“Ya Allah, ya Tuhan kami, hidupkan kami dengan
iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama
iman. Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa kesalahan kami dan dosa-dosa
kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami
sebagaimana mereka berdua mengasihani kami dari kecil...” Sebak suara Qiuzi
mengirim doa pada Yang Maha Esa.
Tubir
mata Naira terasa panas pabila mengaminkan bacaan doa yang diketuai oleh Qiuzi
itu. Acapkali dia mendoakan kesejahteraan ibu bapanya. Acapkali dia mendoakan
kemaafan untuk semua dosa-dosa ibu bapanya.
Namun acapkali juga dia terlupa dan
terleka untuk pergi berjumpa dengan keduanya. Memohon ampun dan khilaf kerana
menanam kebencian pada ibu bapa sendiri.
“Ya
Allah, akhirikanlah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya
Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.”
Kali
ini gugur mutiara kacanya. Andai kata Tuhan ambil nyawanya sebentar lagi,
redhakah ibu bapanya pada dirinya?
“Ya
Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah
Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahkanlah kepada kami rahmat kerana
sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.”
Allah.
Jangan kau pesongkan hatiku. Jangan kau pulangkan daku ke jalan semalam. Ya
Tuhan, tak terhitung dosanya ini.
“Wahai
Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat dan
perliharakanlah kami daripada azab neraka.” Terus Qiuzi raup muka.
Amin
Ya Rabbal Alamin. Doa-doa Qiuzi itu diaminkan oleh seluruh makmum. Naira
tekapkan tapak tangan di raut wajah. Cepat dikesat permata yang tumpah tadi.
Pertama
kali dia mengerjakan solat subuh sajadah. Tak ada beza dari solat subuh biasa
cuma diselitkan dengan sujud tilawah sahaja. Itupun diterang secara lembut oleh
Qiuzi sebelum mengetuai jemaah solat.
Sungguh, rasa tenang mengalir di ruang
hati.
Disalam
Puan Kamsah yang berada di sebelahnya. Beruntungnya keluarga ini. Pagi-pagi
sudah meriah dihiasi dengan solat subuh secara berjemaah. Bagai gembira
menyambut hari untuk dipeluangkan sekali lagi menumpang di dunia.
Terkenangkan
Villa papanya. Penuh dengan perhiasan mewah. Tapi kemeriahan seperti ini
langsung sunyi.
Pukul
sebelas pun rumah itu masih sunyi. Yang kedengaran cuma dengkuran halus. Kalau
bising pun, bising kerana kekecohan mereka bergaduh adik beradik. Terasa
kerdilnya dirinya jika hendak dibandingkan dengan keluarga Mariam.
“Kau
okay tak Naira?”
“Okay.”
Senyuman hambar ditayang. Sejadah-sejadah mula dikutip.
“Biar
je dekat situ. Sekejap lagi saya kutip.” Tegur Qiuzi.
“Tak
apa. Bukan susah pun.” Anak mata dihala memandang wajah tenang Qiuzi. Dia
nampak sesorang di balik wajah Qiuzi itu. Seorang yang dia rindu. Rindu yang
tak pernah kenal erti surut.
“Terima
kasih sebab tolong jagakan Dewi semalam.” Sejadah yang dikutip dihulur pada
Qiuzi.
“Kan
saya cakap saya tak terima huluran kasih isteri orang.” Dia senyum pendek.
“Isteri
orang?” Mariam di sebelah dah tayang muka pelik.
“Eh..
pukul berapa Dewi tidur?” Cepat je Naira cantas. Biarlah, dia tak mahu Qiuzi
tahu yang dia sebenarnya masih single.
“Tak
adalah lama sangat... sekejap je dia nangis. Lepas tu dengan saya-saya tertidur
sebelah dia.”
Naira
mengangguk. Ialah, pagi tadi waktu bangun hendak menunaikan solat subuh, dia
lihat Qiuzi sudah terbaring di sebelah Dewi kecil.
“Okaylah.
Saya nak tolong mak cik sediakan sarapan. Jom Yam...” Terus ditarik Mariam yang
berdiri di sebelah Qiuzi. Minah mulut laser ni kena dialihkan.
“Qiuzi
ingat kau isteri orang ke?” Tanya Mariam sambil cabut telekung dan ditukar
kepada tudung sarung pula.
Naira
angguk. Tangan ligat melipat telekung dan disangkut ke birai penyidai.
“Kenapa?”
“Penting
ke dia tahu aku ni single ke tak?” Soalan berbalas soalan.
“Mestilah.
Sebab kalau dia tahu kau single, for sure dia akan suruh mak saudara aku tu
meminang kau sekarang jugak.” Mariam kembali muncul bersama hipotesisnya.
“Kau
ni kan, betullah mulut kau ni nak kena sapu. Banyak sangat sampah sarap!”
Dicubit bibir comel Mariam itu. Macam manalah dia boleh ada spesis kawan macam
gini?
“Hei,
Qiuzi tu sepupu aku. Aku dah kenal dia dari kecik lagi tau. Dia bukan jenis
ramah dengan perempuan pun... Tapi dengan kau dia baik semacam! Aku agak dia
sukakan kau.”
“Nonsens!”
“Yalah...
kebetulan sekarang dia memang tengah survey
calon bini.”
“Aku
tak layak untuk dia Yam.”
Baru dua hari kenal Qiuzi, dia dah dapat
agak Qiuzi lelaki jenis macam mana. Tengoklah macam mana dia imamkan solat
subuh tadi, naik meremang bulu roma mendengar bacaan solat yang lancar dan
tersusun. Perangai pun sopan. Rajin pun rajin. Jauh sangat kalau nak
dibandingkan dengan dirinya.
“Kenapa?
Sebab dia tak kaya?”
“Boleh
tak jangan prejudis dengan aku? Hei, kalau aku pandang harta, tak adanya aku
terkejar-kejarkan si Amril tu dulu.”
Mariam
sengih. Dia tahu. Tadi saje nak tempah marah Naira.
“Tengok
tuh, dah buat salah lepas tu tersengih?” Tombol pintu dipulas. Kalau layan
Mariam, tak tertolonglah orang dekat dapur tuh.
“Kau
ingat tak macam mana kau boleh sukakan Amril?”
Soalan
itu menghentikan langkah kaki Naira yang hendak keluar. Dia angkat bahu. Entah.
Dia pun tak ingat sejak bila dia mula sukakan Amril?
“Lepas
dia jadi Imam masa kita orientasi. Kau cakap, kau jatuh suka pada suara dia.
Sibuk kau tanya student lelaki yang lain. Lepas tu sanggup kau cari siapa Amril
dan kau terus kejar dia... Kau cakap, kau nak lelaki macam tu untuk Imamkan
solat kau. Imamkan keluarga kau. Kau lupa?”
Jatuh
rahang Naira. Sungguh, dia langsung tak ingat semua tu.
“So?”
Apa yang Mariam cuba nak sampaikan?
“Qiuzi
boleh buat benda yang sama Naira..dan aku rasa dia boleh buat lebih baik. So, why not kalau kau bagi dia peluang?”
Argghh...
hantu sampuk mana pulak yang merasuk Mariam sampai nak kenen-kenenkan orang ni?
“Lagipun,
kan ke kau jugak yang cakap nak ada
family sendiri. Nak ada tempat untuk kau menumpang harap. Nak ada keluarga
yang meriah... Nak bina keluarga bahagia. Kan ke ini semua impian kau?” Serang Mariam bertubi-tubi.
“Yam...
kau ni.... betul-betul dah gila?” Apa kes pulak Mariam boleh recall semua
perkara pasal dia?
“Sebenarnya
mak Qiuzi yang suruh aku carikan calon isteri untuk dia. Jadi, bila dah ada
depan mata, aku bentanglah keras cadangan.”
Jatuh
rahang Naira.
“I can smell something... Jangan
cakap....”
“Ya....
aku ajak kau balik ni sebab nak kenalkan kau pada Qiuzi.” Okay, Mariam dah
pasti yang lepas ni mesti dia kena sembur! Tapi paling koman pun kena sembur
dengan air liur. Bukan dengan M16 pun.
“What? Come again?”
Jantung
dah masuk gear nak melompat ni.
“Aku-nak-jodohkan-kau-dengan-Qiuzi!”
Sepatah-sepatah Mariam sebut.
Errk...
aci tak kalau dia nak tumbuk Mariam sekarang? Huh!
***
“Aku-nak-jodohkan-kau-dengan-Qiuzi.”
Berlegar-legar ayat tersebut di dalam
tempurung fikiran Naira. Jembalang manalah yang sampuk otak Mariam ni sampai
hasilkan idea yang langsung tak relevan ni?
Sayur
yang dipotong itu diibaratkan seperti wajah Mariam. Haih, geram betul! Rasa
macam nak cincang-cincang je mulut Mariam yang overdose rajin nak
kenen-kenenkan dia dengan Qiuzi.
“Sudahlah
tu... Banyak dah sayur tu Naira.” Tegur seorang mak cik yang turut berada di dapur.
Naira
lempar senyum pada mak Qiuzi. Kalau dia tampar mak cik ni mesti mak cik tak
berniat dah nak bermenantukan dia kan?
Okay.
Sungguh otaknya tak waras dah. Istighfar Naira.... istighfar...
“Naira
pandai masak?” tanya Puan Kamsah pula.
Laju
je kepala digelengkan. Karang dia suruh masak mee hoon goreng sekuali besar ni,
memang naya jeh!
“Kalau
kat rumah tu, Yam yang rajin masak.” Kalau ada Mariam ni, mesti makhluk Allah
tu sengih lebar sebab dia naikkan saham Mariam.
“Yam
tu memang rajin masak.. Tapi bab mengemas ni dialah ratu pemalasnya.” Haihlah,
mak manalah yang tak kenal perangai anak sendiri.
“Tak
apalah.. Nanti ada keluarga sendiri, tahulah derang nak urusnya. Tak gitu
Naira?”
Naira
sengih menerima ayat Puan Kamilah. Ayat mak Qiuzi ni kenapa ‘hidup’ sangat. Nak
tonyoh pada dia ke apa?
Punggungnya
diangkat. Tak betah membiarkan wajahnya terus dijamah Puan Kamilah yang rajin
tersenyum itu. “Naira tolong panaskan kuali ya...” Rasa kekok cuba dihalau.
“Eh
Naira...” Belum sempat ditegur Puan Kamilah, jeritan Naira sudah bergema di
ruang dapur.
“Aduhh.....”
Puan
Kamilah terus menghampiri Naira. “Lah... ni periuk panas. Mak cik panaskan lauk
kenduri semalam.” Jari jemari Naira yang melepuh dipegang.
Naira
ketap bibir. Dia nak alih periuk ni sebab nak letak kuali. Itulah, pandai-pandai
lagi nak tunjuk raji. Bukan tak boleh fikir yang periuk atas dapur mestilah
panas! Kan dah kena! Berbakul-bakul bebelan dihadiahkan pada diri sendiri.
“Ish...
kena bawak pergi klinik nih.”
“Tak
apalah mak cik. Sikit je.” Tubir mata dah panas. Datang dah perangai anak
manja.
“Mana
boleh.. ni semua jari terkena periuk panas nih!”
Puan
Kamilah mencapai susu dan disapu di jemari Naira yang melecur. Terkesima Naira
dibuatnya. Terkenangkan ibu sendiri. Dia sendiri lupa bila kali terakhir dia
berjumpa dengan mamanya?
Dan
pertemuan terakhir mereka disulami dengan bibit-bibit yang tidak indah untuk
dikenang.
“Sakit
sangat ke?” Tegur Puan Kamilah yang dapat mengesan tubir mata Naira yang
berkaca.
Kepala
digeleng tanda tidak. Air mata yang mengalir ini adalah harga sebuah kenangan
yang tidak dijumpai bersama mamanya.
Sejak
mama berkahwin dengan lelaki muda, dia sendiri terputus hubungan. Rasa malu dan
segan andai manusia di sekelilingnya tahu yang si ibu gatal memikat cinta
lelaki muda.
‘Kenapalah
mama dan papa tak normal macam ibu bapa orang lain?’ Naira mula tarik nafas.
Kemas kinikan perasaan yang mula tak teratur. Tak baik persoalkan kejadian
tuhan Naira.
“Qiu...”
Puan Kamilah menjerit memanggil anak terunanya.
“Eh...
saya okay mak cik. Sikit je..”
“Apa
ibu?” Si jejaka sudah muncul di muka pintu dapur.
“Tolong
bawakkan Naira ke klinik. Tangan dia terkena periuk panas.” Tanpa menghiraukan
penolakan Naira, si ibu sudah mengeluarkan arahan pada Qiuzi.
“Tak
apa. Nanti saya pergi dengan Mariam je...”
Bila tahu isu ‘behind the scene’ tentang kisah nak kenen-kenen tu, Naira jadi tak
selesa nak menegur Qiuzi.
“Tak
apalah. Yam boleh tolong jagakan Dewi. Mari saya bawakkan... Jangan risau, saya
bawak adik perempuan saya untuk teman.” Dia faham kondisi Naira sebagai isteri
orang. Dia pun tak cukup gila nak berdua-duaan dengan Naira.
Naira
masuk ke dalam bilik untuk mengambil beg tangan. Terperangkap pulak dengan
teguran Mariam.
“Eh,
kenapa dengan tangan kau!” Nyata dia agak terkejut melihat tangan Naira. Teruk
jugak tuh!
“Jangan
tegur aku. Aku kan boikot cakap dengan kau!” Sindir-menyindir tu amalan
kebiasaan mereka bila bergaduh.
Mariam
lepas nafas. “Janganlah marah aku...” Suara ala-ala mintak belas ehsan dah
keluar.
“Tolong
jagakan Dewi. Aku nak pergi klinik kejap.”
Beg tangan dicapai. Memang susah nak guna
tangan yang dalam keadaan sakit ini. Mujur dia sudah siap mengenakan palazo dan
baju lengan panjang. Jadi tak payah susah-susah nak bersiap lagi.
“Pergi
dengan siapa?”
“Qiu....”
“Ohh...”
Dalam versi tak nak dan marah-marah pun, tetap tak tolak Qiuzi ya?
Suara Mariam itu memang nada yang mintak
kena bunuh! Buat hati Naira bengkak sahaja.
“Kau
memang nak kena bunuh ya Yam?”
Mariam
ketawa tapi dalam keadaan perlahan kerana bimbang mengejutkan Dewi pula.
“Kak,
abang panggil suruh cepat.” Muncul Qariah dari balik pintu.
Naira
pusing dan memandang ke arah Mariam. “Jaga Dewi...”
“Iya...
Aku tak akan jual Dewi. Kalau aku jual pun, aku jual ke...” Mariam simpan ayat
bila menangkap jelingan maut dari Naira.
“Diam
sebelum aku cop mulut kau dengan periuk panas...” Yang sorang ni memang kuat
membakar sangat!
Naira
keluar rumah dengan hati terbakar, makin dimarah makin panjang pulak sengihan
Mariam. Memang dasar kawan derhaka betul!
“Eh,
naik kereta saya je...” Kunci kereta dihulurkan tapi tidak disambut.
“Tak
apalah. Kereta saya je lagi pun saya dah panaskan enjin.”
Malas
berbalah, Naira menurut. Sebenarnya bimbang menyusahkan Qiuzi.
Dari
balik cermin, Qiuzi memandang wajah Naira yang muncung. Sementara nak tunggu
Qairiah masuk kereta, dia berbasa basi dulu dengan Naira. “Naira, dah mintak
izin suami awak dah?”
Dahi
Naira berlapis. Suami? Oh... hampir terlupa pulak yang dia berstatus isteri
orang di mata Qiuzi.
“Maaf
ya... saya bukan nak jadi ustaz atau membebel. Tapi awak tahu tak, sekirangya
seorang wanita sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga
maruah dan taat pada suaminya, maka dia boleh memasuki Syurga dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki. Jadi, jangan terlepas merebut peluang tu.”
Naira
sengih pendek. Kelat-kelat masam je gayanya.
“Saya
dah mesej dia tadi. Dia dah tahu.” Tipu Naira. Apalah nasibnya kalau Qiuzi
ingat yang dia sebenarnya masih single?
“Okay.”
Qiuzi memulakan pemanduan selepsa Qairiah
masuk ke dalam perut kereta. Ketika memandu, matanya rajin menjeling ke
belakang. Terfikir-fikir sendiri. Macam mana Naira menghantar mesej dalam
keadaan jari jemarinya yang melecur itu? Malah air muka Naira nampak macam ada
masalah je. Dia ada masalah dengan suami dia ke apa?
‘Dah
aku ni kenapa? Kenapa bini orang ni jugak yang masuk dalam kordinat fikiran aku
nih?’
Sesampainya
di klinik, terus Naira mengambil nombor giliran. Qairiah pula membantu Naira
menulis kad perubatan. Jari pula dah rasa berdenyut-denyut.
“Awak
rindu dekat suami awak ke?”
“Hah!”
Naira tayang muka pelik. Tak faham dengan konsep soalan Qiuzi itu.
“Yalah...Rindu
suami awak sampai terangkat periuk panas.”
“Tak
adalah... Saya ni yang careless...”
Sepi
mula merantai mereka.
“Lama
lagi turn ni..” Qiuzi perhatikan
skrin digital di hadapannya.
Naira
yang memejamkan mata di sebelah dikerling. Pasti Naira lapar kerana tidak
sempat menjamah sebarang makanan lagi.
“Abang
keluar kejap dik...” Pesanan dihantar pada Qairiah pabila melihat Naira diam.
Qiuzi
kembali dengan seplastik kecil makanan dan minuman buat alas perut.
“Mana
Qai?” Terpaksa buka mulut bertanya bila tidak dapat mengesan kelibat si adik.
“Toilet.”
“Nah..”
Air tin soya yang sudah dibuka itu dihulurkan pada Naira.
Naira
ingin menolak tapi tekaknya benar-benar terasa kering. Dari pagi tidak menjamah
sebarang minuman. Terkial-kial dia cuba memegang tin air. Bimbang terkena
jemarinya yang melecur.
Qiuzi yang melihat mula menyalahkan diri
sendiri. ‘Apalah bengong sangat aku ni. Kan ke jari dia melecur. Kena air tin
yang sejuk tu, mestilah pedih!’
Terus Qiuzi mencapai air tin dari tangan
Naira dan menyuakan straw minuman pada mulut Naira. Nampak riak wajah Naira sedikit
terkejut.
“Maaf...
Saya cuma nak tolong awak.”
Oh
Tuhan, janganlah Naira berfikir yang bukan-bukan tentang dirinya.
Untuk
menjaga air muka Qiuzi, ninuman itu disedut perlahan. Nampak beberapa mata
memandang pelakuan mereka. Mamat ni kenapalah baik tahap overdos!
Mata Naira terpandangkan roti di dalam
plastik pembelian Qiuzi. Ada roti? Huargghh lapar. Dia ni dah lah spesis cepat
kena gastrik! Tapi tak kan nak suruh Qiuzi suap pulak.
“Sweetnya
lelaki tu.. agaknya tu isteri dia ke adik dia?” Terdengar bisikan halus dari
arah belakang.
“Sweet
kan? Aku harap tu adik dia! Boleh lah aku taste market! Dah lah handsome.”
Sambut si kawan pula.
Muka
Naira dah merona kemerahan. Janganlah Qiuzi dengar apa yang dia dengar nih!
Mamat ni pun boleh tahan berani nak suap bini orang.
“Saya
rasa seperti diperhatikan.” Qiuzi keluarkan statement perasan.
“Perasan!” Komen Naira spontan diiringi
tawa kecil.
“Awak
boleh tolong saya?” Tanya Qiuzi separa berbisik.
“Tolong
apa?”
“Tolong
naikkan saham saya.” Wajah itu sudah diserang senyuman nakal.
“Hah?”
“Boleh
ke tidak?” Tanya Qiuzi lagi.
“Macam
mana?” Nak tahu jugak, cara macam mana nak tingkatkan saham si Qiuzi nih.
“Saya
suap roti ni, awak tolong makan ya?”
“Hah!”
Dah macam orang tak betul dah duk ber‘hah’ ‘hah’ dari tadi.
“Bukan
apa, saya nak tingkatkan kadar peratusan lelaki sweet kat Malaysia nih! Lagipun,
manalah tahu kalau-kalau nanti perempuan kat belakang ni tinggalkan nombor
telefon ke kan? Saya jugak yang untung.”
Roti gardinia itu dicubit dan disua pada
Naira. Kalau dia tak buat macam ni, dia tahu yang Naira tak akan terima suapan
dia. Perut Naira perlu dialas. Sungguh, dia bukan gatal nak membirah dengan
isteri orang. Kalau sesiapa pun ditempat Naira, dia akan melakukan perkara yang
sama.
“Adik...
cepat... abang suap nih!” Pancing Qiuzi. Kuat pulak tuh. Nak tak nak terpaksa
Naira sambut suapan Qiuzi itu walaupun dihambat rasa segan yang menggunung.
Diam-diam
Naira tarik senyum. Haihlah Qiuzi.
Tadi versi alim-alim.
Lepas tu ada versi prihatin sweet-sweet.
Ni versi nakal-nakal pulak?
Dia ni ada berapa versi hah?
Sewaktu
nama Naira dipanggil, Qariah mula mendapatkan abangnya. Dari jauh lagi sudah
diperhatikan Naira dan Qiuzi.
“Ehem...
kemain nampak!”
“Jangan
salah faham ya. Abang cuma tolong dia sebab tangan dia melepuh. Itu sahaja.”
“Oh..
kalau betul-betul pun apa salahnya. Tak salah pun kalau abang jatuh suka pada Kak
Naira. Lagipun, merasa jugaklah Qai dapat kakak ipar yang cun!”
“Ish..
gila ke? Bini orang tuh!”
“Hah!
Sejak bila pulak Kak Naira tu kahwin?”
Kejap.
Qiuzi toleh ke arah adiknya. “Apa maksud Qai ni? Kak Naira tak kahwin lagi ke?”
“Kenapa?
Dia dah kahwin ke?”
Qiuzi
tepuk dahi. Eh budak ni. Orang tanya dia, dia tanya kita balik. Sebenarnya
Naira ni dah kahwin ke belum? Kalau belum, kenapa mengaku dah kahwin?
Nampak
gayanya Naira ni bukan sahaja ada sindrom unik dan pelik tapi.... misteri! Ya.
Misteri.
p/s: agak2 kantoi ke tidak... heh... bab ni saje je x letak amril... biar diulit watak qiuzi.. kononnn.. nway enjoyzzz n hope so like it...
hei2 adik sayang.. tq for the entry... wallah kenapa qiuzi ni manis-manis alam... oh mai... hahahahah
ReplyDeletemanis2 alam? hope x ada readers kena potong kaki.. haha
Deletexde makna nak potong kaki... tahap kemanisan masih boleh diterima.. hehehhehe
Deletealong bru nk feeling lebih2x..
ReplyDeletecepat bab 7 ...
hehe
ni pun dah 14 page yunk oitt
DeleteAlah, kantoikan aje lah. Sile gigih berusaha ya qiuzi.. Hehe
ReplyDeletereleks ah dulu.. kantoi awal2 x best.. heh
DeleteAlahai...so sweet c qiuzi ni,bley x cpt2 kntoi kn c naira ni..nk tgk versi qiuzi ngorat naira plak,hehehe..
ReplyDeleteqiuzi x pandai ngorat yunk.. =p
Deleteish...geram betoi dgn naira..kesian qiuzi...
ReplyDelete-nur-
lorh.. kenapa pulak? dia x mahu patahkan hati orang..
Deletekesian Quizi...
ReplyDeleteqiuzi okeh2 jeh.. jgn kesian
DeleteXckup2 nk lgi..hope bab 7 akn dtg pnjang brjela..qiuzi sweet2 gitu amril singa2 gitu, personaliti S dorang berbeza but so interesting..buat sy trgugat. Kna istikharah 7 hari 7 mlm ni..haha keep it up k.sara
ReplyDeleteni pun dah 14 page yunk... nk pnjang mcm mana lagi? T_T sila istiharah.. lol..
DeleteAla sweetnya qiuzi ni...
ReplyDeletesweet ngada2.. =)
Deletedah jatuh cinta kat qiuzi la .. macam mana ni..huhu
ReplyDeleteteruskan menyintai qiuzi.. haha
Deletehahaha...sweetnyew!!!
ReplyDeleteqiuzi mengada ni.. =)
Deletetakpe2, takde amril pun hokay...sesekali kita beromantika de amour dgn abg quizi pulak, ni asyik kena semburan si amril yg takde penapis tu....haih, nk lagi quizi versi alim+sweet+nakal ya
ReplyDelete-chah husain-
hai kak chah.. perasan komen2 kak chah sblum nih.. perkataan kucar lanar tu mmg ada.. kebiasaannya diguna oleh orang dahulu kala.. heh..
Deletederang tu kombinasi dia orang... ya tahu bahasa pasar.. just nak make it normal mcm bahasa pertuturan kita jeh
nway hope terus mnyokong keh.. =)
kalu dulu mcm suka kat amril... now mcm terrrsuka dekat qiuzii jehhh... someone said, if nak cari bakal suami, cari yang baik komunikasinya.. sbb if dia tgah marah or meletup pun, dia boleh kawal bahasa komunikasi dia...
ReplyDeletewell, u know what i mean kann.. =p
hahaha... ya pahamm... nk cakap nk angkat sepanduk qiuzi lah tu kannnn
DeleteOppa.. :]
ReplyDeletengeee
DeleteBEST ....
ReplyDeletethanks
DeleteDugaan! Tatkala hati telah menetapkan dialah juara ada yang lain menghampiri buat perasaan terbelah-bahagi. Mengenang kekurangan diri, cuba dinyahkan rasa. Naira.. semua orang berhak bahagia andai bahagia itu yang dipilih dan kemahuan. Paling-paling hargai orang yang menghargai dan tulus pada kita seumpamanya Mariam.
ReplyDeleteSemakin sayangnya DIA pada kita, semakin banyak ujian untuk mengukuhkan kita. JanjiNYA pasti!
~Birthday lady~, thank for this gift. Harap kisah ini dipermudahkan untuk ke medium cetakan/
<3 Guess Me!
ini mesti kak rozie kannn kan kann... harap2nya mcm tulah.. hope BAM mampu diterima..
Deletenway sy suka semua komen2 akak tuh.. buat sy rasa nk tulis dgan lebih baik.. heh
nk Quizi la jd heronya...amril bg org len..hehe
ReplyDeletenak tahu sape heronya... kena tunggu sampai ending keh..
Deletedah jatuh cinta dengan Quizi lah! please bagi Naira kahwin dgn Quizi.hehe
ReplyDeletehahahha... sabor sabor..
Deletebia kantoi..haha..
Deletenak quizi dengan naira tau..
amril tu kita carikan dia pasangan lain.
dewi pun macam ngam je dengan quizi..hehe
wawawa... we wait n c kehh..
Deletedewi untung sebab ada papa n daddy.. =)
tak kira!!!nak amril jugak!!!!!!!!hehe
ReplyDeleteBaru ari ni akak dapat maraton BAM... asyik bz maraton novel yg beli ari tu je. hahaha...
ReplyDeleteKenapa la Qiu ni nampak sweet sangat eh dlm bab 6 ni. adesss... boleh terkena kencing manis ni. part last tu memang saspen... kantoikah status Naira?