Telefon bimbit yang nyaring berbunyi itu dipandang. Lah, si Naira ni tak bawak telefon ke? Pabila terpandangkan nama pemanggil, terus Mariam kaget.
Amril!
Nak
angkat ke tak nak? Kalau angkat, jadi satu hal. Tapi kalau tak angkat, jadi dua
hal pulak!
“Hello...”
“Hello...
Naira.. kenapa tak balas mesej aku? Call aku pulak tak jawab. Tahu tak aku
risau?” Suara di sana menyerbu laju.
“Eh..
ni bukan Naira. Ni aku, Yam!”
Amril
lepas nafas. Sia-sia je masuk gear lima tadi. “Naira mana?”
“Klinik.”
Ops... terbagi skop jawapan jujur pulak.
“Kenapa?
Dewi sakit ke? Sakit apa? Teruk ke?”
Mariam
menggeleng. Mata diangkat ke atas. Kalau bab Dewi laju jeh. Bab Naira ada dia
kisahkan ke? Naira, percayalah. Qiuzi tu layak berjuta kali ganda lagi dari
Amril nih.
“Bukan
Dewilah... Naira yang sakit.”
Urat
saraf yang tegang tadi kembali bertenang. Lega dibuatnya. “Dah kenapa pulak
dengan dia?”
“Tangan
dia terkena periuk panas.” Manja sangat bunyinya. Tapi kalau benda dah nak
jadi.
“Ish
dia nih... Tak pernah lulus jaga diri sendiri. Sebab tu aku makin risau bila
dia jaga Dewi.”
Mariam
ketap bibir. Bengang tak semena.
“Hello cik abang, sepanjang Dewi dibawah
jagaan Naira, pernah ke Dewi terluka atau sakit melarat atau jatuh ke? Pernah?”
Datang dah baran Mariam nak tolong smash sikit kepala otak Amril tu. Banyak
sangat ke dosa Naira sampai Amril hanya nampak buruk Naira sahaja?
“Memanglah
tak pernah...Tapi...”
“Tapi
apa? Ya... aku akui kadang-kadang Naira tu careless..
Tapi dalam bab Dewi, tak pernah dia sambil lewa. Sebab sayang dia pada Dewi
lebih dari dia sayangkan diri sendiri. Sayang dia pada Dewi mahal. Kau faham
tak intipati mahal tu?”
Amril
gigit bibir. Dah Mariam ni kenapa? Kena suntik hormon mengamuk ke apa?
Malas
nak terus bertikam lidah, Amril bagi ayat penyudah. “Okaylah, kalau dia balik
nanti, suruh dia call aku semula.” Pesan Amril lembut.
“Tengoklah
dulu macam mana. Okay bye!”
Klik!
Amril
garu kepala? Memanglah dia tertinggikan suara tadi. Tapi bukan dia nak tuduh
Naira membabi buta. Dia cuma risaukan kesihatan gadis itu sahaja.
Kalau dah tangan terkena periuk panas, macam
mana pulak nak jaga Dewi? Macam mana pulak nak drive balik KL semula?
Jam
ditilik. Sudah menghampiri sepuluh pagi. Dia menelefon sekadar untuk bertanya
khabar seperti kebiasaan. Lepas tu dia nak tanya bila nak balik KL? Itu sahaja.
Sambil
berbaring di atas katil, dibelek gambar yang Naira post di laman sesawang.
Gadis itu nampak seronok bergambar di pelamin. Kata coverage nazak tahap arwah
tapi upload gambar sempat pulak ya?
Nampak
pipi si gadis sudah mengembang. Tubuhnya sudah nampak lebih berisi. Ni kalau
komen depan Naira ni, mahu gadis itu puasa seminggu! Badan Naira naik secara
mendadak mungkin disebabkan dia meyusukan Dewi.
Teringatkan
perbualan mereka semasa menghantar Dewi yang demam ke klinik.
“Aku
ingat nak susukan Dewilah. Susu formula ni manalah bagus sangat kalau nak
dibandingkan dengan susu ibu.” Luah Naira sungguh-sungguh. Rasa segan dilempar
jauh-jauh. Sudah lama dia berfikirkan perkara ini.
“Kau
serius?”
“Tak
lah. Aku saje je buat iklan.”
Amril
gigit bibir. Main-main pulak.
“Mestilah
serius... Suka tanya soalan yang dah tahu jawapannya.”
“Macam
mana kau nak susukan? Kau bukan bersalin lagi? Ke kau rancang nak kahwin.” Oh,
janganlah ada idea yang pelik-pelik tuh. Kalau Naira kahwin, dia bimbang Dewi
akan diabaikan.
“Kau
ni betul ke terpelajar? Tak pernah dengar ya pasal suntikan hormon yang boleh
buat perempuan tak bersalin pun boleh menyusukan anak?”
Mulut
Amril berbentuk O.. ada ya? Manalah dia nak ambil tahu sangat hal ehwal wanita
ni.
“Tak
berbahayakan ke?”
“Mengikut
pada pembelajaran aku bersama encik google, boleh jadi mengambilan hormon ni
tak bahaya cuma yalah.. tak bolehlah pandai-pandai. Kena mintak pendapat dari
doktor perubatan jugak. Aku dah set
appointment dengan doktor panel family aku minggu depan.”
Amril
hela nafas. Cepat je cara si Naira ni berfikir.
“Kenapa
tiba-tiba kau sungguh-sungguh nak susukan Dewi?” Soalan yang berkampung di
benak terus diluahkan.
Adakah ini salah satu cara untuk menarik
perhatiannya?
Adakah ini cara untuk Naira memungut cinta
darinya?
Iaitu
dengan bersungguh-sungguh sayangkan Dewi?
“Semua
ni bukan jadi secara tiba-tiba. Aku dah terfikir lama dah. Satu. Sebab aku
sayang dia. Dua. Sebab aku nak jadi ibu susuan dialah. Nanti kalau aku kahwin,
tak adalah dia ada batasan aurat dengan suami aku sebab suami aku adalah mahram
kepada Dewi. Kalau aku ada anak lelaki nanti pun senang... Derang dah jadi
adik-beradik susuan.” Jelas Naira tenang.
Amril
mengangguk. Mengiakan. Walhal langsung tak terfikir. Dia kena clorox sikit kepalanya. Suka sangat nak berprasangka pada
Naira. Tak pun dia suka sangat nak perasan terlebih!
“Macam ada perancangan nak kahwin je...” Komen
Amril perlahan.
“Mana
ada orang nak duduk dalam dunia ni sorang-sorang. Lagipun, kau ingat aku ni tak
laku sangat ke? Kau je yang tak mahu.. Orang lain berduyun menanti.”
Amril
ketap bibir. Selamba tahap badaknya perempuan ni. Orang yang me‘reject’ pulak
naik segan.
Okay. Just drop the subject!
“Nanti
kau akan susukan Dewi secara normal ke? Maksud aku...” Belakang leher digaru. Erk....
macam mana ya nak sudahkan soalan ini. Karang Naira fikir dia gatal pulak nak
bukak topik ‘hot & spicy’.
Muka
Naira juga ikut turut kemerahan. Tapi ilmu, wajarlah untuk dikongsi kan?
“Mengikut
kefahaman aku ada dua cara. First, penyusuan secara normal macam biasa. Kedua
penyusuan melalui tiub, botol susu atau sebagainya.”
Sebenarnya setiap situasi itu adalah unik
dan berbeza. Tinggal kita je yang nak kena untuk menempuh dan menepis segala
cabaran.
Yang
paling penting, perlu mengikut syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh
syarak.
1)
Bilangan
susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan.
2)
Susu
yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi.
3)
Umur
bayi tidak boleh melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
“Dewi.... banyak sangat jasa Naira kan?”
Luah Amril perlahan. Seakan-akan dapat berbual dengan arwah Dewi.
Terkenang-kenang pula kebaikan Naira. Padanlah arwah Dewi sayang benar pada
Naira.
“Ril janji.... Ril akan cuba layan Naira
baik-baik. Ril tak akan marah-marah dia... Ril tak akan sakitkan hati dia. Ril
akan cuba jadi kawan yang baik untuk dia.” Tekad Amril pasti.
Hei Naira, please return my call. Bisik hati Amril sambil membuang pandang
pada wajah Naira di skrin telefon bimbitnya.
***
Sementara nak menunggu
nama dipanggil untuk mengambil ubat, Naira cuba menghilangkan kekok antara
mereka.
"Hmm... apa macam dengan saham awak tadi? Ada melonjak ke bintang tak?" Tanya Naira. Sempat
lagi anak mata menjeling ke arah gadis-gadis yang masih mencuri pandang ke arah
mereka.
"Hmm... kurang berkesan ah."
"Alah kesian... mungkin derang malu tu. Apa kata kalau awak yang
bagi nombor telefon kat dia orang. Lelaki kenalah gentleman kan..."
Lagipun, mana ada perempuan yang terlebih advance berani bagi nombor
telefon pada lelaki. Eh lupa. Dia sendiri pernah bagi nombor telefon pada
Amrill. Lebih tragis, Amril siat-siat kertas tu. Depan mata kepala dia pulak
tuh!
Adoi.. kenapalah muka dia tebal sangat dulu?
"Ishh.. mana boleh.
Nanti budak berdua tu mesti berebut.. Kesianlah kan ..."
Pecah tawa Naira. Tahap
perasan mencecah langit betullah si Qiuzi nih!
"Tak pernah saya
jumpa orang macam awak!" komen Naira dengan senyuman yang tak putus.
"Sekarang awak dah
jumpa kan ... tapi sayang.... sayang
sebab dah terlambat."
Errkkk.. terlambat? Jiwa
bagai digoreng garing. Hati pulak bagai dikunyah rangup. Macam faham je ayat
Qiuzi tuh!
Qiuzi
sebenarnya cuba nak memancing Naira dengan soalan-soalan yang meninggalkan
jawapan. Kalau dia tanya direct pada
Naira, kemungkinan wanita itu akan berbohong lagi. Belum sempat dia meneruskan
soalan, nama Naira dipanggil untuk mengambil ubat.
“Biar
Qai tolong...” Qariah menawarkan pertolongan.
Telefon
bimbit Qiuzi berbunyi. Panggilan daripada Mariam itu dijawab.
“Weh,
Naira mana?”
“Salam
mana?”
Mariam
mendengus. Asyik kena perli jeh dengan Ustaz Qiuzi.
“Assalamualaikum.
Naira mana? Dewi dah menangis ni. Dia laparlah gamaknya. Lambat lagi ke?”
“Waalaikumusalam..
Lah, kenapa tak bagi dia susu?”
“Nak
bagi macam mana? Dewi menyusu badan. Susu yang dah dipam pun dah habis.” Cerita
Mariam tak bertapis.
Terkesima
Qiuzi menyambut kata-kata Mariam. Jadi semuanya sudah terjawab? Maknanya
betullah Naira sudah berkahwin?
“Tengah
ambil ubat. Nak baliklah ni.” Sesudah salam, talian terus diputuskan. Kelibat
Naira dan Qairiah dihampiri.
Naira
pelik dengan raut wajah Qiuzi yang nampak mendung itu. Tidak seceria tadi.
“Kenapa?”
“Dewi
menangis. Mungkin lapar.”
Naira
tepuk dahi. Kemudian menjerit kecil pabila terlupa pada jarinya yang melecur.
“Allah.. kesian Dewi.” Terlupa yang pagi tadi dia tidak sempat mengepam susu
buat Dewi. Lagipun, manalah dia nak agak yang dia kena tinggalkan Dewi.
“Jomlah
balik.”
Dahi
Naira mula berlapis pabila menyambut reaksi Qiuzi yang tiba-tiba bertukar
serius. Aik, mamat ni pun ada angin taufan macam Ril jugak ke?
Sungguhlah.
Boleh senak hati kaji perangai lelaki nih!
***
Petang
itu, barulah Naira ada kesempatan untuk membalas panggilan daripada Amril. Itu
pun nasib baik line okay. Tangan pun dah okay sikit walaupun sakit itu masih
ada.
Sesudah
menjawab salam, terus Naira menyerbu. Tak mahu mendengar Amril membebel tentang
kecuaian dirinya pagi tadi.
“Sebelum
kau tanya, aku jawab dulu. Buah hati kau okey. Meragam dan mengada sikit-sikit
je.” Belum sempat ditanya, laju mulut Naira memberi penjelasan.
Amril
ketawa kecil.
“Bunyi
macam orang cemburu je.” Telah Amril sengaja.
“Lah,
kenapa nak cemburu pulak?” Dah Amril ni kenapa masuk soalan zone aneh ni?
“Yalah...
kot-kot jelous sebab daddy asyik ambil tahu pasal buah hati je. Terlupa kat
mummy tuh.”
“Kalau
mummy cemburu, daddy nak buat apa?” Dibalas juga usikan Amril. Sambil-sambil
itu membetulkan si Dewi yang sedang menyusu.
“Okay. To be fair. Kalau Dewi buah hati
aku.... kau...apa ya yang sesuai?” Jeda seketika. Jari bermain di dagu.
Sungguh-sungguh dia perah otak nak bagi keistimewaan pada Naira jugak.
Dup
dap. Dup dap.
“Kau....jadi
bunga hati akulah.”
Amril ketawa. Tiba-tiba segan sebab
terlebih laku.
Naira pun sama. Sebab tak tahu nak bagi
reaksi macam mana.
“Apa
bendalah yang kau merepek ni Ril? Kau waras kan? Apa kau ingat ni tayar kereta
ke nak bunga bagai?” Spontan diterjah dengan soalan sarkastik. Tak mahu lagi
terbelai dengan skop ayat-ayat manis Amril yang tiba-tiba tuh. Buat terbelah
jiwa jeh.
“Waras.
Tapi aku rindukan Dewi. Tu yang ada sindrom pelik nih.” Seketika ada jeda
antara mereka.
“Hmm, tangan kau teruk ke?”
Oh.
Ambil berat jugak tentang dirinya ya?
“Sepuluh
jari aku ada cop periuk tuh.” Alang kepalang Amril dah tahu, baik diceritakan
sahaja. Nanti Amril dapat tengok jugak jarinya yang melecur itu.
“Ish...
apa Remy Ishak lalu kat sebelah ke sampai kau tak tahu beza periuk panas dengan
periuk tak panas?”
“Hei...
tolonglah. Remy Ishak tu tak luak apa-apa bagi aku ya. Aku imun dia okay.
Sistem ketahanan diri aku kebal!”
Amril
senyum walau Naira tidak melihatnya.
“Dah
tu? Ada hero malaya mana ada kat kampung tu?”
Terus
Naira diam. Teringatkan Qiuzi. Muka tak adalah kacak mana. Tapi aura tu tahap
membunuh.
“Hmm...”
“Maknanya
adalah ya? Padanlah liat benar nak balik kan?” Naira sendiri tak dapat nak teka
nada suara Amril tika ini.
“Kalau
ada kenapa?”
“Ada
ke tak ada ke? Tak ada kesan dalam hidup aku. Aku nak kau balik sebab aku nak
jumpa Dewi. Kalau kau tak mahu balik lagi, biar aku pergi Kuantan bawak balik
Dewi. Kau nak duduk tak mahu balik pun ikut suka kaulah. Yang penting Dewi ada
dengan aku.”
Taufan
dah meledak balik. Naira ketap bibir. Apa dia ada salah cakap ke? Kejap okay
kejap tak okay Amril ni. Kalau Amril ni perempuan, ada sindrom datang bulan,
lagilah gian mengigau nak mengamuk.
“Ril..
esok aku balik dah.” Kalau ikut perancangan, memang macam gitulah.
“Okay.
Tu je yang aku nak tahu. Bye.” Terus talian diputuskan.
Lama
Naira pandang telefon sendiri. Kemudian telefon itu berdering semula. Amril
lagi.
“Esok
boleh drive tak?” Tanya Amril senada.
“Kenapa
tak boleh pulak?” Tak boleh layan sangat kepala angin Amril ni, kena menjawab
sekali sekala.
“Kan
ke tangan kau melecur. Boleh ke nak drive?”
Naira
simpan senyum. Risau tapi nak garang-garang jugak si Amril ni.
“Boleh
je.”
“Esok
balik pukul berapa? Yam tak ikut sekali kan?” Bukan ke masih dalam cuti mid-term. Dah sah-sah dah si Mariam tu
tak balik KL sama.
“Yam
stay kampung dulu. Ahad nanti baru balik. Esok aku gerak petang kot.”
“Sebelum
gerak call aku dulu.” Arah Amril serius. Dalam fikiran sudah berkira-kira
sendiri.
“Tengoklah
kalau line tak cari pasal.” Sengaja Naira balas ala kadar.
“Naira...
janji dengan aku!” Si mamat taufan dah mendengus.
“Ya...
ya... aku call.” Akhirnya Naira mengalah lagi. Malas nak bergaduh dengan Amril.
Akhirnya
talian diputuskan sekali lagi. Tiba-tiba je line okay dan senang je call nak
masuk. Yang tak okaynya sebab dia kena marah dengan Amril tadi.
Setelah
memastikan yang Dewi sudah nyenyak, Naira keluar dari bilik. Sempat lagi dia
capai puisi tepi jalan karya Fynn Jamal. Dia ni bukanlah minah puisi sangat
tapi semua coretan Fynn Jamal memang kena dengan jiwanya.
Turun
ke bawah rumah. Melepak di beranda. Rumah yang semalam riuh rendah, mula
dihimpit sunyi. Pengantin berjalan di rumah saudara yang lain. Yang lain-lain
tak tahu hilang ke mana.
Berhati-hati
Mariam memegang buku. Bimbang terkena jari jemari yang terluka. Lagipun dari
tercongok tak buat apa-apa, baiklah dilayan bait-bait puisi ini.
Jodoh mati sesungguhnya—
Wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata;
Telah siap hikayatnya.
Mintarayulah,
Pujuksembahlah,
Tunggutangislah,
Emisrengeklah;
Tak terubahkan.
Lama
direnung bait-bait ayat Fynn Jamal itu. Memang betul sangatlah tu. Macam dai
dulu, terhegeh menanti cinta Amril. Dirayu, disembah, dipujuk jiwa Amril agar
memilihnya.
Kemudian
Tuhan membawa laluan hidupnya bertemu dengan Dewi. Barulah dia kenal intipati
hidup yang sebenar. Sungguh, hikayat hidupnya sudah tertulis sejak azali. Tak
terubah sedikitpun.
Dari
jauh, diperhatikan Naira yang ralit membaca itu. “Buku apa tu?”
Teguran itu menghentak lamunan Naira. Qiuzi
lagi? Tapi kali ini muka dia dah cerah sikit. Tak mendung macam tadi. Kena
hati-hati sebab mamat ni pun ada angin mohsun macam Amril jugak.
“Puisi.”
“Awak minat puisi ke?”
“Tak jugak... tapi saya peminat Fynn
Jamal.”
“Siapa tu? Artis ke?”
“Tak lah. Dulu dia bloger. Ahli muzik
jugak.”
Qiuzi menganggukkan kepala. “Boleh pinjam
buku tu? Saya pun minat membaca, tapi kebanyakkan buku motivasilah.”
Puis Tepi Jalan itu mula bertukar tangan.
Dibelek-belek bait-bait puisi dan dipilih secara random.
“Awak rasa ada ke takdir yang dah
disengajakan? Takdir secara kebetulan. Atapun semua takdir sememangnya sudah
tersusun dengan sempurna?” Soalan itu disertakan dengan pandangan yang
menghunus.
“Mana ada sesuatu yang kebetulan dalam
dunia ni. Semuanya dah direncana dengan sempurna.”
Qiuzi mengangguk-ngangukkan kepalanya. “Sedap
puisi ni. Saya suka...” Bahagian itu ditanda sebelum diserah pada Naira semula.
Aku cuma menghirup nafas berdebu di tayar
teksi-teksi kota,
Ketika kau melintas di depan jejari di untai mata.
Persis kebetulan sebelum kau lihat aku dari
semalam sentiasa ada,
Tidak sengaja.
Tidak sengaja.
Ketika
Naira mengangkat wajah, kelibat Qiuzi sudah hilang dibalik pintu. Kenapa lelaki
ni nampak aneh? Ke Qiuzi dah tahu sesuatu yang tak patut dia tahu?
Oh
damn!
***
Mariam
pandang Naira yang sedang berkemas. Nampaknya member dia yang sorang ni memang
tekad nak balik petang nih.
“Weh,
aku tahulah kau marah kat aku. Tapi tak payahlah balik lagi. Tangan kau pun tak
baik mana lagi. Aku risau ni. Mana nak bawak kereta, mana nak jaga Dewi lagi.”
Bahu Naira ditepuk.
Naira
sengih. “Kenapa pulak aku nak marah kau?”
“Yalah...
aku kan nak kenen-kenenkan kau dengan Qiuzi.” Mariam tayang muka versi sayu.
Mohon sangat Naira simpati.
“Tak
lah... aku tak marah pun. Aku tahu kau cuma nak cari yang terbaik untuk aku
kan. Tapi tolonglah cermin dulu diri sendiri. Ada hati nak carikan aku jodoh,
kau tu pun belum ada sesiapa. Garang sangat siapa suruh!”
Mariam
ketawa. “Mana ada aku garang. Aku ni sweet
tau!”
Naira
mencebik. Tak langsung!
“Hmm,
kalau betul kau nak balik, kau naik dengan Qiulah. Kebetulan dia pun nak balik
jugak tuh!”
“Nak
balik? Maksudnya dia bukan duduk kat sini ke?”
“Lah,
dia duduk KL jugaklah. Kau tak tahu ke?”
Naira
angkat bahu. Manalah dia nak tahu. Bukannya dia steady girlfriend Qiuzi pun.
“Tak
pun aku suruh dia drive kereta kau.
Kereta dia adik dia boleh bawak.” Cadang Mariam lagi sambil membawa beg-beg
Naira keluar dari bilik.
“Yam...
tak payahlah. Aku boleh drive
sendiri.”
“Biarlah
saya tolong...” Tak perasan mamat sorang tu dah duduk dekat belakang.
“Bukan
tak nak terima tapi....” Naira serba salah. Berapa banyak kalilah dia nak kena
susahkan Qiuzi? Mamat ni pun satu hal. Yang baik sangat kenapa?
“Tapi
apa? Takut suami awak marah? Kalau macam tu biar saya telefon dia. Biar saya
mintak kebenaran dari dia.” Cadang Qiuzi berani. Telefonnya sudah dikeluarkan
dari kocek.
Terbuntang
mata Naira menyambut keberanian Qiuzi. Anak mata beralih pada Mariam pula. “Aku
nak ambik Dewi kejap...” Cepat je minah tu berlari masuk ke dalam bilik semula.
Naira
dah dapat sedut aura tak sedap.
“Dia
mesti tak bagi...” Jawab Naira sambil menggeleng. Apa dah jadi dengan Ustaz
Qiuzi ni?
“Saya
bukan nak buat apa pun. Saya cuma nak tolong awak.” Nampak air muka Naira
berubah warna. Sampai bila Naira nak berbohong pada dia?
“Assalamualaikum....”
Salam yang kedengaran dari luar menghentikan perbualan mereka.
Qiuzi
merapat ke muka pintu. Menyambut seorang lelaki yang berbadan tegap yang sedang
mengendong beg sandang.
“Waalaikumusalam.
Cari siapa ya?” Nampak macam bukan muka orang kampung.
“Cari
Naira. Naira ada?”
Naira
yang baru nak masuk bilik berpatah semula bila mendengar namanya diseru. Rahang
terjatuh saat melihat wajah lelaki yang sedang tersengih itu. Oh tidak... apa
dia buat dekat sini?
“Aaa..paaa...
aaa... bang.. buat kat... sini?” gagap si suara mewakili gugup si hati.
Qiuzi
toleh ke arah Naira. Tertanya-tanya sendiri.
Siapakah lelaki ni?
p/s: pararapapa.... lambat sebab lately ni mula membaca novel2 penulis lain.. ramai sngat penulis yang best2 sangat.. bkn mudah nak rebut perhatian pmbaca nk baca karya sy... haih.. duk kaji, kalu duduk sebelah karya sendiri.. mcm x terbanding! Rasa macam x sedap ajeh.. mesti rasa tak best ajehhh cite sndiri.
(sungguhlah ni bukan status sentap.. cuma terfikir.. apalah special karya sendiri nih? heh.. tp sungguh jugak, x baik down kan semangat sendiri kann kannn kann...) so terima jelah... ini je y termampu dri saya y serba lemah... =) sayang korang y x pernah berhenti menyokong.. labayu muah muah..
(sungguhlah ni bukan status sentap.. cuma terfikir.. apalah special karya sendiri nih? heh.. tp sungguh jugak, x baik down kan semangat sendiri kann kannn kann...) so terima jelah... ini je y termampu dri saya y serba lemah... =) sayang korang y x pernah berhenti menyokong.. labayu muah muah..
oh ni mesti si amril yg buat kejutan kat naira kan, nak drive kereta balik kl huhuu..padan muka amril kena smash dgn yam, selalu tu dia yg asyik smash naira.
ReplyDeleteoh cik penulis, kenapa tentiba perlu ada pemikiran sebegitu..in sha allah, setiap tulisan ada pembaca dan peminatnya sendiri, tak ramai yg baca tak semestinya tak minat berkemungkinan belum ada lagi yg mengenali tulisan sara ni..
teruskan usaha ya :D
-chah husain-
ahai kak chahh... laju je bc n komen yaaa.. nway thanks.. beselah.. ada up n down dia kan... hormon manusia biasa..
Deletex.. sy bkn terfikir owg x bc cerita sy.. tp sy terfikir, mcm mana nk bg cite y lbih umpphh kat readers.. n of coz xnak klise.. hehe..
betul3..kelainan dlm setiap cerita tu mesti kan
Deletepape pun saya akan menyokong sara
-chah husain-
tu amril ke abg naira?
ReplyDeletekompius ler...sara jgn lelama bab 8
kalau ril... xkan panggil abang kan? heh
DeleteTp saye bace je karya akak....
ReplyDeletedon't worry ^_^
ni y sayang lebih nih.. haha
Deletepssttt syg jgk hee
DeleteOh abg ...abg amril lah yg dtg..potong line sungguh..nak ustaz Qui
ReplyDelete-sj sab-
qiu kak... bkn qui.. kui kui kui.. acane ni? kata penyokong tegar.. heh
DeleteBest2..xsabar nk tggu bab 8..
ReplyDeletetq isyah... sila bersaborr
DeleteSejujurnya saya suka baca karya awak tau...cliche atau tidak terpulang bagaimana seorang penulis mewarnakan karyanya dengan bahasa2 idea yang kreatif dan menarik. .....adakah amril suruh abang naira yang datang...hehehe
ReplyDeletetq idaaa.. x.. tu bukan ayat merajuk.. heh.. tu ayt berfikir dalam2.. hmm, ya ke amril tuhh...
DeleteLIKE!!
Delete=)
DeleteHeiiiiii xyh nk sentap sgt, tulisan awk pun special dhati kami.. Dr dulu kini n selamanya akak pnyokong tegar awk hokeyyyyy. So mohon buang jauh2 perasaan tu ye
ReplyDeleteOk bbalik pd depa btiga ni plak... Abg amril dtg buat surprise ka kikiki. Sori qiuzi ai mmula nk tpesong ati tp cpt ajer amril muncul. Sila usaha lebey ye hahahaha
hahaha.. siapa pulak sentap kak oitt.. ya tahuuu.. akak mmg pnyokong tegar n sy mmg hargai sesangatttt.. ngeee..
Deleteya ke abam amril tuh.. entah2 orang lain.. hero baru ke.. heh
Sara..
ReplyDelete" The positive thinker sees the invisible, feels the intangible, and achieves the impossible!"
So, sentiasa yakin pada diri..n jgn putus asa
N always be urself dalam b'karya tu..
xyh nak banding2x kn karya sara dgn karya orang lain..
In sha Allah..sara akan jadi penulis yang hebat nanti..
Along akan sentiasa doakan..
Give the world the best you have and the best will come back to you.
Teruskan Berusaha.
GoodLuck
-DR.AlongTheHULK-
alonggg... love the quote.. heh.. nway terima kasih ats kta2 semangat y overdos tuhh... n tq so much sebab sudi penyokong penulis cabuk nih.. hehe
Deletehaha..
Deleteoverdose sgt ke??
xpelh skali sekala..
tkot lepas ni xleh bg dh..
sape suruh depressing sgt nk compare dgn others..
-DR.AlongTheHULK-
hey si gadis manis.... tq for you entry... kenapa harus remi ishak??? tahu lah buah hati awak tu... ehhhh... hahahhaha... do good and good thing will come to you my dear... don't let your spirit down okay :) keep supporting you
ReplyDeletegadis manis buat hati berbunga jap.. haha.. sbb xda sape pelakong y hidup dlm jiwa ni.. haha..tq kak azwa... insyaAllah moga semangat ni x patah... =)
Deletesara... makin best lahh.. tp x suka kenapa naira nk tolak qiuzi tuh.. x suka arrr.. nak dia dgan qiuzi tau..
ReplyDeleteanyway, sy rasa awk ad signature sndiri sara.. don't give up.. sptutnya karya y baik akn mmbantu awk mnulis dgn lbih baik.. trust mee..
bab akn datang.. lgi lah awak marah ke naira tuh.. ngeee.. tq yat.. alwayz sokong n support sy.. yup.. karya y baik akn bantu penulis tulis lbih baik.. =)
Deletepararapapa.. Naim, abang Naira ke yg dtg tu?... naira tak panggil Amril, abang kan!!!..
ReplyDeletejeng kreng kreng.. ya ke naim tuh?
DeleteSaya cadangkan, kalau tak nak Cliche, jangan tulis apa yang komen-komen fikirkan, pusing pusing sikit, supaya kitorang tak dapat nak agak, apa yang akan berlaku. Hehe
ReplyDeletehehhe.. bimbang pusing nnti dgan kepala2 sy berpusing.. haha
Deletehaha... tapi best je kan, tengok komen pembaca, pastu tengok la apa yg diorang rasa, contoh laa, banyak yg ingatkan Amril, awak tukarkan laa, jadi Naim ke or ada org lain dari uni dia ke kan... =)
Deletekonfem abg amril yg dtg ni..krik krik krik..
ReplyDeleteya dok nihhhh.. heh
Deleteisssssssssshhhh.....abam mana pulak ni? moga abam amril datang menjemput. hiks :D
ReplyDeleteKejutan itu kadangkala amat menyenangkan tapi terkadang mengelirukan dan fakta tersembunyi. Naira... lambang gadis jitu semangat walau ditolak tetap bersemangat. Ril... ego yang dijunjung takkan selamanya di atas khuatir di saat tersedar ia nak menjunam tiada alas di bawah menanti tuk menyambut! Q... niat murni ikhlas pasti ada jalan... bersatu tak semestinya membahagiakan!
ReplyDeleteSara, why depressing yourself comparing with others? Told you, be yourself just yourself!
~Sekian :-D ~
Abang...?!!! Saspen ni..
ReplyDeleterasa rasa mcm abang naira je tu, tp amril kot! haha saspen. anyway, semua karya kak sara tak pernah cliche kot, tak pernah boring lgsg nak follow. rasa mcm nak lg and nak lg je haa gitu xD
ReplyDeleteLIKE! Sejuta kali!! Dan nak lagiiiiii.....
ReplyDeleteSara, semua author ada cara masing2 & Sara tak kurang juga.. u've ur own way of writing & akak amat lurve it!!! Akak doakan semoga kejayaan itu milik Sara d cute gurl.. InsyaAllah
Kak Iffah
Amril ke yg datang??? Sara ni suke kasi saspen...
ReplyDeleteKarya sara best je. Banyak benda yg sara sampaikn dalam setiap cerita sara...