Sunday 24 February 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [6]

Sambil menyelak fail yang berada di atas meja, Redza mengerling sedikit ke arah Amna yang anggun mengenakan sehelai baju kurung moden berwarna pink yang dihiasi dengan bunga-bunga kecil. Selendang yang membelit gadis itu juga kelihatan sempurna dan bergaya. Simple tapi sedap mata memandang.
“Saya rasa, dekat ofis saya ni ada kerusi? Apa buntut awak ada bisul ke sampai awak tak rasa nak duduk.” Suara Redza senada tapi pedihnya mencengkam hati yang mendengar.
Amna rasa tercekik untuk kembali bernafas. Redza memang diciptakan oleh Allah untuk menguji kesabarannya.
“Tak ada sebab yang membuatkan saya kena duduk!”
Sengaja Amna buat keras kepala. Tak akan sesekali mengalah dengan kata-kata Redza.  Kalau Redza suruh dia duduk elok-elok, dia pun tak fikir banyak untuk duduk. Ini apa-apa hal dah kena sindir.
 “Awak nak duduk sendiri ke atau awak nak saya dudukkan...” Suara Redza keras! Berdentum menghentak telinga. Pandangan matanya menusuk membelah jiwa!
‘Okay... ini bukan tak ada adab tapi ini memang biadap!’ Amna mengepal penumbuk. Redza memang disaster betul! Mulut laser yang sepatutnya kena tampal plaster. Akhirnya Amna mengalah. Namun untuk kali ini sahaja.
Redza menyembunyikan senyum apabila melihat Amna mengalah. Tak adalah tekad sangat pun minah nih! Dia masih ingat pesan Syakira. ‘Jangan terlalu mendera mental dan emosi Amna. Kalau salah gaya, kau akan kena dengan bergaya!’
Walaupun cuba untuk ditahan, tapi dia tetap tidak berjaya menahan diri dari membuli Amna. Melihat wajah Amna yang tak puas hati itu menderu rasa bahagia dalam dada.
 “Sebab apa awak datang sini?”
Redza dah dapat agak motifnya. Tapi dia tidak tahu tentang isu yang mana satu. Adakah gadis ini hendak memarahinya tentang isu merisik di ofis itu? Atau tentang pemberian bunga pagi tadi. Atau ada sebab lain yang begitu menggugat kesabaran Amna ini?
“Awak sendiri tahu sebab apa kan? Kenapa tanya lagi.” Suara Amna dah naik satu oktaf!
Punggung Redza mula diangkat.
Hati Amna mula diserang angin kencang apabila Redza yang tadinya duduk, kini mula berdiri dan berjalan melangkah menghampirinya. Bimbang kalau Redza berpelakuan macam-macam.
Kerusi di bahagian sebelah Amna mula ditarik ke belakang sedikit. Redza bersandar di meja sambil merenung wajah merah Amna. Sekali imbas nampak macam berani sangat. Dua kali pandang, ada sedikit rasa gelabah. Sememangnya, Redza suka dicabar dengan perangai Amna yang pantang mengalah itu.
“Pasal hal merisik hari tu ke?”
Tangan Redza diseluk ke poket. Memandang Amna tanpa sebarang emosi.
“Hah, nasib baik medulla oblongata awak masih berfungsi pada skala yang sepatutnya. Eh, suka-suka hati awak je kan masuk meminang saya dekat ofis. Awak tak tahu betapa malunya saya nak mengadap muka bos dan budak-budak office yang lain. Apa, awak terdesak sangat ke nak berbini? Kalau ya pun terdesak, tak payahlah gelojoh hingga nampak bodoh... Sampai saya yang awak tak kenal pun boleh tercalon jadi bini awak tuh!”
Amna dah membentangkan mukadimah. Selepas menarik nafas, dia mula menyambung kata.
“Lepas tu hari ni awak buat perangai sewel dengan menghantar berjambak-jambak bunga dekat ofis. Apa awak ingat kita orang ni supplier kedai bunga ke? Tolonglah fikir seribu meter ke dasar laut sikit sebelum buat sesuatu! Tolonglah jangan bertindak di luar alam sangat! Kalau ya pun terdesak, janganlah tunjuk sangat!” Luah Amna geram. Rasanya beban kepedihan di hati dah berkurang sebanyak sepuluh kilo.
Hati Redza bagai digaru apabila menyambut kemarahan Amna. Dia suka! Dia suka dengan respon yang ditunjukkan oleh Amna tapi itu tak bermakna dia pun angkat sepanduk mengalah.
“Cuba awak pandang saya Amna!”
Arahan itu membuatkan anak mata Amna secara spontan mengkaji wajah Redza. Dia langsung tak takut pada Redza.
“Apa awak tengok muka saya ni ada gaya orang terdesak ke?” Soal Redza sinis!
Amna mendengus. Celah manalah otak Encik Squidward ni berfikir sampai boleh tanya soalan bangang itu.
 “Yup.. Memang nampak terdesak pun! Apa, dah tak ada calon lain ke? Ataupun saya ni terlalu cun hingga menarik perhatian awak?” Sempat pulak Amna buat statement perasan.
 “Saya masuk meminang awak... Sebab saya kesian!”
“Kesian?”
“Yup... kesian.. dalam hati saya terfikir dan tertanya-tanya. Siapalah yang nak kan perempuan yang pemarah, selekeh, tak cantik macam awak ni? Jadi kalau saya kahwin dengan awak, mesti awak bersyukur.. bersyukur sebab dapat lelaki yang kacak dah hebat macam saya!”
Jatuh rahang Amna mendengar statement kejam Redza itu. ‘Suka hati dia mengutuk aku! Squidward ni memang GILA! GILA perasan. Tak ada bahagian di wajahnya yang menampakkan sisi yang kacak. Tolonglah.. Redza memang lelaki standard low class!’
Sengaja Amna ketawa. Cukup sinis!
 “Saya rasa, saya tak perlu nak susahkan medulla oblongata saya untuk mengenal pasti sama ada saya suka spesis macam awak ni ataupun tak. Menerima awak dalam hidup umpama makan durian dengan kulit durian sekali. Boleh bayang tak azab dia macam mana? Lagipun awak tu air gula, manis! Saya pulak air lauk, masin! Kalau digaul bersama, tak akan sebati tapi boleh bawak mati!” Tutur Amna dengan penuh yakin.
            Tangan Amna bermain sesama sendiri. Tiba-tiba matanya menangkap silau cincin yang hampir dua minggu menghuni jari manisnya. Idea bernas menjengah medullah oblongatanya.
And sorry sebab kasihankan dan simpati pada saya. Tapi telahan awak ternyata salah Redza... Perempuan yang awak fikir tak laku ni pun ada harganya yang tersediri. Saya dah pun bertunang!”
Dengan bangga Amna menunjukkan cincin berlian yang terletak cantik di jari manisnya. Mujur sahaja dia masih memakai cincin yang pernah dia jumpa di tepi Pantai Batu Hitam dahulu. Kalau tidak, pasti lakonannya ini tidak dapat berjaya dengan bergaya.
Kalau Redza tak percaya, dia akan suruh sesiapa yang agak handsome sikit untuk berlakon menjadi tunangnya. Sesiapa sajalah. Asalkan dia boleh terlepas dari Encik Squidward ini. Pergh, macam drama swasta pulak!
Berubah air wajah Redza ketika mendengar perkataan ‘tunang’ itu. Namun sedaya upaya dikawal gelodak emosi dari terpancar di raut wajah. Kalau dah bertunang, tak kanlah berani-berani Syakira menyuruh dia menawan hati adiknya ini. Pasti Amna sedang mencipta helah!
Anak mata terus singgah pada sebentuk cincin di jari manis Amna itu. Dipandangnya tanpa kelip. Macam familiar je?!
 ‘Bukankah cincin ini yang...’
Sikit demi sedikit, Redza mula menemui jawapannya. Senyuman yang hendak merekah di hujung bibir mula ditahan perlahan. ‘Maaf sayangku Amna, awak dah masuk ke dalam perangkap yang awak reka sendiri!’
“Hmm, cantik cincin ni. Awak kutip kat mana?” Soal Redza berani. Dia mahu lihat sejauh mana Amna dapat lari dari perangkap ini.
 ‘Erk... dia ni macam tahu-tahu je aku kutip je cincin ni.’ Desis hati Amna.
“Kenapa tanya soalan cerdik sangat? For surelah encik tunang saya yang bagi...”
Kali ini Redza tersenyum.
“Untuk pengetahuan awak, cincin inilah yang pernah saya campak dekat pasir pantai minggu lepas.... Tapi tak sangka yang ada seseorang dah kutip cincin tu.” Penerangan Redza itu membuatkan mata Amna terbeliak.
 “Hah!! Eh,... pantai mana... ni...? I... ni... me...mang.. tu..nang .. sa...ya.. yang kasi.” Rasa yang gugup mula membuatkan Amna tergagap. Liur yang ditelan mula terasa kesat. Oh tidak.. oh tidak.. Serius Amna nak mintak nyawa extra!
“Cincin ni ada satu rekaan je dalam dunia ni...” Ujar Redza perlahan tanpa memandang Amna sedikit pun. Dia tahu sebab dia sendiri yang menempah cincin ini. Masa itu, dia mula serius untuk memperisterikan Dayang.
Kengkangan masa membuatkan dia sering mengabaikan Dayang. Sibuk mengadap kerja yang tak pernah berhabisan di pejabat. Hatinya hancur apabila Dayang memutuskan pertunangan mereka. Malah gadis itu mula membawa diri ke Australia.
Namun sekali pun Redza tidak berminat untuk memujuk. Dia tak lalu nak terhegeh-hegeh pada perempuan yang mempersiakan cintanya. Dia hanya sibuk! Bukan curang mengadap perempuan lain. Dayang tak cukup bagus untuk menilai cintanya. Walaupun kini gadis itu sudah kembali dan merayu padanya, dia langsung tak berminat untuk menyambung kisah yang terbengkalai itu.
Muka Amna pucat tak berdarah. Dadanya terasa hendak pecah!
“... dan saya tahu yang awak lebih tahu konsep sejarah masa awak cuba dapatkan cincin ni dulu...” Sambung Redza lagi.

Amna tepuk dahi!
Ya Allah, jadi lelaki inilah yang baling cincin ni kat pantai dulu. Ini ke lelaki kejam yang bergaduh dengan awek dia dulu? Macam mana boleh jadi macam ni pulak? Kecilnya dunia...dan..dan... macam mana dia boleh terperangkap dalam semua ini?
Lain yang dirancang, lain pula yang menjadi. Apa yang telah terjadi, makin menjadi-jadi pula. Kata-katanya tadi seumpama seperti masuk ke dalam perangkap milik sendiri sahaja. ‘Aku dah bertunang dan pemilik cincin ini adalah....’
Matanya mula jatuh pada sebentuk cincin yang menghiasi jari manisnya itu. Dulu, memang kelihatan sangat manis. Namun kini, cincin tersebut sudah menjadi puaka.
‘BODOH! Kenapalah kau kutip cincin ni?’ Maki Amna pada diri sendiri.
            Redza hanya memerhatikan gelagat Amna Safiya yang terdiam itu. Mungkin sedang berperang dengan perasaan milik sendiri. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia bergolek-golek di atas karpet di dalam pejabatnya ini. Tengok muka Amna sekarang, serius pucat tak berdarah.
“Memang awak dah bertunang Amna...”
Amna memberanikan diri memandang wajah Redza.
Dengan perlahan Redza menghampiri Amna. Membuatkan Amna melangkah beberapa tapak ke belakang. Dan apabila dia sudah tersekat di hujung dinding, Redza juga mula berhenti menapak. Tak berani nak bertindak lebih-lebih pada anak dara orang!
Ditarik nafas sedalam mungkin. Rasa macam tak cukup oksigen melihat wajah Redza yang tersenyum penuh makna itu.
 “...Awak bertunang dengan saya....” Bisik Redza di telinga Amna. Begitu hampir sekali sehingga dapat merasakan deruan nafas milik Redza.
Amna hilang punca. Terasa kejung dipanah anak mata Redza.
Episod cinta tak bertauliah pasti bakal bermula.....
***
            Ada dua cara untuk menghilangkan stress Amna. Satu, tidur dan kedua Ferrero Rocher. Sudah hampir sekotak coklat Ferrero Rocher yang masuk ke dalam mulutnya. Hatinya dibanjiri rasa sakit yang yang tak mampu ditimbang.
            “Ya Allah Amna, kau nak habiskan satu kotak ni terus ke?” Tanya Najmah sambil menggeleng.
            “Aku stress weh... Squirdward tu memang melampau!”
            “Squirdward? Kau stress sebab tengok cerita spongebob ke?”
            “Ishh... tak ada kena mengena denan spongebob sekarang ni. Kau ingat tak pasal Redza yang tolong hantar aku ke ofis masa kereta aku rosak hari tu?”
            “Haaa.... asal dengan mamat tu?”
            “Dia masuk meminang aku dekat ofis kelmarin!”
            “Hah!” Hampir semua orang yang berada di dalam KFC itu memandang ke arah mereka. Mungkin terkejut dengan suara Najmah yang kuat itu.
            “Weh, kau boleh tak turunkan sikit volume suara kau tu.”
            “Aku terkejutlah. Meminang kat ofis? Tapi kan.. dalam banyak-banyak perempuan, kau jugak yang dia pandang? Teruk betul taste dia...”
            Kata-kata Najmah itu membuatkan Amna mendengus. “Terima kasih atas kejian itu...” Ucap Amirah ikhlas. Faham dengan maksud tersirat Najmah itu. Pujian bersulamkan kejian sudah sebati dalam dunia persahabatan mereka.
            Najmah cuba untuk mengawal tawanya. “Relekslah yang.... Aku gurau je. Dah tu apa yang kau nak stress sangat? Kau tolak jelah...”
            “Masalahnya sekarang....”
            “Asal, kau dah jatuh cinta dengan dia ke?” Bidas Najmah laju tanpa sempat Amna hendak menyudahkan ayatnya.
            “Kau boleh tak jadi pendengar yang baik sikit... Bagi aku terang habis-habis.” Marah Amna geram sambil menggigit bibir bawahnya.
            Oh... okay...okay... Double sorry. Sila proceed.”
            Amna mula tarik nafas. “Kau ingat tak cincin yang aku kutip ni....” Sambil menunjukkan jadi manisnya. “Ini adalah cincin yang pernah dibuang oleh Redza....” Jelas Amna sambil mengeluh lagi. Sedari tadi dia cuba menanggalkan cincin tersebut. Tapi seinci pun dia tak bergerak.
            “Oh mak bapak.... Jadi, Redza ke jodoh yang kau terkutip tu?” Soalan Najmah itu memang mampu membakar hati Amna.
            “Aku tonyoh jugak kulit durian dekat mulut kau karang.... Tak ada makna jodoh yang terkutip ke, jodoh bergolek atau seangkatan dengannya. Aku tak teringin nak ada jodoh dengan Squirdward tu.”
            “Heh, manusia memang selalu nampak bodoh bila cakap soal jodoh. Jodoh pertemuan tu ditangan Allah. Jangan sampai Allah terbalikkan kata-kata kau tadi...”
            “Eh, kau boleh tak jangan nak menakut-nakutkan aku!” Orang dah tahap cemas, dia boleh bagi cerita seram pulak.
“Amna... Everthing happen for the reason. Live it, love it and learn from it!” Arggh, Najmah sentiasa akan hadir dengan kata-kata positif. Ini adalah satu perkara  yang Amna payah nak lakukan. Iaitu, tenang! Dari dulu lagi, darah gemuruh dan mudah gelabah mengalir dalam sebati dalam diri.
“Dulu masa dekat sekolah, kita belajar untuk menghadapi ujian. Tapi dalam dunia yang sebenar, kita menghadapi ujian dan kita belajar dari ujian tersebut. Anggap je ini semua ujian yang sesuai dengan kemampuan kau.” Kata-kata yang lembut itu umpama bayu yang mendamaikan.
“Oh... thanks ustazah. Sepuluh markah untuk kau!”
“Eh, kau ni macam Awsam pulak.” Tutur Najmah sambil ketawa sedikit. Kemudian baru dia tersedar yang dia sudah terlepas cakap. Bila dia memandang Amna, wajah itu sudah bertukar nakal. Alamak....
“Ehem... Sejak bila Awsam guna ayat tu dekat kau!” Kening Amna mula diangkat. Ada apa-apa ke yang dia tak tahu pasal hubungan Awsam dan Najmah?
“Hmm.. Siapa Awsam?” Najmah buat tak kenal. Masaklah kalau Amna ada mood nak selongkar cerita peribadinya.
“Mamat Awesome yang sedang menumpang di hati kaulah!” Sakat Amna sambil ketawa. Hilang terus masalah yang menghempas badai.
***
            Selepas berbual dengan Najmah tadi, Amna kembali lega. Dia selalu berangan nak jadi macam Najmah. Sikap sabar dia menggunung. Gadis itu sentiasa tenang mengahadapi apa jua rintangan. Mungkin pangkat anak sulung yang disandang membuatkan dia lebih matang dari Amna sendiri.
            Bosan mengadap dinding bilik, Amna mula bangun. Kakinya dibawa ke bilik Dania. Hmm, sudah hanyut dibawa mimpi. Merangkak pula ke bilik Darwish, hmm.. sedang ralit bermain dengan PSP nya. Kemudian dia mendapatkan kakaknya yang sedang melipat kain di ruang tamu.
            “Tak tidur lagi?”
            “Tak mengantuk...”
            “Biasanya orang tengah rindu-rinduan je yang payah nak lena.” Sakat Aminah sambil mata merenung skrin televisyen. Menonton drama Ombak Rania di Astro Ria yang sudah diulang beberapa kali. Boleh jugaklah nak layan untuk menghilangkan kantuk.
            “Heh, kelakarlah sangat!” Seharian jadi bahan usikan, Amna sendiri dah tak hadap nak layan.
            “Masih fikirkan hal Redza?” Usai balik dari kerja tadi, mereka sudah bertukar-tukar cerita. Dalam melayani rasa terkejut, dia sebenarnya kagum dengan Redza. Kagum dengan keberanian Redza yang tiba-tiba meminang adiknya itu. Lepas tu berani hantar bunga! Lepas tu jadi tunang tak bertauliah! Apa sebenarnya agenda Redza?
            “Buang masa fikir pasal dia!”
            “Tak baiklah kutuk tunang sendiri.”
            Amna mencebik. Sungguhlah rasa nak termuntah bila dengar perkataan tunang itu.
            “Siapa Redza tu agaknya ya? Apa motif dia buat semua ni?”
            “Dia sengaja nak permainkan adik kot...” Kata-kata Aminah tak mampu nak sejukkan hati Amna sendiri.
            “Adik dapat rasa yang dia serius... Lepas ni entah apa lagi bencana dia nak buat!” Letih otaknya memikirkan perihal Redza.
            “Macam ada telepati pulak.. Boleh rasa-rasa. Kalau adik boleh tahu perasaan dia, maknanya sejiwalah tuh...”
            “Kak long....”
            “Tak payah risaulah dik.. Korang bukan tunang secara formal pun.  Keluarga Redza dengan keluarga kita bukan tahu pun kan...”
            “Kalaulah dia betul-betul serius macam mana kak?” Perkara ini berlegar di ruang minda. Kalau tengok dari gaya, Redza tak nampak macam main-main! Sikap lelaki itu, argghh.. Langsung tak boleh nak scan.
            “Kita ni ada mak bapak.. tak kan lah kita nak ketepikan mak bapak kita sendiri. Kalau betul lelaki tu serius, adik cabar dia pergi jumpa mak dan bapak.” Pandai-pandai sahaja Aminah memberi cadangan. Tapi ada betulnya juga, kalau benar Redza serius, mungkin lelaki itu yang terbaik buat Amna.
            “Ish.. itu namanya tempah bala. Buat-buat dia datang betul-betul?”
            “Bukannya kita wajib terima pun. Cakaplah kat mak dengan bapak yang adik tak suka. Adik kan anak kesayangan dia orang, tak kan dia orang nak lepaskan adik pada lelaki yang adik tak cinta.”
            Lama Amna menjalarkan pandangan ke arah kak longnya itu. Ada benarnya juga kata-kata Aminah itu.
Rasa kagum pada wanita yang berada di depannya ini. Wanita ini baru sahaja berusia tiga puluh dua tahun tapi nampak cekal menghadapi segala dugaan yang menghimpit.  Mungkin gelarannya sebagai seorang ibu tunggal itu membuatkan dia lebih matang dari usianya. Membuatkan Aminah lebih tabah dari semalam.
            “Akak... Akak tak nak kahwin lagi ke?” Tanpa sedar, soalan itu meluncur laju dari mulut Amna. Meneroka perasaan milik si kakak. Ialah, kakaknya ini jarang berkongsi rahsia. Segalanya hendak ditanggung seorang diri.
Aminah itu gelak sakan. Hilang isu Redza, timbul isu dirinya pula. Sudah hampir tiga tahun dia menjanda. Tidak pernah sekalipun dia memikirkan soal kahwin lagi. Cukuplah sekali.. tak akan ada kali yang kedua lagi.
            “Cukup-cukuplah. Akak dah terlalu bahagia dulu. Akak dah puas....”
Aminah mula menghabiskan lipatan kainnya yang terakhir. Kurang senang bila isu perkahwinan terus dibangkitkan. Topik kahwin hanya akan mengingatkan dirinya pada arwah suami tercinta. Terlalu banyak kenangan yang pernah mereka ukirkan. Tidak terpadam rasanya memori itu. Dan biarlah memori itu akan kekal sebagai memori. Dia tidak ada hati untuk mencari penganti arwah suaminya itu.
Bimbang jika mata yang kabur itu menghamburkan tangis, Aminah cepat-cepat mengangkat kain baju dan berlalu ke biliknya. Membiarkan si adik dengan fikiran dan persoalan yang masih belum terjawab dengan sempurna.
            Amna tersenyum sedikit mendengar kata-kata kakaknya itu. Kemalangan jalan raya itulah yang meragut cinta hati kak long. Kemalangan itu yang memisahkan kak long dengan dunia cintanya. Sejak itu, kakak sulungnya itu hidup bersandarkan kebahagiaan Darwish dan Dania.
            Inilah alasan yang membuatkan Amna ingin tinggal bersama-sama dengan Aminah. Dia tidak mahu kak longnya itu terus merasa kehilangan. Sekurang-kurangnya kalau ada dia, kak longnnya itu ada juga tempat bergantung walaupun mungkin tidak akan sama dengan abang iparnya yang telah pergi.
            ‘Kak long diuji dengan cobaan yang lebih berat. Seharuskan aku jadikan kak long sebagai contoh untuk lebih kuat.’ Itu tekadnya kini. Amna akan lakukan apa sahaja untuk menentang Encik Squidward itu.
            Persoalannya, perlu ke dia membalas dendam atau dia perlu melarikan diri dari lelaki itu. Argghh... medulla oblongatanya beku dari sebarang idea.
p/s: kalau korang jadi Amna, apa korang nak buat?? hiks... do enjoy.. hope komen untuk memperbaiki mutut keunggulan.. (kaitan pulak kan..) lebiu atas sokongan...

35 comments:

  1. makin best.. Sara cepatlah smbung... kiranya depa dah declare tunanglah kan.. apa pulak strategi amna lepas nih

    ReplyDelete
  2. makin best.. kak sara, nak lagi.. geram bila amna n redza bertekak.. rasa mcm nk join sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboiiihh... gitu pun ada... cukuplah depa berdua je yunk oit

      Delete
  3. Alamak..kantoiiiiiiiiii........mana nk larik amna oiiiiiii.....

    ReplyDelete
  4. peeerhh...sesak dada d buatnya...berserah diri ajelah pd yg 1,rayu segala hajat n istikharah ...tul ...tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak oit jawapann... memenuhi piawaian agama.. hehe

      Delete
  5. wah2! up lagi sara..~
    sya sokong ja redza...wkwkwk

    ReplyDelete
  6. haahaaa...caya lh kat redza..dlm pd amna nk lepas kn diri,tup2 makan diri blek.mmg akk kali nyer komen nk puji redza yg tk reti nk ngaku kalah dek...tergoda gak ngan peranan redza nk jerat cinta amna...katogeri pria terhebat gak redza ni tk lut kat sumpahan amna.kot2 ilmu kebal penuh kat dada redza nih...nasib mu lh amna,selagi cincin di jari mu,selagi tu lh mu jadik tunang olok2 kat redza heeheeeee...up g dek laju2 panjang2 n tq so very2 much dek......

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak.. sabar kak.. jgn tergoda lagi.. redza x penat nk sakitkan hati amna lagi tuh.. hahaha..nway komen je pnjang2.. ai like youuu

      Delete
  7. Assalamu'alaikum cik/puan penulis.. :)

    Itulah Amna..adakh ptut kutip cincin org pdhal dh tau psgn tu bgaduh. ni tanggung la. Kalau saya yg kat tmpt Amna, hmm bserah pd Pncipta bykkn bdoa n istikarah mnta bantu cari jln penyelesaian&ktenangan. n ikut pndpt Kak Long. cbar redza jmpa prents. f prents suka&berkenaan, bru trima klu nex step redza hntr rmbongn. ;)

    -Alia-

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam alia...hahah.. ni mcm penyokong redza nih.. amna kena bnyk sabar nak layan kepala otak redza tuh..hehe..

      Delete
  8. kenapa nak lari2 amna... kalau i jadi u, i pergi je confess kat ahfan tu. And yes, nama dia tu ahfan kan? (hope tak tersilap la kali ni!) ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes kak umi.. tepat sekali.. confess??adeih.. kalaulah amna ada keberanian setinggi tuh... =)

      Delete
    2. women shouldn't be afraid to confess. we hv our right! cakap kat amna tu... hehe ;)

      Delete
  9. haha apelah Amna ni, berlagak tak kene tempat. kan dah kantoiii pasal cincin tu. kihkih cepat2 sambung ye kak ? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... konon nk buat taktik macam dlm drama.. skali diri sndiri y terkena

      Delete
  10. sapa pun taknak dgn mamat yg menyakitkan hati mcm redza,tp kalau dah jodoh tak kemana kan...biasa nya yg di benci tu la yg akan di sayangi nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..kadang2 yang menyakitkan hati tulah y akan mengikat hati.. yake? ai taram je

      Delete
  11. Kak setuju dgn umi kalsom. Pergi confess kt Ahfan. Tak rugi apa2 pun, malu skejap je pun..rindu plak kt Ahfan. Pair kan je Redza dgn Aminah Syakirah ye Sara. Mesti ramai yg sokong cadangan akak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kak zaharah.. ni mmg penyokong setia ahfan nihh... okay2.. we wait n cee yoo

      Delete
  12. wahahaha.... sangat sangat teruja akak bace bab kali ni... boleh pulak amna tunjuk cincin tu kat redza... amna jangan benci sgt dgn redza... nnti terjatuh suka pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amna jiwa simen tuh.. hanya cintakan ahfan..hahaha..

      Delete
  13. Walaupun Redza menyinis je tp di telinga dan mata sy dia tetap SWEET. Mmg dh sakit angau dh... Nk buat mcm mn br kena angin Catherina jd immune kata2 sinis & nmpk sweet n macho pulak hero BASS ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hati dah suka tuh... sinis pun rasa sedap.. kan kak.. siap kena angin taufan catherina tuhh.. kalu sinis x menjadi, mgkin redza akan bertukar karakter pulak.. eh ya ke? mungkinlahhh

      Delete
  14. assalamualaikum
    maaf nak menegur bukan medula oblongata yang mengawal pemikiran tetapi serebrum. mungkin boleh dibetulkan selepas ini. tapi cerita ini memang enjoy untuk dibaca and your first pun best, sedih sangat.

    ReplyDelete
  15. klu sy jd amna,, redha je la.. dpt laki handsome kn?? hahah

    -athirah-

    ReplyDelete
  16. macam nak halimunan bila termalu macam tu,macam2lah sara ni bikin pembaca pun tumpang gabra,.

    ReplyDelete
  17. salam perkenalan..1st time ni tinggalkan jejak..maaf sblm ni tak pernah komen..
    BTW best citer nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALAMAK, TERKOMEN GUNA AKAUN EN SOMI PLAK

      Delete

  18. Hanya di ICG88.COM dimana kamu bisa mainkan berbagai permainan di HKB Gaming,IDNPLAY, dan Gudang Poker! tentunya dengan inovasi terbaik.gabung dan buktikan sendiri promo dan bonusnya :

    Bonus New Member 20%
    * Min Deposit IDR 50.000,-
    * Max Bonus IDR 300.000,-
    * TurnOver 4X TO Termasuk Modal Dan Bonus
    * Bonus Di Berikan Di Depan
    * Jika Tidak Mencapai Ketentuan Bonus Maka Bonus Akan Di Tarik Melalui Nominal Withdraw

    Bonus Deposit Kedua & Selanjutnya 5%
    * Min Deposit IDR 50.000,-
    * Max Bonus IDR 100.000,-
    * TurnOver 5X TO Termasuk Modal Dan Bonus
    * Bonus Diberikan Di Depan

    Tunggu apa lagi,gabung dan dapatkan bonus serta jackpotnya!

    hubungi kami di :
    BBM : e3a9c049
    LINE: icg88poker
    Whattsapp : 081360618788

    ReplyDelete