Friday 15 June 2012

COUPLE MAKES TROUBLE



           Pejam mata, bukak mata, tutup mata, bukak mata… tak sangka, hubungannya dengan Syed Ramli terjalin sebagai pasangan kekasih. Erk.. Kekasih? Sekali dengar macam sweet.. Dua kali dengar, tiba-tiba rasa meremang bulu roma. Entah macam manalah dia boleh terima lamaran lelaki itu! Nak kata memenuhi piawaian seorang lelaki, tak jugak.. Tapi mungkin Syed Ramli memiliki sesuatu yang tidak dimiliki oleh lelaki lain yang mampu membuatkan jiwa Alanna tertawan.
            Telefon yang berdering nyaring itu mematikan lamunan Alanna. Sejuring senyuman mula menerjah ruang wajah. Mr. Sweetie Duck!
            “Hai sweetie…” Sejak dua minggu yang lepas, memang itulah panggilan manja dari Syed Ramli untuknya.
            “Hai monster….” Usik Alanna nakal. Betul-betul rasa tak percaya yang mereka sedang bercinta sekarang!
            “Tengok tu, kita panggil baik-baik dia panggil kita monster pulak! Merajuklah macam gini…” Alanna ketawa besar mendengar tajuk Syed Ramli itu. Begini rupanya orang merajuk! Rupa dah gagah, badan dah tegap tapi sekali dia buat ayat merajuk, monster puk kalah nih!
            “Jangan nak mengadalah!” Jangan harap dapat mengada dengan Alanna. Nak merajuk ke, nak pujuk-pujuk ke, nak mengada-ngada ke, lepas kahwin okay! Hmm.. prinsip baru Alanna. Suka benar berprinsip bagai!
            “Awak ni memang garanglah Lanna..” Komen Syed Ramli sambil tersengih. Nak marah pun tak guna! Nasib dapat awek seperti Alanna. Tapi sekurang-kurangnya dia tahu yang Alanna jenis perempuan yang tak melayan lelaki!
            “Dengan awak haruslah garang!”
            “Okay... tapi lepas kita kahwin, tak boleh garang-garang tau!”
            “Kalau nak garang jugak, awak nak buat apa?” Duga Alanna nakal.
            “Hmm... kalau awak garang jugak, tahulah saya nak buat apa nanti...” Alanna ketawa halus. Dia belum cukup bodoh untuk memahami ayat tersirat disebalik yang tersurat. Mujur sahaja pak Syed tidak berada di hadapannya sekarang. Kalau tak, jenuh nak padam kesan merah di wajahnya. Malu seyhh..!
            “Amboihhh... dah ada strategi nampak!”
            “Hidup ini penuh dengan perkara yang tidak dijangka tapi manusia haruslah bijak merangka!”  Ini memang jawapan stok orang bijak-bijak. Alanna pasti yang dia berada di jalan yang betul. Dia pasti yang pak Syed ini boleh membimbingnya.
            “Apa sahajalah yang awak rangka Am...” Sejak mereka bersahabat baik, Am adalah nama panggilan yang dikhaskan untuk Syed Ramli. Hendak memanggil nama penuh Syed, memang tergeliat habis lidahnya. Hendak memanggil Syed, rasanya terlalu formal. Hendak memanggil Ramli, oh tidak... nama zaman tok kaduk tuh.. Memang tak lah.. Jadi diambil singkatan dari nama Ramli.. so, terciptalah nama Am!
            “Rangkaan pertama.... Sila turun ke bawah!” Ujar Syed Ramli sambil tergelak-gelak.
            “Bawah mana? Bawah katil ke?” Mentang-mentanglah dia sedang enak melingkar di atas katil. Contoh pun nak bagi pasal katil jugak. Hari ahad adalah hari malas sedunia! Jadi buat apa nak mandi awal-awal.
            “Saya ada depan pagar rumah awak nih...” Perlahan-lahan, Syed Ramli mula keluar dari perut kereta. Memang sengaja buat kejutan pada Alanna. Dia tahu yang dia akan kena marah. Tapi dia memang suka dimarahi oleh Alanna!
            “Hah? Buat apa datang rumah....?” Alanna sudah mula kelam kabut. Kakinya terus menghala ke tingkap rumah. Tubuh pak Syed memang sedang tercegat di pintu pagar.
            “Lah, nak berkenalan dengan bakal mertua sayalah...” Alanna sudah mula menepuk dahi. Tak suka dengan kejutan seperti ini.
            “Kenapa tak cakap awal-awal nak datang.. Saya tak mandi lagi nih!” Alanna sudah mula mengelabah. Sekejap ke utara, sekejap ke selatan, arah timur dan barat pun dia singgah jugak! Jam baru sahaja menunjukkan pukul sepuluh pagi. Syed Ramli memang gila!
            “Memang datang nak mandikan awak pun...” Sakat Syed Ramli selamba.
            “Am...” Jerit Alanna geram. Orang dah kelam kabut, dia sempat lagi nak main-main.
            “Okay.. Ayah awak dah keluar dah nih.. cepat mandi, jangan bagi saya tunggu lama sangat.”
            “Am...kejap!” Jerit Alanna kuat. Menghalang Syed Ramli dari memutuskan talian.
            “Lanna, saya tahulah awak rindukan saya.. Awak cepat pergi mandi... Saya tunggu kat bawah... Lepas ni boleh lepaskan rindu banyak-banyak ya..” Usik Syed Ramli lagi.
            “Bukan pasal rindu sekarang nih..... masalahnya saya tak pernah beritahu apa-apa lagi dekat parents saya.” Aduh, itu yang membuatkan dia kusut! Nanti, apa pulak mak dan ayah fikir. Memanglah mak dan ayah sporting, tapi tak mahulah depa berdua terkejut.
            “Trust me! Biar lelaki yang selesaikan masalah ni! Orang perempuan, sila duk diam-diam.” Tanpa menanti balasan dari Alanna, Syed Ramli terus memutuskan talian. Mula bersalam dengan ayah Alanna setelah pintu pagar dibuka.
            “Selamat pagi pak cik...”
            “Pagi... Anak ni cari siapa ya?”
            “Saya Syed Ramli... saya nak mintak persetujuan pak cik..” Tiba-tiba rasa berdebar. Tapi dia benar-benar ingin serius! Serius dalam menentukan hala tuju hidupnya bersama dengan Alanna.
            “Persetujuan pak cik? Persetujuan apa?”
            “Saya nak minta persetujuan nak berkawan dengan anak pak cik.”
            Encik Ariff mula terpinga-pinga. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba sahaja ada seorang lelaki yang ingin berkawan dengan anaknya. Sekali pandang, memang nampak macam orang baik-baik. Pemuda dihadapannya nampak kemas sahaja dengan jeans dan kemeja Polo berwarna hitam. Menyerlahkan ketampanannya yang sedia. Tapi kalau dua kali pandang, rasa lain macam pulak! Melihat kepada kereta mewah yang berada di luar garaj kereta, Encik Ariff mula berfikir sendiri. ‘Betul ke orang kaya macam ni nak berkawan dengan Lanna.. Apalah yang dia pandang pada Lanna yang banyak songeh itu!’
            “Errk... Lanna tahu tak yang kamu nak datang ni?” Si ayah pula yang kaget bila orang nak berkenalan dengan anak gadisnya.
            “Dia baru tahu...” Syed Ramli memerhatikan bapak mertuanya itu. Hmm, nampak seperti jenis yang sempoi-sempoi jugak. Mesti sekepala dengan Alanna jugak nih... Senanglah sedikit kerjanya nanti nak membeli jiwa bapak Alanna ini.
            “Eh, jemputlah masuk.. Lanna tu entah dah bangun ke tidak.. Kamu duduk dulu, pak cik pergi panggil mak cik..” Encik Ariff terus meninggalkan Syed Ramli dan dilalukan langkah ke dapur. Mencari kelibat isterinya.
            “Midah... ada orang datang tuh...”
            “Siapa?”
            “Dia nak berkawan dengan Lanna...” Terang Encik Ariff semangat.
            “Hah, nak berkawan dengan anak dara kita? Uish... handsome tak?” Pertanyaan Hamidah itu membuatkan Encik Ariff garu kepala. Kalau dah perempuan tu, perempuan jugaklah. Suka tanya handsome ke tidak! Soalan wajib orang perempuan. Jadi lelaki, haruslah jangan pelik.
            “Handsome lagi abang...” Seloroh Encik Ariff dengan muka berlagak. Puan Hamidah mencebik! Konon macam menyampah namun dalam hati tetap mengiakan kata-kata suaminya itu. Aish, kalau bukan isteri yang puji suami sendiri, siapa lagi kan...
            “Malaslah nak layan abang.. nak pi tengok bakal menantu kita.. Abang tolong siapkan air!” Arah Puan Hamidah selamba.
            “Eh, ada menantu, suami sendiri pun tolak tepi!” Usik Encik Ariff pula. Usik mengusik seperti ini sudah terbiasa hidup dalam kehidupan mereka. Kalau tambah Alanna, lagilah haru dunia mereka. Nasib hidup bertiga, kena pandai-pandai memeriahkan keadaan. Kalau tak memang sepilah memanjang!
            “Tolak kejap jeh...” Sempat lagi Puan Hamidah membalas sebelum keluar dari dapur. Tanpa banyak cakap, terus Encik Ariff mengeluarkan jus oren yang sememangnya sudah tersedia di dalam peti. Menunggu untuk dituangkan sahaja.
            “Bang....” Hampir-hampir sahaja melucut jag air yang berada di pegangannya apabila menangkap jeritan daripada isterinya.
            “Buang tebiat apa menjerit-jerit ni Midah oit...” Tegur Encik Ariff bengang.
            “Handsome gila bakal menantu kita!” Ujar Puan Hamidah teruja.
            “Kan... pandai anak saya pilih!”
            “Kalau tang pandai, mestilah ikut Midah.. Kalu tang bengap tu ikut abang...” Gurau Puan Hamidah sambil ketawa. Encik Ariff mula menjenggilkan mata.
            “Mak, ayah, apa yang bising sangat nih?” Baru sahaja dia menjejakkan kaki ke hujung tangga, sudah terdengar suara emak dan ayahnya itu. Tadi sempat juga matanya  menjeling ke arah pak Syed yang sedang membaca surat khabar di ruang depan. Dia perlu mendapatkan keluarganya terlebih dahulu.
            “Memanglah bising.. Kamu tak beritahu awal-awal pun yang kawan kamu nak datang!” Marah Encik Ariff bengang. Marah-marah sayang...
            “Lanna pun baru tahulah yah...” Terang Alanna serba salah.
            “Jadi, dialah lelaki yang berjaya memusnahkan prinsip hidup kamu tu ya?” Tanya Puan Hamidah sambil mencuit sedikit bahu milik anaknya. Sekarang dia sudah senang hati. Sekurang-kurangnya dia tahu anaknya sudah berteman. Bukan menggalakkan anaknya itu mempunyai kekasih, tapi hati tuanya kadang-kadang bimbang jika Alanna memilih untuk sendiri buat selamanya. Siapalah yang akan menjaga anaknya nanti. Sudahlah memang Alanna seorang sahaja anaknya.
            “Bukan memusnahkanlah....” Sela Encik Ariff perlahan.
            “Habis tu apa?” Pandangan Puan Hamidah beralih ke arah suaminya.
            “Dialah lelaki yang mendebarkan Alanna... alah, macam yang awak rasa dekat saya dulu-dulu...” Kedua-duanya ketawa besar. Alanna mula menepuk dahi apabila mendengar lawak tak sudah ayahnya itu. Kemain lagi.....
            “Mengarutlah mak dengan ayah nih... Dah lah, Lanna nak ke depan kejap!”
            “Ialah... dah ada kekasih baru, kekasih lama ni dilupakan...” Encik Ariff sudah mula buat ayat pasrah. Alanna mula melepaskan lelah sedikit. Lengan milik ayahnya mula dipaut.
            “Ayah akan tetap jadi kekasih Lanna sampai bila-bila pun! Mak pun akan tetap menjadi superwoman terbaik di hati Lanna.. Lanna sayang sangat mak dan ayah! Tak ada orang pun yang boleh gantikan mak dan ayah di hati Lanna! Pak Syed kat depan tu pun, Lanna letak kat bahagian lain tau!” Tiba-tiba rasa sebak! Rasa sensitif tiba-tiba berkunjung rasa.
            “Alah... jangan nangis-nangis. Tak heroinlah anak ayah..” Rasa bersalah pulak kerana terlebih bergurau dengan anaknya itu. Bahu anaknya ditarik dan dipeluk dari tepi. Cuba menghalau rasa sedih. Entah kenapa, dia pun turut rasa sedih. Bagaikan saat untuk melepaskan Alanna akan tiba. Sunyilah rumah ini nanti...
            “Ayah memang jahat kan... buat kita berdua menangis!” Puan Hamidah ikut turut menyeka air mata yang singgah di hujung mata. Bila Lanna pergi, pasti senda gurau seperti ini akan turut pergi.
            Akhirnya mereka bertiga berpeluk sesama sendiri.
            Tanpa mereka menyedari, ada mata yang memandang perlakuan mereka itu. Segaris senyuman mula menyapa ruang wajah. ‘Keluarga ini memang hebat dalam melahirkan kasih sayang..’
***
            “Hey, kenapa macam sedih je nih? Tak suka saya buat kejutan macam ni?” Tegur Syed Ramli apabila melihat air muka buah hatinya yang suram itu. Sengaja dia bertanya walaupun dia sudah mengetahui penyebabnya. Sengaja menduga, adakah Alanna akan berkongsi segalanya dengan dirinya.
            “Suka... lain kali buatlah lagi! Kenapa tak datang lepas subuh jeh... Tak pun datang waktu subuh, boleh join jemaah sekali!” Marah Alanna geram. Kalau baca novel, kejutan seperti ini memang membuatan heroin terharu. Tapi hakikatnya dalam dunia realiti yang sebenar, kejutan ni mampu meluruhkan jantung! Ada jugak yang mati bergolek!
            “Bagus jugak cadangan tuh... Mungkin boleh pertimbangkan esok!” Sakat Syed Ramli selamba. Alanna menjeling! Menyampah!
            “Lanna, kenapa ni? Tak nak share dengan kekasih hati bersulamkan jantung awak ni ke?” Pujuk Syed Ramli perlahan.
            “Tak ada apalah..” Tolak Alanna. Memang dia sedih.. Sedih memikirkan yang dia bakal meninggalkan keluarga kecilnya ini. Tapi biarlah disimpan sendiri di lubuk hati.
Dia bukan sejenis gadis manja yang suka mengadu bermacam-macam pada perkara yang remeh. Dia dididik dengan sikap berdikari agar tidak bergantung dengan sesiapa pun. Ayah kata, title anak tunggal bukan alasan untuk dia menjadi gadis manja. Bahkan anak tunggal harus bergerak sendiri. Sebab dia tidak punya abang, kakak atau adik-adik untuk dia menumpang harap! Jadi, sudah biasa dia simpan semuanya sendiri. Kalau pun ada masalah, orang yang dicari pastilah ayah dan maknya!
            “Look... Orang couple, tak boleh ikut gaya orang single... Kalau single dulu, awak memang boleh simpan sorang-sorang.. Tapi bila awak dah couple, awak ada saya... Saya nak ada di setiap masa milik awak. Setiap rasa duka, kecewa, sedih, ketawa ataupun bahagia, saya nak bersama awak! Jadi, saya nak tegaskan di sini, awak kena share semuanya dengan saya.... Macam nilah cara kita nak  belajar untuk mengenali sesama sendiri! Trust me!”
            Alanna tersenyum. Syed Ramli bagaikan faham sahaja dengan situasinya sekarang. Ini yang membuatkan dia bertambah sayang pada Syed Ramli! Suaranya tegas walaupun kadang-kadang penuh dengan arahan. Kadang-kadang, dia rasa Syed Ramli melayannya sebagai seorang pekerja! Penuh dengan arahan yang berbaur paksaan. Tapi itulah cara Syed Ramli! Dan kini Alanna sedang membiasakan diri untuk menerima Syed Ramli dengan caranya yang tersendiri itu.
            “Ada faham?” Tanya Syed Ramli inginkan kepastian. Bukan boleh kira sangat Alanna ni, lain yang dia cakap. Lain pulak yang dia faham! Perempuan memang selalu begitu. Tapi Alanna kan sejenis wanita yang berfikran optimis.. Sebenarnya Syed Ramli sedikit gusar. Risau kerana ini adalah pertama kali Alanna couple. Dia risau kalau Alanna terbawa-bawa dengan sikap single mingle dia itu. Mungkin beberapa perkara perlu diajar agar Alanna tidak merasa kekok dan gelabah!
            “Yes Boss!”
            “Yeaahh... I’m your boss.. Boss in your heart!” Alanna melarikan pandangan. Malu pulak mendengar ayat spesis jiwang itu. Jangan harap dia hendak membalas balik! Dia memang tak pandai okay. Lagipun biarlah disimpan kata-kata manis selepas berkahwin nanti.
            “Dah lah... awak duk sini. Mak ajak makan tengah hari sama-sama. Saya nak pergi tolong mak masak.” Alanna sudah mula angkat punggung.
            “Masakkan satu lauk kegemaran awak! Saya nak kongsi kesukaan kita bersama. Biar apa yang awak suka, akan menjadi kesukaan saya pulak!”
            “Tapi... saya tak sure awak akan suka makanan kesukaan saya tu!” Muka Alanna mengerut sedikit. Makanan kesukaannya itu pelik. Silap hari bulan, Syed Ramli sure boleh loya.
            “I will like it.. Trust me!”
            Kepala Alanna terangguk-angguk sedikit. Ayat kesukaan Syed Ramli itu benar-benar ingin membuatkan Alanna ketawa. ‘Trust Me! Selagi belum tengok dengan mata kepala sendiri, aku tak akan percaya!’ Bisik Alanna sambil berlalu ke hadapan.
            Sesudah berhempas pulas di dapur, akhirnya Alanna memanggil Syed Ramli yang sedang ralit berbual dengan Encik Ariff. Alanna tersenyum kelegaan. Sekurang-kurangnya dia tahu yang pak Syed diterima baik oleh mak dan ayah. Terus diajak ayah dan Syed Ramli ke meja makan.
            “Wah.. banyaknya lauk...” Wajah Syed Ramli sudah meleret dengan senyuman.
            “Mak cik masak khas untuk bakal menantu mak cik.” Tutur Puan Hamidah selamba. Alanna menjeling ke arah emaknya. Kepalanya tergeleng sedikit. Susah kalau dapat emak yang terlalu selamba ini!
            “Makan Syed, jangan malu-malu...” Pelawa Encik Ariff pula.
            “Hmm.. mana satu lauk kegemaran awak?” Mata Syed Ramli menerawang di atas meja. Ada lauk udang masak merah, ada sup, ada asam pedas ikan merah, sayur campur dan sambal belacan.
            Alanna sudah tersengih. “Saya suka sup tuh! Awak nak? Saya cedokkan ya?” Tangannya laju meletakkan lauk ke dalam pinggan Syed Ramli. Syed Ramli yang melihat mula tercengang apabila melihat kaki ayam yang berada di pinggannya.
            “Makanan kegemaran saya ialah sup kaki ayam!” Terang Alanna teruja.
            Syed Ramli terkejut. Seumur hidupnya, tidak pernah sekali pun dia makan kaki ayam! Baginya, orang yang makan kaki ayam ini ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! Boleh pulak kaki ayam ini menjadi makanan kegemaran Alanna?
            Kalau ikutkan hatinya sekarang, mahu sahaja dia meletakkan kaki ayam tersebut di dalam pinggan Alanna. Tapi dia risau pula dengan penerimaan mak dan ayah Alanna yang jelas sedang memandang ke arahnya.
            Syed Ramli mula rasa menyesal kerana meminta Alanna mencedokkan lauk kegemaran gadis itu. Sungguh, sup kaki ayam ini betul-betul berada di luar kotak pemikirannya. Nak tak nak terpaksa hadap jugak!
            Sesudah Encik Arif membaca doa, terus mereka mula menjamu selera. “Jemput makan Syed...” Ajak Encik Ariff apabila melihat pemuda itu seperti teragak-agak untuk menelan makanan. Alanna pun satu, ada ke bantai letak kaki ayam! Sekali pandang pun dah tahu yang Syed Ramli tidak menggemarinya. Mungkin anaknya itu hendak menguji keikhlasan hati Syed Ramli.
            Akhirnya, perlahan-lahan digigit kaki ayam tersebut. Sekali kunyah dia boleh tahan lagi, tapi setelah dikunyah beberapa kali, dia mula rasa loya! Loya bila membayangkan seekor ayam yang berjalan di atas tanah kotor itu.
            Terus ditekup mulutnya. Kalau muntah kat sini, memang naya! Buat jatuh saham bakal menantu terpilih jeh.
            “Am, awak okay?” Dapat dikesan raut wajah Syed Ramli yang berubah itu. Rasa nak ketawa pun ada! Mana perginya ayat ‘trust me’ itu? Mungkin dah bertukar jadi ‘Frust!’
            Syed Ramli mengangguk laju. Tanda okay walaupun dia memang tak okay! Namun tekaknya memang tidak mampu lagi menahan godaan muntah yang menggunung. Lantas dia terus bangun dari kerusi dan berlari ke arah dapur.
            Terus dimuntahkan isi perutnya yang sememangnya masih kosong. Mungkin mulutnya mampu menipu. Tapi tekaknya langsung tak boleh terima. Jadi, inilah hasilnya.
            Alanna yang turut mengekori terus membancuh air oren pekat ke dalam gelas. Mula rasa kasihan kerana terlebih menguji kesungguhan Syed Ramli. Hendak sahaja digosok belakang kekasihnya itu, tapi sedar yang ada batasan yang masih membatasinya.
            “Awak tahu, besi tu walau berkilat mana pun, mesti akan berkarat kalau kena air! Macam tu jugak dalam perhubungan, walaupun pembohongan itu adalah bertujuan untuk menjaga hati dan perasaan orang lain, tapi sebenarnya ia boleh mengaratkan sebuah hubungan!” Tutur Alanna sambil menghulurkan kain bersih untuk Syed Ramli mengelap mulutnya.
            Syed Ramli diam. Rasa hilang kekuatan untuk membalas kata. Usai mengelap mulutnya, dia terus mencapai gelas minuman yang dibancuh oleh Alanna.
            “Minum ni... Biar rasa lega sikit tekak tuh!” Syed Ramli tak berani nak membantah arahan Alanna. Lalu diturutkan sahaja.
            “Awak sendiri cakap dengan saya... Bila couple, kita share apa yang kita suka. Apa yang kita tak suka! Kena terus terang! Tapi awak sendiri pun nak berahsia! Ishh.. Tok guru macam mana ni?” Untuk tidak mengeruhkan lagi situasi, Alanna sudah mula tersenyum perli.
            “Saya nak belajar apa yang awak suka...” Rasa malu sangat nak pandang muka Alanna saat ini. Itu belum tambah untuk mengadap wajah orang tua Alanna. Entah apa fikiran mereka tentang dirinya. Makan kaki ayam pun sampai muntah-muntah! Antibodi tak kuat langsung! Memang tak hero kot...
            “Hah, inilah yang salah pasal orang yang ‘pernah’ bercinta nih...” Perkataan pernah itu ditekan kuat. Melahirkan kegeraman!
            Syed Ramli memandangnya aneh. Mungkin masih belum mentafsir makna yang tersirat di sebalik kata-kata Alanna.
            “Apa yang salah?”
            “Cinta itu bukan untuk memepelajari tentang partner masing-masing... Hubungan itu bukan untuk dikaji... Ataupun perlu dirombak sesuka hati dan diletak susun atur caranya. Sebuah hubungan itu adalah untuk dinikmati dan dihargai. Kalau awak tak suka apa yang saya suka, tak bemakna benda tu salah! Cukuplah kalau awak hormat. Semua tu adalah satu perkara yang tak boleh dibayar ataupun dibuat-buat. Ia lahir dari hati yang ikhlas! Dan.... jangan sesekali menggunakan pengalaman bercinta yang lepas-lepas! Dah sah-sah lah pengalaman dulu tu tak guna.. sebab kalau benda tu berguna dan menjadi, tak lah awak putus dengan perempuan tu kan...” Dalam ayat yang serius menasihati, sempat lagi Alanna memerli Syed Ramli.
            Syed Ramli terdiam. Terpukul dengan kata-kata Alanna itu.
            “Lanna, betul ke awak tak pernah bercinta ni?” Tiba-tiba dia mula rasa ragu. Gaya percakapan, pemikiran Alanna... semuanya menjurus ke arah positif sahaja. Dia pula yang rasa rendah diri.
            “Tak pernah bercinta, tak bermakna tak pernah jatuh cinta.” Cawan yang berada di tangan Syed Ramli diambil dan dibasuh. Pasti mak dan ayahnya pelik. Kenapa mereka berdua tidak keluar dari dapur lagi.
            “Lanna.. I’m serius...”
            “I’m serius too... Memang saya pernah sukakan seseorang pun!” Jujur Alanna.
            “Habis tu kenapa tak terima dia?”
            “Sebab masa tu ayah tak kasi saya bercinta!” Tipu Alanna sedikit. Encik Ariff tak pernah menghalang aktivitinya. Asal pandai jaga diri, itu sudah memadai buat ayahnya dan emaknya.
            “Tipu...” Alanna mula mendengus mendengar bantahan Syed Ramli itu. ‘Mamat ni memang tahu je kalau aku menipu!’
            “Sebab yang lain ialah single make simple.” Syed Ramli sudah mengagak jawapan daripada Alanna itu. Tapi sebenarnya dia takut dengan luahan Alanna tadi. Buat-buat mamat tadi datang balik, agak-agaknya Alanna akan berpaling ke dari dia? Ini yang paling dia takut tika bercinta... Takut jika kehilangan insan yang dia sayang.
            “Alanna... Awak janji yang awak tak akan berpaling dari saya kan?” Rayu Syed Ramli serius. Menanti dengan penuh mengharap.
            “Buat apa saya nak berpaling.. Saya dah dapat mamat yang lebih handsome, yang kaya, yang baik dalam serba serbi walaupun dia garang dan suka mengarah sesuka hati dia!” Dalam memuji, sempat pula dia menyelitkan ayat-ayat perli.
            “Kadang-kadang saya tertanya-tanya jugak, apa yang membuatkan awak terima saya ya?” Hilang terus rasa lapar bila mengadap topik soal hati dan perasaan ini.
            “Sebab kena dengan masanya! Tepat pada ketikanya.” Sekali lagi Syed Ramli mengerutkan dahirnya.
            “Contoh, sekarang saya dah stabil. Dah habis belajar.. Dah cukup besar untuk melangkah ke frasa baru!” Terang Alanna lagi.
Syed Ramli mengeluh sedikit. Dia tidak berpuas hati dengan kata-kata Alanna itu. Masa dan ketika yang tepat! Habis tu kalau bukan dia yang muncul, mungkin Alanna tetap terima lelaki lain. Jadi, dia hanyalah seorang lelaki yang bertuah kerana berada di waktu yang telah ditetapkan. Bukan lelaki yang bertuah kerana menjadi pemilik di hati Alanna.
            “Dah ni kenapa pulak?” 
            “Kalau ditakdirkan lelaki lain yang melamar, awak mesti terima jugak lah kan?”  Tebak Syed Ramli dengan wajah yang serius.
            “Mungkinlah....”
            “Lanna!”
            Alanna tergelak. Aduh pak Syed nih! Tetap nak jawapan yang memuaskan hatinya juga. Memang tak pernah bersyukur! Alanna tak mahulah memanjakan Syed Ramli dengan ayat-ayat manis sangat. Mereka bukannya pasangan isteri yang perlu bermanja berlebihan. Mereka perlu menghormati batasan pergaulan. Apa yang halal, tidak perlu diharamkan. Dan apa yang sememangnya haram, lagilah tak boleh dihalalkan.
            “Hmm.. kalau kita kahwin nanti, barulah saya beritahu jawapannya!” Pujuk Alanna sedikit.
            “Alah... semua lepas kahwin!” Protes Syed Ramli tetap tak puas hati. Tapi dalam diam, dia amat mengagumi Alanna. Terasa bertuah bersama dengan gadis bernama Nur Alanna ini. Semua yang dia lakukan, pasti berdasarkan sebuah prisip. Malah prinsip hidupnya langsung tidak dapat digoyahkan.
            “Kalau nak dengar sangat, pergi cari perempuan lain!”
            “Lepas kahwin baru cari..” Sakat Syed Ramli pula.
            “Amboiihhh....” Akhirnya mereka ketawa bersama. Tanpa mereka sedari, Encik Ariff dan Puan Hamidah asyik melihat drama sebabak tanpa pengarah itu. Ada air mata yang singgah di tubir mata si ibu.
            “Midah... anak kita dah besar...” Ujar Encik Ariff sebak. Nampaknya, pemergian Alanna nanti pasti akan dirasai.
***
            Alanna melihat jam di tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul satu tengah hari. Sengaja dia datang ke pejabat Syed Ramli tanpa sedikit pun memberikan pesan. Biasanya Syed Ramli suka sangat membuat kejutan, jadi dia pun ingin melakukan perkara yang sama.
            Namun dari jauh, dia terus menangkap tubuh sasa Syed Ramli yang sedang sakan ketawa bersama seorang wanita. Ya.. Wanita itu sopan santun orangnya. Kelihatan sangat cantik walaupun hanya mengenakan sepasang baju kurung kain cotton sambil bertemankan tudung berona sama.
            Alanna terpaku sendiri. Tidak pasti sama ada ingin melangkah mendekati ataupun terus pulang dan bungkus makanan sendiri. Inilah perkara yang paling dia takuti ketika bercinta. Bimbang jika tidak dapat mengawal emosi dari terus seimbang.
            “Eh Lanna... sorang je ke?” Teguran Adelia yang merupakan staff Syed Ramli itu membuatkan Alanna berpaling. Dan serentak dengan itu, menyedarkan Syed Ramli dengan kehadirannya.
            “Aaah.. kebetulan lalu sini. Teringin nak makan laksa penang dekat kedai Mak Nab. Itu yang datang tuh... Kak Delia nak lunch dengan siapa?” Tipu Alanna. Tak kan nak mengaku yang dia datang hendak membuat kejutan kepada Syed Ramli. Tapi alih-alih dia pula yang terkejut. Tapi Syed Ramli bukan buat apa-apa pun dengan perempuan itu. Cuma ketawa sahaja!
‘Fikir positif Lanna.. Sejak bila pulak kau ratu cemburu nih?’  Ini betul-betul statement untuk menjaga hati sendiri.
“Akak nak lunch dengan suami akak.. Ehem.. akak tahu, kamu datang nak lunch dengan Encik Syed kan.. Jangan risau, dia dengan perempuan tu tak ada apa-apalah.” Terang Adelia sedikit. Dia perempuan... Dia faham perasaan perempuan. Dia pun sering cemburu jika Rafie melayan perempuan lain secara berlebihan walaupun lelaki tidak pernah bermaksud hendak menduakan wanita kesayangannya.
Bila menyedari yang Syed Ramli sudah mula mendekat dengan senyuman melebar, Adelia terus memohon diri. Tidak mahu membiarkan suaminya menunggu lama lagi.
“Hey sweetie... Kenapa tak beritahu nak datang sini?”
“Oh... kebetulan je lalu kat sini...” Syed Ramli perasan yang Alanna sedang mengerling ke arah wanita di sebelahnya.
“Oh.. kenalkan ini Syarifah Nadia.. Dia client saya.. and Nad, saya kenalkan pada awak.. My special sweetie duck!” Okay, memang kelas sangatlah perkenalkan teman wanita dengan gelaran macam tu.
“Hai.. Nadia..” Tangan yang dihulur Alanna sambut. Sungguh lembut tangannya. Selembut pergerakannya dan sudah pasti selembut suaranya.
“Come.. join kita orang lunch sekali..” Ajak Syed Ramli sungguh-sungguh. Bukan selalu dapat makan tengah hari bersama Alanna. Gadis itu asyik sibuk memanjang. Kalah orang kerja sendiri pulak!
“Errkk.. Tak apalah.. saya balik dulu ya Am.. Enjoy your lunch okay.” Alanna mula berpaling. Kenapa hatinya tidak enak ya? Apatah lagi setelah melihat gadis itu ralit merenung wajahnya. Malah badannya terasa seperti telah discan oleh gadis cantik itu. Apa hodoh sangat ke penampilannya? Memang tak muslimah. Tapi tak seksi okay! Memanglah tak bergaya, tapi tak lah sampai selekeh!
“Lanna... jangan nak mengelat! Awak kena makan dengan saya jugak!” Mr. Angry Duck sudah mula mengeluarkan arahan mandatori. Akhirnya dengan pandangan menunduk, Alanna hanya mengekori. Saat ini, dia tidak terasa seperti menjadi buah hati Syed Ramli. Rasa macam makan hati adalah bila terpaksa menjadi mak guard melihat mereka berdua berdating.
            “You masih tak berubah jugak Syed... Suka mengarah!” Ujar Syarifah Nadia tergelak-gelak.
            “Mengarah pada orang yang boleh mendengar arahan...” Gurau Syed Ramli sambil ketawa. Tanpa dia sedar, ketawa itu benar-benar menyakitkan halwa telinga milik Alanna.
            Ketika di meja makan, mereka bercerita macam-macam. Dari isu kerja, berjangkit ke sejarah silam.. Bla.. bla..bla.. bla... langsung tidak menghiraukan Alanna yang termanggu sendiri. Alanna mendengus. Nampak sangat yang perempuan ini sangat mengenali Syed Ramli. Siap tolong orderkan makanan buat Syed Ramli lagi. Syed Ramli ini boyfriend siapa sebenarnya? Alanna ke atau Syarifah Nadia ini?
            Memandangkan yang Alanna menaiki teksi dari pejabatnya, jadi Syed Ramli mengambil inisiatif menghantar Alanna walaupun telah ditegah keras oleh kekasihnya itu.
            “Kenapa senyap je nih?” Syed Ramli mula rasa lain macam dengan perangai Alanna. Dikerling sedikit wajah kekasih hati yang agak kelat itu. Pelik juga kerana sedari tadi Alanna hanya senyap beribu bahasa.
            “Lanna... Saya cakap dengan awak ni? Awak dengar ke tak?” Kali ini suara Syed Ramli sedikit meninggi. Geram jika tidak diendahkan seperti ini.
            “Eh, awak cakap dengan saya ke?” Alanna buat muka terpinga-pinga. Konon tak ada riak bersalah walaupun dia sebenarnya agak berdebar mendengar suara Syed Ramli yang sedikit tinggi itu.
            “Habis tu awak ingat saya bercakap dengan stereng kereta ke?” Perli Syed Ramli selamba.
            “Oh... cakap dengan saya.. Ingatkan Nadia ada dalam kereta ni tadi.” Perli Alanna perlahan sambil memandang ke arah luar tingkap kereta. Tidak mahu terkesan sangat rasa cemburunya. Sungguh, inilah kali pertama perasaan seperti ini singgah di lubuk hati. Susahnya bercinta... Tapi paling susah ialah hendak mengenal pasti sikap pasangan sendiri.
            “Dengan Nadia pun nak cemburu ke? Dia kawan lama merangkap client saya.. Itu jeh... Tak payah beratkan kepala otak tu fikir benda yang bukan-bukan.” Tegas Syed Ramli serius.
            “Siapa yang fikir bukan-bukan? Tak ada fikir apa-apa pun!”
            “Lanna... saya tak suka perempuan yang berkias-kias sangat. Kalau awak tak puas hati, awak hanya perlu cakap! Sebab belum tentu saya faham apa yang awak kiaskan tuh.” Sekali lagi peluput telinga Alanna menyambut arahan mandatori Syed Ramli.
            “Lanna... Kita belum habis!” Tegur Syed Ramli apabila melihat Alanna yang hendak keluar dari perut kereta apabila sudah sampai ke destinasi pejabatnya.
            “Saya tak berhasrat pun nak panjangkan perbincangan! Lagipun topik ni tak menarik!” Kaki kirinya sudah mula diturunkan. Dia ingin cepat-cepat pergi. Makin berlama, makin banyak kata-katayang akan menyakitkan hati sendiri.
            “Lanna, saya tak suka kalau ada masalah je nak larikan diri.. Tolonglah faham!” Suara Syed Ramli serius sahaja. Menghentak emosi yang berpusar penuh ribut di jiwanya.
            “Dan tolonglah faham bahawa hubungan ni bukan sekadar apa yang awak suka tanpa mempedulikan apa yang saya tak suka! Dah lah, waktu lunch saya dah habis.. Saya kena cepat naik. Bercinta dengan anak saudara abang daddy tu bukanlah satu tiket untuk membuatkan saya tak berdisplin.”
            Sejurus selepas itu, terus Alanna keluar dari perut kereta. Malah pintu kereta dihempas kuat. Syed Ramli mendengus. Mana hilangnya Alanna yang optismis. Yang positif memanjang itu. Mana? Mana? Mana? Hubungan ini tidak sampai lagi dua bulan. Tak kan ianya sudah tiba ke penghujung?
***
            Rambut yang sedari tadi terletak cantik, mula diserang kekusutan apabila tangannya gatal menguak tanpa henti. Hatinya mula rasa tidak enak. Menyesal pula kerana menuduh Syed Ramli yang bukan-bukan semalam. Kenapalah dia boleh prejudis sebegitu rupa? Bukankah dia seorang yang banyak fikir. Tak kan benda mudah macam ni pun boleh tersalah fikir. Sejak bila dia ada perangai tak cukup sifat ini?
            “Oit... couple makes trouble ke?” Soalan kak Didi itu memang tembakan ke menusuk ke tangkai hati. Selalunya soalan itu keluar dari mulutnya.
            “Saya rasa macam dah terbuat salah.” Luah Alanna jujur. Kali ini, dia benar-benar buat muka bersalah. Semalaman tak boleh tidur. Syed Ramli juga tidak langsung menghubunginya. Merajuk ataupun tidak mahu memujuk. Alanna sendiri tidak mampu untuk mentafsirnya.
            “Apa susah... pi lah mintak maaf.”
            “Macam tu je ke?”
            Kak Didi ketawa besar apabila menyambut muka tak siap Alanna itu. Kalau dulu, bukan main bagus lagi bagi nasihat kat orang. Bila dah terkena batang hidung sendiri, baru tahu langit tu tinggi ke rendah ya?
            “Habis tu kamu nak macam mana lagi? Nak tunggu dia pulak pujuk kamu? Macam tuh?” Tanya kak Didi.
            Alanna mengigit bibir. Kalau tengok gaya Syed Ramli semalam, jangan haraplah yang lelaki itu akan memujuk dirinya. Salah dia jugak semalam. Angin kus-kus bersulamkan emosi datang menerpa. Dia pun gagal nak menepisnya. Sungguh, dia tak suka perangainya sekarang! Macam budak-budak tak khatam UPSR sahaja.
            “Jadi saya kena call dialah ni?” Alanna menagih kepastian daripada orang yang lebih berpengalaman darinya.
            “Call boleh.. tapi kalau nak tunjuk ikhlas lebih sikit, mungkin Lanna boleh bagi kejutan ke office dia.” Cadangan kak Didi itu memang bernas. Tapi dia takut.. Takut kalau dia pula yang menerima kejutan daripada Syed Ramli.
            “Kusutnya....” Keluh Alanna sambil mengusutkan rambutnya. Habis serabai jadinya.
            Kak Didi ketawa besar. “Lanna.... kusut, buntu, kelu, bingung.. semua tu asam garam dunia percintaan. Welcome to the club!” Usik kak Didi sambil menyambung tawanya.
            “Saya nak tapau makanan.. nak lunch sama-sama dekat office dia.. ” Semangat Alanna sudah mula berkobar-kobar. Dia tidak mahu terus hanyut dengan mainan perasaan seperti ini. Cemburu itu perlu. Tapi haruslah bertempat. Salah faham itu biasa berlaku. Tapi haruslah cepat diperbetulkan agar kesalahan itu tidak terus menghantui perhubungan. Dan maaf itu perlu dilafazkan andai kesalahan telah dilakukan. Maaf bukan tanda orang yang kalah. Tapi tanda manusia itu telah dewasa untuk menerima sesuatu perkara.
            Bila masuk waktu makan tengah hari, cepat-cepat sahaja Alanna keluar membeli KFC dan terus dibawa ke pejabat Syed Ramli. Namun baru sahaja kakinya tiba di depan lif, dia melihat kelibat Syed Ramli dan Syarifah Nadia yang beriringan keluar dari perut lif.
            “Lanna...” Syed Ramli terpana. Matanya mengerling ke arah Syarifah Nadia sedikit. Dalam hatinya mengeluh. Pasti Alanna akan salah faham lagi. Apatah lagi melihat beg plastik yang berada di tangan Alanna, dia pasti yang Alanna datang ke sini untuk menemuinya.
            “Hei Lanna.. Come join us.. Kita pergi lunch sama-sama.” Ajak Syarifah Nadia ramah. Matanya mengerling ke arah kekasih Syed Ramli itu. Entah apalah yang Syed Ramli pandang pada perempuan selekeh dan tidak pandai bergaya seperti Alanna ini. Syed Ramli berhak mendapat orang yang lebih baik dari Alanna.
            “Oh.. tak apalah.. Saya dah bungkus makanan.” Alanna rasa seperti hendak menangis. Rasa macam nak ghaib saat ini jugak. Sah-sah dah dia datang ke sini untuk makan bersama dengan pak Syed. Tapi drama lain pulak yang jadi.  Apatah lagi setelah menyambut renungan Syed Ramli yang serius itu. Rasa macam pesalah penjara!
            “Oh.. kalau macam tu kita pergi dululah Syed..” Ajak Syarifah Nadia mesra. Dalam hatinya gembira. Sekurang-kurannya Alanna tidak akan menganggu tumpuan Syed Ramli terhadap dirinya.
            “Nad.. I’m sorry.. Rasanya I tak dapat nak teman you lunch sama hari ni..” Ayat itu ditujukan buat Nadia namun matanya tidak lepas dari memandang ke arah Alanna yang sedikit menunduk. Dia tahu, pasti ada sebab Alanna datang berkunjung ke pejabatnya. Baru semalam dia nasihatkan Alanna yang dia tak suka orang lari dari masalah. Jadi tak kan dia nak tinggalkan Alanna pulak. Nanti makin menjadi-jadi masalahnya.
            Nadia buat muka ceria walaupun dalam hatinya penuh dengan rasa hampa. Mati-mati dia ingat yang dia akan menang dengan Alanna.
            “Lanna.. jom...” Panggil Syed Ramli sedikit keras apabila melihat Alanna masih belum berganjak dari tempatnya berdiri.
            Tanpa banyak cakap, dia terus membontoi Syed Ramli. Hanya kebisuan yang menemati perjalanan mereka. Pemanduan Syed Ramli sampai ke Taman Bandar. Suasana yang teduh ini menyenangkan lagi mereka untuk bertapa di meja yang sudah tersedia.
            “Kenapa nak datang tak beritahu?” Tanya Syed Ramli senada.
            “Kena beritahu ke?”  Alanna mula tersedar yang dia sudah tertanya soalan ‘bodoh!’
            “Kalau tadi awak terlambat.. ataupun saya tercepat.. Mesti kita tak berjumpa di lif. Kan dah jadi sia-sia.. Lepas tu mulalah salah faham lagi!” Marah Syed Ramli keras. Tercengang Alanna dibuatnya. Kepalanya menunduk. Tanpa sedar air matanya jatuh setitis. Tidak betah ditengking sebegitu rupa oleh Syed Ramli. Padahal jerkahan seperti ini sudah biasa menyapa gegendang telinganya ketika di awal perkenalan mereka dahulu. Tapi itu sebelum berkasih. Patutnya Syed Ramli perlu lebih peka dengan perasaannya.
            “Lanna...” Syed Ramli sedar yang dia sudah terlepas kata. Terlebih marah. Rasanya, dia tak boleh nak kawal apa yang Alanna fikir tentang dirinya.
            “Saya minta maaf.. Maaf kalau saya menyusahkan awak.” Permata yang jatuh, diseka sedikit.
            “Awak tak salah Lanna... Mungkin situasi yang tak kena sekarang.. Jangan nangis sweetie..” Suara Syed Ramli perlahan memuju. KFC yang berada di hadapannya kini sudah ditolak tepi. Perasaan Alanna lebih penting saat ini.
            “Saya tahu saya tak patut cemburu membabi buta macam semalam...”
            “Tak... perasaan cemburu tu saya suka Lanna. Sebab saya rasa sangat dihargai oleh awak. Tapi mungkin awak tersalah faham dengan tingkah saya semalam. Kita baru je kenal Lanna... Jadi salah faham macam ni memang akan selalu berlaku. Tapi semua ni akan mematangkan hubungan kita. Please jangan nangis...” Pujuk Syed Ramli lagi. Dia memang tak suka tengok perempuan kesayangannya menangis.
            “Saya tak tahu kenapa saya nangis? Saya benci dengan apa yang saya rasa sekarang Am.. Mungkin betul.. Couple makes trouble.. I thing, it’s not working.. rasa macam kita tak match for each other.” Luah Alanna jujur. Kemana perginya kekuatan mental dan emosinya selama ini membendung diri? Semua itu bagai hilang ditengelami oleh virus cinta.
            “Nope... Jangan cakap macam tu Lanna. Kita baru kenal... Hubungan kita terlalu awal... Kita belajar dalam mengenal kesalahan yang berlaku di sekeliling kita. Sebab bila kita tahu kita salah, kita tahu tang mana nak diperbetulkan. Sekurang-kurangnya saya tahu yang awak berlaku jujur dengan perasaan awak sendiri. Itu lebih baik daripada awak memendam perasaan. Saya tahu, saya patut lebih sensitif dengan perasaan awak. Semalam, saya tak contact awak sebab saya nak bagi masa untuk diri awak sendiri. Saya nak bagi kita berdua masa untuk bertenang. Saya tak suka kalau kita berdepan dalam keadaan kita sama-sama tak sedia...” Pujuk Syed Ramli lagi. Penuh lembut.
            “Saya tak suka keadaan macam ni Am...” Entah sejak bila dia berubah menjadi mengada-ngada seperti ini. Macam ini rupanya bila dia bercinta. Kalau teman-teman kuliahnya tahu, mahu sepuluh tahun depa tak berhenti ketawa. Cengeng!
            “Tapi saya suka...” Usik Syed Ramli.
            “Am...”
            “Sebab saya rasa saya dihargai.. Saya rasa saya diperlukan...” Ucap Syed Ramli ikhlas. Ya, mungkin Alanna mungkin bukan jenis perempuan yang terlalu meluahkan segala perasaannya melalui kata-kata. Tapi melalui perbuatannya pun, kita cukup tahu yang kita diperlukan.
            “Lanna.. antara saya dan Nad, kami memang tak ada apa-apa. Tak ada apa yang perlu awak cemburukan dengan dia. Dia hanya kawan merangkap client saya. Tak akan lebih dari tu Lanna.. Lagipun, dia tak ada sesuatu yang ada pada awak Lanna...”
            “Hmm.. apa yang saya ada tuh?” Rasa ingin tahu memang meluap-luap!
            “Awak ada hati saya... Saya nak awak simpan sampai bila-bila. Dan jangan pernah sekalipun berniat untuk memulangkan kepada saya balik. Sebab hati awak yang ada pada saya tu pun, tak akan saya pulangkan. Never!” Putus Syed Ramli muktamad. Dia sudah bertekad untuk serius ke gerbang perkahwinan dengan Alanna.
            Alanna tersenyum. Bangga pula mendengar ayat Syed Ramli yang agak berbunga-bunga itu. Padahal Syed Ramli bukanlah sejenis lelaki yang romantik!
            “Opps... malam esok saya nak bawa awak jumpa dengan family saya..” Syed Ramli mula menguyah lembut ayam KFC yang dibeli oleh Alanna tadi. Sebenarnya kalau takat makan ayam KFC ni, memang tak ada makna kenyang. Tapi apabila melihat seraut wajah Alanna yang tersenyum itu, semua itu sudah terlalu memadai buatnya. Makan bersama orang tersayang, aish.. memang akan pernah kenyang.
            Kata-kata Syed Ramli itu membuatkan ayam yang berada di pegangan Alanna terpelanting. “Bahaya betul.. ayam ni kena renjatan elektrik ya?” Sakat Syed Ramli tergelak-gelak. Gurauan Syed Ramli langsung tidak memberikan apa-apa kesan kepada Alanna.
            “Serius? Tak rasa cepat sangat ke?” Muka Alanna mula cuak.
            “Double serius sweetie.. Bab kahwin, mana boleh tangguh-tangguh..”
            Alanna mula mengarukan kepalanya. Memang kecut perut kot.. Dalam fikiran sudah terlintas banyak benda. Nak pakai baju apa? Nak kena cakap apa? Nak kena prepare apa-apa ke? Mak oit.. rasa gundah sudah mula bertapa dalam diri. Terus hilang selera untuk makan.
            Alanna terus senyap sampailah mereka masuk semula ke dalam kereta. Kerana terlalu menghitung kegugupan untuk menghadapi hari esok, dia langsung tidak menyedari yang pemanduan Syed Ramli sudah tiba di pejabat.
            “Kelebihan bercinta dengan abang daddy tak akan membuatkan awak langgar peraturan kan? Lanna... dah lewat.. You have to go..” Sakat Syed Ramli sengaja. Tahu yang Alanna diserang gundah.
            “Am.. saya rasa saya tak mahu pergilah esok.” Luah Alanna perlahan. Bibirnya digigit. Risau juga kalau-kalau dimarahi oleh Syed Ramli nanti. Bukan boleh kira sangat Syed Ramli ini. Kalau dia nak marah, dia main sembur sahaja.
            “Okay....” Jawab Syed Ramli ringkas.
            “Macam tu je?” Tak kan semudah ini?
            “Yalah.. kalau awak tak mahu pergi, saya cari Nadia!” Putus Syed Ramli selamba sambil menaikan sedikit bahunya. Pujukan tak akan mampu membuatkan Alanna menghilangkan daya pesimisnya. Tapi kritikan atau kata-kata yang menyakitkan hati perlu untuk membangkitkan semangat optimis Alanna yang hilang.
            “Jangan harap!”
            “Okay then.. see you tomorrow.”
            Alanna mengeluh. Syed Ramli memang suka hendak menyakitkan hatinya. Sengaja membolak-balikkan perasaannya. Baru sahaja kaki kirinya diturunkan, suara Syed Ramli yang perlahan itu mula mematahkan langkahnya.
            “Ini untuk awak.. Pakai malam esok ya?” Kotak hadiah itu mula bertukar tangan.
            “Kenapa bagi saya baju?”
            “Sebab saya tahu.. perempuan memang pening nak fikir pakai baju apa nanti. Takut overlah... takut sempoi sangatlah... semua pun takut! Jadi, tak awak tak payah pening-pening fikir.. Just pakai je baju tu esok!”
            Sungguh... Alanna teramat terharu dengan daya pemikiran Syed Ramli. Dapat dirasakan yang Syed Ramli sentiasa mahukan keselesaan kepada dirinya.
            “Terima kasih Am...”
            “Tak kan terima kasih je? Kiss-kiss tak ada ke?” Usik Syed Ramli sambil ketawa.
            Alanna tidak tunggu lama. Terus dia membaling beg tangannya ke muka Syed Ramli. Nak sangat kiss! Bagi side kick kang baru tahu.
***
            Syed Ramli tiba di hadapan rumah Alanna tepat jam lapan malam. Sebenarnya Alanna ingin memandu sendiri tapi dihalang keras olehnya. Bukan boleh kira minah tu, tak pasal-pasal lesap entah ke mana. Jadi lebih baik jika dia sendiri yang menjemput dan menghantar gadis itu pulang nanti.
            “Mak.. Lanna tak nak pergi.” Puan Hamidah dan Encik Ariff sudah berpandangan sesama sendiri. Sedari tadi, hanya ayat itulah yang keluar dari mulut Alanna. Sungguh, dadanya rasa hendak pecah! Takut, gerun, kecut, semuanya digaul dengan sebati.
            “Haishh.. sejak bila anak ayah jadi penakut ni?” Sejak Alanna bercinta, perangai gadis itu memang nyata berubah. Mudah gugup walau tidak diserang. Kadang-kala, dia lebih suka melihat Alanna yang single. Single buat Alanna sempoi sahaja.
            “Ayah tak faham perasaan Lanna... Lanna rasa Lanna tak sempurna untuk orang macam Am!” Tak ada orang yang akan mengerti perasaannya tika ini.
            “Istighfar banyak-banyak Lanna... Manusia tak pernah berhak memilih dan dipilih. Jodoh semuanya di tangan Allah. Dicampakkan pada orang yang tahu harga dan tempat duduknya. Dan jodoh itu tiba tepat pada masanya. Bukan yang waktu kita inginkan, tapi waktu yang telah ditetapkan olehNya. Hei, jangan malukan ayah ya... Lanna ni tak heroin betullah..” Nasihat Encik Ariff lembut.
            Alanna sudah tersenyum. Lega mendengar ceramah tak berbayar dari Encik Ariff.
            “Lanna sayang sangat mak dengan ayah!” Dipeluk keduanya erat. Air matanya bertakung. Adakah bakal mertuanya sebaik dan se‘sporting’ mak dan ayahnya? Dalam hatinya mendoakan yang baik-baik sahaja.
“Dah lah... Am dah tunggu kat luar tuh..” Puan Hamidah sudah mula menangis. Rasa seperti hendak melepaskan Alanna pula walaupun Alanna hanyalah pergi untuk sesi suai kenal bersama ahli keluarga Syed Ramli.
Dengan lafaz bismillah, Alanna melangkah keluar dari rumah. Menghampiri Syed Ramli yang sedang bersandar di pintu kereta.
“Am...” Suara itu terus membuatkan Syed Ramli berpaling.
Wajah Syed Ramli melopong. Bukan kerana melihat wajah Alanna yang cantik bersolek, bukan juga pada dress yang sangat kena dengan tubuh badannya tapi kerana gadis itu sudah bertudung. Ya, Alanna kelihatan sangat cantik dengan selendang yang berona sama.
“Perlu ke nak pandang saya macam tu?” Wajah Alanna sudah diserang kemerahan. Malu bila ditatap sebegitu oleh lelaki yang tidak halal buatnya itu. Adakah solekannya terlalu tebal? Atau bajunya terlalu ketat? Rasanya dia berada dalam posisi sederhana sahaja.
Pintu kereta terus dibuka. Wajah Syed Ramli tidak lepas dari senyuman. Dia terharu! Rasa seperti bebanan di bahu terasa berkurang. Dia tahu Alanna melakukan dengan penuh keikhlasan. Bukan kerana paksaan sesiapa. Dia bukan peduli kata-kata orang. Dia suka melakukan sesuatu berdasar hatinya... nalurinya... jiwanya... dan pastilah semua itu bergerak atas izin Allah.
Alanna tahu yang Syed Ramli suka melihat dia bertudung seperti ini. Sebenarnya semalam, sedang dia mencuba pakaian pemberian Syed Ramli, tiba-tiba dia terpandangkan tudung-tudung yang pernah dibelikan oleh Syed Ramli dahulu. Kebetulan pula corak dan warnanya kena benar dengan dress yang sedang dipakai. Jadi terus disarungkan tudung itu ke kepala. Masa tu jugak tiba-tiba mak datang menyerbu.
“Cantiknya anak mak...” Puji Puan Hamidah sungguh-sungguh. Dari dahulu lagi puas diceramah anaknya itu. Tentang hukum menutup aurat. Tapi ketika itu, mungkin Alanna tidak cukup matang untuk menerima nasihat orang tua. Remaja, memang suka ikut kepala sendiri.
“Mak... Lanna minta maaf. Lanna gagal jadi anak yang baik kan?” Entah kenapa, otaknya bagai baru terbuka untuk berfikir dengan lapang. Selama ini entah angin mana yang menghimpit benaknya. Melarang dia untuk menidakkan hukum Islam.
“Buruk atau tak, mak terima tapi bagi mak, Lanna anak yang terbaik.  Mak pasti yang satu hari nanti masa tu akan tiba jugak... dan mak bersyukur yang Allah nak makbulkan doa mak.” Digosok perlahan bahu anaknya itu. Meluahkan rasa betapa dia bangga mengandungkan Alanna selama sembilan bulan sepuluh hari. Dia lega kerana dia yang melahirkan Alanna ke dunia ini dan tidak pernah sekali pun dia mengeluh dalam membesarkan Alanna. Allah tak beri dia anak yang ramai, jadi pemberian yang satu ini pastilah terasa besar anugerahnya.
“Lanna nak jadi anak yang baik.. nak jadi wanita muslimah... Lanna rasa, tak guna Lanna solat kalau Lanna tak menutup aurat. Mesti solat-solat Lanna tak diterima kan?” Air mata terasa panas di hujung mata. Menangisi sikap-sikap jahiliah yang menyelimuti diri. Solat itu adalah bertujuan untuk mencegah kemungkaran, tapi bagaimana dia yang solat itu terus melakukan dosa? Pasti masih ada yang kurang dalam amalannya.. Kurang dalam solatnya.. Kurang dalam intipati mengenal Islam itu sendiri.
‘Ya Allah.. ampuni dosaku yang tidak terhitung itu. Aku malu untuk mengadapMu..’
“Jangan cakap macam tu? Allah tak kejam kepada hambanya.. Allah sayangkan hambanya yang sentiasa hendak memperbaiki kelemahan diri. Dosa yang paling besar ialah, apabila dia sedar yang dia sedang melakukan dosa. Allah dah buka hati Lanna, jadi Lanna kena ambil peluang ni dan gunakan ruang ini dengan sebaiknya.” Nasihat Puan Hamidah lagi.
“Takut?”
“Gila tak takut?” Jawab Alanna jujur. Tangannya bermain sesama sendiri. Kenapa hatinya rasa tidak enak? Syed Ramli ketawa namun tawa itu begitu menyakitkan hati Alanna. Tak ada sensitiviti langsung!
“Am.. kenapa ramai orang sangat?” Mata Alanna sudah terbeliak besar apabila melihat kelibat ramai tetamu. Ini yang membuatkan dia membantutkan niat untuk datang ini. Perlu ke dia berlakon untuk sakit perut sekarang?
“Mummy dengan papa buat makan-makan sikit.” Penjelasan Syed Ramli itu membuatkan Alanna tercengang. Sikit apa? Ramai kot... Yang datang itu pastilah mak Datin dengan pak Datuk. Tengok baju glamour pun dah tahulah..
“Kenapa awak tak beritahu?”
“Lah... ni bertahulah kan...” Alanna mengelengkan kepalanya. Kalau dah lelaki itu, memang lelakilah. Suka ambil mudah semua perkara! Tanda sedar, sebuah keluhan mula keluar dari mulutnya.
“Lanna... apa yang awak nak takutkan sangat? Mummy dengan papa saya tak makan orang! Depa makan nasi kot...” Memang menjadi sangatlah lawak waktu genting seperti ini.
“Lanna.. Trust me! Awak mesti seronok berada di kalangan family saya. Sebab saya akan pastikan awak selesa dan gembira. Sebab saya sangat gembira berada disamping keluarga awak!”
Dia tahu Alanna risau.. Rasanya semua perempuan memiliki perasaan seperti Alanna ketika pertama kali berjumpa dengan keluarga mertua. Takut ditolak, takut dicaci, takut buat salah... itu semua bermain di minda perempuan. Aduh, ini bukan zaman tok kadok atau zaman ibu mertuaku. Sekarang zaman dah canggih. Pemikiran orang tua pun dah maju ke depan. Jadi dia tak mahu Alanna terus berada di zaman purba dahulu kala. Alanna kalu tak jadi opitmis, dia kan bertukar menjad pesimis! Itu yang dia tak suka dengan penyakit baru Alanna ini.
“Jangan tinggalkan saya walau sekejap pun!” Rayu Alanna sungguh-sungguh apabila mereka keluar dari perut kereta. Dia takut kalau dia tak pandai untuk melayan tetamu yang ada. Memang dia pandai menyesuaikan diri. Tapi bukan dengan keluarga kaya raya seperti Syed Ramli.
“Never!”
Mendengarkan jawapan Syed Ramli, terus Alanna melangkah perlahan. Namun panggilan daripada Syed Ramli membuatkan dia berpaling.
“Saya tak mahu pergi selagi awak tak siapkan muka awak nih!” Tegur Syed Ramli serius.
“Erk.. kenapa dengan muka saya? Make up cair ke? Atau make up tak cukup cantik? Awak kan tahu... Saya bukan reti pakai benda alah macam ni.. Ini pun mak yang solekkan...” Bebel Alanna sambil menatap wajahnya di cermin kereta. ‘Nampak macam semua elok je? Apa lagi yang kurang?’
Syed Ramli menggelengkan kepalanya. Rasa nak tergelak dengan kekalutan Alanna. Betul cakap temannya dahulu, setiap orang yang bercinta akan melalui perubahan. Tak kiralah dari segi emosi ataupun aspek fizikal! Tapi sebenarnya, perubahan itulah yang menguji insan-insan yang bercinta.
“Maksud saya bukan make up ni... Tapi saya nak tengok senyuman awak? Mana? Jangan nak sorok-sorok!” Dengan spontan, terus Alanna tersenyum cantik. Tercuit juga dengan kata-kata Syed Ramli.
“Okay.. ini baru sweetie duck saya...”
“Oh please... Jangan kenalkan saya dengan nama macam tuh... Tak sweet langsung okay!” Protes Alanna keras. Syed Ramli tersengih sahaja sampailah langkah mereka menjengah ke bahagian tamu. Serius, ini rumah atau hotel, Alanna sendiri tidak pasti. Yang pasti, dia memang pegun melihat pada dekorasi Villa yang dihias cantik.
Alanna sedar yang banyak mata-mata yang memandang ke arahnya. Alanna buat muka yakin bin berani. Padahal hatinya kecut habis. Kadang-kadang dia rasa dia makin jadi negatif sejak bercinta dengan Syed Ramli. Adakah Syed Ramli telah merampas semua caj positifnya? Aiyo... pening nak fikir kenapa dia jadi begini?
“Mummy... kenalkan my sweet...” Syed Ramli mengerling sedikit ke arah buah hatinya itu. Alanna tersenyum manis. Tapi dalam hati berharap agar Syed Ramli menyambung ayat yang tidak sempurna itu dengan kata-kata yang mampu menaikkan darjah keberaniannya. Kalau perkenalkan sebagai sweetie duck, pasti merundum jatuh jiwanya.
“...heart... My sweetheart Alanna binti Ariff.” Oh, kalaulah Syed Ramli sudah menjadi muhrimnya, mahu sahaja dia peluk cium lelaki itu. Terharunya tak terkata jadinya. Lantas dia menghulurkan salam kepada mummy Syed Ramli.
Namun huluran salam itu langsung tidak bersambut tetapi mummy Syed Ramli itu terus menarik dirinya ke dalam pelukan. Malah pipinya mula menjadi mangsa ciuman mummy Syed Ramli. Saat ini, dia dapat merasakan yang dia berada di tempat yang selamat. Terasa dirinya diterima baik oleh mummy Syed Ramli.
“Syed banyak cerita pasal Lanna.. Tapi tak sangka yang buah hati Syed terlalu cantik! Padanlah nak sorok sangat.” Sharifah Munirah tak terkira gembiranya apabila melihat calon isteri anak bongsunya itu. Pandai Syed Ramli pilih. Sopan santun sahaja gerak gerinya. Dan senyuman milik Alanna itu memang boleh mencairkan hati tuanya.
Alanna tersengih sahaja sambil malu-malu mengerling ke arah Syed Ramli. “See... mummy saya tak makan awaklah..” Sempat lagi Syed Ramli berbisik lembut di telinga Alanna.
Alanna memerhatikan permakaian bakal ibu mertuanya itu. Tak nampak mewah pun. Hanya sekadar memakai baju kurung sutera sahaja. Perwatakannya juga sangat ramah. Membuatkan hatinya lega sendiri.
“Syed... ini ke orangnya?” Tiba-tiba muncul seorang perempuan yang tinggi dan putih. Nampak anggun dengan kebaya labuh berwarna ungu itu. Alanna telan air liur. Adakah ini watak antagonis yang selalu ada dalam novel dan dalam filem itu?
“Inilah buah hati Syed. Kenapa?” Suara Syed Ramli sedikit keras. Membuatkan Alanna terkedu sendiri. Mujur sahaja mereka duduk agak jauh dari ruang makan. Jika tidak, pasti akan mengundang mata-mata yang memandang.
“Kenapa Syed? Kenapa?” Suara wanita itu serius. Malah dia berjalan merapati Alanna.
Alanna sudah mula kecut perut. Kenapa perlu jadi macam ni? Dia mengerling sedikit ke arah Syed Ramli. Tapi lelaki itu kelihatan tenang-tenang sahaja. Bila kaki wanita itu berhenti betul-betul di hadapan Alanna, matanya mula merenung wajah Syed Ramli.
“Kenapa cantik sangat? Kalau macam ni along pun kalah...” Alanna tercengang! Syed Ramli ketawa.
“Hanim.. jangan permainkan Lanna. Cuak dia jadinya.” Tegur Puan Syarifah Munirah. Alanna sudah mula menggelabah. Tapi apabila menyambut tawa daripada Syed Ramli itu dia mula pasti yang dia sudah tercampak ke dalam gawang hasil sepakan sudut Syed Ramli. Penalti untuk mengenakan dirinya! Cina beng betul!
“Lanna.. ini along saya... Satu-satunya kakak dunia akhirat saya.” Seperti Syarifah Munirah tadi, Syarifah Hanim terus menariknya ke dalam pelukan erat. Pipinya mula dilagakan beberapa kali ke pipi Syarifah Hanim.
“Jangan marah ya...” Syarifah Hanim terus buat muka comel.
“Kalau marah kena jual...” Usik Syarifah Hanim lagi. Alanna ketawa. Rupanya ahli keluarga Syed Ramli ini memang kaki bergurau.
“Tak apa.. Syed boleh beli.” Laju sahaja lelaki itu menyampuk.
“Siapa entah nak dekat dia..” Alanna kembali memberikan paku buah keras. Berada di samping ahli keluarga Syed Ramli membuatkan dia selesa. Puan Sharifah Munirah dan Sharifah Hanim ketawa besar.
“Amboih... dah tunjuk taring nampak.” Syed Ramli lega.. Lega kerana Alanna berjaya untuk menyesuaikan diri bersama ahli keluarganya. Melihat kepada wajah cerah Alanna, dia mula yakin yang wanita itu sudah tidak segugup tadi. Malah laju sahaja dia berbual bersama along dan mummy. Dia pula yang terasa seperti orang luar.
“Jom mummy kenalkan dengan ahli keluarga yang lain...” Puan Sharifah terus menarik bakal menantunya itu. Tak sabar hendak memperkenalkan dengan ahli keluarga yang lain. Alanna terus menurut. Terus meninggalkan Syed Ramli yang terkial mengaru-garu kepalannya. Tadi bukan main lagi kena sound jangan tinggalkan dia, tapi alih-alih dia pulak yang kena tinggal dengan Alanna.
            Alanna mula diperkenalkan kepada ahli keluarga Syed Ramli. Syed Ramli ada dua beradik sahaja dan dia anak yang bongsu. Tapi Puan Syarifah Munirah dan Syed Ramlan mempunyai keluarga yang besar. Semuanya ramah dan baik-baik belaka. Dalam keriuhan melayan sanak-saudara Syed Ramli, tiba-tiba dia terpandangkan kelibat Syarifah Nadia yang sedang elok berbual bersama Syed Ramli.
            ‘Macam mana pulak minah tu boleh ada dekat sini?’ Alanna melarang akal fikirannya dari terus berfikir yang bukan-bukan. Mungkin Sharifah Nadia datang atas jemputan sebagai client ataupun teman rapat.
            “Errk... Jangan ambil hati.. Nadia tu kisah silam Syed...” Pujukan Syarifah Hanim itu membuatkan Alanna tersentak. Apa maksud kisah silam itu?
            “Saya tak fikir apa-apa pun kak..” Mulut ini terasa ringan untuk bertanya namun dia masih lagi ingin menjaga air muka sendiri. Tak mahu dilabel sebagai perempuan gelojoh. Untuk melegakan hatinya yang kepanasan, dia bergerak ke bahagian buffet. Gelas yang sudah sedia berisi minuman itu dicapai dan langkah kakinya dibawa ke arah gazebo yang kosong. Minuman itu terus diteguk laju. Otaknya betul-betul masuk angin.
            “Jangan rasa yang awak diterima oleh mereka walaupun mereka layan awak dengan baik Lanna..” Tiba-tiba ada satu suara yang menegurnya. Tanpa berpaling pun, dia dapat mengagaknya pemilik suara itu. Mulutnya digigit lembut. Tak ada keinginan untuk membalas kata.
            “Malam ni kau memang boleh dikategorikan sebagai pelakon terbaik Lanna...” Sambung Syarifah Nadia sambil memandang sinis ke arah Alanna. Dia tahu yang Alanna memakai tudung hanya semata-mata kerana ingin kelihatan baik di mata keluarga Syed Ramli.
            “Terpulang pada awak nak fikir apa.” Putus Alanna ringkas. Dia belum cukup gila untuk melayan orang yang naik gila ini.
            “Lanna... okay.. mungkin Syed tak pernah beritahu kau yang aku dengan dia pernah bercinta. Kami terputus hubungan hanya sebab aku melanjutkan pelajaran ke luar negara. Jadi, jangan fikir yang aku akan mengalah dengan mudah untuk melepaskan Syed kepada perempuan tak cukup sifat macam kau. Kau ingat aku tak tahu ke yang kau berlakon dengan pakai tudung macam nih....” Tudung Alanna terus direntap kasar. Mujur sahaja tidak tercabut.
            Alanna masih boleh bersabar dengan kata-kata fitnah itu. Tapi apabila Syarifah Nadia sudah main kasar, tak kan dia nak duduk diam. Dia pun ada aura singa yang menunggu masa nak terkam mangsa ni. “Kalau saya tak cukup sifat, mesti logik kalau saya tertumpahkan air ni dekat awak...” Tanpa fikir panjang, terus dia menumpahkan sisa minumannya di baju milik Nadia.
            “Lanna!” Jeritan itu terus membuatkan keduanya berpaling.
            “Syed.. You tengok perempuan ni.. Dia sengaja je nak rosakkan dress I...” Adu Nadia manja.
            “Am...” Baru sahaja Alanna ingin bersuara tapi tiba-tiba Syed Ramli mencelah.
            “Kenapa buat perangai macam budak-budak tak sekolah ni?” Marah Syed Ramli serius. Tercengang Alanna dibuatnya. Terkejut kerana ditengking sebegitu rupa. Matanya merayap ke arah sekeliling. Mujur sahaja kawasan ini tidak ada orang. Kalau tak, tujuh keturunan pun dia pasti akan rasa malu.
            Sungguh Alanna rasa seperti hendak menangis. Apatah lagi melihat Nadia yang tersenyum bangga di sebelah Syed Ramli. Syed Ramli ni pakwe siapa sebenarnya?
            “Siapa yang buat perangai budak-budak sekarang?” Soal Alanna kembali. Ditahan kelopak matanya yang mula berkaca. Dia tidak mungkin akan kalah di hadapan Nadia atau Syed Ramli.
            “Syed... Lanna... Nad.. Kenapa ni?” Syarifah Hanim terpanggil untuk menyampuk apabila dia perasan pada kekeruhan keadaan yang melanda. Matanya merayap ke arah sekeliling. Bimbang jika ada mata-mata yang melihat adengan drama tanpa pengarah ini.
            “Saya balik dulu kak..” Tanpa banyak cakap, terus disalam kakak Syed Ramli itu. Mungkin salam untuk kali yang terakhir. Nak jugak Alanna minta putus sekarang jugak. Anggap sahaja yang mereka sudah putus secara tak rasmi. Sebab Alanna tak perlukan seorang lelaki yang tak boleh membelanya pada saat-saat genting seperti ini.
            “Lanna... tunggu!” Keras arahan mandatori dari Syed Ramli namun sedikit pun Alanna tak ambil peduli. Dia terus berjalan keluar dari Villa besar itu dan terus berlalu ke pintu pagar besar.
            “Lanna, kan saya suruh tunggu!” Apabila meraka jauh sikit daripada kawasan rumahnya, terus direntap tangan Alanna. Dia tahu yang tadi dia terlebih marah pada Alanna. Dia cuma terkejut dengan tindakan kasar Alanna walaupun dia tahu yang Alanna pasti punya sebab untuk melakukannya.
            “Saya nak baliklah...”
            “Saya hantar....”
            “Saya ada kaki.. saya ada tangan.. saya dah besar.. saya bukan budak sekolah lagi.. Jadi, saya boleh balik sendiri!” Lantaklah kalau Syed Ramli fikir dia spesis keras kepala pun, yang penting dia memang naik menyampah untuk mengadap wajah Syed Ramli tika ini. Meluat, menyampah, meradang, semuanya dicampur dan digaul dengan sebati. Menyimpulkan rasa benci yang tak sudah-sudah.
            “Lanna.. kalau awak tak nak kena dukung, baik awak masuk kereta sekarang?” Arah Syed Ramli keras. Matanya mencerlung kemarahan. Susah nak berhadapan dengan perangai degil Alanna yang semacam ini.
            “Boleh tak berhenti beri arahan? Saya bukan budak sekolah yang perlu ikut cakap cikgu... Saya dah besar.. dan saya dah cukup matang untuk menilai kasih sayang orang pada saya! Mana yang asli dan mana yang plastik!” Alanna dah tak rasa hendak menangis tapi dia mula rasa hendak mengamuk. Ada jugak yang kena tendang masuk longkang nanti. Kebetulan memang ada longkang besar berhampiran dengan mereka ini. Jadi Syed Ramli, sila jangan tempah bala!
            Syed Ramli yang mendengar, hanya mendiamkan diri. Dia tahu tadi dia salah... dan untuk memujuk Alanna, itu bukan perkara mudah. Syed Ramli mendengus. Tapi untuk melepaskan Alanna pulang sendiri, itu memang hanya akan berlaku dalam mimpi. Apa yang perlu dia buat sekarang? Adakah dia perlu berdegil untuk menghadapi orang keras kepala ini?
***
            Pagi itu, terasa berat sahaja untuk membuka mata. Apatah lagi apabila menghadapi malam yang terasa panjang semalam. Dia ingat lagi betapa berdegilnya Syed Ramli hendak menghantarnya pulang. Tapi dia ikut dan buat keras kepala sendiri. Couple ni memang menyusahkan hidupnya. Nak berpatah arah jadi single balik... Tapi payah kerana hati sudah terlalu terjebak dengan cinta Syed Ramli. Emosi ini makin memberat apabila hati dirundung kepiluan dengan sikap Syed Ramli semalam.
            Alanna menyesal. Di saat dia telah diterima baik oleh keluarga pak Syed, kenapa Syarifah Nadia yang harus menjadi penghalangnya? Sanggup Syed Ramli menengkingnya. Langsung tak mendengar penjelesannya tadi.
            Alih-alih Syed Ramli memberikan keretanya untuk dia bawa pulang. Langsung tidak membenarkan Alanna menaiki kenderaan awam. Apatah lagi jam sudah menginjak jam sebelas malam.
            “Dengar cakap saya Lanna... Untuk kali ini sahaja.. Tolonglah.. jangan balik naik teksi. Saya risau... Okay fine kalau awak tak mahu saya hantar awak balik, awak boleh drive kereta saya. Lepas ni kalau tak mahu dengar arahan saya, saya dah tak kisah.. Tapi untuk kali ni, tolonglah jangan berdegil..” Pertama kali mendengar suara Syed Ramli yang lembut merayu. Naik bernanah pula telinga ini mendengar. Terbayang  kalau Syed Ramli pernah merayu sebegini rupa terhadap Nadia. Oh.. memang tak boleh fikir banyak. Bikin sakit hati sahaja.
            Dan sekarang, matanya pula yang naik kematu membaca mesej daripada Syed Ramli.

OTW nak ambil kereta...

            Alanna mengetuk kepalanya sendiri. Kenapalah semalam dia begau sangat untuk menerima perlawaan Syed Ramli itu. Tak pasal-pasal sekarang kena mengadap mamat itu pula. Dia masih bermalasan di atas katil. Semalam pemikirkan pengakhiran hubungan mereka. Entahlah, mungkin di sinilah penghujung perhubungan mereka. Apa nak buat, benda tak menjadi. Adunan resepi berkasih ini belum cukup untuk menghasilkan santapan yang terbaik.
***
            Entah kenapa,  hatinya mula diserang debar yang menggila selepas kakinya mendarat di depan pintu pagar rumah Alanna ini. Pertama rasa gerun dan takut jika terpaksa mendengar kata putus dari Alanna. Tengok gaya bahasa tubuh Alanna semalam, nampak benar yang gadis itu memang benar-benar berjauh hati dengannya.
            Dengan teragak-agak, dia terus menekan loceng rumah. Dalam hatinya mendoakan yang baik-baik sahaja.
            “Hah Am... datang nak ambil kereta ya?” Melihat pada layanan Puan Hamidah yang tetap ramah itu, sedikit sebanyak melegakan hati Syed Ramli. Risau jugak kalau dihalau dengan penyapu tadi. Ialah, dia telah pun melukakan hati anak gadis kesayangan Puan Hamidah.
            “Aah...” Matanya menilau mencari kelibat Alanna. Berharap sungguh untuk menemui Alanna dan memohon maaf atas keterlanjuran sikapnya semalam.
            “Kamu cari siapa?” Hati tuanya mula rasa tidak enak dengan sikap Alanna semalam yang balik menggunakan kereta Syed Ramli. Bila ditanya, Alanna memberitahu yang Syed Ramli punya hal kecemasan yang tak boleh dielak. Bila ditanya tentang penerimaan keluarga Syed Ramli, Alanna tersenyum dan bercerita hendak tak hendak sahaja. Cepat sahaja anaknya itu berlalu dan berkurung di dalam bilik.
            “Errk.. pak cik tak ada ke?” Lain yang nak ditanya, lain pula yang terkeluar.
            “Pak cik kalau hujung mingu ni dia pergi memancing...” Kunci kereta mula dihulurkan kepada Syed Ramli. Kalu ikutkan hatinya, ringan sahaja ingin bertanya tentang masalah yang terjadi. Tapi mengingatkan amaran anaknya tadi, terus dibisukan mulut. ‘Mak jangan tanya apa-apa.. Jangan cakap apa-apa... Bagi je kunci kereta tu pada dia!’
            “Errk... Alanna?” Ditebalkan wajahnya. Pedulilah tentang rasa malu itu. Yang penting, dia ingin berjumpa dengan Alanna. Membetulkan apa yang sudah mula tak betul.
            “Hmm.. dia keluar..” Tipu Puan Hamidah.
            “Tapi kereta dia ada..” Puan Hamidah sedikit tersentap mendengar tembakan ayat Syed Ramli itu.
            “Errkk.. dia keluar dengan kawan dia..” Puan Hamidah buat muka confident walaupun sekejap tadi goyah juga mencari alasan untuk menipu.
            “Mak cik... tolong sampaikan barang ni pada dia ya?” Kotak yang sedari tadi berada di tangannya, mula diserahkan kepada Puan Hamidah. Bibirnya menguntumkan senyum sedikit. Dia tahu yang Alanna berada di dalam biliknya. Dia kenal Alanna... Kalau gadis itu tertekan, dia senang berkurung di dalam bilik sambil melayan cerita-cerita korea, hindustant atau seangkatan dengannya yang mampu melepaskan rasa tekanannya. Dan dia pasti akan terputus hubungan dengan dunia luar. Inilah cara Alanna melampiaskan rasa marahnya terhadap seseorang.
            Dari tingkap atas, Alanna menjenguk sedikit ke bahagian bawah. Melihat kereta Syed Ramli yang meluncur laju membelah jalan hatinya mula dirasuk sedih. Betul ke jodoh mereka berdua takat ini sahaja?
            “Orang datang tadi, tak nak jumpa... Sekarang baru nak jenguk-jenguk. Tak faham betul mak dengan drama orang bercinta ni.” Tidak sedar yang mak sudah berada di ambang pintu. Mengejutkan Alanna yang baru hendak melayan perasaan.
            “Mana ada orang tengok Am.. Orang check langsir nih.. Dah lama tak tukar kan? Ingat kejap lagi nak tukarlah...”
            Puan Hamidah ketawa besar mendengar alasan tak munasabah Alanna itu. Selama  ini tak pernah-pernah pulak Alanna cara pasal langsir. Tidakkah Alanna perasan yang dia baru sahaja menukar langsir tingkap biliknya kelmarin. Nampak sangat yang fius kepala Alanna tak berapa nak okay.
            Malas mahu memanjangkan kata, Puan Hamidah meletakkan kotak yang diberikan oleh Syed Ramli tadi di atas katil. “Nah... Syed beri tadi..” Faham dengan situasi yang menghimpit Alanna, Puan Hamidah terus keluar dari bilik kereta. Namun sempat lagi dia menghadiahkan nasihat iringan yang boleh dipikul oleh pemikiran Alanna dikala kusut seperti ini.
            “Hubungan orang bercinta memang macam nih.. Kena uji, baru tahu sayang tu takat mana. Kalau tak terluka, tak menangis, tak kecewa, tak akan dalamnya cinta. Mak dulu sebelum kahwin dengan abah pun macam tu jugak... Ada je yang tak kena. Kalau nak kasi kena, kahwin je Lanna... Masa tu, yang tak kena pun jadi kena. Yang salah faham pun jadi terlebih faham. Sebab masa tu soal perasaan dah ditolak tepi... yang ada hanyalah sebuah tanggungjawab.”
            Alanna terkedu. Rasa nak tergelak pun ada. Tapi untuk menghormati emaknya itu, Alanna sengih sahaja. Nasihat orang tua itu adalah kata-kata yang berlandaskan pengalaman. Bukannya omongan kosong. Jadi sebagai orang muda, haruslah ambil tips yang diberi. Tips macam ni bukan boleh beli dekat kedai buku!
            Perlahan-lahan tangannya membuka kotak yang boleh memuatkan kertas A4 itu. Bibirnya menguntumkan senyum tatkala terpandangkan teddy bear kecil yang tertulis perkataan I’M SORRY itu. Kemudian dia melihat pada beberapa kepingan CD yang berada di kotak itu.
            “Kalau saya tension, saya suka tengok cerita korea... cerita hindustant.. cerita santai yang boleh hilangkan tension saya.” Kata-kata ini pernah diluahkan kepada Syed Ramli satu ketika dahulu. Tak sangka yang Syed Ramli mengingati perangainya yang satu ini.
Memang terharu bila dapat CD, tapi yang harunya, bukan CD romantik seperti yang biasa dia tengok, tapi CD cerita hantu, cerita zombi.. cerita-cerita Rambo.. Memang tak tertengoklah cerita sadis macam ni. Lagipula, dia bukan dari golongan perempuan yang terlalu berani sangat. Gila tak tidur malam kalau tengok. Nota kecil yang terselit dibalik CD itu mula ditarik.
           
Saya tahu awak tak tengok cerita yang mengerikan nih...
Tapi awak boleh tengok dengan saya lepas kita kahwin nanti..
Masa tu kalau awak takut.. saya ada untuk hilangkan ketakutan awak..
Cik Nur Alanna binti Encik Ariff... Jom kita kahwin! @_@

            Mulut Alanna melopong! Dan paling membuatkan dia terkejut ialah, terdapat sebuah kotak yang lebih kecil di bawah CD-CD itu. Diambil kotak tersebut. Dia hampir pasti yang kotak itu berisi cincin tapi apabila dibuka, dilihat dan ditenung, rahangnya mula terjatuh. Bukan cincin yang bertahtakan berlian! Bukan juga gelang tangan yang bergemerlapan! Apatah lagi perhiasan rantai leher yang lebih mahal harganya. Yang ada hanyalah jam tangan!
‘Oh Am.. tolonglah jangan buat lawak bangla tak jadi!’
Alanna mula diserang kekeliruan. Betul ke nak ajak kahwin ni? Kalau ya serius, kenapa perlu memberinya jam? Dia sudah ada jam tangan! Arggghh... kusut betul? Boleh percaya ke dengan Mr. Angry Duck ini? Habis tu Nadia tu macam mana pulak? Dan jawapannya, nak kahwin ke tak nak ni???

P/S::: Adakah Alanna akan menerima Syed Ramli? Mampukah hubungan mereka dipertahankan.... nantikan dalam sambungan MARRIED MAKE PERFECT! ... cerita ni sempoi2 jeh.. jadi harap maaf kalau tak memenuhi piawaian korang yerkk.. saya tulis pun rushing.. sebab asyik berkejaran dengan mood nak tengok bola jeh.. hope enjoy reading ya lalink... 

48 comments:

  1. perghh.. ada perkataan "begau".. org melaka ke?

    mmg normally couple life cenggini..

    suka r kat makpak alanna..

    sambung lg cecepat okeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk.. perkataan begau tu pinjam dari ayat member yang selalu komen kat KL.. bukan orang melaka pun.. sy pun suka makpak Lanna tuh.. sempoi.. kadang2 mak ayh sy pun begitu jugak..haha.. insyaAllah.. sambung secepat mungkin.. =)

      Delete
  2. best..cerita yg santai
    keep it up writer :)

    ReplyDelete
  3. atien azlin nor15 June 2012 at 05:19

    cpt2 smbg ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum 30 ari bulan, akak kasi settle ya..

      Delete
  4. Nak..nak..nak ...cepat sambung ye....really luv ur story mory...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Chikida.... cuba sambung secepat mungkin.. tp biar lambat.. asal feel lebih kan.. =P

      Delete
  5. as-salam dear Sara,

    waaa ... as expected alanna is gonna fall for tuan Syed hehee first phase of their love relationship as usual full of excitement yeah Romantica-De-Armour here n there until Nadia appears --- everything looks complicated --- tho' not to be - it's jaz alanna too jealous n a bit 'childish' to react!... begau!

    hahaa ... a box contain of baggies tat not to her wants except for the cute teddy bear!
    CDs ... wow awal dh tuan syed planning nk tengok dgn bini cerita seram *chances nk peluk sakan ngeeee .... jam-tangan? is there any symbolic connotation bhind it? .... hv to wait for nex n3???
    cepat le Sara ... nk tahu nape not cincin brtahta berlian yg brcahaya & shining dpt menerangi malam tanpa bulan & bintang keh keh ... oppsss sori panjang lak komen merapu neh :) lev u girl..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAHHHHHHHHH... touching kot dapat komen dari Jaz.. I LIKE LIKE LIKE sebab jaz komen pasal every single part tuh.. =P.. pasal jam tangan tuh, kena tunggu part 3.. nnti adalah explanation tuh.. haha.. tau2 je Syed tu gatal nak peluk2 Lanna.. mcm mana boleh baca fikiran sy nih..haha..sy cuba post sebelum 30 ari bulan.. LOVE U MORE sis.. muuaahh.. jgn insaf nak melepak kat sini ya walaupun cerita ala-ala budak kampung masuk bandar..haha

      Delete
  6. Sara.....best siut n rs nk minta sbg cpt2. X sbr nk tau naper dpt jam tgn.mesti ada makna dsebalik tu kan. Mmg bbaloi tgu kisah ni.pdi gak mr sweetie duck kt tu mujuk ye hihi. Sweet kot cr dia cuma bab cpt mrh tu x bole blah. So deadline post sambungan citer ni bila hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. hakikat kak bab panas baran tuh... kebayakan lelaki mmg mcm tu kan... oh.. lega kalau akak suka.. sebab rasa macam kurang taring ajeh.. sebelum 30 june sy kasi settle.. kata cerpen bulan JUN kan.. =)

      Delete
  7. waaaahh.. punya panjang yana baca.. tp yana mmg suka sgt.. alahai.. ada smbgn lg.. oke.. i'm waiting.. ihihi..
    Alanna mesti terima!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun dah kira agak pendek jugak.. dlm 50 page.. ada2.. sila nantikan part 3 ya.. confident je alanna terima yerk? =P

      Delete
  8. huuawwwaa..cepat2 sambung :)
    x sabar nak baca.

    ReplyDelete
  9. bila baca cerpen ni, rasa bertuah plak bila xterjebak dengan cintan cintun ni... sebelum ni rasa xready je nak couple tapi bila baca cerpen ni rasa setuju sngat dengan prinsip lana tu couple make trouble, single make simple... sori kak terkopi sikit ayat lana tu sbb suka dengan kata2 dia 2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. xpe2.. mmg itu pun yang nak ditekankan dalam cerita2 nih.. kalau dah rasa ready tu, terus kahwin jeh.. cinta lama2 pun x mendatangkan apa2 kebaikan pun.. jadi, x salah kalau nak buat prinsip y x bertentangan ngan agama.. asalkan beri kebaikan untuk diri sendiri.. =)

      Delete
  10. hihihi.citer ni best sangat.sweet jer.tak sabar nak baca sambungan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks najah.. sila sabar menantikan smbungan dia ya.. =)

      Delete
  11. Aigoo my dear..cter yg smpoi tu la my fav tau..hehe..married make perfect bwat kaw2 ok? x sbr n bce last part tu...hehehe...ok,sweetie duck..i will w8 4 ur next n3..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kadang2 perlu cerita yang sempoi2 nih.. supaya dapat release tension.. ok.. sila sabar yunk... =)

      Delete
  12. best best best n best lah sara... tu je y saya boleh cakap.. mesti lebih best lepas baca part ketiga kan? be waiting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks thanks thanks yat.... tu je y leh sy ckp..haha.. part ketiga x pasti lagi.. kena tunggu dan lihat.. =P

      Delete
  13. mmg sweet j bercinta cara nie... hati mau leleh dn manja2 g2..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. nak huhuungan yang sweet, kadang2 kita yang perlu mulakan dulu.. x gitu kak?

      Delete
  14. mmg best da smbungan nie,smbolik tol bg jam kn..x sbar nk tggu n3 ag..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jam tangan tu adalah simboliknya.. sila tungggguuuu.. =)

      Delete
  15. Replies
    1. sweetie pie.. aiyoo... ingat plak karya Rin Ahmad tuh..haha..

      Delete
  16. comelnya! bengang giler dgn nadia tu. hampeh betollah dia tu. sibuk je nak mengacau hubungan org -.-

    mak ayah lanna comel giler la, kak sara. sweet je! hehehe! tak sabar nak tunggu sambungan dia yang last :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiihh.. bengang ya dengan nadia.. hehe.. Lanna pun x bersabar sangat pun.. sifat manusia mmg begitu.. haha. mak ayah lanna tu mcm mak ayah akak sikit.. kalau datang sengal tu, x menahan sungguh.. ok.. be waiting for next entry k..

      Delete
  17. X sabar nak tunggu sambungannya.....
    Sweet gila Am dan Alanna......

    ReplyDelete
    Replies
    1. wohahhaa.. depa berdua memang sengal mengal kak.. sila sbar menunggu smbungan dia ya... =)

      Delete
  18. gila best mak ayah alanna.. rasa macam nak jadi ibu bapa yang sporting macam tu jugak.. sara, akak x sabar nak tunggu part yang last.. cerita ni best.. x nak buat novel ke?

    kak zila

    ReplyDelete
    Replies
    1. huaagghh... sila jadi mak bapak mcm tu sis... bukan apa, bila kita dekat dengan anak2.. kita pun leh phm depa.. x lah depa nak kuar merayau meraban kan.. buat novel?? oh tidak.. pening nak pkir plot.. tkut meleret pulak

      Delete
  19. Teruskan sweet apa sweet duckling? Comelnya cam gitu. Tapi betullah Sara.. cukup rukun.. kahwin je tak payah semak fikir kan. Bercinta lepas kahwin halal semua.. pahala pun dapat. Learnt something valuabe from you girl.. Tq.. (Rozie)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweetie2 duck..haha.. kan..kahwin jelah.. couple ni banyak masalah.. tq kak.. sudi menjenguk mencemar duli.. =)

      Delete
    2. Most welcome dear. Mana sambungannya? So sweetlah.. Jam? Emm... masakan? Detik demi detik berdetak menanti penyatuan dua hati kan? Go girl! (Rozie)

      Delete
  20. best! sgt sweet couple ni..cepat2 sambung ek!
    -zura-

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyo... memang nak kasi settle cepat-cepat pun.. insyaAllah sebelum 30 June 2012.. heh, macam account pulak ada due date bagai..

      Delete
  21. wohooo. tepuk tgn utk kak sara .
    best siot ! cpt smbg .
    >_____<

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. thanks yunk..try my best to give the best for the best reader.. cehwahh.. =P

      Delete
  22. lev this story... nampak matang... n yg paling penting, dlm konflik2 tu, terasa smooth flow... sedap je baca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks rin.. smooth ke? rasa macam kacau bilau jeh.. =p

      Delete
  23. Phew, akhirnya dapat juga baca CMT nih. Hehe.

    ni baru couple. Kahwin nnt ntah mcm mana. tapi saya suka mak ayah Allana ni, sporting banget!

    ok sara, i'm waiting for the sequel pulak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeee... tq kak.. sy pun suka mak ayah lanna tuh.. sporting habis.. hope leh jadi parents y mcm tu jugak.. =)

      Delete
  24. best lah.... bila nak kuar sambunganya???

    ReplyDelete