‘Sering aku resah di hati bila kau melangkah pergi, aku merasa
seperti hidup tak bererti tanpamu di sisi. Aku merinduimu seperti terbitnya
mentari hingga menjelmanya malam yang sepi. Doa aku sentiasa ditabur agar
dirimu sentiasa dalam keadaan aman dan di lindungi. Perpisahan sementara sudah
membuat jiwaku menderita sekali, apatah lagi andainya perpisahan yang terjadi
dalam hubungan ini.. Cintaku sepenuh hati,rinduku penuh bererti.. Kaulah
Cintaku abadi..’
Jiwa, ingatan, kalbu, hati semuanya
hanya menceritakan tentang Afrina. Terlalu kuat ingatannya buat gadis itu.
Terlalu tebal rasa kasih itu walaupun telah hatinya telah dikoyakkan oleh
Afrina. Namun kasih yang terkoyak itu telah lama ditampal dari terus koyak.
Mirza mula mundar mandir. Beberapa
kali didail nombor Afrina. Namun hanya voice mail yang menyapa halwa
telinganya. Sungguh dia kusut! Fikirannya menerawang menacari posisi yang
terbaik uttuk membetulkan letak duduk cerita sebenar. Entah apa reaksi daripada Afrina, dia sendiri
sudah boleh mengagaknya.
“Ibu nak kamu kahwin dengan Azlin!”
Arahan mandatori yang keluar dari mulut ibunya itu membuatkan punggungnya
panas. Tidak senang dengan bicara ibunya yang ternyata serius.
“Tapi saya tak cintakan Azlin! Kenal
pun tak ibu...” Tolak Mirza perlahan. Dia pasti yang dia hanya akan menjerat
Azlin ke dalam laut yang bergelora. Azlin pasti akan terluka dengan dirinya
kerana cinta dan kasihnya hanya milik Afrina. Tanyalah berapa kali pun, soallah
berapa banyak pun, jawapannya kekal tidak berubah.
“Lepas kahwin baru kenal... baru
bercinta. Itu lebih baik di sisi agama! Lagipun itu lebih baik dari menyintai
isteri orang Mirza!” Keras sahaja teguran Puan Maizura sambil menjeling keras
ke arah anaknya. Nama sahaja psikitari tapi hidup sendiri pun masih terumabang
ambing. Ada masa lagi nak fikir masalah orang!
“Ibu.. ada sesuatu yang Iyyad nak
beritahu ibu...” Udara yang semput itu mula dikutip. Moga dapat mengembangkan
sedikit otaknya yang mengempis. Terhimpit dibebani rasa apabila berdepan dengan
gelaran seorang ibu. Ibu yang punya kelebihan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Ibu yang memegang Syurga buat anak lelakinya. Betahkan dia membelakangkan ibu
dalam perkara ini? Oh tidak... sesungguhnya, dia tidak mampu untuk melukakan
Puan Maizura. Dan dia juga tidak betah untuk melupakan Afrina lantaran wanita
itu sudah kembali sendiri.
Allah telah membukakann ruang kepada
dirinya. Jadi dia harus mengambil peluang yang terbentang. Memang hidup ini
sarat dengan perkara yang tidak terjangka, tapi itu tidak bermaksud manusia
tidak boleh merangka!
“Iyyad memang dah ada
calon... Tapi bukan Azlin..” Ujar Mirza sepatah-sepatah.
“Siapa? Ibu kenal dia...?”
Kalau betul Mirza ada calon, itu pun sudah cukup memadai buat dirinya. Itu lebih
cukup baik daripada Mirza terus menyintai isteri orang. Dia mahu Mirza kahwin.
Punya anak sendiri. Punya keluarga bahagia. Tidaklah dia terkilan sangat jika
ditakdirkan dia pergi nanti.
Anggukan kecil itu
membuatkan Puan Maizura sedikit teruja. Dalam hati mula diserang tanda tanya.
Adakah teman kerja Iyyad? Ataupun rakan sekolah lamanya? Siapa seseorang yang
dia turut kenali itu?
“Nanti Iyyad bawa balik
rumah.. Kenalkan dekat ibu...” Semuanya benar-benar berada di luar dayanya.
Mampukah si ibu menerima Afrina yang sudah memegang gelaran ‘janda’ itu?
Persoalannya, mampukan ibu menerima Afrina yang telah dibenci itu?
Kerana itu dengan spontan
dia telah menelefon Afrina. Dia tahu, tindakannya sedikit gopoh dan gelojoh.
Tapi dia sendiri tidak dapat mengawal hati dan perasaannya dari terus menyintai
Afrina. Biarlah diutarakan hasrat hatinya. Berselindung tidak akan memberi
apa-apa kebaikan. Malah mungkin akan membuatkan hubungan mereka berdua semakin
jauh.
“Afrin... kenapa tak
angkat telefon? Please... answer my call...” Tangannya masih belum cukup lenguh
untuk mendial nombor telefon Afrina. Esok, dia pasti akan menemui Afrina. Dia
hanya ingin berkahwin dengan Afrina seorang sahaja. Bukan dengan Azlin atau
dengan sesiapapun! Soal ibu, akan dipujuk hati tua itu.
***
Tangan kanan dan kiri
Afrina bermain sesama sendiri. Angin bayu yang menampar lembut wajahnya tidak
mampu untuk menghilangkan rasa gundah yang menghukum jiwa. Kusut jadinya
apabila mengenangkan apa yang terjadi semalam. Hampir sahaja telefonnya
melayang apabila mendengar lamaran Mirza tadi. Mujur sahaja tidak rosak!
Mungkin telefon itu tidak cedera parah, tapi hatinya lebih teruk keadaannya.
Berbelah dan terkoyak di sana sini.
‘Mirz... kenapa? Kenapa
perlu letakkan saya dalam keadaan kusut macam ni?’ Afrina lelah sendiri. Sekali
sekala, matanya melihat pada Hadziq yang seronok bermain di taman.
Sekarang, dia kelu
sendiri. Tiada tempat untuk dia luahkan perasaan. Dengan kakaknya yang mula
menjauhkan diri. Dengan Sufiah yang datang mencari maafnya. Dengan Mirza yang
melamarnya. Semuanya seakan-akan berterabur mencari tempat duduk sendiri.
Kenapa semua ini perlu datang serentak? Kekuatannya sudah puas ditagih. Malah
yang tinggal hanya sisa-sisa kepingan yang sememangnya sudah retak menanti
belah!
Sedang elok mengayam
perasaan, tiba-tiba dia mendengar tangisan anak kecil. Barulah dia perasan pada
Hadziq yang sedang jatuh terlentang di atas tanah. Cepat-cepat dia berlari
mendapatkan anaknya yang sedang menangis itu.
“Akit.....” Adu Hadziq
sedikit pelat.
“Tulah... siapa suruh Ad
lari.. Kan dah jatuh..” Disapu sedikit lutut Hadziq yang melecet itu. Malah
mulutnya mula meniup lutut Hadziq. Biar lega sendiri.
“Anak sorang macam ni pun
masih tak terjaga ke?” Suara itu membuatkan Afrina berpaling. Memandang pada
gerangan yang datang bertandang. Hajah Khadijah terus mendukung Hadziq yang
masih menangis itu.
Memang mudah untuk mengesan dirinya berada di
taman ini memandangkan rumah mereka benar-benar berada mengadap taman
permainan. Kata Haraz dulu, waktu mula-mula hendak membeli rumah ini, dia mahu
rumah yang berada dekat taman. Biar senang anaknya hendak bermain di waktu
petang. Melihat wajah mama, rindunya pada Haraz datang tanpa diundang.
Dengan
sedikit teragak-agak, dia mula menghulurkan salam buat ibu mertuanya. Rasa
hormatnya masih menggunung tinggi. Tidak terluak walaupun Hajah Khadijah
melayannya acuh tidak acuh sahaja. Namun baru sahaja ciuman itu singgah di
telapak tangannya, terus Hajah Khadijah menarik tangannya.
“Dah nak terjatuh.. nak
buat macam mana. Anak lelaki kenalah jadi hero...” Tanpa sedar, ayat seperti
itu keluar dari mulut Afrina. Tanpa dirangka ataupun dijangka.
“Mudahnya kamu
menjawab.... Seorang ibu yang baik, tak akan biarkan anaknya sakit walau
sedikit pun! Kamu ni sayang anak ke tak Afrin?” Tengking Hajah Khadijah sedikit
kuat. Mukanya mencerun marah. Suaranya nyaring menampar corong telinga.
Meletakkan hukuman di atas pesalah yang bernama Ainur Afrina.
“Mama janganlah
pertikaikan kasih sayang saya pada Hadziq! Hadziq anak saya... Mestilah saya
sayang pada dia.” Tekan Afrina kuat. Bukan mudah untuk berhadapan dengan
seseorang yang amat membenci dirinya. Bukan mudah untuk menawan hati seorang
ibu yang terlalu jauh kasihnya.
“Kalau kamu sayang
dia.... bagi dia pada mama. Biar mama
jaga cucu mama!” Keras arahan yang keluar dari mulut Hajah Khadijah.
“Memang dia cucu mama.
Saya langsung tak menidakkan hakikat itu. Tapi mama kena ingat, dia anak saya! Itu
pun satu hakikat yang mama kena terima! Dialah satu-satunya harta yang Haraz
tinggalkan pada saya! Tergamak mama nak rampas kasih seorang ibu pada anaknya?
Cakap dengan saya mama... Sanggup ke mama nak rampas tempat seorang ibu?”
Afrina langsung tidak
mempedulikan pada beberapa mata yang memandang pada lakonan sebabak ini. Dia langsung
tidak terdaya untuk memikirkan pendapat orang tetang dirinya. Apa yang penting,
terlalu penat untuk membuatkan ibu mertuanya ini faham bahawa dia memang cukup
sempurna untuk menjaga Haraz. Dia ada bukti yang mengatakan dia bukan orang
GILA!
“Kau lupa Afrina.... kau
juga pernah merampas kasih sayang seorang anak pada ibunya. Kerana kau, Haraz
sanggup menidakkan aku.... kerana kau... Haraz selalu membelakangkan aku...
Jadi sekarang kenapa kau tanya hak kau sedangkan kau pun dah merampas hak aku
dulu!”
Kata-kata Hajah Khadijah membuatkan Afrina
melopong. Benarkan sebegitu rupa? ‘Tapi aku tidak pernah menidakkan hak mama
dalam hidup Haraz! Cuma Haraz memang perahsia orangnya... kerana itu dia jarang
berkongsi dengan mama!’ Afrina mula terfikir-fikir sendiri. Simpati datang
menghentak jiwa. Merantai naluri seorang wanita yang bergelar ibu.
“Mama dah salah faham... Saya tak pernah menghasut
Haraz untuk menidakkan hak mama...” Afrina mula sedar, wanita ini banyak sikap
cemburunya. Jadi ada kemungkinan besar yang Hajah Khadijah mencemburui anak
menantunya sendiri lantaran Haraz seorang sahaja anak lelaki yang dia ada.
“Mama dah tak nak dengar
apa-apa penjelasan lagi Afrin... Kalau dulu kau sanggup merampas Haraz dalam
hidup mama, jadi kini giliran mama pula yang merampas Hadziq dalam hidup kamu.
Mama hanya nak jaga Hadziq! Mama mampu nak jaga Hadziq lebih dari yang kamu
mampu buat Afrin!” Hati tua Hajah Khadijah tidak mampu terpujuk lagi. Dia
langsung tidak merasa yang sikapnya kejam terhadap Afrina lantaran dia hanya
ingin menjaga cucunya sendiri. Ingin memberikan segalanya kepada Hadziq.
“Kalau betul mama nak
figth di mahkamah, silakan... Afrin sekali pun tak akan mengalah!” Baru sedari
tadi hatinya meruntum mendengar keluhan Hajah Khadijah. Tapi kini taring Afrina
kembali tajam tika membalas kata.
Entah kenapa, mereka berdua bertukar menjadi
keanak-anakan. Sedangnya hal ini boleh dibawa berbincang dengan baik. Dua-dua
pun nak menang sedangnya keduanya sudah sedia kalah! Kalah bila tidak dapat
mengemudi emosi milik sendiri.
“Kau memang perempuan
gila yang tak sedar diri Afrin.....”
Bibir Hajah Khadijah lancang sahaja menyambung bicara.
Air mata
Afrina sudah berenang di birai mata. Hatinya bagai dipaku bertalu-talu tatkala
mendengar perkataan ‘GILA’ itu disebut berulang kali. Jiwanya hampir sasau
berterbangan mencari arah yang pasti. Kalau tidak fikirkan Iman dan Amal yang
menyelimut hati, mahu sahaja ditampar wajah tua itu. Biar terbangun dari mimpi.
Tidak pun, terus dicampakkan keputusan dari hospital yang jelas menunjukkan dia
sihat dari sebarang penyakit! Perlukah dia melakukan semua itu? Ya... kalau
benar dia gila, pasti dia akan melakukan tanpa berfikir panjang. Tapi secara
warasnya, dia pasti tidak akan melakukan.
“Afrin tak gila mak
cik...” Getus satu suara. Pantas sahaja kedua wajah itu berpaling.
“Kau ni siapa?” Tanya
Hajah Khadijah aneh. Tiba-tiba sahaja perbualan mereka disampuk tanpa salam.
“Saya doktor yang merawat
Afrina...” Tenang sahaja suara Mirza menampam peluput telinga Hajah Khadijah.
Tapi Afrina pula yang diserang kegelisahan. Entah kenapa, lamaran Mirza semalam
kembali terngiang di telingannya. Lagipula, apa motif Mirza muncul ketika ini?
“Betul ke doktor ataupun
kamu ni skandal Afrina?” Kasar sahaja teguran daripada Hajah Khadijah. Entah
kenapa, jiwanya diragut rasa bimbang apabila menangkap situasi bahawa Afrina
telah mendapatkan rawatan doktor. Pasti semua ini akan merumitkan dirinya untuk
mendapatkan hak penjagaan Hadziq nanti. Adalah perlu dia mencipta helah baru?
“Kalau kami ada apa-apa
hubungan, mak cik ada halangan ke?” Duga Mirza sengaja. Sebenarnya sedari tadi
dia mendengar perbualan Afrina dan ibu mertuanya itu. Mungkin kerana asyik
bertekak, keduanya langsung tidak mengendahkan kedatangannya.
Sebenarnya,
dia telah menyampuk tanpa sedar. Tapi alang ke palang kehadirannya sudah
disedari, lebih baik dia menerangkan dengan sebetulnya. Sedih rasanya bila
melihat Afrina dituduh sebegitu rupa. Orang normal kalau hari-hari kena tuduh
gila, lama-lama pasti akan terhenyak emosinya. Terobek hatinya lantas
membuatkan fikiranya sempit dari terus berfikir panjang. Itu yang dia tidak
mahu berlaku kepada Afrina.
“Oh... jadi dah ada
penganti Haraz lah ya? Semudah ni Afrin? Kamu kata cinta kamu pada Haraz besar
sangat... Tapi sekarang, tak sampai setahun lagi dia pergi... Kamu dah ada
peganti? Hebat!” Perli Hajah Khadijah marah. Sakit hatinya melihat perangai
menantunya ini.
Afrina mula mengigit
bibir. Dalam hatinya, dia terus-menerus menyalahkan Iyyad Mirza yang terlalu
lancang mengeluarkan bicara tanpa mempedulikan untung nasib milik dirinya ini.
Pasti salah faham ini akan makin membelit malah dia percaya yang ibu mertuanya
akan mencari helah baru untuk memisahkan dia dan Hadziq.
“Mak cik... cinta Afrin
pada Haraz tidak mungkin akan terkubur begitu sahaja. Malah saya percaya yang
jiwa dan kasih sayang Haraz telah sebati dalam diri Afrina. Saya bukan sesiapa
untuk mengantikan cinta Haraz dalam diri Afrina. Tapi saya ingin menjadi
penyokong Afrina. Saya ingin menjadi yang bersama-sama berjuang bersama Afrina.
Saya ingin menjadi pembela hidup Afrina! Bersaksikan mak cik, saya nak melamar
Afrina menjadi isteri saya yang sah!”
Mulut Afrina melopong.
Tidak menyangka yang Mirza akan mengambil selangkah yang drastik seperti ini.
Matanya mula singgah di wajah ibu mertuanya. Kelihatannya Hajah Khadijah juga
terkejut apabila mendengar kenyataan dari Mirza. Mukanya juga nampak
terkebil-kebil.
“Mirza... apa ni? Jangan
buat kerja gila?” Bantah Afrina penuh kalut. Bibirnya bergetar menanggung
perasaan yang mula sebu. Otaknya jadi berpusing dalam menilai tingkah Mirza
yang tiba-tiba berubah laku.
“Kegilaan ni tak akan
pernah habis Afrin.. Saya bukan nak rampas tempat Haraz Afrin.... Apatah lagi
nak gantikan dia dalam hati awak! Saya nak jadi suami awak! Nak jadi penguat
semangat awak... Ainur Afrina, sudi tak awak jadi isteri saya?” Mirza sudah
bertekad untuk melamar Afrina. Biar mertua Afrina itu menjadi saksi lamarannya.
Tanda dia serius dan tidak main-main.
Afrina tergamam! Hajah
Khadijah terpempam! Iyyad Mirza pula dengan wajah seriusnya. Terpaku, terkaku, terhenyak di atas kata-kata
Mirza yang pasti telah meragut semua ketenangan.
p/s::; kalau agak-agak lupa tuh.. sila skodeng entry lama ya.. waahhaa... lepas ni akan update seperti biasa.. insyaALLAH.... lebiu korang alwayzzz...
hope afrin terima..
ReplyDeletehe he..makcik ingat..MIrza si tuan doktor n afrina yg stresss..ki ki ki
ReplyDelete- Afrina , sila buka sedikit ruang utk mirza...
setelah sekian lama bagai burung yg patah sayap,
benarkan mirza menjadi penyokong..
-che`leen-
say yes..afrina.......yes2..tlg jwbkn...hehe..
ReplyDeletehajah khadijah...hajah khadijah...makcik ni yg patut jumpa psychologist ni..hehe
ReplyDeletebole tak nak kata" say no Afrina...no..no!!"
jeles punya pasal...haha...
pergh lama teman wait citer ni.....sesuai sgt mirza ngan afrin heheheh
ReplyDeleteterimah aje lah.hihi
ReplyDeleteHehe, tak agak-agak Myrza lamar depan orang tengah bertekak, cinta punya pasal.
ReplyDeletemuda13
afrin terima lah22
ReplyDeletejangan ragu2
Nice blog you have here thanks for sharing this
ReplyDelete