Tuesday 5 February 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [Prolog]


PANG!!!
            Pipinya yang perit itu mula diraba. Tak ada ribut... Tak ada petir.. Tiba-tiba kena lempang! Memang terasa sangat bengang! Ingin sahaja ditampar balik perempuan dihadapannya ini. Namun segera disabarkan hati. Dia bukan wanita spesis yang cepat meradang.
            “Apa ni dayang?”
Terkuak juga ketenangan bila diserang hendap sebegini rupa. Matanya merayap di kawasan bassement yang sudah mula lengang. Nampaknya sudah tidak banyak kereta yang diparking. Mungkin ramai yang sudah balik kerana jarum jam sudah hampir mencecah pukul tujuh. Jika tidak, pasti malu bila terpaksa bertembung dengan rakan sepejabat yang menyaksikan drama sebabak ini.
‘Perempuan ni betul-betul dah tak siuman agaknya... suka sangat menyerang orang.. Kali ini masuk kali kedua aku kena serang dengan dia..’ Amna mula beristigfar. Menyarungkan hati dengan jersi sabar. Dia tidak mahu kalut melayan sikap Dayang yang karut ini!
            Mata Dayang mencerlung dengan kemarahan. Nafasnya turun naik. Rasa gelisah semacam! Yang pasti, kemarahan mula membuak-buak dalam hati. Apatah lagi setelah menyambut soalan bodoh Amna Safiya.
“Kura-kura dalam tong, pura-pura buat ting tong! Kau tanya aku kenapa? Kau tu yang kenapa? Mana janji-janji kau dulu?”
Dayang seolah-olah seperti sudah hilang kawalan. Langsung tidak dapat mengawal stereng kemarahan. Hatinya bengkak memikirkan hubungan Redza dan Amna yang makin rapat. Kalau macam ni gaya, bila Amna nak pulangkan Redza pada dia?
            “Tak payah jerit-jerit... Aku belum pekak lagi.” Amna buat gaya selamba.
Cukup-cukuplah Dayang seorang sahaja yang gelojoh. Dia tak perlu tak buat perangai hodoh sama. Padahal dalam hati gabra jugak! Tapi kali ini Amna boleh mengawal dirinya sedikit. Tidak kelam kabut seperti diserang Dayang satu ketika dahulu. Perangai tak semenggah Dayang ini sedikit sebanyak mematangkan dirinya juga.
            “Aku tahu kau belum pekak lagi... Tapi aku takut kalau-kalau kau tu dah hilang ingatan... Kau jangan lupa dengan apa yang kau dah janji dengan aku!”
 “Aku tak lupa... tak payah nak remindkan aku berulang kali. Dah, aku nak balik!”
Malas mahu melayan perangai sawan Dayang, Amna terus membuka pintu kereta. Namun bandannya terus ditolak kasar oleh Dayang sehingga membuatkan bahunya berlaga dengan pintu keretanya sendiri.
“Eh, sakitlah....!!!” Sensitif pulak bahunya kali. Berlaga sikit pun dah manja. Tapi mahu Amna tak marah. Minah ni main kasar kut!
“Hah, tahu pulak sakit? Hati aku yang sakit ni kau tak peduli pulak?”
            Amna mula melepaskan keluhan sedikit. Penat melayan perangai Dayang yang tak cukup fius ini! Bahasa apa yang mudah diserap dalam otak Dayang ya? Bahasa ibunda, bahasa ayahanda ataupun bahasa yang tak ada suara?
            “Kau tak boleh bersabar sikit ke? Aku sedang lakukan rancangan kita tuh... Kalau ada apa-apa tindak balas, aku beritahulah kau..” Terang Amna perlahan. Namun sebenarnya dia pun tidak yakin dengan ayatnya sendiri.
            ‘Semua rancangan gagal sendiri. Tak ada satu pun yang membuatkan Redza bengang dengan dirinya. Lelaki itu makin bersabar dan makin sayang adalah...dan lagi satu, manja dan mengadanya makin menjadi-jadi.’ Keluh hati Amna sendiri.
            “Masalahnya benda ni dah lama.. Kau buat perancangan untuk buat Redza bencikan kau ke atau kau buat perancangan untuk Redza cintakan kau?” Sekali lagi telinga Amna berdesing dengan suara Dayang yang bagai tertelan microfon itu.
            “Aku buat sama seperti yang kita rancangkan tu Dayang... tapi masalahnya...” Amna berjeda seketika. Tangannya mula mengaru di pipi miliknya sendiri. Salah satu tabiatnya jika sedang berfikir.
            “Apa masalahnya?”
            “Masalahnya tindak balas Redza negatif... Dia tak peduli pun semua tu... Dia tak pernah tegur pasal perangai tak sopan aku... Dia macam tak ada perasan langsung! Aku tak tahu nak buat macam mana dah...” Terang Amna sungguh-sungguh.
            “Sebab kau buat tak bersungguh!” Berang Dayang mendengar penerangan Amna itu. Suruh buat kerja simple pun tak boleh harap!
“Eh, kau tak boleh nak mempersoalkan kesungguhan aku ya? Kau tak tahu yang aku dah naik gila nak melayan semua ni? Kepala aku dah cukup serabut bila satu persatu rancangan aku gagal! Aku tak tahulah macam mana aku boleh terjebak dengan semua ni... Deal dengan kau, deal dengan Redza lagi... Aku tak sepatutnya berada dalam dunia korang! Dan kau pulak, bersenang lenang berpeluk tubuh! Kalau betul kau sukakan Redza, sayangkan Redza, kau pun kena goda dia semula! Pujuk hati dia balik! Bukan lepaskan semua beban pada aku!” Kali ini giliran Amna pula yang melampiaskan rasa marahnya.
Dayang terdiam. Bukan dia tak mahu pujuk atau menggoda Redza, tapi semuanya tak akan menjadi! Redza tak hadap dengan semua itu? Nak goda Redza? Macamlah Redza akan tergoda?
Hati Dayang mula diseru rasa kurang enak. Dia dapat merasakan yang perasaan Redza dan Amna makin kuat. Tak boleh jadi nih!
            “Kenapa kau macam berputus asa? Kau tak nampak tekad macam dulu lagi. Jangan cakap yang kau dah mula terpaut pada Redza. Entah-entah kau cintakan si Redza kan...” Tembakan ayat Dayang itu membuatkan Amna terpana. Senyuman di wajah Dayang ternyata sinis! Melecur anak mata yang memandang!
            Amna melepaskan keluhan halus. Agaknya minah ni guna otak lembu gamaknya! ‘Aku dan Redza terlalu berbeza... Mustahil untuk kami bertilamkan satu katil. Dan sangat mustahil untuk kami berkongsikan satu bantal! Sekali momentom ni tak ada, jangan harap boleh kahwin sama!’
            “Eh, terima Redza tu macam makan durian dengan kulit durian sendiri. Kau boleh bayang tak kesan dia? Lagipun, kalau aku betul-betul sukakan dia, tak ada masanya aku sibuk berlakon jadi perempuan tak sopan semata-mata sebab nak buat dia benci pada aku! Baik aku goda dia.. Tak pun rancang kena tangkap basah dengan dia kan!” Amna melahirkan sedikit kelogikan dalam kata-katanya.  
            Dayang mendengus. Otaknya cuba menghadam kata-kata Amna tadi.
            “Aku pegang kata-kata kau tuh... Jangan sampai kata-kata tu memakan diri pulak.. Aku tahu Redza tak ada dalam hati kau sekarang... Tapi siapa tahu lama-lama kau pulak yang terjatuh cinta dengan dia... Aku tahu kadang-kadang dia tak berperasaan.. Tapi dia ada sesuatu yang tak ada pada orang lain... Kalau aku tahu kau cuba goda dia, kau tahulah nasib kau macam mana!”
            Jari terlunjuk Dayang menerawang di hadapan wajah Amna. Amaran keras mula dijatuhkan!
            “Aku cintakan orang lain.... jadi aku tak nampak apa lebihnya Redza di mata aku.”
Dalam hati Amna hanya ada nama Ahfan sahaja. Bukan nama Redza atapun nama lelaki lain. Amna juga ingin Dayang sedar bahawa dia tidak punya sekelumit perasaan pun terhadap Redza. Kalau ada pun, perasaan sakit hati yang mencecah syiling.
            “Jadi, kau jatuhkan hati orang yang selayaknya... Jangan jatuhkan hati Redza.”
            “Aku tahulah!” Ada nada tegas dalam nada suaranya. Bosan bila diingatkan banyak kali.
            Dayang tersenyum sinis. Senang dapat mengenakan Amna. ‘Walau apa pun caranya, aku akan tetap dapatkan Redza. Kau memang tak layak untuk bergandingan dengan Redza!’ Baru sahaja dia ingin meninggalkan Amna, namun seketika dia berpaling ke arah Amna yang masih kelihatan terkebil-kebil itu.
            “Dan tolong jaga hati kau sendiri.. jangan kau berani jatuhkan hati kau untuk Redza pulak!” Keras amarannya yang terakhir itu. Amna mengetap bibir. Terasa ingin disepak mulut Dayang yang berpuaka itu. Tak pun tanam dalam kerak bumi nih!
“Stereng hati aku... Pandailah aku nak mengawalnya!”
            Terus Amna masuk ke dalam perut kereta. ‘Kalau aku tahu macam ni jadinya, jangan harap aku akan jebakkan diri dalam bidang lakonan tak bertauliah nih!’ Amna mula menyalahkan dirinya sendiri kerana pandai-pandai berjanji untuk memulangkan Redza kepada Dayang dahulu. Sendiri cari sakit, pandai-pandailah tanggung sakit!
Macam manalah Redza itu boleh bertunang dengan si Dayang dulu? Namun setelah difikirkan semula, memang sesuai pun mereka berdua itu. Seorang tak ada perasaan dan sorang lagi terlebih perasan! Memang ngam jadi laki bini.
Tapi dalam teruknya Redza, terpalit sikap prihatin yang tinggi. Terpamir wajah yang serius tetapi pandai mengambil hati. Paling dia tidak berkenan dengan sikap Redza ialah, jejaka itu pandai mencuri perhatiannya dengan sikapnya yang menyakitkan hati. Lelaki itu sentiasa hadir dalam keadaan yang tidak dijangka.
Opsss... sejak bila ada skop pujian untuk lelaki yang bernama Redza Khusyairi. Baik tarik balik pujian itu!
Malas berlebih melayan perasaan, Amna terus memulakan pemanduan.
            Apabila tiba di simpang rumahnya, tiba-tiba kereta yang dipandunya disekat oleh sebuah kereta BMW yang Amna sendiri tidak dapat kenal pasti jenis BMW yang mana. Amna mengetuk stereng kereta. Dia tahu spesis manusia yang menahan keretanya ini!
            ‘Perempuan-perempuan ni memang menjengkelkan sangat amat’
Matanya sudah menangkap susuk tubuh yang keluar dari BMW berwarna kelabu itu. Dengan skirt pendeknya, wanita itu melangkah penuh berkarisma ke arah kereta Amna.
            Cermin keretanya diketuk dari luar. Dengan sedikit keluhan, Amna keluar dari kereta. Mula mengadap seorang lagi manusia pelik.
            “Aku nak kau tinggalkan Ahfan!” Amna mengarukan kepalanya. Dugaan bertemu dengan dua ekor langau betina hari ini!
            “Kau siapa nak suruh aku tinggalkan Ahfan?” Tanya Amna keras.
Kalau hal melibatkan Redza, dia boleh berdiam diri. Tapi jika hal melibatkan Ahfan, dia harus kuatkan mental dan fizikalnya. Kerana dia terlalu menyintai lelaki itu. Akan dipertahankan segala-galanya. Hanya untuk seseorang yang sangat dia cintai.
            “Aku ni bakal tunang dia?” Jerit Ayyu berdesing!
Amna melarikan kepalanya sedikit. Bingit mendengar tengkingkan tak berasas Ayyu ini. Agaknya waktu kecik-kecik dulu Ayyu ni pernah tertelan microphone gamaknya. Sebab tu suara berdentum macam petir!
            “Bakal tunang? Hmm... Dah beli cincin tunang ke?” Sengaja Amna bagi soalan yang menyengat telinga.
Muka Ayyu mula kelihatan gabra!
“Opss lupa...Tunang yang declare sendiri-sendiri... ish ish ish..” Dengan sengaja Amna mula ketawa sinis sedikit untuk menambahkan lagi sakit hati Ayyu. Over acting sikit sekali sekala, apa salahnya kan?
            “Kau ingat aku main-main ke? Aku bakal bertunang dengan dia.. tapi kau tu yang sibuk-sibuk usik dia.. Sebab tu dia asyik tangguhkan pertunangan kami.” Herdik Ayyu lagi. Tak puas hati apabila kredibilitinya dipandang remeh oleh Amna.
            “Okay, kalau betul dia cintakan kau, aku tak pernah kisah... Tapi masalahnya sekarang, sanggup ke kau nak kahwin dengan lelaki yang tak cintakan kau?”
            “Kau berlagak dengan aku ya....?” Wajah Ayyu merah menahan rasa marah. Tapi tiba-tiba dia tersenyum sinis. Kemudian dia ketawa kecil. Giliran Amna pula yang pelik sendiri.
“Kau pulak macam mana? Kau pasti ke yang Ahfan benar-benar cintakan kau?” Kali ini Amna pula yang terhenyak sendiri mendengar pertanyaan Ayyu itu.
            ‘Errk... alamak! Ahfan memang tak pernah berterus terang pasal perasaan dia.’ Monolog hati Amna sendiri.
Itulah, tadi konon nak sakat Ayyu sangat, tapi sekarang dirinya pulak yang tersangkut dengan soalan sendiri! Kemarahan itu memang ditujukan kepada diri sendiri.
             “Ahfan sendiri tak pernah cakap apa-apa pada kau kan... So, kau pun jangan nak perasaan sendiri!” Sembur Ayyu lagi. Nampak sangat dia sedang tersenyum puas!
 Inilah masalahnya, cinta ini dilampiaskan dalam bentuk bentuk badan. Memang akan mengundang sejuta masalah yang tak sudah-sudah. Rupanya mereka berdua ini sama sahaja! Dua-dua perasan sendiri!
            “Okay, memandangkan yang Ahfan tak pernah confees apa-apa perasaan pada kau dan aku, jadi sekarang kita bersaing secara sihat... Biar Ahfan pilih perempuan mana yang dia sayang.. Kalau dia pilih kau, aku pasti akan beralah... Tapi kalau dia pilih aku, kau pun kena buat perkara yang sama dengan aku.. Kau kena terima yang Ahfan tak sukakan kau!”
            Macam bagus je ayat Amna itu. Dia sendiri pun tak berapa nak pasti. Dia tak fikir panjang sangat tika menyusun ayat tadi. Mana yang terlintas di fikirannya, terus dia sebat. Itu lebih baik dari terus mendiamkan diri dan membenarnya maruahnya dipijak lumat oleh si Ayyu yang tak sedar diri itu.
            “Kau jangan rasa yakin sangat yang Ahfan akan terima kau sebagai buah hatinya. Kau tak layak untuk lelaki sesempurna Ahfan.” Dia kembali menyarungkan kacamata hitamnya sambil tersenyum sumbing. Berlagak sangat amat!
            “Pakaian tak cukup kain tu pun tak akan mampu memikat hati Ahfan...” Ujar Amna berani. Dia kenal sungguh dengan Ahfan. Ahfan bukan dikenali dengan perangai playboy atau perangai suka melihat gadis-gadis seksi. Dia sentiasa menjaga pandangan dan adabnya ketika bersama dengan perempuan.
            Ada jodoh tak kemana, tak ada jodoh nak buat macam mana!
            “Kenapa? Kau jelous sebab kau tak mampu buat apa yang aku buat? Itu kelebihan aku yang tak ada pada kau! Yang aku pasti, aku tak akan benarkan perempuan macam kau memiliki Ahfan!”
“Oh please... Tak ada maknanya nak cemburukan orang miskin macam kau!”
How dare you?” Muka Ayyu membahang.
“Ialah... Orang miskin je yang tak mampu nak beli baju yang sama dengan saiz badan...”
“Dasar mulut puaka! Aku akan ajar kau cukup-cukup!” Sejurus kemudian, Ayyu mula berjalan semula ke arah keretanya. Sekelip mata sahaja, kereta BMW itu hilang dari pandangan mata Amna.
            Amna masuk semula ke dalam keretanya. Namun dia masih belum memulakan pemanduan. Diraup wajahnya berulang kali. Menghilangkan kegelisahan yang merantai rasa hati. Balik ni kena tulis dalam diari. Tarikh hari ni betul-betul cipta rekod baru.
            Dia paling menyampah bila perempuan bergaduh sesama sendiri disebabkan lelaki. Dah macam tak ada kerja lain! Tolonglah perempuan, janganlah letakkan martabat dirimu semurah itu!
            Redza... kerana lelaki ini, dia diserang oleh Dayang... kerana lelaki ini, dia terjebak dalam dunia lakonan yang tak bertauliah hingga memaksa dia melakukan perkara yang tak sopan semata-mata untuk dibenci oleh lelaki ini! Amna sendiri pelik.. Dia masih belum ketemu apa yang istimewa pasal lelaki ini sehinggakan Dayang terlalu menggilainya.
            Ahfan.... kerana lelaki ini, dia diserang oleh Ayyu... kerana menyintai lelaki ini, dia terjebak dalam kancah perasaan ini... walaupun dia terlalu menyintai lelaki ini, Ahfan sendiri masih belum meluahkan rasa... lelaki ini hanya mampu membelitkan jiwanya. Membuatkan dia keseorangan memperjuangkan cinta. Tapi cinta ke kalau berjuang tanpa teman di sisi?

p/s: It's just a beginning.. pada yang mungkin x tahu... dulu tajuk dia SOPAN BUKAN SIKAPKU... now tukar tajuk plus versi edit yang lebih kemas.. eceh.. kononlah... enjoyzz okeyhh

25 comments:

  1. menarik!! aku suka...cepat post bab 1, aku rasa aku akan sukakan redza...hikhik

    ReplyDelete
  2. Ptt la pun mcm.pnh ku bc nama hero n heroin tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa.. kak ton mmg pernah baca.. tp msti lost kan.. jadi sila bc semula.. ini sesi telah dikemaskni..

      Delete
  3. Itu lah, rasa mcm pernah bc je. Tajuk br dh cun. Dik, akak tak rasa kedua2 lelaki tu adalah hero citer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. pulak dahh... nak hero baru ke? pitams pulak nk berebut nnti

      Delete
    2. Redza bukan hero dia kan...Ahfan plak mcm suka kwn ngan dia je.. Apapun, akak tak sabar nk tunggu entry br. Gud luck dik

      Delete
  4. tulh...rase cam pernah jer ikuti crite nih..mmg akk tunggu2 sngt kesudahan nyer..now dh terhidang...thnk sesangat dek...sukerrrrrrrrrrr sngt heehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala... sukanya bila ada orang buat muka teruja. insyaAllah lepas nih displin skit post ke blog.. hehe

      Delete
  5. Mase sara letak tajuk Sopan Bukan Sikapku akak blom pnh bce lagi... ni baru nk stat bace...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke..hope enjoyz akak... simple story untuk hilangkah stress berkerja..

      Delete
  6. Hai Ezza sayang,

    Sori x dpt jpa masa Pesta Buku baru-baru ni. Akk kat Lumut from 1st till 3rd Feb ari tu. Ruginya x dapat beramah mesra serta nak dptkan sign awk yg cute tu.

    Masa baca cite ni akk teringat pernah baca, rupa-2nyer asal cite Sopan Bukan Sikapku. Ada sikit perubahan selepas edit. All the best ya dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak has sayang..

      x pe... masing2 ada hal sendiri kan.. mo man tai.. bkn sign je y cute, owg pun cute sama.. kih kih.. yup.. setelah dikemaskini.. hope orang boleh terima.. =)

      Delete
  7. sara, saya dapat rasa kelainan dalam cerita nih... chaiyok sara!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq yat... hope so lain... sama tp x serupa..hehe

      Delete
  8. nk bce balik dri awal.... ^^ marathon la gamaknya.... bnyak la plak yg nk serang -menyerang nie :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete