Wednesday 6 March 2013

Benci Amat, Sayang Sangat! [9]


“Kau ni apasal Amna? Aku tengok sejak dua menjak ni makin beremosi je.. Biasanya kalau kau datang bulan pun, tak adalah sampai buat muka tak siap nih!” Terjah Awsam yang muncul dari balik partition.
Buat lemah semangat orang je mamat nih!
“Boleh tak kalau jangan sentuh bab datang bulan?” Ah lelaki, dia ingat perempuan ni marah-marah time datang bulan je ke?
“Sensitif betul. Sama macam....” Opsss.. cepat-cepat ditekan break. Hampir sahaja Awsam melepaskan satu rahsia. Giginya mula ditayangkan.
“Macam siapa hah?”
            Someone... special..” Ujar Awsam lambat-lambat. Seraut wajah itu mula singgah di hati. Sebenarnya dia sedang menunggu jawapan daripada seseorang. Seseorang yang mula mendapat tempat di hatinya.
            “Bila langau sedang diserang angau! Boleh bertukar menjadi bangau!”
Rajin sahaja otak Amna membuat kesimpulan sendiri. Hilang terus stress mengadap Redza tadi. Sekarang nak fokus pada report kerja yang tak siap-siap ini. Nampaknya hari ini kena balik lewatlah. Again? Oh, sungguhlah malas....
            Akal fikiran kembali fokus memikirkan kes yang baru masuk. Kebanyakkan pembeli rumah yang baru mula mendapati kehadiran anai-anai sungguhpun mereka telah mendapat laporan pemeriksaan awal yang telah menunjukkan ketiadaan kehadiran anai-anai.
            Keadaan sebegini sememangnya berkemungkinan sungguhpun pemeriksaan keseluhan telah dilakukan. Ini disebabkan laporan tersebut hanya melaporkan bukti-bukti kehadiran anai-anai yang dapat dilihat dan dikesan dengan mata kasar ataupun menggunakan alat-alat bantuan sedia ada pada masa tersebut. Sekiranya kehadiran anai-anai berlaku di belakang dinding ataupun dibawah lantai, kehadiran anai-anai mungkin tidak dapat dikesan.
            Berdasarkan pemeriksaan secara menyeluruh pada bangunan dan persekitaran, laporan pemeriksaan akan disediakan untuk menyatakan kawasan yang telah diperiksa yang merangkumi pengesahan bukti kehadiran anai-anai, kawasan yang berisiko tinggi, bahagian bangunan yang tidak dapat diperiksa dan pilihan kawalan anai-anai yang sedia ada, kekurangan kawalan tersebut dan sebagainya. Kerana itu pentingnya report  untuk mengenal pasti rawatan yang akan diguna pakai untuk menyelesaikan masalah anai-anai yang dihadapi oleh pelanggan.
            “Weh... otak aku dah jammed!” Ujar Amna sedikit menjerit. Cuma tinggal beberapa kerat sahaja pekerja di pejabat. Bolehlah buat perangai lepas laku.
            “Jem apa? Stawbery? Blubery?”
            “Semaklah kau Awsam... Aku tension layan report Kedai Makan nih...Lipas, tikus, semut... segala macam tok nenek pun ada. Dah macam zoo pulak.” Sound Amna sambil menjeling ke arah Awsam. Tapi muka lelaki itu kelihatan sedikit terkebil-kebil.
            Perlahan-lahan Amna mula menyedari sesuatu. Apatah lagi bila mengesan senyuman sinis Awsam itu. Suara tadi kan datang dari arah belakang... Dengan mulut tenganga, Amna mula berpaling.
            Ahfan!
            Dah sudahh... Ahfan dah tengok perangai tak semenggah dirinya! Habislah....habislah... Mesti jatuh ranking dirinya dalam hati Ahfan!
            “Eh Ahfan... Awak tak balik lagi?” Rasanya tadi bilik Ahfan dah gelap. Ini apasal tiba-tiba muncul tanpa sebarang signal?
            “Belum.. baru habis meeting dengan client. By the way kalau stress, baliklah.. Rehat... Kerja kalau hadap sampai bila-bila pun memang tak akan pernah habis.” Nasihat Ahfan yang lembut itu membuatkan Amna tak cukup oksigen nak bernyawa!
            Tolonglah jangan buat suara lembut begitu... cair babe!
            “Sikit je lagi.. Kejap lagi baliklah.”
            Mereka saling berbalas senyuman sebelum Ahfan hilang masuk ke bahagian pantri. Amna terus menjatuhkan dahi di meja. Dihantuk beberapa kali bila mengenangkan kebodohan diri.
            “Sabar...sabar... jangan bunuh diri lagi.”
            “Kaulah punya pasal! Asal tak bagi hint?” Marah Amna. Hilang keayuan bila Ahfan tengok perangainya yang tak berapa nak sopan.
            “Nak bagi hint macam mana... Aku tengah sibuk ni kan..” Jawab Awsam tersengih-sengih. Amna  mula mengesyaki sesuatu. Lantas dia bangun dan menapak ke skrin komputer Awsam. Ciskek betul! Dia boleh main Farmville!
            “Oh... sibuk berkebun rupanya.”
            “Otak ni pun perlukan rehat Amna... Memanjang stress nanti muka cepat tua. Kau pun kena hilangkan stress kau tu sikit. Kalau kau garang-garang, lagilah Ahfan susah nak lekat.” Nasihat Awsam selamba.
            Laju sahaja jari terlunjuk Amna mendarat di bibir. Mengarahkan kepochi itu untuk diam! Tidak mahu jika suara Awsam yang tertelan microphone itu sampai ke pendengaran Ahfan. “Kau ni.... tak payahlah pecahkan tembelang aku. Mati kalau Ahfan dengar kejap lagi.”
            “Ish.... apa yang matinya? Lagi senang nak end up cerita. Bolehlah kau kahwin terus dengan dia lagipun aku pun dah lama tak makan nasi minyak.”
            “Itu pun kalau dia nak kahwin dengan aku...Kalau tak mahu, malulah...” Kalaulah dia punya keberanian untuk berterus terang dengan Ahfan. Lagipun Ahfan pun tak pernah tunjuk sikapnya yang berlebihan. Dia berlaku baik dengan semua orang.
            Sangat susah bila meletakkan diri dalam keadaan tanda tanya! Jawapan yang punya pelbagai kemungkinan.
            “Siapa yang nak kahwin?” Soalan itu membuatkan Amna dan Awsam sama-sama berpaling.
            Cekap sahaja telinga Ahfan menyambut perkataan ‘kahwin’ itu! Amna nak kahwin ke?
            “Err... Apek... Penjaga gol Malaysia tu dah kahwin dah... Itu yang Amna frust berguling nih...” Temberang Awsam spontan. Terkejut encik jantung bila asyik kena sergah sepanjang hari ini.
            Amna pula mengangguk-nganggukkan kepalanya. Boleh puji jugak kepala otak Awsam ni? Memang awesome bab menipu secara spontan.
            “Oh... Awak layan bola jugak ke Amna?” Tanya Ahfan ingin tahu. Dia sedar, kadang-kadang bila Amna bersama dengannya, gadis ini jadi kaku. Tak banyak cakap. Mungkin tak selesa dengan dirinya sebab kalau Amna bersama dengan Awsam, bukan main bergurau sakan lagi.
            “Amna ni kaki bola Fan....Liga Malaysia, Liga Super, AFF, Liga EPL, Piala Dunia... semua pun dia layan..” Laju sahaja mulut Awsam mencelah. Membuatkan Amna menjeling geram. Kepochi betullah mamat nih!
            “Ya ke... Biasanya perempuan jarang minat bola. Kalau tengok pun mungkin sebab admire pada pemain yang handsome-handsome kan... Saya pun tak berapa kenal dengan pemain sekarang. Sebab bola sepak bukanlah sukan kegemaran saya...”
            “Kenapa?” Tanpa ditahan, soalan itu meluncur laju dari mulut Amna.
            “Saya tak suka benda yang steroetipikal. Macam bola.. semua lelaki pun fanatik bola kan.. tapi bukan saya! Saya suka something yang jarang orang lain suka!”
            Kening Amna mula bercantum. Stereotipikal itu adalah menyukai sesuatu benda yang turut disukai oleh jutaan manusia yang lain. ‘Tapi ada ke benda dalam dunia ni yang hanya kita seorang sahaja yang suka?’ Timbul pulak tanda tanya di benak Amna.
            “Lagipun, football is about twenty two stupid people running for a ball and it’s so boring!” Komen Ahfan tak beragak.
            Awsam dah mula menyimpulkan senyum. Dia nak tengok jugak respon daripada Amna, Ya, setahunya Amna seorang akan menegakkan hujahnya. Apatah lagi bila melibatkan sesuatu yang dia suka. Macam topik bola ini!
            For me, acctually football is abaout twenty two intelligent people who can control the ball in ninety minutes. Ialah, kalau tak takkan la orang gelar Cristiano Ronaldo, Lionel Messi tu genius footballer kan?” Fuh, orang yang kuno pasal bola memang takkan faham jiwa seorang peminat bola!
            Football is about passion. Sanggup berjaga sampai pukul tiga pagi, itu adalah semangat! Ingat senang ke dah tidur lepas tu nak bangun semula tengok bola kalau tak ada semangat! Rasa teruja ditambah untuk menguatkan lagi semangat. Dan satu lagi, semangat bukan dipupuk sehari dua tapi bertahun-tahun! Walaupun team yang kita sokong tu kalah, sampai boleh frust bergolek, tapi tetap puas hati dan happy sebab dapat tengok game!
            Sungguh Awsam tabik Amna. Sebab Amna tetap pertahankan apa yang dia suka walaupun someone yang dia suka tu tak sukakan apa yang dia suka! Oh, pening betul ayat!
             “So, what’s your favorite team?” Tanya Ahfan hendak tahu. Tak sangka, Amna yang nampak lemah lembut seorang yang fanatik dalam bola. Siap boleh diajak berhujah lagi!
            Of Coursel  Manchaster United and Real Madrid!”
            “Weh... sokong Arsenallah.” Sampuk Awsam yang sedari tadi bertindak sebagai pemerhati.
            “Arsenal? Eh... ada dalam liga ke? Tak tahu pun!” Perli Amna sengaja. Tahu sangat yang Awsam peminat fanatik Arsenal. Sudah acap kali diajak tukar jersey! Tapi team yang tak berapa nak terror tu jugaklah Awsam nak sokong!
            “Kurang ajar kau kan... Kau tunggu kebangkitan Arsenal!”
            “Arsenal tak tahu... Arsengal adalah!”
            Ahfan tiba-tiba rasa terpinggir bila dicampak ke dalam topik Amna dan Awsam. Jadi, cepat-cepat Ahfan mencelah.
            By the way, this is for you.” Mug yang sedari tadi berada di tangannya mula diletakkan di atas meja Amna. Boleh jadi ubat setelah penat mengutarakan hujah tadi.
            “Ish... buat susah-susah awak je...” Amna cuba mengawal perasaan. Rasa nak pitam bila lelaki idamannya sanggup membancuh segelas minuman untuk dirinya. Hati yang membara tadi mula sejuk.
            ‘Alah, standardlah kalau pasangan kekasih tu berlainan minat kan?’ Statement nak sedapkan hati sendiri!
            “Tak ada yang susah pun... Buat kerja jangan stress-stress okay...”
            “Ehem... tak kan untuk Amna je? Untuk aku tak ada ke?” Si Awsam mula menyampuk. Rasa nak berguling tengok air muka Amna tika ini. Ceria bukan main lagi!
            “Erk... kau buat sendirilah..”
            “Tak adil nih... Ada diskriminasi antara pekerja lelaki dan perempuan... Kalau macam ni aku kena cari majikan perempuanlah...”
            Amna yang mula menyedari perubahan wajah Ahfan, mula menyampuk. “Abaikan budak yang kurang kasih sayang tu Fan...”
            “Oh kau... sombong ya dengan aku.. Nanti kalau kau nak mintak tolong dengan aku...”
            “Alalala... janganlah merajuk... tak awesomelah nanti..”
            Tanpa mereka menyedari, gurauan spontan itu membuatkan dada Ahfan berkelubung dengan rasa cemburu. Amna dengan Awsam ni ada apa-apa ke? Kawan biasa atau kawan luar biasa? Mesranya bukan main lagi. Mesra yang tak nampak dibuat-buat!
            Jiwa Ahfan mula kacau bilau diserang ribut yang menggila!
***
            Kepala Amna berdenyut-denyut. Pandangan mata dah jadi tahap kelabu. Bateri tenanganya betul-betul flat habis! Semuanya kesan dari minuman berkafein yang disediakan oleh Ahfan petang tadi.
            Kononnya tadi sanggup minum sebab Ahfan yang buat! Gila psycho punya minuman. Sanggup pulak si tekak terima air kopi yang tak pernah diminum sepanjang hayatnya. Tapi sekarang sungguh perut tak mampu nak hadam dan kepala dah macam orang terputus fius! Bukan tahap pening lalat dah ni.. Ini dah tergolong dalam kategori pening gajah! Bumi dah rasa bergegar bila gajah mengamuk.
            Sebenarnya, pengambilan kafein yang berlebihan akan menimbulkan masalah psikologi yang lebih besar. Mengikut pakar Psikiatri, Dr John Garden dalam kajiannya dalam kalangan pesakit di Washington, dia mendapati  pengambilan kafein dalam sukatan yang besar secara berterusan menjadi punca gelaja resah gelisah dan insomnia.
            Laporan santitifk menunjukkan bahawa pengambilan kafein secara berlebihan akan memberi kesannya terhadap mood, perangai dan proses-proses mental. Tiada keraguan yang menunjukkan bahawa kafein memang menyebabkan ketagihan.
            Selepas tahap tertentu pengambilannya ia boleh menyebabkan segala-galanya tidak selesa seperti simptom yang timbul akibat mengambil dadah. Sekiranya tidak minum minuman yang mengandungi kafein untuk jangka masa antara dua belas hingga enam belas jam, simptom ini boleh timbul.
            Biasanya gejala ini timbul dalam bentuk sakit kepala, mengalami keadaan longlai dan murung, sakit-sakot otot dan mudah naik darah. Gejala-gelaja ini dapat dilenyapkan cuma dengan cara minum teh atau kopi. Masalah yang akan timbul ialah si penderita akan menganggap kafein bukan punca penderitaannya. Oh, bahaya betul!
            Macam si Najmah jugak. Masa study dahulu minuman nescafe memang wajib ada atas meja study. Walaupun puas dia membebel, Najmah masih kekal dengan kedegilannya. Kononnya kalau minum nescafe, mata tak akan mengantuk jadi mudah bagi dia untuk meneruskan ulang kaji. Tapi sebenarnya, kajian menunjukkan mereka yang mengambil kafein secara berlebihan hanya akan mengalami masalah tidur untuk jangka masa panjang yang boleh menyebabkan masalah insomnia tahap kronik. Sebab itu sampai sekarang Najmah susah nak tidur malam!
             Dasyat betul penyalahgunaan kafein pada tubuh manusia? Simpton-simpton ini pun memang ada pada Ahfan. Mamat tu kalau tak minum kopi sehari, bukan main tak betul lagi perangainya. Tapi yang tak betul tu jugak yang Amna sayang.
            Tapi sekarang sungguh kepala dah rasa melayang. Jadi laju sahaja tubuhnya ditumbangkan ke atas katil. Ditambah pula dengan kerja yang berlambakan, lagilah menambahkan rasa penat yang tak pernah habis.
            Baru sahaja dipejamkan mata, telefon sudah berdering minta diangkat. Dengan tahap kemalasan seberat sepuluh kilo, dicapai jugak telefon bimbitnya. Melihat nombor yang tidak dikenali timbul di skrin, lagilah  bertambah rasa malas untuk menjawab. Biasanya ada sesetengah client yang gila buat panggilan malam-malam. Akhirnya Amna membiarkan.
            Namun apabila telefonnya kembali berdering, terus Amna tekan skrin telefon. Takut juga kalau-kalau sebenarnya ada emergency case.
            Hello.”
            “Hmm, nak apa?”
Suara dah tahap mamai. Mulutnya kembali menguap untuk kesekian kalinya. Matanya dipejamkan. Tunggu masa nak berlabuh dalam mimpi sahaja. Penatnya boleh terubat jika dapat mimpikan wajah kacak Ahfan. Biar malam ini berlalu dengan indah sebagai ganti mengantikan hari yang teruk ketika bersama dengan Redza tadi.
            “Nak awak!”
            “Hei, main-main pulak. Awak ni siapa?”
            “Redza ni...”
Sembilan puluh darjah. Terus Amna bangun dari pembaringan. Matanya yang sedari tadi terkulai layu kini membulat bagai terkena renjatan elektrik. Redza lagi? Pantang fikir, terus muncul! Marahnya masih bersisa pada Redza mengenai kes siang tadi. Ada jugak yang kena sembur nanti!
“Ada apa telefon?” Suaranya dikeraskan. Tanda tidak rela menerima panggilan telefon daripada Redza.
            I guess.. I miss you.”
            ‘Aish... geli ketiak aku dengar.’ Kutuk Amna dalam hati.
            “Encik Redza, saya tak ada masa nak melayan karenah Encik Redza yang gila ni. Kalau Encik Redza fikir saya boleh dilanyak sesuka hati Encik Redza, you are totally wrong! Saya bukan perempuan yang boleh diperlekehkan sama seperti perempuan kat luar sana. Saya sikit pun tak ada rasa nak menjadi tunang Encik Redza apatah lagi ingin menyandang title seorang isteri... Apa yang berlaku siang tadi akan berakhir di situ. Hidup saya bukan drama yang memerlukan episod sambungan....” Hambur Amna penuh keterujaan. Gembira kerana dapat smash balik kata-kata Redza.
            Kalau tak mengenangkan yang Hajah Zubaidah ada penyakit jantung, dia dah lama angkat kaki. Dia tak mahu dipertanggungjawabkan atas apa-apa perkara yang menimpa mama Redza tadi. Tapi tidak untuk kali ini. Dia tidak akan kalah lagi. Tak akan!
            Wajah Redza merekah dengan senyuman. Dapat dirasa bahang kepanasan dalam kata-kata Amna tadi. Sesiapa yang berada di tempat Amna pun pasti akan sakit hati dengan kelakuannya. Tapi nak buat macam mana lagi. Amna ni garang sangat! Dia terpaksa buka step yang melangkau fikiran semua orang untuk pikat Amna. Alah, bukan dia buat benda bukan-bukan pun. Just bawa jumpa mak jeh!
            Dear...”
            Again... stop calling me dear! It’s sound so stupid!”
            “Saya berhak nak panggil awak apa yang saya suka....Dear, honey or... you want me to call you baby.. Oh, sound so sweet..”
            Baby? Sumpah geli!
            Stop it Redza... Awak ni kan... Saya rasa awak ni ada masalah mentallah? Baik awak pergi check up. Jumpa psikitari ke...” Amna betul-betul sudah kehabisan idea hendak menjawab. Bateri Redza ni tak habis lagi ke? Ke lelaki itu sempat recharge balik?
            Yup... I guess I betul-betul dah gila..”
            Yeah... You get the point kan... Alhamdulilah..” Syukurlah kalau Redza betul-betul dah sedar.
“Saya betul-betul gilakan awak Amna Safiya.. Makna kata, hanya awak yang boleh sembuhkan kegilaan saya kan. Okay, let’s not make things complicated. I’ll be your shelter. I’ll be your storm.  I’ll make you shiver. I’ll keep you warm. Whatever weather, will you marry me?
            Dia dah mula dah! Sungguhlah mamat ni terlebih agresif!
            “Redza, please listen carefully. I am not the type  to be able to fall in love easily. Get it? Bye and assalamualaikum!” Tanpa berfikir panjang, terus Amna memutuskan talian. Apa ke biul Redza ni?
1)      masuk meminang?
2)      Lepas tu hantar bunga?
3)      Siang tadi bawa pergi jumpa mama dia?
4)      Malam ni melamar di phone?
Esok apa pulak?
Malas hendak melayan rasa geram, dia terus menutup matanya. Mahu membeli tiket untuk masuk ke alam mimpi. Yang pasti, mahu mimpikan Ahfan yang handsome lagi baik hati walaupun mamat tu tak minat bola.
Namun apabila mata dipejamkan, kenapa bayang Encik Squidward pulak yang muncul? Wajahnya yang sinis... senyumannya yang menyakitkan hati dan suaranya yang memetir! Syuh...syuh... pergi main jauh-jauh!
***
            Redza meletakkan kedua belah tangannya di atas dahi. Entah apalah yang nak jadi dengan dirinya sekarang? Namun fikirannya segera terfikir dengan kata-kata Syakira satu ketika dahulu. ‘Adakah ini anugerah yang selalu Syakira cakap dulu?’
            “Cinta ni pelik... Dia datang tanpa pernah diduga... Macam embun pagi.. Tak terasa bila ia hadir. Sedar-sedar sahaja diri kita sudah kesejukan dijamah titisan embun.”
            Masa Syakira menuturkan ayat tersebut, memang Redza tergelak besar. Hingga mengalir air matanya. Mahu tak ketawa dengar ayat sarkastik macam tuh. Fuh, mujur sahaja telinga tak bernanah.
            “Jiwang!”
            Syakira hanya tersenyum sahaja. Dia tiba-tiba disapa rasa sepi. Redza mula serba salah sendiri. Terusikkah hati Syakira dengan komennya tadi?
            “Maaf...” Satu perkataan itu membuatkan Syakira berpaling. Merenung si Redza yang mula diserang rasa bersalah.
            “Kau ni kan, sama dengan Radzi.. Tak buat salah, tapi tetap minta maaf.” Syakira ketawa kecil. Namun nyata sumbang!
            Air mata Syakira seakan-akan hendak menitis. Namun segera ditahan. Dia tidak suka jika kelihatan lemah di mata sesiapa pun. Sedari dahulu, dia sering dijadikan sumber kekuatan. Dan sampai bila-bila pun, dia ingin kekal begitu.
            “Aku turut kehilangannya Kira...” Suara Redza lembut menampan telinga Syakira. Meraka sama-sama kehilangan Radzi.  Terlalu payah untuk membenarkan rindu itu berlalu pergi.
 Maybe some people just aren’t meant to be in our lives forever. Maybe some people just passing through. It’s like some people just come through our lives to bring us something a gift, a blesing, a lesson that we need to learn and that’s why they’re here.. You’ll have that gift forever... kan?” Redza cuba memujuk untuk menghilangkan resah Syakira. Selebihnya, dia juga ingin memujuk hati sendiri. Mungkin Radzi telah pergi namun kenangan itulah yang digelar sebagai hadiah yang terlalu berharga.
Dari kecil mereka berkongsi segalanya. Walaupun perangai mereka berbeza hampir seratus percent banyaknya. Radzi! Sedari kecil sudah dijolok sebagai ‘budak baik’. Sentiasa menjadi sebutan guru-guru dan kawan-kawan. Menjadi idaman setiap wanita.
Manakala Redza pula sentiasa dilabel ‘budak nakal’. Nama sering dihighlight sebagai budak yang sering membawa masalah. Tetap menjadi idaman wanita walaupun perangai tak macam manusia. Dan setiap kali kalau Redza buat nakal, si Radzi pasti akan back up!
Redza tersedar dari lamunan bersama Syakira. Dia terpandangkan pintu bilik yang tertutup. Bagaikan ternampak kelibat Redza pula.
“Redza... Maghrib dah masuk! Jom solat.” Ajak Radzi yang sedang berdiri di muka pintu.
“Aku tak ada moodlah nak sembahyang hari ni.” Tanpa rasa bersalah, jawapan itu keluar dari mulut Redza.
Radzi sikit pun tidak marah. Malah dia mula melangkah merapati Redza. “Kau nak tahu, ramai yang berharap hanya untuk kehidupan di dunia ini dan mereka menganggap inilah kampung halaman yang sebenar. Setiap hari mereka sibuk dengan urusan-urusan dunia ini. Sibuk mencari duit, sibuk bekerja, sibuk dengan kesukaan duniawi. Mereka lupa diri bahawa hidup ini akan berakhir dan kita kembali kepada kampung halaman yang hakiki, iaitu syurga atau neraka.”
Redza dah mula bangun dari pembaringan. Tak pasal-pasal dengar tazkirah dari Radzi. Tapi dia senang. Sebab Radzi menasihatkan dirinya dengan suara yang lemah lembut. Tanpa makian atau cacian apatah lagi herdikan.
“Sekarang kia sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih sama ada syurga atau neraka... Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulangkan kepada kita untuk memilih..”
“Ya... ya.... Aku pilih untuk ke Syurga.” Jawab Redza sedikit bergurau.
“Redza... Kehidupan ini sama seperti asap yang kelihatan sebentar sahaja kemudian dia akan lenyap.. You get the point?”
Redza mengangguk sambil tersengih-sengih.
“Redza... aku tak akan selamanya berada di sisi kau. Nak tegur kau untuk solat... nak selamatkan kau bila kau buat salah. Nak arahkan itu.. ini...Satu hari nanti aku akan pergi. Memilih kampung halaman aku kat sana...” Kata-kata itu masih bergema di peluput telinga Redza.
Air mata sudah kabur di kelopak mata. Dia akui dulu dia tidaklah serapat ini dengan Allah. Solat pun ikut suka hati. Kalau rasa nak buat, dia buat. Kalau nak tinggal, dia tinggal tanpa rasa bersalah. Namun kehilangan Radzi mendekatkan diri lagi dengan pemilik alam ini. Baru Redza sedar yang selama ini, dia terlalu sombong dengan nikmat yang Allah berikan. Terlalu bongkak hingga tanpa sedar, dia kejam pada dirinya sendiri.
 “Ya Allah, jika ada pahala dalam bacaan Yasinku ini, moga bacaanku ini sampai kepada arwah Radzi.. Sesungguhnya aku sedar yang kasih sayangku tidak dapat menandingi kasih sayangMu padanya..”
Ingatan itu adakalanya seperti belati tajam yang mengores perasaan. Datang tanpa dipinta. Pergi tanpa dihalau. Namun itulah resepi untuk menjadikan hati ini lebih kental dan kuat untuk menghadapai karenah dunia yang tidak akan pernah berhenti dari menangih kekuatan manusia.

p/s::: sebarang komen untuk penambahbaikan, amatlah saya alu-alu kan.. keep enjoyzz.. lebiu mucho

36 comments:

  1. apa yang boleh saya kata ialah... cerita ni ada isi walupun tajuk dia sempoi.. keep it up dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajuk je selamba... tp try letak isi yg ringan.. supaya orang blh hadam.. heh

      Delete
  2. awal2 sengal then sendu!... sentiasa mengikuti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sy terbaca sendu tu jadi sendul... lol.. tq lalink

      Delete
    2. sendul?!!!.. haha.. jgn sondol udah yer!.. mcm redza, bagai disondol2nya si amna tu!..

      Delete
  3. Setiap kali akan meninjau a.k.a menerjah blok akak ni.. Dan senyum memanjang bila tengok bab 9 dh letak kt sini.. Thanx kak... Herm.. Tgu 10 lagi ni... Huuuu... Lama lagi lah nak.tgu kan...Adoii.. Penantian satu penyeksaAn sungguh kan... :-)
    # suka bila byk memaparkan kisah Redza dan Amna.. ^_^ sweet sgttttt
    ~ Schariedah Salus ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeee. sila terjah smpai mata lebam ya.. haha.. kenapa nk tunggu 10 hari pulak? penantian itu satu pengorbanan.. haha

      Delete
  4. Nmpknya Ahfan masih di hati Amna. Tp, tu lah, tak nmpk lg effort Ahfan ni. Akak plak yg risau. Amna teringatkan Redza sblm tido? Takpe Amna, akak maafkan..sketnye scene Ahfan, tp takpe, hilang rindu.

    Akak setuju psl minuman berkafein. My experience, slalu minum Nescafé pekat2, mmg confirm tak tido. Tp, bila akak selalu buat, akak start dpt migrain. Dh migrain pun masih nk minum Nescafé pekat2 utk tak tido sbb nk study, last2 kena migrain, so tak study pun, tido je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... sy pun tahap addict ngan nescafee benornya.. x minum sehari mmg x sah.. alohai.. tp kronik jugak nih.. oh.. sikit ke part ahfan? haha.. susah kalu mnat ahfan nih... sila bersabor kak

      Delete
  5. definitely same like u lah sara.. peminat bola kan.. walaupun xkenal u secara total.. but i know it melalui status2 fb u.. n u know what?? i selalu bayangkan y muka amna comel like u... sorry but.. cannot imaging orang lain lorh.. lol... apa2 pun.. BASS sedang berjalan di flow y sepatutnya.. sorry if jarang2 komen.. =p

    kak zila

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zila.. its okey kak... tpi.. serius bayangkan saya? oh tidakk.. amna lagi comel ler.. kih kih.. selit2 bab y sy suka. mana tahu leh kongsi mnat ngan readers kan..

      Delete
  6. mcm2 rasa ms bc entry nih.. mula2 kelakar.. lepas tu geram.. lepas tu oh my redza.. mmg tahap agresif... n last tu rasa ngilu je.. dpt rasa y redza btul2 nk berubah.. indeed.. tq sara

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... hmm.. manusia nak berubah perlukan jalan n tangan untuk dipimpin... heh.. redza agresif ya.. hahaha

      Delete
  7. arghhh.. ahfan dgn redza ? mana satu amna nak pilih ek? kak, nak baca yg strusnya..

    *tak sabar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng.. konon mcm saspen.. haha... sila sabor menanti keh..

      Delete
  8. aku bru bca n3 ni je...tpi knpa ag suka watak Redza jadi watak utama.ke mmg Redza watak utama citer ni..

    maaf la..ambo x de nak follow novel loni.banyok kijoan

    >>k<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. its okey k... i know masing2 kebizian kan.. ahfan n redzA? x tahu lagi sape akan terpilih.. heh..

      Delete
  9. ayat power Redza.. 'aku tak ada moodlah nak sembahyang' sengal giler budak redza neh... kutip kat mana ni Sara? hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... terlintas di fikiran.. hiks.. tu zaman jahiliah, semua orang punya cerita tersendiri kan

      Delete
  10. sara , love most part bila radzi tazkirah redza,
    mmg smooth ja~
    tak sabar tunggu next chapter !~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. heh.. sebenarnya terguran mcm ni y manusia harapkan.. bukan kemarahan n herdikan membabi buta.. try make it neutral.. =)

      Delete
  11. Suka2. Thanks byk pengajaran dlm chap ni. Selalu kalau adik sy malas solat,sy p marah2 dia. Ermm,nak copy ayat akak pastu gtaw dia la.. Haha.. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kena slow talk... kemarahan hnya akn membangkitkan kebencian.. =)

      Delete
  12. dah bace! sambung cepat kak ezzah..x menyabor ni..redza! amna.. <3

    ReplyDelete
  13. Banyak pengajaran dalam bab ni. Amna peminat bola macam penulis cerita ni lah kan. Hahaha! :) Nice. Owwwww Redza sangat sweet. Melamar dalam phone gittuww... Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ya eh?? hiks.. apa salahnya kita kongsi minat ngan amna.. heh..

      Delete
  14. hai lh...terlmbt komen hehee yg pntng akk nk komen gak...minat tk sama tk semesti nyer tk serasi n yg pasti dlm hati ade cinta...ape yg terpendam n bersarang kat hati yg tk nampak tuh...dh sah milik nyer wat ahfan...ker cik amna??gi mane plak kalu ade tercuit walau pn secotek wat redza...bab that guy name redza tuh tk pernah mau nyer ngaku kalah..akk takut hari2 redza duk hugah hati amna yg cam kerikil tuh lama2 tersadung gak...bak pepatah kata cikit2 lama menbukit gak,elak2 lama2 ngalah n last nyer kena sakat hari2 akhir nyer melekat plak...hah..mane nk pi amna..heeheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe kak.. t8 your time.. kann.. kasih itu memang memerlukan perbezana.. heh.. dan redza mmg perangainya penuh tekad.. akan lakukan apa sahaja.. yang kesian pastilah amnya safiya.. =p

      Delete
  15. suka sangat ada scene redza n amna... redza xpernah habis nak mengusik amna... amna marah pun dia buat bodoh je... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee.. scene ngan ahfan x suka ke?? redza hati kebal bin bebal..

      Delete
    2. scene ngn ahfan pon akak suka gak part yg amna terkantoi perangai xsemenggah dia tu... tapi scene redza tetap menjadi pilihan... wakakaka

      Delete
  16. suka part radzi n redza.. abg dia sngat caring n hubungan diorrang sngat rapat ^^.... sbb abg dia caring gila dgn adik dia ^^
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam adik beradik tu.. kena ada tegur menegur.. baru ada ukhwah.. try keep in touch ngan adik2 seperti radzi..padahal kakak dia ni bapaklah garang.. LOL.. kau x smbahyang? ko nak jd lembut ke? kih kih

      Delete
  17. hmm.. bru sempat baca,, best!! bagus betul redza ni,, x slow mcm ahfan.. *x tau kenapa,, dr mula lagi sy dah tolak ahfan* ecehhh,,, ckp mcm dia nk kt sy ja.. haha ;D ..

    -athirah-

    ReplyDelete
  18. ahfan ni tahu cemburu je tp tanak mulakan step..

    voteforredza

    ReplyDelete