Afrina terduduk tatkala di
bangku kerusi apabila Hajah Khadijah mula meninggalkan mereka. Sebuah keluhan dilepaskan.
Berat! Ya, itulah kesimpulan yang dia rasakan tika ini. Nafasnya terasa seperti
disekat. Tidak mampu lagi hendak menghirup anugerah Allah ini dengan tenang.
Matanya mula melirik ke
arah Mirza yang sedang mendukung Hadziq itu. Dia tidak tahu perkara apa yang
merasuk Mirza dari melakukan perkara seperti tadi. Tapi apa yang pasti, sikap
Mirza tadi benar-benar telah menyusahkan dirinya.
Perlahan-lahan Mirza
melepaskan Hadziq yang merontan untuk diturunkan. Hadziq terus berlari keanakan
menuju ke taman permainan. Seronok apabila dapat menjejakkan kaki ke tanah.
Langsung tidak mempedulilah ibunya. Sememangnya inilah kali pertama dia
bertembung mata dengan Hadziq. Nyata, Hadziq mengikut alis mata milik Afrina.
Mata yang mampu membebankan perasaannya.
Mirza mula mengambil
tempat di sebelah Afrina. Dia tahu, Afrina pasti akan menyemburnya dengan
kemarahan yang tidak bertepi. Dia dapat merasakan bahang kepanasannya. Tapi
jujur, dia memang ikhlas untuk memperisterikan
Afrina. Sedari dulu, hanya Afrina yang layak untuk menjadi pemaisuri di
hatinya.
“Kenapa Mirz? Kenapa awak
buat macam ni? Awak sedar tak yang awak dah menyusahkan saya?” Ditahan sedikit
kemarahannya agak tidak menjatuhkan maruah Mirza. Lagipula mereka sedang berada
di kawasan awam. Dia masih waras untuk memperlakukan Mirza sedemikian rupa.
“Saya nak ringankan
penderitaan awak Afrin.. Sebab tu saya ajak awak kahwin... Saya betul-betul
ikhlas.” Jelas Mirza lembut.
“Jangan sebut perkataan
ikhlas kalau awak sendiri tak memaknakan rasa ikhlas tu Mirz... Tolong...
Tolonglah pergi dari hidup saya... Tolonglah...” Rayu Afrina dengan linangan
air mata. Ayat yang bagaimana yang perlu dia taburkan untuk memahamkan Mirza
tika ini? Dia tak perlukan simpati dari Mirza.. Dia masih boleh menguruskan
kehidupannya seperti sedia kala.
“Maaf... Saya tak boleh
nak akur pada permintaan awak kali ni...” Tegas Mirza sambil memandang ke
depan. Dia akan mempertahankan hasrat hatinya untuk memiliki Afrina. Dia akan
membahagiakan Afrina. Dia tak minta untuk mengantikan Haraz, cukuplah kalau dia
diterima oleh Afrina. Cinta itu boleh ditolak ke tepi. Yang penting sekarang
adalah tanggungjawab. Rasa tanggungjawab untuk membela kehidupan Afrina.
“Kenapa?”
Mirza mula memandang ke
sisinya. Merenung alis mata bundar milik Afrina yang berkaca. “Sebab dulu saya
pernah melepaskan awak pergi Afrin... Sebab dulu saya tahu yang ada seseorang
yang mampu membahagiankan awak melebihi dari kemampuan saya. Tapi sekarang,
awak dah tak ada sesiapa.... Jadi saya akan berada di sisi awak sebagai seorang
suami. Sebab tu saya nak kita kahwin...”
“Saya tak perlukan simpati
awak Mirz... Saya tak perlukan simpati dari sesiapa pun!” Bentak Afrina sambil
merapatkan giginya. Menahan rasa sakit yang menjalar di hati. Kenapa semua
orang fikir yang dia tidak mampu untuk berdikari? Apa mereka ingat, dirinya
terlalu lemah sehingga semua benda yang hendak dilakukan, memerlukan teman!
“Siapa yang simpati pada
awak sekarang?” Mirza mula menduga. Hingga terangkat kening lelaki itu sedikit.
“Awaklah....”
“Saya tak pernah simpati
pada awak Afrin. Sikit pun tak...” Jelas Mirza tanpa teragak. Memang
hakikatnya, tak pernah ada simpati walau sebesar hama sekalipun untuk Afrina.
Afrina mula terpana
apabila mendengar jawapan sinis Mirza itu. Habis tu, jika tidak ada simpati,
kenapa harus menyibukkan diri dalam kehidupannya? Kenapa tidak dibiarkan sahaja
dia belajar berdikari sendiri? Atau sememangnya Mirza berbahagia melihat
kehidupannya yang kucar kacir ini? Mungkin doa lelaki itu sudah dimakbulkan
Allah. Akhirnya, Mirza dapat melihat kesengsaraan dirinya kerana meninggalkan
dia satu ketika dahulu.
“Habis tu tak perlu nak
sibukkan diri dengan dunia saya... Awak pergi hidup dalam dunia awak sendiri..
Dunia tanpa kehadiran saya...”
Mirza tersengih sedikit
mendengar suara Afrina yang kedengaran lirih itu. Sekali dengar, jawapan Afrina
seakan-akan ingin menunjukkan rasa rajuknya. Argghh... Wanita ini memang kuat
merajuk pun! Merajuk yang terlalu sukar untuk dipujuk! Tapi kenapa hati
lelakinya ini tidak pernah puas untuk memujuk?
Mirza mula memalingkan
badannya mengadap bahagian sisi tubuh Afrina. Melihat badan itu
terhenjut-henjut menangis, mahu sahaja dia menarik Afirna ke dalam pelukannya.
Biar Afrina melepaskan semua kegelisahan di bahunya. Biarlah dadanya menampung
air mata Afrina yang berjurai layu itu. Namun masih ada batasan yang memagari
hubungan mereka. Dan dia sebagai lelaki waras tidak harus membelakangkan
batasan itu hanya semata-mata ingin mengkut kata hati dan rasa cinta.
“Apa makna dunia saya
tanpa kehadiran awak Afrin... Awaklah dunia saya yang sebenar..” Perlahan
sahaja suara Mirza. Namun volumenya sudah mampu memagut deria dengar milik
Afrina. Afrina mula berpaling memandang wajah Mirza. Memandang tanpa kata.
“Dari dulu hanya awak
dunia saya Afrin... Saya tak pernah menyintai orang lain selain dari awak...
Saya sentiasa ajar diri saya untuk melupakan awak.. Tapi itulah satu pelajaran
yang sering membuat saya bodoh Afrin.. Sebab saya tak akan pernah pandai untuk
melupakan awak. Empat tahun yang cukup menyeksakan Afrin.. Empat tahun tanpa
awak yang terlalu memeritkan. Orang cakap, kalau kita benarkan kebahagian orang
yang kita sayang, kita pun akan jumpa bahagia kita. Tapi kenapa saya tetap tak
jumpa bahagia saya? Kalau dulu mungkin saya tertanya-tanya... Tapi sekarang
saya dah jumpa jawapannya.” Mirza mula menarik nafas sedikit manakala Afrina
diam dan pegun sendiri.
“Sebab saya dah jumpa
balik bahagia saya yang hilang tu... Saya dah jumpa seorang wanita yang pernah
terlepas dari saya. Jadi awak ingat, saya akan terus bodoh untuk melepaskan dia
sekali lagi?”
Soalan Mirza itu sememangnya tidak terjangkau dek
kepala Afrina. Terus dia memalingkan wajah ke depan. Tangannya mula meraba di
sekitar dada. Mencari rantai yang pernah dihadiahkan oleh Haraz satu ketika
dahulu. Jawapan apa yang paling tepat untuk merumuskan simpulan pada hubungan
mereka nanti?
“Saya tak akan mampu untuk bahagiakan awak Mirz...
Saya hanya cintakan Haraz seorang sahaja. Awak ingat bila jasad dia dah pergi,
saya akan berubah hati semudah ini?” Ujar Afrina mengelak. Rasanya, Mirza
membutuhkan seorang perempuan yang lebih baik dari dirinya. Dia hanyalah
seorang janda beranak satu yang tak punya apa-apa. Apa yang dia ada hanyalah
kisah silamnya bersama Mirza dan kenangan bersama Haraz.
“Saya tak harap untuk awak
bahagiakan saya Afrin... Tapi saya yang nak bahagiakan awak... Saya nak
bahagiakan awak.. Peduli apa dengan kebahagian saya..” Berkerut dahi Afrina
menyambut kata-kata Mirza. Berbelit-belit!
“Jangan jadi terlalu baik
Mirza.... Saya bukan seorang wanita yang layak untuk dibahagiakan sekalipun
untuk dipertahankan. Saya kadar diri pada gelaran status saya tuh!” Tolak
Afrina keras. Kalau Mirza berdegil, dia berpuluh kali akan berkeras.
“Afrin... Saya tak minta
apa-apa balasan pun. Cukup besar ertinya kalau saya dibenarkan untuk berada di samping
awak. Itu pun dah cukup buat saya! Saya tak minta diterima, tapi cukup besar
penghargaan buat saya bila awak izinkan saya berada di samping awak. Kahwin
dengan saya Afrin... Tak perlu untuk jadi isteri yang menjalankan tanggungjawab
kepada seorang suami.. Tak perlu jaga makan pakai saya.. Awak hanya perlu anggap
saya ni macam pak guard yang akan jaga keselamatan awak berdua.. Itu sahaja...”
Mirza sungguh-sungguh meyakinkan Afrina.
“Awak ni gilalah Mirz!”
Berpusing otak Afrina menyambut cadangan dari Mirza ini. Ke Mirza dah
berjangkit gila macam semua pesakitnya itu? Hal kahwin mana boleh dibuat main?
Dia belum begitu kejam lagi untuk memperlakukan Mirza sebegitu rupa.
“Ya.. memang... Saya terlalu
gilakan awak!” Jawab Mirza terus.
Jemari Afrina sudah
melekat di dahi. Pening melayan sikap Mirza yang seakan-akan mendesak ini.
Kenapa Mirza kelihatan seperti terdesak? Perkara apa yang meragut ketenangan
lelaki itu?
“Apa jaminan yang saya
akan selamat dengan awak Mirz? Awak lelaki... Saya ni perempuan.. Tahan ke Iman
awak bila tengok perempuan macam saya bila kita dah kahwin nanti?” Sengaja
Afrina menduga. Bukan boleh kira sangat dengan pakar psikitari ni, bukankah
mereka tergolong dalam golongan yang pandai psycho manusia!
“Kalau saya cintakan awak
kerana nafsu Afrin, dah lama saya buat awak dengan saya kena tangkap basah
waktu awak mengaku sukakan Haraz dulu. Biar awak kahwin dengan saya. Biar awak
bersama dengan saya walaupun awak tak akan bahagia. Tapi saya tak buat kan?
Sebab saya dah angkat tinggi martabat cinta saya di dalam tempat teratas dalam
hidup saya. Maruah dia.. jiwa dia, saya tak pandang sepi. Saya hormatkan cinta
saya. Apatah lagi pemilik hati saya!”
Terpana Afrina dibuatnya
apabila menyambut kata-kata dari Mirza itu. Pandangan mata mula ditundukkan.
Sekarang, dia mula keliru. Kenapa Mirza benar-benar menyintainya sedangkan dia
tidak punya secebis pun cinta buat Mirza. Kenapa lelaki itu baik padanya
setelah apa yang dia lakukan dahulu?
“Mirza... awak terlalu
baik untuk perempuan seperti saya.” Keluh Afrina perlahan. Kenapa harus ada
perkahwinan jika perkahwinan ini nyata tidak akan membahagiakan Mirza? Kenapa
lelaki itu perlu mengorbankan dirinya lagi? Dia sudah cukup berhutang pengorbanan
dengan Mirza satu ketika dahulu. Rasanya tidak perlu lagi dia menjadi beban
buat Mirza.
“Tak ada orang boleh
tentukan sama ada dia layak atau tak Afrin... Awak dan saya masing-masing
memerlukan each other. Okay fine, awak tak cintakan saya.. Saya terima dan
faham pasal bab hati ni tak boleh dipaksa-paksa. Tapi saya perlu untuk berada
di samping awak. Saya nak jaga keselamatan awak dan Hadziq. Dan awak perlukan
seseorang lelaki untuk protect awak kan... So, we need for each other. Bukankah
itu satu alasan untuk menggambarkan kita aling memerlukan?”
“Saya boleh berdikari
sendiri Mirz... Jangan layan saya seperti budak kecik! Saya dah terlalu besar
dan awak tak perlu nak perbesarkan masalah ni...” Putus Afrina penuh kedegilan.
Dia mula angkat pungung. Afrina ingin mendapatkan Hadziq yang sedang seronok
bermain itu. Dia sudah terlalu penat untuk membicarakan soal hati dan perasaan
yang tak akan menemui penyudah yang baik. Biarlah dia sendiri begini.
“Afrin...” Panggil Mirza.
“Stop it Mirz.... Tahu
tak, salah satu sebab yang buat saya tawar hati dulu ialah, awak selalu layan
saya macam budak kecik! Awak bersikap terlalu melindungi sampai saya rasa bosan
dan rimas! Biar saya belajar berdikari Mirz... Saya dah ada anak. Saya dah
cukup dewasa nak harung semua ini. Saya tak perlukan perlindungan dari awak
atau sesiapa pun....” Bidas Afrina cepat-cepat. Kakinya terus diangkat pergi.
Lebih lama dia bersama Mirza, lebih banyak perkara yang akan mereka bidaskan.
Mirza mula melepaskan
keluhan kecil. Bingung dengan kedegilan Afrina yang tidak pernah surut.
***
“Hah, kamu kata nak bawak
balik calon menantu dekat ibu? Mana dia?” Belum pun pungungnya mencecah di
sofa, Puan Maizura sudah bertanyakan soalan membunuh.
“Errkk... dia sibuk
sikit.. sebab tu tak boleh bawa jumpa ibu lagi..” Tipu Mirza. Sungguh, dia
benar-benar terpaksa! Sedangkan dia tahu bahawa penipuan tak akan membawa
apa-apa kebaikan.
“Betul ke Iyyad ada calon
nih? Jangan kalentong ibulah...” Puan Maizura sudah mula mengesyaki yang
tidak-tidak.
“Betullah... Nanti Iyyad
bawa balik jumpa ibu. Ibu tu, cubalah bawak bersabar sikit... Tak kemananya
menantu ibu tu.”
Iyyad Mirza sudah mula
kegelisahan. Sungguh, dia tidak betah menipu sebegini. Namun untuk menerangkan
yang sebetulnya, lagilah dia tidak sanggup! Dia pasti yang Puan Maizura akan
bangkang sehabis-habisnya. Cadangnya, biarlah dia bawa Afrina bertemu dengan
ibunya dahulu. Siapa tahu kemarahan yang sudah lepas sudah beransur pergi.
Lagipun, Afrina sudah menyendiri sekarang. Tidak ada sebab untuk ibunya terus
menolak calon pilihan hatinya itu.
Mirza mula mengesan riak
wajah Puan Maizura yang agak kelam itu. Perlahan-lahan dijatuhkan tangan
kanannya di bahu ibunya. “Kenapa ibu nampak murung je? Ada apa-apa masalah ke?”
Tanya Mirza ambil berat.
“Ibu risaukan kamu...”
“Kenapa pulak nak risaukan
Iyyad? Iyyad dah tua bangka dah ibu...”
“Sebab Iyyad dah tua
bangkalah ibu makin risau bila Iyyad tak kahwin-kahwin. Lepas ni nak bawa balik
menantu pada ibu. Entah perempuan macam manalah yang Iyyad nak bawa jumpa ibu.
Ibu bukan apa... Ibu tak mahu Iyyad kecewa lagi... Nanti mesti Iyyad ambil masa
yang lama untuk sembuh dari luka tuh...
Ibu tak mahu macam tuh..” Puan Maizura mula meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“Ibu... Ibu kena percaya..
Jodoh, ajal pertemuan semuanya di tangan Dia.. Siapalah Iyyad untuk
mempertikaikan percaturan takdir. Iyyad percah kecewa.... tapi Iyyad dah jumpa
orang yang boleh merawat luka Iyyad. Dan Iyyad harap sangat yang ibu akan
terima pilihan Iyyad.. Boleh kan?” Pujuk Mirza penuh makna.
“Apa nama perempuan tu?”
Pertanyaan Puan Maizura itu membuatkan Mirza melurutkan pegangannya.
Perlahan-lahan dia bangun dari duduk. Berkira-kira untuk mandi.
“Iyyad... Ibu tanya kan?” Hati
tuanya mula rasa ada yang tak kena. Pasti anaknya itu menyembunyikan sesuatu
dari pengetahuannya.
“Bila ibu jumpa dengan
dia, baru Iyyad beritahu....” Dia tidak mahu berbohong. Cukuplah jika dia
merahsiakan perkara ini buat masa ini.
***
Mata Afrina mula mendarat
ke arah jam di dinding yang sudah mencapai angka dua belas malam. Kakinya
dibawa ke bahagian dapur. Tekak yang perit itu menjerit meminta dilegakan.
Tangan kanannya mula membuka pintu peti ais. Baru sahaja dia hendak mencapai bekas
minuman, tiba-tiba ada seseorang menariknya dari belakang. Malah tengkuknya
mula dicucuk dengan pisau tajam.
“Jangan bergerak...” Bisik
satu suara.
Badan Afrina mula rasa
menggeletar. Perlahan-lahan lehernya ditarik ke belakang. Membawa tubuh agar
ikut turut serta. Dia cuba mengingat sama ada dia sudah mengunci pintu rumah.
Setahunya, dia sudah memastikan semua pintu rumah berkunci.
“Kau nak buat apa nih?”
Tanya Afrina dengan suara yang terketar-ketar. Bimbang jika pencuri ini
mengapa-apakan dirnya serta mencederakan Hadziq. Jika lelaki itu berniat untuk
mencuri, dia sedia menyerahkan segala benda yang dia ada. Tapi bukan maruah dan
permata hatinya.
“Aku nak kau keluarkan
semua duit.. Cepat!” Arah si pencuri tegas.
“Kalau kau tak lepaskan
aku, macam mana aku nak bagi semua tu dekat kau...” Afrina mula memanipulasi
pemikiran si pencuri.
Kemudian dengan
perlahan-lahan, pencuri itu mula melepaskan dirinya. Tanpa teragak-agak, terus
Afrina berlari mendapatkan pisau yang berada di hujung singki. Namun belum
sempat tangannya mencapai pisau tersebut, bajunya terlebih dahulu ditarik oleh
si pencuri. Tarikan yang kuat itu telah menyebabkan baju T-shirt merah yang
dipakai Afrina terkoyak besar. Hingga menampakkan sebahagian daripada tubuh
badannya.
Kali ini si pencuri sudah
hilang sabar. Hilang terus niat untuk mendapatkan wang ringgit, tapi yang ada
hanyalah nafsu serakah yang tiba-tiba mohon dituntut. Apatah lagi setelah
melihat mangsa sudah terhidang di depan mata.
“Apa yang kau nak buat
hah? Tolongggg.....!” Sejurus dia menjerit, terus pipinya ditampar kuat oleh si
pencuri.
“Jangan menjerit!” Tekan
lelaki itu. Malah hujung pisaunya kembali singgah di leher Afrina. Air mata
sudah mula menitis perlahan. Tidak tergambar betapa takutnya dia tika ini. ‘Ya Allah..
selamatkan diriku... Selamatkan aku... Selamatkan maruahku..’ Hanya itu yang
mampu dia pohon dikala ini. Mengharapkan secebis ehsan dari Yang Maha Esa.
Muka yang ditutupi topeng
itu mula mendekat. Afrina langsung tidak berani untuk meronta memandangkan
hujung pisau itu masih setia berada di lehernya. Malah tangan kanan lelaki itu
pun menarik kasar rambut panjang miliknya. Sebelah tangannya mula cuba menahan
wajah itu dari mendekat manakala sebelah tanganya lagi cuba menutup tubuh
badannya yang sedikit terdedah.
“Kau memang cantiklah...”
Pujian itu memang mampu membuatkan bulu roma Afrina meremang ketakutan.
Baru sahaja wajah lelaki
itu mendekat, tiba-tiba tubuh lelaki itu terdorong ke tepi. Seolah-olah ada
seseorang yang menolak tubuh tersebut. Dan apabila Afrina berpaling, dia
melihat Mirza berdiri dengan wajah yang penuh bengis.
Melihatkan tubuh Afrina
yang sedikit terdedah, terus Mirza mencabut jaket yang sedang dipakainya dan
disuakan ke arah Afrina. Baru sahaja dia berpaling untuk mencari si pencuri itu
tadi, namun bayang lelaki itu sudah lesap! Dalam hatinya mula memarahi dirinya
sendiri kerana lambat bertindak. Tak pasal-pasal lelaki durjana itu terlepas.
Melihatkan Afrina yang
teresak menangis itu, terus Mirza merapatkan diri. “Afrin, awak okay?” Suaranya
penuh dengan kerisauan.
“Saya takut... Saya
takut...” Tanpa teragak-agak, terus dipeluk kejap badan Mirza. Membuatkan Mirza
tergamam sendiri. Dia pasti yang Afrina sendiri sedang bertindak di luar batas
pemikirannya. Mungkin Afrina terlalu takut dan trauma dengan perkara yang baru
sahaja berlaku tadi.
“Syhhh.... Mirz ada...
jangan takut... Afrin selamat sekarang...” Dengan sedikit teragak-agak, dia
melabuhkan tangan di bahu Afrina. Ditepuk berulang kali. Bukan berniat untuk
mengambil kesempatan. Tetapi ingin meredakan ketakutan milik Afrina.
Hanya Allah yang mengerti
perasaannya dikala ini apabila terpaksa berhadapan dengan Afrina yang tidak
sempurna ini. Malah dapat dibau keharuman dari rambut Afrina yang terdedah itu.
Namun tiba-tiba badannya ditolak kasar oleh Afrina. Sekali lagi dia terpempam!
“Mesti semua ni rancangan
kau kan? Rancangan kau kan?” Jerit Afrina lantang. Seakan-akan baru sedar dari
mimpi.
Mirza mula pegun sendiri. ‘Rancangan
apa?’ Sungguh, dia tidak memahami maksud dari tuduhan Afrina itu.
p/s:: maaf sebab lambat update MN nih... sekarang dah nak start berdisiplin.. cuba post walaupun seminggu 1 bab... kalau agak2 lupa tuh, sila skodeng entry lama ya.. ehhehe
Baiknya mirza sgup terima afrina. Sygnya kena rrject lg teruk kena tuduh free ja ngn afrina. Lg bsr konflik depa agaknya pasni. Bila nk bg kawennya hihi
ReplyDeletehahaha.. entahlah.. afrin kan degil.. rasanya dia heroin sy paling degil kot.. n mirza hero y paling baik selepas arian..hehee..
DeleteBest...#^_^
ReplyDeleteAfrina dah salah sangka pula...
Kesian dekat Mirza....
thanks atiza.. hmm.. tulah.. afrin kan mudah berprasangka..
Deletehehehe...lama sungguh x singgah kan...tapi kisah nie akak suka...
ReplyDeleteIsk... tak sukenye dengan heroin degil. Hihi...
ReplyDeletebest sgt...smp ati afrina tuduh mirza mcm tu kesian dia..huuhuhuu
ReplyDeletemakin degil afrin nih..geram pulak rasa
ReplyDeletebest.. bile nak sambubng lagi nie?
ReplyDelete