Sunday, 3 March 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [8]


Rasa macam tak cukup oksigen nak ditarik. Jiwanya bergesel dengan rasa bersalah. Sesiapa pun yang berada di dalam situasinya, pasti bimbang hendak menerangkan situasi yang sebenar. Amna betul-betul buntu!
            “Jangan risau Amna. Mama sihat je. Cuma kena jaga kesihatanlah. Makan kena pantang.. tak boleh stress atau terkejut sangat...”
Pujuk Hajah Zubaidah lembut. Sedikit terkesan melihat perubahan muka Amna yang kegelisahan mendengar ceritanya.
            “Hah, apa dia yang Amna nak beritahu mama tadi?”
 Amna hilang kata-kata. Akal fikiran langsung tak berfungsi. Tak tahu pembohongan mana yang sesuai untuk diberikan pada Hajah Zubaidah.
            “Hmm, saya ni orang susah. Bukan datang dari keluarga yang kaya raya macam mama. Saya rasa saya tak mampu nak hidup dalam dunia mama dan Redza... Jadi lebih baik kalau..” Belum sempat dia menghabiskan katanya, Hajah Zuraidah sudah mencelah.
            “Buat apa mama nak cari menantu yang berharta. Mama sendiri ada harta. Kekayaan kalau dihitung banyak mana sekalipun, tak akan terbanding dengan kaya budi bahasa Amna. Yang mama tahu sekarang, mama senang tengok pilihan Redza. Sejuk hati mama. Sekurang-kurangnya kalau mama pergi nanti, mama tahu yang ada orang yang boleh jaga Redza untuk mama. Mungkin jugak Amna akan jaga Redza lebih baik dari yang mama lakukan.”
            Dah sudah...
            “Kalau ada pun seseorang perempuan dalam hati saya, dia tak akan rampas tempat mama. Sebab perempuan yang baik, tak akan rampas hak orang lain. Mama akan kekal sebagai perempuan paling utama dalam hidup Redza. Tak akan ada sesiapa pun yang boleh merampas tempat mama. Dan perempuan yang baik, pasti akan menumpangkan kedudukannya dengan orang lain.”
            Sampuk Redza yang tiba-tiba muncul dengan senyuman.
            Sungguh Amna tercengang mendengar kata-kata Redza itu. Tidak dapat tidak, Amna harus akui yang jiwanya sedikit tersentuh. Dikerlingnya mamat tidak berperasaan itu. Besar kasih seorang anak terhadap ibunya. Entah sejak bila dia muncul, Amna sendiri tidak menyedarinya.        
            “Kalau mama terpaksa berkongsi kasih Redza dengan Amna, mama rela...”
Redza tersenyum bangga mendengar kata-kata mamanya. Rasa macam tak percaya yang Amna masih belum bocorkan rahsia yang sebenar. Takdir akan mengikat hati yang berjodoh. Mungkin susah untuk Amna terima yang mereka mungkin berjodoh!
Dear Amna, saya akan ajar awak untuk cintakan saya!’ Tekad Redza sungguh-sungguh.
            “Sekarang, Amna tak perlu takut lagi. Mama tak akan sesekali halang hubungan kalian berdua. Jadi, cepat-cepatlah kahwin. Mama dah kepingin nak bercucu ni.” Ceria sahaja suara Datin Zubaidah memeriahkan keadaan.
            Amna diam. Tak tahu hendak menyampuk tang mana. Patutnya dia berterus terang je tadi. Biar je mama Redza ni kena heart attack sekalipun. Tapi setelah difikir dalam-dalam, sejak bila dia sekejam ini?
            Tapi rasa bengang tetap menjenguk apabila melihat riak wajah Redza yang tersenyum-senyum. Pasti lelaki itu senang mengenakan dirinya.
            Melihat wajah Amna  yang cemberut, Redza sedar yang Amna terasa seperti hendak membunuhnya! Permainan cinta ini jadi makin seronok pula.
            “Eh, kita ni asyik berbual je.. Langsung tak order makan. Amna, dear nak makan apa?”
            Amna menjeling memandang muka Redza. Marahnya makin menggelegak mendengar perkataan dear itu. Gelinya menusuk ke tulang rusuk! Pelayan mula datang dan menyerahkan menu hidangan.
            Hajah Zubaidah senang untuk memesan Spageti Hawai sahaja. Amna pula masih membelek-belek menu yang terhidang. Dia rasa macam nak makan Redza panggang cicah air asam!
“Redza nak makan apa? Lamb chop dekat sini sedap jugak.. tapi Redza kan tak makan kambing...”
Mendengar omelan Hajah Zubaidah, tiba-tiba datang satu idea untuk mengenakan Redza. “Eh, hari tu masa keluar dengan Redza, dia makan je Lamb Chop! Memang Lamb Chop kat sini sedap.....”
Hajah Zubaidah sedikit tercengang. Benarkah begitu? Rasanya, sejak kejadian dulu, Redza langsung tak pernah menyentuh hidangan yang berasaskan kambing.
Air muka Redza dah mula berubah. Dia sedar yang Amna memang sengaja hendak mengenakannya.
“Hmm, biar Amna orderkan untuk Redza ya. Okay, East Meets West  untuk Redza... dan Fresh Apple...”
Melalui gambar rajah di dalam menu, East Meets West adalah sejenis Nasi Ayam yang dihidangkan bersama Lamb Grill yang memang nampak mengiurkan. Timur itu merangkumi Nasi Ayam manakala barat pula ditujukan pada Lamb Grill itu. Perfect!
“Amna pulak nak makan Mee Kari dan Watermelon Juice..” Sambil menutup menu, Amna tersenyum kepada pelayan.
Redza ketap bibir. Nampak dah wajah kejam pada air muka Amna. Tapi tindakan Amna langsung tidak ditegah. Beralah dan bergaduh dihadapan mama bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.
“Erk... betul ke Redza nak makan kambing ni?” Tanya Hajah Zuraidah sekali lagi. Sungguh dia tak percaya. Sejak sekian lama, akhirnya Redza menyentuh juga makanan kesukaan Radzi itu?
“Betullah mama... Tak kan lah Amna nak gebang mama pulak kan...” Suaranya dileret sambil mata mengerling pandang ke arah Amna. Sengaja dia membantu pembohongan Amna ini. Sengaja mahu menjaga air muka gadis itu.
Amna buat tak tahu. Dia tak tahu apa masalah kalau Redza makan kambing? Alergik ke? Darah tinggi ke? Apa pun kesannya, dia tak peduli! Yang pasti, dia mahu balas dendam kerana Redza pandai-pandai menjadikan kisah mereka sebegini rupa.
Serius hidupnya dah macam drama! Siap ada episod bersambung lagi. Redza memang melampau!
***
            Petang itu, Redza langsung tidak masuk ke pejabat. Pemanduan dihala ke arah rumah Ezrakil. Tumpang seronok apabila sepupunya itu  mendapat anak yang kedua. Lelaki pulak tu! Cemburu mula menumpang di hati. Mahu tak cemburu, Ezrakil yang hanya tua dua tahun darinya itu sudah mempunyai keluarga yang sempurna! Dia pulak, tak payah ceritalah. Masih kelabu untuk mendapatkan calon isteri. Dapat pulak calon yang garang macam Amna, jadi haruslah lebih bertabah!
            “Oit... kenapa tak beritahu nak datang?”
            Terus Ezrakil dan Redza hilang dalam pelukan erat. Ezrakil tersenyum lebar. Jelas air wajah yang penuh kebahagian.
            “Awek aku mana?”
            “Sorrylah bro! Awek kau dah dapat hero barulah. Dia dah tak tertarik nak mengendeng dengan kau dah!” Usik Ezrakil sambil ketawa.
            “Eryna.... Uncle Redza datang nih.” Laung Ezrakil kuat. Menjerit memanggil anaknya yang sulung itu.
            “Uncle....” Dari jauh lagi Eryna sudah menjerit memanggil Redza.
            “Hati-hati Eryn.... Jatuh nanti...” Tegur Ezrakil sambil menggelengkan kepala. Anak perempuan tapi lasak macam lelaki. Hyperaktif sungguh! Kadang-kadang dia sendiri sudah kehabisan bateri melayan karenah Eryna. Ini sindrom genetik isterinya agaknya.
            “Uncle.... Eryn dan dapat adik... Adik Eryn handsome macam ayah...” Eryna yang sedang didukung oleh Redza itu mula bercerita tentang adik lelakinya itu.
            “Lah... kenapa handsome macam ayah? Handsome macam unclelah...”
            “Ayahlah orang yang paling handsome... sebab tu ibu suka dekat ayah. Uncle orang yang ketiga handsome...” Ada-ada sahaja jawapan si kecil. Baru berumur empat tahun tapi mulut pot pet pot pet macam bertih jagung.
            “Ketiga? Siapa yang kedua?”
            “Eshan Furqanlah yang kedua...”
            “Siapa Eshan.... Furqan?” Tanya Redza blur.
            “Ishh uncle ni... Baby barulah..” Jawab Eryna sedikit marah. Ezrakil tersenyum sahaja melihat Eryna  yang memang sedia manja dengan Redza.
            “Kil, kenapa liat benor nak sebut nama anak kau tuh? Aduh... Kalau nama tak glamour tak boleh ke?”
Kadang-kadang aneh juga Redza dibuatnya. Kenapa ibu bapa sekarang cenderung nak meletakkan nama yang pelik-pelik. Memanglah ada kelainannya, tapi tak ke menyusahkan!
            Ezrakil ketawa. “Apa yang glamournya? Aku letak nama yang ada maksud... Eshan tu bermaksud dalam berkat Allah. Furqan pulak bermaksud bukti.. kenyataan... Bukan nama yang aku reka-reka sendiri. Lagipun nama mak bapak dah glamour, nama anak mestilah lagi glamour.”
            Redza mencebik. Lengan yang sedang mendukung tubuh Eryna mula terasa lenguh. “Ish, Eryn dah gemuklah uncle rasa...”
            “Eeee... mana ada? Eryn kuruslah... Dah dua minggu Eryn diet tau! Dah lah... Eryn nak pergi jumpa adik... Nanti Eryn bawak adik jumpa uncle ya.. Uncle tunggu tau, jangan balik lagi!” Terus Redza menurunkan Eryna yang laju berlari naik ke tingkat atas.
            “Diet?” Soalan itu ditujukan pada Ezrakil yang sedari tadi asyik tersenyum.
            “Ialah... Bini aku kan tengah berpantang. Jadi kami sekeluarga makan ikan bakar jelah tiap-tiap hari....”
            “Fuh... sanggup pulak kau?”
            “Apa sahaja demi insan yang aku sayang. Believe me... One day you will do the same as I do right now.” Ucap Ezrakil yakin. Satu ketika dahulu, dia pun tak sangka yang dia sanggup berkorban apa sahaja demi seorang perempuan.
Perkahwinan membuatkan dia melakukan kesilapan. Tapi perkahwinanlah yang telah membuatkan Ezrakil belajar dari kesilapan. Perkahwinan mengajar diri untuk berjuang dan berkorban untuk apa sahaja!
            “Lakukan apa? Makan ikan bakar dengan nasi kosong?” Tanya Redza sambil ketawa. Rasa macam tak percaya pun ada. Tapi sanggup pulak si isteri tengok suami makan makanan tak berperisa itu?
            “Bila kau dah sayangkan seseorang secara serius... Kau akan lakukan apa sahaja Redza.. Kau akan korbankan segalanya untuk buat dia bahagia. Kau nak lalui segala keperitan yang dia rasa. Kau nak tanggung segala kesakitan yang dia ada. Apalah yang teruk sangat bila makan nasi kosong dengan ikan bakar itu jika hendak dibandingkan dengan perjuangan Feesa mengandung selama sembilan bulan dan berhadapan dengan maut untuk lahirkan anak aku.... Aku tak boleh nak tanggung sakit dia, tapi aku mungkin boleh kurangkan sakit dia... kurangkan penat dia..Tak ke menyusahkan bila dia nak kena masak lauk untuk aku pulak.” Panjang pulak nasihat dari Ezrakil.
            Bangga pulak Redza mendengar pengakuan Ezrakil. Siapa kata orang lelaki payah nak setia? Buktinya ada dihadapannya sendiri. Tapi persoalannya, mampu ke dia menjadi seperti Ezrakil?
Yang setia....
Yang memahami...
Yang menjadi idaman setiap wanita...
            Redza sedar yang dia tak baik mana. Tapi tipulah kalau dia cakap dia tak mengharapkan perempuan yang baik! Tapi dimana letaknya harga diri sendiri kalau dia mahu perempuan yang baik itu membimbing dia? Jadi, seharusnya dari sekarang dia mempersiapkan diri untuk jadi baik. Melakukan segalanya secara istiqomah....
            Tapi payah betul kalau syaitan banyak bermaharajalela di ruang hati! Bukan mudah untuk jadi baik. Jalan yang berliku pasti sedang menanti di hadapan.
            Lamunan Redza terhenti apabila melihat kelibat Ezrakil yang berlalu mendapatkan isterinya yang sedang turun dari tangga itu. Nampak keceriaan di wajah Farafeesa.
Slow-slow sayang...” Eshan Furqan mula bertukar tangan.
            Hatinya diserang rasa cemburu lagi. Melihat Ezrakil yang melayan Farafeesa dengan lembut, membuatkan Redza berfikir sendiri. Macam mana nak jadi macam Ezrakil?
            “Sorrylah baru turun Redza...” Tegur Farafeesa ramah. Dia baru sahaja selesai menyusukan si Eshan.
            Dari satu sisi, terselah kelihatan dan kelesuan. Namun air muka yang pucat itut tetap menampakkan seri ibu kepada dua orang anak. Wajah orang bahagia.
            “Abang tak buatkan air untuk Redza ke?” Pandangan mata terarah kepada suami yang sedang mengagah si kecil. Sikit pun Ezrakil tak nampak canggung. Pengalaman membesarkan Eryna dahulu telah digunakan sepenuhnya.
            “Tak payah... Redza minum air liur je. Lagipun itu denda sebab tak bawa hadiah untuk Eshan...” Sengaja Ezrakil memberikan statement kejam! Galak lelaki itu ketawa apabila melihat air muka Redza yang berubah.
            “Ish abang ni... ke situ pulak. Kejap ya Redza, saya pergi buat air dulu...”
             “Eh, tak payah susah-susah Feesa. Lagipun saya dah minum tadi.” Redza cuba menghalang.
            “Tak ada yang susah pun. Bancuh air je... air bujang untuk orang yang bujang.” Heh, sempat pulak Farafeesa mengusik. Setiap tetamu itu membawa rahmat dan wajib dilayan dengan baik.
            “Nanti bila saya dah kahwin... Awak tolong hidangkan air kahwin pulak ya.”
            “Ada-ada jelah... Eryn, jom ikut ibu.” Ajak Farafeesa sambil beriringan bersama Eryna menuju ke dapur. Anak daranya itu memang gemar membantu.
            “Oit... bini aku tuh! Tak payah buat perangai kasanova.” Tegur Ezrakil sengaja. Redza nampak begitu ralit melihat kelibat isterinya yang hilang di balik pintu dapur.
            Redza tergelak. “Weh, tolong carikan sorang bini macam Feesa tu. Bahagia aku kalau dapat bini macam tuh...” Bila terpandangkan Farafeesa, otaknya laju teringatkan seraut wajah cun Amna. Tapi perempuan tu garang sangat! Kena pakai strategi yang sistematik.
            “Arghh... cari sendiri. Stok kau kan ramai! Lagipun, kalau tak tahu susahnya nak cari bini, kau tak akan rasa susah untuk lepaskan dia nanti....”
            “Any tips?”
            Persoalan Redza itu membuatkan Ezrakil ketawa. Teringat waktu dia berusaha memikat Farafeesa yang bukan main liat lagi dulu. Tak kan nak bagi tips merancang tangkap khalwat tu? Kalau Farafeesa dengar, mahu bini dia mengamuk lagi. Lagipun, dia tak mahu Redza rasa bersalah seperti mana yang dia rasa dahulu.
            Memang dia akui, kadang-kadang manusia tersilap langkah ketika memulakan langkah pertama. Tapi kadang-kadang kesilapan itu membantu manusia untuk memperbaiki langkah-langkah seterusnya. Tapi ada baiknya kalau manusia itu menghindari diri dari terlalu mengikut kehendak hati. Belajar bersabar dan cari jalan lain. Bukan mencari jalan singkat semata-mata.
            “Asal kau gelak?”
            Eshan yang berada di pangkuan Ezrakil itu mula merengek. Mungkin tidak selesa mendengar tawa si ayah yang nampak galak itu. Redza mula merapatkan diri pada Ezrakil. Tangannya mencuit sedikit pipi si kecil. Comel betul!
            “Tak kan cuit je bro? Nah, ambik pegang sendiri.” Bayi Eshan mula disuakan pada Redza.
            Laju sahaja kepala Redza menggeleng. Nak pegang baby sekecil ini? Memang tak lah kan... “Gila kau, buat-buat patah leher anak kau, mampus aku!”
            “Aku suruh kau pegang.. Bukan suruh kau campak! Umur dah nak masuk tiga puluh. Bawak-bawaklah belajar. Nanti ada anak sendiri tak lah terkehel... tergeliat!”
            Dengan takut-takut Redza mula menyambut baby Eshan. Sungguh dah lama tak pegang baby sekecil ini. Rasa gemuruh dan cuak mula menyempit.
            “Uncle....” Jeritan kecil itu memang membuatkan Redza tersentak. Gila! Mujur tak terlepas Eshan Furqan.
            “Eryn... jangan buat uncle terkejut macam tuh.” Tegur Ezrakil. Dia pun naik risau melihat Eryna yang seronok menerjah Redza. Yang si tua bangka pun satu, kena jerkah sikit pun sentap dia bukan main over lagi.
            “Hah, dah ada bakat jadi ayah tuh....” Muncul Farafeesa sambil menatang dulang di tangan. Ezrakil tak tunggu lama, cepat sahaja dulang itu bertukar tangan. Situasi yang spontan itu memang membuatkan Redza cemburu lagi. Betapa harmoninya sikap mereka berdua. Sungguhlah dia rasa tak sabar nak menamatkan zaman bujang ini!
            “Itulah.... tadi ada mintak tips mengurat dari Akil.”
            “Tips?” Muka Farafeesa sedikit cemberut.
            “Tadi Redza tanya abang, macam mana abang ngorat Feesa dulu... Hmm, agak-agak sayang, abang boleh share tak tips tu?” Ezrakil mula mendapatkan tempat di sisi Farafeesa.  Bibirnya tersenyum-senyum penuh makna.
            “Oh please... Tolonglah jangan bagi tips yang satu tu dekat Redza. Hancur masa depan perempuan tu.”
            Perbualan suami isteri itu membuatkan Redza tercengang sendiri. “Tips apa sebenarnya? Macam teruk je bunyinya. Tapi kalau menjadi, apa salahnya mencuba kan...”
            Ezrakil dan Farafeesa saling ketawa. Hanya mereka yang memahami. Dahulu, Ezrakil mendapatkan Farafeesa dengan membuat konspirasi agar mereka berdua ditangkap. Ini semua hasil daripada kedegilan Farafeesa dari menerima dirinya. Tapi dulu dia cukup terdesak. Apatah lagi bila mengetahui yang Farafeesa sakit.
            Tapi Redza tidak perlu mengulangi sejarah ini. Sejarah seperti ini seharusnya tidak berulang atau terjadi pada sesiapa pun. Dia lihat bagaimana terseksanya Farafeesa setelah dibuang keluarga.
            “Nope... Tips tu tak boleh dikongsi.”
            “Alah, kedekutlah korang ni. Tak sporting langsung!”
            “Redza, kalau awak dah jumpa seseorang yang awak sayang, just buat dia percaya yang awak betul sayangkan dia dan ingin dapatkan dia! Jangan buat dia ragu-ragu dalam mempercayai awak.... Perempuan ni senang je. Dia cari seorang lelaki yang buat dia rasa selamat walau kat mana dia ada. Berada di samping dia walau apa jua yang terjadi. Simple kan?”
            Redza menggangguk-nganggukkan kepalanya berulang kali.
            “Women will never marry a man unless their would be proud to have a son exactly like him. You know what I mean?.” Tambah Farafeesa lagi. Ayat yang mudah tapi
            Terasa bangga pula Ezrakil mendengarnya. Walaupun mungkin dia mungkin bukan pilihan si isteri tapi dialah jodoh yang dipilih takdir untuk menjadi suami kepada Farafeesa. Menjadi ayah kepada anak-anak Farafeesa.
            Nasihat dari Farafeesa itu Redza kutip dan semat di jiwa. Nak mengurat perempuan ni, kena tanya jiwa perempuan sendiri. Sebab mereka tahu apa yang mereka mahu dari seorang lelaki.
            “Dan ada satu tips untuk mengurat perempuan.. Nak cam sama ada dia sesuai atau tak dibuat bini..” Sampuk Ezrakil sambil menjeling ke arah isterinya.
            “Apa dia?”
            “If she’s amazing, she’s won’t be easy... If she’s easy, she’s won’t be amazing.. If she’s worth it, you wont’t give up... If you give up, your not worth it...”
            Berbelit untuk difahami. Tapi terlalu cantik jika dapat memaknakannya.
Ezrakil bercakap berdasarkan pengalaman. Dia terlebih dahulu makan garam. Betapa sukarnya untuk memiliki Farafeesa satu ketika dahulu. Jadi bila dia dah memiliki, tidak akan mudah untuk dia melepaskan sewenangnya.
            Okay noted!
            Ingatan Redza terus mendarat pada Amna yang garang macam singa itu. Teringat pulak sejarah ketika makan tengah hari tadi. Aduh, sungguhlah kelakar. Amna nak buat jahat padanya, tapi Amna pulak yang terkena.
            Tak boleh nak lupa wajah Amna yang membahang dengan rasa malu tadi. Tak pasal-pasal hidangan makanan tengah hari mereka telah bertukar.  Jadi Redza tak payah makan kambing.
            ‘Amna, saya nak jadi matahari awak.... walaupun mungkin waktu malam saya tak ada, sekurang-kurangnya saya tetap berada di langit... memerhati awak dari jauh.’
            Oh hati... Sejak bila jadi jiwang enam belas karat nih?
            “Thanks both of you. Baby Eshan... Nanti uncle belikan Eshan hadiah ya....” Bibirnya mula mengucup pipi si kecil yang comel itu. Argh, serius rasa macam nak kahwin sekarang!
***
            Rasa hendak dihantuk kepala ke dinding. Menyedari kebodohan diri dalam keadaan yang memperlihatkan kegagalan dalam rancangannya sendiri. Itulah, Allah marah jika hendak bersikap kejam dengan orang lain!
            Amna termenung di hadapan skrin komputer.  Mindanya mula teralih apabila mengingati scene ketika di meja makan tadi.
            Senyum panjang makin merekah di wajah tatkala melihat hidangan East Meet West yang baru sahaja diletakkan di hadapan Redza. Dia ingin melihat sejauh mana kemampuan Redza untuk telan makanan yang berasaskan kambing itu.
            Tapi senyumannya mati tatkala melihat hidangan Mee Kari yang ditempah. Dia keras di situ juga. Dah sudah.... Bala apa pulak yang ada depan mata nih?
“Tadi Amna order Mee Kari Sea Food ke?” Soalan itu lebih ditujukan pada diri sendiri.
            “Memang ada Mee Kari Seafood je kat sini.” Terang Hajah Zubaidah. Agak pelik dengan reaksi Amna itu.
            ‘Ya Rabbi... Macam mana aku tak perasan?’ Hilang rasa teruja untuk melihat keadaan Redza yang terpaksa menelan kambing. Dia pulak yang hilang selera melihat kerang-kerang yang bersepah di dalam mangkuk miliknya. Dia alergik kerang, kalau makan nanti badan jadi gatal-gatal. Kalau dia buang kerang tersebut, air kerang tetap ada dalam rebusan kari.
            “Kenapa Amna? Amna tak makan seafood ke?” Soalan itu keluar dari mulut Hajah Zubaidah.
            “Eh makan....” Ujar Amna tak mahu kalah.
            Amna sedar yang Redza sedang memandang dirinya tanpa kerlip. Tapi jangan harap yang dia akan beralah! Dia sanggup makan Mee Kari ini. Gatal pun gatallah! Alergik pun alergiklah. Tapi dia tak akan mintak order yang baru.
Baru sahaja dia berkira-kira menyuakan sudu ke mulutnya, Redza mula menegah lembut.
            “Kenapa nak paksa diri?” Pertama kali mendengar suara Redza yang lembut tanpa sebarang nada sinis! Amna diam tidak berkutik. Redza tahu ke yang dia tak makan kerang?
            Tangan Redza mula mencapai mangkuk Mee Kari tersebut. Ditukar pula pinggan makanannya. “Awak makan je kambing kan? So kita tukar... Awak makan bila timur bertemu barat.... Saya makan penghuni di lautan awak ni.” Tindakan spontan Redza itu membuatkan Hajah Zubaidah tersenyum-senyum.
            Kuah Mee Kari di hadapan Redza kelihatan lain macam sedikit. Very light. Kalau tekak orang melayu, sah akan komen cair. Walaupun agak cair, kuahnya tetap cukup semua perisa. Siap ada sambal extra lagi. Mungkin nak selaraskan rasa untuk semua bangsa. Siapa nak lebih mengancam untuk beri lebih pedas dan pekat, bolehlah menuang semua sambal dalam mangkuk tu. Akhirnya Redza makan dengan penuh selera setelah membeli jiwa gadis di sebelahnya.
            Amna  pulak, pastilah malu! Hilang nak buat khianat, dia pulak yang jadi tenat!

p/s: dalam kita gembira di semenanjung... tersuka suki membaca entry baru... jgn lupa menitipkan doa buat keselamatan perjuang dan orang awam yang berada di Sabah... keep doa.. baik yang terluah, terdetik.. insyaALLAH DIA MAHA MENDENGAR...  

44 comments:

  1. yes... x sia2 bukak blog sbb ada update.. mkin lama redza ni mkin mngoda la.. wakaka.. eh, ada ezrakil n feesa.. sungguh rindukan mereka..

    ezrakil & redza.. dua2 pun terb@ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. masing2 ada kelebihan tersendiri.. tq lallink

      Delete
    2. Ohhhh myyyy suka gila bace.hmmm keep move on babe. -nuratiqahmy-

      Delete
  2. ada ezrakil n feesa lah.. jangankan redza, kami pun jelez dengan layanan ezrakil pd feesa.. LOL.. apalah amna ni.. dia y nk kenakan redza, dia pulak y terkena.. tenat hingga penat.. ya dok amna? best sara.. nak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sila jgn jelez pd feesa ya.. nak lari.. tunggu khamis okeyh.. =p

      Delete
  3. haha...best ! nak lg...

    ReplyDelete
  4. amna dan redza... pasangan yang sweet sebenarnya. suka dengan redza dan suka dengan amna. biarlah garang, orang perempuan ni kan mahal.. so, next...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. betul kak.. orang perempuan kan mahal.. mana boleh main mengalah mcm gitu jeh

      Delete
  5. jiwa amna sdh terbeli?.. mmm.. kira mcm mudah je tu?.. bagi yg kaww kaww payah gitu!.. mcm ezrakil ckp tu!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. x semudah tu jiwa amna terbeli.. jgn riso.. amna kebal orangnya

      Delete
  6. Bila Ahfan nk muncul ni. Nk tau jgak apa perasaan Amna kt Ahfan sekarang...hai la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai.. sianya fans ahfan nihh.. tnggu next update ad ahfan keyh

      Delete
  7. alahaiiiii ade smbgan novel CULS lerrr...perghh nih yg syg lebuh nih...^_^ gd job kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kita selit2 sikit.. kenangan lama jgn dilupakan.. hiks

      Delete
  8. Redza dr sisi yg berbeza Di mata Amna. Redza ni Akan jd sweet n lg romantic drp Ezrakil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh my.. statement apakah ini? hahaha

      Delete
  9. best kan kisah dorang dua ni.. xsbr nk tgu 9 pulak... akak,nanti. sambung lagi ya...smbg cpt2 boleh...xnk lama2..sengsara jiwa raga nak tgu seterusnya ni.. Hihi

    #Pray For SABAH..
    Al-fatihah buat wira negara yg terkorban...
    ~ Schariedah Salus ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak y nk tulis ni lagi sengasa tauu.. haha... yup.. alfatihah buat mereka y terkorban...

      Delete
  10. salam kak ezza..best..ni buat x sabar ni n buat tkah nk godek balik kotak buku tu cari ezrakil..rindunya kat dorg..the best kisah..haha..nasib baik kelas batal..boleh jugak tkah menelaah kitab ni..ngeh3 ..smbung cepat!
    *yg ayat 'terselah kelihatan dan kelesuan' tu? mmg dah betul or kelihatan = keletihan? just asking.. :)ok bai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sila godek balik.. imbau kisah feesa n ezrakil.. oh.. mmg salah tuh... thanks tegur..

      Delete
  11. best..hrp entry cepat masuk ekk...
    #PrayForSabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. khamis okeyh... keep doa.. moga keadaan pulih seperti sedia kala

      Delete
  12. mmg bleh beli jiwa akk ur story nih dek...turun naik graf redza ngan mamat yg sorang g tuh(soli lh dek kelupaan nama)dua2 leh wat yg baca meroyan nk yg mane jadik hero wat amna yg cam rimau bintang tuh...dua2 nyer wat hati akk terpanah ngan bunga2 cinta dek...heehee akk yg perasan lebih dek haahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak.. setiap kali bc komen akak..msti sy sengih2.. hiks... beli jiwa ya.. sabar kak.. jgn terbeli lagi.. hero sorang lagi nama ahfan..=)

      Delete
  13. setiap kali bc story nih.. mesti terbang semua tension.. good job sara

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. mmg itu matlamatnya.. tq dear

      Delete
  14. Whoaa!!!! tkezut akak ble tnmpk nme ezrakil td... nmpknye dah dua org anak feesa ngn akil... hilang sikit rindu kat dorg... redza ni mst ade sebab knape dia xmkn kambing en... and amna, hancur terus rasa berkobar2 dia nk tgk redza mkn kambing... hahaha terselamat la redza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sila jgn terkejut.. akak tidak bermimpi ya.. kan, rindu kan dengan depa.. dlm bnyak benda, mmg amna y akan terkena.. sian minah tu

      Delete
  15. aaaa...suke ezrakil n feesa..haha....alahai, kesian si amna, nk khianat kat redza, tp diri sendiri yg terbelit...aiyarkk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sian kan kat amna tuh.. adeih.. dia kena hilangkan kenakalan n kedegilan dia sikit

      Delete
  16. Replies
    1. sila bekukan perasaan anda semula.. heh

      Delete
  17. hahaha,, lawak la amna ni.. lain kali jgn niat jahat lagi ek amna..! :D best!

    -athirah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. mcm kitalah kan.. nk kenakan orang.. tp sndiri y terkena.. heh

      Delete
  18. Ha tu lah Amna, buat jahat lagi. Hahaha tapi Redza sweet! :DDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kenapa semua orang mcm geng redza nihh? hahaha

      Delete
  19. wah... abg akil ku sayang :D hahahahahha..... ke"caring"an akil x penah brubah even da ank dua... hehehhehehe.......... serious akil sweeeeeet!!! gila :D
    -Song Hyun Sun (Syira)-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar jay.. sabar.. hahaha.. awok ke syira nyer.. aigoo.. nama tukar2.. awak ada berapa IC ni jay? ke pndatang haram? hahah..lol

      Delete
    2. hahahhaa.....bnyak ic sbb ikot negara mna yg majoriti dia laki hndsome hahah :)

      Delete
  20. haha..dalam nk mengena dia yg terkena..

    ReplyDelete
  21. cerita ok.
    dah baca x bole berenti.
    nak kongsi, kalau dah kematian suami, isteri digelar balu, janda untuk yang bercerai je....

    ReplyDelete