Tuesday 19 March 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [10]

Skrin di komputer terasa berbalam-balam. Semalaman Amna tak dapat tidur. I’ll be your shelter. I’ll be your storm.  I’ll make you shiver. I’ll keep you warm. Whatever weather, will you marry me? Kata-kata Redza itu masih terngiang-ngiang di corong telinga Amna. Tangannya ditekup di kedua belah telinganya. Bingit!
‘Oh mimpi.. kau telah membeli semua lenaku dan telah menghantui seluruh hariku. Kurang ajar kau Redza, kau buat mimpi aku jadi berterabur!’ Amna mendengus kasar. Geram apabila mimpi indahnya digangu oleh lelaki yang bernama Redza.
Entah macam mana dia boleh bermimpi bersanding bersama Redza. Kot ya pun nak mimpi bersanding, kenapa mesti Redza yang menjadi calon pengantin lelaki? Macamlah dah tak ada calon lain. Kalau mimpi bersanding dengan Remy Ishak pun syok jugak. Ini Redza Khusyairi. Mamat disaster a.k.a Encik Squidward.
Sememangnya mimpi itu adalah mainan tidur. Tapi mimpi ngeri akan membuatkan orang takut nak tidur! Tapi kalau mimpi bersanding dengan Ahfan, for sure Amna tak mahu bangun dari tidur terus. Naya jugak tuh!
            “Amna, are you okay?” Suara Ahfan membuatkan Amna cepat-cepat sedar dari lamunan.
            “Kenapa awak tanya? Saya nampak macam tak okay ke?” Soalan Ahfan dibalas dengan soalan. Kepala otak yang runsing, mula rasa berpusing.
            “Awak nampak tak bermaya.” Wajah Amna tika ini nampak lesu. Mungkin tak cukup tidur ataupun tak cukup rehat. Risau dia jadinya.
            “Saya okay je Ahfan.”
            “Kita pergi klinik nak?” Ahfan mula melahirkan keprihatinanya. Risau melihat keadaan Amna kekasih pujangga malayanya.
            Kadar aliran jantung Amna mula berubah dan berada dalam keadaan tidak stabil. Berdegup dua ratus lima kilometer perjam. Sungguh rasa nak pitam! Dengar perkataan klinik terus rasa sihat.
            I’m okay... I really-really mean that.. Tak payah risaukan saya.”
 Bukan pengaruh mimpi sahaja yang membuatkan Amna mamai, pengaruh kafein semalam pun masih bersisa gamaknya. Sebab itu Amna rasa anti bodinya tak berapa gagah hari ini.
            “Bukan apa, saya ni mementingkan kesihatan staf di sini. Saya tak naklah nanti abang saya membebel yang saya ni tak berhati perut. Pekerja dia tak sihat pun, nak dipaksa membuat kerja.” Cantik punya alasan yang Ahfan beri.
Dia dengan Amna terasa begitu dekat. Tapi kenapa masih tidak tercapai dek gapaian tangannya. Tapi setelah difikir-fikirkannya, semua itu tidak mustahil. Sesuatu yang baik itu tidak akan datang bergolek begitu sahaja. Kebahagiaan tidak akan datang kepada orang yang tidak menghargai rasa bahagia.
Makin kita susah nak dapatkan sesuatu, makin kita sukar untuk melepaskan dia pergi. Kata-kata itu memang sedari dahulu menjadi pegangannya. Ahfan memandang Amna yang tiba-tiba senyap itu. Perkara apakah yang bermain di benak wanita kesayangannya itu?
            “Eh, jom temankan saya breakfast.” Ajak Ahfan berani. Cuba menghidupkan suasana yang tiba-tiba mati.
            “Err...” Amna mengetap bibir.
Nak memanglah nak! Keinginan mencecah syiling. Tapi sekarang waktu pejabat. Kalau dia terima, apa pula kata pekerja yang lain. Benda ini memang nampak remeh! Tapi Amna tak mahu jika isu seperti ini diperbesarkan. Lagipula, perutnya masih kenyang kerana melantak nasi lemak sotong pagi tadi.
            Melihat aksi serba salah Amna itu, Ahfan sudah pun menemui jawapannya.
            “Okay.. Saya faham.. Hari esok jangan makan pagi tau. Kita makan sama-sama.” Bersungguh-sungguh Ahfan menuturkannya. Amna cuba mengawal riak wajah yang tersenyum renyih itu. Tapi sebenarnya dalam hati meloncat sakan.
            Oh mak... I need a breath!
            Tapi bila difikir-fikirkan semula, terasa lama jika hendak menunggu hari esok. ‘Alahai Ahfan, kalau sarapan dah melalukan diri, tengah hari nanti kan masih ada. Kenapa perlu tunggu sampai esok?’ Nampak sangat anak dara tak menyempat nak berdating!
            “Kalau ikutkan saya nak belanja awak lunch nanti tapi adik saya suruh teman dia pulak.” Ahfan mengarukan kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal. Riak muka serba salah jelas terpancar. Serba tak kena dibuatnya.
‘Masa nilah Maira nak suruh aku teman dia lunch? Kalau cancell karang, muncung berdepa-depa pulak?’
Amna terkedu. Ahfan seolah-olah dapat membaca gerak hatinya. ‘Oh Ahfan, you dengan I ni memang ada kimia lah.. bukan kimia je ni, siap plus dengan fizik, biologi dan geografi ni!’
            “Tak apa.. Dahulukan mana yang penting...” Amna dah bertekad untuk tidak mahu menjamah sebarang makanan malam nanti. Isi perutnya itu perlu dikosongkan!  
            “Kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dulu...” Lambat-lambat Ahfan melarikan langkah.. Bukan selalu dapat peluang berbual sebegini. Mujur Awsam hilang entah ke mana. Kalau tak mamat tu memanjang ada dengan Amna! Rasa macam nak alih meja pejabatnya di sebelah meja Amna. Tapi nak bagi alasan apa? Ada kena pelakung dengan abang sendiri nanti!
            “Ahfan...”
            “Yup.”
            “Eer.. Take care...” Amna mengutuk diri sendiri. ‘Time ni ke kau nak tunjukkan kebodohan kau wahai Amna Safiya? Jadah nak take care bagai.. dia nak masuk ofis je pun. Bukan nak pergi berperang!’
            Okay..” Ahfan tersenyum kacak..
            Take care awak..” Suara ajukan itu terus membuatkan Amna berpaling. Bibirnya diketap kuat. Macam mana pulak si Awsam sempat skodeng dia berdating tadi? Kacau daun betullah! Orang baru nak berangan ala fairy tail.
            “Sibuklah kau!”  Tangannya segera mencapai pensel mekanikal lalu mata pensel itu mula menari-nari di atas buku notanya. Sengaja buat-buat sibuk. Tak mahu terus diusik oleh Awsam yang memang kaki mengusik.
            “Oh.. marah eh orang tengok dia berdating...” Wajah Awsam merekah dengan senyuman. Senyuman jahat sepuluh kilo!
            “Mana ada orang berdating... Kau jangan nak memandai ya?”
            “Aish... bila lah korang ni nak menjadi eh? Ahfan tu nampak suka benar kat kau... tapi kenapa dia macam berat mulut je nak cakap? Aku rasa kau ni tersalah minat oranglah.. Kau minat lelaki yang tak cukup kejantanan!”
            Terbuntang mata Amna menangkap kata-kata Awsam yang agak kasar itu. “Weh mulut... Tak bertapis langsung kan! Suka hati kau kutuk Ahfan aku...”
            “Betulllah Amna... Aku sebagai lelaki pun boleh bacalah perangai Ahfan tu. Kenapa dia tak cakap dekat kau? Ke dia sebenarnya dah ada awek tapi tup tup terjatuh hati pada kau pulak?” Memang suka buat spekulasi tak bersirim mamat nih.
            “Kau tanya aku kenapa? Kenapa kau tak tanya Ahfan sendiri? Kau kan baik jugak dengan dia?” Telah Amna pula.
            “Aku malas lebih-lebih... Karang dia cakap aku tak hormat dia pulak. Kau pulak, asal tak terus terang je dekat Ahfan tu? Mana tahu ada nasib nak jadi bini dia...” Cadang Awsam sambil mengangkat kedua belah keningnya.
            “Kau gila ke... Aku ni perempuan.”
            So what? Siti Khadijah sendiri meminang Nabi Muhammad. Tapi ada ke Islam merendahkan martabat perempuan yang meminang lelaki? Tak adakan... Cipta sejarah adalah. Aku pernah dengar ceramah dekat masjid, pasal sejarah cinta agung Siti Khadijah dan Rasulullah. Perkara ni sering dijadikan hujah oleh para ulama dan ustaz yang ingin memperbetulkan tanggapan masyarakat yang menyatakan bahawa wanita tak boleh melamar lelaki. Macam peribahasa melayu tu, ‘mustahil perigi mencari timba!’. Peribahasa tu memang tak boleh pakai... Sepatutnya, jika seorang perempuan telah menemui seorang lelaki yang soleh dan terbuka hati untuk mempersuamikannya, jadi eloklah segera melamarnya sebelum terlewat.”
            Lama Amna terdiam setelah mendengar hujah Awsam yang banyak betulnya itu.
            Siti Khadijah telah melamar Rasulullah yang tidak berharta tetapi berakhlak mulia, amanah, taat dan punyai kehormatan diri yang tinggi. Sejarah ini menggambarkan bahawa tidak semestinya lelaki yang tidak berharta itu hina berbanding lelaki kaya. Mulia pada hakikat sebenar terletak pada akhlak dan agama seseorang. Namun itu bukan bermaksud lelaki perlu menjadi miskin untuk menjadi semulia Rasulullah. Kita perlu berusaha kerana rezeki itu ditangan Allah.
“Tapi aku bukan Siti Khadijah....”
Ya... Jika difikir-fikirkan, dia bukan seperti Saidatina Khadijah yang rupawan disamping teguh menjaga maruah diri dan memartabatkan dirinya dengan menjadi usahawan yang berjaya. Malah isteri Rasulullah itu menjadi insan yang dihormati dan berjaya dalam kehidupannya. Siti Khadijah langsung tidak bergantung kepada orang lain untuk mendokong dirinya tetapi kepada perniagaan yang dibinanya sendiri. Siapalah dirinya jika hendak dibandingkan dengan serikandi Islam itu.
            “Memanglah... Sebab yang kau nak lamar tu pun bukan Rasulullah.” Bidas Awsam kembali.
            Amna ketawa. Terasa lucu pulak dengan ayat spontan Awsam itu. “Payah nak tunggu kau bagi ayat cerdik macam gini. Well done Awsam. Keep it up!”
            Rasa macam nak ketuk je kepala minah di sebelahnya ini. Orang serius, dia tak pernah serius! Kemudian Ahfan kembali dengan idea gamble macam mintak kena pancung!
            “Aku rasa kan... Kau kena belikan Ahfan kopi Jantanlah! Kopi yang dia minum sekarang macam tak berapa kick je untuk dia... Sebab tu tak terserlah kejantanan dia tu.” Sela Awsam sambil ketawa besar.
            Baru je puji sikit, terus lari balik dari landasan. “Kau ni kan...” Belum sempat Amna menghabiskan kata-katanya, Awsam mula memintas.
            “...Aku kacak.. Aku tahu dah. Sebab makna nama aku memang yang kacak pun.”
            Amna mencebik. Menyampah sepuluh kilo dengan perangai tak semenggah Awsam itu. Tapi sikit sebanyak, dia mula terfikir-fikir semula.
‘Mungkin aku yang kena mulakan first step! Kalau kena reject, berhenti jelah kerja kan!. Tapi... hoi, kau ingat cari kerja macam nak kerja kat pasar malam ke?’ Istiharahlah jawapannya. Mintak pertunjuk dengan Allah.
            Akal dah mula tenat bila hati dah penat melayan perasaan yang sarat dengan karat. Bertambah pula dengan jiwa yang bersarang dengan sawang hingga membuatkan semangat lesap bagaikan asap! Oh, tragis betul.
***
            Bulat biji mata Amna melihat si kak long yang tiba-tiba mencemar duli masuk ke dalam dapur malam ini. Kebetulan petang tadi mereka sekeluarga sudah menjamah KFC yang dibungkus oleh kak long. Ni penyakit rajin mana pulak yang merasuk Aminah?
            “Kak long nak masak apa?”
            “Nak cuba resepi baru.. Kak long baru dapat resepi dengan kawan kak long tadi. Adik nak join?” Pelawa Aminah sambil mengeluarkan bahan-bahan dari peti sejuk.
            “Erk... malaslah...”
            “Kak long nak buat Durian Crepe ni.” Aminah menekankan sedikit perkataan ‘durian’ itu. Amna ni memang spesis taksub dengan durian dan sardin. Apa-apa sahaja yang melibatkan durian dan sardin, mesti akan membuatkan Amna teruja.
            “Oh... adik pernah tengok orang post kat facebook. Betul ke akak nak buat ni? Kalau tak sedap nanti buat membazir je.”
            “Tak payahlah nak kondem semangat akak... Meh tolong sekali. Jangan pandai makan je...” Nada Aminah sudah berbaur arahan. Bukan boleh kira sangat adiknya ini. Kalau tak diajak, kalau tak dikerah, kalau tak diketuk, apa pun tak jadi.
            “Eh, adik pandai apa masak!” Amna mula nak mempertahankan diri sendiri. Dia bukan jarang masuk dapur, cuma dia tak adalah pakar dalam bidang masakan nih.
            “Ya.. memang pandai pun. Pandai masak sardin.. Sardin goreng, sardin gulai, sardin masak pedas dan segalam macam jenis makanan yang berteraskan sardin. Kak long risau nanti adik kahwin dengan taukey sardin je... Taukey sardin pun tak makan sardin dah sekarang.”
            Mulut Amna melopong. Tak pasal-pasal kena perli sedas! Sebab memang dia paling rajin masak sardin. Alah, dah dia memang hantu sardin. Masakan lain boleh je, cuma kena bukak buku notalah.
            “Tak payahlah perli-perli.... Hah, nak suruh adik buat apa ni?” Walaupun tahap kemalasan berkilo-kilo, tapi tetap dirajinkan juga untuk membantu. Lagipun bukan ada apa-apa kerja pun nak dibuat. Daripada mengadap report anai-anai yang tak pernah berkesudahan, baiklah dilapangkan sedikit fikirannya ini.
            “Okay, adik buat bahagian crepe dia... First, kena sukat semua tepung yang ditulis kat dalam resepi tu.” Mulut Aminah menjuih pada nota kecil yang berada di atas meja.
            Mata Amna mula merayap di atas nota kecil itu. Memerhatikan jenis-jenis bahan yang hendak diguna pakai. Nampaknya, crepe ini memang berteraskan tepung semata-mata. Jadi, senang kacang goreng jelah!
30 gm tepung Hong Kong/tepung gandum
30 gm tepung kastard
20 gm tepung jagung
20 gm tepung ubi
20 gm tepung kentang/ tepung sagu/ tpng hoon kwee
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
250 ml susu cair- suhu bilik
1 sudu besar mentega cair/minyak masak
Pewarna kuning

Amna mula menyatukan semua bahan yang ditulis ke dalam mangkuk adunan. Kemudian adunan itu dikacau hingga sebati. Tidaklah susah mana pun hendak menyediakan bahagian crepe ini. Campak je mengikut sukatan, akhirnya adunan siap dengan sempurna. Macam nak buat lempeng dadar pun ada.
“Kak, macam cair je...” Sendiri buat, sendiri komen.
“Tak apa.. Adunan yang cair akan menghasilkan dadar yang nipis. Okay, biarkan je adunan tu sekejap, sekarang kita sediakan inti dia pulak.”
250 ml susu cair
1 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 biji kuning telur
150 gm isi durian
Non-dairy whip cream

“Kak, letak durian lebih sikit ya...” Laju sahaja mulutnya memberi peringatan pada Aminah. Si kakak hanya menjeling bila si adik mula hendak mengubah sukatan yang telah ditentukan.
Mudah sahaja, hanya perlu satukan semua bahan kastard tadi dan kisar hingga memastikan isi durian itu hancur sepenuhnya. Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan hingga adunan menjadi kental.
Ambil satu cawan non dairy whip cream dan pukul hingga kental. Kemudian campurkan ke dalam krim kastard durian tadi. Gaul balik adunan sehingga sebati. “Okay, inti ni kita letak dalam peti sejuk dulu.” Arah Aminah sambil memasukkan doh adunan ke dalam peti sejuk.
“Sekarang nak buat apa?”
“Sekarang kita goreng crepe…”
Aminah mula memanaskan kuali non-stick dengan api yang sederhana. Tangannya laju menyapukan butter dengan menggunakan kitchen tisu. Dicapai satu senduk kecil adunan dan dituang ke dalam kuali. Kemudian kuali itu dilenggangkan ke kiri dan kanan sehingga mendapat dadar yang nipis.
“Biarkan dadar masak hingga mengering...” Terang Aminah seperti tukang masak yang bertauliah. Crepe yang berada di atas kuali kelihatan cantik dan bersinar dengan warna kuning itu. Pandai Amna mengagak pewarna kuning tadi.
“Oh... tak payah terbalikkan ke?” Tegur Amna apabila Aminah terus mengangkat dadar yang sudah masak.
“Tak payah... Pergi ambil talam besar. Nanti jangan tindih crepe ni. Tunggu sejuk baru boleh tindih.” Amna hanya mengangguk menerima arahan daripada kakaknya.
Usai mengoreng semua crepe, inti kastard tadi mula dikeluarkan. Amna memerhatikan pelakuan si kakak yang menyediakan durian crepe itu. Tanpa menunggu arahan, laju sahaja Amna mencapai crepe yang sudah tersedia.
1)      Letak kepingan crepe.
2)      Letak krim kastard.
3)      Letak isi durian.
4)      Letak krim kastard

Kemudian crepe itu mula dilipat seperti sampul surat. Tak pun lipat macam buat kuih lepat ajeh. Akhirnya mereka sama-sama membungkus sehingga kepingan crepe yang terakhir.
“Yeahhhh... siap pun. Boleh makan sekarang ke?” Lupa terus janji-janji untuk mengosongkan perut untuk sarapan esok. Rasa teruja hendak merasa air tangannya sendiri. Nampak sangat anak dara jarang mencuba resepi baru.
“Mana boleh.. kena letak dalam peti sejuk dulu. Esok pagi baru boleh makan.” Durian Crepe yang telah disusun cantik tadi terus dimasukkan ke dalam peti.
“Ehem... bolehlah adik bawak pergi ofis esok kan? Boleh bagi budak-budak ofis makan. Kalau dia orang suka, boleh berniaga nanti...” Amboi, belum rasa lagi crepe durian sendiri, ada hati nak jual. Entahkan sedap, entahkan sebaliknya.
“Nak bawak dekat budak ofis ke atau nak bagi dekat Ahfan?”
Amna buat bodoh dengan persoalan kakaknya itu. Tangannya mengemas bekas-bekas yang digunakan untuk membuat crepe durian tadi. Susah kalau si kakak sudah mengetahui isi hatinya. Dalam mana pun dia cuba sorok, pasti tak akan mampu untuk menimbuskan rasa cinta ini.
***
            “Pagi yang gelap, kini sudah cerah...” Mulut Amna girang menyanyi ketika turun ke tingkat bawah. Penyakitnya yang cerita itu mula membuatkan dua orang anak saudaranya saling bertatapan.
            “Apa kena dengan mak adik ni?” Tegur Darwish.
            “Mak adik nak jumpa pak adik lah tu..” Rajin sahaja mulut Aminah menjawab bagi pihak adiknya.
            “Akak ni.. spoil mood jelah.” Amna dah bagi jelingan tajam. Tak suka diusik dihadapan Dania dan Darwish. Nanti sampai  pula ke pengetahuan Sultan dan Sultanah di kampung. Haru jadinya.
            “Pak adik? Maksudnya mak adik nak kahwin ke?” Kali ini giliran Dania pula yang bertanya.
            “Amboih... budak tak habis sekolah ni sibuk tanya pasal kahwin. Cepat.. bas sekolah nak sampai dah tu. Nanti kalau tertingal, mak adik tak mahu tolong hantar.” Amna sudah mengeluarkan statement kejam. Cepat-cepat dua beradik itu menghabiskan sarapannya dan bersalam dengan Amna dan Aminah.
            “Nah... bawak ke ofis.” Sebuah bekas sederhana kecil mula dihulurkan pada Amna.
            Thanks kak long sayang.”
            “Ops... ini pulak untuk cik abang sayang. Belum apa-apa dah bagi rasuah ya...”
            Panjang senyuman Amna menyambut bekas yang disua. Gembira sebab dapat kakak yang sporting macam kak long. Kalau angah, haram jadah dia nak sokong macam nih! Comel bekas kecil yang diperuntukkan khas untuk Ahfan. Siap ada reben kecil berwarna pink lagi. Macam over pun ada!
            “Lebiulah kak!” Misi Amna ialah hendak memikat perut Ahfan!
            Aminah tersenyum meleret. Dia pernah muda. Dia pernah bercinta. Dia tahu apa perasaan Amna tika ini. Harapannya, moga adiknya itu bahagia dengan pilihan hati.
***
            Lama Awsam dan Imah merenung Durian Crepe yang diletakkan di atas meja. Apasal budak berdua ni buat muka was-was?
            “Asal dengan korang ni? Aku suruh makan... Bukan suruh buat pun.”
            Confirm ke kita orang tak akan kena keracunan makanan ni?” Soalan Awsam itu memang tanda mintak penampar!
            Amna dah cekak pinggang. Menunggu masa untuk melampiaskan rasa marah. Imah dengan beraninya mengambil satu Durian Crepe. Kulitnya yang berbalut seperti bantal itu tampak sungguh gebu.
Berdebar jugak menunggu respon daripada budak berdua ini. Ialah, Amna sendiri pun masih belum sempat menjamah.
            Imah mula mengunyah durian crepe buatan Amna itu. Teksture yang lembut. Rasanya memang macam durian. Durian dan krim kastard yang berada di dalamnya terasa sungguh lembut dan kena dengan seleranya.
            “Betul ke kau buat ni? Asal sedap sangat?” Soalan Imah itu mengundang tawa Amna. Perggh, menjadi jugak durian crepe yang dibuatnya. Sungguh tak sabar untuk dihidangkan pada Ahfan sekejap lagi.
            “Rasa macam durian betul...” Komen si Awsam pulak.
            “Amna, nanti bagi aku resepi ya... Nak buat untuk suami aku.”
            “Ya... nanti aku bagi.”
            “Amna, nanti buat lagi ya. Nak bagi dekat awek aku.”
            “Amboi... banyak cantik muka kau. Nak bagi awek kau, asal pulak aku yang kena buat?” Tanya Amna tak puas hati.
            “Alah.. sebab kau kan awek aku nombor dua.” Statement bawak maut betul!
            “Dahlah... Bagi dekat budak ofis yang lain... Tak kan korang berdua je yang nak mengkedarah!”
            “Eleh... baru bawak breakfast sekali dah bising sekampung.” Kutuk Awsam. Namun tangan kanan sempat mencapai sebiji lagi Durian Crepe. ‘Sedap pulak benda alah nih!’
            Usai memberikan Durian Crepe kepada rakan sekerja yang lain, Amna kembali mengadap kerja yang terbengkalai.
Minit berganti minit. Jam berganti jam. Untuk yang ke seratus kali, mata Amna menjamah jam dinding yang sudah menunjukkan angka sebelas pagi. Hilang nak makan pagi, bayang Ahfan langsung tak kelihatan.
Mana dia ni? Hati dah hilang kordinatnya. Mata terus tak fokus ke skrin melainkan ke arah jam yang berdetik tanpa henti itu.
            “Releks... Mesti ada alasan kenapa dia masuk lambat.” Cepat sahaja Awsam memberi ayat pujuk tatkala menyedari perubahan monsun mood Amna. Dari tadi nampak macam fokus buat kerja, tapi bila ditanya tentang beberapa perkara yang melibatkan kerja, mood dan akal fikiran langsung tak sebulu. Jawapan merapu ke bendang!
            “Lelaki... Mesti nak back up lelaki jugak kan?”
            Awsam hanya mampu ketawa. Lelaki back up kaum sejenis pun boleh jadi satu isu besar ke? Kalau lelaki back up pondan tu lain ceritalah. Akhirnya Awsam senyap. Cakap lebih-lebih karang diri sendiri pulak yang terkena. Janganlah cari point waktu perempuan tengah marah.
            Tidak lama kemudian, batang hidung Ahfan muncul dengan dahi yang berkerut. Malah hidungnya juga ditutup. Seakan-akan sedang menghidu bau yang kurang menyenangkan.
            “Amna... ada orang bawak durian ke?” Itulah soalan pertama yang Ahfan tanya. Bukan nak tanya date mereka untuk sarapan pagi stay on atau tak? Tapi seperti biasa, Amna tetap control perasaaan yang dah berapi itu.
            “Bukan durian... Tapi Durian Crepe.”
            Whatever... Tapi pastikan orang tu tak bawak lagi. Busuk!”
            Jawapan Ahfan itu membuatkan mata Amna terbeliak. Baru je tangannya hendak menyuakan bekas yang beriskan Durian Crepe itu. Tiba-tiba kena smash busuk! Rasa macam nak terjun lombong sekarang jugak.
            Oh, I need a oksigen!
            “Kenapa?”
            I hate Durian so much!” Komen Ahfan sambil berlalu masuk ke biliknya.
Awsam yang sedari tadi menjadi pendengar mula menumpahkan rasa kesian. Apalah nasib badan... Tak suka durian? Fuh... hilang nikmat dunia tu!
            Bekas bekal yang berisikan Durian Crepe mula diberikan pada Awsam. “Ambillah... Bagi dekat awek kau!”
            Punggungnya kembali dilabuhkan ke kerusi. Hilang semangat nak memberi pada Ahfan. Kalau Ahfan buang Durian Crepe itu, sumpah dia pasti tak akan sentuh durian sampai bila-bila. Mujur awal-awal lelaki itu dah berterus terang. Jadi tak payahlah dia kumpul rasa malu.
            “Kau okay tak?”
            “Selagi aku hidup tu maknanya aku okay lagi...” Jawapan hidup segan mati tak mahu dah muncul. Padahal dalam hati dah terdera gila. Rasa macam nak angkat gangang telefon dan telefon teledera sekarang jugak! Tapi boleh diterima ke kes penderaan sepertinya ini?
“Amna....” Panggil Awsam perlahan.
“Apa?”
“Tuhan marah sebab kau nak bagi rasuah.”
Sembilan puluh darjah Amna menoleh. Air wajahnya mula bertukar. Kalau Awsam bukak mulut lagi, memang ada yang mintak kena bunuh!
 p/s:: agak lama x post entry kann.... tapi hopefully ada lagi yang setia menantikan entry BASS nihhh... nwayy... lebiu korang muchooo... korang ada simpton semangat yang tak pernah mengalahh... x mengalah menanti entry BASS y lmbat nk kunjung tiba..haha

16 comments:

  1. setialah... zz dulu pun memang tak suka durian. pening muntah siap demam. pakej lengkap, padahal bau aje. dah besar baru blh makan durian.
    cuma tindakan ahfan tu mcm kurang ajar, tak suka cuba tegur cara elok. kesian amna tau. ish kalau akak dekat situ memang akak amik DC tu tenyeh aje kat mulut dia!geram! geram! [erk, emo lak tetiba ni]

    ReplyDelete
  2. frust sikit sebab hero satu lagi tak muncul (cuma appear jap via mimpi aje) dlm n3 ni...gegeltims

    ReplyDelete
  3. Ahfan tak cukup kejantanan.. Redza pula terlebih kejantanan mungkin..

    ReplyDelete
  4. spoil betol ler org yg x suke durian nih...hehh akak miss u...may ALLAH bless ^_^

    ReplyDelete
  5. kesian lak dekat Amna.nasib baik tak bg dkt ahfan lagi...

    ReplyDelete
  6. sara... lama tunggu tau.. tp x de scene redza pulak.. tp entry ni mnunjukkan y ahfan x de jodoh ngan redza nih.. haha..esok khamis, ada entry baru x?

    ReplyDelete
  7. bg la kat redza, mesti dia nak.. miss u akak. tak sabar nak baca lagi.

    ReplyDelete
  8. kejamnya Ahfannnn... nyampah betul.. sokong redza

    ReplyDelete
  9. Akak setia dik. Eeeee, geram akak kt Ahfan ni tau, suka buat ayat tambahan and tak pandai jaga ati org! Nk je akakj luku2 kepala Ahfan ni. Amna, jgn kecik ati ngan Ahfan tau, kalau nk kecik ati pun, kecik ati skejap je k. Ahfan ni mmg la, kena berguru dgn akak ni. Apapun, akak ttp vote Ahfan utk Amna.

    ReplyDelete
  10. adesss... kesian kat amna... pnat2 dia wat DC, ahfan plk xsuka durian... nape la redza xmuncul... kalo x blh bg dia DC tu ke... dia mst mkn durian...

    ReplyDelete
  11. Yay! Siap ada resepi durian crepe lagi. Hebat!! :-) Ahfan tak suka durian? Hahaha reject je ah Amna. I'm sure Redza mesti suka kan? kan? Hahaha!

    ReplyDelete
  12. sian amna,, ahfan x suka durian eh?? alolo,, p bagi kat redza,, confirm telan sampai habis .. *kak sara,, redza makan durian x??*

    -athirah-

    ReplyDelete
  13. sy pun xleh mkan and bau durian. Tp xlah steruk ahfan..ish2

    ReplyDelete
  14. adoi kna ktuk sedas plak..ksian hantu durian pn trasa da

    ReplyDelete
  15. thumb down untuk ahfan,.

    ReplyDelete
  16. hahahahah.. comel gila awsam :D
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete