Thursday 30 January 2014

BIAR AKU MENCINTAIMU [12]

            Mesej yang tertera di skrin telefon bimbit dibaca. Apalah Mariam ni, dah period baru reti nak suruh dia beli pad! Buatlah persediaan awal-awal. Ini pun nasib baik dia kat luar.
            Tuala Wanita jenama Kotex Overnight dicapai. Tak tunggu lama, terus dia menuju ke kaunter.
            Namun langkah kakinya mula terkaku. Lama Naira pandang lelaki dihadapannya ini. Ya. Lelaki yang sedang menjaga kaunter.  
            Amril telan liur. Anak mata ditundukkan. Pandangan tajam Naira tu buat dia tak keruan. Dada rasa macam kena hempap dengan kayu balak!
            Kepala yang tak gatal digaru. Macam ada benda je yang dia tertinggal nak beli. Ting! Setelah ingatan kembali pulih, Naira meletakkan barang di atas kaunter.
            “Erk dik... minyak cap kapak ada tak?” Malas nak mencari, tanya jelah dekat kaunter ni.
            Amril tarik nafas lega. Oh, tadi Naira berfikir gamaknya. Terus Amril berlalu ke belakang sedikit dan mengambil sebotol minyak cap kapak dan diletakkan di atas kaunter.
            “Tu je..” Duit di dalam purse dikeluarkan.
Pelik Naira memandang lelaki bertopi di hadapannya. Macam... “Kenapa pakai mask?” Haih, tak boleh tinggal perangai cepat bertanya tuh.
“Demam, batuk dan selsema.” Kendur suara Amril menjawab. Takut Naira cam identiti dirinya disebalik mask yang tersarung di wajah.
“Oh... demam-demam pun kerja? Anyway, get well soon.” Duit baki diambil dan melangkah keluar dari Seven-Eleven itu.
Amril cabut topi dan mask sambil lepas nafas. Gila! Jantung dah macam tercabut. Rambut yang kemas dikuak beberapa kali. Cuak seyh!
Mujurlah anak mata terpandangkan mask yang memang sedia ada terjual dekat Seven Eleven ni. Cepat-cepat dipakai untuk melindungi wajah. Jam ditilik. Menunjukkan angka sebelas malam. Buat apa keluar malam-malam ni?
Baru Amril mencapai telefon. Nak bersoal jawab dengan Naira tapi separuh jiwanya melarang.
‘Kau sendiri tengok kan dia beli apa tadi? Beli pad! Mestilah tengah emergency tuh.’ Kepala digeleng sambil tersenyum. Haihlah perempuan, complicated betul!
***
            Balik dari kuliah, Naira singgah ke rumah Qiuzi untuk mengambil Dewi. Hampir dua bulan jugaklah Dewi diasuh oleh Puan Kamilah. Teringat waktu pertama kali menghantar Dewi ke rumah Qiuzi ini. Masa tu muka Amril serius habis!
            “Aku tahu kau risau pasal Dewi, tapi kalau boleh janganlah nampak prejudis sangat dekat mak Qiuzi tuh!”
            Amril pandang Naira tajam. “Kenapa? Sebab mak Qiuzi tu mak mertua kau?”
            “Bukanlah!” Ke situ pulak. Amril ni kan bila melibatkan Dewi, risau dia bertambah seratus kilo jadi soalan yang keluar mesti ala-ala wartawan Melodi. Masa pengasuh yang dulu pun kemain lagi diselongkar semua isi cerita.
            “Kalau bukan mak mertua, bakal mak mertua!”
            Naira diam. Malas nak cakap banyak dengan Amril nih. Menyakitkan hati sahaja.
            “Kau cakap tadi.. macam kau tak kenal aku kan?”
            Firasat Naira mengatakan bahawa ada yang tak kena dengan nada suara Amril tu. Macam berjauh hati.
            Wajah Amril ditelan anak mata Naira.  Minta penjelasan.
            “Selama ni macamlah mulut aku pernah me‘laser’ dengan orang yang lebih tua dari aku kan?”
            “Bukan macam tu maksud aku...” Lah, sejak bila hati Amril reti nak sentap-sentap nih. Taufan pun tahu simptom-simptom nak touching ke?
            Penjelasan yang cuba Naira taburkan, sikit pun tidak dipeduli. Kaki melangkah ke dalam rumah. Rumah sederhana dua tingkat. Tak ada perhiasan mewah. Semuanya kelihatan ala kadar. Tapi bersih dan sedap mata memandang.
            “Mak cik, walaupun saya ni bukan ayah kandung Dewi, bukan sesiapa pun dalam hidup Dewi tapi dia adalah amanah untuk saya. Jadi besar harapan saya agar dia diasuh oleh seseorang yang boleh limpahkan kasih sayangnya pada Dewi. Jadi kalau mak cik tak keberatan, sudilah menerima amanah saya ni untuk membantu menjaga Dewi.”
            Masa nih, anak mata Naira dah kabur. Ayat Amril tu kenapa tragis macam hati yang digilis trelar?
            “Mak cik terima pelawaan tu sebab mak cik pun bukan buat apa-apa dekat rumah ni. Sambil-sambil tu ada jugak temannya. Kalau kamu berdua percayakan mak cik, insyaAllah, mak cik jaga amanah kamu ni sebaiknya.” Ujar Puan Kamilah lembut.
            Tentang Dewi, Naira dan Amril, semuanya sudah diperjelaskan oleh Qiuzi awal-awal lagi. Malah Puan Kamilah tetap tabik dengan dua orang anak muda ini. Walaupun belum berkahwin, tapi sudah belajar mengenal erti tangungjawab.
            “Naira... kenapa tak masuk lagi tu?” Teguran itu mengejutkan lamunan Naira yang sedang berdiri di depan pagar rumah.
            Masuk ke dalam rumah, dia lihat Dewi yang sedang duduk itu. Dah berusia lima bulan. Sudah boleh duduk dan pastilah memerlukan perhatian yang lebih banyak.
            “Mummy dah datang...”
            Melihatkan Puan Kamilah yang lembut menjaga Dewi, hati Naira jadi tersentuh. Rindunya dia pada mama. Dan kalau mama tahu pasal Dewi, agak-agaknya mama dapat terima ke tak?
            “Kenapa ni?” Teguran itu membuatkan Naira sedikit tersentak.
            Hanya gelengan sebagai jawapan.
            “Kalau ada masalah, jangan simpan sendiri-sendiri. Nanti bengkak payah pulak nak surut.”
            “Naira ingat... nak buat tahlil  untuk arwah Dewi.” Dah lama dia fikir. Tapi kalau nak buat sendiri, macam tak mampu je. Bukan tak mampu dari segi kewangan tapi dari segi penyediaan.
            “Oh... kalau macam tu mak cik boleh tolong uruskan. Tak pun, kita buat sekali untuk arwah pak cik.”
            “Boleh ke?”
            “Apa pulak tak boleh. Dah, jangan buat muka masam. Kalau Qiu tengok nanti, dia ingat mak cik buli kamu pulak.”
            Terus tercetus tawa dari mulut Naira. Keluarga ni semua sama. Baik si emak, Qiu walhal adik-adik dia pun, semua kaki mengusik! Boleh koyak jiwa tapi yang peliknya hati langsung tak tercedera.
            “Tak kanlah dia fikir macam tu pasal mak dia sendiri...”
            “Mak cik tahu, Qiu tu tak ada apa-apa Naira. Baik dari rupa paras ataupun harta, dia memang tak ada apa-apa. Tapi apa yang berani mak cik kata, dia adalah orang yang paling menyenangkan. Selagi ada dia, mak cik tak pernah rasa susah. Ada je alasan dia untuk buat mak cik tersenyum. Dan mak cik boleh janji, benda yang sama akan dirasai oleh orang yang dia sayang jugak.”
            Naira menunduk. Pertama kali Puan Kamilah bersikap terbuka bercerita soal si anak.
            “Mak cik tahu, kamu susah nak terima dia... Tapi cubalah bukak hati tu untuk terima anak mak cik tu sebab mak cik dah jatuh sayang pada Dewi dan lebih-lebih lagi pada kamu.”
            Air mata Naira menitis. Rasa sebak bila tangan Puan Kamilah jatuh di kepalanya. Mereka mungkin tak kaya duit, tapi melimpah ruah dengan kasih sayang.
            “Mak cik... saya ni... tak baik mana pun. Saya ni teruk.”
            Puan Kamilah menggeleng sambil membetulkan si kecil Dewi yang sedang bermain permainan.
            “Jangan cakap macam tu Naira. Kamu tak pernah kurang di mata mak cik. Malah, mak cik bersyukur Qiuzi jatuh suka pada kamu tau. Kamu jangan salah faham tau, mak cik sikit pun tak paksa. Mak cik cuma nak bagi tahu, yang mak cik merestui kalian berdua. Itu jeh.”
            Naira sedar betapa pentingnya restu orang tua dalam sebuah perkahwinan. Kisah Dewi dan Amril dahulu sedikit sebanyak telah memberi iktibar buat dirinya. Kalau dia bersama Amril pun, belum tentu lagi dia akan diterima oleh keluarga Amril. Lebih-lebih lagi mak si Amril yang menyinga itu.
            “Mak cik.. terima kasih tau. Saya janji, saya akan cuba...” Dicapai tangan ibu Qiuzi itu. Argh, tenang hati berbual bersama Puan Kamilah.
            “Dah, jangan menangis!” Pipi Naira yang basah dikesat.
Puan Kamilah tahu ada banyak benda yang terbeban dalam gelodak jiwa Naira. Dia cuma buka jalan antara Qiuzi dan Naira. Bak kata ceramah ustaz dalam radio Ikim fm tadi, kalau periuk nasi depan mata pun, tetap kena suap nasi tu ke mulut. Nasi tak boleh masuk mulut sendiri. Jadi perlunya ada usaha dan doa kemudian tawakal. Tawakal tulah pakaian hati yang paling menenangkan.
            “Ibu... kenapa buli kesayangan Qiu ni.”
            Suara itu mengejutkan kedua-duanya. Sejak bila Qiuzi balik?
            “Hah, kan betul mak cik dah cakap. Qiu mesti ingat mak cik buli kamu.”
            “Yelah, kalu ibu yang menangis, Qiu cakaplah yang Naira buli ibu...” bahu si ibu diraih. Untung ada mak sporting macam Puan Kamiliah.
Sungguh dia panjatkan rasa syukur pada tuhan dan rasa syukur itu tak akan berkesudahan kerana telah diberi kesempatan ditumpangkan di dalam rahim Puan Kamiliah.
            Dikerling ke arah Naira yang memalingkan wajah itu. Bibir tersenyum. Lega kerana hubungan si ibu dan Naira berjalan dengan baik.
            “Dah lah, ibu ada masak air panas tadi. Ibu pergi buat air kejap.” Punggung sudah diangkat.
            “Teh o panas kurang manis tau bu!” Peringat Qiuzi.
            “Ibu tahulah... nanti ibu akan pesan dekat bakal menantu ibu sekali.”
            Qiuzi ketawa. Muka Naira pula makin membahang. Dua beranak ni memanglah kaki mengusik!
            “Awak okay tak?”
            “Okay jeh...” Rasa kekok pulak rasa. Agaknya Qiuzi tahu ke dia menangis sebab apa?
            Jeda seketika.
            “Mak awak memang best..” Puji Naira ikhlas.
            “Saya tahu.. sebab tu saya nak ajak awak kongsi sama.”
            Argghh... balik-balik Naira yang terkena balik. Berdebat dengan Qiuzi ni lagi penat sebab balik-balik dia yang kalah.
            “Saya ni tamak tauuu.. awak tak takut ke nanti kalau ibu awak sayang saya lebih  dari awak?” Kening diangkat. Tak boleh asyik dikalahkan sahaja.
            Qiuzi ketawa kecil. Tubuh si kecil diangkat. Dicium pipi itu berulang kali.
            “Bukan setakat ibu.... saya akan bagi adik-adik saya sekali Naira. Tapi sekali pakej dengan sayalah...”
            Terkena lagi Naira.
            “Awak memang kan? Mewah dengan ayat manis.”
            “Saya memang suka nak banjirkan awak dengan kasih sayang saya.” Usik Qiuzi lagi. Bagi dia, Naira dah cukup menderita. Cerita-cerita dari Mariam selalu buat dia tekad untuk limpahkan Naira dengan kasih yang tak berbelah bahagi.
            “Jangan Qiu...” Tahan Naira serius.
Qiuzi berkalih. Mencari mata bundar itu.
“.. jangan bagi terlalu banyak. Saya takut saya akan jadi manusia yang suka membazir.”
Naira takut, dia akan jadi manusia yang tak reti bersyukur. Agaknya sebab itu Allah kurangkan sesuatu dalam hidup kita. Dia nak ajar kita jadi bersabar dan cari Dia untuk lengkapkan kekosongan yang Dia sediakan.
            “Bukan memberi terlalu banyak Naira tapi berkongsi.... Satu hari nanti mungkin awak akan faham betapa nikmatnya erti perkongsian itu. Kongsi kasih sayang. Kongsi hidup. Kongsi masa depan. Kongsi anak....” Ada senyuman yang ikut turut serta di hujung ayatnya itu.
            Erk... anak? Muka Naira dah rasa macam nak meletop nih!
            Yang bernama Ahmad Qiuzi ni...
            Mula-mula, dia curi perhatian.
Lepas tu dia curi senyum.
Kemudian dia tanamkan debar.
Sedar-sedar, kita rasa tak tenang.
Hati pulak tiba-tiba rasa hilang.
            Semua tu merangkumi cinta ke?
            ‘I don’t know what happened to my heart. It was just here but now it is...lost.’
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha pengasihani... dia sedang cuba membuka setiap inci hatinya untuk mengenali Qiuzi. Dinding-dinding kebal yang menghuni hati akan dikikis dengan tangannya sendiri.
Tak salahkan memberi ruang untuk mencipta peluang?
***
Sementara nak tunggu kelas pukul sebelas kejap lagi, Naira melepak di tepi tasik kampus. Jemu jugak asyik ke library. Bukan apa, final exam dah nak dekat. Jadi haruslah release tension yang membukit.
            Satu pesanan ringkas dari Mariam tadi dibaca.
           
          Amril cari kau tadi. Aku ckp kau kat tepi tasik.
Mood dia macam king kong jeh

            Berkerut dahi Naira. Dah kenapa pulak mamat tu cari dia? Biasanya Amril jarang mencarinya waktu kelas berjalan. Mungkin Amril nak jaga Dewi malam ni.
Dari kejauhan, dia dah nampak kelibat Amril. Tapi wajah itu cemberutnya ya Rabbi. Apa masalahnya?
            “Kenapa ni?”
            Amril campak beg sandangnya ke tahan. Nafasnya tercungap-cungap. Tahap sabarnya hilang terus.
            “Kenapa kau tanya?” sinisnya suara itu menampar peluput telinga Naira.
            “Munasabahlah kan kalau aku tanya kenapa kalau aku tak tahu apa situasinya?” Lama dah dia tak tengok Amril baran macam gini. Apa yang tak kenanya?
            “Cantik sangatlah soalan kau tuh... Hei, kenapa kau tak guna duit yang aku bagi hah?” Tuhan je yang tahu betapa remuknya hatinya tadi waktu mengemaskini buku bank. Duit hasil kerjanya selama empat bulan langsung tidak terluak!
            “Erk... aku guna duit aku dulu... Nanti aku gantilah balik guna duit... kau..” Lah, sebab ni je ke nak marah-marah? Dasar lelaki yang tak pernah reti nak kawal emosi.
            “Jadi dulu kau tipu akulah ya?” Soalan sinis dah keluar.
            Naira tepuk dahi. Aduhlah. Akal fikiran flashback balik apa yang jadi dua minggu lepas.
            “Kau guna tak duit yang aku bagi?” Tanya Amril saat mereka sedang saling mentelaah di dalam library.
            “Guna..” Tak teragak Naira menjawab. Tak mahu panjangkan isu.
            “Cukup tak? Kalau tak cukup kau beritahu.” Ujar Amril sungguh-sungguh.
            “Erk... cukup... cukup sangat.” Terus Naira sambung pembacaan. Tak mahu Amril meneruskan siasatan yang boleh buat temberangnya terbongkar.
            “Apa masalah kau ni? Bila aku suruh guna tu guna jelah!” Tempelak Amril kuat. Mengembalikan ingatan Naira yang hilang tadi.
            Naira dah bengang.
            “Dah yang kau beria nak marah sangat ni kenapa? Kau tu student lagi. Simpan duit untuk diri sendiri dululah. Setakat Dewi tu aku boleh tanggunglah. Aku mampu!”
            Bergelimpangan perkataan Aku-Mampu itu ditelinga Amril.
            Penumbuk dikepal. Sungguh, dia benar-benar mengumpul sabar supaya penumbuk itu tidak mendarat di wajah gebu Naira.
Duitnya itu mungkin kecil di mata Naira. Tapi percayalah, itulah titik peluh usahanya untuk Dewi Ilyani. Kenapa susah sangat Naira nak guna duit tuh?
            “Kau langsung tak reti nak hargai susah payah orang kan. Suka nak perlekehkan hasil kerja orang kan? Kau suka nak nampak kau paling berjasa pada Dewi kan? Kau ni... manusia yang pentingkan diri sendiri! Selfish!”
            Tak mampu ditahan, bahu Naira ditolak. Tidak terlalu kuat namun Naira yang agak terkejut tidak mampu mengimbangi tubuh badannya. Terus badan kecilnya jatuh menyembah tanah.
            Seketika, mereka berdua saling tergamam.
            Sungguh Amril tak ada niat untuk berkasar, tapi dia memang tidak dapat mengawal marahnya.
            Beg Adidas yang dibaling tadi dikutip semula. “Kalau susah sangat nak kongsi Dewi, biar aku tuntut hak penjagaan Dewi.. Aku akan lantik peguam. Biar mahkamah settlekan semua ni.”
            Air mata bergenang. Betul ke dia dengar semua ni dari mulut Amril? Amril nak rampas Dewi dari hidupnya?
Melihat lelaki itu angkat kaki, Naira memberanikan diri untuk bersuara. “Kenapa kau fikir benda ni semua masalah besar? Guna duit aku atau duit kau, tak ada bezanya! Yang penting kita sama-sama sayang dan jaga Dewi kan?”
Mata dah kabur. Tunggu nak pecah berderai sahaja.
Langkah kaki Amril terhenti. Leher dipaling ke belakang.
“Sekali sekala... kau kena hidup untuk menghargai jasa orang di sekeliling kau Naira. Tapi itulah perkara yang kau tak mampu Naira. Kau tak mampu!” Sejurus selepas itu, terus Amril lesap.
Kepala yang berat dipanggung. Apa masalah mamat taufan perisa hot and spicy ini sebenarnya? Sungguh dia tak faham!
***
            Hampir pukul enam petang, barulah Naira muncul dihadapan rumah Qiuzi untuk mengambil Dewi.
            “Kenapa nampak macam tak bermaya ni?” Tegur Qiuzi di pintu pagar rumah. Kebetulan dia pun baru balik dari bengkel.
            “Tak ada apa... nak dekat final ni biasalah, penat sikit.” Tipu Naira. Tahu tak betapa payahnya nak susun mood selepas bergaduh dengan Amril tadi. Mungkin jugak sebab lama dah tak bergaduh. Sebab tu semangat rasa tumpul semacam.
            “Kalau awak tak kisah, saya boleh tolong jagakan Dewi malam-malam sementara awak nak hadapi final. Senang sikit awak nak study.” Cadang Qiuzi sungguh-sungguh. Cuba sedaya upaya nak kurangkan beban Naira.
            “Ish tak apalah... saya okay. Hari ni penat sikit. Dapat tidur nanti dapatlah recharge bateri.” Naira cuba senyum walau sedar senyumannya tawar.
            “Eh, kenapa Naira datang?” Teguran Puan Kamilih itu membuatkan dahi Naira berlapis.
            “Lah ibu ni.. nak ambik Dewilah.” Jelas Qiuzi tidak mengerti soalan dari ibunya itu.
            “Eh, tadi kan Amril dah datang nak ambik Dewi. Dia cakap Naira dah tahu.” Puan Kamilah turut menunjukkan riaksi terkejut. Lagipun, Amril tolong ambik Dewi bukanlah satu perkara luar biasa.
            Rahang Naira terjatuh. Terngiang-ngiang ugutan Amril siang tadi. “Kalau susah sangat nak kongsi Dewi, biar aku tuntut hak penjagaan Dewi...”
            Telefon bimbit dikeluarkan. Terketar-ketar tangannya mendail nombor Amril.    Oh damn! Voice mail!
            Air mata dah menitis. Qiuzi dan Puan Kamilah yang tidak mengetahui apa-apa mula pelik.
            “Kenapa ni?” Tanya Qiuzi.
            “Ril.... dia nak ambik Dewi dari saya.”
            Kali ini bertambah-tambah rasa terkejut anak beranak itu. “Kenapa pulak tiba-tiba ni? Selama ni okay je. Tak ada masalah pun. Kenapa, dia tak suka mak cik jaga Dewi ke?” Hati si ibu mula hendak berfikir yang bukan-bukan.
            Naira menggeleng dalam menangis. Allah. Apa yang perlu dia buat sekarang. Nombor telefon Amril didial semula.
            ‘Ril.. please pick up the phone.. Jangan buat aku macam ni Ril..
            Qiuzi hela nafas. Orang tengah kelam kabut, si ibu ni menambah perisa pulak. Cuba bawak bertenang sikit bu...
            “Dapat?”
            Naira menggeleng dan terus teresak di bahu Puan Kamilih. Macam mana kalau Amril betul-betul kotakan kata-kata dia siang tadi.
            “Ibu, bawak Naira masuk ke dalam dulu.” Walau masih diserang tanda tanya tentang apa yang berlaku di antara Naira dan Amril, tapi Qiuzi masih beriak tenang.
            Bila tangisan Naira sudah mulai surut, Qiuzi menghulurkan segelas minuman yang sudah dibacakan al-fatihah. Biar tenang sedikit jiwa Naira.
            “Apa yang dah jadi sebenarnya?”
            “Kami...gaduh...tadi...” Putus-putus Naira mengeluarkan ayat. Menahan esak.
            “Sebab apa?”
            “Dia marah...sebab...tak guna.. duit yang... dia sediakan... untuk Dewi..”
            Qiuzi diam. “Mungkin dia bawak Dewi jalan-jalan kot..” Cuba menyejukkan hati Naira yang gundah.
            “No! Dia cakap dia nak ambil Dewi dari saya. Saya kenal dia dengan baik.. mesti dia akan kotakan kata-kata dia!” Sekali nafas ayat itu meluncur keluar dari mulut.
            Puan Kamiliah memandang anaknya. Dia pun buntu hendak memujuk. Kebisuan mereka terhenti pabila telefon bimbit Naira berbunyi. Naik nombor yang tidak dikenali.
            “Angkatlah. Mana tahu tu Amril.” Suruh Qiuzi bila dia tengok Naira sedikit teragak-agak.
            Skrin telefon disentuh kemudian dihala ke cuping telinga. “Hello.. siapa ni?”
            “Hello ni Yasmin...”
            Dahi mengerut. “Yasmin mana ya?” Suara seraknya cuba dikawal.
            “Saya Yasmin... saya lawyer mewakili.....”

            Jantung berdegup di luar kawalan. Tiba-tiba semuanya nampak gelap!

P/S: haiiii peepsss.. maka inilah entry terakhir di dalam beloggg.. jangan risau nnti ada teaser2 merawat rindu dengan group or fanpage okeh.. nway thanks pada yang x jemu menyokong karya2 guwe yang berhabuk nihh.. hehe... insyaAllah, akan cuba sejaya upaya untuk sudahkan kisah Dewi-Amril-Naira-Qiuzi ini... 

ehh.. alang kepalang dah entry terakhir ni, sudi2 lah drop komen yaaa.. heh.. sebarang teguran untuk memperbaiki mutu penulisan amat digalakkan.. n jangan lupa drop ur name sekali ya cik anon.. let me know who u r.. 

moga kalian2 semua sentiasa dipayungi dan dirahmati redha Allah. =)

42 comments:

  1. Aduhai tak tau nak ckp macammana...antara rasa bertanggungjawab seorang ayah dan rasa kasih seorang ibu....uwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... masalah terbesar kat sini ialah, dua2 sayang dewi.. =)

      Delete
  2. maaflahhh,,,just nk tya,,boleh ka perempuan yg x berkahwin mnyusu badan...mohon check balik hukum tu//

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat

      Delete
    2. tq unknown sebab share link...

      saya tmbah sikit ya... mungkin dlam novel x diperjelaskan sangat... or mungkin cik anon x baca the previous chapter.. =)


      sememangnya wanita yang belum berkahwin boleh menyusukan anak.. n sy pasti wanita yang buat ada alasan tersendiri.. sama jugak seperti naira..

      Tapi adalah tidak boleh jika keinginan untuk berumahtangga dimatikan begitu sahaja kerana ia akan membantutkan institusi kekeluargaan.

      Kita perlu kembali kepada fitrah sebenar manusia yang memerlukan perkahwinan untuk menyambung zuriat. Janganlah kita mengambil kesempatan dengan kemajuan teknologi perubatan yang ada, kita melupakan fitrah manusia. Kemajuan ilmu sains adalah untuk kebaikan manusia yang mana kita dapat mengambil manfaatnya jika betul- betul memerlukannya.

      wallahualam.

      Delete
  3. Nak naira ngan qiuzi .
    -Iyda

    ReplyDelete
  4. Kak sara..suka qiuzi dgn mak dia. Sy respect amril sbb dia sanggup kerja semata-mata nk sara dewi. Harap2 amril tk jadi ambil dewi..kesian naira. Btw, tk sabar nk tunggu karya kak sara ni jd novel. :)
    -iena

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq lalink.. hope dpt bagi y terbaik untuk u allzz =)

      Delete
  5. suke sngt ctr nie..harap2 dpt pegang yg versi penuh soon..hehe..btw rasa diri tersentap jgk bila mana amril ckp nk rmps hak penjagaan..heheh

    miss N

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sesaja nak rentap perasaan tuh.. hehe.. tq lalink

      Delete
  6. Tidak!!! Last entry...msih kliru...amril or qiuzi?? Klo dua2 ok x?? Hihihi -N.A

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. perempuan bleh kahwin sorang je N.A .. nway tq

      Delete
  7. Mmg best cite ni..xsabar nk bc cite ni versi buku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.. keterujaan awak buat sy mkin teruja nk mnulis.. =)

      Delete
  8. Mmg best cite ni..xsabar nk bc cite ni versi buku...

    ReplyDelete
  9. Saya yakin! Yg call tu bukan lawyer Amir... itu mesti lawyer family Naira... saya yakin, sebab xde keje lah si Amir tu nk membazir duit untuk upah peguam sedngkn dia kerja smpai lewt pagi hnya kerana nk bg kat naira, utk beli keperluan dewi junior... dan... kerana penat bekrja lah, dia mnjadi emosi dan terlepas ckp untuk tuntut hak penjagaan dewi dripada naira sedgkan dia sndiri tahu mak dia xsukakan dewi, dan kalau nk ikut kemampuan, dia tahu naira boleh @akan ckp yg naira lebih mampu unyuk bg kesenangan pada dewi!!
    *tetiba emo* haahhaa
    Sbenrnya, saya tak nak pilih mana.... sebelah hati ingin Amir.... sebelah lagi inginkan quizi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wohoiii.. cantik gila predict awak nih.. heh.. semua emosi awak rangkumkan dalam komen nih.. ai loikee.. heh.. pilih je pilihan writer... sure bahagia.. hehe

      Delete
  10. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1110&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

    ReplyDelete
  11. saya nak sgt naira dgn qiuzi... kalau doran bersama till the end saya beli buku seriously ~nurul~

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurul... if tahu bukan qiuzi kiranya xnak beli lah ya.. ni ugut ke apa? hehe

      Delete
  12. O la amril..O la qiu....
    ^_^ thumbs up akak….
    all the best for BAM
    -cik anon

    ReplyDelete
  13. Harapnya yg kol tu lawyer dr family naira bkn dr amril..yes,mmg qiuzi n mak dia baik tp napa ttp rasa amril lbh ssuai dgn naira.mungkin ssb dewi ada utk eratkan diorg..jd x sabar nk tggu versi cetak

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh jd ya.. blh jd x.. hehe.. tq along sbb sokmo support kiteee.. hehe

      Delete
  14. Nak naira ngan qiuzi . Sesapa yg support qiuzi mohon angkat banner “Naira and Qiuzi” =)
    -iyda

    ReplyDelete
  15. Hokmaii... Last in da blog.. Will miss BAM, will miss Amril.. Ngeee.
    Gudluck bebs.. Semoga BAM cepat bercetak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much AN... aminn.. moga dipermudahkan.. =)

      Delete
  16. Janganla amril rampas dewi....sian naira...x patut betul amril ni... terlalu taksub dgn dewi...hati naira pun dia x kesah....still nak naira n amril

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali tinggal nama keh... tq for ur komen

      Delete
  17. Nk amril.. cinta pertama naira.. their the parent to dewi.. mn leh pisahkn...

    ReplyDelete
  18. Last but not least....
    kesian Ril. Rasa takut kehilangan buat dia hilang pertimbangan. Rasa tergugat bila ada persaingan dan rasa sangat tak dihargai buat dia ingin menjauh walau bukan itu inginnya. Qiu... sayangi dia seadanya. Bahagia yang disayangi berbahagialah dia. ~RL~

    ReplyDelete
  19. tq sara..tq so much... hehehhe... I'm sure I will miss them.. Amril yang taufan, Qiuzi yang cool, and Naira yang too caring about Dewi kecik. :)

    cepat-cepat tau siapkan cerita ni... wondering adakah Amril akan bertegas untuk ambil Dewi and Yasmin, siapakah yang hire dia???

    ReplyDelete
  20. X best lah, baru nak hangat dah kena siram air sejuk. Potong stem betul lah Ezza nih. Rasa-2nyer bila full manuskrip boleh siap? jgn lama-lama dik, nanti akk kempunan pulak. All D best yeah...

    ReplyDelete
  21. Ingtkn terkantoi la amril ngn naira tadi. rupanya sempat pakai mask... akak rase tu bukan lawyer amril kot...
    gud luck eh sara.... xsabar nak tunggu novel BAM ni n xsabar jugak nak peluk BASS

    ReplyDelete
  22. Dah lepas ni sambung kt mane kalu bukan kat belog??
    -arissa-

    ReplyDelete
  23. Nak amril n naira pls pls pls
    ~noor

    ReplyDelete
  24. Quizi mmg watak idaman ramai wanita tp naira lg sesuai dgn amril coz deorg melengkapi antara satu sama lain
    -eka-

    ReplyDelete
  25. Lama dah tggu.. Buku xkluar lg.. Lama lg nk Siap ka?
    -So Greedy-

    ReplyDelete

  26. Hanya di ICG88.COM dimana kamu bisa mainkan berbagai permainan di HKB Gaming,IDNPLAY, dan Gudang Poker! tentunya dengan inovasi terbaik.gabung dan buktikan sendiri promo dan bonusnya :

    Bonus New Member 20%
    * Min Deposit IDR 50.000,-
    * Max Bonus IDR 300.000,-
    * TurnOver 4X TO Termasuk Modal Dan Bonus
    * Bonus Di Berikan Di Depan
    * Jika Tidak Mencapai Ketentuan Bonus Maka Bonus Akan Di Tarik Melalui Nominal Withdraw

    Bonus Deposit Kedua & Selanjutnya 5%
    * Min Deposit IDR 50.000,-
    * Max Bonus IDR 100.000,-
    * TurnOver 5X TO Termasuk Modal Dan Bonus
    * Bonus Diberikan Di Depan

    Tunggu apa lagi,gabung dan dapatkan bonus serta jackpotnya!

    hubungi kami di :
    BBM : e3a9c049
    LINE: icg88poker
    Whattsapp : 081360618788

    ReplyDelete