh duduk dan pastilah memerlukan perhatian yang lebih banyak.
“Mummy
dah datang...”
Melihatkan
Puan Kamilah yang lembut menjaga Dewi, hati Naira jadi tersentuh. Rindunya dia
pada mama. Dan kalau mama tahu pasal Dewi, agak-agaknya mama dapat terima ke
tak?
“Kenapa
ni?” Teguran itu membuatkan Naira sedikit tersentak.
Hanya
gelengan sebagai jawapan.
“Kalau
ada masalah, jangan simpan sendiri-sendiri. Nanti bengkak payah pulak nak
surut.”
“Naira
ingat... nak buat tahlil untuk arwah
Dewi.” Dah lama dia fikir. Tapi kalau nak buat sendiri, macam tak mampu je.
Bukan tak mampu dari segi kewangan tapi dari segi penyediaan.
“Oh...
kalau macam tu mak cik boleh tolong uruskan. Tak pun, kita buat sekali untuk
arwah pak cik.”
“Boleh
ke?”
“Apa
pulak tak boleh. Dah, jangan buat muka masam. Kalau Qiu tengok nanti, dia ingat
mak cik buli kamu pulak.”
Terus
tercetus tawa dari mulut Naira. Keluarga ni semua sama. Baik si emak, Qiu
walhal adik-adik dia pun, semua kaki mengusik! Boleh koyak jiwa tapi yang
peliknya hati langsung tak tercedera.
“Tak
kanlah dia fikir macam tu pasal mak dia sendiri...”
“Mak
cik tahu, Qiu tu tak ada apa-apa Naira. Baik dari rupa paras ataupun harta, dia
memang tak ada apa-apa. Tapi apa yang berani mak cik kata, dia adalah orang
yang paling menyenangkan. Selagi ada dia, mak cik tak pernah rasa susah. Ada je
alasan dia untuk buat mak cik tersenyum. Dan mak cik boleh janji, benda yang
sama akan dirasai oleh orang yang dia sayang jugak.”
Naira
menunduk. Pertama kali Puan Kamilah bersikap terbuka bercerita soal si anak.
“Mak
cik tahu, kamu susah nak terima dia... Tapi cubalah bukak hati tu untuk terima
anak mak cik tu sebab mak cik dah jatuh sayang pada Dewi dan lebih-lebih lagi
pada kamu.”
Air
mata Naira menitis. Rasa sebak bila tangan Puan Kamilah jatuh di kepalanya.
Mereka mungkin tak kaya duit, tapi melimpah ruah dengan kasih sayang.
“Mak
cik... saya ni... tak baik mana pun. Saya ni teruk.”
Puan
Kamilah menggeleng sambil membetulkan si kecil Dewi yang sedang bermain
permainan.
“Jangan
cakap macam tu Naira. Kamu tak pernah kurang di mata mak cik. Malah, mak cik
bersyukur Qiuzi jatuh suka pada kamu tau. Kamu jangan salah faham tau, mak cik
sikit pun tak paksa. Mak cik cuma nak bagi tahu, yang mak cik merestui kalian
berdua. Itu jeh.”
Naira
sedar betapa pentingnya restu orang tua dalam sebuah perkahwinan. Kisah Dewi
dan Amril dahulu sedikit sebanyak telah memberi iktibar buat dirinya. Kalau dia
bersama Amril pun, belum tentu lagi dia akan diterima oleh keluarga Amril.
Lebih-lebih lagi mak si Amril yang menyinga itu.
“Mak
cik.. terima kasih tau. Saya janji, saya akan cuba...” Dicapai tangan ibu Qiuzi
itu. Argh, tenang hati berbual bersama Puan Kamilah.
“Dah,
jangan menangis!” Pipi Naira yang basah dikesat.
Puan Kamilah tahu ada banyak benda yang
terbeban dalam gelodak jiwa Naira. Dia cuma buka jalan antara Qiuzi dan Naira.
Bak kata ceramah ustaz dalam radio Ikim fm tadi, kalau periuk nasi depan mata
pun, tetap kena suap nasi tu ke mulut. Nasi tak boleh masuk mulut sendiri. Jadi
perlunya ada usaha dan doa kemudian tawakal. Tawakal tulah pakaian hati yang
paling menenangkan.
“Ibu...
kenapa buli kesayangan Qiu ni.”
Suara
itu mengejutkan kedua-duanya. Sejak bila Qiuzi balik?
“Hah,
kan betul mak cik dah cakap. Qiu mesti ingat mak cik buli kamu.”
“Yelah,
kalu ibu yang menangis, Qiu cakaplah yang Naira buli ibu...” bahu si ibu
diraih. Untung ada mak sporting macam Puan Kamiliah.
Sungguh dia panjatkan rasa syukur pada
tuhan dan rasa syukur itu tak akan berkesudahan kerana telah diberi kesempatan
ditumpangkan di dalam rahim Puan Kamiliah.
Dikerling
ke arah Naira yang memalingkan wajah itu. Bibir tersenyum. Lega kerana hubungan
si ibu dan Naira berjalan dengan baik.
“Dah
lah, ibu ada masak air panas tadi. Ibu pergi buat air kejap.” Punggung sudah diangkat.
“Teh
o panas kurang manis tau bu!” Peringat Qiuzi.
“Ibu
tahulah... nanti ibu akan pesan dekat bakal menantu ibu sekali.”
Qiuzi
ketawa. Muka Naira pula makin membahang. Dua beranak ni memanglah kaki
mengusik!
“Awak
okay tak?”
“Okay
jeh...” Rasa kekok pulak rasa. Agaknya Qiuzi tahu ke dia menangis sebab apa?
Jeda
seketika.
“Mak
awak memang best..” Puji Naira ikhlas.
“Saya
tahu.. sebab tu saya nak ajak awak kongsi sama.”
Argghh...
balik-balik Naira yang terkena balik. Berdebat dengan Qiuzi ni lagi penat sebab
balik-balik dia yang kalah.
“Saya
ni tamak tauuu.. awak tak takut ke nanti kalau ibu awak sayang saya lebih dari awak?” Kening diangkat. Tak boleh asyik
dikalahkan sahaja.
Qiuzi
ketawa kecil. Tubuh si kecil diangkat. Dicium pipi itu berulang kali.
“Bukan
setakat ibu.... saya akan bagi adik-adik saya sekali Naira. Tapi sekali pakej
dengan sayalah...”
Terkena
lagi Naira.
“Awak
memang kan? Mewah dengan ayat manis.”
“Saya
memang suka nak banjirkan awak dengan kasih sayang saya.” Usik Qiuzi lagi. Bagi
dia, Naira dah cukup menderita. Cerita-cerita dari Mariam selalu buat dia tekad
untuk limpahkan Naira dengan kasih yang tak berbelah bahagi.
“Jangan
Qiu...” Tahan Naira serius.
Qiuzi berkalih. Mencari mata bundar itu.
“.. jangan bagi terlalu banyak. Saya takut
saya akan jadi manusia yang suka membazir.”
Naira takut, dia akan jadi manusia yang
tak reti bersyukur. Agaknya sebab itu Allah kurangkan sesuatu dalam hidup kita.
Dia nak ajar kita jadi bersabar dan cari Dia untuk lengkapkan kekosongan yang
Dia sediakan.
“Bukan
memberi terlalu banyak Naira tapi berkongsi.... Satu hari nanti mungkin awak
akan faham betapa nikmatnya erti perkongsian itu. Kongsi kasih sayang. Kongsi
hidup. Kongsi masa depan. Kongsi anak....” Ada senyuman yang ikut turut serta
di hujung ayatnya itu.
Erk...
anak? Muka Naira dah rasa macam nak meletop nih!
Yang
bernama Ahmad Qiuzi ni...
Mula-mula,
dia curi perhatian.
Lepas tu dia curi senyum.
Kemudian dia tanamkan debar.
Sedar-sedar, kita rasa tak tenang.
Hati pulak tiba-tiba rasa hilang.
Semua
tu merangkumi cinta ke?
‘I don’t know what happened to my
heart. It was just here but now it is...lost.’
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi
Maha pengasihani... dia sedang cuba membuka setiap inci hatinya untuk mengenali
Qiuzi. Dinding-dinding kebal yang menghuni hati akan dikikis dengan tangannya
sendiri.
Tak salahkan memberi ruang untuk mencipta
peluang?
***
Sementara nak tunggu kelas pukul sebelas
kejap lagi, Naira melepak di tepi tasik kampus. Jemu jugak asyik ke library.
Bukan apa, final exam dah nak dekat. Jadi haruslah release tension yang membukit.
Satu
pesanan ringkas dari Mariam tadi dibaca.
Amril cari
kau tadi. Aku ckp kau kat tepi tasik.
Mood dia macam king kong jeh
Berkerut
dahi Naira. Dah kenapa pulak mamat tu cari dia? Biasanya Amril jarang
mencarinya waktu kelas berjalan. Mungkin Amril nak jaga Dewi malam ni.
Dari kejauhan, dia dah nampak kelibat
Amril. Tapi wajah itu cemberutnya ya Rabbi. Apa masalahnya?
“Kenapa
ni?”
Amril
campak beg sandangnya ke tahan. Nafasnya tercungap-cungap. Tahap sabarnya
hilang terus.
“Kenapa
kau tanya?” sinisnya suara itu menampar peluput telinga Naira.
“Munasabahlah
kan kalau aku tanya kenapa kalau aku tak tahu apa situasinya?” Lama dah dia tak
tengok Amril baran macam gini. Apa yang tak kenanya?
“Cantik
sangatlah soalan kau tuh... Hei, kenapa kau tak guna duit yang aku bagi hah?”
Tuhan je yang tahu betapa remuknya hatinya tadi waktu mengemaskini buku bank.
Duit hasil kerjanya selama empat bulan langsung tidak terluak!
“Erk...
aku guna duit aku dulu... Nanti aku gantilah balik guna duit... kau..” Lah,
sebab ni je ke nak marah-marah? Dasar lelaki yang tak pernah reti nak kawal
emosi.
“Jadi
dulu kau tipu akulah ya?” Soalan sinis dah keluar.
Naira
tepuk dahi. Aduhlah. Akal fikiran flashback balik apa yang jadi dua minggu
lepas.
“Kau
guna tak duit yang aku bagi?” Tanya Amril saat mereka sedang saling mentelaah
di dalam library.
“Guna..”
Tak teragak Naira menjawab. Tak mahu panjangkan isu.
“Cukup
tak? Kalau tak cukup kau beritahu.” Ujar Amril sungguh-sungguh.
“Erk...
cukup... cukup sangat.” Terus Naira sambung pembacaan. Tak mahu Amril
meneruskan siasatan yang boleh buat temberangnya terbongkar.
“Apa
masalah kau ni? Bila aku suruh guna tu guna jelah!” Tempelak Amril kuat.
Mengembalikan ingatan Naira yang hilang tadi.
Naira
dah bengang.
“Dah
yang kau beria nak marah sangat ni kenapa? Kau tu student lagi. Simpan duit untuk diri sendiri dululah. Setakat Dewi
tu aku boleh tanggunglah. Aku mampu!”
Bergelimpangan
perkataan Aku-Mampu itu ditelinga Amril.
Penumbuk
dikepal. Sungguh, dia benar-benar mengumpul sabar supaya penumbuk itu tidak
mendarat di wajah gebu Naira.
Duitnya itu mungkin kecil di mata Naira.
Tapi percayalah, itulah titik peluh usahanya untuk Dewi Ilyani. Kenapa susah
sangat Naira nak guna duit tuh?
“Kau
langsung tak reti nak hargai susah payah orang kan. Suka nak perlekehkan hasil
kerja orang kan? Kau suka nak nampak kau paling berjasa pada Dewi kan? Kau
ni... manusia yang pentingkan diri sendiri! Selfish!”
Tak
mampu ditahan, bahu Naira ditolak. Tidak terlalu kuat namun Naira yang agak
terkejut tidak mampu mengimbangi tubuh badannya. Terus badan kecilnya jatuh
menyembah tanah.
Seketika,
mereka berdua saling tergamam.
Sungguh
Amril tak ada niat untuk berkasar, tapi dia memang tidak dapat mengawal
marahnya.
Beg
Adidas yang dibaling tadi dikutip semula. “Kalau susah sangat nak kongsi Dewi,
biar aku tuntut hak penjagaan Dewi.. Aku akan lantik peguam. Biar mahkamah
settlekan semua ni.”
Air
mata bergenang. Betul ke dia dengar semua ni dari mulut Amril? Amril nak rampas
Dewi dari hidupnya?
Melihat lelaki itu angkat kaki, Naira
memberanikan diri untuk bersuara. “Kenapa kau fikir benda ni semua masalah
besar? Guna duit aku atau duit kau, tak ada bezanya! Yang penting kita
sama-sama sayang dan jaga Dewi kan?”
Mata dah kabur. Tunggu nak pecah berderai
sahaja.
Langkah kaki Amril terhenti. Leher
dipaling ke belakang.
“Sekali sekala... kau kena hidup untuk
menghargai jasa orang di sekeliling kau Naira. Tapi itulah perkara yang kau tak
mampu Naira. Kau tak mampu!” Sejurus selepas itu, terus Amril lesap.
Kepala yang berat dipanggung. Apa masalah
mamat taufan perisa hot and spicy ini
sebenarnya? Sungguh dia tak faham!
***
Hampir
pukul enam petang, barulah Naira muncul dihadapan rumah Qiuzi untuk mengambil
Dewi.
“Kenapa
nampak macam tak bermaya ni?” Tegur Qiuzi di pintu pagar rumah. Kebetulan dia
pun baru balik dari bengkel.
“Tak
ada apa... nak dekat final ni biasalah, penat sikit.” Tipu Naira. Tahu tak
betapa payahnya nak susun mood selepas bergaduh dengan Amril tadi. Mungkin
jugak sebab lama dah tak bergaduh. Sebab tu semangat rasa tumpul semacam.
“Kalau
awak tak kisah, saya boleh tolong jagakan Dewi malam-malam sementara awak nak
hadapi final. Senang sikit awak nak study.” Cadang Qiuzi sungguh-sungguh. Cuba
sedaya upaya nak kurangkan beban Naira.
“Ish
tak apalah... saya okay. Hari ni penat sikit. Dapat tidur nanti dapatlah recharge
bateri.” Naira cuba senyum walau sedar senyumannya tawar.
“Eh,
kenapa Naira datang?” Teguran Puan Kamilih itu membuatkan dahi Naira berlapis.
“Lah
ibu ni.. nak ambik Dewilah.” Jelas Qiuzi tidak mengerti soalan dari ibunya itu.
“Eh,
tadi kan Amril dah datang nak ambik Dewi. Dia cakap Naira dah tahu.” Puan
Kamilah turut menunjukkan riaksi terkejut. Lagipun, Amril tolong ambik Dewi
bukanlah satu perkara luar biasa.
Rahang
Naira terjatuh. Terngiang-ngiang ugutan Amril siang tadi. “Kalau susah sangat
nak kongsi Dewi, biar aku tuntut hak penjagaan Dewi...”
Telefon
bimbit dikeluarkan. Terketar-ketar tangannya mendail nombor Amril. Oh damn!
Voice mail!
Air
mata dah menitis. Qiuzi dan Puan Kamilah yang tidak mengetahui apa-apa mula
pelik.
“Kenapa
ni?” Tanya Qiuzi.
“Ril....
dia nak ambik Dewi dari saya.”
Kali
ini bertambah-tambah rasa terkejut anak beranak itu. “Kenapa pulak tiba-tiba
ni? Selama ni okay je. Tak ada masalah pun. Kenapa, dia tak suka mak cik jaga
Dewi ke?” Hati si ibu mula hendak berfikir yang bukan-bukan.
Naira
menggeleng dalam menangis. Allah. Apa yang perlu dia buat sekarang. Nombor
telefon Amril didial semula.
‘Ril..
please pick up the phone.. Jangan
buat aku macam ni Ril..’
Qiuzi
hela nafas. Orang tengah kelam kabut, si ibu ni menambah perisa pulak. Cuba
bawak bertenang sikit bu...
“Dapat?”
Naira
menggeleng dan terus teresak di bahu Puan Kamilih. Macam mana kalau Amril
betul-betul kotakan kata-kata dia siang tadi.
“Ibu,
bawak Naira masuk ke dalam dulu.” Walau masih diserang tanda tanya tentang apa
yang berlaku di antara Naira dan Amril, tapi Qiuzi masih beriak tenang.
Bila
tangisan Naira sudah mulai surut, Qiuzi menghulurkan segelas minuman yang sudah
dibacakan al-fatihah. Biar tenang sedikit jiwa Naira.
“Apa
yang dah jadi sebenarnya?”
“Kami...gaduh...tadi...”
Putus-putus Naira mengeluarkan ayat. Menahan esak.
“Sebab
apa?”
“Dia
marah...sebab...tak guna.. duit yang... dia sediakan... untuk Dewi..”
Qiuzi
diam. “Mungkin dia bawak Dewi jalan-jalan kot..” Cuba menyejukkan hati Naira
yang gundah.
“No!
Dia cakap dia nak ambil Dewi dari saya. Saya kenal dia dengan baik.. mesti dia
akan kotakan kata-kata dia!” Sekali nafas ayat itu meluncur keluar dari mulut.
Puan
Kamiliah memandang anaknya. Dia pun buntu hendak memujuk. Kebisuan mereka
terhenti pabila telefon bimbit Naira berbunyi. Naik nombor yang tidak dikenali.
“Angkatlah.
Mana tahu tu Amril.” Suruh Qiuzi bila dia tengok Naira sedikit teragak-agak.
Skrin
telefon disentuh kemudian dihala ke cuping telinga. “Hello.. siapa ni?”
“Hello
ni Yasmin...”
Dahi
mengerut. “Yasmin mana ya?” Suara seraknya cuba dikawal.
“Saya
Yasmin... saya lawyer mewakili.....”
Jantung
berdegup di luar kawalan. Tiba-tiba semuanya nampak gelap!
P/S: haiiii peepsss.. maka inilah entry terakhir di dalam beloggg.. jangan risau nnti ada teaser2 merawat rindu dengan group or fanpage okeh.. nway thanks pada yang x jemu menyokong karya2 guwe yang berhabuk nihh.. hehe... insyaAllah, akan cuba sejaya upaya untuk sudahkan kisah Dewi-Amril-Naira-Qiuzi ini...
ehh.. alang kepalang dah entry terakhir ni, sudi2 lah drop komen yaaa.. heh.. sebarang teguran untuk memperbaiki mutu penulisan amat digalakkan.. n jangan lupa drop ur name sekali ya cik anon.. let me know who u r..
moga kalian2 semua sentiasa dipayungi dan dirahmati redha Allah. =)
Aduhai tak tau nak ckp macammana...antara rasa bertanggungjawab seorang ayah dan rasa kasih seorang ibu....uwaaaa
ReplyDeletekann... masalah terbesar kat sini ialah, dua2 sayang dewi.. =)
Deletemaaflahhh,,,just nk tya,,boleh ka perempuan yg x berkahwin mnyusu badan...mohon check balik hukum tu//
ReplyDeletehttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat
Deletetq unknown sebab share link...
Deletesaya tmbah sikit ya... mungkin dlam novel x diperjelaskan sangat... or mungkin cik anon x baca the previous chapter.. =)
sememangnya wanita yang belum berkahwin boleh menyusukan anak.. n sy pasti wanita yang buat ada alasan tersendiri.. sama jugak seperti naira..
Tapi adalah tidak boleh jika keinginan untuk berumahtangga dimatikan begitu sahaja kerana ia akan membantutkan institusi kekeluargaan.
Kita perlu kembali kepada fitrah sebenar manusia yang memerlukan perkahwinan untuk menyambung zuriat. Janganlah kita mengambil kesempatan dengan kemajuan teknologi perubatan yang ada, kita melupakan fitrah manusia. Kemajuan ilmu sains adalah untuk kebaikan manusia yang mana kita dapat mengambil manfaatnya jika betul- betul memerlukannya.
wallahualam.
Nak naira ngan qiuzi .
ReplyDelete-Iyda
Kak sara..suka qiuzi dgn mak dia. Sy respect amril sbb dia sanggup kerja semata-mata nk sara dewi. Harap2 amril tk jadi ambil dewi..kesian naira. Btw, tk sabar nk tunggu karya kak sara ni jd novel. :)
ReplyDelete-iena
tq lalink.. hope dpt bagi y terbaik untuk u allzz =)
Deletesuke sngt ctr nie..harap2 dpt pegang yg versi penuh soon..hehe..btw rasa diri tersentap jgk bila mana amril ckp nk rmps hak penjagaan..heheh
ReplyDeletemiss N
mmg sesaja nak rentap perasaan tuh.. hehe.. tq lalink
DeleteTidak!!! Last entry...msih kliru...amril or qiuzi?? Klo dua2 ok x?? Hihihi -N.A
ReplyDeletehahah.. perempuan bleh kahwin sorang je N.A .. nway tq
DeleteMmg best cite ni..xsabar nk bc cite ni versi buku...
ReplyDeletetq.. keterujaan awak buat sy mkin teruja nk mnulis.. =)
DeleteMmg best cite ni..xsabar nk bc cite ni versi buku...
ReplyDeleteSaya yakin! Yg call tu bukan lawyer Amir... itu mesti lawyer family Naira... saya yakin, sebab xde keje lah si Amir tu nk membazir duit untuk upah peguam sedngkn dia kerja smpai lewt pagi hnya kerana nk bg kat naira, utk beli keperluan dewi junior... dan... kerana penat bekrja lah, dia mnjadi emosi dan terlepas ckp untuk tuntut hak penjagaan dewi dripada naira sedgkan dia sndiri tahu mak dia xsukakan dewi, dan kalau nk ikut kemampuan, dia tahu naira boleh @akan ckp yg naira lebih mampu unyuk bg kesenangan pada dewi!!
ReplyDelete*tetiba emo* haahhaa
Sbenrnya, saya tak nak pilih mana.... sebelah hati ingin Amir.... sebelah lagi inginkan quizi...
wohoiii.. cantik gila predict awak nih.. heh.. semua emosi awak rangkumkan dalam komen nih.. ai loikee.. heh.. pilih je pilihan writer... sure bahagia.. hehe
Deletehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1110&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
ReplyDeletesaya nak sgt naira dgn qiuzi... kalau doran bersama till the end saya beli buku seriously ~nurul~
ReplyDeletenurul... if tahu bukan qiuzi kiranya xnak beli lah ya.. ni ugut ke apa? hehe
DeleteO la amril..O la qiu....
ReplyDelete^_^ thumbs up akak….
all the best for BAM
-cik anon
tq 4 ur support cik anon.. =)
DeleteHarapnya yg kol tu lawyer dr family naira bkn dr amril..yes,mmg qiuzi n mak dia baik tp napa ttp rasa amril lbh ssuai dgn naira.mungkin ssb dewi ada utk eratkan diorg..jd x sabar nk tggu versi cetak
ReplyDeleteblh jd ya.. blh jd x.. hehe.. tq along sbb sokmo support kiteee.. hehe
DeleteNak naira ngan qiuzi . Sesapa yg support qiuzi mohon angkat banner “Naira and Qiuzi” =)
ReplyDelete-iyda
hahaa.. teruskan meyokong qiuzi kehhh... =p
DeleteHokmaii... Last in da blog.. Will miss BAM, will miss Amril.. Ngeee.
ReplyDeleteGudluck bebs.. Semoga BAM cepat bercetak..hihi
tq so much AN... aminn.. moga dipermudahkan.. =)
DeleteJanganla amril rampas dewi....sian naira...x patut betul amril ni... terlalu taksub dgn dewi...hati naira pun dia x kesah....still nak naira n amril
ReplyDeletelain kali tinggal nama keh... tq for ur komen
DeleteNk amril.. cinta pertama naira.. their the parent to dewi.. mn leh pisahkn...
ReplyDeleteLast but not least....
ReplyDeletekesian Ril. Rasa takut kehilangan buat dia hilang pertimbangan. Rasa tergugat bila ada persaingan dan rasa sangat tak dihargai buat dia ingin menjauh walau bukan itu inginnya. Qiu... sayangi dia seadanya. Bahagia yang disayangi berbahagialah dia. ~RL~
tq sara..tq so much... hehehhe... I'm sure I will miss them.. Amril yang taufan, Qiuzi yang cool, and Naira yang too caring about Dewi kecik. :)
ReplyDeletecepat-cepat tau siapkan cerita ni... wondering adakah Amril akan bertegas untuk ambil Dewi and Yasmin, siapakah yang hire dia???
X best lah, baru nak hangat dah kena siram air sejuk. Potong stem betul lah Ezza nih. Rasa-2nyer bila full manuskrip boleh siap? jgn lama-lama dik, nanti akk kempunan pulak. All D best yeah...
ReplyDeleteIngtkn terkantoi la amril ngn naira tadi. rupanya sempat pakai mask... akak rase tu bukan lawyer amril kot...
ReplyDeletegud luck eh sara.... xsabar nak tunggu novel BAM ni n xsabar jugak nak peluk BASS
Dah lepas ni sambung kt mane kalu bukan kat belog??
ReplyDelete-arissa-
Nak amril n naira pls pls pls
ReplyDelete~noor
nak naira dgn quizi
ReplyDeleteBila nak smbg
ReplyDeleteQuizi mmg watak idaman ramai wanita tp naira lg sesuai dgn amril coz deorg melengkapi antara satu sama lain
ReplyDelete-eka-
Lama dah tggu.. Buku xkluar lg.. Lama lg nk Siap ka?
ReplyDelete-So Greedy-
ReplyDeleteHanya di ICG88.COM dimana kamu bisa mainkan berbagai permainan di HKB Gaming,IDNPLAY, dan Gudang Poker! tentunya dengan inovasi terbaik.gabung dan buktikan sendiri promo dan bonusnya :
Bonus New Member 20%
* Min Deposit IDR 50.000,-
* Max Bonus IDR 300.000,-
* TurnOver 4X TO Termasuk Modal Dan Bonus
* Bonus Di Berikan Di Depan
* Jika Tidak Mencapai Ketentuan Bonus Maka Bonus Akan Di Tarik Melalui Nominal Withdraw
Bonus Deposit Kedua & Selanjutnya 5%
* Min Deposit IDR 50.000,-
* Max Bonus IDR 100.000,-
* TurnOver 5X TO Termasuk Modal Dan Bonus
* Bonus Diberikan Di Depan
Tunggu apa lagi,gabung dan dapatkan bonus serta jackpotnya!
hubungi kami di :
BBM : e3a9c049
LINE: icg88poker
Whattsapp : 081360618788