Tuesday 12 February 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [2]



Rajin anak mata Amna menyelongkar gerangan lelaki yang sedang menilik keretanya ini. Medulla oblongatanya tidak mampu dikerah lagi. Persoalan yang membangkitkan gerangan lelaki ini mula ditolak ke tepi
            “Saya rasa bateri awak ni yang ada masalah. Apa kata kalau saya call kawan saya. Suruh dia ambik kereta awak ni dan settlekan semua problem. Itu pun kalau awak tak keberatanlah.” Redza mula menyalurkan bantuan untuk menyelesaikan masalah gadis itu. Dia terlalu mengenali gadis itu. Hanya Amna yang tidak mengenali dirinya.
            “Pucuk dicita ulam mendatang, saya okay je. Ialah, saya bukan tahu pun nak buat apa sekarang. Apa-apa jelah. Asalkan selesai masalah.” Ujar Amna tak bersabar. Dia hendak segera ke ofis. Jam sebelas nanti ada meeting dengan client!
            “Oh, kalau macam tu, beri je kunci kereta awak pada saya. Saya hantar awak ke tempat kerja.” Tawar Redza sambil mula menutup bonet kereta.
            Amna berkerut sedikit. Tak dapat menangkap maksud dari kata-kata lelaki itu.
‘Boleh percaya ke lelaki ni? Entah-entah dia nak jual kereta aku kot? Tapi gaya dia macam orang kaya je. Ialah, kalau tak, tak kanlah boleh pakai AUDI kan. Tapi entah-entah dia ni driver je... Tapi tak kan lah driver nak pakai kemeja dan kot? Bukanlah nak prejudis dengan kebaikan orang, tapi orang nak menipu kita bukan boleh tahu. Manusia sekarang dah berfikiran advance, ada sahaja taktiknya untuk memperdaya orang lain.’ Fikiran was-was mula datang menyebukan otaknya.
            Amna mula mengigit bibir. Susah nak buat keputusan apabila melibatkan kereta buruk kesayangannya ini. Rasanya lelaki itu tak perlu nak susah-susah hantarkan dia ke pejabat. Dia boleh ambil teksi.
            “Awak jangan risau, saya tak ada niat nak jual kereta awak ni apatah lagi nak melarikan awak. Tak kayanya kalau jual kereta awak yang boleh dipanggil besi buruk tu dan tak ada  manfaatnya kalau bawak lari awak pun.” Serang Redza selamba. Sengaja membakar!
            Redza sudah dapat mengangak yang gadis itu sedikit sangsi dengan pertolongan yang ditawarkan. Tapi sebenarnya kesangsian seperti ini memang diperlukan. Tak lah ramai orang terpedaya dengan begitu mudah!
            Amna melopong. Dalam hatinya mula membebel apabila mendengar komen selamba dari Redza itu. ‘Suka hati panggil kelisa tu besi buruk! Buruk-buruk pun masih boleh jalan maaa... Aku ni pun kalau jual lelong pun harga x jatuh lagi yerkk..’
            “Kutuk saya ke apa ni?” Duga Amna sambil mengerutkan dahinya. Sedari tadi, muka lelaki ini tidak beriak langsung. Senyum tak. Tengah marah pun tak. Sinis sahaja memanjang!
            “Terpulang awak nak fikir apa. Kalau awak setuju, awak masuk kereta. Kalau tak, saya anggap awak tak terima pelawaan saya ni?” Tanpa banyak cakap, terus Redza berlalu masuk ke dalam perut kereta.
            Amna melepaskan keluhan. Nak tak nak, terpaksalah diterima tawaran lelaki dingin itu. Kalau tunggu tengah panas ni, mahu boleh pengsan jadinya. Tangannya ligat mengambil beberapa dokumen dan beg tangannya yang berada di dalam kereta. Cepat-cepat dia berlari-lari anak ke kereta yang berganda besar dari keretanya itu. Sebenarnya, ini memang kereta idamannya dahulu. Tak dapat beli pun, dapat naik dah kira syukur sangat!
            “Tempat kerja kat mana?”
Itulah soalan pertama tatkala punggungnya mencecah ke kusyen kereta. Amna mengerling ke arah lelaki yang berada di sebelahnya itu. Tidak sedikit pun lelaki itu menoleh ke arahnya. Pandangan matanya masih lagi tidak berganjak. Masih setia memandang jalan raya yang terbentang di hadapan.
            “Dekat bangunan Zennit Hotel...” Dia mula menarik tali pinggang keledar. Mencari jalan selamat memandangkan lelaki ini memandu, mak oit... gila punya laju. Mentang-mentang kereta mahal.
            “Boleh bawak perlahan sikit tak?” Pinta Amna tak teragak. Dia fobia naik kereta laju-laju!
 Oit, kau ingat ni teksi ke Amna. Nak request segala macam. ‘Tapi.. aku request untuk keselamatan diri aku... kalau aku tercedera, buat naya badan dan buat kering duit sahaja. Dah lah memang tak ambil apa-apa insurans lagi!’
            “Saya bawak laju sebab saya fikir awak dah lambat ke tempat kerja.” Jawab Redza selamba. Wajahnya sengaja dikeringkan tanpa sebarang riak.  Amna mula mencebik. Terasa loya dengan alasan tidak munasabah itu.
            “Oh, terima kasih sebab tolong fikirkan untuk saya. Jangan risau, tak lari ke mananya ofis saya tu kalau encik bawa perlahan sedikit. Lagipun punch card saya dah memang sedia merah, kalau bawa laju pun tetap tak akan padamkan warna merah tuh.”
Redza menyembunyikan senyum. Dia suka dengan jawapan gadis di sebelahnya ini. Redza mula memalingkan wajahnya untuk menatap wajah gadis di sebelahnya. Apabila anak mata mereka berpaut, cepat-cepat Amna melarikan pandangan ke luar tingkap.
‘Gila gelabah! Kenapa pandangan mata dia menakutkan sangat... Mungkin dia marah sebab aku memandai je arahkan itu ini pada dia. Dia dah sedang elok tumpangkan aku, aku buat dia macam driver pulak! Kau pun satu Amna, tak payahlah nak banyak cekadak sangat...’ Desis hati Amna.
            ‘Dia nampak lebih cantik dari dalam gambar...’ Puji Redza perlahan sambil tersenyum sedikit. Entah kenapa, hatinya diserang gundah!
            Redza sudah mula memandu secara normal. Gadis di sebelahnya kelihatan lebih tenang berbanding tadi. Hanya kesepian yang menemani perjalanan mereka. Amna pun malas nak cakap banyak, nanti digelar banyak cekadak pulak!
            Akhirnya pemanduan Redza sampai di bahagian depan Zenith Hotel.
            “Terima kasih.” Ujar Amna ingin cepat-cepat keluar. Dia tidak betah untuk terus berjumpa dengan Encik Sinis macam Squidward ini. ‘Eh, gelaran yang tepat untuk lelaki yang bernama... Eh, apa nama dia eh?’
            “Awak tak nak bagi nombor awak ke?” Tanya Redza senada. Matanya masih memandang ke hadapan walaupun sedang bercakap dengan Amna. Sengaja nak menyakitkan hati Amna. Dia nak Amna ingat pertemuan mereka ini!
            “Nak buat apa nombor saya?” Tapi setelah difikir-fikir semula, Amna sudah dapat mengagak. Ini mesti kes nak mengorat. Lelaki jika berbuat baik, pasti akan meminta balasan. Buat baik hanyalah salah satu teori alasan!
‘Sorry, saya tak berminat nak kenal dengan Encik Squidward macam awak ni?’ Sudahlah dingin, cakapnya ala kadar sahaja, air mukanya pulak sombong, jadi jangan haraplah yang Amna nak tergoda dengan kriteria sebegini. Jual longgok pun, belum tentu laku lagi.
            “Tak kan nak jual. Bukan laku pun.”
Rahang Amna mula menjatuh. Walaupun bukan dengan nada berdesing atau memetir, tapi sinisnya tetap ada. Tangannya sudah mula mengepal penumpuk. Patah jugak hidung yang boleh sangkut baju tu karang....
            “Saya nak nombor awak mestilah sebab saya nak call lepas kereta awak siap nanti. Kalau awak tak nak bagi tak apa. Tapi kalau awak tak dapat balik kereta awak tu, awak jangan marah kat saya. Mungkin jugak awak nak beli kereta baru dan kelisa tu boleh buat jadi besi buruk.. Macam tu ke?” Redza sedar yang gadis ini memang kalut. Careless pun ada jugak. Ada ke patut lupa pada kereta sendiri.
            Amna pula tepuk dahi. Tak pasal-pasal kena smash free. Riak wajahnya dikawal sebaik mungkin. Konon-konon berpura-pura tenang sedangkan hatinya bergelora bak tsunami. Memanglah dia terlupa pasal kelisanya itu tapi tak payahlah nak perli-perli!
            “Oh, ni kad saya.” Terus Amna mengeluarkan business kadnya dan dihulur ke arah lelaki sinis itu. Bibirnya diketap sambil menahan pelbagai rasa yang menerjah jiwa.
            “Awak kerja kat sini ke?” Redza mula membaca kad business gadis yang bernama Amna Safiya itu. Jadi gadis ini berkerja di bahagian marketing di sebuah syarikat Pest Contorl.
            “Yup..”
            “Baru lagi?”
            “Lebih jugaklah setahun.”
            Amna mula diam apabila lelaki itu diam.
            “Ada apa-apa lagi?” Sekilas, lelaki itu melemparkan pertanyaan sambil menoleh ke arah Amna.
            “Tak ada. Kenapa?” Pelik dengan soalan jejaka yang masih belum diketahui namanya itu.
            “Bila awak boleh keluar dari kereta saya?” Merah muka Amna menyambut kata-kata sinis lelaki itu. Rahang Amna terjatuh lagi.
            ‘Dia halau aku! Sabar Amna... Sabar.... Lelaki ini bukanlah orang yang layak untuk menggugat kesabaran kau!’ Amna mula memujuk hatinya sendiri.
            “Err, boleh saya mintak nombor telefon Encik. Ialah, kalau ada apa-apa nanti boleh saya call Encik terus.” Amna memberanikan diri untuk bertanya. Kalau ikutkan hatinya yang bergelora tika ini, tidak ingin langsung dia meminta nombor telefon bimbit milik Encik Squidward ini.
            Redza tersenyum. ‘Ingatkan tak nak mintak tadi... Haih perempuan nih, kelam kabut sungguh!’ Tapi sikap Amna yang gelabah, kelam kabut, banyak cekadak ini... kelihatan menarik di matanya.
            Amna mula menyambut huluran kad business milik Encik Squidward. Cepat-cepat dia turun dan tutup pintu kereta. Telinganya tak tahan bila asyik kena perli sahaja. ‘Eleh, lelaki belagak. Ingat aku hairan sangat ke lelaki macam kau hah?’ Matanya mula membaca nama Encik Squidward itu.
            Redza Khusyairi bin Risyam Khairi.
Macam pernah dengar je nama ini! Mungkin ada stok nama hero novel! Tapi sebenarnya, nama Squidward lebih sesuai dengan Redza. Sinis! Fikir Amna sambil menghantar pergi kereta Audi Q7 yang mula membelah jalan.
***
            Kelam kabut harinya ini. Dengan masuk lewat, perlu menyediakan dokumen untuk dibawa ke bilik mesyuarat. Mujur semuanya masih under control! Berkhidmat sebagai Eksekutif Marketing di  AA Pest Control Sdn Bhd memang sering menguji kudratnya.  Syarikat ini menjual dan melakukan aktiviti mencegah dan merawat menggunakan racun makhluk perosak.
Perniagaan syarikat adalah fokus dan berteras untuk mejadi pembekal kawalan dan pencegahan makhluk perosak yang kukuh di Malaysia. Produk dan perkhidmatan syarikat termasuklah melakukan rawatan dan pencegahan makhluk perosak yang di perakui sah untuk manfaat industri, komersil, kediaman, perbankan, premis makanan and penyediaan makanan, hotel dan resort.
“Weh, kau okay tak nih?” Tegur Awsam apabila dia melihat Amna kalut menyusun dokumen.
“Okaylah….” Amna mula menyusun dokumen mengikut susunan yang betul. Semua dokumen sudah disediakan sejak semalam, cuma semalam dia belum melakukan final checking.
“Dato tu dah sampai ke?”
“Baru je sampai… Kau elok-elok sikit. Dato tu gatal!” Peringat Awsam.
Sempat lagi Amna ketawa menyambut kata-kata Awsam itu. “Kalau dia gatal, aku tolong garu!”
“Hah, yalah tuh… lepas tu mula haru!” Awsam mula menawarkan diri untuk membawa dokumen yang disediakan oleh Amna. Kalau ikutkan dia tak perlu menghadiri pertemuan bersama Dato Hamdi. Namun atas arahan Ahfan, dia turutkan ajeh. Ini pasti kes cemburu! Takut jika Amna diapa-apakan oleh Dato Hamdi yang terkenal dengan mata helang itu.
Semasa melangkah ke bilik meeting, Amna membaca ayat seribu dinar sebanyak tiga kali. Sudah menjadi kebiasaan apabila hendak berhadapan dengan client. Lagipula, memang banyak fadhilat jika mengamalkan ayat seribu dinaar ini.
“Weh, kau baca mantera apa tu?” Sempat lagi Awsam bertanya.
“Ayat seribu dinnarlah!”
“Oh... untuk apa?”
“Jika diamalkan selalu khasnya jika dibaca selepas solat sebanyak tiga kali, Insya-Allah akan beroleh seribu faedah. Sesiapa yang mengamalkan ayat ini Allah akan permudahkan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.”
“Perghh... Kau dah macam ustazah dah aku tengok.” Bagi Awsam, walaupun Amna nampak up to date, tapi gadis ini dalam kalangan perempuan yang penuh ilmu. Cukup sifat nak dibuat bini nih!
“Aku sepak kang... Tadi tanya.. aku jawablah. Tapi bagus benornya, eloklah kau amalkan selalu.”
Sewaktu melintasi bilik mesyuarat, Sofea sempat memesan yang Dato Hamdi ke bilik air sebentar. Sementara menunggu, tiba-tiba Awsam tergerak hati untuk bertanya.
“Eh, ayat seribu dinnar tu hadis ke ayat al-quran?” Tanya Awsam tanpa rasa malu. Alang palang dah ada orang sudi berkongsi ilmu, apa salahnya dia bertanya. Lagipun, dia sekadar mengamalkan yang wajib sahaja. Yang sunat-sunat ni berat jiwa jugaklah nak buat.
“Oh... ayat seribu dinnar tu dari surah At-Talaq. Ayat dua hingga tiga.”
“Kenapa ayat tu banyak fadhilat?”
“Sejarahnya bermula macam ni, pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat dua hingga surah al-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎“
“Oh...” Mulut Awsam agak melopong.
“Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎diland angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir. Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali mati kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎ Lepas tu, lelaki itu pun tinggal di sana dan kemudian beliau diangkat menjadi raja... Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎
Kagum Aswam dengan Amna. “Kagum kejap aku dengan otak kau... Mana kau ingat semua kisah-kisah ni.”
Amna tersengih. “Sebab semalam aku baru baca cerita ni pada anak-anak saudara aku. Sebab tu masih melekat kat dalam otak ni.” Kebetulan semalam dia memang mengajar anak saudaranya untuk menghafal ayat seribu dinar.
“Ceit... terpedayalah aku macam ni! Tapi apa-apa pun thanks.. Nanti aku nak amalkan...”
“Tapi kau kena ingat, ayat ini bukan jampi serapah.. Baca saja boleh selesai atau keluar dari masalah dan dapat rezeki yang banyak. Kalau macam tu senang la nak senang dalam hidup kan… Masalah hanya boleh selesai dan rezeki boleh bertambah apabila kita mengamalkan maksud dan kehendak ayat itu dengan menjalankan perintah tuhan dan meninggalkan larangan Allah dan menegah kemungkaran barulah dinamakan bertaqwa dan hendaklah bertawakal kepada tuhan dalam semua urusan kita setelah berusaha mengikut ilmu yang betul. Untuk berusaha dengan yang betul, kena menuntut ilmu mengikut Al-quran dan sunnah.”
“Thanks.. sepuluh markah untuk kau hari ni!” Puji Awsam ikhlas. Dalam banyak-banyak hal, dia memang tabik gila Amna.
Perbincangan mereka terhenti apabila wajah Dato Hamdi mula muncul di balik pintu. Senyuman simpul mula diberi kepada Dato Hamdi yang agak serius itu. Usai menyapa dan bertanya khabar, mereka mula fokus pada perbincangan.
Minggu lepas, mereka telah mengenal pasti kediaman mewah bilik Dato Hamdi. Jadi perbincangan minggu ini hanya ingin menerangkan cara-cara yang sesuai untuk menangani masalah anai-anai di rumah Dato Hamdi.
“Jadi dato, kami akan menerangkan sedikit sebanyak tentang sistem..” Baru sahaja Awsam memulakan intro, kata-katanya mula dipangkah oleh Dato.
“Saya tak mahu awak terang! Saya nak Amna terang. Lagipun, saya nak pastikan yang pekerja yang handle rumah saya mampu selesaikan masalah. Jangan harap muka je cantik!”
Naik kematu pulak telinga Amna mendengar suara Dato Hamdi yang memetir itu. Dasar orang tua miang tak sedar diri! ‘Nak jugak dengar suara aku yang merdu nih!’
“Okay dato... saya akan menerangkan sedikit sistem umpan Nemesis yang dicipta dari Australia untuk koloni anai-anai dengan cara yang selamat. Sistem ini menggunakan stesen umpan plastik yang dipasang dibawah tanah dan juga dalam bangunan dimana terdapatnya aktiviti anai-anai..”
“Macam mana sistem ni berfungsi?” Belum habis Amna memberi penerangan, Dato Hamdi mula mencelah dengan pertanyaan. Mungkin menduga gamaknya.
“Umpan anai-anai Nemesis mengandungi chlorfluazuron sebagai pewaris aktif, dimana ianya bertindak mengawal pertumbuhan anai-anai iaitu Insect Growth Regulator. Anai-anai pekerja akan memakan umpan tersebut dan mengagihkan umpan kepada koloni. Perkembangan anai-anai dari nim ke dewasa akan melalui beberapa kali proses pertukaran kulit. Bahan kimia yang memasuki sistem anai-anai akan melemahkan dan melumpuhkan pertumbuhan kulit seterusnya mengakibatkan kematian anai-anai. Bangkai anai-anai yang mati juga dijadikan makanan dan ini menyebarkan lagi kesan kimia sehingga keseluruhan koloni tersebut dilumpuhkan...”
Dapat dilihat air muka Dato Hamdi yang berubah. Memang nampak yang lelaki tua itu tak faham satu habuk pun penerangannya. ‘Tadi nak sangat uji kepandaian aku? Sekarang kau pulak yang nampak tak pandai!’
“Awak cakap pasal anak beranak anai-anai, pasal keturunan anai-anai, awak ingat saya faham ke?”
Awsam dan Amna mula berpandangan sesama sendiri sambil cuba menyembunyikan tawa. Inilah salah satu cabaran bila berkerja di bahagian marketing. Ting tong rasanya bila dapat client yang King Kong!
“Okay, begini Dato...”
Sekali lagi Dato Hamdi bertindak untuk mencelah apabila Amna bersuara.
“Apa-apa jelah yang korang nak buat. Tapi pastikan anai-anai dekat rumah saya tu mampus. Beli rumah mahal tapi ada anai-anai!” Bebel Dato Hamdi lagi.
“Dulu, kawasan tanah tu tanam getah. Sebab tu anai-anai cepat naik.” Amna melahirkan pandangannya. Sebenarnya sudah ramai client mereka yang terdiri dari kawasan perumahan elit itu. Sayang sahaja, rumah baru lagi tapi sudah mempunyai masalah anai-anai.
“Jadi awak nak cakap yang saya tak pandai pilih rumah lah?”
Jari jemarinya mula menggaru pipi. Tersalah cakap lagi ke?
“Sudahlah… Saya ada appointment dengan orang lain. Saya nak kamu selesaikan masalah saya secepat mungkin!” Dato Hamdi mula bangun dan melangkah keluar dengan penuh belagak.
“Apasal dia macam beremosi je bila cakap dengan kau? Bukan ke minggu lepas dia bukan main layan dia layan kau macam Puteri Gunung Ledang!” Tanya Awsam aneh.
“Sebab kelmarin masa jumpa dia, dia kena marah dengan aku!”
“Hah!” Berani betul budak ni marah client.
“Dia cuba menggatal, aku smashlah guna ayat pedas! Dia ingat aku gundik gamaknya yang terpikat macam orang tua miang keladi tu.”
Awsam ketawa mendengar kata-kata Amna. Haih Amna, muka bukan main ayu lagi. Tapi perangai gengster kemain!
“Lunch jom.” Ajak Awsam.
“Nope! Aku dah janji dengan Naj. Kau nak join tak?” Hubungannya dengan Awsam memang baik. Rakan sekerja yang sama-sama berjuang bila kena marah dan kena maki dengan client. Apa-apa hal, Awsam pasti akan ada untuk back up.
“Tak apalah… Tak mahu kacau date korang. Aku pun baru ingat yang aku ada hal nak settle.”
“Gelabahlah kau... Asal aku ajak jumpa Naj je, kau melatah. Asal, kau ada tangkap cintan dia minah tu ke?” Provok Amna berani.
“Amboih mulut... Cinta cintun ni aku tak mainlah. Fokus bina kerjaya dulu.” Mereka sama-sama ketawa sebelum Awsan hilang di balik partition.
***
            Najmah Afifah! Dia adalah kawan baik Amna Safiya. Daripada zaman tadika lagi. Berkawan dari zaman rambung tocang sampai selendang berbelit-belit. Secara kebetulan pula, Najmah bekerja berhampiran dengan pejabatnya. Jadi, kalau tak ada geng makan, Najmahlah orang pertama yang diheret bersama walaupun gadis itu sibuk nak menjalankan misi dietnya.
            “Hari ni aku bengang! Jadi kena makan banyak-banyak!” Bebel Amna geram sambil mengambil tempat di Black Canyon. Tak ramai pulak orang hari ini. Mungkin sebab tengah bulan. Ramai orang melancarkan misi berjimat cermat!
            “Untunglah kurus... Asal bengang boleh makan banyak-banyak. Yang rentungnya aku. Tak boleh nak makan langsung kalau bengang! Sebab selalu bengang dengan berat badan  yang tak turun-turun.”
            Amna ketawa. Terbang segala geramnya pada Redza tadi dan masalah melayan ragam Dato Hamdi. Macam-macam hal betul sahabatnya ini! Sibuk sangat nak kurus padahal dia bukanlah gemuk mana.
            “Eh, kau ni ada tanda-tanda nak mampus ya?” Tanya Najmah tiba-tiba. Tersentak Amna dibuatnya.
            “Asal pulak?”
            Cepat sahaja Najmah menyambar tangan kiri sahabatnya. Terserlah sebentuk cincin yang bertahtakan sebutir belian itu. Simple tapi nampak istimewa! Yang pasti, cincin ini tak nampak murah. Nampak seperti telah ditempah khas!
            “Siapa melamar kau nih? Ahfan ke?” Laju sahaja mulut Najmah bertanya. Adakah impian sahabatnya sudah hampir menuju gerbang kenyataan! Baguslah kalau macam tu. Sebab telinga dia dah jemu nak tengok Amna ulang ayat yang sama tentang perasaannya pada Ahfan. Cinta Syok Sendiri!
            “Aku memang nak aminkan ayat kau tuh. Tapi bukan dialah. Bukan sesiapa.... Aku kutip tepi pantai.” Tutur Amna selamba. Belum sempat Najmah nak teroka lebih-lebih, seorang pelayan mula datang dengan menu ditangan. Usai membuat order, Najmah kembali dengan soalan cepu cemasnya!
            “Sejak bila kau jadi pengutip nih? Macam miskin sangat!” Tanya Najmah tak percaya. Amna ketawa. Geli hati mendengar ayat Najmah itu. Lalu dia pun menceritakan sedikit sebanyak perkara yang berlaku tempoh hari.
            “Haih... entah jodoh siapalah yang kau terkutip nih. Jangan kau berjodoh dengan orang tu sudahlah....” Usik Najmah. Dia kenal sahabatnya ini. Amna bukan spesis perempuan yang minat barang kemas sangat! Dan Najmah juga tahu yang Amna takut sikit pasal jodoh. Sebab dia teramat sayang pada adik bos di syarikatnya berkerja. Suruh berterus terang, Amna tak mahu. Alih-alih sendiri menjerut perasaan.
            “Mulut kau tu aku gonyoh dengan kulit durian baru tahu.. Aku hanya nak ada jodoh dengan Ahfan.. Tapi kan, aku ada story hot punya! Yang ni memang spesis lelaki yang menyakitkan hati...” Amna dah siap sedia nak membentangkan intro tentang pergaduhan dia dengan Redza tadi.
            “Lelaki yang menyakitkan hati biasanya akan mengikat hati.” Tanpa sedar Najmah menghulurkan kata-kata kepada Amna. Hingga terdiam Amna dibuatnya.  Benarkah sebegitu rupa?

p/s: enjoy reading n do komen okeyhhh... 


22 comments:

  1. Hahaha.... Sempoi jaa amna nie.... mmg smash down hbs..likesss.... Wahh adikk.... Next entry xsabar nk tgk part redza dgn amna.... .. Nice story dear.... suka cara sara terangkan kelebihan ayat seribu dinar tue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amna memang sempooih..heheh.. sharing ap y kita tahu kan..

      Delete
  2. penatnye nak tunggu dr satu bab ke satu bab. bila dah habis baca mulalah rasa nak terus sambung baca. tp kene tunggu dulu. huhu tp takpe,sanggup ! sambung cepat2 yer kak ? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq fazreenn.. sila bertabah k.. kalu nak tnggu ke versi cetak, lagilah lama.. boleh pitams.. hik

      Delete
  3. tk sabar nk tunggu next dek.......heeheeeee setuju jer ngan u adek fareen..penat menuggu.....bkn tk sabar ,best sngt tuh yg jd penat sngt nk n3 baru......

    ReplyDelete
  4. n3 kali ni banyak info... n paling lawak pasal dato' hamdi amna cerita pasal anak beranak anai-anai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benci pada client yang meragui kepandaian perempuan..hehe.. haruslah amna smash balik

      Delete
  5. best best best nak lagi lagi lagi, , , , mcam mana redza ada fto amna ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabo sabo sabo.. hik hik.. adalah.. kena tunggu oke

      Delete
  6. wahhh... next pleezzz.. x sabar nihh..hehehe.. btw walaupun cerita sntai.. tetap ada input y readers leh ambik.. that very good sara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. just try my best yat.. hehe.. kongsi sama2..

      Delete
  7. nak lagi... redza pernah tgok muka amna? curious nie

    ReplyDelete
  8. Mcm mana redza dah kenal amna? Wah makin menarik ni kak! Tak sabar nak tunggu untuk yang seterusnyaaaaaa :)

    ReplyDelete
  9. kak sara,, cepatlah sambung ^^

    -athirah-

    ReplyDelete
  10. ayat Najmah, boleh tahan lawak. best! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. najmah tu lbih kurang mcm penceramah bebas.. hik hik

      Delete
  11. amna sempoi gila.... :D hahahah
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  12. glamer la anai-anai,,hihi

    ReplyDelete