Saturday 2 June 2012

SINGLE MAKE SIMPLE



             Hidup ini memang tidak mudah. Namun tidak pula hidup ini diciptakan untuk menyusahkan manusia. Adatlah kalau ada masalah. Itu tugas manusia untuk menggalasnya. Tanggungjawab manusia untuk menanggungnya. Nama pun khalifah di muka bumi ini, jadi haruslah disertakan dengan ujian dan dugaan. Kalau nak senang, tunggu masuk Syurga nanti la. Itu pun,  perlu berhadapan dengan  arus gelombang akhir zaman ini.
            Alanna menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Rambut yang sedari tadi terletak cantik, mula berserabai apabila tangannya asyik gatal menguaknya. Ya, memang habit buruk bila ada masalah. Pasti rambut menjadi mangsanya!
            Kak Didi yang berada di sebelah partition itu sibuk bergaduh dengan teman lelakinya. Itu yang menambahkan keserabutan dirinya.
            Alanna mula mendengus geram. Berterabur semua konsentrasinya hendak bekerja. ‘Dia orang ni tak penat ke dua puluh lima jam bertekak! Aku yang dengar ni yang naik pekak!’ Keyboard di tekan kuat ketika memasukkan maklumat ke dalam sistem UBS. Tanda protes! Harap sangat yang kak Didi faham!
            “Huh, stress!!!” Pekik kak Didi lantas mencampakkan telefon beruk bekengnya (black berry)  ke atas meja.
            “Lanna,  kau jangan lah bercinta! Buat sakit hati sendiri jeh!”
Balik-balik itulah nasihat yang diberikan oleh kak Didi. Tapi tak pernah pula Alanna mendengar kak Didi hendak berhenti bercinta dengan teman lelakinya itu! Itulah perangai perempuan... Suka cakap tak serupa bikin! Sedangkan perempuan sama perempuan pun susah nak faham, ini kan pulak kaum Adam.
            “Habis tu, kenapa masih bercinta kalau hanya menyakitkan?” Mulut Alanna homeh bertanya.
            “Akak lain... Akak dah terlanjur....” Belum sempat kak Didi menghabiskan ayat, Nur Alanna sudah menjerit kuat.
            “Hah! Astarfirullahalazim.... akak.. akak... kenapa sampai boleh jadi macam ni? Tak ingat dosa pahala ke?” Alanna mula rasa bengang. Sungguhpun dia bukan gadis alim atau warak, itu tak bermakna dia melakukan perkara-perkara yang dikeji tuhan!
            “Akak tak habis cakap lagilah!” Muka kak Didi sudah memerah. Segan pula kerana diceremah sebegitu rupa oleh budak berambut coklat ini.
            “Habis tu apa?”
            “Akak dah terlanjur sayangkan dia.. Ish, orang belum habis ayat, dia dah menyampuk!” Kak Didi sendiri tak pasti sama ada dia perlu marah atau dia harus gelak untuk melayan karenah Alanna.
            “Oh... cakaplah terlanjur cinta.. Buat saspen je akak ni...” Alanna dah tak tahu nak buat gaya apa lagi. Malu pula kerana tiba-tiba menyerbu orang dengan ceramah sedangkan diri sendiri masih terkapai-kapai dilambung ombak dunia.
            “Tulah... lain kali jangan dengar separuh-separuh... lepas tu faham suku je dari yang separuh tu.. Mana tak jahanam kau punya otak Lanna..” Marah kak Didi sendikit. Tadinya geram juga dengan ayat selamba Alanna tapi apabila melihat segaris senyuman sumbing Alanna itu, terus hilang amarahnya.
            “Sorry kak.. lain kali tak buat lagi!” Kedua belah tangan mula dirapatkan. Buat gaya mohon pengampunan.
            “Tak boleh nak salahkan kau... kau pun kecik lagi!”
            “Haipp... badan je kecik, umur dah besar kak...” Tidak suka bila orang memanggilnya kecik! Dia bukannya kecik sangat pun... Cuma mempunyai bentuk badan yang comel ala-ala budak sekolah!
            “Yalah... akak tahu kau dah besar.. Sebab tu akak nak share masalah dengan Lanna nih...” Kak Didi sudah mula bangun nak menghala ke arah tempatnya. Hari ini, memang sangat beruntung, hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di pejabat. Rakan-rakan sekerja yang lain semuanya outstation!
            ‘Kak Didi ni mesti nak ambil kesempatan meluahkan perasaan time abang daddy tak ada nih...’ Keluh hati Alanna. Dia sudah penat untuk mendengar masalah yang sama berulang kali! Oppsss, abang daddy ialah gelaran untuk bos mereka iaitu Tuan Maliki yang sudah pun mencapai angka lima puluh tahun tapi masih kelihatan muda dan segak!
            “Masalah apa lagi kak?”
            “Abang zaidi kamu tulah....” Bila mendengar sahaja nama abang Zaidi, terus Alanna jadi muak! Kan dah cakap... pasti masalah yang sama! ‘Apalah kak Didi nih... PM kita tu sibuk fikir masalah negara, akak yang duk fikir masalah bercinta yang tak pernah selesai.. cubalah majukan otak tu sikit...’ Bebel Alanna di dalam hati.
            Alanna mendengar sambil buat muka tak berdosa. Telinga kiri mendengar, lubang telinga kanan terus menghalau pergi maklumat yang sudah basi di dalam otaknya itu. Bukan dia tidak mahu alert dengan masalah kak Didi, tapi otaknya ini bukan peti ais untuk disimpan stok makanan mentah banyak-banyak. Banyak lagi ruang di benaknya yang perlu disimpankan untuk memproses maklumat akaun...
            “Lanna, kamu dengar tak apa yang akak cakap ni?” Sergah kak Didi apabila melihat Alanna sedikit melopong. Anak matanya bergerak di kiri dan kanan. Tak fokus langsung!
            “Dengar kak... abang Zaidi ada skandal dengan perempuan lain kan...”
            “Iyalah... Sakit hati akak..” Dadanya ditepuk sedikit! Menggambarkan kesakitannya.
            “Akak yang cemburu sangat kot...” Bukan Alanna tidak tahu dengan sikap kak Didi yang membabi buta cemburunya. Abang Zaidi itu sikit punya baik lagi.. Kalau datang pejabat, siap tunduk ke bawah. Punyalah tak nak pandang pada staf perempuan di pejabat ini. Takut sangat digelar mata keranjang dan dituduh bukan-bukan oleh kak Didi. Stok macam tu, memang boleh buat suami! Apa lagi yang kak Didi tak puas hati lagi?
            “Mana akak tak cemburu... dia tu ramai sangat peminatnya... Susah betul dapat pakwe handsome nih!”
            Ini lah masalah kaum hawa yang sebenar. Bila dapat yang handsome, selalu makan hati sebab takut kekasih hati kena rembat! Kalau tahu jenis kaki cemburu, baik cara yang sedap memandang... Ala-ala Remy Ishak pun okay kot... Biarlah kalau orang nak cakap dia hero bangla sekalipun! Asalkan jadi hero di mata sendiri sudahlah... Tak payah nak tamak sangat... Makan sendiri, simpan sendiri, tengok sendiri! Yang penting tak makan hati!
            “Dugaan orang bercinta kak... mana ada orang bercinta yang tak ada masalah! Kalau tak nak ada masalah remeh-temeh ni, jadilah single macam saya! Hidup di tangan sendiri.. Tak perlu nak hentak-hentak kepala fikir masalah pakwe ramai peminat.. jadi single pun happy apa?”
            Selama dua puluh lima tahun dia hidup, sungguh dia berbangga jadi single. Simple dan happy je. Tak payah nak pikul masalah sangat! Bukanlah bermakna tak ada masalah... tapi boleh tolak tepilah soal perasaan jiwa-jiwa nih! Otak yang sedia ada ni fikir masalah nak bayar loan kereta, loan mak bapak yang tertunggak tuh, loan nak beli rumah lagi... Hah, tak ke naya kalau bercinta kalau tak reti nak handle perasaaan.
            “Betul lah prinsip kau tu dik... Couple make trouble lah...”
            Alanna tersengih. Suka kalau orang mengiakan prinsip hidupnya itu. Single make simple, couple make trouble. Tapi kalau orang menidakkan pun, apa dia kisah! Matlamat hidup orang tak sama... jadi jangan fikir manusia akan fikir benda yang sama dengan kita!
            “Habis tu, nak jadi single ke?” Duga Alanna sengaja. Nak tahu jugak jawapan dari kak Didi itu.
            “Tu yang susah Lanna....” Keluh kak Didi lagi. Alanna mengelengkan kepala, kak Didi memang banyak sangat mengeluh. Sebab tu makin penat nak hadap masalah yang sama.
            “Apa yang susah kak? Take it easy yooo.... Susah atau senang, semua di tangan ktia. Kita just pilih... dan hati wajarlah merelakan keputusan kita tuh..” Perghh, kalau tang nasihat orang, macam bagus-bagus je minah Nur Alanna nih. Padahal diri sendiri kadang-kadang berjalan tempang. Ada hati nak pinjamkan tongkat pada orang. Diri sendiri rambut serabai, ada hati nak sikatkan rambut orang! Adeihh..
            “Akak dah tua Lanna... Akak nak berkeluarga. Kalau akak putus dengan abang Zaidi, akak risau tak dapat calon yang sesuai.. Yang kena dengan kepala akak..yang boleh faham akak. dan takut kalau dapat calon yang tak sehandsome abang Zaidi kau tuh!”
            Alanna mula menepuk dahi. Macam tu pun ada ke? Aduhai... manusia akhir zaman betul! Bukan nak fikir abang Zaidi tu boleh bimbing ke akhirat nanti? ‘Ngeee.. bercakap macam pegang title ustazah jeh aku nih!’
            “Dah ler kak.. tak kemananya abang Zaidi tuh! Akak tu sila lah kawal tahap cemburu yang mengaban tuh.. dan sila balik ke tempat akak.. Saya nak key in account nih. Esok abang daddy nak reveiw!” Akhirnya, Alanna sendiri yang membuat kesimpulan sendiri. Kalau layan topik kak Didi yang meraban tuh, sampai bulan mengambang pun tak habis lagi. Biasalah kalau perempuan, dapat topik remeh pun, ceritanya tetap panjang berkajang-kajang.
            “Alah, kau boleh lah cakap macam tuh... kau tu dah lah cantik, muda lagi.. Sekali petik berduyun datang.. akak ni dah tua.. dah dikira second hand dah..!”
            Tanpa fikir panjang, Alanna terus ketawa besar! Apa punya falsampah lah yang kak Didi buat tu? Begau otak jadinya...
            “Kak, cinta tu tak kira tua... tak kira muda... tak kira cantik, tak kira handsome... tak kira kaya, tak kira miskin.... sebab cinta tu bukan macam akaun yang kena ada debit kredit... Tapi cinta tu kadang-kadang macam sains yang kena ada proses dimalarkan, proses dimanipulasi dan kena ada hipotesis sendiri. Pun kena ada tambah tolak macam matematik.. Barulah sistematik... bila dah sistematik, haruslah ia jadi romantik!” Tak pasal-pasal keluar helah yang penuh madah itu.
            Mulut kak Didi melopong besar. Betul ke Alanna ni tak pernah bercinta? Cakap macam orang yang penuh pengalaman jeh.
            “Kau betul ke tak pernah couple dik?”
            “Betul lah... ingat ni lawak kampus ke?”
            “Tapi apasal ayat kau penuh bermadah nih...?”
            “Sebab single make simple... haruslah saya pun fikir simple jugak.. barulah boleh jadi example untuk orang lain!” Alanna angkat kening sambil buat muka belagak. Sekarang penyakit garu kepala Alana sudah bertukar kepada kak Didi pula. ‘Pening pulak layan budak kecik nih!’
***
            Fail yang berada di atas meja cepat-cepat disusun. Full set account yang sudah siap itu dibawa menuju ke dalam bilik Tuan Maliki. Satu akaun syarikat sudah pun berjaya diselesaikan. Tinggal ada beberapa syarikat lagi yang masih pending. Itu pun kerana masih menunggu document daripada client.
            Sesudah mengetuk pintu, terus ditolak pintu bilik bosnya itu. Tapi siapa sangka yang bosnya itu ada tetamu. Rahangnya mula jatuh. Tapi dia dah ketuk kan, kiranya bukanlah jatuh kepada standard orang kurang ajar. Cuma mungkin kurang sopan sedikit ajeh.
            “Opss.. sorry bos.. Tak tahu bos ada tetamu.” Alanna sedaya upaya buat muka tak bersalah.
            “Tak apa... memang kebetulan nak suruh awak masuk pun. Mari sini, saya perkenalkan kepada awak.. Ini Encik Syed.. Dia nak buat account dengan kita. Jadi, saya bagi job ni dekat awak ya... dan Syed, perkenalkan pekerja saya yang cekap dan berdedikasi... Nur Alanna...”
            Kembang kempis Alanna mendengar pujian daripada bosnya itu. Padahal setiap kali dia dipertemukan dengan client baru, pasti bos akan memuji setiap pekerja. Itulah caranya untuk menanamkan kepercayaan client kepada pekerjanya. Tuan Maliki, dia memang bijak.
            “Alanna...” Tangan kanan dia hulurkan. Setakat bersalam dengan lelaki bukan muhrim, semua itu memang perkara biasa bagi Alanna.
            “Syed...” Ditundukkan sedikit kepalanya. Dia bukan sejenis lelaki yang senang bersentuhan dengan perempuan bukan muhrim.
            “Oh...” Alanna terus menarik tangannya. Buat muka tak bersalah dan tak berdosa. Dia tak fikir yang Encik Syed hendak memalukan dirinya. Dia hormat pada pandangan dan pemikiran orang tentang agama Islam. Ini Alanna lah... ‘Memang all the time take positive meyh...’
            “Alanna, boleh bawa Encik Syed ke bilik meeting. So, hope enjoy your discussion...” Dia tahu benar yang Alanna pandai untuk handle client. Sebenarnya, Syed ini orang yang sukar untuk difahami. Orang yang sangat perfectionist dan cerewet. Jadi, hanya orang yang terlalu memahami seperti Alanna sahaja yang boleh tahan dengan sikap client sebegini. Sebab itu clientnya yang seorang ini diberikan kepada Alanna. Lagipun Alanna seorang yang profesional. Mak cik yang gila meroyan pun Alanna boleh handle. So, harap-harap tak ada masalah lah untuk handle orang seperti Syed ini.
            Tanpa banyak cakap, dia terus menunjukkan arah bilik meeting yang berada di hujung pejabat. Semasa dia melalui bahagian depan, dia sedar semua mata staf perempuan melirik ke arah Encik Syed. Oh.. orang buta sahaja yang tak akan pandai menilai. Encik Syed ni dikira seperti lelaki kelas atasanlah! Bila lalu di hadapan perempuan, pasti akan menyilaukan mata seperti berlian. Perempuan kan pantang tengok berlian dengan lelaki handsome.
            Opps... kecuali perempuan ini. Dia tak hairan pada benda-benda aneh dan pelik ini! Dia kalau dapat secawan nescafee ais pun dah terasa dunia ini dia yang punya! Ketagih tahap gaban tuh..
            “Okay.. Encik Syed....” Suara Alanna sedikit berjeda. Ingin mengetahui nama disebalik selepas Syed itu. ‘Tak syok pulak kalau bersyed-syed nih... terlalu formal..’
            “Ramli...”
            ‘Syed Ramli? OMGEEEEE.... serius nama lapuk tahun tok kaduk. Sekarang zaman dah besi tapi ada lagi orang letak nama Ramli yang seperti nama zaman papan-papan dulu kala. Keturunan Syed pulak tu? Serius lawak nak mati...’ Sedaya upaya Alanna kawal senyuman sumbingnya. Kalau senyum jugak, memang mintak kena pancung namanya.
            “Saya tak habis sebut lagi nama saya...” Suara itu sedikit kasar tika menegur. Faham sangat yang gadis dihadapannya ini hendak mengetawakan dirinya. ‘Eleh, mentang-mentang nama dia Alanna... kononnya London sangatlah ya? Siap dengan rambut brown lagi.. Nampak sangat celupnya!’ Getus hati Syed.
            “Opss sorry...” Okay.. Dia macam dah boleh agak yang sekarang dia terjerumus ke dalam gunung berapi! ‘Dah agak dah... abang daddy kalau bagi client, semuanya yang bermasalah! Aku kena fikir satu nama yang sesuai untuk mamat tak cukup sabar nih!’
            “Syed Ramlionamessi... Saya keturunan Itali.” Ujar Syed Ramli penuh kemegahan.
            “Wah... sekali dengar macam Lioner Messi pulak. Pemain bolak sepak tuh..” Spontan keluar statement seperti itu. Tak payah cakap pun, dah boleh agak anak kacukan. Muka ala-ala mat salleh sikit..Cakap memang slang orang melayu tapi  tang sopan santun tuh, memang tak gaya orang melayu..
            Wajah Syed Ramli sedikt berubah. Memang itu pemain kesukaannya pun!
            “Okay.. boleh kita proceed discussion?” Pen dan buku diari kerjanya itu sudah mula dibuka. Beberapa soalan biasa terus ditanya. Kemudian jawapannya ditulis kemas di dalam buku.
            “Berkenaan dengan document, awak kena datang office saya sendiri. Sebab saya memang tak ada kerani ataupun accountant yang handle semua itu sebab pekerja yang lama dah lari... So untuk untuk senangkan kerja saya dan mudahkan kerja awak, awak boleh tengok document mana yang awak perlukan tu dekat office saya sendiri.” Muka Syed Ramli ini serius sahaja.
            ‘Kepala hotak kau memudahkan kerja aku.. menjahanamkan aku adalah! Dasar mamat Angry Duck betul! Okay, dah dapat gelaran untuk dia... Mr. Angry Duck! Mulut bising macam itik! Credit to my brain.. Ouchh..’ Menggelegak pulak otak ni petang-petang waktu bateri nak tamat tempoh nih.
            “Jangan risau.. saya akan bayar double!” Penuh lagaknya lelaki bernama Syed Ramli ini.
            “Oh.. kenapa ya kerani dengan accountant Encik Syed lari dulu?” Tak payah tanya pun, dia dah boleh agak jawapannya... Comfirm sebab perangai Encik Syed Ramli yang tak semenggah nih. Konon macam menakutkan lah tu... ‘Tapi sungguh aku bukan datang dari gurun yang perlu gerun pada sikap Mr. Angry Duck nih!’
            “Senang je kalau nak bekerja dengan saya... Jangan banyak tanya.. Sebab saya tak mampu jamin yang jawapan saya akan membahagiakan awak! Kalau sakit, sila tanggung sendiri ya!”
            Alanna seperti biasa. Tetap dengan sengih dan muka tak bersalah itu. “Hati saya... wajarlah kalau saya kena tanggung sendiri!” Simpul Alanna senang.
            “Dan... jangan banyak menjawab!” Hatinya terkesan dengan perangai selamba badak sumbu Alanna itu. Tak ada perasaaan gerun atau takut ke? Rasanya dia dah cukup menakutkan dah....
            “Ops... maaf... itu bukan kriteria saya. Sebab bagi saya, setiap soalan memerlukan jawapan.. dan setiap jawapan itu adalah datang dari persoalan! Jangan bagi jawapan tergantung dalam kehidupan, sebab setiap kehidupan memang sudah tersedia jawapannya. Sama ada bahagia atau kecewa sahaja!” Bahunya diangkat sedikit. Tanda terserah sama ada Syed Ramlionermesi ni nak terima atau nak buang dalam tong sampah!
            “Saya tak memerlukan falsafah awak tuh...”
            “Terserah!”
            “Esok pukul 10 pagi be in my office!” Arah Syed Ramli selamba. Sengaja nak mendera!
            “Deal!” Tiba-tiba dia tercengang sendiri. ‘Manalah aku tahu office Mr. Angry Duck! Tanya alamat dekat abang daddy lah nih... tak pun tanya pak cik google jelah..’
***
             Syed Ramli menjenguk ke arah bilik akaun di sebelah. Tak nampak lagi kunjungan minah selamba semalam. ‘Huh, inilah yang susah bekerja dengan perempuan nih... Tak menepati masa langsung! Leceh!’
            “Minah tu tak datang lagi ke?” Tanya Syed Ramli kepada Amira. Setiausahanya.
            “Minah mana?”
            “Alanna.. yang incharge untuk buat akaun company kita tuh!”
            “Oh... perempuan cantik tuh?”
            Terkedu Syed Ramli mendengar soalan dari setiausahanya itu? ‘Cantik ke? Oh.. memang tak diakui Alanna ada personaliti yang menarik.. Tapi di mata aku, selagi perempuan tu tak bertudung, tak menutup aurat, dia masih kelihatan cacat walaupun dia adalah ratu dunia sekalipun!’
            “Whatever... perempuan tu dah datang belum?”
            “Oh dah... Pukul lapan tadi pun dia dah datang.. sekarang tengah susun document dekat bilik meeting!”
            Berkerut dahi Syed Ramli mendengarnya. Pukul lapan? Gila awal minah nih... “Kenapa guna bilik meeting? Kan ada bilik akaun?”
            “Itu saya tak pasti lah pulak Encik Am.. Kena tanya Alanna tu sendiri.”
            Alanna yang sedang menyusun dokumen itu terus menyusun satu demi satu. Bercampur-campur jadinya dengan invois, payment voucher, resit... company bukan main besar lagi tapi akauntan sendiri pun tak ada! Memang daif sungguh!
            “Dulu ada pekerja.. Tapi dia songlap duit.. Jadi sampai sekarang bos masih belum jumpa penganti.. Alih-alih dia lantik frima perakauanan untuk buat akaun.” Terang Amira tadi. Nampaknya Amira memang mudah nak bagi kerjasama. Jadi mudahlah sedikit kerjanya nanti.
            “Habis pun, siapa yang incharge bahagian purchasing semua?”
            “Oh.. kita ada bahagian purchasing.. Tapi kak Melah tu tak lah buat full set account.” Cerita Amira lagi.
            “Awal datang?” Teguran itu membuatkan Alanna berpaling.
            “Awal datang, awal balik.. kerja cepat siap then telinga pun tak sakit..hati pun tak perit!” Jawapan Alanna itu mendatangkan senyum di wajah Syed Ramli.
            Okay... Satu point untuk Alanna. Gadis ini memang pekerja yang berdedikasi. Memang seorang perfectionist juga. Melihat pada dokumen yang sudah tersusun cantik, Syed Ramli mula lega. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Alanna boleh diharapkan walaupun mungkin gadis itu agak degil dan suka ikut kepala sendiri.
            “Okay.. enjoy your day.” Syed Ramli yang sedang berpeluk tubuh di tepi muka pintu itu mula menjatuhkan tangannya.
            “I will...” Memang kita harus bersuka hati bersenang jiwa ketika bekerja. Barulah kerja senang jalan dan barulah boleh handle masalah dengan baik. Kalau jiwa sendiri kusut, masalah yang sekecil kuman pun boleh nampak sebesar gajah!
***
            Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Perut Alanna mula berkeroncong hebat. Pagi tadi hanya sempat belasah secawan nescafee sahaja. Dia mula terduduk di atas kerusi. Mula rasa lapar dan penat sedari pagi duk sibuk menyusun dan memilih beberapa dokumen yang perlu dibawa balik ke pejabatnya nanti. Semua ini terpaksa dihadap sendirian kerana training yang sentiasa mengikutinya itu diserang demam. Kalau tidak, pasti kerja ini akan disudahkan lebih awal.
            “Tak lunch?” Entah sejak bila mamat itu sudah berada di muka pintu itu.
            “Belum..” Jawab Alanna ringkas.
            “Kot ya pun nak tunjuk rajin, tak payah lah sampai tinggal lunch...” Alanna mula berpaling apabila mendengar suara sinis yang menyakitkan cuping telingannya itu. ‘Mamat ni bukan tak ada adab tapi Mr. Angry Duck ni memang biadap!’
            Alanna sengih sahaja. Cakap banyak dengan orang tak guna ni, memang tak akan memberi apa-apa kesan! ‘Jadi sabar jelah...’ Alanna mula memujuk hati sendiri. Bukan susah nak sabar tapi ia juga bukan kerja senang..
            “Dah solat?” Tanya Syed Ramli sinis.
            Alanna mengigit bibir. ‘Perlu ke cakap tengah period sekarang?’
            “Dah...” Tipu Alanna. Malas hendak memanjangkan cerita.
            “Dengan rambut awak yang berwarna brown ni, awak rasa solat awak diterima ke?” Ah sudah... Pak Syed ni dah bertukar jadi Ustaz tak bertauliah pulak.
            “Ada masalah ke dengan rambut saya ni?” Suara Alanna bukanlah bernada marah. Dia cuma sekadar bertanya. Ingin tahu jawapan daripada mamat kaki sibuk seperti Syed Ramli ini.
            “Yalah.. dengan rambut colour-colour ni.. Awak rasa solat awak diterima ke? Mandi wajib awak tu diterima ke? Kubur awak terima ke? Dan yang paling penting, Islam terima ke cara mat saleh awak nih?” Tanya Syed Ramli bertubi-tubi. Mukanya, suaranya, renungannya, semuanya sinis-sinis belaka.
            “Terlalu banyak soalan... Tapi saya akan cuba jawab semuanya.” Muka Alanna tetap tenang. Tak terluak langsung rasa sabarnya. Bagi dirnya, Encik Syed seorang yang sangat prihatin tentang Islam. Mungkin kadang kala caranya tidak kena dengan keadaan, tapi manusia memang begitu... Kurang memikirkan keadaan diri orang lain. Lebih betah mempertahankan pendapat milik sendiri. Walaupun pendapat itu seratus percent betul, tapi kesedaran sivik juga perlu untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Bukan ke Islam mendidik manusia agar sentiasa bertoleransi dengan orang lain?
            Encik Syed mula memeluk tubuh! Aneh sebenarnya kerana Alanna langsung tidak marah-marah.. Tidak seperti wanita-wanita lain.
“Tentang rambut saya ni, ini rambut saya yang asli. Bukan colour-colour seperti yang Encik Syed cakap tuh. Berkenaan dengan mandi wajib terima ke tak, kubur terima ke tak, itu bukan kerja manusia untuk memikirkan apatah lagi hendak menilaikan. Itu kerja Allah. Manusia hanya cuba memberi yang terbaik untuk menunaikan tuntutan agama. Semua manusia ingin belajar menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Dalam setiap yang sempurna tu pun, masih ada cacat celanya Encik Syed... tapi yang pasti, semua manusia hendak bergerak ke arah kesempurnaan.” Jelas Alanna tenang siap boleh melemparkan segaris senyuman lagi. Berdebat tak boleh pakai emosi. Haruslah guna otak!
“Seharusnya, ilmu yang kita belajar itu harus diamalkan.. Bukan untuk disimpan sehingga menunggu masa yang sesuai tiba. Masa tak akan pernah menunggu manusia kerana manusia sering kali membuang masa yang sudah sedia ada.” Ucap Syed Ramli serius.
Alanna terdiam. Mengambil kira hujah yang disampaikan oleh Syed Ramli itu.
“Kalau awak sendiri cakap awak ingin memberi yang terbaik dalam tuntutan agama, kenapa sampai sekarang awak masih belum bertudung? Masih membiarkan kecantikan yang sepatutnya menjadi milik seorang suami itu diratah oleh mata-mata yang penuh nafsu. Perempuan yang tak bertudung ini seperti membuka aib di dadanya sendiri..” Sambung Syed Ramli lagi.
“Jangan adili perempuan yang tak bertudung macam tuh... Bukan semua perempuan yang free hair tu teruk! Dan bukan semua perempuan yang bertudung tu baik...” Nada suara Alanna masih seimbang seiring dengan peredaran emosi. Lagipun, memang ada benarnya dalam kata-kata Syed Ramli itu.
Tengok dia sendiri lah. Walaupun dia mungkin tak bertudung, tapi dia tidak berpakaian seksi. Tidak pernah memakai skirt pendek atau baju tanpa lengan. Semua bajunya lengan panjang dan dia langsung tidak pernah memiliki  satu skirt sekali pun. Pakaiannya sentiasa tertutup. Cuma kepalanya sahaja yang masih terdedah.
“Mungkin betul cakap awak... tak semua perempuan yang bertudung itu baik tapi perempuan yang baik pasti akan bertudung kan? Am I right?”
Alanna tersenyum. Psycho betul lah mamat ni! Jadi, apa yang perlu dia lakukan sekarang, mengiakan atau menidakkan?
“Tak perlu jawab soalan saya Alanna... Satu hari nanti, awak akan menjumpai jawapannya.” Ujar Syed Ramli sambil terus berlalu keluar dari bilik mesyuarat. Alanna terduduk. Bilik mesyuarat yang sedari tadi dingin membeku, mula terasa bahang kepanasannya!
***
            Seminggu kemudian, entah angin kus-kus mana yang menghantui pak Syed, lelaki itu mengajaknya untuk bersarapan bersama.
            “Boleh tanya?” Alanna membuka suara apabila Syed Ramli hanya membisu. Tak biasa makan senyap-senyap nih!
            “Yup...”
            “Kenapa tiba-tiba je ajak makan pagi sama-sama. Nak sambung debat hari tu ke?” Kalau soalan Alanna, memang tak pernah bengkok-bengkok. Terus straight to the point!
            Syed Ramli ketawa besar. Tercengang Alanna dibuatnya. Sebenarnya, Syed Ramli lebih sesuai dalam keadaan seperti ini. Sebab wajah yang selalu diseriuskan itu hanya akan membuatkan dia nampak lebih tegang sahaja.
            “Awak ingat saya budak-budak tak sekolah ke yang gunakan emosi untuk sambung debat hari tu. Kita dah dewasa.. Let’s talk macam orang dewasa lah..Maaf kalau teguran atau kata-kata saya agak menyengat telinga awak. Itu memang habit buruk saya. Saya selalu nak betulkan keadaan walaupun keadaan itu bukan di dalam kawalan saya...” Selepas berdebat kelmarin, dia memang tidak dapat tidur lena. Rasa bersalah pula! Seolah-olah seperti menuduh Alanna perempuan yang teruk pula. Mungkin dia terasa sayang... sayang jika gadis sebaik Alanna ini tidak memesong ke arah lain. Mujur sahaja gadis itu kekal bertenang dan tidak mengetuk kepalanya yang biul itu.
            “Itu namanya, orang itu perfectionist... Pasal hal tempoh hari, tak ada masalah lah.. My parents pun memang dah selalu bising. Saya pun bukan kejam sangat nak menidakkan hal agama... Saya cuma mencari masa yang sesuai..” Ya, dia memang ingin bertudung. Cuma masih mencari-cari masa yang sesuai. Waktu bertudung nanti, dia nak tinggalkan semua habit buruknya. Nak jadi muslimah solehah!
            “Awak tahu.. bila kita sentiasa sediakan hati kita untuk menerima nasihat orang lain, maknanya Allah masih menjaga hati kita. Kalau dah memang dasar buta, tuli dan pekak, memang hati tu tak selamat dah...” Sedikit sebanyak, dia rasa bangga dengan Alanna. Dia memang gadis yang mudah untuk bertoleransi.
            Itulah doa Alanna setiap hari. Dia memohon agar Allah sentiasa menjaga hatinya. Sebab pokok pangkal yang berlaku dalam hidup adalah dari hati. Kalau hati baik, senanglah nak buat apa pun. Tapi kalau hati busuk, itu yang menjadi resepi utama Syaitan nak menodai umat Muhammad ini.
            “Saya sangat-sangat hargai Encik Syed...” Tak susah juga hendak mengenali pak Syed ini. Senang cerita, lelaki ini akan melahirkan semuanya. Tanpa menyimpan sedikit pun kejujurannya. Susah nak jumpa orang yang terlalu jujur ini tapi nak berhadapan dengan orang jujur ini bukannya senang! Silap hari bulan, asyik duk makan hati sahaja.
            “Jadi.. agak-agak awak, bila masa yang sesuai untuk awak bertudung?”
            “Hmm.. mungkin selepas mendirikan rumahtangga? Ada suami.. ada anak-anak.. Ada keluarga yang sempurna!” Mungkin itu adalah andaian yang sememangnya boleh digoyahkan.
            “Kenapa lepas kahwin? Sebab tak mahu suami pikul dosa isteri? Macam tu?” Tebak Syed Ramli lagi.
            Alanna mula mengigit bibir. ‘Ini ayat nak ajak berdebat ke nak ajak bertekak? Macam nak sambung topik hari tu jeh...’
            “Bukan ke tugas seorang isteri itu mengurangkan bebanan seorang suami. Jadi, tak kiralah dari segi bab agama ke, bab kerja rumah ke kan... Jadi termasuk sekali lah tuh..” Entah kenapa, dia seperti kurang yakin dengan jawapan dari dirinya sendiri. Rasa seperti bakal disangkal sahaja.
            “Jadi... awak dah fikirkan tugas dan peranan seorang isteri. Awak tak terfikir pulak pada peranan dan tugas seorang anak. Dosa anak perempuan yang masih belum berkahwin terletak di bahu bapanya. Awak tak kisah pulak bila harus menyedekahkan dosa-dosa pada bapak awak?” Syed Ramli bukanlah hendak mencari pasal. Tapi dia hendak mendengar jawapan daripada Alanna.
            Gulp! Kan betul firasatnya tadi... Tapi tak ada apa perkara yang perlu disangkal sebab semua perkara yang keluar dari mutlu Syed Ramli itu memang penuh kebenarannya. Kalau dia kembali melawan kata, maknanya dia cuba melawan tuntutan agama.
            Alanna terus diam... diam... dan terus terdiam. Akhirnya Syed Ramli tidak menggesa lagi. Sengaja memberi ruang untuk Alanna berfikir. Dia tahu Alanna gadis baik. Sebab itu dia ingin menarik Alanna agar terus melakukan kebaikan. Makan pagi diteruskan dengan sapaan kesunyian.
            “Habis makan dah Lanna?” Tanya Syed Ramli apabila melihat Alanna hanya menguis-nguis nasi di pinggannya.
            “Atau kata-kata saya dah mematahkan selera awak?” Tebak Syed Ramli lagi.
            Alanna hanya senyap dan tersenyum hambar.
            “Mari, saya bawa awak ke satu tempat!” Ajar Syed Ramli lantas terus bangun. Alanna yang agak terpinga-pinga itu ikut turut bangun. Mengekori langkah Syed Ramli yang sedang menuju ke kereta BMW miliknya. Pemanduan Syed Ramli hanya terhenti di sebuah butik.
            “Kita nak buat apa kat sini?” Tanya Alanna pelik apabila mereka berdua telah berdiri di muka pintu.
            “Shopping!”
            “Errk.. saya banyak kerja kat office..” Bantah Alanna tak puas hati. Sudahlah masanya banyak habis tadi, ini lagi menambah skop membuang masa.
            “Lagipun... Encik Syed nak shopping apa dekat butik tudung nih?” Luah Alanna lagi sambil mata menjamu selera dengan corak-corak tudung yang pelbagai bentuk dan warna itu.
            “Saya tahu awak akan buat kerja cepat.. dan kerja awak semua nak cepat! Jadi tak ada salah kalau buang masa sikit. Bukan saya yang nak shopping sekarang tapi awak yang kena shopping....”
            Terbeliak mata Alanna mendengarnya. ‘Kejadah aku nak shopping sekarang? Duit cash pun ada dua puluh ringgit jeh! Tengok tudung-tudung ni semua mahal-mahal... Kot ya pun nak perli.. Agak-agaklah sikit pak Syed oit...’
            “Encik Syed ni biar betul?”
            “Awak pilih je berapa banyak pun yang awak suka! Saya bayar...” Pelawaan Syed Ramli itu membuatkan mata Alanna membuntang
            “Jap... saya tak faham.. Kot ya pun nak suruh saya bertudung, tak perlulah sampai macam ni sekali Encik Syed...” Alanna makin bingung nak faham perangai Syed Ramlionermerssi ini. ‘Tahulah pak Syed banyak duit.. tapi tak payahlah nak tunjuk kuasa veto sangat!’
            “Ish... jangan salah faham! Ini sebagai tanda maaf sebab keceluparan mulut saya kelmarin dan pagi tadi. Saya akui, saya tak pandai jaga perasaan orang..suka cakap ikut sedap hati sendiri... Mungkin teguran saya agak kasar.... Tapi sekarang, awak kena jaga perasaan dan kena terima pemberian saya nih.” Syed Ramli mula menerangkan letak duduk cerita sebenar.
            “Saya tak kisahlah Encik Syed... Saya tak ambil hati pun.” Sungguh, perangai pak Syed ni memang susah nak duga. Agaknya dah biasa kot buat salah lepas tu belanja orang untuk tutup kesalahannya.
            “Okay... then sila pilih...” Syed Ramli sudah menyuakan beberapa jenis tudung kepada penjual. Bermacam-macam fesyen yang diambil. Kelabu asap mata dibuatnya. Alanna sudah mula menyerabaikan rambutnya. Pening... pening..pening.. Dia tak biasa menerima pemberian sebegini rupa.
            “Kejap Encik Syed...” Ditahan Syed Ramli dari terus menarik beberapa jenis tudung lagi.
            “Kenapa?”
            “Saya rasa butik ni mahal lah.. Saya tahu kedai mana yang murah. Dia jual tudung tu sepuluh ringgit je kot...” Terang Alanna penuh teruja. Memang butik ini mahal pun... Sekali pandang mungkin harga lima puluh ringgit. Tapi bila dua kali pandang, ada satu lagi kosong yang tertinggal. Gila pengsan. Beli empat pasang tudung, habis terus duit gaji.
            “Lanna... Lanna... Tudung ni nak diletakkan di atas kepala. Wajarlah kalau ianya mahal! Nak menutup sesuatu yang lebih mahal daripada harga tudung ni...” Kata-kata Syed Ramli itu memang berjaya membuatkan Alanna tercenggang. Sungguh, semua itu tak pernah menjenggah ke dalam otaknya. Seringkali dia merungut pada harga-harga tudung yang terlalu mahal itu.
            “Lanna.. jangan salah faham. Saya bukan nak paksa awak bertudung sekarang... tapi manalah tahu kalau awak terdetik nak bertudung nanti, awak boleh guna tudung-tudung nih.. tak lah terasa keluar duit untuk beli tudung sekaligus!”
            Apabila melihat Alanna yang sedikit terpana itu, Syed Ramli terus melangkah ke kaunter pembayaran. Tudung-tudung yang beraneka pilihan itu mula dimasukkan ke dalam beg plastik oleh si penjaga kaunter.
            “Lanna, awak okay ke tak ni?” Tanya Syed Ramli apabila mereka sudah masuk ke dalam perut kereta.
            “Kalau tak okay pun, kena jawab okay jugak kan...” Jawapan Alanna membuatkan Syed Ramli ketawa besar. ‘Hari ni, pak Syed memang banyak gelak.. aku pulak yang rasa nak menangis!’
            “Lanna, just be yourself. Saya sanggup dengar apa pun jawapan awak... Mana perginya Lanna yang optimis tuh.. Baru sehari keluar dengan Syed Ramli.. Tak kan dah hilang...” Gurau Syed Ramli sengaja. Wajah Alanna keruh seribu.
            “Sebab saya rasa awak bukan Syed Ramli tuh... Hari ni, awak totally differents kot..” Alanna mula melahirkan kejujurannya.
            Syed Ramli sendiri sedar yang dia memang lain benar hari ini. Kenapa ya? Dia senang berada di sisi Alanna hari ini. Sedikit sebanyak, gadis itu seolah-olah membetulkan dirinya sendiri.
            “Lanna, awak single lagi ke?”
            “Yup... single make simple.” Tersengih Syed Ramli mendengarnya.
            “Itu ayat orang tak couple...”
            “Sebab couple make trouble!” Sambung Alanna terus.
            “Amboihh... pandai bina ayat..” Kagum sebentar mendengar ayat Alanna itu.
            “Bukan setakat bina ayat.. Bina badan pun pandai....” Selamba sahaja ayat itu meluncur laju dari mulutnya.
            “Bina masjid pandai tak?” Duga Syed Ramli sambil menjeling.
            “Errkk.... yang tu tak khatam lagi...” Akhirnya kedua-duanya ketawa. Merelakan kebahagiaan menjengah di dalam kehidupan.  Hubungannya yang dahulu tak ngam, tiba-tiba bagaikan digam pula!
***
            Dari seminggu ke dua minggu, dari sebulan ke dua bulan... Hubungan yang dahulunya terjalin sebagai client, kini berubah ke alam persahabatan. Berkawan dengan orang kaya ini banyak juga ragamnya. Kadang-kadang Syed suka ke tempat branded-branded. Mana main aci redah warung-warung kegemaran Alanna tuh. Mereka berbeza dunia, berbeza pendapat tapi persahabatan telah membasi segalanya.
             “Lanna, apa kata kalau awak kerja dengan saya jeh!” Usul Syed Ramli sungguh-sungguh.
            “Tak mahulah...”
            “Saya tawarkan gaji lagi tinggi dari abang daddy awak bagi tuh!” Alanna ketawa besar apabila Syed Ramli ikut turut menggelarkan Tuan Maliki dengan gelaran abang daddy.
            “Awak gelar Tuan Maliki abang daddy?” Ini semua Alanna punya pasal. Ada pulak tersasul nama abang daddy waktu berbual dengan kak Didi di telefon dan Mr. AngryDuck ni sempat je nak skodeng perbualan orang.
“Errkk.. aah..” Alanna buat muka tak bersalah.
“Amboihh... tamak betul eh? Dah jadi abang nak suruh jadi daddy pulak!” Tembak Syed Ramli selamba. Mamat ni memang suka bergurau ikut dan dia jeh!
“Sebab muka dia yang masih handsome tu membuatkan dia masih nampak muda.. haruslah panggil abang kan.. tapi umur dia yang dah terlebih usia itu mewajibkan kita menggelarkan dia sebagai daddy. Jadi susah-susah sangat, panggil jelah abang daddy.. Settle masalah!”
“So sweet! Kiranya abang daddy tu lebih bertuahlah daripada saya!”
“Kenapa pulak?”
“Yalah.. nama timangan dia sweet sebab nama timangan saya lagi teruk kan..” Kening Syed Ramli terangkat sedikit. Alanna berpura-pura sedang berfikir.
“Errkk.. mana awak tahu?”
“Sebab awak save nama saya dalam phone awak Mr. Angry Duck kan?”
“Oh M Geeee... awak selongkar phone saya?” Alanna mula rasa nak marah! Tak suka bila hak asasinya diceroboh sesuka hati.
“Fokuskan pada nama Allah Lanna... kita tak ada tuhan yang lain selain daripada DIA..” Sempat lagi Syed Ramli menegur. Adakalanya sesuatu itu nampak remeh, tapi berat pengertiannya.
“Jangan pandai nak nasihat jeh.. Betulkan diri sendiri dulu!” Pertama kali, terkesan juga ketenangan milik Alanna. Hilang sikap sempoinya. Angin puting beliung mula nak mengaum!
Syed Ramli tersenyum melihat sikap Alanna yang tiba-tiba melatah itu.
“Don’t get me wrong.. Hari tu awak suruh pegang phone awak masa awak pergi restroom kan... So saya tertanya-tanya, nama apa yang awak save dalam phone. Then bila saya miscall, naik nama Mr. Angry Duck tuh.. Bukannya saya selongkar semua dalam inbox atau cek sama ada awak ada hubungan dengan lelaki lain..” Terang Syed Ramli serius.
Alanna mengigit bibir. Malu mula rasa menerjah. Sejak bila tergolong dalam golongan tak bersabar nih?? Adehh..
“Tapi kenapa mesti Angry Duck? Bukan Angry Bird?”
“Sebab mulut awak bising macam itik!” Opsss... Alanna menutup mulutnya. Ini macam dah terlebih komplen nih! Sekilas, dia menjeling sedikit ke arah Syed Ramli. Dia hanya tersenyum.
“Awak marah ke?” Tanya Alanna keliru. Seyap pulak mamat klasik nih!
“Saya macam marah ke?” Tanya Syed Ramli pula.
“Mungkin....” Agak Alanna. Entahlah, dia sendiri tidak pasti.
“Awak kena lebih banyak membaca pergerakan tubuh saya... Mrs Angry Duck...” Alanna menecebik! Poyo je mamat nih.
“Oh... Please... Jangan nak perasan lah...”
“Lanna..”
“Yup!”
“Boleh tak tukar dari Angry Duck tu kepada Sweety Duck?”
“Ini permintaan ke atau satu arahan?” Alanna ketawa. Oh.. mamat klasik ni tak marah! Cuma mungkin tadi dia diam tanda berfikir.
“Arahan...!!”
“Arahan delivered!”
Jadi semenjak itu, memang Syed Ramli menggelarkan Tuan Maliki sebagai abang daddy jugak. Dan kadang-kadang Syed Ramli ini boleh berubah kepada Angry Duck ataupun Sweety Duck! Boleh buat merempuan meroyan dengan layanannya dan mampu membuat perempuan pengsan dengan ketegasannya. 
            “Bukan pasal gaji Am...” Hilang terus lamunan panjangnya. Mula fokus dengan usul yang diberikan oleh Syed Ramli tadi.
            “Habis tu pasal apa? Tak sudi nak kerja dengan saya?”
            “Saya sayanglah nak tinggalkan abang daddy...”
            “Hah?” Hampir satu restoren mendengar suara Syed Ramli itu. Kuatnya mengalahkan orang yang tertelan microfon!
            “Awak jangan cakap yang awak dah jatuh cinta dengan abang daddy? Gila... dia tu dah ada bini kot..” Wajah Syed Ramli serius. Rasa nak ketuk sahaja kepada Alanna yang biul itu. Hero tua itu jugak yang dikejarnya!
            “Yup.. memang gila kalau awak fikir macam tu! Saya ni cukup waras lagilah.. Maksud saya tadi, saya senang bekerja di bawah arahan dia! Tu je.. Yang awak melencong sangat dari simpang ni kenapa?”
            Alanna ketawa melihat wajah serius Syed Ramli itu. Menggelabah betul!
            “Mana tahu kalau betul-betul awak sukakan dia... Memang tak sesuai lah. Awak deserve yang lebih baik dari dia...” Komen Syed Ramli serius.
            Alanna menyembunyikan senyum. “Deserve yang lagi baik? Macam siapa? Macam awak ke?” Mujur sahaja tidak tersedak Syed Ramli apabila menyambut huluran soalan Alanna yang teramat selamba itu. Alanna kalau nak tanya soalan, memang tak pernah tapis-tapis. Memang jernih, terang, jelas dan nyata. Itu yang membuatkan Syed Ramli kagum sendiri. Alanna tidak tenggelam dengan sikap malu yang tidak bertempat.
            “Kalau macam saya kenapa? Tak layak ke?”
            Alanna gigit bibir. Ini soalan perangkap nih! Hmm, pak Syed ni memang okay sangat walaupun kadang-kadang susah nak baca pergerakan badannya. Susah nak duga akal fikirannya. Tapi lelaki ini memang lelaki versi menarik. Boleh bikin hati tertarik. Tapi kalau boleh, dia memang nak mengelak dari lelaki seperti Syed Ramli. Baik memang baik.. tapi ayat selalu bikin makan dalam!
            “Memanglah tak layak.. Saya bukan golongan syarifah..” Nasib baik ada ayat nak tembak balik.
            Syed Ramli mengesat bibirnya mengunakan napkin yang memang sudah sedia ada. “Awak ingat ni zaman dulu-dulu ke? Orang sekarang dah buka mata... Soal hati tak boleh tengok pangkat atau harta. Kalau sememangnya cinta itu terlalu berharga, orang yang terlalu kaya pun tak mampu nak beli sebuah cinta... Trust me..!”
            Alanna ikut turut terdiam apabila mendengar suara pak Syed yang serius itu. “Awak pernah bercinta?”
            “Orang bodoh je yang tak pernah bercinta.”
            Kepala Alanna terangguk sedikit. ‘Aku memang tergolong dalam golongan bodoh tu!’ Tiba-tiba rasa menyesal sebab ‘ter’tanya soalan bodoh. Adehh.. yang tukang jawab pun dua kali lima ‘bodoh’ jugak.
            “Jangan cakap yang awak pun tergolong dalam golongan tulah..” Sebenarnya dia sengaja menjawab sebegitu rupa. Tahu sangat nak cam muka suci Alanna yang tak pernah bercinta itu. Bukan senang nak jumpa orang yang tak pernah bercinta! Satu dalam seribu...
            “Memang tergolong pun...” Nak tak nak, perkara betul memang kena mengaku jugak lah.
            “Kenapa masih single ya? Dan tolong jangan guna trademark single make simple tuh... sila bagi jawapan yang lebih serius.” Uji Syed Ramli dengan reaksi yang serius.
            “Sebab saya dah sediakan satu ruang untuk seorang lelaki yang bernama suami.. Yang lebih berhak untuk mengisi segala kekosongan hati ini.. Lelaki yang mampu membimbing saya.. Lelaki yang akan menyuluh saya dikala kegelapan menerpa. Yang dapat mengimamkan solat saya… Yang bakal menerajui perjalanan saya hingga ke Jannah… Memang saya akui saya tak baik.. tapi itu tak bermakna saya ni jahat.. Saya masih menjaga batas-batas seorang perempuan. Saya tahu, ada seorang lelaki yang telah dijanjikan Allah buat saya di luar sana dan saya setia menunggu kedatangan si dia yang telah dijanjikan Allah itu.. Menunggu si dia dengan penuh sabar adalah lebih baik dari bercinta tanpa cita-cita untuk menuju ke gerbang perkahwinan..” Jawab Alanna serius.
            Syed Ramli mendengar dengan khusyuk. Mengutip setiap bait kata-kata Alanna itu. Mungkin gadis ini tak bertudung. Walaupun puas diceramah, gadis ini kekal berkeras menunggu masa yang sesuai yang entah kapan akan memunculkan diri. Tapi memang Alanna masih menjaga dirinya dengan cemerlang. Malah, seringkali mengingatkan dirnya supaya mengamalkan solat di awal waktu.
            “Wanita seringkali mencari lelaki yang mampu mengimamkan mereka. Namun persoalannya, mampukah wanita menjadi mukminah yang setia.. yang kekal bertahan dan tidak akan berpaling ketika safnya?” Tanya Syed Ramli serius.
            “Terpulang kepada Imam untuk membimbing makmumnya.. Kalau seorang Imam itu sendiri masih rapuh dan pincang… memang dia tidak mampu untuk membimbing dengan sempurna. Tapi tekad saya, sekali saya dah memilih, saya tak akan berpaling lagi.. Akan setia mencinta.. dan akan kekal bertahan hingga ke Jannah. Itu janji saya buat si dia.”
            Syed Ramli mula membetulkan duduknya. Wajahnya diangkat sedikit. Nafasnya ditarik perlahan.
            “Sudi tak awak menjadi makmum saya?” Sekali lafaz, ayat itu keluar dari mulutnya.
            Mata Alanna membuntang. Mulutnya melopong.
            “Saya tahu awak terkejut… Saya pun terkejut jugak nih… Mungkin awak fikir yang saya sekarang tak fikir panjang. Tapi sebenarnya saya dah penat memikirkan perkara seperti ini lama-lama. Saya suka ambik masa untuk fikir sesuatu perkara tapi alih-alih perkara tu tak memberikan apa-apa kebaikan pun kepada saya. Saya akui, saya pernah bercinta.. tapi semuanya tak berkesudahan dengan baik. Mungkin antara kita berdua, hati awak lebih suci.. jiwa awak lebih bersih. Jadi, sudilah awak terima apa adanya diri saya. Sudilah awak menampung kekurangan saya.. Dan saya akan persiapkan diri untuk jadi Imam yang terbaik buat awak.” Sambung Syed Ramli lagi.
            “Tapi kita kan baru kenal…” Kenapa hatinya terasa bergetar hebat ketika menyambut lamaran Syed Ramli ini. Sebelum ini, dia pernah dilamar. Tapi dengan mudahnya dia menolak. Tapi kenapa sekarang terlalu sukar untuk mengungkap perkataan tidak!
            “Sebab tu saya tak nak kita terus buang masa..  Kita harus lebih serius dalam mengenali antara satu sama lain!”
            Jemari Alanna sudah bermain di dahi. Rambutnya sudah berapa kali dikuak. Habis serabai jadinya.
            “Saya nak balik…” Alanna sudah bangun lalu mencapai tas tangannya.
            “Saya hantar.”
            “Saya balik sendiri…”
            “Biar saya hantar Lanna.” Syed Ramli sudah mula mengeluarkan suara bernada arahan.
            “Tolong bagi saya balik sendiri atau awak nak dengar jawapan yang tak akan memihak pada awak?” Kali ini suara Alanna berjaya membuatkan Syed Ramli terpempam.
            “Okay fine.. balik lah sendiri… Tapi saya harap, awak jangan fikir lama sangat. Sebab masa yang lama hanya akan memenatkan kepala awak. Apa pun jawapan awak, saya terima..” Kali ini, nada suara Syed Ramli sudah menurun sedikit Akhirnya, Alanna pulang sendiri. Membawa persoalan yang memberatkan jiwa dan melelahkan hatinya.
***
            “Nak penadol ke dik?” Tanya kak Didi sambil merapat. Digengamannya memang terselit sepapan penadol.
            “Tak apalah… bukan pening sangat pun…” Tolak Alanna lembut. Bukan sakit yang menjadi masalahnya. Bukan kerja yang memeningkan dirinya. Tapi soal hati dan perasaan yang menjadi puncanya. Dan telan penadol, memang tak akan bagi apa-apa kesan pun.
            “Hai, mana prinsip hidup yang kau perjuangkan tuh… konon single make simple.. Tapi akak tengok macam muka macam orang tak siap jeh.. ada masalah ke dik?” Tanya kak Didi prihatin. Entah ke mana hilangnya sikap ceria milik Alanna. Sedari tadi senyap membisu.
            “Tak adalah.. biasa jeh!”
            “Alah… dengan akak pun nak kedekut ke? Akak bukan minta kongsi kekasih, akak suruh kongsi masalah.” Sedikit sebanyak, Alanna mula tersenyum.
            “Saya dilamar oleh seseorang…” Ayat yang mudah namun terlalu sukar untuk dilahirkan dalam bentuk suara.
            “Lah, kena lamar ke?” Suara kak Didi yang kuat bercampur teruja itu membuatkan Alanna bangun dari duduknya. Mulut kak Didi mula ditutup dengan kedua belah tapak tangannya.
            “Akak nih… nak bagi tahu satu office ke?” Tanya Alanna geram. Susah bila bercakap dengan mak cik becok nih!
            “Sorry-sorry… terlupa nak tukar mode suara…” Kak Didi mula tersengih-sengih.
            “Siapa yang melamar?” Bisik kak Didi.
            “Akak kenal ke?” Tanya kak Didi tak sabar.
            Alanna hanya mengangguk. Tak mampu berkata apa lagi.
            “Jangan cakap Mr. Angry Duck lah yang melamar kamu… Tak kan dia kot?” Duga kak Didi bersulamkan rasa keliru.
            “Malangnya.. saya terpaksa cakap ya… dia yang melamar saya!”
            “Hah, Syed Ramli yang melamar kau?” Suara kak Didi itu seperti bom atom yang membelah bumi. Kali ini, semua mata mula menghala ke arahnya. Kak Didi yang menyedari kesalahannya, mula menutup mulut mengawal rasa bersalah. Alanna tepuk dahi.
            “Serius ke Syed Ramli melamar Lanna?” Tanya satu suara. Dan mulut Alanna makin melopong apabila melihat gerangan yang bertanya. ‘Bila masa abang daddy ada dekat belakang aku? Masaklah aku macam nih…’
***
            Bilik Syed Ramli terus dirempuh. Dia sudah tidak peduli pada larangan setiausaha Syed Ramli. Apa yang penting, dia mesti berjumpa dengan lelaki itu. Namun langsung tidak menduga yang Syed Ramli mempunyai tetamu. Mula rasa menyesal kerana main serbu sahaja.
            “Lanna..” Syed Ramli tergamam menyambut kedatagan Alanna itu. Pandangan matanya mula terarah ke wajah papanya. Syed Ramlan memandang Alanna tanpa kelip.
            “Maaf… saya tak tahu yang Am ada tetamu…” Alanna mula menundukkan wajahnya sedikit. Kakinya mula melangkah setapak ke belakang. Serius rasa macam nak terjun lombong.
            “Tak apa… pak cik memang nak keluar pun…” Syed Ramlan memandang Alanna tanpa kelip. Jadi, inikah perempuan yang diceritakan oleh Tuan Maliki semalam.
            “Lanna… perkenalkan… ini papa saya. Syed Ramlan.” Syed Ramli mula merapat.
            Serius Alanna rasa hendak pengsan. Pasti Syed Ramlan berfikir negative tentang perangai dirinya ini. Tak ada adab langsung bila serbu pejabat orang tanpa ketuk pintu. Okay, nampak sangat yang sahamnya jatuh merundum.
            Alanna hanya menundukkan wajahnya sedikit. Tidak berani hendak menghulurkan salam. Bimbang jika tak disambut, bertambah jatuh sahamnya itu.
            “Nice to meet you Lanna..” Tutur Syed Ramlan dengan senyuman. Cantik! Ya, itu satu perkataan yang boleh mengambarkan kecantikan Alanna. Tentang isu menutup aurat itu, Syed Ramli pasti boleh membimbing Alanna. Semua orang perlu diberikan peluang. Lagipun, sesuatu yang mencapai angka seratus itu pun bermula dengan kosong. Jadi, orang yang tak pakai tudung, atau tak tahu tentang agam pun boleh bertambah ilmunya jika dibimbing dengan baik.
            “Nice to meet you to uncle..” Ujar Alanna lambat-lambat. Dia perasan yang Syed Ramli menjelingnya tajam!
            Apabila Syed Ramlan keluar dari pejabat, terus Syed Ramli melangkah ke tempat duduknya Meninggalkan Alanna sendiri di muka pintu.
            “Lain kali, sila buat lagi perangai tak sopan macam tuh!” Perli Syed Ramli sengaja.
            “Sekurang-kurangnya saya bukan penipu macam awak…”
            Syed Ramli mengerutkan dahinya. ‘Ah sudah… ni skrip drama mana pulak nih?’
            “Jangan bercakap pasal isi sebelum memberikan pendahuluan Lanna. Saya tak faham!” Luah Syed Ramli penuh ketegasan.
            “Awak tak cakap pun yang awak anak saudara abang daddy…” Perkara inilah yang membuatkan Alanna menyerbu pejabat Syed Ramli pagi-pagi ini.
            “Awak tak tanya…” Sungguh, rasa hendak ketuk kepada Syed Ramli apabila menyambut jawapan lelaki itu.
            “Tolonglah jangan bagi jawapan bodoh macam tuh..” Marah Alanna selamba. Tanpa sedar, dia memang dah menggunakan ayat yang agak kasar.
            “Memang saya bodoh pun Lanna… bodoh menunggu jawapan dari awak. Sampai bila awak perlukan masa?” Desak Syed Ramli keras. Seminggu… nampak tak lama. Tapi jiwa yang menanti itu yang kenal erti penyiksaannya.
            “Awak tak boleh bersabar ke?” Baru diduga sebegini pun dah menggelabah.
            “Saya mahukan kata putus.. Kalau A, kata A.. Kalau B, katakana B….Saya tak suka pada situasi tergantung macam nih.” Luah Syed Ramli lagi.
            “Saya tak rasa kita boleh go on Am… Awak dengan saya berbeza sangat. Kita dari dunia yang berbeza.. Tengok macam sekarang lah, kita langsung tak boleh nak handle masalah kecil macam ni…” Ujar Alanna sambil terduduk di sofa. Kepalanya mula dipanggung. Sebenarnya, dia hampir-hampir ingin bersetuju. Namun apabila melihat pertelingkahan sekecil ini, hatinya mula dipagut kegusaran.
            Syed Ramli sedikit tercengang. Terpukul dengan kata-kata Alanna itu Batang tubuh Alanna mula didekati.
            “I’m sorry Lanna… Sebenarnya saya terkejut awak datang serang saya pagi-pagi macam nih…” Syed Ramli mula rasa bersalah. Mungkin dia tidak peka dengan perasaan Alanna bahawa gadis itu memerlukan masa. Dan perangai mendesak seperti ini tidak akan mampu menyelesaikan masalah.
            “Awak akan sentiasa terkejut dengan tindakan spontan saya Am… dan saya tak mahu nak hadapi semua ini berulang kali.” Ucap Alanna sungguh-sungguh.Mukanya mempamerkan riak kerisauan yang bukan sedikit.
            “Okay.. yang tadi first time kan.. So, memang akan tergeliat sedikit. Lepas ni saya akan lebih bersedia.” Ucap Syed Ramli yakin.
            Tapi kata-kata itu belum mampu untuk memberikan keyakinan kepada Alanna. “It so hard Am… saya rasa, saya nak terus single. Single make simple but couple make me trouble…”
            Syed Ramli tersengih sahaja menyambut prinsip hidup Alanna itu. “Salah tuh… couple make double lah…” Gurau lelaki itu selamba. Alanna mengigit bibir ‘Ada yang nak kena sepak nihh..’
            “Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari seseoang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kita tetapi dia masih sanggup menyayangi dengan sepenuh hatinya…saya yakin awak mampu menerima saya seikhlasnya. Sebagaimana saya menerima awak seadanya.”
            Kata-kata Syed Ramli itu memang mampu membuatkan Alanna terharu sendiri. Memang banyak kebenaran jika diselidik bait kata Syed Ramli.
            “Kenapa saya?” Dalam banyak-banyak perempuan di dalam dunia ini, kenapa dia?
            “Sebab awak mampu membuatkan saya menjadi lelaki yang lebih baik…” Terang Syed Ramli telus. Mungkin Alanna bukan gadis solehah. Tidak memenuhi piawaian yang diperlukan untuk menjadi isteri yang sempurna. Jadi semua beban itu mula tergalas di bahunya. Menggalas tanggjungjawab baru untuk menjadikan Alanna lebih baik dari semalam. Membimbing gadis itu ke arah kebaikan. Jadi kerana itu dia perlu memperlengkapkan dirinya dengan lebih kemas. Perlu memantapkan keimanan milik sendiri. Semua ini akan membuatkan dia menjadi lelaki yang lebih baik.
            “Am… Saya tak tahu nak cakap apa lagi.” Kedua belah tapak tangan mula ditekup ke mukanya. Semuanya kelihatan kusut dan membingungkan.
            “Just say yes Lanna…” Pinta Syed Ramli penuh berharap.
            “Saya takut.. takut kalau apa yang kita harapkan tak menjadi.” Entah ke mana hilangnya skap optismisnya. Semuanya kelihatan kusut masai sahaja.
            “Belajar memahami akan diri seseorang itu belum tentu akan membuatkan kita faham sepenuhnya.. Belajar member nasihat kepada seseorang belum tentu membuktikan kita lebih baik daripadanya… Belajar berkongsi kasih belum tentu kasih yang bersemi akan kekal selamanya... Namun sekurang-kurangnya, kita sudah berusaha untuk memberi yang terbaik dalam perhubungan ni.. Walaupun mungkin penghujungnya bukan seperti yang di pinta.. Tiada siapa yang boleh mendabik dada dengan menyatakan dialah yang sempurna. Dua jiwa bertemu mesra adalah untuk saling menampungi sesama sendiri. Jangan berasa diri mempunyai kekurangan, kerana bimbang semua itu akan menghalang kita untuk memberi yang terbaik. Just say yes Lanna.. Then we will go through this way together…”
            Kata-kata Syed Ramli itu membuatkan pipi Alanna basah dengan air mata. “Lah, kenapa menangis?” Tanya Syed Ramli aneh? Adakah ada kata-katanya yang membuatkan Alanna terluka?
            “Terharu lah…”
            “Kalau terharu, kenalah cakap yes… saya setuju nak jadi partner Am, together and forever…” Ajar Syed Ramli sambil ketawa kecil.
            “Action speak more than words kan… Saya rasa, awak dah boleh tahu jawapan saya..” Syed Ramli tersengih. Dia boleh faham dan boleh rasa. Tapi dia tetap inginkan kepastian.
            “Saya tak fahamlah…” Syed Ramli mula buat muka toya.
            “Bagi telefon awak kejap?” Pinta Alanna tiba-tiba. Apabila telefon telah bertukar tangan. Setelah menukar sesuatu di telefon milik Syed Ramli, telefon itu mula bertukar tangan semula.
            “Awak buat apa?” Tanya Syed Ramli sambil membelek telefon miliknya sendiri.
            “Tengoklah sendiri..”  Alanna mula bangun. Dia ingin pulang. Tidak mahu berlama-lama memandang wajah Syed Ramli. Malu lah…
            Puas Syed Ramli mengesan sebarang perubahan dengan intipati telefonnya. Tidak ada sebarang mesej di sent item. Ataupun mesej di inbox. Tanpa berfikir panjang, dia mula mendail nombor telefon Alanna. Mahukan kepastian disebalik kekeliruan ini. Tapi tiba-tiba matanya menangkap sesuatu!
            Rupa-rupanya Alanna menukar nama di nombor telefonnya. Jika sebelum ini dia menulis nama Alanna, kini gadis mengubah menjadi Mrs. Sweet Duck.. Oh, memang sangat sweet! Alahai, kalau dah perempuan tuh, tetap perempuan. Suka benar berkias.
            Syed Ramli tersenyum. Selepas ini, dia ingin merangka hubungan yang lebih serius bersama Nur Alanna. Segala rintangan akan cuba diharungi dengan penuh sabar. Prinsip Alanna yang menyatakan couple make trouble itu perlu diperbetulkan.... 

p/s:: ini first part…. Tunggu part depa couple pulak.. entah apa masalah yang dia orang kena t8 over.. sila baca dengan senyuman… maaf untuk segala kesalahan ejaan, tatabahasa.. masih belajar untuk memberi yang terbaik… n jangan lupa komen.. ngeee..



                       
            

52 comments:

  1. ya dah baca dgn senyuman yg tak lekang di bibir. haha. apalah yang syed ramli nak buat dekat alanna nanti.. I wonder... huhu

    pssst.. sara nak tanya biasanya kalau sara buat cerpen sara buat berapa muka surat ya?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang awak wonder kan tuh? ngeee.. biasanya kalu buat cerpen sure lebih 50 page..ad tu smpai 130 page kot... tp yang ni 38 jeh... jehhh tu y penting..haha.. =)

      Delete
  2. hehheehheh...best n terbaik la..lw part couple nt lagi menarik kan..uuuu xsabar sya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sabar kak.. sedang berusaha keras ni nak kasi settle =)

      Delete
  3. Alngkah bestnya kalau semua gadis-gadis ni boleh ikut prinsip lanna...Harap cerpen ni boleh membuka minda pembaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. hope leh bukak mata n minda semua pembaca.. benda y nmpak simple, tp sbnarnya bg effect y besar dlm hidup.. =)

      Delete
  4. hihhihi....best sgt...x sabar nk tggu part seterusnya...hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeee.. thanks farha.. sila tunggu part seterusnya ya.. =)

      Delete
  5. comel plak kish dorg nie,mmg kte idup pn sling mlengkapi antara psgan kte xde spe yg smpurna..x sbar nk tggu n3 bru

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... tp jangan biarkan kekurangan menghalang dari memberi yang terbaik.. =)

      Delete
  6. comel. hahahaha! nama syed tu buat lidah moon tergeliat nak menyebut :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sejarah pada nama tuhh moon.. tu kena tunggu..=)

      Delete
  7. wehuuuuuu... nak lagi! nak lagi! just sweet and nice.. likeee~ ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar sabar sabar... tu je leh ckp.. haha.. =)

      Delete
  8. cerita nihh comel :D serius
    nama hero tuhh berulang kali lia berlatih nk sebut -.-
    tak sabar nk tunggu sambungan dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg saje buat cite comel2 ajeh.. haha.. nama hero tuhh... kena tunggu tersingkap nyer sejarah nama tuh..haha... =p

      Delete
  9. Cute ;) Cepat sambung ya!

    ReplyDelete
  10. Haha...gelak smpi kluar air mta ni...trharu...eh3..aku da jd cm mrs sweet duck lak..trharu smpi mlleh air mta...hehe...apa2pn..best!! ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk.. ko pun terharu ke? mcm Mrs Sweety Duck pulak.. lepas ni tkut jadi haru biru pulak.. =p

      Delete
  11. sara, suka sangat.. x sabar nak tunggu part depa couple.. nanti bagi y swee2 tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuyoo.. x leh sweet sngat.. nnti kena kencing manis.. naya pembaca..hahaha..

      Delete
  12. LIKE, LIKE, LIKE sampai lebam... awak memang ada banyak jenis olahan ya? tp sy suka.. x boring

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngee.. sampai lebam tuh.. banyak ke? x lah.. cuba kalu part suka suki, haruslah santai2.. part serius, islamik, harus mengkaji dan mengaji.. haha..

      Delete
  13. hehehe...sowi sara lmbat singgah...pape pun suka citer nie..setiap cerita olahan yang berbeza, suka. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe kak.. harus dahulukan perkara2 y penting dulu.. oalhan berbeza? kena santai2 kalu versi comel2.. kalu guna ayat berat kang, mati pembaca nk skodeng..haha

      Delete
  14. best sangat2.. bila nak masukkan part seterusnya?

    kak zila

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgh bulan lah.. boleh? ngeee... kalu dah siap t, compem sy post terus..

      Delete
  15. BESTTT.... DAH TERLEBIH SENYUM NI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. dah nampak dah senyuman tu kak.. cheeseee... =)

      Delete
  16. nisa: hehe sweet sangat..suka karya nie!!kak sara the bez

    ReplyDelete
    Replies
    1. nisa,,,, selalu nampak awak komen2.. x mahu ke join page or group sy... pelawa nihh... =)

      Delete
  17. OMG! Baca cerpen ni teringat zaman muda2 dulu. Cuma belum pernah tersangkut dengan client je. Hahah. :p good job Sara! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Hajar... rasanya kena panggil akak..heheh.. belum pernah tersangkut ngan client, tapi client yang tersangkut ngan sy.. ahaksss.. perasan gituuu

      Delete
  18. kak sara....love it...mmang best lh x kira novel @ cerpen semua saya suka...keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks yunk.. aishh.. akak pun masih belajar memberi yang terbaik.. =)

      Delete
  19. as-salam & hi Sara,

    first time nk komen ...
    hehe .. x tau wat to say ...
    but i get it-santai & chillz
    love Alanna character - straight forward & sweet & spontaneous!
    Weird name Mr Syed - combination of malay, Argentine footballer=Italian keh keh keh ...!
    can't imagine nama anak dorang nanti ape eh???

    ~Jazmeen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. tidakkk.. awak baca cerita budak x abs sekolah ni ya.. segan teramat jadinya.. hehe.. terbayang awak komen kak KL.. ahaks.. siap buat conclusion untuk setiap watak... wah.. siap pk nm anak dia owg tuh... x tahan btul.. =) ap2 pun.. thanks coz mencemar duli mengomen di sini..

      Delete
    2. ish ...ish ... komen yg sengal tuh pon u want to read ... buang karan je!*nk buat komen mcm tu kat sini SEGAN le!
      btw ... when will b part 2 on air? .. gigih neh nk tunggu!
      your live comment on EURO tx leh blaah dah! buat ulasan EURO mcm gaya tulis cerpen keh keh ...:)

      ~Jazmeen

      Delete
    3. oh... saya kalu baca buku, tgk bola atau ap2 pun y menjadi sntapan mata, sya pasti akan komen sungguh2.. itu tnda sy menghargai ap y berlaku di sekeliling kita.. x gitu? heh.. abh pun ckp.. dah leh jadi pengulas sukan dah pun.. kah kah kah.. gelak untuk diri sendiri

      Delete
  20. ayat yg santai dan telus tergam dlam hati.. big thanks to you, makes me wanna be 'baik'... may Allah bless.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap garapan, walaupun santai2... tetap ada iktibar yang boleh kita kutip kan... insyaAllah.. kita sentiasa harap untk jadi lebih baik dari biasa.. =)

      Delete
  21. Syed ramli... klasiku nama tu... hihihi.
    n yg paling pnting dia yakin pada Alanna.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. klasik lah sngat..haha.. yup.. keyakinan kepada pasangan itu penting...

      Delete
  22. love this story very much. cik writer, minta maaf ya, sy dh ambik bbrp ayat yg menarik utk diposkan di fb. sekadar menjwb soalan seorg teman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe nana... boleh ambik mana2 quote yang awak suka.. ilmu tu kita kena share kan...=)

      Delete
  23. sara,

    hihiihihii...best wey..comey je term2 yg sara guna. mrs. sweet duck..
    1st time baca cerita sara n akak love it mucho.. keep up the good work babe.

    lev u muaahsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak, ni first part.. bacalah smbungan dia.. hehe..

      Delete
  24. aduh...sy xtau citer nie ada kesinambunggannnya....1st sy baca married make perfect, pas tu baca couple makes trouble (masa baca nie baru sedar, citer nie brsambung2)...last baru baca single make simple...hahaha...janji layan!!!! btw, best! =)

    ReplyDelete
  25. hahaha.. nak lebih perfect.. sila baca sekali lagi... dengan susunan y betul... heh.. mujur x fening feningg..

    ReplyDelete
  26. Hello, I log on to your blogs on a regular basis. Your humoristic style is witty, keep up the good work!
    Review my homepage ... Provillus

    ReplyDelete
  27. Thanks , I've recently been searching for information approximately this subject for a long time and yours is the greatest I have found out till now. However, what in regards to the conclusion? Are you certain concerning the source?
    Here is my webpage ; Profollica

    ReplyDelete