Manis...
Sayup-sayup
kedengaran lagu raya dari corong radio. Manis mendengus keras. Memang melampau
sangatlah stesen radio nih.. Puasa pun belum mula lagi, dah pasang lagu raya.
Agak-agaklah sikit... Ingat semua orang ke suka dengar lagu raya? Sakit hati
adalah... Lantas, tangan kanannya laju menukar siaran radio. Naik bernanah
telinganya kalau terus mendengar.
“Oit...
Apasal alih.. Lagu M. Nasir tuh... Aku suka..” Pandai-pandai sahaja Syikin
menekan punat radio. Lagu Satu hari di hari raya kembali berkumandang.
Manis
mula mengerling ke arah sahabatnya itu. Macam tak faham-faham yang dia tak suka
dengar lagu raya. Tak suka apa-apa yang berkaitan dengan raya! Bagi dirinya,
Raya itu tidak membawa apa-apa erti dalam hidupnya. Malah, hanya meninggalkan
kesan yang terlalu pedih untuk dikenang.
“Kau
ni macam tak faham-faham je kan? Aku tak suka dengar lagu raya!” Protes Manis
geram. Kadang-kadang dia sedar yang Syikin memang suka menyakitkan hatinya!
“Aku
tahu... sebab tu aku pasang!” Selamba sahaja jawapan Syikin. Tapi suara yang
mendatar itu memang mampu menyiat-nyiat hati Manis. Cepat-cepat Manis kembali
ingin menukar siaran radio tetapi tangannya ditepis oleh Syikin.
“Eh...
kereta aku kan? Suka hati akulah nak pasang lagu apa!” Bertekak sebegini memang
sudah menjadi amalan mereka. Perli-perli memang sudah sebati dalam perhubungan
mereka. Tapi serius, kali ini Manis terasa sangat dengan sahabatnya ini.
“Kenapa
kau nak sakitkan hati aku Syikin?” Tanya Manis terus. Kenapa semua orang suka
menyakitkan hatinya hari ini? Tadi mamat tak semenggah tuh.. Ini giliran Syikin
pula.
Lagipun, ini ke yang dinamakan sahabat
baik? Sahabat baik tak akan menyakitkan hati sahabatnya sendiri. Ini tidak...
Syikin memang suka buat perkara yang menyakitkan hatinya.
“Aku
tak sakitkan hati kau Manis.. Tapi aku rasa dah sampai masanya kau bangun dari
kesakitan semalam... Sampai bila kau nak macam ni? Kau dah dua puluh lima tahun
Manis... Bukannya Lima tahun.. Berhentilah bersikap macam budak kecik. Try jadi
matang pulak!” Sambil memandu, Syikin menjeling sedikit ke arah Manis yang
sedang melontarkan pandangan ke luar.
“Kau
tuduh aku tak matanglah sekarang?” Soal Manis berang.
“Tengok
tuh... perkara macam ni pun nak ambik port. Nak touching-touching... Orang
tegur tu untuk kebaikan. Cuba fikir positif sikit. Buanglah caj-caj negatif
yang hanya akan merosakkan fius otak kau tuh.”
“Aku
selesa macam nih! Kalau kau nak kawan dengan aku, kau kena terima aku
seadanya....” Disilangkan tangan ke tubuh. Perjalanan pulang kali ini terasa
lambat. Masa seolah-olah sedang mempermainkan dirinya! Rasa sesak sahaja
menumpang kereta Syikin ini. Kalau dia tahu, dia drive kereta sendiri. Tak
perlu susahkan Syikin dan yang pasti, tak perlu susahkan telinganya untuk
mendengar leteran Syikin.
“Bila
orang tegur, itu tak bermakna orang tu tak terima kau seadanya... Tapi teguran
itu supaya kau memperbaiki yang kurang. Dia nak kau jadi lebih baik dari hari
semalam.... Manis, kau kena buang sikap keras kepala kau tuh..” Sambung Syikin
serius. Sesekali dia dapat mengesan riak tak puas hati sahabat baiknya itu.
Tapi sikap Manis perlu ditegur... Sampai bila hendak berada di takut lama?
Dunia pun dah berubah... Jadi seharusnya manusia juga harus berubah ke arah
yang lebih baik.
Manis
memang tak puas hati. Disebabkan lagu raya yang berkumandang, mereka berdua
bertekak sebegini rupa. Sekarang, bencinya pada hari raya makin menjadi-jadi. Akhirnya
mereka sama-sama terdiam sebelum pemanduan Syikin sampai ke rumah sewa mereka.
Cepat-cepat
sahaja Manis keluar dari kereta. Terasa kereta Vios milik Syikin itu seperti
membahang kepanasan sedangkan cuaca di luar ini pun sudah mula redup. Angin
sepoi-sepoi mula mengalunkan seledang yang dipakai.
Syikin
mengeleng sahaja. Susah betul nak lenturkan kesan hitam daripada peristiwa
silam itu. Nak guna vanish pun, belum tentu lagi akan hilang.
“Hai
Manis.... Baru balik ke?” Tegur satu suara. Ramah seperti biasa. Menjadikan
amarah Manis makin menggunung tinggi.
Syikin hanya tergelak melihatnya. ‘Habislah kau Meon... Manis dah lah
tak ada mood tuh!’
“Siapa
benarkan kau panggil aku Manis? Kau tu orang luar... Jangan nak menggatal
panggil aku Manis!” Tengking Manis kuat. Kesabarannya tidak akan pernah wujud
buat mamat jiran sebelah yang suka menganggu harinya itu.
“Aku
tanya elok-elok... Kau suka jawab tengking-tengking. Kau ingat aku pekak ke
apa? Tapi tak apalah Manis.. Aku sanggup terima apa sahaja untuk kau.” Usik
Meon lagi.
“Eh,
kau ni memang tak reti bahasa eh?” Ayat Manis sudah mula kedengaran kasar. Nama
sahaja Manis tapi muka masam mengalahkan cuka!
“Aku
tak reti guna bahasa mulut.. Tapi kalau guna gaya fizikal aku pandailah.”
Kali
ini Manis memang tak fikir panjang. Dengan selamba dia mengambil payung yang
berada di hujung pintu dan terus dibaling ke arah rumah sebelah. Tanpa sempat
mengelak, payung itu benar-benar mendarat di atas kepala Meon.
“Sakitlah
wehh....” Adu Meon berserta jeritan kecil.
“Itulah
gaya fizikal aku... Sekali lagi kau ganggu hidup aku dan panggil aku Manis, aku
sepak mulut kau!” Tanpa teragak, Manis mula memberikan amaran. Kali ini muka
Manis puas. Cepat sahaja dia berlalu masuk ke dalam rumah.
Syikin
menggelengkan kepalanya. Manis.. Manis.. marahkan orang lain, orang lain yang
jadi mangsanya. Tapi tak boleh nak salahkan Manis sangat.. Dia membesar dalam
kasih sayang yang tidak sempurna. Jadi mungkin sebab itu dia gagal untuk
mengimbangi rasa emosinya.
“Sakit
Meon?” Tanya Syikin prihatin.
“Sakitlah...
Kena betul-betul atas kepala aku nih.. Silap hari bulan boleh masuk wad tau.
Hmm... last-last, kau jugak yang baik Syikin...” Meon sudah mula menyengih...
“Eh,
kawan kau tu memang adik beradik singa ke? Asyik nak mengaum jeh....” Sambung
Meon lagi. Tangannya masih menggosok kepalanya yang keperitan! Nasib tak baik
betul hari ni.
“Mak
dia singa, ayah dia harimau... Mungkin sebab tu kot dia kuat mengaum..” Syikin
sengaja melawak. Kisah hidup Manis, tak perlu diceritakan kepada dunia luar.
Biarlah dia simpan rahsia Manis.
“Patutlah
dia macam garuda.....”
“Pulak...
Macam-macamlah kau Meon... Eh, aku nak masuk dulu. Nak maghrib dah ni.. Kau
pun, bawak-bawaklah pergi surau.” Sekadar berbasa-basi, Syikin mula masuk ke
dalam rumah sewa itu.
***
Amirul...
Badannya
dilambungkan ke atas tilam. Terasa lega apabila dapat merehatkan tulang belakangnya
yang sudah mula keletihan. Fikirannya mula merawang mengingatkan kisah siang
tadi. Kisah dimana dia kembali dipertemukan dengan seorang wanita yang pernah
mendapat tempat di hatinya. Malah sehingga kini, cintanya masih milik gadis
itu. Gadis yang bernama Manis....
Amirul
dapat lihat betapa melopongnya wajah Manis tika ini. Setelah hampir dua tahun
terpisah, Manis masih cantik seperti dahulu. Cuba wajahnya sahaja yang cemberut
memanjang. Tidak langsung semanis namanya. Tapi apa yang nak pelik? Manis
memang begini...
“Awak
kerja kat sini?” Tanya Amirul teruja.
“Kalau
mata kau nampak macam tuh, maknanya betullah...” Masih tidak berubah. Masih
sinis dan pesimis! Nada suara pun masih kasar. Namun penerimaan Manis yang
kasar itu mula ditolak ke tepi. Apa yang penting, dia sudah berjumpa dengan
Manis. Lepas ini dia akan tackle Manis habis-habisan.
Apalah
nasib... ter..jatuh hati pada seorang yang hati kering dan jiwa batu macam
Manis..
“Macam
ni ke awak layan client Manis? Saya report dekat manager awak nanti...” Usik
Amirul sengaja. Jelas kelihatan riak tidak berpuas hati pada air muka Manis.
Amirul bersyukur kerana hatinya terdetik
ingin turun padang untuk menguruskan pembelian kereta syarikat. Kerana sebelum
ini, semua urusan diserahkan kepada rakan kongsi atau pekerjanya sendiri.
Mungkin ada hikmah untuk semua ini. Tak sangka yang Manis bekerja di Bank ini.
“Jangan
nak ugut-ugut sangatlah.. Kau ingat aku hadap sangat ke dengan ugutan kau tuh?
Eh, kau sebenarnya nak apa?”
“Lah..
awakkan officer bank.. Mestilah nak jumpa berkaitan dengan pembelian kereta
syarikat.” Ayat Amirul halus sahaja. Tak perlu nak terasa dengan layanan Manis.
Dia memang begini. Dan tak perlu nak ikut rentak Manis. Sebab kekasaran tak
akan mampu melembutkan kekasaran. Dia perlu bersabar untuk menjinakkan anak
singa ini.
“Sediakan
form 24, 44, 49, M&A dan resolusi untuk pembelian kereta! Selagi document
tu tak lengkap, pihak bank tak boleh nak proceed!” Terang Manis acuh tak acuh.
Amirul
menggelengkan kepala. Kalau semua client Manis layan macam ni, alamatnya tak
sampai setahun, Bank ni pun boleh bangkrup! “Semua document tu saya dah bawa
Cik Manis....” Sengaja Amirul meletakkan gelaran cik di depan panggal nama
milik Manis. Hendak mengenal pasti sama ada Manis sudah berpunya atau belum.
Kalau tanya soalan direct, memang mahu tempah sepakan percuma. Manis bukan
boleh kira sangat...
“Jangan
panggil aku Cik Manis...” Kelihatan Manis sedang mengetap sedikit giginya.
Mungkin menahan amarah.
“Habis
tu? Puan Manis maybe..?” Duga Amirul perlahan. Rasa kecewa tiba-tiba menjalar.
‘Siapa yang berjaya melembut dan memikat hati Manis? Aku baru nak test power...
Ish...’
“Panggil
Cik Anis sahaja... Nama Manis hanya untuk orang terdekat sahaja! Dari dulu aku
larang kau panggil nama tu kan?”
Amirul
tersenyum penuh kelegaan. Lega apabila mendengar gelaran cik itu. Masih belum
berpunya rupanya. ‘Mungkin kita ada jodoh nih...’ Statement untuk sedapkan hati
sendiri.
“Oit..
panajang lamunan? Aku panggil berulang kali pun kau tak dengar-dengar...” Entah
sejak bila Mahmud sudah berada di pintu biliknya.
“Hah...
kau tahu tak aku jumpa siapa tadi?” Terus dianggkat tubuhnya. Teruja untuk
bercerita dengan sahabat baiknya itu.
“Siapa?”
“Manis....”
“Manisah
ke?” Tanya Mahmud sambil mengerutkan keningnya. Saja hendak double confirm!
Biasanya, memang ada seorang gadis sahaja yang bernama Manis.
“Ialah...
Manis aku tulah...”
“Habislah
kau... Kau dah jumpa dah perempuan yang bermasalah tuh?”
“Ishh...
apa pulak cakap macam tuh?” Tanya Amirul pelik. Tapi dia tahu, sedari dahulu
lagi Mahmud memang prejudis dengan Manis. Ialah, gadis itu garang memanjang..
Sebut sahaja nama Manis, semua lelaki pun nak angkat kaki. Hanya dia sahaja
yang setia menyintai Manis.
“Ialah...
Orang buta, pekak dan cacat je yang akan sukakan Manis tuh.. Perempuan macam tu
yang kau nak jadikan isteri? Apa ke teruk sangat taste kau ni Mirul... Kau tu
muka ala-ala Remy Ishak, ada peluang nak dapat awek cun macam Tiz Zakiah kot.. Dia
tu pulak garang macam singa betina... Kau sanggup ke duduk dalam kandang singa
untuk seumur hidup kau? Kalau aku, aku
rela tak kahwin seumur hidup daripada beristerikan perempuan macam Manis...
Nama je Manis tapi muka masam Ya Rabbi... Senyuman masin tak terperi!” Kutuk
Mahmud tak teragak.
“Agak-agaklah
bro... Kau tengah kutuk awek aku tuh!” Amirul berpura-pura marah. Sedangkan dia
tak ambik port pun kata-kata Mahmud yang terkandung berjuta kebenarannya. Singa
pun boleh jinak macam burung merpati kalau kena dengan ajarannya! Dia tahu, dia
pasti boleh menjinakkan Manis..
“Belum
apa-apa dah mengaku awek? Gilalah kau ni Mirul...”
Mahmud
menggelengkan kepalanya. Entah dari planet manalah Amirul ini lahir.
“Eh
jap... Aku masih tak faham! Apa yang membuatkan kau gilakan Manis tu ya?
Okay... kalau kau nak bagi alasan cantik untuk support alasan kau, rasanya
ramai lagi awek lagi cantik dari Manis.. Dia tu kan.. Ish, memang tak ada
ciri-ciri yang boleh dijadikan isterilah babe...” Sesi mengutuk Manis masih
belum tamat rupanya.
“Hmm..
kalau Manis itu kelihatan istimewa di mata kau, jadi apa lebihnya dia kat mata
aku.. That’s the point! Aku nak seorang perempuan yang hanya istimewa di
pandangan aku, dan dia tidak kelihatan istimewa di mata orang lain! Jadi dia
akan tahu bahawa hanya aku seorang sahaja yang akan sayang dia!”
“Apa
ke pelik sangat prinsip hidup kau ni Mirul?” Makin dilayan, makin pening Mahmud
dibuatnya.
“Sekurang-kurangnya,
prinsip aku tak lah sampai buat perempuan tu macam baju! Kejap yang warna
merah.. kejap warna biru! Kejap Syasya... Kejap Jenab!” Kali ini giliran Amirul
pula yang memerli rakannya. Tahu sangat dengan perangai buaya Mahmud itu.
“Perli
aku nampak....”
“Oh
terasa ke? Rupa-rupanya kaulah yang tergolong dalam golongan tu ya?” Gurauan
Amirul itu Mahmud sambut dengan ketawa. Sedikit pun tidak terasa.
***
Manis...
Dari
kejauhan, Manis sudah mula menangkap lenggok badan Amirul yang sedang
menghampiri tempatnya. Dengan senyumannya, dengan langkahnya yang teratur dan
dengan gayannya yang cukup memikat, sesiapa pun boleh terpegun dengan penampilannya.
Sedari di kampus lagi, Amirul memang menjadi idaman setiap pelajar wanita.
Tetapi entah kenapa, gadis seperti dirinya jugak yang Amirul usik. Mungkin
rabun atau boleh jadi dah buta!
“Hai
sayang...” Tanpa malu-malu, Amirul mula menegur ramah.
“Siapa
sayang kau?” Suara Manis tertahan sedikit. Menyedari akan rakan sekerja yang
berada di belakangnya.
“Tak
mengaku sekarang tak apa... Abang tak marah.” Usik Amirul lagi.
“Kalau
kau rasa mulut kau tu nak kena sepak, silalah cakap lagi ayat tuh...” Manis
mula memberi amaran keras! Dia tidak suka apabila Amirul suka mempermainkan
perasaannya. Orang dah tak suka tuh, lagi nak usik-usik. Tak faham bahasa
sungguh!
“Kenapa
kau susah sangat nak terima aku?” Tanya Amirul terus. Kaca mata hitam yang
sedari tadi berada di atas kepala, mula diletakkan di bahagian kocek baju
kemejanya. Lengannya mula didaratkan di atas permukaan meja milik Manis.
“Sebab
kau tak memenuhi piawaian lelaki pilihan aku...” Tangan Manis mula menarik laci meja. Beberapa
dokumen mula dikeluarkan dan diletakkan di atas meja kerjanya.
“Cuba
beritahu aku Manis? Apa kriteria lelaki pilihan kau tuh? Berilah aku peluang
walaupun hanya sekadar untuk mencuba...” Perlahan sahaja suara Amirul. Tapi
terkandung berjuta
“Kriteria
tu bukan untuk dicuba Mirul.... Lagipun aku memang tak ada hati dengan kau!”
Dokumen yang berada di tangannya mula diceraikan mengikut bahagiannya. Lalu
beberapa helai dokumen mula diserahkan kepada Amirul. Dia tidak gemar untuk
membicarakan isu perasaan di tempat kerja! Macamlah terdesak sangat!
“Hati
dan perasaan tu berada di dalam gengaman Allah Manis... Bila-bila masa dia
boleh mencampakkan rasa tu pada kau. Dan masa tu, kau memang tak boleh nak buat
apa-apa walaupun untuk menolak...”
Mereka
mula saling bertentang mata.
“Maaf...
Aku tak faham kau cakap apa.. By the way, tujuan aku telefon kau semalam sebab
nak bagi tahu yang ada kesalahan pada resolusi yang kau beri ni. Sila betullah
mengikut contoh yang aku bagi dan pulangkan pada aku semula secepat mungkin.” Terang
Manis cepat-cepat.
Terdengar
keluhan halus dari Amirul. Barangkali mungkin penat untuk membetulkan fius otak
Manis yang sudah berkarat itu.
“Dari
dulu lagi kau suka mengelak...”
“Dan
aku akan terus mengelak Mirul....” Sambung Manis cepat-cepat sambil tanganya
laju sahaja menyemak dokumen yang berada di tangannya.
“Sampai
bila?” Tanya Amirul sedikit kasar.
“Sampai
bila- bila....” Tekan Manis dengan suara
yang serius. Kehadiran Amirul kali ini cukup menyesakkan fikirannya.
***
Amirul..
Entah
kenapa, sukar benar hendak membuang Manis di dalam benaknya. Makin ingin
dihalau, makin ingatan itu mengejarnya. Sesak sungguh rasanya nak bernafas bila
merindui seseorang yang memang tak rindukan kita.
Amirul
ingat lagi.. Saat kali pertama berterus terang dengan Manis mengenai
perasaannya, muka Manis serius sangat!
“Saya
betul-betul sukakan awak Manis...” Ulang Amirul kembali. Bunga ros yang
sebanyak tiga kuntum itu mula diserahkan kepada Manis. Tapi sikit pun Manis
tidak menyentuh bunga pemberiannya.
“Kau
ni dah gila agaknya?” Tebak Manis dengan muka terkejut.
“Kalau
menyintai awak membuatkan saya gila.. Saya sanggup menanggungnya..” Mati-mati
Amirul ingat yang Manis akan cair dengan ayatnya itu. Lagi dia hempuk dengan
fail studynya itu adalah. Sakitnya macam paku yang kena ketuk dengan tukul.
“Geli
lah... Tolonglah jangan buat perangai pelik macam ni lagi Mirul.. Aku tak suka!”
Marah Manis.
“Semua
benda yang aku buat pun, kau memang tak suka kan?” Amirul mula rasa hendak
marah. Tika ini, dia merasakan bahawa, semua masalah ini berpunca dari dirinya
sendiri. Jika dia tidak gatal-gatal sukakan Manis, pasti dia tidak akan rasa
sakit seperti ini. Malah penyakit ini dah banyak kurap! Berjangkit dan
menyakitkan...
“Aku
memang tak suka kau! Kau tanyalah seribu kali pun, jawapan aku tetap sama!
Jadi, tolong jadi manusia yang faham bahasa sikit!” Suara Manis memang sedikit
meninggi. Mungkin cuba untuk mengejutkan suis otak dirinya yang tersalah fius.
Lantas, terus dirinya ditinggalkan begitu sahaja.
“Sabarlah
Mirul... Angin dia tak berapa baik tu.” Pujuk Syikin yang kebetulan ada bersama
mereka tadi.
“Angin
dia? Habis tu angin aku tak nak fikir?” Bentak Amirul pula.
Syikin
hanya diam sahaja.
“Semua
ni salah aku.. Kenapalah aku jatuh cinta pada perempuan macam Manis tu... Bukan
Manis macam madu, tapi pahitnya seperti hempedu!” Tambah Amirul lagi.
Syikin
tetap kekal diam. Tidak mengia ataupun menolak kata-kata Amirul.
“Macam
mana kau boleh bertahan dengan perempuan macam tu eh?” Sekelip mata, hilang
terus rasa cinta yang selama ini berbunga mekar.. yang ada tika ini hanyalah
rasa amarah yang menggila.
“Dia
baik Mirul... Aku bukan nak back up dia.. Tapi dia memang baik. Tapi kebaikan
dia diselindungkan... Mungkin ada sebab yang kita tak tahu.. Kau atau aku tak
boleh nak pertikaikan..” Nasihat Syikin perlahan. Dia kenal benar Manis.. Dia
tahu hati budi Manis.. Dan dia tahu benar apa penyebab yang menyebabkan Manis
bersikap demikian.
“Tapi
dia tak berhak nak perlakukan aku macam ni Syikin? Siapa dia nak memperlekehkan
cinta aku?” Soal Amirul keras.
“Apa
bezanya dia dengan kau sekarang? Kau pun sendang memperlekehkan perempuan yang
paling kau cinta? Cinta ke macam ni kalau dengan sekelip mata perasaan kau
berubah hanya semata-mata kerana cinta kau ditolak? Itu bukan cinta.. Tapi itu
nafsu. Nafsu untuk memiliki perkara yang kau suka!”
Kali
ini Amirul mula terdiam. Mungkin mengambil kira kata-kata Syikin yang penuh
dengan maksud tersirat. Nak buat macam mana? Darah muda ini sentiasa
menggelegak tatkala hati ini disentap dengan rasa tak puas hati.
“Mirul...
Kalau kau betul sayangkan Manis.. Kau kena bersabar untuk ketahui kenapa semua
ini berlaku. Kadang-kadang, bila perempuan kasar, dia bukan nak berkasar tapi
dia nak tengok sejauh mana kesabaran lelaki itu untuk menghadapi karenahnya..
kerana hakikatnya, hati wanita sangat lembut... dan Manis pun tak terkecuali
Mirul... Dia perempuan yang penuh kelembutan.. Cuba kelembutannya, bukan pada
seorang lelaki yang bersepah di jalanan.. Lembut hatinya hanya milik seorang
lelaki yang bakal bergelar suaminya. Kalau kau nak dia, berusahalah dekatkan
diri kau dengan penciptaNya dahulu.. Sebab makin kau kenal Dia, makin kau akan
kenal orang yang kau cinta...”
Amirul
tersenyum. Dia masih ingat lagi nasihat panjang lebar dari Syikin itu.
Kata-kata itulah perangsang untuk dia setia menyayangi Manis. Betul kata
Syikin... Mungkin dia dengan Manis tak pernah dekat, tapi rasa ini makin
bertaut apabila kita meletakkan Pencipta melebihi dari segala sesuatu di dunia.
Walaupun
Manis kekal bersikap kasar dengan dirinya, tiada lagi rasa benci atau amarah
untuk perempuan itu. Kadang-kadang wanita ini dihantar oleh Allah untuk menguji
tahap keimanan dan kesabaran seorang lelaki. Jadi, bersedialah untuk ditahan
uji.
Jika
kita marah pada seseorang, jangan terus tak nampak kebaikannya. Dan jika kita
suka pada seseorang, jangan terus tidak nampak kelemahannya. Alhamdulilah..
Allah tidak gelapkan hatinya dengan cinta semata-mata. Dia nampak segala
kelemahan milik Manis. Dan telah dia sedia untuk menerima segalanya...
‘Manis....
apa masalah awak sebenarnya? Tak nak share dengan saya ke?’ Mungkin dia perlu
merancang strategi untuk memikat Manis. Tapi persoalannya, boleh menjadi ke
strateginya itu? Boleh pitam rasanya kalu fikir kesudahan kisah cinta ini...
***
Manis...
Telefon
yang berdering kuat itu dipandang lama. Nama mama yang tertera di skrin telefon
itu benar-benar meragut ketenangannya. Esok dah start puasa. Dia sudah pasti
agenda yang mama rancang untuk dirinya esok. Agaknya sebab itu mama telefon.
Dengan berat hati, telefon Samsung SII itu mula dicapai.
“Assalamualaikum
sayang...” Ceria sahaja suara mama.
“Waalaikumusalam..”
Hambar. Langsung tidak menunjukkan kemesraan.
“Esok
dah nak start puasa... Mari balik berbuka sama-sama dengan mama ya.” Ajak Puan
Laila semangat.
“Tengoklah
dulu macam mana... Manis tak dapat nak janji. Kerja banyak sekarang!”
“Manis...
Esok kan sabtu... Kerja jugak ke?” Suara Puan Laila mula kendur. Tidak
bersemangat seperti tadi lagi. Mungkin kecewa dengan kelakuan anaknya yang
seorang ini.
“Kerja
bank mama... kerja tak pernah habis!”
“Ke
nak mama pergi sana?” Tiba-tiba Puan Laila mencelah dengan idea baru.
“Eh
tak payahlah.... Okaylah mama... Manis ada kerja. Bye, assalamualaikum!” Terus
dia memutuskan talian. Bimbang nanti terpujuk dengan kata-kata mama. Beginilah
hubungannya dengan mama setelah mama dan papa bercerai tujuh tahun yang lalu.
Rasa marahnya masih belum suruh apabila mengenangkan sikap mementingkan diri
milik mama dan papanya. Dan sekarang, dia cuba untuk membalas dendam pada mama
dan papanya dengan sikap keras kepalanya.
Sekali
lagi, telefonnya berdering lagi. Kali ini nama papa pula yang naik! Kebiasaanya
selalu begini. Mereka pasti akan menelefon dalam waktu yang terdekat! Firasat
mereka selalu sama.. tapi sayang, jodoh mereka tak panjang.
“Helo
anak papa yang manis...” Riang ria raya sahaja suara papa.
“Helo
papa....”
“Esok
teman papa buka puasa ya!” Sudah Manis duga akan semua ini.
“Sorry..
Manis ada kerja. Tak dapat nak teman papa..” Tolak Manis sekali lagi. Cuba yang
bezanya, penolakan dari dua orang yang berbeza.
“Hmm...
Manis nak berbuka dengan mama ke?” Duga Encik Murad.
“Tak..”
“Tahun
lepas kan dah berbuka dengan mama.. Tahun ni dengan papalah pulak!” Protes
Encik Murad sedikit keras. Mungkin papanya meragui jawapannya tadi. Jadi Encik
Murad mula melahirkan rasa tidak puas hatinya.
“Manis
tak berbuka dengan mama pun! Manis pun tak mahu berbuka dengan papa! Biar Manis
berbuka sendiri sorang-sorang. Lagipun Manis dah biasa sendiri-sendiri. Mama
dan papa tak perlu nak sibuk-sibuk hal Manis. Susah senang Manis, Manis dah
biasa hadap sorang-sorang...”
Suara
Manis sudah mula bergetar. Menahan rasa marah yang mula mengamuk dalam jiwa.
Terlupa yang dia sedang berhadapan dengan papanya sendiri. Langsung tidak
dipedulikan dengan suaranya yang agak meninggi. Akhirnya terus diputuskan
perbualan. Sudah penat berbalah begini. Tak cukup-cukup gaduh dengan isteri,
nak cari gaduh dengan anak pulak ke?
Manis
mula duduk di birai katil. Lafasnya dihela perlahan. Menghalau pergi segala
rasa amarah yang menyesakkan jiwanya. Entah sampai bila semua ini akan
berlarutan?
“Manis....”
Panggil satu suara dari muka pintu.
Sedikit
pun dia tidak menyahut. Hanya wajahnya yang dipalingkan. Memandang Syikin yang
sudah siap bertelekung. Mungkin ingin menyambut malam ramadhan pertama ini di
masjid yang berdekatan.
“Jom
tarawih...” Ajak Syikin semangat. Masih belum mengesan air muka rakannya yang
keruh itu.
“Kenapa
ni?” Kakinya mula merapat. Menghampiri susuk tubuh Manis yang kaku itu.
Perlahan-lahan dia memaut bahu Manis. Cuba meredakan perasaan milik Manis.
Apabila dia terpandangkan samsung SII yang terdampar di atas katil, dia sudah
mula dapat mengesan puncanya.
“Gaduh
dengan papa mama kau lagi?” Tanya Syikin prihatin. Sampai bilalah hubungan
Manis dan kedua ibu bapanya perlu retak begini. Kadang-kadang harus diakui yang
semua ini berpunca dari sikap keras kepala milik Manis. Dia seolah-olah cuba
menghukum kedua ibu bapanya sendiri.
“Kekosongan
ni aku sorang je yang rasa Syikin... Jadi adilkan kalau aku berkongsi kepedihan
ni dengan dia orang?” Manis mula menanyakan akan kewajaran sikapnya.
“Lari
dari masalah, bukan penyelesaian yang baik Manis... Mama dan papa kau cuba nak
pulihkan hubungan korang, kenapa kau perlu menidakkan?” Setiap kali awal
ramadhan, pasti mereka akan bergaduh atas punca yang sama. Manis terlalu
bersikap keras kepala terhadap mama dan papanya.
Lagipun, Syikin kenal benar dengan Encik
Murad dan Puan Laila. Kedua-duanya baik. Cuba berlembut apabila menghadapi
kedegilan Manis. Tapi seperti biasa, tak akan sesiapa pun yang mampu membidas
kata-kata Manis. Kalau Manis kata A, jangan harap keputusannya itu akan
berubah.
Syikin tahu Manis kecewa. Dia sudah
terlalu mengenal Manis. Di awal perhubungan mereka dahulu, dia juga sukar
menebak pemikiran Manis yang lebih bersikap pendendam. Tapi apabila kebenaran
terbongkar, dia sedar yang Manis cuma terlalu pinginkan perhatian dari mama dan
papanya yang sudah berpisah. Dia sakit hati dengan penceraian mama dan papanya.
Jadi untuk berlaku adil, dia sengaja bersikap keras kepala dengan ibu bapanya
sendiri. Motifnya adalah kerana dendam!
“Kenapa aku tak boleh ada family macam
orang lain?” Tanya Manis lirih.
“Manis.. jangan macam nih.. Tak baik
persoalkan takdir.. Dan apa yang kau lakukan sekarang seolah-olah kau nak
menghukum takdir. Apalah yang kita dapat bila berkeras dengan ibu bapa sendiri
Manis? Kau rasa kau menang ke? Tak kan... Sebab tak akan beroleh kemenangan
kalau bertekak dengan ibu bapa sendiri. Kita sebagai anak kena beralah.”
Nasihat Syikin lagi.
“Kalau dia orang boleh pentingkan diri
sendiri? Kenapa aku tak boleh?” Bentak Manis. Syikin mula mengeluh perlahan.
Sudah ketandusan idea untuk menasihatkan Manis. Ibarat mencurahkan air ke daun
keladi. Buat bazir air liur sahaja...
“Dah lah Manis.. Sekarang kau tengah
marah.. Pergi ambil air sembahyang. Kita pergi tarawih dulu...” Ajak Syikin sambil menolak tubuh badan
sahabatnya itu.
“Sekalipun kau tak suka nak raya, tapi itu
tak bermakna kau bencikan ramadhan kan... Tak baik benci bulan mulia nih! Bulan
ni lah kita kena berebut meningkatkan amalan kita... Mengharapkan keampunan dan
rahmat daripada Allah...” Syikin rasa, dia sudah menggunakan clorox untuk
membasuh otak Manis. Kalau tak bersih-bersih jugak, mungkin terpaksa guna berus
besi pulak!
Bibirnya mula menguntumkan senyum apabila
melihat Manis menapak ke bilik air. Harapanya agar Allah menjadikan ramadhan
dan aidilfitri kali ni lebih bermakna dari yang lepas-lepas. Biar Manis sedar
bahawa, Aidilfitri itu bukan membawa kesedihan dan kecelaruan. Moga ramadhan
kali ni dapat membuka ruang pemikiran Manis yang sempit itu.
***
Amirul...
Hari ini hari pertama puasa! Ya, terasa
begitu semangat sekali. Apatah lagi sekarang dia sedang dalam perjalanan menuju
ke bank! Untuk apa? Motifnya adalah untuk menukar duit raya. Memang awal lagi..
Bukan apa, dia malas hendak bersesak-sesak di hujung ramadhan nanti. Biarlah
dia selesaikan apa yang boleh selesai di awal waktu. Tetapi itu hanya alasan
sokongan sahaja, tujuan yang sebenar pastilah hendak bertemu dengan Manis.
Apabila sampai ke perkarangan Bank,
kawasan sudah bertukar sesak. Mujur sahaja ada parking yang sudah tersedia.
Cepat-cepat dia memarkingkan kereta Honda Civic miliknya. Dikerling jam yang
berada di tangan. Sudah masuk waktu zohor. Jadi lebih baik dia singgah di
masjid dahulu sebelum bergelumang di dalam bank yang dah berubah seperti pasar!
Dari tingkap cermin ini, keadaan bank tidak ubah seperti tin sardin! Padat
gila!
Sesudah menunaikan solat, dia mula
menyarungkan kasut di muka pintu masjid. Namun matanya mula terpandangkan
seorang gadis yang memakai baju kurung merah jambu itu. Seolah-olah gadis itu
sedang menekan perutnya sediri. Mungkin diserang gastrik barangkali!
Tanpa berlengah, cepat sahaja Amirul
mendapatkan gadis tersebut. “Dik, awak tak apa-apa?” Bukanlah niat hendak
menggatal di bulan puasa ini, tapi hanya sekadar ingin membantu memandangkan
tidak ada sesiapa pun yang lalu lalang ketika ini.
“Saya okay...”
Mendengarkan suara tersebut, terus Amirul
mencuri pandang. Macam familiar je suara nih! Padanlah... Manis rupanya.
“Awak rupanya?” Amirul tersenyum sedikit.
Haih... memang ada jodoh gamaknya.
“Kau lagi? Kenapa kat mana-mana pun ada
kau?” Amirul menggeleng perlahan menyambut respon dari Manis. Sakit-sakit
begini, masih lagi sempat menyakitkan hati orang. Manis...Manis.. Allah bayar
kat dunia teruslah. Baik awak berhenti dari menyakitkan hati saya.
“Awak kenapa nih? Senggugut ke?” Tebak
Amirul. Biasalah kalau perempuan sakit perut. Datang bulanlah tuh...
“Kalau saya senggugut, tak kan lah saya
terpacak kat depan pintu masjid! Agak-agaklah sikit. Cuba teka macam orang
pandai sikit. Bodoh!” Itu dia... Tak pasal-pasal dapat pangkat bodoh secara
percuma!
Amirul mula menggarukan kepalanya yang tidak
gatal.
“Habis tu kenapa nih?” Tanya Amirul
prihatin. Masih belum berputus asa.
“Sibuklah!”
‘Aik, kena marah lagi?’
“Awak ni kan, sakit-sakit pun nak sombong
lagi kan? Jom pergi klinik. Kat belakang TM tu je...” Kebetulan, memang
terdapat sebuah klinik berhampiran dengan masjid ini.
“Kalau aku nak pergi, pandai-pandailah aku
pergi sendiri! Tak payah sibuk-sibuk!” Marah Manis sambil mengerutkan dahinya.
Mungkin sedang menampung rasa sakit yang makin menggila.
‘Tak boleh jadi nih, aku kena buat
sesuatu!’
“Jom pergi klinik! Sekarang awak pilih,
nak jalan sendiri ke atau nak saya dukung awak!” Kali ini, Amirul mula
berkeras. Tak boleh nak layan sangat keras kepala milik Manis ini.
“Kau jangan nak buat kerja gilalah Mirul!”
Muka Manis sudah diserang kemerahan. Mungkin menahan rasa marah yang sudah membentak
di jiwa.
“Ya.. Aku memang tengah gila sekarang!
Jadi, baik kau jangan duk duga lagi kesabaran orang gila nih. Cepat jalan!”
Mata Manis mula merenung matanya. Mungkin
ingin mengenal pasti tahap keseriushan dirinya.
“Sekarang Manis...!” Tak pasal-pasal
keluar terus suara jantannya! Kalau tadi, dia mampu lagi untuk berlembut, tapi
tidak untuk waktu sekarang. Akhirnya bibirnya mula menguntumkan senyuman
apabila melihat Manis sudah mula menapak perlahan. ‘Berjaya jugak buat watak
sengal ala-ala tentera!’
Kawasan di klinik tidak berapa ramai waktu
ini. Jadi mudah sahaja tiba giliran untuk Manis. Tanpa diajak, Amirul masuk
untuk menemani gadis itu walaupun dihalang keras oleh Manis.
“Kenapa dengan isteri saya doktor?” Tanya
Amirul usai doktor lelaki itu melakukan pemeriksaan. Sengaja ditekankan
perkataan isteri itu. Tidak suka dengan renungan doktor lelaki yang agak
berlebihan itu. Agak-agaklah sikit bro... Bulan puasa pun sempat lagi main
mata!
“Oh... isteri encik tak apa-apa. Cuma
hanya mengalami gastrik sahaja.” Riak wajahnya sedikit berubah. Mungkin tidak
menyangka yang Manis sudah berkahwin.
“Oh.. Alhamdulilah... nasib baik sayang
tak apa-apa.” Dapat Amirul kesan betapa tegangnya wajah Manis dikala ini. Kalau
kena marah pun, Amirul sudah tidak kisah. Yang penting, dia mahu melarikan anak
mata doktor yang bernama Zafril ini.
“Lepas ni, suruh isteri Encik jaga makan
ya. Pastikan dia bersahur setiap pagi. Kalau tidak, takut perut dia pedih dan
tak mampu untuk berpuasa.” Nasihat Dr Zafril lagi. Tangannya laju menulis di
atas report kad berwarna kuning itu.
Manis kelihatan seperti hendak bersuara
tetapi cepat-cepat dipintas oleh Amirul.
“Itulah sayang... Abang dah suruh sayang
bangun. Nanti kena sahur tau! Jangan degil-degil.” Amirul mula memalingkan
badan. Lagak seperti mengambil berat pada seorang isteri. Tapi, dia memang
ambil berat pun soal Manis.
“Okay.. Encik boleh ambil ubat dekat
kaunter depan.”
Mendengarkan arahan doktor itu, cepat
sahaja Amirul bangun. Dia cuba membantu Manis, tapi dia sedar yang dia masih
perlu menjaga batasnya sebagai seorang lelaki yang bukan muhrim.
“Terima kasih doktor.” Ucap Manis sambil
tersenyum.
Senyuman Manis itu mula membuatkan hati
Amirul berdentum! ‘Hai, dengan aku tak ada pulak nak senyum segala! Pilih kasih
betullah Manis nih..’
“Amboihhh... kemain lagi senyum dengan
doktor tu tadi kan?” Tegur Amirul. Belum apa-apa, angin cemburu dan mula
menjentik rasa.
“Kau ni kenapa? Tiba-tiba nak cemburu.
Lepas tu pandai-pandai mengaku jadi suami aku! Otak kau ni mereng gamaknya.”
“Otak aku memang dah sah mereng bila aku
sukakan kau! Memang kena mengaku jadi suami. Aku tengok doktor tu bukan main
lagi menggatal!”
“Suka hati dialah kalau nak menggatal
pun...”
“Memang.. tapi bukan dengan kau. Kau aku
punya!” Ini betul-betul statement berani mati. Tercengang Manis dibuatnya.
“Dah.. Tunggu sini kejap! Aku pergi ambil
ubat!” Cepat-cepat Amirul pergi ke kaunter apabila nama Manis dipanggil. Dalam
pada masa yang sama, dia ingin menyembunyikan rasa malunya kerana terlepas kata
sebentar tadi. ‘Apasallah mulut ni tak ada lampu merah!’
***
Manis...
Akhirnya,
Manis mengikut arahan Amirul yang hendak menghantarnya pulang memandangkan
Syikin terpaksa menghadiri mesyuarat penting di pejabatnya. Menyesal pulak rasa
menumpang orang! Kalau drive sendiri kan senang.
“Senyap
je?” Tegur Amirul yang sedang memandu.
“Banyak
cakap, banyak dosa!”
Terus
Amirul terdiam. Tangan lelaki itu mula menekan punat radio. Sekali lagi
telinganya naik bernanah apabila mendengar lagu raya yang berkumandang. Tanpa
banyak cakap, tangan Manis laju sahaja menutup radio kereta Amirul.
“Eh,
kenapa tutup? Lagu raya tuh...”
“Penat!
Nak rehat! Sakit telinga!” Tipu Manis. Malas untuk memanjangkan cerita.
“Balik
ni terus makan dan jangan lupa makan
ubat! Pastikan awak makan sahur. Tak kanlah sepanjang sebulan ni awak tak nak
puasa Manis... Jaga diri sikit.” Nasihat Amirul lembut.
“Badan
saya... suka hati sayalah! Lagipun sakit tu saya tangung sendiri... Bukan
kongsi dengan awak pun!” Jawab Manis kasar. Tidak suka bila dibebel oleh
Amirul.
“Saya
cakap sikit je Manis..”
“Tak
payah cakap langsung lagi senang!” Pintas Manis cepat-cepat. Rasa senak di
perut makin menjadi-jadi apabila berhadapan dengan Amirul ini. Kalau macam ni,
orang yang sihat pun boleh jadi sakit! Susah apabila berhadapan dengan lelaki
kuat membebel ini.
Tangan
kanannya mula ditekan ke perut. Sakitnya bukan kepalang lagi.
“Manis,
awak okay tak nih?” Hampir-hampir sahaja Amirul hendak menghentikan pemanduan
di bahu jalan. Namun ditegah kasar oleh Manis.
“Saya
nak balik! Tolong hantar saya ke rumah!” Arah Manis keras.
“Masuk
kanan!” Arah Manis apabila pemanduan Amirul sudah masuk ke dalam kawasan
perumahannya.
Mata
Manis mula membulat apabila melihat kereta yang tersadai di hadapan rumah
sewanya. ‘Mama....’ Dengan sedikit menggelabah, terus Manis mengarahkan Amirul
berhenti.
“Awak
gila ke berhenti mengejut macam ni?” Tak pasal-pasal dia pulak yang kena marah
dengan Amirul.
“Mirul...
Pusing balik. Aku tak mahu balik rumah.” Putus Manis muktamad. Kali ini wajah
Amirul pula yang terpinga-pinga.
“Kalau
tak balik rumah, kita nak pergi mana?”
‘Argghhh...
time-time macam ni pulak dia banyak tanya!’ Manis mula rasa hendak marah.
“Ikut
jelah... Jangan banyak tanya boleh tak?” Marah Manis geram. Dia tak mahu jumpa
mama. Dia tak mahu berbuka dengan mama. Biar mama sakit hati! Biar mama rasa
apa yang dia rasa tika ini.
“Kau
nak pergi mana? Kau sebenarnya tengah lari dari siapa ni?” Mata Amirul mula
mencuri pandang ke arah depan.
“Mirul....
Jom kita pergi tempat lain?” Kali ini, nada suara Manis sudah bertukar lirih.
Dia betul-betul tidak mahu berjumpa dengan mamanya. Dia tahu yang Amirul pasti
tidak akan memahaminya. Tapi dia teramat mengharapkan pengertian dari Amirul.
“Apa
aku dapat kalau aku ikut cakap kau?” Manis mula mengetap bibir apabila
mendengar suara Amirul itu. Lelaki itu seakan-akan ingin menarik tali
dengannya.
“Aku
teman kau bukak puasa hari ni!” Putus Manis cepat.
“Lagi?”
“Kau
nak apa lagi?” Tanya Manis sedikit keras. Geram pula dengan sikap Amirul yang sengaja
hendak mempermainkan dirinya.
“Teman
aku shopping raya!” Cadang Amirul sambil tersengih-sengih.
“Tengoklah
dulu macam mana...”
“Kalau
macam tu, aku nak keluar pergi jumpa dengan orang yang kau nak lari sangat
tuh....” Amirul sudah berkira-kira untuk keluar dari perut kereta.
“Okay...okay...
Aku teman kau shopping!” Boleh jadi gila bila deal dengan orang GILA nih!
“Hmm....”
Entah apa lagilah yang ada dalam kepala otak Amirul tika ini.
“Apa
lagi?”
“Jom
raya sama!” Ajak Amirul sambil tersengih-sengih.
Manis
mula mengetap bibir sambil tangannya masih lagi giat menekan perutnya yang
sakit.
“Kau
nak kena bunuh ke Mirul?” Ini memang dah melebihi tahap kesabaran nih! Bagi
betis nak peha! Bagi pelempang, nak penerajang sekali gamaknya.
“Yalah...
aku gerak sekarang!” Amirul sudah memulakan pemanduannya yang terhenti tadi.
“Tapi...
kau kena cerita dengan aku! Kenapa kau lari dari mak cik tuh..” Pinta Amirul
serius.
Apabila
kereta sudah mula menjauh, Manis mula melemparkan pemandangan ke belakang.
Melihat mamanya yang sedang bersandar ke kereta. Sebelum mama menghubunginya,
lebih baik dia mematikan telefon bimbitnya. Kalau dia boleh memilih, dia tidak
mahu berada di situasi seperti ini. Pedih dan menyakitkan....
***
Amirul...
Sudah
hampir setengah jam mereka berada di tepi pantai ini. Namun sepatah perkataan
pun masih belum keluar dari mulut Manis. Amirul mula melebarkan pandangan ke
sekeliling kawasan Pantai Teluk Cempedak ini.
Tak ramai orang yang berkunjung.
Al-maklumlah hari ni hari berkerja. Tambah-tambah pulak bulan puasa. Siapalah
yang nak berkelah dekat tepi pantai ini? Dia sahaja yang tak ada kerja dan tak
ada idea untuk membawa Manis yang seakan-akan terganggu emosinya itu. Jadi,
akhirnya mereka tercampak di tepi pantai ini. Mujur sahaja hari agak mendung
dan cuara redup. Dapat jugaklah mendamaikan perasaan.
“Okay... saya dah mula rasa sakit otak
dengan kebisuan nih!” Suara Amirul mula memecahkan tembok kebisuan.
“Aku tak terasa nak cakap apa-apa.”
“Benda yang menyakitkan, jangan simpan
sorang-sorang Manis! Nanti awak boleh jadi GILA!” Nasihat Amirul lagi. Memang
susah nak betulkan otak Manis ini. Dari tepi, Amirul mula menganalisa wajah
Manis. Dalam seriusnya wajah itu, Amirul dapat kesan seribu satu masalah yang
seakan-akan tidak mahu terungkai. Wajah kelat itu penuh dengan sesuatu yang
menjerut perasaannya sendiri. Apa sebenarnya yang menganggu fikiran Manis?
“Siapa perempuan tua tu tadi?” Amirul mula
memberanikan diri untuk bertanya.
“Tak menarik untuk diceritakan.” Jawab
Manis tiada perasaan.
Amirul melepaskan keluhan sedikit.
Sekurang-kurangnya dia tidak dimaki dan diherdik oleh Manis. Itu pun dah cukup
baik!
“Manis....” Seru Amirul serius. Kalau
ikutkan hatinya, ingin sahaja di menarik bahu Manis agar berhadapan dengannya.
Tapi ada batasan yang memagari hubungan mereka. Kalau buat jugak, memang ada
kena sepak dengan Manis sampai ke laut China Selatan.
Duduk berdua di bangku seperti ini pun
boleh mendatangkan fitnah juga sebenarnya walaupun hari terang benderang!
Memanglah iblis dengan syaitan dah kena ikat tapi nafsu masih lagi menerawang
dalam diri setiap manusia. Nafsu pasti akan lebih berusaha untuk menumpaskan
manusia kerana ketiadaan rakan karibnya si syaitan itu.
“Mirul... Tolong jangan paksa! Aku tak
suka share perkara ni dengan sesiapa pun! Biar aku simpan sorang-sorang.” Manis
seakan-akan cuba untuk memahamkan Amirul agar tidak lagi memaksa dia untuk
bercerita.
“Tapi nanti hati kau akan sakit Manis...”
“Biarlah.... Hati ni dah terbiasa sakit
Mirul. Aku dah biasa untuk hadap kesakitan ni sendirian. Jiwa aku dah lali
dengan kesakitan nih...” Sambung Manis lagi. Matanya merenung jauh ke hadapan.
Entah perkara apalah yang diterokainya, Amirul sendiri tidak pasti.
“Kalau kau nak lebih lega, kau boleh
menangis...” Cadang Amirul prihatin.
Cepat sahaja Manis berpaling ke arah
Amirul.
“Untuk apa? Untuk memperlihatkan kebodohan
aku dalam menghadapi masalah yang serupa? Untuk menjadikan aku manusia yang tak
berguna? Menangis hanya akan membuatkan aku penat Mirul...”
Amirul menggelengkan kepalanya. “Menangis
bukan tanda kalah Manis.. Menangis itu anugerah. Kau boleh ekspresikan emosi
kau melalui air mata. Sebab itu Allah kurniakan air mata tu pada manusia. Orang
yang menangis, bukan orang yang lemah atau bodoh! Sekolah mana yang ajar kau
menangis tu bodoh? Semua budak-budak pun menangis kot masa nak masuk sekolah..”
Sempat lagi Amirul buat lawak saat serius seperti ini.
“Tak kelakarlah...” Muka Manis kekal tanpa
reaksi.
“Sakit kau dah okay?” Sebelum turun dari
kereta tadi, sempat lagi Amirul mengarahkan Manis untuk makan ubat. Gadis itu
menyambut dengan muka masam. Mungkin tidak suka dipaksa-paksa dan diarah itu
ini.
“Dah....”
“Sakit tu penyembuh dosa.. Kadang-kadang
melalui sakitlah kita bayar kifarah dosa-dosa kita...” Amirul tersenyum
sedikit. Macam bagus pulak nak bagi ceramah dekat orang! Berkongsi apa yang
kita tahu, itu tak bermakna manusia tu nak tunjuk pandai.
“Kau okay tak ni?” Pertanyaan Amirul
dijawab oleh dengusan kasar.
“Jangan treat aku macam budak-budak boleh
tak?” Soal Manis garang.
“Memanglah... kau sedar tak kadang-kadang
perangai kau macam budak-budak. Degil memanjang.....” Giat Amirul sengaja.
Manis hanya senyap. Mungkin sedang melayan
perasaan ataupun sudah malas bertekak dengan Amirul. Ataupun dia sedang
memikirkan sesuatu yang serius.
“Manis....” Panggil Amirul lagi. Tidak
mahu Manis terus terpisah dengan dunianya sendiri.
Perlahan-lahan Manis berpaling.
“Aku
ni tak adalah pandai sangat nak nasihatkan orang... Tapi aku nak share something
dengan kau. Ayat ni pun akau cilok dekat post kat FB jeh.. Tapi aku suka ayat
tuh.. Kau nak dengar?” Pancing Amirul sengaja. Otak Amirul mula cuba dijana
dengan baik. Cuba mengingati bait-bait ayat yang menangkap jiwanya dahulu.
Siapa kata online di facebook tu membuang masa? Ada jugak faedahnya... boleh
guna status orang untuk pujuk hati Manis.
“Ayat apa?” Manis mula memberikan
perhatian.
“Jika kita tidak mampu menjadi sebatang
pensil untuk menulis kebahagiaan orang lain, sekurang-kurangnya kita boleh menjadi
pemadam lembut yang mampu menghilangkan kesedihan seseorang....”
Manis
diam. Amirul sendiri tidak pasti yang otak Manis dapat menghadam atau tidak
ayat tersebut. “Ada dua sebab aku bagi ayat ni pada kau....” Kata-katanya
terhenti seketika.
“Satu...
mungkin kau ada masalah dengan seseorang.. Aku dapat rasa yang kau sedang
melarikan diri dari masalah itu. Jadi nasihat tu bergunalah untuk kau. Dan yang
kedua.... ehem... kata-kata tu memang lahir dari lubuk hati aku Manis.. Mungkin
aku tak mampu nak bahagiakan hidup kau, tapi teringin nak jadi pemadam yang
mampu untuk menghilangkan segala kesedihan kau tuh.” Suara Amirul jelas
kedengaran serius.
Cepat-cepat
Manis melarikan pandangan ke arah depan. Merenung ombak yang masih tidak
jemu-jemu menghempas pantai. “Jangan Mirul.... Kau tak akan mampu untuk membasuh
kesedihan aku malah kau pun akan terjebak sama dalam kesedihan ni..” Pertama
kali, Manis menggunakan bahasa yang lembut ketika berbicara dengan Amirul.
“Kenapa?”
Balik-balik, ayat itu juga yang menjadi modal Manis. Amirul mula rasa tak puas
hati. Nak sahaja dia ambil parang dan belah otak manis. Biar dia teroka apa
yang ada dalam benak Manis saat ini.
“Kau
tak memenuhi syarat untuk jadi suami aku!”
“Apa
syaratnya Manis? Cuba bagi tahu aku...” Tekan Amirul geram. Perempuan ini suka
sangat berahsia!
“Aku
hanya akan kahwin dengan lelaki yang sekampung atau setaman dengan aku je!” Membuntang
mata Amirul apabila mendengar syarat-syarat Manis. ‘Apa ke bangang sangat
syarat perempuan nih! Tak masuk dek otak langsung!’
“Syarat
tu tak relevan langsung Manis.. Dapat yang sekampung atau setaman pun, itu
bukan syarat untuk bahagia! Kau tak rasa ke kau macam mendera diri sendiri..”
Kutuk Amirul selamba. Ingatkan bombastik sangat syarat calon suami idaman Manis..
Ingatkan nak calon suami pilot ke? Nak muka ala-ala Remy Ishak ke? Rupa-rupanya
hanya sekadar calon sekampung! Haih, memang pemikiran macam orang kampung.
“Kau
tak akan faham Mirul...” Keluh Manis sambil mengelengkan kepalanya.
“Jadi,
awak buatlah saya faham Manis... Saya betul-betul sayang dan sukakan awak!” Ini
yang buat Amirul hendak mengutuk kaum perempuan. Depa selalu bilang kaum lelaki
tak memahami, tapi kaum wanita sendiri tak bagi perluang untuk lelaki faham
keadaan mereka? Suka berselindung dalam selimut penipuan ataupun menyembunyikan
rahsia kononnya. Dah tu macam mana? Nak salahkan lelaki jugak ke?
“Syarat
aku tu bersebab... lagipun lama mana kasih sayang tu akan bertahan kalau
hubungan tu dipagari oleh rasa ego, cemburu, dan sikap mementingkan diri
sendiri! Saya terlalu bencikan orang yang mementingkan diri sendiri. Orang yang
macam tu hanya akan fikir pasal diri mereka je. Tak fikir langsung pasal orang
sekeliling yang turut menanggung derita yang sama? Dia orang tak ada hak nak
buat macam tu Mirul... Tak ada Hak!”
Amirul
merenung lembut wajah di sebelahnya. Nada suara Manis penuh dengan emosi yang
membuak-buak. Gadis itu seolah-olah ingin melemparkan segala keperitannya, tapi
keadaan seperti menahan Manis dari melakukan meluahkan perkara yang
terselindung.
“Awak
tengah cakap pasal siapa ni?” Giat Amirul perlahan. Sengaja mahu mencuba nasib.
Manalah tahu kalau-kalau Manis ringan hati nak cerita sejarah silamnya. Semua
sikap negatif tu tak ada kena mengena dengan syarat calon suami Manis pun.
“Saya
merangkumi semua... Tak ada highlight pada sesiapa pun.”
“Okay...
masih nak berahsia..”
“Saya
simpan apa yang sepatutnya saya simpan.” Lantang sahaja Manis bersuara.
“Simpan
buat pekasam lepas tu jadi masam! Lepas tu, semua pun dah tak guna..” Balas
Amirul berani. Sekarang dia hampir dapat mengenal perangai Manis. Gadis ini
seolah-olah telah hidup tanpa hati dan perasaan. Sebab itu Manis bersikap beku
dan bisu dengan keadaan sekelilingnya.
“Susahlah
cakap dengan awak ni Mirul....” Protes Manis geram. Matanya membahang sahaja
memandang Amirul. Seakan-akan ingin menelan Amirul hidup-hidup. Mungkin marah
bila didesak berulang kali.
“Tak
payah cakap... Awak just angguk sahaja.” Ajaran Amirul itu membuatkan Manis
terpinga-pinga.
“Angguk
untuk?”
“Jadi
isteri saya!”
“Jangan
harap!” Manis mencebik. Amirul ketawa. Suka hati pulak bila dapat mengenakan
Manis.
“Harapan
akan ada dalam setiap doa manusia Manis...” Amirul sudah mula tersenyum perli. Manis
buat-buat tak dengar. Akhirnya mereka sama-sama menghirup angin laut.
Menenangkan hati yang mula kembang!
***
Manis
Mereka
sempat singgah di masjid berdekatan untuk menunaikan solat maghrib selepas
berbuka puasa di restoren Amirah Thai. Makin lama, dia makin menyenangi
perangai Amirul yang sememangnya sangat menyakitkan hati dengan sikap lepas
lakunya itu tapi dalam masa yang sama, sangat menghormati pendiriannya.
“Nak
singgah mana-mana lagi?”
“Tak
nak...”
“Thanks
Manis.. Sudi teman saya berbuka puasa.” Ucap Amirul sambil tersenyum. Mungkin senang
hati kerana dirinya menamani lelaki itu berbuka puasa.
“Terima
kasih jugak sebab sudi tolong aku tadi..”
“Wahhh...”
Tiba-tiba Amirul menjerit kecil.
“Kau
ni dah kenapa?” Hampir sahaja tergolek jantung Manis mendengar jeritan Amirul
itu.
“Macam
bulan jatuh ke riba bila dengar kau ucap terima kasih.” Manis mula mengigit
bibir. Sempat lagi lelaki ini hendak memerli dirinya.
“Tak
payah nak perli-perli aku!” Marah Manis.
“Ini
bukan perli... Ini puji! Sila pandang dari posisi yang berasingan ya.” Ada
sahaja ayat balas Amirul. Akhirnya Manis senyap. Sudah penat untuk berbalas
kata.
“Perut
kau meragam lagi?” Tanya Amirul. Mungkin tidak senang apabila kesunyian
menemani perjalanan balik mereka.
“Dah
okay...” Jawab Manis pendek.
“Lepas
ni jaga diri...” Pesan Amirul.
“Memanglah...
tak kan nak jual diri pulak!”
“Amboih
jawapan... Kemain lagi.. Tapi kalau betul nak jual, aku sudi je nak membeli...”
“Jangan
mimpi!”
“Sombong....”
Akhirnya Amirul memberhentikan pemanduan di hadapan rumahnya. Manis melebarkan
pandangan, bimbang jika ternampak kelibat mamanya. Tapi nampaknya, mamanya
memang tak ada dirumah sewanya ini.
Fuh,.. selamat!
Amirul
ikut sama keluar dari kereta apabila Manis mula membukakan pintu kereta. Namun baru sahaja kaki Manis mencecah ke
tanah, matanya mula menangkap kelibat sahabat baiknya yang baru keluar dari
pintu rumah. Yang anehnya, wajah Syikin merah menahan marah.
“Kau
pergi mana?” Tanya Syikin kasar. Rasanya selama mereka bersahabat, inilah kali
pertama Manis melihat Syikin sekasar ini.
Manis
diam! Masih belum dapat mengenal pasti punca Syikin jadi begini.
“Kau
tahu tak mama kau datang tadi?” Tanya Syikin lagi. Mungkin bengang dengan
respon Manis yang sepi.
“Mak
cik tadi mama awak ke Manis?” Tiba-tiba Amirul mencelah perbualan antara Manis
dan Syikin. Wajahnya juga ikut turut berubah.
“Jadi
kau tahu yang mama kau datang? Jadi sebab tu kau sanggup keluar dengan Mirul?
Hei, apa nak jadi dengan kau nih... Kau tahu tak mama kau tunggu kau berapa
lama? Telefon langsung kau tutup. Jadi memang menjadilah taktik kau untuk
mengelak dari mama kau?” Syikin terus melepaskan rasa marahnya.
Manis
terus diam. Langsung tidak membalas kata.
“Betul
ke mak cik tadi mama awak Manis?” Tanya Amirul untuk kesekian kalinya.
“Penting
ke untuk kau tahu?”
“Pentinglah...
Kalau aku tahu mak cik tadi mak kau, tak ada makna aku nak tolong kau. Mesti
dia datang ke sini nak berbuka sama-sama dengan kau. Tak baik kau buat dia
macam tuh!” Kali ini giliran Amirul pula yang melepaskan kemarahan.
“Dia
mama aku, bukan mama kau pun!” Manis dan Amirul sudah mula hendak bertikam
lidah.
“Kau
tahu pun yang dia mama kau... Tapi kau sanggup pulak buat dia macam tuh?” Bidas
Syikin geram.
“Habis
tuh, dia boleh pulak buat hidup aku macam ni?” Mereka berdua sudah mula beradu
pandangan. Manis tahu yang Syikin hendak menyalahkan dirinya. Tapi dia pun
punya perasaan! Dia tak suka dipermainkan seperti bola. Sekejap ke kiri, kejap
ke kanan! Salah satu pemain itu akan menang bila bola berjaya dijaringkan ke
gawang gol. Tapi apa yang ada pada dia? Dia akan kekal dipermainkan sampai
bila-bila! Bukankah itu kekejaman!
Syikin
mula melepaskan keluhan. “Kau kena belajar terima hakikat Manis.... Semua ni
takdir yang berada di luar batas keupayaan mama dan papa kau sendiri! Kau bukan
budak kecik! Kenapa susah sangat kau nak fikir?” Tangannya menggoncang kuat
bahu Manis. Mungkin cuba untuk mengejutkan Manis dari terus menyalahkan takdir.
“Apa
yang sebenarnya dah belaku?” Sampuk Amirul lantas menghangatkan lagi keadaan.
“Kau
senyap! Kau tu orang luar. Pergi berambus sekarang!” Tengking Manis kuat!
Tercengang Amirul dibuatnya.
“Manis...”
Syikin sudah mula menarik lengan Manis yang seperti singa kelaparan itu.
Berulang kali dia menolak kuat tubuh Amirul.
“Cuba
bawa mengucap!”
“Aku
dah bosan dengan semua ni Syikin... Aku betul-betul dah bosan!” Hambur Manis
lantas berlalu masuk ke dalam rumah. Air mata berjuraian di birai pipi. Manis
tahu, mungkin satu dunia hendak menyalahkan dirinya tika ini. Biarlah... Dia
langsung tidak peduli!
Masuk
sahaja bilik, Manis terus mencari telefon bimbitnya. Dibuka telefon bimbit yang
sedari tadi ditutup. Berpuluh-puluh miscall daripada nombor mama dan Syikin.
Mungkin mereka kalut mencari dirinya tadi.
‘Mama...
Apa perasaan mama sekarang? Sakit tak? Macam tulah perasaan Manis dulu..’
Sangat menyakitkan bila diperlakukan seperti watak yang tidak penting oleh
orang yang kita sayang.
***
Amirul
Kepala yang berdenyut itu Amirul picit
perlahan. Bingung memikirkan perkara yang telah terjadi di depan matanya tadi.
Kenapa hati Manis sekeras itu. “Kenapa Manis jadi macam tu Syikin?” Amirul
tahu, hanya Syikin yang mampu memberikannya jawapan.
“Manis...
Dia terlalu berdendam... Sampai dendam tu makan diri dia sendiri!” Luah Syikin
sambil mengeluh. Mungkin sudah penat melayan karenah sahabatnya itu.
“Dendam?
Dendam pada mama dan papa dia sendiri?” Duga Amirul.
Syikin
hanya mengangguk. Membenarkan tekaan Amirul.
“Sebab?”
“Sebab
mama dan papa dia dah bercerai... Sejak dari tu, dia jadi macam ni. Macam nak
salahkan mama dan papa dia...”
“Oh..
macam tu ke?” Terbit rasa simpati dalam diri untuk Manis. Tapi Manis seharusnya
berhadapan dengan semua ini. Bukan bertindak seperti orang tak siuman yang
terus menerus menyalahkan takdir.
“Maaf
sebab Manis berkasar dengan kau tadi.” Pohon Syikin mewakili temannya itu. Dia
tahu yang Manis memang suka buat sesuatu ikut kepala dia. Betul atau salah, dia
memang kurang peka.
“Aku
dah memang tahu yang Manis tu tak boleh dijangka. Kejap macam okay.. kejap
puting beliung.” Amirul angkat bahu. Dia sudah faham sangat.
“Tapi
apa sebab mak dengan ayah dia bercerai? Kau tahu?” Amirul mula ambil sikap busy
body. Bukan apa, senang sikit kalau dia tanya dari Syikin. Kalau tanya dengan
Manis, tahun depan pun belum tentu lagi akan beroleh jawapannya.
Syikin
senyap. Mungkin sedang berfikir sama ada hendak membocorkan rahsia Manis itu
ataupun hendak menceritakan segalanya kepada Amirul.
“Dengan
aku pun nak berahsia ke Syikin...” Pujuk Amirul halus.
“Tak
ada orang tahu pasal hal ni Mirul...”
“Ya...
sebab tu aku nak tahu sangat.”
Syikin
memandang ke bahagian tingkap bilik Manis. Bibirnya diketap perlahan. Akhirnya
Syikin melepaskan nafas perlahan. Mungkin ada baiknya jika perkara ini dikongsi
dengan Amirul. Siapa tahu yang Amirul punya cara untuk menghentikan kedegilan
Manis.
“Mama
dengan papa Manis bercerai sebab......” Syikin mula berjeda.
“Ish...
tak payahlah buat saspen-saspen... Sebab apa?” Gesa Amirul tidak sabar.
“Sebab...
berebut nak balik raya!”
“Hah!”
Amirul
melopong. Kalau dia tengah makan sekarang, mahu boleh mati tercekik. Jadi sebab
berebut nak balik raya? Hanya sebab itu mereka bercerai?
***
Manis
Kalendar
yang berada di hujung meja mula dicapai. Setelah ditilik dan dibelek, raya
hanya tinggal lima hari sahaja lagi. Terasa cepat benar Ramadhan hendak
beransur pergi. Rasa sedih mula bersarang dalam hati. Raya dah nak dekat...
“Oit...
form cuti dah apply belum? Berapa hari kau mintak?” Tanya Syaima. Rakan sekerja
Manis.
“Aku
tak apply.. Aku bercuti dengan cuti yang disediakan kerajaan je..” Jawab Manis
acuh tak acuh. Beberapa dokumen mula dicapai. Malas hendak melayan karenah
rakan sejawatnya ini. Bila masuk topik raya, memang Manis tak berkenan sangat.
“Ish..
kau ni kan, setiap tahun mesti macam ni.. Kau tak teringin ke nak balik
kampung, beraya jumpa dengan sedara mara...” Protes Syaima hendak tahu.
“Bagi
aku raya tu tak perlu nak meriah sangat... Setakat pergi sembahyang raya..
lepas tu bermaafan sesama keluarga. Sudahlah... nak beraya sakan pun buat apa?
Bukan dapat duit raya...”Bidas Manis sedikit tak puas hati.
‘Menyibuk
aje minah nih.. Suka hati akulah nak cuti ke tak? Mulutnya berjalan dari tadi,
kerja satu pun tak gerak!’ Manis mula nak angin.
“Memanglah
tak dapat duit raya. Tapi dapat jugak mengeratkan silaturahim sesama umat islam
kan.. sesama sedara.. Itulah fungsi hari kemenangan. Bukan duk tercongok depan
tv sambil makan rendang. Bukan itu definasi raya yang sebenar.” Tambah Syaima
lagi. Hendak mematah belahkan hujah-hujah Manis.
Rasa
marah sudah mula melonjak ke kepala. Berang betul dengan sikat Syaima kali ini.
Tak boleh ke minah ini duduk diam dan hormat pendirian orang lain? Baru sahaja
Manis ingin buka mulut, muncul lagi sorang makhluk Allah yang seangkatan dengan
Syaima.
“Manis..
kau belilah kuih raya yang akak jual nih... Murah je.. Satu bekas dua puluh
ringgit.” Sempat lagi Kak Munah menjual kuih raya dengan rakan sekerjanya.
Manis mula menepuk dahi. Serabut!
“Saya
tak makan kuih raya kak...” Tolak Manis halus. Malas hendak berkasar dengan
officemate sendiri. Tak cukup-cukup nak gaduh dengan roomate, dengan officemate
pun nak cari gaduh jugak ke.
Sejak
mereka bertekak dahulu, hubungannya dengan Syikin agak menjauh. Tidak mesra dan
baik seperti dahulu lagi. Jika Syikin tak ajak berbual, Manis pun malas nak
sibuk-sibuk bertanya itu ini dengan Syikin. Nak kata dia bencikan Syikin, fakta
itu memang salah sama sekali. Yang ada hanyalah rasa kecil hati kerana Syikin
memerahinya lantas melebihkan orang luar berbanding dirinya.
“Aku
peliklah dengan kau ni Manis.. Tak beli baju raya lagi, tak ambil cuti raya,
tak makan kuih raya, tak balik raya... Apa sebenarnya makna raya pada kau?” Si
mulut becok Syaima mula melontarkan perluru soalan. Dan Manis langsung tidak
berminat untuk menjawabnya.
‘Pada
aku.... raya tu sesuatu yang menyakitkan.. Aku hilang orang yang aku sayang
disebabkan raya.... Kerana raya, manusia tak matang dan hilang toleransi...
jika aku menyambut hari raya, umpamanya aku menyambut kedatangan kesedihan
aku...’ Bisik Manis lirih.
Tiba-tiba
telefon bimbit Manis berbunyi. Rasa lega mula menyalur dalam hati.
Sekurang-kurangnya dia terlepas dari menjawab soalan-soalan Syaima yang
menyesakkan nafasnya. Namun nafasnya terasa terhenti saat melihat nama Amirul
yang tertera di skrin telefon.
‘Baru
lepas satu bala... datang lagi satu bala...’ Setelah kejadian tempoh hari,
Amirul langsung tidak mencarinya. Jadi, apa yang membuatkan Amirul menelefonnya
saat ini? Dengan berat hati, diangkat juga panggila tersebut. Semata-mata untuk
mengelak dari soalan-soalan maut rakan sejawatnya.
“Hello...”
“Assalamualaikum...”
Sapa Amirul.
“Waalaikumusalam....
Kenapa call?”
“Saya
telefon nak menuntut janjilah..” Ceria sahaja suara Amirul. Arghh... Amirul
mana pernah kenal erti sedih dan kecewa. Sebab lelaki itu asyik diulit bahagia.
Kadang-kadang dia sangat mencemburui Amirul. Sedari dahulu Amirul kekal ceria
sebegini manakala dirinya pula kekal dihimpit dan dimamah perasaan sadis.
“Janji
apa?”
“Lupa
ke yang awak pernah berjanji untuk temankan saya cari baju raya?” Berkerut dahi
Manis untuk mengingati waktu dan ketika dia melangsungkan janji.
“Bila?”
“Jadi
tak payahlah susah-susah guna tenaga awak tu untuk ingat bila waktu dan masa kita berjanji tu.
Hari ni berbuka puasa dengan saya okay? Saya ambil awak dekat depan bank nanti.
Kalau orang tu tak tunaikan janji dia, maknanya dia tergolong dalam golongan
munafik! Jadi, jangan nak lari pulak!”
Suara
Amirul kedengaran lembut tetapi penuh ketegasan.
Belum
sempat Manis menyampuk kata, Amirul sudah pun memutuskan talian. Akhirnya Manis
mula teringat sendiri. Kalau ikutkan hatinya, boleh sahaja dia lari sekejap
lagi. Tapi apabila teringatkan perkataan munafik itu, terus dia telan liur.
‘Alah..
teman baju raya je pun! Belasah jelah....’
Manis
menyerah! Tapi itu tidak bermakna dia kalah!
***
Amirul
Sedari
tadi, senyuman simpul tidak lepas dari wajah Amirul. Senang hati, suka hati,
gatal hati, semuanya diadun bersama apabila cinta hati berada di hadapannya
untuk menemaninya berbuka puasa.
Tiga
minggu dia berpuasa dari berjumpa dengan Manis. Ulang kembali, tiga minggu!
Mungkin nampak sekejap tapi lamanya macam tiga tahun! Bukan senang nak halang
kehendak hati yang terlalu rindukan kemarahan dan kedegilan Manis. Tapi cuba
disabarkan segenap pelusuk rasa. Mengingatkan diri sendiri bahawa sesuatu yang
baik itu akan menuntut kesabaran yang bukan sedikit.
Bukan
sengaja dia menjauhkan atau menjarakkan diri. Dia cuma mahu Manis menyendiri
dan belajar merindukan dirinya walaupun dia tahu yang Manis langsung berbahagia
dengan kehilangan dirinya.
Dalam
pada masa yang sama, dia ingin Manis menghilangkan ingatan dengan apa yang
berlaku pada waktu terakhir kali mereka berjumpa dahulu. Dia tidak mahu jika
Manis berterusan marah dengan dirinya. Jadi bila lama tak jumpa, mungkin rasa
marah itu sudah hilang. Jadi mudahlah dirinya untuk memujuk!
“Kenapa
dari tadi duk tersengih je? Apa ingat handsome sangat ke?” Perli Manis sambil
mendengus.
“Lah...
berdosa ke kalau senyum?”
“Aku
tak cakap pun berdosa....”
“Habis
tu salah ke?”
“Aku
pun tak cakap salah.....”
“Dah
tuh?”
“Sakit
hati! Sakit mata! Tahu!”
Amirul
ketawa mendengar ayat Manis. Tak ada maknanya dia akan terasa dengan kata-kata
Manis. Dia lebih suka Manis membebel dengan kemarahan dari sunyi dan sepi tanpa
sebarang suara. Itu lagi hukuman yang mendera mental!
“Tapi
saya senang hati tengok awak!. Sejuk je bila mata ni pandang awak. Tahu!” Usik
Amirul.
“Gila!”
“Makan
cepat.. Lepas ni nak solat maghrib kat surau.” Amirul mula ubah topik. Tidak
mahu jika Manis dibaluti dengan suasana tidak selesa.
“Aku
nak baliklah Mirul... Aku nak sembahyang tarawih.”
“Tak
payah nak cari helallah Manis..”
“Aku
bukan cari helah... Aku memang nak tarawih. Sayang kalau tinggal!”
Amirul
sudah mula membetulkan duduknya. “Kau ingat aku tak tahu ke yang kau tak puasa
hari ni..” Kata-kata yang keluar dari mulut Amirul itu benar-benar berjaya
membuatkan Manis melopong!
“Memandai
je kau nih! Aku puasalah!” Rona wajah Manis sudah mula berubah. Mungkin tidak
menjangka yang akan ditebak sebegini rupa. Manis tak tahu yang Amirul
menebalkan mukanya sendiri untuk menggeladah kisah hidup Manis pada Syikin.
Syikin pun berat mulut je nak cerita. Apatah lagi bila masuk bab-bab datang
bulan nih. Isu sensitip kaum perempuan tuh!
“Tengok
muka pun dah tahu tak puasa.. Dah, jangan nak kalentong aku... Jom teman aku
beli baju raya. Aku pergi bayar kejap!” Langkah kaki Amirul sudah mula bergerak
ke kaunter pembayaran.
“Kau
tak mahu pergi tarawih ke?” Muka Manis penuh dengan rasa was-was. Mungkin
berfikir yang dirinya bukanlah kaki masjid yang berdiri di belakang imam untuk
menunaikan solat sunat tarawih.
“Balik
dari shopping karang aku buatlah...”
“Iyalah
tuh...” Manis buat muka tak percaya.
“Eh...
orang yang baik tak akan buka pekung keburukan orang lain dan tak akan buka
kebaikan diri sendiri.” Manis senyap! Mungkin terkesan dengan kata-katanya
tadi.
“Kau
dah beli baju raya belum?” Sambil melangkah ke surau di pusat membeli belah
East Cost Mall ini, mulut Amirul sengaja diringankan untuk bertanya.
“Tak
beli pun..” Jawab Manis acuh tak acuh.
“Aik...
tak nak raya ke? Kaulah perempuan pertama yang aku tengok sangat tak excited
sambut raya. Biasanya perempuan yang aku kenal, depa memborong sampai habis
stok! Sampai dah lega duit dalam bank tuh..” Amirul cuba sedaya upaya mengajak
Manis untuk masuk ke dalam dunia cerianya. Nak harapkan Manis memulakan
perbualan, memang tempat tiket ke kubur dululah. Mulut berat macam ada jongkong
emas!
“Ramai
sangat ke perempuan yang kau kenal?”
“Aik..
cemburu ke?”
“Banyak
cantik kau punya tapak kaki! Kejadah aku nak cemburunya.” Muka Manis marah.
Tidak suka dituduh cemburu gamaknya.
“Manalah
tahu.. Malu tapi mahu!”
“Tak
ada maknanya mahu....”
“Banyak
maknanya... mahu disayangi.. mahu disayangi...”
Manis
mendengus. “Boleh tak kau jangan suka hati nak sambung-sambung ayat aku..”
Marah Manis keras.
“Dan
kau pulak boleh tak jangan suka hati nak sampuk-sampuk ayat aku..”
Manis
tepuk dahi. ‘Sebelum tanduk dekat kepala Manis tumbuh, baik cepat-cepat aku
sejukkan kemarahan dia..’
“Dah...
dah... aku nak pergi sembahyang.. Nak doa banyak-banyak sikit. Biar hati kau terang
dan tenang sikit!” Perli Amirul selamba.
“Baik
kau doa aku mati je terus!” Bidas Manis sambil berlalu manakala Amirul ketawa.
“Tak
kanlah kita nak doakan benda yang bukan-bukan untuk seseorang yang kita sayang
kan.. Contoh kalau kita sayangkan mak ayah kitalah... Sebenci mana pun kita
pada mereka, kita tetap tak akan mendoakan kecelakaan mereka kan..” Physcho
Amirul perlahan. Matanya dilirik sedikit ke arah Manis. Berdebar menantikan
respon daripada Manis.
Lama
Manis terdiam.
“Kalau
doakan yang buruk jugak?” Tanya Manis polos.
“Mungkin
hatinya dah mati sebelum ajalnya...”
Kata-kata
Amirul itu membuatkan Manis menghentikan langkahnya. Perlahan-lahan Manis
berpaling namun Amirul terus melarikan langkahnya menuju ke surau lelaki.
Membiarkan Manis berfikir sendiri. Bagi Amirul, Manis bukan paku yang sekali
ketuk, sekali jalan. Manis ialah dinding yang keras. Jika paku tersalah ketuk,
silap hari bulan dinding tu boleh retak. Dinding yang retak memang payah nak
baiki. Macam tu jugak dengan hati manusia. Lebih-lebih lagi hati Manis.
***
Manis
Berulang
kali ayat Amirul yang terakhir itu dicerna di dalam benaknya. Entah
kenapa,hatinya mula tak tenteram! ‘Mungkin
hatinya dah mati sebelum ajalnya...’ Ayat keramat itu betul-betul menganggu
benaknya. Bercelaru dan serabai sekali!
‘Adakah
aku tergolong dalam golongan manusia yang telah mati hatinya?’ Entah berapa
kali soalan itu diajukan kepada diri sendiri. Sayangnya, soalan itu masih kekal
tanpa jawapan.
“Warna
pink ke, warna merah yang cantik?” Suara itu mengejutkan Lamunan Manis. Beberapa helai baju melayu mula disuakan ke
arah tubuhnya.
“Warna
kuning!” Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab!
“Kau
suka warna kuning ke?” Tanya Amirul semangat.
“Aah...”
Tipu Manis sengaja. Dia paling benci warna kuning. Sakit matanya dengan kuning
sinar kerabat diraja itu. Terlalu menyerlah untuk dirinya yang tergolong dalam
kategori sederhana ini.
“Okay...
Awak ambik yang ni, saya ambik yang ini!” Amirul menghulurkan sepasang baju
kurung moden bersulam berona kuning yang sepadan dengan baju melayu yang baru
dicapai. Cepat sahaja tangannya mencapai baju. Cantik pulak tuh!
“Apa
nih.. teman kau je kan? Buat apa nak suruh aku beli pulak!” Protes Manis tak
puas hati.
“Hmm..
anggap je ini sebagai hadiah sebab teman aku pergi shopping.”
“Tak
payahlah nak rasuah-rasuah.. Aku tak makan benda haram tuh!” Baju yang dipilih
oleh Amirul itu mula digantungkan ke tempat asalnya.
Perlahan
Amirul mendekat ke arah Manis. Tidak mahu jika jurujual tersebut menangkap
pergaduhan mereka yang boleh menjatuhkan maruah Manis. Manis kalau nak marah,
bukan kira tempat atau orang. Tang tu jugak dia nak sembur. “Tak boleh ke kalau
kau terima je? Kalau tak suka colour kuning tuh... Boleh pilih yang lain. Ambil
satu untuk pakai raya nanti. Kan sunat pakai pakaian baru di pagi raya..” Pujuk
Amirul lembut.
“Baju
lama pun ada banyak lagi yang tak terpakai!”
“Manis...
ini adalah satu arahan!” Suara Amirul sedikit memaksa.
Manis
mendengus!
“Harap
maaf.. Arahan tak delivered!” Muka Manis mencuka. Tak suka dipaksa-paksa apatah
lagi orang yang memaksanya itu adalah Amirul.
Tiba-tiba
lengan Amirul menempuh air minuman yang berada di tangan Manis sehingga
membuatkan minuman itu terjatuh dan terpercik pada baju baru tersebut.
Manis
tercengang! Namun apabila dia mengangkat wajah, dia melihat Amirul sedang
tersenyum simpul. Malah senyuman itu semakin panjang merekah. ‘Mesti lelaki ni
sengaja!’ Bibirnya diketip kuat. Sakitnya hati hanya Allah yang tahu.
“Encik..
Baju ni dah kotor.. Jadi Encik kena beli baju ni.” Seorang jurujual sudah mula
menghampiri kami. Manis telan air liur. Terus mengadap wajah Amirul. Hendak
melihat respon daripada jejaka tersebut. Hatinya bagai ditumbuk lumat oleh
lesung batu apabila melihat wajah selamba Amirul itu.
“Ish..
apalah sayang ni. Sampai tertumpah air dekat baju. Tak apalah dik.. kami beli
baju ni. Lagipun kalau basuh mesti hilang kotoran nih...”
“Kau
jangan harap aku akan pakai baju tuh!” Bentak Manis tak puas hati. Asyik-asyik
Amirul sahaja yang menang.
“Aku
tak paksa kau pakai pun... Aku hanya nak belikan untuk kau je!” Manis melopong! Tak
pasal-pasal terkena.
Amirul
mula meninggalkan Manis untuk menguruskan pembayaran di kaunter. Manis sudah
berkira-kira untuk pulang sendiri namun cepat sahaja langkah Amirul untuk
mengejarnya.
“Aku
yang ambik jadi aku yang kena hantar balik.” Putus Amirul muktamad.
“Aku
boleh balik sendirilah Mirul. Kenapa kau suka tentukan apa yang aku kena buat
dan apa yang aku tak boleh buat? Kau siapa untuk memandai arrangekan hidup aku!
Hidup aku ada peraturan tersendiri. Kau jangan nak tunjuk macho untuk mengarah
itu ini! Apa kau ingat aku terharu ke? Rasa haru biru adalah...!” Bebel Manis
geram. Sedari tadi Amirul suka mengarahkan itu ini. Apa ingat supervisor seven
eleven ke hah?
“Macam
mana aku ambil kau.. Macam tu jugak bila aku akan hantar kau.. Boleh tak jangan
nak keras kepala sangat!” Suara Amirul kedengaran serius.
“Kepala
aku.. suka hati akulah nak keras atau pun lembut!” Jawab Manis sinis. Mereka
berdua mula bertekak di bahagian ruangan legar ini. Mujur sahaja belum berjaya
menarik perhatian pengunjung yang lain.
“Untuk apa kau pamerkan sikap keras kepala
kau nih? Kau ingat sikap keras kepala tu sikap manusia yang kebal ke? Kalau kau
nak tahu, kepala tu jika dihantuk ke dinding, pasti akan pecah jugak! Jadi, kau
ada nampak tak apa-apa faedah dari sikap keras kepala kau tuh?” Soal Amirul
dengan muka merah menahan marah. Mungkin kesabarannya sudah mula beransur pergi
melayan kedegilan Manis.
Manis
diam. Malas untuk terus bertekak tapi sebenarnya dia kehilangan modal untuk
membalas kata. Jadi lebih baik dia diam. Tangannya mula menekan punat lift
untuk ke bahagian basement. Sebenarnya dia tak adalah berkeras nak balik
sendiri pun! Saja nak mengada berdegil dengan Amirul. Nak cuba baca bahasa
tubuh dan ketahanan mental milik Amirul. Ternyata, Amirul bukanlah kategori
lelaki yang bersabar sangat! Apatah lagi nak tergolong dalam kategori lelaki
idaman! Memang tak lah kan...
“Manis....”
Itulah
ayat pertama yang keluar dari mulut Amirul apabila mereka sudah masuk ke dalam
perut kereta.
Manis
berpaling ke sebelah apabila Amirul menyeru namanya.
“Kenapa?”
Kerutan di dahi Amirul sedikit kelihatan. Mengiringi soalanya.
“Kenapa
apa?” Tanya Manis tak faham.
“Kenapa
kau takut nak hidup bahagia?” Suara Amirul perlahan sahaja. Kereta masih belum
bergerak. Mungkin Amirul sedang menunggu enjin kereta panas sedikit.
“Apa
maksud kau?”
Perlahan-lahan
Amirul mula mencuri nafas. “Kenapa kau nak berkeras dan berdegil dengan semua
orang? Kau bahagia ke hidup macam ni?”
“Jangan
buat kesimpulan macam kau tahu semua isi cerita Mirul!” Marah Manis keras.
Tidak suka bila orang suka hati membuat kesimpulan sendiri tentang hidupnya.
Bahagia atau menderita, ada susahkan orang lain ke? Semuanya dia tanggung
sorang-sorang jugak!
“Kalau
aku cakap aku tahu?”
Biji
mata Manis mula terbuntang.
“Tahu
dari mana? Mesti dari Syikin kan...” Manis mula mengenggam penumbuk! Tak suka
bila kisah hidupnya dijaja kepada dunia luar! Lagipun, sejak bila Syikin
bertukar menjadi seorang sahabat yang suka memlelong kehidupan peribadinya?
“Aku
cakap kalau kan.....” Suara Amirul dileretkan sedikit.
“Mirul,
kenapa kau perlu sibuk-sibuk tentang hidup aku. Biarlah kalau aku takut nak
hidup bahagia pun.. Ada susahkan kau ke?” Kali ini Manis mengendurkan sedikit
suaranya. Mula faham bahawa tengkingan tak akan boleh dihadam oleh Amirul.
“Sebab
aku sayang kau Manis... Sebab tu aku nak kau bahagia. Kenangan lama yang perit
tu macam makanan yang basi. Buat apa nak simpan dalam peti lama-lama. Buat
busuk peti jeh! Macam tu jugak dengan kenangan pahit kau tu. Tak payah
simpan-simpan. Bila dah busuk nanti, bau dia payah nak hilang!”
“Sebenarnya
kau memang dah tahu kan?” Mata Manis mula berkaca. Dia dah boleh agak yang
Syikin sudah membocorkan rahsia hidupnya.
“Ya...
Aku memang dah tahu.” Akui Amirul jujur.
“Aku
nak balik.. Tolong hantar aku balik sekarang jugak!”
“Tapi
Manis...”
“Aku
cakap sekarang, maknanya sekarang Mirul.. Sekarang!” Tengking Manis kuat. Tidak
betah lagi untuk terus bersabar. Sungguh, dia terlalu kecewa dengan Syikin.
Terlalu....
***
Amirul
Takbir
raya yang bergema dari kaca televisyen itu membuatkan Amirul tidak senang
duduk. Terasa bersalah kerana mendatangkan kemarahan dari Manis tempoh hari.
Apatah lagi perbualan telefon dengan Syikin tadi benar-benar meruntun
perasaannya.
“Dia
berkeras tak mahu balik raya Mirul.. Dia betul-betul marah pada aku...” Cerita
Syikin sebak.
“Habis
tu dia duduk sorang-sorang jelah kat rumah tuh?” Tanya Amirul risau.
“Haah..”
“Sebelum
ni dia balik mana?”
“Sebelum
ni dia gilir balik dekat rumah parents dia. Tapi kali ni dia memang tak mahu
balik rumah siapa-siapa pun!” Syikin yang berada di hujung talian sudah mula
teresak-esak.
‘Arghh..
tak boleh jadi nih! Kena pergi jumpa Manis jugak!’ Tanpa berlengah, terus
Amirul mencapai kunci kereta. Tujuan utamanya pastilah ke rumah Manis!
Sesampainya
di rumah Manis, dia melihat dua buah kereta turut berada di depan garaj kereta.
Laju sahaja Amirul keluar dari kereta. Bimbangkan keselamatan Manis.
“Manis,
kenapa nih?” Manis sudah berada di luar rumah bersama dengan seorang lelaki dan
seorang wanita. Mungkin keduanya adalah orang tua Manis.
“Dah...
tak payah nak bertekak lagi. Manis akan beraya kat rumah kawan Manis. Tu, dia
dah datang dah pun. Mama dengan papa bolehlah balik.” Amirul sedikit tergamam
mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Manis.
“Manis..
kenapa nak beraya kat rumah orang? Manis kan ada mama... boleh beraya dekat
rumah mama kan.” Pujuk Puan Laila lembut.
“Tahun
lepas dah beraya di rumah mama.. Tahun ni kan giliran papa pulak!” Encik Murad
sedikit tak berpuas hati.
“Sudahlah!
Manis penat nak dengar mama dengan papa bergaduh. Dari dulu lagi... Tak puas-puas
hati lagi ke? Sekarang dua-dua boleh beraya dekat kampung sendiri kan... Macam mana
Manis tak paksa mama dengan papa untuk rujuk, macam tu jugak Manis tak mahu
mama dan papa paksa Manis untuk balik beraya. Manis dah decide nak balik raya dekat
rumah Amirul...”
Kini,
dua pasang mata itu mula menghala ke arah Amirul yang tercegat di depan pagar
rumah Manis. Sungguh, wajahnya jelas tercengang!
“Sekarang
puaslah hati awak kan? Anak kita tak ikut saya balik!” Kemarahan itu Encik
Murad tujukan kepada bekas isterinya.
“Apa
abang nih... Saya tak paksa pun Manis beraya dengan saya. Saya Cuma ajak!
Manalah tahu kalau dia mahu. Tu je.. Bukan saya nak menghasut pun!” Jawab Puan
Laila pulak.
“Manis
cakap sudah, sudahlah! Tak puas-puas lagi ke bergaduh? Dari dulu sampai
sekarang... Manis dah bosan!” Suara Manis sudah meninggi. Mengejutkan semua
yang mendengar.
“Manis...”
Tegur Amirul perlahan. Dia sedar yang Manis tidak boleh mengawal emosi dan
perasaaannya lagi. Kena cepat bawak Manis lari dari sini.
“Mama
dengan papa pergilah balik. Jangan risaukan Manis. Tak matinya kalau hidup
sorang-sorang pun. Mirul, kau tunggu kejap, aku pergi ambik beg!” Tanpa
menunggu lama, terus sahaja Manis masuk semula ke dalam rumah.
Puan
Laila sudah mula menangis. Manakala Encik Murad memandang Amirul dari atas ke
bawah. Umpama melihat seorang makhluk halus yang baru mendarat di bumi.
‘Aku
datang salah time ke aku memang ditakdirkan
untuk menjadi penyelamat Manis?’
Amirul mula rasa cuak. Apatah lagi renungan tajam papa Manis begitu
menggerunkan.
“Pak
cik tak tahu kamu ni siapa? Apa hubungan kamu dengan Manis... Tapi pak cik
harap kamu boleh jaga Manis untuk pak cik.” Lerr... ingatkan nak belasah
dirinya. Rupanya nak bagi pesanan ringkas jeh. Fuh, lega!
“Saya
kawan Manis.. Jangan risau pak cik. Saya akan jaga Manis. Saya akan cuba pujuk
Manis supaya beraya dengan mak cik dan pak cik.” Entah jadi atau tidak, Amirul sendiri
kurang pasti. Tapi dia akan cuba sedaya upaya untuk memujuk Manis.
“Salah
saya... Semua ni salah saya. Kalaulah saya tak berkeras, Manis mesti tak jadi
macam ni. Mesti Manis tak akan benci pada mama dan papa dia sendiri!” Ujar Puan
Laila dengan deraian air mata.
“Lela,
jangan salahkan diri awak.. Ini salah saya jugak!”
Amirul
dapat merasakan yang Puan Laila dan Encik Murad sebenarnya saling menyayangi
antara satu sama lain. Mungkin keadaan dan waktu memaksa mereka untuk melakukan
sesuatu di luar jangkaan.
“Pak
cik.. Mak cik... Saya rasa ada satu cara je untuk selesaikan masalah nih?
Mungkin cara tu boleh memujuk hati Manis dari terus marahkan pak cik dan mak
cik.” Rajin sahaja mulut Amirul melontarkan idea. Bukan apa, dia hanya ingin
cuba membantu. Siapa tahu yang rancangan ini akan berjaya!
“Apa
dia?” Tanya kedua-duanya secara serentak.
“Pak
cik dan mak cik kena rujuk semula!”
***
Manis
Air
mata yang singgah di pipi segera diseka pergi. Malu pula apabila menangis di
sebelah Amirul tika ini. Namun ternyata kekuatannya tidak mampu bertahan lagi.
Entah kenapa, hatinya terusik apabila mendengar takbir raya yang bergema. Saat
semua orang sibuk menyiapkan persiapan di saat akhir, dia pula kekal menyendiri
tanpa sebarang persiapan. Sedih kan?
“Kau
tak boleh hukum mama dan papa kau macam tu Manis... Semua yang berlaku adalah
ketentuan takdir. Takdir tu dah ditentukan oleh Allah yang mana tak ada seorang
pun manusia yang boleh sanggah. Malah manusia kena terima qada dan qadar yang
ditentukan buat mereka. Jadi kenapa kau berulang kali menolak kenyataan Manis?
Kau tak layak nak hukum mama dan papa kau sendiri! Perpisahan ni pun bukan
permintaan mereka... Mana ada manusia yang minta keluarga mereka berpecah
belah.. Mana ada orang mintak untuk bercerai berai. Tapi dah kalau Allah
tentukan lagu tuh, mestilah ada hikmah yang dia sorokkan..” Amirul sudah
memulakan ceramah tak berbayar. Manis memang keras kepala!
“Kau
tak faham perasaan aku.. Kau tahu, aku ingat lagi.. Waktu semua orang tengah
ceria menyambut hari raya, aku menangis sepanjang hari bila mama dan papa
bercerai pada hari raya. Hari yang sepatutnya menjadi hari kemenangan bertukar
menjadi hari perpisahan. Kalau dengar
memanglah tak logik. Tapi setiap tahun dia orang bergaduh nak balik raya
Mirul.. Setiap tahun! Sampai bercerai! Sebab tu aku benci nak sambut raya
Mirul.... Bagi aku, aidilfitri tu sungguh menyakitkan.” Pertama kali Manis mula
berkongsi perasaan bersama Amirul.
“Kau
tak boleh menghukum keadaan Manis. Okay aku bagi kau contoh ya! Kalau ada
kemalangan, kita nak salahkan siapa? Nak salahkan pemandu, kereta ataupun jalan
raya! Semua tu boleh jadi penyebab Manis.. Mungkin waktu tu pemandu tu bawak
kereta laju... Mungkin kereta ada masalah kesihatan dalaman sehingga hilang
kawalan.. Tak pun jalan raya yang licin atau jammed yang teruk. Semua tu boleh
jadi penyebab kan? Tapi sebenarnya semua yang berlaku dah ditetapkan. Orang
Islam wajib berpegang pada rukun iman. Rukun yang terakhir ialah, percaya pada
qada dan qadar. Kalau kau tak percaya, maknanya tak lengkaplah rukun Iman kau
tuh.”
Kali
ini Manis terus terdiam dan terus terdiam. Otaknya seakan-akan boleh mencerna
bait-bait nasihat Amirul itu.
“Mirul...
Hantar aku balik rumah semula..” Putus Manis perlahan.
“Kenapa
pulak?” Amirul yang sedang memandu menjeling sedikit ke arah Manis.
“Mungkin
mama dan papa dah balik kut.. Jadi, biarlah aku balik rumah tu semula.”
“Habis
tu nak raya sorang-sorang ke?”
Perlahan
sahaja Manis menganggukkan kepalanya.
“Jangan
harap!”
“Habis
tu tak kanlah aku nak pergi rumah kau pulak?” Bangkang Manis tak puas hati.
“Ialah...
kan memang dari dulu aku ajak kau raya sama tapi tadi kau pulak yang offer diri
nak raya dengan aku. Jadi tak kan aku nak lepaskan peluang.” Usik Amirul nakal.
“Jangan
main-mainlah Mirul...”
“Aku
serius nih.. Kalau nak main-main pun lepas kahwin kan..” Merah muka Manis
apabila menyambut usikan Amirul ini.
“Jangan
nak mengadalah...”
Amirul
ketawa senang hati. “Jangan risau.. Dekat rumah tu ada umi aku.. Ada family aku
jugak. Bolehlah kita sambut raya sama-sama!”
“Mirul..
Apa yang membuatkan kau nak datang rumah aku tadi?” Sebenarnya dari tadi soalan
itu berlegar di dalam benaknya. Takut tertanya soalan yang tak relevan jeh!
“Hati
aku yang ada pada kau tu yang suruh datang... Sebab tu aku datang.”
Manis
menggigit bibir. “Aku tanya betul-betul nih... Boleh tak jawab secara serius.” Gesa
Manis geram. Tapi dalam hatinya bergolek-golek mendengar kata-kata Amirul yang
mengusik jiwanya.
“Okay..
Aku pun nak tanya kau serius-serius jugak nih... Kau sanggup tak nak raya
dengan aku untuk setiap tahun sebagai isteri aku.. Jadi ibu kepada anak-anak
aku. Dan menerima aku sebagai bapa anak kau dan suami kau?”
Rahang
Manis sudah terjatuh. ‘Ambik kau Manis... kau nak serius sangat kan?’
“Aku
lahir dari keluarga yang pecah belah Mirul...”
“Sebab
tu aku nak cantumkan balik pecahan-pecahan dalam hati kau tuh. Biar aku gam dan
tak akan biar ia pecah lagi. Biar aku sempurnakan segalanya yang cacat...” Entah
kenapa malam-malam raya ini Amirul bertukar menjadi romantik pulak.
“Tak
apa... tak perlu jawab sekarang. Esok jawab depan umi aku jeh.” Pemanduan Amirul
sudah terhenti di sebuah banglo teres.
“Mirul...
aku nak baliklah.. Nanti umi kau cakap apa pulak aku nak beraya rumah kau.”
Manis sudah mula tunjuk muka risau dan cuak.
“Lah...
cakap jelah bakal menantu nak raya sama. Apa susah!”
“Mirul....”
Manis menekankan sedikit nada suaranya. Tidak suka jika Amirul terus-menerus
mengusik perasaannya.
“Iya
sayang...”
Arggghh...
perkataan sayang itu benar-benar boleh membunuh jiwanya tika ini jugak. Amirul
sememangnya telah berjaya membuka ruang hatinya. Manis sedar, tak akan ada
orang lagi yang mampu untuk bersabar dengan kedegilannya selain daripada
Amirul.
***
Manis dan Amirul...
Hati
Manis tersentuh apabila melihat ahli keluarga Amirul yang sedang
bermaaf-maaffan di ruangan tamu. Mereka bersalaman sambil mengalirkan air mata.
Manis pula rasa terpencil dan duduk di jarak yang agak jauh dari mereka.
“Manis..
Kenapa duduk jauh sangat. Mari sini dekat umi..” Panggil Puan Rosmah. Ibu
Amirul.
Sejak dia tiba semalam, Puan Rosmah
melayan dirinya dengan baik sekali. Malah diajaknya tidur sekali di dalam bilik
tidurnya. Tanpa sedar, dia sudah pun berada di hadapan Puan Rosmah. Saat tangan
Umi mengusap kepalanya, air matanya mula melurut jatuh. Ingatannya terkenangkan
mamanya. Mama yang telah dilayan dengan kejam. Ya, semalaman dia menganalisa
perangainya sendiri. Sememangnya dia yang bersalah kerana tidak berjaya
mendidik emosi hingga terikut dengan perasaan kecewa.
“Manis
banyak dosa dengan mama... dengan papa... Mesti dia orang kecewa dapat anak
macam Manis kan...” Manis sudah mula mengongoi di dalam pelukan Puan Rosmah.
Amirul yang melihat tersenyum. Rasa lega mula bertapak dalam hati. Lega kerana
akhirnya Allah bukakan pintu hati Manis untuk berlapang dada menerima takdir.
“Manis
tak salah... Kami yang salah..” Perlahan-lahan Manis merungkaikan pelukan. Dia
mula memandang ke arah mama dan papanya yang sedang berdiri di ambang pintu.
“Mama...
papa...” Sekejap sahaja dia sudah hilang di dalam pelukan mamanya. Kemudian beralih
pada papanya pula.
“Maafkan
kesalahan Manis... Ampunkan semua kedegilan Manis..” Pohon Manis teresak-esak.
“Manis
anak yang baik.. mama dan papa yang banyak buat salah. Sebab ego orang dewasa,
Manis yang jadi mangsa.” Tutur Encik Murad sambil mengusap belakang badan
Manis. Sudah lama dia tidak memanjakan Manis kerana Manis sibuk merajuk dengan
dirinya. Sekarang, mungkin masa untuk memperbetulkan semuanya.
“Manis..
Mama dan papa dan buat keputusan untuk rujuk semula.”
“Hah!”
“Iya
Manis... mama sebenarnya masih sayangkan papa.. mama harap papa pujuk mama tapi
papa tak pujuk pun.. Mujur memang tak ada orang masuk meminang mama. Kalau tak,
memang papa gigit jarilah gayanya..” Giat Puan Laila sambil ketawa.
“Eleh...
abang tunggu awak yang pujuk abang.”
Manis
tersengih. Rupa-rupanya mereka masih saling sayang menyayangi. Cuma rasa ego
yang menjadi penghalangnya. Ya Allah.. terima kasih kerana menghadiahkan
kebahagian ini di hari kemenangan ini...
“Eh,
kita ni berdrama dekat rumah orang pulak..” Ujar Puan Laila. Sudah termalu
sendiri apabila keluarga Amirul menyaksikan drama swasta mereka ini.
“Eh
kejap.. Macam mana mama dengan papa tahu Manis ada kat sini?” Rasa pelik mula
bersarang di hati.
“Amirul
yang beritahu... Semalam dia memang ada mintak nombor. Dia jugak yang pujuk
mama dan papa untuk rujuk semula. Pandai Manis cari bakal suami...” Pujian
Encik Murad itu memang mampu membuatkan Manis tersedak.
“Apalah
papa nih...” Ditumbuk perlahan bahu Encik Murad. Sudah lama tidak bergurau
senda sebegini.
“Dahlah..
jangan usik anak dara tu... Jemput makan dulu..” Ajak Puan Rosmah semangat. Puan
Laila dan Encik Murad mula beriringan ke ruang makan manakala Manis mula
melebarkan pandangan matanya. Mencari kelibat Amirul. Matanya mula mengesan
tubuh Amirul yang sedang duduk di atas buaian. Tangannya ralit bermain dengan
telefon bimbitnya.
“Ehem-ehem...”
Tegur Manis sambil jari terlunjuknya mula membetulkan anak tudunya. Kalau nak
tahu, kami pakai baju raya sedondon berwarna kuning. Entah macam mana tanganya
boleh terambil baju ni waktu nak packing barang semalam.
“Uhuk-uhuk...”
Amirul mula berpura-pura batuk.
“Apa?”
Manis tahu sangat...Pasti ada yang membuatkan Amirul ingin mengenakan dirinya.
“Cantik
baju.. siapa beli?” Perli Amirul sambil tersengih. Matanya menyorot di bahagian
yang terpalit kotoran kelmarin. Nampaknya Manis sudah membasuh kotoran itu. ‘Konon
tak nak pakai.. Tapi basuh jugak! Perempuan memang suka menidakkan
perasaannya..’
“Oh...
Bakal suami saya yang belikan...” Tanpa rasa malu, Manis mula mengambil tempat
di sebelah Amirul.
“Oh...”
Amirul menyembunyikan senyuman. Haru biru perasaanna dikala ini! Dia sudah mula
merasai penerimaan Manis
“Mirul...
Jom kahwin sama!” Spontan ayat keramat itu keluar dari mulut Manis.
“Wohohoo...
belum apa-apa dah gelojoh.” Sebenarnya dia langsung tak menyangka dan menduga
dengan respon dari Manis ini. Tapi sungguh dia bangga mendengarnya.
“Nak
ke tak nak?” Tanya Manis sedikit geram. Main-main pulak!
“Naklah....
kalau boleh nak kahwin sekarang jugak...”
“Ni
lagi gatal...” Komen Manis selamba. Tapi sungguh dia bahagia.
“Okay..
Mirul simpan gatal-gatal nih... Nanti menggatal sekali harung je terus..”
Melopong Manis mendengar ayat selamba Amirul itu. Fikiran betul-betul ke laut
sungguh! Tanpa berfikir panajang, terus dicubit bahu Amirul. Bengang!
“Oit..
ini namanya mendera bakal suami..” Seketika, mereka saling ketawa dalam
berkongsi rasa bahagia sebelum tenggelam dalam kebisuan sendiri.
“Mirul...
terima kasih.. Sebab tolong bawak aku pulang ke panggal jalan.. Sebab tolong
bersabar dengan kedegilan aku... Sebab sanggup terima aku seadanya...” Luah
Manis sebak. Kalau tak ada Amirul, mungkin selamanya dia akan terus menerus
menyalahkan takdir.
“Bila kita memutuskan untuk
mencintai seseorang insan bahkan dengan segala kekuranganya, itu bukan
kesempatan tapi itu adalah pilihan… Dan pilhan saya adalah untuk bersama dengan
awak Manis.. Saya berdoa, kalau terhenti rasa cinta saya pada awak, biarlah
tika itu saya dah menghembuskan nyawa saya…”
Oh.. Hati Manis memang cair habis
apabila mendengar ungkapan kasih daripada Amirul ini.
“Status dari hati di facebook kita
boleh share tapi hati saya ini saya share dan terhad pada yang satu sahaja..”
Sambung Manis sambil tersenyum simpul. Rasa malu Manis campak jauh-jauh.
Biarlah Amirul tahu perasaannya tika ini.
Usah sesekali kita menyalahkan
takdir yang telah ditetapkan kepada kita. Renunglah apa yang kurang. Galilah
rasa sabar agar tetap terus bersyukur dengan ketentuannya. Sesungguhnya rasa
syukur itu lebih tinggi maksumnya daripada rasa sabar. Maka bersyukurlah dengan
kehidupan kita seadanya.
p/s: maaf atas segala kekurangan.. cerpen biasa dari penulis biasa yang mempunyai rasa malas
yang lebih dari biasa.. kih kih kih…yang lebih jadikan tauladan, yang kurang
jadikan sempadan k… lebiu korang much much more.. selamat hari raya maaf zahir batin...=)
Ok..
ReplyDeleteSempoi & relaxing.... Layans...
turn sempoih2 pulak.. =)
Deletegarang semcm tol manis ni. tp kn ustaz azhar idrus ckp prmpn yg grg adalah prmpn yg manje sbnrnye.. :)
ReplyDeletekan... x mainlah nak manja dengan sebarangan lelaki..hehe
DeleteNi cerpen kan? Ingatkan habis terus. Haha. Apapun memang best. Ganas Manis ni. Nasib baik Amirul ni cool. And saya suka phrase, 'wanita dihantar oleh Allah utk menguji tahap keimanan dan kesabaran seorang lelaki.' Nice :)
ReplyDeleteyup cerpen... tulah, lupa nak tulis intro ms posting ari tuh.. so, sila tnggu kesudahannya.. =)
Deletesgt jiwa bca ayat Manis..mmg kencing manis la nanti tahan adrenaline..
ReplyDelete>>k<<
hahha.. xleh belah smpai kecing manis.. y pasti, mirul boleh kena darah tinggi..hehe
DeleteAs-salam Sara
ReplyDeleteWooot what a character Manis is! Pity her – due to her past disastrous family problem had changed her personality!
But Syikin is rite … Manis needs to face the reality of life … yeah until when kan nk brdendam – coz tat hatred feeling hanya akan makan diri Manis sndiri … hehehe
Hope Amirul hv the patient to confront Manis & wil able to soften her die hard feelings!
So … curious to read further … nex n3!
Thanks Sara!
erk... cerpen biasa ala santai je kak jaz.. x adalah curious sangat..hehe.. mmg berat kalau mengalami situasi y sukar untuk diterima.. hehe..
Deletethanks kak jaz..
Cerpen yg pjg bjela tp seronok dlayan. Cpt sbg ye cik sara. Doktor zafril tu hensem x haha. Ttiba tya pdhal mirul heronya kan haha.moga manis tidak akan masam dan suka mrh2 lg lps ni
ReplyDeleteamboihhh.. doktor zafril pun jadi.. sabar jelah..hehe
Deletex sabar nk tgg part yg sterusnyer...
ReplyDeletesabar itu separuh dari iman..hehe
Deleteingatkan dh habis dah. hik3.. takpe kita tunggu yg penuh punya ...
ReplyDeleteaah kan huhuhu tunggu jelah hihi
Deletedah ada part penuh.. boleh lah sambung jamu mata..heheh
Deleteigtkan terus abes td..bako nih bako
ReplyDeleteweh.. jangan bako lagi..hehee
Deletehaha..nasib baik xdang nk bako..dpt baca dulu..
Deletedah lepas raya dah ni...mana sambungannya...nk gak tau macm manan manis boleh tahan dgn sewel mirul tu..agaknya sekeras manalaa hati manis tu
ReplyDeletesmbungannya dah ada.. boleh sambung layan k..hope enjoy readng. =)
Deletemana smbgnnye dah lame saya tunggu..... cepat ler sambung
ReplyDeletemood raya hilang hhaa... jmput layan smbungan dia k.. hope enjoy reading lalinkk
DeleteWaaahh best sangat.Cerita sis memang terbaik.SUKA !!
ReplyDeletethanks Najah.. Hope enjoy reading k.. =)
DeleteDaebak kak sara
ReplyDeletetq darling.. =)
Deletebest gila!!!!!
ReplyDeletemutmainnah mazlan
best x pe.. jgn gila lagi..hehe
Deleteakhirnya, selesai jugak kisah Manis dan Amirul ni, hehe, suke, sebab macam ni lah seharusnya orang yang mencintai orang lain, tak lihat dia dari sisi lebihnya sahaja, tapi juga bisa menerima sisi kurangnye. tahniah Sara, dah berjaya selesaikan cerpen ni, cantik. hehe
ReplyDeletekan.. harus menyintai dia seadanya.. Menyintai dengan seluruh kelemahannya kan.. itulah yang digelar cinta..
DeleteSweet cerpen nih.. Suka cara Amirul pujuk Manis...
ReplyDelete