Kaki Afrina terasa kejung sendiri. Matanya
tidak lepas dari memandang gerangan yang baru keluar dari kereta itu. Apabila
wanita itu berada betul-betul dihadapannya, terus dipeluk badan Afrina.
Tangisnya mula dileraikan di bahu Afrina. Manakala Afrina tercengang sendiri.
“Maafkan
aku Afrin.... Aku banyak buat salah dengan kau...” Ujar Sufiah selepas meleraikan
pelukan.
Afrina
tergamam. Tidak menyangka yang Sufiah akan hadir untuk memohon maaf dengannya.
Afrina membeku. Tidak tahu hendak berkata apa-apa.
“Afrin,
kenapa kau senyap.. Kau tak mahu cakap dengan aku ke? Tak mahu tegur aku dah?
Tak nak maafkan aku ke?” Bahu sahabatnya itu digongcang kuat. Mengejutkan
Afrina yang seakan-akan dilambung mimpi itu.
“Kenapa
kau datang?” Akhirnya terluah juga soalan itu dari bibirnya. Tangannya mula
mengengam penumbuk. Mengawal rasa sakit di jiwa. Kalau ikutkan amarahnya, pasti
muka Sufiah ditampar ataupun ditumbuk kuat. Namun dia tidak kuat untuk
berpelakuan sekejam itu.
“Aku
nak mintak maaf... Aku banyak buat salah dengan kau! Aku dah fitnah kau...”
Sufiah benar-benar merasa menyesal dengan segala perbuatannya. Tak pernah
disangka yang dia akan menuduh kawan baiknya gila. Sehingga melarang Afrina
datang ke tempat kerja. Malah sanggup menghasut majikan di tempat kerja mereka
untuk memberhentikan Afrina.
“Aku
maafkan kau... Tapi maaf... Aku tak boleh tengok muka kau lagi Sufi..
Cukuplah.... kita tak perlu jadi musuh tapi itu tak bermakna kita masih boleh
jadi sahabat.” Afrina mula berpaling. Kakinya mula melangkah setapak tapi
tiba-tiba ada tangan yang memeluk betisnya. Menahan untuk dia terus pergi.
“Aku
mintak maaf Afrin... Aku mintak maaf.... Aku salah.. aku tahu aku salah... aku
banyak dosa... maafkanlah aku....” Rayu Sufiah dengan penuh kesungguhan. Dia
benar-benar sudah menyesal dengan segala perbuatannya.
Afrina
memejamkan matanya erat-erat. Segaris kenangan pahit itu mula menular di dalam
kanvas ingatan.
“Kenapa
kau sanggup perlakukan aku macam ni Sufi? Aku kan kawan kau?” Tanya Afrina
sambil mengongcang sedikit bahu Sufiah. Dia seolah-olah sudah tidak mampu lagi
mengecam wajah kawan baiknya sendiri. Entah kemana hilangnya Sufiah yang baik
hati itu. Yang ada, hanyalah Sufiah yang terlalu mementingkan diri sendiri.
Malah wajahnya penuh dengan keangkuhan dan senyuman sinis.
“Kawan?
Siapa kawan kau? Aku tak ada kawan yang gila....” Ayat Sufiah itu umpama belati
yang terus menikam tangkai hati Afrina.
“Aku
tak gila Sufi! Kau jangan nak menuduh sebarangan...” Tempelak Afrina kasar.
Suaranya kuat menerjah peluput telinga Sufiah.
“Tak
gila? Habis tu, yang kau bercakap sorang-sorang tu, kau bercakap dengan siapa?
Gilalah namanya tuh!” Suara Sufiah penuh dengan nada sinis. Malah dia memandang
sinis wajah Afrina. Seolah-olah Afrina terlalu jijik di matanya. Sudah terlalu
lama dia membenci Afrina. Hanya sekarang dia berkesempatan meluahkannya.
“Aku
tak gila Sufi....” Ya Allah, maruahnya seakan-akan disepak seperti bola oleh
Sufiah. Diperlakukan sewenang-wenangnya. Tidak pernah disangka, sahabatnya akan
bersikap kejam dengan dirinya. Disaat dia kehilangan Haraz, disaat dia
memerlukan tangan untuk bertaut, dia terpaksa berdepan cacian dari sahabatnya
dan tomahan masyarakat yang lantang
menuduhnya gila.
“Kenapa
bising-bising ni?” Dari luar lagi, Encik Azhar boleh mendengar pergaduhan di
antara dua orang pekerjanya ini. Habis kecoh satu pejabat dibuatnya.
“Encik
Azhar, encik masih nak simpan lagi ke pekerja yang gila macam Afrin nih!
Tengoklah semua akaun dia ni, semuanya hancur! Saya yang sebagai pembantu pula
yang terpaksa mengemaskinikan kewangan syarikat. Kalau saya yang buat, lebih
baik saya je yang jadi akauntan. Kalau Afrina terus bekerja, sila hari bulan
bangkruplah syarikat Encik Azhar ni..” Jatuh rahang Afrina apabila menangkap
bait kata-kata Sufiah itu.
“Tuduhan
tu tak berasas Sufi!” Marah Afrina lantang. Matanya mencerlung memandang
Sufiah. Kalau ikutkan hatinya tika ini, sekarang juga dia ingin membunuh
Sufiah! Biar wanita tak berhati perut itu mati ditelan dan dimamah bumi. Tapi
dia masih punya Iman dan Islam yang masih membaluti dirinya. Perlahan-lahan dia
mula beristigfar di dalam hati. Cuba mengusir rasa marah!
“Aku
cakap benda yang betul Afrin! Kau tu yang tak boleh terima hakikat! Dasar
perempuan GILA!” Pekik Sufiah lagi.
Kepala
Afrina tergeleng-geleng. Tangannya ditekup ke telinga. ‘Ya Allah.. begitu sakit
hatiku ini... betapa perit ujian dariMu ini..’
“Encik
Azhar, percayalah... saya masih boleh menjalankan tanggungjawab saya sebagai
seorang pekerja.” Penat berhadapan dengan Sufiah, Afrina mula beralih arah
kepada majikannya pula. Dia tahu yang Encik Azhar mengerti kondisinya sekarang.
“Maaf
Afrin... tapi saya rasa saya terpaksa bersetuju dengan Sufiah. Prestasi kerja
awak makin merundum. Sedikit sebanyak, ia akan menjejaskan kredibiliti
syarikat. Sudah acap kali saya mendengar aduan dari Sufiah, dengan selalu
ponteng kerja, akaun selalu bermasalah, pergi kerja dalam keadaan tak sempurna
macam ni... jadi rasanya lebih baik awak duduk berehat di rumah sahaja Afrin.
Tenangkan perasaan awak. Saya tak mahu awak menyusahkan pekerja saya yang lain.
Mereka juga perlu melakukan kerja mereka sendiri!”
Kata-kata
yang keluar dari mulut majikannya itu membuatkan Afrina terduduk. Bagaikan
jatuh ditimpa tangga, kehilangan Haraz, kehilangan kepercayan orang di
sekeliling dan sekarang terpaksa kehilangan pekerjaannya pula. Entah esok lusa,
apa lagi benda yang dia akan hilang. Yang pasti, dia sudah kehilangan
kebahagian dan sinar dalam kehidupan ini. Tidak ada apa lagi yang tinggal untuk
dirinya.....semuanya sudah hancur.
‘Ya Allah,
kenapa tidak kau ambil sahaja nyawaku...’ Saat ini, dia sudah berputus asa
dengan ujian yang tidak henti-henti ini. Jika dahulu, dia punya Haraz untuk
menguatkan semangatnya. Namun kini, Haraz telah pergi... telah pergi buat
selamanya.
Matanya
menangkap jelingan dan senyuman sinis daripada Sufiah. Dia pasti yang Sufiah
sedang meloncat gembira melihat saat kejatuhannya ini.
“Afrin...
aku mintak maaf sangat-sangat.. Maafkanlah aku...” Rayuan Sufiah itu membuatkan
Afrina terjaga dari lamunan yang memeritkan jiwa itu. Kalau boleh, dia tidak
mahu lagi mengenang segala keperitan semalam. Hanya Allah yang tahu betapa
dirinya telah diuji dengan bermacam tomahan dan cacian apabila kehilangan Haraz
dahulu. Tapi sekarang, keadaan seolah-olah sudah berpihak kepadanya. Takdir
seakan-akan ingin memperbaiki kehidupannya. Jadi, perlukah dia menolak?
“Aku dah
tak ingat semua tu Sufi.. Kau baliklah...Aku maafkan kau...” Buat masa ini, dia
hanya boleh memaafkan. Tapi mana mungkin dia dapat melupakan semuanya
sekaligus. Mungkin masa akan menyembuhkan lukanya.
“Afrin, kau
tak mahu terima aku sebagai kawan kau semula ke?”
“Sufi...
bagi aku masa. Tolong.. tolong jangan tambahkan kepenatan aku!” Afrina mula
rasa hendak marah. Bengang dengan sikap Sufiah yang gemar memaksa.
“Kita
pernah jadi kawan Afrin.. Dan aku nak kita kekal berkawan.Biar aku sama-sama
berkongsi rasa susah dan senang bersama kau..” Pujuk Sufiah lagi tanpa mengenal
erti kalah.
“Kau tak
rasa Sufi... bertapa penatnya hidup dengan tuduhan tu.. betapa peritnya hidup
tanpa sokongan Haraz.. betapa terlukanya aku dengan sikap kau sendiri.. Kau
sahabat baik aku.. Sampai hati kau tuduh aku gila!” Rintih Afrina dengan
tangisan. Untuk kesekian kalinya, dia masih tidak bisa membendung air mata dari
terus mencurah.
“Aku
mintak maaf..... Aku salah.. Aku dah sedar yang aku benar-benar salah!”
“Tak
perlu kau pujuk rayu aku Sufi.. biarlah luka aku sembuh sendiri.” Tanpa
menunggu lama, terus dia meninggalkan Sufiah yang menangis itu. Entahlah,
kelukaan itu masih bersisa. Biarlah jika orang hendak menuduhnya kejam! Kerana
dunia terlebih dahulu sudah berlaku kejam dengan dirinya!
***
Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan
Aku telah jadi lupa siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaan
Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini
Aku tertanya sendiri apakah akan terjadi
Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian
Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan
Aku telah jadi lupa siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaan
Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini
Aku tertanya sendiri apakah akan terjadi
Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian
Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya
“Ain....” Seru Haraz sekali. Dia
dapat mengesan riak ketakutan di wajah Afrina.
Dia juga ikut turut cuak. Tapi cepat-cepat ditenteramkan perasaan milik
sendiri. Dia tahu, bukan mudah untuk membeli jiwa emak Afrina. Namun akan
diperjuangkan segalanya untuk memiliki Afrina secara sah.
“Kalau mak tak restu hubungan kita
macam mana?” Soalan itu keluar dari mulutnya. Matanya mencari mata Haraz.
Berharap agar Haraz akan mendamaikan jiwanya yang pincang diamuk resah!
“Ain percaya pada ketentuan Allah
kan? Jadi berdoalah banyak-banyak.. InsyaAllah, DIA akan tunjuk jalan pada
kita..” Tutur Haraz tenang. Namun sebenarnya ayat itu juga ditujukan buat
dirinya sendiri. Memujuk jiwanya yang ikut turut gundah. Dia juga makhluk biasa
yang menanti untung nasib dari yang Maha Pencipta.
“Haraz, kalau mak tak setuju, kita
kahwin lari!” Ajak Afrina tanpa berfikir panjang.
“Astarfirullahalazim... Ain.. kenapa
cakap macam tu? Tak sayangkan mak Ain ke? Ain tak ingat ke jasa dia membesarkan
Ain? Haraz tak mahu dituduh bawak lari anak dara orang... Lagi pun melarikan
diri tu tak akan bawa apa-apa kesudahan yang baik. Menambahkan beban adalah!”
Bantah Haraz keras! Suaranya tanpa sengaja telah ditinggikan. Afrina memang
begini... Memang berfikir mudah sahaja. Kadang-kadang lupa memikirkan bahana
akibat perbuatannya.
“Ain tak boleh berfikir dah....”
Tangannya diketap ke kepala. Pening, takut, cuak, semuanya digaul dengan
sebati. Menjadikan dirinya
“Ain... walau apa pun yang
berlaku... kita kena terima dengan hati terbuka.. Kena redha... kena ikhlas
menerima tanpa memberontak.” Makin cuak Afrina mendengar kata-kata Haraz itu.
Bagaimanalah dia hendak mengajar hatinya yang degil ini. Tapi dia berdoa...
Berdoa agar emak merestui hubungan mereka ini.
Tanpa mereka sedari, ada telinga
yang mendengar perbincangan mereka. Hajah Kalsom menggelengkan kepalanya.
Memang anaknya terlalu mentah untuk mengalas cobaan dunia. Mampukah lelaki
seperti Haraz membendung jiwa Afrina yang seringkali pincang dimamah keadaan?
“Mak....” Panggilan itu terbit
apabila melihat kelibat Hajah Kalsom. Namun panggilan itu tidak mampu
mengalihkan pandangan Hajah Kalsom yang tajam memandang Haraz. Menjadikan Haraz
serba salah sendiri.
“Kau betul-betul nak kahwin dengan
anak aku?” Tanya Hajah Kalsom dengan suara yang agak tinggi.
“Saya serius nak memperisterikan dia
mak cik...” Jawab Haraz yakin.
Hajah Kalsom mula menganalisa wajah
milik Haraz. Kalau diikutkan, Mirza juga tidak kurang kacaknya. Kalau soal
kerjaya, Mirza mempunyai latar belakang yang lebih bagus dari Haraz yang
bekerja sendiri itu. Entah perniagaan apalah yang Haraz jalankan. Entah-entah
perdagangan manusia!
Sungguh, dia tidak dapat menghindarkan diri dari terus membuat
pembandingan antara Haraz dan Mirza. Pastilah Haraz akan kekal buruk di matanya
memandangkan Mirza telah membeli seluruh jiwa dan raganya. Susah hendak percaya
yang anaknya sendiri yang berlaku curang terhadap Mirza.
Masih berbekas lagi pujukan Mirza
yang lepas. Sanggup membantu Afrina dalam memujuk dirinya agar tidak terus
menghalang hubungan Afrina bersama Haraz. Sungguh suci pengorbanan milik Mirza.
Menjadikan dia jatuh kasih bertimpa-timpa terhadap pemuda itu. Malah, sejak
hari itu, hubungannya bersama dengan rakan baiknya sendiri sudah retak menanti
belah!
“Mak cik... restuilah Afrina...
Restuilah kebahagian dia. Saya kena terima bahawa kebahagian Afrina bukan
bersama dengan saya. Saya harap mak cik pun macam tu jugak. Jangan sisihkan di
mak cik.. sebab saya takut dia akan menjauh pergi.” Pujuk Mirza lembut. Dia
mula memandang wajah Hajah Kalsom yang penuh duka itu. Matanya bergelimpangan
dengan rasa sayu.
“Kadang-kadang, mak cik rasa mak cik
tak mampu nak maafkan Afrin...” Luah Hajah Kalsom penuh jujur. Berdepan dengan
Mirza, airmatanya nyata murah. Mengalir tanpa sempat dia seka.
“Mak cik... kesalahan dan kesilapan itu
harus dibayar dengan kemaafan... Dendam hanya akan membangkitkan kesilapan yang
baru mak cik. Lagipun, rasa maaf itu akan menghukum mereka dari terus melakukan
salah. Maaf itu akan membuka mata mereka agar terus menghargai apa yang mereka
pernah hilang.” Bicara Mirza yang penuh matang itu memang mampu membuatkan
Hajah Kalsom kagum sendiri. Anak muda itu penuh dengan rasa tanggungjawab dan
percakapannya sentiasa disusun kemas.
‘Apa lagi didikannya yang kurang
tika mengasuh Afrina dahulu?’ Jiwa tuanya terus menerus mengeluh panjang.
Mengenangkan Mira yang baik hati itu, hatinya bertambah terkilan. Jejaka sebaik
Mirza tidak menjadi menantunya.
“Kau tak takut dia tinggalkan kau macam mana dia tinggalkan Mirza?”
Soalan tanpa tapisan itu mula dihunus kepada Haraz. Hati tuanya perit!
“Mak... apa ni?” Afrina mula tak sedap hati. Bimbang jika Haraz beralih
hati pula apabila mendengar pujukan dari emaknya.
“Kamu senyap Afrin!” Tengkingan Hajah Kalsom itu terus melenyapkan
suara Afrina. Yang tinggal hanyalah rasa takut yang terpamer jelas di dada
wajah.
“Tentang rasa takut tuh, jujur saya akui, saya tak merasa takut walau
sedikitpun... Sebab saya percaya pada qadak dan qadar yang telah ditentukan
oleh Allah. Rasa takut yang berlebihan hanya akan membunuh kepercayaan kita padaNya.
Jodoh di tangan Allah mak cik.. Saya tak mampu
nak menolak atau menariknya. Andai kata bukan saya jodoh Afrin, saya
tetap akan mendoakan kebahagiaan dia. Dan andai kata mak cik tak merestui
hubungan kami, kami tak akan melangkau melebihi batasan mak cik...”
Sedikit sebanyak, hati Hajah Kalsom mula terpujuk dan tertarik dengan
sikap pemuda yang dibawa pulang oleh anaknya itu. Mungkin benar kata Mirza,
kesilapan itu tidak harus dibayar dengan dendam. Ianya akan terus merantai hati
dari terus redha.
“Kamu janji yang kamu akan jaga anak aku baik-baik?” Tanya Hajah Kalsom
penuh ketegasan.
“Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah saya akan setia menjaganya
mak cik..” Tegas Haraz penuh keyakinan.
Air matanya menitis. Lantas dia terus mendapatkan emaknya. Dipeluk erat
tubuh tua itu. Hampir sebulan dia kehilangan kasih sayang dan perhatian dari
ibunya. Namun nyata kini, Allah sudah memulangkan kepadanya. Syukur ke hadrat
Ilahi kerana Allah mula mempermudahkan perjalanannya.
Seakan-akan masih terasa pelukan hangat emaknya itu. Kalau emaknya ada
sekarang, pasti semua ini tidak sesukar ini. Kerana wajah yang penuh semangat
itu pasti akan meminjamkan kepadanya kekuatan baru. Namun setelah Hadziq
berusia setahun, emaknya telah pulang ke rahmatullah. Meninggalkan dia sendiri
bersama Haraz. Kemudian, Haraz pula yang meninggalkan dirinya. Dan kini dia
hampir-hampir sahaja kehilangan jejak kakak kandung sendiri.
‘Ya Allah, adakah aku ini wanita yang terlalu keras hatinya? Terlalu
tempang langkahnya dan terlalu pincang jiwanya? Kenapa aku sering menjadi
seseorang yang terus menerus menyusahkan orang lain?’
Tanpa menunggu lama lagi, terus Afrina melangkah ke bilik mandi. Terus
diambil wuduk. Dia perlu kembali setia kepadaNya. Mungkin dia terlalu banyak
membuat salah dengan manusia. Kerana itu dirinya tidak tenang dan diserang
lelah apabila masalah menjenggah.
Baru sahaja dia ingin mencapai
telekungnya, tiba-tiba sahaja I-phone miliknya berlagu nyaring minta diangkat.
Apabila melihat nama Mirza yang tertulis di skrin telefon, dia mula
meletakkannya semula. Namun apabila deringan itu kembali nyaring, terus ditekan
punat okay. Bimbang jika ada hal kecemasan yang berlaku.
“Afrin... Awak tak apa-apa? Awak kat
mana?” Terjah Mirza tanpa salam.
“Mirza... saya kat rumah. Kenapa
dengan awak ni? Macam kalut semacam je...” Tegur Afrina prihatin. Nafas Mirza
yang mendesah itu membuatkan Afrina pelik sendiri. Kenapa Mirza tiba-tiba
bertukar kalut? Bukankah Mirza terkenal dengan sikapnya yang tenang?
“Afrin.... kita kahwin!” Tanpa banyak
soal, terus Mirza ke isi utamanya.
“Hah!” Telefon milik Afrina terus
melucut ke lantai. Telefon yang terjatuh itu langsung tidak diangkat. Mulutnya
melopong. Tidak percaya yang ungkapan seperti itu lahir dari mulut Mirza. Apa
yang membuatkan lelaki itu tiba-tiba melamarnya?
p/s:: sungguh, lain yang dirangka, lain pula yang terjangka.... nak buat begitu tapi jadi begini... layan jelah.. macam makin ke laut pulak kan.. adeeehh
cepat2 kawenkn mirza n afrin.........byk sgt dugaan afrin..sian......thanks cik writer....
ReplyDeleteerkk.. sy y ptut say thanks.. sudi bc.. sudi komen lagi.. hehe.. erk, nnti sy pk cadangan tuh.. =p
DeleteKapal dah karam ke sis?
ReplyDeletehehehe...XD
Apepun still best...
rasa mcm dah terbenam dah nih atiza..haha..
Deletecepat la kawen .
ReplyDeletecepat sambung .
-fz-
tepuk dahi... ya ke nak kahwinkan depa berdua nihh? adehh
DeleteAfrin...mirza...ok leh kawen hihihi.teruskn cik penulis.
ReplyDeleteOH... part kahwin laju je kak eh..
Deletepunyalah terkejut sampai nphone pun jatuh. IPHONE pulak tu.. sayang tu.. Afrin, sila setuju.. kalau tak nak boikot DSKH..
ReplyDeletewohoho.. janganlah smpai boikot yunk.. x kesian kat sy ke? =p
Deleteterimalah afrina...perampuan yg baik utk lelaki yg baik,
ReplyDeleteezza, kdg2 n sesekali menulis ikut kata jari n kata hati lebih menarik dr apa yg tlh dirangka..kan
-che`leen-
yup.. betul.. ikut jari dia nak taip ape.. =)kadang2 otak pun tak mampu nak kawal pergerakannya.. Afrin tengah pk lagi tuh.. nak terima atau nak tolak..
Deleteafrina... terimalah mirza... relakan lah pemergian haraz ...banyak sangat flashbacklah kak... apa2 pun terhibur ....
ReplyDeletebanyak flashback.. menguji minta sikit kan.. x gitu... =)
Deletekesalahan dan kesilapa harus dibayar dgn kemaafan...
ReplyDeletedendam hanya membangkitkan kesilapan yg baru....
rasa maaf itu akan menghukum mereka dari terus melakukan salah...
suke ayt nie!!!! =)