Sunday 22 December 2013

BIAR AKU MENCINTAIMU [7]


Telefon bimbit yang nyaring berbunyi itu dipandang. Lah, si Naira ni tak bawak telefon ke? Pabila terpandangkan nama pemanggil, terus Mariam kaget.
Amril!
            Nak angkat ke tak nak? Kalau angkat, jadi satu hal. Tapi kalau tak angkat, jadi dua hal pulak!
            “Hello...”
            “Hello... Naira.. kenapa tak balas mesej aku? Call aku pulak tak jawab. Tahu tak aku risau?” Suara di sana menyerbu laju.
            “Eh.. ni bukan Naira. Ni aku, Yam!”
            Amril lepas nafas. Sia-sia je masuk gear lima tadi. “Naira mana?”
            “Klinik.” Ops... terbagi skop jawapan jujur pulak.
            “Kenapa? Dewi sakit ke? Sakit apa? Teruk ke?”
            Mariam menggeleng. Mata diangkat ke atas. Kalau bab Dewi laju jeh. Bab Naira ada dia kisahkan ke? Naira, percayalah. Qiuzi tu layak berjuta kali ganda lagi dari Amril nih.
            “Bukan Dewilah... Naira yang sakit.”
            Urat saraf yang tegang tadi kembali bertenang. Lega dibuatnya. “Dah kenapa pulak dengan dia?”
            “Tangan dia terkena periuk panas.” Manja sangat bunyinya. Tapi kalau benda dah nak jadi.
            “Ish dia nih... Tak pernah lulus jaga diri sendiri. Sebab tu aku makin risau bila dia jaga Dewi.”
            Mariam ketap bibir. Bengang tak semena.
 “Hello cik abang, sepanjang Dewi dibawah jagaan Naira, pernah ke Dewi terluka atau sakit melarat atau jatuh ke? Pernah?” Datang dah baran Mariam nak tolong smash sikit kepala otak Amril tu. Banyak sangat ke dosa Naira sampai Amril hanya nampak buruk Naira sahaja?
            “Memanglah tak pernah...Tapi...”
            “Tapi apa? Ya... aku akui kadang-kadang Naira tu careless.. Tapi dalam bab Dewi, tak pernah dia sambil lewa. Sebab sayang dia pada Dewi lebih dari dia sayangkan diri sendiri. Sayang dia pada Dewi mahal. Kau faham tak intipati mahal tu?”
            Amril gigit bibir. Dah Mariam ni kenapa? Kena suntik hormon mengamuk ke apa?
            Malas nak terus bertikam lidah, Amril bagi ayat penyudah. “Okaylah, kalau dia balik nanti, suruh dia call aku semula.” Pesan Amril lembut.
            “Tengoklah dulu macam mana. Okay bye!”
            Klik!
            Amril garu kepala? Memanglah dia tertinggikan suara tadi. Tapi bukan dia nak tuduh Naira membabi buta. Dia cuma risaukan kesihatan gadis itu sahaja.
Kalau dah tangan terkena periuk panas, macam mana pulak nak jaga Dewi? Macam mana pulak nak drive balik KL semula?
            Jam ditilik. Sudah menghampiri sepuluh pagi. Dia menelefon sekadar untuk bertanya khabar seperti kebiasaan. Lepas tu dia nak tanya bila nak balik KL? Itu sahaja.
            Sambil berbaring di atas katil, dibelek gambar yang Naira post di laman sesawang. Gadis itu nampak seronok bergambar di pelamin. Kata coverage nazak tahap arwah tapi upload gambar sempat pulak ya?
            Nampak pipi si gadis sudah mengembang. Tubuhnya sudah nampak lebih berisi. Ni kalau komen depan Naira ni, mahu gadis itu puasa seminggu! Badan Naira naik secara mendadak mungkin disebabkan dia meyusukan Dewi.
            Teringatkan perbualan mereka semasa menghantar Dewi yang demam ke klinik.
            “Aku ingat nak susukan Dewilah. Susu formula ni manalah bagus sangat kalau nak dibandingkan dengan susu ibu.” Luah Naira sungguh-sungguh. Rasa segan dilempar jauh-jauh. Sudah lama dia berfikirkan perkara ini.
            “Kau serius?”
            “Tak lah. Aku saje je buat iklan.”
            Amril gigit bibir. Main-main pulak.
            “Mestilah serius... Suka tanya soalan yang dah tahu jawapannya.”
            “Macam mana kau nak susukan? Kau bukan bersalin lagi? Ke kau rancang nak kahwin.” Oh, janganlah ada idea yang pelik-pelik tuh. Kalau Naira kahwin, dia bimbang Dewi akan diabaikan.
            “Kau ni betul ke terpelajar? Tak pernah dengar ya pasal suntikan hormon yang boleh buat perempuan tak bersalin pun boleh menyusukan anak?”
            Mulut Amril berbentuk O.. ada ya? Manalah dia nak ambil tahu sangat hal ehwal wanita ni.
            “Tak berbahayakan ke?”
            “Mengikut pada pembelajaran aku bersama encik google, boleh jadi mengambilan hormon ni tak bahaya cuma yalah.. tak bolehlah pandai-pandai. Kena mintak pendapat dari doktor perubatan jugak. Aku dah set appointment dengan doktor panel family aku minggu depan.”
            Amril hela nafas. Cepat je cara si Naira ni berfikir.
            “Kenapa tiba-tiba kau sungguh-sungguh nak susukan Dewi?” Soalan yang berkampung di benak terus diluahkan.
Adakah ini salah satu cara untuk menarik perhatiannya?
Adakah ini cara untuk Naira memungut cinta darinya?
            Iaitu dengan bersungguh-sungguh sayangkan Dewi?
            “Semua ni bukan jadi secara tiba-tiba. Aku dah terfikir lama dah. Satu. Sebab aku sayang dia. Dua. Sebab aku nak jadi ibu susuan dialah. Nanti kalau aku kahwin, tak adalah dia ada batasan aurat dengan suami aku sebab suami aku adalah mahram kepada Dewi. Kalau aku ada anak lelaki nanti pun senang... Derang dah jadi adik-beradik susuan.” Jelas Naira tenang.
            Amril mengangguk. Mengiakan. Walhal langsung tak terfikir. Dia kena clorox sikit  kepalanya. Suka sangat nak berprasangka pada Naira. Tak pun dia suka sangat nak perasan terlebih!
             “Macam ada perancangan nak kahwin je...” Komen Amril perlahan.
            “Mana ada orang nak duduk dalam dunia ni sorang-sorang. Lagipun, kau ingat aku ni tak laku sangat ke? Kau je yang tak mahu.. Orang lain berduyun menanti.”
            Amril ketap bibir. Selamba tahap badaknya perempuan ni. Orang yang me‘reject’ pulak naik segan.
            Okay. Just drop the subject!
            “Nanti kau akan susukan Dewi secara normal ke? Maksud aku...” Belakang leher digaru. Erk.... macam mana ya nak sudahkan soalan ini. Karang Naira fikir dia gatal pulak nak bukak topik ‘hot & spicy’.
            Muka Naira juga ikut turut kemerahan. Tapi ilmu, wajarlah untuk dikongsi kan?
            “Mengikut kefahaman aku ada dua cara. First, penyusuan secara normal macam biasa. Kedua penyusuan melalui tiub, botol susu atau sebagainya.”
Sebenarnya setiap situasi itu adalah unik dan berbeza. Tinggal kita je yang nak kena untuk menempuh dan menepis segala cabaran.
            Yang paling penting, perlu mengikut syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh syarak.
1)                  Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan.
2)                  Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi.
3)                  Umur bayi tidak boleh melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
“Dewi.... banyak sangat jasa Naira kan?” Luah Amril perlahan. Seakan-akan dapat berbual dengan arwah Dewi. Terkenang-kenang pula kebaikan Naira. Padanlah arwah Dewi sayang benar pada Naira.
“Ril janji.... Ril akan cuba layan Naira baik-baik. Ril tak akan marah-marah dia... Ril tak akan sakitkan hati dia. Ril akan cuba jadi kawan yang baik untuk dia.” Tekad Amril pasti.
Hei Naira, please return my call. Bisik hati Amril sambil membuang pandang pada wajah Naira di skrin telefon bimbitnya.

***
Sementara nak menunggu nama dipanggil untuk mengambil ubat, Naira cuba menghilangkan kekok antara mereka.
"Hmm... apa macam dengan saham awak tadi? Ada melonjak ke bintang tak?" Tanya Naira. Sempat lagi anak mata menjeling ke arah gadis-gadis yang masih mencuri pandang ke arah mereka.
"Hmm... kurang berkesan ah."
"Alah kesian... mungkin derang malu tu. Apa kata kalau awak yang bagi nombor telefon kat dia orang. Lelaki kenalah gentleman kan..."
Lagipun, mana ada perempuan yang terlebih advance berani bagi nombor telefon pada lelaki. Eh lupa. Dia sendiri pernah bagi nombor telefon pada Amrill. Lebih tragis, Amril siat-siat kertas tu. Depan mata kepala dia pulak tuh!
Adoi.. kenapalah muka dia tebal sangat dulu?
"Ishh.. mana boleh. Nanti budak berdua tu mesti berebut.. Kesianlah kan..."
Pecah tawa Naira. Tahap perasan mencecah langit betullah si Qiuzi nih!
"Tak pernah saya jumpa orang macam awak!" komen Naira dengan senyuman yang tak putus.
"Sekarang awak dah jumpa kan... tapi sayang.... sayang sebab dah terlambat."
Errkkk.. terlambat? Jiwa bagai digoreng garing. Hati pulak bagai dikunyah rangup. Macam faham je ayat Qiuzi tuh!
            Qiuzi sebenarnya cuba nak memancing Naira dengan soalan-soalan yang meninggalkan jawapan. Kalau dia tanya direct pada Naira, kemungkinan wanita itu akan berbohong lagi. Belum sempat dia meneruskan soalan, nama Naira dipanggil untuk mengambil ubat.
            “Biar Qai tolong...” Qariah menawarkan pertolongan.
            Telefon bimbit Qiuzi berbunyi. Panggilan daripada Mariam itu dijawab.
            “Weh, Naira mana?”
            “Salam mana?”
            Mariam mendengus. Asyik kena perli jeh dengan Ustaz Qiuzi.
            “Assalamualaikum. Naira mana? Dewi dah menangis ni. Dia laparlah gamaknya. Lambat lagi ke?”
            “Waalaikumusalam.. Lah, kenapa tak bagi dia susu?”
            “Nak bagi macam mana? Dewi menyusu badan. Susu yang dah dipam pun dah habis.” Cerita Mariam tak bertapis.
            Terkesima Qiuzi menyambut kata-kata Mariam. Jadi semuanya sudah terjawab? Maknanya betullah Naira sudah berkahwin?
            “Tengah ambil ubat. Nak baliklah ni.” Sesudah salam, talian terus diputuskan. Kelibat Naira dan Qairiah dihampiri.
            Naira pelik dengan raut wajah Qiuzi yang nampak mendung itu. Tidak seceria tadi. “Kenapa?”
            “Dewi menangis. Mungkin lapar.”
            Naira tepuk dahi. Kemudian menjerit kecil pabila terlupa pada jarinya yang melecur. “Allah.. kesian Dewi.” Terlupa yang pagi tadi dia tidak sempat mengepam susu buat Dewi. Lagipun, manalah dia nak agak yang dia kena tinggalkan Dewi.
            “Jomlah balik.”
            Dahi Naira mula berlapis pabila menyambut reaksi Qiuzi yang tiba-tiba bertukar serius. Aik, mamat ni pun ada angin taufan macam Ril jugak ke?
            Sungguhlah. Boleh senak hati kaji perangai lelaki nih!
***
            Petang itu, barulah Naira ada kesempatan untuk membalas panggilan daripada Amril. Itu pun nasib baik line okay. Tangan pun dah okay sikit walaupun sakit itu masih ada.
            Sesudah menjawab salam, terus Naira menyerbu. Tak mahu mendengar Amril membebel tentang kecuaian dirinya pagi tadi.
            “Sebelum kau tanya, aku jawab dulu. Buah hati kau okey. Meragam dan mengada sikit-sikit je.” Belum sempat ditanya, laju mulut Naira memberi penjelasan.
            Amril ketawa kecil.
            “Bunyi macam orang cemburu je.” Telah Amril sengaja.
            “Lah, kenapa nak cemburu pulak?” Dah Amril ni kenapa masuk soalan zone aneh ni?
            “Yalah... kot-kot jelous sebab daddy asyik ambil tahu pasal buah hati je. Terlupa kat mummy tuh.”
            “Kalau mummy cemburu, daddy nak buat apa?” Dibalas juga usikan Amril. Sambil-sambil itu membetulkan si Dewi yang sedang menyusu.
            “Okay. To be fair. Kalau Dewi buah hati aku.... kau...apa ya yang sesuai?” Jeda seketika. Jari bermain di dagu. Sungguh-sungguh dia perah otak nak bagi keistimewaan pada Naira jugak.
            Dup dap. Dup dap.
            “Kau....jadi bunga hati akulah.”
Amril ketawa. Tiba-tiba segan sebab terlebih laku.
Naira pun sama. Sebab tak tahu nak bagi reaksi macam mana.
            “Apa bendalah yang kau merepek ni Ril? Kau waras kan? Apa kau ingat ni tayar kereta ke nak bunga bagai?” Spontan diterjah dengan soalan sarkastik. Tak mahu lagi terbelai dengan skop ayat-ayat manis Amril yang tiba-tiba tuh. Buat terbelah jiwa jeh.
            “Waras. Tapi aku rindukan Dewi. Tu yang ada sindrom pelik nih.” Seketika ada jeda antara mereka.
“Hmm, tangan kau teruk ke?”
            Oh. Ambil berat jugak tentang dirinya ya?
            “Sepuluh jari aku ada cop periuk tuh.” Alang kepalang Amril dah tahu, baik diceritakan sahaja. Nanti Amril dapat tengok jugak jarinya yang melecur itu.
            “Ish... apa Remy Ishak lalu kat sebelah ke sampai kau tak tahu beza periuk panas dengan periuk tak panas?”
            “Hei... tolonglah. Remy Ishak tu tak luak apa-apa bagi aku ya. Aku imun dia okay. Sistem ketahanan diri aku kebal!”
            Amril senyum walau Naira tidak melihatnya.
            “Dah tu? Ada hero malaya mana ada kat kampung tu?”
            Terus Naira diam. Teringatkan Qiuzi. Muka tak adalah kacak mana. Tapi aura tu tahap membunuh.
            “Hmm...”
            “Maknanya adalah ya? Padanlah liat benar nak balik kan?” Naira sendiri tak dapat nak teka nada suara Amril tika ini.
            “Kalau ada kenapa?”
            “Ada ke tak ada ke? Tak ada kesan dalam hidup aku. Aku nak kau balik sebab aku nak jumpa Dewi. Kalau kau tak mahu balik lagi, biar aku pergi Kuantan bawak balik Dewi. Kau nak duduk tak mahu balik pun ikut suka kaulah. Yang penting Dewi ada dengan aku.”
            Taufan dah meledak balik. Naira ketap bibir. Apa dia ada salah cakap ke? Kejap okay kejap tak okay Amril ni. Kalau Amril ni perempuan, ada sindrom datang bulan, lagilah gian mengigau nak mengamuk.
            “Ril.. esok aku balik dah.” Kalau ikut perancangan, memang macam gitulah.
            “Okay. Tu je yang aku nak tahu. Bye.” Terus talian diputuskan.
            Lama Naira pandang telefon sendiri. Kemudian telefon itu berdering semula. Amril lagi.
            “Esok boleh drive tak?” Tanya Amril senada.
            “Kenapa tak boleh pulak?” Tak boleh layan sangat kepala angin Amril ni, kena menjawab sekali sekala.
            “Kan ke tangan kau melecur. Boleh ke nak drive?”
            Naira simpan senyum. Risau tapi nak garang-garang jugak si Amril ni.
            “Boleh je.”
            “Esok balik pukul berapa? Yam tak ikut sekali kan?” Bukan ke masih dalam cuti mid-term. Dah sah-sah dah si Mariam tu tak balik KL sama.
            “Yam stay kampung dulu. Ahad nanti baru balik. Esok aku gerak petang kot.”
            “Sebelum gerak call aku dulu.” Arah Amril serius. Dalam fikiran sudah berkira-kira sendiri.
            “Tengoklah kalau line tak cari pasal.” Sengaja Naira balas ala kadar.
            “Naira... janji dengan aku!” Si mamat taufan dah mendengus.
            “Ya... ya... aku call.” Akhirnya Naira mengalah lagi. Malas nak bergaduh dengan Amril.
            Akhirnya talian diputuskan sekali lagi. Tiba-tiba je line okay dan senang je call nak masuk. Yang tak okaynya sebab dia kena marah dengan Amril tadi. 
            Setelah memastikan yang Dewi sudah nyenyak, Naira keluar dari bilik. Sempat lagi dia capai puisi tepi jalan karya Fynn Jamal. Dia ni bukanlah minah puisi sangat tapi semua coretan Fynn Jamal memang kena dengan jiwanya.
            Turun ke bawah rumah. Melepak di beranda. Rumah yang semalam riuh rendah, mula dihimpit sunyi. Pengantin berjalan di rumah saudara yang lain. Yang lain-lain tak tahu hilang ke mana.
            Berhati-hati Mariam memegang buku. Bimbang terkena jari jemari yang terluka. Lagipun dari tercongok tak buat apa-apa, baiklah dilayan bait-bait puisi ini.

Jodoh mati sesungguhnya—
Wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata;
Telah siap hikayatnya.

Mintarayulah,
Pujuksembahlah,
Tunggutangislah,
Emisrengeklah;

Tak terubahkan.

            Lama direnung bait-bait ayat Fynn Jamal itu. Memang betul sangatlah tu. Macam dai dulu, terhegeh menanti cinta Amril. Dirayu, disembah, dipujuk jiwa Amril agar memilihnya.
            Kemudian Tuhan membawa laluan hidupnya bertemu dengan Dewi. Barulah dia kenal intipati hidup yang sebenar. Sungguh, hikayat hidupnya sudah tertulis sejak azali. Tak terubah sedikitpun.
            Dari jauh, diperhatikan Naira yang ralit membaca itu. “Buku apa tu?”
Teguran itu menghentak lamunan Naira. Qiuzi lagi? Tapi kali ini muka dia dah cerah sikit. Tak mendung macam tadi. Kena hati-hati sebab mamat ni pun ada angin mohsun macam Amril jugak.
“Puisi.”
“Awak minat puisi ke?”
“Tak jugak... tapi saya peminat Fynn Jamal.”
“Siapa tu? Artis ke?”
“Tak lah. Dulu dia bloger. Ahli muzik jugak.”
Qiuzi menganggukkan kepala. “Boleh pinjam buku tu? Saya pun minat membaca, tapi kebanyakkan buku motivasilah.”
Puis Tepi Jalan itu mula bertukar tangan. Dibelek-belek bait-bait puisi dan dipilih secara random.
“Awak rasa ada ke takdir yang dah disengajakan? Takdir secara kebetulan. Atapun semua takdir sememangnya sudah tersusun dengan sempurna?” Soalan itu disertakan dengan pandangan yang menghunus.
“Mana ada sesuatu yang kebetulan dalam dunia ni. Semuanya dah direncana dengan sempurna.”
Qiuzi mengangguk-ngangukkan kepalanya. “Sedap puisi ni. Saya suka...” Bahagian itu ditanda sebelum diserah pada Naira semula.

Aku cuma menghirup nafas berdebu di tayar teksi-teksi kota,
Ketika kau melintas di depan jejari di untai mata.

Persis kebetulan sebelum kau lihat aku dari semalam sentiasa ada,
Tidak sengaja.
Tidak sengaja.

            Ketika Naira mengangkat wajah, kelibat Qiuzi sudah hilang dibalik pintu. Kenapa lelaki ni nampak aneh? Ke Qiuzi dah tahu sesuatu yang tak patut dia tahu?
            Oh damn!
***
            Mariam pandang Naira yang sedang berkemas. Nampaknya member dia yang sorang ni memang tekad nak balik petang nih.
            “Weh, aku tahulah kau marah kat aku. Tapi tak payahlah balik lagi. Tangan kau pun tak baik mana lagi. Aku risau ni. Mana nak bawak kereta, mana nak jaga Dewi lagi.” Bahu Naira ditepuk.
            Naira sengih. “Kenapa pulak aku nak marah kau?”
            “Yalah... aku kan nak kenen-kenenkan kau dengan Qiuzi.” Mariam tayang muka versi sayu. Mohon sangat Naira simpati.
            “Tak lah... aku tak marah pun. Aku tahu kau cuma nak cari yang terbaik untuk aku kan. Tapi tolonglah cermin dulu diri sendiri. Ada hati nak carikan aku jodoh, kau tu pun belum ada sesiapa. Garang sangat siapa suruh!”
            Mariam ketawa. “Mana ada aku garang. Aku ni sweet tau!”
            Naira mencebik. Tak langsung!
            “Hmm, kalau betul kau nak balik, kau naik dengan Qiulah. Kebetulan dia pun nak balik jugak tuh!”
            “Nak balik? Maksudnya dia bukan duduk kat sini ke?”
            “Lah, dia duduk KL jugaklah. Kau tak tahu ke?”
            Naira angkat bahu. Manalah dia nak tahu. Bukannya dia steady girlfriend Qiuzi pun.
            “Tak pun aku suruh dia drive kereta kau. Kereta dia adik dia boleh bawak.” Cadang Mariam lagi sambil membawa beg-beg Naira keluar dari bilik.
            “Yam... tak payahlah. Aku boleh drive sendiri.”
            “Biarlah saya tolong...” Tak perasan mamat sorang tu dah duduk dekat belakang.
            “Bukan tak nak terima tapi....” Naira serba salah. Berapa banyak kalilah dia nak kena susahkan Qiuzi? Mamat ni pun satu hal. Yang baik sangat kenapa?
            “Tapi apa? Takut suami awak marah? Kalau macam tu biar saya telefon dia. Biar saya mintak kebenaran dari dia.” Cadang Qiuzi berani. Telefonnya sudah dikeluarkan dari kocek.
            Terbuntang mata Naira menyambut keberanian Qiuzi. Anak mata beralih pada Mariam pula. “Aku nak ambik Dewi kejap...” Cepat je minah tu berlari masuk ke dalam bilik semula.
            Naira dah dapat sedut aura tak sedap.
            “Dia mesti tak bagi...” Jawab Naira sambil menggeleng. Apa dah jadi dengan Ustaz Qiuzi ni?
            “Saya bukan nak buat apa pun. Saya cuma nak tolong awak.” Nampak air muka Naira berubah warna. Sampai bila Naira nak berbohong pada dia?
            “Assalamualaikum....” Salam yang kedengaran dari luar menghentikan perbualan mereka.
            Qiuzi merapat ke muka pintu. Menyambut seorang lelaki yang berbadan tegap yang sedang mengendong beg sandang.
            “Waalaikumusalam. Cari siapa ya?” Nampak macam bukan muka orang kampung.
            “Cari Naira. Naira ada?”
            Naira yang baru nak masuk bilik berpatah semula bila mendengar namanya diseru. Rahang terjatuh saat melihat wajah lelaki yang sedang tersengih itu. Oh tidak... apa dia buat dekat sini?
            “Aaa..paaa... aaa... bang.. buat kat... sini?” gagap si suara mewakili gugup si hati.
            Qiuzi toleh ke arah Naira. Tertanya-tanya sendiri.

Siapakah lelaki ni?

p/s: pararapapa.... lambat sebab lately ni mula membaca novel2 penulis lain.. ramai sngat penulis yang best2 sangat.. bkn mudah nak rebut perhatian pmbaca nk baca karya sy... haih.. duk kaji, kalu duduk sebelah karya sendiri.. mcm x terbanding! Rasa macam x sedap ajeh.. mesti rasa tak best ajehhh cite sndiri. 

(sungguhlah ni bukan status sentap.. cuma terfikir.. apalah special karya sendiri nih? heh.. tp sungguh jugak, x baik down kan semangat sendiri kann kannn kann...) so terima jelah... ini je y termampu dri saya y serba lemah... =) sayang korang y x pernah berhenti menyokong.. labayu muah muah.. 

38 comments:

  1. oh ni mesti si amril yg buat kejutan kat naira kan, nak drive kereta balik kl huhuu..padan muka amril kena smash dgn yam, selalu tu dia yg asyik smash naira.
    oh cik penulis, kenapa tentiba perlu ada pemikiran sebegitu..in sha allah, setiap tulisan ada pembaca dan peminatnya sendiri, tak ramai yg baca tak semestinya tak minat berkemungkinan belum ada lagi yg mengenali tulisan sara ni..
    teruskan usaha ya :D

    -chah husain-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahai kak chahh... laju je bc n komen yaaa.. nway thanks.. beselah.. ada up n down dia kan... hormon manusia biasa..

      x.. sy bkn terfikir owg x bc cerita sy.. tp sy terfikir, mcm mana nk bg cite y lbih umpphh kat readers.. n of coz xnak klise.. hehe..

      Delete
    2. betul3..kelainan dlm setiap cerita tu mesti kan
      pape pun saya akan menyokong sara

      -chah husain-

      Delete
  2. tu amril ke abg naira?
    kompius ler...sara jgn lelama bab 8

    ReplyDelete
  3. Tp saye bace je karya akak....
    don't worry ^_^

    ReplyDelete
  4. Oh abg ...abg amril lah yg dtg..potong line sungguh..nak ustaz Qui
    -sj sab-

    ReplyDelete
    Replies
    1. qiu kak... bkn qui.. kui kui kui.. acane ni? kata penyokong tegar.. heh

      Delete
  5. Best2..xsabar nk tggu bab 8..

    ReplyDelete
  6. Sejujurnya saya suka baca karya awak tau...cliche atau tidak terpulang bagaimana seorang penulis mewarnakan karyanya dengan bahasa2 idea yang kreatif dan menarik. .....adakah amril suruh abang naira yang datang...hehehe

    ReplyDelete
  7. Heiiiiii xyh nk sentap sgt, tulisan awk pun special dhati kami.. Dr dulu kini n selamanya akak pnyokong tegar awk hokeyyyyy. So mohon buang jauh2 perasaan tu ye
    Ok bbalik pd depa btiga ni plak... Abg amril dtg buat surprise ka kikiki. Sori qiuzi ai mmula nk tpesong ati tp cpt ajer amril muncul. Sila usaha lebey ye hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. siapa pulak sentap kak oitt.. ya tahuuu.. akak mmg pnyokong tegar n sy mmg hargai sesangatttt.. ngeee..

      ya ke abam amril tuh.. entah2 orang lain.. hero baru ke.. heh

      Delete
  8. Sara..

    " The positive thinker sees the invisible, feels the intangible, and achieves the impossible!"

    So, sentiasa yakin pada diri..n jgn putus asa
    N always be urself dalam b'karya tu..
    xyh nak banding2x kn karya sara dgn karya orang lain..
    In sha Allah..sara akan jadi penulis yang hebat nanti..
    Along akan sentiasa doakan..

    Give the world the best you have and the best will come back to you.
    Teruskan Berusaha.
    GoodLuck

    -DR.AlongTheHULK-

    ReplyDelete
    Replies
    1. alonggg... love the quote.. heh.. nway terima kasih ats kta2 semangat y overdos tuhh... n tq so much sebab sudi penyokong penulis cabuk nih.. hehe

      Delete
    2. haha..
      overdose sgt ke??
      xpelh skali sekala..
      tkot lepas ni xleh bg dh..
      sape suruh depressing sgt nk compare dgn others..

      -DR.AlongTheHULK-

      Delete
  9. hey si gadis manis.... tq for you entry... kenapa harus remi ishak??? tahu lah buah hati awak tu... ehhhh... hahahhaha... do good and good thing will come to you my dear... don't let your spirit down okay :) keep supporting you

    ReplyDelete
    Replies
    1. gadis manis buat hati berbunga jap.. haha.. sbb xda sape pelakong y hidup dlm jiwa ni.. haha..tq kak azwa... insyaAllah moga semangat ni x patah... =)

      Delete
  10. sara... makin best lahh.. tp x suka kenapa naira nk tolak qiuzi tuh.. x suka arrr.. nak dia dgan qiuzi tau..

    anyway, sy rasa awk ad signature sndiri sara.. don't give up.. sptutnya karya y baik akn mmbantu awk mnulis dgn lbih baik.. trust mee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab akn datang.. lgi lah awak marah ke naira tuh.. ngeee.. tq yat.. alwayz sokong n support sy.. yup.. karya y baik akn bantu penulis tulis lbih baik.. =)

      Delete
  11. pararapapa.. Naim, abang Naira ke yg dtg tu?... naira tak panggil Amril, abang kan!!!..

    ReplyDelete
  12. Saya cadangkan, kalau tak nak Cliche, jangan tulis apa yang komen-komen fikirkan, pusing pusing sikit, supaya kitorang tak dapat nak agak, apa yang akan berlaku. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe.. bimbang pusing nnti dgan kepala2 sy berpusing.. haha

      Delete
    2. haha... tapi best je kan, tengok komen pembaca, pastu tengok la apa yg diorang rasa, contoh laa, banyak yg ingatkan Amril, awak tukarkan laa, jadi Naim ke or ada org lain dari uni dia ke kan... =)

      Delete
  13. konfem abg amril yg dtg ni..krik krik krik..

    ReplyDelete
  14. isssssssssshhhh.....abam mana pulak ni? moga abam amril datang menjemput. hiks :D

    ReplyDelete
  15. Kejutan itu kadangkala amat menyenangkan tapi terkadang mengelirukan dan fakta tersembunyi. Naira... lambang gadis jitu semangat walau ditolak tetap bersemangat. Ril... ego yang dijunjung takkan selamanya di atas khuatir di saat tersedar ia nak menjunam tiada alas di bawah menanti tuk menyambut! Q... niat murni ikhlas pasti ada jalan... bersatu tak semestinya membahagiakan!

    Sara, why depressing yourself comparing with others? Told you, be yourself just yourself!

    ~Sekian :-D ~

    ReplyDelete
  16. rasa rasa mcm abang naira je tu, tp amril kot! haha saspen. anyway, semua karya kak sara tak pernah cliche kot, tak pernah boring lgsg nak follow. rasa mcm nak lg and nak lg je haa gitu xD

    ReplyDelete
  17. LIKE! Sejuta kali!! Dan nak lagiiiiii.....

    Sara, semua author ada cara masing2 & Sara tak kurang juga.. u've ur own way of writing & akak amat lurve it!!! Akak doakan semoga kejayaan itu milik Sara d cute gurl.. InsyaAllah
    Kak Iffah

    ReplyDelete
  18. Amril ke yg datang??? Sara ni suke kasi saspen...

    Karya sara best je. Banyak benda yg sara sampaikn dalam setiap cerita sara...

    ReplyDelete