Sunday 31 March 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [14]

Orang dulu-dulu cakap, jangan benci seseorang sangat amat! Nanti terjatuh suka. Jangan pulak sayang seseorang amat sangat! Nanti terjatuh benci. Tapi... tapi... tapi... relevan lagi ke slogan kata orang dulu-dulu di zaman dawai besi ni?
            Kaki Amna mula duduk tidak diam. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri! Matanya pula ralit merenung telefon bimbit yang sedang elok terbaring di atas katil. Kalau ikutkan hatinya sekarang, mahu sahaja dia telefon Dayang. Separuh dari hatinya memang nak bersetuju sangat dengan permintaan Dayang itu.
            “Berlakon je kan? Just olok-olok... Berlakon tak sopan tu rasanya tak adalah sampai perlu menjatuhkan maruah sendiri kan?” Tapi peluput telinganya mula teringat akan nasihat Najmah. ‘Perlu ke sampai macam tu? Pasti ada jalan lain...’
            Tapi serius Amna dah tak nampak jalan yang lain kecuali dari bersetuju dengan cadangan Dayang. Dia memang dah tak tahan dengan sikap Redza yang langsung tak boleh dikawal. Malah Redza seringkali bertindak di luar kewarasan akal fikirannya.
            Oh, stress betullah!
            Dia mula duduk bersila di birai katil. Namun baru sahaja dia ingin mencapai telefon bimbit, terdengar ketukan dari pintu luar.
            “Adik, mak nak pergi menolong orang kenduri nih... Adik masaklah tengah hari untuk Redza ya..” Ujar Puan Hayati apabila Amna membukakan pintu bilik.
            “Lah... kenapa adik? Kak long ikut mak sekali ke? Tak kan nak tinggalkan adik dengan Redza satu rumah?” Bertubi soalan yang mengandungi rasa tak puas hati mula dilayangkan.
            “Kak long ada... Tapi tadi Redza ada bunyi nak merasa kamu masak. Mak cakaplah kamu memang pandai masak!”
            Dah sudah... Yang mak pandai-pandai naikkan saham anak sendiri tu kenapa? Biarlah Redza fikir yang dia tak pandai masak!
            “Kenapa nak susah-susah masak untuk dia? Kalau dia lapar, pandai-pandailah dia cari sendiri!” Jawab Amna tanpa berfikir panjang.
            “Adik... tak baik cakap macam tu. Dia kan kawan adik! Apa salahnya masak untuk kawan sendiri?” Tanya Puan Hayati tak faham. Dari semalam lagi, dia perasan sangat yang Amna tak berapa menggemari kedatangan Redza ke rumah ini. Ada apa yang tak kena sebenarnya?
“Dia tu orang jahat mak.... Jangan percaya sangat dengan perangai baik dia tuh.”
            Puan Hayati mula beristighfar panjang. Sejak bila pulak anaknya ini ada sifat pemarah sebegini rupa? “Adik... tak baik berprasangka dengan orang. Mak tengok Redza tu baik je... Dia macam sukakan adik je!”
            Dah sudah... si emak dah mula pandai membuat hipotesis sendiri.
            “Mak.... Kalau ya pun dia sukakan adik, adik langsung tak sukakan dia!” Dia mahu emaknya tahu letak duduk perasaannya ini. Dia tak mahu nanti mak dan bapaknya jatuh suka pada Redza hendak memaksa dirinya untuk berkahwin dengan Redza.
            “Adik, kamu nak yang macam mana lagi? Jangan nak demand sangat... Kita ni pun bukannya sempurna mana. Bila dah ada orang suka tu, ikhlaskan hati untuk terima.” Tak pasal-pasal kena bebel dengan Puan Hayati pagi-pagi nih.
            Memang payah nak betulkan pemikiran anak bongsunya ini. Keras kepala sungguh!
            “Dah lah... mak dah lewat. Layan kamu ni, tak menolonglah mak jawabnya. Jangan lupa masak makan tengah hari. Mak nak kamu yang masak... Jangan nak malukan mak!” Keras sahaja amaran dari Puan Hayati itu.
            Tiba-tiba dia rasa dirinya tak ubah seperti orang gaji pulak! Dipaksa memasak disebabkan Encik Squidward bin Mamat Disaster! Mak pun satu hal... Belum apa-apa dah ada tanda diskriminasi pilih kasih.
            Matanya kembali mendarat pada telefon bimbit yang masih tidak berganjak dari tempat asalnya. Nampaknya, dia dah tak ada pilihan lain selain dari bersetuju dengan cadangan Dayang. Apa nak jadi, jadilah!
***
            Amna cuba sedaya upaya memaniskan wajah ketika mula turun ke dapur. Teringat pula pada tips yang telah digunakan oleh emaknya satu ketika dahulu.
            Tips untuk bagi anak rajin buat kerja rumah ialah, jangan komplen kerja mereka. Jangan kondem kerja mereka. Tegur perlu tapi selitkan pujian. Hargai usaha mereka. Kalau mereka tak dihargai, mereka akan rasa tidak ikhlas. Bila mereka tidak ikhlas, mereka anak jadi malas. Bila dah malas, memang kirim salamlah nak rajin.
            Memang tabik spring betul bila dibesarkan dalam persekitaran yang tak ada skop paksaan. Bapak dan mak, orangnya sporting sahaja. Dalam pada mereka memberi keizinan, mereka bertindak sebagai pemantau. Kadang-kadang, rasa kesian pada rakan-rakan yang punya keluarga yang tidak memahami. Setengah dari kehendak mereka terhalang kerana cita-cita orang tua. Bila dapat mak ayah yang garang terpaksa menipu untuk menyedapkan hati orang tua hingga lupa pada dosa dan pahala kerana berbohong.
            Tangan Amna mula membuka peti. Mulutnya sudah tersenyum. Sebab apa? Sebab dia dah tahu nak masak apa untuk tengah hari ini. Dikeluarkan ayam, sotong, udang dan kacang panjang lalu diletakkan di dalam singki. Kak longnya hilang entah ke mana, mungkin sedang menonton tv di ruang depan. Sengaja dibiarkan akaknya sendiri. Bukannya dia tak biasa memasak seorang diri!
            Dikerling jam yang berada di pergelangan tangan. Sudah hampir mencapai angka dua belas tengah hari. Redza dengan bapak sudah hilang entah ke mana. Lengan baju terus disengseng dan meneruskan agenda memasak dengan senyuman yang tak lekang di wajah.
            Tak sampai satu jam, semua lauk pauk sudah terhidang di atas meja makan. Amna tersenyum bangga apabila melihat hidangan masakan tengah hari ini. Cukup sempurna di matanya.
            “Wah... adik masak apa tu?” Tegur si bapak yang muncul dari balik pintu. Encik Squidward hanya mengekor di belakang Encik Awang.
            “Bapak dah balik? Pergi mana je?”
            “Pergi dusun kejap dengan Redza. Petang karang adik pergilah.. Banyak buah yang adik suka.”
            “Memang nak pergi pun kejap lagi dengan Najmah... Eh, pergilah mandi dulu. Kejap lagi kita boleh makan sama-sama.” Tegur Amna ramah. Malah senyuman manis tak lepas dari wajahnya. Membuatkan Redza aneh sendiri.
            ‘Asal Amna tak habis-habis tersenyum ni? Dah boleh terima hakikat yang aku duduk dekat rumah dia ke? Ish... tak mungkinlah. Mesti minah ni tengah merancang sesuatu! Dari air muka pun dah boleh cam sangat!’ Bisik hati Redza penuh kemusykilan.
            Usai Encik Awang naik ke bahagian atas, baru Amna perasan pada pakaian yang telah dipakai oleh Redza. Tanpa ditahan, laju sahaja dia ketawa.
            “Kenapa? Apa yang kelakar?” Redza dah tahu kenapa Amna ketawa, tapi sengaja tergedik bertanya lagi. Seronok mendengar tawa yang nampak ikhlas itu.
            “Siapa bagi baju tu?” Jari terlunjuk mula terhala pada pakaian yang tersarung di badan Redza.
            “Bapak awak yang kasi... Asal?”
            “Tak sangka orang kaya dan perasan bagus macam awak sanggup pakai baju lusuh yang dah macam kain buruk tuh. Tak takut jatuh saham ke?” Kalau ayat tak perli dan pedih, bukan Amna Safiya namanya.
            “Bila orang tu dah kacak, pakailah kain buruk pun... dia tetap akan nampak kacak. Bukan macam sesetengah orang tuh, dah lah memang kurang cantik, lepas tu pakai pulak kain batik... baju kurung kedah yang old fashion.. Euww... nampak macam orang gaji!” Balas Redza tak mahu mengalah. Walaupun dia sukakan Amna, itu bukan syarat untuk Amna diberi pujian dua puluh empat jam sehari. Tapi sebenarnya gaya kampung Amna ini sangat mencuri perhatiannya.
            Kata-kata Redza itu memang macam petir yang membingitkan telinga Amna. ‘Oh... kau belagak dengan aku ya? Kau tengok kejap lagi!’
            “Kenapa senyap? Hilang modal atau hilang taring?” Sakat Redza tak mahu mengalah.
            “Awak duduk rumah saya sekarang kan, jadi jangan nak buat muka belagak sangatlah Redza... Selangkah  awak tersilap, buruk padahnya!”
            Redza ketawa. Terasa kelakar bila dicabar sebegitu rupa oleh Amna.
            “Amaran awak tu.. Sound so sweet! Hmm, sedapnya bau... Tak sabar nak menikmati hidangan tengah hari yang disediakan oleh bakal isteri saya. Awak saje nak umpan dan terus ikat hati saya kan...”
            “Ngeee... tolonglah jangan nak bagi ayat geli! Pergi mandi, bau dah macam bau kerbau berkubang dah!”
            Redza ketawa lagi. Seronoknya kalau hari-hari begini. Dapat bertekak dan hidup sebumbung bersama Amna. Tapi memang jauh lagilah angan-angan mak jenin nih. Nak pikat Amna ni macam nak petik bintang di langi. Kemain susah lagi!  Baru sahaja Redza hendak berkalih namun dia kembali mengadap wajah Amna.
            “Nak apa lagi? Pergi mandilah!” Arah Amna garang.
            “Saya tahulah awak masak.. Tapi tak payahlah sampai kunyit pun ada dekat pipi..” Redza menghalakan jari terlunjuknya di pipi Amna.
            “Hah, ya ke? Mana... mana?” Terus disapu mukanya dengan kasar. Namun tangannya terhenti apabila Redza mengelap pipinya dengan menggunakan sehelai kain.
            “Ish.. kalut sangat!” Komen Redza sambil tersenyum melihat telatah Amna. Ah, ada sahaja pelakuan gadis ini yang mencuri perhatiannya.
            “Thanks.. tapi awak guna kain apa tu?” Terfikir jugak tadi. Mana pulak Redza dapat kain untuk lap mukanya?
            “Entah... saya ambil atas meja tadi.” Sambil mengangkat tinggi kain yang diambilnya tadi.
            “Hah! Itu kain buruk!” Tangan sudah dibawa ke pinggang. Nak marah betul. ‘Ada ke patut muka aku yang cantik-cantik ni dia lap guna kain buruk!’
            “Erk.. sesuailah kain buruk ni dengan muka yang buruk tuh..” Perli Redza sedas sambil melemparkan kain tersebut ke atas meja. Sebenarnya dia ambil secara spontan. Tapi alang ke palang dah ada kesempatan, baik dia buli Amna terus!
            Muka Amna dah membahang! Nampaknya Redza memang betul-betul ajak dia berperang. Bersekongkol dengan Dayang mungkin adalah satu tindakan yang bijak!
            Ketika kaki Redza mencecah ke bahagian yang paling atas, dia mula berpaling. Perasan sangat pada wajah Amna yang cemberut. Tiba-tiba dia rasa bahagia sangat! Dan Amnalah alasan disebalik kebahagiannya ini.
***
            Usai mengerjakan solat Zohor, Redza turun ke bahagian dapur. Perutnya memang dah tahap keroncong habis. Tak sabar sangat agaknya nak makan masakan dari air tangan Amna Safiya. Melihat Amna yang sedang menyediakan meja makan, bibirnya mula menguntumkan senyum.
            “Redza, bapak suruh awak makan dulu. Dia pergi rumah sebelah sekejap. Ada hal.” Arah Amna dengan muka selamba ‘dek’nya itu. Padahal bapak sedang berehat dalam bilik.
            “Erk, kak long dengan anak saudara awak mana? Tak makan sekali?” Tanya Redza sambil menilaukan pandangan.
            “Dia orang tengok tv. Alah, kalau dia orang lapar, pandailah dia orang ambik sendiri. Awak tu kan tetamu...”
Redza angkat bahu. Dia sendiri tak berapa nak pasti sama ada ayat Amna itu ayat nyata ataupun ayat perli. Muka tak beriak langsung! Tapi mulutnya ini gatal hendak mengusik. “Sejak bila awak jadi baik ni? Bukan ke awak suka berperang dengan saya ke?”
“Saya buat semua ni sebab mak saya! Kalau mak saya tak suruh, jangan harap awak dapat makan semua ni.” Sempat lagi Amna membentak dan buat-buat marah.
Redza buat muka tak bersalah. Biarlah Amna tak ikhlas sekalipun. Yang penting, Amna tetap melayan dirinya. Itu pun dah cukup baik!
            Mulut Redza terus terkunci saat melihat lauk pauk yang terhidang. Ada ayam masak lemak cili api, sotong masak pedas, udang goreng kunyit, sayur campur dan ulam-ulaman. Kagum dengan kepandaian Amna menguruskan bahagian dapur. Ialah, di zaman dawai besi ni, berapa kerat sangat perempuan yang pandai memasak?
Tapi masuk je suapan pertama, muka Redza dah terasa berpijar. Dia cuba kunyah dan telan sambil buat-buat selamba. Masak lemak cili api ni memang pedas sangat. Kemudian tangannya mula mencedok sotong masak pedas. Digaul perlahan dan disuakan ke mulut. Tapi rupanya, lauk sotong ini lagilah pedas! Kenapa semua masakan Amna pedas nih? Berapa kilo cili Amna letak?
“Redza, awak okay ke tak?” Tanya Amna konon-konon prihatin. Wajah Redza yang putih itu mula bertukar kemerahan. Padahalnya memang inilah benda yang ditunggu dari tadi.
“Okay...”
“Tak sedap ke saya masak?”
“Sedap...”
Otak Redza sudah mula menghidu sesuatu. Nampak macam Amna sengaja merancang untuk mengenakan dirinya. Patutnya dia memang wajib pelik apabila menerima layanan Amna yang tiba-tiba bertukar mesra tadi. Siap tolong cedokkan makanan lagi. Tapi setelah difikirkan semula, mana pulak Amna tahu yang dia tak makan pedas?
“Kalau sedap, tambahlah lagi...” Tangan Amna laju sahaja meletakkan nasi tambah ke dalam pinggan Redza. Tanpa sempat ditahan, laju sahaja tangan Amna meletakkan kuah ke atas nasi.
“Awak tak makan sekali?”
“Saya dah makan tadi.” Jawab Amna sambil cuba lari dari memandang wajah Redza. Gila rasa nak ketawa melihat rupa orang yang serius, yang garang... tiba-tiba bertukar jadi gabra bila makan makanan pedas!
‘Rasakan Redza... Aku akan buat kau bencikan aku!’
Bergelas-gelas air telah mula menjengah anak tekaknya namun rasa pedas ini masih belum hilang. Tiba-tiba Redza dapat merasakan yang perutnya mula memulas. ‘Argghh... masa ni pulak perut ni nak buat hal!’
Tanpa menunggu lama, terus sahaja Redza bangun dan membasuh tangannya di singki. Langkah kaki terus dibawa ke tandas. Perutnya memang alah dan sensitif benar kalau makan makanan pedas!
Amna terus menutup mulut menyembunyikan tawa. Permainan sedang bermula Redza Khusyairi! Tangannya mula mendapatkan telefon bimbitnya. Dibaca berulang kali mesej yang telah diterima tadi.
Redza alah makanan pedas!
Dia memang sengaja masak asing makanan Redza apabila Dayang memberitahu yang Redza alah kepada makanan pedas!
 ‘Tulah, siapa suruh pandai-pandai cakap dekat mak aku... Nak Amna masak konon.. Rasakan... rasakan... rasakan keenakannya berada di dalam tandas! Opppss...’
Selepas emaknya keluar dari bilik tadi, terus dia menghantar pesanan ringkas kepada Dayang. Menyatakan persetujuan untuk menjadi geng Dayang. Konon nak balas dendam pada Redza! Mana aci kalu dirinya asyik kalah memanjang!
Naik terbuntang biji mata bila mengetahui yang Redza alah makanan pedas! “Anak jantan tak makan pedas, nampak sangat tak heronya!” Komen Amna selamba.
Strategi pertama : Done!
Nampaknya selepas ini dia kena pasang strategi untuk buat Redza bencikannya! Hmm, what next?
***
            Rahang Najmah terjatuh saat mendengar satu demi satu jalan cerita yang dibentangkan oleh Amna. Biul kepala Amna dah masuk tahap tragis! Hatinya mula jatuh kasihan pada Redza. Kepalanya digelengkan berulang kali sambil punggungnya mula berlabuh di pondok yang telah didirikan di kawasan dusun buah-buahan milik keluarga Amna.
            “Tak baiklah kau buat dia macam tuh! Kejam tau... Buat-buat dia ada apendiks ke, buasir ke.. macam mana? Tak ke naya..” Duga Najmah melahirkan kemungkinan yang akan berlaku. Buah rambutan yang sudah sedia ada itu mula diambil dan dikeluarkan isinya.
            Amna angkat bahu. Siapa peduli semua itu. Yang pasti, dia puas kerana dapat mempermainkan Redza.
            “Okay, jadi selepas ni kita kena pasang strategi untuk buat Redza bencikan aku... Kena listkan perangai yang tak senonoh... or what so ever yang seangkatan dengannya!” Semangat Amna jadi berkobar-kobar pulak.
            Najmah meregus! Tak bersetuju dengan langkah pendek Amna itu.
            “Amna, seriously aku tak sokong apa yang kau nak buat sekarang. Ini bukan caranya.”
Sedaya upaya Najmah cuba menarik Amna dari tersesat jalan. Bukan dia menidakkan keputusan Amna, tapi kadang-kadang manusia sesat dalam terang. Terbawa-bawa dengan rasa yang bersuluhkan nafsu. Dia tak mahu Amna begitu.
            “Sometimes the wrong choice brings us to the right places... Get it?”
            Terfikir-fikir Najmah dibuatnya. Jadi bersekongkol dengan Dayang mungkin keputusan yang salah. Tapi kesudahannya nanti, Amna akan dapat melepaskan diri dari Redza.
            “Aku tak nafikan... Ada betulnya pada kata-kata kau tu. Tapi itu bukan tiket untuk kau buat keputusan yang salah. Kau kena ingat Amna, buat sesuatu jangan sampai menyesal. Sebab penyesalan itu adalah kesudahan yang paling menyakitkan. Boleh jadi akan menjadi bebanan akan ditanggung untuk seumur hidup kau..”
            Bibirnya mula diketap. Amna memang tak suka bila Najmah mengeluarkan ‘ayat-ayat seram’ itu. Macamlah dia jahat sangat!
            Common Naj... We just enjoy the game!” Sedaya upaya Amna bagi ayat untuk menyedapkan hati Najmah. Dia tahu, Najmah ini serius orangnya. Soal perasaan, soal keadaan, soal kehidupan, jangan haraplah nak buat main.
            “It’s not about game Amna... We’re talking about risk!”
            Susah betul nak betulkan saraf tunjang kepala otak sahabatnya ini. Fikirnya nak enjoy semata-mata. Risiko yang perlu ditanggung langsung tak diambil kira. Hatinya rasa tak sedap bila Amna bersetuju nak membela nasib Dayang. Kononlah... Walaupun dia tak pernah jumpa Dayang, tapi dia sudah boleh mengagak yang perempuan macam Dayang bukanlah boleh dipercayai sangat!
            “Naj....”
Amna dah mula nak keluarkan ayat pujuk. Ditarik kedua belah tangan milik Najmah. Fuh, gaya macam nak pujuk kekasih pulak.
            “The best way to predict the future is to create it... Lagipun, kau tak percaya kat aku ke?” Suara dah tahap manja habis. Dia tahu, Najmah kalah dengan intonasinya yang satu ini.
            Dibalas pandangan redup sahabatnya itu. Bibir Najmah mula menguntumkan senyuman.
            “Aku percaya kat kau... tapi aku tak percaya dekat Dayang tu.” Tegas Najmah sambil melingkarkan lengan ke tubuh.
            “Aku janji... walaupun kita deal dengan Dayang, tak bermaksud kita harus ikut semua terlunjuk dia. Matlamatnya hanya satu, iaitu nak buat Redza bencikan aku. Itu je...Lagipun aku tak akan buat something yang menyalahi undang-undang negara dan agamalah... Please, I really really need your support Naj...”
            “Are you sure that this plan would work? Perangai tak sopan... Sound so funny... Hadap pulak Redza dengan benda-benda remeh macam ni?” Persoalan demi persoalan mula dibangkitkan. Mana tahu kalau pemikiran Amna akan kembali waras.
            “Redza pernah cakap dekat Dayang... An ugly personality destroys a pretty face... Get it?”
            Telinga Najmah dah naik muak pula mendengar trademark Amna itu. Get it konon! Dia tak cukup bodoh lagi nak seliratkan ayat yang tersurat. Tapi dia takut nanti Amna terbawa-bawa dek perasaannya.
“Benda ni memang nampak mudah Amna... Tapi tersilap langkah boleh membawa padah!”
Amna mengalihkan wajah ke arah lain.
“Tak apalah... kita fikir cara lain jelah..” Taktik mengeluarkan ayat pasrah adalah taktik Amna yang terakhir. Bukan setahun dua dia kenal Najmah. Mula-mula je nampak garang dan tak bagi. Nanti-nanti okaylah tuh! Kalau tak jadi jugak, memang tak tahulah!
            Serba salah Najmah dibuatnya. Nak bersyarah lebih-lebih karang, Amna naik bosan pulak. Akhirnya Najmah mengangguk jugak. Bersetuju itu memang satu hal. Tapi itu tak bermakna dia lepas tangan. Kena beri perhatian juga pada gerak geri Amna.
            “Yalah... aku setuju. But make sure apa sahaja yang kau nak buat, kau kena inform aku!”
            Yes boss!” Rasa nak meloncat kegirangan. Memang dia boleh je tak minta kebenaran dari Najmah. Tapi kadang-kadang otaknya berkarat jugak kalau nak fikir idea bernas-bernas. Jadi dia amat mengharapkan bantuan Najmah. Ada geng baru seronok kan...
            “Korang bincang apa ni? Sound so interesting je?” Suara itu terus membuatkan kedua-duanya berpaling.
            Redza! Bila masa pulak mamat ni ada dekat dusun ni? Entah-entah dia dengar apa yang mereka bincangkan tadi. Oh tidak.....
p/s: hey hey hey... do enjoy okeyh.. seberang typo error n ketidak'best'han didahului dengan ucapan maaf sangat amat... hehehe.. lebiu muchoo

15 comments:

  1. kenapa hati saya yang berdebar bila baca part redza n amna? fuhhh.. lama lagi lah ya nak tunggu versi cetak

    ReplyDelete
  2. Oh tidak jugak utk amna buat peel yg sgt2 tak bagus tu!!...

    ReplyDelete
  3. Amna2, akak mmg tak setuju la Amna nk buat perangai semata2 nk bg Redza benci. Masalahnya dik, kalau org dh suka, dh syg, ko buat la mcm mana pun, org ttp suka jgak. Plan tak jln nnt, tak psl2 kena lempang dgn Dayang. Janji ngan akak, Dayang lempang awak, awak tumbuk hidung dia tau! Akak mmg kesian kt Redza dh ni. Lyn je la Redza tu baik2, takyah nk marah2. Kot ye pun tak suka, bkn takleh berkawan kan. Ntah2, dia bleh jd kawan terbaik dunia akhirat. p/s: masih vote Ahfan utk Amna. Akak sorang je ke peminat Ahfan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahfan tu mcm tak cukup power, tak cukup jantan, tak cukup sasa seorg lelaki.. lagi2 tak suka durian.. hehe... sori lah.. lain kali lah ye kita vote ahfan..

      Delete
    2. hahahaha..tak terasa pun..hero lmbt panaskan..tp cukup jantan la ye even tak makan pedas..hehehe...Sara, cpt2 tonjolkan sisi kemachoaan Ahfan (p/s: konon tak terasa ye..hehehe)

      Delete
  4. Xsukalh Amna ikt idea Dayang tu..tp kan hrp2 Redza dh dgr kn pbualan mrka..biar nanti Redza tau yg Amna hanya blakon kan..xdalh dia mrh a.k.a benci kt Amna nanti..coz xsgup rasanya nk tgk Redza mbenci Amna lah kak..hihi.. Dan lazim nya sy xsbr nk tgu strus nya ni..cite ni update smgu skli je ke?? Klau blh update cpt2 ye kak..waaaa,melebih pulak nk cepat2 ni...kekekeke
    # Schariedah Schalus

    ReplyDelete
  5. grrr..knp amna nih p ikut ckp dayang tuh! eh eh..kesian redza amna buat dia mcm tu.. adeih.. ap2 pun,, tetap best!

    -athirah-

    ReplyDelete
  6. nom nom nom... dah boleh predict yang mesti amna terima tawaran dayang... oh... amna nak kena nihhh.. janganlah redza bnci dia...

    ReplyDelete
  7. adesss.... kesiannye redza... sabo eh redza... layankan je perangai amna tu...

    ReplyDelete
  8. Wah..best2..cian kt redza..huhu..next entry ble ek
    sara..??? da x sabo da nie..hehe...

    ReplyDelete
  9. kesian redza...
    amna, orang yang alah pedas ni jangan dibuat main okey.. i pun alah pedas... macam terasa sgt mcm mana penangan pedas tu kpd perut yg tak bersalah...

    ReplyDelete
  10. Kesian redza......Amna ni nakal gila ideanya. Better takyah ikut lah rancangan Dayang tu....hahaha kalau dah jodoh memang tak kemana lah.

    ReplyDelete
  11. degil la amna ni..hish geram plak rasanya

    ReplyDelete