Wednesday 6 June 2012

DI SUDUT KAMAR HATIKU [14]


             Kaki Afrina terasa kejung sendiri. Matanya tidak lepas dari memandang gerangan yang baru keluar dari kereta itu. Apabila wanita itu berada betul-betul dihadapannya, terus dipeluk badan Afrina. Tangisnya mula dileraikan di bahu Afrina. Manakala Afrina tercengang sendiri.
            “Maafkan aku Afrin.... Aku banyak buat salah dengan kau...” Ujar Sufiah selepas meleraikan pelukan.
            Afrina tergamam. Tidak menyangka yang Sufiah akan hadir untuk memohon maaf dengannya. Afrina membeku. Tidak tahu hendak berkata apa-apa.
            “Afrin, kenapa kau senyap.. Kau tak mahu cakap dengan aku ke? Tak mahu tegur aku dah? Tak nak maafkan aku ke?” Bahu sahabatnya itu digongcang kuat. Mengejutkan Afrina yang seakan-akan dilambung mimpi itu.
            “Kenapa kau datang?” Akhirnya terluah juga soalan itu dari bibirnya. Tangannya mula mengengam penumbuk. Mengawal rasa sakit di jiwa. Kalau ikutkan amarahnya, pasti muka Sufiah ditampar ataupun ditumbuk kuat. Namun dia tidak kuat untuk berpelakuan sekejam itu.
            “Aku nak mintak maaf... Aku banyak buat salah dengan kau! Aku dah fitnah kau...” Sufiah benar-benar merasa menyesal dengan segala perbuatannya. Tak pernah disangka yang dia akan menuduh kawan baiknya gila. Sehingga melarang Afrina datang ke tempat kerja. Malah sanggup menghasut majikan di tempat kerja mereka untuk memberhentikan Afrina.
            “Aku maafkan kau... Tapi maaf... Aku tak boleh tengok muka kau lagi Sufi.. Cukuplah.... kita tak perlu jadi musuh tapi itu tak bermakna kita masih boleh jadi sahabat.” Afrina mula berpaling. Kakinya mula melangkah setapak tapi tiba-tiba ada tangan yang memeluk betisnya. Menahan untuk dia terus pergi.
            “Aku mintak maaf Afrin... Aku mintak maaf.... Aku salah.. aku tahu aku salah... aku banyak dosa... maafkanlah aku....” Rayu Sufiah dengan penuh kesungguhan. Dia benar-benar sudah menyesal dengan segala perbuatannya.
            Afrina memejamkan matanya erat-erat. Segaris kenangan pahit itu mula menular di dalam kanvas ingatan.
            “Kenapa kau sanggup perlakukan aku macam ni Sufi? Aku kan kawan kau?” Tanya Afrina sambil mengongcang sedikit bahu Sufiah. Dia seolah-olah sudah tidak mampu lagi mengecam wajah kawan baiknya sendiri. Entah kemana hilangnya Sufiah yang baik hati itu. Yang ada, hanyalah Sufiah yang terlalu mementingkan diri sendiri. Malah wajahnya penuh dengan keangkuhan dan senyuman sinis.
            “Kawan? Siapa kawan kau? Aku tak ada kawan yang gila....” Ayat Sufiah itu umpama belati yang terus menikam tangkai hati Afrina.
            “Aku tak gila Sufi! Kau jangan nak menuduh sebarangan...” Tempelak Afrina kasar. Suaranya kuat menerjah peluput telinga Sufiah.
            “Tak gila? Habis tu, yang kau bercakap sorang-sorang tu, kau bercakap dengan siapa? Gilalah namanya tuh!” Suara Sufiah penuh dengan nada sinis. Malah dia memandang sinis wajah Afrina. Seolah-olah Afrina terlalu jijik di matanya. Sudah terlalu lama dia membenci Afrina. Hanya sekarang dia berkesempatan meluahkannya.
            “Aku tak gila Sufi....” Ya Allah, maruahnya seakan-akan disepak seperti bola oleh Sufiah. Diperlakukan sewenang-wenangnya. Tidak pernah disangka, sahabatnya akan bersikap kejam dengan dirinya. Disaat dia kehilangan Haraz, disaat dia memerlukan tangan untuk bertaut, dia terpaksa berdepan cacian dari sahabatnya dan tomahan masyarakat yang  lantang menuduhnya gila.
            “Kenapa bising-bising ni?” Dari luar lagi, Encik Azhar boleh mendengar pergaduhan di antara dua orang pekerjanya ini. Habis kecoh satu pejabat dibuatnya.
            “Encik Azhar, encik masih nak simpan lagi ke pekerja yang gila macam Afrin nih! Tengoklah semua akaun dia ni, semuanya hancur! Saya yang sebagai pembantu pula yang terpaksa mengemaskinikan kewangan syarikat. Kalau saya yang buat, lebih baik saya je yang jadi akauntan. Kalau Afrina terus bekerja, sila hari bulan bangkruplah syarikat Encik Azhar ni..” Jatuh rahang Afrina apabila menangkap bait kata-kata Sufiah itu.
            “Tuduhan tu tak berasas Sufi!” Marah Afrina lantang. Matanya mencerlung memandang Sufiah. Kalau ikutkan hatinya tika ini, sekarang juga dia ingin membunuh Sufiah! Biar wanita tak berhati perut itu mati ditelan dan dimamah bumi. Tapi dia masih punya Iman dan Islam yang masih membaluti dirinya. Perlahan-lahan dia mula beristigfar di dalam hati. Cuba mengusir rasa marah!
            “Aku cakap benda yang betul Afrin! Kau tu yang tak boleh terima hakikat! Dasar perempuan GILA!” Pekik Sufiah lagi.
            Kepala Afrina tergeleng-geleng. Tangannya ditekup ke telinga. ‘Ya Allah.. begitu sakit hatiku ini... betapa perit ujian dariMu ini..’
            “Encik Azhar, percayalah... saya masih boleh menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pekerja.” Penat berhadapan dengan Sufiah, Afrina mula beralih arah kepada majikannya pula. Dia tahu yang Encik Azhar mengerti kondisinya sekarang.
            “Maaf Afrin... tapi saya rasa saya terpaksa bersetuju dengan Sufiah. Prestasi kerja awak makin merundum. Sedikit sebanyak, ia akan menjejaskan kredibiliti syarikat. Sudah acap kali saya mendengar aduan dari Sufiah, dengan selalu ponteng kerja, akaun selalu bermasalah, pergi kerja dalam keadaan tak sempurna macam ni... jadi rasanya lebih baik awak duduk berehat di rumah sahaja Afrin. Tenangkan perasaan awak. Saya tak mahu awak menyusahkan pekerja saya yang lain. Mereka juga perlu melakukan kerja mereka sendiri!”
            Kata-kata yang keluar dari mulut majikannya itu membuatkan Afrina terduduk. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, kehilangan Haraz, kehilangan kepercayan orang di sekeliling dan sekarang terpaksa kehilangan pekerjaannya pula. Entah esok lusa, apa lagi benda yang dia akan hilang. Yang pasti, dia sudah kehilangan kebahagian dan sinar dalam kehidupan ini. Tidak ada apa lagi yang tinggal untuk dirinya.....semuanya sudah hancur.
‘Ya Allah, kenapa tidak kau ambil sahaja nyawaku...’ Saat ini, dia sudah berputus asa dengan ujian yang tidak henti-henti ini. Jika dahulu, dia punya Haraz untuk menguatkan semangatnya. Namun kini, Haraz telah pergi... telah pergi buat selamanya.
Matanya menangkap jelingan dan senyuman sinis daripada Sufiah. Dia pasti yang Sufiah sedang meloncat gembira melihat saat kejatuhannya ini.
“Afrin... aku mintak maaf sangat-sangat.. Maafkanlah aku...” Rayuan Sufiah itu membuatkan Afrina terjaga dari lamunan yang memeritkan jiwa itu. Kalau boleh, dia tidak mahu lagi mengenang segala keperitan semalam. Hanya Allah yang tahu betapa dirinya telah diuji dengan bermacam tomahan dan cacian apabila kehilangan Haraz dahulu. Tapi sekarang, keadaan seolah-olah sudah berpihak kepadanya. Takdir seakan-akan ingin memperbaiki kehidupannya. Jadi, perlukah dia menolak?
“Aku dah tak ingat semua tu Sufi.. Kau baliklah...Aku maafkan kau...” Buat masa ini, dia hanya boleh memaafkan. Tapi mana mungkin dia dapat melupakan semuanya sekaligus. Mungkin masa akan menyembuhkan lukanya.
“Afrin, kau tak mahu terima aku sebagai kawan kau semula ke?”
“Sufi... bagi aku masa. Tolong.. tolong jangan tambahkan kepenatan aku!” Afrina mula rasa hendak marah. Bengang dengan sikap Sufiah yang gemar memaksa.
“Kita pernah jadi kawan Afrin.. Dan aku nak kita kekal berkawan.Biar aku sama-sama berkongsi rasa susah dan senang bersama kau..” Pujuk Sufiah lagi tanpa mengenal erti kalah.
“Kau tak rasa Sufi... bertapa penatnya hidup dengan tuduhan tu.. betapa peritnya hidup tanpa sokongan Haraz.. betapa terlukanya aku dengan sikap kau sendiri.. Kau sahabat baik aku.. Sampai hati kau tuduh aku gila!” Rintih Afrina dengan tangisan. Untuk kesekian kalinya, dia masih tidak bisa membendung air mata dari terus mencurah.
            “Aku mintak maaf..... Aku salah.. Aku dah sedar yang aku benar-benar salah!”
            “Tak perlu kau pujuk rayu aku Sufi.. biarlah luka aku sembuh sendiri.” Tanpa menunggu lama, terus dia meninggalkan Sufiah yang menangis itu. Entahlah, kelukaan itu masih bersisa. Biarlah jika orang hendak menuduhnya kejam! Kerana dunia terlebih dahulu sudah berlaku kejam dengan dirinya!
***
Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan

Aku telah jadi lupa siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaan

Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini
Aku tertanya sendiri apakah akan terjadi

Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian

Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya

            “Ain....” Seru Haraz sekali. Dia dapat mengesan riak ketakutan di wajah Afrina.  Dia juga ikut turut cuak. Tapi cepat-cepat ditenteramkan perasaan milik sendiri. Dia tahu, bukan mudah untuk membeli jiwa emak Afrina. Namun akan diperjuangkan segalanya untuk memiliki Afrina secara sah.
            “Kalau mak tak restu hubungan kita macam mana?” Soalan itu keluar dari mulutnya. Matanya mencari mata Haraz. Berharap agar Haraz akan mendamaikan jiwanya yang pincang diamuk resah!
            “Ain percaya pada ketentuan Allah kan? Jadi berdoalah banyak-banyak.. InsyaAllah, DIA akan tunjuk jalan pada kita..” Tutur Haraz tenang. Namun sebenarnya ayat itu juga ditujukan buat dirinya sendiri. Memujuk jiwanya yang ikut turut gundah. Dia juga makhluk biasa yang menanti untung nasib dari yang Maha Pencipta.
            “Haraz, kalau mak tak setuju, kita kahwin lari!” Ajak Afrina tanpa berfikir panjang.
            “Astarfirullahalazim... Ain.. kenapa cakap macam tu? Tak sayangkan mak Ain ke? Ain tak ingat ke jasa dia membesarkan Ain? Haraz tak mahu dituduh bawak lari anak dara orang... Lagi pun melarikan diri tu tak akan bawa apa-apa kesudahan yang baik. Menambahkan beban adalah!” Bantah Haraz keras! Suaranya tanpa sengaja telah ditinggikan. Afrina memang begini... Memang berfikir mudah sahaja. Kadang-kadang lupa memikirkan bahana akibat perbuatannya.
            “Ain tak boleh berfikir dah....” Tangannya diketap ke kepala. Pening, takut, cuak, semuanya digaul dengan sebati. Menjadikan dirinya
            “Ain... walau apa pun yang berlaku... kita kena terima dengan hati terbuka.. Kena redha... kena ikhlas menerima tanpa memberontak.” Makin cuak Afrina mendengar kata-kata Haraz itu. Bagaimanalah dia hendak mengajar hatinya yang degil ini. Tapi dia berdoa... Berdoa agar emak merestui hubungan mereka ini.
            Tanpa mereka sedari, ada telinga yang mendengar perbincangan mereka. Hajah Kalsom menggelengkan kepalanya. Memang anaknya terlalu mentah untuk mengalas cobaan dunia. Mampukah lelaki seperti Haraz membendung jiwa Afrina yang seringkali pincang dimamah keadaan?
            “Mak....” Panggilan itu terbit apabila melihat kelibat Hajah Kalsom. Namun panggilan itu tidak mampu mengalihkan pandangan Hajah Kalsom yang tajam memandang Haraz. Menjadikan Haraz serba salah sendiri.
            “Kau betul-betul nak kahwin dengan anak aku?” Tanya Hajah Kalsom dengan suara yang agak tinggi.
            “Saya serius nak memperisterikan dia mak cik...” Jawab Haraz yakin.
            Hajah Kalsom mula menganalisa wajah milik Haraz. Kalau diikutkan, Mirza juga tidak kurang kacaknya. Kalau soal kerjaya, Mirza mempunyai latar belakang yang lebih bagus dari Haraz yang bekerja sendiri itu. Entah perniagaan apalah yang Haraz jalankan. Entah-entah perdagangan manusia!
Sungguh, dia tidak dapat menghindarkan diri dari terus membuat pembandingan antara Haraz dan Mirza. Pastilah Haraz akan kekal buruk di matanya memandangkan Mirza telah membeli seluruh jiwa dan raganya. Susah hendak percaya yang anaknya sendiri yang berlaku curang terhadap Mirza.
            Masih berbekas lagi pujukan Mirza yang lepas. Sanggup membantu Afrina dalam memujuk dirinya agar tidak terus menghalang hubungan Afrina bersama Haraz. Sungguh suci pengorbanan milik Mirza. Menjadikan dia jatuh kasih bertimpa-timpa terhadap pemuda itu. Malah, sejak hari itu, hubungannya bersama dengan rakan baiknya sendiri sudah retak menanti belah!
            “Mak cik... restuilah Afrina... Restuilah kebahagian dia. Saya kena terima bahawa kebahagian Afrina bukan bersama dengan saya. Saya harap mak cik pun macam tu jugak. Jangan sisihkan di mak cik.. sebab saya takut dia akan menjauh pergi.” Pujuk Mirza lembut. Dia mula memandang wajah Hajah Kalsom yang penuh duka itu. Matanya bergelimpangan dengan rasa sayu.
            “Kadang-kadang, mak cik rasa mak cik tak mampu nak maafkan Afrin...” Luah Hajah Kalsom penuh jujur. Berdepan dengan Mirza, airmatanya nyata murah. Mengalir tanpa sempat dia seka.
            “Mak cik... kesalahan dan kesilapan itu harus dibayar dengan kemaafan... Dendam hanya akan membangkitkan kesilapan yang baru mak cik. Lagipun, rasa maaf itu akan menghukum mereka dari terus melakukan salah. Maaf itu akan membuka mata mereka agar terus menghargai apa yang mereka pernah hilang.” Bicara Mirza yang penuh matang itu memang mampu membuatkan Hajah Kalsom kagum sendiri. Anak muda itu penuh dengan rasa tanggungjawab dan percakapannya sentiasa disusun kemas.
            ‘Apa lagi didikannya yang kurang tika mengasuh Afrina dahulu?’ Jiwa tuanya terus menerus mengeluh panjang. Mengenangkan Mira yang baik hati itu, hatinya bertambah terkilan. Jejaka sebaik Mirza tidak menjadi menantunya.
“Kau tak takut dia tinggalkan kau macam mana dia tinggalkan Mirza?” Soalan tanpa tapisan itu mula dihunus kepada Haraz. Hati tuanya perit!
“Mak... apa ni?” Afrina mula tak sedap hati. Bimbang jika Haraz beralih hati pula apabila mendengar pujukan dari emaknya.
“Kamu senyap Afrin!” Tengkingan Hajah Kalsom itu terus melenyapkan suara Afrina. Yang tinggal hanyalah rasa takut yang terpamer jelas di dada wajah.
“Tentang rasa takut tuh, jujur saya akui, saya tak merasa takut walau sedikitpun... Sebab saya percaya pada qadak dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah. Rasa takut yang berlebihan hanya akan membunuh kepercayaan kita padaNya. Jodoh di tangan Allah mak cik.. Saya tak mampu  nak menolak atau menariknya. Andai kata bukan saya jodoh Afrin, saya tetap akan mendoakan kebahagiaan dia. Dan andai kata mak cik tak merestui hubungan kami, kami tak akan melangkau melebihi batasan mak cik...”
Sedikit sebanyak, hati Hajah Kalsom mula terpujuk dan tertarik dengan sikap pemuda yang dibawa pulang oleh anaknya itu. Mungkin benar kata Mirza, kesilapan itu tidak harus dibayar dengan dendam. Ianya akan terus merantai hati dari terus redha.
“Kamu janji yang kamu akan jaga anak aku baik-baik?” Tanya Hajah Kalsom penuh ketegasan.
“Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah saya akan setia menjaganya mak cik..” Tegas Haraz penuh keyakinan.
Air matanya menitis. Lantas dia terus mendapatkan emaknya. Dipeluk erat tubuh tua itu. Hampir sebulan dia kehilangan kasih sayang dan perhatian dari ibunya. Namun nyata kini, Allah sudah memulangkan kepadanya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah mula mempermudahkan perjalanannya.
Seakan-akan masih terasa pelukan hangat emaknya itu. Kalau emaknya ada sekarang, pasti semua ini tidak sesukar ini. Kerana wajah yang penuh semangat itu pasti akan meminjamkan kepadanya kekuatan baru. Namun setelah Hadziq berusia setahun, emaknya telah pulang ke rahmatullah. Meninggalkan dia sendiri bersama Haraz. Kemudian, Haraz pula yang meninggalkan dirinya. Dan kini dia hampir-hampir sahaja kehilangan jejak kakak kandung sendiri.
‘Ya Allah, adakah aku ini wanita yang terlalu keras hatinya? Terlalu tempang langkahnya dan terlalu pincang jiwanya? Kenapa aku sering menjadi seseorang yang terus menerus menyusahkan orang lain?’
Tanpa menunggu lama lagi, terus Afrina melangkah ke bilik mandi. Terus diambil wuduk. Dia perlu kembali setia kepadaNya. Mungkin dia terlalu banyak membuat salah dengan manusia. Kerana itu dirinya tidak tenang dan diserang lelah apabila masalah menjenggah.
            Baru sahaja dia ingin mencapai telekungnya, tiba-tiba sahaja I-phone miliknya berlagu nyaring minta diangkat. Apabila melihat nama Mirza yang tertulis di skrin telefon, dia mula meletakkannya semula. Namun apabila deringan itu kembali nyaring, terus ditekan punat okay. Bimbang jika ada hal kecemasan yang berlaku.
            “Afrin... Awak tak apa-apa? Awak kat mana?” Terjah Mirza tanpa salam.
            “Mirza... saya kat rumah. Kenapa dengan awak ni? Macam kalut semacam je...” Tegur Afrina prihatin. Nafas Mirza yang mendesah itu membuatkan Afrina pelik sendiri. Kenapa Mirza tiba-tiba bertukar kalut? Bukankah Mirza terkenal dengan sikapnya yang tenang?
            “Afrin.... kita kahwin!” Tanpa banyak soal, terus Mirza ke isi utamanya.
            “Hah!” Telefon milik Afrina terus melucut ke lantai. Telefon yang terjatuh itu langsung tidak diangkat. Mulutnya melopong. Tidak percaya yang ungkapan seperti itu lahir dari mulut Mirza. Apa yang membuatkan lelaki itu tiba-tiba melamarnya?
p/s:: sungguh, lain yang dirangka, lain pula yang terjangka.... nak buat begitu tapi jadi begini... layan jelah.. macam makin ke laut pulak kan.. adeeehh

15 comments:

  1. cepat2 kawenkn mirza n afrin.........byk sgt dugaan afrin..sian......thanks cik writer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk.. sy y ptut say thanks.. sudi bc.. sudi komen lagi.. hehe.. erk, nnti sy pk cadangan tuh.. =p

      Delete
  2. Kapal dah karam ke sis?
    hehehe...XD
    Apepun still best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa mcm dah terbenam dah nih atiza..haha..

      Delete
  3. cepat la kawen .
    cepat sambung .
    -fz-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepuk dahi... ya ke nak kahwinkan depa berdua nihh? adehh

      Delete
  4. Afrin...mirza...ok leh kawen hihihi.teruskn cik penulis.

    ReplyDelete
  5. punyalah terkejut sampai nphone pun jatuh. IPHONE pulak tu.. sayang tu.. Afrin, sila setuju.. kalau tak nak boikot DSKH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wohoho.. janganlah smpai boikot yunk.. x kesian kat sy ke? =p

      Delete
  6. terimalah afrina...perampuan yg baik utk lelaki yg baik,

    ezza, kdg2 n sesekali menulis ikut kata jari n kata hati lebih menarik dr apa yg tlh dirangka..kan

    -che`leen-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. betul.. ikut jari dia nak taip ape.. =)kadang2 otak pun tak mampu nak kawal pergerakannya.. Afrin tengah pk lagi tuh.. nak terima atau nak tolak..

      Delete
  7. afrina... terimalah mirza... relakan lah pemergian haraz ...banyak sangat flashbacklah kak... apa2 pun terhibur ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak flashback.. menguji minta sikit kan.. x gitu... =)

      Delete
  8. kesalahan dan kesilapa harus dibayar dgn kemaafan...
    dendam hanya membangkitkan kesilapan yg baru....
    rasa maaf itu akan menghukum mereka dari terus melakukan salah...

    suke ayt nie!!!! =)

    ReplyDelete