Sudah
seminggu mereka terputus hubungan selepas Syed Ramli melamarnya dengan
menggunakan hadiah di dalam kotak tersebut.
Tidak semudah itu Alanna mengalah. Syed Ramli dengan kebisuannya, Alanna
dengan keegoannya.
Cuba
fikir secara logik, tak kan lah orang yang dilamar nak kena telefon orang yang
melamar. Malu kot… Haruslah orang yang melamar tu sendiri telefon tanya
keputusan tuan punya badan. Ini tak, buat senyap jeh.. So, Alanna pun buat
senyap jugaklah.. Dia pun nak berdegil jugak! Apa nak jadi, jadilah... Alanna
dah malas nak ambil pusing.
Lagipula
sekarang dia sendiri sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Malah dia baru sahaja
dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah lima hari outstation di Temerloh.
Tiba-tiba kereta yang dipandu olehnya meragam di sekitar area Gambang.
Alanna mengetuk stereng kereta.
Waktu-waktu orang penat macam inilah kereta ni nak buat hal! Dengan berat hati,
Alanna mula keluar dari kereta Myvi putih itu. Mula membuka bonet kereta. Tapi
memang mintak maaf awal-awallah.. Dia memang langsung tak tahu menahu perihal
maintanance kereta.
Jam
sudah menginjak jam lapan malam. Dia mula bingung memikirkan cara untuk
menyelesaikan masalah ini. Takut juga kalau-kalau ada orang merompaknya di
tengah-tengah jalan ini. Lalu dia terus duduk diam-diam di dalam kereta dan
mula memasang lampu kecemasan. Telefon bimbitnya dicapai lalu dia mula mendial
nombor telefon ayahnya.
“Ayah.....
kereta rosakkkk....” Adu Alanna sedikit terjerit.
“Lah,
rosak dekat mana?” Encik Ariff mula diserang kerisauan. Patutlah hatinya tidak
enak sahaja. Baru sahaja dia ingin menelefon Alanna, tiba-tiba telefonnya
berdering dengan sendiri.
“Dekat
gambang...”
“Habis
tu duduk dalam kereta ke duduk kat luar nih?” Tanya si ayah lagi.
“Ayah
ingat Lanna ni model ke nak duduk kat luar yang gelap gelita tu..
Comfirm-comfirmlah anak ayah yang penakut ni duduk dekat dalam kereta.” Alanna
mula menggarukan kepalanya yang sudah diselaputi tudung. Sempat lagi ayahnya
tanya soalan yang tidak menepati piawaian.
“Dah
tu telefon ayah sebab apa?” Kali ini, darah mula menyelirap jauh ke otak. Ini
yang rasa nak mengamuk dengan ayah sendiri ni.
“Lah...
nak suruh ayah teman cakap telefon dengan Lanna sampai ada perompak atau
perogol datang dekat Lanna....” Gurau Alanna sedikit tergelak-gelak.
“Ish...
ada ke mintak macam tu!” Suara Encik Ariff agak meninggi sedikit. Mula hendak
marah apabila mendengar gurauan Alanna yang melebihi batasan itu. Ada ke patut
bab rompak dengan rogol dibuat main. Jadi sungguh-sungguh nanti tak ke naya?
“Dah
tu ayah tanya macam tu kenapa? Mestilah Lanna nak suruh ayah datang sini...
Tengok kereta ni tak pun tolong ambil Lanna terus.” Alanna sedikit mendengus.
Salah ayahnya juga, siapa yang suruh main-main waktu keadaan serius seperti
ini.
“Lah..
kenapa tak suruh pak Syed datang?” Tanya Encik Arif tiba-tiba.
Alanna
mula menggigit bibir. Tiba-tiba sahaja bayangan wajah Syed Ramli bermain di
ruangan wajah. Entahlah, saat genting
seperti ini, dia terlupa pada kehadiran jejaka itu. Lagipula mereka yang sedang
berperang dingin sekarang. Tak logik pula kalau nak minta tolong dengan Mr.
Angry Duck itu.
“Hmm...
dia tak ada...” Tipu Alanna cepat-cepat. Tidak mahu jika ayahnya mengesan
kecelaruan hubungan mereka. Nanti difikir seperti anak kecil pula yang
tergedik-gedik nak mengadu domba bergaduh dengan buah hati sendiri.
“Lah...
dia pergi mana?” Tanya Encik Ariff sedikit kepelikkan. Sebenarnya dia sudah
dapat mengangak ada yang tidak kena dengan hubungan mereka berdua itu. Tapi dia
malaslah nak masuk campur sangat. Sengaja ingin membenarkan Alanna membesar dan
menjadi dewasa dengan masalah hati. Untuk kuatkan sebuah hubungan itu, ia
memerlukan dugaan dan cobaan. Kalau tak, memang tak akan tahu dekat mana yang
kurang, dekat mana yang lebih.
“Dia
outstation ke Indonesia.” Taram sahajalah. Negara itu sahaja yang terlintas di
benaknya. ‘Ya Allah, maafkan diriku kerana menipu ibu bapaku... aku hanya tidak
mahu membangkitkan kerisauan mereka tentang hubunganku bersama Mr. Angry Duck
itu!’ Memang rasa bersalah sangat-sangat. Tapi untuk berterus terang, itu bukan
kerja mudah. Tak pasal-pasal kena ceramah tak berbayar saat ini juga.
“Oh...
Okaylah... Ayah siap-siap ni.. Lanna tunggu je dekat situ. Kalau takut pejam
mata. Pasang radio kuat-kuat.” Arah Encik Ariff serius. Alanna hanya mengiakan.
Mujur sahaja radio yang terpasang tadi tidak terus dimatikan. Jika tidak, haru
je kena duduk dalam keadaan senyap sunyi ini. Sudahlah kawasan ini agak gelap
tanpa cahaya lampu.
Matanya
ditutup menggunakan labuhan kain tudungnya. Menghalang mata dari memandang
apa-apa yang tidak patut. Tiba-tiba cerita-cerita wayang hantu yang pernah
ditonton dahulu berlegar di ruangan minda. Perlahan-lahan badannya mula melurut
ke bawah. Punggungnya sudah mencecah bahagian lantai kereta. Mukanya ditekup ke
kusyen tempat duduk. Takut dan gerun. Agak lama juga dia berkeadaan seperti itu
sampailah tingkap cermin keretanya diketuk perlahan.
“Ayah
kot... Tapi kalau ayah, kenapa ayah tak telefon?” Dia mula bercakap sendiri.
Tidak langsung ingin melarikan pandangan ke arah tingkap. Buat-buat jembalang
datang mengusik, mahu dia mati kejung saat ini jugak.
Perlahan-lahan
tangannya mencapai telefon bimbit. Di dail nombor telefon ayahnya berulang
kali. Namun langsung tidak dijawab. Alanna mula rasa tidak sedap hati. Apatah
lagi ketukan di tingkap makin laju dan kuat. Badannya sudah mengigil-gigil. Ada
dua kemungkinan sahaja sekarang. Sama ada betul-betul hantu ataupun bakal
hantu.
Dengan
tangan yang mengigil-gigil, dia menekup kedua belah telinganya. Berharap agar
dia tidak mendengar ketukan itu lagi. Namun lain yang diharap, lain pula yang
dijangka. Sayup-sayup kedengara suara halus memanggil namanya. ‘Ngeeee... macam
mana hantu boleh tahu nama aku pulak?’
Mulutnya
mula terkumat-kamit membaca ayat kerusi dan segala jenis surah yang sudah biasa
menjadi amalannya. Apabila mendengarkan yang ketukan sudah mula beransur
hilang, dia memberanikan diri menoleh ke arah tingkap kereta. Hatinya mula lega apabila melihat tingkap itu
kosong. Namun baru sahaja dia berpaling ke arah
kanan, matanya mula terpandangkan bayangan seseorang! Sungguh saat ini,
dia benar-benar rasa ingin pengsan melihat jembalang yang berada di luar
tingkap.
Macam
mana Syed Ramli boleh berada di sini? Namun hatinya lega. Lega kerana dia
terlepas dari ketakutan yang teramat sangat ini. Sungguh, dia benar-benar rasa
takut. Seluruh tubuhnya mengeletar. Perlahan-lahan dia mula membuka pintu
kereta. Rupa-rupanya Syed Ramli yang laju mengetuk cermin keretanya. Aduh,
bikin saspen sahaja!
“Kenapa
tak bukak pintu waktu orang ketuk tingkap?” Belum sempat Alanna bertanyakan
tentang motif kemunculan Syed Ramli, dia terus diserbu dengan soalan keras.
Muka Syed Ramli tegang semacam. Macam dia pula yang terjumpa hantu.
“Saya
takut...” Muka Alanna sudah mula berubah. Suaranya sudah serak-serak basah.
Sudahlah rasa gerunnya belum hilang, tup-tup kena marah pula dengan Syed Ramli.
Lelaki ini memang selalu kurang peka dengan intipati perasaannya.
“Nak
takut apa? Takut hantu? Umur berapa yang jadi penakut sangat ni?” Marah Syed
Ramli lagi. Kali ini Alanna tidak dapat menahan lagi. Air mata yang sedari tadi
cuba ditahan, terus melurut jatuh di birai pipi. Badannya sudah mula
terhenjut-henjut menahan tangis. Rasa kecil hati kerana ditengking sebegitu rupa
oleh orang yang paling dia sayang. Malah, ini bukanlah kali pertama dia
menerima herdikan seperti ini.
Apabila
melihat tangisan Alanna, Syed Ramli mula sedar yang sekali lagi dia telah
tersilap langkah dalam mengelola rasa amarahnya. Dia bukan marah kerana Alanna
lambat membuka pintu, ataupun kerana perasaan takut Alanna itu. Tapi dia marah
kerana Alanna tidak menelefon dirinya sendiri dan menceritakan tentang
kesusahan yang dia alami.
Syed Ramli dapat merasakan yang dia adalah
manusia yang paling tidak berguna di sisi Alanna. Kenapalah nak susahkan Encik
Ariff di rumah itu, dia yang muda lagi gagah perkasa ni Alanna tak nak suruh
pulak? Kalau ya pun nak mogok bercakap, tak perlulah sampai macam ni sekali.
Kalau
Syed Ramli tidak pergi ke rumah Encik Ariff tadi, pasti dia tidak akan
mengetahui kondisi Alanna tika ini. Dia
dapat mengesan betapa berkerutnya wajah Encik Ariff apabila mendapat panggilan
daripada Alanna. Dan sesedap rasa sahaja Alanna membohongi ayahnya yang dia
outstation ke luar negara sedangkan dia sedang berdiri di hadapan Encik Ariff.
“Ada
masalah dengan Lanna ke Am?” Itulah soalan pertama tika Encik Ariff menyudahkan
perbualannya dengan Alanna.
“Kenapa
pak cik tanya?”
“Alanna
cakap kamu ke Indonesia....”
“Erk...
memang pergi Indonesia tapi balik awal. Ingat hari ni nak lah jumpa Alanna..”
Tak pasal-pasal, dengan Syed Ramli sekali terjebak dalam penipuan tak
bertauliah ini.
“Oh...
kereta Alanna rosak. Pak cik nak pergi ambik dialah nih.. Kamu nak ikut ke?”
Pelawa Encik Ariff selamba. Melalui riak wajah pun, Encik Ariff dapat mengesan
masalah yang tersembunyi. Dia sengaja malas banyak tanya. Bergaduh orang
bercinta, itu bukanlah perkara luar biasa.
“Errkk...
tak apalah.. Biar saya pergi ambil Alanna. Kereta dia tu saya suruh mekanik tolong
settlekan terus.. Boleh?” Pinta Syed Ramli penuh mengharap. Dia harap, dia
boleh membetulkan kembali hubungannya bersama Alanna. Sebab itulah dia berada
di hadapan Alanna sekarang.
“Lanna...
I’m sorry... jangan nangis....” Pujuk Syed Ramli penuh serba salah. Bukan dia
tak tahu yang Alanna memang penakut orangnya. Tup-tup kena tengking dengan dia.
Memanglah cari pasal Syed Ramli ini!
“Awak
tak suka perempuan menangis tapi awak tahu tak, setiap kali saya nangis,
semuanya berpunca daripada awak! Awak tahu tak?” Soal Alanna kegeraman. Kalau
ikutkan rasa takutnya, ingin sahaja dia peluk Syed Ramli tika ini.
Menghilangkan segala ketakutannya. Tapi dia tahu ada garisan antara mereka.
“Saya
tahu.... I’m so sorry for that Lanna.. Saya sering tak mampu nak kawal
kemarahan saya pada awak. That’s my bad habit. Saya tak reti nak sembunyikan
perasaan saya pada awak.. Apa yang saya rasa sama ada suka, sakit hati, sayang
semuanya saya tunjukkan pada awak! Saya tak pandai nak jadi orang yang
berpura-pura Lanna.” Nada suara Syed Ramli terkandung sejuta ketegasan.
Dia bukan tak sayang Alanna. Malah terlalu
sayang. Rasa sayang yang dia tak pernah jumpa pada mana-mana gadis. Kerana itu,
dia terlalu sukar untuk mengawalnya di hadapan Alanna. Sikap terus terangnya
makin menjadi-jadi apabila berhadapan dengan Alanna.
“Jangan
jadikan itu sebagai alasan Am... Kalau kita jadi kahwin, entah-entah awak
sanggup tangankan saya sebab awak tak mampu nak kawal perasaan awak tuh?” Duga
Alanna dalam sedu.
“Lanna...
jangan cakap macam tu? Saya cuma geram... awak langsung tak mahu susahkan saya?
Padahal awak tahu kan yang saya boleh tolong.. Ini tak... Saya terpaksa
mendengar dari orang lain! Saya kecewa... sebab tu saya termarahkan awak
tadi... Sorry sangat Lanna...”
“Saya
dah muak dengar ungkapan maaf awak tu Am.. Nanti saya jugak yang kena marah!
Balik-balik saya.... Pernah tak awak bersikap untuk memahami saya Am? Pernah
tak?”
Syed
Ramli mengeluh. Sekali lagi dia tidak berjaya untuk menjernihkan hubungan
mereka. Dia sedar yang kesalahan ini semuanya bermula daripada dia. Dia yang
gagal membendung perasaan milik sendiri hingga menjadikan Alanna mangsa
kemarahannya. Entah bila dia bertukar jadi pemarah. Semuanya terjadi hanya
selepas dia mengenali Alanna. Marah itu memang tanda sayang tapi kemarahan yang
berlebihan hanya akan mendatangkan kecelakaan dalam hubungan mereka.
Tiba-tiba
ada sebuah kereta lain yang berhenti antara mereka. Cepat-cepat Alanna mengesat
air matanya. Tak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang entah bila akan bertukar
jernih.
Kelihatan
Syed Ramli bercakap dengan lelaki itu. Mereka mula melihat ke arah bonet depan
kereta. Mungkin mengenal pasti tahap kerosakan kereta miliknya itu. Namun dia
hanya mendiamkan diri. Hanya menyandarkan badan di pintu kereta.
“Kereta
ni Amir akan uruskan... Sekarang dah lewat.. Awak pun dah penat.. Penat dengan
kerja, dengan layan saya kan... Mari, saya hantar awak balik.” Suara Syed Ramli
halus memujuk. Dia pun kesal dengan perangai miliknya sendiri.
“Penat
kena marah....” Sempat lagi Alanna menambah.
Syed Ramli tersengih. Entah apa yang lawak tapi yang pasti hatinya
tercuit. Ya... kasihan Alanna.
Masuk
sahaja ke dalam perut kereta, Alanna terus memalingkan pandangan ke luar
tingkap. Mogok untuk memandang wajah Syed Ramli walaupun dia langsung tidak
dapat menafikan yang dia terlalu merindui lelaki itu. Senyumannya...
renungannya... keprihatinannya...jenakanya...
tapi bukanlah kemarahan dan herdikan seperti tadi. Sifat-sifat negatif seperti
itulah yang menjatuhkan saham Syed Ramli. Tak banyak pun, pasti akan tercuit
jugak.
“Saya
dah tak handsome dah ke? Sampai awak langsung tak mahu tengok muka saya.” Syed
Ramli sedar yang semua ini bermula dari kekhilafan dirinya. Jadi, dialah yang
harus memperbaiki semula. Menyempurnakan puzzle yang masih melopong ini.
“Kalau
handsome macam Remy Ishak pun, saya tak akan pandang awak!” Marah-marah pun,
masih ada hati hendak membalas kata.
“Amboihh...
saya yang kacak ni nak dibandingkan dengan Remy Ishak.. C’monlah Lanna, warga
asing tu jugak yang awak suka kan?” Syed Ramli makin giat mengusik. Tahu benar
yang Alanna terlalu sukakan Remy Ishak. Entah apalah yang special pada pelakon
wajah pan bangla itu!
“Jangan
kutuk hero saya!” Marah Alanna keras. Makin sakit hatinya apabila Syed Ramli
seenaknya mengutuk Remy Ishak. Tapi sebenarnya dia tahu yang Syed Ramli mencari
topik yang sesuai untuk berbual dengannya sekarang. Nak ambik hatilah tuh!
“Amboihh...
sayang betul dekat Remy tuh... Ini yang buat saya cemburu nih!” Gurau Syed
Ramli lagi. Senang hati kerana Alanna memberi respon pada setiap kata-katanya.
Mogok bercakap tak apa. Jangan mogok bisu sudahlah. Itu lagi naya!
“Cemburu
ke?”
“Yalah....
nak tengok drama je, nak Remy jadi hero. Tengok iklan Remy pun sampai melopong
walaupun iklan tu dah tayang berjuta kali... Mestilah saya jelous yang...”
“Ada
awak tengok saya duduk dekat dengan dia? Ada awak tengok saya borak-borak
dengan dia? Ada saya tengking awak sebab dia? Ada saya lupakan awak sebab dia?
Ada ke saya buat macam tu macam yang awak buat dekat saya bila ada Nadia?”
Kali ini Syed Ramli terdiam apabila
mendengar nada suara Alanna yang makin menaik itu. Siapa suruh jolok sarang
lebah. Kan dah kena....
Dalam senyap Alanna menyembunyikan
senyuman. Puas hati kerana dapat mengenakan Syed Ramli. Dengan Remy Ishak pun
nak cemburu bagai! Bila cerita pasal Nadia, senyap pulak.
“Lanna....” Seru Syed Ramli halus.
Hampir-hampir sahaja membuatkan bulu roma Alanna berteraburan.
“Apa?” Jawab Alanna keras.
“Awak tak takut pulak bila pandang ke luar
tingkap tuh.. Karang kalau nampak benda lain kang....” Belum pun Syed Ramli
menghabiskan ayatnya, terus Alanna berpaling dan menjerit kuat. Beg tangan yang
berada di atas ribaannya terus dipukul ke dada Syed Ramli.
“Sakitlah!” Adu Syed Ramli sambil
menggosok sedikit dadanya. Alanna memang teror bab membelasah orang!
“Suka takutkan orang!” Kata-kata Syed
Ramli itu membuatkan Alanna takut untuk memandang ke arah hutan berlantara yang
berada di sekeliling mereka. Matanya menjeling ke arah Syed Ramli. Menyampah
dengan Syed Ramli yang begitu bijak mengambil alih perhatiannya. Mencuri
tumpuannya.
“Mana ada suka takutkan... Suka Lanna
jeh... Cintakan Lanna.. Sayangkan Lanna... Orang tu je yang jual mahal!”
Kata-kata Syed Ramli mula merundum perlahan. Antara dengar atau tidak sahaja.
Tak tahulah sama ada sebab Syed Ramli malu ataupun sebab dia takut kena marah
lagi dengan Alanna.
“Siapa yang jual mahal? Awak tu yang tak
mampu beli hati saya.... Yang awak tahu, marah, marah, marah!” Bebel Alanna
geram. Entah kenapa, hilang terus rasa sakit hatinya terhadap Syed Ramli.
Memandang seraut wajah itu membuatkan hati yang meluap dengan rasa marah, terus
cair. Kuat betul aura Syed Ramli ini!
“Okay cakap, berapa harga yang perlu saya
bayar?”
Alanna mendengus. Susah bercakap dengan
orang yang banyak duit ini! Syed Ramli ingat, semua benda boleh beli guna duit
ke? “Awak ni tak faham-faham lagi ke Am? Kasih saya, cinta saya, hati saya, tak
boleh guna duit! Dan semua itu bukan hanya dibuktikan melalui kemarahan... Awak
tu, boleh tak kawal sikit sikap baran yang membabi buta tuh!”
“Lanna... awak tahu tak.. bila di depan
awak, saya akan jadi terlalu jujur. Langsung tak boleh nak menipu... Awak buat
saya angau diserang bangau! Sebab tu suara saya jadi sengau dan badan saya jadi
lemau!”
“Buat lawak... buat lawak..” Alanna rasa
nak tergelak sebenarnya tapi dia seriuskan mukanya. Gila betul melayan Syed
Ramli ini. Bagaimanalah dia boleh bercinta dengan mamat tak cukup sifat macam
ni? Aiyo... kejap jadi Angry Duck, kejap jadi Sweetie Duck!
“Alah.... janganlah serius sangat
sweetie...” Syed Ramli sudah tersengih-sengih sambil matanya fokus ke arah
pemanduan. Alanna mula menyandarkan badan ke kerusi. Matanya dipejam perlahan.
“Habis tu, macam mana sekarang? Perlu ke
putus atau kena kahwin ni?” Pertanyaan Alanna itu membuatkan Syed Ramli
memberhentikan keretanya serta merta. Badannya ditala ke arah Alanna. Matanya
mula merenung tajam ke arah Alanna yang ikut turut terkejut.
“Kenapa berhenti mengejut macam orang gila
nih?” Tanya Alanna sambil tercungap sedikit. Mahu tak terkejut! Rasa macam
terjatuh jantungnya ke bumi apabila kereta Syed Ramli berhenti mendadak di bahu
jalan.
“Awak tu yang tanya soalan orang gila tu
tak apa pulak?” Marah Syed Ramli dengan muka mencuka.
“Soalan apa?” Suara Alanna pula yang naik
tinggi. Tak sudah-sudah lagi diserang angin perasaan.
“Boleh awak terfikir nak putus dengan
saya? Awak tahu tak Lanna, tak pernah sekali pun saya berfikir yang hubungan
kita akan berkesudahan macam tu. Saya cuba untuk terus mempertahankan hubungan
ni. Tapi boleh pulak awak terfikir untuk putus dengan saya?”
Suara
Syed Ramli tidaklah terlalu meninggi tetapi nada suaranya terkandung jutaan
ketegasan. Dia mahu Alanna faham yang dia sentiasa ingin membawa hubungan ini
ke gerbang perkahwinan. Bukan untuk putus lantas berakhir begitu sahaja.
Tidakkah Alanna nampak kesungguhannya dalam mencerna cinta mereka ini.
“Awak
tengah marah saya ke Am?”
“Arrgghhh...
Tension!” Syed Ramli terus mengetuk stereng kereta. Tak tahulah sama ada
bengang dengan Alanna atapun bengang dengan soalan tak berasas Alanna itu.
ataupun sebab Syed Ramli sekali lagi gagal mengawal amukan perasaannya. Terus
lelaki itu keluar dari kereta. Dan ditutup pintu kereta kuat hingga membuatkan
Alanna tersentak sendiri.
Perlahan-lahan
Alanna melepaskan keluhan. Sekali lagi Syed Ramli terbabas. Melalui cermin kereta,
dia lihat Syed Ramli sedang merokok. Lelaki kalau tension bolehlah merokok
habis tu perempuan nak buat apa?
Alanna mula terfikir sendiri. Salah ke
pertanyaannya tadi? Kalau betul salah, tak perlulah nak marah sangat! Soalannya
itu tanda pertanyaan yang memerlukan jawapan. Bukan jawapan hentakan perasaan
seperti tadi. Teringin jugak hendak mendengar ayat JOM KAHWIN itu keluar dari
mulut Syed Ramli sendiri. Bukan melalui nota atau seangkatan dengannya.
“Bilalah nak sampai rumah.. Makin panjang
perjalanan, makin banyak pergaduhan.” Rungut Alanna sambil menggeleng kecewa.
Tak tahulah nak kecewa dengan Syed Ramli
ke atau dengan dirinya sendiri?
Perlahan-lahan Syed Ramli kembali membuka
pintu kereta. Namun bukan untuk masuk tetapi tangannya terus laju menukar CD.
Perlakuannya membuatkan Alanna pelik sendiri.
“Am....” Alanna sudah berkira-kira untuk
memujuk. Mungkin tadi dia yang terlepas cakap, tersalah tanya, tersilap
menduga. Jadi, mungkin dia yang perlu betulkan keadaan.
“Dengar baik-baik lirik lagu ni Lanna...”
Arah Syed Ramli lantas kembali keluar menyambung merokok. Alanna mula naik
risau dengan perlakuan tidak terjangka Syed Ramli ini. Perlahan-lahan, lagu
yang terpasang mula menampar peluput telinga.
Ajai...
Saat ini
Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu
Aku perlu
Hati kamu terukir namaku
Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu
Aku perlu
Hati kamu terukir namaku
Kriss Dayanti...
Aku tahu
Aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa bercerita
Kau takkan hilang aku sayang
Ajai...
Ku sadari saat manis akan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu
Kriss Dayanti...
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi
Ajai & Kriss Dayanti...
Biar nyata
Aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci
Ku tetap di sisi
Alanna
menutup mulutnya. Kolam matanya panas. Perasaannya dijentik rasa terharu.
Memang ini bukanlah kali pertama dia mendengar lagu ini. Tapi inilah kali pertama dia menghayati dengan
jelas makna tersirat di sebalik lagu ini. Penuh dengan simbolik. Penuh dengan
keasyikan. Dan yang paling penting, sangat kena dengan situasi mereka sekarang.
Biar benci.... ku tetap di sisi...
ayat yang terakhir yang mampu membuatkan air matanya mengalir.
Kalau boleh dia tak mahu berada di sisi
Syed Ramli dengan penuh perasaan benci atau marah. Biarlah cinta dan kasih
sayang sahaja yang memagari hubungan mereka. Ya... walau berjuta keburukan yang
memayungi sikap Syed Ramli, dia tetap tidak mampu untuk meninggalkan Syed
Ramli. Kakinya telah dipaku. Hatinya telah ditawan dan jiwanya terus menghuni
penjara cinta yang tidak bertepi ini.
Pintu
keretanya dibuka dari luar. Terjenggul wajah Syed Ramli yang sudah dibasuh dari
rasa amarah. Wajah itu kembali tenang dan tersenyum simpul. Alanna pulak yang
menangis tersedu-sedu. Entah sejak bila dia diserang angin cengeng seperti ini.
“Dengar
lagu macam tu pun boleh nangis ke?” Perli Syed Ramli sambil tergelak-gelak.
Alanna mula menggigit bibir. Cina beng betul mamat ni! Orang tengah syahdu
shahdan, dia boleh buat lawak bangla.
“Sibuklah!”
Marah Alanna geram.
Alanna benci Syed Ramli. Pasti lelaki ini
yang akan membuatnya menangis. Lelaki ini yang membuatkan dia ketawa. Lelaki
ini yang membuatkan dia terharu. Lelaki ini yang membuatkan dia tak duduk diam.
Lelaki ini yang merobohkan prinsip hidupnya. Tanpa lelaki ini, apalah erti
sebuah cinta. Tak bermakna sebuah kasih.
“Sayang....”
Seru Syed Ramli perlahan.
“Don’t
ever call me sayang kalau awak tak pernah memaknakan kasih sayang awak tu...”
Kemarahan itu adalah bertujuan untuk
menghilangkan rasa malunya kerana menangis. Betul kata pak Syed, kenapa
dia perlu menangis apabila mendengar bait lagu itu. Mungkin kerana hatinya
terlalu sensitif. Rasanya, dia benar-benar sudah tidak dapat mengenal diri
sendiri. Semuanya kerana pak Syed ini! Gundah gulana jadinya.
“Saya sentiasa memaknakan kasih sayang
saya Lanna.. Setiap hari saya bertekad untuk mengubah sikap buruk saya… saya
dah cuba untuk mengubahnya.. tetapi kebodohan selalu sahaja menyelit..
menjadikan sikap saya tampak lebih bodoh dan tolol dihadapan awak… saya
berharap ada sedikit lagi maaf untuk saya yang penuh khilaf ini… saya berharap
yang awak akan kembali tersenyum seperti selalu… seperti semalam… seperti
seminit lalu… seperti sedetik lalu.. senyuman manis yang saya dambakan dan
sayalah lelaki bodoh yang sering menghilangkannya.”
Kali ini suara Syed Ramli serius. Wajahnya
juga serius. Perlahan-lahan Syed Ramli mengambil nafas sedikit.
“I
have given something to you.. Please never give it back.. My heart is for you…
Now and forever till Jannah..” Sambung Syed Ramli lagi. Gemersik suara itu
terus menerus melahirkan air mata di pipi Alanna.
“Lanna…
saya ada tersalah cakap ke? Ataupun awak betul-betul nak putus dengan saya?”
Rasa cuak sudah mula mengepal dalam hati apabila melihat tangisan Alanna. Syed
Ramli diserang rasa sebu. Bukan setakat sebu, hatinya juga sudah diserang
jerebu! Kabur dengan sikap Alanna yang seakan-akan tidak memihak pada dirinya.
“Awak
tengah melamar saya kan …
So sila proceed… Saya tengah pertimbangkan nih…” Ujar Alanna sambil tersenyum
sedikit.
Syed
Ramli mencuri nafas sedikit. Cuba
meyakinkan Alanna dengan cintanya. Mungkin
melamar di tepi jalan yang penuh dengan belukar ini bukanlah satu tindakan yang
bijak. Tapi Syed Ramli sudah malas hendak bertangguh. Macam-macam jadi dalam
hubungan mereka. Jadi sebelum jadi sesuatu yang lebih tragis, baiklah dia
mengambil langkah kanan. Pergaduhan seperti ini nampak remeh tapi percayalah,
ianya memang dapat menggolakkan sebuah perhubungan.
“Awak
tahu... rinduku umpama ombak yang tak
berhenti... kasihku bagai pantai yang setia menanti..” Belum pun habis dialog
cintan cintun milik Syed Ramli, Alanna sudah ketawa besar. Hati Alanna digeletek rasa lucu apabila
lelaki yang gagah perkara seperti Syed Ramli bermadah puitis segala bagai. Tak
perlulah nak skema sangat! Ini bukan drama ataupun filem Ombak Rindu...
“C’mons
Lanna... Janganlah spoil mood...” Tegur Syed Ramli tak puas hati. Dia macam
orang nak gila rangka ayat untuk Alanna. Ingatkan nak bagi sweet moment untuk
Alanna kenang di sepanjang hayatnya nanti. Tapi minah ni boleh gelak! Tak ada
perasaan betul!
“Dialog
filem mana yang awak songlap nih? Just make it real Am... Tak perlu nak
bermadah sangatlah... Kelakar tahu tak!” Alanna bukan tak sensitif soal
keseriushan Syed Ramli dalam melahirkan lamarannya ini. Tapi ayat-ayat itu
memang sangat-sangat mencuit hatinya. Menggaru-garu tawanya.
Syed
Ramli ikut turut tersenyum. Memang nampak over pun! Tapi bukan ke perempuan memang suka ayat-ayat dramatik macam
ni... Sebab itulah dia berusaha bermadah sebegini rupa. Alanna tak tahu yang
dia bukan main lagi mengkaji dialog filem-filem dan ayat-ayat novel yang
dipinjam daripada kakaknya. Kalaulah Alanna tahu, mahu gadis itu berguling-guling
ketawa. Tapi sekurang-kurangnya dia senang dengan ayat Alanna itu.. ‘Make it
real... ya.. betullah tuh... lebih baik jadi diri sendiri!’ Sempat lagi hatinya
berbisik sendiri.
“I
miss the way you laughed, I miss the way we talked, I miss the times we had, I
miss the love we shared but most of all I miss the way you cared… Cik Nur
Alanna binti Encik Ariff, will you…. marry me…” Perlahan, halus dan tulus
sahaja pertuturan Syed Ramli. Mukanya tenang sahaja. Seperti pantai yang
langsung tidak terusik dek hempasan ombak tapi hanya Allah yang tahu
perasaannya. Begitu takut untuk mendengar jawapan NO atau TIDAK daripada mulut
Alanna. Kalaulah Alanna menolak, dia memang bercadang untuk buat-buat pengsan
sahaja!
Alanna menangis lagi. Tapi untuk terus bersetuju,
semua itu mungkin tak mungkin berlaku. Hatinya tiba-tiba masih mahu menguji
ketahanan mental Syed Ramli. ‘Aku mengenalmu lewat jiwa... bukan lewat mata
ataupun lewatnya waktu yang berjalan... aku menyintaimu kerna apa adanya
dirmu.. bukan kerana kelebihanmu... segala kekuranganmu akan kutampal.. biar
hilang segala lopong.. biar sempurna untuk kita berdua...’
Ingin sahaja ayat itu dihuraikan melalui
suaranya. Namun perasaan beku dan malu masih menebal. Apatah lagi Syed Ramli
masih belum menjadi suaminya. Biarlah disimpan kata-kata itu hanya selepas Syed
Ramli menjadi sah menjadi suaminya.
“Anyone
cat catch my eyes.. but it takes someone special to catch my heart... Someone
special tu hanyalah milik seorang suami... Syed Ramlionamessi bin Syed Ramlan,
kalau nak jadi suami saya, cepat-cepatlah masuk meminang.... sebab, macam mana
saya nak say Yes kalau awak belum masuk meminang..!” Selamba sahaja ayat-ayat
tersebut keluar dari mulutnya. Tanpa dirangka mahupun dijangka. Spontan!
Syed
Ramli meloncat kegembiraan. Walaupun tidak mengetahui secara langsung jawapan
Alanna, namun dari kiasan kata-katanya, dia dapat memiliki persetujuan gadis
itu. Bukan tak kenal Alanna, dia sentiasa bertapis dalam melahirkan rasa kasih.
Tak mahu terover sayangkan lelaki yang belum tentu akan menjadi suaminya.
Sungguh, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang wanita yang terlalu menjaga
hati dan maruahnya.
“Am...
boleh tak kita balik... Saya dah seram sejuk duduk kat sini..” Rayu Alanna
sambil wajahnya tidak lepas dari tersenyum. Membenarkan kebahagian menjengguk
rasa hati.
“Sebelum
balik baik kita tengok something special sikit...” Syed Ramli mengajak Alanna
keluar dari kereta. Tapi cepat sahaja gadis itu menggeleng.
“Awak
mesti nak takutkan saya kan?” Alanna tidak suka dengan perangai Syed Ramli yang
gemar menyakatnya itu.
“Ish...
buat apa nak takutkan awak... Cepatlah keluar... Tak payah takut, awak sedang
berada di samping hero malaya nih...” Alanna terus mencebik apabila mendengar
kata-kata Syed Ramli. Menyampah! Namun dia tetap mengikuti langkah Syed Ramli
ke arah belakang kereta.
“Awak
lapar tak?” Tanya Syed Ramli tiba-tiba.
“Laparlah....
Hari ni langsung tak makan apa-apa..”
“Jeng
jeng jeng....” Syed Ramli terus membuka tempat letak barang. Terhidang kek yang ditulis WILL YOU MARRY ME yang telah siap dinyalakan lilin. Kek yang
berbentuk hati hati itu sungguh comel dan cantik.
“Sebenarnya
saya siap-siap bawak kek ni ke rumah awak.. lepas tu ayah awak kata kereta awak
rosak.. so sebab tu saya datang sini. Saya nak melamar awak malam ni jugak.
Ingatkan nak romantik-romantik jugak malam ni, tapi mana tahu kita boleh
bergaduh tadi.. Siap ada adengan nangis-nangis lagi....” Sempat lagi Syed Ramli
memerli Alanna.
Alanna
mengigit bibir. Kejam sungguh statement Syed Ramli itu. Kalau tak perli-perli,
memang tak sah! Tapi sungguh Alanna terharu.
“Awak
betul-betul sayangkan saya?” Tanya Alanna serius.
“No
need to believe kalau awak sendiri ragu dengan kasih sayang saya...” Suara Syed
Ramli tenang.
“Am....” Seru Alanna perlahan. Bimbang
jika tersalah tanya lagi.
“Cuba tengok bintang tuh....” Jari
terlunjuk Syed Ramli sudah menghala ke arah bintang yang berkelipan di dada
langit.
“See the star like to see you.. You will always be the star of my heart, you
are too far away to touch but too close to my heart....” Alanna menutup
mulutnya lagi. Hatinya sebak dengan kata-kata Syed Ramli yang bersahaja itu.
“Dah.. dah... sebelum awak nangis lagi,
jom kita makan cheese cake dulu...” Laju sahaja tangan Syed Ramli memotong kek
dan terus disuapkan ke arah mulut Alanna. Kalau tak buat macam ni, makin
panjanglah tangisan Alanna. Perempuan... perempuan... sedih menangis, gembira
menangis... semua pun nak menangis! Tapi itulah kekuatan air mata perempuan.
Kalau lelaki macam ni, nampak sangatlah cengengnya!
***
Alanna duduk bersimpuh disebelah emaknya.
Bahang ketakutan menerjah ke gawang hati. Hilang terus fokusnya. Bagaikan dia
sahaja yang hendak berjabat tangan dengan tok kadi untuk melaksanakan upacara
ijab dan kabul. Kalau dulu dia masih terfikir-fikir. Tertanya-tanya.
Ternanti-nanti isyarat dari Dia dalam memilih seorang pemuda yang bakal
menerajui kehidupannya. Tapi kini dia yakin seratus peratus. Apa yang terjadi
ada hikmahnya. Apa yang berlaku ada kebaikan yang terselindung walaupun jalan
itu penuh dengan cacat celanya.
Betul
kata mak.. Setiap hubungan itu pasti akan diuji. Kalau tak terluka, tak akan
rasa dalamnya cinta. Kalau tak diuji tak akan rasa berharganya sebuah
perhubungan. Keprihatinan itu penting dalam melahirkan perhatian. Setiap
manusia dianugerahkan dengan kelebihan dan kekurangan yang berbeza. Terpulang
kepada manusia untuk mengendalikanya.
“Aku terima nikahnya Nur Alanna binti
Ariff dengan mas kahwinnya dua puluh dua
ringgit setengah tunai....” Dengan sekali lafaz, Nur Alanna binti Arif selamat
menjadi isteri kepada Syed Ramli bin Syed Ramlan. Kalau nak tahu, nama Syed
Ramlionamessi tu sebenarnya tipua sahaja.
“Awak
tipu saya Am!” Itulah ayat pertama tika nama sebenar Syed Ramli terbongkar.
Kalau tak kerana nak tulis borang khursus kahwin, pasti waktu nak berkahwin
nanti baru Alanna tahu. Cina beng punya Mr. Angry Duck, mati-mati Alanna
percaya itu nama sebenar dia.
“Sorrylah
Lanna... masa awak beritahu nama awak tu, bukan main style and havoc lagi.
Lepas tu awak berani gelakkan nama saya! Sebab tu otak saya laju je nak menipu
awak.. Sorry tau...” Syed Ramli buat muka simpati.
“Kasihan
anak saya nanti.. nama bapak dia tak glamour langsung!” Kutuk Alanna selamba.
Tapi dalam hatinya tergelak jugak. Serius, nama Ramli itu sangat-sangat lapuk.
Zaman dah besi, tapi nama Ramli tu stok untuk zaman batu tok kaduk kala je.
Macam manalah mummy dan papa Syed Ramli boleh terberi nama klasik itu?
“Amboihhh...
sedapnya dia kutuk nama saya...”
“Sayanglah
nama awak bukan Lione Messi... Sebab saya baru bercadang nak letak nama anak
kita, Fernando Torres ke, Cistiano Ronaldo ke.... apa lagi pemain yang
handsome-handsome ya?” Sengaja Alanna memerli. Kot ya pun nak menipu, tak
payahlah bagi nama pemain bola sepak. Sengal mengal sungguh!
“Alah...
apa ada pada nama? Syed Ramli ni lagi handsome tau! Kalau tak, tak kanlah orang
tu angau di atas bangau kan....” Sakat Syed Ramli sambil tersengih.
“Perasan...
siapa entah angaukan dia.. Tolonglah...” Balas Alanna sambil buat muka poyo.
“Assalamualaikum
sayang....” Panggilan itu terus mematikan lamunan milik Alanna. Mata mereka saling membalas
renungan. Ada ikatan ijab dan kabul yang melingkari hubungan mereka berdua.
Hiba rasanya kerana telah diberi kesempatan untuk menjadi seorang isteri. Dia
sudah bertekad dan berazam untuk menjadi seorang isteri yang bakal dibanggakan
oleh suami.
“Waalaikumusalam....”
Perlahan-lahan Syed Ramli mencari tangan milik Alanna. Dipakaikan jam tangan
yang pernah diberikan kepada Alanna sewaktu pertama kali melamar isterinya
dahulu. Aneh bukan, bukan permata yang menjadi perhiasannya... bukan barang
kemas yang bersalut di tubuhnya. Tapi sebuah jam tangan yang terlalu tinggi
simboliknya. Tidak terjangka nilainya. Memang ramai yang memandang aneh. Tapi
hanya mereka berdua yang mengerti makna disebalik yang tersirat.
Sesudah itu, dengan perlahan-lahan bibir
Alanna mula jatuh di tangan kasar milik suaminya. Saat ciuman pertama singgah
di dahinya, air mata Alanna terus melurut jatuh. Menangis kerana terasa
beratnya bebanan yang perlu ditanggung. Selepas ini, apa pun yang bakal dia
lakukan, perlulah mendapat keizinan daripada seorang suami. Apa pun yang dia
lakukan, haruslah dibawah redha suami.
“Dah agak dah yang Lanna akan menangis..
Tapi jangan risau, saya dah boleh sapu air mata Lanna.. Nangis lah lagi
yang...” Selamba sahaja Syed Ramli mengusik. Semua yang berada berdekatan
dengan mereka mula tergelak-gelak. Cepat sahaja tangan Alanna mengetip lengan
suaminya.
“Jangan lupa.. Lanna pun dah boleh cubit
tangan abang!” Laju sahaja Alanna menjawab.
“Amboi-amboi... tak menyempat nak
bermanja... Tunggu malamlah.. Apa pun boleh.. Sekarang, apa pun tarak boleh....”
Alanna sendiri tidak pasti yang suara itu daripada siapa. Yang pasti mukanya
memang tersangat merah! Agak-agaklah bro...
“Abang?” Tanya Syed Ramli sambil memeluk
pinggang Alanna sambil tersenyum ke arah kamera yang terhidang di hadapan
mereka tika ini. Terasa hatinya sejuk disiram dingin salju tatkala mendengar
panggila manis dari Alanna tadi.
“Yalah... tak kan nak panggil pak Syed atau Mr. Angry Duck
kot...” Usik Alanna pula.
“That sweet sayang... really like it...”
Sejurus selepas itu, terus hinggap sebuah senyuman di pipinya. Dan saat dia
melopong tercengang, terus saudara maranya mengambil kesempatan untuk merakamkan
saat indah itu.
***
Majlis
resepsi hanya diadakan di rumah Alanna sahaja. Memang itu kehendaknya. Dia
mahukan majlis yang ringkas tapi meriah. Dia mahu semua sahabat, ahli
keluarganya sama-sama meraikan hari bahagiannya ini. Tak ada yang terkecuali walaupun
Syarifah Nadia.
Lengannya
menyiku pinggang Syed Ramli sedikit. Mengarahkan agar Syed Ramli mengfokuskan
pandangan ke arah seorang perempuan yang berjalan ke arah mereka.
“Sayang
okay kan?” Tanya Syed Ramli memohon kepastian. Bukan boleh kira sangat
perempuan ini. Kalau tak kena mood, bergelimpangan semuanya. Tapi rasanya
Alanna sudah cukup matang untuk menerima semua ini.
“Abang
tengok Lanna macam orang meroyan ke sekarang?” Tanya Alanna sambil
tergelak-gelak sendiri. Entahlah.. dahulu dia pun beremosi dalam melayan
kehendak hati. Kalaulah dia tak jirus Syarifah Nadia dengan minuman, pasti Syed
Ramli tidak akan memarahinya. Tapi kalau Syed Ramli tidak memarahinya, pasti
dia tidak tahu kesungguhan Syed Ramli untuk memperisterikannya.
Alanna
ingat lagi, selepas meraka memutuskan untuk berkahwin, tidak semudah itu
Syarifah Nadia melepaskan Syed Ramli. Ada ke patut Syarifah Nadia menggoda Syed
Ramli di pejabatnya. Berbulu mata Alanna melihat Syarifah Nadia yang sedang
memeluk Syed Ramli dari arah belakang walaupun dia nampak Syed Ramli sedaya
upaya cuba melepaskan pelukan Nadia.
“Nadia!”
Jerit Alanna kuat.
Wajah
Syarifah Nadia tika ini tersenyum sinis. Berharap agar hubungan ini akan hancur
dimamah bumi. Muka Syed Ramli pula cuak habis. Dalam fikirannya, dia pasti yang
Alanna akan merajuk dengannya lagi. ‘Janganlah Alanna nak putuskan hubungan
nih... Ya Allah.. Tolonglah hambaMu ini..’ Rintih hatinya.
“Sayang...
ini cuma salah faham sahaja...” Syed Ramli cuba menerangkan hal yang sebenarnya
kepada Alanna.
“Awak
diam!” Jerkah Alanna lantang. Jari terlunjuknya menghala ke arah Syed Ramli.
Membuatkan Syed Ramli diam tidak berkutik. Sekarang, dia dah faham perasaan
jika dijerkah dan dimarahi tanpa sebab. Sebunya sampai ke tulang!
Syarifah
Nadia sudah tersengih-sengih.
“Eh
kau ni tak malu ke? Harap je bertudung... pakai sopan-sopan... tapi gatal merenyam
peluk lelaki bukan muhrim! Inilah perempuan akhir zaman yang menempah tiket ke
neraka!” Smash Alanna laju.
“Kalau
Am tak menggoda, tak adalah aku jadi macam ni... Janganlah jelous kalau Am tak
buat apa yang dia selalu buat pada aku. Engkau tu, hanya perempuan untuk tempat
dia bersinggah je....”
Melopong
Alanna mendengarnya. Betullah kata orang, bukan semua perempuan yang bertudung
itu penuh dengan ilmu Allah. Kadang-kadang mereka bertudung untuk kelihatan
sempurna di mata manusia tapi hakikatnya penuh cela di pandangan Allah.
Syed
Ramli ikut turut tergaman dengan kenyataan Syarifah Nadia itu. Tak disangka
yang maruah Nadia serendah ini!
“Jijik
aku dengan statement kau ni Nadia... Kalau pun kau tak malu di pandangan
manusia, sekurang-kurangnya malulah sikit dengan Allah!”
“Hei,
kau jangan rasa kau baguslah Lanna... Kau pun bukannya baik sangat...” Herdikan
Syarifah Nadia sambil menolak kuat bahu Alanna. Tindakannya itu terus
membuatkan amarah Syed Ramli membuak-buak. Tidak betah rasanya membenarkan
gadis kesayagannya dikutuk dan dimaki sesuka hatinya. Terus diangkat tinggi
tangannya untuk melempang Nadia namun dihalang oleh Alanna.
“Am!
Jangan!”
“Perempuan
kurang ajar macam dia ni memang kena ajar!” Marah Syed Ramli sambil ingin
meneruskan niatnya.
“Jangan
Am.... jangan kotorkan kulit awak menyentuh perempuan yang bukan muhrim
awak...” Nasihat Alanna itu membuatkan Syed Ramli menurunkan tangannya. Dia
mendengus kasar! Tidak percaya yang Nadia akan berubah sebegini rupa! Dahulu,
Nadia adalah gadis sopan santun yang sangat terpuji akhlaknya. Tapi sekarang,
apa sudah jadi?
Kali
ini mata Alanna kembali fokus ke arah Nadia. “Aku tahu aku bukan perempuan baik...
Tapi itu tak bermakna aku jahat! Malah setiap hari aku berazam untuk jadi
baik... tapi kau perempuan baik... Tak kan kau nak jahanamkan diri kau demi
lelaki yang belum tentu nak kan kau?” Alanna sudah kembali bertenang. Kemarahan
dan perbalahan tak akan mampu menyelesaikan masalah. Emosi kena tolak tepi.
“Syed
Ramli sayangkan aku...” Tekan Syarifah Nadia berulang kali.
“Okay...
untuk puaskan hati awak, biar kita sama-sama tanya Am!” Nafasnya ditarik
perlahan-lahan sebelum matanya menjengah ke raut wajah milik Syed Ramli yang
sedikit terkejut.
“Am... awak sayangkan siapa sekarang? Awak
nak siapa jadi isteri awak?” Soal Alanna serius. Biar mereka berdua sama-sama mendengar
jawapan daripada mulut lelaki ini. Kalaupun jawapan yang keluar dari mulut Syed
Ramli akan mengecewakannya, dia pasti boleh terima. Imannya bukan daif sangat
untuk meroyan meraban bila ditinggalkan seorang lelaki.
“Nad...
sorry... saya tak pernah dapat sayangkan awak. Saya hanya cintakan Alanna
seorang sahaja. Nad, hentikan semua ini... Saya tahu awak baik.. Betul kata
Lanna.. Jangan rosakkan maruah awak, maruah keluarga hanya semata-mata kerana
seorang lelaki..” Nasihat Syed Ramli lembut.
Di lubuk hatinya, dia berbangga dengan Alanna. Alanna yang dahulu sudah
kembali... yang penuh dengan sikap optimis.. yang positif.. Mungkin perubahan
sikap Alanna adalah kerana prinsipnya itu. Couple makes trouble kan... Dugaan
hidup...
“Cantik
pulak Nad hari ni...” Pujian itu melenyapkan segala kecelaruan kelmarin. Alanna
berpaling ke arah suaminya yang tersenyum-senyum itu. Pasti lelaki itu sengaja
hendak mencuit kesabarannya.
“Kenapa?
Menyesal?” Tanya Alanna pendek.
“Hmm...
bagi kiss dekat pipi dulu... baru tak menyesal...” Usik Syed Ramli sambil
ketawa. Cepat sahaja penumbuk Alanna mendarat di dada bidang milik suaminya.
Mengada sungguh!
“Aduh...
Lanna.. memang tak hidup lamalah suami awak nih...”
“Siapa
suruh gatal merenyam sangat..” Marah Alanna. Dia perasan yang langkah Syarifah
Nadia sudah mula mendekati mereka tempat mereka berdiri.
“Tapi
malam karang boleh kan nak gatal merenyam...?” Usik Syed Ramli lagi. Melopong
Alanna dibuatnya. Baru sahaja Alanna ingin membalas kata, Syarifah Nadia sudah
mula berdehem beberapa kali. Cepat sahaja tangan Syed Ramli hinggap di
pinggangnya.
“Saya
tumpang bahagia Lanna.. Syed... Saya doakan kebahagian kalian.. dan saya nak
mintak maaf atas sikap kurang ajar saya dahulu..” Alanna terus tersenyum. Malas
hendak berprasangka buruk tentang perubahan Syarifah Nadia. Alanna percaya...
semua orang berhak diberikan peluang kedua.
“Saya
doakan yang awak akan temui seseorang yang lebih baik dari Mr. Angry Duck
nih..” Ditarik Syarifah Nadia ke dalam pelukannya. Membenarkan kemelut yang
bergelut terungkai dengan sendirinya.
“Awak
memang baik Lanna...” Baru kini dia kesali akan segala tindak tanduknya. Dia
mungkin perempuan yang bertudung. Perempuan yang menutup aurat. Tapi dia
perempuan yang masih belum sempurna akidahnya. Masih terpesong dari jalan
kebenaran. Mungkin kerana itu, sinar cintanya tidak kelihatan di mata Syed
Ramli.
Syed
Ramli hanya memerhati. Tidak terfikir pula untuk menyampuk. Tapi di dalam diam,
kasih sayangnya makin mekar buat Alanna. Sikap Alanna yang tidak ketandusan
rasa maaf itu telah membolak-balikkan
jiwa Syed Ramli sendiri. Betapa beruntungnya dia memperisterikan Nur Alanna.
***
Selepas
upacara membuka hadiah, mereka berdua mula dikerah untuk mencuri segala macam
periuk belangan yang tersadai di belakang rumah. Nama sahaja guna katering,
tapi periuk-periuk yang perlu dibasuh tetap bertimbun-timbun.
“Abang....
abang sayang Lanna kan?” Suara Alanna sudah bertukar manja. Syed Ramli mula
menelan liur. Pertama kali mendengar suara lunak Alanna. Jika sebelum ini,
cakapnya mendatar sahaja. Ayatnya pun agak kasar. Tapi kini, berterabur bulu
roma Syed Ramli dibuatnya. Cair habis!
“Ehem...
awal lagi kalau nak masuk bab goda-goda nih?” Sakat Syed Ramli sengaja menguji.
Memanglah awal... baru lepas Insyak. Kalau cakap nak tidur sekarang, memang
menempah usikan saudara mara.
“Menyampahlah
abang nih...” Rasa malu pula bila bersikap terlebih mengada-ngada tadi. Alanna
mula mencapai berus yang tersedia dan mula memberus belakang periuk yang hitam.
“Tak
payah buatlah Lanna.. Abang boleh buat sorang..” Ditarik berus yang berada di
tangan Alanna. Setakat basuh periuk belanga ini, tidaklah menjadi hal untuk
seorang lelaki.
“Wahh...
ni yang sayang abang sangat-sangat nih..” Ucapan itu memang lahir dari jiwanya
yang tulus ikhlas. Dahulu ketika bercinta, memang tak pernah dia nak
bersayang-sayang dengan Syed Ramli. Tapi kini berbeza... dia sudah pun memegang
title isteri orang. Jadi haruslah dia melambakkan kepada Syed Ramli dengan rasa
cinta yang membuak-buak. Biar Syed Ramli tak rasa kurang sikit pun...
“Haruslah
sayang.. Abang tak nak bagi sayang penat sangat.. Nanti malam karang nak guna
tenaga kan.... Jadi suami isteri ni kena saling membantu..” Bahu isterinya itu
ditolak dengan bahu miliknya. Hendak tahu juga respon dari isterinya itu sebab
sedari tadi, tak ada pulak isterinya itu buat sketsa malu-malu. Tetap selamba
je keluar dari bilik air berkemban dengan tuala. Mujur sahaja waktu itu dia
sudah berwuduk, kalau tidak memang selamatlah Alanna dikerjakanya.
“Ceh...
sayang ada makna!” Tebak Alanna pula. Tahu sahaja dengan perangai tak semenggah
milik si suami. Suka sangat mengenakan dirinya.
“Bukan
sayang ada maknalah... Sayang itu banyak makna..” Perkataan banyak itu sengaja
ditekannkan.
“Apa
maknanya?” Tanya Alanna polos.
“Hah...
nak tahu ke?”
“Mestilah
nak....”
“Hmm..
dia tak boleh beritahu. Sebab benda tu kena ajar.. Tak apa, malam karang abang
ajar....” Jawab Syed Ramli sambil tersengih-sengih. Alanna mengigit bibir.
Banyak sangat makna dalam setiap bait kata-kata suaminya itu. Tiba-tiba ada
idea nakal pula yang mencelah di pinggiran akal fikiran.
“Hmm...
rasanya malam karang tak boleh kot...” Ujar Alanna perlahan. Matanya merayap di
sekitar belakang dapur. Takut kalau-kalau ada anasir yang mendengar perbualan
mereka berdua. Saudara-maranya bukan boleh kira sangat!
“Hah,
kenapa pulak?” Pasti isterinya sengaja hendak mempermainkannya.
“Hmm...
Lanna periodlah bang...” Alanna buat muka hampa.
“Eh,
tadi kan kita sembahyang sama-sama?” Syed Ramli mula dijengah kebuntuan.
“Baru
je kena tadi...” Alanna buat muka simpati padahal dalam hatinya sudah bergolek-golek
ketawa. Sebenarnya dia sengaja menduga. Dalam pada masa yang sama, dia sendiri
masih belum bersedia. Takut dan segala macam perasaan semua pun ada!
“Alah...
lama lagilah nak kena tunggu.. Ish...” Rungut Syed Ramli tak puas hati. Tapi
nak salahkan siapa? Benda dah jadi... Rugi tak plan awal-awal sebelum kahwin. Lagipun,
manalah dia tahu yang Alanna akan period pada malam pertama mereka!
“Kalau
macam tu, Lanna cucilah sorang-sorang.. Malam karang sayang dah rehat, jadi
sekarang bagi abang rehatkan diri pulak!” Syed Ramli sudah mula bangun dari
bangku kecil itu adn berjalan ke arah pintu dapur. Tingkahnya membuatkan Alanna
melopong. Tak kan sampai macam ni sekali kot hampanya?
“Eh
abang... nak pergi mana tu?”
“Nak
pergi tambah sabunlah.... Tunggu kejap..” Alanna mula menarik nafas lega tika
menyedari yang Syed Ramli hanya berlawak dengan dirinya. ‘Ish suami aku ni...
sabar jelah..’
***
“Terima
kasih sebab sudi jadi isteri abang...” Satu persatu jari jemari Alanna dikucup
lembut. Menghargai bidadari yang telah diutuskan oleh Allah kepada dirinya.
Matanya
terpaut pada jam tangan yang menghiasi pergelangan Alanna. Jam tangan yang
pernah dihadiahkan waktu mula-mula melamar Alanna dahulu. Memang ramai orang
pelik dan tertanya-tanya... kenapa jam tangan? Kenapa bukan barang-barang kemas
yang bertahtakan intan dan belian.
“Lanna...
jam awak terkena air...” Tegur Syed Ramli tika melihat Alanna laju sahaja
mencuci tangannya sebelum makan.
“Tak
apa... jam ni memang boleh kena air...” Ujar Alanna sambil berlalu ke meja
makan. Usai Syed Ramli mencuci tangan miliknya, dia pun ikut turut menghala ke
arah meja yang menempatkan Alanna. Entah kenapa, dia terasa seperti hendak
ketawa melihat jam tangan Alanna. Dengan
tali plastik, warna hitam, berjenama B.U.M, sangat-sangat tak sesuai dengan
kredibiliti Alanna sebagai seorang akauntan. Nampak macam budak-budak!
“Lanna...
kenapa pakai jam ni?” Tanya Syed Ramli ingin tahu. Dia bukanlah hendak
memperkotak-katikkan barang Alanna, dia cuma sekadar mengambil sikap ingin
tahu. Mungkin ada sentimental value.
“Lah...
tak boleh ke?”
“Bukanlah
tak boleh... Cuma pelik. Macam tak sesuai dengan umur awak sekarang.” Jawab
Syed Ramli jujur. Jam tangan Alann macam jam budak lima tahun kot...
“Awak
tahu, selepas mak dan ayah, jam ni adalah perkara yang paling penting dalam
hidup saya... Harta saya paling berharga. Saya memang all the time pakai jam.
Langsung tak boleh berenggang..” Jelas Alanna penuh kesungguhan.
“Errk
dua puluh empat jam...? Tak kanlah mandi pun pakai jam? Habis tu tidur, pakai
jugak ke?” Dahi Syed Ramli sudah mula berkerut-kerut. Biar betul Alanna ni?
“Eh,
memang saya bawak mandi pun... Tidur pun saya pakai jam jugak! Kan saya dah
cakap... jam ni penting dalam hidup saya. Tak boleh berenggang sekejap pun.. Kalau
jam ni tak ada, saya rasa hidup saya ni tak lengkap!”
Syed
Ramli mula tercengang. Tak pernah dia jumpa seorang yang sangat taksub dengan
jam tangan. “Jam tangan ni macam budak-budak punya.. Kenapalah tak beli yang
laddies sikit. Barulah sesuai dengan tangan halus awak nih..” Komen Syed Ramli
lagi.
“Saya
suka macam ni.. sempoi...”
“Berapa
harga dia ni?”
“Hmm...
harga jam tangan yang mahal tak memungkinkan manusia tu menghargai masa kan..
Alah, asal suka, asal boleh guna, asal cantik tu pun dah cukup memadai bagi
saya. Awak kan tahu yang saya ni bukan seorang yang memilih pun!” Terang Alanna
lagi sambil tetap menyuakan nasi ke mulut. Hanya Syed Ramli yang masih
termanggu sendiri. Tak tahulah sama ada terlebih fikir atau pun terlebih pelik!
“Antara jam dengan saya, mana lebih
penting?” Hampir-hampir sahaja Alanna tersedak mendengar soalan Syed Ramli itu.
“Apa
punya soalan der.... awak tu manusia! Jam ni benda... Haruslah dua perkara yang
berbeza dan pastilah dua makna yang tak sama!” Jelas Alanna kebingungan.
“Lah,
nama pun soalan kan... mestilah kena ada jawapan. Tak kira... saya nak tahu
jugak... Cepat jawab!” Paksa Syed Ramli keras. Soalan senang macam tu pun
Alanna tak boleh jawab ke?
“Jam
kalau mati, boleh beli lain... Walaupun mungkin tak sama, tetap boleh ganti.
Tapi kalau awak tak ada.... apa susah, cari jelah lelaki lain. Kumbang bukan
seekor kan..” Kali ini giliran Alanna
pulak yang mengusik.
“Lanna...!”
Ini yang Syed Ramli nak angkat sepanduk merajuk nih!
“Jap...
jap... jangan merajuk lagi...” Tangan Alanna sudah buat gaya seperti menahan
Syed Ramli dari meneruskan niatnya. Dalam hatinya rasa nak berguling dengan
sikap Syed Ramli ini.
“Saya
tak boleh puji lelaki lain Am... nanti bakal suami saya marah!”
“Lanna....
awak ni kan...” Bengang betul Syed Ramli dibuatnya.
“Okay-okay...
Am, awak sama-sama penting dengan jam nih. Kalau jam mengajar manusia untuk
menghargai masa, awak pula mengajar saya erti sebuah kasih sayang. Merobohkan
prinsip-prinsip yang selama ini saya pertahankan. Jam ni walaupun murah, tapi
sangat penting dari segala intan belian... Macam tu jugak dengan awak, walaupun
awak mungkin banyak cacat celanya, awak tetap terpenting pada saya.” Luah
Alanna perlahan sahaja.
Jadi sejak saat itu, Syed Ramli bertekad
untuk meminang Alanna dengan jam! Dia ingat Alanna faham! Rupa-rupanya waktu
itu otak Alanna bukan main biul lagi. Maklumlah, orang tengah merajuk! Mana
larat nak fikir positif lebih-lebih.
“Jam ni adalah simbolik cinta kita... Jam
mengingatkan kita tentang masa... Jadi setiap saat kita akan menghargai antara
satu sama lain macam kita menghargai masa!” Bisik Syed Ramli perlahan. Bibirnya
dilabuhkan di dahi Alanna.
Alanna
menyembunyikan senyum di dada bidang milik Syed Ramli. Sungguh, waktu
diterangkan tentang motif pemberian jam tangan itu, dia memang hampir-hampir
hendak menangis lagi.
“Tidurlah
yang... dah lewat sangat dah nih...” Suruh Syed Ramli sambil membaringkan
Alanna. Malah tangannya tidak lepas dari memeluk pinggang isterinya itu. Sebuah
kucupan lembut singgah di dahi isterinya. Rasa tenang menjalar di pinggir jiwa.
Alanna
mula mengigit bibir. Dalam hatinya mula diserang rasa bersalah kerana menipu
sebentar tadi. Dia sebenarnya bukanlah dalam keadaan uzur. Tak tahulah pulak
yang Syed Ramli benar-benar percaya. Mungkin dia patut membiarkan malam ini
berlalu begini. Rasa tenang sahaja berada di dalam pelukan seorang yang sudah
halal di sisi agama. Tapi tiba-tiba dia takut... Takut kalau tidurnya malam ini
dilaknat oleh Allah kerana berbohong kepada suami.
‘Ish...
tak kanlah hari pertama jadi isteri dah nak kutip point-point dosa kot?’ Bisik
Alanna kepada diri sendiri.
“Abang...”
“Hmm..”
“Saya
minta maaf...”
“Abang
maafkan...”
“Erkk..
abang tahu ke untuk kesalahan apa?” Dahi Alanna sudah berkerut. Dari mana pula
suaminya ini tahu? Ke buat-buat tahu sahaja?
“Abang
tahu yang Lanna tak uzur kan.. Sebab abang nampak sayang alihkan Al-quran yang
dijadikan hantaran tadi. Tak apa.. abang maafkan.. Mungkin dulu abang suka
memaksa, tapi sekarang Lanna dah jadi isteri abang.. Darjat Lanna dah tak sama
macam dulu.. Jadi abang kena hormat pendirian Lanna.. Kena hargai seorang
isteri. Lagipun, abang tak akan paksa dalam bab-bab nih..”
Syed Ramli sebenarnya memang tahu yang
Alanna berbohong. Tapi dia memang sengaja memberikan kemenangan terhadap
Alanna. Dia ingin Alanna tahu yang dia berkahwin dengan Alanna bukan kerana
nafsu semata-mata.
“Abang...”
Tangan Alanna segera mencapai tangan milik Syed Ramli. Malu kerana trang tang
tang kantoi menipu dengan suaminya. Tapi yang dia pelik, Syed Ramli langsung
tidak memaksa seperti dahulu. Lelaki itu bertukar menjadi seorang yang sangat
memahami. Tidak seperti waktu mereka bercouple dulu.
Dikucup
lembut tangan milik Syed Ramli. Kemudian bibirnya mengucup dada milik Syed
Ramli. Dia berbangga bersuamikan Syed Ramli. Lelaki yang penuh cacat celanya.
Tapi penuh dengan tarikan menggoda jiwanya. Moga perkahwinan ini akan
menyempurnakan diri mereka ke arah kebaikan.
“Kalau
Lanna goda-goda abang macam ni... Mungkin abang terpaksa tarik balik niat abang
nak suruh Lanna tidur tu..” Tangan Syed Ramli sudah mula merayap di sana-sini.
Suaranya juga sudah kedengaran lain macam. Alanna hanya ketawa manja. Sungguh,
dia sendiri tidak mampu menidakkan hak seorang suami lagi.
Atas perasaan anugerah Ilahi, Alanna redha
menerima seadanya. Kerana Syed Ramli adalah suami yang sangat dicintai. Dia
ingin menjadi pelengkap hidup Syed Ramli. Menjadi seorang wanita yang menjadi
penyejuk mata seorang suami. Bidadari hati di dunia dan biadari di Syurga nanti.
***
Alanna
mengigit bibir. Permintaan dari suaminya tadi benar-benar membuatkan Alanna
kebuntuan. Kepala yang tidak gatal itu digaru perlahan. Kusut!
“Berat
sangat ke permintaan abang tu?”
“Tak
berat pun...” Nada suara Alanna mula diserang serba salah.
“Habis
tuh.. yang muka ketat sangat tu kenapa?” Ditarik badan isterinya supaya duduk
di atas ribanya. Pinggang isterinya dipeluk kejap! Bahu isterinya dikucup
lembut. Terasa manis saat menghabiskan masa berbulan madu di Cameron Highlands
ini. Dalam banyak-banyak tempat, kat cerok ni jugak yang isterinya hendak
pergi. Bila orang ajak ke luar negara, dia sibuk takut nak naik kapal terbang!
“Lanna
rasa tak perlu macam tu kot...” Alanna mula fikir ayat yang paling sesuai untuk
membantah. Jemarinya sudah mula bermain di sekitar leher suaminya. Kalau nak
suami cair dengan pujukan isteri, lenggok badan, haruslah tangkap lentok. Baru
jerat mengena.
“Lah..
macam yang abang cakap tadi, abang tak kisah kalau Lanna nak kerja.. Tapi
Lanna kena kerja dengan abanglah...
Lagipun, bahagian akaun abang tu dah lama kosong. Jadi tak perlulah nak kerja
makan gaji dengan abang daddy lagi..” Kalau boleh, dia tidak mahu berenggang
dengan Alanna. Dia mahu Alanna dua puluh empat jam ada di hadapan matanya.
Lagipun, hatinya risau jika hendak membenarkan Alanna bekerja bersama abang
daddy, bimbang nanti ada sahaja client abang daddy yang akan masuk jarum!
“Alah...
Lanna dah senang kerja dengan abang daddy... Bolehlah... bagi Lanna kerja
dengan abang daddy eh?” Pujuk Alanna lagi.
Syed
Ramli mengeluh perlahan. Pelukan kejap di pinggang mula dirungkaikan. Dia
mengarahkan Alanna agar bangun dari ribaannya. Alanna mula diserang angin
kerisauan. Risau dengan angin mood suaminya itu. Sudahlah mereka masih berada
di dalam mood berbulan madu. Karang bulan hempedu pulak jadinya!
Syed
Ramli membawa langkahnya ke pintu slinding door yang tertutup. Langsir yang
menutup cahaya mentari itu mula diselak ke tepi. Tangannya disilangkan ke
badan. Tak faham dengan sikap keras kepala Alanna tadi.
“Abang....”
Badan suaminya dipeluk dari belakang. Dengan sedikit teragak-agak, bibirnya
mencium belakang badan suami yang terdedah tanpa baju itu. Orang sejuk nak
mati, suaminya itu boleh tak berbaju. Kulit spesis apa entah? Tapi Alanna tak
mampu menipu yang dia selesa berada di dalam pelukan Syed Ramli. Hangat
membakar rasa.
Perlahan-lahan
dipusingkan badan suaminya. Sebuah senyuman manis dilemparkan kepada Syed Ramli
walaupun wajah suaminya itu masam mencuka sahaja.
Kedua
belah tangannya mula memaut tengkuk Syed Ramli. Nak memujuk, haruslah ada
teknik yang tepat! Wajahnya mendongak memandang si suami yang tinggi itu. Namun
tubuh suaminya itu langsung kaku terpaku sendiri. Malah dia langsung tidak
memandang ke arah Alanna. Merajuk persis anak kecil!
“Abang...
boleh rapat sikit tak.. Lanna sejuklah...” Suara memang tahap mengoda gila.
Sengaja ingin mencuit ketahanan mental suaminya itu. Hendak tak hendak, terpaksa
Syed Ramli membalas pelukan isterinya itu. Kasihan pula melihat Alanna yang
sedikit menggigil kesejukan itu.
“Lanna
bukan tak mahu kerja dengan abang... Cuma Lanna rasa, susah kalau suami dan
isteri nak kerja bawah satu bumbung...” Alanna mula menghuraikan mukadimah.
“Orang
lain boleh je...” Bantah Syed Ramli menolak kenyataan Alanna.
“Cuba
jangan menyampuk waktu orang bercakap!” Marah Alanna. Namun marah-marah manja
sahaja.
“Okay..
susah kalau kita kerja sebumbung, nanti masalah di pejabat, bawak balik ke
rumah! Masalah rumah, bawa ke pejabat! Habislah kacau semua bang...” Sambung
Alanna lagi.
“Kita
kan dah dewasa... Dah terlalu besar untuk handle masalah simple macam tu
Lanna..” Pangkah Syed Ramli lagi.
“Yup..
mungkin kita dah dewasa.. Dah bijak nak berfikir secara matang. Tapi manusia
sering lupa pada tekanan yang akan kita hadapi. Abang nak ke, kita gaduh-gaduh
dekat pejabat, lepas tu kacau mood kat bilik tidur kita tuh.. Tak pun ada masalah
dekat rumah, lepas tu terbawa-bawa emosi sampai ke pejabat! Lanna tak mahulah
macam tuh... Biarlah kta berjauhan sikit. Baru kita kenal erti rindu...”
Alanna
main taram sahaja kasi ayat yang cair-cair sikit. Jika mengena, dia juga yang untung.
Kalau tidak, dia pasti akan membutuhkan keringat akal fikirannya lagi. Ke kena
guna taktik lain? Hmm...
“Yalah..
yalah... abang izinkan sayang kerja dengan abang daddy. Tapi kena janji dengan
abang, tak boleh nakal-nakal tau!” Alanna rasa macam hendak tergelak apabila
melihat telatah Syed Ramli tika ini. Kebudak-budakkan betul!
“Ya..
Lanna janji, Lanna hanya akan nakal-nakal dengan abang sorang jeh!” Tutur
Alanna manja.
“Cuba
tunjuk sikit cara nakal tuh...” Sejurus selepas ayat Syed Ramli yang terakhir
itu, terus Alanna menarik kepala Syed Ramli agar menunduk sedikit. Terus bibirnya
meragut bibir kepunyaan milik suami. Tersentak Syed Ramli dibuatnya. Langung
tidak menyangka dengan tindakan spontan isterinya. Namun kucupan itu tetap
dibalas mesra.
“These
lips will never tell lies to you.. This heart will never love anyone but you…
This love is only for you… my forever and ever…” Bisik Alann mesra. Merantai
hati Syed Ramli agar tidak terus berfikir yang bukan-bukan lagi. Masa dia
hendak curang dengan suami setampan Syed Ramli. Dia sudah memiliki yang
terbaik, jadi untuk apa dia berpaling ke arah lain lagi?
Syed
Ramli tersenyum bangga! Dahulu, Alanna liat dalam melahirkan rasa kasih dan
sayang. Tapi kini isterinya telah membuktikan yang cinta dan kasih yang sebenar
hanyalah milik seorang lelaki yang bergelar suami sahaja.
***
Syed
Ramli meletakkan tangan kanannya di bahu milik Alanna. Kembali teruja untuk menonton
wayang di rumah. Lampu rumah sengaja ditutup. Untuk menyempurnakan lagi mood
menonton.
“Abang...”
“Hmm..”
“Perlu
ke kita tutup semua lampu?” Tanya Alanna sambil memandang ke sekeliling dengan
perasaan takut-takut. Dia memang takut gelap. Kalau tidur pun, kena pastikan
yang dia tidur dahulu, barulah boleh tutup lampu. Kalau tidak jangan harap
boleh dapat tidur.
“Lah,
memang sebelum ni kita tutup lampu kan...” Bidas Syed Ramli sambil matanya
tidak lepas dari memandang ke skrin besar di hadapan mereka. Memang sengaja dia
memasang projektor untuk menonton. Barulah puas sikit skrin besar.
“Tapi
sebelum ni cerita romantik... Ni cerita hantu... Lanna takutlah...” Alanna
sudah mula merengek manja. Hampir dua bulan menjadi isteri Syed Ramli, dia
sudah terbiasa bermanja dengan suaminya. Apatah lagi bila mereka berdua
berpindah di rumah sendiri. Lagilah dia sengaja gedik nak mengada-ngada. Tapi yang
buat dia terharu ialah, Syed Ramli terus melayan tanpa cakap banyak. Kasih dan
cintanya makin melimpah ruah buat seorang suami.
“Alah...
biasa abang teman tengok cerita Lanna.. Kali ni temanlah abang pulak tengok
cerita hantu... Lagipun, Lanna kan kalah cabaran pagi tadi..” Komplen Syed
Ramli.
Selepas berkahwin ni, baru dia tahu yang
Alanna ni terlalu liat nak bangun tidur! Kalau bangun tu kena berkejut.. Jangan
harap yang Alanna akan bangun sendiri walaupun dibantu oleh jam loceng. Jadi
semalam dia telah mencabar isterinya itu, kalau isterinya itu bangun selepas
Syed Ramli, jawabnya dia akan didenda untuk menonton cerita seram bersama.
Dia tahu sangat dengan perangai penakut
isterinya itu. Sebab itu dia nak mengajar Alanna agar tidak terus-menerus melayan
rasa takut dan menjadi berani sedikit. Tak banyak pun, sikit pun jadilah dari
penakut macam sampai tahap macam ni sekali. Kalau nak pergi dapur tu, semua
lampu pun dia bukak. Kalau dia outstation atau balik malam, pasti hatinya
bimbang membiarkan Alanna sendirian.
Tanpa disuruh, Alanna sendiri yang memeluk
tubuh tegap milik Syed Ramli. Wajahnya disembamkan di bahu milik suaminya. Saat
hantu mengilai-ngilai, dia terus menutup telinganya.
“Lanna... cuba berani sikit..” Tegur Syed
Ramli sambil mengeluh.
“Abang..
pleaseeee...”
“Eh..
tak boleh! Denda tetap denda...” Si suami sengaja mengeraskan suaranya. Alanna
bukan boleh kira.. Pandai benar memujuk hatinya dan sebagai suami yang senang
digoda, dia pasti akan terpedaya.
“Lanna
sanggup kena denda apa sahaja bang... tapi bukan dengan tengok cerita hantu
macam nih.. Nanti esok kalau abang tak ada, mesti Lanna teringat-ingat...
Please bang.. please... tukar denda eh?” Pujuk Alanna sambil menarik wajah Syed
Ramli agar memandang wajahnya. Biar suaminya itu fokus memandang wajahnya yang
disinari cahaya sinaran skrin projektor.
“Betul
ni apa-apa denda je?” Suara Syed Ramli sudah mula berbaur nakal.
“Apa
sahaja... nak suruh masak, kemas rumah, mop lantai, ambil turn basuh pinggan..
Lanna tak kisah! Abang nak gantikan denda yang mana?” Tanya Alanna sedikit
teruja apabila sudah mendapat tindak balas positif dari suaminya itu. Setelah
menjadi isteri Syed Ramli, dia makin mengenali jiwa lelaki itu. Mudah nak faham
kalau kena dengan gaya!
Punggung Syed Ramli mula bangun dari duduknya.
Tanpa menunggu respon daripada Alanna, terus dia mencempung tubuh milik
isterinya itu sehingga Alanna menjerit kecil.
“Dendanya...
kena overtime dengan abang malam nih!” Bisik Syed Ramli di telinga Alanna.
“Lah...
denda macam tu je ke? Tak mencabar langsung!” Tangannya terus dilingkarkan di
tengkuk milik suaminya itu.
“Oh..
belagak eh sekarang...” Dicuit hidung Alanna. Geram dengan kenakalan Alanna
itu.
“Mungin
betul cakap Lanna.. Single makes simple... Couple makes trouble.. but you known
something? Married makes perfect!” Bisik Syed Alanna lembut sebelum bibirnya
jatuh di leher jinjang milik Alanna.
“Dialog
filem mana lagi abang cilok nih...” Usik Alanna sambil ketawa kecil.
“Dialog
cinta kitalah... hmm.. nak tahu apa yang lebih best tak?”
“Apa
dia?”
“Practice...
makes perfect... So, kenalah practice selalu, barulah perfect!” Alanna ketawa
mendengar kata-kata kiasan milik suaminya. Otaknya belum daif lagi untuk tidak
mengerti makna disebalik yang tersurat.
“Opsss..
sebelum apa-apa, sila tanggalkan jam tangan Lanna tuh..” Sekali lagi Alanna
tergelak saat menyambut teguran daripada suaminya itu. Kadang-kadang, Syed
Ramli dapat merasakan yang dia terpaksa bermadu dengan jam tangan Alanna itu.
Tapi dah memang habit isterinya, dia pun tak punya kuasa untuk menyekat.
***
Tuala
kecil berwarna merah jambu itu Syed Ramli letak di atas dahi milik isterinya.
Kasihan melihat Alanna yang muntah-muntah sedari malam tadi lagi. Jujur dia
insaf! Insaf apabila mengenangkan betapa peritnya penderitaan seorang isteri
ketika di awal usia kandungan.
“Lanna...
bangun makan... Abang ada masak bubur nih...” Arah Syed Ramli lembut. Betapa
gembiranya dia tatkala mendapat berita yang Alanna mengandung. Meloncat-loncat
persis anak kecil yang gembira mendapat gula-gula. Tapi kini, dia pula naik
risau apabila melihat Alanna yang langsung tak lalu untuk makan.
“Lanna
tak lapar... Lanna tak ada seleralah bang..” Jawab Alanna sambil terus
memejamkan matanya.
“Lanna...
dah seminggu tau tak makan.. Tak kasihan kat baby ke? Tak kasihan kat abang
yang penat-penat masak nih?” Pancing Syed Ramli sambil buat muka kasihan.
Perlahan-lahan
Alanna membuka matanya sedikit. Rasa sayu pula apabila mendengar suara Syed
Ramli itu. Sejak dia disahkan mengandung, memang Syed Ramli menjaganya bagai
menatang minyak yang penuh. Langsung tak ada kekurangan. Apalah salahnya kalau
dia menghargai penat lelah suaminya itu.
“Abang
suap eh?” Pinta Alanna sambil bersandar ke kepala katil. Kepalanya memang
berdenyut-denyut. Sudah hampir sebulan dia mengalami alahan yang sangat teruk! Badan
rasa lemah sahaja. Kata Puan Hamidah, emaknya dahulu pun begini juga. Mungkin
sudah keturunan keluarganya.
Baru
sahaja sesuap bubur menjengguk ke dalam anak tekaknya, dia sudah mula merasa
loya. Langsung tak boleh nak hadam.
“Ish...
tak boleh lah bang...”
“Kesiannya
isteri abang...” Dipaut bahu milik isterinya itu. Dia sanggup menanggung
keperitan milik isterinya tapi sungguh dia tidak tegar untuk melihat
penderitaan Alanna. Rasanya cukuplah kalau mereka punya seorang anak sahaja.
“Tak
apa bang... Inilah dinamakan pengorbanan. Selagi kita belum tanggung, kita tak
akan rasa bebannya. Jadi inilah peluang Allah nak bagi kita rasai apa yang
pernah mak ayah kita rasa dulu kan... Supaya kita lebih hargai jasa mereka
membesarkan kita.” Syed Ramli tersenyum sahaja menyambut kata-kata Alanna.
Memang betul apa yang isterinya katakan. Selagi belum rasa, tak akan tahu
bebanannya!
“Abang
risau tengok sayang...” Luah Syed Ramli lagi. Ditarik tubuh isterinya agar
dekat dengan badanya. Sebuah kucupan lembut hingga di ubun-ubun isterinya.
“Tak
apa... mak cakap ini untuk tiga bulan pertama je.. Nanti akan kembali normal..”
Alanna memang sentiasa berfikiran positif. Lagipun rasa sakit ini akan
membuatkan kita lebih dekat dengan Yang Maha Esa. Sakit ini juga adalah
penyembuh dosa. Biarlah dia merasai dan menikmati kurniaan dari Ilahi ini
dengan senyuman.
“Okay...
mungkin sayang tak ada selera nak makan bubur tu.. Tapi abang goreng special
punya untuk sayang. Jeng jeng jeng... kaki ayam celup tepung!” Syed Ramli
menayangkan sepinggan kaki ayam yang sudah siap bergoreng.
Mata
Alanna mula terbeliak. Entah kenapa dia mula rasa loya lagi. Terus ditutup
mulutnya.
“Eh...
tak nak ke? Sedap nih...” Terus dicapai kaki ayam tersebut dan disua ke
mulutnya. Namun tiba-tiba dia tersedar. ‘Sejak bila pulak aku makan kaki ayam
ni?’ Alanna juga ikut turut tergamam melihat tingkah suaminya itu. Dulu bukan
main lagi.. Siap termuntah-muntah. Tapi kali ini dia pula yang rasa hendak
muntah.
Mulutnya
ditekup dengan tangan. Kakinya sudah mula diturunkan ke lantai. Dia benar-benar
ingin ke bilik air. Memuntahkan rasa loya yang menghurung tekak. Namun rasa
loya itu tidak dapat ditahan lagi. Terus sahaja dia termuntah di birai katil
itu. Namun apa yang membuatkan dia hendak menangis ialah, Syed Ramli sempat
menadah muntahnya.
“Nak
muntah lagi?” Tanya Syed Ramli prihatin. Langsung tidak terkesan riak geli di
wajahnya. Alanna yang terkejut terus menggeleng perlahan. Melihatkan gelengan
Alanna, terus Syed Ramli bangun menuju ke bilik. Usai membasuh tangannya, terus
dia mendapatkan Alanna yang sedang menangis.
“Lah...
kenapa Lanna nangis?” Baru je punggung mencecah tilam, terus Alanna memeluknya
erat. Menghamburkan tangisnya.
“Lanna..
ibu mengandung tak boleh cengeng-cengeng... Nanti lekat kat anak.. Susahlah abang
nak pujuk dua-dua orang nanti..” Usik Syed Ramli sambil mengusap lembut
belakang badan Alanna.
“Lanna
mintak maaf... Lanna banyak susahkan abang...” Lirih sahaja suara Alanna dalam
menyatakan rasa terkedunya dengan perlakuan Syed Ramli tadi. Sejak berkahwin,
Syed Ramli nyata berubah seratus-peratus. Tidak pernah sekali pun dia dimarahi
atau ditengking seperti dahulu. Kalau pun dia salah, Syed Ramli akan menegurnya
dengan lembut sahaja.
“Sesusah
mana pun abang... Lanna lagilah susah.. Abang sedar yang bukan senang nak bawak
satu nyawa sayang.. Bukan mudah nak alami alahan macam nih.. Tapi abang tengok
Lanna cool jeh.. Sabar je.. Jadi kesabaran Lanna tu mengugat hati abang. Abang
rasa yang abang perlu jadi lebih baik lagi untuk seorang isteri yang baik untuk
Lanna. Percayalah, tak ada pernah sekelumit pun abang rasa susah untuk layan
Lanna. Malah abang bersyukur sebab Allah kurniakan Lanna sebagai isteri abang..”
Perlahan-lahan,
Syed Ramli mula melonggarkan pelukan. Ditepis air mata yang menghiasi wajah
Alanna. Dia perasan, semenjak mengandung ini, wajah Alanna makin berseri-seri.
Makin sedap mata memandang. Makin meruntum jiwa seorang suami.
“Jangan
nangis dah... Minum air sikit..” Gelas yang berisi minuman itu Syed Ramli sua
ke mulut isterinya.
“Abang...”
“Hmm..”
“Abang
bukan tak makan kaki ayam ke?” Tanya Alanna pelik. Dipeluk badan suaminya itu.
Telingannya seakan-akan dapat menyambut detak detik jantung milik Syed Ramli.
“Itulah
abang pelik.. Tadi memang tindakan spontan.. Abang jadi suka, Lanna pulak yang
jadi tak suka. Penangan baby kitalah tuh...” Entah betul atau tidak, dia
sendiri tak tahu. Tapi apa yang dia boleh agak, kandungan Alanna mengajar
mereka untuk lebih berkongsi. Tak kiralah kasih sayang ataupun dari segi
kesukaan. Inilah rahmat dan kasih sayang kurniaan Ilahi yang dikurniakan kepada
sepasang suami isteri yang telah halal di sisi syarak.
“Bilalah
baby nak keluar... Tak sabar nak meriahkan lagi keluarga kita.” Ujar Syed Ramli
penuh keterujaan. Alanna cuma tersenyum sahaja.
“Hmm...
nak letak nama apa ya nanti?” Tanya Syed Ramli tiba-tiba.
“Yang
pasti, nama tu bukan nama tok kadok zaman batu...” Perli Alanna sambil ketawa.
“Amboihh...
perli abang ya.. Walaupun nama abang lapuk, tapi Ramli ni jugak yang Lanna
sayang kan.. Lagipun, romantik dan skill abang tetap terbaik kan..” Sempat lagi
Syed Ramli membanggakan diri sendiri. Alanna tumpang ketawa sahaja. Tidak mampu
menangkis lagi kerana Syed Ramli memang lelaki yang penuh romantis.
Romantis itu… ketika dia mencintaimu
dengan seluruh hidupnya.. dia menenangkanmu saat langit seakan menimpamu dan
membuatmu nyaman ketika gunung batu seperti jatuh ke tubuhmu… Dia memuji kebaikanmu… menegur
kesalahanmu.. dia mengatakan segala yang manis.. melakukan segala yang
menyenangkan.. setia bahkan saat kamu melirik yang lain, menepati semua janji
walau kamu sering bohong… mengampuni saat kamu salah.. dia rela
memberikan segalanya untumu.. bahkan nyawa sekalipun.. itulah cinta Syed Ramli. Moga perkahwinan ini terus berkekalan
hingga ke Syurga.
p/s::: saya sedar yang kelemahan berada di
mana-mana.... sana-sini situ semuanya ada.. cerita ni memang minor konflik...
just buat memang untuk enjoy2...untuk korang melepas lelah melepak di sini.. hope korang terhibur dan mampu menerima cerita
yang ala kadar nih... saya menulis dengan mood berterabur.. nak2 bila jerman
kalah... tapi tetap gagahkan jiwa untuk menulis demi janji yang telah
dipatri... sayang korang2 semua.... maafkan segala khilaf... =)
Wahhh best citer ni..akhirnya tamat jugak n have a epy ending for them
ReplyDeletehappy happy ending... ma kasih sudi layan..=)
Deletehaha,,story yang sangat sweet,,gud job k.erin!!
ReplyDeletesweet muet kan.. tq lalink..
Deleteromantik....syok....asam garam b4 n selepas kwen...
ReplyDeleteyup... kisah sblum n selepas bercinta.. =)hope reader leh kutip moral value dlm cite nih
Deletesaya sangat sangat suka! ^_^
ReplyDeletewahh.. sy sngat sangat sayang kamu.. =)
Deletenice...sweet
ReplyDeletetq lalink.. =)
Deletebest sgt2 citer ni akak =) mereka untung memiliki satu sama lain....saling melengkapi ^ _ ^
ReplyDeletememang pasangan tu dikurniakan untuk melengkapi each other yunl..
Deletenice ending! suka simboliknya jam tangan bagi tn. syed tu.
ReplyDeletexpe sara, ok je ni. orang lain dh byk create cerita yg byk konflik. awak stick je dgn gaya penulisan awak ni. yg penting jgn stereotype okay? :)
sy pun suka kak.. hehe.. yeahh.. hope sngat x buat cite streotype.. tq coz gigih mmbaca n sudi plak komen di sini..
DeleteSAYA SUKA SANGAT CERITA NI! hihihi well done writer (Y) Syed sgt sweet :) Takmau sambung lagi ke? hehe
ReplyDeleteBtw, writer sokong German eh? me too! berkabung kejap german kalah, :( nasib baik ada penyelamat, MMP ni ;) loveyou!
huarrgghh.. masih menangisi kekalahan german kot..haha.. wah, mujur MMP ni penyelamat eh... tq lalink.. mmg takat ni jeh.. x smbung dah.. kalu smbung kang, melalut pulak...
Deletebest macam karya yg lepas2.suka watak tegas abg syed bila jatuh cinta.romantik jg ingatkan org tegas ni tak pandai nak beromantik.tahniah atas satu lg karya yg menarik n d bom ini.
ReplyDeletetq kak eila..besenya orang y tegas n garang ni lagi romantik kak.. hahha..
DeleteBest.sangat menghiburkan hehe..
ReplyDeletetq kak zen... hope enjoy..
Deletesaya sukaaaaaaaa.. :)
ReplyDeletesaya pun suka awak..hehe.. =p
DeleteAfter following the 3 epis - single is simple, couple do trouble n the finale married is so perfect =sweet, entertaining & a kindda humorous short story!
ReplyDeleteWhenever I come across to the name Ramli secara auto je wajah P.Rmlee masuk k kotak imaginasi lol – but sure Alanna’s Ramli is entirely differ yeah …!!
Alanna character is so cheerful at the beginning but jealousy arose when she coupled with Tuan Syed with the presence of Nadia … it’s only then tat she commenced if she did make a right decision to hv a boyfriend! Lucky for her – Tuan Syed is deeply in-love & so patient with her ‘childish’ attitude! Plus the support & sporting stance from her parent!!!
Okay … get it – from flashback - Lanna had confronted Nadia after seeing a scene where Nadia tried do seduce Tuan Syed – alahai … slumber je ayat Alanna – teruss insaf je Nadia – I loike what Alanna said.
Hahaa … Tuan syed propose with cheesecake but at a roadside – boleh le – kira chumell je!
Beautiful ending – married – so his name – mmg betul klasik le Ramli … hahaa
and the watch --- ok ingat jugak si Ramli neh kata2 alanna!
After married – both Alanna & Ramli are able to adapt to their new life – sharing & trying to understand & tolerate – ganbette! Hmmm … romantik jugak dorang neh – Sara u know so ‘well’ how put this forward … smooth je! I didn’t expect this waaa … smpai preggy gak Alanna!
Congrats & thanks – enjoy reading sbb x byk konflik – santai je bace!
Sara …. SENGAJA nk buat komen panjangggs sbb USD dh nk abis – so x de tempat nak buat komen --- kena meroyan kat sini --- p x leh lawan komen emy … kih kih!!
first time dpt komen panjang berjela-jela begini rupa... wahhhh.. taouching gila.. ada jugak orang meroyan bc karya sy y x bertauliah nih.. salute gila lah kak jaz.. ahaha..
Deletehope kak jaz terhibur dng SMS, CMT n last MMP.. maafkan segala salah silap tatabaha gua itu.. kih kih kih.. lebiu u alwayyzzzz...
alahai sayang.. sekali baca rasa macam penulisnya dah kwin aje.. haha rupanya bujang trang tang tang.. congrat dik.. idea fresh sendiri. cerita yang biasa tapi garapan sendiri jadikan cerita lebih indah dari biasa.
ReplyDeleteoh no... jangan mention sy bujang kak.. malu nih.. hahaha.. tetiba je buat perangai sengal... lebiu u alwayzz kak.. =)
Deletesukaaaaaa sgt.. bestttttttt....soooo sweet..tq sara...tunggu cerita baru pulak....
ReplyDeletetungggguuuu... sayang awak jugak.. stay terus melepak di sini ya.. =)
Deleteeeeee...sweeeeeeeetttt sgt2 adoi dri td dok sgih2 jew bce crita nie truskn ag mnulis..wah2 nk suami mcm nie ley x..heheheheheh
ReplyDeleteboleh2... tp Syed Ramli ni garanglah.. nak jugak ke? haha...
Deletemenarik sungguh, so relax & simple yet enjoyable tak perlu nak konflikkan jln cerita.
ReplyDeleterasa terbayang2 lak alanna & pak syed masa tgh baca story,
keep up the good & fresh idea.
~nana
tq nana... hope enjoy k.. mmg nak buat cerita y minor konflik.. yang owg baca, boleh release tension.. =)
DeleteOfcos! This is the best, yang..Aku suke ending die...smpoi n I really looike it..hehehe...apa2pn great job mcm krya2 kau yg len.. :D
ReplyDeletetq fyka... suka karya2 ko jugak.. kategori marbelos tuh.. =)
DeleteComel. Akhirnya dah habis. Happily ever after. Skrg ni menanti cerpen bulan 7 pulak :D hehehe!
ReplyDeletetq moon... sudi bc n drop komen.. ok, sila menanti dengan penuh tabah ya..ahaha
Deletehuargh....rase nk kawen je...hahahha.....good job la k.earin......super ciutt.....:P
ReplyDeleteoit.... kena khwin dah nih..haha.. tq lalink...
Deletebest gila sara... rasa nak kahwin sekarang jugak..haha.. sy x pernah kecewa kalau baca story awak.. congrats
ReplyDeletep.s. kalau buat novel syok jugak.. sambung sikit lagi sara..
tq yat.. x pnh berhenti menyokong kan... hehe.. hmm, novel? oh tidak... smpai disini sahaja.. kalau buat novel, takut ke laut pulak jadinya.. hahaha..
Deletebout yourself :)
ReplyDeleteremy ishak , cheese cake , n jam tangan
btw, best sgt cte nie..sempoi !!!
hahhaa... kadang kena tulis pasal penulis sikit.. kih kih kih..
Deletebest wehhhh...baru dapat baca setelah berkurun lamanya...serius sweet, rasa nak terbang-terbang :D
ReplyDeletesila terbang sambil melayang-layang.. hehe
Deletebest.marathon baca semua.. n ni..sgt best. :) gud job kak ezza
ReplyDeleteTQ darling.. hope enjoy reading k.. =)
DeleteComey je diorang nih.. Gaduh2 manja..
ReplyDeleteMemang ada dgr 1 kisah, di mana anak2nya berjaya di dunia & baik akhlaknya, si suami berubah menjadi baik & menjadi lebih baik sewaktu isterinya mengandungkan zuriatnya..
oh ya ke... thanks for sharing lalink...
Deletebezzz >_< huhuu mna la nk dpt laki mcm tu ea ??
ReplyDeletewell done...Seriously Romli wakaka... such an ancient name...But truly that name make this story beautiful.
ReplyDeletesweet and nice/
best sangat~! congrates writter:)
ReplyDeletelike my hubby~~~ tahniah EZZA
ReplyDeletebest laa cite nie kak sara...sweet je pak syed...hehehe
ReplyDelete